Tuesday, April 4, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4711[1 Attachment]

8 Messages

Digest #4711

Messages

Tue Apr 4, 2017 7:51 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



KWSP rugi RM203j akibat pelaburan saham FGV

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan kerugian sebanyak RM203.18 juta apabila menjual saham-saham miliknya dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada bulan Ogos yang lalu.

Kementerian Kewangan, menerusi jawapan bertulis Parlimen Isnin lalu bagaimanapun berkata, KWSP mendapat pendapatan dividen sebanyak RM105.77 juta daripada saham-saham FGV itu.

"KWSP akan mengurang atau menjual sepenuhnya saham-saham syarikat-syarikat yang menunjukkan prestasi kewangan yang menurun secara berterusan serta pengurusan lemah selepas menjalankan analisis," kata kementerian itu dalam menjelaskan mengenai strategi pelaburan agensi itu.

KWSP, di peringkat permulaan memegang 4.5 peratus kepentingan dalam FGV sebelum meningkatkan pemilikan sahamnya kepada 8.49 peratus pada September 2013.

Jawapan bertulis Kementerian Kewangan itu adalah respons kepada pertanyaan dari Ko Chung Sen (DAP-Kampar) mengenai kerugian yang dialami KWSP akibat kejatuhan harga saham FGV.

FGV disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2012, menjana perolehan RM10 bilion dengan disebut-sebut menjadi salah satu daripada tawaran awam permulaan (IPO) terbesar dunia bagi tahun berkenaan, kedua selepas Facebook Inc.

Firma berkenaan membuat kemunculan pertama pada harga RM4.55 sesaham tetapi mengalami trend menurun semenjak itu.

Harga saham FGV mencecah paras terendah RM1.19 sesaham pada bulan Ogos 2015.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 4, 2017 7:51 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



"Kami Turap Lubang Jalan Hanya 3 Minit, Modal RM35," Brotherhood Pelik PBT Lambat Baiki Jalan Rosak Yang Bahayakan Pengguna
siakapkeli.my

Kumpulan kelab motor Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood) memuatnaik sebuah video mendakwa mereka berjaya untuk menurap lubang jalan yang membahayakan pengguna jalan raya, lapor Projek MMO.

Menurut Ketuanya, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando, beliau melahirkan rasa kecewa dengan tindakan sambil lewa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sering menggunakan alasan peruntukan untuk kerja baik pulih.

"Saya pernah bersemuka dengan pihak PBT. Alasan yang mereka berikan jalan berlubang tidak berturap adalah menunggu peruntukan.

"Turapan yang saya buat ini bernilai RM35 sahaja dan hanya boleh dibuat dalam masa tiga minit, tidak susah, cuma hendak dengan tidak sahaja."

"Ini kerana dulu pernah terdapat kes ada kontraktor mengaku mereka punya kerja.

"Mereka tangkap gambar dakwa mereka buat dan minta duit pada PBT," kata yang dah 10 tahun terlibat dalam bidang ini.

Beliau mendakwa, sewaktu dia dan rakan-rakan menurap jalan di sini menggunakan sepaket tar seberat 25 kg, dia hanya menghabiskan RM35 berbanding berbanding RM100 harga pasaran.

Lando Bagaimanapun menafikan apa yang dilakukannya itu adalah amalan vandalisme.

"Kenapa kami kena conteng tanda nama kami atau letakkan harga RM35? Ini kerana dulu pernah terdapat kes ada kontraktor mengaku mereka punya kerja.

"Mereka tangkap gambar dakwa mereka buat dan minta duit pada PBT. Jadi ini sahaja caranya. Kami buat sebegini bukan vandalisme.

Dia turut mendedahkan kos bulanan yang ditanggung mereka hanyalah sekitar RM5,000 sebulan di mana kebanyakkan adalah duit mereka sendiri di sembilan buah negeri termasuk Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 4, 2017 7:52 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Skuad Bola Sepak Kebangsaan Kembali Guna Nama Harimau Malaya - FAM
siakapkeli.my

3 Apr - Skuad bola sepak kebangsaan akan kembali menggunakan nama Harimau Malaya sebagai nama rasmi pasukan tersebut.

Perkara itu diberitahu oleh FAM menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

"Skuad bola sepak kebangsaan akan kembali menggunakan nama gelaran Harimau Malaya sebagaimana nama asal pasukan tersebut sejak ditubuhkan.

"Penukaran nama ini adalah atas titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). " kata Setiausaha Agung FAM, Dato' Haji Hamidin menerusi satu kenyataan.

Kenyataan itu turut menyebut perubahan itu selaras dengan permintaan penyokong yang mahu nama lama itu kembali digunakan berdasarkan sejarah-sejarah yang pernah dilakar oleh pasukan kebangsaan.

"Oleh yang demikian, laman rasmi Harimau Malaysia akan ditutup berkuatkuasa serta merta dan segala maklumat terkini mengenai bola sepak tanah air hanya akan dikemaskini di laman rasmi FAM.

"Semoga kebangkitan semula Harimau Malaya akan mampu memberi sinaran baru untuk pembangunan bola sepak tanah air untuk jangka masa panjang." tulis kenyataan itu lagi.

Sumber: FB FAM

FAM pecat 20 kakitangan

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menamatkan perkhidmatan seramai 20 orang kakitangannya dengan persetujuan presidannya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan barisan exco.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, barisan kepimpinan badan induk bola sepak negara itu bertindak demikian untuk menyusun semula organisasi FAM.
"Ia bertujuan untuk menjaga dan mengawal kewangan persatuan. Seramai 20 orang kakitangan pentadbiran dan teknikal telah ditamatkan perkhidmatan dalam FAM untuk memastikan perjalanan organisasi ini mencapai hala tuju sepatutnya.

"Mereka telah dimaklumkan pada hari ini berserta notis dan tiga bulan gaji akan dibayar sepenuhnya sebelum 15hb April ini.

"Untuk makluman semua, semua unit dan jabatan di FAM akan diseragamkan serta digabungkan mengikut organisasi yang telah ditetapkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Tunku Ismail yang dipilih sebagai peneraju baru FAM memberi gambaran beliau akan melakukan rombakan drastik terhadap persatuan itu termasuk mengurangkan kakitangan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Malah, Tunku Mahkota Johor itu juga bertindak menukar ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan dengan mengambil Mario Gomez bagi menggantikan posisi Datuk Ong Kim Swee.

Kim Swee pula diberi tugas bagi mengendali skuad bawah 22 tahun (B-22) negara sekali gus menggantikan posisi Frank Bernhardt.

Hari ini juga, Tunku Ismail mengembalikan gelaran Harimau Malaya selepas kira-kira setahun skuad bola sepak negara menggunakan gelaran Harimau Malaysia.

Jumpa saya kalau tak puas hati: TMJ

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak laman sosial bola sepak tidak rasmi dan penyokong yang gemar melaga-lagakan peminat bola sepak di negara ini.

Tunku Ismail turut mencabar pihak tersebut berjumpa dengannya dan meluahkan sendiri rasa kurang senang mereka sekali gus menyelesaikan masalah yang ditimbulkan mereka.
"Saya akan pergi ke semua negeri untuk mesyuarat exco FAM dan sesi bersama penyokong. Kepada anda yang tidak berpuas hati boleh bertanya terus dan berkongsi pendapat
Dengan saya.

"Saya bukan individu yang suka bersembunyi dan tidak tahu apa-apa. Saya suka bersemuka dengan individu-individu seperti ini dengan cara 'gentleman' dan bersikap telus bagi menyelesaikan terus masalah atau persoalan dari anda semua demi meningkatkan mutu bola sepak dalam negara dan pasukan kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook FAM.

Tunku Ismail mengulas mengenai segelintir penyokong yang sengaja mencetuskan isu sehingga menimbulkan pertelagahan dalam kalangan peminat bola sepak di negara ini dan turut mengambil contoh isu pengendali Kedah Tan Cheng Hoe.

"Berkenaan isu yang ditimbulkan oleh laman sosial tidak rasmi yang gemar melaga-lagakan penyokong seperti berita mengenai Tan Cheng Hoe.

"Saya hendak tegaskan ini bukanlah satu perancangan untuk menjatuhkan mana-mana pihak seperti mana yang telah diuar-uarkan oleh laman tidak rasmi yang sehingga hari ini belum pernah berdepan dengan saya.

"Saya berharap penyokong pandai menilai sendiri siapa dan pihak yang mana yang selalu menguar-uarkan isu kecil daripada pihak yang memainkan peranan dan memberi sumbangan serta berkongsi pendapat, berdepan untuk bersama membantu merubah landskap bola sepak tempatan. Bukan hanya tahu melaga-lagakan penyokong sahaja," katanya.

Jelas Tunku Ismail, mentaliti penyokong sekarang perlu diubah dan seharusnya semua pihak bersatu untuk memperbaiki imej bola sepak tanah air.

"Saya tiada masa untuk melayan mentaliti seperti ini dan saya ada tugas lebih penting untuk dilakukan. Dan tugas tersebut adalah meningkatkan mutu bola sepak negara dan prestasi pasukan kebangsaan demi rakyat dan negara," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 4, 2017 7:52 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Penafian Muhyiddin Pelik. Dulu Lim Kit Siang Tak Bantah - Takiyuddin

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Datuk Takiyuddin Hassan berkata beliau berasa "pelik" dengan penafian Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa partinya bersetuju dengan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Setiausaha agung PAS berkata, beliau tidak nampak sebarang alasan untuk anggota parlimen beragama Islam untuk menolak Akta 355 itu.

"Kalau ada anggota parlimen yang tidak mahu sokong, yang jelasnya mereka yang tidak menyokong pindaan ini, perlu beri penjelasan kepada rakyat terutamanya umat Islam di Malaysia," katanya.

Anggota parlimen Kota Bharu itu berkata kepada pemberita selepas persidangan antarabangsa berkaitan nasib Rohingya di sebuah hotel di Putrajaya malam tadi.

Beliau diminta mengulas kenyataan Muhyiddin yang menafikan bahawa beliau telah bersetuju dengan RUU 355.

Semalam Muhyiddin berkata kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa beliau pada dasarnya bersetuju dengan usaha parti itu untuk meminda Akta 355, tidak tepat.

Katanya, sehingga kini, beliau sebagai anggota parlimen Pagoh, masih tidak tahu kedudukan akhir pindaan yang dicadangkan dan justeru sukar membuat keputusan.

Takiyuddin berkata, ketika pindaan akta itu dibuat pada tahun 1984, tidak ada sebarang bangkangan di Dewan Rakyat, termasuk oleh veteran DAP Lim Kit Siang sendiri.

Usul yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bertujuan melipatgandakan hukuman maksimum Mahkamah Syariah kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan sebatan 100 kali.

Bentang dulu RUU355, baru kami putuskan

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

PETALING JAYA - Parti Bersatu tidak akan menyatakan pendirian terhadap pindaan rang undang-undang (RUU) 355, sehingga kandungannya dibentangkan di Parlimen.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, persetujuan hanya boleh dinyatakan setelah semua pihak jelas dengan perkara tersebut.

"Sebenarnya usul ini tidak begitu jelas, kita tak boleh buat apa-apa keputusan. Beberapa kenyataan yang dibuat sebelum ini oleh pihak lain, bukan daripada saya sendiri," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabatnya di sini, hari ini.

Beberapa hari lalu Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Presiden Bersatu menyatakan sokongan terhadap pindaan.

"Kita sendiri tidak tahu sama ada kerajaan nak bentang atas nama kerajaan atau Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diberi ruang untuk membentangkannya.

"Dan lepas tu tentulah ada perbahasan-perbahasannya, selagi perkara itu belum sampai ke tahap itu, saya yakin tidak berapa tepat untuk Bersatu ambil pendirian dalam soal ini," katanya.

Tegas Muhyiddin, Bersatu tidak akan terburu-buru menyatakan sokongan kerana ia bukan perkara kecil.

"Saya perlukan satu waktu yang sesuai untuk buat keputusan muktamad," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 4, 2017 7:53 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Ibu Baru Bersalin, Jangan Langgar Pantang Tidur Dalam Bilik Aircond, Nasihat Penting Dari Bidan Ini
siakapkeli.my

Pasti ramai kita pernha melihat atau melalui, ibu lepas bersalin akan memakai stokin di kaki mereka untuk mengelakkan suhu sejuk yang bakal memberi kesan kepada sistem peranakan.

Tapi dilihat zaman semakin maju, penjagaan dalam pantang semakin longgar, sebenarnya langgar pantang akan memberikan kesan jangka panjang kepada ibu berkenaan, oleh itu Puan Siti Aishah yang merupakan seorang Juru Urut Bertauliah dan Pengamal Warisan Perbidanan Melayu Lama telah tampil memberikan nasihat berguna kepada ibu-ibu diluar sana.

Jom kita baca.

Langgar pantang, tidur dalam bilik beraircond, alasan wajib yang selalu saya dengar, anak(bukan newborn ya) tak tahan panas, newborn tak tahan panas, ibu tak tahan panas, atau suami tak tahan panas.

Nasihat saya, tidur dalam bilik beraircond biarpun temperature hanya 25°c sudah dikira sejuk ya

Ibu-ibu yang tidur dalam bilik beraircond sekup kepala, pakai stokin, pakai baju lapis2 dikira bersejuk ya.

Ibu-ibu dalam pantang yang kerap beraircond, malah tidur dalam aircond mudah terkena serangan bentan urat (demam menggigil seluruh badan), meroyan urat ( simptom arthiritis - sakit2 sendi) dan meroyan bulu (mudah rasa seram sejuk) selepas bersalin.

Nasihat saya,

Jika anak-anak yang dah besar dan suami anda tak tahan tidur tanpa aircond, anda kenalah berkorban tempat dengan tidur di tempat lain sepanjang pantang 44 hari.

Berpisah tempat tidur 44 hari bukan bermaksud anda buang anak-anak yang lain. Ia adalah tanda kesungguhan anda untuk cepat sembuh supaya genap 44 hari berpantang, anda menjadi ibu yang lebih sihat dan mampu luangkan banyak masa berkualiti dengan anak2.

Kadang-kadang bila melihat balik ibu yang dah dihinggap sakit melunai selepas tamat tempoh berpantang, saya menyaksikan sendiri betapa mereka "rimas" dengan kehadiran anak2 kerana si ibu sibuk melayan sakit2 badan yang tak surut2 selepas bersalin.

Newborn dilahirkan dari kantung ketuban yang panas. Mereka dah biasa berpanas selama 10 bulan dalam perut ibu. Jadi alasan bayi tak tahan panas lebih kepada observation ibu pada ruam2 di badan bayi dan rengekan bayi.

Sebab tu mak-mak kita dahulu dia tak tala kipas kat anak-anak baru lahir. Dia pakaikan anak bedak sejuk. Lepas tu baju anak kapas nipis. Bedungnya juga dari kain batik/pelikat lusuh. Zaman sekarang anak di fashionkan gaya anak lahir dkt UK. Mana budak tu tak mengamuk.

Yang suaminya pula. Kalau nak tidur dengan isteri, kenalah berkorban. Belajar tidur tanpa aircond dengan kipas yang seminima mungkin.

Jangan sibuk mengelar isteri derhaka, kerana wanita yang banyak beraircond lambat laun akan melalui frasa mati putik dimana mereka akan menjadi lebih derhaka apabila mereka langsung tak ada nafsu untuk bersama dengan anda.

Cuba jadi jantan sejati sikit.

Fikirkan khasiat berpantang ini untuk jangka masa panjang. Demi keharmonian rumahtangga kalian sehingga terputus nyawa.

Buat ibu2 muda yang akan berpantang, siap2 beli kipas tangas. Jangan cuba dilangkah pantang larang nan satu ni. Jangan jadikan badan anda sebagai bahan ujikaji.

Kerana sekali badan dah mula sakit2 akibat tidak berpantang, ubatnya mahal. Kesannya berpanjangan. Anda akan tua sebelum usia.

Fikirkan2.

Biar merana 44 hari.
Dari merana 44 tahun.

Juru Urut Bertauliah, Pengamal Warisan Perbidanan Melayu Lama
Siti Aishah

**Artikel dimuatnaik atas kebenaran pemilik asal.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 4, 2017 7:53 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



KTM Terima Surat Jujur, Pelanggan Bayar Tiket 2001

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

BUKAN mudah berjumpa dengan orang yang jujur mahu mengaku salah memohon maaf, apatah lagi apabila kesalahan itu sudah pun dilakukan bertahun-tahun lama.

Demikian yang terjadi kepada pihak KTM Berhad hari ini, apabila dikejutkan dengan satu surat jujur beserta sekeping not RM5 dari seorang individu tidak dikenali yang mahu membayar hutang tambangnya pada tahun 2001.

Merasakan ia memang satu amalan terpuji, syarikat pengangkutan awam rel kebangsaan itu lantas memuat naik gambar surat berkenaan dengan ucapan terima kasih.

Menerusi surat tulisan tangan yang dikirimkan kepada KTM Berhad itu, individu tersebut menyatakan dia bersama rakan menaiki komuter namun turun di stesen tidak sepatutnya yang memerlukannya bayar tambahan lagi RM1.
"Saya pernah menaiki komuter pada tahun 2001 di Stesen Bangi ke Bank Negara tetapi turun di Stesen Putra tanpa membayar tiket tambahan (RM1 di antara Bank Negara ke Putra).

"Jadi di sini saya sertakan RM2 (saya dan seorang rakan) sebagai ganti. Semoga dapat disampaikan kepada pihak yang sepatutnya.

"RM3 saya lagi saya sedekahkan kepada orang yang dapat membantu menyampaikan amanah saya ini. Maafkan kesalahan saya." tulisnya.

Siapa sangka, hutang 16 tahun lalu sejumlah RM1 pun penulis ini masih ingat. Sesungguhnya, manusia ini benar-benar jujur. – MYNEWSHUB.CC

'Maafkan Saya..': Masih Ingat Pernah 'Berhutang' RM1 Ketika Naik Komuter Pada 2001, 'Penghutang' Pos Duit Berserta Surat Minta Maaf Kepada KTM
siakapkeli.my

Sesuatu yang luar biasa terjadi kepada KTMB Berhad hari ini apabila pihaknya menerima surat dari seorang individu yang mahu membayar tambang yang pernah 'dihutangnya' pada tahun 2001.

Menurut surat yang dimuat naik oleh KTM Berhad di laman Twitter, kejadian itu berlaku ketika si penghutang dan seorang rakan menaiki komuter tetapi turun di kawasan yang tidak sepatutnya.

"Saya pernah menaiki komuter pada tahun 2001 di Stesen Bangi ke Bank Negara tetapi turun di Stesen Putra tanpa membayar tiket tambahan (RM1 di antara Bank Negara ke Putra).

Berserta surat itu dimasukkan sekali not kertas RM5.

Difahamkan, lelaki itu cuma berhutang RM1 tetapi dia melangsaikan sekali 'hutang' rakannya dan turut menderma wang lebihan sebanyak RM3.

"Jadi di sini saya sertakan RM2 (saya dan seorang rakan) sebagai ganti. Semoga dapat disampaikan kepada pihak yang sepatutnya.

"RM3 saya lagi saya sedekahkan kepada orang yang dapat membantu menyampaikan amanah saya ini. Maafkan kesalahan saya." tulis surat tersebut.

KTM di dalam tweet tersebut berterima kasih kepada individu tersebut dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang jujur.

"Hari ini kami terima surat bersama dengan wang RM5 untuk bayaran tambang tiket Komuter tahun 2001. Terima kasih banyak-banyak. #jujur." tulis KTM.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 4, 2017 7:54 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Wanita Melecur di Muka Selepas Headphone Tiba-Tiba Meletup Ketika Dengar Lagu Dalam Pesawat
siakapkeli.my

Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat satu kes headphone meletup selepas seorang penumpang sebuah pesawat melecur di muka selepas peranti berkuasa bateri itu meletup ketika dalam penerbangan antara Beijing dan Melbourne.

Menurut CNN, wanita tersebut sedang tidur sambil mendengar muzik ketika perjalanan itu sebelum dia mendengar bunyi letupan.

"Ketika saya menoleh, saya merasa muka saya terbakar," katanya kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

"Saya kemudian memegang muka saya kemudian headphone itu jatuh ke leher saya," katanya.

Wanita itu juga berkata dia kemudian mencampak headphone tersebut ke lantai dan mula melihat percikan dan api kecil.

"Ketika saya mahu pergi memijak benda itu, petugas pesawat sudah siap sedia dengan sebaldi air dan mencurahkannya ke headphone itu. Mereka kemudian memasukkan headphone tersebut ke dalam baldi tersebut dan meninggalkannya di hadapan pesawat.

Difahamkan juga, terdapat sisa-sisa yang tidak dapat ditanggalkan kerana sudah melekat di lantai pesawat berkenaan. Disebabkan insiden itu, ada penumpang di dalam pesawat mengalami batuk-batuk sepanjang perjalanan.

Pengurus komunikasi Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam Australia memberitahu CNN mereka sedang menyiasat insiden terbabit.

Sumber: CNN

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 4, 2017 7:56 am (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Kaki Pukau Warga Asing Dibelasah Sampai Berdarah Kepala
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

KUALA LUMPUR - Empat lelaki dipercayai warga asing dari timur tengah dibelasah orang awam kerana didakwa cuba memukau mangsa mereka, lapor Mask Crew.

Dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Taman Maluri, empat suspek telah dibelasah sehingga berdarah di bahagian kepala sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Dalam rakaman video tersebut, orang ramai cuba membelasah suspek berbaju hijau, namun dihalang oleh rakannya. Malah mereka enggan menyerahkan pasport apabila diminta berbuat demikian.

Suspek berbaju hitam turut mengelap muka rakannya dengan darah sendiri agar orang ramai berhenti memukul rakannya itu.

Orang awam terutamanya warga tua, wanita dan anak muda dinasihatkan agar berhati-hati apabila keluar dari bank. Elakkan bercakap dengan orang yang tidak dikenali yang mungkin cuba memukau anda. - The Reporter

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from ~:eSpAcE9808:~
1 of 1 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: