Wednesday, April 26, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4725[1 Attachment]

8 Messages

Digest #4725

Messages

Wed Apr 26, 2017 6:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pelajar Tahfiz, Adik Mohd Thaqif Meninggal Dunia

siakapkeli.my

JOHOR BAHRU 26 April - Pelajar tahfiz, Mohd Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang mana kedua belah kakinya dipotong akibat jangkitan kuman, meninggal dunia sebentar tadi, lapor Utusan Online.

Menurut Utusan Online, bapa pelajar berkenaan, Mohd Ghaddafi Mat Karim, 43, mengesahkan perkara itu dan memberitahu anaknya meninggal dunia pada pukul 2.05 petang tadi.

Sumber: Utusan Online, The Star

Pembedahan Tangan Adik Thaqif Yang Dijadual Pagi Ini Terpaksa Ditangguh Kerana Jantung Tak Stabil - Keluarga
siakapkeli.my

JOHOR BAHRU, 26 April - Tangan adik Mohd Thaqif Amin, 11, dijadualkan menjalani pembedahan bagi memotong tangan kanannya di Hospital Sultan Ismail di sini pagi ini.

Bernama melaporkan, ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata langkah itu dibuat setelah didapati keadaan tangannya itu yang dijangkiti kuman dari jari hingga bawah paras siku semakin membimbangkan.

"Mohamad Thaqif Amin dijadualkan menjalani pembedahan 8 pagi ini. Doktor ada maklumkan yang penting ialah nyawanya. Jadi kita ikut pada kata doktor walaupun usaha telah dilakukan sedaya upaya untuk menyelamatkan tangannya untuk tidak dipotong," katanya.

[Dikemaskini]

Dalam perkembangan terkini, Dzuraidah berkata pembedahan tangan adik Thaqif yang dijadualkan pagi ini telah ditangguhkan, lapor Kosmo!

Dzuraidah berkata, penangguhan itu disebabkan keadaan jantung pelajar tahfiz itu dilapor berada dalam keadaan tidak stabil.

"Mohamad Thaqif Amin sepatutnya dijadual menjalani pembedahan memotong tangannya dari bahagian jari hingga bawah siku pada 8 pagi ini.

"Bagaimanapun pembedahan kini ditangguhkan sehingga jantungnya kembali stabil," katanya.

Sumber: Bernama, Kosmo!

Tangan Pelajar Tahfiz Pula Kena Potong

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

JOHOR BAHRU: Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang didakwa dipukul pembantu warden sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong akibat jangkitan kuman kini menjalani pembedahan memotong tangannya.

Perkara itu disahkan ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, yang memaklumkan pembedahan akan berlangsung pagi ini.

Katanya, keputusan tersebut diambil selepas mendapat nasihat doktor Hospital Sultan Ismail yang sebelum ini telah melakukan pemantauan ke atas tangan kanan kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

"Doktor ada maklumkan yang penting nyawa… jadi kita ikut pada kata doktor meskipun usaha telah dilakukan sedaya upaya untuk selamatkan tangannya untuk tidak dipotong," katanya meskipun keluarga sebelum ini enggan membenarkan anggota tubuh kanak-kanak itu dipotong selepas kehilangan kedua-dua kakinya.

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya pada Jumaat lalu, diikuti pembedahan tangan kanan bagi membuang darah beku, beberapa hari kemudian.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, April 25, 2017 10:52 PM
Subject: Fw: Budak Dipukul Tunjuk Tanda Darah Beku Di Bahu Kiri

CCTV rakam Thaqif dipukul di tapak kaki, dakwa gabungan sekolah tahfiz

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


PUTRAJAYA: Sebuah pertubuhan bertanggungjawab hal ehwal sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia mempertahankan tindakan seorang pembantu warden di sebuah sekolah tahfiz di Johor yang didakwa memukul seorang pelajar sehingga menyebabkan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong.

Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta), Mohd Zahid Mahmood mendakwa berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah terbabit, pelajar tahfiz itu hanya dipukul di tapak kakinya sahaja.

Zahid berkata pihaknya sedang menimbang untuk mengambil peguam untuk membela sekolah dan guru terbabit.

"Kita lihat CCTV di sekolah itu, didapati memukul di satu kaki sahaja di tapak kaki dan berkemungkinan ada isu lain.

"Maklumat ini kita dapat setelah turun ke sekolah tahfiz itu dan berjumpa dengan pihak sekolah iaitu pengetua dan guru sekolah tahfiz itu," katanya selepas hadir dalam satu majlis penyampaian peruntukan kepada sekolah pondok, sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz berdaftar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini.

Kisah pelajar sekolah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin, 11, dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, minggu lalu menjadi tular di media sosial.

Thaqif dilaporkan mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak 2 minggu lepas dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden.

Kedua-dua kakinya itu kemudian terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak.

Seorang pembantu warden direman 4 hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Semalam, dilaporkan keadaan Thaqif semakin membimbangkan selepas doktor mengesan darah beku di lengan kirinya.

Ibu saudaranya, Nurul Nabila Ahmad, 30, berkata Thaqif yang kini ditempatkan di Unit Dependensi Tinggi (HDU) masih dalam keadaan kritikal, namun bengkak pada mukanya sudah surut selepas menjalani dialisis.

Nabila berkata keluarga mereka turut dimaklumkan doktor, pembedahan yang dilakukan semalam bagi membuang darah beku menunjukkan hasil positif dan berkemungkinan besar tangan tersebut dapat diselamatkan.

Zahid meminta masyarakat di luar termasuk media untuk memberi ruang kepada pihak yang bertanggungjawab menjalankan siastan terhadap kes itu sebelum membuat tuduhan.

Tekanan

Katanya, sikap menunding jari kepada sebelah pihak hanya menunjukkan sekolah tahfiz itu dilihat sebagai tempat pengganas.

"Sebab tak ada keputusan lagi dan saya harap kita masyarakat beri ruang sepenuh-penuhnya kepada pihak berwajib seperti polis buat siastan, doktor buat siasatan perubatan, supaya mendapat satu jawapan yang telus.

"Apa kita lihat hari ini, rakyat menunding jari terus kepada sekolah, ustaz, sedangkan benda itu berlaku lepas 2 minggu.

"Janganlah kerana nyamuk seekor kita bakar kelambu dan seluruh tahfiz dilabelkan mendera, pengganas," katanya.

Sementara itu, seorang pengetua sekolah tahfiz dari Baling, Kedah, Abdul Rahman Yahya Tohar berkata gangguan emosi guru tahfiz mungkin antara puncanya.

Katanya, jika dilihat peraturan yang ditetapkan. sekolah tahfiz tidak membenarkan pelajar tahfiz dipukul.

"Kalau apa-apa kesalahan, dia akan rekod dan bawa kepada pengetua."

Menurutnya, hukuman disiplin termasuk denda, gantung atau buang sekolah.

"Jika rotan pun hanya tempat yang tidak menyakitkan dan memudaratkan seperti di tapak kaki. Itu pun jika pelajar tahfiz itu betul-betul degil," katanya kepada FMT.

Menurut Abdul Rahman, pelajar tahfiz biasanya akan diberikan nasihat jika membuat sesuatu kesalahan.

"Tetapi ada juga mungkin guru yang tak tahan sangat akan rotan tetapi tidak sampai memudaratkan. Melainkan ketika itu guru tahfiz tersebut ada masalah tekanan di rumah atau masalah kerja yang menyebabkan pelajar tahfiz yang dipukul cedera.

"Itu pun kalau berlaku hanya kes terpencil," katanya.

Budak Dipukul Tunjuk Tanda Darah Beku Di Bahu Kiri

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

JOHOR BAHRU: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang kehilangan kedua kakinya kini mula menunjukkan darah beku di bahu kiri.

Menurut ibu saudara mangsa, Nurul Nabila Ahmad, 30, bahu kiri Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi menunjukkan tanda-tanda darah beku pada pukul 6 petang Ahad.

Bercakap ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail di sini Isnin, Nurul berkata, doktor memberikan ubat penipisan darah kepada anak saudaranya.

Dilaporkan tangan kanan Mohamad Thaqif kembali kepada warna asal secara perlahan-perlahan selepas ia berwarna kehitaman akibat jangkitan kuman.

Nurul turut memberitahu bahawa ujian telah dijalankan ke atas tangan kanan anak saudaranya yang terkena jangkitan kuman dari paras siku sehingga jari.
Bagaimanapun, ubat bagi merawat tangan Mohamad Thaqif memerlukan masa 48 jam untuk menampakkan kesan sepenuhnya dan hanya boleh diketahui pada pagi Selasa.

Dilaporkan murid berkenaan didakwa dipukul oleh pembantu warden di sebuah sekolah tahfiz di Kampung Lukut, Kota Tinggi di sini.

Mangsa yang merupakan tiga daripada lima beradik mengalami demam selepas lembam dan bengkak mula kelihatan pada kedua kakinya akibat jangkitan kuman.

Doktor terpaksa memotong kedua kakinya bagi mengelakkan kuman itu daripada merebak.

"Ya Allah..." - Pelajar Madrasah Yang Dipukul Luah Perasaan Di Dalam Diari - Ibu Saudara
siakapkeli.my

Johor Bharu - Pelajar sebuah madrasah yang mana kakinya dipotong selepas didakwa didera bulan lepas menulis pengalaman itu di dalam diarinya.

Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata anak saudaranya itu sebelum ini mengadu dipukul.

"Anak saudara saya berkata kadang-kadang, dia dan rakan akan sukarela untuk dipukul terlebih dahulu kerana mereka mahu tidur awal memandangkan mereka perlu bagun pada jam 3pagi untuk sembahya," dakwanya.

Katanya lagi, keluarga telah menemukan diari pelajar itu yang mencertikan tentang azab yang terpaksa ditempuhinya.

"Anak saudara saya menulis dia ditumbuk tanpa sebarang sebab dan tidak lagi mampu bertahan dari penderaan, dan mahu bertukar ke sekolah lain," kata Dzuraidah Said kepada The Star Online.

Dalam satu entri, budak lelaki itu menulis beliau dipukul di bahagian punggung selepas diberitahu oleh pembantu warden untuk mencuci beberapa cawan.

"Wahai Allah, tolong bukakan hati ibu bapaku untuk membenarkanku bertukar ke sekolah lain kerana aku tidak tahan lagi. Tolong, Allah, buatkan hasratku menjadi kenyataan," tulis pelajar itu sebagaimana yang diberitahu.

Pelajar itu kini berada dalam keadaan koma dan doktor sedang merawat untuk memberhentikan darah bekunya dari menjadi lebih teruk.

Sumber: The Star

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 26, 2017 6:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Biar Kami Dipandang Kotor, Tapi Hati Kami Masih Bersih Bantu Orang' - Respon Sedih Abang Bomba Selepas Dipanggil 'Anjing Kurap'
siakapkeli.my

Tidak dapat disangkal lagi khidmat Bomba Malaysia dalam menyelesaikan masalah-masalah harian kita sangat membantu dan terbaik. Dari tolong memadamkan kebakaran, buang ular dalam jamban sampaikan turunkan kucing yang terlekat atas pokok kelapa, boleh dikatakan bomba langsung tidak menolak aduan yang dibuat oleh orang awam.

Bagaimanapun, satu status yang dimuat naik oleh seorang lelaki ternyata membuat abang-abang bomba yang menjaga laman Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Puchong terasa hati.

Tindakan lelaki berkenaan menyamakan bomba dengan anjing kurap jelas mengguris hati bomba yang kemudiannya memuatnaik satu respon sedih di laman Facebook terbabit.

Status yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan.

Menjawab balas kritikan itu, bomba menulis:

"Kami tau, kami hina. Tapi Nabi SAW tak ajar umatnya menghina...Kami tau kami bukan Raja, tapi kami mintak kerjasama...Kami rela mati dengan lori(jentera) kami bawak untuk keselamatan awam, tapi doakan lah kami supaya mati dlm Iman(demi tugas)...biar kami dipandang kotor, comot, dan serabai...

"Tapi hati kami masih bersih membantu orang sekeliling...dan kami tau gaji kami kecik anak, sekurang-kurangnya kami dapat merasai nikmat bersyukur.Bersyukur Kerana Kami Masih digelar BOMBA(penyelamat xdiundang)." tulis Bomba diakhiri dengan hashtag #anjing_kurap_pun_makhluk_Allah Taala jgk #ManusiaxkanxBuatDosa.

Respon dah Bomba itu seterusnya mendapat pelbagai reaksi positif dari orang ramai yang 'memujuk' bomba dengan kata-kata semangat.

Yuslina Yusof menulis: "Tak perlu layan komen macam ni sbb sebenarnya si penulis yang ada masalah. IQ dan EQ dia rendah. Dia langsung tak ingat semua makhluk dalam dunia walau seekor semut pun ada fungsinya.

"Come on Bomba...Tak payah pandang benda2 ni semua.It's just noise."

Status bomba itu mendapat lebih 2,000 perkongsian dan menerima lebih 2,000 komen.

Sumber: Bomba Puchong

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 26, 2017 6:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Perbandingan "Pengguna Bayar" Air Penang, Selangor, Johor & Melaka
bloglist-malaysia.blogspot.
bankami.blogspot.
Selangor Dengan 20 Meter Padu Air Percuma. Pulau Pinang Pula Dengan 35 Meter Padu Dengan Tarif Terendah Berbanding Seluruh Negara.

Kerajaan Pakatan di Selangor telah memberi bekalan air percuma kepada rakyat yang tinggal dalam Selangor sejumlah 20 meter padu. Ramai tertanya-tanya 20 meter padu itu banyak mana?

Sebenarnya, 1 meter padu adalah bersamaan 1 cubic meter yang juga bersamaan bersamaan 1,000 liter. Justeru 20 meter padu itu adalah sebanyak 20 ribu liter air.

Harga Air bagi satu meter padu (m3) di atas berbeza mengikut negeri sebagai contoh kita ambil yang *Termahal* dan *Termurah* iaitu :

TERMAHAL
▪Johor
▪1 meter padu = RM1.07

TERMURAH
▪Pulau Pinang
▪1 meter padu = 31 sen

Jika anda menggunakan air sebanyak 20 meter padu sebulan maka :

🚰 *Rakyat Johor* kena bayar sebanyak RM1.07 × 20 (m3) = *RM21.40 sebulan.*

🚰 *Rakyat Pulau Pinang* kena bayar sebanyak 31 sen × 20 (m3) = *RM6.20 sebulan*

🚰 *Rakyat Melaka* perlu membayar 75 sen × 20 (m3) = *RM15.00 sebulan*

🚰 *Rakyat Selangor* paling beruntung kerana penggunaan 20 meter padu pertama adalah *FREE*, (yang kata tidak dapat free itu adalah disebabkan mereka tidak menggunakan meter air sendiri).

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 26, 2017 6:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lelaki Meninggal Dunia Ketika Sedang Khusyuk Mengalunkan Bacaan Al-Quran
siakapkeli.my

SURABAYA, lndonesia - Seorang qari tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika beliau sedang khusyuk mengalunkan bacaan al_Quran di satu majlis di rumah Menteri Sosial Indonesia.

Ustaz Mohammad Ja'far Abdulrahmad, 60, rebah secara tiba-tiba ketika majlis meraikan ualng tahun ke-71 Muslimat Nahdatul Ulama yang diadakan di rumah terbabit.

Mohammad Ja'far kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan namun disahkan meninggal dunia.

Punca kematian disahkan akibat serangan jantung.

Video kejadian juga dimuat naik di media sosial sebelum menjadi viral.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Wed Apr 26, 2017 6:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pastikan Pemanduan Lebih Selesa, Lakukan Cara Ini Untuk Elakkan Sakit Badan & Rasa Lenguh-Lenguh Ketika Memandu Jarak Jauh
siakapkeli.my

Biasanya kalau kita ingin ke mana-mana kalau tidak menggunakan pengangkutan awam, sudah pasti kita akan memandu sendiri. Ia lebih memudahkan, kerana kita dapat merancang perjalanan mengikut masa kita sendiri.

Dalam perjalanan yang jauh pula, ia pasti mengambil masa yang lama untuk tiba ke destinasi, dan disebabkan itu, badan akan mula lenguh-lenguh, dan lengan atau tangan juga akan berasa begitu juga, kerana terlalu lama memegang stereng.

Kalau macam tu, ada ke cara yang boleh dilakukan, untuk kurangkan rasa senagl-sengal atau lenguh, lebih-lebih lagi dekat lengan?

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan, jom kit abaca untuk ketahui lebih lanjut.

Foto: wikiHow

a. Kurangkan tekanan pada bahagian lengan

1. Regangan

Buat regangan sebelum mulakan perjalanan, atau sewaktu berhenti rehat. Dengan membuat regangan ia boleh membantu meningkatkan peredaran darah dan badan terasa lebih fleksibel. Anda perlu regangkan bahagian belakang badan juga lengan, kerana sakit belakang, boleh sebabkan lengan sakit.

Anda boleh cuba cara ini untuk buat regangan:

i. Regangkan jari, dan depakan tangan ke hadapan selama 10 saat. Rileks sebentar, dan bengkok jari pada sendi, biarkan selama 10 saat, dan ulang pergerakan yang sama.

ii. Temukan kedua-dua tapak tangan, dengan keadaan siku ke atas. Gerakkan tangan ke bawah, dan biar selama 10 saat. Kemudian kembali pada posisi awal, dengan tapak tangan masih bersentuhan, gerakkan jari ke kiri dan kanan.

iii. Depakan tangan ke luar, dan buat pusingan, ke depan juga ke belakang.

iv. Semasa berdiri, tunduk, dan cuba capai ibu jari kaki anda, untuk regangkan belakang badan. Kira sehingga sepuluh, bengkokkan lutut jika perlu.

Foto; wikiHow

2. Pegang stereng dengan betul

Dengan keadaan tangan yang rileks, pegang stereng kereta. Pastikan genggaman tidak terlalu kuat, dan ubah cara genggaman dari semasa ke semasa. Gerakkan jari, untuk elakkan dari kekejangan.

Lengan anda sepatutnya dalam keadaan rileks, dengan dibengkokkan sedikit.

Elakkan dari menggenggam dengan terlalu kemas pada stereng, atau dengan keadaan lengan yang lurus.

Foto: wikiHow

3. Biar tangan berehat seketika

Setiap 15 – 20 minit perjalanan yang jauh, berikan tangan anda berehat seketika. Memang benar, adalah baik anda memegang stereng kereta dengan kedua-dua belah tangan sepanjang masa. Tapi, dalam perjalanan jauh, dan dalam keadaan yang selamat, rehatkan sebentar sebelah tangan anda selama 30 saat. Biarkan ianya rehat di atas peha anda, dan buat perkara yang sama pada tangan yang lain.

Dalam keadaan jalan yang tidak sibuk, ia adalah peluang yang baik untuk rehatkan tangan anda selama 30 saat, tapi jika terlalu banyak kenderaan, anda harus pastikan kedua-dua tangan pada stereng kereta.

Foto: wikiHow

4. Tidak capai benda lain

Jangan cuba mencapai sesuatu dalam jarak yang jauh dari kedudukan anda, ia bukan sahaja membahayakan, tetapi akan menyebabkan lengan anda sakit. Berhenti sebentar ke tepi, jika anda perlu mengambil sesuatu.

Foto: wikiHow

5. Berehat sebentar

Jika menempuh perjalanan jauh, pastikan anda berehat, jika boleh setiap sejam, atau di hentian yang ada. Beri badan anda rehat, paling kurang 30 minit, jadi anda ada masa untuk rehat. Sewaktu waktu rehat itu, regangkan lengan, tangan, belakang, dan berjalan buat berepa ketika.

Foto: wikiHow

b. Pastikan anda selesa

1. Duduk dengan selesa

Betulkan tempat duduk, dan stereng kereta. Jarak anda dengan stereng adalah di antara 10 ke 12 inci (25 ke 30 cm) dari dada. Betulkan kedudukan, supaya belakang badan boleh bersandar sepenuhnya pada kerusi, dan 'headrest'. Kerusi anda dicondongkan pada, 100 ke 110 darjah.

2.Gunakan 'strap cushion'

Tali pinggang keselamatan boleh menyebabkan bahu anda tidak selesa. Cari 'kusyen' untuk tali pinggang keselamatan, supaya dapat membuatkan anda lebih selesa.

3. Periksa minyak 'power steering'

Ini untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik, supaya anda tidak terlalu bersusah payah memusingkan stereng, kerana ia boleh jadi punca lengan atau bahu anda sakit.

Ini sedikit sebanyak apa yang anda boleh lakukan, dalam memastikan anda dapat memandu dengan selesa tanpa mengalami masalah sakit atau lenguh-lenguh pada lengan, juga belakang badan. Pandu dengan selesa, juga selamat. – Siakap Keli

Sumber: wikiHow

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 26, 2017 6:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bagaimana nak periksa samada degupan jantung anda terlalu perlahan
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Posted by Mohd Shubhi

Berapa kiraan degupan jantung anda sekarang ? Tahu kira tak ?

Berapa sepatutnya jumlah kiraan degupan jantung yang normal dan berapa pula kiraan degupan jantung yang tak berapa normal ?

Saya baru saja periksa degupan jantung tadi dengan menggunakan telefon samsung. Bila tengok bacaannya jauh rendah dari bacaan normal, maka terpaksa semak dan cari maklumat supaya lega sikit hati.

Bacaan degupan jantung normal
Kalau nak ikutkan kepada saranan para pakar, jumlah degupan jantung yang normal sepatutnya ada pada orang dewasa adalah dalam lingkungan 60 bpm ke 100 bpm.

Kiraan degupan jantung dibuat berdasarkan jumlah degupan dalam tempoh satu minit. Sebab itu kita letakkan unit bpm selepas nombor kiraan degupan jantung.

Sebagai contoh, 60 bpm menunjukkan jantung anda berdenyut sebanyak 60 kali dalam tempoh satu minit.

Bacaan degupan jantung tak normal
Kalau jumlah degupan jantung normal tu adalah antara 60 bpm ke 100 bpm, maka selain dari yang tersebut itu dikira tak normal lah tu.

Jumlah yang disebut itu adalah dalam keadaan anda sedang berehat dan tidak melalukan apa-apa aktiviti fizikal seperti menari atau berjoget. Bila anda mula berjoget, degupan jantung akan mula menjadi lebih rancak.

Jika dalam keadaan melepak dan santai, degupan jantung anda kurang dari 60 bpm, itu ertinya degupan jantung anda adalah perlahan. Terma perubatannya adalah dipanggil Bradycardia.

Orang yang ada masalah Brycandia akan jadi meloya nak termuntah, pening-pening memusing, keletihan, rasa keliru, susah nak bernafas, tak larat dan seumpamanya lagi.

Degupan jantung ahli sukan perlahan
Tapi jangan nak risau lagi jika anda dapati jumlah kiraan degupan jantung anda hanya dalam lingkungan 40 bpm ke 50 bpm sahaja.

Saya tahu ramai dikalangan pembaca blog ini terdiri daripada ahli sukan kampung yang aktif bersukan. Samada main bolasepak, main sepak takraw bulat atau badminton dan lain-lain lagi. Anda memang aktif bersukan.

Sekali dah terbiasa main sukan macam yang saya sebut kat atas tadi kat kampung, ketagihan untuk bersukan setiap hari membuatkan anda punya tahap seorang ahli sukan. Walaupun hanya ahli sukan tahap kampung Tobiaq, dikira ahli sukan juga.

Jadi jika anda kira degupan jantung anda perlahan dalam lingkungan 40 ke 50 bpm, jangan panik kalau tak ada apa-apa masalah.

Bagaimana nak periksa degupan jantung
Kalau anda nak tahu cara tradisi dan manual yang semua orang boleh lakukan dengan mudah, pergi baca kat panduan di pautan ini sahaja.

Bila pergi klinik dan diperiksa oleh nurse, dia akan pegang pergelangan tangan kita dan mula buat kiraan. Anda juga boleh buat sendiri dan tak payah nak biarkan nurse yang gebu pegang tangan anda tu.

Guna Samsung S6 periksa degupan jantung
Ada satu lagi cara yang jauh lebih mudah. Anda hanya perlu gunakan telefon pintar jenama Samsung yang anda pakai sekarang saja. Saya tak pasti pada model samsung lain, tapi yang biasa saya pakai, itiu Samsung S6 atau S7, ada App yang tersedia bernama Samsung Health.

Mungkin ramai yang ada Samsung S6 tapi tak pakai, malah tak sedar adanya App yang amat berguna untuk tahu tahap kesihatan anda. Bagi yang masih tak tahu pergi ambil telefon pintar segera dan buka App tu segera.

Logo dia macam gambar yang tertera kat atas tu. Tekan dan buka App itu dan boleh mula gunakannya segera sekarang. Anda boleh buat kiraan degupan jantung hanya dengan letakkan sahaja jari anda pada lampu kamera kat belakang telefon tu.

Bila jari diletakkan, lampu merah akan menyala dan telefon anda mula mengira bacaan degupan jantung anda dengan pantas dan mudah. Selain dari mengira degupan jantung,a nda boleh juga kira tahap stress dan kandungan air dalam badan. Semua tersedia dalam Samsung Health.

Jaga jantung jaga kesihatan
App itu juga boleh digunakan untuk merekodkan segala langkah atau aktiviti bersenam anda. Bila anda bergerak, dia akan mula kira jumlah langkah yang anda buat dan rekodkannya berserta dengan tempoh masa berapa lama anda bergerak.

Bagun pagi-pagi selesai semua urusan solat dan zikir, kemudian ikat kain pelikat kuat-kuat dan turun ke bawah. Pergi berjalan kaki sekeliling kampung dan jangan lupa pada telefon pintar Samsung sekali.

Kalau nak sihat, pastikan anda berjalan kaki sebanyak 10 ribu langkah sehari. Susah juga nak kira kalau nak buat secara manual kira satu dua tiga dan seterusnya. Tapi jadi mudah bila anda guna samsung health app tu.

Jadi apa nak tunggu lagi, buka app tu, mula kemas kini maklumat yang dia minta dan boleh terus mula guna ...

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 26, 2017 6:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Universiti kita kesempitan wang?

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

Oleh SITI NUR BARIAH ABDUL HADI

Baru-baru ini saya bertemu semula dengan pelajar-pelajar saya di Shah Alam ketika menghadiri persidangan anjuran sebuah universiti tempatan. Saya hadir bukanlah sebagai pembicara, lebih dekat hanya sebagai hadirin.

Tujuan saya cumalah untuk melihat semula universiti tempat saya bekerja lebih sepuluh tahun itu semenjak saya menumpukan perniagaan kek dan roti kecil-kecilan bersama anak di Bukit Beruntung.

Kemudian, kami pun ke restoran berdekatan untuk berbual-bual dengan anak-anak didik saya yang kebanyakannya sudah memasuki tahun akhir kuliah. Sekadar ingin tahu perkembangan-perkembangan baru.

Apa yang saya dengar pada petang itu telah membuat saya terkejut sebagai seorang bekas pensyarah. Firasat saya sendiri memang rasa tidak kena dengan pentadbiran baru universiti ini.

Pelajar-pelajar inilah yang mendedahkan kepada saya. Menurut anak-anak ini, yuran kemasukan telah dinaikkan hampir-hampir tiga kali ganda daripada harga asal untuk beberapa keadaan.

Tidak ada penjelasan yang diberikan sebelum yuran dinaikkan sebelum semester mereka bermula. Yuran baru diperkenalkan serta-merta. Ada beberapa daripada mereka telah bertemu pihak pentadbiran, namun banyak yang tersekat di situ. Karenah birokrasi.

Banyak daripada pelajar saya sendiri, yang saya kenal, bukannya datang daripada keluarga yang berada. Ada juga anak petani dan penjahit kain. Mereka risau untuk meminta wang daripada ibu bapa mereka di kampung.

Sesetengah daripada mereka terpaksa mengambil kerja tambahan di hujung minggu hanya untuk melunaskan yuran.

Itu tak termasuk lagi dengan bayaran saman yang dinaikkan sampai seratus ringgit. Hanya semata kerana salah parkir?

"Ya, mahal sekali madam. Majlis Bandaraya juga tidak pernah mengenakan saman setinggi itu untuk kesalahan salah parkir."

Kita kena beringat: ini pelajar yang harus membayarnya. Bukan orang yang mempunyai pendapatan tetap.

Selain itu, yang menyayat hati saya adalah bagaimana begitu banyak dana untuk program-program universiti terpaksa dipotong. Mereka merungut kepada saya aktiviti-aktiviti yang dirancang tidak dapat lagi dijalankan kerana wang universiti tidak cukup.

Ada di kalangan mereka yang terpaksa mengumpul wang sendiri untuk menjayakan program kelab masing-masing.

"Mungkin universiti kita kesempitan wang, madam." Seloroh mereka.

Merah wajah saya mendengarnya – bercampur malu, marah, dan kesal.

Saya balik daripada pertemuan itu dengan hati yang kesal. Ini tidak pernah terjadi sepanjang tempoh saya menganggotai bidang pendidikan di universiti tersebut. Bagaimana hal ini boleh dibiarkan sama sekali? Saya memasuki bidang pendidikan dengan harapan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti demi masa depan bangsa, agama, dan negara.

Terfikir juga, adakah ini kerana pemotongan belanjawan pendidikan yang diumumkan beberapa bulan lepas? Beberapa akhbar pun ada memaparkan ribuan pensyarah yang berhenti kerja kerana kekangan wang.

Jika ini benar, kita sebagai warga Malaysia harus berwaspada agar masa depan anak-anak ini terjamin dengan baik.

Tidak patut sama sekali jika mereka terpaksa menanggung kepayahan yang berpunca daripada ketidakcekapan generasi kita yang lebih tua dalam menguruskan kewangan negara.

Saya menulis ini hanya dengan niat untuk menegur situasi pusat-pusat pengajian kita. Universiti kita seperti yang ditubuhkan oleh bapa-bapa negara dengan tujuan untuk melahirkan generasi cerdik pandai dan mampu bersaing dalam era globalisasi.

Membebankan mereka dengan yuran mahal, potongan dana, dan saman yang keterlaluan bukanlah jawapan yang kita semua carikan. Kita harus memikirkan sesuatu untuk menangani masalah ini, meskipun dalam ekonomi yang meribut.

----------------------------------------------------------

SITI NUR BARIAH ABDUL HADI seorang bekas pensyarah sains gunaan di universiti. Beliau kini menetap di Rawang, Selangor.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 26, 2017 6:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jika Ada Lalat 'Mendarat' Di Atas Makanan Anda, Adalah Baik Jika Anda Berhenti Jamah Bahagian Yang Dihinggap Itu
siakapkeli.my

Reaksi biasa apabila terlihat lalat mendarat di atas makanan adalah dengan menghalau serangga itu menggunakan tangan dan teruskan aktiviti makan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Tapi sekarang anda mungkin perlu memikirkannya semula kerana mereka muntah hampir setiap kali mereka mendarat di atas makanan.

Mungkin ia cuma kelihatan kecil, tetapi lalat mampu membawa banyak jenis bakteria dan kuman - pada puratanya 200 - yang berpotensi membahayakan kesihatan.

Antara bakteria yang dibawa adalah najis dan makanan reput lain yang telah mereka mendarat sebelum ini.

Pengkaji di Universiti Florida sebelum ini menemui bahawa lalat rumah membawa bakteria yang menyebabkan infeksi pernafasan dan keracunan makanan.

Satu kajian yang mereka jalankan menggunakan lalat dari tong sampah dan pintu masuk di empat restoran mendapati serangga itu membawa lebih banyak penyakit dari yang disangka.

Mereka berkata orang dewasa yang sihat boleh melawan bakteria-bakteria itu, tetapi kanak-kanak dan orang tua serta mereka yang lemah sistem imun berada dalam risiko.

Ron Harrison, dari kawalan serangga Orkin berkata: "Mereka cuma perlu menyentuh makanan anda selama satu saat untuk membolehkan kaki dan bulu halus di badan mereka memindahkan kuman dari semua benda kotor yang mereka makan ke makanan anda".

"Dan memandangkan lalat boleh memindahkan penyakit berjangkit serius seperti taun, disentri, dan kepialu, mungkin langkah yang terbaik jika anda mengelakkan makan benda-benda yang pernah disentuh oleh lalat.

Mereka juga boleh membawa salmonella, antraks dan tibi dan dalam masa yang sama mereka juga terkenal sebagai penghantar telur cacing parasit. Wow.

Kalau anda mahu berjimat, mungkin boleh potong bahagian yang berjaya ditakluki oleh serangga itu.

Sumber: Metro.co.uk

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

Tuesday, April 25, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4724

9 Messages

Digest #4724

Messages

Tue Apr 25, 2017 7:56 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Peguam: KUOTA bukan bawah DEB TAPI dalam Perlembagaan, Kerana Sudi Beri Kerakyatan
celahgelegar.blogspot
Posted by celahgelegar

1. Malam tadi saya mengkritik YB KJ apabila beliau menyatakan bahawa secara peribadi beliau berpandangan sistem kuota utk orang Melayu adalah satu penghinaan terhadap orang Melayu dan beliau mahu sistem kuota ini di hapuskan agar Melayu bersaing sama rata dengan bangsa2 lain.

2. Beliau mengucapkan pandangan itu di hadapan Presiden MIC dan pastinya beliau nak menjaga hati kaum bukan Melayu ketika memberi pendapat tersebut.

3. Biasalah orang politik ni. Masa perhimpunan Umno berdegar dewan merdeka pwtc dgn laungan hidup Melayu.

4. Kat luar dewan di depan bukan Melayu tiba2 mereka jadi acah2 hipster dan liberal demi menjaga hati bukan Melayu.
5. Tapi menariknya selepas saya kemaskini status semalam, ramai yang tak tahu dan keliru apabila saya kata Perkara 153 adalah balasan kpd orang Melayu kerana memberi taraf warganegara kepada bukan Melayu.

6. Ramai ingat dasar kuota ni adalah utk menyusun semula masyarakat atas sebab kemiskinan utk bersaing dgn bangsa lain.

7. Tak betul tu. Itu adalah DEB yg merupakan dasar kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969.

8. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan wujud lebih awal pada 31 Ogos 1957.

9. Perkara 153 bukan bertujuan utk membantu Melayu atas sebab kemiskinan berbanding bangsa lain.

10. Perkara 153 adalah hak istimewa SEBAGAI PENGIKTIRAFAN KEPADA BANGSA MELAYU selaku "son of the soil" kepada Malaya (merujuk kpd istilah dlm syor Suruhanjaya Reid).

11. Jadi perkara 153 tiada kaitan dengan KEMISKINAN bangsa Melayu.

12. Kamu yg memandai2 tafsir dan kaitkan dengan kemiskinan sesuai dgn kemiskinan jati diri kamu.

13. Bukan Melayu utk merdeka bersama Persekutuan Tanah Melayu dan sbg syarat utk di terima sbg warganegara telah bersetuju dan mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bangsa asal Tanah Melayu.

14. Kalau nak hapuskan hak istimewa Melayu, hapuskan juga pemberian kerakyatan automatik kepada bukan Melayu.

15. Ada berani?

16. Nombor 7 tu saja aku terbalikkan dgn nombor 3 sebab ini posting aku. Ikut suka aku lah.

https://youtu.be/WvkWyhF8m_4

oleh: Buzze Azam

[KUOTA] KJ yang HINA bukan Perlembagaan Persekutuan
celahgelegar.blogspot
Posted by celahgelegar

1. KJ kata sistem kuota di bawah Perkara 153 adalah satu penghinaan kpd orang Melayu.

2. Saya tak rasa ianya satu penghinaan kerana tak mungkin sesuatu yg hina di maktubkan dalam perlembagaan.

3. Takkan lah kuota ini hina kerana ia adalah termaktub sbg kuasa Yang Di Pertuan Agong utk memeliharanya.

4. Perkara 153 berkaitan Hak Istimewa Melayu adalah sebagai balasan kpd org Melayu memberikan taraf warganegara kepada bangsa pendatang.

5. Jika balasan ini satu penghinaan, pastilah hina juga taraf warganegara yg pernah kita berikan kepada 1.7 juta org pendatang asing tanpa izin di Malaya dulu.

6. Sebenarnya yg hina bukanlah kuota Melayu itu.

7. Yg hina itu adalah kamu sendiri yg menjadi kerajaan.

8. Undang2 dah ada tapi kamu yg gagal kuasakan undang2 itu atas dasar kompromi politik di depan kaum2 lain demi mengharapkan undi mrk utk kamu terus berkuasa.

9. Kamu nak tunjuk kepada bangsa pendatang seolah2 kamu acah2 liberal dan kamu tak pernah peduli kpd bangsa kamu yg terpinggir dari gelanggang persaingan semata2 krn tak mampu bersaing dlm padang tak sama rata.

10. Takpalah, biarkan Melayu begitu kerana bagi kamu BRIM cukup utk mendiamkan kami

Biarkan lah
http://www.freemalaysiatoday.com/…/sistem-kuota-hina-orang…/

oleh: Buzze Azam

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:56 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Gadis ini Harumkan Nama Negara Apabila Mendapat Tempat Ke-3 Dunia Dalam Peperiksaan ACCA
siakapkeli.my

Siapa sangka, di sebalik senyum manis gadis bertudung hijau ini, dia sebenarnya pemegang tempat ketiga dunia dalam peperiksaan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dalam kertas F5 (Performance Management) untuk Disember tahun lepas.

Kejayaan mengujakan Fathin itu mula mendapat perhatian apabila screenshot ringkasan kejayaan beliau diviralkan di media sosial.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi, turut mengucapkan tahniah kepada Fathin Nur Amirrah menerusi laman Facebooknya petang tadi.

"Syabas adik Fathin Nur Amirrah, anak Bagan Datuk berjaya dengan cemerlang peperiksaan ACCA, kertas peperiksaan F5 (Performance Management). Selamat maju jaya. #Negaraku." tulis Zahid.

Mengikut Zahid lagi, Fathin berasal dari Bagan Datuk, Perak.

Sementara itu, seorang pengguna di Twitter - yang memviralkan ringkasan kejayaan Fathin - berkata gadis itu berjaya mencapai markah sebanyak 96% untuk berada di tempat ketiga dalam kedudukan global.

Ya, bukan 80% atau 85%, tapi 96%!

Memang gempak! Tahniah diucapkan untuk Fathin. Tak lupa juga kepada ibu bapa yang berjaya membentuk anak gadis mereka sehingga mencapai kejayaan ini.

Sebagai sedikit info mengenai ACCA:

Association of Chartered Certified Accountant(ACCA) adalah sebuah badan perakaunan professional global yang beribu pejabat di London.

Dengan motto "The global body for professional accountants", ACCA berfungsi sebagai platform yang memberi latihan kepada pelajar perakaunan dan menawarkan sijil kelayakan atau gelaran Akauntan Bertauliah atau Chartered Acountant.

Setakat hari ini, ACCA diiktiraf oleh 178 buah negara termasuk Malaysia. ACCA telah mempunyai 188,000 ahli dan 480,000 penuntut di seluruh dunia.

Pemegang gelaran Chartered Accountant ini adalah sangat tinggi permintaan dan dipandang tinggi oleh kebanyakan syarikat di seluruh dunia serta diberi keutamaan untuk mendapatkan pekerjaan atau jawatan sebagai pengurus kewangan di dalam sesebuah syarikat.

Sumber: FB Zahid Hamidi, Twitter, Firdausjo, Wikipedia

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:56 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Terkena 13 peluru penabur jiran

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Alor Setar: Kanak-kanak perempuan parah terkena tembakan 13 butir peluru penabur sesat dilepaskan daripada senapang patah jirannya di Kampung Lubuk Keriang, Mukim Lesong, Pokok Sena, semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa, Nur Syahida Bakar, 12, sedang makan bersama ahli keluarganya di rumah mereka yang terletak di tengah bendang.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, bapa mangsa, Bakar Saad, 45, memberitahu ketika sedang makan, dia terdengar bunyi letupan di dapur rumah.

Katanya, selepas membuat pemeriksaan, bapanya menemui butir peluru berterabur di peti ais rumah dan terkena muka serta badan anak perempuannya.

"Mangsa cedera di paha, kedua-dua betis, lengan kanan, kepala serta dada dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Rozi berkata, ketika kejadian pintu dapur rumah mangsa terbuka dan mangsa bersama ibu dan dua lagi adik beradiknya sedang makan di dapur dalam keadaan bersila dilantai.

"Tidak lama kemudian dua lelaki yang tinggal berhampiran rumah mangsa datang sambil membawa sepucuk senapang meminta maaf kerana tersalah sasaran iaitu niat mereka hendak menembak burung," katanya.

Susulan itu, Mohd Rozi berkata, polis menahan tiga lelaki berusia 52, 46 dan 74 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960.

"Hasil siasatan lanjut mendapati pemilik senjata berusia 74 tahun itu mempunyai lesen sah dan tidak tahu senjatanya digunakan oleh anaknya dan dibebaskan," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:57 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ketahui pilihan sebelum dibedah

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

PEMBEDAHAN memang menakutkan dan pasti ada risikonya. Ini adalah kenyataannya. Di sebalik kesakitan yang dialami akan ada kebimbangan lain seperti kos dan proses pemulihan.

Dalam menangani kebimbangan ini, perubatan moden berjaya mengubah persepsi seseorang mengenai pembedahan. Kebimbangan dibedah pada hari ini tidak sama lagi dengan pembedahan pada masa lalu.
Prosedur perubatan secara umumnya dibahagi kepada dua kumpulan, iaitu pembedahan atau tanpa pembedahan.

Prosedur tanpa pembedahan menjadi pilihan kerana tidak melukakan kulit, hanya melibatkan pemeriksaan fizikal diagnostik dan kajian sinar-x. Manakala prosedur pembedahan termasuk melukakan kulit bagi mengetahui punca kepada masalah.
Kadangkala prosedur pembedahan adalah pilihan walaupun bukan semestinya.

Bagaimanapun, dalam banyak kes, prosedur pembedahan adalah pilihan terakhir dan merupakan perbezaan antara hidup dan mati.

Pada hari ini, terdapat dua jenis pembedahan bagi kebanyakan prosedur, iaitu pembedahan tradisional dan pembedahan invasif minimum (MIS).

Prosedur ini telah mula dilakukan sejak beberapa dekad lalu. Ia menggunakan peralatan khusus dan trocars yang bertindak sebagai 'pintu keselamatan', yang membolehkan pakar bedah mengakses ke bahagian abdomen.

Malangnya, di negara ini tidak ramai pesakit yang mengetahui mengenai pilihan bagi prosedur pembedahan.

Memahami situasi tersebut, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur kini dalam usaha menggalakkan pesakit memilih cara pembedahan yang lebih mudah dan cepat sembuh.

Dengan memberikan pengetahuan kepada orang ramai mengenai pilihan akan prosedur pembedahan, diharapkan orang ramai tidak takut lagi kepada pembedahan dan melihat pembedahan sebagai pilihan praktikal dan bukannya pilihan terakhir.

Di antara prosedur biasa yang dilakukan melalui MIS ialah endoskopi, laparoskopi (di sekitar abdomen dan pelvis) dan arthroskopi (sekitar tulang dan sendi).

Pakar bedah Kolorektal dan Laparoskopi, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Paul Selvindoss berkata, banyak kepakaran dan latihan perlu dilakukan sebelum melakukan MIS.

"Pembedahan MIS sangat berbeza daripada pembedahan terbuka. Kami hanya perlu memasukkan skop ke dalam bahagian yang hendak dibedah dengan menggunakan peralatan yang sedikit serta hirisan yang kecil sahaja.

"Dari situ, kami melakukan pembedahan yang diperlukan. Pembedahan ini hanya mengambil masa yang singkat dan pesakit akan pulih dengan cepat," jelasnya.

Bersama seorang lagi pakar MIS dari hospital sama, Dr. Charanjeet Singh, mereka berkongsi pengalaman bersama media pada sesi Less Pain More Gains - Minimally Invasive Surgery mengenai prosedur pembedahan terkini, di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Sementara itu, Dr. Charanjeet menambah, pembedahan MIS dilihat cukup selesa bagi pesakit.

Biasanya, pesakit MIS mengalami proses pemulihan yang pantas dan parut yang kecil.

"Ia bukanlah satu pilihan dan hanya sesuai bagi prosedur tertentu, tetapi kami amat menggalakkan pesakit memilih MIS kerana lebih banyak kebaikan.

"Pembedahan MIS masih lagi perlu diperkenal dengan lebih meluas. Dengan perkembangan teknologi, peralatan yang digunakan telah menjadi lebih versatil dan pantas.

"Pakar bedah semakin berkebolehan begitu juga dengan kaedah latihan yang lebih ke hadapan. Semua faktor ini boleh menjadikan MIS sebagai kaedah pembedahan yang boleh menjadi pilihan jika bersesuaian.

"Walaupun MIS telah dipraktikkan di Malaysia selama lebih kurang 30 tahun, ia masih lagi kurang diperkatakan sebagai satu pilihan pembedahan," katanya.

Bagi memberi lebih banyak maklumat kepada masyarakat mengenai MIS, Gleneagles Kuala Lumpur kini sedang mengadakan pameran mengenai MIS Less Pain, More Gains di hospital berkenaan.

Antara persiapan untuk menghadapi pembedahan MIS:

Bersedia dengan kos

Prosedur pembedahan bukan murah dan banyak lagi kos yang harus difikirkan. Pembedahan terbuka dilihat lebih mampu oleh seseorang pesakit berbanding MIS jika anda hanya melihat pada kos prosedur itu sahaja, tetapi jika anda memikirkan mengenai tempoh berada di hospital, komplikasi yang mungkin timbul dan cuti yang harus diambil, kebanyakan orang mendapati MIS merupakan kaedah pembedahan yang lebih murah.

Rancang pemulihan anda

Pastikan anda mempunyai cuti yang mencukupi supaya anda tidak tergesa-gesa semasa proses pemulihan. Jika memilih pembedahan terbuka, anda perlu bercuti selama enam hingga lapan minggu bagi pemulihan. Prosedur MIS lebih cepat sembuh kerana hirisan yang sedikit. Anda sudah boleh melakukan aktiviti biasa anda dalam tempoh seminggu selepas pembedahan.

Tidak makan

Penting diketahui supaya tidak makan dan minum lapan jam sebelum pembedahan. Ini bagi mengelakkan makanan daripada perut memenuhi paru-paru yang boleh menimbulkan masalah lain.

Beritahu alahan anda

Adalah penting anda memberitahu alahan anda pada doktor. Bukan sahaja mereka perlu tahu mengenai alahan anda tetapi mereka juga harus tahu akan reaksi anda kepada alahan tersebut. Dengan cara ini, mereka boleh mengambil langkah berjaga demi keselamatan anda semasa pembedahan.

Rehat yang mencukupi

Doktor akan menasihatkan supaya pesakit berada dalam keadaan kesihatan yang baik dari segi mental dan fizikal. Ini penting kepada kejayaan pembedahan dan proses pemulihan. Proses pemulihan selepas pembedahan sangat penting bagi seorang pesakit. Bagi hasil yang lebih baik, bersedia dan dapatkan rehat yang mencukupi.

© Utusan Melayu (M) Bhd

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:57 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Saya Akan Tetap Teruskan Tindakan Undang-Undang..." Watson Nyambek Buat Laporan Polis Berhubung Isu Rancangan Komedi Hina Nama Bapa
siakapkeli.my

Miri: Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek membuat laporan polis berhubung rancangan televisyen yang mengaibkan mendiang bapanya di Balai Polis Pusat Miri pagi tadi.

Watson yang ditemani isteri - Felizza Michael Samdon selesai membuat laporan pada jam 10 pagi.

Harian Metro melaporkan, Watson ketika ditanya media berkata pihaknya tidak akan menarik laporan polis meskipun perjumpaan akan dilakukan antara beliau dan pihak stesen televisyen yang terlibat hari ini.

"Saya akan tetap meneruskan tindakan undang-undang kerana ia berkaitan maruah keluarga saya," katanya.

Laporan polis yang dibuat oleh Watson berkata dia mahu pihak polis menyiasat insiden berkenaan kerana beliau mahu tahu motif sebenar pengacara tersebut.

"Saya juga mahu pihak polis menyiasat kes ini kerana mahu tahu motif sebenar pengacara rancangan tersebut dan mahu mengambil tindakan lanjut terhadap pengacara rancangan tersebut, penerbit, pihak TV3 dan semua pihak yang terlibat menerbitkan rancangan tersebut," tulis laporan itu.

Sumber: BH Online, Harian Metro

Isu Lawak Tak Bertempat: Primeworks Studios Buat Permohonan Maaf Terbuka Kepada Watson Nyambek
siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Primeworks Studios Sdn Bhd memohon maf kepada Watson Nyambek kerana mempersendakan mendiang ayahnya.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata pihaknya sudah memberi peringatakan kepada semua kakitangan Primeworks Studios supaya sentiasa peka dan sensitif dalam setiap rancangan yang diterbitkan.

"Pihak kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah serta kerja operasi bagi mengelak kejadian ini berulang.

"Kejadian ini memberi pengajaran kepada pihak kami untuk lebih peka keadaan sekeliling," katanya.

Tambah beliau juga, pihaknya sangat menghormati bekas pelumba pecut negara itu.

"Watson adalah seorang pelari pecut negara serta atlet yang banyak berjasa dan mengharumkan nama negara.

"Pihak kami dengan rendah diri memohon maaf di atas kesilapan kami dan memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi," katanya.

Sebelum ini, Watson Nyambek menyatakan rasa kecewanya terhadap satu rancangan komedi di sebuah stesen tv di negara ini yang mempersendakan ayahnya.

Sumber: Primeworks Studios

'Bapa Saya Bukan Binatang Untuk Dipersendakan' - Watson Nyambek Luah Rasa Kecewa Terhadap Rancangan Komedi di Sebuah Stesen TV Swasta
siakapkeli.my

MIRI, 23 April -- Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek meluahkan rasa kecewa beliau dengan tindakan sebuha stesen televisyen swasta negara ini yang menghina mendiang bapanya dalam satu rancangan komdei yang disiarkan malam tadi.

Bernama melaporkan, Watson berkata dia sendiri ada menonton episod itu dan merasa tersinggung.

"Saya ada menonton episod itu dan berasa tersinggung dan kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Watson berkata, sepanjang karier sebagai ahli sukan sehingga sekarang tidak pernah mana-mana media membuat penghinaan terlalu peribadi terhadapnya khususnya melibatkan mendiang bapanya.

"Saya tidak tahu motif sebenar stesen televisyen tersebut tapi ini satu penghinaan kepada bapa saya," katanya sambil menambah stesen televisyen sepatutnya peka dengan sensitiviti masyarakat dan individu terutama sekali yang telah meninggal dunia.

Bernama juga melaporkan, Watson turut meluahkan rasa tidak puas hati kepada stesen televisyen itu.

"Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu,tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan," tulisnya dalam Facebooknya.

Luahan Watson mendapat reaksi serta perkongsian ratusan netizen yang mahu Watson menyaman stesen televisyen berkenaan serta mengutuk tindakan rancangan tersebut yang menghina individu yang telah meninggal dunia.

Sumber: Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:57 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Harga Minyak Naik Bulanan Orang Marah, Naik Mingguan Orang Tak Perasan
celahgelegar.blogspot
Posted by celahgelegar

Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:58 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



LHDN Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Nelydia Senrose
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 21 Apr: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap artis Nelydia Senrose selepas beliau tidak menghadirkan diri bagi prosiding kes gagal mengemukakan cukai pendapatan.

Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki Nelydia mengemukan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

LHDN memaklumkan, Nelydia gagal mengemukakan borang berkenaan bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

"Artis ini juga turut menghadapi satu lagi tuduhan lain iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

"Kegagalan mematuhi notis yang dikeluarkan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(a) akta yang sama, di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara untuk satu tempoh tidak lebih dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya sebagaimana lapor BH Online hari ini.

Menurut BH Online juga, LHDN sudah menyerahkan saman berkenaan kepada artis itu pada 11 April lalu yang mengarahkannya menghadiri sesi sebutan kes yang bertarikh 12 April lalu di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor. Bagaimanapun, dia atau wakilnya gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes berlangsung.

Susulan itu, peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya, memohon satu perintah waran tangkap dikeluarkan kepada tertuduh sebelum dibenarkan oleh Majistret Sarulatha Paramavathar, yang menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh sebutan baharu.

Sumber: BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:58 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



APABILA ORANG CINA LEBIH MENGHORMATI WAKTU MAGHRIB BERBANDING MELAYU...
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Timbang jika bukan Islam mahu berniaga waktu Maghrib
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Sinar Harian

Abdul Fattah (kiri) memberi penerangan kepada media di Kompleks Kota Darulnaim, disini.

KOTA BHARU - Kerajaan negeri sedia pertimbangkan jika ada peniaga bukan Islam mahu berniaga di waktu solat Maghrib mengikut kawasan majoriti kaum tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, walau bagaimanapun pihaknya berharap agar penguatkuasaan arahan itu boleh diikuti oleh peniaga bukan Islam bagi memberi keselesaan kepada pembeli.

"Kalau ada yang mahu berniaga juga (bukan Islam), kita akan pertimbangkan. Itu pun mengikut kawasan pasar malam tersebut, mungkin majoritinya adalah kaum-kaum dan masyarakat bukan Islam. Maka pembelinya juga bukan Islam," katanya kepada media dalam satu sidang media di Kompleks Kota Darulnaim, disini.

Abdul Fattah berkata, pertemuan beliau bersama masyarakat bukan Islam sebelum ini juga mendapat input positif memandangkan mereka sudah dibiasakan dengan penguatkuasaan arahan tersebut sejak zaman pentadbiran Allahyarham Tok Guru, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Terdahulu, Abdul Fattah menjelaskan arahan memberhentikan perniagaan di waktu Maghrib itu akan diperluaskan di seluruh negeri Kelantan selepas ini.
Kenyataan itu mengundang kritikan beberapa pihak termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menyifatkan langkah itu melanggar hak asasi.

Justeru, ahli DAP itu bakal mengambil tindakan undang-undang kepada kerajaan Kelantan.

Rakyat Kelantan kenal siapa Zaid Ibrahim

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

Oleh SALMAH MAT HUSAIN
RAKYAT Kelantan dianggap sudah lama mengenali siapa Datuk Zaid Ibrahim, yang mana sebelum ini pernah menyaman kerajaan negeri kerana hendak melaksanakan kanun jenayah syariah.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata tindakan pemimpin DAP itu bukan pertama kali berlaku.

"Saya yakin rakyat Kelantan tidak termakan dengan kritikan yang dilemparkan pemimpin terbabit termasuk mengugut mahu menyaman kerajaan negeri isu menghentikan seketika urusniaga pasar malam pada waktu Maghrib.

"Serangan beliau kali ini juga atas sifat yang sama, takut kepada kebangkitan Islam yang dibawa kerajaan Kelantan," katanya di Kota Bharu.

Zaid yang juga bekas anggota parlimen BN di Kota Bharu dilapor mahu memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Kelantan berikutan arahan peniaga pasar malam menghentikan perniagaan seketika solat Maghrib.

"Saya akan memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan minggu ini.

"Arahan supaya peniaga pasar malam menghentikan perniagaan ketika solat Maghrib adalah tidak sah," katanya di laman sosialnya.

Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata mana-mana pihak yang tidak melihat Kelantan dengan kaca mata Islam, mereka terpengaruh mendakwa negeri itu mundur.

"Zaid tidak melihat Kelantan dari sudut Islam sebab itu beliau mendakwa Kelantan tidak membuat sebarang pembangunan.

"Kerajaan Kelantan mengharamkan judi, hiburan tanpa kawalan, tempat maksiat dan menyimpan perbendaharaan negeri di Bank Islam adalah antara usaha ke arah memartabatkan Islam," ujarnya.

Menurutnya bagi mereka yang melihat dari kaca mata Islam, ia perkara besar yang bukan sahaja patut disokong, bahkan patut ditiru. – HARAKAHDAILY

Zaid kini Parti DAP mahu heret kerajaan PAS K'tan ke mahkamah

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kelantan berikutan arahan kepada peniaga pasar malam supaya menghentikan perniagaan ketika solat Maghrib.

"Saya akan memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan minggu ini.
"Arahan supaya peniaga pasar malam menghentikan perniagaan ketika solat Maghrib adalah tidak sah.

"Keputusan untuk melarang peniaga untuk tidak membuka kedai sebelum jam 3 petang pada bulan Ramadan juga adalah menyalahi undang-undang," katanya dalam satu siri tweet di laman mikro-blog Twitter.

Zaid menyifatkan kepimpinan kerajaan Kelantan sebagai "tidak bertanggungjawab".

"Kebanyakan polisi mereka tidak mempunyai asas dalam undang-undang.

"Mereka hanya mengambil kesempatan daripada umat Islam yang takut dilabelkan sebagai jahil," katanya.

Zaid yang kini menganggotai parti DAP berkata, beliau juga tidak gentar dengan tindak balas yang mungkin diterimanya berikutan cabaran undang-undang itu.

"Biar Allah tentukan jika saya jhil; Bukan ulama separuh masak yang mencari kedudukan politik di Kelantan," katanya.

Semalam, bekas exco Kelantan Datuk Musa turut mempersoalkan langkah kerajaan negeri untuk mengenakan larangan berniaga ke atas peniaga bukan Islam pada waktu Maghrib.

Kata Husam yang kini adalah naib presiden Parti Amanah Negara., arahan berkenaan sepatutnya terhad kepada peniaga Muslim sahaja kerana peniaga bukan Islam tidak menunaikan solat Maghrib.

Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood, semalam dilaporkan berkata, arahan itu bagi memastikan semua pihak termasuk pembeli boleh menunaikan solat Maghrib sebelum meneruskan kegiatan masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan itu berkata, arahan berkenaan juga untuk memberi masa kepada para peniaga berehat dan menunaikan solat.

Beliau berkata, wisel pertama akan dibunyikan 15 minit sebelum masuk waktu Maghrib, dan wisel kedua sebanyak dua kali 10 minit kemudian.

Dasar tersebut telah dimulakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu, sebelum diperluaskan kepada semua pihak berkuasa tempatan di negeri itu, tahun lalu.

Kata Abdul Fattah, peniaga yang ingkar akan diberikan amaran terlebih dahulu, sebelum dikenakan larangan sementara jika terus berdegil.

Maaf Dato' Kami Mahu Bertanya, Agama Islam Yang Bagaimana Dato' Mahukan?
bloglist-malaysia.blogspot.
kerabubersuara.blogspot.

Maaf Dato' Kami Mahu Bertanya, Agama Islam Yang Bagaimana Dato' Mahukan?

Oleh : Nazman Che Iberahim

1. Dato' sebut kononnya negeri ini terbiar dan terlalu lama hambar? Tidakkah Dato' celik mata akan bagaimana pembangunan demi pembangunan berlaku di Kelantan sejak 1990 hingga ke tahun 2017 ini? Kelantan yang Almarhum Tok Guru warisi daripada UMNO memang mundur pada tahun 1990. Dan sejak itulah, negeri ini dibangunkan oleh Tok Guru, yang mana gedung besar dan bangunan tinggi dimajukan selari dengan akhlak dan sahsiah anak muda. Nah sekarang lihat sahaja pembangunan di Lembah Sireh, Bandar Satelit Pasir Tumboh dan Tunjong, yang tidak memungkin lagi UMNO mahupun DAP seperti Dato' mengatakan yang negeri kami ini mundur dan tiada pembangunan.

2. Dato' sebut bahawa anak muda mahu ekonomi yang mampu menyediakan pekerjaan kepada mereka? Sedarkah Datuk dengan pesatnya pembangunan di Kota Bharu saat ini, pelbagai peluang kerja tersedia untuk anak anak muda? Di Aeon Mall sahaja, sejak setahun lalu lebih 2000 peluang kerja terwujud. Bahkan tidak lama lagi apabila Platinum Mall dan Lu' lu' Hypermarket siap, unjuran yang dibuat adalah lebih 10,000 peluang pekerjaan akan disediakan untuk anak muda Kelantan. Itu sekadar beberapa contoh yang boleh kita lihat di Lembah Sireh sahaja.

3. Dato' juga sebut "mereka (kerajaan negeri) sibuk dengan hukum hakam dan menjual balak dan tidak terdaya memikirkan bagaimana untuk menambah dana negeri". Dato', agama apakah Dato' sebenarnya? Apakah menjadi kesalahan bagi pemimpin suatu negeri sibuk menguruskan rakyatnya dan negeri yang disayanginya dengan landasan agama? Berteras dan berpandukan hukum hakam Allah. Apa masalahnya Dato'? Dan menjual balak ini, adakah ia menjadi satu kesalahan dari segi undang undang? Kelantan sahajakah yang mengusaha-hasilkan balak untuk sumber ekonomi negeri? Semuanya yang berkaitan hutan simpan pengeluaran, yang boleh diusaha hasilkan adalah mengikut prosedur dan tatacara oleh Majlis Perhutanan Negara dan dikawal ketat oleh Jabatan Perhutanan Negeri.

4. Dato' menyebut lagi, "mereka (kerajaan negeri) tidak peduli gejala sosial seperti dadah dan perceraian tidak terkawal". Sedarkah Dato' bahawa isu ini adalah tugas asasi agensi kerajaan pusat seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta pihak PDRM bahagian Narkotik? Akan tetapi kerajaan negeri tetap memberikan kerjasama yang erat kepada semua agensi ini dalam menguruskan isu dadah. Berkaitan kes cerai pula, tahukah Dato' bahawa Selangor mencatat kes paling tinggi sebanyak 30,901; Sabah (22,331 kes) dan Johor sebanyak 16,718 kes dari 2014 hingga 10 Julai tahun lalu? Nah, kenapa Kelantan pula dihodohkan dengan kes perceraian sebegini?

5. "Anak muda Kelantan mesti menyelamatkan keadaan ekonomi yang lumpuh di negeri ini". Apa yang Dato' maksudkan dengan lumpuh? Tahukah Dato' bahawa Kelantan telah berjaya mengurangkan defisit belanjawan negeri daripada 85 juta pada 2015 kepada hanya 33 juta sahaja pada tahun 2016? Sedangkan kerajaan DAP Dato' yang memerintah Pulau Pinang mengumumkan defisit daripada 292 juta pada 2016 kepada 667 juta bagi tahun 2017!

6. Dato' juga menyuruh anak muda menonton TV, Youtube, radio untuk belajar agama, fardhu ain, fardhu kifayah dan tidak perlu kepada guru agama atau orang pakai serban sebagai pemimpin. Nah, ini satu lagi kedangkalan Dato' dalam beragama dan berfikir. Jikalah semudah itu Islam ini, maka Allah tidak perlu turunkan Nabi dan Rasul kepada umat manusia, cukup dengan mengirimkan TV dan Internet sahaja kepada manusia sejak zaman Nabi Adam dulu lagi. Atau bagaimana Dato'?

7. Dato' menyarankan pula agar kita mestilah sanggup memilih pemimpin seperti Datuk Husam yang memiliki kepakaran dan berwawasan. Barangkali Dato' sudah pun nyanyuk, dan lupa bahawa sekian lama dahulu Dato' bersama UMNO menentang kerajaan negeri yang mana Husam adalah salah seorang exco-nya?

8. Lagi Dato' menyebut "hanya dengan royalti itu (petroleum) kita akan ada modal untuk membangun semula negeri bertuah ini". Ohh, pandai pula Dato' terfikir untuk membangunkan negeri dengan royalti? Mana pergi kepakaran dan wawasan Husam? Mana pergi kebijaksanaan Dato' berbanding PAS yang dipimpin oleh orang berserban? Jika Dato' pun terfikir dengan HANYA royalti, dapat bangunkan Kelantan, maka janganlah secara wewenang mengkritik Kelantan. Kalaulah Dato' dan DAP yang perintah negeri ini, jangankan balak, sungai dan gunung pun akan dijual nanti.

Tutup kedai 10 minit: Negeri lain patut ikut Kelantan

sinarharian.com
Habsah Ismail

Shukri
KOTA BHARU - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad mencadangkan agar negeri-negeri lain mencontohi arahan Kerajaan Kelantan memberhentikan perniagaan ketika solat Maghrib.

Beliau berkata, arahan untuk memberhentikan perniagaan selama 10 minit itu dilihat sebagai perkembangan yang sihat kerana ia memberi ruang kepada umat Islam dapat menunaikan tanggung jawab solat fardu.

Menurutnya, usaha tersebut adalah satu peraturan yang baik dan patut dihormati serta disanjung tinggi.

"Kita meniaga, paling utama, kita wajib patuh pada suruhan ALLAH. Kalau tak sembahyang, hukumnya berdosa dan usaha pun tidak ada keberkatan.

"Mereka kerja swasta pun ada peraturan buruh untuk memberi pekerja Islam menunaikan solat Jumaat, ada peraturan khas,
"Begitu juga waktu Maghrib dan solat Jumaat adalah sama-sama fardu," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood yang menjelaskan arahan memberhentikan perniagaan di waktu Maghrib itu akan diperluaskan di seluruh negeri Kelantan selepas ini.

Kenyataan itu mengundang kritikan beberapa pihak termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menyifatkan langkah itu melanggar hak asasi.

Justeru, ahli DAP itu bakal mengambil tindakan undang-undang kepada kerajaan Kelantan.

Mengulas kritikan Zaid itu, Mohamad Shukri berkata, sesiapa sahaja boleh mengkritik, tetapi teguran itu mestilah berhemah.

"Kenyataan negatif mengenai arahan berhenti niaga selama 10 minit sepatutnya tidak berlaku, sebaliknya amalan ini seelok-eloknya menjadi ikutan kepada negeri lain.

"Bagi mereka yang mahu beri kritikan, mereka boleh beri pandangan kerana ada ruang untuk mengkritik, tetapi biarlah kritikan itu munasabah dan membina," katanya.

'Hanya pasar malam sahaja'

sinarharian.com
Siti Fatihah Awang

Penutupan operasi perniagaan selama 10 minit semasa waktu Maghrib hanya babitkan peniaga pasar malam sahaja.
KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyatakan penutupan operasi perniagaan selama 10 minit di waktu Maghrib hanya melibatkan peniaga pasar malam dan bukan premis perniagaan lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pekerjaan, Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Fattah Mahmood berkata, arahan tersebut bukanlah perkara baru, malah sudah lama dipraktikkan pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar raya Islam (MPKB-BRI).

Malah Fattah berkata, pasar malam di negeri ini hampir 100 dimonopoli oleh masyarakat Islam.

"Saya telah jelaskan sebelum ini bahawa ia melibatkan hanya pasar malam sahaja. Di MPKB sudah lama kita praktikkan, sebab itu saya beritahu setiap PBT, pilih pasar malam utama untuk dijadikan sebagai 'pilot projek'.

"Saya tidak sebut pun premis, tetapi pasar malam sahaja," katanya kepada Sinar Harian di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataannya di sebuah portal berita mengenai penutupan operasi perniagaan di waktu Maghrib bagi memberi peluang kepada peniaga dan pembeli untuk menunaikan solat.

Kenyataan itu menyebabkan beberapa pihak termasuk persatuan perniagaan dari masyarakat Cina yang mengkritik tindakan itu.

Dalam masa yang sama, Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa juga menyatakan peraturan itu tidak sepatutnya dikuatkuasakan kepada masyarakat bukan Islam.

Fattah berkata, kenyataan beliau di beberapa laman berita, didakwa di manipulasi sesetengah pihak yang mengundang rasa tidak selesa kepada peniaga bukan Islam di sini.

Menurutnya, tindakan itu adalah selaras dengan amanah kerajaan iaitu untuk menjaga kebajikan rakyat dan kebajikan yang paling besar adalah untuk menjaga hubungan dengan pencipta, ALLAH SWT.

Beliau juga memberitahu, tidak sepatutnya isu ini diputar belit, sehingga menimbulkan pelbagai kesulitan, tidak mengira kepada pembeli mahupun peniaga itu sendiri.

"Kenapa perlu bising, saya harap jangan ada orang nak putar belit cerita tidak betul. Marilah sama-sama berusaha bagi keselesaan kepada peniaga Islam untuk bersolat," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kelantan berikutan arahan kepada peniaga pasar malam supaya menghentikan perniagaan ketika solat Maghrib.

Ahli DAP itu berkata arahan supaya peniaga pasar malam menghentikan perniagaan ketika solat Maghrib adalah tidak sah dan keputusan untuk melarang peniaga untuk tidak membuka kedai sebelum jam 3 petang pada bulan Ramadan juga adalah menyalahi undang-undang.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:58 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Balasubramaniam malu parti PAN tolak RUU355

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Pemimpin PAN yang beragama Islam wajar menghormati pindaan Akta 355 yang dibawa oleh PAS, kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, N Balasubramaniam.

Beliau berkata, selaku bekas pemimpin parti Islam itu, mereka sepatutnya lebih arif mengenai dasar PAS untuk meminda akta itu demi kepentingan umat Islam.

"Saya rasa kecewa sebab perkara ini yang dibentangkan adalah untuk orang Islam sahaja dan awal-awal dah diberitahu ia tiada kaitan dengan bukan Islam.

"Sepatutnya bila dibentangkan mereka perlu hormat sebab mereka ini wakil rakyat.

"Saya rasa malu dengan perbuatan (pemimpin)PAN, mereka adalah dari PAS dan dasar PAS mereka dah tahu," kata Balasubramaniam dalam posting beliau di laman rasmi parti Islam itu.

PAN sebelum ini mempersoalkan bagaimana rang undang-undang persendirian yang dibawakan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu boleh menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan negara ketika ini.

Pengarah strateginya, Dr Dzulkefly Ahmad umpamanya dilapor berkata, RUU itu ibarat 'doktor salah merawat pesakit'.

"Gambaran tersebut persis umpama seorang doktor salah membuat diagnosis, lantas salah memberi ubat atau lebih tepat lagi doktor yang tidak perlu membuat apa-apa diagnosis kerana kononnya sudah mahir dengan penyakit pesakit. Tidak penting tahu punca penyakit.

"Kalau ditanya bagaimana 'preskripsi' RUU 355 mampu merawat. Saya hampir pasti jawapannya ialah soalan itu tidak penting. Sembuh atau tidak bukan kerja manusia, yang penting ubat mesti diberikan mengikut 'mantra turun-temurun' yakni pelaksanaan hukum," kata Dzulkefly dipetik daripada sebuah portal berita.

Mengulas lanjut, Balasubramaniam mempersoalkan apakah pemimpin PAN sendiri tidak boleh menerima Islam.

"Orang bukan Islam pun boleh tahu dan faham tentang Islam serta mengapa nak bawa RUU355. Jadi apa salahnya orang Islam nak sokong? Perbuatan itu (membantah) amat mengecewakan.

"Kalau macam ini mereka tidak boleh terima Islam atau bagaimana?," soal Balasubramaniam.

----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:~
To:
Sent: Sunday, April 16, 2017 10:23 PM
Subject: Fw: 'Saya Orang Cina, Saya Penganut Agama Taoism...

'Saya Orang Cina, Saya Penganut Agama Taoism... Saya Sokong RUU 355'

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: "Sebagai seorang bukan Islam, kita tidak perlu mencampuri urusan agama lain. Hadi Awang juga tidak pernah mencampuri agama lain seperti Kristian, Taoist, Buddha atau agama Hindu sekalipun," kata bekas Setiauasaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat.

Menurut Tuan Tat, usul persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) atau lebih dikenali sebagai RUU355 adalah usaha Ahli Parlimen Marang itu untuk menjaga agamanya.

"Biar Hadi Awang buat apa yang dirasakannya baik untuk agamanya. Asalkan ianya tidak bertentangan dengan hukum Tuhan Allah yang disembah orang Islam.

"Itu pendapat saya sebagai seorang penganut agama Taoist. Agama saya tidak pernah mengajar saya untuk menentang apa yang dilakukan oleh penganut agama lain," katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usaha Pakatan Harapan menentang usul persendirian dibawa Abdul Hadi di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kim Swee (DAP) serta Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli (PKR) kedua-duanya mendakwa usul RUU355 merupakan cara PAS bersama UMNO menutup isu 1MDB.

Kedua-dua mereka mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga bersekongkol bersama PAS.

Membidas dakwaan oleh Pakatan Harapan, Tuan Tat yang bersama DAP selama 18 tahun menegaskan taktik memburukkan PAS adalah kerana parti berkenaan kini tidak lagi menjadi rakan politiknya selepas pembubaran Pakatan Rakyat pada 2013.

"Dahulu, (Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP) Anthony Loke menyokong pelaksanaan hukum Hudud yang ingin dibawa oleh PAS. Tetapi sekarang mereka menentang RUU355 yang dibawa oleh PAS.

"Kalau menentang, dahulu lagi sudah menentang. Kalau sokong, sudah tentu sekarang juga perlu sokong. Hormati PAS samaada mereka masih berada bersama pakatan pembangkang ataupun tidak," tegasnya.

Bukan setakat isu agama, DAP juga menentang sesiapa sahaja yang tidak lagi menyokong perjuang parti teraju Lim Kit Siang itu sepertimana DAP kini menghentam wakil rakyat Melaka yang meninggalkan parti pada Februari lepas.

"Jangan cakap mengenai agama, lihat sahaja isu keahlian DAP. Terutama isu keahlian DAP Melaka. Selepas ADUN DAP dan Ahli Parlimen DAP dari Melaka keluar dari parti, lihat bagaimana DAP mengehentam mereka," katanya.

Mengulas lanjut mengenai RUU355 dibawa Abdul Hadi, Tuan Tat menjelaskan bahawa orang Islam sudah tentu menentang usul berkenaan sekiranya ianya bertentangan daripada ajaran Islam namun sokongan kuat masyarakat Muslim terhadap usul berkenaan menunjukkan sebaliknya.

"Jangan lupa, Malaysia adalah sebuah negara berbilang agama. Setiap agama mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing.

"Saya bukan satu-satunya orang Cina yang katakan sebegini, ramai lagi orang Cina diluar sana yang menyokong usul Hadi. Kerana mereka tahu apa yang dilakukan oleh PAS adalah untuk orang Islam semata-mata. Tiada kaitan dengan orang bukan Islam," katanya lagi.

- Malaysian Digest

Kredit
Ibnu Noor

----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:~
To:
Sent: Sunday, April 09, 2017 7:52 AM
Subject: Fw: saya benar-benar jelas mengenai RUU 355

MISTI RAMAI YANG TERASA BILA BACA KOMEN AMOI NI...

naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Siapa makan cili dia rasa pedas...

Ahli Parlimen Islam patut malu tak faham usul Akta 355 - DHPP PAS

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

SHAH ALAM: Ahli Parlimen pembangkang daripada Pakatan Harapan sepatutnya berasa malu dengan tindakan mereka yang cuba menghalang usul Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355 dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

"Saya rasa kecewa sebab perkara ini yang dibentangkan adalah untuk orang Islam sahaja dan awal-awal dah diberitahu ia tiada kaitan dengan bukan Islam.

"Sepatutnya bila dibentangkan mereka perlu hormat sebab mereka ini wakil rakyat," kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam kepada Antarapos.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan tindakan wakil rakyat beragama Islam yang tidak profesional semasa pembentangan oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya rasa malu dengan perbuatan (wakil rakyat) Amanah, mereka adalah daripada PAS dan dasar PAS mereka dah tahu.

"Orang bukan Islam pun boleh tahu dan faham tentang Islam serta mengapa nak bawa RUU355," katanya.

Mengulas lanjut Subramaniam berkata pindaan RUU 355 tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan kerana usul berlandaskan Perkara 3 Perlembagaan menyatakan Islam adalah agama persekutuan.

"Jadi apa salahnya orang Islam nak sokong? Perbuatan itu (membantah) amat mengecewakan.

"Kalau macam ini mereka tidak boleh terima Islam atau bagaimana?," soalnya.

Usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawa oleh Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berjaya dibentangkan buat kali ketiga pada hari terakhir Parlimen bersidang, semalam.

Sebelum Abdul Hadi membentangkan usul persendirian tersebut, beberapa ahli Parlimen antaranya (DAP-Puchong), Gobind Singh Deo, (PKR-Gopeng),Dr Lee Bon Chye, (PKR-Alor Setar),Gooi Hsiao-Leung, (DAP-Gelang Patah), Lim Kit Siang dilihat bangun bagi membantah usul berkenaan.

Menerusi ucapannya, Abdul Hadi memaklumkan bahawa usul RUU 355 itu hanya terpakai buat golongan Islam dan masyarakat bukan Islam tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pindaan berkenaan.

Ahli Parlimen DAP, PKR ganggu Abdul Hadi bentang RUU355

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Kuala Lumpur: Beberapa Ahli Parlimen DAP dan PKR sengaja bangun bertujuan melengah-lengahkan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sepatutnya membentangkan usul persendirian berkaitan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, di Dewan Rakyat, pagi tadi.
Antaranya Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar) dan Lee Boon Chye (PKR-Gopeng).

Mereka menggunakan alasan Peraturan Mesyuarat selain membangkitkan masalah teknikal berkaitan usul berkenaan.

Lebih setengah jam mereka bangun bersilih ganti mempertikaikan usul berkenaan yang diberi keutamaan untuk dibentangkan pada hari terakhir Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Usul itu tersenarai sebagai perkara 1 di bawah Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul Parlimen hari ini.

Bagaimanapun selepas lebih setengah jam 'mengacau' akhirnya Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan semua Ahli Parlimen terbabit duduk dan meminta Abdul Hadi meneruskan pembentangan.

Ia bertujuan meminda perkataan 'penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebii lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali' dengan perkataan 'penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi RM100,000 atau sebatan 100 kali sebagai mana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah syariah.

RUU 355: Khalid Samad dan Hanifa mengamuk serta memekik Pandikar 'takut' dan digelar Ayam

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan berang dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menggunakan kuasanya menangguhkan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) mempersoalkan tindakan Pandikar yang disifatkan tidak adil kerana hanya membenarkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengemukakan hujah.
"Beri kami peluang berbahas, Dewan Rakyat apa ini? Hari ini adalah hari PAS dan Umno saja. (Pandikar) tidak berani beri kita peluang berhujah, Islam ke ni? Islam ke ni? Malu… Islam bukan macam ini," katanya dalam Dewan Rakyat.

Manakala, Rafizi Ramli (PKR-Pandan) turut mempersoalkan tindakan Pandikar yang seharusnya memberi peluang kepada Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan berhujah.

Sewaktu kekecohan berlaku, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) menggelar Pandikar sebagai "ayam".

Kemudiannya, teriakan "takut" dan "tidak berani" disuarakan ahli Parlimen pembangkang lain.

Ketika itu, hanya Takiyuddin dibenarkan berbahas tanpa sebarang sekatan oleh Pandikar kira-kira satu jam setengah.

Sebelum itu, selepas mendengar hujah Takiyuddin, Pandikar menyatakan rasa teruja dan mengakui beliau kini memahami makna Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

"Selepas saya dengar hujah Marang (Hadi) dan hujah sokongan dari Kota Bharu (Takiyuddin), saya benar-benar jelas mengenai RUU 355," katanya.

Pandikar kemudiannya berkata tidak mahu menjadi bodoh walaupun mempunyai kuasa sepenuhnya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

"Saya ingin kongsikan kata-kata hikmat dari seorang pemimpin Sabah yang terpahat dalam fikiran iaitu 'when you are in power, you are powerfull, when you don't use the power, you are bloody full, today i don't want to be a bloody fool (apabila anda memiliki kuasa, anda berkuasa, apabila tidak gunakan kuasa, anda seorang yang bodoh, hari ini saya tidak mahu menjadi bodoh)," katanya.

Sesi perbahasan akan datang dijadualkan pada 24 Julai dan berakhir pada 10 Ogos tahun ini.

Tengah hari tadi, Hadi akhirnya diberikan peluang menghuraikan RUU 355.

Sewaktu huraian, Hadi menegaskan akta berkenaan hanya dikhususkan kepada umat Islam negara ini dan memberi jaminan tidak melibatkan orang bukan Islam.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com