Saturday, January 21, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4666

1 Message

Digest #4666

Message

Fri Jan 20, 2017 11:35 pm (PST) . Posted by:

"Norain"

Umno dah nazak. Korup, penipu, cakap besar, bodoh pun diorang juga
On Jan 15, 2017 9:35 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:

> 
>
>
>
>
> *LETAK JAWATAN PENGERUSI MARA, KETUA PENERANGAN UMNO!! *
> KEPADA TMJ...TUANKU MEMANG TERBAIKLAH....DIHARAPKAN TUANKU MENDEDAHKAN
> LAGI BANYAK KEPINCANGAN TENTANG 1 MBD JUGA FELDA....BAYAK SUDAH PENDEDAHAN
> DARI YB RAFIZI RAMLI....SAMA SAJA..DIAM......SEBAGAI PENYOKONG KUAT
> TUANKU...PATIK MERAYU AGAR TUANKU LAKUKAN SESUATU...JIKA TIDAK...HABIS LA
> NEGARA KITA DI ....
>
> bloglist-malaysia.blogspot
> wrlr.blogspot
> Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR
> <https://plus.google.com/104258823936563356127>
> Apa pilihan untuk Annuar Musa?
>
> Sebaik didedahkan tentang tajaan oleh Pelaburan Mara Bhd dan UniKL kepada
> pasukan bolasepak Kelantan, dengan bangga beliau mengatakan tidak perlu
> perlu melayan "hujah-hujah bodoh" seperti itu.
>
> Tetapi, tidak lama kemudian segera berubah fikiran apabila dengan bangga
> mengatakan pasukan bolasepak Kelantan tidak pernah menerima tajaan walau
> satu sen pun daripada Mara.
>
> Tetapi hari ini, berlainan lagi nadanya.
>
> Semalam rupa-rupanya Annuar tidak sedar bahawa bersama pendedahan Tengku
> Mahkota Johor itu turut sama disertakan salinan surat permohonan tajaan,
> cek dan slip bank sebagai bukti apa yang didedahkannya.
> Alasannya, beliau sedang berada di kawasan Taman Negara yang tidak
> mempunyai kemudahan internet, lalu tidak mendapat gambaran sebenar
> mengenainya, sebaliknya hanya berdasarkan mesej dan panggilan daripada
> kawan-kawannya saja.
>
> Makna kata, jika tidak ditunjukkan bukti, walaupun mengetahui perkara yang
> sebenarnya, Annuar masih lagi cenderung untuk menafikan perkara itu.
>
> Hanya setelah tidak mampu menafikan dan berdalih, barulah beliau mengaku
> akhirnya.
>
> Sebab itu, hari ini nada Annuar berubah lagi.
>
> Katanya, pendedahan bukti-bukti itu menunjukkan tajaan kepada pasukan
> bolasepak Kelantan telah dijalankan dengan telus serta teratur.
>
> "Bagi saya, kita ucapkan terima kasih atas edaran itu kerana ia
> menunjukkan kedua-dua pihak lakukan dengan begitu teratur. Ada tawaran, ada
> rundingan dan tawar menawar, ada kontrak, ada baucer, ada resit dan
> lain-lain lagi.
>
> "Saya percaya bukan dengan UniKL saja, tetapi dengan semua penaja lain.
> Semuanya dibuat secara tertib dan berperaturan," ujarnya lagi.
>
> Mengapa tidak awal-awal lagi Annuar mengakui perkara sebenar berkenaan
> tajaan itu sedangkan beliau tahu duduk perkara yang sebenarnya?
>
> Begitukah sikap pemimpin yang bertanggungjawab?
>
> Nampaknya sekali lagi Annuar keliru.
> Isunya bukan sama ada tajaan itu dilakukan dengan telus, teratur atau
> sebaliknya, tetapi wajar atau tidak dua anak syarikat Mara menaja sebuah
> pasukan bolasepak dan wujud konflik kepentingan atau sebaliknya?
>
> Soal kedua-duanya berstatus anak syarikat juga tidak timbul kerana dana
> asalnya tetap diperolehi daripada Mara induk yang fokus utamanya adalah
> memperkasa bidang pendidikan, kemahiran dan keusahawanan.
>
> Mara pula sudah tentu memperolehi dana tahunannya daripada peruntukan yang
> diberikan oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat.
>
> Selain itu, tajaan kepada Kelantan ini juga berkaitan konflik kepentingan
> di mana Annuar juga adalah Pengerusi Mara, Pengerusi Pelaburan Mara Bhd dan
> Presiden bolasepak Kelantan sebelum mengundurkan diri baru-baru ini.
>
> Hanya UniKL dipengerusikan oleh seorang pemimpin UMNO Selangor, namun ia
> masih terletak di bawah Mara.
>
> Soal konflik kepentingan adalah isu besar yang perlu dijawab dan
> dijelaskan oleh Annuar dalam perkara ini kerana menjadi Pengerusi Mara ada
> hubung kait dengan sikap jujur serta amanah kepada anak bangsa sendiri.
>
> Jika tidak, dengan dalam masa yang sama juga berkapasiti sebagai Ketua
> Penerangan UMNO, beliau lebih menjadi liabiti kepada parti itu.
>
> Siapa lagi mahu mempercayai kata-katanya dan ramai ahli-ahli UMNO tentu
> kecewa dengan apa yang telah dilakukannya di agensi kerajaan itu.
>
> Paling wajar dan tepat, meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Mara dan
> Ketua Penerangan UMNO adalah pilihan yang terbaik bagi Annuar sebelum pihak
> polis dan SPRM harus diberi ruang melakukan penyiasatan terhadapnya. (SH
> 13/01/2016).
>
> *Annuar Musa kantoi 24 saman tertunggak sejak 16 tahun lepas*
> bloglist-malaysia.blogspot
> milosuam.net
>
> CARIAN Syarikat The Red Warriors Sdn Bhd menerusi sistem Suruhanjaya
> Syarikat Malaysia, SSM telah berjaya menemui nama Tan Sri Annuar Musa
> sebagai penama dan pemegang 'share' syarikat tersebut.
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjoDLQvHP4jdlwhyphenhyphenGhBifgkDytAtQb7nOgHn2xlcp5rTpgZuOEBTAsbE4c02Au3sbY07LdjVg1HcJMg7-_jGUwHhiBvEPuIyzaT9qNxeN44SZqahs7rs5YI3npgz4w3DF85SL3eMRKyqE/s1600/annuar+musa-779203.jpg>
> Jika anda terlepas artikel sebelum ini, sila klik link berikut,
>
> Carian tersebut bukan sahaja menemui nama beliau, malah beberapa butir
> peribadi seperti alamat rumah dan nombor kad pengenalan, IC (tidak
> didedahkan).
>
> Aku cuba menggunakan nombor IC tersebut untuk membuat semakan di laman
> sesawang MyEG.
>
> Apa yang aku temui sangat mengejutkan, rupa-rupanya, Tan Sri Annuar Musa
> mempunyai *24 saman-saman tertunggak yang masih belum dijelaskan sejak 16
> tahun lalu, iaitu sejak tahun 2000 berjumlah RM4850.*
>
> <http://fb.com/blogmilosuam>
>
> Sebelum ini pernah juga didedahkan bahawa Datuk Jamal Md Yunos (Jamal
> Jamban) mempunyai 12 saman trafik.
>
> Rupa-rupanya, Tan Sri Annuar Musa lagi banyak saman tertunggak. Jadi
> jangan hairanlah jika rakyat Malaysia ramai yang tak bayar saman termasuk
> aku, orang kaya dan pemimpin negara macam Jamal Jamban dan Annuar Musa pun
> tak bayar saman, apa lagi orang miskin macam aku dan kamu.
>
> Kepimpinan melalui teladan...
>
> Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/annuar-musa-kantoi-24-
> saman-tertunggak.html#ixzz4VjE0QqFP
>
>
> *Tan Sri usah sibuk dengan Faiz Subri, jelaskan tajaan MARA*.
> bloglist-malaysia.blogspot
> sisibukit.blogspot.
>
> TAN SRI, DARIPADA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEJAYAAN FAIZ SUBRI
> LEBIH BAIK LUANGKAN MASA UNTUK JELASKAN MENGENAI TAJAAN PELABURAN MARA DAN
> UNIKL IAITU DUIT RAKYAT
>
> Saya telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz Subri pasti
> akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli
> politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum.
> Pertama, kepada Tan Sri yang sentiasa tidak berpuashati kepada saya dan
> seorang menteri yang kononnya turut ingin menumpang populariti dengan
> kejayaan Faiz Subri mengatakan saya angkuh dan sebagainya. Biar saya
> selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu. Ingat, jangan dikejutkan
> harimau yang sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan mengganggu
> saya.
>
> Baiklah, untuk Tan Sri terlebih dahulu. Sebelum menggunakan kejayaan Faiz
> Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan
> Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan
> Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.
>
> Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana
> sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red
> Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara. Tidak cukup
> dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa.
> UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2
> billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah
> menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu.
> Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut
> yang merupakan wang rakyat.
>
> Akhir sekali, pesanan saya kepada Tan Sri dan menteri berkenaan, jangan
> lupa beli jersi baru JDT 2017 yang akan dilancarkan pada malam ini.
>
> DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota
> Johor
>
> ------
>
> TAN SRI, DON'T TAKE ADVANTAGE WITH FAIZ SUBRI'S SUCCESS BUT EXPLAIN THE
> SPONSORSHIP FROM PELABURAN MARA AND UNIKL
>
> I had predicted much earlier that Faiz Subri's victory would definitely
> grab the attention of individuals, especially politicians who wanted to
> restore their dwindling reputation. Firstly, to the Tan Sri who is always
> dissatisfied with me and a minister who apparently wants to share
> popularity with Faiz Subri's success by saying that I'm arrogant etc. Let
> me sort about this Tan Sri first. Remember, don't wake a sleeping tiger. I
> don't disturb people, so don't disturb me.
>
> Well, for the Tan Sri first. Before using Faiz Subri's success for your
> popularity by saying that I am arrogant, why doesn't Tan Sri come forward
> to give an explanation about sponsorship money from Mara investments and
> UniKL who were forced to sponsor the Red Warriors team?
>
> When the nation's economy is weak and when there are fiscal cuts here and
> there, you still proceeded to use the funds meant for Malaysians to fund
> The Red Warriors as the Chairman of Mara. Having already used funds from
> Pelaburan Mara, this didn't stop you from tapping reserves in UniKl. Given
> the weak economy, in 2016, UniKl was forced to reduce the allocation for
> scholarships of Malaysian students from RM2 billion to RM1.3 billion.
> Having said this, you still strong armed UniKl to sponsor TRW in that same
> year. Tan Sri, please explain the direction of Pelaburan Mara and UniKl as
> it belongs to all Malaysians.
>
> Lastly to Tan Sri and minister, please don't forget to purchase our new
> jerseys 2017.
>
> HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of
> Johor
>
> Hidup Johor Demi Johor
> #HarimauSelatan
> #SouthernTigers
> #PermataSelatan
> #JewelOfTheSouth
>
> *Carian SSM sahkan Annuar Musa pemilik The Red Warriors Sdn Bhd*
> milosuam.net
>
> DALAM satu kiriman di halaman facebook miliknya, Tan Sri Annuar Musa
> mendakwa bahawa The Red Warrior, TRW bukan miliknya, namun *carian di SSM
> menunjukkan perkara sebaliknya*, sekaligus membuktikan bahawa beliau
> berbohong.
>
> <http://fb.com/blogmilosuam>
>
> Hasil carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM menunjukkan bahawa The
> Red Warriors Sdn Bhd dengan nombor pendaftaran 932459-X tertera nama Tan
> Sri Annuar Musa sebagai salah seorang Pengarah (directors).
>
> <http://fb.com/blogmilosuam>
>
> Selain itu, beliau merupakan penama pertama dalam syarikat tersebut, yang *namanya
> didaftarkan pada tarikh 13 Febuari 2011*, enam tahun yang lalu yang turut
> merupakan pemegang 'share'.
>
> <http://fb.com/blogmilosuam>
>
> Nama The Red Warriors Sdn Bhd mula menjadi bualan selepas Tunku Mahkota
> Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan dokumen-dokumen yang
> tertera nama syarikat itu mendakwa berlaku penyalahgunaan dana untuk menaja
> Pasukan Bola Sepak Kelantan.
>
> TMJ mendakwa dana dari MARA dan UniKL disalahguna untuk menaja pasukan
> bola sepak Kelantan.
>
> Justeru orang ramai mula tertanya-tanya siapakah sebenarnya pemilik The
> Red Warriors Sdn Bhd, TRW menyebabkan carian terhadap maklumat syarikat itu
> dibuat di SSM, sekaligus mendedahkan nama-nama pemiliknya.
>
> Jadi di sini nampaknya jelas berlaku '*conflict of interest*' dalam
> penajaan The Red Warriors.
>
> Mana tidaknya, Tan Sri Annuar Musa adalah Pengerusi MARA, UniKL merupakan
> milik penuh MARA, dalam masa yang sama beliau juga adalah presiden KAFA,
> dan terbaru didedahkan sebagai salah seorang pemilik The Red Warriors Sdn
> Bhd.
>
> Oleh itu memang selayaknya satu siasatan dibuat terhadap beliau.
>
> Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/carian-ssm-sahkan-annuar-
> musa-pemilik.html#ixzz4VjpiNB8Y
>
>
> *MARA Perjelaskan Kelewatan Tajaan UniKL, Pelajar UniKL Minta Tambah
> Peruntukan - Annuar Musa Kantoi, Lagi!*
> bloglist-malaysia.blogspot
> amenoworld.org
> Posted by Ameno World <https://plus.google.com/100268861516154854448>
>
> Sebelum ini pihak kami telah menyiarkan kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang
> mengatakan UniKL adalah entiti swasta yang tidak bergerak atas tajaan dan
> biasiswa.
>
> Bagi memastikan kesahihan kenyataan tersebut, kami melakukan sedikit
> semakan dengan melakukan carian Google.
>
> Hasil semakan kami mendapati beberapa perkara seperti berikut ;
>
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWzlVIfOQYTNYk9wOWBca18d79UmyPlZiu9eG2u-e3o_lVgOwsANw1HZEeMUGoyDySc8z4ygPe6ny4KygliX911eRsN4XBBlkGR4PIeUsmHJUnIc_sqoT5o5BfeReoIGRmP8EmPsnP5g/s1600/Annuar+Musa+UniKL.jpg>
>
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjj2kwHI853du934OcfrQNmMdz7mt8EoB5zMP2WopeGviXQ4UYMym0f5FfvF6S3Z1x6dnyjyGo6HAhOWB4fIceAUfOWbmXSHPVDseU7LxivlZj7vC0ZBAaNcFBW5kOccnuEOpp29K4Etw/s1600/UniKL+Tajaan.jpg>
>
> Laporan oleh Utusan ditulis pada tahun 2016, rujuk sini
> <http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/mara-perjelas-kelewatan-tajaan-di-unikl-1.189952>
> manakala status fb adalah bertarikh tahun 2011. Jelas disini wujudnya
> unsur-unsur tajaan ke atas pelajar-pelajar UniKL meskipun dinafikan oleh
> Annuar Musa sebelum ini.
>
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4XblZPW9Xy1xzk2Skyp6dDuXJEcJpkIZZXRsh7EMHwp5HEylsVyo1wOHI4ruIQHVby2kirLrzqZcO6D7D9xaYSQk1b3kZVbc4kipig-gVSKhZ1qIUh7eVYhwCpUuHbLNwwCzeeGTuZQ/s1600/MARA+Taja+TRW.jpg>
>
> Walaubagaimanapun dalam laporan Utusan turut memetik kenyataan Tan Sri
> Annuar Musa yang menafikan dakwaan pengurangan biasiswa ke atas pelajar
> meskipun MARA menghadapi masalah aliran wang tunai.
>
> Selain dari itu, hasil semakan di SSM turut membuktikan Tan Sri Annuar
> Musa ialah pemilik The Red Warriors yang sebelum ini dinafikan olehnya.
>
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8hYypXCHVf3UjP_-2P1a_7zwXPGS5b8N2BXwKfUzBGXOYlx7Au-8h0IeP8KLNOir8QpyPiC2zKhhFYR_1XPSJolES1s9mldVcNViYedYsieXH08ULX4_PBNqcVfpEFnioDPsud-cMlA/s1600/the+red+warrior+director-760486.jpg>
>
> Ia didedahkan oleh blogger Milosuam
> <http://www.milosuam.net/2017/01/carian-ssm-sahkan-annuar-musa-pemilik.html>
> .
>
> Dengan maklumat ini, ia sekali lagi mengantoikan penipuan Annuar Musa
> dalam isu penajaan TRW.
>
>
> *Jamal Jamban tunjuk kad pengenalan, kantoi ada 12 saman tertunggak*
> milosuam.net
>
> <http://fb.com/blogmilosuam>
>
> TINDAKAN Datuk Jamal Yunos, (Jamal Jamban) Ketua Umno Bahagian Sungai
> Besar menawarkan dirinya untuk menjadi presiden Persatuan Bola Sepak
> Selangor, FAS semalam telah mendedahkan nombor kad pengenalannya kepada
> umum di internet.
>
> Nombor kad pengenalan Jamal terdedah, ketika menunjukkan surat yang
> diserahkannya kepada FAS bagi menawarkan diri sebagai presiden baru
> persatuan bola sepak itu di depan kamera pihak media.
>
> <http://fb.com/blogmilosuam>
>
> Semakan di laman web MyEG menggunakan nombor kad pengenalan milik Jamal
> Jamban mendapati terdapat *12 saman tertunggak sejak tiga tahun lalu*,
> yang masih tidak dijelaskan oleh beliau sehingga ke hari ini berjumlah
> *RM3150*.
>
> <http://fb.com/blogmilosuam>
>
> Sebelum ini juga telah didedahkan satu dokumen mahkamah setebal 25 muka
> surat yang mendapati syarikat milik Jamal Jamban, menggunakan nama *Jamal
> Jaya Holding Sdn Bhd*, didapati melakukan *pengubahsuaian meter elektrik
> (curi elektrik)*.
>
> Hal ini membuatkan orang ramai (netizen) di media sosial mempersoalkan
> janji Jamal Jamban untuk *selesaikan masaalah gaji FAS dalam masa 14 hari
> jika dipilih menjadi Presiden*.
>
> Mana tidaknya, kalau saman tertunggak sejak 3 tahun lepas pun tak boleh
> bayar, syarikat miliknya pula kantoi curi elektrik, bagaimana Jamal nak
> selesaikan masaalah gaji tertunggak dalam FAS?
>
> Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/jamal-jamban-tunjuk-kad-
> pengenalan.html#ixzz4VjqDqPZn
>
>
>
> "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
> (Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
> Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
>
> Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
>
>
>
>
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: