Monday, April 10, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4715

8 Messages

Digest #4715
1
Fw: Siapa Rafizi? by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
2
Fw: Hilangnya seorang aktivis yang gigih by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
6
Fw: Memandu Ketika Dalam Hujan, by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
7

Messages

Mon Apr 10, 2017 7:28 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Siapa Rafizi? soal setiausaha Hadi

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

SHAH ALAM - "Siapa Rafizi? Melayan kerenah orang yang ada masalah yang kronik dalam mengatur strategi yang sentiasa gagal, adalah satu perbuatan yang amat membuang masa dan anti-logik,".

Demikian ulasan Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendakwa mempunyai bukti dan maklumat mengenai individu rapat dengan Pas yang menerima dana daripada 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, urusan sebegini haruslah diserah kepada pihak berkuasa sahaja.

"Cukup sudah kita mendengar pendustaan yang dicipta untuk tujuan politik Machievelli," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Rafizi berkata, pihaknya ingin menyelitkan mengenai perkara itu ketika perbahasan mengenai usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, namun sesi berkenaan ditangguhkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Aman Mulia.
"Jika tidak, saya ingin bangkitkan perkara ini dalam sesi perbahasan tersebut sekiranya ia tidak ditangguhkan.

"Dan saya inginkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab mengenai perkara ini," katanya.

Pada persidangan Parlimen semalam, Pandikar Amin membuat keputusan penangguhan perbahasan 4 petang dan mendapat bantahan ahli parlimen pembangkang kerana tidak diberi peluang membahaskan usul itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menafikan dakwaan Rafizi terdapat individu yang rapat dengan parti Islam itu menerima dana tersebut.

Dipetik sebuah portal berita, Takiyuddin berkata, Pas tidak ada menerima apa-apa dana daripada mana-mana pihak.

"Saya tak ada maklumat dan tak ada apa-apa pengetahuan langsung (mengenai dana 1MDB)," katanya.

Beberapa perkara untuk difikir bersama

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

SIRI 1

PANASS!!! PENDEDAHAN dan PEMBONGKARAN mengejutkan dari Raja Petra Kamarudin selepas Rafizi Ramli cuba menuduh dan mengaitkan PAS dalam skandal 1MDB!!!

Prinsip PAS jelas, seseorang tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah..kita berharap penama2 (tertuduh) termasuk Husam Musa yg terdapat dlm pertuduhan ini segera tampil bersihkan diri. Sama2 kita tunggu dan lihat.

* Sumber lanjut: http://www.malaysia-today.net/bahri-adalah-sumber-rafizi-berkaitan-tuduhan-pas-terima-dana-1mdb/

SIRI 2

PANASS!!! PENDEDAHAN dan PEMBONGKARAN mengejutkan dari Raja Petra Kamarudin selepas Rafizi Ramli cuba menuduh dan mengaitkan PAS dalam skandal 1MDB!!!

Prinsip PAS jelas, seseorang tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah..kita berharap penama2 (tertuduh) termasuk Husam Musa yg terdapat dlm pertuduhan ini segera tampil bersihkan diri. Sama2 kita tunggu dan lihat.

* Sumber lanjut: http://www.malaysia-today.net/bahri-adalah-sumber-rafizi-berkaitan-tuduhan-pas-terima-dana-1mdb/

SIRI 3

PANASS!!! PENDEDAHAN dan PEMBONGKARAN mengejutkan dari Raja Petra Kamarudin selepas Rafizi Ramli cuba menuduh dan mengaitkan PAS dalam skandal 1MDB!!!

Prinsip PAS jelas, seseorang tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah..kita berharap penama2 (tertuduh) termasuk Husam Musa yg terdapat dlm pertuduhan ini segera tampil bersihkan diri. Sama2 kita tunggu dan lihat.

* Sumber lanjut: http://www.malaysia-today.net/bahri-adalah-sumber-rafizi-berkaitan-tuduhan-pas-terima-dana-1mdb/

Kredit
Ibnu Noor

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 10, 2017 7:28 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Hilangnya seorang aktivis yang gigih

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

PEMERGIAN Allahyarham Azhan Atan pada awal pagi, 10 April 2017 sangat mengejutkan kita semua.

Kehilangan beliau amat menyedihkan seluruh warga Mapim dan sudah pasti juga kepada para ahli gerakan dakwah dan sukarelawan di seluruh negara.

Saudara Azhan Atan yang sangat dikenali dalam dunia dakwah khususnya selepas beliau muncul dalam rancangan realiti Akademi Nasyid TV9, dan menang sebagai juara dalam rancangan ini. Suaranya yang sangat merdu mengalukan nasyid menjadi mesej suara dakwah yang sangat terkesan.

Beliau yang banyak terlibat dalam gerakerja sukarelawan MAPIM dan unit Amal Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat gigih bergerak ke seluruh negara menyantuni masyarakat walapun beliau sendiri adalah seorang yang cacat separuh penglihatan. Kegigihan beliau bertungkus lumus dalam operasi bantuan banjir pantai timur beberapa tahun lalu amat dingingati oleh para sukarelawan dari seluruh negara.

Beliau juga adalah sukarelawan Mapim yang telah mengikuti misi kemanusian ke Gaza Palestin beberapa tahun yang lalu.

Komitmen beliau dalam kerja kerja sukarelawan adalah idola anak-anak muda yang ramai dilatih di bawah bimbingannya.

Semoga kerja kerja amal kebajikannya di ganjari rahmat oleh Allah SWT.

Mudah-mudahan rohnya dirahmati Allah SWT dan mendapat syafaat Nabi SAW.

Takziah kepada kepada isteri,anak anak dan keluarganya.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

AHMAD TARMIZI SULAIMAN
Naib Presiden Mapim

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 10, 2017 7:29 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



MINTA TOLONG BERUBAH LEPAS BACA POST NI...
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 10, 2017 7:30 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Jangan Lihat RUU 355 Ikut Logik Akal – Mufti Pahang

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diingatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan bersandarkan rasional akal semata-mata tanpa merujuk kepada al-Quran dan sunnah khususnya membabitkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, langkah UMNO memberi laluan kepada Pas untuk membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat merupakan lambang penyatuan umat Islam dan bukannya perpecahan seperti yang didakwa Dr. Mahathir.

Malah, beliau menjelaskan, kebanyakan ahli Parlimen beragama Islam juga dilihat bersetuju dengan pembentangan pindaan akta itu di Dewan Rakyat.

"Saya nampak sendiri penya­tuan UMNO dan Pas dalam isu ini. Dahulu mereka musuh tetapi kini bersatu dan ini bukan merupakan satu perkara yang pelik sebalik­nya baik kepada umat Islam.

"Justeru, saya rasa Dr. Mahathir tidak perlu lagi membuat kenyataan bersifat rasional akal sahaja kerana kita perlu merujuk kepada al-Quran dan sunnah dalam isu berkaitan Islam," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir mendakwa UMNO telah meme­cah-belah umat Islam di negara ini dengan membenarkan Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul untuk meminda RUU 355 di Dewan Rakyat.

"Sebenarnya ini bukan ada kaitan dengan agama Islam. Agama Islam tidak meminta kita buat sesuatu untuk pecah-belah orang Islam," kata bekas Perdana Menteri itu seperti dipetik dalam sebuah portal berita.

Mengulas lanjut, Ab­dul Rahman memberitahu, RUU 355 perlu disokong oleh semua orang Islam kerana ia akan mening­katkan martabat agama serta bidang kuasa mahkamah syariah.

"Malah, Dr. Mahathir sebagai seorang Islam sepatutnya menyokong usul tersebut kerana ia jelas merupakan satu usaha meningkatkan martabat agama Islam serta lambang pe­nyatuan umat Islam di negara ini," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang turut memberikan pandangan sama apabila menegaskan yang pembentangan RUU 355 telah menyatukan umat Islam secara keseluruhan.

"Saya nampak RUU 355 ini le­bih menyatukan orang Islam dan pandangan bahawa pembenta­ngan Pas itu telah memecah-belah orang Islam adalah mereka yang tidak bersetuju dengan kerajaan," jelasnya.

RUU 355, Tak perlu bahas, undi MP yang penting........

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"

Assalamualaikum,,, Masa untuk berpijak di bumi nyata.Mana mana MP dari kalangan pembangkang yang sejak lebih setahun lalu menunjukkan kecelaruan dalam berdepan dengan RUU 355 perlu kembali bertenang dan bersikap matang.Kini perlu diakui bahawa bukan perdebatan yang penting tetapi undi setiap MP adalah mustahak kerana undi itulah nanti yang bakal menentukan RUU 355 lulus atau gagal.MP pembangkang perlu kembali kepada sifir asal iaitu mana mana MP yang beragama Islam mesti menyokong dan yang bukan berugama Islam berkecuali.Kini kedudukan parti tidak boleh lagi diambil kira sebab MP akan mengundi untuk ugama, tidak munasabah MP berugama Islam menolak hukum ugama sendiri!
Kalau MP daro PAN dan PKR serta DAP yang berugama Islam masih sedar ugamanya, mereka tidak punyai pilihan selain menyokong.Tak kiralah apa perbahasan yang akan dibawa nanti, tapi tindakan akhirnya ialah mengundi menyokong pindaan, itu penting dan tak ada alasan walau apa pun untuk menentang.

Berita Atro awani pada malam RUU 355 dibentang menyebut di atas kertas, RUU 355 akan gagal, tetapi dalam Parlimen, MP Islam tetap majoritii.Oleh itu kalau semua MP Islam menyokong tak ada sebab kenapa ianya gagal.

Masalahnya sekarang ada MP Islam dari parti parti tertentu membelakangkan ugamanya kerana terikat dengan consesus parti.Dari itu, usaha dibazirkan untuk membawa perbahasan terhadap pindaan yang dicadangkan semata mata mencari sebab untuk menolak.Itu masalah sebenarnya!

Dapat dijangka apabila perbahasan dibuka nanti, isu yang akan dibangkitkan akan berkisar kepada penyatuan antara PAS dan UMNO.MP dari PH akan terus menerus memainkan isu penyatuan ini sebagai sebab kenapa RUU 355 mesti ditolak.Ugama dan mematuhi perintah ugama sudah tidak perlu.Sehubungan dengan itu kita juga boleh menjangkakan ada MP dari PAN dan PKR terutamanya akan membangkitkan tentang kenapa hukuman bunuh dan rejam tidak dimasukkan dalam pindaan RUU 355.Mereka akan melupakan kaedah feqah yang menyebut kalau tak dapat laksana semua jangan tinggal semua dalam perbahasan mereka nanti, semuanya ikut akal mereka yang singkat dan ketika itu apa yang speaker kata akan mendengar hujah yang tak masuk akal akan berlaku.

Apa sekalipun, faktanya tetap sama, bukan hujah dari MP yang diperlukan tetapi undi MP yang penting dan mustahak.Jadi sambil masih ada masa ini, maka semua MP Islam bersedialah untuk menyokong RUU 355 dan selepas itu apabila sudahpun diluluskan maka satu perbahasan teknikal tentang bagaimana hukuman hukuman boleh dilaksanakan tanpa menyusahkan banyak pihak dan perbahasan susulan seterusnya boleh dibuat untuk menambahbaikkan lagi hukum.

Mudah kan kalau benar benar nak tengok Islam diamalkan di negara kita.Jangan pula RUU 355 gagal kerana MP Islam............

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Pemimpin pakatan harapan naik gila bila RUU 355 dibentang

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Penentang RUU 355 tidak memberikan hujah rasional, sebaliknya mereka menentang kerana sentimen, kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Katanya, usaha memperkasakan Islam ibarat panah dan petir yang menusuk ke telinga, lalu mereka menutupnya dengan kedua-dua belah tangan kerana ketakutan, malah ada seorang pemimpin pembangkang bagaikan orang gila ketakutan atau dirasuk syaitan apabila pembentangan usul hendak dimulakan.

Beliau berkata, rakyat mahukan kesatuan muslim dengan memperkasakan Islam bagi menyelamatkan negara daripada kebobrokan akhlak dan penyelewengan dengan alternatifnya adalah Islam, bukannya sekular atau sosialis.

Malangnya, kata beliau, apabila Akta 164 dicadangkan oleh kerajaan, mereka, termasuk Ahli Parlimen muslim pakatan harapan, menyokongnya, walaupun rang undang-undang itu bertentangan dengan Perlembagaan dan bercanggah dengan akidah muslim.

"Mereka sudah terlupa bahawa memperkasakan Islam adalah hak rakyat Muslim di negara yang meletakkan Islam Agama Persekutuan dalam peruntukan perlembagaannya. Mereka terlupa untuk menghormati hak ini.

"Mereka cuba melupakan bahawa Mahkamah Syariah adalah mahkamah asal negeri-negeri dalam negara ini. Mereka cuba melupakan bahawa Islam adalah undang-undang asal Tanah Melayu ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Mohd Khairuddin berkata, komponen Barisan Nasional (BN), seperti MIC dan MCA, kini menari mengikut tarian DAP.

"Mereka berlumba untuk menunjukkan siapakah lebih anti kepada RUU 355. Mereka mungkin terlupa dengan pengundi muslim dalam UMNO yang memenangkan mereka di kerusi Parlimen sekarang," katanya.

Beliau berkata, RUU 355 bertujuan meningkatkan kadar hukuman kepada kesalahan syariah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah di negeri-negeri, khusus untuk umat Islam dan hukuman yang dijatuhkan adalah satu proses pendidikan yang rasional.

"RUU 355 adalah Dakwah. Ia memberi peluang untuk rakyat lebih mengenali Islam dan undang-undang Islam, dan menyedari tanggungjawab memperkasakan Islam dan Mahkamah Syariah di negara ini.

"Ia adalah dakwah yang besar yang sedang masuk jauh ke sanubari setiap muslim di negara ini dan sedang menembusi pasaran baru ke hati-hati bukan Islam. Dakwah memerlukan masa dan kesabaran," katanya.

Dr Mohd Khairuddin berkata, jika RUU 355 dikatakan permainan UMNO, maka mudah sahaja, sokonglah RUU 355 pasti berakhirlah permainan UMNO.

"Jika RUU 355 dikatakan pemecah belah pakatan pembangkang maka mudah sahaja. Sokonglah RUU 355 pasti bersatulah pembangkang. Tsunami Islam bakal menjadi penentu pada PRU ke-14," katanya.

Apabila PH Setongkol Fitnah PAS, Memang biawak hidup kata Tuan Ibrahim

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Berdasarkan sikap dua parti pembangkang di Dewan Rakyat pada Khamis lalu, PAS menegaskan - sekali lagi - bahawa mereka tidak akan menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN).

Dalam kenyataannya hari ini Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata insiden di parlimen itu juga membuktikan dua parti pembangkang - DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) - umpama biawak hidup.

"Episod RUU355 juga membuktikan perumpamaan yang digunakan residen PAS (adalah) betul, di mana kedua-dua belah (parti) ibarat biawak hidup. Di satu (pihak) tidak berani membawa, dan satu (pihak lagi) bukan saja menentang, bahkan hak PAS untuk membentangkan RUU355 melalui saluran demokrasi yang sah pun cuba dihalang," katanya.

Tuan Ibrahim berkata demikian merujuk kepada usaha PAS membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 135 - atau Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 - melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Usul itu akhirnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 April lalu.

Ia kemudian isokong oleh Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan. Beliau juga adalah setiausaha agung PAS.

Bagaimanapun pembangkang lain - kecuali PAS - tidak berpuas hati kerana sidang itu ditangguhkan selepas Takyuddin selesai menyampaikan ucapan sokongannya.

Sidang Dewan Rakyat dijangka akan disambug semula 24 Julai ini.

Kata Tuan Ibrahim, keputusan PAS untuk tidak menyertai HARAPAN adalah tepat berikutan sikap DAP dan AMANAH yang menentang agenda Islam dibawa PAS, termasuk berkaitan rang undang-undang Akta 355 (RUU355).

Kini kata bekas pensyarah itu, penentang PAS cuba mengalihkan perhatian dengan mengaitkan parti itu dengan pelbagai tuduhan.

"Mereka yang kepanasan berikutan pembentangan dan penghujahan cemerlang presiden PAS dan setiausaha agung PAS di parlimen cuba mengalihkan perhatian dengan meletakkan pelbagai tuduhan pada PAS tanpa seurat bukti dan juga bermain saraf untuk melagakan pimpinan PAS," katanya.

Namun, kata Tuan Ibrahim lagi, "strategi lapuk" itu tidak akan berjaya kerana PAS yang ada hari ini telah menjadi lebih matang dan kukuh ekoran perpecahan pada 2015.

"Kepada yang membuat tuduhan, laporlah kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tindakan dapat diambil terhadap PAS sekiranya ada. PAS akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

"PAS akan terus mara dan memperkukuhkan parti sebagai blok ketiga," katanya.

Harap simpati, berakhir 'tragedi'... Facebook Rafizi dihujani kecaman netizen

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Nah ambil kau... kuasa rakyat yang dipuja-puja PKR nampaknya kena batang hitung pemimpin mereka sendiri.
Ini selepas facebook Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan dihujani kecaman dan kritikan terhadap tindak tanduknya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Asalnya, Rafizi nak luah ketidakpuasan hati dengan melahirkan rasa kecewa 'kononnya' tidak diberi peluang untuk berbahas Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 pada Khamis, menerima kecaman negatif pelayar laman sosial itu.

Rafizi seolah-olah tidak faham dengan penggunaan ayat yang digunakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa sesi perbahasan RUU355 akan 'ditangguhkan' pada sesi mesyuarat sidang Dewan Rakyat pada Julai nanti. Bukan 'disekat' seperti didakwa oleh Rafizi dilaman Facebooknya.

"Saya dan beberapa ahli parlimen pembangkang yang tidak di beri peluang untuk berbahas di Sidang Parlimen hari ini selepas pembentangan Pindaan Akta 355 akan menyambung perbincangan tentang topik ini dalam suatu Sidang Parlimen Khas Pakatan Harapan pada hari isnin, 10 April nanti.

"Walaupun suara kami telah disekat di parlimen, saya pasti rakyat-rakyat Malaysia yang telah meletakkan kepercayaan kepada kami ingin mendengar pendapat ahli-ahli parlimen mereka tentang pindaan Akta 355 ini.

"Oleh itu, Sila saksikan Sidang Parlimen Khas Pakatan Harapan Akta 355 ini secara langsung dari laman Facebook page saya jam 8.30 malam pada 10hb April 2017," katanya menerusi status Facebooknya selepas sesi perbahasan RUU355 ditangguhkan.

Status yang dimuatnaik Rafizi itu menerima kecaman hebat netizen yang merasakan beliau 'meroyan' setelah sesi perbahasan RUU355 ditangguhkan sedangkan peluang untuk membahaskan akta tersebut boleh dilakukan pada sesi sidang Dewan Rakyat akan datang.

"Aik...ditangguh kata disekat? YB tak faham bahasa, ke tak boleh nak beza sekat dengan ditangguhkan? YB ada dalam dewan tadi? YB tak tengok ke berapa ramai geng-geng YB diberi laluan untuk mengacau Ahli Parlimen Marang buat pembentangan sehingga lewat hampir 1 jam. Kalau suara YB dan geng-geng disekat, jangan harap speaker nak bagi laluan. Ke YB tidur sebelum pembentangan bermula tadi," kata pengguna Facebook Mohd. Luqman.

"Kau (Rafizi) ni memang pemikiran liberal. Semua benda nak dipolitikkan. RUU355 ini untuk umat Islam, tak boleh ke kau sokong? Ke kau ni Islam hanya pada nama? Tak ade pegang hukum hakam Quran. Aku lebih hormat Ahli Parlimen UMNO dalam hal ini berbanding kau yang hanya khadam (kuli) abadi DAP. Dasar pondan tak ade telur," kata pengguna Facebook Wan Hafizie Wan Harun.

"Dulu masa kerajaan (Pusat) tak jadi ambil alih (RUU355), macai Nuar (Anuar Ibrahim) bertepuk tangan, kabo (beritahu) PAS dah kena 'kencing' (tipu) dengan kerajaan, Barisan Nasional (BN) pengecut. Sekarang kerajaan dah buktikan siapa sebenarnya yang takut dengan RUU355 ini," kata pengguna Facebook Mohd Aznin Fazli.

"Kalau nak bahas dan sokong RUU355,its okay Encik Rafizi. Tapi kalau nak persoalkan kenapa undang-undang Islam dilaksanakan, rasanya Encik. Rafizi tak layak jadi wakil rakyat beragama Islam lagi. RUU355 bukan pasal politik, itu hal agama. Kalau rasa diri itu Islam, mesti wajib sokong apa yang Islam laksanakan, kalau (Rafizi) masih rasa diri itu masih Islam. #ruu355bukanhalpolitik," kata pengguna Facebook Idham Aries.

Pada hari terakhir mesyuarat pertama sidang Dewan Rakyat, keputusan penangguhan yang dibuat kira-kira jam 4 petang selepas mendengar ucapan sokongan daripada Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) itu telah mendapat bantahan daripada beberapa anggota Parlimen pembangkang kerana tidak diberi peluang membahaskan usul berkenaan.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak bangun dan melaungkan 'ini tidak adil', 'pengecut' namun Pandikar tidak mengendahkannya lalu bangun meninggalkan sidang.

Selepas itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman membacakan penangguhan sidang berkenaan.

Rafizi bersama beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain bertindak 'menyerbu' ruang sidang media di Parlimen untuk meluahkan ketidakpuasanhati terhadap keputusan Pandikar, sehingga hilang hormat terhadap Speaker Dewan Rakyat itu.

"Selama ini, kami menghormati segala keputusan yang dibuat oleh beliau (Pandikar). Tapi kali ini (keputusan tangguh) telah membuatkan kami hilang hormat kepada beliau," kata Rafizi.

Antara ahli parlimen yang turut hadir pada sidang media itu ialah, Khalid Samad (PAN-Shah Alam), Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) dan Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAN - Kuala Terengganu).

Sebagai umat Islam, Rafizi perlu malu apabila beberapa Ahli Parlimen daripada DAP dan PKR seolah-olah cuba menghalang pindaan RUU355 dibentangkan di Dewan Rakyat dengan cubaan membangkitkan beberapa perkara kepada Pandikar sebaik sahaja RUU mahu dibacakan.

Tindakan ahli-ahli Parlimen berkenaan telah melengahkan masa kira-kira 35 minit sebelum Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang juga Presiden PAS dapat membentangkan usul berkenaan atas sifat rang undang-undang persendirian.

'Gangguan' itu dimulakan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang mempersoalkan cadangan usul rang undang-undang yang beliau failkan sebelum ini mengenai penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) telah ditolak Dewan Rakyat.

Gangguan tersebut berterusan apabila Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pula bangun membangkitkan bahawa terdapat tuntutan mahkamah untuk menyekat usul persendirian Ahli Parlimen Marang itu.

Turut bangun ialah Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) mencelah dan mempersoalkan mengapa usul Abdul Hadi diberi keutamaan berbanding usul pembangkang lain.

Kit Siang yang juga Penasihat DAP sekali lagi bangun membangkitkan mengenai keputusan Kabinet berhubung RUU 355 yang tidak mendapat persetujuan MCA dan MIC.

Tuduhan Kit Siang itu menimbulkan kemarahan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) antaranya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Ba­ling) yang menyatakan ahli-ahli Parlimen terlibat sengaja membangkitkan pelbagai perkara bagi melengahkan masa untuk menggagalkan pembentangan RUU 355.

Pandikar Amin kemudiannya menegur sikap Kit Siang supaya tidak membuat provokasi dan beliau berhak mengarahkan mana-mana Ahli Parlimen yang tidak mendengar arahannya untuk keluar Dewan.

"Hal berkaitan politik bawalah di luar sana, bukan dalam Dewan ini kerana kita mempunyai Peraturan Mesyuarat. Siapa yang berdiri lagi, saya berhak arah keluar," katanya.-7/4/2017

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 10, 2017 7:30 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



'Kawan-Kawan Yang Masih Merokok Tu, Berhentilah..." Lelaki ini Kongsi Kisah Hidungnya Terpaksa Dibedah, Biarpun Sudah 5 Tahun Berhenti Merokok
siakapkeli.my

Tiada siapa yang boleh menolak jika perbuatan merokok disamakan dengan perbuatan membunuh diri sendiri. Malah, rata-rata perokok bersetuju perbuatan itu boleh mendatangkan keburukan pada tubuh badan mereka.

Sebelum ini, pernah viral kes seorang lelaki yang bocor paru-parunya akibat merokok. Hari ini, viral pula kes seorang lelaki yang menggunakan nama Facebook Adriz Adil Putra yang menceritakan kisahnya yang terpaksa menjalani pembedahan hidung akibat rokok.

Adriz membuat posting itu di Facebook semalam dan kini telah dikongsi hampir 3,000 kali.

"Assalamualaikum," tulis Adriz memulakan posting tersebut.

"Peringatan kepada kawan-kawan yg masih merokok. Berhenti lah merokok. Saya terpaksa jalani pembedahan bagi memotong tisu dalaman hidung supaya saya boleh bernafas menerusi hidung saya semula.

"Dipendekkan cerita, beginilah.... Saya sudah merokok selama lima tahun. Kini, sudah lima tahun saya berhenti.

"Beberapa tahun selepas saya mula merokok, saya mula diserang asma dan radang hidung dalaman yang menyebabkan saya susah untuk bernafas.

"Satu hari, saya diserang asma dengan teruk sehinggakan saya nekad berhenti merokok untuk kebaikan." tulis Adriz.

Menurut Adriz, biarpun dia sudah lama berhenti, kesan akibat merokok masih lagi 'menghantui' dirinya apabila tisu hidung dalamannya membengkak sehingga dia tidak mampu bernafas melalui hidung.

"Biarpun saya sudah berhenti, semuanya dah terlambat. Bahagian dalaman saya sudah rosak dan semakin teruk.

"Dipendekkan lagi, saya menerima banyak lagi serangan asma. Selain itu, tisu hidung dalaman saya membengkak sehingga saya tidak mampu bernafas melalui hidung langsung; menyebabkan saya terpaksa menjalani pembedahan," kata Adzrin.

Dalam masa yang sama, Adriz turut menasihati mereka-mereka di luar sana yang merokok supaya berhenti dari membuat perbuatan tidak berfaedah itu.

"Saya tak perlu jelaskan secara terperinci tentang bulan-bulan penderitaan saya. Kesimpulannya, saya sebagai bekas perokok faham yang nak berhenti rokok memang susah. Janji kita cuba. Siapa yang langsung tak ada rasa salah sebab rosakkan diri dengan rokok, padan muka lah bila kau sakit nanti." tulis Adriz sebelum mengakhiri posting itu dengan ayat pendek "Salvation lies within".

Sumber: FB Adriz

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 10, 2017 7:31 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Memandu Ketika Dalam Hujan, Faktor Keselamatan Ini Harus Diberi Keutamaan Dalam Memastikan Pemanduan Anda Selamat
siakapkeli.my

Pemanduan yang teliti, dan dalam keadaan yang berwasapada, juga berhati-hati perlu di ambil serius, lebih-lebih lagi jika dalam keadaan hujan, yang mana menghadkan pandangan, juga menyebabkan jalan basah. Jadi, ada perkara yang harus dielakkan dalam melakukannya ketika hujan.

Bukan itu sahaja, faktor keselamatan sewaktu pemanduan dalam hujan juga tidak harus diabaikan, walaupun kita sedang mengejar masa.

Menerusi perkongsian dari Twitter @LKSAtrafik, berdasarkan infografik yang dikongsikan, terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan untuk kekal selamat, atau memandu dengan selamat ketika hujan.

Mari kita baca apa yang perlu kita lakukan.

Memandu Dengan Selamat Dalam Hujan

1.Tukar tayar

Sekiranya anda lihat tayar sudah mula botak, atau menampakkan benang, seeloknya tukar tayar dengan segera, kerana cengkaman tayar sudah tidak kuat lagi.

2.Tenang

Sebaiknya anda harus bersedia untuk berhadapan dengan apa juga keadaan, lebih-lebih lagi dalam hujan. Tenangkan diri, atau nikmati irama lagu dari radio dalam menempuh kesesakan lalu lintas.

3. Jarak

Berwaspada dengan jarak kenderaan anda. Patuhi had laju yang ditetapkan, kerana jalan boleh menjadi licin akibat daripada hujan. Pandu dengan perlahan, dan perhatikan jarak.

4. Lampu

Jangan sama sekali lupa akan hal ini. Disebabkan jarak penglihatan yang terhad, anda seharusnya menghidupkan lampu kereta ketika memandu dalam hujan, ini untuk memastikan pengguna jalan raya tahu akan kehadiran kereta anda.

5.'Wipers' cermin hadapan

Adakah 'wipers' anda berfungsi dengan elok? Rancang dengan baik sebelum tiba musim hujan, sebaiknya anda sudah menggantikannya dengan 'wipers' yang baharu.

6. Berjaga-jaga

Berwaspada dengan air yang mengalir, atau lopak air sekiranya anda tidak nampak dasarnya. Ini kerana, kita tidak tahu apakah yang ada pada dasar air tersebut.

7. Sentiasa berhati-hati sejak awal

Keadaan cuaca sukar untuk diramalkan, ia boleh hujan pada bila-bila masa, tanpa diduga. Jadi, anda harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Memandulah dengan berhemah, utamakan keselamatan anda, juga penumpang yang ada. Dalam keadaan hujan, bermacam insiden boleh berlaku, jadi sentiasa 'alert' dengan persekitaran anda.

Sumber: Twitter @LKSAtrafik

- Siakap Keli

JANGAN Lakukan 5 Perkara ini Ketika Memandu Dalam Hujan
siakapkeli.my

Memandu dalam hujan memerlukan lebih fokus dan perhatian, lebih-lebih lagi Malaysia kini sedang dilanda musim hujan.

Ketika memandu, pastikan anda TIDAK melakukan 5 perkara ini bagi mengelakkan perkara buruk terjadi.

1 - Jangan Memandu Di Bahu Jalan
Jangan sesekali memandu di bahu jalan ketika hujan lebih-lebih lagi jika keadaan di bahu jalan sudah ditenggelami air.

Jalan dicipta dalam keadaan bahagian tengah lebih tinggi dari bahagian tepi untuk memastikan air mengalir dan tidak bertakung di atas jalan. Jadi, sekiranya anda memandu di bahu jalan untuk mengelak air, anda sebenarnya merisikokan kenderaan anda dengan meredah laluan air.

Pastikan anda selalu mengikut barisan dan tidak membahayakan kenderaan lain dengan meredah bahu jalan dan laluan kecemasan.

2 - Jangan Pandu Laju Ketika Hujan Baru Turun
Ketika hujan mulai turun, akan terhasil satu lapisan air dan minyak di atas jalan. Dan jika anda memandu laju ketika ini, tayar kereta mungkin tergelincir seterusnya akan menyebabkannya hilang kawalan. Keadaan ini dipanggil Hydroplaning.

Lapisan minyak ini akan ditolak ketepi oleh air beberapa minit selepas hujan turun.

Jadi ketika hujan mulai turun, pastikan anda memandu secara perlahan. Atau lebih afdal, jangan pandu laju ketika hujan turun.

Hydroplaning juga boleh berlaku jika anda memandu terlalu laju atau melalui lopak air.

3 - Jangan Redah Lopak Air
Jangan memandu dalam lopak air kerana ia boleh menyebabkan Hydroplaning. Lagipun, kita tidak tahu apa yang ada dalam lopak air itu.

Jika terpaksa, anda dinasihat untuk meredah lopak air dengan kelajuan yang perlahan.

4 - Jangan 'Membontot' Kereta Lain
Jangan sesekali membontoti kereta lain.

Pastikan ada jarak yang jauh antara kereta anda dan kereta dihadapan anda. Ini kerana tayar anda kurang efisyen ketika hujan dan brek mungkin tidak berfungsi seperti biasa.

5 - Jangan Buka Lampu Kecemasan Ketika Memandu
Lampu kecemasan, seperti namanya, hanya untuk kecemasan.

Oleh kerana hujan terlalu lebat dan penglihatan anda kabur, itu tidak bermakna anda boleh menggunakan lampu kecemasan untuk 'membolehkan kereta lain melihat anda'.

Lagipun penggunaan lampu ini ketika kereta sedang bergerak boleh menyebabkan pemandu lain keliru sama ada kereta anda rosak atau sedang mengalami masalah.

Jika hujan terlalu lebat dan penglihatan kabur, dinasihati agar berhenti di bahu jalan dan tunggu hujan reda.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 10, 2017 7:31 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Doktor Ini Dedah Antara Bahan Kimia Yang Ada Dalam Produk Harian Tidak Boleh Digunakan Oleh Wanita Yang Sedang Hamil
siakapkeli.my

Pasti ramai antara ibu-ibu diluar sana tidak tahu bahawa semasa hamil kandungan mereka begitu mudah terdedah kepada bahan kimia yang mereka guna contohnya dari alat kecantikan seperti merkuri.

Bahan kimia ini boleh menjejaskan bayi dalam kandungan, adakah hanya merkuri merbahaya? sebenarnya ada banyak lagi bahan kimia yang perlu mereka elak gunakan tetapi ianya terdapat dalam produk kegunaan harian.

Jom kita baca bahan kimia kosmetik yang tidak boleh digunakan seperti yang telah disenaraikan oleh Doktor Zubaidi Hj Ahmad ini.

KOSMETIK YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEMASA HAMIL

Perhatikan pada label dan bercakap dengan ahli farmasi yang bertugas ketika membeli bahan kosmetik yang dijual di farmasi.

Ini bagi mengurangkan risiko kemudaratan ketika hamil, elakkan kosmetik yang mengandungi bahan-bahan ini.

1. Aluminum chloride hexahydrate: Terutama pada deodorant dan spray antiperspirant.

2. Beta hydroxy acids: Salicylic acid, 3-hydroxypropionic acid, trethocanic acid and tropic acid pada kream pemutih muka.

3. Kream sunscreens: Avobenzone, homosalate, octisalate, octocrylene, oxybenzone, oxtinoxate, menthyl anthranilate and oxtocrylene.

4. Diethanolamine (DEA): terdapat pada shampoo.

5. Rebonding rambut. Bahan kimia yang meluruskan rambut mengandungi formaldehyde, quaternium-15, dimethyl-dimethyl (DMDM), hydantoin, imidazolidinyl urea, diazolidinyl urea, sodium hydroxymethylglycinate, and 2-bromo-2-nitropropane-1,3-diol (bromopol).

6. Bahan pemutih kulit seperti hydroquinone, idrochinone and quinol/1-4 dihydroxy benzene/1-4 hydroxy benzene.

7. Bahan plastik dan pengawet mengandungi propyl, butyl, isopropyl, isobutyl dan methyl parabens.
8. Bahan plastik dan pewangi sentetik mengandungi diethyl dan dibutyl phthalates.

9. Ubat jerawat dan pembersih muka Vitamin A, retinoic acid, retinyl palmitate, retinaldehyde, adapalene, tretinoin, tazarotene dan isotretinoin.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 10, 2017 7:33 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



'BMW, Porshe, Mercedes Benz, Volkswagen, Mazda.': Ini Cara Betul Untuk Menyebut 38 Jenama Kereta Luar Dengan Betul Menurut Penduduk Asal
siakapkeli.my

Porshe, BMW, Audi, Mercedes Benz. Itu antara nama jenama-jenama kereta terkemuka yang berjaya masuk Malaysia.

Namun, apabila jenama-jenama ini masuk ke sesebuah negara asing, maka sebutannya juga menjadi 'asing'.

Gerrard Farre dari Coches.net mengambil inisiatif untuk memperbetulkan semula ejaan-ejaan itu dengan mendekati orang ramai di sebuah pertunjukan motorkar baru-baru ini.

Bagi setiap jenama, Gerrard akan mendekati orang yang lahir di negara asal jenama terbabit dibangunkan.

Saksikan video dibawah:

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: