Wednesday, January 4, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4655[5 Attachments]

15 Messages

Digest #4655
1
Fw: Bandingkan Sikap 2 Pemimpin Negara by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: Akibat Panjat 'Ipoh' by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
7
Fw: Salam ..Orang Felda & Felda rugi by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
13
14
15
Fw: Jangan Cabar Saya, Saya Tahu Semua by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Jan 3, 2017 7:10 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Foto Presiden Indonesia, Joko Widodo Berkain Pelikat Sambut Tahun Baru Viral

siakapkeli.my

Kemeriahan pesta, warna-warni bunga api dan pelbagai majlis serta program kebiasaannya akan memenuhi kemeriahan sambutan tahun baru.

Tapi tidak bagi Joko Widodo. Biarpun bergelar presiden Indonesia, Joko Widodo cuma menyambut tahun baru 2017 di rumahnya sahaja - dengan berkain pelikat.

Foto terbabit dimuat naik oleh Joko Widodo di laman Twitter rasminya.

"00.00 Tahun 2017 di rumah saja. Selamat Tahun Baru - Joko Widodo", tulisnya di kapsyen foto tersebut.

Tweet itu lantas disambut dengan retweet dan pelbagai reaksi dari netizen. Sejak dimuat naik pada awal 2017, ia telah menerima lebih 7,000 retweet dan lebih 10,000 likes dari netizen.

Malah, ada juga yang mengambil kesempatan berhumor dengan foto terbabit. Antaranya, foto yang ditampal dengan gambar pochong, pokemon. Ada juga yang berkata kain pelikat yang dipakai oleh Jokowi itu akan menjadi trending sebagaimana jaket tempo sebelum ini.

Selain itu, netizen juga turut mengambil kesempatan memuji prestasi presiden Indonesia itu yang berjaya mengukuhkan matawang rupiah biarpun matawang serantau yang lain mengalami kejatuhan.

"@jokowi makasih pak,Prestasi Bapak ini adalah kado terindah untuk indonseia di akhir tahun 🙏", tulis Riska.

Namun, reaksi yang paling banyak diperoleh dari netizen adalah kerana pemakaian kain pelikat oleh Jokowi dan juga ucapan selamat tahun baru serta ucapan selamat maju jaya.

Sumber: Twitter Jokowi

Jokowi Sambut Tahun Baru Di Rumah, Najib Sambut Tahun Baru Di Australia - Netizens Bandingkan Sikap 2 Pemimpin Negara.

bloglist-malaysia.blogspot

amenoworld.org

Posted by Ameno World

Mungkin rakyat Indonesia mulai jemu bercerita tentang Jokowi ataupun nama sebenarnya Joko Widodo, presiden Indonesia yang ketujuh selepas Susilo Bambang Yudhoyono
namun tidak bagi rakyat Malaysia.

Di Malaysia, rakyat disini suka membandingkan tingkah laku di antara Jokowi dan isterinya dengan Najib bersama isterinya juga.

Antara yang pernah dibandingkan ialah apabila Jokowi menaiki penerbangan biasa tempat duduk ekonomi bagi menghantar anaknya belajar di Singapura.

Jokowi juga turut dipuji oleh rakyat apabila menangani isu pencerobohan dan Rohingya menggunakan cara yang bersesuaian berbanding dengan Najib yang disifatkan rakyat sebagai terlalu berpolitik untuk meraih sokongan rakyat tetapi hakikatnya bersikap pengecut di hadapan pemimpin-pemimpin negara lain.

Pendek kata tindakan-tindakan Jokowi sering dibandingkan dengan Najib kerana rakyat melihat Jokowi sepertinya pemimpin yang berjiwa rakyat.

Dan semalam sekali lagi rakyat di negara ini membandingkan tindakan Jokowi dengan Najib Razak. Kali ini tentang percutian dan sambutan tahun baru.

Jokowi pada lewat malam tadi telah mengemaskini akaun Twitternya seperti berikut ;

"Menyambut tahun baru 2017 hanya dirumah, selamat tahun baru" - Jokowi.

Susulan dari kemaskini tersebut, netizens di Malaysia mula membandingkan percutian mewah Najib ke luar negara dengan Jokowi yang dianggap bersikap serdahana dan berjiwa rakyat.

Sebelum neh portal berita melaporkan Najib bercuti ke luar negara menggunakan aset kerajaan iaitu pesawat rasmi negara 9M-NAA. Najib dan keluarga bercuti ke Australia dan momen-momen percutian tersebut dikongsikan oleh Ashman, anak bongsu Najib menerusi akaun Instagramnya.

Apabila perkara tersebut dibongkarkan, Najib kemudiannya menerima kecaman di laman sosial dan Ashman bertindak mengunci akaun Instagramnya dari penglihatan public.

Baca : Rakyat Persoal Najib Bercuti Guna Wang Siapa?

Selain dikritik kerana bercuti di luar negara menggunakan pesawat kerajaan dan bergembira dikala rakyat di Pantai Timur menghadapi musibah banjir terutamanya di Kuala Krai yang dilaporkan hujan memasuki hari ketiga, Najib juga menerima kritikan kerana menaikkan harga petrol pada malam tahun baru.

Oleh kerana kerajaan sebelum ini telah memutuskan untuk menghapuskan subsidi minyak masak (secara berperingkat) dan subsidi beras maka rakyat persoalkan kewajaran kerajaan untuk menaikkan harga petrol di kala rakyat akan banyak menggunakan wang bagi tujuan perbelanjaan persekolahan awal tahun.

Keluarga Najib Bercuti Salahguna Jet Kerajaan, Rakyat Menderita Kenaikan Harga Minyak

bloglist-malaysia.blogspot

greenboc.blogspot

Dicatat oleh Green Boc

Pesawat k'jaan rentasi Australia ketika keluarga Najib bercuti

Pesawat kerajaan Malaysia jenis Airbus A319 terbang merentasi Australia yang kebetulan sama dengan tarikh percutian keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke sana.

Pesawat itu, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 22 Disember pada pukul di 12.07 malam dan mendarat di Gold Coast, Australia pada 10.06 pagi hari yang sama.

Bagaimanapun pesawat itu hanya berhenti sebentar kerana ia berlepas dari Gold Coast pada pukul 11.47 pagi dan mendarat di Brisbane pada pukul 12.09 tengah hari.

Pesawat itu berada di Brisbane selama empat hari.

Tiada penerbangan komersial antara Brisbane dan Gold Coast kerana jaraknya hanya 110 kilometer atau satu jam perjalanan sekiranya memandu kenderaan.

Kebetulan, selepas pesawat itu singgah di Gold Coast selama satu jam 41 minit sebelum ke Brisbane, anak Najib, Mohd Norashman menghantar gambar di Instagram.

Pada 23 Disember, sehari selepas persinggahan itu, Norashman memuat naik gambar beliau bermain golf di Instagram dan menggunakan tag "#goldcoast".

"Bermain golf dengan rakan di bumi Australia," katanya.

Keesokan harinya, Norashman memuatnaik ke Instagram gambar penguin di taman tema Sea World Gold Coast.

"Memerhatikan penguin ini sambil rakan-rakannya berkejar untuk mendapatkan habuan," katanya.

Pada 26 Disember lalu, jet kerajaan Malaysia berlepas dari Brisbane pada 9.11 pagi dan mendarat di Gold Coast pada 9.35 pagi.

Sekali lagi, persinggahan singkat di Gold Coast itu hanya mengambil masa selama dua jam dan 47 minit.

Pesawat itu kemudian terbang ke Gold Coast pada pukul 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang. Pesawat itu kekal berada di sana setakat ini.

Kebetulan, Norashman kemudian mula menyiarkan gambar Instagram dari Perth.

Pada 28 Disember, Norashman menyiarkan gambar dirinya di dalam bilik sedang bermain gitar elektrik. Posting itu ditandakan sebagai "#Perth".

Keesokan harinya, dia menyiarkan gambar berbasikal dengan rakan-rakan di Perth.

Kemudian pada 30 Disember, Norashman menyiarkan gambarnya bermain golf dengan kapsyen "Cuba untuk tamatkan 2016 dengan bergaya" bersama tag "#perth" dan "#meadowsprings".

Beliau merujuk kepada Meadow Springs Gold & Country Club di Mandurah, yang mengambil masa sejam jika memandu dari Perth.

Hari ini, Norashman kembali berbasikal apabila dia memuat naik gambar bersama Najib.

"Kayuhan terakhir tahun ini dengan bapa saya yang paling akrab. Selamat Tahun Baru terlebih dahulu kepada semua dan harap 2017 bagi setiap orang diberkati dengan penuh kasih sayang, kegembiraan dan gelak ketawa," katanya dengan menandakan 'Perth' pada catatan tersebut.

Semua data penerbangan adalah berdasarkan kepada laman pengesanan penerbangan Flight Aware.

Kronologi

Di bawah adalah kronologi ringkas jet kerajaan dan akaun Norashman di Instagram.

22 Dis - 9M-NAA berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 12.07 pagi dan tiba di Gold Coast pada 10.06 pagi.

22 Dis - 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pada 11.47 tengah hari dan tiba di Brisbane pada 12.09 tengah hari.

23 Dis - Norashman bermain golf di Gold Coast.

24 Dis - Norashman melawat Sea World Gold Coast.

26 Dis - 9M-NAA berlepas dari Brisbane pada 9.11 pagi dan tiba di Gold Coast pada 9.35 pagi.

26 Dis - 9M-NAA berlepas dari Gold Coast pada 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang.

28 Dis - Norashman dilihat bermain gitar dalam sebuah bilik di Perth.

29 Dis - Norashman dilihat berbasikal di Perth.

30 Dis - Norashman bermain golf di Golf Meadow Springs & Country Club di Mandurah, sejam perjalanan dari Perth.

Sebelum pesawat itu merentasi Australia, Najib menggunakan kapal terbang berkenaan untuk tugas rasmi di Kuantan, Tawau dan Kuching.

Data penerbangan menunjukkan 9M-NAA berlepas dari Kuantan pada 9.22 malam dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 10.30 malam, 17 Disember.

Ini adalah konsisten dengan kehadiran Najib pada makan malam Gabungan Persatuan Cina di Kuantan dan laporan New Straits Times kemudian mengesahkan ketibaan Najib di Kuching pada pukul 10.30 malam.

Beliau berada di Kuching untuk melancarkan projek jambatan Batang Sadong pada hari berikutnya.

Data penerbangan juga menunjukkan 9M-NAA berada di Tawau pada 19 Disember, yang hampir sama dengan jadual Najib di sana di mana beliau melancarkan Lebuhraya Pan-Borneo.

Keluarga perdana menteri biasanya pergi bercuti di luar negara pada akhir tahun -mk

Harga RON 95 dan diesel naik 20 sen, RON97 naik 15 sen

Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing akan naik sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa Januari 2017.

Ini menjadikan harga petrol RON95 berharga RM2.10 seliter dan diesel RM2.05 seliter.

Bagi petrol RON97, harga runcit akan naik sebanyak 15 sen kepada RM2.40.

Harga baru itu akan berkuat kuasa selepas tengah malam ini.

Kerajaan menentukan harga bahan api melalui sistem apungan terurus.

Ia mengambil kira beberapa faktor, termasuk harga global minyak mentah dan kekuatan mata wang negara pada bulan sebelumnya.

Harga minyak mentah Brent terus meningkat selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (Opec) memeterai perjanjian untuk mengurangkan pengeluaran dalam usaha membendung lebihan bekalan dan menstabilkan harga minyak.

Perjanjian itu juga melibatkan ahli-ahli bukan Opec termasuk Malaysia, dengan Petronas berikrar menurunkan pengeluaran minyak mulai tahun depan.

Minyak mentah Brent mencecah AS$ 50.47 setong pada awal bulan ini kepada AS$ 56.82 setong semalam.

Sementara itu, ringgit Malaysia terus melemah, jatuh kepada paras terendah sejak krisis kewangan Asia pada tahun 1998.

Kekuatan Ringgit bulan ini adalah pada RM4.42 untuk satu dolar Amerika tetapi menurun kepada RM4.48 semalam -mk

ULASAN GB

Jika menang lagi UMNO BN pada PRU14, tak tahulah nak kata apa...

2017: Selamatkan negara daripada pemimpin kleptokrat

bloglist-malaysia.blogspot

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Negara sedang menghadapi bencana yang sangat kritikal terutama pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pelbagai skandal yang melanda negara masih menjadi persoalan rakyat dan mendapat perhatian seluruh dunia. Kini Malaysia dikenali sebagai negara korup yang dipimpin oleh seorang pemimpin kleptokrat.

Ekonomi negara juga semakin merudum dan kehidupan masyarakat terus menekan disebabkan kegagalan pemerintah mengamalkan sikap beramanah dalam pemerintahannya. Rakyat dihimpit dengan pelbagai kenaikan tanpa mampu dikawal, ditambah lagi jerutan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang terpaksa ditanggung oleh seluruh rakyat sama ada miskin mahupun yang kaya.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (QS Ar-Ra'd [13]: 11)

Keadaan negara yang semakin tenat ini menuntut kepada perubahan rakyat secara total terutama golongan muda yang menjadi faktor serta penentu kepada kuasa pemerintahan negara.

Islam sendiri mengajar kita untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik dan menjatuhkan kebathilan yang berlaku.

Tidak ada cara lain selain mengubah pemerintah dengan sebuah kerajaan yang baru dari kalangan pemimpin yang beramanah dan bertanggungjawab.

Kerajaan yang ada pada hari ini sejak turun temurun telah gagal untuk membawa aspirasi rakyat dan keadaanya semakin hari semakin membimbangkan.

Kami mengajak seluruh rakyat mengambil semangat tahun baru ini dengan berazam serta beriltizam untuk membuat perubahan untuk menyelamatkan negara daripada cengkaman pemerintah yang bobrok. Letakkan azam yang membara dalam diri kita untuk melihat negara yang lebih baik.

Selamat menyambut tahun baru 2017.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jan 3, 2017 7:12 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Selepas Aksi Panjat IPOH, Viral Pula Aksi Remaja Panjat Kren Tinggi, Laporan Polis Sudah Dibuat
siakapkeli.my

Ipoh, 2 Jan - Selepas viral kes sekumpulan remaja memanjat papan tanda 'IPOH' di sini, satu lagi aksi berbahaya yang memaparkan seorang lelaki memanjat struktur tinggi di bandar raya ini menjadi viral.

Aksi terbabit melihat remaja berkenaan memanjat sebelum mengambil foto selfie di atas kren di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan, Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di sini.

Menurut laporan Utusan Online, rakaman video aksi itu dimuat naik di Youtube dan sudah mencacat lebih 7,000 tontonan pada tengah hari tadi.

Tambah laporan itu lagi, mereka difahamkan syarikat pemaju bangunan dalam pembinaan itu sudah pun membuat laporan polis mengenai tindakan remaja itu di Balai Polis Sungai Senam pagi tadi.

Perkara itu juga telah disahkan oleh Bernama.

"Sebuah syarikat swasta buat laporan polis terhadap seorang remaja lelaki lakukan aksi berani panjat kren di tapak projek pembinaan di Ipoh", tulis Bernama dalam satu tweet.

Sumber: Utusan Online, Bernama

Gadis Selfie Atas Signboard IPOH Tahap Hati Kering
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Kepuasan hati, kalau jatuh tu tak ke menyusahkan orang lain. Tapi geng wefie selfie ni tak kisah, janji diri sendiri hot. Puashati. Memang kecut perut tengok diaorg panjat selfie. Kalau lelaki tu takdelah kisah sangat. Ni pompuan, memang hati kering. Pakcik kalau ada sakit jantung tengok bendalah ni, mau ke hospital terus. Harap2 atok korang hati kental.

Komen Majlis Bandaraya IPOH :

MBI TIDAK PERNAH BERI KEBENARAN MEMANJAT SIGNBOARD 'IPOH'Terdapat viral sekumpulan remaja yang melakukan aksi bahaya dengan memanjat signboard 'Ipoh'.Sehubungan dengan itu, dimaklumkan MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat signboard 'Ipoh' kerana ia amat membahayakan nyawa pihak yang memanjat dan keselamatan pengguna jalan raya iaitu Jalan Kuala Kangsar yang sangat sibuk. Struktur yang didirikan itu bukan didirikan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu-individu tersebut dan sekiranya selepas ini berlaku sebarang insiden yg melibatkan perkataan 'IPOH' tersebut tumbang dan menimpa pengguna-pengguna jalanraya, pihak MBI ingin menegaskan bahawa ianya berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.MBI akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut dan akan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras dikenakan terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini serta akan mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.MAJLIS BANDARAYA IPOH

Panjat 'Ipoh': Kumpulan Remaja Akat Disiasat, Perbuatan Boleh Bahayakan Individu & Pengguna Jalan Raya - MBI
siakapkeli.my

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan melakukan siasatan terhadap sekumpulan remaja yang mana gambar mereka memanjat papan tanda gergasi Ipoh menjadi viral di media sosial sebelum ini.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk memanjat papan tanda itu.

Tambah beliau, perlakuan itu bukan sahaja boleh membahayakan individu malah melibatkan keselamatan pengguna jalan raya iaitu Jalan Kuala Kangsar yang sangat sibuk.

"Struktur yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu-individu tersebut dan sekiranya selepas ini berlaku sebarang insiden yg melibatkan perkataan 'IPOH' tersebut tumbang dan menimpa pengguna-pengguna jalan raya, pihak MBI ingin menegaskan bahawa ia berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.

"MBI akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut dan akan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras dikenakan terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini serta akan mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sumber: Sinar Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
3 of 3 File(s)

Tue Jan 3, 2017 7:12 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



FOMCA - 2017 Tahun Peningkatan Kos Sara Hidup
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Tahun baru 2017 memulakan hari pertamanya dengan jangkaan kos sara hidup akan terus meningkat.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman menjangkakan perkara itu berikutan beberapa isu peningkatan harga barangan.

Katanya, rakyat perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan itu supaya ia tidak memberi kesan yang besar dalam kehidupan seharian.

"Selain isu peningkatan harga barangan dan nilai mata wang negara yang rendah juga akan memberi kesan.
"Apatah lagi, sebagaimana laporan persatuan majikan, mereka turut menjangkakan lebih ramai pekerja akan diberhentikan. Jadi rakyat perlu bersedia,"
Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing naik sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa hari ini.

Ini menjadikan harga petrol RON95 berharga RM2.10 seliter dan diesel RM2.05 seliter.

Bagi petrol RON97, harga runcit akan naik sebanyak 15 sen kepada RM2.40.

Harga bahan api melalui sistem apungan terurus.

Ia mengambil kira beberapa faktor, termasuk harga global minyak mentah dan kekuatan mata wang negara pada bulan sebelumnya.

Mohd Yusof berkata, bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk, kerajaan diharapkan dapat menangguhkan kenaikan harga barangan mahupun tarif perkhidmatan.

Biasanya apa yang dikaitkan dengan peningkatan kos sara hidup adalah dari segi peningkatan harga, tidak kiralah barangan atau perkhidmatan.

Pada 2016, keadaan ekonomi berada dalam keadaan yang meleset, jadi kita harap kerajaan dapat mencari jalan menyelesaikan isu-isu yang sedang berlaku sekarang seperti nilai mata wang negara yang masih rendah.

Jika masalah ini dapat diatasi ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan tekanan kepada rakyat.

Rakyat perlu berbelanja secara bersederhana dengan hanya membeli barangan keperluan tertentu sahaja dan selebihnya disimpan kerana kita tidak dapat meramal apa yang akan berlaku pada masa akan datang,"

MK

Tambang Bas Sekolah Terpaksa Dinaikkan - GPBSM

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) mengakui terpaksa menaikkan tambang bas sekolah lantaran kenaikan kos harga petrol.

Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata kenaikan yang bakal berlaku dijangka tidak melebihi RM10 bagi setiap pelajar dan setiap bulan.
"Selain memberi perkhidmatan bas sekolah, kami sebenarnya juga meniaga. Saya jangka kenaikan akan berlaku tapi tidak banyak.

"Untuk makluman ibu bapa, tambang itu telah diregulasi. Jadi ia bukanlah satu isu lagi di mana ibu bapa boleh berbincang dengan pengusaha untuk dapatkan caj yang dipersetujui bersama," katanya dalam temubual bersama AWANI7.45 malam tadi.

Turut bersama dalam diskusi tersebut adalah Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan.

Isu ini timbul lantaran kenaikan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel kepada 20 sen di mana ia menjadi keperluan utama pengusaha bas sekolah.

Bermula 1 Januari, RON95 adalah RM2.10 seliter berbanding RM1.90 sen seliter untuk Disember, manakala harga diesel ialah RM2.05 seliter berbanding RM1.85 pada Disember.

Ikuti penjelasan lanjut berhubung cadangan kenaikan tambang bas sekolah.

- Astro Awani

Berikut Adalah Harga Terbaru Minyak Ron 95, Ron 97 Dan Diesel Bermula Malam Tahun Baru
siakapkeli.my

Berikutan harga minyak mentah dunia yang dikata berlaku kenaikan, berdasarkan harga rasmi minyak sebentar tadi, RON 95 akan dijual pada harga RM2.10 Seliter, RON 97 pada RM2.40 seliter (tidak termasuk GST) dan Diesel RM2.05 Seliter berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017 lapor portal Melvister.

Ketiga-tiga bahan api tersebut naik mendadak dari RM0.15 sen kepada 0.20 sen seliter bermula 1 Januari 2017.

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai Januari 2017 (Rasmi)
a.. RON95: RM2.10 (Naik 20 Sen) Mulai Januari 2017 (Harga Sebelum RM1.90 Seliter)
a.. RON97: RM2.40 (Naik 15 Sen) Mulai Januari 2017 (Harga Sebelum RM2.25 Seliter)
a.. Diesel: RM2.05 (Naik 20 Sen) Mulai Januari 2017 (Harga Sebelum RM1.85Seliter

Untuk info, kenaikan harga minyak pada awal januari 2017 adalah bergantung kepada kenaikan purata harga minyak sepanjang bulan Disember 2016.

Sumber: Harga Terkini Minyak Januari 2017 RON95 RON97 Diesel | melvister.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jan 3, 2017 7:12 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bas Ekspress Bawa 26 Orang Penumpang Terbakar
siakapkeli.my

Serian: Sebuah bas yang membawa 26 orang penumpang dari Kuching menuju Sibu dan Miri dilaporkan terbakar di Jalan Serian-Sri Aman berhampiran Balai Ringin, di sini, petang tadi, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian itu hanya seorang pemandu bas berusia 39 tahun cedera selepas beliau mengalami kecederaan melecur di tangan dan telinga kiri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, kebekaran berkenaan dipercayai bermula di bahagian enjin kenderaan itu.

"Semua penumpang dan seorang pemandu gantian selamat kerana berjaya menyelamatkan diri keluar dari bas sebelum api marak.

"Api dipadamkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian serta dibantu anggota sukarela dari Balai Ringin," katanya.

Pemandu yang cedera di hantar ke Klinik Kesihatan Balai Ringin untuk rawatan lanjut. - Siakapkeli.my

Dahla Guna Lorong Kecemasan, Pemandu Starex Tunjuk Samseng dengan Superbike
bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot

Dahla Guna Lorong Kecemasan, Pemandu Starex Tunjuk Samseng dengan Superbike - Nampaknya dah hampir jadi kes samseng jalan raya ni. Kenderaan Hyundai Starex tu dahla masuk laluan kecemasan . tunjuk samseng pulak.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Tue Jan 3, 2017 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



SPRM Sindir Jamil Khir Baharom?
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua...

Lu orang baca la artikel ni kat Malaysiakini... dan kalu boleh lu orang semak la sama dengan KP SPRM...

Hahaha... ini ayat SPRM sindir Jamil Khir Baharom nie.... hahaha... terkono dier..

Hahaha... jangan main golf kat luar Negara, cukup jer main Simulator ja... hahaha...

Eh... Najib Razak pun kena sekali lar dengan statement SPRM ni.. hahaha... baling satu batu kena dua burung sekali... hahaha

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2017/01/sprm-sindir-jamil-khir-baharom.html#ixzz4UVviZDAT

Tan Sri Apandi Ali dan Datuk Zulkifli Ahmad harus berundur jika gagal jawab Datuk Bahri Mohamad Zin
bloglist-malaysia.blogspot
alhusseyn51.blogspot
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

Mohamed Haniff Khatri Abdulla menuntut penjelasan berhubung kenyataan terbaru seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin hari ini.

Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad itu mahu peguam negara dan ketua pesuruhjaya SPRM menjawab Bahri, 58, mengenai pengendalian kes SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Haniff Khatri berkata Tan Sri Apandi Ali dan Datuk Zulkifli Ahmad harus berundur serta-merta jika gagal berbuat demikian.

"Syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Bahri, atas keberanian dalam perlaksanaan tanggungjawab beliau untuk mendedahkan perkara ini, kepada khalayak ramai.

"Semoga usaha dan jasa baik Datuk Bahri dirahmati dan dibalas sebaiknya oleh Allah SWT hendaknya, Insya-Allah," katanya.

Bahri tak rela berkhidmat untuk 'sarang labah-labah'

Sumber yang rapat dengan Bahri memberitahu Malaysiakini bahawa Bahri kecewa dengan apa yang berlaku dalam kes itu dan rasa bersalah kepada rakyat Malaysia kerana sebelum ini kes sebegitu akan disabitkan di mahkamah.

"Begitu banyak wang rakyat diselewengkan secara terang-terangan.

"Saya tidak layak berkhidmat di bawah undang-undang sarang labah-labah," Bahri dipetik sebagai berkata oleh Free Malaysia Today.

Bahri, yang memainkan peranan utama dalam siasatan SRC memilih bersara awal walaupun boleh terus bertugas tiga tahun lagi.

Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) itu memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila RM42 juta dananya ditemui pada akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata tidak tahu menahu wang berkenaan berasal dari SRC walaupun syarikat itu milik kementerian kewangan. Perdana menteri juga menjawat tugas sebagai menteri kewangan pertama. ~ sumber

Pengarah SPRM bersara kerana tidak mahu bersekongkol
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Sinar Harian
3 Januari 2017

Datuk Bahri Mohamad Zin

SHAH ALAM - Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, mengesahkan bahawa beliau telah bersara daripada jawatan itu berkuatkuasa 30 Disember 2016.

Memaklumkan perkara itu kepada Sinar Online, Bahri berkata persaraan awal dilakukannya itu kerana kecewa dengan kes siasatan SRC International (SRC) yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik.
"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderong pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat," katanya.
BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi, terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Bahri memainkan peranan penting menyiasat kes SRC International (SRC) yang melibatkan perihal dana RM42 juta.
Dalam pada itu, Bahri turut mengesahkan bahawa enam pegawai BOK yang terlibat secara langsung dalam siasatan terhadap SRC International, telah dipindahkan.
"Ya betul, mengenai isu perpindahan itu," katanya ringkas.

Najib Terkedu Pengarah SPRM Bersara Awal?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, mengesahkan bahawa beliau telah bersara daripada jawatan itu berkuatkuasa 30 Disember 2016.

Memaklumkan perkara itu kepada Sinar Online, Bahri berkata persaraan awal dilakukannya itu kerana kecewa dengan kes siasatan SRC International (SRC) yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik.

"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderong pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat," katanya.

BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi, terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Bahri memainkan peranan penting menyiasat kes SRC International (SRC) yang melibatkan perihal dana RM42 juta.

Dalam pada itu, Bahri turut mengesahkan bahawa enam pegawai BOK yang terlibat secara langsung dalam siasatan terhadap SRC International, telah dipindahkan.

"Ya betul, mengenai isu perpindahan itu," katanya ringkas. - sinar

Pengarah siasatan khas SPRM bersara awal
bloglist-malaysia.blogspot
tukartiub.blogspot
Posted by Tukar Tiub
Seorang daripada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memainkan peranan utama dalam siasatan bekas anak syarikat 1MDB dilaporkan memilih bersara awal.
Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, adalah bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM dikatakan menamatkan khidmatnya walaupun boleh terus bertugas sehingga tiga tahun lagi.
Bahri bersara mulai Jumaat lalu selepas berkhidmat dengan agensi pencegahan rasuah itu sejak lebih 30 tahun lalu.
BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi, terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.
Beliau memainkan peranan penting menyiasay SRC International (SRC) dan menjadi perhatian apabila sejumlah RM42 juta dananya ditemui pada akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.
Ketika siasatan SPRM ke atas 1MDB dianggap kompleks dan membabitkan banyak aspek perundangan luar negara - dengan peguam negara enggan mengeluarkan persetujuan bantuan undang-undang kepada pihak berkuasa asing, kes SRC dilihat jelas melibatkan entiti dalam negara.
Wang SRC dimasukkan ke akaun perdana menteri melalui dua transaksi - iaitu pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 - selepas disalurkan melalui dua syarikat lain, iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Sebelum ini disabitkan di mahkamah
Najib mendakwa tidak tahu menahu wang berkenaan adalah berasal dari SRC walaupun syarikat itu adalah milik kementerian kewangan. Perdana menteri juga menjawat tugas sebagai menteri kewangan pertama.
Difahamkan antara sebab utama Bahri memilih untuk bersara adalah kerana kecewa dengan hasil siasatan terhadap SRC.
Sumber memberitahu Malaysiakini, satu majlis perpusahan diadakan untuk Bahri serta beberapa kakitangan lain di SPRM pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun Bahri tidak hadir pada majlis berkenaan.
"Datuk Bahri kecewa dengan apa yang berlaku dengan kes itu. Beliau juga berasa bersalah kepada rakyat Malaysia kerana berdasarkan kes-kes seumpama itu sebelum ini, ia akan disabitkan di mahkamah," kata seorang sumber yang rapat dengan Bahri.
Bekas pengarah BOK itu pula tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau. Setakat ini tidak dapat dipastikan siapakah akan mengisi kekosongan ditinggalkan Bahri di BOK.
Pada 31 Disember 2016 lalu Malaysiakini melaporkan enam pegawai kanan BOK yang terlibat secara langsung dalam siasatan ke atas SRC dipindahkan ke bahagian lain.
Seorang daripada mereka ialah Timbalan Pengarah BOK, Tan Kang Sai.
Dua daripada pegawai terbabit dipindahkan pada Oktober, manakala yang lain pada Disember lalu.
Difahamkan empat daripada mereka dipindahkan ke bahagian siasatan SPRM, manakala yang lain dipindahkan ke SPRM negeri atau agensi lain kerajaan.

Pengarah Operasi SPRM bersara awal, kecewa kes SRC tidak ke mahkamah
bloglist-malaysia.blogspotmilosuam.net/

"Bukan sahaja kecewa, malah saya rasa amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah," itu kata Pengarah Bahagian Operasi Khas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM Datuk Bahri Mohamad Zain yang dilaporkan memilih untuk bersara awal dari jawatannya.

Beliau dilaporkan memilih untuk bersara awal walaupun masih boleh bertugas sehingga tiga tahun lagi.

Persaraan itu dibuat olehnya dikatakan kerana kecewa apabila kes yang dikendalikannya melibatkan SRC International yang juga merupakan anak syarikat 1MDB gagal dibawa ke mahkamah.

Siasatan kes rasuah SRC sebelum ini menggemparkan negara apabila media melaporkan, wang sejumlah RM42 juta ditemui dalam akaun bank peribadi perdana menteri, Dato Seri Najb Tun Razak.

Wang RM42 juta itu didakwa melalui dua syarikat lain iaitu, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd, sebelum dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri melalui dua transaksi pada 10 Febuari 2015 dan 26 Disember 2014.

Bahri dilaporkan berkata SRC yang merupakan bekas anak syarikat 1MDB telah menyeleweng wang rakyat secara terang-terangan.

"Begitu banyak wang rakyat diseleweng secara terang-terangan. Saya tidak layak berkhidmat di bawah undang-undang sarang labah-labah," katanya.

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini juga pernah memberitahu bahawa beliau mendapat maklumat dari bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail mengenai wang RM42 juta yang ditemui oleh SPRM dalam akaun peribadi Najib.

Bagaimanapun Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, telah membersihkan nama Najib, daripada sebarang salah laku rasuah.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/pengarah-operasi-sprm-bersara-awal.html#ixzz4UhdwfCrQ

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jan 3, 2017 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jangan Teruskan Sampai Berkali-Kali Bila Transaksi 'Error' Waktu Beli Barang Guna Kad Debit
siakapkeli.my

Mungkin ada yang pernah terjadi apabila berurusan menggunakan peralatan elektronik ini, contohnya pembayaran menggunakan transaksi atas talian.

Ada yang penah keluarkan duit di mesin ATM, transaksi berjaya tetapi duit tidak keluar, malahan dipotong bila diperiksa semula, namun janganlah tertali risau, kerana jika berlaku kejadian sedemikian anda boleh menghubungi pihak bank yang terlibat untuk mendapatkan wang anda semula.

Keadaan sama terjadi kepada seorang pelanggn di sebuah farmasi di mana kisah ini diceritakan oleh seorang ahli farmasi bernama RPh Hendrawati Mohd Sapuan di mana sepasang suami isteri telah 'kehilangan' lebih RM900 selepas kadanya digunakan berkali-kali selepas transaksi sebelum itu tidak berjaya.

Jom kita baca.

Transaction status: ERROR

Malam tadi ada customer buat pembelian di farmasi menggunakan Debit kad.
Cubaan pertama, ERROR

Cubaan kedua, ERROR

Lalu staff beritahu, tak boleh buat transaksi.

Customer cakap, cuba try lagi. Sebab dia baru guna di ECONSAVE, boleh guna.

Staff pun cuba lagi. Tetap ERROR. Customer minta try lagi sehingga 5 kali. Kali ke enam, staff menolak untuk cuba dengan kad yang sama.

Customer check akaun cimb beliau. Dilihatnya, duit dari akaun beliau telah ditolak sebanyak rm900++.

Maka, customer meminta supaya staff kami memulangkan semula duit beliau. Staff mengambil langkah bijak untuk bertanya kepada boss dulu.

Bila buat settlement pada terminal, tiada rekod untuk transaksi tadi. Maka mengamuklah customer tersebut suami isteri. Bertegas agar kami memulangkan semula duit mereka.

Keadaan agak tegang. Dah lah, ramai pula customer waktu itu. Kami minta customer tersebut duduk untuk settlekan masalah ini.

Cut story short, lepas panggilan dibuat ke pihak bank dan pihak terminal mesin kad, akhirnya customer akur. Duit tersebut memang telah keluar dari akaun beliau, tapi tidak masuk ke akaun kami.

Duit tersebut terapung/float. Pihak bank kata akan refund semula dalam masa 15 hari.

Kesian customer tersebut, duit tu nak.pakai untuk anak2 masuk sekolah katanya. Kami pun xdapat nak buat apa2. Transaksi sebelum ni dengan customer lain, tiada masalah pun. Tapi kami berikan janji kami, jika duit tersebut masuk ke akaun kami, kami akan refund kepada beliau secepat mungkin.

Moral of the story, jika anda menggunakan kad debit dimana2 dan transaksi error, sila check baki akaun anda. Jika ada penolakan, jangan try lagi. ERROR x bermaksud transaksi tersebut tidak berjaya tau.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jan 3, 2017 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Salam ..Orang Felda
bloglist-malaysia.blogspot

sakmongkol.blogspot

Posted by Ariff Sabri

Beberapa hari yang lalu, saya menghabiskan masa dalam tanah rancangan Felda Tersang di Raub. Saya mau merasai denyut kehidupan warga felda dengan perspektif baru yang saya ada. Iaitu dengan maklumat mengenai FGV, pelaburan felda dalam pelbagai hartanah, pembelian bangunan, pembelian perniagaan dan paling akhir, pembelian Eagle High Plantations pada harga RM2.3 billon.

Maknanya, Felda menjalankan urusan nya, dengan tidak mendengar keluhan dan rintihan peneroka dalam tanah rancangan. yang jumlah nya 300 lebih. yang ada 112,635 peneroka. yang ada 1.5 juta warga Felda.

Ertinya, tahap kepedulian Felda dan orang2 dibelakang Felda keatas masaalah yag dihadapi oleh orang felda adalah pada tahap minima, namun orang Felda mahu lagi menyokong pemerintah?

Serupa juga seperti saya terang dan nyatakan kepada pengundi Cina jangan tentang kerajaan kerana sebab2 yang tidak betul; demikianlah juga, warga felda jangan sokong kerajaan kerana sebab2 yang tidak betul.

Jangan kita lawan atas dasar perkauman melampau. Kita mesti mendidik diri kita semua untuk menolak kerajaan for the right reasons, kata orang putih.

Yakni, orang cina jangan semata mata menolak kerajaan UMNO kerana ianya Melayu . mereka mesti tidak sokong kerajaan kerana ia tidak adil, kerana pemimpin nya memusnahkan kepercayaan yang kita beri, kerana kerajaan dan pemimpin menyalah guna kuasa menggunakan nya untuk mengayakan diri, menyekat proses pengadilan.

Jangan sokong kerajaan kerana kita beri dia kebebasan, dia mahu memerintah secara absolute tanpa batasan lalu dia menindas rakyat, menekan rakyat, membuli rakyat. Jangan sokong kerajaan yang rasuah dan merompak kekayaan negara. Jangan sokong kerajaan kleptocracy.

Ini sebab2 sejagat yang disertai semua rakyat. Jangan tidak sokong kerana sebab nya ia kerajaan Melayu.

Demikian juga, orang felda yang rata2 melayu, jangan sokong atas sebab2 yang salah iaitu hanya kerana Najib dan UMNO itu melayu, agama Islam, maka kita lupakan soal kepercayaan yang dimusnahkan, kuasa yang dia salah guna, kekebasan untuk melakukan penindasan, picit dan ugut rakyat.

Kita mesti tolak kerana kerajaan incompetent, rasuah, salah guna kuasa, memusnahkan kepercayaan, bertindak diluar ruang kebebasan yang kita beri. Kita beri kebebasan kepada PM negara ini untuk mengurus negara mengikut prinsip2 demokrasi, perintah ikut undang2 bukan memerintah ikut sedap mata dan hati.

Adakah kegelisahan2 ini juga merupakan perkara2 yang di runsingkan oleh orang Felda?

Orang Felda nampaknya, kurang peduli mengenai dunia luar felda kecuali kepentingan terdekat mereka.

Adakah perkara2 ini terkesan dalam pemikiran orang Felda?

Sebab, pada pandangan umum, nampak seolah olah, orang Felda tidak peduli apa yang berlaku didunia luar rancangan felda. Keadaan mereka selesa dan keselesaan tersebut menyebabkan mereka tidak identify dengan keresahan rakyat diluar felda.

Jika orang felda tidak peduli akan hal orang diluar felda, soalan yang mungkin timbul ialah, mengapa orang luar felda mahu peduli mengenai kesusahan felda yang sedikit itu?

Apakah usaha2 yang djalankan oleh orang2 seperti Mazlan Aliman , Rafizi Ramli dan ramai lagi tidak memberi kesan keatas perasaan dan sikap orang Felda? Felda it diancam oleh pemerintahan Kleptocracy, warga felda masih mahu berdiam diri?

Kesusahan orang Felda nampak nya berkisar pada masaalah pentadbiran sahaja bukan nya masaalah yang fundamental. Kesusahan felda ialah pertikaian mengenai kadar perahan, elaun sara hidup yang tidak cukup, penyata kewangan yang tidak diberikan, pembayaran kepada peneroka yang tidak terjelas dalam bulan semasa, beban hutang yang ditanggung. Itu sahaja.

Seolah olah kalau semua ini selesai- salah laku penyelewenagan, kecuaian tanggungjawab oleh felda boleh dilupakan. Mentaliti orang Felda sama seperti sebahagian mentality orang Melayu yang bersedia memaafkan Najib, jika Najib terus memberi BR1M, jika Najib terus menunjukkan boleh menyediakan projek mega berbilion Ringgit.

Soal barah dalaman seperti rasuah, tidak jujur pada amanah yang diberi, salah guna kuasa, menganjingkan kepercayaan yang diberi dan mencabul kebebasan yang kita serah,kepada pemimpin, tidak mendapat kepedulian yang sepatutnya.
Jika kita tidak berjaya mengeluarkan orang felda daripada keselesaan ini, maka sampai bila kita tidak boleh harapakan orang felda untuk membantu kita menang. Itulah sebabnya, dalam setiap pilihanraya umum, undi felda menyumbang kepada banyak kerusi parlimen kepada UMNO.

Atau pada tanggapan mereka, skendel2 ini semua ciptaan pembangkang dan orang yang anti Najib. Bahkan, pengurus Felda Tersang mengatakan bahawa masaalah yang dihadapi oleh peneroka felda tersang ialah kerana parlimen raub sudah ditakloki oleh DAP. Maka, jika DAP yang mengepalai pemerintahan di Malaysia, musibah yang dialami oleh peneroka felda akan merebak keseluruh tanah air.

Kita hanya perlu berhenti sejenak dan memikir apa musibah nya? Harga buah sawit, masaalah penyata pendapatan dan kos? Masaalah pembayaran yang dilewatkan? Kadar perahan? Elaun sara hidup yang tidak cukup? Masalah jenerasi ke2?

Semua masaalah ini tdak ada kaitan dengan DAP atau parti pembangkang. Semua masaalah ini ada kaitan dengan pemerintah masa ini iaitu UMNO. Musibah yang melanda semua orang termasuk peneroka, adalah hasil perbuatan kerajaan Najib Tun Razak.

masaalah nya, orang Felda gagal melihat, bahawa semua kita berdepan dengan masaalah yang sama iaitu diperintah oleh rejim kleptocracy. Dunia orang Felda akan hancur berkecai jika kita tidak sama2 membetulkan keadaan. Tidak lama lagi, akan tidak ada masa depan untuk anak2 dan cucu peneroka felda.

Bukan sahaja perjuangan orang Felda perjuangan kita juga, perjuangan orang umum adalah untuk kepentingan orang felda menyertainya.

comments:
Anonymous,
Selamat pagi Dato...memang benar apa yang nukilkan di sini...orang Felda ni kebanyakannya tak mampu melihat keadaan di luar tempurung Felda. Kebanyakan masyarakat Felda terdiri dari mereka yang berpendidikan rendah atau tiada kelulusan akademik...hatta ada yg masih buta huruf...generasi kedua yg lahir di Felda pun masih bergantung harap pada kerajaan...kalau dikatakan Felda adalah kubu terakhir BN memang patut...tahap pemikiran kebanyakan mereka yang rendah itu menghalang mereka bertindak di luar norma yakni menolak klepek pemerintah.. walau apa pun yg terjadi mereka tetap menyokong BN...UMNO..mereka jugak tak peduli sekiranya anak2 generasi kedua mewarisi hutang rm ratusan
ribu akibat dari pengurusan Felda yang memeras keringat mereka kerana mereka tak peduli...bahkan masuk ladang pun sekarang pun tidak ...semuanya diurus oleh pekerja bangla dan indonesia...rungutan peneroka sekadar berkisar atas ladang semak ..tepi jalan aje yg terang....baja tak ditabur serata..bahkan ada yg dijual semula...kalau macam inilah kebanyakan peneroka mengurus hidup mereka...rasanya sukar pihak pembangkang mendapat undi mereka...kena tunggu generasi ke 3 yg akan sedar...

Felda rugi: Najib, Umno kena tarik balik ucapan dasar PAU
bloglist-malaysia.blogspot
wrlr.blogspot
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR
MALAYSIA DATELINE

Mahfuz Omar
Krisis yang melanda Felda hari ini sangat bertentangan dengan ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016, kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
"Najib cuba menimbulkan ketakutan bangsa Melayu kononnya jika Umno BN kalah PRU14 ini maka DAP yang akan menerajui kerajaan Malaysia dan Cina DAP yang akan jadi Perdana Menteri.
"Bila Cina DAP jadi PM dan terajui kerajaan Malaysia maka habis semua institusi Melayu dan Islam akan ditutup termasuk agensi-agensi seperti Felda akan ditutup.
"Ternyata ucapan tersebut adalah satu 'kurafat' yang ditanam untuk memperbodohkan bangsa Melayu khususnya ahli Umno sedangkan apa yang berlaku kini terhadap Felda adalah kerana ketidakcekapan mengurus," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, Felda yang berada dalam keadaan tenat serta tidak setabil dan saham Felda Global Venture Holdings Bhd (FGVH) yang jatuh ke paras rendah menimbulkan kerisauan peneroka dan rakyat tentang krisis pengurusan kewangan Felda.
Ini katanya, ditambah lagi dengan pembelian 37 peratus saham Syarikat Eagle High Plantations (EHP) yang dimiliki PT Rajawali Capita dengan kadar harga dua hingga tiga kali ganda melebihi harga pasaran.
Pembelian Felda ini menggunakan syarikat khas milik penuh Felda iaitu FIC Properties Sdn Bhd (FICP).
"Pembelian saham EHP dengan kadar harga yang tinggi tidak menjadikan FICP sebagai pemegang saham yang mempunyai kuasa pemutus atau kuasa pengawal dalam pengurusan EHP kerana majoriti saham EHP tetap dipegang PT Rajawali Capita walaupun FICP memiliki 37 peratus saham syarikat itu.
Mahfuz mempersoal jenis plan perniagaan yang dilakukan oleh Felda apabila pembayaran RM2.26 bilion hanya sekadar menjadikan FICP pemegang saham minoriti (minoriti share holder) yang besar dalam kalangan pemegang saham minoriti dan tidak memiliki kuasa untuk pengawal pengurusan.
"Sepatutnya FICP hanya perlu membayar pada harga RM826 juta sahaja. Apa yang berlaku FICP membayar 173% atau RM1.43 bilion, lebih dari harga sebenar.
"Adakah titik akhir RM1.43 bilion berakhir dalam akaun peribadi Malaysian Official One (MO1) sebagai 'derma' dari Felda?
"Kebimbangan dan kerisauan warga Felda dan rakyat Malaysia sekarang ialah apakah ini skandal 1MDB part 2 yang akan meranap ekonomi Malaysia".
"Di samping itu EHP juga terkenal sebagai sebuah syarikat perladangan yang gagal menjual stok sahamnya sejak Julai 2012," jelasnya.
Justeru kata Mahfuz, tindakan menyalahkan bangsa Cina dan DAP atas perbuatan jenayah yang dilakukan pimpinan Umno adalah satu perbuatan yang memalukan bangsa Melayu dan umat Islam.
"Adakah Najib sedar bahawa reputasi beliau sebagai perdana menteri akan rosak, selain menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada peneroka Felda yang dipujuk untuk melabur dalam saham FGVH?
"Tindakan perwakilan Umno bersama ahli Majlis Tertinggi meluluskan dan menerima ucapan dasar Najib dengan tepukan gemuruh suatu tindakan yang bodoh dan merelakan diri diperbodohkan oleh Najib.
"Ternyata sebelum Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan BN tumbang pada PRU14 nanti, Felda yang menjadi tulang belakang 'institusi kebanggaan bangsa Melayu' terlebih dahulu sedang dirobohkan oleh Umno bersama Najib," katanya.
Beliau mencadangkan Umno mengadakan sidang khas untuk membawa usul bagi menarik balik kelulusan dan penerimaan ucapan dasar dan membawa usul baharu menolak ucapan dasar tersebut.
"Apa yang sedang berlaku pada Felda pada hari ini mewajar dan mewajibkan untuk seluruh rakyat khususnya bangsa Melayu menolak Umno BN pada PRU14 demi menyelamatkan kelangsungan kuasa politik Melayu yang bermaruah, beretika dan beramanah bagi menegakkan kerajaan 'Malaysia Baru' tanpa Umno BN," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jan 3, 2017 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



RedONE Tunggu Lampu Hijau Taja Red Warriors

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi RedONE hanya menunggu lampu hijau daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menaja skuad The Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Ketua Pegawai Pemasaran RedONE Malaysia, Ben Teh berkata pihaknya masih kekal dengan keputusan menaja pasukan Kelantan seperti yang diluahkan sebelum ini.

"Keputusan kini terletak sepenuhnya di tangan persatuan itu yang dijangka mengumumkan nasib skuad berkenaan Jumaat ini. Apa yang kami boleh buat waktu ini hanyalah menunggu keputusan KAFA," katanya tanpa mendedahkan jumlah penajaan itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan penajaan kepada pasukan Serdang BC dan Bangsar Hawk BC untuk mengharungi saingan badminton SS Purple League di ibu pejabat syarikat itu, di Puchong, dekat sini.

RedONE sebelum ini telah menyatakan hasrat menaja skuad The Red Warriors bagi membantu mengatasi kemelut kewangan yang sedang dihadapi KAFA.
Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang perjanjian dibuat antara kedua-dua pihak.

KAFA dilaporkan berhasrat menarik diri daripada saingan Liga-M 2017 selepas gagal mendapatkan penajaan untuk menampung perbelanjaan pasukan yang mencecah RM15 juta kerana hanya mempunyai RM800,000 hasil sumbangan penaja kecil.

Bagaimanapun, hasrat itu ditentang bekas presidennya, Tan Sri Annuar Musa yang bercadang mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi KAFA bagi membincangkan perkara berkenaan.

Pada Isnin, kerajaan Kelantan menyatakan kesediaan menghulurkan bantuan kepada KAFA untuk memastikan skuad The Red Warriors terus kekal beraksi dalam saingan Liga-M.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dipetik sebagai berkata kerajaan negeri akan memperincikan bentuk bantuan yang akan disalurkan kelak.

KAFA dijangka memutuskan sama ada kekal atau menarik diri daripada menyertai Liga-M pada Jumaat ini, iaitu hari terakhir pendaftaran pemain untuk liga itu. - BERNAMA

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, December 26, 2016 11:35 PM
Subject: Fw: Pelbagai Berita

"Kita Ada Persamaan Dari Segi Warna Merah" - Red One Tawar Jadi Penaja Utama TRW
siakapkeli.my

Syarikat telekomunikasi Red One Network Sdn Bhd hari ini tampil menyatakan hasrat untuk menjadi penaja utama The Red Warriors selepas tiada penaja besar yang berani menghulurkan bantuan kepada kelab bola sepak Kelantan itu.

Red One yang juga merupakan penaja Kelantan sejak 2015 membayangkan kesediaannya unutk terus menyumbang bagi memastikan pasukan itu terus dapat bersaing dalam liga domestik itu.

Menurut Ketua Pemasaran, Ben Teh, kali ini pihaknya berhasrat menjadi penaja utama selepas dua musim mengikat kontrak selaku penaja bersama pasukan terbabit. Bagaimanapun, beliau enggan memberi perincian tentang tajaan itu namun difahamkan ia bakal melibatkan nilai jutaan ringgit.

"Kita lihat Kafa dalam situasi sukar sekarang dan mereka ada bertanya sama ada red One hendak kekal jadi penaja atau tidak. Saya rasa hendak taja itu tidak jadi masalah, kita ada persamaan dari segi warna (merah) dan kita sudah dua tahun bersama Kafa.

"Setakat ini, belum ada perbincangan rasmi dengan Kafa tetapi kita bersedia berbincang lebih lanjut, bagaimana red One boleh bantu Kafa pada musim depan," katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.

"Saya rasa kalau red One betul-betul jadi penaja utama, saya percaya Kelantan akan menjadi sebuah pasukan yang kembali disegani. Di red One, kita mempunyai prinsip apabila berjanji, kita akan tunaikan.

"Sepanjang dua tahun penajaan, kita menjelaskan semua sumbangan dalam bentuk kewangan kepada Kafa, tidak pernah berhutang dan kita akan meneruskan prinsip ini sebaik mungkin," katanya.

Tambahnya lagi, nilai tajaan bukanlah menjadi persoalan kerana apa yang penting kedua-dua pihak mendapat keuntungan bersama di sebalik penajaan tersebut.

"Bagi saya, penajaan untuk sukan, bukan kita yang kena tentukan sama ada pasukan itu perlu menang atau tidak, itu adalah urusan mereka. Tujuan kita menyokong adalah untuk mendapatkan publisiti, kalau taja untuk menang, lebih baik kita taja pasukan juara sahaja," katanya.

TRW digesa tidak tarik diri Liga M

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KOTA BHARU: Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan menggesa Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) supaya tidak menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia (Liga M) 2017.

Penyelaras badan itu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Kafa tidak boleh membuat keputusan itu memandangkan bola sepak adalah sukan milik rakyat Kelantan.

Katanya, masalah yang wujud itu boleh diselesaikan terutama membabitkan sumber kewangan.

Jelasnya, pihaknya akan melancarkan tabung dana penyelamat bola sepak Kelantan.

Katanya yang juga Anggota Parlimen Kota Bharu, tabung itu diharap dapat memulihkan kewangan Kafa.

Takiyuddin berkata, beliau berharap jika setiap orang rakyat menyumbang RM10 agar dapat mengurangkan bebanan ditanggung.

"Selain itu, kita juga akan berjumpa dengan tokoh korporat yang berasal dari Kelantan dan berada di luar negeri ini untuk membincangkan hal ini.

"Saya harap mereka dapat membantu pasukan The Red Warriors (TRW) untuk meneruskan saingan dalam Liga M musim depan," ujarnya.

Takiyuddin berkata demikian pada sidang medianya semalam.

Sebuah akhbar harian Jumaat lalu melaporkan Kafa menerusi Naib Presidennya, Datuk Rosmadi Ismail berkata, pihaknya berdepan dengan kekangan kewangan yang serius. – HARAKAHDAILY 20/12/2016

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, December 19, 2016 11:00 PM
Subject: Fw: Kelantan Tarik Diri Dari Liga M Musim 2017

Kelantan Tarik Diri Dari Liga M Musim 2017

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memutuskan untuk menarik diri kerana tidak mampu menyediakan dana yang mencukupi untuk pengurusan skuad Kelantan dalam menghadapi saingan Liga M musim 2017.

Setiausaha KAFA , Datuk Ismail Md Noor, berkata mesyuarat khas exco KAFA yang diadakan malam kelmarin sudah mengambil kata sepakat bahawa Kelantan sudah tidak mampu dan terpaksa menarik diri pada musim hadapan.

Bagaimanapun katanya, keputusan terakhir akan dibuat menerusi kongres luar biasa yang diadakan pada 29 Disember nanti sekiranya berlaku keajaiban hingga mengubah keputusan asal.

"Keputusan untuk menarik diri dibuat selepas mendengar taklimat terperinci dari bendahari KAFA kerana sehingga kini kita masih gagal mendapat tajaan mana-mana pihak.

"Usaha berterusan sudah dilakukan oleh KAFA bagi mencari dana kewangan setakat ini masih gagal dan menemui jalan buntu. Kita hanya mampu meneruskan Liga M sekiranya ada penyelamat hadir pada saat-saat terakhir," katanya ketika dihubungi.

Datuk Ismail berkata, KAFA memerlukan minima RM3 juta untuk menubuhkan pasukan dan RM12 juta lagi bagi kos pembiayaan mengurus pasukan sepanjang tahun. "Ini ini akan dibahaskan dalam kongres luar biasa dalam menentukan penyertaan Kelantan pada Liga M," katanya.

Terdahulu, Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah mengumumkan pihaknya akan mengadakan Kongres Luar Biasa pada 29 Disember ini bagi membuat keputusan muktamad mengenai kedudukan pasukan itu dalam Liga M, musim depan.

Katanya, kemampuan KAFA menyertai liga M bergantung kepada setakat mana jumlah penajaan dan kewangan bagi kos pengurusan pasukan dan setakat ini pihaknya hanya memperoleh RM800,000. – Berita Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 4, 2017 6:07 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Memang sah syarikat yang curi elektrik adalah milik Jamal Yunos
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

FAKTA mahkamah menunjukkan bahawa sebuah syarikat bernama Jamal Jaya Holding Sdn Bhd telah mengubahsuai meter elektrik milik Tenaga Nasional Berhad, TNB dalam bahasa lainnya syarikat itu telah mencuri elektrik sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM82,095.06 kepada TNB.

Aku dapat maklumat ni dari page Friends of Selangor, aku ada tulis dalam artikel sebelum ini:

Hasil carian aku di internet, aku berjaya menemui dokumen mahkamah tersebut. Dokumen mahkamah setebal 25 muka surat itu menceritakan secara terperinci bagaimana syarikat Jamal Jaya Holding Sdn Bhd yang menyewa di sebuah premis/ kilang beralamat di No 19, Jalan 9/118B, Desa Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur telah melakukan pengubahsuaian meter elektrik (curi elektrik).

Gara-gara syarikat Jamal Jaya Holding Sdn Bhd ini mencuri elektrik, tuan punya bangunan terpaksa naik turun mahkamah untuk menjawab tuntutan TNB.

Persoalannya sekarang, siapakah pemilik Syarikat Jamal Jaya Holding Sdn Bhd ini?

Hasil carian aku di internet dengan bantuan admin MiLo SuaM, aku jumpa dua bukti bahawa syarikat itu adalah milik Jamal Jamban atau nama sebenarnya Datuk Jamal Yunos, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

Bukti pertama ialah laporan dari portal Berita Harian, yang menunjukkan bahawa resort dan hotel milik Jamal Jamban, iaitu Sekin Fisherman Village Hotel & Resort berniaga di bawah syarikat Jamal Jaya Holding Sdn Bhd.

Bukti kedua pula, dari blog milik Jamal Jamban sendiri. Dalam salah satu artikel yang memuji-muji dirinya Jamal sendiri mengakui bahawa
Jamal Jaya Holding Sdn Bhd adalah miliknya.

Kesimpulan yang aku dapat di sini ialah — Memang sah syarikat yang curi elektrik itu adalah milik Jamal Jamban. Nampaknya Jamal Jamban bukan sahaja pandai mengemis dedak dari Najib, malah pandai juga mencuri, sampaikan bekalan elektrik pun dia nak curi, patutlah kaya.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/memang-sah-syarikat-yang-curi-elektrik.html#ixzz4Un11M49x

Syarikat milik Jamal Jamban didakwa curi elektrik TNB pulak
bloglist-malaysia.blogspotmilosuam.net

SYARIKAT milik Datuk Jamal Yunos (Jamal Jamban), Ketua Umno Sungai Besar didakwa mencuri elektrik milik Tenaga Nasional Berhad, TNB dengan cara mengubahsuai meter tenaga epektrik di premis yang diduduki oleh syarikat itu.

Sebuah laman facebook, Friends of Selangor yang menyiarkan dakwaan itu mendakwa TNB terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM82,092.06 akibat kecurian elektrik yang dilakukan oleh syarikat Jamal Jaya Holding Sdn Bhd yang didakwa merupakan syarikat milik Jamal Jamban.

Maklumat itu dakwanya merupakan fakta dalam kes mahkamah.

"Ni fakta dalam kes mahkamah, bukan petik dari langit ye," tulis pengendali laman facebook tersebut.

Hotel milik Jamal Jamban baru-baru ini telah disita oleh pihak berkuasa kerana beroperasi lebih 5 tahun tanpa lesen, makala struktur binaan resort miliknya pula dirobohkan kerana dibina atas tanah haram.

Sebelum itu Jamal mendakwa restoran Sekinchan Ikan Bakar miliknya jatuh bangkrap akibat tindakannya menentang himpunan Bersih.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/12/syarikat-milik-jamal-jamban-didakwa.html#ixzz4UKh1qgs6

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 4, 2017 6:07 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pemandu Myvi dikejar 7 kereta polis

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

 

Petrajaya: Bagaikan adegan filem 'Fast & Furious', seorang lelaki dan wanita gigih melarikan diri dari ditahan polis gara-gara tidak memiliki lesen memandu dalam kejadian di Taman Lebunda, di sini, semalam.

Suspek yang memandu kereta jenis Perodua Myvi berwarna kelabu itu dikejar oleh anggota Unit Peronda Polis (MPV) kira-kira jam 4 petang selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan di Jalan Abdul Rahman Yaakub.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, ketika pihak polis cuba menahannya, suspek lelaki yang berusia 22 tahun itu tidak mengendahkan arahan dan terus memecut melarikan diri.

Ekoran itu, sebanyaki tujuh buah kereta peronda terpaksa mengejar suspek selama lebih dua jam. Bagaimanapun, suspek akhirnya memasuki jalan mati di Taman Lebunda dan terpaksa menyerah diri.

"Pemeriksaan mendapati, suspek enggan memberhentikan keretanya kerana bimbang ditahan polis kerana tidak memiliki lesen memandu," katanya.

Difahamkan, suspek turut melanggar tiga buah kenderaan lain ketika di dalam cubaan melarikan diri.

Kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Gita untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

– Mynewshub -kualalumpurpost

 

POLIS TAHAN DATIN DISYAKI DERA PEMBANTU RUMAH
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

NASIB PEMBANTU RUMAH TANGGA DI NEGRI ORANG (Harap Baca Sampai Selesai)
Baru Dua Minggu Bekerja, Suyanti Disiksa dan Disebut Binatang Oleh Majikanya ( yg bergelar Datin/istri Datoek)

Kuala Lumpur, LiputanBMI.com - Seorang tenaga kerja Indonesia (TKI) kembali mengalami penyiksaan di Malaysia. TKI asal Medan Sumatera Utara berusia 19 tahun yang diketahui bernama Suyanti itu kini diamankan di Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur.

Duta besar republik Indonesia untuk Malaysia Herman Prayitno mengatakan, staf kedubes sudah menghubungi polisi serta mengunjungi Suyanti yang sedang dirawat di University Malaya Medical Centre (UMMC).

"Setelah keluar dari rumah sakit, dia akan tinggal di kedutaan sambil menunggu kasus ini (untuk diselidiki). Majikan tidak seharusnya memperlakukan pembantunya seperti itu. Saya berharap bahwa pelaku dapat dibawa ke pengadilan dan mempertanggungjawabkan perbuatannya," katanya, seperti dilansir The Star, Sabtu (24/12/2016).

Pejabat kepolisian Selangor Fadzil Ahmad menyatakan majikan Suyanti telah ditahan. Namun, perempuan berusia 43 tahun itu menolak untuk berbicara kepada polisi. Perintah penahanan terhadap pelaku hingga Rabu 28 Desember 2016 sudah berhasil diperoleh pihak kepolisian.

"Korban berada dalam kondisi stabil. Saya berharap masyarakat tidak berspekulasi atas kasus tersebut," ucap pejabat kepolisian Petaling Jaya Mohd Ali Thamby.

Sementara itu, Suyanti mengaku baru dua pekan bekerja di rumah majikannya. Ia juga mengaku sering ditampar, dipukuli, dan dimaki dengan sebutan binatang.

"Saya tidak diizinkan mandi dan hanya boleh makan satu kali dalam satu hari. Saya berharap suatu hari majikan saya mengubah perilakunya. Namun, saya kehilangan kesabaran. Saya memanjat tangga dekat pagar rumah dan melompat keluar. Saya berlari sekencang-kencangnya hingga jatuh karena kelelahan," tutur Suyanti.

Satuan pengamanan (SATPAM) menemukan Suyanti tak sadarkan diri dalam selokan di Mutiara Damansara pada Rabu 21 Desember 2016. Kabar mengenai penyiksaan terhadap TKW Indonesia itu langsung menyebar dengan cepat di media sosial. Sang majikan yang belum diketahui namanya itu kemudian menyerahkan diri sekira pukul 22.30 malam waktu setempat.

Add and Follow TheDead OneMilli OnLove
NB: Berita malaysia nya:::
-----------------------
POLIS TAHAN DATIN DISYAKI DERA PEMBANTU RUMAH
Petaling Jaya, 22 Disember 2016 - Polis menahan wanita dipercayai majikan yang mendera pembantu rumah warga Indonesia yang ditemui terbaring dalam keadaan cedera di Damansara, di sini, malam tadi.

Difahamkan, suspek wanita berusia 43 tahun itu dipercayai bergelar 'Datin' ditahan apabila tampil ke Balai Polis Damansara, di sini, kira-kira jam 12 tengah malam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Mohd Ali Thamby ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek terbabit.
"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi proses permohonan reman, hari ini.

"Siasatan lanjut berhubung kejadian ini akan dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, mangsa iaitu seorang remaja wanita berusia 19 tahun, ditemui seorang pengawal keselamatan di Jalan PJU 7/30, yang kemudian memaklumkan kepada seorang wanita yang juga penduduk di kawasan berhampiran.

Mangsa kemudian dibawa wanita terbabit ke klinik berhampiran sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, jam 1.44 tengahari, hari sama.
Difahamkan, mangsa kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kecederaan di kedua-dua mata, belakang dan dalaman selepas mendakwa dipukul majikannya menggunakan alatan tajam serta tumpul.
-----------
Amah Didera, Ditinggalkan Terbaring Tepi Longkang
Sudahlah didera hingga lebam satu muka, seorang pembantu rumah dibiarkan terbaring di tepi longkang di sebuah kawasan perumahan di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Remaja perempuan berusia 19 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan cedera parah oleh pengawal keselamatan di Jalan PJU 7/30 kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mangsa dibawa ke klinik berdekatan oleh seorang wanita yang juga penduduk di kawasan berhampiran.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa mendakwa didera majikannya yang tinggal di satu unit kediaman di kawasan dia ditemui.

"Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut susulan kecederaannya yang agak serius.

Sementara itu, wanita yang membantu mangsa dikenali sebagai Puan Tai berkata mengetahui kejadian tersebut melalui pembantu rumahnya.

Menurutnya, terkejut melihat keadaan mangsa yang cedera teruk di muka, telinga, leher dan belakang badannya dipenuhi darah sebelum membawa mangsa ke klinik dan membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara.

Difahamkan, majikan yang mendera mangsa sudah dikenal pasti dan ditahan reman untuk siasatan lanjut

UPDATE SELANJUT NYA.............
Kronologi Penyiksaan yang Dialami Suyanti, TKW di Malaysia.

JAKARTA – Seorang TKW asal Sumatera Utara mengalami penyiksaan di Malaysia oleh majikannya. Suyanti ditemukan oleh Satpam setempat, Rabu (21/12/2016) dan kasus ini sudah dilaporkan kepada Kepolisian Di Raja Malaysia (PDRM).

Berikut kronologi kasus yang dihimpun Migrant Care berdasarkan KBRI Kuala Lumpur :

1.Pada Rabu 21 Desember 2016 sekitar pukul 12 siang, KBRI memperoleh informasi mengenai penemuan seorang TKI dalam keadaan tidak sadarkan diri di dekat selokan di Jalan PJU 3/10 Mutiara Damansara, Petailing Jaya, Malaysia.

2.Setelah menerima laporan tersebut, KBRI segera merujuk yang bersangkutan ke Rumah Sakit Pusat Perubatan Universiti Malaysia (RS PPUM) untuk mendapatkan perawatan intensif. KBRI juga telah melaporkan kejadian tersebut kepada Kepolisian Malaysia dan berdasarkan laporan tersebut majikan pelaku penyiksaan telah ditahan oleh Polisi Di Raja Malaysia (PDRM).

3.Dari hasil penelusuran KBRI, diketahui bahwa TKI korban penyiksaan bernama Suyanti binti Sutrino, umur 19 tahun, berasal dari Kisaran, Sumatera Utara. Saat dibawa ke Rumah Sakit Suyanti dalam keadaan luka sekujur tubuhnya dan lebam kedua matanya karena penyiksaan. Selama berada di Rumah Sakit, Satgas Perlindungan WNI KBRI Kuala Lumpur terus memberikan pendampingan.

3.Berdasarkan informasi dari Suyanti, dirinya masuk ke Malaysia pada tanggal 7 Desember 2016 melalui Tanjung Balai-Port Klang. Sesampainya di Port Klang, yang bersangkutan dijemput oleh seorang agen atas nama Ruby.

4.Pada 8 Desember 2016, yang bersangkutan diantarkan ke rumah majikan, seorang wanita. Seminggu setelah bekerja, majikan mulai melakukan penyiksaan fisik terhadap Suyanti. Puncaknya pada 21 Desember 2016, Suyanti lari dari rumah majikan setelah diancam dengan pisau besar oleh majikan perempuannya.

5. Pada 25 Desember 2016, Suyanti diijinkan untuk meninggalkan Rumah Sakit dan ditampung di penampungan KBRI. Untuk beberapa waktu ke depan Suyanti masih harus menjalani rawat jalan. Suyanti sudah berkesempatan berbicara dengan keluarganya di Medan melalui telepon.

6. Pada 25 Desember 2016 diperoleh informasi bahwa pelaku telah dibebaskan dengan jaminan.

7. KBRI telah mengirimkan nota kepada Kemlu Malaysia guna menyampaikan protes serta keprihatinan mendalam atas kejadian tersebut dan sekaligus meminta agar pelaku diberikan hukuman yang setimpal sesuai hukum Malaysia.

(asr)
Sumber: Era Baru Epoch Times

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 4, 2017 6:08 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KETIKA PEMIMPIN KITA SEDANG BERCUTI DI LUAR NEGARA, INILAH NASIB SEGELINTIR RAKYAT KITA
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Ketika Rakyat Bergelut Dengan Kenaikkan Kos Sara Hidup.. Menteri Raikan Tahun Baru di Las Vegas..
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Ketika penduduk di Malaysia sedang berdepan banjir di beberapa negeri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman dengan gembiranya menyambut tahun baharu 2017 di pusat perjudian Las Vegas.

Pendedahan tersebut dibuat dalam media sosial yang viral dengan bukti gambar di laman Instagram memaparkan Azalina dalam sebuah kelab judi di Las Vegas.

Las Vegas terkenal dengan pusat perjudian terbesar di dunia.

Gambar yang dimuatturun oleh Azalina itu kini viral di laman sosial seperti WhatsApp dan Facebook.

Azalina dikecam oleh netizen sebagai tidak prihatin kerana bergambar di pusat judi walaupun dia seorang menteri yang beragama Islam selain dikritik kerana menyambut tahun baru di luar negara di saat rakyat sedang bergelut dengan masalah kenaikan kos sara hidup.

Ini bukan kali pertama insiden tidak prihatin ini berlaku, sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga membuat tindakan sama apabila bergembira bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang juga mengundang kemarahan rakyat.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang juga penyokong setia kepada Najib yang sentiasa membelanya dalam isu 1MDB dan salah guna kuasa lapor TMM

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 4, 2017 6:08 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



10 Orang Melecur Terkena Letupan Bunga Api Semasa Sambutan Tahun Baharu Di Klang
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Seramai 10 orang melecur akibat terkena letupan bunga api di majlis sambutan tahun baharu di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang malam tadi.

Difahamkan kejadian dipercayai berpunca apabila bunga api yang digunakan meletup sebelum ia berada di udara dan mengenai mereka yang berhampiran.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata tiga mangsa melecur teruk manakala tujuh yang lain melecur ringan di kaki.

"Yang melecur ringan diberi rawatan oleh pasukan perubatan di tempat kejadian sementara yang melecur teruk dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut," katanya. - BERNAMA

Isu 'Dragon Breath': KKM Keluar Kenyataan Akhbar Isu Penggunaan Cecair Nitrogen Dalam Makanan
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 19 Dis - Susulan isu 'Dragon Breath' yang dikatakan mendatangkan pada tangan salah seorang pengguna, Kementeiran Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini tampil mengeluarkan kenyataan akhbar berkenaan isu penggunaan cecair nitrogen dalam makanan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi laman web kpkesihatan.com.

Menurut kenyataan itu, cecair nitrogen perlu digunakan pada tahap bersesuaian bagi mencapai tujuan yang dimaksudkan, iaitu untuk membekukan produk.

"Pada amnya, selepas pembekuan produk makanan, cecair nitrogen akan meruap dengan cepat menjadi gas dan tidak kekal di dalam produk makanan siap.

"Oleh itu isu keselamatan makanan berhubung makanan yang dihasilkan atau disediakan menggunakan cecair nitrogen tidak timbul.", kata kenyataan tersebut.

Selain itu, kenyataan itu juga turut berkata pengguna, pengeluar atau penyedia makanan perlu memastikan makanan yang menggunakan cecair itu meruap sepenuhnya bagi tujuan keselamatan.

"Bagi tujuan keselamatan pengguna, pengeluar atau penyedia makanan yang menggunakan cecair nitrogen dalam produk makanan yang dihasilkan perlu memastikan cecair nitrogen dalam produk makanan tersebut telah meruap sepenuhnya sebelum dijual kepada pengguna untuk mengelakkan melecur (cryogenic burn) atau radang dingin (frostbite)", tulisnya.

Berikut adalah penulisan penuh dari kenyataan terbabit.

Kenyataan Akhbar KPK 19 Disember 2016 – Isu Penggunaan Cecair Nitrogen Dalam Makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar New Straits Times online bertarikh 18 Disember 2016 bertajuk "Beware of the Dragon Breath cookie: Nitrogen liquid used not suitable for consumption, it burns too" dan akhbar Harian Metro pada 19 Disember 2016 bertajuk "Biskut asap beracun".

Perkara ini juga telah dilaporkan di laman sesawang Astro Awani pada 19 Disember 2016. Ia berhubung aduan mengenai penggunaan cecair nitrogen dalam makanan yang telah menyebabkan kecederaan pada tangan salah seorang pengguna.

Cecair nitrogen adalah merupakan gas nitrogen tidak berbahaya yang telah disejukkan ke suhu yang sangat rendah (-196°C) sehingga ia menjadi cecair. Cecair nitrogen digunakan dalam banyak aplikasi industri makanan seperti penyejukan serta-merta ais dan dalam pembuatan ais krim.

Cecair nitrogen juga digunakan dalam pembekuan serta-merta (flash freezing) makanan termasuk biskut untuk memberikan tekstur berkabus (fog like texture) di mana ia menghasilkan novelty kepada pengguna apabila asap dihembus keluar semasa makan.

KKM ingin menegaskan bahawa cecair nitrogen harus digunakan pada tahap yang bersesuaian bagi mencapai tujuan yang dimaksudkan, iaitu untuk membekukan produk.

Pada amnya, selepas pembekuan produk makanan, cecair nitrogen akan meruap dengan cepat menjadi gas dan tidak kekal di dalam produk makanan siap.

Oleh itu isu keselamatan makanan berhubung makanan yang dihasilkan atau disediakan menggunakan cecair nitrogen tidak timbul.

Bagi tujuan keselamatan pengguna, pengeluar atau penyedia makanan yang menggunakan cecair nitrogen dalam produk makanan yang dihasilkan perlu memastikan cecair nitrogen dalam produk makanan tersebut telah meruap sepenuhnya sebelum dijual kepada pengguna untuk mengelakkan melecur (cryogenic burn) atau radang dingin (frostbite). KKM berharap penyedia makanan dan pengguna mengambil perhatian ke atas perkara ini.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna.

Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM.

Sumber: kpkesihatan.com

Melecur Tapak Tangan Dan Pedih Tekak Selepas Makan Biskut Berasap(Dragon Breath)
siakapkeli.my

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun melecur tapak tangan dan mengadu rasa pedih di bahagian tekaknya selepas makan biskut yang mengeluarkan asap apabila dimakan atau nama 'Dragon Breath', lapor Astro Awani.

Menurut mangsa, Mohd Aiman Mohd Ridwan berkata, dia masih menahan pedih di bahagian tekaknya walaupun sudah lebih 30 jam berlalu selepas dia memakan biskut berjenama 'Dragon Breath' itu.

Kejadian berlaku apabila Ibunya, Nordiana Yaacob, 45, telah membeli biskut berkenaan di sebuah gerai di bazar larut malam Uptown di sini, Jumaat lalu dengan harga RM10 semangkuk.

Dia yang menuang biskut berasap berkenaan atas tangannya sebelum makan menyedari sesuatu yang pelik apabila tapak tangannya terasa pedih apabila terkena cecair 'biskut berasap' itu.

Selepas itu beliau mendapati tapak tangannya kelihatan seperti melecur di mana terbentuk gelembung air bisa seperti terkena air panas.

"Saya makan biskut yang keempat dan pada masa yang sama bila makan terasa pedih dalam mulut," kata Mohd Aiman.

Persatuan Pengguna Kedah dalam satu kenyataan mengesahkan mereka telah menerima laporan berkenaan.

Menurut mereka pemakanan ini hanyalah satu hiburan kepada anak-anak muda ini kerana ia akan mengeluarkan asap melalui hidung dan mulut apabila makanan tersebut dimasukkan kedalam mulut

"Selepas kejadian yang menimpa remaja tersebut, ramai yang bertanyakan kepada kami mengenai keselamatan makanan ini kepada kanak-kanak dan remaja kerana rata-rata penggemar makanan ini adalah dikalangan mereka."

"Hasil kajian Persatuan Pengguna Kedah mendapati bahawa peniaga menggunakan cecair gas nitrogen untuk memastikan makanan tersebut mengeluarkan asap. Nitrogen sering digunakan untuk membekukan makanan dan minuman. Selain itu ianya digunakan sebagai pengawet sel reproduksi dan menyimpan sampel biologi," jelas mereka.

Pihak Persatuan juga menyatakan jika cecair nitrogen ini digunakan dalam makanan tentunya ia akan cair dalam badan kita dan akan membahayakan kesihatan tubuh badan. Antara kesan keatas tubuh badan adalah

1. Menganggu peraliran darah
2. Kualiti Oksigen dalam badan menurun
3. Kelenjar Tiroid tidak berfungsi dengan baik
4. Risiko Penyakit Kanser
5. Vitamin A berkurangan
6. Membuat perut meledak
7. Mudah sesak nafas

"Laporan seorang remaja di Persatuan Pengguna Kedah yang mendakwa bahawa tangannya telah tersentuh cecair Nitrogen tersebut dan telah menyebabkan dua jarinya mengelembung dan membengkak."

"Ini menunjukkan kesan cecair Nitrogen keatas tubuh manusia. Ini adalah trending anak muda yang tidak sihat," jelas mereka lagi.

Oleh yang demikian, Persatuan Pengguna Kedah membangkitkan isu ini bagi keselamatan makanan pengguna. Pihak kami telah mengajukan perkara ini kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah bagi tindakan lanjut. - Siakapkeli.my

Remaja Melecur Selepas Makan 'Biskut Berasap'

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


KESERONOKAN memakan biskut yang mengeluarkan asap dari mulut mengundang bahaya kepada seorang remaja di Alor Setar, Kedah apabila melecur tapak tangan kanan dan sakit di bahagian tekak selepas menikmati biskut tersebut.

Harian Metro melaporkan, mangsa, Mohd Aiman Mohd Ridzuan, 15, mengalami pedih di bahagian tekak selepas memakan biskut jenama 'Dragon Breath' yang diperolehinya di sebuah gerai di bazar larut malam Uptown pada Jumaat lalu.

Mohd Aiman mendakwa terkena cecair nitrogen yang digunakan dalam penyediaan biskut berasap yang dibelinya dengan harga RM10 semangkuk mengandungi 20 keping biskut.

"Saya makan biskut yang keempat dan pada masa yang sama bila makan terasa pedih dalam mulut," katanya tidak lama kemudian menyedari sesuatu yang pelik apabila tapak tangannya terasa pedih apabila terkena cecair 'biskut berasap' itu.

Dia menyedari tapak tangannya melecur dan mengelembung seperti terkena air panas serta terus membuang biskut tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusoff berkata, setakat ini, pihaknya menerima lima aduan berhubung pengambilan biskut berasap itu yang mendatangkan kesan kepada pengguna termasuk melecur di bahagian lidah ketika makan.

Menurutnya, biskut berasap tersebut menggunakan gas nitrogen untuk mengeluarkan asap dan menjelaskan pengetahuan secara rambang mendapati gas tersebut berbahaya kepada kesihatan.

"Kami akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi," katanya. – MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 4, 2017 6:09 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rakyat Kini 'Diharamkan' Dari Menyemak Jadual Perjalanan Pesawat Rasmi Negara - Apa Yang Takut Sangat Tu?
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Sekarang neh geng-geng cybertroopers BN menyebarkan ini ;

AKTA 237, AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980 menyebut mengenai hak-hak dan keistimewaan anggota pentadbiran kerajaan ( kabinet) dan ahli parlimen.

Di dalamnya termaktub jelas mengenai gaji, elaun keraian, kenderaan rasmi, pinjaman perumahan/ kenderaan, pelantikan pegawai, pengawai keselamatan, bayaran bil rumah dan pejabat parlimen, bercuti dalam & luar negara, tuntutan perjalanan harian dan macam-macam lagi.

Bagi anggota kabinet dari PM hingga Timbalan Menteri kemudahan cuti luar negara mereka layak setahun sekali menggunakan kemudahan itu.

Tiket dan beberapa org anak ditanggung, penginapan, bil tertentu ditanggung kerajaan. Menteri pergi cuti atau tak pergi mereka boleh tuntut kembali kos cuti luar negara sebagai ganti ( Kos paling jauh London- pernah satu ketika pekeliling kerajaan hanya negara Asean paling jauh Laos).

Apatah lagi kalau melibatkan PM dan TPM mereka ada kelayakan tertentu termasuk menaiki pesawat kerajaan. Ia termasuk melindungi keselamatan PM dan keluarganya semasa bercuti.

PM cuti ke tak cuti ke dia tetap seorang PM. Kalau Pakatan memerintah dia pinda tak peraturan dan kelayakan ni?

Kat facebook-facebook page pembangkang, kat group WhatsApp kat Telegram kat forum kat ruangan komen portal berita jenuh geng-geng depa copypaste ulang benda sama.

Jika tak dapat membersihkan imej Najib kotorkanlah imej pembangkang juga. Tanamkan persepsi biar rakyat ingat wakil rakyat BN ke pembangkang ke sama saja perangai.

Inilah motif mereka. Strategi nak mengaitkan pembangkang. Seterusnya buat rakyat terfikir untuk salahkan pembangkang balik.

Sebenarnya aku tak pasti sangat betul ke tidak wujudnya peruntukan khas yang mana menteri-menteri boleh bercuti menggunakan pesawat rasmi kerajaan. Sebab jika benar wujudnya peruntukan tersebut kenapa secara tiba-tiba orang biasa tak boleh jejak penerbangan 9M-NAA? Takan kebetulan kot?

Menurut laporan dari portal Suara Rakyat, jadual penerbangan yang babitkan pesawat 9M-NAA kini tidak boleh diakses secara terbuka seperti dahulu. Ianya kini dirahsiakan. Permintaan untuk merahsiakan jadual penerbangan datangnya dari pemilik pesawat berdasarkan kepada keterangan di atas. Nampak tak?

Satu lagi jika betul sekalipun peruntukan khas tu wujud, Najib dan Rosmah berhak guna pesawat rasmi untuk bercuti kenapa perlu gunakan peruntukan tersebut dikala Najib potong pelbagai jenis subsidi eh?

Subsidi untuk rakyat dipotong sebab alasannya > kerajaan takde duit?

Dah tu banyak pula duit kami nak menanggung korang bercuti?

Kan bagus kalau benda yang tak penting macam bab2 percutian neh kau potong terlebih dahulu sebelum usik hak yang babitkan kepentingan rakyat. Lagipun Najib kaya la wei. Tak perlu rakyat tanggung percutian dia. Dia lebih dari mampu untuk bawa dirinya bercuti ke masa sahaja. Duit peribadi dia kan. Lantakla dia nak belanja untuk apa. Tapi sekarang dia babitkan duit rakyat. Suruh orang jimat cermat hadap GST hadap keadaan ekonomi yang semakin meruncing, potong subsidi sana potong subsidi sini, macam-macam benda dia mahsuh, harga petrol dinaikkan, peruntukan untuk pelbagai kementerian kena potong tapi dia tak POTONG PULA BAJET UNTUK PERCUTIAN DIA? Kan itu hal peribadi? Jika dia menteri prihatin mestila dia awal2 potong benda2 sebegini yang terbukti hanya membabitkan kegembiraan dirinya sahaja. Bukan boleh mati kalau bercuti guna duit sendiri. Sakai betul.

Dah nampak dah mentaliti Najib neh macam mana.

Dia akan cantas apa sahaja bajet, peruntukan, subsidi yang babitkan hal rakyat.

Jangan harap dia nak cantas, kurangkan, tolerate apa-apa elaun yang babitkan diri dia.

Sebaliknya naikkan gaji diri sendiri lagi ada.

Whatthefuckla.

Kenapa la masih ramai yang sokong dia. Sie.

Menteri tak tahu jet kerajaan ke Australia
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau hanya mengetahui mengenai percutian perdana menteri di Australia dan perjalanan pesawat rasmi udara kerajaan yang kebetulan sama di negara itu hari ini.

Bercakap kepada media hari ini Ismail berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kapal terbang Airbus A319 itu.

Disebabkan itu katanya beliau tidak dapat memberi sebarang komen mengenai "kebetulan" membabitkan percutian Datuk Seri Najib Razak dan kapal terbang rasmi berkenaan.

"Hari ini baru saya dengar ni, jadi saya tak tahu," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke Tabika Kemas di Bandar Baru Salak Tinggi.

Lawatan berkenaan adalah sempena permulaan penggal baru persekolahan hari ini.

Ismail yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum itu ditanya mengenai kemungkinan Najib menggunakan pesawat udara rasmi ketika bercuti di luar negara.

Pesawat udara dengan nombor pendaftaran 9M-NAA itu dikatakan berlepas pada jam 12.07 tengah malam dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada 22 Disember dan mendarat di Gold Coast, Australia pada jam 10.06 pagi hari yang sama.

Bagaimanapun pesawat itu hanya berhenti sebentar kerana ia berlepas pula dari Gold Coast pada jam 11.47 pagi dan mendarat di Brisbane pada pukul 12.09 tengah hari.

Tiada penerbangan komersial antara Brisbane dan Gold Coast kerana jaraknya hanya 110 kilometer atau satu jam perjalanan sekiranya memandu kenderaan.

Anak PM muat naik gambar

Kebetulan, selepas pesawat itu singgah di Gold Coast selama satu jam 41 minit sebelum ke Brisbane, anak Najib, Mohd Norashman memuat naik gambarnya di Instagram.

Pada 23 Disember, sehari selepas persinggahan itu, Norashman memuat naik gambar beliau bermain golf di Instagram dan menggunakan tag "#goldcoast".

Keesokan harinya, Norashman memuat naik ke Instagram gambar penguin di taman tema Sea World Gold Coast.

Pada 26 Disember lalu, jet kerajaan Malaysia berlepas dari Brisbane pada 9.11 pagi dan mendarat di Gold Coast pada 9.35 pagi.

Sekali lagi, persinggahan singkat di Gold Coast itu hanya mengambil masa selama dua jam dan 47 minit.

Pesawat itu kemudian terbang ke Gold Coast pada pukul 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang. Pesawat itu kekal berada di sana setakat ini.

Kebetulan sekali lagi, Norashman kemudian mula memuat naik gambar dia di Perth pada Instagramnya.

Pada 28 Disember, Norashman menyiarkan gambar dirinya di dalam bilik sedang bermain gitar elektrik. Posting itu ditandakan sebagai "#Perth".

Keesokan harinya, dia menyiarkan gambar berbasikal dengan rakan-rakan di Perth.

Kemudian pada 30 Disember, Norashman menyiarkan gambarnya bermain golf dengan kapsyen "Cuba untuk tamatkan 2016 dengan bergaya" bersama tag "#perth" dan "#meadowsprings".

Beliau merujuk kepada Meadow Springs Gold & Country Club di Mandurah, yang mengambil masa sejam jika memandu dari Perth.

Norashman turut memuat gambar beliau kembali berbasikal bersama Najib.

Semua data penerbangan adalah berdasarkan kepada laman pengesanan penerbangan Flight Aware.

Sebelum pesawat itu merentasi Australia, Najib menggunakan kapal terbang berkenaan untuk tugas rasmi di Kuantan, Tawau dan Kuching.

Data penerbangan menunjukkan 9M-NAA berlepas dari Kuantan pada 9.22 malam dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 10.30 malam, 17 Disember.

Ini adalah konsisten dengan kehadiran Najib pada makan malam Gabungan Persatuan Cina di Kuantan dan laporanNew Straits Timeskemudian mengesahkan ketibaan Najib di Kuching pada pukul 10.30 malam.

- mkini

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 4, 2017 6:09 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Viral Anak Berpakaian Lusuh ke Sekolah: "Saya Tak Mampu Beli Kelengkapan Sekolah Anak" - Ibu
siakapkeli.my

Foto yang viral di Facebook.

Jasin, 3 Jan - Dikala senyuman dan tangisan manja menghiasi permulaan sesi persekolahan 2017, terselit juga satu kisah sayu seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang mana turut viral di Facebook.

Ibu kepada kanak-kanak terbabit ketika ditemui BH Online berkata dia tidak menyangka perihal anaknya yang berpakaian lusuh ke sebuah sekolah rendah di Ayer Keroh menjadi viral di media sosial itu.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnah; yang juga seorang ibu tunggal; berkata bahawa bukan dia yang bertanggungjawab atas penyebaran foto itu.

Ibu yang berusia 40 tahun itu juga berkata tiga anaknya yang masing-masing berusia 18, 8, dan 7 tahun, hanya memakai pakaian sekolah hasil sumbangan orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan kepada keluarga itu sejak empat tahun lalu.

"Memang benar, pakaian sekolah yang digunakan anak-anak saya empat tahun lepas itulah dipakai bersilih ganti setiap hari sehingga kini dan ia semakin lusuh.

"Saya tidak mampu menyediakan kelengkapan sekolah untuk mereka kerana tidak mampu, malah wang saku juga saya tidak mampu beri," katanya sebagaimana lapor Berita Harian Online.

Sebelum ini, beberapa keping gambar anak bongsu wanita tersebut, Fatimah Zahara, yang hadir ke sesi pendaftaran murid Tahun Satu di sebuah sekolah di Ayer Keroh menjadi viral di Facebook seterusnya mengundang simpati netizen.

Turut difahamkan, wanita terbabit terpaksa bekerja sebagai guru kelas tambahan secara sambilan dengan pendapatan RM50 bagi tempoh dua jam untuk menampung keperluan diri dan keluarga.

"Saya akan mengajar kelas tambahan dari rumah ke rumah jika ada ibu bapa yang mahu dapatkan perkhidmatan saya. Kadang-kala, saya akan ke madrasah untuk mengajar secara percuma," katanya yang mengajar subjek Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Melayu.

Kata wanita itu lagi, dia tidak menerima sebarang bantuan lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Baitulmal setakat ini

Keadaan kasut yang dipakai Farid. Foto Muhammad Zuhairi Zuber/BH Online

Sumber: BH Online

BR1M belum dapat, 'brum' sudah

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) belum dapat, tetapi 'brum' sudah dapat sebanyak 20 sen seliter. RON95 pada harga RM2.10, diesel RM2.05 dan RON97 RM2.40 (naik 15 sen). Ia sebagai hadiah tahun baru. Sewaktu hendak turun, hanya turun 5 sen, tetapi waktu naik 20 sen. Walaupun kerajaan boleh memberi alasan dengan kenaikan harga minyak di peringkat global, maka automatik harga minyak akan dinaikkan juga di negara ini. Kerajaan boleh beri apa sahaja alasan untuk menghalalkan tindakan mereka.

BR1M yang uar-uarkan untuk dinaikkan sehingga RM1,200 setahun dan hitung panjang RM3.28 sehari. Pada mulanya amat melegakan rakyat bawahan. Tetapi dengan pengumuman kenaikan harga minyak ia amat memeranjatkan. Apakah berbaloi dengan BR1M sebanyak RM3.28 sehari untuk satu keluarga. Dalam masa yang sama minyak naik 20 sen seliter.

Semestinya kenaikan harga barang dan kos pengankutan akan naik, lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga diesel. Kesan berantai akan berlaku kepada semua barang.

Untuk pembangkang amat baik kerana semua rakyat marah kepada kerajaan termasuk penyokong tegar Umno di kampung-kampung. Setiap pagi 'parlimen rakyat' di kedai kopi merungut dan marah dengan kenaikan harga minyak. Kita mengharapkan kemarahan ini dibawa pula melalui peti undi untuk tolak kerajaan BN.

Bertepatan pula dengan waktu persekolahan bermula. Kos persekolahan meningkat, ibu bapa yang hendak menghantar anak-anak ke asrama terpaksa menghitung berapa pula minyak yang perlu diisi.

Tanyalah kepada semua rakyat, semuanya mengeluh dengan kenaikan harga barang. Mungkin pihak kerajaan ada jawapannya untuk menyejuk api kemarahan rakyat. Apabila dekat pilihan raya harga minyak akan diturunkan semula.

IDRIS AHMAD
HARAKAHDAILY

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Tuesday, January 03, 2017 11:10 PM
Subject: Fw: FOMCA - 2017 Tahun Peningkatan Kos Sara Hidup

FOMCA - 2017 Tahun Peningkatan Kos Sara Hidup

bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Tahun baru 2017 memulakan hari pertamanya dengan jangkaan kos sara hidup akan terus meningkat.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman menjangkakan perkara itu berikutan beberapa isu peningkatan harga barangan.

Katanya, rakyat perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan itu supaya ia tidak memberi kesan yang besar dalam kehidupan seharian.

"Selain isu peningkatan harga barangan dan nilai mata wang negara yang rendah juga akan memberi kesan.
"Apatah lagi, sebagaimana laporan persatuan majikan, mereka turut menjangkakan lebih ramai pekerja akan diberhentikan. Jadi rakyat perlu bersedia,"
Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing naik sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa hari ini.

Ini menjadikan harga petrol RON95 berharga RM2.10 seliter dan diesel RM2.05 seliter.

Bagi petrol RON97, harga runcit akan naik sebanyak 15 sen kepada RM2.40.

Harga bahan api melalui sistem apungan terurus.

Ia mengambil kira beberapa faktor, termasuk harga global minyak mentah dan kekuatan mata wang negara pada bulan sebelumnya.

Mohd Yusof berkata, bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk, kerajaan diharapkan dapat menangguhkan kenaikan harga barangan mahupun tarif perkhidmatan.

Biasanya apa yang dikaitkan dengan peningkatan kos sara hidup adalah dari segi peningkatan harga, tidak kiralah barangan atau perkhidmatan.

Pada 2016, keadaan ekonomi berada dalam keadaan yang meleset, jadi kita harap kerajaan dapat mencari jalan menyelesaikan isu-isu yang sedang berlaku sekarang seperti nilai mata wang negara yang masih rendah.

Jika masalah ini dapat diatasi ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan tekanan kepada rakyat.

Rakyat perlu berbelanja secara bersederhana dengan hanya membeli barangan keperluan tertentu sahaja dan selebihnya disimpan kerana kita tidak dapat meramal apa yang akan berlaku pada masa akan datang,"

MK

Tambang Bas Sekolah Terpaksa Dinaikkan - GPBSM

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) mengakui terpaksa menaikkan tambang bas sekolah lantaran kenaikan kos harga petrol.

Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata kenaikan yang bakal berlaku dijangka tidak melebihi RM10 bagi setiap pelajar dan setiap bulan.
"Selain memberi perkhidmatan bas sekolah, kami sebenarnya juga meniaga. Saya jangka kenaikan akan berlaku tapi tidak banyak.

"Untuk makluman ibu bapa, tambang itu telah diregulasi. Jadi ia bukanlah satu isu lagi di mana ibu bapa boleh berbincang dengan pengusaha untuk dapatkan caj yang dipersetujui bersama," katanya dalam temubual bersama AWANI7.45 malam tadi.

Turut bersama dalam diskusi tersebut adalah Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan.

Isu ini timbul lantaran kenaikan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel kepada 20 sen di mana ia menjadi keperluan utama pengusaha bas sekolah.

Bermula 1 Januari, RON95 adalah RM2.10 seliter berbanding RM1.90 sen seliter untuk Disember, manakala harga diesel ialah RM2.05 seliter berbanding RM1.85 pada Disember.

Ikuti penjelasan lanjut berhubung cadangan kenaikan tambang bas sekolah.

- Astro Awani

Berikut Adalah Harga Terbaru Minyak Ron 95, Ron 97 Dan Diesel Bermula Malam Tahun Baru
siakapkeli.my

Berikutan harga minyak mentah dunia yang dikata berlaku kenaikan, berdasarkan harga rasmi minyak sebentar tadi, RON 95 akan dijual pada harga RM2.10 Seliter, RON 97 pada RM2.40 seliter (tidak termasuk GST) dan Diesel RM2.05 Seliter berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017 lapor portal Melvister.

Ketiga-tiga bahan api tersebut naik mendadak dari RM0.15 sen kepada 0.20 sen seliter bermula 1 Januari 2017.

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai Januari 2017 (Rasmi)
a.. RON95: RM2.10 (Naik 20 Sen) Mulai Januari 2017 (Harga Sebelum RM1.90 Seliter)
a.. RON97: RM2.40 (Naik 15 Sen) Mulai Januari 2017 (Harga Sebelum RM2.25 Seliter)
a.. Diesel: RM2.05 (Naik 20 Sen) Mulai Januari 2017 (Harga Sebelum RM1.85Seliter

Untuk info, kenaikan harga minyak pada awal januari 2017 adalah bergantung kepada kenaikan purata harga minyak sepanjang bulan Disember 2016.

Sumber: Harga Terkini Minyak Januari 2017 RON95 RON97 Diesel | melvister.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 4, 2017 6:11 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jangan Cabar Saya, Saya Tahu Semua Pemberi Dan Penerima Rasuah - Dato Bahri Sound SPRM & Rahman Dahlan
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot
Dato Bahri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas pengarah Bahagian Siasatan Khas (BOK) badan itu, Datuk Bahri Mohd Zin tidak menyatakan beliau memilih untuk bersara awal kerana kecewa dengan kes SRC International seperti yang dilaporkan.
Dalam satu kenyataan media, suruhanjaya itu berkata Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan itu.
"Berhubung kenyataan di sebuah portal media hari ini bahawa Datuk Bahri memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah, SPRM telah menghubungi beliau dan Datuk Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut."
Ketika dihubungi Malaysiakini untuk reaksinya, Bahri berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi. "Menggunakan sumber belum masak orang ketiga dan buat 'judgement syok' sendiri.
"Tunggulah kenyataan dari mulut saya sendiri," katanya.
Bekas pengarah itu juga mengulas laporan berita yang mengaitkan persaraannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga komen oleh Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Dalam laporan berita itu, portal FMT yang memetik sumber yang rapat dengan siasatan 1MDB mempersoalkan masa persaraannya.
'Pemakan dedak ada di mana-mana'
Menurut sumber itu, jika kes SRC adalah alasan Bahri berasa bersalah, beliau sepatutnya meletak jawatan tahun lalu atau pada 2015.
Bagaimanapun bekas pegawai kanan SPRM itu hanya tersenyum mendengar hujah itu.
"Pemakan dedak ada di mana-mana, di luar sana mahu pun dalam jabatan-jabatan kerajaan," katanya.
Beliau juga membidas Abdul Rahman kerana mengadilinya tanpa fakta yang tepat.
"Tapi Rahman Dahlan dah adili saya tanpa merujuk kepada sumber asal iaitu saya sendiri.
"Maka berkewajipan bagi saya lepas pulih dari sakit nanti saya akan jawab satu persatu apa yang Pak Menteri itu tulis mengenai saya.
"Biar rakyat pula yang menjadi pengadilnya," katanya.
Bahri turut memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak mencabarnya.
"Saya cukup pantang kalau orang pukul curi saya, dulu masa kes SRC Internation tengah memuncak ada sorang bekas ketua menteri membantai saya secara tidak adil...
"Jangan cabar saya. Saya tahu semua pemberi rasuah dan pengambil rasuah.
"Ya, pengamal rasuah dan jangan cuba nak jadi juara kepada rakyat di luar sana," katanya lagi.
Sarang labah-labah
Bahri petang tadi mengesahkan beliau "kecewa" dan tidak mahu lagi berkhidmat dengan "undang-undang sarang labah-labah" yang hanya memerangkap pesalah kecil.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan kenyataannya di FMT bahawa beliau kecewa dan berasa amat berdosa kepada rakyat Malaysia "kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah".
Bahri, yang memainkan peranan utama dalam siasatan SRC, bekas anak syarikat 1MDB, memilih bersara awal walaupun boleh terus bertugas tiga tahun lagi.
Pegawai kanan kerajaan itu memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila RM42 juta dananya ditemui pada akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.
Najib berkata tidak tahu menahu wang berkenaan berasal dari SRC walaupun syarikat itu milik kementerian kewangan. Perdana menteri juga menjawat tugas sebagai menteri kewangan pertama.
Sementara itu, SPRM mengesahkan bahawa bekas pengarah membuat permohonan kepada kerajaan untuk bersara awal enam bulan lalu.
Suruhanjaya itu berkata permohonan itu adalah mengikut peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam di mana seorang pegawai kerajaan yang mahu bersara awal perlu membuat permohonan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh persaraan.
Sumber : Malaysiakini

SPRM harus siasat pembelian Porsche Annuar Musa
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa untuk menyiasat pembelian kereta Porsche Panamera milik Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa sebagaimana didedahkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Annuar juga perlu tampil menjawab isu itu.

"Tan Sri (Annuar Musa) harus mohon maaf kepada Tunku Ismail dan menjawab tuduhan penyelewengan wang rakyat Kelantan berkenaan pembelian Kereta Porsche Panamera milik Tan Sri," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Terdahulu, Tunku Ismail dalam catatan terbaharu di Facebook Johor Southern Tigers dengan berterus terang mendakwa Anuar Musa tidak menjalankan amanahnya ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

"Pandangan ikhlas dari saya, dulu masa Tun Dr Mahathir (Mohamad) bagi awak duit yang banyak untuk menangkan kembali Kelantan, untuk anda gunakan wang tersebut sebaiknya demi kebajikan rakyat, bukan untuk beli sebuah kereta Porsche Panamera," jelas Tunku Ismail yang mesra disapa TMJ.

Teguran TMJ itu rentetan daripada tindakan Anuar yang mempertikaikan mengenai fasiliti milik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Dalam masa yang sama, kenyataan itu juga merujuk Annuar yang dilapor mempertikaikan pendirian Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) supaya FAM ditadbir secara proksi.

Tunku Ismail turut merujuk kegagalan pasukan Kelantan dalam berdepan masalah kewangan ketika diterajui Annuar.

- sinar harian

Jangan 'jolok sarang tebuan', kata TMJ kepada Annuar Musa

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Tan Sri Annuar Musa agar jangan cuba 'menjolok sarang tebuan' kerana kelak buruk padahnya.

Annuar merupakan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Dengan tarikh untuk rakyat di negara ini keluar mengundi pada pilihanraya umum ke-14 sudah semakin hampir, jangan cuba menjolok sarang tebuan kerana kelak buruk padahnya, ujar Tunku Ismail.

"Kepada Tan Sri (Annuar), jangan jadi liabiliti kepada parti anda.

"Anda sendiri jelas mempunyai kepentingan diri sendiri dalam parti.

"Ingatlah bahawa anda berkhidmat kepada Rakyat. Kita sedia maklum yang Tan Sri telah membina Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dari mula-mula lagi dan Tan Sri juga harus bertanggungjawab atas kegagalan dan ketidak urus KAFA hari ini," katanya dalam akaun Facebook Johor Southern Tigers.

Kira-kira dua minggu yang lalu, Tunku Ismail membidas Annuar dengan menyatakan beliau tidak akan menerima nasihat daripada pemimpin yang gagal berhubung cadangan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditadbir secara proksi.

"Baru-baru ini, terdapat satu kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri, menggesa agar bola sepak tidak sepatutnya diuruskan melalui proksi dan menyatakan saya perlu menjelaskan pendirian dan membuat keputusan sama ada mahu menerima tugasan tersebut (selaku Presiden FAM) atau tidak.

"Bagi saya, perkara yang terbaik adalah membiarkan ahli-ahli gabungan yang membuat keputusan mengenai apa yang terbaik untuk bola sepak Malaysia dan juga kepada penyokong.

"Pertama sekali, saya tidak perlu untuk menerima nasihat daripada seorang pemimpin yang gagal untuk memimpin," katanya dalam cacatan di Facebook.

Kenyataan Tunku Ismail adalah jelas merujuk Annuar yang dilapor mempertikaikan pendirian Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) supaya FAM ditadbir secara proksi.

Tunku Ismail turut merujuk kegagalan pasukan Kelantan dalam berdepan masalah kewangan ketika diterajui Annuar.

"Setiap kali sebuah kelab bola sepak atau syarikat menghadapi masalah kewangan, ia dipanggil kelemahan pengurusan. Ia juga secara tidak langsung mencerminkan sikap pemimpin tersebut.

"Apabila anda berada dalam kedudukan di mana anda mempunyai banyak penaja, anda sepatutnya menggunakan peluang tersebut untuk melangsaikan semua hutang anda.

"Sebaliknya, anda membuat keputusan dengan mengambil khidmat jurulatih import baru serta tiga pemain import tambahan. Dengan keputusan ini, orang-orang yang menjadi mangsa adalah pemain-pemain tempatan kerana mereka tidak menerima gaji mereka," kata Tunku Ismail.

Mengulas lanjut, Tunku Ismail berkata, sebelum Annuar mahu memberikan komen mengenai kelab (bola sepak) atau negeri lain, pihaknya menasihatkan beliau agar uruskanlah KAFA terlebih dahulu.

"Tidak payah buang masa untuk sibuk mengenai urusan pasukan atau kelab lain. Selesaikan dulu hutang-piutang sebanyak RM6.7 juta terlebih dahulu sebelum bercakap hal-hal yang lain.

"Janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati.

"Pandangan ikhlas dari saya, dulu masa Tun Dr Mahathir (Mohamad) bagi awak duit yang banyak untuk menangkan kembali Kelantan, untuk anda gunakan wang tersebut sebaiknya demi kebajikan rakyat, bukan untuk beli sebuah kereta Porsche Panamera," jelas Tunku Ismail.

Ini Komen Pedas Tan Sri Annuar Musa Kepada TMJ

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Bekas presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa telah membuat kenyataan pedas tentang TMJ dan juga JDT.

Tan Sri Annuar Musa telah mempersoalkan penggunaan stadium oleh pasukan JDT.

Ini komennya:

TMJ antara orang selalu sindir orang politik

Tapi saya katakan dengan jelas sistem di raja itu sendiri dipilih oleh orang politik, nak beritahu pentingnya orang politik

Di Johor misalnya, pasukan milik peribadi boleh guna stadium kerajaan sebagai stadium eksklusif JDT, kalau tidak ada persetujuan politik.

Ini contoh yang saya tunjuk supaya kita jangan kita menanam fahaman yang tidak benar, politik itu sabahagian dari kita.

Itulah komen dari Tan Sri Annuar Musa

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: