Tuesday, April 18, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4720

12 Messages

Digest #4720
3
10
Fw: efek pandang yg haram by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
11

Messages

Tue Apr 18, 2017 8:04 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Kecoh sesi pendengaran awam: SPR meneruskan aksi macam 'anjing Umno BN'?
bloglist-malaysia.blogspot
cenangau.blogspot
Antara kawasan yang terlibat dengan bantahan ini adalah; Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong (Parlimen Tanjung Karang); DUN Sri Serdang (Puchong); DUN Batang Kali (Hulu Selangor); Parlimen Selayang; dan DUN Dusun Tua (Hulu Langat) dan Parlimen Kuala Selangor. "Semua kawasan ini adalah kawasan yang ditandingi UMNO-Barisan Nasional (dalam pilihan raya umum yang lalu)," ujarnya.

Roketkini melaporkan:

Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini hari ini kecoh ekoran tindakan pegawai SPR membenarkan sesi pendengaran awam melibatkan nama pengundi yang dibantah (orang kena bantah) dijalankan tanpa kehadiran pihak pembantah.

Kekecohan berlaku selepas Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming yang hadir memantau sesi pendengaran awam itu mempersoalkan tindakan SPR berkenaan yang menurutnya tidak mematuhi Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih).

Menurut Kian Ming, sesi pendengaran awam tidak boleh dijalankan jika pihak pembantah – yang dipercayai didalangi UMNO – tidak dipanggil bersama-sama orang kena bantah (OKB) ke dalam bilik siasatan SPR. -
Roketkni.
Juga dilaporkan:

Pegawai itu bagaimanapun menyatakan bahawa dia tidak tahu Bahasa Inggeris apabila ditunjukkan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) yang dicetak Kian Ming daripada laman web rasmi SPR.

"Salinan peraturan yang saya cetak itu daripada laman rasmi SPR, dalam bahasa Inggeris, kerana itu sahaja yang ada di laman web tersebut, jadi saya gunakan peraturan tersebut, bagaimanapun dia (pegawai SPR) kata dia tak faham bahasa Inggeris," katanya. - Ibid.
Tak habih-habis la SPR ni beraksi macam 'anjing Umno'. Sepatutnya SPR memudahkan pendaftaran pengundi baru bukannya menyusahkan. lepas tu pulak dok canang meraka kata berjuta rakyat Malaysia belum mendaftar sebagai pengundi.

SPR sepatutnya 'menekan' pembantah bukannya menekan 'bakal pengundi'. SPR sepatutnya memastikan pembantah memberikan alasan munasabah bersama bukti kukuh kenapa nama-nama tersebut dibantah dan berhujjah dihadapan 'bakal pengundi' tersebut pada sesi pendengaran awam tersebut.

Sangat-sangat tidak adil kalau 'bakal pengundi' yang dibantah tu dinafikan hak untuk mengundi semata-mata tidak hadir sesi pendengaran awam tersebut padahal dalam masa yang sama pembantah juga tidak hadir.

Aksi ala 'anjing Umno' ni takdak lain tujuannya melainkan untuk menafikan hak pengundi bakal pengundi cina yang berbangsa cina dibantah tu supaya tidak boleh mengundi dalam PRU akan datang untuk pastikan peluang calon Umno lebih cerah untuk menang.

Roketkini juga melaporkan:

Sementara itu, seorang OKB yang dikenali sebagai Tan Wei Hong, 21, dari Tanjong Karang menyifatkan sesi pendengaran itu sebagai tidak adil kerana pihak yang membantah tidak turut serta dalam sesi berkenaan.

"Pihak pembantah iaitu Mohd Yusop Omar tidak hadir dalam sesi pendengaran hari ini. Ia sangat tidak adil dan melanggar peraturan," kata Wei Hong yang juga penuntut di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Bantahan tanpa asas

Bapa kepada Wei Hong yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, beliau tidak berpuas hati dengan tindakan pihak pembantah yang menurutnya membuat bantahan tanpa mempunyai asas yang kukuh.

"Saya sebenarnya berkerja hari ini, dan anak saya sedang belajar, perkara-perkara begini amat menyusahkan," katanya.

Mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih), pihak pembantah diarahkan membayar pampasan tidak lebih RM200 kepada OKB jika pihak SPR mendapati bantahan itu dibuat tanpa sebab yang kukuh.

Rata-rata OKB yang ditemui pemberita menerima RM100 sebagai pampasan ganti rugi masa dan kesulitan yang dihadapi mereka.

Menurut Kian Ming, sebarang bantahan sepatutnya dilakukan dengan siasatan terperinci dan bukannya secara semberono kerana ia akan menyusahkan OKB untuk hadir ke sesi pendengaran tersebut.

Beliau turut menganggarkan kurang 50 peratus OKB hadir ke sesi pendengaran berkenaan.

"Secara anggaran, terdapat enam kerusi Parlimen yang terlibat dengan bantahan ini, dengan anggaran 100 orang bagi setiap kerusi Parlimen, mungkin dalam 600 orang dibantah, namun saya rasa hanya separuh daripada mereka hadir," ujarnya.

Antara kawasan yang terlibat dengan bantahan ini adalah; Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong (Parlimen Tanjung Karang); DUN Sri Serdang (Puchong); DUN Batang Kali (Hulu Selangor); Parlimen Selayang; dan DUN Dusun Tua (Hulu Langat) dan Parlimen Kuala Selangor.

"Semua kawasan ini adalah kawasan yang ditandingi UMNO-Barisan Nasional (dalam pilihan raya umum yang lalu)," ujarnya. - Ibid.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 18, 2017 8:05 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Terkejut lihat 14 biji telur ular bawah simen rumah

sinarharian.com
Mohamad Hafizi Mohd Said

Telur ular yang dijumpai di bawah simen rumah Siti Halimah. - APM Bagan Datuk
BAGAN DATUK - Seorang warga emas tidak menyangka kelibat ular keluar masuk di rumahnya sejak semalam merupakan petanda bahawa reptilia itu bertelur di kediamannya.

Siti Halimah Karimun, 82, dari Kampung Sungai Balai Darat pada mulanya menyangka ular itu tersesat memasuki rumahnya dan keluar semula semalam.

Menurut anak Siti Halimah, Mohd Salihin Asmawi, 52, dia menerima pangilan telefon daripada ibunya memberitahu melihat kelibat ular memasuki rumah orang tuanya itu semalam.

Anggota APM Bagan Datuk sedang berusaha mengesan ular berkenaan.
"Tetapi emak beritahu dia nampak kelibat ular berkenaan keluar rumah selepas itu, tetapi dia sekali lagi menelefon malam ini memaklumkan terlihat ular itu masuk semula ke dalam rumah senja tadi.

"Saya kemudiannya menelefon Angkatan Pertahana Awam Malaysia (APM) Bagan Datuk bagi memaklumkan kejadian sebelum mereka tiba di rumah emak saya sebentar tadi," katanya kepada Sinar Harian.

Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan anggota APM dan aduan Siti Halimah bahawa terdapat satu lubang kecil di dalam rumah mereka membawa kepada penemuan 14 biji telur ular.

"Selepas melihat ada lubang, anggota APM memecahkan lantai simen rumah emak dan alangkah terkejutnya kami melihat selonggok telur ular di bawah lantai berkenaan.

"Walau bagaimanapun ular tersebut tidak berada di telur berkenaan dan kami percaya ia sudah masuk ke dalam tanah kerana lubang berkenaan terlalu dalam," katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Bagan Datuk, Leftenan Mohd Zaidi Ahmad berkata, sehingga jam 11 malam ini, anggota APM masih lagi berusaha mengesan ular berkenaan.

"Kami ada mendengar bunyi ular berkenaan di dalam lubang sarang ia bertelur tetapi lubang tersebut terlalu dalam dan usaha mencari ular tersebut masih lagi dijalankan," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 18, 2017 8:06 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Pelantikan Hishammuddin bukan tujuan peralihan kuasa

sinarharian.com
Wartawan Sinar Harian

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
SHAH ALAM - Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri bukannya bertujuan untuk peralihan kuasa namun bagi memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kekal berkuasa.

Presiden Parti Bebas Rasuah (PBR), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, penasihat-penasihat perdana menteri hanya berada di luar kerangka pejabat dan tidak pernah mengangkat sumpah jawatan.

"Oleh itu, mereka tidak pernah rasa bertanggungjawab kepada negara.

"Ini juga satu daripada jenayah kerana memberikan kuasa dan akses hal negara kepada orang yang tidak mengangkat sumpah jawatan," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, perdana menteri mengumumkan mengenai pelantikan Hishammuddin tersebut dan beliau masih mengekalkan jawatan sebagai Menteri Pertahanan.
Ezam berkata, matlamat utama pihak terbabit adalah bagi memastikan Najib terus berkuasa.

"Inilah juga sebabnya Najib masih mahu terus kekal berkuasa walaupun negara semakin mendekati jurang kehancuran.

"Beliau dikelilingi manusia-manusia yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab kepada negara," katanya.

Ezam berkata, rakan-rakan seperjuangan tidak seharusnya terpengaruh dan terperangkap dengan tindakan tersebut dan kembali fokus kepada perjuangan membebaskan negara daripada belenggu rasuah.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 18, 2017 8:06 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Guru Bantu Pelajar SPM 'Menginap' Di Pusat Snuker Terima Anugerah

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

JOHOR BAHRU: Seorang guru disiplin dari SMK Seri Kota Puteri menerima anugerah khas dari Jabatan Pendidikan negeri Johor di atas keprihatinannya mengubah hidup seorang pelajar berusia 18 tahun yang pernah 'menginap' di pusat snuker.
Suraya Abdul Rahim, 38, menerima anugerah berkenaan atas usahanya membantu Farah Marcella Bandi yang beberapa kali digantung sekolah, sehingga berjaya mendapat keputusan 6A, 1B+ dan 1C+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas.

Farah sering ponteng kelas dan tidak hadir peperiksaan sejak masuk ke sekolah itu ketika Tingkatan 3.

Apabila Farah tidak muncul pada peperiksaan percubaan SPM, Suraya memutuskan untuk pergi ke rumahnya.

"Ketika itulah saya mendapati dia tinggal di sebuah bilik kecil yang disewa bersama ibu dan lima adik-beradik.

"Sebelum ini, mereka 'berteduh' dan tidur di bawah kaunter juruwang di pusat snuker tempat ibunya bekerja," kata Suraya ketika ditemui selepas majlis anugerah itu di sini, Isnin.

Walaupun mendapat bantahan daripada rakan sejawat dan kawan yang lain, Suraya tetap membawa Farah ke rumahnya bagi memberikan persekitaran yang lebih kondusif sebagai persediaan untuk pelajar berkenaan mengambil SPM.

Beliau melakukan demikian kerana melihat potensi yang ada pada Farah.

Dalam tempoh dua bulan, Suraya memantau aktiviti Farah, memastikan beliau pergi ke sekolah, menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran.

"Alhamdulillah semua usahanya membuahkan hasil. Apabila mendapat keputusan peperiksaan, kami saling berpelukan dan menangis kegembiraan.

"Saya gembira kerana saya tidak pernah berputus asa dengan dirinya," katanya.

"Sayang sekali jika dirinya dibiarkan kerana walaupun berdepan banyak kesusahan, dia sangat bijak, sopan dan tidak pernah bercakap buruk mengenai ibunya," kata Suraya, yang turut mengambil Farah sebagai anak angkatnya.

Suraya telah mengajar selama 13 tahun dan mempunyai empat anak sendiri, kesemuanya perempuan.

Beliau sering menasihatkan anak-anaknya supaya mencontohi Farah, yang telah membuktikan segalanya mampu dicapai dengan usaha dan pemikiran yang betul.

Farah, yang kini masih tinggal dengannya telah menerima tawaran biasiswa penuh daripada Kementerian Pendidikan dan beberapa universiti swasta dan kini sedang membuat pertimbangan.

Ketika nasib Farah mula diketengahkan dan kisahnya menjadi tular, beliau menerima banyak perhatian.

Beliau mula bekerja pada usia 14 tahun untuk membantu keluarganya, selepas ditinggalkan bapanya beberapa tahun yang lalu.

Apabila Farah berada di Tingkatan 2, beliau membantu rakannya berniaga di pasar malam di sini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 18, 2017 8:06 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Tribunal Tuntutan Penguna berkaitan kereta
firestartingautomobil.blogspot
Posted by Afzainizam

Terima kasih terhadap rakan saya Saudara hilbert yang telah menghantar pandangannya menerusi ruangan komen ... Maaf agak lambat sikit saya balas ..

BERAPA ramai orang mengetahui saluran untuk membuat aduan dan tindakan yang harus diambil jika menghadapi masalah hak diri sendiri dan kepenggunaan?Kekurangan pengetahuan mengenai hak terbabit menyebabkan mereka tidak mengambil berat mengenainya. Bagaimanapun, kecenderungan beberapa pihak mengambil tindakan mahkamah mencerminkan masyarakat kita semakin peka dengan hak masing-masing, terutama membabitkan ketidakadilan terhadap mereka. Semua pengguna di Malaysia dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999

Tribunal Tuntutan Pengguna menyediakan saluran kepada pengguna untuk membuat tuntutan ganti rugi ketika berurusan dengan pembekal atau peniaga.Ia menyediakan perkhidmatan lebih mudah, murah dan cepat jika dibandingkan dengan mahkamah biasa.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Salurkan Aduan ke Tribunal Tuntutan Pengguna
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Apapun, sebagai pengguna kita harus sedar hak dan tanggungjawab kita. Bunyinya mudah, tetapi ramai yang terus tertipu kerana cetek ilmu pengguna dan tidak tahu di mana untuk salurkan aduan. Insya-Allah ruangan ini akan membincangkan isu kepenggunaan bagi kebaikan masyarakat pengguna berkaitan dengan kereta...Contoh-contoh seperti dibawah ini.

1) Contoh : kegagalan kerja-kerja Pembaikan Kereta
Ramai tidak menyedari bahawa undang-undang sedia ada mensyaratkan sebarang kerja-kerja pembaikan kenderaan hanya boleh dilakukan setelah pelanggan bersetuju dengan anggaran kos pembaikan. perkara itu termaktub dalam Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) 2002 tetapi apa yang berlaku sekarang banyak bengkel melakukan kerja-kerja pembaikan dahulu dan memaklumkan kosnya kemudian, menyebabkan pengguna tiada pilihan selain membayar jumlah itu kerana mahukan kereta mereka dikeluarkan dari bengkel tersebut.Ada juga bengkel gagal melakukan kerja-kerja pembaikan dengan sempurna walau pun telah beberapa kali di hantar semula untuk di baiki tetapi masalah tetap tidak selesai disebabkan alat ganti yang digunakan bukan alat ganti tulen .Malahan bengkel tersebut tidak maklumkan tentang anggaran kos kepada pemilik kereta kemudian memaksa membayar jumlah harga yang tidak munasabah untuk kerja-kerja membaiki kerosakan itu yang disiapkan hanya selepas sebulan. Pemilik kereta merasa seolah-olah mereka tertipu dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Lalu pemilik membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna dalam keputusan tersebut bengkel tersebut telah diarahkan membayar balik kos yang ditanggung pemilik atau membaiki apa sahaja kerosakan kereta secara percuma sehingga pemilik kereta berpuas hati .
_______________________________

2) Contoh : Urusan Deposit Jual Beli Kereta
Seorang pembeli kereta telah membatalkan tempahan kereta baru setelah ia gagal mendapatkan pinjaman bank, atau tidak memberikan kereta warna yang ditetapkan dalam tempahannya, atau gagal untuk menetapkan tarikh penghantaran, dan tidak memberikan kembali wang deposit walaupun telah berjanji untuk melakukannya atau ada "terma tidak adil" dalam kontrak pembelian kereta . Apabila di rujuk kepada Tribunal tuntutan pengguna Tribuanl Tuntutan Pengguna telah memerintahkan penjual kereta mengembalikan deposit tempahan kepada pembeli yang membatalkan tempahan mereka.
_______________________________

3) Contoh :Terpedaya Dengan Iklan Tawaran Kereta
seorang pembeli kereta terpedaya Promosi sempena perayaan atau iklan yang tawarkan sebuah syarikat pengeluar kereta dengan memberikan servis jaminan percuma sekali gus memperdayakan pembeli yang tidak mengetahui syarat yang tersembunyi dalam iklan masing-masing. Namun jaminan itu hanya tertakluk / terhad terhadap pakej harga yang ditetapkan bagi sebuah kenderaan.
_______________________________

4) Contoh :Tertipu Dengan Wakil Jualan Kereta
a) Seorang Pembeli kereta terpakai setelah langsai membayar pinjaman keretanya secara ansuran bulanan gagal menerima geran keretanya. Setelah bersemuka dengan pihak penjual kereta alasan yang diberikan pada mangsa adalah kegagalan menukar nama milik asal kepada namanya.. Dia meminta menukar nama disebabkan tidak tahan untuk membayar saman trafik pemilik asal kereta tersebut. Setelah membawanya ke TTPM, kes ini dapat diselesaikan setelah arahan kepada penjual kereta memulangkan wang yang dibayar untuk membeli kereta tersebut.

b) Seorang pembeli kereta baru rasa tertipu semasa beli kereta.. contohnya beliau membeli kereta dengan wakil penjualan pada bulan ni..tapi diberi kereta buatan tahun 2002 tanpa dimaklumkan dahulu dan juga dengan harga jualan biasa...hanya selepas pendaftaran ngan JPJ baru beliau tahu.. Kemudian beliau telah merujuk Wakil jualan dia yang sah.. Jawapan yang didapati "kereta yang dah siap banyak ....Jadi tak heran ler tahun buat tuh dah lama ....Tapi kereta tuh still kereta baru lagi.......Bukan kereta second..." Di sini pembeli kereta terpedaya tentang pembelian tersebut kerana kereta tersebut mengalami peratus susutnilai kereta setahun untuk tempoh harga kereta tahun lepas tapi dijual tahun ni bagi kereta baru... rugi sikit la...kalau nak jual balik .. Kes sebegini boleh kalau nak buat tuntutan kat tribunal tuntuntan pengguna.. boleh buat tuntutan..cuma jumlahnya saya tak tahu berapa?
_______________________________

5) Contoh :Caj Perkhidmatan Melampau

Seorang Pembeli kereta terpakai telah dikenakan caj perkhidmatan RM 100 untuk menguruskan permohonan pinjaman kereta terhadap pinjaman di sebuah bank..dan ada juga yang mengenakan bayaran sehingga RM300 untuk menguruskan pinjaman dari bank untuk pembelian kereta dengan alasan mencuba beberapa bank selepas pinjaman tidak diluluskan," Apa bila di buat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) didapati tindakan sebuah syarikat jualan kereta terpakai mengenakan caj perkhidmatan sebanyak RM100 untuk menguruskan permohonan pinjaman kereta sebagai tidak wajar. Sekiranya caj RM100 dikenakan kepada pelanggan untuk sebuah bank ia memang tidak wajar, tetapi jika ia meliputi perkhidmatan untuk permohonan di beberapa buah bank ia memang wajar.
_______________________________

6) Contoh :Mutu Perkhidmatan Teruk di Pusat Servis
Seorang Pembeli kereta baru telah membuat aduan TTPM tentang masalah kereta barunya sejak minggu pertama dibeli sehingga sekarang . Sepanjang sembilan bulan memiliki kereta tersebut , masa banyak dihabiskan di dalam bengkel berbanding kereta tersebut di atas jalan raya kerana banyak masalah dan kerosakan yang berlaku walaupun sudah acap kali keluar masuk bengkel. Malah pemilik kereta tersebut mendapati berlaku beberapa kerosakan pada bahagian kereta akibat kecuaian kakitangan seperti bumper belakang pecah dan perkara itu diakui sendiri penyelia pusat servis terbabit . beliau sudah membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kerana tidak berpuas hati dengan kualiti kereta itu serta mutu perkidmatan kakitangan di pusat servis dan berharap mendapat pembelaan sewajarnya
_______________________________

7) Contoh :Kecuaian Perkhidmatan yang diberikan
Seorang guru kecewa apabila kereta yang baru dibelinya dua bulan lalu. Saya tidak berpuas hati terhadap apa yang berlaku berikutan kereta itu baru sahaja dibelinya dan kerosakan mekanikal berkenaan tidak logik berlaku. Mekanik pusat penyelenggaraan itu mendakwa kerosakan pada bahagian radiator kereta berpunca dari kecuaian pihak mangsa. Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu berikutan tidak pernah membuka bahagian enjin kereta sejak ia dibeli dan diambil dari syarikat pengedar. Mangsa yang tidak berpuas hati kemudian membuat aduan di TTPM. Bagaimanapun, perbicaraan kali kedua itu menemui jalan penyelesaian apabila pihak syarikat pengedar kereta terbabit sanggup memberi ganti rugi dalam bentuk perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma dan diskaun bagi pembelian alat ganti kenderaan.
_______________________________

8) Contoh :Tertipu dengan Warranty Produk
Seorang pemilik kereta terpedaya apabila memasang Tinted Film pada cermin kereta. Menurut pihak pemasangan Tinted Film mempunyai ketahanan terhadap kepanasan (heat) dan hentaman (hits) dan diberi warranty 10 tahun sekiranya produk mereka tidak menjamin ketahanan terhadap kedua-dua perkara di atas. Tetapi baru-baru ini, cermin kereta pemilik telah pecah akibat kegiatan kecurian. Apabila berjumpa pihak tinted film tersebut bagi menuntut pemasangan tinted film mereka secara percuma setelah produk mereka tidak terjamin dapat menahan hentaman (hits), mereka mula berdalih dan menyatakan bahawa kes tersebut ini tidak termaktub di dalam warranty mereka. Apabila di rujuk kepada Tribunal tuntutan pengguna Tribuanl Tuntutan Pengguna telah memerintahkan membayar balik kos pemasangan tinted film tersebut
_______________________________

9) Contoh :Harga / Kos Pembaikan Kereta tidak munasabah
Seorang pemilik kereta yang dihantar dalam keadaan yang sempurna untuk tujuan perkhidmatan penyelenggaraan (servis) dan membaik pulih kerosakan enjin dan mengenakan charge harga / kos yang tidak munasabah. Pada mulanya kereta dihantar ke bengkel masih boleh hidup namun setelah dihantar ke pusat servis tersebut langsung tidak boleh bergerak hingga perlu top overhaul, pemilik mengesan ada sesuatu yang tidak kena.oleh kerana itu pemilik kereta tidak puas hati dan membawa kereta nya keluar dari pusat servis tersebut dan menghantar ke pusat servis lain..Pemilik kereta mengambil keputusan membawa kes tersebut ke TTPM bagi mendapatkan keadilan kerana merasakan pihaknya teraniaya.Tuntutan yang dibuat meliputi tuntutan kos pembaikan dan ganti rugi kesusahan dan teladan.
_______________________________

10) Contoh :Kerosakan Peralatan kenderaan
Seorang Pemilik kereta telah menghantar kereta untuk dicuci termasuklah mencuci enjin, enjin kereta mati selepas beberapa KM perjalanan, dan lampu kereta tak dapat dinyalakan kerana air masuk kedalam wayar. Tetapi kerosakan pada bahagian kereta mestilah diperakui oleh mereka yang pakar dalam bidang ini dan kemungkinan jumlah tuntutan yang dibenarkan . akibat tak puas hati, masuklah tribunal pengguna, . Cuma rasanya jumlah tuntutan tu tak banyak..
_______________________________
11) Contoh :Insurance kemalangan kenderaan
Seorang penguna kereta telah terlibat kemalangan dan menghantar kereta ke sebuah bengkel panel insuran, untuk dibaiki. Malah, tempok baik pulih memakan masa berbulan-bulan lamanya. beliau kembali ke bengkel berkenaan dan terkejut apabila mendapati harga dikenakan tidak sepadan kualiti alat ganti yang dipasang.Ada barang baru, ada yang lama dan alat tidak sepadan dengan nilai RM11,000 yang diminta, sedangkan ia selayaknya antara RM300 atau RM400.seolah-olah tipu oleh pihak insurance (adjuster) dan juga pihak bengkel .Malahan pihak bengkel panel meminta pula membayar deposit diambil sebagai jumlah yang tidak dicover sepenuhnya oleh pihak insurance.bagi membolehkan kereta tersebut dikeluarkan dari bengkel. Perkara ini boleh dirujuk pada Tribunal Tuntutan pengguna untuk disiasat
_______________________________
12) Contoh : Penukaran Alat Ganti/ Part kenderaan
Kes Penipuan terhadap produk/ Part tiruan di kedai servis kereta dan tayar. Benda sikit caj melampau yang tak perlu ditukar habis kena tukar daripada servis puluhan ringgit melarat hingga ratusan ringgit termasuklah penukaran part-part tidak bersangkut paut dengan masalah kereta tersebut, allignment dan balancing' dan mungkin terus kena ketuk bak kata tauke kedai, "Ini mesti tukar, itu mesti tukar…ini banyak bahaya nanti accident lo…Tukar ini barang gerenti baik punya" Selang beberapa hari semua barang yang di tukar berbunyi.. Bila datang balik kedai tersebut , tauke kedai bagi pelbagai alasan di berikan menyalahkan pengguna.. Perkara ini juga boleh di bawa ke Tribunal Tuntutan pengguna jika merasa tertipu .
_______________________________

Cara Membuat Tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna

a)Boleh buat pemfailan tuntutan hanyalah sebanyak RM 5.00 sahaja.
b)Pihak TTPM akan menghantar anda Borang 1. Secepat mungkin, anda hubungi pihak yang menuntut itu untuk berbincang mengenai sebarang pertikaian atau menyelesaikannya ( kira macam settle luar la heheheheh)
c)Sekiranya penyelesaian menemui jalan buntu, secepat mungkin anda memfailkan Borang 2 di mana-mana cawangan tribunal. Borang 2 ini adalah pernyataan pembelaan dari pihak anda dan sesalinan harus diberi kepada yang menuntut.
d)Semasa pengguna mengemukakan pemfailan di TTPM, dalam masa 14 hari pengguna akan mengetahui tarikh bila pendengaran untuk kesnya akan didengar. Pada masa itulah, urusan settle luar akan dilakukan dan jika berjaya, Notis Henti akan dilakukan dan kedua-dua pihak tidak perlu hadiri pendengaran.
e)Jika tidak berjaya, kedua-dua pihak perlu mengemukakan bahan bukti semasa pendengaran seperti resit dan sebagainya. Sessi pendengaran tidak berlangsung lama. Sekitar 10 - 15 minit sahaja. Pihak Presiden TTPM akan membuat keputusan dalam tempoh itu.
_______________________________

Kemukakan Bukti Kukuh kepada TTPM
Para pengguna yang ingin mengemukakan tuntutan di TTPM supaya menyediakan semua dokumen yang lengkap dan bukti yang mencukupi untuk mengukuhkan tuntutan mereka.

nasihat saya untuk semua:
1) Jangan sesekali sign borang kosong.
2) kalau nak buat perjanjian, pastikan isi kandungan dan butir-butir semuanya lengkap (harga, tempoh bayar,masa/ tarikh perjanjian, orang yang terlibat, patuhi syarat kontrak dan sebagainya). boleh cari saksi 2 orang (yg dipercayai sebagai saksi)
3) Simpan segala bukti bertulis, simpan resit serta statement pembelian atau deposit, Jika buat pembayaran transaksi bank simpan butiran tersebut, Simpan kad warranty, jika ada buat report polis sertakan sekali dan sebagainya

Tuntutan yang ditolak dan Luar bidang kuasa TTPM

Setiap kes itu diselesaikan melalui tiga cara iaitu pendengaran di mahkamah TTPM, perundingan antara pihak yang menuntut dan penentang dan tuntutan ditarik balik oleh pihak yang menuntut.Pihak yang menuntut atau para pengguna yang memfailkan tuntutan terhadap sesebuah pihak tidak semestinya berjaya mendapat tuntutan yang mereka tuntut kerana presiden TTPM akan melihat secara teliti tuntutan-tuntutan itu ketika pendengaran kes.Tidak semestinya apa yang para pengguna tuntut itu mereka akan dapat… kadang-kadang tuntutan pihak yang menuntut terpaksa ditolak kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh atau di luar bidang kuasa TTPM.
_______________________________
Bagi yang ingkar perintah TTPM
Tribunal akan mengeluarkan award (arahan) kepada penentang supaya menjelaskan tuntutan pengguna dalam tempoh 14 hari daripada tarikh award itu diterima.

Kegagalan penentang mematuhi award tersebut dianggap sebagai kesalahan jenayah di bawah Seksyen 117 Akta Perlindungan Pengguna APP 1999 seperti berikut:
a) Seksyen 117 (1) APP 1999 - Kesalah pertama - denda tidak melebihi RM5000 atau PENJARA selama tidak lebih daripada 2 tahun atau kedua-duanya
b) Seksyen 117 (2) APP 1999 - Kesalahan yang berterusan - penalti seperti seksyen 117(1) dan tambahan denda tidak melebihi RM 1000 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Diharapkan ianya dapat memberi kesedaran agar lebih berhati-hati apabila hendak mengeluarkan wang supaya tidak terpedaya dengan ayat-ayat manis peniaga.

"Apa yang penting jadilah pengguna yang bijak dan tahu apa yang harus kita lakukan apabila tertipu. ia berkaitan dengan kejujuran.Bilamana kejujuran dan sikap amanah diasingkan daripada kehidupan, maka berleluasalah penipuan diatas muka bumi Allah ini.Astaghfirullah, mohon dijauhkan....."

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 18, 2017 8:07 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



'Kalau Hendak Kerja, Awak Kena Buka Tudung...': Remaja Dakwa Didiskriminasi Hotel Bertaraf Lima Bintang Kerana Bertudung
siakapkeli.my

Foto: Utusan Online

KUALA LUMPUR 17 April - Dua remaja berkata mereka didiskriminasi oleh sebuah hotel bertaraf lima bintang disini kerana mereka bertudung.

Mangsa, 22, dan rakannya yang juga berusia 22 tahun berasa kecewa dengan tindakan pengurusan hotel tersebut kerana syarat tidak bertudung tidak dinyatakan sebagai salah satu kriteria dalam iklan bagi jawatan penyambut tetamu yang ditawarkan.

"Sebaik sahaja memasuki bilik temuduga, panel yang merupakan seorang wanita bukan Melayu berkata untuk jawatan yang ditawarkan, calon tidak boleh mengenakan tudung. Dia tanya, jadi, awak hendak teruskan ataupun tidak?

"Kalau hendak kerja, awak kena buka tudung khususnya di hotel seperti ini. Apabila saya cakap tidak mahu buka, panel itu langsung tidak mahu meneruskan proses temuduga berkenaan. Nasib saya turut dialami rakan saya dan beberapa calon Melayu beragama Islam lain yang bertudung," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Tambah mangsa lagi, dia berasa terkejut dan marah dengan layanan yang diterima apatah lagi tindakan itu dilakukan di negara ini.

"Dalam borang permohonan tak ada dinyatakan semua ini tapi bila pergi temuduga semua benda yang diminta tidak diperiksa, lain pula yang jadi.

"Saya rasa kecewa dengan tindakan kurang profesional pihak pengurusan hotel. Bayangkan jika ada calon yang dari jauh datang ke sini untuk temuduga tetapi akhirnya 'dihalau' keluar tidak sampai lima minit pun ditemuduga bagaimana?

"Saya berharap agar penindasan secara halus ini dapat dihentikan dan pihak berwajib mengambil maklum perkara ini. Jika tidak, golongan ini akan terus mengambil kesempatan daripada situasi seperti ini," kata beliau lagi.

Sumber: Utusan Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 18, 2017 8:07 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Datuk Berusia 21 Tahun Jadi Viral di Media Sosial Selepas Video Beliau Turun Jet & Memasuki Rolls Royce Tersebar
siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Kehidupan mewah seorang lelaki 21 tahun yang bergelar Datuk mendapat perhatian dari netizen negara itu selepas posting beliau di media sosial menjadi viral.

Antara posting-posting 'mewah' dari Datuk Muhammad Saiful Muhamad Ali di Facebook dan akaun Instagramnya adalah video sambutan hari lahirnya yang ke 21 tahun yang memaparkan beliau turun dari sebuah jet.

Di dalam video terbabit, Muhammad Saiful dan seorang lelaki yang sedikit berusia, dipercayai bapanya, dilihat menuruni jet terbabit sebelum masuk ke dalam sebuah Rolls Royce kemudian diiringi untuk ke sebuah dewan dimana berlangsungnya persembahan muzikal.

Video terbabit telah ditonton lebih dari 300,000 kali pada petang Isnin.

Berdasarkan satu foto yang dimasukkan ke laman Instagram Saiful juga telah menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang, yang membawa kepada gelaran Datuk pada 2015.

Berdasarkan profil Facebook beliau pula, dia merupakan direktor kepada beberapa bisnes termasuk perniagaan besi buruk, kedai serbaneka, mencuci kereta dan sebuah studio rakaman, antara lain.

Sumber: The Star

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 18, 2017 8:08 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



62,000 Guru Di Selangor Bakal Terima Tablet, Selepas Sarawak dan Kuala Lumpur

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Kira-kira 62,000 guru di sekitar Se­langor akan menerima komputer tablet yang dilengkapi perisian Tutor Guru dan e-paper Utusan Malaysia bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Kumpulan Utusan dalam satu kenyataan memberitahu, sebagai permulaan kira-kira 80 guru di Pulau Ketam dan 2,500 guru di daerah Sabak Bernam menerima tablet mereka mulai hari ini.
"Pemberian tablet itu diteruskan ke Selangor selepas Sarawak dan Kuala Lumpur. Tablet yang menjadi milik peribadi guru itu diberikan kerajaan Persekutuan sebagai tanda penghargaan kepada mereka di atas jasa yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa.

"Dengan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah penting untuk mereka meningkatkan kompetensi selain menjadi pemangkin untuk terus kreatif dan inovatif," katanya.

Jelas kenyataan tersebut, tablet yang dilengkapi perisian Tutor Guru itu mengandungi hampir 16,000 soalan pelbagai aras termasuk yang berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

"Guru boleh mengaplikasikan Tutor Guru untuk mencipta Lembaran Kertas Digital (LKD) yang mengandungi soalan latihan, sumber rangsangan multimedia serta jawapan bagi soalan latihan.

"Kemudahan itu akan memberi ruang kepada guru untuk menggunakan kreativiti mereka bagi meneroka maklumat tambahan dan menggalakkan penglibatan murid di dalam kelas," katanya.

Tambahnya, melalui tablet tersebut guru boleh menjimatkan masa untuk menyediakan kertas soalan dan mereka boleh mempelbagaikan bahan pengajaran dengan lebih interaktif dan meringankan beban tugas guru.

"Pemberian tablet akan diteruskan ke semua daerah di Selangor dan dijangka tamat pada pertengahan Mei ini," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 18, 2017 8:08 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Henti niaga waktu Maghrib budaya Kelantan

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

PERATURAN menggalakkan peniaga pasar malam menghentikan perniagaan seketika ketika azan Maghrib sudah menjadi budaya bagi masyarakat Kelantan.Malah ia sudah lama diterima selaras dengan Kelantan sebagai Serambi Mekah.
Malangnya usaha itu cuba diperlekehkan pemimpin sekular yang cuba mencacatkan dasar Membangun Bersama Islam.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Ashaari Mamat berkata, peraturan menghentikan seketika urus niaga pada waktu Maghrib di pasar malam sudah sebati dengan rakyat Kelantan.

Katanya, peraturan seperti itu sepatutnya disokong kerana ia dapat mendidik rakyat supaya segera menunaikan solat.

Lagi kata beliau solat Maghrib waktunya begitu pendek dan ia perlu disegerakan bagi mengelakkan luput waktu.

"Malangnya ada pemimpin Melayu yang berjiwa sekular tidak menerima peraturan seperti itu. Ini sesuatu yang cukup malang bagi rakyat Malaysia," katanya di Kota Bharu.

Aktivis DAP, Datuk Zaid Ibrahim dilapor mahu memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Kelantan berikutan arahan peniaga pasar malam supaya menghentikan perniagaan sementara ketika solat Maghrib.

"Saya akan memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan minggu ini.

"Arahan supaya peniaga pasar malam menghentikan perniagaan ketika solat Maghrib adalah tidak sah," katanya di laman sosial.

Sebelum itu Adun PAN Salor Datuk Husam Musa juga dilapor turut mempersoalkan langkah kerajaan negeri mengenakan larangan berniaga ke atas peniaga bukan Islam pada waktu Maghrib.

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dalam laman sosialnya menjelaskan peraturan menghenti seketika urusniaga waktu Maghrib di pasar malam sudah lama dilaksanakan.

Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood mengecam tindakan Ahli DAP yang mengugut mahu menyaman kerajaan negeri.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku sebagai seorang beragama Islam. –

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 18, 2017 8:08 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



efek pandang yg haram

bloglist-malaysia.blogspot

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 18, 2017 8:09 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Penyokong Gila !! Ditolak Mati Gara-Gara Menyamar Menyokong
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot.

Seorang penyokong pasukan bola sepak pasukan Belgrano maut selepas terjatuh 17 kaki akibat ditolak oleh penyokong lain yang menyangka mangsa menyamar sebagai penyokong.

Laporan AFP mengatakan Emanuel Balbo, 22 bertengkar dengan seorang penyokong sebelum ditolak dalam kejadian Sabtu lepas berkenaan.

Penyokong terbabit kemudian menjerit dan mendakwa Emanuel adalah penyokong lawan, Talleres.

Tuduhan tersebut menyebabkan beberapa penyokong lain menyerbu Emanuel dan menolak mangsa dari sebuah tembok.

Emanuel yang cedera parah di bahagian kepala kemudian dibawa ke hospital dan meninggal dunia semalam.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Argentina menggesa suspek yang menolak Emanuel dibawa ke muka pengadilan.

Ketua Polis, Jorge Gomez mengatakan dua suspek ditahan pada Ahad dan dua lagi suspek ditahan semalam.

Pendakwaraya, Liliana Sanchez memberitahu kesemua suspek akan didakwa atas tuduhan membunuh.

SH

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 18, 2017 8:09 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



"Bouncer" Disco Tak Pernah Cedera Bila Bergaduh, Tapi Kini Lumpuh Menderita Selepas Ilmu Kebal Makan Diri
siakapkeli.my

Jika dulu disebut namanya Zack Tiger, sudah membuatkan ramai musuh gerun, manakan tidak, dia tidak pernah cedera apabila bergaduh walaupun pernah diserang oleh enam lelaki berparang, lapor Harian Metro.

Namanya begitu gah di kalangan pengawal kelab malam atau bouncer di sekitar Lembah Klang kerana tidak pernah mengalami kecederaan ketika bertugas walaupun beberapa kali diserang.

Kisahnya dia pernah diserang enam lelaki bersenjatakan parang ketika cuba meleraikan satu pergaduhan di sebuah kelab malam di ibu kota, beberapa tetakan telah dilepaskan ke atas tubunya namun tetakan itu tidak sedikit pun berjaya mencederakannya, seperti menetak sebatang besi padu.

Kerana kekuatannya itu menyebabkan dia lebih dikenali sebagai Bouncer Dewa dalam kalangan rakan-rakannya, pendapatannya mampu mencecah RM20,000 sebulan dan pernah ditawarkan menjadi pengawal peribadi kepada seorang lelaki bergelar Datuk.

Menurut beliau dia tidak cedera kerana mengamalkan ilmu kebal yang telah dituntut pada 2003 daripada seorang lelaki Indonesia di mana pantang larangnya adalah tidak boleh membaca al-Quran dan mengambil makanan sunnah.

Namun, zaman kegemilangan itu tidak lama, setiap perjanjian dengan syaitan itu pasti ada keburukan dan pengorbanan yang perlu berlaku, segala ilmu kebalnya itu memakan diri sendiri sehingga mengakibatkan dirinya lumpuh hampir dua tahun dan terpaksa bergantung hidup dengan keluarganya.

Menurut Zack, 43, pada tahun 2014, tiba-tiba seluruh badannya kaku tanpa sebab walau tidak pernah melanggar pantang larang gurunya, yang dipanggil Pak Sastro.

"Saya dibawa untuk dirawat di sebuah hospital swasta dan doktor mengesahkan saya tidak mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi atau kencing manis," katanya.

Lebih memburukkan keadaannya, anaknya yang berusia dua tahun mengidap masalah kelumpuhan otak atau cerebral palsy.

Namun, kuasa Maha Pencipta, berkat rawatan di pusat perubatan Islam sejak Januari tahun lalu, beliau kini pulih sepenuhnya Disember lepas. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: