Tuesday, April 11, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4716[2 Attachments]

8 Messages

Digest #4716

Messages

Tue Apr 11, 2017 7:24 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Seronoknya Tinggal Di Brunei, Semua Murah, Ada Hukum Hudud Orang Tidak Berani Mencuri - Ching Foo

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Tol naik, Harga kereta naik Toyota dan Honda akan naik, tambang LRT naik, tambang bas akan naik, harga makanan yang dijual pun dah naik, harga alat elektronik yang dari luar negara pun turut mengalami kenaikkan yang ketara.
Nampaknya seharian kehidupan kita semakin terbeban dengan kenaikan kos sara hidup selepas pelbagai yang ada di Malaysia nampaknya semakin naik.
Apapun semua ini tidak dapat dielakkan kerana semakin maju dunia, pelbagai kemungkinan perlu kita tempuhi, jadi sesuatu inisiatif perlu dilakukan untuk mengurangkan beban, bak kata menteri, "Kalau nak jimat, tanamlah sayur sendiri, bukan bunga''.
Mereka yang berpendapatan RM3000 sebulan pun terasa dengan semua ini, inikan pula rakyat marhaen yang gajinya RM1000 sebulan, note RM50 dahulu tahun 2000 kita boleh membeli hampir penuh troli, namun note RM50 kini, suku troli pun kadang-kadang dapat.
Jadi, ada atau tidak tempat atau negara yang taraf hidupnya tidak naik mendadak seperti sekarang berlaku di negara kita?
Kami kongsikan satu tulisan di laman Facebook yang dimuatnaik oleh seorang rakyat Malaysia yang mengggunakan nama Ching Foo, beliau berkongsikan pengalamannya ke negara jiran berkenaan.
Berikut adalah tulisannya yang telah di terjemah kepada Bahasa Malaysia:
Saya berada di Brunei untuk perjalanan dan belajar beberapa perkara yang menarik dari tuan rumah. Untuk pengetahuan, anda membayar 0% GST dan cukai!
1. Kos sara hidup yang sangat rendah (minyak murah, elektrik dan lain-lain).
2. Tiada pasaran saham tempatan diniagakan.
3. Boleh bertahan dengan B$1,000 di Brunei. Saya rasa ini macam analogi jika anda kumpul SGD tetapi tinggal di Taiping.
4. Bayaran sewa kediaman yang murah dan harga hartanah yang tidak membebankan rakyatnya.
5. Perbankan antarabangsa seperti HSBC akan keluar dari Brunei tidak lama lagi kerana mereka tidak mampu bersaing dengan bank tempatan yang ditaja oleh sultan yang mana menawarkan kadar faedah yang sangat rendah apabila membuat pinjaman.
6. Bekerja pada jam 10 pagi itu adalah normal. Ya, anda boleh mengatakan produktiviti mereka rendah dan pelahan. Jika prestasi anda lebih sedikit, anak benar-benar boleh mendirikan kehidupan yang baik di sini.(Setahu admin, waktu kerja di Brunei hampir sama dengan Malaysia 7-8 pagi dan balik 4-5 petang.)
7. Kubah masjid di sini dibuat menggunakan emas tulen dan saya sendiri sudah melihatnya.
8. Ramai warga Bangladesh dan amat memahami. Maksud saya, kalaulah saya tahu dari dulu lagi, saya akan memilih untuk bekerja di Brunei berbanding di Malaysia.
9. Orang Sarawak yang biasa bekerja di Brunei, tiada masalah untuk mereka jika ingin menghantar anak belajar di UK.
10. Tak perlu kunci kereta. Kalau nak tinggalkan kunci dalam kereta pun tak mengapa kerana tiada orang yang akan mencurinya. Kenapa? Sebab hukum hudud. Jika didapati bersalah mencuri, jari akan dipotong.
11. Jika anda bujang, jangan memandu dengan penumpang di sebelah juga adalah wanita bujang kerana anda boleh dianggap sebagai berkhalwat. Jika ditangkap, anda akan dipaksa untuk berkahwin dengan wanita terbabit. Dengan cara ini, hukuman bagi zina rejam sampai mati hukum hudud juga!(menurut seorang rakyat Brunei, apa yang disebutkan ini tidaklah sampai ke tahap ini, mungkin Ching Foo salah faham).

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 11, 2017 7:24 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Kes Langgar Lari, Penunggang Motosikal Mengaku Tidak Bersalah Tunggang Melulu Hingga Sebabkan Kematian
siakapkeli.my

Georgetown: Seorang pengunggang motosikal yang dituduh menunggang secara melulu hingga menyebabkan kematian seorang wanita di Jalan Burma minggu lalu mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, lapor Harian Metro.

Pertuduhan telah dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Amin Shahul Hamid di mana berdasarkan pertuduhan, suspek yang bekerja sebagai krew kapal didakwa menunggang motosikal secara melulu hingga menyebabkan kematian pejalan kaki, Foo Swee Wah, 58, di Jalan Burma, jam 10.30, 6 April lalu.

Kerana kesalahan itu dia telah didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun atau maksimum 10 tahun dengan denda minimum RM5,000 atau maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin sebelum itu telah memohon mahkamah menetapkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta menggantung lesen memandunya.

Mohamad Amin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan menggantung lesen memandunya, selain menetapkan 29 Mei ini bagi sebutan semula kes. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:~
To:
Sent: Sunday, April 09, 2017 7:52 AM
Subject: Fw: Wanita Maut Dilanggar Lari Oleh Penunggang Motosikal

Wanita Maut Selepas Dilanggar Lari Oleh Penunggang Motosikal Yang Memecut Laju
siakapkeli.my

Pulau Pinang, 6 Apr - Wanita berusia 58 tahun yang parah selepas dirempuh oleh sebuah motosikal di Jalan Burma hari ini disahkan meinggal dunia, lapor Utusan Online.

Menurut portal itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa, Foo Swee Wah meninggal dunia pada jam 8.45 malam tadi.

Mangsa sebelum ini parah di bahagian kepala dan mengalami patah kaki selepas dilanggar motor tersebut kira-kira 1.20 petang tadi.

Video kemalangan menjadi viral di media sosial dan orang ramai mengecam tindakan lelaki terbabit yang melarikan diri.

Sumber: Utusan Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from ~:eSpAcE9808:~
1 of 1 File(s)

Tue Apr 11, 2017 7:24 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Kerajaan Mesti Lakukan Sesuatu Terhadap ASTRO

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"

Apa yang saya nak ceritakan ini adalah rasa tidak puas hati saya terhadap ASTRO. Saya harap pihak persatuan pengguna dan KPDNKK dapat menyiasat dakwaan saya terhadap ASTRO ini. Bagi saya, ASTRO bersikap khianat kepada pelanggan.

1. Saya pernah mengalami bil terlambat bayar. Bil secara lewat dipos atau dirancang (?) kelewatannya oleh ASTRO sendiri agar dia boleh caj. Saya rasa ASTRO potong perkhidmatan tengah malam. Contohnya dia potong pukul 3.00 pagi dan dia sambung balik pada pukul 3.05 minit. Tujuannya apa? Dia claim caj penyambungan. Ramai pelanggan yang tak sedar caj penyambungan puluhan ringgit ini. Kita pun tak sedar dia potong kerana siangnya kita dapat tonton macam biasa.

2. Kalau kita nak daftar dan buat pembayaran bil cukup mudah. Di mana-mana sahaja kita boleh lakukan. Tetapi apabila kita nak buat pemberhentian langganan amat susah. Mereka akan arahkan kita telefon sendiri kepada ASTRO. Di sini sekali lagi kita sakit hati. Nak dapat bercakap tekan macam-macam nombor. Last sekali, "pegawai kami sedang sibuk/ sila tunggu sebentar sambil dengar music kami". Akhirnya terpaksa pakai lagi ASTRO. Soalannya, kenapa ASTRO tak sediakan borang permohonan untuk pelanggan berhenti melanggan di setiap kios, kedai atau pejabat cawangan ASTRO? Bila permohonan kena dibuat melalui panggilan telefon, maka tiada salinan surat permohon yang boleh dijadikan bukti oleh pelanggan.

3. Bila buat permohonan berhenti perkhidmatan pula, diarahkan tunggu pula dalam tempoh sebulan hingga tamat langganan bulan terakhir. Jadi untuk tempoh menunggu itu, dikenakan pula caj. Yang peliknya bil akhir saya selepas ASTRO memotong perkhidmatan ialah RM322.00. Oleh kerana tempoh notis sebulan itu, bil bertambah menjadi RM387.00. Sekali lagi pelik berlaku. Dalam bil saya ada 'reconnect' pula lalu bil akhirnya bila bertambah lagi. Apakah ini semua penipuan terancang oleh pihak ASTRO?

4. Kontrak langganan untuk kedai makan selama 2 tahun adalah tidak wajar. Ini kerana bagaimana jika perniagaan ditutup selepas setahun. Kedai tidak disewa lagi. Bil ASTRO kena bayar bulan-bulan. Kalau nak berhenti, kena bayar baki bulan-bulan hingga cukup 2 tahun.

Sakitnya hati bila kita diugutnya dengan surat dari pejabat peguam. Akhirnya, saya ambil keputusan jumpa ASTRO di mahkamah je. ASTRO jawablah dan beri penjelasan di mahkamah nanti. Dengan saya dia boleh kelentong. Biar dia kelentong dalam mahkamah. Harap hakim menyebelahi saya. Kalau kena bayar pun puas hati. Kes ini kalau dibawa ke mahkamah boleh jadi rujukan untuk semua. Boleh juga pembaca kongsi cerita mainan ASTRO di sini.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: gigipalsu
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 11, 2017 7:25 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Peragut Paling Teruk: Lelaki Ragut Telefon Wanita Dan Terus Berlari ke Dalam Kawasan Balai Polis
siakapkeli.my

Selepas berjaya meragut telefon bimbit seorang wanita dengan jayanya, seorang peragut di Shenzhen dengan pantas cuba menyelamatkan diri - tapi malangnya dia tersalah pagar apabila masuk terus ke dalam balai polis.

Rakaman CCTV kejadian yang berlaku pada 31 Mac itu merakamkan bagaimana peragut itu secara senyap mengambil telefon itu dari tangan wanita terbabit sebelum pantas berlari ke seberang jalan. Mangsa yang cuba mengejar terjatuh di tengah-tengah jalan.

Lelaki itu, dengan muka yakin berlari memasuki satu pagar dan mungkin berfikir dia sudah terselamat memandangkan mangsa sudah jatuh. Tapi, semuanya menjadi tunggang terbalik apabila dia baru sedar yang dia sudah memasuki balai polis.

Dengan pantas wanita terbabit pergi ke dalam balai itu dan meminta pertolongan pegawai yang menjaga pintu pagar.

Lelaki itu kemudian ditahan dan tak sampai 10 saat, dia mengaku jenayah yang dilakukannya.

Polis berkata peragut terbabit tidak mengenali kawasan itu dengan baik.

Sumber: shanghaiist.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from ~:eSpAcE9808:~
1 of 1 File(s)

Tue Apr 11, 2017 7:27 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



CHEESE TART
































































"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 11, 2017 7:27 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



UMNO/BN, mana janjimu nak hapuskan interest PTPTN?

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"

Hari ini 11 April, genap 5 tahun selepas persidangan Meja Bulat Mahasiswa Nasional yang dianjurkan pemuda UMNO. Persidangan ini bertujuan untuk memberi alternatif yang lebih baik kepada peminjam PTPTN selain pemansuhan PTPTN dan pendidikan percuma.

Hasil daripada persidangan tersebut, sebanyak 11 resolusi telah tercapai. Resolusi tersebut boleh dilihat di http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-11-resolusi-rundingan-meja-bulat-anjuran-pemuda-umno-1.39271

Antara resolusi yang menarik perhatian peminjam PTPTN adalah penghapusan interest PTPTN. Malangnya, selepas PRU13, resolusi ini tidak dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN. Ramai peminjam tertanya tanya, apa yang sudah terjadi? Kenapa selepas sudah menang pilihanraya, janji ini tidak ditunaikan?

Selain penghapusan interest PTPTN, ini adalah resolusi Meja Bulat Mahasiswa Nasional yang masih tidak dilaksanakan lagi.

a) bayaran pinjaman mula dibuat apabila peminjam telah berkhidmat melebihi 6 bulan atau telah mempunyai pendapatan RM3,000 ke atas yang mana terkemudian bagi menjamin tempoh kelegaan peminjam.

d) kaedah menyenarai hitam peminjam yang menyebabkan kebebasan peminjam seperti urusan keluar negara atau membuat lainilain pinjaman hendaklah dimansuhkan.

Rata2 peminjam PTPTN kini, memilih untuk menyokong PTPTN dihapuskan dan mengharapkan pendidikan percuma selepas kerajaan UMNO/BN gagal melaksanakan janji pilihanraya yang telah dibuat.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: mahasiswa_united
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 11, 2017 7:28 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Fakta Pelik Mengenai Minuman Coca Cola

bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di USA, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.
Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Anda juga boleh mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 48 jam. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuangkan sahaja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Mesti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin kerana ianya mahal!
Fakta
Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus dua sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.
Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Itu yang jadinya perkataan Coca Cola tu.
Cuba rendamkan (serpihan gigi-gigi yang patah ke tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak) dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam.
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Terkejut dengan fakta yang menarik ini!
sumber: www.sportmusang.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 11, 2017 7:28 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Detik Lucu Pembaca Berita Terkejut Apabila Baru Sedar Kamera Sudah Berbalik Semula Kepadanya Ketika Bersiaran Langsung
siakapkeli.my

Dibawah ini merupakan detik lucu apabila seorang pembaca berita dari ABC News 24 menggelabah apabila sedar bahawa kamera sudah berbalik semula kepadanya sedangkan dia masih leka bermain pen.

Pembaca berita yang dikenali sebagai Exelby itu kelihatan leka bermain pen apabila kamera sudah dibalikkan semula kepadanya.

Boleh dianggarkan, Exelby mengambil masa 3 saat untuk menyedari kamera sudah menunjukkan mukanya sebelum membuat respon menggelabah.

Namun, dia berjaya mengawal perasaan dan masih berjaya menyambungkan berita ke bahagian sukan.

"Sekarang ke bahagian sukan bersama Meredith Sheehan," kata Excelby sambil kelihatan sedikit menggeletar.

Ini bukan kali pertama Excelby menjadi tumpuan ramai disebabkan benda-benda seumpama ini. Pada 2013, dia pernah dirakam tergelak ketika menyampaikan laporan berita satu tragedi tragis.

Sumber: The New Daily

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: