Monday, January 23, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4667[2 Attachments]

8 Messages

Digest #4667

Messages

Sun Jan 22, 2017 7:00 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kartun Zunar sindir Najib disiarkan dalam Forum Ekonomi Dunia
bloglist-malaysia.blogspot.
milosuam.net
SKANDAL Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak terus jadi perhatian dunia apabila kartun yang menyindirnya telah disiarkan dalam salah satu slot di Forum Ekonomi Dunia yang diadakan di Davos, Switzerland

Dalam salah satu wawancara bersama editor Globe Cartoon, Patrick Chappatte, beliau menyebut tentang lukisan kartun Zunar yang terpapar dalam forum tersebut.

"Boleh lihat gambar, ini adalah kartun yang dilakarkan oleh beliau (Zunar), mengenai Perdana Menteri Malaysia, seperti anda sedia maklum telah terlibat dalam skandal rasuah paling besar berkaitan dana rakyat Malaysia,"

"Banyak wang disalurkan ke dalam akaunnya, Zunar terus menentang rasuahnya," kata Chappatte di depan hadirin ketika itu kartun Zunar terpapar pada skrin dalam forum tersebut.

Kartun itu memaparkan perbandingan antara karikatur Donald Trump seorang jutawan yang mahu menjadi Presiden Amerika, manakala Najib disindir sebagai perdana menteri yang menjadi jutawan.

Berita ini membuatkan aku teringat salah satu peristiwa yang berlaku sebelum ini di Pulau Pinang, di mana Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque diserang oleh sekumpulan machai-machai Umno kerana mengadakan pameran kartun-kartunnya yang mengutuk dan memperli Najib.

Habis tumbang kartun-kartun yang dipamerkan Zunar pada waktu itu.

Bagaimana pula kali ini? Machai-machai Umno tak mahu ke serang Forum Ekonomi Dunia yang diadakan di Davos Switzerland tu?

Dulu Zunar buat pameran kartun kutuk Najib, satu dewan je boleh nampak, kali ini kartun kutuk Najib yang dilukis Zunar, satu dunia nampak kerana disiarkan dalam forum ekonomi bertaraf dunia.

Maruah Najib Dimalukan Di Serata Dunia.. Saksikanlah
bloglist-malaysia.blogspot.
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Maruah Najib Dimalukan Di Serata Dunia.. Saksikanlah. Kartun lakaran Zunar yang memaparkan 'jutawan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah terpapar semasa satu sesi Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland.

Kartun tersebut yang membandingkan jutawan Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat dan Najib menjadi jutawan ketika menjawat kerusi perdana menteri dibangkitkan oleh kartunis editorial Globe Cartoon, Patrick Chappatte.

Maruah Najib Dimalukan Di Serata Dunia.. Saksikanlah. Chappatte bercakap tentang anugerah '2016 Cartooning for Peace Award' yang diterima Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque pada tahun lepas.

"Ia adalah kartun yang beliau lakarkan mengenai perdana menteri Malaysia, yang mungkin seperti anda tahu, telah terlibat dalam skandal rasuah besar (dalam) kumpulan wang awam Malaysia.

"Banyak wang disalurkan ke akaunnya. Zunar tidak berhenti dalam mengecam rasuah kerajaan," kata Chappatte kepada para hadirin dengan kartun berkenaan terpapar di skrin lebar.

Maruah Najib Dimalukan Di Serata Dunia.. Saksikanlah
Zunar menerima anugerah '2016 Cartooning for Peace Award' di majlis yang berlangsung di Palais Eynard di Geneva, Switzerland pada Mei 2016.

Selain Zunar, kartunis Kenyan, Gado, juga menerima anugerah yang sama dan hasil karya mereka dipamerkan di Lac Leman di Geneva.

Hadir majlis penganugerahan itu ialah Presiden Kehormat Swiss Foundation Cartooning for Peace, Kofi Annan, yang juga bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Ahli Majlis Perbandaran Geneva, Guillaume Barazzone.

Maruah Najib Dimalukan Di Serata Dunia.. Saksikanlah
Sebelum ini, Najib mendakwa dana berjumlah AS$681,000,000 yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi beliau merupakan 'derma' dari ahli keluarga diraja Arab Saudi.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah menafikan wujud salah laku Najib selain kata AS$620,000,000 telah 'dipulangkan'. - mk

Malunya, Najib Dicemuh Di World Economic Forum Terlibat Dalam Skandal Korupsi Oleh Kartunis Patrick Chappatte.
bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Patrick Chappatte berani mati?

"Ia adalah kartun yang beliau (Zunar) lakarkan mengenai perdana menteri Malaysia, yang mungkin seperti anda tahu, telah terlibat dalam skandal rasuah besar (dalam) yang membabitkan wang rakyat.
"Banyak wang disalurkan ke akaunnya. Zunar tidak berhenti dalam mengecam rasuah oleh kerajaan," - Patrick Chappatte.
WOW.

Kenyataan Patrick itu dipetik menerusi satu forum di World Economic Forum yang berlangsung di Davos, Switzerland. Sepanjang program tersebut berlangsung, ia turut dirakamkan secara live yang mana bermaksud, semua yang mendengar kenyataan tersebut telah dimaklumkan oleh Patrick bahawanya Najib terlibat dalam skandal korupsi di negaranya. Yeah, skandal.
(sumber)
Adakah Najib akan saman Patrick?
Ia bermula apabila Patrick membuka cerita tentang Zunar, salah seorang kartunis yang diancam di negaranya kerana membongkarkan skandal korupsi yang melibatkan pemimpin negara.
Menurut Patrick, Zunar berdepan dengan halangan kerana mengkartunkan kritikannya terhadap pemimpin.
"Ini adalah contoh keberanian yang akhirnya membawa kepada kesusahan, yang mana mereka berdua akhirnya terpaksa membayar (tanggung akibat) disebabkan hasil kerja (karya) masing-masing", kata Patrick.
Selain Zunar, Patrick turut menamakan Gado, salah seorang kartunis di Kenya yang menerima tekanan oleh kerajaannya kerana mengkritik rasuah dalam pentadbiran negara.
Bukan kecik anak Patrick menyebut nama Najib dan kaitkan ia dengan skandal rasuah, juga bukan perkara remeh apabila kartun yang menyindir korupsi Najib muncul di skrin World Economic Forum.
Ia disaksikan oleh jutaan rakyat di seluruh negara. Tidak terhad hanya di Malaysia. Semua penonton dan hadirin yang mengikuti forum tersebut dengar dengan jelas apa yang disampaikan oleh Patrick Chappatte, Editor Kartunis bagi Globe Cartoon, Switzerland.
What will you do Najib? To deny? Or to confess?
Berdiam dengan kenyataan Patrick bermaksud Najib membenarkan tuduhan/kritikan tersebut. Jika Patrick is free selepas mengkritik Najib secara terbuka di Forum Ekonomi Dunia, maka rakyat yang mengkritik kamu haruslah dilayan sedemikian rupa, juga. You set the example, remember?
Kah Kah Kah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Jan 22, 2017 7:02 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Saya Cakap: 'Ni Lori Saya'. Lepastu Dia Angkat Tangan Terus Pukul" - Mangsa Pukul Menceritakan Secara Terperinci Kejadian
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 22 Jan - Pemandu lori yang menjadi mangsa pukul beberapa lori hari ini tampil menjelaskan secara terperinci apa yang terjadi ke atasnya baru-baru ini.

"Dia tanya, 'ni lori siapa?' Lepas tu saya cakap, 'ni lori saya'. Lepas tu dia angkat tangan dia terus pukul", kata lelaki berkenaan ketika ditemuramah secara langsung oleh Harian Metro.

Ketika ditanya adakah dia sedar dia telah dibelasah oleh beberapa orang individu, mangsa berkata dia kurang jelas dengan kejadian.

"Saya rasa dalam sorang pukul saya, dua orang tendang saya. Tu je saya ingat", katanya.

Ditanya sama ada dia ada menerima sebarang ugutan, mangsa berkata tiada.

"Tiada. Bos beritahu saya yang diorang ni kumpulan gangster besar..", kata mangsa sebelum diikuti dengan sorakan 'gangster besar' dari orang ramai.

"Biarlah Polis Lakukan Kerja Mereka. Saya Hanya Pemuda yang Mencari Rezeki dengan Memandu Lori" - Mangsa
siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Selepas dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki di kawasan sebuah kondominium di sini, pemandu lori menerima 13 jahitan bermula dari bawah telinga hingga leher.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Izhar, 25, berkata dia tidak menyangka diperlakukan sehingga sedemikian rupa.

"Saya tidak berdendam walaupun mereka tergamak membelasah saya sedemikian rupa," kata selepas terlanggar kereta milik lelaki bergelar Datuk Sabtu lalu.

Menceritakan semula kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu, Izhar berkata dia cuba untuk keluar dari kawasan tersebut.

"Selesai menghantar barang di situ, saya terus ke lori untuk keluar daripada tempat parkir. Namun ketika itu saya tidak menyedari sebuah kereta diparkir terlalu hampir dengan lori saya.

"Akibatnya saya terlanggar bahagian depan kereta terbabit sekali gus mencetuskan kemarahan pemandunya. Selepas itu saya dipukul bertubi-tubi oleh beberapa lelaki di situ," katanya.

Izhar kemudian dibawa ke hospital berhampiran oleh rakannya.

"Biarlah polis melakukan kerja mereka. Saya pun bukan siapa-siapa, hanya pemuda yang mencari rezeki dengan memandu lori," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

Kes Pukul Pemandu Lori: Wanita Antara 5 Yang Ditahan
siakapkeli.my

PETALING JAYA, 22 Jan: Polis telah menahan lima individu termasuk seorang wanita susulan kes pukul seorang pemandu lori di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohamad Fuad Abdul Latiff berkata, kelima-lima mereka, yang berusia antara 20-an dan 30-an itu ditahan awal pagi semalam di Selangor dan Negeri Sembilan.

"Kita telah mengenalpasti satu atau dua lagi individu yang terbabit dalam insiden itu", katanya sebagaimana lapor The Star.

"Polis akan mencari beberapa lagi rakan suspek untuk membantu siasatan, usaha mengesan individu lain sedang dijalankan bagi membantu polis mendapatkan gambaran sebenar kejadian," katanya selepas merasmikan Ops Selamat 10/2017 Sempena Tahun Baharu Cina di sini, Ahad

Beliau berkata wanita terbabit terlibat dalam kejadian itu biarpun dia tidak kelihatan di dalam video klip yang tersebar luas.

"Ya, kami tidak nampak dia dalam video klip itu. Tetapi kami mempunyai sebab-sebab untuk menahannya kerana dia terlibat", katanya.

Sebelum ini, video klip yang memaparkan bagaimana pemandu lori berusia 25 tahun dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki menjadi viral di media sosial.

Sumber: The Star

Saksi Ceritakan Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden Pemandu Lori Dibelasah Lima Lelaki Semalam

ohmymedia.cc

By OMM

Rakaman seorang lelaki sedang dibelasah dengan kejam oleh empat orang lelaki telah jadi tular di laman media sosial sejak semalam.

Susulan kejadian seorang pemandu lori dibelasah lima lelaki dipercayai pengawal peribadi kepada individu bergelar datuk 14 Januari lalu di Bukit Antarabangsa, polis kini sedang giat mengenal pasti kesemua suspek.

Memetik laporan Harian Metro, pihak polis sedang mengenal pasti lima lelaki dipercayai pengawal peribadi kepada individu bergelar datuk yang membelasah pemandu lori dalam kejadian di depan pondok keselamatan berhampiran apartmen di Bukit Antarabangsa, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi berkata, pihaknya dimaklumkan pergaduhan berlaku disebabkan insiden perlanggaran membabitkan dua kenderaan.

"Walaupun kedua-dua pihak bersetuju untuk selesaikan masalah itu sesama mereka tetapi pihak polis akan membuka kertas siasatan berdasarkan laporan dibuat oleh pengawal keselamatan apartmen terbabit.

"Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.

Menurutnya, setakat ini pihaknya belum melakukan sebarang tangkapan dilakukan berhubung insiden terbabit.

"Bagaimanapun, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lokasi bagi mengenal pasti suspek yang terbabit," katanya.

Terdahulu video berdurasi 2 minit 49 saat yang memaparkan pergaduhan itu tular apabila ia dimuat naik di laman sosial sejak semalam.

Berdasarkan rakaman berkenaan, mangsa dibelasah oleh lima individu terbabit hingga menyebabkan dia terbaring di atas jalan

Menurut laman The Reporter, berdasarkan keterangan dari pengawal keselamatan warga Nepal, Adhikari Dilli Ram, 28, berkata, mangsa, Nasrul Faiz Zulfahmi, 25, yang memandu lori berwarna merah datang menghantar roti dan air jus di mini market kondominium tersebut.

20 minit kemudian, sebuah kereta Mercedes Benz yang dinaiki oleh tiga lelaki Melayu dan seorang lelaki India meletakkan kenderaannya di bahagian drop off, di belakang lori tersebut untuk menghadiri majlis.

Pemandu lori yang telah selesai menghantar barang ingin beredar dan secara tiba-tiba semasa berundur, dia telah terlanggar bahagian hadapan kereta Mercedez tersebut sehingga mencetuskan pertengkaran dan pergelutan di antara kedua-dua pihak. Kejadian itu juga menyebabkan 4 lagi lekaki yang tidak dikenali masuk campur membelasah pemandu lori berkenaan.

Hasil siasatan awal mendapati, Nasrul menyatakan berlaku sedikit salah faham di antara dia dengan pemandu Mercedez berkenaan sehingga mencetuskan pergaduhan yang menyebabkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan.

Namun selepas kejadian itu reda, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan baik dan segala kos kerugian yang dialami oleh pemilik Mercedez itu akan ditanggung oleh majikan Nasrul. Kos rawatan Nasrul juga akan ditanggung oleh majikannya, manakala kos rawatan pemandu itu akan ditanggung sendiri.

Difahamkan juga, kedua-dua pihak tidak membuat laporan polis kerana menganggap kejadian itu telah diselesaikan dan mendapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak. –

Pemandu Lori Dibelasah: Polis Buru 4 Suspek 'Tumpang' Pukul, Alukan Maklumat Orang Ramai

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Susulan viral video yang memaparkan seorang pemandu lori dipukul dengan teruk, polis kini memburu empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.15 petang pada Sabtu lalu itu, mangsa bersama rakan yang bekerja sebagai penghantar roti dan minuman jus dilaporkan terlanggar kereta jenis Mercedes Benz yang dinaiki oleh empat lelaki di kawasan parkir di hadapan lobi utama di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa.

Selepas itu, pemandu lori dan kereta itu bertengkar sebelum berlakunya pergelutan.

Bagaimanapun, tiba-tiba muncul empat lelaki yang bukan penumpang Mercedes Benz berkenaan yang turut membelasah pemandu lori terbabit.

BH Online melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, laporan berhubung kejadian telah diterima dari pengawal keselamatan kondominium terbabit.

"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini serta mengenalpasti suspek terbabit berdasarkan maklumat saksi.

"Sehubungan itu, polis turut mengalu-alukan sebarang maklumat orang ramai terutama penduduk di kawasan terbabit untuk membantu siasatan," katanya kepada BH sebentar tadi.

Sebelum ini, satu video yang dipercayai dirakam oleh salah seorang penduduk kondominium terbabit yang memaparkan bagaimana pemandu lori itu dibelasah dengan teruk menjadi viral.

Ketika kejadian, beberapa pengawal keselamatan warga Nepal hanya melihat kejadian berkenaan, tanpa mengambil sebarang tindakan disebabkan bimbang dipukul oleh suspek.

Sumber: BH Online

Pemandu lori dibelasah pemandu Mercedes Benz, polis rakam keterangan saksi
http://terbakor.com
Polis telah merakam percakapan beberapa saksi berhubung kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan individu di tempat letak kereta kondominium Puncak Anthenaeum, Bukit Antarabangsa di sini, Sabtu lepas.

Pemandu lori dibelasah pemandu Mercedes Benz, polis rakam keterangan saksi

Kes itu mendapat perhatian ramai apabila rakaman video yang tidak diketahui sumbernya menjadi tular di laman sosial berikutan memperlihatkan aksi beberapa lelaki membelasah mangsa yang terbaring di jalan raya tanpa belas kasihan selama beberapa minit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kejadian kira-kira2.15 petang itu tercetus dipercayai melibatkan mangsa berumur 25 tahun yang sedang memandu lori telah terlanggar sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dinaiki empat lelaki.

"Polis telah merakam percakapan beberapa saksi yang berada di tempat kejadian untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Katanya mangsa dilaporkan bertikam lidah dengan pemandu kereta berumur 38 tahun sebelum berlaku pergaduhan tanpa menggunakan senjata.

"Empat lelaki lain kemudian masuk campur pergaduhan itu. Kedua-dua pemandu hanya mengalami cedera ringan," katanya.

Rakaman video mangsa dibelasah berdurasi dua minit 49 saat dengan aksi tumbukan dan tendangan keras terhadap pemandu lori itu mulai tular di laman sosial pada Khamis.

Hamzah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. -Bernama

Sumber: Mstar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Jan 22, 2017 7:03 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Berapa Paywave Bayar Wang Perlindungan?
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua...

Gua malas sebenarnya nak komen pasai isu ni... Gua tau nanti akan ader pakar IT yang akan sembang deras bab ini... Hahaha...

Tapi satu ja gua nak habaq kat lu orang sumer...

Tiga atau Empat tahun dulu ader syarikat yang develop dan jual dompet khas yang digunakan untuk menyekat data dirembat dari kad-kad NFC/EMV secara wireless...

Dan gua pernah pi syarikat ini punya presentation... memang realistik dan proven...

Sebab itulah produk Paywave ni slow penggunaannya kat luar negara... tapi tetiba jer kat Malaysia semua orang dipaksakan guna benda ni... takkan la ini semua kebetulan ja bhai...

Pada gua aaa... ada puak yang sebenarnya untung dalam skandal Paywave... gua jamin pelobi dier aderlah somebody... dan dier sure masyuk...

So... Berapa agaknya VISA bayar kepada pelobi ni? Hahahaha.... takkan free ja kot... takkan la pasai sekuriti ja.. Ingat aaa... itu hari masa kes tukar duit RM dari yang lama kepada duit plastik... lu tengok siapa yang untung...

Cuba semak balik la bhai... takkan semuanya gua nak sumbat sama lu orang... hahaha... kes duit plastik BNM tu pon jadi kes kat Australia... hahaha

Inikan pulak skandal kad MyDebit Paywave MEPS nie.... hahahahaha ... tak lama lagi kantoi leteww... hahaha

Ader paham ka???

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2017/01/berapa-paywave-bayar-wang-perlindungan.html#ixzz4WJ0NVC00

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, January 18, 2017 10:48 PM
Subject: Fw: jamin kad PayWave selamat, data tak boleh dicuri

Isu "Penyeluk Saku Digital", Bank Negara Tampil Nafi Dan Jelaskan Ciri-Ciri Keselamatan Yang Ada Pada Kad PayWave
siakapkeli.my

Isu kad ATM baru yang mempunyai fungsi pay Wave nampaknya kini hangat diperkatakan, ada yang menyatakan kad berkenaan adalah tidak selamat di mana mereka yang mempunyai niat tidak baik dapat mencuri duit yang ada dalam bank kita tanpa kita sedari.

Ramai mereka diluar sana menyatakan amat risau dengan perkara ini, ada yang sehingga mahu mematikan fungsi Pay Wave yang ada pada kad mereka.

Betulkah orang lain boleh mencuri duit kita hanya dengan menggunakan aplikasi telefon? jom baca penjelasan daripada pihak Bank Negara Malaysia ini di mana kata mereka kad Pay Wave merupakan instrumen pembayaran yang amat selamat.

Berhubung dengan laporan media tentang 'electronic pick-pocketing' bagi kad tanpa sentuhan, Bank Negara Malaysia ingin menegaskan bahawa laporan ini adalah tidak benar.

Kad tanpa sentuhan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan:
(a) Cip pada kad yang menjana kod dinamik bagi setiap transaksi.
(b) Bagi transaksi dalam talian, pemegang kad dikehendaki memasukkan kod pengesahan urus niaga (transaction authorisation code, TAC) yang dihantar kepada telefon mudah alih mereka.
(c) Maklumat penting pada kad tidak boleh diambil dengan cara 'electronic pick-pocketing'

Dengan adanya ciri-ciri keselamatan ini, kad tidak boleh diklon atau digunakan oleh individu tertentu untuk transaksi yang tidak dibenarkan.

Pemegang kad dinasihati untuk melindungi kad pembayaran dan PIN mereka pada setiap masa.

Pemegang kad perlu memaklumkan kepada bank pengeluar kad dengan segera sekiranya kad pembayaran mereka hilang atau dicuri, atau PIN mereka terdedah atau mereka menyedari apa-apa transaksi yang tidak dibenarkan menggunakan kad mereka.

Bank Negara Malaysia
18 January 2017

Kad tanpa sentuhan yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini merupakan instrumen pembayaran yang amat selamat. Keselamatan kedua-dua kad pembayaran dan PIN adalah tanggungjawab pemegang kad.

Pemegang kad haruslah memaklumkan kepada pihak bank dengan kadar segera, sekiranya kad pembayaran mereka hilang atau dicuri, atau nombor PIN terdedah, atau terdapat urus niaga tidak dibenarkan menggunakan kad mereka.

- Siakapkeli.my

Bank Negara jamin kad PayWave selamat, data tak boleh dicuri
bloglist-malaysia.blogspot.
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
FMT Reporters

BNM menafikan berjuta-juta pengguna kad ATM dan kad kredit PayWave terdedah kepada penyeluk saku elektronik.

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menegaskan kad ATM dan kad kredit yang dilengkapi ciri keselamatan baharu di bawah sistem PayWave tidak boleh diklonkan atau digunakan untuk transaksi tidak disahkan pemegang kad sendiri.

Sehubungan itu, BNM menafikan berjuta-juta pengguna kad ATM dan kad kredit PayWave mudah terdedah kepada penyeluk saku elektronik.
BNM dalam satu kenyataan berkata, kad tanpa sentuh itu dilengkapi ciri keselamatan termasuk cip yang mengandungi kod dinamik bagi setiap transaksi dan pemegang kad dikehendaki memasukkan kod pengesahan transaksi (TAC) untuk urus niaga kad dalam talian dan maklumat penting dalam kad tidak boleh dicuri secara elektronik.

BNM turut menasihatkan pemegang kad menghubungi bank dengan segera, jika kad mereka hilang atau dicuri atau nombor pengenalan peribadi (PIN) mereka terjejas atau berlaku transaksi tidak dibenarkan menggunakan kad mereka.
Oktober lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) pernah memberi jaminan kad tanpa sentuh yang dilengkapi ciri keselamatan terkini adalah instrumen pembayaran sangat selamat dan hampir mustahil dipalsukan.

Bagaimanapun, pada 7 Disember lalu, FMT memetik Penolong Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), A Karuna sebagai berkata, kad ATM, debit dan kredit baharu itu mungkin lebih mudah terdedah kepada kecurian data kerana pencuri boleh menggunakan alat khas yang dapat memantulkan secara magnetik maklumat kad mereka.

"Dengan menggerakkan alat di hadapan kad pengguna, maklumat pengguna boleh dicuri. Jadi bukankah ini bermaksud orang lain boleh menggunakan alat yang sama untuk mencuri maklumat?" katanya merujuk sebuah video YouTube yang menunjukkan bagaimana maklumat dicuri daripada kad PayWave.

Bukan itu sahaja, pakar keselamatan teknologi maklumat, Mohd Nizam Mohd Salleh yang dipetik Harian Metro semalam turut mendakwa cip baharu kad debit yang diperkenalkan awal tahun ini lebih berisiko terdedah kepada kecurian data.
Katanya, penjenayah boleh mengesan gelombang radio transaksi itu dalam jarak kurang 1m melalui aplikasi dimuat turun ke telefon pintar dan selepas data diperolehi, mereka boleh melakukan transaksi dengan mengimbas telefon pintar di mesin payWave.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 22, 2017 7:03 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hati-Hati Kalau Terjumpa Tanda Putih Seperti Ini Pada Buah Pisang

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


Hampir semua orang menyukai buah pisang tak kira lah apa jenis pisang sekali pun. Tapi pernah tak korang menjumpai tanda putih pada kulit pisang seperti ini?

Jika ya, pastikan korang tidak memegang pisang tersebut, apatah lagi memakannya kerana tanda putih tersebut adalah sarang telur labah-labah yang amat merbahaya.

Spesis labah-labah Wandering Brasil adalah spesis labah-labah yang boleh menyebabkan kematian pada manusia dalam masa kurang daripada 1 jam selepas digigit.

Tambah lagi, spesis labah-labah ini suka bersarang pada buah-buahan dan sebaik sahaja telur labah-labah ini menetas, gigitan daripada anak labah-labah juga amat berbisa.

Justeru, pastikan korang basuh dulu buah-buahan sebelum makan ok?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 22, 2017 7:04 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Baddrol Bakhtiar The Sniper", Ulasan Pakar Taktikal Bola Sepak Mengenai Rembatan Lencong Padu Baddrol Dalam Piala Sumbangsih
siakapkeli.my

Masih ramai memperkatakan mengenai gol penyamaan pasukan Kedah semalam yang dijaringkan oleh kapten pasukan mereka, Baddrol Bakhtiar.

Ada yang mengatakan mereka tidak menyangka gol itu menerjah gawang, kalau dilihat di kaca televisyen seolah-olah ianya tidak gol, sehingga nampak pemain meraikan, barulah penyokong bersorak.

Walaupun tidaklah sehebat jaringan Faiz Subri, gol berkenaan mempunyai kelasnya yang tersendiri, seorang pakar taktikal sukan tempatan bernama Axello Tacts telah memberi ulasan mengenai gol berkenaan.

Beliau menyifatkan pemain kebangsaan itu sebagai "the Sniper' selepas telah beberapa kali berjaya membantu pasukan Kedah pada saat-saat akhir dengan rembatan padu jarak jauh yang kuat dan tepat.

#Technical: Baddrol Bakhtiar The Sniper!

Berapa kali agaknya Baddrol Bakhtiar menyelamatkan pasukan Kedah dengan sniper beliau?

Banyak kali!

Ia bukanlah kebetulan tetapi ia adalah kepakaran.

Baddrol Bakhtiar tidak perlu menggelecek atau memegang bola terlalu banyak di dalam padang.

Beliau hanya perlukan momen dan zon yang betul untuk melakukan sniper.

Kedah hampir gagal menembusi pertahanan JDT yang sangat berdisiplin pada separuh masa kedua.

Namun cukup dengan sekali rembatan padu Baddrol Bakthiar di kala dia melihat sahabatnya Farizal Marlias yang lari sedikit dari kedudukan terbaik.

Baddrol cepat mengambil rembatan supaya ruang terbuka tidak ditutup oleh pertahanan lawan dengan titik sasaran masih terbuka.

Ia gabungan decision making + technique + shots power

Satu slice outcurve yang menyelamatkan Kedah dari kebuntuan. Membawa 1 mata pertama Liga Super dari Larkin.

Dalam konteks Piala Sumbangsih, ia jaringan yang membawa Kedah ke penentuan sepakan penalti.

Simply Baddrol!

- Siakapkeli.my

Calon Puskas 2017? Gol Lencong Bekas Pemain TRW, Dimitri Petratos Pula Curi Tumpuan Dunia
siakapkeli.my

Jaringan gol dari bekas pemain The Red Warriors, Dimitri Petratos, mencuri tumpuan dunia apabila bola itu dilencongkan dengan menarik, lebih kurang sama seperti gol Faiz Subri yang memenangi anugerah Puskas 2016 baru-baru ini.

Dimitri menjaringkan gol tersebut ketika mengambil sepakan percuma untuk pasukannya, Brisbane Roar ketika dalam perlawanan menentang Melbourn Victory baru-baru ini.

Hasil knuckle ball olahan Dimitri, bola berjaya dilencongkan dengan sempurna menuju ke penjuru gol menyebabkan penjaga gol di gawang Victory tergamam tanpa kata-kata.

Perlawanan tersebut menyaksikan pasukan Melbourne Victory menang dengan mata 3 - 2.

Dimitri sempat berkhidmat untuk The Red Warriors (TRW) pada 2012 - 2013.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, January 15, 2017 10:27 PM
Subject: Fw: FAM Perkenalkan Anugerah Gol Paling Cantik Liga M

FAM Cadang Perkenalkan Anugerah Gol Paling Cantik Liga Malaysia
siakapkeli.my

SEPANG: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia menimbangkan cadangan bagi mewujudkan anugerah baru untuk gol tercantik bagi Liga Malaysia pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan bagi masa akan datang.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hmzah berkata, kaedah itu bakal menambahkan lagi kerancakan Liga Malaysia selain memberi semangat kepada semua pemain mencipta jaringan ajaib seperti mana yang dibuat oleh Faiz Subri.

Katanya, ia juga boleh memudahkan FAM memilih jaringan terbaik untuk dihantar ke pencalonan Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Sekarang ini kita sudah mempunyai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan dan mungkin kita boleh menambah kategori bagi jaringan tercantik Liga M.

"Mungkin akan muncul lagi jaringan ajaib seperti yang dilakukan Faiz dan pemenang anugerah itu boleh kita angkat untuk dicalonkan dalam Anugerah Puskas untuk masa akan datang," katanya sebagaimana lapor Berita Harian.

Jaringan ajaib Faiz Subri yang memenangi anugerah Puskas baru-baru ini bukan sahaja membawa namanya setanding dengan pemain-pemain terbaik dunia, malah turut mengharumkan nama Malaysia.

Sumber: BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 22, 2017 7:04 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Haramkan Sahaja Poligami Kata Peguam Ini Dan Cadangannya Disokong Oleh Ramai Netizens

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Satu status menjadi viral di laman Facebook apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status yang mempersoalkan tujuan sebenar lelaki berpoligami pada masakini.

Wanita terbabit yang menggunakan nama Asiah Abd Jalil, mendakwa lelaki hanya berpoligami hanya disebabkan nafsu semata-mata dan bukannya kerana takutkan Allah.
"Lelaki yang berpoligami ni rata-ratanya sebab zakar (nafsu), bukan sebab zikir (takutkan Allah) pun. Sebab tu mereka pilih isteri kedua lebih teliti berbanding masa pilih isteri pertama dulu," katanya seperti yang dipetik dalam komen di Facebook.
Komen tersebut dimuat naik setelah status Puan Asiah mengenai poligami perlu dihapuskan kerana sudah tidak relevan dengan budaya masyarakat sekarang.
Rujuk ;

Puan Asiah juga turut memberi cadangan bahawa poligami perlu diharamkan melalui komen yang dibalas di status berkenaan.
" Haramkan saja poligami. Islam tidak gah pun kerana poligami. Malahan agama lain memandang rendah pada kita kerana amalan tersebut," katanya.

Cadangan kepada penghapusan poligami oleh peguam dan juga aktivis sosial itu mengundang pelbagai respon netizens. Ada yang membantah namun tak kurang juga menyokong kenyataan tersebut.
Jika diperhatikan kepada komen-komen di status berkenaan, jumlah menyokong dan bersetuju dengan pendapat Puan Asiah melebihi dari jumlah mereka yang membantah dan menolak cadangan tersebut. - Sozcyili.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 22, 2017 7:04 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Universiti Malaya Bakal Muflis Dakwa Bekas Naib Canselor
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Universiti Malaya Bakal Muflis Dakwa Bekas Naib Canselor. Universiti Malaya mungkin muflis dalam 3 hingga 5 tahun sekiranya "orang yang tepat" tidak ditugaskan untul mengumpul dana untuk operasinya, kata bekas naib canselornya, Dr Ghauth Jasmon.

Bagaimanapun, ia serta merta dinafikan universiti itu, yang berkata pihak pengurusan sudah mengambil langkah mempelbagaikan pelaburan dan menjangkakan dana masuk.

Universiti Malaya Bakal Muflis Dakwa Bekas Naib Canselor. Ghauth, yang bercakap pada Forum Dasar Awam Asia 2017 anjuran Sekolah Harvard Kennedy dan Institut Kajian Asia Tenggara Jeffrey Cheah semalam berkata, krisis kewangan dihadapi UM adalah susulan keputusan kerajaan mengurangkan dana untuk universiti awam.

"UM berdepan pengurangan RM270 juta. Universiti menggunakan dana simpanan kerana pengurusan tertinggi (naib canselor) hanyalah para akademi.

"Para naib canselor, dilantik Kementerian Pendidikan Tinggi, tidak tahu bagaimana untuk mengumpul dana. Universiti hanya ada simpanan untuk 3 hingga 5 tahun lagi," katanya.

Dalam reaksi segera, Naib Canselor UM Prof Amin Jalaludin berkata beliau menghormati pendapat Ghauth namun ia tidak mencerminkan keadaan sebenar kerana universiti itu sudah mengambil langkah menangani pengurangan bajet.

Amin berkata UM akan meningkatkan dasar menjana pendapatan, pengoptimuman dan kewangan cermat untuk menangani pengurangan itu.

"Tahun ini, kita menjangkakan unjuran RM300 juta daripada pendapatan dalaman, yuran lepasan ijazah, sewaan dan pelaburan.
Universiti Malaya Bakal Muflis Dakwa Bekas Naib Canselor
"Di samping itu, UM mempelbagaikan pendapatan melalui subsidiari, mengendalikan usahasama antara institusi awam dan swasta, termasuk Universiti Antarabangsa Malaya-Wales, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, Pusat Pakar Universiti Malaya, dan melalui pembangunan bank tanah," katanya dalam kenyataan kepada FMT.

Dalam ucapannya, Ghauth yang merupakan naib canselor UM dari 2008 hingga 2013, berkata UM menerima bantuan RM550 juta setiap tahun daripada kerajaan sebelum dana dikurangkan 2 tahun lalu.

Menurutnya, tidak ada "penggantian pendapatan" selepas bajet dikurangkan, walaupun kerajaan sudah memaklumkan pihak universiti mengenai pengurangan dana itu kira-kira sedekad lalu.

Beliau berkata UM mempunyai 5,000 ahli akademi dan kakitangan pentadbiran, dan jumlah ini perlu dikurangkan kepada 2,000 sekiranya ia mahu meneruskan operasi.

"Universiti awam lain turut menghadapi masalah yang sama. Profesor yang akan bersara atau kontrak diberitahu supaya menamatkan khidmat mereka."

Ghauth berkata para NC di universiti awam tidak tahu bagaimana menangani pengurangan bajet.

Malah Ghauth meramalkan universiti awam akan terpaksa menjual aset untuk menampung kekurangan, dan ini bakal menyebabkan lebih ramai lepasan sekolah tidak dapat meneruskan pendidikan tinggi.

Universiti Malaya Bakal Muflis Dakwa Bekas Naib Canselor
Memberi contoh Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ghauth berkata ia berdepan potongan RM946 juta setahun.

"UiTM mempunyai 200,000 pelajar. Dengan hampir RM1 bilion potongan daripada bajet operasi, mereka mungkin tidak dapat mengekalkan jumlah pelajar (yang ramai). Jadi lepasan sekolah akan ke mana?"

Satu penyelesaiannya, kata beliau, adalah pengambilan orang daripada sektor swasta menguruskan dan menghasilkan dana.

Ghauth berkata lebih banyak universiti akan dibina syarikat China di Malaysia memandangkan beberapa universiti swasta tempatan ditutup kerana kekangan bajet.

Pada masa ini, Universiti Xiamen Malaysia beroperasi di Sepang, Selangor.

"Lebih sebulan lalu, 1 lagi kumpulan datang bertemu saya dan beritahu ada sebuah lagi universiti, dari China, yang mungkin akan ditubuhkan di Malaysia tidak lama lagi.

Universiti Malaya Bakal Muflis Dakwa Bekas Naib Canselor. "Kita boleh jangkakan lebih banyak syarikat dari China membuka universiti mereka di sini." - fmt

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Tuesday, January 10, 2017 10:41 PM
Subject: Fw: UM terjejas kemudahan terabai, pensyarah disuruh berhenti

Universiti Malaya terjejas kemudahan terabai, pensyarah disuruh berhenti
bloglist-malaysia.blogspot.
milosuam.net

PEMOTONGAN bajet terhadap pusat-pusat pengajian tinggi negara oleh perdana menteri, dilapor turut menjejaskan Universiti Malaya, UM yang juga merupakan universiti paling tua negara berusia 111 tahun.

Laporan muka depan akhbar Sunday Star bertajuk "UM feeling the crunch" semalam melaporkan, UM terpaksa melepaskan kakitangan-kakitangan akademik yang berpengalaman, sekaligus menjejaskan kualiti pembelajaran.

Malah pemotongan bajet kerajaan juga didakwa telah mengakibatkan kemudahan-kemudahan universiti terabai sekaligus menjejaskan para pelajar dan kakitangan universiti tersebut.

Ramai pelajar dan kakitangan akademik mengadu tentang beberapa pensyarah yang hebat telah diarahkan untuk berhenti.

Universiti Malaya menurut The Star, hanyalah satu daripada banyak lagi universiti-universiti awam yang terhimpit akibat pemotongan bajet pendidikan dari kerajaan persekutuan.

Ramai kakitangan terutama dari negara luar yang bertugas secara kontrak di universiti dilaporkan tidak diperbaharui kotrak kerja mereka.

Universiti Malaya telah menerima peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM638 juta pada tahun 2015, peruntukan itu kemudian dipotong sebanyak 27.3 peratus tahun lalu, sebelum dipotong lagi sebanyak 20.2 peratus tahun ini.

Memetik kenyataan Aznijar seorang pensyarah Fakulti Kejuruteraan UM, beliau menyifatkan pemotongan bajet ini sebagai "tidak adil," kerana kerajaan sepatutnya sentiasa mengutamakan pendidikan.

Tambahnya lagi, pemotongan itu sudah sampai ke tahap menjejaskan operasi universiti.

Malah kakitangan yang masih bertugas di universiti dikenakan pelbagai bentuk langkah pengurangan kos, seperti menghadkan hanya satu 'ream' kertas cetak untuk setahun.

Mereka juga terpaksa membeli sendiri alat tulis seperti 'marker pen'.

Najib Nazak dan para pengampunya setiap hari pukul canang menerusi media, mengatakan ekonomi negara dalam keadaan baik, kukuh, gemilang, terbilang, terhebat, paling baik di Asia, di dunia dan macam-macam lagilah.

Sampai kata Najib Presiden baru Amerika Syarikat, Donald Trump pun puji kemajuan ekonomi Malaysia.

Sepatutnya bila ekonomi makin baik, makin bagus, maka makin banyaklah peruntukan untuk universiti kerana pendidikan adalah perkara yang sangat penting untuk pembangunan negara.

Namun perkara sebaliknya yang berlaku.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/01/universiti-malaya-terjejas-kemudahan.html#ixzz4VGkZBqfx

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 22, 2017 7:04 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rezeki Banjir: Kakitangan UMK Tak Sangka Pukat Yang Ditahan Dalam Air Banjir Berjaya Perangkap Ikan Pelik
siakapkeli.my

KOTA BHARU - Siapa sangka, banjir kali ini turut menghasilkan 'rezeki ikan pelik' kepada seorang kakitangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) semalam.

Khairudin Mat Lazim, 36, terkejut apabila pukat yang ditahannya berjaya memerangkap seekor ikan eksotik predator yang mempunyai rahang seperti buaya serta sirip keras dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang semalam.

Pukat itu ditahan di Kampung Berhala Lima di Limbat di sini dan berjaya memerangkap ikan satu meter panjang dan seberat tiga kilogram itu.

"Saya tidak menyangka pukat yang ditahan dalam air banjir menghasilkan rezeki ikan 'pelik' bersama berpuluh-puluh ekor keli Afrika yang tersangkut.

"Pada awalnya ikan itu disangkakan ikan palmas atau spesis ikan naga namun melihatkan struktur rahangnya yang keras, gigi yang tajam dan agak agresif untuk dilepaskan dari pukat banyak menimbul keraguan saya untuk mengklasifikasikan jenis sebenar ikan ini," katanya sebagaimana lapor Kosmo!

Hasil tinjaun Siakap Keli di Mudah.my mendapati harga ikan jenis Alligator Gar yang mempunyai panjang yang hampir sama itu dijual pada harga RM1,000.

Sumber: Kosmo!

Siakap Keli Press
Ikan mirip buaya ..pernah jumpa tak? Comel pulak tengok..jumpa pagi ni.. di Pasir Tumboh Kelantan.

Kredit: Hafizu Hassan

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: