8 Messages
Digest #4659
Messages
Mon Jan 9, 2017 7:16 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Janji projek tebatan banjir sejak berpuluh tahun
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
KOTA BHARU: Sebelum ini sudah dipersetujui antara kerajaan Malaysia dan Thailand bagi membina projek tebatan banjir di tebing Sungai Golok, yang menjadi sempadan kedua-dua negara.
Bagaimanapun kerajaan Thailand sudah lama melaksanakan keputusan tersebut, sebaliknya Malaysia sehinga sekarang tidak melaksana apa yang diputuskan.
Janji untuk membina tebatan banjir sudah kedengaran sejak berpuluh tahun lepas, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai pentadbiran negara.
Dan setiap kali banjir melanda, janji sama dilafazkan pemimpin Barisan Nasional (BN).
Dan terbaru janji itu diulang pula Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata persetujuan untuk membina tebatan banjir di Sungai Golok di Rantau Panjang sudah lama kedengaran.
"Sudah dipersetujui kedua-dua negara. Thailand pun sudah lama melaksanakan persetujuan tersebut dengan membina benteng di sebelah mereka.
"Namun malangnya kerajaan Malaysia tidak melaksanakan sehingga sekarang. Mungkinkah kerana Kelantan bukan ditadbir BN.
"Sedangkan sempadan di Sungai Golok merupakan sempadan antara negara dan bukan hanya sempadan antara Thailand dan Kelantan," katanya pada pelancaran Kempen PAS Pilihanku dan penutup Seminar Kekal Kelantan Putik hari ini.
Kelmarin ketika meninjau kawasan dilanda banjir di Rantau Panjang Timbalan Perdana Menteri sekali lagi mengumumkan projek tebatan banjir di Sungai Golok yang dijangka dibina tahun ini.
Banjir yang melanda sempadan Kelantan sejak minggu lepas kini memenuhi pula Pengkalan Kubor, Tumpat disebabkan tiada benteng sungai.
Sedangkan benteng di sebelah Tak Bai, Thailand semakin ditinggikan bagi menghalang limpahan air Sungai Golok.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Jan 9, 2017 7:18 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
FELDA:SHAHRIR DAN ISA 2 X 5
bloglist-malaysia.
mutaligat.blogspot
Posted by Penjana Melaka
Shahrir Samad dilantik sebagai Pengerusi Felda menggantikan Isa Samad. Kedua-duanya anak Samad. Banyak persamaan antara mereka berdua.
Mereka ahli Parlimen Umno/BN. keduanya bekas Menteri Kabinet. Semua tahu ketua mereka adalah Najib Razak. Keduanya pasti patuh pada anak Tun Razak tersebut.
Jadi kalau kedua datang dari perut Umno, sudah pasti keduanya adalah 'Yes Man'. Boss suruh ke hulu dia ke hulu suruh ke hilir dia ke hilir. Tak berani sanggah. Jika sanggah pendek umur politiknya.
Tidak perlu orang Felda menaruh harapan. Jika menaruh harapan jawabnya tidak kesampaian.
Lebih teruk Pengerusi FGV dikurniakan kepada Isa. Siapa tidak kenal Isa. Apa jadi Felda di zaman Isa. Apa kedudukan saham FGV. Berapa sen seunit sekarang.
Peneroka tanggung sengsara. Mereka dapat saham FGV percuma tidak kisah turun atau naik. Orang Felda jadi mangsa. Tiap kali pilihanraya dapat gula-gula.
Malangnya 'gula-gula
Kini Shahrir jadi Pengerusi Felda. Agak-agaknya ada perubahan atau tidak.
??? Kasihan orang Felda. Tetapi yang penting mereka kena kasihankan diri mereka dahulu.
Sudahkah FGV bayar FELDA dan sudahkah FELDA bayar EPF?
bloglist-malaysia.
sakmongkol.blogspot
Posted by Ariff
Peneroka mesti ada rasa kasih keatas institusi FELDA itu sendiri. Mereka mesti jaga ia daripada digasak dan dilanyak oleh pemimpin politik. Sejak megambil alih tanggungjawab keatas FELDA bermula dalam tahun 1997 ketika menjadi menteri pertahanan lagi, Najib telah melihat FELDA sebagai suatu objek untuk digunakan menjana duit.
FELDA pinjam RM6 bilion atau lebih dari KWSP atau EPF. Apa dia buat dengan duit itu? FELDA , melalui FGVH ketika itu, syarikat 100% milik nya pun, membeli beberapa kilang di Amerika yang dikenali sebagai Twin Rivers Technologies. Kilang2 ini menghasilkan antara nya lelemak protin. Pembelian ini pun amat mencurigakan. Hasilnya, FELDA kerugian beratus juta dollar Amerika.
Najib mesti bertanggung jawab keatas ini seperti juga pihak pengurusan pelaburan ini.
Peneroka mungkin lupa mengenai hal ini. Bila FELDA meminjam wang, peneroka pun turut terbabit, sebab mereka adalah pemilik 51% share dalam FELDA Hodings. Dan FELDA induk, dapat aliran tunai dari FH. Bila dia pinjam, maka FELDA mendedahkan kedudukan kewangan FH kepada pemberi pinjaman dan kreditor2 yang lain.Tanpa disedari, peneroka felda subsidise kebodohan, kecuaian dan mungkin salah laku pihak pengurusan pelaburan. Najib pun tidur seperti Pak Lah. Atau dia tidur as long as duit masuk besusyun susyun.
Jangan lupa, bukan sahaja FGV sebagai pemegang 49% yang menanggung risiko, tapi juga peneroka yang tidak ada kaitan dengan FGV pun menanggung risiko apabila FELDA induk terpaksa hantar duit setiap bulan kepada pelaburan bodoh yang dilakukan oleh FGV.Lebih banyak wang Felda hantar, maka berkurang wang untuk dibelanjakan keatas tanggungjawab sosial Felda keatas peneroka.
Ertinya, penganiayaan terhadap amanah yang diberi oleh peneroka kepada FELDA sudah dicabul oleh pemimpin politik terutama Najib razak yang bertanggungjawab meluluskan setiap keputusan pelaburan.
Berbalik kepada cerita asal. Bagaimana FELDA melalui FGV berada dalam keadaan ini? Untuk beberapa tahun 3 orang broker mat salih beroperasi diMalaysia untuk menjual beberapa kilang milik Procter and Gamble. Mereka telah pergi membuat presentation kepada beberapa syarikat seperti tabung haji, sime darby dan lain2 lagi untuk menjual kilang industry hiliran minyak sawit.
Tidak ada seorang pun hendak beli.
Sehinggalah tiba kepada FELDA. Pada mulaya, FELDA sendiri pun tidak hendak beli. Tapi bila PM kita, orang yang tidak berapa smart ini pergi ke America dan dipengaruhi oleh penceritaan baik2 mengenai industry bioteknoloji, maka dia announce FELDA akan beli kilang 2 ini.
Tapi apa yang peneroka tidak tahu, kilang2 oleh Procter and gamble ini sudah di mothballed lama. Mothballed ertinya lama sudah tutup dan tidak beroperasi.
Broker 3 orang yang kita sebut diatas, melata diseluruh dunia hendak jual kilang2 ini dan saya diberitahu, ada jentera dalam kilang2 ini dibungkus dengan plastik dan tidak lagi beroperasi, tapi FELDA malalui FGV hendak beli jugak.
Kenapa? Sebab Najib razak bos kepada bos FELDA mahukan ia terjadi. Sebab boleh dia istihar bahawa Malaysia sekarang memasuki sector bioteknoloji, sector hiliran minyak sawit dan memasukui bidang biodiesel.
Sudahlah broker ini dapat komisyen dari penjualan tersebut, mereka telah membeli setiap sorang 5% share dalam kilang yang hendak dijual itu. Dan kemudian nya, bila FELDA hendak menyempurnakan pembelian ini, mereka terpaksa membeli 15% milik broker tadi.
Broker2 tadi buat duit 2 pusingan. Pusingan pertama ketika berjaya menjual kilang2 itu kepada FELDA yang bodoh dan pusingan kedua, dapat duit bila FELDA yang kali kedua bodoh, membeli saham milik mereka yang ada didalam.
Lebih memeranjatkan dengan penjualan satu daripada 3 kilang itu, FELDA masuk perangkap bohong oleh broker tersebut. Apabila transaksi pembelian tamat, broker2 tadi memberitahu bahawa, satu daripada kilang tersebut telah mengambil grant sebanyak USD7 million dari kerajaan Canada. Pemberian grant in datang dengan beberapa syarat.
Syarat nya ialah kena membina satu kilang pengeluaran biodisel di negara Canada. Masaalah pokok ialah, jika melihat lokasi kilang, tidak ada orang yang ada bisnes sense yang paling minima sekali pun, akan mahu membina kilang tersebut. Ia nya terletak jauh dari sumber bekalan feedstock yakni bahan yang deperlukan untuk menghasilkan produk. Feedstock terpaksa dihantar kepada kilang dengan kapal, atau keretapai atau lori. Oleh kerana kilang terletak dibahagian barat Great Lakes sedangkan sumber bekalan feedstock terletak di sebelah timur, FELDA memutuskan menghantar dengan kapal. Masaalah nya, ialah Great Lakes beku selama 8 bulan dalam setahun dan ada ruang menghantar dalam masa 4 bulan sahaja.
Bayangkan, berapa buah hantaran kapal yang mesti dilongokkan dalam masa 4 bulan dan berapa bayak ruang stor atau simpanan yang mesti disediakan.
Tapi kerana perjanjian pengambilan grant itu ketat, maka FELDA terpaksa mencekau wang untuk membina kilang tesrebut. Kilang di bina dengan harga USD135 juta.
Tapi bila siap tidak boleh beroperasi sehingga beberapa pembangunan tambahan dibuat. Kos tambahan ialah USD205 juta. Jumlah kos ialah USD340 juta atau pada ketika itu, Dolar Amerika ialah RM3.50 kepada USD1, menjadkan kos pembinaan kilang dan infrastrukturnya, menjadi RM1.19 billion. Atau jika pertukaran ketika itu ialah RM3.8 pada USD1, maka kos kilang di Canada menjadi RM1.29 bilion.
Saya kena tulis hal ini, sebab ketika sesudah terpaksa membina kilang tersebut, bos kepada bos FELDA, Najib Tun razak kata, biar diam dahulu-kita jual kemudian. Terpaksa jual kerana kilang itu tidak feasible . akhirnya kilang di Kanada dijual pada RM650 juta. Antara tidak feasible ialah kerana lessen pengeluaran tidak ada.
maka gegak gempita PM najib kata kita sudah jual dan buat untung. Sampai kehari ini, kerugian tersebut disembunyikan. Atas deal in sahaja sudah rugi RM500 juta.
Jadi pelaburan yang dilakukan oleh FELDA melalui FELDA Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technoligies USA, TRT-ETGO Canada, FGV Middle East dan FGV Arabia semua mengalami kerugian. Kerugian nya bukan setakat RM500 juta yang dinyatakan.
Kerugian2 ini yang terjadi kerana keputusan pelaburan yang bodoh telah disembunyikan oleh keuntungan dari hasil penjualan minyak sawit CPO. Iaitu melalui hasil 49% share dalam FELDA Holdings. Bererti hasil minyak sawit CPO lah yang memsabsidi kerugian yang dilakukan oleh FGV.
Dan bagaimana FELDA mahu membayar hutang yang diambil dari KWSP? Sehingga hari ini FELDA membayar ratusan juta faedah keatas hutang2 yang diambil nya.
Kilang2 nya dibawah Twin Rivers Technolgies yang memproses lelamak protein adalah pelaburan yang paling teruk dilakukan oleh FELDA, seperti yang kita sebut diatas, kilang tersebut sudah ditutup lama oleh Procter and Gamble. Kilang2 ini sendiri menyedut wang dari Procter and gamble sebab walaupun tidak beroperasi, kena tanggung bayar gaji kepada perkerja. Bila FELDA ambil alih, mereka terpaksa ambil alih mennaggung perkerja. Setiap bulan FELDA kena hantar wang kepada kilang2 ini untuk bayar gaji buta.
Dan yang paling teruk ialah, FELDA hanya beli kilang sedangkan lesen pengeluaran sudah ditamatkan. Ada suatu produk lelemak protein yang konon nya berjaya mengurangkan kegemukan atau obesity merupakan satu produk hasil kilang tersebut. Apabila kemudiannya, produk ini mendatangkan kesan sampingan negative kesihatan kepada pengguna, Procter and gamble segera memberhentikan pengeluaran, menyelesaikan compensation dan pertelingkahan2 mahkamah and package penjualan kilang ini untuk FELDA. Bila FELDA beli, lesen pengeluaran produk ini telah ditarik balik. FELDA beli kilang hantu yang tidak boleh beroperasi.
Siapakah yang bertanggung jawab keatas pelaburan lintang pukang FGV ini? Dibawah akta FELDA, kesemua pelaburan kumpulan FELDA mesti mendapat kelulusan menteri yang bertanggung jawab keatas kumpulan FELDA. Semenjak 1997, menteri nya ialah Najib razak.
Najib razak dan pengurusan yang bertanggung jawab keatas pelaburan di Amerika dan Canada mesti diambil tindakan kerana sama ada mereka cuai, mereka tidak competent atau sengaja berbelanja sakan duit FELDA- mereka mesti bertanggung jawab keatas pengurusan kewangan keatas pelaburan2 tersebut. Kenapa? Sebab wang itu dipinjam dari EPF yag merupakan wang tabungan rakyat.
Pihak EPF pun mesti bertanggungjawab atas pinjaman ini. Kita beri warning kepada EPF, walauun tidak pernah gagal memberi dividen kepada pencarum, ianya tidak mengecualikan EPF dari berhemah menggunakan wang simpanan perkerja.
comments:
Saadun Sulaiman, 7 January 2017 at 13:07
Terima kasih Dato' di atas pencerahan ini. Saya yakin dan percaya bahawa kebanyakan para penorka FELDA tidak tahu akan perkara ini, yang percaya dan tahu akan pembohongan Najib ada lah mereka yang telah "DI HARAM JADAH KAN". Kini baru lah mereka yang tidak "DI HARAM JADAH KAN" tahu bahawa mereka merupakan yang di "HARAM JADAH KAN". Kini boleh lah mereka yang "DI HARAM JADAH" dahulu boleh menarik nafas lega kerana tidak tergolong dari anak anak luar nikah.
Anonymous, 7 January 2017 at 16:15
Esok mati, makan api lah puak2 ni semua. Satu sen pun aku tak halalkan duit anak cucu aku yg diorang kebas. Burn and rot in hell!!
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Tuesday, January 03, 2017 11:12 PM
Subject: Fw: Salam ..Orang Felda & Felda rugi
Salam ..Orang Felda
bloglist-malaysia.
sakmongkol.blogspot
Posted by Ariff Sabri
Beberapa hari yang lalu, saya menghabiskan masa dalam tanah rancangan Felda Tersang di Raub. Saya mau merasai denyut kehidupan warga felda dengan perspektif baru yang saya ada. Iaitu dengan maklumat mengenai FGV, pelaburan felda dalam pelbagai hartanah, pembelian bangunan, pembelian perniagaan dan paling akhir, pembelian Eagle High Plantations pada harga RM2.3 billon.
Maknanya, Felda menjalankan urusan nya, dengan tidak mendengar keluhan dan rintihan peneroka dalam tanah rancangan. yang jumlah nya 300 lebih. yang ada 112,635 peneroka. yang ada 1.5 juta warga Felda.
Ertinya, tahap kepedulian Felda dan orang2 dibelakang Felda keatas masaalah yag dihadapi oleh orang felda adalah pada tahap minima, namun orang Felda mahu lagi menyokong pemerintah?
Serupa juga seperti saya terang dan nyatakan kepada pengundi Cina jangan tentang kerajaan kerana sebab2 yang tidak betul; demikianlah juga, warga felda jangan sokong kerajaan kerana sebab2 yang tidak betul.
Jangan kita lawan atas dasar perkauman melampau. Kita mesti mendidik diri kita semua untuk menolak kerajaan for the right reasons, kata orang putih.
Yakni, orang cina jangan semata mata menolak kerajaan UMNO kerana ianya Melayu . mereka mesti tidak sokong kerajaan kerana ia tidak adil, kerana pemimpin nya memusnahkan kepercayaan yang kita beri, kerana kerajaan dan pemimpin menyalah guna kuasa menggunakan nya untuk mengayakan diri, menyekat proses pengadilan.
Jangan sokong kerajaan kerana kita beri dia kebebasan, dia mahu memerintah secara absolute tanpa batasan lalu dia menindas rakyat, menekan rakyat, membuli rakyat. Jangan sokong kerajaan yang rasuah dan merompak kekayaan negara. Jangan sokong kerajaan kleptocracy.
Ini sebab2 sejagat yang disertai semua rakyat. Jangan tidak sokong kerana sebab nya ia kerajaan Melayu.
Demikian juga, orang felda yang rata2 melayu, jangan sokong atas sebab2 yang salah iaitu hanya kerana Najib dan UMNO itu melayu, agama Islam, maka kita lupakan soal kepercayaan yang dimusnahkan, kuasa yang dia salah guna, kekebasan untuk melakukan penindasan, picit dan ugut rakyat.
Kita mesti tolak kerana kerajaan incompetent, rasuah, salah guna kuasa, memusnahkan kepercayaan, bertindak diluar ruang kebebasan yang kita beri. Kita beri kebebasan kepada PM negara ini untuk mengurus negara mengikut prinsip2 demokrasi, perintah ikut undang2 bukan memerintah ikut sedap mata dan hati.
Adakah kegelisahan2 ini juga merupakan perkara2 yang di runsingkan oleh orang Felda?
Orang Felda nampaknya, kurang peduli mengenai dunia luar felda kecuali kepentingan terdekat mereka.
Adakah perkara2 ini terkesan dalam pemikiran orang Felda?
Sebab, pada pandangan umum, nampak seolah olah, orang Felda tidak peduli apa yang berlaku didunia luar rancangan felda. Keadaan mereka selesa dan keselesaan tersebut menyebabkan mereka tidak identify dengan keresahan rakyat diluar felda.
Jika orang felda tidak peduli akan hal orang diluar felda, soalan yang mungkin timbul ialah, mengapa orang luar felda mahu peduli mengenai kesusahan felda yang sedikit itu?
Apakah usaha2 yang djalankan oleh orang2 seperti Mazlan Aliman , Rafizi Ramli dan ramai lagi tidak memberi kesan keatas perasaan dan sikap orang Felda? Felda it diancam oleh pemerintahan Kleptocracy, warga felda masih mahu berdiam diri?
Kesusahan orang Felda nampak nya berkisar pada masaalah pentadbiran sahaja bukan nya masaalah yang fundamental. Kesusahan felda ialah pertikaian mengenai kadar perahan, elaun sara hidup yang tidak cukup, penyata kewangan yang tidak diberikan, pembayaran kepada peneroka yang tidak terjelas dalam bulan semasa, beban hutang yang ditanggung. Itu sahaja.
Seolah olah kalau semua ini selesai- salah laku penyelewenagan, kecuaian tanggungjawab oleh felda boleh dilupakan. Mentaliti orang Felda sama seperti sebahagian mentality orang Melayu yang bersedia memaafkan Najib, jika Najib terus memberi BR1M, jika Najib terus menunjukkan boleh menyediakan projek mega berbilion Ringgit.
Soal barah dalaman seperti rasuah, tidak jujur pada amanah yang diberi, salah guna kuasa, menganjingkan kepercayaan yang diberi dan mencabul kebebasan yang kita serah,kepada pemimpin, tidak mendapat kepedulian yang sepatutnya.
Jika kita tidak berjaya mengeluarkan orang felda daripada keselesaan ini, maka sampai bila kita tidak boleh harapakan orang felda untuk membantu kita menang. Itulah sebabnya, dalam setiap pilihanraya umum, undi felda menyumbang kepada banyak kerusi parlimen kepada UMNO.
Atau pada tanggapan mereka, skendel2 ini semua ciptaan pembangkang dan orang yang anti Najib. Bahkan, pengurus Felda Tersang mengatakan bahawa masaalah yang dihadapi oleh peneroka felda tersang ialah kerana parlimen raub sudah ditakloki oleh DAP. Maka, jika DAP yang mengepalai pemerintahan di Malaysia, musibah yang dialami oleh peneroka felda akan merebak keseluruh tanah air.
Kita hanya perlu berhenti sejenak dan memikir apa musibah nya? Harga buah sawit, masaalah penyata pendapatan dan kos? Masaalah pembayaran yang dilewatkan? Kadar perahan? Elaun sara hidup yang tidak cukup? Masalah jenerasi ke2?
Semua masaalah ini tdak ada kaitan dengan DAP atau parti pembangkang. Semua masaalah ini ada kaitan dengan pemerintah masa ini iaitu UMNO. Musibah yang melanda semua orang termasuk peneroka, adalah hasil perbuatan kerajaan Najib Tun Razak.
masaalah nya, orang Felda gagal melihat, bahawa semua kita berdepan dengan masaalah yang sama iaitu diperintah oleh rejim kleptocracy. Dunia orang Felda akan hancur berkecai jika kita tidak sama2 membetulkan keadaan. Tidak lama lagi, akan tidak ada masa depan untuk anak2 dan cucu peneroka felda.
Bukan sahaja perjuangan orang Felda perjuangan kita juga, perjuangan orang umum adalah untuk kepentingan orang felda menyertainya.
comments:
Anonymous,
Selamat pagi Dato...memang benar apa yang nukilkan di sini...orang Felda ni kebanyakannya tak mampu melihat keadaan di luar tempurung Felda. Kebanyakan masyarakat Felda terdiri dari mereka yang berpendidikan rendah atau tiada kelulusan akademik...hatta ada yg masih buta huruf...generasi kedua yg lahir di Felda pun masih bergantung harap pada kerajaan...kalau dikatakan Felda adalah kubu terakhir BN memang patut...tahap pemikiran kebanyakan mereka yang rendah itu menghalang mereka bertindak di luar norma yakni menolak klepek pemerintah.. walau apa pun yg terjadi mereka tetap menyokong BN...UMNO..mereka jugak tak peduli sekiranya anak2 generasi kedua mewarisi hutang rm ratusan
ribu akibat dari pengurusan Felda yang memeras keringat mereka kerana mereka tak peduli...bahkan masuk ladang pun sekarang pun tidak ...semuanya diurus oleh pekerja bangla dan indonesia...
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Jan 9, 2017 7:18 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Faiz Subri Tak Jadi Pakai Baju Melayu Kerana Masalah Cuaca
siakapkeli.my
Jika sebelum ini Faiz Subri berhasrat untuk memakai set persalinan lengkap baju Melayu tradisional di dalam anugerah Puskas 2016 yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi esok, nampaknya beliau terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana masalah cuaca, lapor Harian Metro.
Menurut pemain Pulau Pinang berusia 29 tahun itu, dia akan memakai pakaian formal baju sut yang lebih selesa dengan cuaca sejuk sekitar -5 selsius.
"Keadaan di sini memang sejuk, memang saya akan pakai baju kot. Bukan pakai baju Melayu tak kena (sesuai) tapi terlalu sejuk," katanya ketika ditemui di hotel penginapan di sini, hari ini.
Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang merupakan penganjur sebelum ini sudah memberi lampu hijau kepada Faiz untuk memakai baju tradisional pada majlis itu selepas mendapat permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
"Tak apa kalau saya tak dapat pakai baju Melayu di sini, Insya Allah kalau menang saya akan pakai di Malaysia nanti," jelas Faiz.
Sepakan percuma yang diambilnya ketika Pulau Pinang menewaskan Pahang 3-0 dalam aksi Liga Super, 16 Februari tahun lalu telah menarik perhatian peminat sukan seluruh dunia apabila berada dalam senarai akhir tiga gol terbaik 2016 untuk merebut anugerah Puskas.
Sepakan percumanya itu dikatakan melanggar 'hukum fizik' apabila melencong seolah-olah 'kelaut
Beliau dilihat mempunyai peluang untuk merangkul anugerah berkenaan meskipun dicabar pemain Brazil Marlone dan Daniuska Rodriguez (Venezuela). - Siakapkeli.my
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Sunday, January 08, 2017 10:42 PM
Subject: Fw: FIFA Benarkan Faiz Pakai Baju Melayu Ke Anugerah Puskas 2016
FIFA Bagi 'Lampu Hijau', Benarkan Faiz Subri Pakai Baju Melayu Ke Anugerah Puskas 2016
siakapkeli.my
Jika sebelum ini diberitakan yang calon Akhir Anugerah Puskas 2016, Mohd. Faiz Subri sedikit kecewa kerana kemungkinan tidak dapat berbaju Melayu kerana perlu memenuhi kod berpakaian dalam majlis Anugerah Puskas 2016 di Zurich nanti.
Namun dalam perkembangan terbaru daripada FIFA, permintaannya untuk memakai pakaian tradisional, baju Melayu di Zurich, Switzerland 9 Januari ini mendapat 'lampu hijau' daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam satu kenyataan mengesahkan perkara ini di mana selepas pihaknya menghantar permohonan kepada FIFA agar pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu dibenarkan memakai baju Melayu pada majlis berprestij tersebut.
"Kami sudah menghantar permohonan itu sejak awal Disember lalu dan akhirnya mendapat kelulusan daripada FIFA. Saya dah maklumkan kepada Faiz (tentang berita ini).
"Terpulang kepada Faiz sama ada mahu memakai baju melayu atau sut seperti yang diminta oleh penganjur berhubung kod pemakaian," katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.
Kebiasaannya calon atau pemenang anugerah FIFA akan hadir di majlis tersebut dengan mengenakan sut lengkap.
Faiz juga bercadang untuk berucap dalam bahasa Melayu seandainya dia diberi peluang berucap di atas pentas, ia adalah perkara biasa kerana ramai bintang-bintang terkenal sebelum ini seperti Penyerang Argentina, Lionel Messi bertutur dalam bahasa Sepanyol ketika memberi ucapan selepas diumum sebagai pemenang Ballon d'Or 2015.
Pemenang Puskas 2015, Wendell Lira dari Brazil juga bertutur dalam bahasa ibunda ketika berucap.
Faiz akan bersaing dengan dua lagi calon akhir iaitu Marlone dari Brazil dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela bagi Anugerah Puskas 2016. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
4 of 4 File(s)
Mon Jan 9, 2017 7:18 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kes ke-3 terpotong kepala kemaluan ketika berkhatan
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang menyiasat satu lagi kes kanak-kanak berusia 10 tahun terpotong sebahagian kepala kemaluannya ketika menyertai majlis berkhatan beramai-ramai di Sungai Buloh, pada 25 November lalu, kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan itu berkata, kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Selayang 2 hari selepas menjalani prosedur berkhatan di surau berhampiran rumahnya.
Katanya, ibu bapa mangsa mendapati berlaku pendarahan di kemaluan dan air kencing anak mereka mengalir keluar dari lubang di bahagian bawah batang kemaluan (fistula korona) akibat kecederaan pada saluran kencing.
"Setelah diperiksa di Jabatan Kecemasan Hospital Selayang, didapati tiada pendarahan aktif di kemaluan seperti dilaporkan akhbar.
"Ibu bapa diberi penjelasan oleh pakar pembedahan urologi kanak-kanak yang rawatan pembedahan seelok-eloknya dilakukan setelah bengkak surut dan saluran darah ke kepala kemaluan menjadi lebih lancar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, ibu bapa kanak-kanak itu mengambil keputusan mendapatkan pandangan pakar hospital swasta dan menandatangani pelepasan keluar dari Hospital Selayang atas tanggungan risiko sendiri.
Katanya, Hospital Selayang turut memberi catatan rujukan ringkas kepada hospital swasta itu bagi menjelaskan status pesakit, selain memaklumkan ibu bapa terbabit anak mereka boleh kembali mendapatkan rawatan susulan pada bila-bila masa.
Ini adalah kejadian ke-3, selepas 2 kes pada bulan lalu.
Pada 15 Disember lalu, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), selepas kepala kemaluannya terputus ketika prosedur berkhatan menggunakan gunting di sebuah klinik swasta di Jalan Ipoh.
Keluarga mangsa kemudiannya menghantar anak mereka ke HKL pada petang hari kejadian bagi menyambung semula kepala kemaluan yang terputus, namun selepas hampir seminggu, kemaluan mangsa bertukar hitam.
Seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpotong kemaluannya ketika prosedur berkhatan menggunakan kaedah laser di sebuah klinik di Taman Cheras Utama, Kajang, kira-kira jam 8 malam 20 Disember lalu.
Doktor memberitahu bapa mangsa dia tidak sengaja terpotong kepala kemaluan anaknya. Kanak-kanak itu terus dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan dan dirujuk ke HKL untuk pembedahan menyambung semula kepala kemaluan mangsa.
Dr Noor Hisham berkata, walaupun berkhatan ialah prosedur ringkas, namun komplikasi prosedur itu mungkin parah dan membawa padah kepada pesakit.
Sehubungan itu, katanya, pengamal kesihatan bertanggungjawab memastikan mereka mempunyai tahap kecekapan dan pengalaman mencukupi untuk menjalankan prosedur berkhatan.
"Mereka diingatkan sebarang komplikasi yang terjadi adalah di bawah tanggungjawab masing-masing sebagai pengamal kesihatan."
Terpotong zakar, Kepala kemaluan jatuh atas kain
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
Kuala Lumpur : Seorang bapa menyaksikan sendiri bagaimana kepala kemaluan anak lelakinya berusia sembilan tahun digunting sehingga putus dan terjatuh di atas kain ketika berkhatan di klinik swasta di Jalan Ipoh pada 15 Disember lalu.
Lebih menyedihkan, usaha menyambung semula kemaluan kanak-kanak itu gagal kerana selepas seminggu disambung, ia bertukar menjadi hitam dan doktor tidak mempunyai pilihan kecuali memotongnya.
Peguam Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar yang mewakili keluarga mangsa, berkata, ketika doktor klinik swasta terbabit menjalankan prosedur berkhatan ke atas mangsa, bapanya, Aliakbar Pakeer Mohamad turut berada di bilik rawatan.
Katanya, selepas bius diberikan, doktor menjalankan prosedur berkhatan menggunakan gunting namun bapa mangsa terkejut apabila nampak kepala kemaluan anaknya terputus dan terjatuh ke atas kain yang diletakkan di badan mangsa.
"€Å“Semasa prosedur dijalankan, doktor berkenaan cuai terpotong keseluruhan kepala kemaluan dan cuba jahit semula namun tidak berjaya.
"€Å“Klinik terbabit kemudian meminta bantuan sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor namun pusat perubatan itu tidak mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan sebelum dihantar ke HKL,"€ katanya pada sidang media di HKL, hari ini.
Kejadian berkenaan kali kedua berlaku pada bulan ini selepas pada 20 Disember lalu, budak lelaki berusia 10 tahun putus kemaluan ketika berkhatan apabila doktor 'terlebih potong' di klinik keluarga di Cheras.
Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa berkhatan menggunakan kaedah laser pada 8.20 malam.
Harian Metro melaporkan, sumber polis berkata, pembedahan terbabit dilakukan seorang doktor berpengalaman berusia lewat 40-an.
"Bagaimanapun difahamkan doktor terbabit secara tidak sengaja terlebih potong sehingga ke bahagian kepala kemaluan kanak-kanak terbabit sewaktu melakukan pembedahan laser.
"Susulan kejadian itu, doktor terbabit memaklumkan kejadian kepada keluarga kanak-kanak terbabit sebelum mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk rawatan lanjut.
"Pihak HCTM kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melakukan penyambungan bahagian kemaluan yang terputus itu. Mangsa kini masih dirawat di HKL serta dilaporkan stabil," katanya.
Budak Lelaki 9 Tahun Hilang Alat Sulit Selepas Berlaku Kesilapan Ketika Proses Berkhatan Guna Gunting
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun terpaksa menanggung kecacatan seumur hidup selepas dia kehilangan kemaluannya apabila berlaku kesilapan ketika berkhatan dan prosedur untuk penyambungan semula gagal.
Kejadian yang berlaku pada 15 Disember itu berlaku lima hari sebelum kes seorang kanak-kanak 10 tahun terputus kepala kemaluannya ketika berkhatan secara laser.
Peguam kes kejadian 15 Disember tersebut, Hindraf P Uthayakumr berkata, kepala kemaluan kanak-kanak 9 tahun itu terputus ketika proses berkhatan menggunakan gunting di sebuah klinik di Jalan Ipoh.
Tambah peguam itu lagi, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk prosedur penyambungan semula.
Namun, usaha terbabit gagal dan kemaluan kanak-kanak itu bertukar menjadi hitam - membuatkan pihak doktor tidak mempunyai pilihan kecuali memotongnya.
"Lebih malang, kes ini berlaku ke atas seorang kanak-kanak yang susah. Dia sangat muda dan tidak tahu apa yang telah berlaku," kata Uthayakumar dalam satu sidang media pada Jumaat.
Kes yang hampir sama dilaporkan berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang terputus kepala kemaluannya ketika proses berkhatan menggunakan laser di sebuah klinik di Taman Cheras Utama.
Pada kejadian yang berlaku pada 20 Disember itu, kanak-kanak tersebut terus dibawa ke HUKM sebelum dirujuk ke HKL untuk pembedahan penyambungan semula.
Menurut mStar Online, mereka difahamkan bahawa pembedahan itu berjaya.
Sumber: mStar Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Jan 9, 2017 7:19 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Illustrasi Rekaan Unik Stadium Sultan Ibrahim Larkin Didedah, TMJ Mahu Stadium itu Jadi Yang Terbaik di Negara ini
siakapkeli.my
Johor, 2 Jan - Penduduk di Johor khususnya di sekitar kawasan Iskandar Puteri bakal menikmati persekitaran yang baharu apabila Stadium Sultan Ibrahim Larkin mula menghiasi kawasan itu pada 2018.
Bagaimanapun, laman Facebook Johor Southern Tigers dalam satu posting hari ini mendedahkan rekaan unik stadium terbabit menerusi beberapa gambar lakarannya.
Difahamkan juga, stadium itu dijangka akan siap enam bulan lewat dari tarikh asal kerana DYAM Tunku Mahkota Johor(TMJ) membuat sedikit perubahan pada kedudukan stadium itu.
"Untuk makluman, pembinaan stadium yang terletak di Iskandar Puteri ini akan lewat selama enam bulan dari tarikh awal jangkaan siap kerana DYAM Tunku Mahkota Johor membuat sedikit perubahan pada kedudukan stadium tersebut. ", tulis laman itu hari ini.
Turut dinyatakan, TMJ mahu memastikan arah sinaran cahaya matahari 90% atau 100% menghala ke padang bagi memastikan pertumbuhan rumput yang baik.
"Baginda mahu pastikan arah sinaran cahaya matahari 90% atau 100% menghala ke padang untuk pertumbuhan rumput yang baik.
"Beberapa rekaan juga mengalami sedikit perubahan kerana baginda mahukan stadium baru itu nanti menjadi stadium yang terbaik di negara ini.
"DYAM Tunku Mahota Johor juga mahukan stadium yang dijangka siap pada Januari 2018 ini dilewatkan selama 6 bulan untuk memastikan kontraktor tidak tergesa-gesa mempersiapkannya kerana mahukan hasil yang terbaik untuk stadium baru ini. ", tulisnya.
Sumber: JOHOR Southern Tigers
· PERKEMBANGAN TERKINI PROJEK PEMBINAAN STADIUM SULTAN IBRAHIM LARKIN
Ini adalah sebahagian daripada perkembangan terkini Stadium Sultan Ibrahim Larkin, stadium baru Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT). Untuk makluman, pembinaan stadium yang terletak di Iskandar Puteri ini akan lewat selama enam bulan dari tarikh awal jangkaan siap kerana DYAM Tunku Mahkota Johor membuat sedikit perubahan pada kedudukan stadium tersebut. Baginda mahu pastikan arah sinaran cahaya matahari 90% atau 100% menghala ke padang untuk pertumbuhan rumput yang baik. Beberapa rekaan juga mengalami sedikit perubahan kerana baginda mahukan stadium baru itu nanti menjadi stadium yang terbaik di negara ini.
DYAM Tunku Mahota Johor juga mahukan stadium yang dijangka siap pada Januari 2018 ini dilewatkan selama 6 bulan untuk memastikan kontraktor tidak tergesa-gesa mempersiapkannya kerana mahukan hasil yang terbaik untuk stadium baru ini. Di sini juga kami tampilkan lakaran sebenar Stadium Sultan Ibrahim Larkin dan pejabat Johor Darul Ta'zim apabila siap sepenuhnya. Luaskan Kuasamu Johor.
-------
SULTAN IBRAHIM LARKIN STADIUM LATEST DEVELOPMENT
Here's the latest development news of the Sultan Ibrahim Larkin Stadium, the new stadium of Johor Darul Ta'zim FC (JDT). For your info, the completion date of the stadium construction in Iskandar Puteri will be delayed by six months following adjustments made by HRH Crown Prince of Johor on the stadium'
HRH Crown Prince of Johor also wants the completion of the stadium, which was initially expected to be completed by January 2018, to be delayed by 6 months to ensure the contractor is not being rushed to complete it, as he wants the best out of the stadium. Here's an artist's impression of the Sultan Ibrahim Larkin Stadium and the Johor Darul Ta'zim office upon completion. Luaskan Kuasamu Johor.
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Jan 9, 2017 7:22 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
5.3 Juta Kali Ditonton Diseluruh Dunia, Mekanik Dedah Hanya Keluar Modal RM50 Bolehkan Honda C70 Miliknya 'Menyelam
siakapkeli.my
Sejak minggu lalu kami ada memuatnaik sebuah video yang menjadi tular dikalangan netizen di Malaysia dan bahkan turut dikongsi oleh ramai pengguna Facebook dari pelbagai negara di seluruh dunia.
Video berkenaan memaparkan aksi Mohd Faizol Lokman,30, dan kakaknya Khazuraimi Lokman, 35, menaiki sebuah motosikal yang diubahsuai untuk mengharungi banjir sedalam satu meter tanpa sebarang masalah.
Video itu juga telah ditonton kira-kira 5.3 juta kali dan dikongsi hampir 120,000 orang yang ternyata ramai kagum dengan bakat Faizol mengubahsuai motosikal Honda C70 berkenaan.
Beliau yang merupakan seorang mekanik dari Kampung Gerung, Jertih, Terengganu mendedahkan hanya mengeluarkan modal RM50 untuk mengubah suai Honda C70 itu sehingga boleh meredah banjir seperti di dalam video.
Memetik laporan Harian Metro, dia tidak menyangka video dirakamkan kakaknya yang merupakan pembonceng mendapat perhatian ramai netizen.
"Saya sebenarnya sudah beberapa kali mengubah suai motosikal iaitu sejak 2014 untuk mengharungi banjir tetapi tidak pernah merakamkan video."
"Saya ubah suai motosikal dengan memasang paip tangki air kereta ke karburator. Paip getah itu saya halakan ke atas.
"Karburator itu saya letak dalam raga motosikal. Salur minyak tu saya letak kat atas sekali supaya dapat elak daripada masuk air," katanya. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Mon Jan 9, 2017 7:22 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Beli External Hardisk Online, Tapi Yang Dapat Cuma…
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
LAGI kes pembeli tertipu barangan online, kali ini melibatkan sebuah laman jualan barangan yang agak popular.
Baru-baru ini, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zahari Razali terkejut apabila mendapati external hardisk yang dipesan di laman tersebut telah ditukar dengan batu konkrit.
Menurut Zahari, barangan tersebut merupakan barangan tempahan pelanggannya, sekaligus membuatkan imejnya sebagai seorang peniaga online terjejas kerana insiden yang tidak dijangkakan itu.
"Sendiri jual external, sendiri kena tipu. Terpaksa order untuk topup stock customer order last minute. Order external hardisk, tapi dapat batu. Memang cari pasal," tulisnya pada Jumaat.
Difahamkan, Zahari membeli external hardisk jenama Western Digital My Passport 1TB dari pembekal yang berpangkalan di The Mines, Seri Kembangan pada 30 Disember lalu.
Barang tersebut kemudian dihantar oleh pembekal menggunakan perkhidmatan Pos Laju kepada pelanggannya yang berada di Mentakab, Pahang.
Namun, alangkah terkejut apabila mendapati batu konkrit yang diisi dalam kotak penghantaran tersebut, membuatkan pelanggan wanita itu menghubungi Zahari kembali.
Sementara itu, kemaskini terbaharu di Facebook Zahari mengatakan pihak pembekal barangan berkenaan telah menghubunginya ekoran insiden tersebut.
Walaupun enggan menunding jari kepada mana-mana pihak, namun kejadian tidak bertanggunjawab itu dipercayai berpunca daripada pihak perkhidmatan penghantaran kurier tersebut. – MYNEWSHUB.CC
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Jan 9, 2017 7:22 am (PST) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bayi Lelaki Masih Berdarah Seluruh Badan Ditemui Dalam Longkang Lebuhraya
siakapkeli.my
KAJANG: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat telah ditemui dalam longkang berhampiran pejabat Plaza Tol Bukit Kajang di sini, semalam, lapor Berita Harian.
Bayi berkenaan ditemui kira-kira jam 5.40 petang oleh sekumpulan anggota Unit Peronda Lebuhraya Silk yang terdengar bunyi tangisannya ketika mereka sedang menukar tayar kenderaan di pejabat di tol tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, selepas menjumpai bayi berkenaan, anggota peronda telah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak polis dan Hospital Kajang sebelum sebuah ambulans dihantar ke lokasi kejadian.
Beliau juga memberitahu sebelum kejadian anggota Unit Peronda ada melihat seorang jurutol wanita mengelap darah pada cermin di tingkap tandas wanita.
"Wanita itu memberi alasan membersihkan darah rakannya yang pengsan kerana masalah buasir namun selepas disoal siasat, kita dapati dia adalah ibu bayi berkenaan.
"Ketika ditemui, bayi itu masih berdarah di seluruh tubuh.
Pembantu perubatan Hospital Kajang terpaksa memotong tali pusat dan uri bayi berkenaan sebelum dibawa ke hospital.
"Tiada kecederaan luaran ditemui pada bayi itu dan dia kini diberi rawatan susulan bagi menentukan keadaan kesihatannya,
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuang bayi yang boleh dikenakan dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. - Siakapkeli.my
Azimah Pulang ke Malaysia Selepas Lebih Setahun Hilang di Tanah Suci
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR: Selepas dilaporkan hilang di Madinah sejak 19 Disember 2015, Nor Azimah Ibrahim, 32, selamat tiba di KLIA hari ini.
Menurut BH Online, Nor Azimah tiba kira-kira jam 12 tengahhari tadi menaiki pesawat MAS dari Jeddah.
Kepulangan Azimah itu disahkan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohamad Ali Selamat yang berkata Nor Azimah ditemui pada 13 Disember lalu selepas pejabat kosul dihubungi pihak berkuasa Arab Saudi.
"Ketika itu, pegawai pihak berkuasa terbabit memberitahu Nor Azimah ditahan di pusat tahanan imigresen di Makkah.
"Sejak dari itu, pejabat konsul berusaha untuk membawanya pulang ke Malaysia dengan menguruskan semua dokumen yang diperlukan," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Difahamkan juga, Nor Azimah dijemput kedua ibu bapanya di KLIA.
Pada 2015, Nor Azimah berlepas ke Tanah Suci bersama ibu bapanya untuk mengerjakan umrah pada tarikh 11 Disember.
Namun pada hari kejadian, Nor Azimah tidak mengikuti ibu bapanya ziarah ke tempat bersejarah di Madinah kerana mahu menumpukan ibadat di masjid sebelum hilang.
Bapa Nor Azimah, Ibrahim Abdul Rahman, merakamkan penghargaan atas bantuan yang diterima bagi membawa pulang anaknya itu.
"Hari ini, selepas lebih setahun, kami dapat bertemu kembali dengan anak kami.
"Kami belum bertanya kepada Nor Azimah apa yang berlaku sepanjang kehilangannya di sana," katanya.
Berita kehilangan Nor Azimah pernah menggemparkan negara tahun lepas apabila kes itu mendapat liputan meluas dari media-media tempatan.
Sementara itu, Harian Metro melaporkan Ibrahim berkata Azimah ditemui dalam keadaan bingung dan berat badannya susut.
"Saya dan isteri (Zamhani Zakaria, 53) bergegas ke KLIA dan terus ke pejabat Jabatan Imigresen di situ.
"Ketika ditemui, Azimah dalam keadaan bingung dan berat badannya juga susut," katanya.
Sumber: BH Online, Sinar Online, Harian Metro
Akaun Warga Emas Dirompak RM143K Melalui Kad ATM
depalma-sp.blogspot
Famili Ceria
Akaun Warga Emas Dirompak RM143K Melalui Kad ATM - Seorang jurujual dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam terhadap tuduhan menyalahgunakan kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik seorang suri rumah membabitkan pengeluaran lebih RM143,368.90 pada Mei tahun lalu.
Tertuduh, Rosmalini Rosli, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhammad.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyalahgunakan kad ATM Bank Islam milik Bidah Abdul Rahman, 67, untuk membuat transaksi perpindahan wang RM143,368.90 daripada akaun Tabung Haji mangsa ke akaun simpanan Bank Islam sebelum membuat pengeluaran.
Kesalahan dilakukan di Bank Islam Jalan Sultan Ibrahim, di sini pada jam 4 petang, 17 Mei 2016.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wong Siew Mun menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Februari depan untuk sebutan semula kes.
Saya Panjat Tingkap Nampak Budak Tanpa Pakaian Terbaring Menangis Atas Lantai - Ketua Kampung
siakapkeli.my
Tampin: Semalam negara digemparkan sekali lagi dengan berita penemuan kanak-kanak terbiar ditinggalkan oleh ibu sendiri dalam keadaan tidak terurus dan kotor berseorang di dalam rumah.
Kisah berkenaan mendapat simpati ramai dan ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan ibu kanak-kanak tiga tahun tersebut yang meninggalkan anaknya berseorangan kelaparan sebelum kelibatnya kanak-kanak itu disedari orang kampung selepas terdengar suara kanak-kanak menangis.
Menurut Ketua Kampung Kampung Parit Buluh, Mohd Dom Md Amin, 57, beliau telah pergi ke rumah berkenaan selepas ada jirannya mengadu terdengar tangisan kanak-kanak membuatkan dia berasa curiga lalu membuat laporan di Balai Polis Air Kuning Selatan.
"Saya panjat tingkap untuk masuk dan melihat budak itu terbaring atas lantai dalam keadaan bogel," kata dipetik lpaoran Harian Metro.
Menurutnya, kanak-kanak itu berada dalam sebuah bilik gelap selepas dia bersama anggota polis membuat pemeriksaan pada 12.45 tengah malam.
"Budak itu ditemui dalam keadaan kelaparan dan kesejukan. Saya memberinya makan roti, pisang dan minuman. Pegawai perubatan yang tiba membersihkan badannya sebelum dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan.
"Kami tidak tahu kewujudan budak itu kerana ibunya tidak pernah membawanya keluar dari rumah," katanya lagi.
Difahamkan, ibu mangsa meninggalkan budak itu di rumah untuk pulang ke kampung di FELDA Jelai bersama dua lagi anak lelakinya berusia 13 dan 14 tahun, untuk menjaga ibu yang sakit.
Mangsa kini akan diserahkan kepada datuknya untuk jagaan sementara selepas keluar hospital.
Berdasarkan rawatan awal, mangsa tidak mempunyai kecederaan fizikal, namun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memantaunya sehingga kes selesai.
Beliau yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, ibu mangsa adalah penerima bantuan RM300 sebulan dan bantuan itu akan dipindahkan kepada datuk yang akan menjaga mangsa selepas ini.
Kes akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. - Siakapkeli.my
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:
To:
Sent: Friday, January 06, 2017 11:04 PM
Subject: Fw: Budak Tiga Tahun Tinggal Sendirian Dalam Rumah
Anak Kecil Umur 3 Tahun Ditinggalkan Ibu Sendirian - Ini 10 Fakta Kes Yang Anda Patut Tahu.
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot
Hari ini kita dikecohkan dengan laporan berita bahawanya seorang kanak-kanak lelaki yang baru berusia 3 tahun telah ditinggalkan oleh ibunya secara sendirian.
Kes ini mengimbau kembali cerita lama yang membabitkan kisah hidup adik Firdaus yang mana remaja ini juga dibiarkan hidup sendirian oleh ibunya apatah lagi dia ialah seorang kanak-kanak OKU.
Walaubagaimanapun adik Firdaus telah pun meninggal dunia pada tahun lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi.
Dan ini ialah fakta kes tentang kanak-kanak lelaki usia 3 tahun yang ditinggalkan sendirian oleh ibunya begitu sahaja!
1. Kanak-kanak lelaki ini berusia 3 tahun. Dan ditinggalkan bermula jam 6 petang sebelum ditemui oleh pasukan keselamatan pada 12.45 tengah malam keesokan harinya.
2. Kanak-kanak lelaki itu ditemui secara sendirian dengan keadaan tidak terurus tanpa pakaian dan makanan.
3. Ibunya pulang ke kampung bersama dua anak lelakinya untuk menjaga ibu yang sakit dan membantu menguruskan ibu tirinya yang baru terbabit dalam kemalangan.
4. Ibunya menyorok identiti kanak-kanak lelaki tersebut kerana kanak-kanak lelaki itu ialah anak diluar pernikahan.
Kan bagus kalau ibunya bawa aje budak tersebut. Cakaplaha anak angkat ke apa untuk tutup malu sendiri. Daripada tinggalkan sebegitu last-last daripada nak tutup malu dengan keluarga tak pasal-pasal 1 Malaysia tahu, kan?
5. Ibunya mempunyai tiga orang anak lelaki. Dan kanak-kanak lelaki itu adalah anak bongsunya.
6. Ibu kepada kanak-kanak lelaki ini berusia 29 tahun. 2 anak terdahulu ialah hasil perkahwinan pertama. Perkahwinan kedua belum lagi dikurniakan cahayamata.
7. Ibu mangsa menyorok identiti mangsa dari pengetahuan ahli keluarganya dan ahli keluarga suaminya dan suaminya sendiri.
8. Ibu mangsa menyatakan kanak-kanak lelaki itu ialah anak kawannya dan dia sedang menjaga anak kawannya.
Malu nak mengaku anak sendiri tapi masa berzina syok beromen dengan lelaki tak fikir pula malu pada Allah. Hebat perempuan perangai macam neh. Demi nafsu sanggup sampai ke tahap bunuh anak sendiri.
9. Tidak hanya keluarga, bahkan jiran sekeliling juga tidak mengetahui identiti dan kewujudan kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun itu.
Tertanya-tanya juga tentang sijil beranak, vaksinasi, rekod perubatan dan sebagaimana. Adakah ibu ini demi nak menutup malu dia sanggup mencederakan anak sendiri? Tak pernah bawa anak ini keluar ke? Bagaimana perkembangan emosi kanak-kanak ini?
Bukan nak memuji tetapi ramai juga mereka diluar sana yang ada anak luar nikah tetapi jaga anaknya elok-elok. Kita dah buat satu benda silap, ya masyarakat pandang serong, ejek dan mengata ia adalah akibat dari kesilapan kita, tak perlu la kita nak menuding jari menyalahkan masyarakat tanpa cermin kesalahan sendiri. Namun janganla kita meneruskan kesalahan dengan mencederakan anak sendiri demi nak menutup malu kita. Pandai buat pandai tanggung. Pandai zina pandai beranak tolong pandai jaga anak juga. Simple as that.
10. Ibu mangsa akan disiasat dibawah akta kanak-kanak 2001 dan JKM juga akan mengambil tindakan susulan. Mangsa kini dibawa ke hospital Tampin untuk rawatan.
Bahkan ada yang mencadangkan agar bawa ibu mangsa untuk menjalani rawatan psikologi terutamanya kat bahagian otak. Mungkin ada terjatuh kat mana-mana sehingga hilang kewarasan akal fikiran. Dan cadangan itu dipersetujui penulis. Masalah mental si ibu neh boleh merosakkan anak kandungnya sendiri. Sekalipun anak itu ialah anak diluar pernikahan itu tidak menjadikan anak itu bukan anak kandungnya.
Budak Berumur Tiga Tahun Tinggal Sendirian Dalam Rumah Sementara Ibu Balik Kampung
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
TAMPIN: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui ditinggalkan sendirian di rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan di sini, selepas ibunya pulang ke kampung.
Difahamkan, penduduk mendengar tangisan kanak-kanak terbabit dari dalam rumah gelap lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut, 12.45 tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, bertindak atas laporan itu sepasukan anggota ke lokasi dan menemui kanak-kanak terbabit dikurung dalam rumah.
Menurutnya, anggota polis memberikan makanan dan minuman kepada kanak-kanak itu sebelum dihantar ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut.
"Siasatan lanjut dilakukan kemudian menahan ibu mangsa. Wanita berusia 29 tahun itu mengaku meninggalkan anaknya kerana pulang ke kampung bersama dua anak lelakinya, 6 petang semalam.
"Wanita terbabit mendakwa suaminya tidak mengetahui budak itu adalah anaknya kerana diberitahu dia anak orang lain yang dijaga wanita terbabit.
"Keluarga dan jiran pula tidak mengetahui kewujudan anaknya itu kerana dilahirkan luar nikah dengan lelaki lain sebelum dia berkahwin dengan suaminya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.
- Harian Metro
Bunyi Tangisan Kuat Bawa Penemuan Kanak-Kanak Tiga Tahun Ditinggalkan Seorang Diri Dalam Rumah
siakapkeli.my
TAMPIN: Bunyi suara seorang kanak-kanak menangis dengan kuat dari sebuah rumah papan di Kampung Parit Buloh, di sini, telah terungkai apabila seorang kanak-kanak berumur tiga tahun telah berjaya ditemui dikurung dalam rumah berkenaan seorang diri, lapor Sinar Harian.
Dia ditemui dalam sebuah bilik dalam yang amat kotor tanpa sebarang pakaian bersendirian di dalam rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superitendan Hamazah Ab Razak berkata, kira-kira jam 12.45 tengah malam, polis menerima aduan daripada penduduk yang terdengar kanak-kanak menangis di dalam rumah dalam keadaan gelap dan berkunci.
Selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung, pihak polis segera ke lokasi dimaksudkan mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang tinggal bersendirian.
"Mangsa telah dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Tampin dan diberikan makanan serta minuman oleh anggota balai Air Kuning Selatan."
"Berdasarkan siasatan ibu mangsa telah meninggalkan anak bongsunya itu secara bersendirian sejak jam 6 petang lagi."
"Siasatan awal mendapati ibu mangsa berusia 29 tahun menyembunyikan kelahiran anak bongsunya itu daripada orang ramai termasuklah keluarganya sendiri. Bahkan, suami keduanya juga tidak mengetahui itu adalah anak wanita berusia 29 tahun berkenaan kerana, si isteri menyatakan menjaga anak kawannya," katanya.
Dalam kejadian itu, Hamazah memaklumkan yang ibu kanak-kanak berkenaan telah meninggalkan anaknya seorang diri dan hanya membawa pulang dua anak lelakinya hasil perkahwinan pertama ke kampung yang terletak di Jelai kerana ahli keluarga tidak mengetahui kewujudan anak bongsunya itu.
Menurutnya, wanita berkenaan pulang ke kampung bagi menjaga ibunya yang sakit, selain menguruskan ibu tirinya yang baru sahaja terbabit kemalangan.
"Tiada kecederaan luaran pada kanak-kanak berkenaan. Bagaimanapun, kita memandang berat kes ini dan menyeru masyarakat peka dan semampu mungkin dapat mengelakkan kejadian seperti ini berulang kembali.
"Sikap suspek dipuji atas komitmen menjaga ibu-ibunya yang sakit, namun undang-undang harus dipatuhi,'
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 22 Akta Kanak-kanak. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dimaklumkan untuk tindakan lanjut. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment