Wednesday, January 11, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4660[4 Attachments]

8 Messages

Digest #4660

Messages

Tue Jan 10, 2017 6:40 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rizal Mansor Yang Bangang
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua...

Pegawai Khas Rosmah Mansor ni yang nama dier Rizal Mansor ni memang bangang nak mampus...

Statement dier yang dipublish kat Sinar Harian tu memang paling menjelikkan.... tau la dier kaki bodek tahap dewata raya jalan duta... tapi agak-agak lah statement tu...

Ramai lagi anak-anak yang susah nak dapat luangkan aktiviti bersama mak dan bapak dier... sebab mak dan bapak dier terpaksa lakukan dua tiga kerja untuk menyara hidup dalam keadaan ekonomi yang menyesakkan ni... yang mana sebelum anak bangun pagi mak dan ayah dah ader yang pergi kerja... manakala waktu anak-anak dah tidur malam hari mak bapak belum pun pulang dari tempat kerja...

Gua memang nak maki si Rizal Mansor nie... pasai statement bodek dier ni tahap patut makan tapak kaki...

Nih gua nak cakap... kalo Najib Razak rasa susah nak dapat bersama keluarga dier... so letak jawatan la... dan duduk la sama keluarga tue... duit yang banyaktu boleh dah makan 17 keturunan dah... itu belum masuk dividen dan saham Genting Highland yang dier memang ader dari datuknya..

So... letak la jawatan kalu mau banyak free time ngan keluarga....

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2017/01/rizal-mansor-yang-bangang.html#ixzz4VMS7LP91

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jan 10, 2017 6:42 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pakailah tali pinggang keledar

bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.com

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Tue Jan 10, 2017 6:43 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Universiti Malaya terjejas kemudahan terabai, pensyarah disuruh berhenti
bloglist-malaysia.blogspot.
milosuam.net

PEMOTONGAN bajet terhadap pusat-pusat pengajian tinggi negara oleh perdana menteri, dilapor turut menjejaskan Universiti Malaya, UM yang juga merupakan universiti paling tua negara berusia 111 tahun.

Laporan muka depan akhbar Sunday Star bertajuk "UM feeling the crunch" semalam melaporkan, UM terpaksa melepaskan kakitangan-kakitangan akademik yang berpengalaman, sekaligus menjejaskan kualiti pembelajaran.

Malah pemotongan bajet kerajaan juga didakwa telah mengakibatkan kemudahan-kemudahan universiti terabai sekaligus menjejaskan para pelajar dan kakitangan universiti tersebut.

Ramai pelajar dan kakitangan akademik mengadu tentang beberapa pensyarah yang hebat telah diarahkan untuk berhenti.

Universiti Malaya menurut The Star, hanyalah satu daripada banyak lagi universiti-universiti awam yang terhimpit akibat pemotongan bajet pendidikan dari kerajaan persekutuan.

Ramai kakitangan terutama dari negara luar yang bertugas secara kontrak di universiti dilaporkan tidak diperbaharui kotrak kerja mereka.

Universiti Malaya telah menerima peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM638 juta pada tahun 2015, peruntukan itu kemudian dipotong sebanyak 27.3 peratus tahun lalu, sebelum dipotong lagi sebanyak 20.2 peratus tahun ini.

Memetik kenyataan Aznijar seorang pensyarah Fakulti Kejuruteraan UM, beliau menyifatkan pemotongan bajet ini sebagai "tidak adil," kerana kerajaan sepatutnya sentiasa mengutamakan pendidikan.

Tambahnya lagi, pemotongan itu sudah sampai ke tahap menjejaskan operasi universiti.

Malah kakitangan yang masih bertugas di universiti dikenakan pelbagai bentuk langkah pengurangan kos, seperti menghadkan hanya satu 'ream' kertas cetak untuk setahun.

Mereka juga terpaksa membeli sendiri alat tulis seperti 'marker pen'.

Najib Nazak dan para pengampunya setiap hari pukul canang menerusi media, mengatakan ekonomi negara dalam keadaan baik, kukuh, gemilang, terbilang, terhebat, paling baik di Asia, di dunia dan macam-macam lagilah.

Sampai kata Najib Presiden baru Amerika Syarikat, Donald Trump pun puji kemajuan ekonomi Malaysia.

Sepatutnya bila ekonomi makin baik, makin bagus, maka makin banyaklah peruntukan untuk universiti kerana pendidikan adalah perkara yang sangat penting untuk pembangunan negara.

Namun perkara sebaliknya yang berlaku.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/universiti-malaya-terjejas-kemudahan.html#ixzz4VGkZBqfx

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jan 10, 2017 6:43 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bolehkah Pakatan Harapan tewaskan BN tanpa Pas?

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

SHAH ALAM - Penganalisis Politik, Md Shukri Shuib menyifatkan kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang mendakwa Pakatan Harapan mampu tumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang walaupun tanpa Pas sebagai 'bermimpi di siang hari'.

Menurutnya, mungkin pada realitinya DAP di bawah Pakatan Harapan memang mendapat sokongan majoriti di bahagian bandar namun tidak di kawasan luar bandar.

"Di kawasan campuran dan luar bandar, parti tersebut memerlukan sokongan Pas untuk menang lebih-lebih lagi dengan 25 peratus undian penyokongnya.

"Oleh itu, jika tiada Pas di dalam Pakatan Harapan sebelum ini, pastinya parti itu sukar untuk pihak pembangkang memenangi kerusi," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Sebelum ini, Khalid dilaporkan berkata kepada media tempatan bahawa Pakatan Harapan mampu menewaskan BN pada PRU14 walau tanpa Pas memandangkan Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mampu membawa undi yang mencukupi untuk mengalahkan BN.

Selain itu, beliau juga mendakwa bahawa perpecahan pemimpin Melayu merupakan sebab utama perpecahan undi.

"Dalam konteks kini menyaksikan survival untuk memilih sebuah kerajaan yang kukuh pada PRU14 nanti maka perpecahan pemimpin sendiri menjadi sebab utama perpecahan undi di kalangan orang melayu.

"Disebabkan itulah orang Melayu sendiri harus bijak membuat pilihan supaya tidak memilih pemimpin yang tidak mesra Melayu dan akhirnya diri sendiri yang rugi," tambahnya lagi.

Sementara itu, beliau juga turut menyatakan bahawa BN boleh menggunakan situasi ini untuk mengukuhkan lagi parti mereka.

"Gunakan peluang yang ada ini untuk mengukuhkan parti untuk memenangi PRU14 nanti, lebih-lebih lagi dengan pelbagai isu yang timbul di antara parti pembangkang," katanya lagi.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jan 10, 2017 6:43 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Assalammualaikum... " - Ucapan Penuh Faiz Subri Ketika Terima Anugerah Puskas 2016
siakapkeli.my

Faiz Subri hari ini membuat sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang memegang trofi berprestij di anugerah FIFA yang berlangsung sebentar tadi.

Beliau memenangi anugerah Puskas atau anugerah gol paling cantik bagi tahun 2016.

Bermula dengan 'Assalammualaikum', Faiz kelihatan sedikit gementar ketika memulakan ucapannya namun dia berjaya menghabiskan ucapan tersebut tanpa sebarang masalah.

Tahniah buat Faiz Subri. Anda seorang lagenda! Apa yang pasti, nama Faiz Subri dan gol magisnya akan dikenang satu dunia setanding dengan gol lagenda Roberto Carlos.

Video ucapan Faiz Subri (HD):

Faiz Subri Dinobat Pemenang Anugerah Puskas, Gol Paling Cantik 2016
siakapkeli.my

Debaran buat pemain bola sepak tempatan, Faiz Subri, berakhir dengan kegembiraan apabila beliau dinobatkan sebagai pemenang bagi anugerah Puskas 2016.

Kemenangan Faiz Subri itu diumumkan di majlis 'The Best Fifa Awards'™ yang berlangsung di Zurich.

Kejayaan Faiz Subri itu sekaligus menjadikan gol ajaib Faiz Subri - ketika pasukannya, Pulau Pinang menentang Pahang - adalah gol yang tercantik di dunia sepanjang tahun 2016.

Faiz Subri berjaya mengetepikan Marlone (Brazil) dan Daniuska Rodriguez (Venezuela) yang turut bersaing untuk anugerah tersebut.

Anugerah Puskas itu disampaikan oleh lagenda bola sepak, Ronaldo Fenomeno.

Menerusi keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh FIFA, gol Faiz Subri menerima 59.46% undian manakala Marlone dan Daniuska masing-masing menerima 22.86% dan 10.01% undian.

Previous Tweet Next Tweet
FIFA.com Verified account ‏@FIFAcom
Congratulations, Mohd Faiz Subri! Winner of the FIFA #Puskás Award 2016 #TheBest http://fifa.to/TheBestLiveBlog

a.. Retweets 22,650
b.. Likes 8,177
c..
10:36 AM - 9 Jan 2017
faizsubri13, FA Penang Official and FA Malaysia
348 replies 22,650 retweets 8,177 likes
1..
a.. FIFA.com ‏@FIFAcom 16h16 hours ago
OFFICIAL RESULTS: Here's a voting breakdown for the FIFA #Puskás Award 2016 #TheBest http://fifa.to/TheBestLiveBlog

76 replies 7,025 retweets 2,321 likes
b.. T A I R I N E 🌹 ‏@Queridatay 16h16 hours ago
@FIFAcom Congratulations to the wind that in turn did a "beautiful" job.

15 replies 4 retweets 13 likes
c.. Vivek pratap singh ‏@pratapvivek9211 16h16 hours ago
@Queridatay @FIFAcom there's was no wind...go chk his more videos.

1 reply 2 retweets 26 likes
d.. T A I R I N E 🌹 ‏@Queridatay 15h15 hours ago
@pratapvivek9211 @FIFAcom You need to learn to understand irony.

1 reply 0 retweets 10 likes

"Saya Masih Iktiraf Pencapaian Faiz Subri, Tapi Seorang Yang Menjaringkan Gol Bukan Penanda Aras Bola Sepak Malaysia - TMJ
siakapkeli.my

Sehingga saat ini sudah pasti nama Faiz Subri yang berjaya memenangi anugerah Puskas 2016 iaitu jaringan gol tercantik dunia masih menjadi bualan ramai terutamanya di media sosial.

Dalam keseoronokkan ini, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengatakan ia adalah sebagai penanda aras abru bola sepak Malaysia, namun kenyataan tersebut nampak tidak dipersetujui oleh Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Beliau tampil membuat teguran di dalam Facebook JOHOR Southern Tigers kepada pihak diluar sana agar tidak dibelanggu dengan mentaliti Malaysia, apa maksud baginda? jom kita baca.

TAHNIAH KEPADA FAIZ SUBRI. TETAPI SAYA TIDAK MAHU MENGANGKAT BELIAU SETINGGI LANGIT SEPERTI MEDIA CETAK DAN MEDIA SOSIAL MALAYSIA. SAYA RELA DIBENCI KERANA MEMBERITAHU KEBENARAN DARIPADA DISAYANGI UNTUK BERKATA SESUATU YANG TIDAK BERFAKTA.

(BACA DENGAN TELITI DAN BUKAN HANYA TERUS BERKATA TANPA BERFIKIR DAHULU)

Pertama sekali saya bagi pihak Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim ingin mengucapkan tahniah kepada pencapaian Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas. Saya adalah orang pertama yang memberikan sumbangan ikhlas keatas pencapaian beliau sebagai Penaung Diraja PFAM sebulan yang lepas di Melaka.

Saya juga orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada beliau ketika memberi sumbangan tersebut. Ramai orang diluar sana yang bertanya kenapa laman rasmi JDT tidak mengucapkan tahniah kepada Faiz Subri.

Bagi saya, saya dan kelab saya tidak mahu tergolong dalam golongan mentaliti orang-orang Malaysia. Ini adalah pencapaian individu yang bagus tetapi dimanakah bolasepak tanahair sekarang ini dari segi korupsi, ranking dunia dan sistem pengurusan pasukan dalam negara berbanding dengan pasukan Thailand, Vietnam, Filipina atau Indonesia yang sedang meningkat maju? Jadi, apa yang perlu saya banggakan? Benar pencapaian Faiz Subri adalah bagus tetapi apabila FAM membuat kenyataan bahawa pencapaian tersebut adalah tanda aras baru bola sepak Malaysia, saya tidak setuju.

Ini disebabkan kerana hanya satu gol sahaja dan orangnya hilang sepanjang musim. Media telah banyak menyebut tentang gol oleh Faiz Subri sejak 3 bulan terakhir sebelum majlis penganugerahan dan kini beliau telah memenanginya, tampak seperti mereka akan terus memperkatakan tentangnya untuk 6 bulan akan datang.

Dalam tempoh 9 bulan ini, apakah akan terjadi kepada perkembangan bola sepak negara ini? Minta maaf, ini adalah fakta. Walaubagaimanapun tahniah atas pencapaian tersebut tetapi untuk bola sepak Malaysia dan media mengangkat beliau setinggi langit dan rasa selesa dengan kedudukan sekarang, itu adalah salah. Inilah sebab mengapa bola sepak Malaysia atau negara susah hendak maju dalam setiap aspek.

Saya mengatakan perkara yang benar tetapi anda semua memperkatakan perkara yang di dalam khayalan atau mimpi. Tanda aras baru dalam bola sepak tanahair adalah JDT. Pencapaian JDT melalui AFC, bagaimana dunia luar mengenali JDT dan memberi pengiktirafan yang tinggi terhadap projek yang kami lakukan serta pengurusan JDT yang profesional itulah yang sepatutnya menjadi tanda aras baru untuk bola sepak tanahair. JDT sepatutnya menjadi contoh kelab yang perlu diikuti oleh semua pasukan dalam negara.

Bukannya meletakkan seorang yang menjaringkan satu gol sebagai tanda aras. Saya lebih bangga memberi pengiktirafan kepada pemain seperti Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Santokh Singh, Mokhtar Dahari, Amri Yahyah, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Safee Sali, Badrol Radzi, Indraputra, Khairul Fahmi dan Hairuddin Omar kerana mereka bukan sahaja menjaringkan gol setiap musim tetapi banyak mencapai kejayaan di dalam kelab dan memberi sumbangan kepada pasukan negara.

Saya masih mengiktiraf pencapaian Faiz Subri tetapi saya tidak mahu mengangkat beliau setinggi langit seperti media cetak dan laman-laman media sosial serta rakyat Malaysia lakukan sekarang ini. Kerana sikap beginilah seseorang manusia itu berasa selesa dan cepat berpuas hati.

Bola sepak kita masih jauh ketinggalan, kedudukan dalam dunia juga masih berada di bawah. Tiada orang yang melakukan inisiantif untuk membangkitkan pengurusan bola sepak tanahair termasuk tahap liga kita. Pasukan yang masih berhutang sebanyak RM6.7 Juta masih boleh bertanding.

Tiada apa yang boleh saya banggakan. Sepatutnya kita perlu berkerja keras untuk membersihkan segala korupsi dalam bolasepak Malaysia, sikap pilih kasih dan mempertingkatkan pengurusan dalam pasukan kebangsaan. Anda semua terlalu membanggakan seseorang individu tetapi mengetepikan perkara yang mustahak iaitu integriti dan reputasi bola sepak tanahair yang mana semua orang tahu dimana tahapnya sekarang ini.

Bola sepak adalah misteri. Kadang-kadang melakukan perkara yang betul boleh menjadi baik atau buruk. Anda boleh sama ada menang atau kalah. Pemain boleh menjaringkan gol dan mungkin juga tidak boleh.

Anda boleh menjaringkan satu gol, memenangi Anugerah Puskas dan satu negara mengangkat anda tinggi, menjadi badut ahli politik kemungkinan mendapat gelaran Dato. Atau anda boleh menjadi pemain legenda seperti Amri Yahya, Safiq Rahim dan ramai lagi yang menjaringkan banyak gol setiap tahun untuk kelab ataupun pasukan kebangsaan, memenangi banyak piala dengan pelbagai pasukan, mencipta sejarah sebagai pemain yang memecahkan rekod memenangi kejuaraan liga untuk tiga tahun berturut turut, memenangi Piala AFC, tetapi negara tidak pandang anda atau mengiktiraf anda. Itulah bola sepak Malaysia.

Malaysia adalah sebuah negara yang degil. Rakyat mahu mengadu bahawa kerajaan adalah korup tetapi mereka begitu mudah dimanipulasi kerana kekurangan pendidikan dan memilih untuk kekal dalam penafian dan tidak mahu menerima kebenaran. Kita tidak pernah mengakui masalah yang sebenar dan menyatakan isu sebenar untuk menjadikan negara ini lebih baik.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

- Siakapkeli.my

Sebab Kenapa TMJ Menyatakan "Anugerah Puskas Faiz Subri" Tidak Perlu Dipuji Melambung
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot
BAN Sukan

Keterujaan rakyat Malaysia dan liputan media terhadap kemenangan Mohd Faiz Subri pada Anugerah Puskas dipertikaikan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim kerana ia tidak menggambarkan situasi sebenar bola sepak tanah air.

Beliau meluahkan pandangannya itu melalui laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers (JDT), hari ini.

"Tahniah kepada Faiz Subri. Tetapi saya tidak mahu mengangkat beliau setinggi langit seperti media cetak dan media sosial Malaysia. Saya rela dibenci kerana memberitahu kebenaran daripada disayangi untuk berkata sesuatu yang tidak berfakta,"
Beliau mengakui ia adalah pencapaian individu yang bagus tetapi mempersoalkan kedudukan bola sepak tanah air dari segi segi korupsi, ranking dunia dan sistem pengurusan pasukan dalam negara berbanding pasukan Thailand, Vietnam, Filipina atau Indonesia yang sedang meningkat maju.

"Anda semua terlalu membanggakan seseorang individu tetapi mengetepikan perkara yang mustahak iaitu integriti dan reputasi bola sepak tanahair yang mana semua orang tahu dimana tahapnya sekarang ini,"
Faiz merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016, justeru meletakkan namanya sebaris dengan pemenang terdahulu seperti bintang tersohor, Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Penyerang Pulau Pinang berusia 29 tahun itu menerima anugerah tersebut hasil keunikan sepakan percuma tersebut pada majlis gilang-gemilang di Zurich, Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia).

TMJ bagaimanapun, mengakui menjadi individu pertama yang memberikan sumbangan ikhlas ke atas pencapaian Faiz sebagai Penaung Diraja PFAM bulan lalu di Melaka.

Sementara itu, TMJ turut membidas kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengatakan kejayaan Faiz boleh dianggap menjadi tanda aras baru negara dalam sukan itu.

Sebaliknya, beliau menegaskan pasukan JDT sepatutnya menjadi penanda aras sukan tanah air berdasarkan pencapaian melalui AFC dan pengiktirafan dunia luar terhadap projek dilakukan serta pengurusannya yang profesional.

"JDT sepatutnya menjadi contoh kelab yang perlu diikuti semua pasukan dalam negara. Bukannya meletakkan seorang yang menjaringkan satu gol sebagai tanda aras."
Menurutnya, bola sepak negara masih jauh ketinggalan dengan kedudukan peringkat dunia masih berada di bawah. Malangnya, tiada pihak mengambil inisiatif membangkitkan pengurusan bola sepak tanah air.

"Malaysia adalah sebuah negara yang degil. Rakyat mahu mengadu kerajaan adalah korup tetapi mereka begitu mudah dimanipulasi kerana kekurangan pendidikan dan memilih untuk kekal dalam penafian dan tidak mahu menerima kebenaran,"

FMT

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jan 10, 2017 6:46 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Macam Final Destination' - Kejadian Besi Melayang Masuk Dalam Kereta Jadi Tular
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 10 Jan - Satu foto yang memaparkan detik cemas umpama dalam filem Final Destination menjadi tular di Facebook setelah ia dimuat oleh seorang pengguna media sosial Twitter tengahhari tadi.

Menurut pengguna Twitter, Cik Senah Ronggeng, kejadian ngeri itu berlaku kepada kakaknya hari ini.

"Gila besi melayang kena kereta kakak aku kat Highway Nusajaya. Nasib baik tak kena kepala weh! Kepala hotak dia!"

Tambah Cik Senah menerusi ruangan komen di Twitter, besi itu datang dari lori yang melalui lebuhraya terbabit.

Bagaimanapun, Cik Senah memberitahu bahawa kakaknya baik-baik sahaja dan hanya mengalami trauma.

"Nasib baik kakak aku okay weh. Cuma dia menggigil je. Gila weh. Dah la pandu sorang-sorang.

"Alhamdulillah, kakak aku okay. Cuma luka sikit sebab terkena serpihan kaca. Kesian dia. Dah la pregnant." kata Cik Senah.

Kejadian terbabit mendapat reaksi pantas dari netizen yang rata-rata mencadangkan agar mangsa membuat laporan kepada SPAD.

Setakat dimuat naik lebih kurang sejam yang lalu, tweet tersebut mendapat hampir 500 retweet.

Sumber: Twitter Cik Senah

2 remaja bergayut menara komunikasi

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

KUALA TERENGGANU - Polis masih tidak menerima sebarang aduan berhubung video dua remaja lelaki yang melakukan aksi berbahaya bergayut pada menara komunikasi dipercayai di Bukit Chendering, di sini, yang menjadi tular di laman sosial termasuk YouTube sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, sehingga kini, pihaknya masih tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pengendali menara komunikasi berhubung insiden pencerobohan tersebut.

"Kita tidak dapat mengesahkan sama ada kejadian dua remaja lelaki yang bergayut di menara komunikasi benar-benar berlaku di bandar raya ini.

"Meskipun begitu, kertas siasatan akan dibuka secara serta-merta sekiranya terbukti benar perbuatan berbahaya itu dilakukan di bandar raya ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Idris berkata, setakat ini, tiada mana-mana pihak tampil untuk membantu siasatan berhubung insiden pencerobohan menara komunikasi terbabit.

Sehubungan itu, beliau meminta pengendali menara komunikasi yang dicerobohi terbabit agar membuat aduan kepada pihak polis dengan segera sekiranya ada.

Sebelum ini, video dua remaja berusia dalam lingkungan 20-an melakukan aksi berbahaya bergayut pada palang menara komunikasi dalam keadaan angin kencang tersebar di laman sosial termasuk Youtube sejak beberapa hari lalu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
3 of 3 File(s)

Tue Jan 10, 2017 6:46 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Kerana Aku Cuai, Perut Anak Kecil Aku Kena Belah Selepas Tertelan Baby Crystal," Nasihat Ibu Kepada Ibu Lain Diluar Sana
siakapkeli.my

"Aku menyesal,jangan ulangi kesilapan aku" itulah kata-kata kelur dari hati seorang ibu bernama Ika Tieqa selepas mendakwa kerana kecuainya anaknya terpaksa menanggung derita menahan kesakitan selepas anaknya tertelan Hidrogel atau water beads.

Beliau memuatnaik sebuah pos yang menasihatkan supaya ibu bapa diluar sana ambil perhatian serius mengenai perkara ini di mana gara-gara hidrogel anaknya terpaksa menjalani pembedahan usus.

Jom kita baca.

SHARE sebanyak mungkin. Apa yg sy lalui ni, sy tak nak berlaku dekat baby2 aktif lain.. tlg lah...
terima kasih yg mendoakan lily.. jasa korang tk terbalas.. semoga cerita ini menjadi iktibar...

aku mengharamkan mainan ni (rujuk gambar kt bawah) sejak dulu. aku pantang nampak benda ni. its ok kalau dia dah direndam dalam air tp kalau benih yg belum di rendam tu, tlg lah..Buangkan nya ! aku menyesal.. aku sgt menyesal ...

Hari jumaat malam, iriss main benda ni. tak tau la mana dia dpt.. dia sorok2.. kemudian benda tu tertumpah! budak yg dalam gambar ni, nama dia lily.. aku lebih suka panggil ica sebab tiap kali panggil ica, dia akn toleh dan senyum...ica 10 bulan.. masih tktahu ape2 dan obses dgn makanan ..semua makanan..mungkin ica ingat tu makanan.. ica makan.. bila aku sedar dia main benda tu, rupanya,, ica dah termakan sebiji dari benih tu.. tanpa aku sedar!

Aku ni mmg jenis alert dgn kesihatan anak2 aku. kalau tunjuk reaksi negetif, mmg aku cpt 2 bawak at least pergi klinik.

kesan dari benda ni dia sangat cepat. dalam dua jam, ica muntah2. aku tk syak lagi dia makan benda tu. aku ingt dia muntah kahak.. 3 kali dia muntah malam jumaat tu.. hari sabtu, aku cadang nak pegi spesialist allen batu pahat, gigih aku bangun awl pagi.. sampai2 je , klinik tutup.. aku patah balik pt raja.. haritu, ica muntah 8kali.aku pegi klinik pt raja.. dia bagi ubat demam dan tahan muntah.. doc ckp ica keracunan makanan..

aku beri ubat tu tp ica tetap muntah dan muntah.. Allahuakhbar.. kuasa Allah tu besar.. Hati aku asyik terpikir benda bulat ni.. walaupun kadang ada bisikan yg menafikan tp perasaan aku benar.. benar2 rasa yg ica termakan benda tu. Hati aku kuat cakap ...

hari ahad, aku pegi dr allen.. pagi2 aku pegi.. pagi tu sblm jam 12, 5 kali ica muntah.. doc bagi ubat tahan muntah dan demam..lepastu doc kata ica keracunan..tp Alhamdulillah.. doc pesan.. "i bagi u ubt tahan muntah. sekali bagi cukup, kalau lepas bagi dia muntah lagi, bawak pegi hospital"

Aku bagi ica ubat tahan muntah.. dalam masa 3 jam.. sampai pkl 3, ica muntah lebih 6kali (tak termasuk pagi ahad tu) aku terus pegi putra hosptal.ya, aku tak mampu ckp dgn doc tu yg ica termakan benda asing ni sb aku tak nampak. ahad malam tu.. hati aku meronta2.. bagai menjerit..kalau boleh malam tu jugak aku nk call doc yg rawat ica..nak bgtau yg ica termakan benda ni..ica dah muntah hijau... hari ahad, lebih 25kali ica muntah.. ica tk mkan.. hari sabtu ahad dia tk makan ape pun. semua keluar balik...

Aku? tak tidur..Berdoa tk lekang dari hati.. semoga Allah pindahkan sakit tu kt aku.. semoga ica sihat mcm selalu..ya allah..rindunya kt si kecik tu...

Malam ahad tu.. ica lemah sgt.. aku nekad bgtau kt nurse apa kata hati aku.. dia beri ica ubat tahan sakit dgn antibiotik.. ica tidur tp sekejap2 bangun.. aku ingt lagi, ptg ahad tu, doc ckp dah bagi ubt muntah paling kuat tp kenapa ica muntah lagi??

Hari isnin pagi, 8 pagi lebih, doc dtg.. Aku cerita semua dkt doc padahal doc dtg tu , aku baru bangun tidur.. sb letih sgt dah berapa hari tidur sejam dua...peduli apa..air liur basi ke ape ke, aku ttp nak bgtau doc yg ica sebenarnya tertelan benda tu. Alhamdulilah doc tu amik berat ape yg aku ckp. dia suruh pergi xray, scan ape semua.. dan mmg nampak usus ica bulat.. usus dia tersumbat sb ada benda sedang mengembang dalam usus dia..

Allahuakhbar..Longgar lutut aku.dengan laki aku tkde (urus anak sekolah) nak tk nak aku kene hadap. tkde mase la nak cari bahu nak nangis. aku gagah jugak senyum dpn ica.. dia nangis sambil tangan dia mengapai2 tangan aku.. aku peluk dia.. Aku bisik.. "ica kene kuat sb mama tk kuat.." dia terus merengek pelan2...

lepas scan semua, pakar bedah dtg.. Allah time tu aku terus stanby duit , angka2 puluh ribu bermain dlm kepala aku.. ica mesti kene bedah..

doc cadangkan hosp gov.. dia kata pakar terbaik.. doc yakinkan aku. siapa aku utk menidakkan kata2 doc? aku pun setuju dgn suggestion dia.aku redha dan berserah pada Allah.. HSI menjadi pilihan doc.. Aku angguk.. tak daya.. tak makan ape pun dari pagi.. selera hilang ...

sejam lepastu ambulan sampai dan kami pun dibawa ke HSI. Allah ramainya org.Aku takut kalau pembedahan ica ditunda..

TAPI AKU SILAP!

Doc perempuan dari HSA. PAkar terbaik aku pernah jumpa.. kata2 dia tak melumpuhkan semangat aku. setiap kata2 dia buat aku berserah sepenuhnya kepercayaan membawa ica dalam tangan dia..
ica muntah.. Hitam.. doc tu cakap "adik muntah?... sikit je ye dik.. sian adik" lembut longai hati aku dengar. perasaan takut langsung hilang. aku setuju nak buat pembedahan.. tp doc terangkan.. satu persatu.

Kemungkinan pembedahan usus akan dipotong sekiranya berlaku usus itu rosak.yang kedua kemungkinan akan buang air besar menggunakan kantong beg utk beberapa ketika..
luruh hati beb bila dengar camni...aku sign segala surat. make up aku? tkde. dah mcm org gila aku tau tak. aku bersila depan dewan bedah.. aku tgu ica.. aku tk nangis.. insyaallah.. jika Allah izinkan, ica akn kembali pulih..

Aku percaya dgn doc tu.

Selama 2 jam 30 min aku tk berganjak dari depan bilik bedah..aku tgu ica..at last doc panggil aku.. masuk je bilik doc, fuhh terperanjat gila kot ! besar gila ! usus ica bengkak.. nasib baik aku bawak ica awl.. kalau sampai sel usus rosak, mmg kene potong la usunya.. bersyukur berjuta kali ya allah... pembedahan berjaya dan lily stabil cuma skrg dia tidur.. belum bangun lagi..

Bola tu serap air.. bola tu sgt seram bila tengok.kau bayangkan bola tu bila kene air dia just kembang dan bila dipicit dia akn musnah,tp yg ni, keras pejal dan semakin membesar dan tahu tak doc tu cakap ? "ada lebih besar dari ni !"

Aku tk tahu nak ckp ape cum bersyukur.mungkin benda ni korang anggap remeh tp , bila kau yg hadapi benda ni, sumpah kau serik.. tlg la.. aku menyesal sgt sb tk buang benda ni waktu nampak iriss bawak masuk.. aku menyesal sgt !

Tolong jangan ulangi kesilapan aku. sb kecuaian aku, perut anak kecik yg masih tktau ape2 tu dah kene belah.. sumpah menyesal!

doakan ica ye.. supaya bagun dan usus pulih dgn baik.. terima kasih

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jan 10, 2017 6:46 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Demi Lindungi Anak, Bapa Ini Rela Dipenjarakan 40 Tahun - #Global
bloglist-malaysia.blogspot.
sozcyili.blogspot

ALABAMA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bapa tidak sanggup melihat anaknya menderita akibat dicabul ketika kanak-kanak rela meringkuk dipenjara selama 40 tahun kerana membunuh pelaku terhadap anaknya itu.

Jay Maynor, 43, menembak mati pelaku yang mencabul anak perempuannya ketika dia kecil kerana tidak tahan melihat penderitaan yang masih ditanggung anaknya, Julia Maynor walaupun selepas berbelas tahun insiden berkenaan berlaku. Julia baru berusia 4 tahun ketika Raymond Earl Brooks yang juga bapa angkat kepada ibunya mula mencabulnya.

Raymond yang juga datuk angkatnya itu mendera Julia beberapa kali sehingga usianya 8 tahun.

Raymond cuba membuatkan Julia percaya perbuatannya itu adalah normal dan memberitahu dia adalah istimewa, namun Julia tetap memberanikan diri bersuara dan memberitahu pihak polis mengenai apa yang dialaminya.

Akhirnya Raymod didakwa pada tahun 2002, dan mengaku bersalah menyalahguna Julia secara seksual. Lelaki itu hanya dipenjara selama 2 tahun 3 bulan daripada lima tahun hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya dan dibebaskan dengan parol.

Dia membayar denda dan didaftarkan sebagai pesalah seks dan selepas bebas, Raymond tinggal di Alabama, tidak jauh dari rumah Julia di Cullman.

Walaupun selepas 13 tahun kejadian itu berlaku, Julia yang kini berusia 24 tahun dan juga ibu kepada tiga orang anak masih mengalami trauma akibat perbuatan lelaki itu. Dia mempunyai PTSD dan menerima rawatan dan masih bergelut dengan emosi yang turut memberi kesan kepada perkahwinannya.

Sukar melihat penderitaan yang dialami wanita itu, bapanya, Jay sanggup bertindak sendiri untuk membalas dendam ke atas perbuatan yang dilakukan Raymond.

Jay menaiki motosikal bersama pistol di poketnya memecut ke rumah Raymond yang terletak di Berlin, Alabama. Ketika dalam perjalanan, dia bertemu dengan bekas kekasih anaknya dan bertindak melepaskan tembakan ke arah lelaki itu namun gagal.

Dia kemudian meneruskan misinya untuk membunuh Raymond dengan melepaskan dua tembakan kepada Raymond yang berada di halaman rumahnya pada ketika itu.

Raymond meninggal dunia di tempat kejadian manakala Jay ditahan pada hari yang sama dan didakwa atas pembunuhan kelas pertama. Insiden ini turut mengundang perdebatan selepas diketahui umum.

Walaupun Jay berpeluang untuk dikenakan hukuman yang rendah, namun kerana tidak mahu lagi anaknya itu mengalami tekanan apabila terpaksa menceritakan kembali kejadian yang pernah berlaku kepadanya di mahkamah ketika perbicaraan, Jay sanggup mengaku bersalah terhadap perbuatannya.

Pada bulan November 2016, di Cullman County Court, Jay dijatuhi hukuman 40 tahun penjara termasuk 20 tahun bagi cubaan membunuh Julia bekas teman lelaki yang dijalankan serentak. "Bapa saya melindungi seperti apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang bapa.

Dia adalah ayah yang hebat dan terbaik. Saya sayangkannya," katanya dipetik Mirror.uk Petisyen bantahan turut dibuat dengan 2,000 tandatangan berjaya dikumpul. - SinarHarian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: