8 Messages
Digest #4663
Messages
Tue Jan 17, 2017 7:09 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Adun Sungai Tawar Meninggal Dunia
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malek meninggal dunia pagi Selasa pada usia 59 tahun.
Beliau dilaporkan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya di Sungai Air Tawar kira-kira pukul 9 pagi selepas gagal dihubungi.
Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi mengesahkan kematian beliau menerusi laman Facebooknya.
"Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun. AlFatihah. Dimaklumkan YB Tn Hj Kamarul Zaki Abdul Malik, Adun Sungai Air Tawar, telah kembali ke Rahmatullah,
Kamarol Zaki juga adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Sabak Bernam.
SPR tunggu makluman rasmi Speaker DUN Selangor
bloglist-malaysia.
dialograkyat.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
ANTARAPOS.COM
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menunggu pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor mengenai kematian dan kekosongan luar jangka kerusi DUN N.01 Sungai Air Tawar berikutan kematian penyandangnya, Kamarol Zaki Abdul Malik hari ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata tarikh hari pertama sesi persidangan DUN Selangor adalah pada 21 Jun 2013 iaitu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 2013.
"Berkaitan keperluan mengadakan PRK bagi kerusi DUN itu ia akan dimaklumkan kelak oleh SPR selepas menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri berkenaan," katanya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 17, 2017 7:09 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Anak gadis hilang, jumpa dekat kubur lama
bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Posted by faizal saad
TUMPAT – Seorang ibu melahirkan rasa syukur apabila anaknya yang hilang selama enam jam ditemui selamat meski pun kehilangannya penuh misteri.
Difahamkan anak gadisnya itu berjalan dalam keadaan separa sedar ke tanah perkuburan di belakang rumahnya di Kampung Kutan Hilir.
Wan Masitah Wan Ismail, 14, dari sebuah sekolah agama di daerah ini ditemui oleh ayahnya, Wan Ismail Wan Ahmad, 58, pada jam 8.30 pagi selepas melaungkan azan di kawasan tanah perkuburan lama itu.
Ibunya, Mastura Abdullah, 51, berkata, selepas dilaungkan azan suaminya ternampak kelibat anaknya berdiri di bawah rimbunan pokok buluh di tepi tanah perkuburan itu yang dikelilingi semak.
"Dia terus pegang Wan Masitah untuk dibawa pulang ke rumah, ketika dalam perjalanan pulang anak saya itu pengsan kerana keletihan.
"Tetapi alhamdullilah dia dah beransur pulih sekarang ini," katanya.
Menurutnya, dia menyedari Wan Masitah hilang pada jam 2.30 pagi apabila salah seorang anaknya, Norazlin, 22 mendengar pintu dibuka.
Katanya, anaknya itu terus mengejutkan dia dan ahli keluarga yang lain untuk mencari Wan Masitah kerana menyangka dia diculik.
"Kami terus mencari ke jalan utama dengan harapan dapat menemui dia tetapi tidak jumpa.
"Selepas subuh suami saya adakan solat hajat dan selepas itu tergerak hati untuk mencari di belakang rumah yang bersemak dan pencarian itu hingga kawasan tanah perkuburan kira-kira 50 meter dari rumah," katanya.
Menurutnya, Wan Masitah ditemui selamat dan bila ditanya dia tidak menyedari bagaimana dia boleh berjalan sejauh itu sehingga masuk di kawasan tanah perkuburan dan kemudiannya berteduh di bawah pokok buluh itu.
-sinar
Read more: http://www.kitabantai.info/2017/01/anak-gadis-hilang-jumpa-dekat-kubur-lama.html#ixzz4W1pcyqLL
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 17, 2017 7:09 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Surat Terbuka Untuk KJ : Elaun IKBN Tak Masuk Lagi Sebab Kerajaan Tiada Duit - Apa Sudah Jadi?
bloglist-malaysia.
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Ke hadapan YB Khairy Jamaluddin. (Kerana IKBN dibawah seliaan KBS)
Elaun IKBN Belum Masuk, Kerana Kerajaan Tiada Wang, Pelajar Menjadi Mangsa.
Assalamualaikum tuan.... Saya baharu sahaja telefon IKBN Hulu Langat berkaitan elaun bulan Disember yang belum keluar untuk pelajar. Saya bercakap dengan Encik Hazwan Bahagian Kewangan. Saya dimaklumkan elaun pelajar untuk Disember tidak masuk lagi kerana kerajaan tiada peruntukkan, tunggu bulan April baru kemungkinan elaun kembali ada. Sehubungan itu saya berharap tuan dapat suarakan hal ini supaya ada feedback dari Kementerian Belia Dan Sukan. Bayangkan pelajar yang membuat latihan industri duduk rumah sewa, macam mana nak hidup? Begitu juga pelajar yang tinggal di asrama dan ibu bapanya jauh di negeri lain, bagaimana mereka nak beli peralatan peribadi? Lebih menyedihkan pelatih baru seluruh negara untuk IKBN juga tidak diambil pada tahun ini kerana kerajaan tiada peruntukkan. Apa yang menghairankan kerajaan kata ekonomi mampan, habis ke mana duit peruntukkan pelajar pergi? Sehubungan itu saya berharap tuan dapat menghebahkan permasalahan ini dan mendapat feedback dari khairy jamaluddin sendiri Terima kasih tuan.
Oleh : Pelajar IKBN yang tersepit dikala ekonomi negara yang tidak menentu, Najib bercuti bersama keluarga menggunakan pesawat kerajaan atas nama berhak ke atasnya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 17, 2017 7:11 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kehadiran "Tetamu Tak Diundang" Ceroboh Kawasan Asrama Gemparkan Penuntut UNIMAS
siakapkeli.my
SAMARAHAN: Kehadiran "tetamu tak diundang" telah menggemparkan Penghuni Apartment Raflesia Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Taman Desa Ilmu, di sini, malam tadi, lapor Berita Harian.
Kehadiran seekor buaya dilihat melintasi jalan di kawasan kediaman penuntut itu tekah disedari oleh pelajar yang melalui kawasan kediaman pelajar berkenaan kira-kira 10 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, ekoran dengan kehadiran buaya berkenaan membuatkan ramai penghuni bimbangkan akan keselamatan mereka menyebabkan mereka menghubungi pihaknya pada jam 10.26 malam.
Berikutan itu, tujuh anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dikejarkan ke tempat kejadian untuk menangkap buaya berkenaan.
"Bagaimanapun ketika anggota bomba tiba di lokasi, buaya berkenaan gagal ditemui kerana dipercayai sudah masuk semula ke dalam parit berdekatan kediaman pelajar itu dan bersembunyi di kawasan semak berhampiran.
"Kes itu sudah dilaporkan kepada Sarawak Forestry Corporation untuk tindakan lanjut termasuk memburu buaya berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 17, 2017 7:11 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kerajaan Pakatan Akan Mansuh Tol Lebuhraya Utara-Selatan, Jambatan Pulau Pinang Jika Menang PRU14
bloglist-malaysia.
Posted by Jeebond BLM
GEORGE TOWN, 16 JAN: Kutipan tol di Lebuhraya Utara-Selatan dan tol Jambatan Pertama Pulau Pinang akan dihapuskan jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pemansuhan itu akan dibuat demi meringankan beban rakyat.
Menurutnya, perjanjian konsesi tol Lebuhraya Utara-Selatan sepatutnya tamat pada 2018, namun ia dilanjutkan tempoh selama 20 tahun sehingga 2038.
Perkara sama berlaku kepada perjanjian asal konsesi tol Jambatan Pertama Pulau Pinang yang dilanjutkan selama 20 tahun lagi.
"Sedangkan, hasil kutipan tol sehingga akhir 2015 berjumlah RM36.3 bilion. Kos pembinaan sebenar Lebuhraya Utara-Selatan hanya RM5.9 bilion.
"Kalau menang di Putrajaya, baru kita ada kuasa untuk melakukannya. Menang kerajaan Negeri saja tidak cukup kuasa untuk menghapuskan tol dan cukai GST," katanya..
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata demikian dalam Majlis Pemberian Insentif Perkhidmatan Pemandu Teksi dan Operator Bas Sekolah semalam.
Pada majlis berkenaan, seramai 405 pemandu teksi dan operator bas sekolah dari Seberang Perai menerima insentif perkhidmatan berjumlah RM300 setiap seorang manakala 1,291 yang lain dari kawasan Pulau Pinang telah menerimanya pada hari Sabtu lalu.
Kesemua mereka akan memperoleh sumbangan sebanyak RM300 lagi pada sesi pembayaran hujung tahun ini, menjadikan keseluruhan insentif perkhidmatan tahunan berjumlah RM600.
Menurut Guan Eng, semua pembayaran itu berjaya diteruskan kerana kerajaan negeri menjalankan pentadbiran bersih yang tidak mempunyai unsur rasuah atau penyelewengan sehingga mampu menyediakan insentif kepada seluruh rakyat.
"Tiada negeri lain di Malaysia selain Pulau Pinang yang menyediakan bayaran insentif kepada semua pemandu teksi yang berdaftar," ujarnya. – Roketkini.com
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 17, 2017 7:11 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Selepas Pak Belang, Kini Sang Tapir Pula Singgah di LPT2
siakapkeli.my
Foto: Pengguna Twitter
Selepas kehadiran si belang, kini pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) digemparkan pula dengan kehadiran tapir merayau-rayau di lebuhraya tersebut.
Haiwan hampir pupus yang terkenal dengan nama jolokan 'panda Malaysia' itu dilihat berkeliaran dekat susur keluar ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, Bukit Takal, Kijal kira-kira jam 7.30 petang semalam.
Kehadiran haiwan liar itu menggunakan pengguna LPT2 memperlahankan kenderaan untuk mengambil gambar tapir berkenaan.
Beberapa keping gambar haiwan itu juga di muat naik oleh pengguna di media sosial.
Sumber: Chairani Rani, Sinar Online
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Friday, January 06, 2017 11:06 PM
Subject: Fw: Pelbagai Kemalangan
Perhilitan Akui kemungkinan Wujud Harimau Di LPT2 Berhampiran Bukit Besi
siakapkeli.my
Berikutan tersebarnya sekeping gambar yang didakwa seekor harimau belang yang sedang berehat di tepi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Bukit Besi, Terengganu semalam, pihak PERHILITAN tidak menafikan kewujudan binatang buas berkenaan di lokasi tersebut, lapor Harian Metro.
Ketua Pengarah PERHILITAN, Abdul Kadir Abu Hashim berkata, mereka tidak menolak ada harimau Bukit Besi selepas gambar haiwan terancam itu menjadi tular di media sosial hari ini.
Menurutnya, beliau telah menerima laporan daripada pihak LPT2 mengenai kehadiran haiwan liar berkenaan oleh pihak pengurusan lebuh raya berkenaan tadi.
Beliau memberitahu sudah mengarahkan petugas dan pegawai PERHILITAN Negeri melakukan pemantauan di lokasi berkenaan sejurus menerima maklumat.
"Walaupun maklumat yang menjadi tular itu belum dapat disahkan lagi namun PERHILITAN sudah mengambil tindakan segera di lokasi didakwa harimau itu berada.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menyalurkannya kepada PERHILITAN termasuk kehadiran individu disyaki pemburu haram," katanya.
Dalam kejadian 6 Februari tahun lalu, seekor harimau betina mati selepas dilanggar sebuah MPV di Kilometer 321.2, LPT2. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 17, 2017 7:12 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bantahan Cadangan Larangan Membawa Motosikal Kecil Memasuki ke Pusat Bandar
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
1. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membantah cadangan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berhasrat untuk melarang motosikal bersaiz kecil (motosikal kapchai ) daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur sebagai langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon. Langkah ini bersifat tidak adil dan menindas golongan yang berpendapatan rendah. Mereka memilih kaedah bermotosikal kerana kenderaan tersebut lebih menjimatkan kos dan masa perjalanan.
2. Dalam keadaan kos sara hidup yang terus meningkat, adalah amat tidak wajar untuk melarang para penunggang motosikal daripada memasuki Pusat Bandar Kuala Lumpur. Sistem jaringan pengangkutan awam di KL juga masih belum menyeluruh dan efektif. Tambahan pula, kos tambang LRT dan Bas juga lebih tinggi berbanding menunggang motosikal.
3. Golongan pemuda adalah kelompok majoriti dalam kalangan penunggang motosikal. Sekiranya cadangan larangan ini dikuatkuasakan kelak, semestinya ia memberikan impak yang begitu besar kepada mereka khususnya yang berpendapatan rendah.
4. Kami mendesak agar pihak Kerajaan terlebih dahulu melaksanakan kajian komprehensif berkenaan sistem pengangkutan di KL bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu-lintas yang terpaksa dihadapi oleh warga kota pada setiap hari.
5. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengakui peri-pentingnya langkah pengawalan pelepasan karbon yang mencemarkan udara dan alam sekitar. Namun, cadangan melarang membawa motosikal kecil itu seolah bersifat diskriminasi kerana kenderaan lain seperti kereta, bas dan lori juga mengeluarkan karbon bahkan kuantitinya jauh lebih tinggi berbanding motosilal. Pandangan dan maklumbalas daripada warga kota juga perlulah diambilkira sebelum sesuatu larangan dikuatkuasakan.
Ir Haji Khairilnizam Khirudin
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
16 Januari 2017
Haramkan Kapchai Masuk Kuala Lumpur, 2 Kementerian Tampil Tentang Cadangan Berkenaan
siakapkeli.my
Semalam heboh diperkatakan di media sosial di mana Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sedang mengkaji untuk mengharamkan motosikal berkuasa rendah daripada memasuki Kuala Lumpur untuk mengurangkan masalah pencemaran.
Nampaknya, cadangan berkenaan telah menerima tentangan ramai orang termasuk menteri daripada dua kementerian.
Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, larangan bekenaan perlu disokong dengan kajian saitifik, motosikal bukan punca terbesar yang menyumbang kepada pencemaran.
"Yang kecil-kecil tak lepaskan banyak. Yang besar-besar yang banyak lepaskan. Kenapa kita larang yang kecil-kecil? Kita patut hentikan yang besar-besar,
Beliau dalam pada itu menyatakan yang beliau bersetuju terhadap cadanagn pengurangan pelepasan karbon dengan mengurangkan pengangkutan persendirian, namun kajian yang sewajarnya perlu dilakukan bagi menentukan sama ada langkah tersebut benar-benar yang paling memberi manfaat kepada alam sekitar.
"Pihak Kementerian saya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi berbincang mengenai perkara itu secara lanjut."
"Kita perlu tahu siapa yang membuat pelepasan terbesar. Adakah lori, bas, kereta atau motosikal? Saya tidak tahu pasal motosikal kerana bagi saya, sepatutnya lori-lori besar yang tidak seharusnya dibenarkan masuk," katanya.
Wan Junaidi berkata, Kuala Lumpur boleh melihat bagaimana London menguruskan penduduknya supaya menggunakan pengangkutan awam dengan menjadikan ia sukar untuk memandu kereta di sekitar bandar raya.
Cadangan melarang motosiakal kapchai memasuki Kuala Lumpur turut mendapat tentangan daripada Kementerian Pengangkutan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, kebanyakan penunggang motosikal 'kapcai
Sumber: mStar
"Motosikal Kapchai Mungkin Bakal Dihalang Memasuki Pusat Bandar Kuala Lumpur," - Menteri Wilayah Persekutuan
siakapkeli.my
Motosikal Kapchai atau motosikal bersaiz kecil kemungkinan bakal dihalang daripada memasuki pusat bandar Kuala Lumpur sebagai langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon, lapor The Star.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kaedah larangan tersebut ketika ini merupakan satu usaha yang tepat kerana pengangkutan awam yang sedia ada kini terdapat pelbagai pilihan dengan tambang yang amat berpatutan.
"Pada waktu siang, penduduk(dalam bandar) meningkat antara lima dan tujuh juta dimana mereka berulang alik ke pusat bandar untuk bekerja.
"Jika melihat kebanyakan pusat bandar lain, banyak yang menghalang kemasukan kapchai.
"Hasil kajian turut menunjukkan kebanyakan orang masih memerlukannya(
"Apabila ada tambang kenderaan awam yang lebih murah, kita akan mengkaji kemungkinan untuk tidak membenarkan motosikal kapchai memasuki pusat bandar," ujarnya.
Beliau dalam pada masa sama menyatakan kebanyakan motosikal jenis kapchai ini sering kali digunakan oleh peragut di pusat bandar.
Seperti pengharaman beg plastik dan styrofoam, Tengku Adnan berkata kementerian itu merancang untuk bertindak sebagai pembekal produk mesra alam untuk peniaga-peniaga demi untuk mengurangkan beban pengguna. - Siakapkeli.my
Sumber: The Star
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 17, 2017 7:13 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Ramai Tak Tahu Malaysia Mempunyai Sebuah Muzium Coklat Yang Cukup Cantik, Jual 300 Jenis Coklat Dengan Harga Cukup Murah
siakapkeli.my
Sebelum ini pasti kita pernah mendengar akan kehebatan Chocolate Museum di Brixton, London, Chocolate Museum Vienna Austria, Muzium Hershey dan Chocolate Museum Cologne, Jerman di mana sudah pasti ramai penggemar coklat ingin ke sana.
Namun, rupanya di Malaysia sendiri rupanya terhadapat sebuah muzium coklat yang cukup moden dan menarik untuk dikunjungi oleh penggemar-penggemar coklat yang sudah pasti membuat anda rambang mata.
Bayangkan ketika melangkah masuk ke muzium ini sudah terhidu aroma coklat yang segar pastinya ada yang terliur dan terbayang akan kelazatannya yang membuatkan ia merupakan salah satu lokasi yang wajib kunjung bagi anda yang mengemari coklat.
Ini kerana Muzium Coklat yang terletak di Kota Damasara yang merupakan Muzium coklat pertama di Malaysia dan Asia, dengan memaparkan pelbagai info-info menarik mengenai coklat, iaitu cara pembuatan coklat di seluruh dunia, rahsia kehebatan dan khasiat coklat.
Apa yang menarik tentang muzium yang dibuka secara rasmi pada tahun 2014 ini, pengunjung yang tidak pernah memegang biji kopi atau koko, anda dapat berbuat demikian di sini, bahkan anda akan dapat melihat sendiri bagaimana rupa raja koko Afrika selain dapat melihat replika mesin adunan coklat pertama di dunia yang telah dicipta pada 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa, Swiss Chocolatier, Rodolphe Lindt.
Tahukah anda bahawa coklat sebenarnya telah wujud sejak zaman Tamadun Olmec lagi yang merupakan kaum purba Mesoamerika yang tinggal di dalam hutan di selatan Telok Mexico sekitar tahun 600 sebelum masihi.
Muzium yang menggunakan konsep '3E' di mana pengunjung dapat pengetahuan interaktif (education interactive), pengalaman membuat coklat (experience chocolate making) dan keseronokan membeli-belah (enjoyable shoppings) menjadikan muzium ini satu tarikan yang unik bagi pengunjung yang hadir.
Itu hanya sedikit info yang boleh di dapati dari beribu-ribu info lain tentang coklat yang kita boleh dapati di Muzium coklat Kota Damansara ini di mana untuk masuk ke dalamnya adalah percuma, dibuka dari 10 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari.
Apa yang perlu dibanggakan ialah cetusan ilham anak tempatan iaitu Pengarah Urusan Dr Group Holding Sdn Bhd, Dato' Dahlan Mohd Rashid mampu membukanya setanding muzium coklat antarabangsa yang lain.
Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina ini, muzium coklat Kota Damansara telah menawarkan hampir 130 coklat berjenama serta produk minyak wangi import pada harga yang rendah iaitu diskaun sehingga 50% bagi coklat dan minyak wangi berjenama tempatan dan import pada 20, 21 dan 22 Januari 2017 ini.
Jualan murah ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 9 pagi hingga 5 petang di mana sudah tentu ada boleh dapatkan coklat dan minyak wangi premium idaman yang diimport boleh didapati dengan harga yang lebih murah daripada biasa.
Kalau bukan pada Musim perayaan pun, mereka tetap menjual coklat dengan harga murah daripada harga pasaran di luar, muzium ini menjanjikan kualiti coklat yang asli dengan harga 30 sehingga 40 peratus lebih murah dari harga biasa.
Latar belakang Muzium
Chocolate Museum Kota Damansara adalah sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh DR Group Holding Sdn Bhd yang merupakan syarikat pengeluar dan pengedar coklat terbesar di Malaysia. Muzium coklat ini dibuka secara rasmi oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, pada 16 Januari 2014.
Muzium coklat berkonsepkan 3E iaitu Education, Experience dan Enjoyable Shooping, sehingga kini telah menarik setengah juta pelawat sejak pembukaannya. Syarikat ini juga cuba mengetengahkan produk keluaran tempatan yang berkualiti serta mampu menyaingi produk keluaran negara luar.
Syarikat ini juga banyak mendapatkan secara terus coklat daripada negara pengeluar.
Lebih 30 jenama coklat antarabangsa berjaya dibawa masuk ke sini. Antaranya ialah Ferrero, Hershey's, Lindt, Mars, Daim, Cadbury dan Nestle. Manakala jenama coklat keluaran tempatan yang dipasarkan di sini ialah seperti Fidani, Farells, Millton dan Danson.
Muzium ini sudah cukup sinomim kepada pelawat-pelawat berkumpulan sebenarnya. Saban hari ada sahaja pelawat berkumpulan daripada sekolah, kumpulan komuniti, pelajar pusat pengajian tinggi dan juga pihak kedutaan negara luar datang membuat kunjungan. Sudah tentu lawatan berkumpulan akan diringi oleh Chef Coklat sendiri. Untuk lawatan berkumpulan, pelawat bolehlah menempah di laman web Chocolate Museum: http://www.chocolatemuseum.my/enquiry.htm
Alamat Chocolate Museum:
No.2, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damansara,
Selangor
No Tel: 03-74904260 Faks: 03-61408825
Laman Web: Chocolate Museum WEB
Laman Facebook: Chocolate Museum FB
Laman Instagram: Chocolate Museum Insta
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment