Tuesday, April 25, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4723[2 Attachments]

15 Messages

Digest #4723
6
Fw: Top Up TnG, tapi duitnya hilang by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
11
Fw: Tindakan Myvi Putih Jadi Tular by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
15
Fw: Akuan Bekas Penjawat Awam by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Tue Apr 25, 2017 7:49 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kadang tu Kita Selalu Sangat Mengadu Kerja Kita Paling Susah Atas Dunia
siakapkeli.my

Tidak dapat dinafikan, kadang-kadang kita hanya tahu mengeluh, melihat kesusahan diri sendiri dan membandingkan kehidupan kita yang serba kekurangan dengan mereka yang jauh lebih baik.

Tahukah kita bahawa ada antara mereka yang kita bandingkan itu pun melakukan hal yang sama membandingkan kehidupan mereka yang tidak pernah cukup dengan orang lain yang lebih baik. Seterusnya begitulah sikap kita yang sebagai manusia yang tidak pernah cukup dan bersyukur dengan apa yang ada.

Berikut adalah nukilan oleh seorang pengguna laman sosial, Amir Zuhair yang mana mungkin terdetik untuk menulis setelah melihat seorang makcik cleaner yang sedang terlelap beristirehat setelah penat bekerja.

Kadang tu kita selalu sangat mengadu kerja kita paling susah atas dunia, kita paling hebat, sibuk dan penting, penat, nak hadap ketua perangai tah apa-apa, konon kerja kita paling banyak tapi bayar sikit (padahal dah 2000 lebih gaji), kitalah paling payah dalam kerja etc etc etc, aduan tak akan habis.

Tapi bila jumpa scenery begini, rasa nak hempuk muka ke dinding. Ramai lagi kat luar sana yang kerja jauh lebih susah dari kita. Waktu rehat sangat terhad. Kerja teruk setiap hari hingga lenguh seluruh tubuh mencuci sana sini sampai tempat buang najis pun dia cucikan. Melepaskan lelah kerja seharian hanya di kaki lima. Apabila berehat beralas batu lantai. Malunya. Sedang kita bila berehat terus menuju ke mall-mall. Pergi makan tempat yang mahal-mahal. Kononnya sebagai ganjaran kerja ibarat "unta".

Bayaran mereka? Jangan cakapla, jauh lebih rendah dari kita. Kita complain banyak pun masih kerja dalam penghawa yang nyaman, berkerusi empuk, masih boleh berpakai pakaian cantik-cantik pergi kerja. Tak terlibat dengan mencuci najis di tandas pun.

Sepadannya bersyukur dahulu. Mungkin banyak yang tidak kena dengan kerja kita, tetapi lihatlah yang jauh lebih susah dari kita mencari sesuap rezeki.

Terima kasih pakcik makcik cleaner kerana membahagiakan hidup seharian kami. Memastikan kita sentiasa berada dalam keadaan bersih walaupun kami yang selalu kotorkan. Mulianya kerjaya pakcik makcik hanya tuhan yang berikan ganjaran lebih dari majikan telah berikan kepada makcik pakcik di atas dunia ini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Primeworks Studios Gantung Pengacara & Krew Rancangan 'Sukan Tak Sentral'
siakapkeli.my

Petaling Jaya, 24 April - Primeworks Studios Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya mengambil tindakan menggantung perkhidmatan pengacara rancangan 'Sukan Tak Sentral', Azizul Ammar Abu Hassan dan krew produksi ekoran insiden mempersendakan nama ayah Watson Nyambek.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan tempoh penggantungan terbabit.

"Primeworks Studios Sdn Bhd ("Primeworks Studios") mengumumkan tindakan menggantung (tanpa tempoh) perkhidmatan pengacara rancangan Sukan Tak Sentral, Azizul Ammar Abu Hassan dan krew produksi ekoran insiden mempersendakan nama ayah dan keluarga Watson Nyambek melalui rancangan tersebut," tulis kenyataan terbabit.

Sepanjang tempoh penggantungan ini, Ammar juga tidak akan dipanggil untuk mana-mana rancangan terbitan Primeworks Studios.

Delegasi pengurusan Primeworks Studios dan stesen TV3/TV9 telah mengadakan pertemuan bersama Watson Nyambek di Miri, Sarawak pada 24 April 2017. Delegasi yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Izham Omar bertujuan untuk menzahirkan rasa kesal Primeworks Studios dan memohon maaf kepada keluarga Watson di atas kejadian tersebut.

Turut hadir, pengacara Azizul Ammar dan penerbit rancangan Abdul Ghani Mohd Mokhtar.

Menurut Datuk Ahmad Izham: "Perbuatan mempersendakan nama baik ayah dan keluarga Watson Nyambek adalah salah dan tidak sepatutnya berlaku. Kami akui, perbuatan tersebut telah menyinggung perasaan Watson dan juga masyarakat Malaysia secara amnya. Setelah membuat penelitian terhadap kes ini, kita telah mengambil langkah untuk menggantung perkhidmatan Ammar dan krew produksi dari segala rancangan terbitan Primeworks Studios,".

Mengulas mengenai tindakan Watson dalam membuat laporan polis berkaitan rancangan tersebut, Datuk Ahmad Izham berkata Primeworks Studios bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak berkuasa.

"Sebagai syarikat penerbit rancangan tersebut, Primeworks Studios tidak akan lari dari tanggungjawab dan kami komited untuk menyelesaikan isu ini dengan cara yang terbaik bagi Watson dan keluarganya," tambah beliau.

Sumber: TV3 Malaysia

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, April 24, 2017 10:33 PM
Subject: Fw: 'Bapa Saya Bukan Binatang Untuk Dipersendakan'

"Saya Akan Tetap Teruskan Tindakan Undang-Undang..." Watson Nyambek Buat Laporan Polis Berhubung Isu Rancangan Komedi Hina Nama Bapa
siakapkeli.my

Miri: Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek membuat laporan polis berhubung rancangan televisyen yang mengaibkan mendiang bapanya di Balai Polis Pusat Miri pagi tadi.

Watson yang ditemani isteri - Felizza Michael Samdon selesai membuat laporan pada jam 10 pagi.

Harian Metro melaporkan, Watson ketika ditanya media berkata pihaknya tidak akan menarik laporan polis meskipun perjumpaan akan dilakukan antara beliau dan pihak stesen televisyen yang terlibat hari ini.

"Saya akan tetap meneruskan tindakan undang-undang kerana ia berkaitan maruah keluarga saya," katanya.

Laporan polis yang dibuat oleh Watson berkata dia mahu pihak polis menyiasat insiden berkenaan kerana beliau mahu tahu motif sebenar pengacara tersebut.

"Saya juga mahu pihak polis menyiasat kes ini kerana mahu tahu motif sebenar pengacara rancangan tersebut dan mahu mengambil tindakan lanjut terhadap pengacara rancangan tersebut, penerbit, pihak TV3 dan semua pihak yang terlibat menerbitkan rancangan tersebut," tulis laporan itu.

Sumber: BH Online, Harian Metro

Isu Lawak Tak Bertempat: Primeworks Studios Buat Permohonan Maaf Terbuka Kepada Watson Nyambek
siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Primeworks Studios Sdn Bhd memohon maf kepada Watson Nyambek kerana mempersendakan mendiang ayahnya.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata pihaknya sudah memberi peringatakan kepada semua kakitangan Primeworks Studios supaya sentiasa peka dan sensitif dalam setiap rancangan yang diterbitkan.

"Pihak kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah serta kerja operasi bagi mengelak kejadian ini berulang.

"Kejadian ini memberi pengajaran kepada pihak kami untuk lebih peka keadaan sekeliling," katanya.

Tambah beliau juga, pihaknya sangat menghormati bekas pelumba pecut negara itu.

"Watson adalah seorang pelari pecut negara serta atlet yang banyak berjasa dan mengharumkan nama negara.

"Pihak kami dengan rendah diri memohon maaf di atas kesilapan kami dan memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi," katanya.

Sebelum ini, Watson Nyambek menyatakan rasa kecewanya terhadap satu rancangan komedi di sebuah stesen tv di negara ini yang mempersendakan ayahnya.

Sumber: Primeworks Studios

'Bapa Saya Bukan Binatang Untuk Dipersendakan' - Watson Nyambek Luah Rasa Kecewa Terhadap Rancangan Komedi di Sebuah Stesen TV Swasta
siakapkeli.my

MIRI, 23 April -- Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek meluahkan rasa kecewa beliau dengan tindakan sebuha stesen televisyen swasta negara ini yang menghina mendiang bapanya dalam satu rancangan komdei yang disiarkan malam tadi.

Bernama melaporkan, Watson berkata dia sendiri ada menonton episod itu dan merasa tersinggung.

"Saya ada menonton episod itu dan berasa tersinggung dan kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Watson berkata, sepanjang karier sebagai ahli sukan sehingga sekarang tidak pernah mana-mana media membuat penghinaan terlalu peribadi terhadapnya khususnya melibatkan mendiang bapanya.

"Saya tidak tahu motif sebenar stesen televisyen tersebut tapi ini satu penghinaan kepada bapa saya," katanya sambil menambah stesen televisyen sepatutnya peka dengan sensitiviti masyarakat dan individu terutama sekali yang telah meninggal dunia.

Bernama juga melaporkan, Watson turut meluahkan rasa tidak puas hati kepada stesen televisyen itu.

"Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu,tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan," tulisnya dalam Facebooknya.

Luahan Watson mendapat reaksi serta perkongsian ratusan netizen yang mahu Watson menyaman stesen televisyen berkenaan serta mengutuk tindakan rancangan tersebut yang menghina individu yang telah meninggal dunia.

Sumber: Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Tue Apr 25, 2017 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kanak-Kanak Maut Dalam Kemalangan Babitkan 3 Buah Kenderaan Berhampiran RnR Seremban
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 24 April - Satu kemalangan yang membabitkan tiga buah kenderaan di KM 271.7 Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS) arah utara meragut nyawa seorang kanak-kanak.

Kejadian itu berlaku berhampiran kawasan rawat dan rehat Seremban kira-kira jam 7 malam tadi.

Beberapa foto kejadian memaparkan sebuah kereta jenis Honda penyek teruk akibat kemalangan itu.

BH Online berkata, mereka difahamkan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.

Dua lagi kanak-kanak dipercayai adiknya serta ibu dan bapanya, pula parah dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk rawatan.

Sumber berkata, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta dinaiki lima beranak itu dirempuh dari belakang oleh sebuah bas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffie, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Utusan Online pula melaporkan kesesakan sepanjang 10km tercetus akibat kemalangan terbabit.

Foto: Hazreen Mohamad/ BH Online

Foto: Hazreen Mohamad/ BH Online

Selain itu turut dimuat naik gambar sebuah bas dan juga sebuah kereta lain yang terbabit dalam kemalangan tersebut.

Foto: Hazreen Mohamad/ BH Online

Foto: Hazreen Mohamad/ BH Online

Foto: Twitter

Beberapa foto lain kejadian yang dimuat naik memaparkan orang awam membantu mangsa yang tersepit selain keadaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.

Bagaimanapun, gambar-gambar terbabit tidak dimuat naik di dalam artikel ini bagi menghormati perasaan ahli keluarga mangsa.

Sumber: FB BH Online, BH Online, Utusan Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Betulkah Geletek Anak Boleh Sebabkan Mereka Diserang Sakit Jantung? Jom Baca Penjelasan Ini
siakapkeli.my

Sejak kebelakangan ini telah tersebar sebuah artikel yang memberi amaran supaya ibu bapa tidak menggeletek kanak-kanak kerean boleh menyebabkan sakit jantung.

Artikel berkenaan telah menjadi tular di mana ramai ibu bapa telah kongsikan artikel berkenaan, tapi betulkan menggeletak kanak-kanak boleh menyebabkan mereka diserang penyakit jantung?

Jom baca penerangan oleh pihak Root of Science ini.

Merungkai Mitos: Geletek anak boleh menyebabkan sakit jantung?
Telah viral satu post yang mengatakan anak boleh kena serangan sakit jantung jika kita menggeleteknya.

Post ini bukanlah memberi saranan untuk anda menggeletek anak-anak anda. Tetapi lebih kepada memberi fakta yang sebenar mengenai perkara tersebut.

Ada beberapa persoalan daripada post tersebut dan kami akan cuba menjawab.

1) Kanak-kanak boleh terkena serangan sakit jantung jika kita menggeletek mereka?
Jawapan kami:

Perlu difahami bahawa serangan sakit jantung yang selalu doktor katakan diistilahkan sebagai ACUTE CORONARY SYNDROME.

Drpd pada perkataan itu adanya istilah 'coronary'. Coronary artery merupakan saluran darah yg terdapat pada jantung. Jika saluran darah ini mempunyai masalah seperti adanya kolesterol terenap pada dinding saluran darah tersebut dan menyebabkan sumbatan ataupun separa tersumbat, ketika itu barulah kita katakan dia mempunyai serangan sakit jantung ataupun ACUTE CORONARY SYNDROME.

Perkara ini jarang berlaku pada kanak-kanak. Ini kerana saluran darah kanak2 selalunya tidak mempunyai kolesterol yang terenap.

2) Dalam post tersebut juga menyatakan bahawa ada seorang kanak-kanak yang menjadi kejang apabila digeletek. Dikatakan itulah serangan sakit jantung

Jawapan kami:

Kejang ataupun sawan bukanlah simptom sakit jantung secara amnya. Sakit jantung selalunya melibatkan sakit dada sebelah kiri, boleh jadi sakit ulu hati dan/atau merebak ke tangan sebelah kiri. Ia juga mempunyai lain-lain simptom seperti berdebar-debar, sesak nafas, berpeluh dengan banyak dan beberapa simptom lain. Jarang seseorang yang mempunyai sakit jantung mendapat sawan.

3) Menggeletek orang lain secara berulang kali boleh menyebabkan serangan sakit jantung??
Jawapan kami:

Serangan sakit jantung(Acute Coronary Syndrome) mempunyai faktor risiko(Risk factor). Sebagai contoh perokok, lelaki, mempunyai kolesterol yang tinggi, kencing manis, darah tinggi dan beberapa perkara lagi. Faktor-faktor inilah yang akan membuatkan seseorang itu boleh terkena serangan sakit jantung.

PERBUATAN MENGGELETEK TIDAK TERLETAK DALAM FAKTOR RISIKO YANG MENYEBABKAN SESORANG TERKENA SERANGAN SAKIT JANTUNG

Kesimpulan

1) Menggeletek bukanlah punca kepada serangan sakit jantung pada kanak-kanak mahupun orang dewasa

2) Tetapi kami nasihatkan, janganlah geletek kanak-kanak ataupun orang dewasa. Kesian diorg geli
Harap jawapan ini menjawab persoalan anda.

- Siakapkeli.my

Artikel yang tular.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Saya Dapat 5A UPSR, 8A PMR & 8A SPM' - Safiey Illias Kongsi Kisah Perniagaannya & Nasihat Serta Tips Simpan Aset Untuk Orang Ramai
siakapkeli.my

Siapa tak kenal dengan nama Safiey Ilias? Boleh dikatakan ramai yang sudah tahu mengenai liku-liku hidup yang telah ditempuh oleh usahawan muda itu untuk menjadi seorang lelaki. Kisah beliau bertukar dari seorang mak nyah kepada seorang lelaki sejati juga pernah ditayangkan di kaca TV.

Tapi bagaimana pula dengan kisah disebalik perniagaannya - Perlaking - yang masih berdiri gah sehingga hari ini? Malah, hasil tinjauan ke Instagram peribadinya @safieyilias94, usahawan itu kini sedang giat memasarkan produk terbaru, Perlashine Kapsul Mutiara.

Menyingkap cerita disebalik kejayaan perniagaannya, Safiey Illias ketika dihubungi pihak Siakap Keli menceritakan dengan ringkas apa yang pernah ditempuhinya di dalam dunia perniagaan. Ikuti perkongsian dari Safiey Illias itu:

Berasal Dari Anak Felda, Bukan Dari Keluarga Berada

Beza kisah saya dan kebanyakan usahawan yang lain adalalah saya mula berniaga sejak sekolah, rasanya ramai yang tahu saya berniaga sejak umur 16 tahun dan saya bukan berasal dari keluarga yang kaya.

Ayah dan mak saya adalah seorang peneroka Felda Lakum, latar belakang keluarga pun bukan dari orang bisnes. Orang lain mungkin ada yang berniaga sejak sekolah juga tapi berasal dari keluarga yang berada.

Mula Berniaga Sebab Nak Ringakan Beban Ibu Bapa

Saya ni tak pandai sekolah ke? Kenapa pilih berniaga? Hihi.. UPSR saya 5A (SK Felda Lakum), PMR saya 8A (SMK Datuk Bahaman), SPM saya 8A (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan).

Saya berniaga sejak sekolah sebab nak tolong ringan beban ayah saya bayar yuran-yuran dan perbelanjaan asrama dan sekolah. maklumlah duduk sekolah berasrama penuh ni kos agak mahal, banyak benda yang nak kena bayar.

Tak Sambung Belajar Lepas SPM, Tekad Berniaga

Saya jadi dropship je dulu.. bermula dari bawah.. pos barang sendiri... sampailah selepas habis sekolah, saya masih meneruskan bisnes yang saya jalankan..saya tak hairan pergi ke kilang botol naik teksi! Naik bas.. sebab semangat saya kuat.

Saya dah tak teruskan belajar, jadi saya kena tebus 'kesilapan' saya itu! Saya tak nak susahkan ayah saya. Dah besar masih nak minta duit mak dan ayah! Saya sahut cabaran ayah suruh berniaga betul-betul" kata Safiey.

Saya tak join MLM tau. dan saya berniaga secara solo, main redah, main langgar demi kumpul pengalaman. Sebab tu la semangat bisnes saya kental! Sehingga ke hari ini saya memang belum pernah berguru dengan mana2 sifu/mentor/join mana2 seminar bisnes.

Tips dan Nasihat Kepada Orang Ramai

Ramai tanya bagaimana saya boleh kumpul banyak aset dan beli kereta mewah pada usia sangat muda? Ni jawapan saya :-

+ tahan nafsu diri yg boros (saya pun pemboros jugak)
+ kena pandai menyimpan
+ kena banyak bantu mak dan ayah baru rezeki murah
+ kena kurang berkawan (saya ada 2-3 kawan sahaja)
+ fokus pada 1 benda sahaja dulu sebelum pergi kepada yang lain
+ sentiasa cabar diri akan sesuatu matlamat yang baru
+ sentiasa kena sebut-sebut apa yang kita nak/target kita
+ jangan mudah berputus asa (kalau berputus ada cepat-cepat tengok pesaing dan haters kita, mesti semangat nak bisnes balik)
+ jadikan tohmahan dan hinaan sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya
+ maafkan kesalahan semua orang

Jangan Dengki, Hormat Orang Yang Sudah Berjasa

Pesan saya, jaga hati dan lidah.. berniaga dan bersaing secara sihat.. kalau ada sekumit dengki dalam hati, memang susah nak berjaya..

Yang lagi penting, hormati orang yang memudahkan perjalanan bisnes kita.. jangan belakang-belakang mengumpat pulak.. doakan org yg pernah membantu kita ❤

Saya doakan kita sama-sama KAYA, BERJAYA dan BERJASA!

Melihat kepada kegigihan anak muda berusia 23 tahun ini, sikapnya yang begitu tekad untuk berjaya memang wajar dicontohi usahawan-usahawan di luar sana.

Untuk melihat perkembangan terkini Safiey Illias, boleh ikut Instagram beliau di https://www.instagram.com/safieyilias94/ dan Facebook https://www.facebook.com/sofeailias.

Berniaga Dari Sekolah, Kini Miliki BMW i8 & Mustang
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Oleh RTKY Staff pada 25 April 2017, 12:04PM

Berhempas pulas sejak dari usia 16 tahun lagi, perjalanan jutawan muda ini dalam bidang perniagaan penuh dengan liku dan halangan. Malah tidak pernah kenal erti putus asa, dirinya mengakui belajar banyak perkara melalui pengalaman yang ditempuhi.

Kejayaan demi kejayaan ditempa dan baru baru ini, Safiey Ilias yang juga merupakan pengasas produk Perlaking telah memiliki kereta idaman BMW i8. Malah sebelum ini, Safiey yang sememangnya meminati kelajuan telah pun memiliki Mustang ikonik berwarna kuning. Dahsyat!

Bagaimanapun, apa yang dilaluinya kini adalah satu keputusan yang telah pun dibuat sejak beberapa tahun lamanya. Kami kongsikan serba sedikit tentang Safiey yang tidak pernah lokek berkongsi kisah kehidupannya di laman sosial.

Ibu Bapa Adalah Peneroka

Bermula dari bawah dengan usaha sendiri, bukan mudah jalan yang ditempuhi oleh Safiey Ilias. Tekad yang tinggi untuk membantu ibu dan bapanya yang juga peneroka di Felda Lakum mendapatkan kehidupan yang lebih baik, usaha jutawan muda ini sejak dari bangku sekolah adalah satu keputusan yang sangat tepat.

Perkongsian jutawan muda ini di Facebook juga dalam masa yang sama turut menyentuh perasaan warga laman sosial yang lain. Ternyata ibu bapa yang juga permata hati merupakan kunci utama kejayaan.

Kecaman Jadi Pembangkit Semangat

Bukan mudah untuk berhadapan dengan kecaman namun sebagai manusia yang tidak mudah mengalah dan kembali cepat bangkit, Safiey membuktikan perkara tersebut tidak mampu menjatuhkannya. Malah melalui peristiwa tersebut jugalah dia menemui kawan sejati.

Belajar Sendiri, Tidak Pernah Sertai Seminar Bisnes

"Saya tak join MLM dan saya berniaga secara solo, main redah, main langgar demi kumpul pengalaman. Sebab itulah semangat bisnes saya kental! Sehingga ke hari ini memang saya belum pernah berguru dengan mana-mana mentor atau menyertai mana mana seminar bisnes," jelasnya.

Ini Rahsia Kejayaan Safiey Ilias!

Selain turut berkongsikan kisah kehidupan seharian di Instagramnya, @safieyilias94, jutawan muda ini juga dalam masa yang sama tidak kedekut untuk berkongsi rahsia kejayaannya selama ini. Bagi Safiey, inilah perkara yang banyak membantunya berjaya, bermula sejak dari bawah lagi:

+ Tahan nafsu diri yang boros
+ Kena pandai menyimpan
+ Kena banyak bantu mak dan ayah, baru rezeki murah
+ Kena kurang berkawan (saya ada 2-3 kawan sahaja)
+ Fokus pada 1 benda sahaja dulu sebelum pergi kepada yang lain
+ Sentiasa cabar diri akan sesuatu matlamat yang baru
+ Sentiasa kena sebut apa yang kita inginkan
+ Jangan mudah berputus asa (kalau berputus asa, cepat cepat tengok pesaing dan haters kita, mesti semangat nak berbisnes balik)
+ Jadikan tohmahan dan hinaan sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya
+ Maafkan kesalahan semua orang

Safiey sendiri sudah membuktikan apa yang diusahakannya selama bertahun lamanya sudah membuahkan hasil. Mungkin nampak mudah dari luaran, namun hanya empunya diri menyimpan pengalaman.

Apa yang pasti, hanya kita yang mampu mengubah kehidupan kita sendiri.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, April 24, 2017 6:32 PM
Subject: Fw: Semalam Genap 1 Tahun Saya Buang 2 Biji Bebola Gel

Semalam Genap 1 Tahun Saya Buang 2 Biji Bebola Gel - Safiey Ilias
siakapkeli.my

Nama Safiey Ilias bukanlah satu nama yang perlu diperkenal lagi di dunia maya ini, seorang anak muda berjaya dalam bidang perniagaan yang menjadi contoh kepada anak muda lain diluar sana, mengakui dia pernah melakukan kesilapan dalam memilih jalan hidup, tetapi kini telah kembali ke pangkal jalan yang diredhaiNya.

Dia mengakui masa silamnya cukup teruk apabila telah telibat dalam dunia mak nyah dan pada tahun lepas bersamaan 16 April 2016 dia telah melakukan pembedahan membuang dua biji gel daripada payudaranya.

Ada segelintir netizen tidak suka akan proses penghirahannya sehingga dikecam, dan ada yang tidak percaya keputusan membuang gel itu berkekalan, namun kini selepas setahun berlalu nampaknya Safiey terus istiqamah dengan keputusan yang dibuatnya itu.

Berikut adalah luahan dan pesanan Safiey kepada mereka di luar sana, jom kita baca

Semalam genap 1 tahun tanpa dua biji bebola gel... Hijrah saya bukan sekadar luaran dan penampilan.. tapi paling besar sekali adalah bila meletakkan hanya Allah yang satu... Sesiapa pun boleh berhijrah penampilan tetapi tidak pada ibadah.

Nasihat saya adalah jaga solat betul-betul sebab ia kunci kejayaan dunia & akhirat... Saya tak baik mcm awk semua yg sebelum ni jaga solat... saya baru jumpa jalan... hijrahkan diri tentang ibadah dahulu baru benda2 lain yg baik insyaallah akan menyusul..

Kalau saya masih mak nyah tapi tak solat, tak ada beza jika saya lelaki tapi tak solat... pokok pangkal adalah tentang solat... berhijrah penampilan bukan tiket kejayaan yg sebenar lagi... solatlah kejayaan yang sebenar!

Solatlah walau siapapun awak.. mulut orang letak tepi... mungkin hidayah akan sampai pada awk bila tiba masanya.. orang sekarang nak berubah tapi tunggu hidayah sampai.. sedangkan solat itu sebenarnya adalah usaha "mencari hidayah"... sebab tu orang yang tak solat sebenarnya menolak hidayah dan merosakkan hidayah islam & iman yang dah diperoleh sejak lahir...

Bukahkah Allah paling murka pada org yg tidak mahu sembah dia dan tidak mahu mengaku hamba?? Bukankah solat perkara pertama Allah tanya ? Ramai org tanya "alah dia solat tp dosa itu ini buat jugak".. ya itulah manusia! Hanya malaikat dan makhluk lain yg patuh pada Allah dan sedikit pun tak ingkar perintah Allah.. dah nama manusia bukannya ombak laut.. pasti ada buat silap...

Jangan patahkan semangat bila ditohmah begitu oleh orang... bukankah solat itu sendiri adalah doa? Pencuci jiwa? Pencuci dosa? Kita solat sbb kita hamba, dan kita ada kesedaran pada dosa yang tiap masa kita buat sama ada sedar atau tak..Mcm sekarang, tengah baca status ini.. ada dosa yang kita sendiri tak sedar kita buat.. jadi solatlah untuk sucikan dosa itu...

Doakan saya.. saya manusia sama seperti anda yg mgkin buat silap beribu kali.. namun Allah maha pengampun... rahmatNya menlangkaui kemurkaanNya.. TAK APA DIBENCI MANUSIA.. TAK APA DIEJEK MANUSIA.. BIARLAH ORG LAIN TAK FAHAM UJIAN KITA.. JANJI KITA USAHA CUKUP2 BUAT ALLAH SAYANG KITA... kasih sayang manusia ni tak puas.. — Siakapkeli.my

Kredit: Instagram Safiey Ilias

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Top Up TnG, tapi duitnya hilang

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"

Sudah 2 hari aku adu masalah ini kepada pihak TNG melalui email dan Fb tapi sampai sekarang langsung tak der reply. Walaupun tak banyak duit yang hilang tapi kes sebegini bukan benda baru, banyak kisah kawan-kawan dan saudara-mara yang mengalami benda yang sama. Adakah ini kerja orang dalam ataupun kesilapan sistem pada TnG sendiri? Sebelum ini aku ada dengar dari orang lain akan kisah sebegini, sekali ianya terjadi pada aku pulak. Kalau sehari 'orang dalam' buat kerja ini untuk pow 100 pelanggan, berapa banyak duit dia dapat setiap hari?

Disebabkan pihak TnG tak response email aku, maka aku terpaksa kongsikannya disini untuk pengajaran sahabat-sahabat yang selalu gunakan lebuhraya berbayar dinegara kita.

BUlan depan ini bermulalah penggunaan tol electronik untuk semua tol dinegara kita. Ini bermakna kita terpaksa reload kad TnG kita setiap kali hendak menggunakan lebuhraya bila bakinya kurang. Walaupun sistem baru ini menyenangkan pihak pengguna dari segi kelancaran perjalanan, tapi awas, ada makhluk dalam TnG yang akan buat kerja tidak bertanggungjawab ini.

Dari segi sistem TnG , mungkin ianya tidak memberi apa2 kerumitan pada pengguna. Tapi secanggih mana sekali pun sistem itu, pasti ada bahagian yang akan dimanipulasi oleh staff-staff terlibat untuk 'mencuri' duit-duit pelanggan tanpa kita sedari, dan kita akan sedar semula bila kita lalu ditol yang lain.

Kisah aku ini adalah sebahagian daripada kisah pengguna lebuhraya yang mengalami masalah yang sama. Kesal sungguh kalau ini dijadikan sebagai duit tepi buat staf2 yang tidak bertanggungjawab itu dan mereka gunakan duit itu untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Ana nak cerita panjang pun dah tak der mood dah. Tapi mohon pihak bertanggungjawab selesaikan masalah yang menghantui pengguna TnG yang duit mereka hilang begitu sahaja.

Sudahlah lalu tol kena bayar, lepastu kena pow lagi duit ana.

Semoga staff yang terlibat diberi kekuatan untuk tidak melakukannya lagi.

Ana yang tertipu.

md daud yusri alhutan melintangi

wallahuaklam

www.dadiydoo.com

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: modayu
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

T&G aku pun kena kapor.Gilalah macamni!

dadiydoo.com

Ini betul-betul angin dibuatnya. Aku ni jenis yang tak suka bayar tol sebenarnya, tapi disebabkan tuntutan kerjaya, maka tol itu sudah menjadi pintu kedua selepas pintu rumah aku. Hari-hari kena lalu semua tol yang ada dilembah kelang ini , dari yang berharga rm1.10 hinggalah ke atas. Sejak semua tol sudah mula gunakan touch&go (TNG), aku jadi sesak nafas kerana kena topup setiap kali gunakan lebuhraya ini. Aku malas betul nak beratur topup kad aku setiap kali habis bakinya.

----------------------------------------------------------

Kali ini aku kena beb! Aku dari arah Bangsar hendak ke Petaling jaya kena lalu tol sprint kearah lebuhraya persekutuan. Disitu kadar tolnya RM2.50 dan aku rasa baki kad TNG aku yang gunakan IC tidak mencukupi. Bila aku touch panel TNG dibooth tol itu, kelihatan ditulis baki tidak mencukupi. Tanpa sebarang isu, aku pun topup rm10 dengan wanita yang bertugas di lorong topup itu.​

Pembelian pertama

Setelah ditopup kad aku itu maka baki terbaru menjadi rm13.90, maka disentuh pula kad aku pada panel untuk pembayaran laluan disitu. Setelah ditolak baki sepatutnya menjadi rm11.40. Bila aku lihat pada panel hadapan booth tersebut, terkeluar paparan rm1.40. 'Aikkk!!! Betul ke ni?'

Pembelian kedua

Aku sangka baik mungkin digit sebelum angka 1 itu rosak kot dan tak keluar jumlah sebenarnya kot. Biarlah , takkan TNG nak tipu pelanggan, resit pun dah ada dalam tangan mesti tak tipunya.

Dan sebelah in adalah resit topup yang aku buat di plaza tol sprint menuju ke arah lebuhraya persekutuan pada pukul 2.48pm 19/4/2017

Bila aku sampai diPuchong Jaya, aku diarahkan pula ke Cyberjaya. Tanpa fikir panjang, aku pun mulakan perjalanan kesana tanpa fikir pun pasal TNG aku ini. Mesti takder masalah kalau jem di tol kerana aku ada kad yang ada baki cukup untuk lalu dilaluan TNG.

Sesampai di tol LDP menghala ke Cyberjaya, aku pun dengan penuh yakin lalu ke lorong TNG. Bila aku keluarkan kad aku untuk pembayaran tanpa tunai, tiba-tiba panel paparan itu menunjukkan 'baki tidak mencukupi'.

'Bila pulak aku guna tol selepas top up di Sprint tadi?' . Bisik hati aku. Dengan rasa tak puas hati, aku terpaksa turun dari kereta aku dengan dibelakang lorong aku sudah panjang kereta beratur. Aduhh!!! malula plak mereka tengok aku keluar gi topup kat booth sebelah. Bila sampai dibooth 'isian semula' aku minta tolong pada staff disitu berkenaan masalah aku ini. Tapi staf itu kata memang bakinya ada rm1.40 sahaja.

Hati agak geram juga jadi macam ini. Nak bising-bising pun kesian juga pada staff itu kerana lorongnya sudah panjang kenderaan beratur hendak topup kad TNG mereka. Malas nak bising aku pun beli topup lagi sekali sebanyak rm10 dan kali ini aku cek baki betul-betul serta aku periksa baki selepas lalu di tol LDP itu.

Topup rm 10 yang terbaru ini ada dimasukkan dalam kad IC TNG. Cuma yang rm10 topup di Sprint highway itu hilang entah kemana. Selepas habis tugas di Cyberjaya aku pun kena pulang ke Subang semula dan aku teringat kawan aku kata boleh periksa sebarang transaksi TNG dilaman web mereka. Tapi sedihnya tiada transaksi itu terpapar dilaman web itu buat masa ini (sehingga 11.30pm 19/4/2017).

Sebagai penyelesaiannya aku tulis report kepada pihak TNG dan emailkan masalah aku kepada pihak yang berkenaan agar dapat dirungkaikan secepat mungkin. Pada ketika harga tol semakin naik dengan beban harga minyak yang juga naik, kesilapan sebegini memberi kesan besar buat pengguna lebuh raya seperti aku ini. Jika ini kesilapan dari system TNG mungkin boleh diperbaiki pada sistem mereka, tapi jika ianya seperti ada komploit hendak 'makan' duit pengguna secara salah, seharusnya perkara ini perlu dipantau serapi-rapinya.

Kepada pengguna lebuhraya dinegara ini, kalian perlu periksa sebarang transaksi yang kalian lakukan agar duit anda tidak hilang begitu sahaja disebabkan oleh 'kesilapan' yang tidak sengaja ini ataupun disengajakan yang kita pun tidak tahu puncanya.

Dan diharapkan pihak TNG dapat membantu saya dalam perkara ini , walaupun jumlahnya cuma rm10, tapi 'intergriti' kalian yang amat mahal. Kalau sekali orang mempertikaikan perkhidmatan anda, takut-takut nanti susah dikemudian hari.

Wallahuaklam
22 rejab 1438H
​11.48pm

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



CCTV rakam Thaqif dipukul di tapak kaki, dakwa gabungan sekolah tahfiz

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


PUTRAJAYA: Sebuah pertubuhan bertanggungjawab hal ehwal sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia mempertahankan tindakan seorang pembantu warden di sebuah sekolah tahfiz di Johor yang didakwa memukul seorang pelajar sehingga menyebabkan kedua-dua kakinya terpaksa dipotong.

Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta), Mohd Zahid Mahmood mendakwa berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah terbabit, pelajar tahfiz itu hanya dipukul di tapak kakinya sahaja.

Zahid berkata pihaknya sedang menimbang untuk mengambil peguam untuk membela sekolah dan guru terbabit.

"Kita lihat CCTV di sekolah itu, didapati memukul di satu kaki sahaja di tapak kaki dan berkemungkinan ada isu lain.

"Maklumat ini kita dapat setelah turun ke sekolah tahfiz itu dan berjumpa dengan pihak sekolah iaitu pengetua dan guru sekolah tahfiz itu," katanya selepas hadir dalam satu majlis penyampaian peruntukan kepada sekolah pondok, sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz berdaftar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini.

Kisah pelajar sekolah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin, 11, dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, minggu lalu menjadi tular di media sosial.

Thaqif dilaporkan mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak 2 minggu lepas dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden.

Kedua-dua kakinya itu kemudian terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak.

Seorang pembantu warden direman 4 hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Semalam, dilaporkan keadaan Thaqif semakin membimbangkan selepas doktor mengesan darah beku di lengan kirinya.

Ibu saudaranya, Nurul Nabila Ahmad, 30, berkata Thaqif yang kini ditempatkan di Unit Dependensi Tinggi (HDU) masih dalam keadaan kritikal, namun bengkak pada mukanya sudah surut selepas menjalani dialisis.

Nabila berkata keluarga mereka turut dimaklumkan doktor, pembedahan yang dilakukan semalam bagi membuang darah beku menunjukkan hasil positif dan berkemungkinan besar tangan tersebut dapat diselamatkan.

Zahid meminta masyarakat di luar termasuk media untuk memberi ruang kepada pihak yang bertanggungjawab menjalankan siastan terhadap kes itu sebelum membuat tuduhan.

Tekanan

Katanya, sikap menunding jari kepada sebelah pihak hanya menunjukkan sekolah tahfiz itu dilihat sebagai tempat pengganas.

"Sebab tak ada keputusan lagi dan saya harap kita masyarakat beri ruang sepenuh-penuhnya kepada pihak berwajib seperti polis buat siastan, doktor buat siasatan perubatan, supaya mendapat satu jawapan yang telus.

"Apa kita lihat hari ini, rakyat menunding jari terus kepada sekolah, ustaz, sedangkan benda itu berlaku lepas 2 minggu.

"Janganlah kerana nyamuk seekor kita bakar kelambu dan seluruh tahfiz dilabelkan mendera, pengganas," katanya.

Sementara itu, seorang pengetua sekolah tahfiz dari Baling, Kedah, Abdul Rahman Yahya Tohar berkata gangguan emosi guru tahfiz mungkin antara puncanya.

Katanya, jika dilihat peraturan yang ditetapkan. sekolah tahfiz tidak membenarkan pelajar tahfiz dipukul.

"Kalau apa-apa kesalahan, dia akan rekod dan bawa kepada pengetua."

Menurutnya, hukuman disiplin termasuk denda, gantung atau buang sekolah.

"Jika rotan pun hanya tempat yang tidak menyakitkan dan memudaratkan seperti di tapak kaki. Itu pun jika pelajar tahfiz itu betul-betul degil," katanya kepada FMT.

Menurut Abdul Rahman, pelajar tahfiz biasanya akan diberikan nasihat jika membuat sesuatu kesalahan.

"Tetapi ada juga mungkin guru yang tak tahan sangat akan rotan tetapi tidak sampai memudaratkan. Melainkan ketika itu guru tahfiz tersebut ada masalah tekanan di rumah atau masalah kerja yang menyebabkan pelajar tahfiz yang dipukul cedera.

"Itu pun kalau berlaku hanya kes terpencil," katanya.

Budak Dipukul Tunjuk Tanda Darah Beku Di Bahu Kiri

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

JOHOR BAHRU: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang kehilangan kedua kakinya kini mula menunjukkan darah beku di bahu kiri.

Menurut ibu saudara mangsa, Nurul Nabila Ahmad, 30, bahu kiri Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi menunjukkan tanda-tanda darah beku pada pukul 6 petang Ahad.

Bercakap ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail di sini Isnin, Nurul berkata, doktor memberikan ubat penipisan darah kepada anak saudaranya.

Dilaporkan tangan kanan Mohamad Thaqif kembali kepada warna asal secara perlahan-perlahan selepas ia berwarna kehitaman akibat jangkitan kuman.

Nurul turut memberitahu bahawa ujian telah dijalankan ke atas tangan kanan anak saudaranya yang terkena jangkitan kuman dari paras siku sehingga jari.
Bagaimanapun, ubat bagi merawat tangan Mohamad Thaqif memerlukan masa 48 jam untuk menampakkan kesan sepenuhnya dan hanya boleh diketahui pada pagi Selasa.

Dilaporkan murid berkenaan didakwa dipukul oleh pembantu warden di sebuah sekolah tahfiz di Kampung Lukut, Kota Tinggi di sini.

Mangsa yang merupakan tiga daripada lima beradik mengalami demam selepas lembam dan bengkak mula kelihatan pada kedua kakinya akibat jangkitan kuman.

Doktor terpaksa memotong kedua kakinya bagi mengelakkan kuman itu daripada merebak.

"Ya Allah..." - Pelajar Madrasah Yang Dipukul Luah Perasaan Di Dalam Diari - Ibu Saudara
siakapkeli.my

Johor Bharu - Pelajar sebuah madrasah yang mana kakinya dipotong selepas didakwa didera bulan lepas menulis pengalaman itu di dalam diarinya.

Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata anak saudaranya itu sebelum ini mengadu dipukul.

"Anak saudara saya berkata kadang-kadang, dia dan rakan akan sukarela untuk dipukul terlebih dahulu kerana mereka mahu tidur awal memandangkan mereka perlu bagun pada jam 3pagi untuk sembahya," dakwanya.

Katanya lagi, keluarga telah menemukan diari pelajar itu yang mencertikan tentang azab yang terpaksa ditempuhinya.

"Anak saudara saya menulis dia ditumbuk tanpa sebarang sebab dan tidak lagi mampu bertahan dari penderaan, dan mahu bertukar ke sekolah lain," kata Dzuraidah Said kepada The Star Online.

Dalam satu entri, budak lelaki itu menulis beliau dipukul di bahagian punggung selepas diberitahu oleh pembantu warden untuk mencuci beberapa cawan.

"Wahai Allah, tolong bukakan hati ibu bapaku untuk membenarkanku bertukar ke sekolah lain kerana aku tidak tahan lagi. Tolong, Allah, buatkan hasratku menjadi kenyataan," tulis pelajar itu sebagaimana yang diberitahu.

Pelajar itu kini berada dalam keadaan koma dan doktor sedang merawat untuk memberhentikan darah bekunya dari menjadi lebih teruk.

Sumber: The Star

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:53 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bolehkah Kongsikan Masalah Rumah Tangga Dalam Facebook? Ini Jawapan Dari Dr. Zaharuddin Abd Rahman
siakapkeli.my

Sebelum ini sering kita terbaca kisah luahan di laman sosial terutamanya di Facebook, rata-rata mereka bercerita kisah masalah rumah tangga mereka dan menarik perhatian ramai orang.

Apabila kisah ini dimuatnaik makan pelbagai reaksi oleh netizen akan muncul, ada marah, ada menyokong dan ada yang mengeluarkan kata-kata kesat.

Adakah perbuatan ini sebenarnya dibenarkan? jom kita baca huraian daripada Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman mengenai perkara ini.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka.

Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya.

Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat 'membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang 'perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, jika perlu kongsilah password facebook di antara suami dan isteri, agar bersama-sama sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dibuat. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

- Siakapkelu.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:54 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Semalam Genap 1 Tahun Saya Buang 2 Biji Bebola Gel - Safiey Ilias
siakapkeli.my

Nama Safiey Ilias bukanlah satu nama yang perlu diperkenal lagi di dunia maya ini, seorang anak muda berjaya dalam bidang perniagaan yang menjadi contoh kepada anak muda lain diluar sana, mengakui dia pernah melakukan kesilapan dalam memilih jalan hidup, tetapi kini telah kembali ke pangkal jalan yang diredhaiNya.

Dia mengakui masa silamnya cukup teruk apabila telah telibat dalam dunia mak nyah dan pada tahun lepas bersamaan 16 April 2016 dia telah melakukan pembedahan membuang dua biji gel daripada payudaranya.

Ada segelintir netizen tidak suka akan proses penghirahannya sehingga dikecam, dan ada yang tidak percaya keputusan membuang gel itu berkekalan, namun kini selepas setahun berlalu nampaknya Safiey terus istiqamah dengan keputusan yang dibuatnya itu.

Berikut adalah luahan dan pesanan Safiey kepada mereka di luar sana, jom kita baca

Semalam genap 1 tahun tanpa dua biji bebola gel... Hijrah saya bukan sekadar luaran dan penampilan.. tapi paling besar sekali adalah bila meletakkan hanya Allah yang satu... Sesiapa pun boleh berhijrah penampilan tetapi tidak pada ibadah.

Nasihat saya adalah jaga solat betul-betul sebab ia kunci kejayaan dunia & akhirat... Saya tak baik mcm awk semua yg sebelum ni jaga solat... saya baru jumpa jalan... hijrahkan diri tentang ibadah dahulu baru benda2 lain yg baik insyaallah akan menyusul..

Kalau saya masih mak nyah tapi tak solat, tak ada beza jika saya lelaki tapi tak solat... pokok pangkal adalah tentang solat... berhijrah penampilan bukan tiket kejayaan yg sebenar lagi... solatlah kejayaan yang sebenar!

Solatlah walau siapapun awak.. mulut orang letak tepi... mungkin hidayah akan sampai pada awk bila tiba masanya.. orang sekarang nak berubah tapi tunggu hidayah sampai.. sedangkan solat itu sebenarnya adalah usaha "mencari hidayah"... sebab tu orang yang tak solat sebenarnya menolak hidayah dan merosakkan hidayah islam & iman yang dah diperoleh sejak lahir...

Bukahkah Allah paling murka pada org yg tidak mahu sembah dia dan tidak mahu mengaku hamba?? Bukankah solat perkara pertama Allah tanya ? Ramai org tanya "alah dia solat tp dosa itu ini buat jugak".. ya itulah manusia! Hanya malaikat dan makhluk lain yg patuh pada Allah dan sedikit pun tak ingkar perintah Allah.. dah nama manusia bukannya ombak laut.. pasti ada buat silap...

Jangan patahkan semangat bila ditohmah begitu oleh orang... bukankah solat itu sendiri adalah doa? Pencuci jiwa? Pencuci dosa? Kita solat sbb kita hamba, dan kita ada kesedaran pada dosa yang tiap masa kita buat sama ada sedar atau tak..Mcm sekarang, tengah baca status ini.. ada dosa yang kita sendiri tak sedar kita buat.. jadi solatlah untuk sucikan dosa itu...

Doakan saya.. saya manusia sama seperti anda yg mgkin buat silap beribu kali.. namun Allah maha pengampun... rahmatNya menlangkaui kemurkaanNya.. TAK APA DIBENCI MANUSIA.. TAK APA DIEJEK MANUSIA.. BIARLAH ORG LAIN TAK FAHAM UJIAN KITA.. JANJI KITA USAHA CUKUP2 BUAT ALLAH SAYANG KITA... kasih sayang manusia ni tak puas.. — Siakapkeli.my

Kredit: Instagram Safiey Ilias

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Meninggal Dunia Selepas 9 Jam Tertinggal Dalam Van Yang Dinaiki Untuk ke Tadika
siakapkeli.my

Foto: Harian Metro

Gombak: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meningga dunia selepas sembilan jam tertinggal di dalam van di Bandar Country Homes, Rawang, Gombak pada Jumaat lalu.

Harian Metro melaporkan, polis berkata adik Muhammad Iqram Danish menaiki van itu bersama tiga kanak-kanak lain ke Jalan Desa, Bandar Country Homes, Rawang di sini kira-kira jam 8 pagi.

"Pemandu van berkenaan berusia 21 tahun dikatakan tidak menyedari kanak-kanak itu yang tidur masih berada di dalam van berkenaan dan hanya menyedari perkara itu kira-kira 5 petang ketika mahu menjemput mereka balik dari tadika berkenaan.

"Ketika ditemui, kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh oleh pemandu van berkenaan. Namun, ketika menerima rawatan, dia disahkan meninggal dunia dipercayai akibat lemas," katanya.

Katanya, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada pemandu van itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian.

Sumber: Harian Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tindakan Myvi Putih Jadi Tular

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

SEBUAH Perodua Myvi putih yang dipandu secara melulu di laluan kecemasan lebuh raya baru Lembah Klang (NKVE) dan menghimpit seorang penunggang motosikal tular di media sosial pagi ini.

Dalam kejadian itu, Myvi putih tersebut didapati menghimpit seorang penunggang motosikal sehingga hampir terjatuh sebelum lelaki berkenaan bertindak menendang cermin sisinya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Tue Apr 25, 2017 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



SUSAH BETUL NAK JADI ORANG BAIK ZAMAN SEKARANG NI...
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



7 Ekor Rusa Terlepas 'Berkunjung' ke Parlimen, Manfaatkan Peluang Untuk 'Mandi Kolam'
siakapkeli.my

Parlimen hari ini dikejutkan dengan kedatangan beberapa ekor rusa yang tiba-tiba berkunjung dan bermain-main kolam di perkarangan utama Parliment dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi tadi.

Bernama melaporkan, seorang pengawal keselamatan di Parlimen berkata sebanyak tujuh ekor rusa dari puluhan rusa yang dipelihara di Taman Rusa bersebelahan tempat letak kereta pelwat bangunan Parlimen itu dipercayai terlepas dan memasuki perkarangan Parlimen ketika sesi persidangan Dewan Negara berlangsung.

"Tiga ekor rusa berkenaan masuk dan bermain-main di dalam kolam manakala beberapa ekor lagi berlegar-legar di kawasan berpagar berhampiran pintu masuk utama.

"Kesemua rusa berkenaan dapat ditangkap dan dimasukkan semula ke dalam kandang, kira-kira sejam kemudian, tanpa sebarang insiden yang tidak diingini," katanya kepada Bernama.

Insiden itu turut dimuat naik oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang menghadiri sesi persidangan Dewan Negara hari ini.

Rosnah Abdul Rashid Shirlin
·Sangat mencuit hati!
Hari ini kolam di bangunan parlimen dikejutkan dengan 'lawatan istimewa' seekor rusa. ☺️

Sumber: Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:56 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Seri Paduka Titah Pembesar Suara Masjid Disambung Ke Istana Telipot

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


KOTA BHARU -- Istana Telipot yang menjadi kediaman Sultan Muhammad V di sini, dipasang pembesar suara yang disambungkan secara terus dari Masjid Sultan Muhammad II, Telipot, dekat sini.

Imam Tua masjid berkenaan, Ahmad Yunoh, 42, berkata ia bagi memudahkan baginda mengikuti kuliah atau aktiviti agama serta mendengar laungan azan dari masjid berkenaan yang terletak tidak sampai 100 meter dari kediaman rasmi Seri Paduka.

"Seri Paduka memberitahu dengan cara tersebut baginda boleh sama-sama mendalami ilmu agama jika baginda tidak berkesempatan hadir untuk mengikuti kuliah agama di masjid ini.

"Saya kagum dengan keinginan dan cadangan yang disuarakan Seri Paduka itu kerana jelas baginda amat menitikberatkan soal agama dalam kehidupannya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata idea Seri Paduka itu dilontarkan baginda beberapa tahun lepas ketika baginda masih bergelar pemangku Sultan Kelantan, sekali gus memberi satu penghormatan dan penghargaan yang besar kepada pengurusan Masjid Sultan Muhammad II.

Katanya, walaupun Seri Paduka kini sudah jarang berada di Kelantan namun baginda meminta agar pembesar suara itu terus kekal dipasang seperti biasa.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata beberapa tahun lepas Seri Paduka turut membuat tranformasi kepada pengurusan masjid tersebut dengan meminta imam, bilal atau anggota jawatankuasa (AJK) masjid sendiri membaca al-Quran berbanding memutarkannya menerusi kaset atau cakera padat.

"Seri Paduka bertitah adalah lebih molek dan afdal kiranya ayat-ayat al-Quran dapat dibacakan sendiri oleh AJK masjid. Saya terdiam seketika mendengar cadangan tersebut dan terdetik dalam hati betapa Seri Paduka amat menitikberatkan hal berkaitan agama," katanya.

Katanya, bermula pada hari itu beliau bersama AJK masjid yang lain akan bergilir-gilir memperdengarkan bacaan al-Quran selama 15 minit sebelum azan dilaungkan sehingga ke hari ini.

Beliau berkata kehadiran Seri Paduka ke masjid lebih kerap ketika bulan Ramadan terutama pada waktu Subuh dan Asar.

Ahmad berkata jemaah masjid sering menerima kunjungan mengejut daripada Seri Paduka terutama pada waktu Asar.

"Pernah berlaku, saya hanya menyedari kehadiran Seri Paduka selepas selesai menunaikan solat kerana baginda hanya mengenakan baju-T dan seluar.

"Tetapi Seri Paduka sepertimana yang dikenali rakyat adalah seorang raja yang mesra dan tidak mementingkan protokol. Kami boleh berbual seperti biasa sebagaimana jemaah lain tanpa rasa kekok," katanya.

Beliau berkata pada waktu Subuh pula, Seri Paduka gemar mengenakan jubah berwarna putih dan sering memperuntukkan waktu untuk duduk di mana-mana sudut masjid untuk berwirid ataupun membaca al-Quran yang dibawanya sendiri.

"Seri Paduka tidak pernah meminta pihak masjid menyediakan tempat khas untuknya. Sifat rendah diri ini amat terkesan di hati kami dan menunjukkan tiada sempadan antara umat manusia di sisi Allah," katanya.

Ahmad berkata Seri Paduka juga banyak memberi sokongan dalam usaha mengimarahkan Masjid Sultan Muhammad II termasuk memberi pelbagai sumbangan berbentuk wang ringgit kepada imam-imam jemputan luar negara yang mengetuai solat terawih di samping aktiviti masjid yang lain.

Mengakhiri perbualan, Ahmad berkata kehadiran Seri Paduka ke Masjid Sultan Muhammad II sentiasa dinantikan dan dialu-alukan oleh semua jemaah.

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Dis tahun lepas.

Istiadat pertabalan Agong akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, Isnin ini.

-- BERNAMA

Sultan Muhammad V Ditabal Yang di-Pertuan Agong Ke-15 Dalam Acara Penuh Istiadat

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: "Daulat Tuanku!". Sultan Muhammad V pada Isnin ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, untuk memerintah Malaysia bagi tempoh lima tahun.
Istiadat Pertabalan di Istana Negara mengikut warisan Kesultanan Melayu itu adalah bagi menguar-uarkan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia telah mempunyai ketua negara yang baharu berlandaskan sistem Raja Berperlembagaan.

Sultan Muhammad V, 47, sebelum ini melafaz sumpah memegang jawatan itu, pada 13 Disember lepas, bagi menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu''adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahannya pada tarikh tersebut.

Malaysia adalah satu daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan sistem penggiliran pemerintahan itu adalah satu-satu yang seumpamanya di dunia.

Istiadat Pertabalan itu disaksikan kira-kira 800 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut menyaksikan acara gilang-gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri daripada ketua-ketua Diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Tiupan serunai diiringi paluan gendang oleh Pasukan Gendang Besar D''Raja Kelantan yang memainkan lagu ''Raja Bertabal'' berkumandang di dalam Balairung Seri, Istana Negara, sebaik sahaja Sultan Muhammad V menyempurnakan lafaz ikrar Yang di-Pertuan Agong Ke-15.

Ia disusuli dengan laungan "Daulat Tuanku!" sebanyak tiga kali oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara Mej. Jen. (B) Datuk Mamat Ariffin Abdullah dan disahuti para hadirin di dalam Balairung Seri yang diadakan dengan penuh adat istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu.

Sejurus laungan itu, lagu ''Negaraku'' dimainkan oleh Pancaragam Tentera Udara Diraja Malaysia dan berserentak dengan itu tembakan meriam sebanyak 21 das.

Istiadat Pertabalan Sultan Muhammad V itu turut disiar secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Terdahulu, Istiadat Pertabalan itu dimulakan sebaik keberangkatan masuk Sultan Muhammad V ke Balairung Seri dengan diiringi tiupan serunai dan paluan gendang oleh Pasukan Gendang Besar D''Raja Kelantan yang mengalunkan lagu ''Raja Berangkat''.

Keberangkatan masuk baginda didahului oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, serta diapit panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama selain diiringi oleh juruiring-juruiring baginda dan panglima-panglima lain yang membawa alat-alat kebesaran Diraja.

Cogan Alam dan Cogan Agama, kedua-duanya tongkat perak adalah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja yang begitu signifikan dalam istiadat pertabalan dan menjadi lambang kebesaran institusi Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Malaysia.

Sultan Muhammad V yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong iaitu ''Muskat'' (seperti kot hitam labuh) bersulam emas serta berseluar panjang bersulam di kaki dan memakai Tengkolok Diraja yang soleknya (bentuk ikatan) dinamakan ''Dendam Tak Sudah''.

Baginda juga memakai Pending Diraja, diperbuat daripada emas bertatahkan permata delima dengan lambang Kerajaan Persekutuan tertera di tengah-tengahnya bersama-sama tali bengkung yang diperbuat daripada kain sakhlat bertekat benang emas berbunga-bunga.

Di pinggang Seri Paduka tersemat Keris Pendek Diraja yang hulunya diperbuat daripada mata keris lama dengan bersarung gading bertatahkan emas.

Seri Paduka kemudiannya bersemayam di Singgahsana di Balairung Seri itu untuk Istiadat Pertabalan.

Datuk Paduka Maharaja Lela kemudian menghadap Sultan Muhammad V bagi memohon perkenaan untuk memulakan Istiadat Pertabalan itu yang kemudian membuat pengumuman bahawa istiadat itu dizahirkan selepas mendapat perkenan baginda.

Sejurus selepas itu, Datuk Paduka Maharaja Lela memohon perkenan baginda untuk membawa masuk naskah Al-Quran dan baki alat-alat kebesaran Istiadat Pertabalan ke Balairung Seri.

Kemudian, dengan iringan tiupan serunai dan paluan gendang lagu ''Seri Istana'', Datuk Paduka Maharaja Lela diiringi Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz membawa masuk naskhah Al-Quran dan Keris Panjang Diraja yang juga merupakan Keris Kerajaan, Surat Pengisytiharan serta Warkah Ikrar yang dibawa oleh pegawai-pegawai Istana Negara lain, diikuti Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob.

Nashkah Al-Quran, yang merupakan lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara, kemudiannya disembahkan kepada Seri Paduka oleh Datuk Paduka Maharaja Lela yang disambut baginda lalu mencium naskhah suci itu dan meletakkannya di atas meja di sebelah kanan baginda.

Datuk Maharaja Lela kemudiannya menyampaikan Surat Pengisytiharan pertabalan kepada Perdana Menteri yang tampil ke hadapan Singgahsana, mengangkat sembah dan membacakan perisytiharan itu.

Ini diikuti dengan Datuk Paduka Maharaja Lela mempersembahkan Keris Kerajaan yang merupakan alat kebesaran utama negara kepada Yang di-Pertuan Agong.

Seri Paduka yang menerima keris berkenaan lalu menghunus dan mengucupnya, simbolik kebesaran dan kekuasaan kepada Seri Paduka, sebelum baginda menyarungkan semula keris itu dan meletakkannya di atas meja di sebelah kiri baginda.

Istiadat kemudian diteruskan dengan bacaan lafaz ikrar oleh Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan pemerintahan seadil-adilnya bagi Malaysia, mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara serta memelihara dengan sempurna agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman.

Sebaik sahaja selesai ikrar dilafazkan, tiupan serunai dan paluan gendang dengan lagu ''Raja Bertabal'' dimainkan, diikuti laungan ''Daulat Tuanku'' sebanyak tiga kali oleh Datuk Paduka Maharaja Lela diikuti para hadirin di dalam Balairung Seri.

Sejurus selepas itu lagu Negaraku dimainkan sekali lagi dan serentak itu tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan.

Perdana Menteri kemudiannya sekali lagi menghadap Seri Paduka untuk mempersembahkan Ucapan Tahniah dan Taat Setia atas pertabalan baginda sebagai mewakili kerajaan dan rakyat.

Sultan Muhammad V kemudian berkenan menyampaikan Titah Diraja, sebelum Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob membacakan doa selamat.

Selepas itu, naskhah Al-Quran dibawa turun dari Singgahsana oleh Datuk Paduka Maharaja Lela sebelum menyembahkan bahawa Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 selamat disempurnakan.

Seterusnya, Balairung Seri sekali lagi didendangkan dengan gemersik tiupan serunai berserta gema paluan gendang yang memainkan lagu ''Raja Berangkat'' bagi mengiringi Seri Paduka meninggalkan istiadat yang didahului Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja serta diiringi panglima-panglima yang membawa alat-alat Kebesaran Diraja.

Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, 14 Oktober 2016, bagi tempoh lima tahun. -Bernama

"Tak Ada Protokol, Kaki Ayam & Karpet Merah" - Video Ketibaan YDP Agong Untuk Majlis Bacaan Yaasin Buat Netizen Kagum
siakapkeli.my

Esok (24 Apr) merupakan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V dan semua rakyat Malaysia bercuti sempena hari bersejarah itu.

Pada 20 April lepas, satu majlis bacaan Yāʾ-Sīn diadakan sempena hari pertabalan itu dan baginda tiba untuk majlis itu dengan sangat bersahaja.

Video ketibaan baginda Sultan Muhammad V itu dimuat naik oleh pengguna Twitter Ainul Akmal Hafizan‏ yang nyata kagum dengan sifat merendah diri baginda.

"Ketibaan YDP Agong di Masjid Putrajaya untuk majlis bacaan Yāʾ-Sīn sempena pertabalan baginda.
No protocol, kaki ayam & no red carpet. 😍" tulis Ainul.

Video berdurasi 12 saat itu pada mulanya merakamkan baginda Sultan Muhammad V berjalan di atas karpet merah yang disediakan. Bagaimanapun, baginda mempercepatkan perjalanan dengan mengambil laluan lebih pantas dengan memotong karpet itu.

Yup, Sultan Muhammad V memang terkenal dengan sifat baginda yang tidak mementingkan protokol dan juga merendah diri.

Satu lagi yang dapat dilihat dalam video itu adalah baginda berjalan dengan sangat pantas. Semua orang dalam video tu pun kena jalan pantas untuk mengikut baginda.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 25, 2017 7:56 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Akuan Bekas Penjawat Awam

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Saya merupakan seorang bekas penjawat awam yang pernah bertugas didalam keselamatan negara.

Sepanjang perkhidmatan saya dari umur 19 tahun hingga 56 tahun (37 tahun) saya amat menyanjungi PAS (Parti Islam Semalaysia), walaupun pada awal perkhidmatan, saya amat negatif kepada parti pembangkang ini namun dari masa ke masa saya mulai berpandangan positif kepada parti ini.

Dengan keupayaan dan sumber yang terhad dan merupakan parti paling miskin pernah saya lihat, mereka dapat membangunkan markaz, pusat tarbiyah, sekolah pondok, pusat tahfiz, surau dan masjid mereka sendiri dengan hanya mengutip derma dan sumbangan di ceramah-ceramah dan aktiviti mereka.

Malah setiap kali pilihanraya umum setahun sebelumnya lagi mereka sudah kumpul duit, ada calon mereka yang menggadai tanah pusaka, rumah dan segala harta yang ada semata-mata untuk jadi calon dan kemudian kalah teruk, alangkah bodohnya tindakan itu, itulah pandangan saya masa itu.

Tapi mereka tetap berusaha dan tak pernah tidak bertanding walaupun tempat itu kubu kuat BN.

Dahulunya ramai orang UMNO amat marahkan PAS namun mereka tidak sedar bahawa ulama' yang banyak memenuhi Forum Perdana seperti Ust. Ismail Kamus, Allahyarham Dato' Harun Din sehinggalah ke Ustaz-ustaz terkini yang sering ke kaca TV adalah ahli PAS. Malah orang UMNO @ BN sanggup bayar ustaz-ustaz ini sehingga ribuan ringgit untuk satu ceramah dan puluhan peratus bayarannya disumbangkan kepada PAS.

Berapa banyak pula produk kesihatan dan makanan sunnah yang milik ahli PAS dan menjadi sumber kewangan PAS yang popular diguna dan dipromosikan oleh ahli UMNO/BN tanpa sedar untuk kesihatan diri dan keluarga.

Ustaz-ustaz PAS ini banyak membantu masyarakat seperti Darussyifa dan lain-lain. Siapa yang tak kenal Darussyifa setiap kali ada masalah HANTU (makhluk halus) maka ustaz-ustaz PAS inilah yang dicari walaupun ahli UMNO/BN dan pernah saya lihat ada yang bukan Islam juga mencari Darussyifa untuk bantuan masalah gangguan makhluk halus.

Malah DUA penceramah yang paling popular kini juga merupakan salah seorang ahli dan penggerak PAS Perak dan PAS Terengganu diperingkat DUN pada seketika waktu dahulu.

Pendek kata PAS telah banyak berjasa kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia tanpa mereka sedari dan tanpa promosi jasa mereka pada masyarakat.

Cuti bersalin penjawat awam sehingga 90 hari dimulakan oleh kerajaan PAS Kelantan.

Kerja 5 hari seminggu adalah dari Kerajaan PAS Kelantan.

macam-macam sumbangan PAS pada masyarakat dan kepada kebajikan kakitangan awam.

PAS dari sebuah parti "PAK LEBAI" miskin kini telah lengkap dengan :
-Kompleks mereka sendiri
-IPTS mereka sendiri
-Sekolah Menengah mereka sendiri
-Sekolah Rendah mereka sendiri
-Pusat Tahfiz mereka sendiri
-Pusat asuhan PASTI mereka sendiri
-TVPAS mereka sendiri
-Radio HIJAU.FM mereka sendiri
-Akhbar HARAKAH mereka sendiri
-UNIT AMAL MALAYSIA mereka sendiri untuk buat semua kerja kebajikan yang makin popular dan diterima ramai sejak banjir besar di Johor (awal tahun 2000-2004) lagi. Lengkap dengan petugas, doktor, jururawat, ambulans dan kenderaan menyelamat mereka sendiri.

Cuma PAS adalah sebuah parti yang tidak mahir mendabik dada dan mempromosikan parti dan jasa mereka. Mereka memberi dan menyumbang dalam diam/senyap. Memegang teguh ajaran Rasulullah SAW iaitu memberi dengan tangan kanan jangan sampai tangan kiri tahu.

PKR dan DAP (Pakatan Rakyat) juga sepatutnya sedar mereka terhutang budi dengan PAS. Mereka belajar berpolitik dengan orang Islam dan bukan Islam melalui PAS. Mereka nak tiru PAS sepenuhnya namun tak mampu walaupun mereka ada kewangan dan pimpinan yang baik namun mereka tiada penyokong yang ikhlas dan ringan tulang. Semua perlu berbayar dan perlu 'duit minum'.

Malah setiap kali PRU orang PAS adalah yang paling sibuk berkempen, panjat pokok menaikkan bendera, menaikkan poster dan membuat ceramah bagi pihak PKR dan DAP (Pakatan Rakyat).

Malah ramai pimpinan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) dijaga keselamatan dan kebajikan mereka oleh petugas PAS, ada yang dijaga 24 jam.

Jadi dengan prestasi, sumbangan dan kelayakan yang telah dimiliki oleh PAS sejak lebih 60 tahun maka saya yakin jika PAS memerintah, merekalah yang paling layak.

Semoga PAS akan menang dalam pilihanraya akan datang.

Jika mereka boleh membangunkan parti mereka dari kosong "From Zero" kepada sehebat kini, saya yakin mereka boleh membangunkan sebuah negara yang hebat.

Wallahuallam.

ASKAR PENCEN

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: