Thursday, April 13, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4717

8 Messages

Digest #4717
2
3
Fw: PKR Selangor sokong RUU355 by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
6
Fw: Wanita Mesti Minum 4 Air Rebusan Ini. by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
7
Fw: PENGANGGORAN APA PERANAN KERAJAAN? by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
8
Fw: Enam ciri mukmin berjaya by "~:eSpAcE9808:~" rienacom

Messages

Thu Apr 13, 2017 7:13 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Sistem 'Punch Card' Mula Diperkenalkan Di Sekolah Untuk Rekod Kehadiran
siakapkeli.my

Kuala Nerus: Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak menjadi sekolah pertama di Terengganu yang menggunakan mesin 'punch card' untuk merekodkan kehadiran murid ke sekolah hari ini, lapor Harian Metro.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Shafuddin Ali Hussin berkata, kira-kira lebih 900 murid telah menggunakan mesin ini untuk merekoskan kedatangan mereka bagi sesi persekolahansebagai usaha pihak sekolah meningkatkan tahap disiplin murid.

"Ia inovasi baru di sekolah dan kami bangga kerana pembaharuan ini adalah yang pertama di negeri ini.

"Bagi sistem ini, setiap murid perlu merakam waktu kedatangan sebelum 7.40 pagi setiap hari manakala pulang, pada 4.30 petang selepas Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)," katanya.

Sekiranya murid datang lewat tiga kali berturut-turut, murid akan dikenakan tindakan disiplin.

"Sebelum tindakan disiplin dikenakan, pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibu bapa bersabit kelewatan anak-anak mereka ke sekolah.

"Selain mendidik dan membentuk sahsiah murid ia juga dapat melatih murid supaya lebih berdisiplin," kaatnya lagi.

Untuk memudahkan pelajar, enam buah mesin 'Punch Card' telah disediakan mengikut tahun murid di sekolah terbabit. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Apr 13, 2017 7:14 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Jaga-Jaga! Dirakam Kamera 'Penyangkut Baju' Di Tandas Awam

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Melihat pada bentuknya, pasti ramai yang menyangka ianya hanyalah penyangkut baju biasa yang biasa dilihat khususnya di tandas-tandas awam.

Namun, jangan cepat ambil mudah kerana barangkali penyangkut baju tersebut tersembunyi di dalamnya kamera pengintip.

Demikian yang berlaku di sebuah kolej di Seremban, Negeri Sembilan, apabila seorang mahasiswa terkejut besar menjumpai penyangkut baju berkamera ketika menggunakan tandas perempuan, semalam.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mahasiswa tersebut dikatakan mengesyaki penyangkut baju itu berbeza daripada biasa selepas mendapati terdapat memori kad di belakang objek tersebut.

Curiga dengan penemuan itu, dia kemudian memaklumkan kepada salah seorang staf kolej tersebut.

Menurut seorang sumber, hasil pemeriksaan memori kad kamera tersebut mendapati terdapat dua video bagaimanapun ianya bukan video yang tidak senonoh.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat berhubung insiden itu.

– MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Apr 13, 2017 7:14 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Azan 5X Sehari Surau Masjid Mesti Dapat Kebenaran Penduduk – Azira Aziz Melayu PKR

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Azira Aziz salah seorang pengasas BEBAS, pendokong BERSIH, penentang RUU 355 & pimpinan PKR mahukan supaya masjid dan surau dalam jarak 50m dari kawasan tempat tinggal penduduk mendapat kebenaran penduduk.

Ini kerana katanya, surau dan masjid melaungkan panggilan azan 5 kali setiap hari!

Dia juga menyatakan masalah fundamentalis yang melanda negara ini adalah berpunca dari akibat kemasukan tenaga pengajar dari benua Arab dan penghantaran pelajar ke sana mengakibatkan negara menjadi tidak aman.

Cadangannya :
1. Semua masjid dalam jarak 50 m mesti dapat kebenaran penduduk.
2. Hentikan hantar pelajar ke Timur Tengah.
3. Hentikan pengambilan tenaga pengajar di Timur Tengah.

Usaha martabat syariah, PKR Selangor sokong RUU355

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net
KUALA LUMPUR, 12 April — PKR Selangor menyokong Rang Undang-undang (RUU) persendirian pinda Akta 355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai usaha memartabatkan undang-undang dan institusi Mahkamah Syariah.

Dalam kenyataannya, Shuhaimi Shafiei berkata penjelasan Hadi dan Datuk Takiyuddin Hassan menghilangkan kegusaran umum bahawa "pindaan itu bukan hudud dan tidak melibatkan orang bukan Islam".
"Maka, KEADILAN Selangor ingin sekali lagi menegaskan bahawa RUU 355 ini wajar untuk diberikan sokongan dan perhatian oleh umat Islam dan ianya tidak sama sekali akan menyentuhkan hukuman kepada orang bukan Islam.

"Bahkan dalam waktu yang sama KEADILAN juga kekal menghormati hak beragama bagi penganut agama yang lain," kata ketua penerangan PKR negeri dalam satu kenyataan.

Setiausaha politik menteri besar Selangor itu mahu anggota dan kepimpinan PKR menyokong usaha positif memartabatkan undang-undang syariah dan institusinya seperti diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat.

Katanya kenyataan ahli PKR yang bercanggah dengan keputusan kepimpinan pusat adalah "bersifat peribadi" seperti yang dikeluarkan NGO Invoke, yang dipelopori naib presiden Rafizi Ramli.

Wakil rakyat Sri Muda itu juga berharap ahli parlimen bersikap terbuka mengenai RUU 355 dan menjadikan ia sebagai medan perkongsian ilmu demi memperkasa agenda dan kebaikan rakyat Malaysia.

"Kita akan lebih di hormati jika saling memahami, tidak emosi dan kekal sederhana dalam menyampaikan pandangan. KEADILAN Selangor berdiri teguh dengan pendirian ini," katanya.- themalaymailonline.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Apr 13, 2017 7:15 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Hakim Wanita Muslim AS Pertama Dibunuh Kejam

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


NEW YORK - Mayat individu kulit hitam yang merupakan hakim wanita pertama Muslim dilantik di Amerika Syarikat (AS) ditemui di Sungai Hudson, lapor agensi berita antarabangsa Reuters.

Jasad Sheila Abdus-Salaam, yang berusia 65 tahun serta berkhidmat di mahkamah tinggi New York itu, dijumpai tidak bernyawa dan terapung di barat Manhattan di sini pada Rabu, kata jurucakap polis tempatan hari ini.

Pihak polis New York terpaksa menarik mayat allahyarham yang masih lagi berbalut lengkap berpakaian ke tebing sungai tersebut pada sekitar pukul 1.45 tengah hari Rabu waktu tempatan (iaitu 1.45 pagi Khamis waktu Malaysia).

Jurucakap polis memberitahu, pihaknya sudah mengenal pasti waris ahli keluarganya dan selesai melakukan proses bedah siasat terhadap jenazah Sheila untuk menentukan punca penyebab sebenar kematian mangsa tersebut.

Allahyarham yang berasal dari Washington DC, menjadi wanita berdarah Afrika-Amerika yang pertama dilantik bertugas di mahkamah tinggi daerah itu ketika Gabenor Mario Cuomo memilihnya untuk ditugaskan pada 2013 lalu.

"Hakim Sheila merupakan pengamal undang-undang yang keseluruhan hidupnya untuk kesejahteraan masyarakat dan membuatkan semua warga New York merasakan keadilan," kata beliau menerusi satu kenyataan media.

Menurut sumber rujukan Encyclopedia of American Political History, Sheila merupakan wanita beragama Islam pertama yang pernah dilantik secara rasmi menjadi hakim tempatan di sebuah mahkamah AS.

Terdahulu, akhbar berpengaruh The New York Post melaporkan, allahyarham dilaporkan telah hilang dari rumahnya di Harlem, New York sejak pagi Rabu dan usaha untuk menghubungi keluarganya juga tidak berjaya.

Wanita tersebut merupakan penuntut perundangan lulusan dari Barnard College Law School, Universiti Columbia sebelum memulakan kerjaya kehakiman sebagai penolong hakim sebuah mahkamah tinggi di negeri New York.

Allahyarham pernah mengadakan siri kempen kesedaran awam mengenai institusi keadilan menerusi satu laman sesawang setelah dipilih sebagai hakim di New York City pada tahun 1991. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

United States' first female Muslim judge found dead in Hudson River

By Ian Simpson

FILE- In this April 30, 2013 file photo, Justice Sheila Abdus-Salaam looks on as members of the state Senate Judiciary Committee vote unanimously to advance her nomination to fill a vacancy on the Court of Appeals at the Capitol in Albany, N.Y. The New York City Police Department confirmed that Abdus-Salaam's body was found on the shore of the Hudson River off Manhattan on Wednesday, April 12, 2017. (AP Photo/Mike Groll, File)

(Reuters) - A groundbreaking black jurist who became the first Muslim woman to serve as a U.S. judge was found dead in New York's Hudson River on Wednesday, police said.

Sheila Abdus-Salaam, a 65-year-old associate judge of New York's highest court, was found floating off Manhattan's west side at about 1:45 p.m. EDT (1545 GMT), a police spokesman said.

Police pulled Abdus-Salaam's fully clothed body from the water and she was pronounced dead at the scene. Her family identified her and an autopsy would determine the cause of death, the spokesman said.

Abdus-Salaam, a native of Washington, D.C., became the first African-American woman appointed to the Court of Appeals when Democratic Governor Mario Cuomo named her to the state's high court in 2013.

"Justice Sheila Abdus-Salaam was a trailblazing jurist whose life in public service was in pursuit of a more fair and more just New York for all," Cuomo said in a statement.

The Princeton Encyclopedia of American Political History said Abdus-Salaam was the first female Muslim to serve as a U.S. judge.

Citing unidentified sources, the New York Post reported that Abdus-Salaam had been reported missing from her New York home earlier on Wednesday. Attempts to reach her family were unsuccessful.

A graduate of Barnard College and Columbia Law School, Abdus-Salaam started her law career with East Brooklyn Legal Services and served as a New York state assistant attorney general, according to the Court of Appeals website.

She held a series of judicial posts after being elected to a New York City judgeship in 1991.

(Reporting by Ian Simpson; Editing by Paul Tait)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Apr 13, 2017 7:15 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Kisah Sultan Kelantan tak dapat masuk restoran kerana penuh

bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Ketinggian peribadi, kerendahan diri; demikian sifat mulia yang terdapat pada diri Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Seri Paduka yang tidak terlalu berprotokol amat menguja dan menyentuh hati rakyat jelata, terutama mereka yang berpengalaman berurusan dengan baginda.

Sifat baginda itu terpancar pada peristiwa kunjungan baginda ke sebuah restoran di Kota Bharu, satu ketika dahulu.

Baginda, ketika itu Tengku Mahkota Kelantan, keluar untuk menjamu selera di Restoran Four Seasons.

Tetapi diberitahu oleh pengusaha, restoran penuh hingga tidak dapat menunaikan permintaan baginda.

Tanpa banyak bicara, baginda pun berlalu dari situ.

Namun, anda boleh bayangkan betapa kesalnya pemilik restoran Chan Khek Jun yang tidak dapat melayani seorang VVIP!

Mengimbau kembali peristiwa itu, Chan berkata kegagalannya menyediakan meja makan untuk baginda, menjadi kenangan yang paling dikesalkannya sejak restorannya mula beroperasi pada 1998.

Malah, kata Chan, baginda pula yang memohon maaf kepadanya yang berasa serba salah kerana berkunjung ke restorannya ketika dipenuhi pelanggan tanpa membuat tempahan awal.

"Pada hari itu, restoran ini menerima pelanggan yang terlalu ramai sehingga bilik VVIP turut digunakan.

"Selepas mendapat tahu restoran penuh, baginda terus berlalu dan meminta maaf kepada saya kerana tidak membuat tempahan awal," kata Chan ketika ditemui Bernama di restorannya.

Chan berkata baginda mengunjungi restorannya sekitar tahun 2000 ketika masih bergelar Tengku Mahkota Kelantan – tanpa protokol, tanpa membuat tempahan awal, dan tanpa menitahkan sebarang meja khusus.

"Selalunya baginda akan datang usai solat Isyak bersama Tengku Bendahara Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra (kini pemangku Raja Kelantan), kerabat serta beberapa rakan baginda," katanya.

Ikan masak stim jadi kegemaran

Chan berkata baginda biasanya berpakaian jubah putih setiap kali ke restorannya, dan akan bertanya khabar serta bersalaman dengan pelanggan lain di restoran itu.

"Baginda tidak menitah menyediakan pinggan atau sudu dan garpu khusus, dan hanya menggunakan apa sahaja yang ada di restoran ini," katanya.

Mengenai masakan kegemarannya di restoran itu, Chan berkata baginda gemar masakan yang kurang berminyak, masin dan pedas.

"Justeru, kami akan menggunakan minyak zaitun, mengurangkan garam dan lada dalam setiap makanan dipesan baginda," katanya.

Chan berkata makanan kegemaran baginda ialah pelbagai jenis ikan seperti kod, kerapu dan siakap yang dimasak stim kicap.

Hidangan lain digemari baginda ialah burung unta masak lada hitam, rusa "sizzling", udang dimasak dengan susu segar, mantou (bun mini), penkek tiram, dan sayur bayam telur masin.

Air halia merupakan minuman kegemaran baginda.

Sementara itu, pekerja Restoran Four Season, Nur Emiezza Mohd Noor, 29, berkata pengalaman menjadi pelayan Sultan Muhammad V akan terus segar dalam ingatannya sepanjang 11 tahun berkhidmat di restoran itu.

Nur Emiezza berkata setiap kali baginda hadir untuk bersantap, beliau akan diamanahkan oleh Chan untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

"Pada mulanya rasa gementar, namun keperibadian tinggi Sultan Muhammad V, yang sentiasa merendah diri membuatkan saya tidak lagi kekok," katanya.

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas.

Istiadat pertabalan Agong akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April. – FMT

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Apr 13, 2017 7:16 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Wanita Mesti Minum 4 Air Rebusan Ini. Sangat Bagus Untuk Kesihatan Dalaman Kaum Hawa
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com

Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman ini, bukan sekadar kekal jelita tapi juga bagus untuk kesihatan dalaman kaum Hawa…

1. Rebusan serai & halia
a.. 3 batang serai
b.. 4cm halia 2 ketul
Kedua-dua bahan ini perlu diketuk.
Direbus (dalam stainless steel pot) dengan 3 gelas air (purified water) dijadikan sehingga 1 gelas air. Minum Suam.
Jangan gunakan air paip atau air paip yang di masak. Seminggu 2/3 kali.
Khasiat kesihatan
Elok bagi yang sering letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi & sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan siang.

2. Rebusan sireh
a.. Daun sireh 3 atau 5 helai.
Direbuskan (dalam stainless steel pot) dengan 3 gelas air (purified water)
Jadikan 1 gelas. Jangan gunakan air paip atau air paip yang di masak. Minum Suam.
Tambahan: Campur bunga cengkih 3 kuntum dan sedikit serbuk kayu manis.
Khasiat kesihatan
Hilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.
Amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.

3. Rebusan sireh & daun inai
a.. 3 ke 5 helai daun sireh
b.. Segenggam daun Inai
Direbus (dalam stainless steel pot) dgn 3 gelas air tapisan (purified water) dan jadikan sehingga 1 gelas air. Jangan gunakan air paip atau air paip yang dimasak. Minum bila sudah suam.
Khasiat kesihatan
Sesuai bagi perempuan yang mengalami keputihan dan banyak lendiran yg berbau. Elok diamalkan selepas haid.

4. Rebusan halia, serai, cengkih & kunyit
a.. 2/3 batang serai di ketuk
b.. 3cm halia (tua/muda) di ketuk
c.. 2cm kunyit di ketuk
d.. sedikit kulit kayu manis
e.. bunga cengkih /bunga lawang
f.. daun pandan sehelai
g.. sedikit Madu Susu (Raw Honey)
Di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid, sebulan sekali.

Khasiat kesihatan

Mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan.
Macam mana kaum wanita? Ruginya kalau anda tak amalkan minuman sihat ini. Elok amalkan resepi dan ramuan di atas mengikut kesesuaian badan anda. Tak perlu di ambil setiap hari.
Amalan berkhasiat ini bagus untuk penjagaan kesihatan terutama bagi yang mahu menjaga dalaman badan, segarkan urat saraf serta membuang toksid dan lemak dalam tubuh.

sumber: Guablog.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Apr 13, 2017 7:16 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



PENGANGGORAN APA PERANAN KERAJAAN?
bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta

Kenyataan Media
29 Mac 2017
*KADAR PENGANGGURAN BELIA MENINGKAT 10.7 PERATUS, DI MANA PERANAN KERAJAAN?*
Menurut Laporan Tahunan 2016 yang disediakan oleh Bank Negara, kadar pengangguran belia pada tahun 2015 telah meningkat kepada 10.7 peratus, iaitu tiga kali ganda berbanding purata kadar pengangguran belia iaitu sekitar 3.1 peratus.
Kenyataan Bank Negara juga menunjukkan bahawa kumpulan belia membentuk separuh daripada golongan penganggur di Malaysia. Merujuk kepada kenyataan Richard Riot iaitu Menteri Sumber Manusia di Parlimen pada 23 Mac 2017, seramai 500,000 orang tidak mempunyai kerja, yang mana 40 peratus daripadanya adalah lepasan graduan universiti.
Situasi ini jelas membuktikan bahawa ekonomi Malaysia sedang dilanda masalah yang kritikal dengan kenaikan kadar pengangguran. Dalam bulan ini juga, rakyat diberitahu bahawa kadar inflasi pada bulan Februari telah meningkat kepada 4.5 peratus, iaitu melebihi sasaran purata inflasi iaitu sekitar tiga hingga empat peratus. Ini memungkinkan Malaysia kini berada pada tahap ekonomi yang semakin merudum.
Hakikatnya, realiti yang ditunjukkan melalui angka data adalah tidak bertepatan dengan cakap Najib Razak bahawa ekonomi Malaysia semakin baik. Najib sentiasa berbangga dengan pencapaian Keluaran Dalam Ekonomi Kasar serta pelaburan luar tanpa melihat bahawa kadar pengangguran, peningkatan inflasi dan jurang ketidaksamaan berada pada tahap yang membimbangkan. Apa sebenarnya kerajaan Umno BN sudah buat?
Saya percaya bahawa persepsi ekonomi Malaysia adalah semakin negatif kerana negara ini sudah terpalit dengan pelbagai skandal dan isu tatakelola yang teruk. Media-media global memaparkan perihal salah laku pemimpin-pemimpin negara seperti yang dilihat dalam isu 1MDB, MARA dan derma RM2.6 bilion. Jika Kerajaan Umno BN komited menangani penyelewengan, kerajaan seharusnya berterima kasih kepada media dan pembangkang, bukannya menyalahkan mereka kerana mendedahkan penyelewengan yang merugikan rakyat dan negara.
Seharusnya dalam keadaan ekonomi sebegini, kerajaan seharusnya mengutamakan perbelanjaan pembangunan jangka panjang. Program pembangunan usahawan seperti Skim Hijrah Selangor perlu dititikberatkan oleh Kerajaan. Seharusnya MARA itu lebih proaktif dalam membantu rakyat Malaysia melahirkan usahawan dan pekerja profesional. Malangnya pengerusi sekarang sanggup habiskan RM50, 000 semata-mata untuk mengadakan pertandingan esei bagi memenuhi nafsu politiknya.
Menteri Sumber Manusia seharusnya memikirkan polisi yang terbaik untuk mengurangkan kadar pengangguran. Seharusnya beliau menyarankan kepada kerajaan supaya menghentikan pengambilan pekerja asing terutama bagi sektor perkhidmatan dan pembuatan, bagi membuka ruang pekerjaan kepada anak muda tempatan. Ini bagi memastikan pekerja tempatan memperoleh bayaran gaji setimpal, kerajaan seharusnya mewujudkan skim Cost of Living Allowance (COLA) untuk membantu mereka menghadapi kenaikan inflasi dan kos sara hidup.
Dengan peningkatan kadar pengangguran dan inflasi, saya menegaskan sekali lagi kepada kerajaan supaya merombak dasar fiskal negara dengan mengurangkan rasuah, menjana pembangunan jangka panjang serta memperkenalkan skim COLA.

*DATO' SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL*
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Apr 13, 2017 7:17 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Enam ciri mukmin berjaya

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

Oleh MUHAMMAD ZURIH KUSNIN
DIRIWAYATKAN oleh Imam Ahmad dari Umar Ibnul Khattab bahawa Rasulullah bersabda:

قال: أنزل عليّ عشر آياتٍ من أقامهن دخل الجنّة, ثم قرأ:"قد أفلح المؤمنون" حتئ ختم عشر آيات.

Telah diturunkan kepadaku 10 ayat (yang dimaksudkan adalah ayat 1 hingga 10 surah Al-mukminun), sesiapa yang mengerjakannya akan masuk syurga. Kemudian dibacanya ayat pertama sehingga habis ayat ke-10

Mukmin adalah orang yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayat al-qur'an bertambah keimanannya. Bagi seorang mukmin, hidup adalah rangkaian ibadah. Mereka akan menempuh bahtera kehidupan mengikut cara-cara dan acuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Orang mukmin sentiasa berusaha untuk memenuhi kehidupannya dengan melakukan ibadah dan kebaikan dengan tujuan memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat. Jadi melalui surah al-Mukminun ayat 1-10 ini, penulis akan berkongsi kepada anda tentang ciri-ciri mukmin berjaya. Moga bermanfaat.
1. Khusyuk dalam solat.

Khusyuk dalam solat ialah tunduk dan merendah diri dengan tumpukan fikiran, hati dan anggota ketika solat dan dilakukan adalah semata-mata kerana mencari keredhaan Allah. Terdapat pelbagai cara untuk kita mendapat khusyuk dalam solat. Antaranya ialah kita perlu memahami maksud ayat dan lafaz yang dibaca, menumpukan pandangan ke tempat sujud, melakukan solat dengan tidak tergesa-gesa dan yang paling utama ialah kita menunaikan solat dengan ikhlas. Solat yang khusyuk dapat menghilangkan rasa takut, perasaan gelisah, jiwa menjadi berani dan bebas dengan kekusutan dunia. Orang yang beriman wajib menunaikan solat, namun solat tidak akan bererti sekiranya hanya melakukan gerak badan sahaja. Solat mestilah disertakan dengan khusyuk, kerana solat dengan khusyuk itu ibarat tubuh dengan nyawa. Kedua-duanya saling memerlukan.

2. Menjauhkan diri daripada perkara yang tidak berguna dan sia-sia.

Perkara yang sia-sia merangkumi semua perkara yang membawa kepada kelalaian, maksiat dan aktiviti yang tidak berfaedah. Orang mukmin perlu menjaga dirinya daripada terlibat dengan perkara yang melalaikan dan tidak berfaedah. Hal ini kerana, perkara yang melalaikan boleh menjauhkan seseorang daripada mengingati Allah dan memudahkan hawa nafsu dan syaitan menguasai serta membawa kita ke arah kemaksiatan dan derhaka kepada Allah. Mereka yang dapat menjaga diri daripada terlibat dan terjerumus dengan perkara yang sia-sia, mereka adalah orang-orang mukmin yang berjaya.

3. Menunaikan zakat.

Zakat berasal daripada perkataan bahasa arab yang membawa maksud pembersihan. Zakat, sama ada zakat fitrah atau zakat harta, kedua-duanya adalah ibadah yang wajib dilakukan ke atas mereka yang mampu. Mukmin yang berjaya adalah mereka yang bersedia dan rela ketika mana Allah memerintahkan untuk memberikan sebahagian harta yang dimilikinya kepada orang yang berhak (lapan asnaf). Tujuan Allah mewajibkan zakat kepada kita adalah untuk menolong mereka yang berhajat dan berhak serta membersihkan harta, kerana di dalam harta kita terdapat hak orang lain.

4. Memelihara kemaluan.

Memelihara kemaluan bukan hanya sekadar memelihara diri dari perbuatan zina, tetapi juga menghindarkan diri daripada perkara yang mendekati zina. Menjaga kemaluan sering dikaitkan dengan menjaga pandangan kerana awal dari segala bentuk perbuatan zina adalah ketidakmampuan kita dalam menjaga pandangan. Orang yang pandai menjaga kemaluannya adalah orang yang sentiasa menjaga pandangannya. Oleh itu, tip yang paling berkesan dan mujarab untuk menjaga kemaluan adalah dengan menjaga pandangan kita. Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat ke-30,

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan".

Pintu masuk perbuatan zina yang paling besar adalah dari pandangan mata. Jadi jagalah pandangan kita agar kemaluan kita juga turut terjaga.

5. Memelihara amanah dan janji.

Amanah dan janji merupakan perkara yang wajib kita menepatinya, kerana itu Islam sangat menganjurkan umatnya untuk teguh memegang amanah dan juga janji. Daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki amanah, dan tidak ada agama bagi orang yang tidak memegang janji." (riwayat Ahmad).

Daripada hadis diatas, kita diwajibkan untuk memegang amanah dan janji, kerana jika kita mengkhianatinya ibarat kita tidak mempunyai iman dan agama. Orang yang mengkhianati serta tidak memelihara amanah dan janjinya dengan baik, mereka disifatkan sebagai orang yang munafik, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: "Tanda-tanda orang munafik ada tiga (1) Apabila dia bercakap,dia berbohong. (2)Apabila dia berjanji, dia tidak tepati. (3) Apabila dia diberi amanah, dia mengkhianati amanah yang diberikan kepadanya".

6. Menjaga solat.

Islam menyuruh umatnya melakukan solat fardhu yang wajib dilakukan lima waktu setiap hari. Orang Mukmin akan berusaha untuk memenuhi hari-hari mereka dengan menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain, ini kerana manusia yang paling mulia itu adalah apabila ibadah hariannya bermula dengan solat Subuh, kemudian diakhiri pula harinya dengan solat Isyak. Sebagaimana firman Allah dalam surah Hud, ayat 114:

"Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada permulaan malam".

Terdapat pelbagai kemuliaan bagi orang yang menjaga solatnya. Antaranya ialah dicintai Allah, hatinya lembut, wajahnya bercahaya seperti orang soleh dan pelbagai lagi fadhilat lain. Kita juga dituntut untuk menjaga hak-hak yang berkaitan dengan solat contohnya adalah solat di awal waktu, menunaikannya secara berjemaah, menyempurnakan rukuk dan sujud serta segala rukun-rukunnya. Mereka yang menjaga solat dengan segala hak-haknya adalah mereka yang berjaya dan mendapat ganjaran daripada Allah di akhirat kelak.

Inilah ciri dan sifat-sifat mukmin yang berjaya yang di sebut oleh Allah di dalam surah al-Mukminun ini. Kadang-kadang, ada antara kita yang telepas pandang tentang fadhilat dan kelebihan yang terkandung dan tersirat dalam surah ini. Jadi, melalui sedikit perkongsian ini, penulis mengajak anda untuk sama-sama kita menghisab dan menghitung diri kita, adakah kita mempunyai sifat-sifat yang disebutkan oleh Allah itu. Jika sifat-sifat ini tiada dalam diri kita, sama-samalah kita berusaha untuk mendapatkannya, kerana pada akhir ayat ini Allah berjanji akan mewarisi syurga-Nya iaitu syurga Firdaus kepada sesiapa yang mengamalkan sifat-sifat ini. Maka beruntunglah kita! –

Penulis ialah pelajar, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: