Friday, January 20, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4665[2 Attachments]

8 Messages

Digest #4665

Messages

Thu Jan 19, 2017 6:36 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kerugian Syarikat milik Kerajaan RM8 billion selagi terperangkap dengan FGV.
bloglist-malaysia.blogspot.
sakmongkol.blogspot
Posted by Ariff Sabri

Hanya kerana tamak haloba seorang sahaja, banyak GLC kita terdedah kepada kerugian berbilion Ringgit. GLC2 dibawah ini, mungkin menanggung kerugian RM7.8 bilion.

Apa jadi kepada GLC2 kita macam tidak dipedulinya. Ini sikap padang jarak padang terkukur. Biar musnah negara, asal nafsu sarakah dipuaskan. Istilah orang putuh- scorched earth tactic.
Sedihnya, sikap seperti inilah yang dimuliakan oleh orang Melayu. Sebahagian Melayu pula tidak peduli atau indifferent asal mereka terus dapat menikmati cofee latte mereka dan smoked salmon. Najib suka golongan seperti itu- the smoked salmon crowd, the limousine liberals, Hollywood Left- yang dari sudut ideoloji bukan main menyokong rakyat marhaen, tapi dalam kehidupan harian , sungguh berlawanan.

Orang2 seperti ini lah, dalam salon2 nya, di kafe Dome, La Bodega mengutuk Najib, tapi bila tiba masa nya, mengundi sokong Najib.

Asal matlamat menjana wang dan menjadikan GLC kenderaan membuat wang segera tercapai. Sikap seperti ini berpunca dari kepercayaan bahawa mendapat kuasa itu memberi lesen kepada nya melakukan sesuka hati. Berkuasa ertinya dia boleh membuli orang lain, melakukan land grab, money grab dan sebagainya. Berkuasa kepada UMNO bererti berhak mengambil kekayaan negara ini. Pemenang mengambil semua.

Nasib GLC2 mengapa jadi begini? Kerana FGV. Jika FGV tidak diapungkan, maka tentulah GLC2 ini tidak terdedah kepada malapetakan kewangan.

Kerajaan kita yang berperdanamenterikan seorang yang satu dunia lihat sebagai pencuri telah memaksa GLC kita membeli saham dalam FGV. Sedangkan ketika mahu disenaraikan dia berjanji dan cakap besar bahawa saham FGV akan dilanggani oleh syarikat2 bertaraf dunia. Cakap besar ini tidak terjadi. GLC2 kita yang dipaksa membeli saham untuk mengukuhkan harga saham FGV.

Saya syak mereka tahu- paling tidak pegawai2 yang conscientious dan pandai sedikit, tahu bahawa the true value of FGV share tidak lebih dari 2 Ringgit. Saya syak ada konspirasi antara ramai pihak untuk meletak harga runcit FGV pada RM4.55.

Dalam proses tersebut, seperti ynag kita cakapkan sebelum ini, Felda itu sendiri diruntuhkan. Ia tidak lagi mengawal asset2 nya termasuklah 360,000 hektar tanah Felda Plantaions, kilang2 dan puluhan syarikat hiliran yang lain.

Ia menghukum gantung dirinya sendiri apabila memilih untuk mengorbankan aliran hasil RM2.1 bilion setahun untuk suatu janji yang tidak mampu dilunaskan oleh FGV. Janji Najib membawa padah.

Kegilaan apa yang menyebabkan Felda mengorbankan mendapat RM2.1 bilion setahun untuk hasil sewa RM250 juta setahun dan 15% dari untung bisnes perladangan FGV?
Hanya kerana Najib mahukan demikian.

Felda belanja sekitar RM1.7 billion setahun untuk mengurus bisnes felda dan tanggung jawab sosial nya. katalah dengan memindahkan operasi bisness kepada FGV, Felda jimat 50% dari perbelanjaan nya. Ini bersamaan dengan RM800 juta. Felda masih lagi memerlukan sekitar RM900 juta setahun untuk mengurus dirinya sendiri dan tanggung jawab sosial.
Masih ada defisit RM900 juta setahun. Dari mana Felda dapat wang untuk menampung defisit ini?

Oh bahagian perbendaharaan Felda( Treasury) melabur dalam pasaran saham. Maybank umpanya dan dalam syarikat2 lain2. Adakah hasil dari pelaburan ini, mencecah tahap RM 900juta setahun?

Ini bermakna, kesihatan kewangan Felda bergantung kepada sumber pendapatan seperti share nya dalam FGV, share nya dalam syarikat blue chips lain, sewa RM250juta setahun dan grant kerajaan. Mana dia business fundamentals Felda? bisnes core nya mana? Felda bukan firma pelaburan butik. Ia syarikat yang tanam sawit, kutip sawit, mengasilkan mintak sawit mentah. Itu core business Felda.

Jika ia bergantung kepada FGV, alamatnya Felda akan kekeringan hasil. Prestasi FGV tidak bagus. Ianya dibebani dengan 'banyak cerita' sepeti yang dinyatakan oleh CEO nya. kita hendak juga tanya, jika faktor 'banyak cerita' ini dinyahkan- adakah kesihatan kewangan FGV akan pulih? Jika ya, maka marilah sama2 mengusahakan supaya penyebab 'banyak cerita' ini disingkir dari mengepalai kerajaan. Jika terus mengekalkan pencuri mengepalai kerajaan, bererti kita pun, sebetulnya, resam nya seorang pencuri juga.

Tapi untuk masa in, tatapilah angka2 dalam jadual dibawah.
Felda dan sekutunya, merupakan pemegang saham terbesar outstanding share FGV. Sekitar 40% dipegang oleh Felda, Felda Assset dan KPF.Setakat Ogos 2016, adalah sedikit perubahan dalam pegangan saham oleh Felda dalam FGV. Tapi masih sekitar 40% juga lah.

Apa telah jadi pada nilai pegangan ini? Semasa harga share RM4.55 , nilai saham ke2 Felda dan syarikat sekutu felda ini ialah RM RM6.55 billion. Sekarang bila harga saham sekitar RM1.56, nilai saham oleh ke3 entiti ini ialah RM2.25bilion. Kerugian kertas mencecah RM4.30 billion.

Bayangkan jika FGV jadi delisting, keruguan RM4.3 bilion boleh menjadi lebih besar. Bersedialah untuk kerugian sebenarnya, pada tahap RM5 billion.

Jadi, delisting ini bukan perkara enteng. Felda dan syarikat sekutunya akan hilang dan rugi RM5 billon. Share nya mungkin RM1.20 sahaja. Mereka masih pemilik kepada saham2 nya, tapi harga nya sekitar RM1.20 sahaja.

Siapa lagi yang akan jadi mangsa permainan korporat Najib? Bila saya kata, penyenaraian FGV ini adalah ciptaan Najib setelah dapat mimpi basah , ramai orang marah. Mereka marah cara mendeskripsi tersebut tetapi tidak dapat mematahkah hujjah bahawa FGV merupakan mimpi ngeri untuk Felda dan sekutu2 nya. Sekarang ia juga mimpi seram untuk banyak GLC2 kita.

Mereka ini, secara kolektif( setelah dikeluarkan Felda dan sekutu2 nya) menanggung kerugian atas kertas sebanyak RM3.5 billion. Jika FGV di delist, maka kerugian sebenarnya mungkin mencapai RM4 billion atau lebih.

Jadi, kita melihat kepada kemungkinan kerugian sebenar sekitar RM9 billion jika FGV dikeluarkan dari bursa saham. Saya tidak faham mengapa Suruhanjaya Sekuriti tidak mengambil tindakan keatas FGV setelah share FGV melekat sekitar RM1.60 untuk berbulan bulan lama nya. Itu sudah petanda2 bisnes FGV teruk.

Bagaimana pula FGV? Setelah di delist, bagaimana mereka mahu mendapat modal untuk berniaga? Saham mereka masih lagi boleh dijual over the counter ya- tapi, FGV tidak lagi mempunyai akses kepada pasaran modal awam. Sudah tentu, kos pinjaman mereka akan naik. Kos Operasi FGV akan meningkat. Sedangkan ketika ada akses kepada modal yang berkos rendah dari public pun FGV tidak boleh membaiki keadaan, inikan pula ketika kos pinjaman modal tinggi.

Banyak GLC2 kita melalui keadaan musibah dan kerugian hanya kerana seorang PM kita tamak dan sanggup menggadai masa depan Felda dan GLC2 lain. Bagaimana kita mempertahankan keputusan kita menyokong pemimpin seperti ini?

Jika orang Melayu terutamanya, terus menyokong orang seperti Najib yang sekarang ini ternyata pelakun handalan menyembunyikan kemungkaran yang ia lakukan dengan wajah yang bersahaja tanpa rasa bersalah, ini bermaka orang Melayu kita tidak ada sensse of moral value. Segala nya halal selagi kita berkata ianya halal. Batasan pemisah antara halal dan haram, itu dibentuk, dialih dan diperlakukan ikut suka hati.

Ianya juga mendedahkan sikap hipokrasi kita sebagai seorang Muslim. Secara luaran bukan main lagi mahu menunjuk nunjuk keMusliman kita melebihi orang lain, rupa2 nya keAbuJahalan dan keAbuLahaban kitalah yang melebihi orang lain sebetulnya.

Sekian, salam dari Raub.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jan 19, 2017 6:36 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tarikh Awal Muharam Diubah Kepada 22 September
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 18 Jan - Tarikh untuk Awal Muharam (Maal Hijrah) bagi tahun 2017 akan diubah dari Khamis (21 September) kepada Jumaat (22 September).

Menurut satu kenyataan dari Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri hari ini, perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu surat pada 9 Januari lepas.

Sehubungan itu, jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan bagi 2017 juga dipinda, menurut kenyataan itu.

Sumber: Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jan 19, 2017 6:37 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Remaja 13 Tahun Lapor Polis Selepas Guan Eng Muat Naik Kenyataan Mengelirukan Berhubung RUU 355

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kenyataan pe­mimpin itu berkenaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dimuat naik ke laman blognya dua bulan lalu.

Laporan polis itu dibuat oleh remaja berkenaan, Ahmad Ali Abdul Karim di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dekat sini pada 24 November tahun lalu setelah membaca artikel di laman blog Guan Eng yang dilihat mengeluarkan pernyataan mengelirukan terhadap RUU355 itu.

Ahmad Ali berkata, dalam artikel terbabit, Guan Eng telah mengeluarkan empat dakwaan berbaur hasutan membabitkan rang undang-undang tersebut.

"Antara dakwaan dibuat Guan Eng itu adalah menegaskan bahawa DAP menentang hudud kerana undang-undang Islam itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya itu juga mendakwa Perlembagaan Persekutuan adalah sekular yang mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan, jadi cubaan pindaan terhadap hukuman di bawah RUU355 itu mengarah ke arah hudud," katanya menerusi artikel yang dimuat naik di laman blognya, https://ahmadalikarim.wordpress.com/2016/11/26/police-report-on-lim-guan-engs-false-statements baru-baru ini.

Selain itu dalam artikel tersebut katanya, Guan Eng turut memberi pandangan bahawa MCA, MIC, Gerakan dan SUPP layak untuk dikritik kerana tidak berpegang pada janji dan prinsip mereka untuk bersama mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan sanggup menyokong UMNO yang bekerjasama dengan Pas sehingga membelakangkan Perlembagaan negara bagi membolehkan RUU355 dipinda.

"Akhir sekali, Ahli Parlimen Bagan itu turut mengulangi dakwaan beliau terhadap kegagalan MCA, MIC, Gerakan dan SUPP meninggalkan Barisan Nasional (BN) kini dilihat sebagai menyokong UMNO untuk bekerjasama dengan Pas sekali gus ke arah mendekati perlaksanaan hudud," katanya.

Laporan polis yang beliau buat sebelum ini turut mendapat perhatian daripada portal propembangkang minggu lalu.

Ahmad Ali dalam pada itu menegaskan, laporan polis yang dibuat bukan disebabkan pe­mimpin itu menentang RUU355 tetapi membabitkan kenyataan beliau mengarah ke arah hasutan yang jelas menyalahi undang-undang negara.

"Saya sayang negara saya dan tidak mahu melihat keamanan serta keharmonian yang dikecapi semua rakyat ketika ini hilang akibat beberapa perkataan hasutan yang dikeluarkan oleh individu-individu tertentu.

"Tidak sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan seperti ini yang boleh menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat memandangkan beliau adalah pemimpin tertinggi parti politik," tegasnya.

Pindaan Akta 355 tidak bercanggah dengan Perlembagaan

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

KUALA LUMPUR - Cadangan pindaan Akta 355 tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan atau peruntukan undang-undang lain kerana ia adalah usul pindang yang biasa dilakukan dalam proses demokrasi.

Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz berkata, ini adalah proses yang dibenarkan dalam demokrasi secara umum.

Malah, pengenalan kepada usul pindaan ini juga tidak melanggar apa-apa peraturan mesyuarat Parlimen.

Selain itu, Shamrahayu juga turut menepis anggapan bahawa cadangan pindaan ini bercanggah dengan kerangka atau sifat perlembagaan.

"Hujah kerangka atau sifat sekular Perlembagaan itu bukan suatu yang benar kerana banyak pandangan yang menyanggah pendekatan yang meletakkan bahawa kerangka asas Perlembagaan Persekutuan adalah sekular.

"Walaupun pada awalnya kita dapati ada kenyataan-kenyataan yang meletakkan sifat sekular, tetapi bila dilihat kepada peruntukan berkaitan Islam dan ruang sejarah yang lebih makro, Perlembagaan Persekutuan sebenarnya mempunyai kerangka agama Islam.

"Jelas sekali ia bukan kerangka sekular. Ia dapat dilihat dalam Perkara-Perkara 3, 12(2), 150(6A), 37 dan juga Jadual Keempat," katanya dalam Taklimat Khas Media Penerangan Usul Pindaan Akta 355, di Ikim, hari ini.

'Guan Eng patut malu, remaja 14 tahun lebih faham Perlembagaan'

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

RAUB: Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini memuji tindakan berani seorang remaja membuat laporan polis terhadap ketua menteri Pulau Pinang yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan Ahmad Ali Abdul Karim, 14, itu menunjukkan remaja tersebut lebih memahami Perlembagaan walaupun masih muda.

"(Lim) Guan Eng seharusnya malu apabila seorang remaja berumur 14 tahun ini lebih memahami Perlembagaan negara.

"Saya ucapkan syabas kepada Ahmad Ali," katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra dan penerangan isu semasa di Universiti Teknologi Mara Raub, hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang antara lain menyebut Ahmad Ali membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor pada 24 November lalu selepas membaca artikel di laman blog Lim yang dianggapnya berbentuk kenyataan mengelirukan berhubung RUU 355.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, pindaan RUU 355 tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan kerana usul berlandaskan Perkara 3 Perlembagaan menyatakan Islam adalah agama persekutuan.

"Sebagai sebuah negara yang diberikan status agamanya dan diperkukuhkan lagi dalam Perkara 37, sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kesucian agama Islam, kerajaan boleh membuat apa sahaja undang-undang yang berkaitan kepentingan orang Islam, selagi ia dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jan 19, 2017 6:39 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



2 Objek Tidak Dikenali Terbang di Ruang Udara Komtar, Penang Jadi Viral
siakapkeli.my

Penang - Video yang memaparkan dua objek yang tidak dikenali (UFO) terbang di ruang udara dekat bangunan Komtar di George Town, Penang menjadi viral sejak semalam di media sosial.

Video objek aneh itu dimuat naik oleh pengguna Facebook, Wang Soon You kira-kira jam 1.05 petang pada Selasa.

"Kelihatan UFO di langit Pulau Pinang, adakah anda percayakan saya," tulis Wang Soon di bahagian kapsyen.

Satu video menunjukkan dari jarak dekat bagaimana kedua-dua objek itu terbang manakala satu lagi video memaparkan orang ramai terkejut dengan kehadiran objek itu.

Setakat ini, video tersebut dikongsi oleh lebih 6,000 pengguna media sosial lain.

Seorang pengguna Facebook, Shirley Sharine berkata, ia kelihatan seperti pesawat tentera, manakala Sharlynn Charlsharlynn Lim memberitahu ia mungkin sebuah dron.

Jimmy Chng berkata, ia mungkin DJI Phantom 4 quadcopter, tetapi seorang lagi pengguna Facebook mempersoalkan sama ada dron boleh mempunyai saiz begitu besar.

"Bolehkan dron terlalu besar? Saya juga melihat benda yang sama," kata Lawrence Ooi.

Sumber: mStar Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
2 of 2 File(s)

Thu Jan 19, 2017 6:39 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PAS bersama Gagasan Sejahtera sedia galas mandat rakyat

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Khurafat politik dalam negara, bahawa hanya Umno/Barisan Nasional sahaja mampu mentadbir negeri atau negara Malaysia makin terhakis di kalangan rakyat kini.

Justeru itu, PAS bersedia menghadapi PRU14 dengan seluruh kekuatan untuk mencabar kekuatan Umno/BN di negeri 'Jelapang Padi' menerusi blok ke-3 iaitu Gagasan Sejahtera.

PAS memiliki rencah ramuan tersendiri serta bebas menentukan pilihan dalam strategi, apabila berhadapan dengan Umno/BN dalam PRU14 berasaskan kajian-kajian politik semasa. Gabungan politik pembangkang bukanlah satu-satunya cara untuk menumbangkan Umno/BN kerana persefahaman politik boleh melalui pelbagai kaedah.

Tidak timbul soal PAS perlu bersama Pakatan Harapan kerana PAS tiada hubungan politik dengan DAP dan PAN, begitu juga lawan politik PAS sejak merdeka iaitu Umno/BN.

PAS menyedari keperitan rakyat akibat dari polisi ekonomi kerajaan hari ini yang dilihat tidak prihatin apabila gagal mengekang kenaikan kos hidup dan keperluan harian. PAS konsisten menunjukkan komitmennya mengangkat suara rakyat kedah seperti isu air, pemutuan harga padi, penetapan tetap siling harga getah, alam sekitar, tanah serta kebajikan rakyat kedah.

Akhirnya, PAS bersama rakan-rakan politik melalui Gagasan Sejahtera membuka tangan untuk menerima mandat rakyat khususnya di negeri Kedah bagi menjadi 'Government in waiting' pada PRU14 nanti.

Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jan 19, 2017 6:39 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sanbenito, Topi Khas Tanda Muslim Telah Murtad Yang Dijadikan Simbol Perayaan Tahun Baru
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

Topi Tahun Baru yang berbentuk kon ternyata adalah topi dengan bentuk yang di sebut SANBENITO, yakni topi yang digunakan Muslim Andalusia (Sepanyol) untuk menandakan bahawa mereka sudah murtad dibawah penindasan Gereja Katholik Roma yang melaksanakan Pasitan Sepanyol.

Ketika kaum Frank yang beragama Kristian Trinitarian menyerang Negeri Muslim Andalusia. Mereka menangkap, menyiksa, membunuh dengan sadis kaum Muslim yang tidak mau tunduk kepada mereka.

Mereka kaum Kristian Trinitarian membentuk lembaga yang bernama Inkuisisi. Sebuah lembaga dalam Gereja Katholik Roma yang bertugas melawan ajaran sesat, atau mahkamah atas seseorang yang didakwa bidaah. Dan dalam hal ini yang dimaksudkan sesat / bidaah adalah MUSLIM!

Adalah sebuah pakaian yang diberi nama SANBENITO, pakaian dan topi khas yang dipakaikan kepada tawanan muslim yang telah menyerah dan mau conferso (confert / murtad).

sanbenitoPakaian ini untuk membezakan mereka (para converso) dengan orang-orang lain ketika berjalan di tempat-tempat umum di Andalusia yang pada masa itu telah takluk di tangan Ratu Isabella dan Raja Ferdinand.

SANBENITO adalah sebuah pakaian yang menandakan bahawa seorang muslim di Andalusia ketika itu telah MURTAD.

Kini, 6 abad setelah peristiwa yang sangat sadis tersebut berlalu, para remaja muslim, anak-anak muslim justru memakai pakaian SANBENITO untuk merayakan TAHUN BARU MASEHI dan merayakan ULANG TAHUN.

Meniup trompet-trompet ala topi SANBENITO di saat pergantian tahun.

Perayaan-perayaan yang sama sekali tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah yang justru nyata-nyata berasal dari kaum Kafir.

Kaum yang telah merampas kejayaan Muslim Andalusia, dan menghancurkan sebuah peradaban maju Islam, Andalusia.

Setelah kita tahu sejarah ini, apakah kita masih sanggup memakai SANBENITO? atau membiarkan anak-anak, adik-adik, sahabat-sahabat kita memakainya? padahal 6 abad yang lalu, SANBENITO adalah pakaian tanda seorang MUSLIM TELAH MURTAD.

sumber eramuslim.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jan 19, 2017 6:40 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pengajaran Kisah Ibu Marah Anak Yang Terpecahkan Botol Perfume
bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot
Famili Ceria

Kisah Ibu Marah Anak Yang Terpecahkan Botol Perfume - Kasihan. Si kecil Ajim terpecahkan minyak wangi kesayangan ibunya. Si ibu pantas 'naik hantu' dan mengamuk. Namun lihatlah betapa tulusnya si anak memujuk. Si ibu sudah hilang kawalan, namun si anak masih tenang berdepan tekanan dan mengusulkan penyelesaian.

Diam-diam, Ajim menyelitkan angpau yang berisi semua duit rayanya di celah pintu bilik si ibu. Niatnya cuma satu.. Dia mahu menebus rasa bersalah dengan membayar kos minyak wangi yang dipecahkannya tadi.

Allahu Rabbi! Hati ibu mana yang tidak luluh andai 'ditegur' Allah dengan cara seperti ini?
"Saat membaca nota itu, berderai airmata... Meruntun jiwa seorang ibu ini... Habis hilang semua perasaan marah, geram dan kecewa yang bersarang sebentar tadi...Kemudian saya sedar... Hanya kerana benda bersifat sementara saya hampir hilang akal hingga saya hampir saja mengeluarkan kata-kata yang bisa mengguris rasa anak-anak kecil."

Allah ya Allah.. Mengalir deras airmata saya sewaktu membaca perkongsian Ummu Nurin ini! Ini bukan kisahnya. Ini juga kisah kita. Kisah kelalaian ibubapa dalam mengawal kata.

Saya terkenang kisah seorang ibu yang mengamuk memarahi anaknya bila si anak mencurah air sabun lebihan basuh kereta ke dalam pasu bonsai kesayanganya..

"Aku lebih sayang pokok ni dari kau, tahu!"
Saya teringat kisah seorang ayah mengutuk anaknya.. Tanpa dia sedar, si anak terdengar kata-kata tersebut..

"Itu bukan anak orang. Itu anak anjing!"
Ya Allah.. sungguh kadang kita tak tahu betapa luluhnya hati si anak mendengar kata-kata kita. Ya Allah.. sunguh banyaknya dosa-dosa kita dalam mendidik mereka!

"Mama minta maaf. Tak sepatutnya mama cakap macam tu. Ya Allah.. mama rasa berdosa sangat."

"Mama minta maaf. Tak betul cara mama pukul awak tadi. Kalau nabi nampak, tentu mama kena marah. Tapi mama hilang sabar. Lain kali jangan buat lagi ya. Mama takut hilang sabar lagi."

Subhanallah. Saya sendiri pun kadang hilang sabar dengan kerenah anak-anak. Entah berapa kali saya terpaksa meminta maaf dengan anak-anak sendiri. Sungguh. Kadang dalam mengharung keletihan dan kesibukan, sekali sekala kita tersilap juga. Terkeluar juga tindakan yang tidak sepatutnya. Kadang herdikan. Kadang libasan rotan.

Namun sejurus akal mampu berfikir rasional, betulkanlah keadaan. Minta maaf dengan anak-anak kita. Pulihkan semula luka di hati mereka. Insya-Allah. Tindakan meminta maaf sering membantu memulihkan semula situasi.

Anak-anak melakukan kesilapan. Kita juga! Namun jika terlajak kata, ringan-ringankanlah mulut kita meminta maaf . Jangan malu mengakui kesilapan kerana setiap kesilapan menuntut pembetulan!

Ajarlah anak-anak kita menjadi seorang manusia yang sedar bahawa mereka memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, tetapi yang penting ialah kesungguhan mereka untuk membetulkan kesilapan tersebut.

Memang ada kerenah mereka yang menyakitkan hati kita. Tapi antara kita dan mereka, sememangnya kita lebih waras dan lebih dewasa. Maka, sesakit apa pun yang kita rasa, janganlah melepaskan geram dengan cara yang tak sepatutnya. Orang dewasa harus tahu bagaimana mengubati lukanya tanpa menyebabkan orang lain pula yang terluka!

Marilah sahabat, sama-sama kita cuba tanamkan satu tekad. Awasi kata-kata yang keluar dari mulut kita. Jangan ia menjadi doa yang diangkat ke langit tanpa kita sedar. Bilas kesilapan dengan istighfar. Istighfar.

Kami memohon keampunan-Mu ya Allah. Kurniakanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah. Satukanlah hati-hati kami dengan anak-anak kami. Janganlah beban kesilapan kami menjadi asbab kesilapan mereka pula.

Ampunilah kami yang selalu tersilap ini ya Allah. Amin ya Rabbal alamin. Ummu Nurin, terima kasih kerana berkongsi kisah anak soleh Ajim ini. Insya-Allah ia mencetuskan manfaat untuk ibu-ibu seperti saya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jan 19, 2017 6:40 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Curi Barang, Gadis Didenda RM1,000 & Penjara Sehari

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

BATU PAHAT - Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 kepada seorang wanita atas pertuduhan mencuri produk kecantikan dan menyembunyikannya di dalam baju dalamnya, 30 November lalu.

Tertuduh, Normala Rahman, 24, yang juga merupakan pekerja salun kecantikan mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut sebaik pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.

Dua lagi tertuduh juvana turut mengaku bersalah, namun Majistret menetapkan 4 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan akhlak mereka dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi juvana didakwa mencuri bersama-sama di Butik Blackcube Rich, Parit Raja, jam 7-8 malam.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, bagi kesalahan kali kedua atau kemudiannya hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Terdahulu, rakaman video litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan empat wanita berusia 20-an berkomplot untuk mencuri di sebuah butik pakaian menjadi viral di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

6 Remaja Ditahan Persenda Solat

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


HANYA kerana mahukan perhatian dan popular, enam remaja dari Jepara, Jawa Tengah Indonesia ini sanggup mempersendakan solat dengan memuat naik gambar sedang solat di atas motosikal di laman Facebook.

Gambar sekumpulan remaja beraksi seperti bersolat di atas jalan raya dan seorang lagi menjadi imam berdiri di atas dua motosikal itu mencetuskan kemarahan orang ramai.

Susulan itu, polis tempatan menjalankan siasatan terhadap gambar yang dimuat naik Isnin lalu dan berjaya menahan enam remaja lelaki berusia 15 dan 16 tahun.

Detiknews melaporkan, Ketua Polis Daerah Jepara, Samsu Arifin berkata, hasil laporan orang ramai, keenam-enam remaja berkenaan ditahan sehari selepas gambar tersebut menjadi viral di laman sosial.

"Semua mereka dari satu sekolah dan ditahan di kediaman masing-masing menyebabkan ibu bapa mereka terkejut," katanya.

Menurutnya, ketika disoal siasat semua remaja itu mengaku sengaja memuat naik gambar berkenaan kerana mahu menarik perhatian penguna laman sosial sekaligus menjadi terkenal.

"Mereka mengaku hanya mahu terkenal dan tiada niat untuk mempersendakan agama kerana mereka sendiri beragama Islam.

"Orang ramai kini perlu tahu yang mereka ini tidak mempunyai tujuan jahat dan tidak perlu resah lagi," katanya.

Menurutnya, semua remaja itu dibebaskan selepas keterangan mereka diambil dan diminta datang semula ke ibu pejabat polis setiap Isnin dan Khamis untuk siasatan lanjut.

Polis juga menyita dua motosikal yang digunakan dalam gambar berkenaan sebagai bahan bukti. – MYNEWSHUB.CC

INI BARU TAKUT ALLAH

bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Kat Malaysia kita tak merasa lagi usahawan Islam yng nak buat macam ni...

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: