Saturday, April 8, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4713[1 Attachment]

8 Messages

Digest #4713

Messages

Sat Apr 8, 2017 4:52 pm (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Jangan permainkan Islam, amaran Hadi kepada pengkritik RUU 355

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

Oleh Adam Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menegaskan rakyat bukan Islam tidak ada kena-mengena dengan undang-undang syariah, ketika mencadangkan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, di Dewan Rakyat hari ini.

Presiden PAS dan ahli Parlimen Marang itu berkata pesalah bukan Islam tidak pernah dalam sejarah 50 tahun pelaksanaan syariah di negara ini dibicarakan di bawah mahkamah syariah

"Saya bukannya hendak wujudkan undang-undang baru tetapi untuk meminda berkaitan mahkamah syariah yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Belum ada bukan Islam yang terguna pakai dalam akta ini. Saya mohon Yang Berhormat bukan Islam, kerana tidak ada bukan Islam yang akan disabitkan," katanya sewaktu membentangkan rang undang-undang persendirian itu.

Perang mulut tercetus seketika apabila Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) bangun membantah keputusan Speaker memberi laluan kepada Hadi. Beberapa wakil rakyat BN termasuk Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) dilihat mengherdik Kit Siang supaya tidak meneruskan bantahannya.

'Hukuman tak setimpal kesalahan'

RUU itu bertujuan meningkatkan hukuman sedia ada untuk kesalahan syariah tertentu, daripada maksima 3 tahun penjara kepada 30 tahun, daripada denda maksima RM5,000 kepada RM100,000, dan daripada 6 kepada 100 sebatan.

Hadi turut menyelar ahli Parlimen sama ada Islam atau bukan Islam yang membantah RUU tersebut, sambil berkata penentangan itu merupakan petanda buruk terhadap budaya "politik perpaduan matang" di negara ini.

"Kepada bukan Islam, jangan permain-mainkan agama Islam yang menjadi agama persekutuan," katanya.

Hadi merujuk kepada apa yang didakwanya hukuman tidak setimpal untuk kesalahan syariah, berbanding dengan beberapa kesalahan kecil di bawah mahkamah sivil.

"Mahkamah sivil memperuntukkan denda RM50,000 jika didapati bersalah memiliki burung-burung tertentu.

"Tetapi jika mengajar ajaran sesat dan didapati bersalah, hanya denda maksima RM5,000 sahaja. Apakah demikian rendah nilai akidah Muslim?" soalnya.

Memberikan contoh, Hadi berkata mahkamah syariah pada masa ini dilihat mengambil ringan kesalahan lelaki yang tidak memberikan nafkhah kepada bekas isteri, berbanding dengan hukuman mahkamah sivil yang lebih berat.

"Jika dibandingkan dengan mahkamah sivil, denda berpuluh ribu bagi memastikan hak wanita terjaga. Islam adalah agama rasmi persekutuan, tetapi penganut agama Islam dalam negara tidak dapat menikmati keadilan menggunakan agama mereka," katanya.

Bukan menyeksa

Hadi turut mempersoalkan dakwaan hukuman yang dicadangkannya lebih menjurus kepada penyeksaan, sebaliknya berkata ia bertujuan mendidik, seperti yang boleh dilihat dalam kaedah sebatan di bawah syariah.

"Sebatan dalam Islam berbeza dengan sebatan sivil. Ia mesti dilakukan dengan alat sebat yang bersaiz sederhana. Tidak boleh angkat terlalu tinggi, tidak boleh sehingga koyakkan kulit, ia bunyinya 100 sebatan tetapi berbeza dengan sebatan sivil," katanya.

Minggu lalu, mesyuarat tertinggi Barisan Nasional memutuskan untuk tidak mengambil alih RUU Hadi.

RUU itu pertama kali dibentangkan pada Mei 2016, dan pada November lalu, Hadi meminda usul tersebut dengan mencadangkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah ditambah kepada 30 tahun, denda kepada maksima RM100,000 dan hukuman sebat kepada maksima 100 kali.

Selain ahli Parlimen PAS, RUU itu menerima sokongan terbuka beberapa pemimpin Umno termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang hadir bulan lalu pada perhimpunan dianjurkan PAS bagi menyatakan sokongan terhadap usul itu.-FMT

Cuba Ganggu Usul RUU 355

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


'Kerjasama' antara DAP dan PAN jelas terserlah dalam Dewan Parlimen hari ni, ketika usul RUU355 hendak dibentangkan oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Inilah sikap dan perangai sebenar mereka. Fikir-fikirkan..

p/s: Alhamdulillah. TGHH diizinkan utk menghuraikan RUU355 setelah 40 minit diganggu oleh penentang Islam DAP. Perbentangan/perbahasan akan bersambung selepas Zohor

Kredit
Ibnu Noor

RUU 335: DAP, PKR cuba lengahkan usul

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

Oleh ASLANI M

USAHA DAP dan pihak tertentu menghalang anggota parlimen Marang Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penghuraian mengenai pindaan Akta 355 di parlimen hari ini tidak menjadi kenyataan.

Penentangan terbuka DAP terhadap usaha memperkasakan Mahkamah Syariah begitu terserlah kali ini, memberi kesimpulan baru kepada pengundi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.
Cubaan tentangan itu dizahirkan Penasihat DAP Lim Kit Siang dengan dibantu tiga lagi anggota parlimen itu Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), dan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) dan Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar).

Sebelum itu Gobind cuba melengahkan persidangan dengan mengemukakan alasan bekas anggota parlimen Benut, Mohamed Tawfik Ismail menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat menghalang usul meminda Akta 355 dibentang.

Namun Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) menjelaskan saman pemula seperti itu pernah ditolak Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Biar pun pada jam 12.30 pagi Speaker memberi kebenaran anggota parlimen Marang menghuraikan usul tersebut, namun tetap diganggu anggota parlimen DAP dan PKR tersebut.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika membuat keputusan menegaskan parlimen lebih berkuasa berbanding dengan mahkamah seperti amalan di negara-negara Komanwel (Commonwealth).

Menurut beliau sekiranya mahkamah lebih berkuasa berbanding parlimen, tidak ada usul yang dapat dibentang di parlimen apabila ada saman pemula.

Beliau juga berkata, pindaan yang dibawa anggota parlimen hanya melibatkan pindaan terhadap Akta 355 dan bukan perkara baru.

Biarpun penjelasan demi penjelasan diberi namun anggota parlimen terbabit masih lagi berdegil sehingga Speaker memberi arahan.

"Sesiapa yang berdiri saya akan keluarkan," ujar Speaker ketika suasana agak tegang seketika.

Bagaimanapun anggota parlimen pembangkang lain menyepi biar pun ada antaranya cuba bangun seperti mahu membantu.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Kelantan Mumtaz Md Nawi menyifatkan PAS akan menjadi pelakar sejarah dengan membawa RUU persendirian bagi menambah kuasa Mahkamah Syariah biar pun hanya mempunyai 14 ahli parlimen.

Katanya juga perbahasan RUU 355 dan pengundian hari ini akan menentukan sama ada ahli-ahli Parlimen Islam akan membuat "political decision" atau "Islamic decision".

"Ia juga dapat melihat ahli–ahli parlimen bukan Islam sama ada berani mengundi untuk membawa aspirasi orang Islam yang menjadi pengundi mereka pada pilihan raya umum lepas.

"Adakah RUU 355 akan menjadi medan pengundian agenda politik atau survival politik," katanya.

Manakala bagi pengamal undang-undang syariah dan umat Islam ia menjadi penentu terhadap masa depan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan kes-kes jenayah syariah di seluruh negara.

Mumtaz yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, selama 33 tahun umat Islam di Malaysia menunggu penuh debar melihat wakil rakyat yang dihantar ke Parlimen benar-benar mewakili aspirasi rakyat-H/daily

PAS berjaya bentang pindaan Akta 355

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) akan dibentangkan di Dewan Rakyat, sebentar lagi.
Rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan had hukuman bagi kesalahan syariah.

Walaupun MP bukan Islam cuba gagalkan tetapi alhamdulillah RUU 355 berjaya dibentangkan.

12:20pm: Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mencelah dan berkata Speaker telah menerima notis, bahawa terdapat tuntutan mahkamah untuk menyekat usul Hadi.

Gobind kemudian merujuk kes 1MDB, di mana Pandikar menghalang perbincangan mengenai isu itu atas alasan subjudis, kerana ia masih di mahkamah.

Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) kemudian bangkit dan berkata injunksi sama difailkan pada bulan Jun lalu, untuk menyekat usul Hadi tetapi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolaknya.

Pandikar kemudian membaca contoh dari Parlimen India yang subjudis tidak boleh menghalang undang-undang daripada digubal.

"Keputusan kes ini telah pun diputuskan, hakim mahkamah tinggi, permohonan plaintif untuk menyekat Dewan Rakyat dan Marang untuk kemukakan usul ditolak," katanya.

12:15pm: Lee menyoal Pandikar akan membuat pemerintah sama ada usul Hadi akan dibaca sebagai usul atau rang undang-undang ahli persendirian.

Pandikar menjelaskan bahawa usul Hadi adalah untuk memohon kebenaran supaya rang undang-undang itu dibacakan.

"Oleh itu, apabila usul itu dibacakan, Marang (Hadi) akan memberikan penjelasan, maka saya akan menjemput seseorang untuk sama ada menyokong atau menolaknya,' katanya.

12.10pm: Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) menyoal mengapa usul Hadi diberi keutamaan berbanding usul pembangkang yang lain.

Pandikar bagaimanapun menjelaskan bahawa kerajaan telah meminta supaya usul Hadi diberi keutamaan, dan bahawa Hadi telah meminta untuk menangguhkan usul itu selepas memindanya.

"Saya hanya mengikuti Peraturan Mesyuarat," kata Pandikar.

Menurutnya, 'tangannya terikat' apabila ini membabitkan Peraturan Mesyuarat, kerana adalah hak eksekutif untuk membuat sebarang pindaan kepada Peraturan Mesyuarat.

Beliau berkata jika kerajaan mempunyai perjanjian dengan mana-mana pembangkang untuk mempercepatkan usul mereka, maka beliau akan akur.

12:00pm: Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mempersilakan Hadi untuk membacakan usulnya. Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) bagaimanapun mencelah dan mendakwa bahawa rang undang-undang persendirian yamng difailkan olehnya telah ditolak oleh speaker.

11:55am: Usul Hadi bertujuan untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan syariah kepada penjara tahun sehingga 30 tahun, denda maksimun RM100,000 dan hukuman sehingga 100 sebatan.

Hukuman syariah sekarang adalah maksimum penjara tiga tahun, denda hingga RM5,000 dan enam sebatan.

Sebelum ini, Hadi cuba memasukkan peruntukan supaya tidak ada sebarang had maksimum, kecuali hukuman mati.

Beliau kemudian menyemak cadangan pindaan itu selepas perbincangan dengan kerajaan November lalu.

Ini adalah kali ketiga Hadi telah membawa usul itu ke Dewan Rakyat.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 8, 2017 4:52 pm (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Wanita Maut Selepas Dilanggar Lari Oleh Penunggang Motosikal Yang Memecut Laju
siakapkeli.my

Pulau Pinang, 6 Apr - Wanita berusia 58 tahun yang parah selepas dirempuh oleh sebuah motosikal di Jalan Burma hari ini disahkan meinggal dunia, lapor Utusan Online.

Menurut portal itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa, Foo Swee Wah meninggal dunia pada jam 8.45 malam tadi.

Mangsa sebelum ini parah di bahagian kepala dan mengalami patah kaki selepas dilanggar motor tersebut kira-kira 1.20 petang tadi.

Video kemalangan menjadi viral di media sosial dan orang ramai mengecam tindakan lelaki terbabit yang melarikan diri.

Sumber: Utusan Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from ~:eSpAcE9808:~
1 of 1 File(s)

Sat Apr 8, 2017 4:53 pm (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



MISTI RAMAI YANG TERASA BILA BACA KOMEN AMOI NI...

naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Siapa makan cili dia rasa pedas...

Ahli Parlimen Islam patut malu tak faham usul Akta 355 - DHPP PAS

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

SHAH ALAM: Ahli Parlimen pembangkang daripada Pakatan Harapan sepatutnya berasa malu dengan tindakan mereka yang cuba menghalang usul Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355 dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

"Saya rasa kecewa sebab perkara ini yang dibentangkan adalah untuk orang Islam sahaja dan awal-awal dah diberitahu ia tiada kaitan dengan bukan Islam.

"Sepatutnya bila dibentangkan mereka perlu hormat sebab mereka ini wakil rakyat," kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam kepada Antarapos.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan tindakan wakil rakyat beragama Islam yang tidak profesional semasa pembentangan oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya rasa malu dengan perbuatan (wakil rakyat) Amanah, mereka adalah daripada PAS dan dasar PAS mereka dah tahu.

"Orang bukan Islam pun boleh tahu dan faham tentang Islam serta mengapa nak bawa RUU355," katanya.

Mengulas lanjut Subramaniam berkata pindaan RUU 355 tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan kerana usul berlandaskan Perkara 3 Perlembagaan menyatakan Islam adalah agama persekutuan.

"Jadi apa salahnya orang Islam nak sokong? Perbuatan itu (membantah) amat mengecewakan.

"Kalau macam ini mereka tidak boleh terima Islam atau bagaimana?," soalnya.

Usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawa oleh Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berjaya dibentangkan buat kali ketiga pada hari terakhir Parlimen bersidang, semalam.

Sebelum Abdul Hadi membentangkan usul persendirian tersebut, beberapa ahli Parlimen antaranya (DAP-Puchong), Gobind Singh Deo, (PKR-Gopeng),Dr Lee Bon Chye, (PKR-Alor Setar),Gooi Hsiao-Leung, (DAP-Gelang Patah), Lim Kit Siang dilihat bangun bagi membantah usul berkenaan.

Menerusi ucapannya, Abdul Hadi memaklumkan bahawa usul RUU 355 itu hanya terpakai buat golongan Islam dan masyarakat bukan Islam tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pindaan berkenaan.

Ahli Parlimen DAP, PKR ganggu Abdul Hadi bentang RUU355

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Kuala Lumpur: Beberapa Ahli Parlimen DAP dan PKR sengaja bangun bertujuan melengah-lengahkan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sepatutnya membentangkan usul persendirian berkaitan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, di Dewan Rakyat, pagi tadi.
Antaranya Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar) dan Lee Boon Chye (PKR-Gopeng).

Mereka menggunakan alasan Peraturan Mesyuarat selain membangkitkan masalah teknikal berkaitan usul berkenaan.

Lebih setengah jam mereka bangun bersilih ganti mempertikaikan usul berkenaan yang diberi keutamaan untuk dibentangkan pada hari terakhir Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Usul itu tersenarai sebagai perkara 1 di bawah Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul Parlimen hari ini.

Bagaimanapun selepas lebih setengah jam 'mengacau' akhirnya Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan semua Ahli Parlimen terbabit duduk dan meminta Abdul Hadi meneruskan pembentangan.

Ia bertujuan meminda perkataan 'penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebii lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali' dengan perkataan 'penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi RM100,000 atau sebatan 100 kali sebagai mana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah syariah.

RUU 355: Khalid Samad dan Hanifa mengamuk serta memekik Pandikar 'takut' dan digelar Ayam

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan berang dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menggunakan kuasanya menangguhkan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) mempersoalkan tindakan Pandikar yang disifatkan tidak adil kerana hanya membenarkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mengemukakan hujah.
"Beri kami peluang berbahas, Dewan Rakyat apa ini? Hari ini adalah hari PAS dan Umno saja. (Pandikar) tidak berani beri kita peluang berhujah, Islam ke ni? Islam ke ni? Malu… Islam bukan macam ini," katanya dalam Dewan Rakyat.

Manakala, Rafizi Ramli (PKR-Pandan) turut mempersoalkan tindakan Pandikar yang seharusnya memberi peluang kepada Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan berhujah.

Sewaktu kekecohan berlaku, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) menggelar Pandikar sebagai "ayam".

Kemudiannya, teriakan "takut" dan "tidak berani" disuarakan ahli Parlimen pembangkang lain.

Ketika itu, hanya Takiyuddin dibenarkan berbahas tanpa sebarang sekatan oleh Pandikar kira-kira satu jam setengah.

Sebelum itu, selepas mendengar hujah Takiyuddin, Pandikar menyatakan rasa teruja dan mengakui beliau kini memahami makna Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

"Selepas saya dengar hujah Marang (Hadi) dan hujah sokongan dari Kota Bharu (Takiyuddin), saya benar-benar jelas mengenai RUU 355," katanya.

Pandikar kemudiannya berkata tidak mahu menjadi bodoh walaupun mempunyai kuasa sepenuhnya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

"Saya ingin kongsikan kata-kata hikmat dari seorang pemimpin Sabah yang terpahat dalam fikiran iaitu 'when you are in power, you are powerfull, when you don't use the power, you are bloody full, today i don't want to be a bloody fool (apabila anda memiliki kuasa, anda berkuasa, apabila tidak gunakan kuasa, anda seorang yang bodoh, hari ini saya tidak mahu menjadi bodoh)," katanya.

Sesi perbahasan akan datang dijadualkan pada 24 Julai dan berakhir pada 10 Ogos tahun ini.

Tengah hari tadi, Hadi akhirnya diberikan peluang menghuraikan RUU 355.

Sewaktu huraian, Hadi menegaskan akta berkenaan hanya dikhususkan kepada umat Islam negara ini dan memberi jaminan tidak melibatkan orang bukan Islam.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 8, 2017 4:53 pm (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Pemandu Terlampau Tegak Ikut Sistem Navigasi GPS Hingga Berakhir di Tengah-Tengah Sungai
siakapkeli.my

Kerana terlalu percaya dengan navigasi yang disediakan oleh sistem GPS, seorang pemandu berakhir di tengah-tengah sungai.

Pada 1 April, sebuah balai polis di Anhui menerima satu panggilan mengenai seorang pemandu yang tersangkut di tengah-tengah sungai. Apabila tiba di tempat kejadian, itulah yang mereka jumpa - sebuah kereta Hyundai yang tersadai di tengah sungai.

Polis kemudian menggerakkan operasi menyelamat dengan menarik kerea itu keluar. Secara keseluruhan, operasi itu mengambil masa separuh hari untuk siap.

Pemandu kereta berkenaan mengaku kepad apolis bahawa dia tidak biasa dengan jalan di situ, dan secara lurus bendul mengikuti navigasi yang diberi oleh sistem navigasi GPS - yang membawanya lurus ke tengah-tengah sungai.

Sungai pun nak redah.. Common Sense mana?

Sumber: shanghaiist.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 8, 2017 4:54 pm (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Transkrip penuh ucapan pembentangan RUU 355

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


Saya mohon untuk menyambung serta menghuraikan usul yang telah saya bentangkan mengikut peraturan mesyuarat 49(1) yang dibaca bersama peraturan Mesyuarat 28. Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Persidangan Dewan Rakyat pada 24 November 2016 yang lalu di Dewan yang mulia ini.

Saya berdiri hari ini sebagai anggota Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam ruang lingkup tugas saya untuk membawa suatu Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibenarkan.

Pertama-tama izinkan saya dalam Dewan Parlimen yang mulia ini, mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT dan terima kasih kepada semua yang telah mengizinkan kita membentangkan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) buat kali ketiga bagi meminda Akta 355 sedia ada, iaitu suatu akta yang mengawal bidang kuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah di dalam negeri-negeri di Malaysia. Akta asal ini telah diluluskan 50 tahun yang lalu pada tahun 1965 dan hanya dipinda 35 tahun yang lalu pada tahun 1984.

Usul Pindaan ini yang telah saya kemukakan buat pertama kalinya pada 26 Mei 2016 di dalam Dewan yang mulia ini bukanlah bertujuan untuk mewujudkan undang-undang baru sepertimana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak selama ini, tetapi lebih bertujuan untuk meminda sebuah Undang-undang Persekutuan berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah berkaitan batas hukuman sedia ada, dan terkandung dalam Akta 355 berkenaan yang telah dipinda pada tahun 1984 daripada had maksimum 3 tahun penjara atau denda tidak melebihi RM5,000, atau maksimum 6 sebatan kepada maksimum 30 tahun penjara, denda tidak melebihi RM100,000 dan sebatan syarie sebanyak 100 kali sebatan.

Tan Sri Yang Di-Pertua,

Kita ingin menegaskan bahawa Usul Pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) ini hanya terpakai kepada orang-orang Islam di dalam negara ini dan tidak terpakai kepada golongan bukan Islam sebagaimana dalam Akta asalnya dan sejarah sudah membuktikan bahawa sejak Akta 355 ini diluluskan 52 tahun yang lalu, belum pernah ada seorang bukan Islam yang didakwa kesalahannya di bawah mana-mana Mahkamah Syariah Negeri-Negeri, Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri-Negeri yang diwujudkan daripada Akta induk ini.

Oleh hal yang demikian, kita memohon Yang Berhormat bukan beragama Islam tidak perlu berasa bimbang akan implikasi cadangan pindaan ini kerana tiada seorang warga bukan Islam yang akan disabitkan atas apa-apa kesalahan Jenayah Syarie di bawah Akta 355 ini. Usul ini membabitkan sebuah Akta peringkat Persekutuan dan ini bermakna ia masih tertakluk kepada persetujuan pemakaian kepada Negeri-Negeri kerana ia di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Segala urusan agama Islam dan perlaksanaan hukum di bawah Mahkamah Syariah terletak di bawah kuasa Negeri-negeri di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan Raja-Raja selaku Ketua Agama Islam Negeri.

Apa perlunya Akta 355 ini dipinda? Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 Akta 355 adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah. Pada masa sekarang, bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah ialah sangat terbatas. Mengikut Perlembagaan, Mahkamah Syariah adalah mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan setakat yang diberi oleh Undang-Undang Persekutuan.

Mengikut Muslim Court (Criminal Jurisdiction) Act 1965, Mahkamah Syariah hanya diberi bidang kuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih 6 bulan, atau denda tidak lebih RM1,000, atau kedua-duanya. Bidang kuasa itu telah ditambah pada tahun 1984 dengan pindaan kepada Akta itu, dan Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa mengenai kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara, tidak lebih tiga tahun atau dengan tidak lebih 5,000 ringgit, atau sebat tidak lebih 6 sebat atau gabungan hukuman itu.

Bidang kuasa ini masih rendah dari bidang kuasa Majistret kelas 1 yang biasanya boleh membicarakan kes yang boleh dihukum dengan penjara 10 tahun, dan boleh menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara, atau denda 10,000 ringgit, atau sebat 12 pukulan atau gabungannya. Batas hukuman itu juga amat jauh ketinggalan berbanding hukuman kesalahan dalam Mahkamah Sivil sedia ada yang menjadi undang-undang teras negara kita.

Sebagai contoh, bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta Hidupan Liar, Undang-Undang Sivil boleh memperuntukkan denda sehingga 50,000 ringgit ke atas seorang yang didapati bersalah memelihara burung tertentu, sedangkan kesalahan Syariah seperti mengajak ajaran sesat yang berjaya menyelewengkan akidah atau memurtadkan sebegitu ramai pengikutnya yang beragama Islam di negara ini, jika disabitkan kesalahannya, hanya boleh didenda tidak lebih daripada 5,000 ringgit, apakah demikian rendahnya nilai harga sebuah akidah Muslim? Tergamakkah kita membiarkan agama Allah dimartabatkan sedemikian rendah di negara kita yang memperuntukkan agama Islam selaku agama negara di bawah perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan?

Begitu juga seorang suami Muslim yang tidak bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya, meninggalkan mereka bertahun-tahun lamanya berpoya-poya di luar tanpa memberi nafkah ke atas isteri dan anak-anaknya. Apabila didakwa oleh isteri dan disabitkan kesalahan di bawah Mahkamah Syariah, akan mudah membayar denda tidak melebihi 5,000 ringgit berbanding dengan puluhan ribu atau mungkin mencecah ratusan ribu ringgit berbanding kesalahan yang hampir sama keadaannya di Mahkamah Sivil. Di manakah kaum wanita Islam akan memperolehi keadilan dan pembelaan sewajarnya dalam sebuah negara yang diterajui oleh orang-orang Islam dalam keadaan mereka dianiayai begitu rupa kecualilah jika batas hukuman yang lebih tegas dikenakan di bawah Akta 355 sedia ada.

Sesungguhnya, apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada paras hukuman yang hampir atau sepadan dengan hukuman syarak Islam yang memang sudah termaktub di dalam sumber-sumber hukum di bawah panduan Al-Quran, Hadis Nabi SAW, Ijmak dan Qias para ulama.

Kita sedia maklum Tuan Yang Dipertua, bahawa Undang-Undang Sivil yang diperbuat di bawah kuasa Perlembagaan negara yang diwarisi daripada Suruhanjaya Reid warisan British yang terpakai sehingga ke hari ini menjadi undang-undang rasmi di negara di mana Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi. Namun kita ingin mengingatkan semua Ahli Dewan yang mulia ini juga bahawa di bawah Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang sama juga, Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Dalam hal ini tidakkah Ahli-ahli Yang Berhormat terfikir bagaimana rakyat beragama Islam di dalam negara sebenarnya seakan-akan dilarang, tidak dapat mengamalkan agamanya sendiri dengan sepenuhnya, dengan pembelaan yang dijanjikan oleh Islam dalam keadaan yang mereka yang bukan Islam telah mengganggu hak orang Islam mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya termasuklah Syariah hukuman yang terkandung di dalamnya. Kita juga mendengar kuat suara membantah Pindaan Akta 355 ini dengan alasan bahawa pindaan ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang Di-Pertua,

Kita ingin bertanya kepada semua Yang Berhormat di dalam dewan yang mulia ini, bagaimana mungkin cadangan pindaan batas hukuman ditingkatkan ini bertentangan dengan Perlembagaan negara sedangkan tiada apa-apa cadangan konsep kandungan Akta 355 yang asal? Jika tiada perubahan ini dalam kandungan pindaan kesalahan jenayah Syariah yang baru, sudah tentu mahkamah di Negeri-negeri akan mengekalkan semua isi dan bentuk hukuman sedia ada. Ini bermakna tiada peruntukan baru dikuatkuasakan yang memungkinkan peruntukan tambahan diwujudkan dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kita juga ingin mengingatkan bahawa jika usul Pindaan 355 ini diterima dan diluluskan, semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri mempunyai waktu dan kesempatan seluas-luasnya untuk membahaskan pemakaian batas-batas hukum baru yang diluluskan itu untuk setiap kesalahan jenayah Syariah di Negeri sedia ada. Di sinilah sepatutnya Ahli-Ahli DUN nanti menggunakan kebijaksanaan masing-masing sewaktu wakil lantikan Negeri-negeri membahaskan isi dan bentuk hukuman kesalahan Syariah untuk dilaksanakan oleh Mahkamah-mahkamah Syariah.

Oleh yang demikian janganlah kedengaran lagi bahawa cadangan Pindaan Akta 355 ini merupakan pintu belakang ke arah perlaksanaan hukum Hudud di Malaysia. Dan untuk melaksanakan Undang-Undang menyamai hukum Hudud dalam Syariah di Malaysia sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan. Dan sudah tentulah ia perkara yang sukar untuk dilakukan. Ini adalah kerana penggunaan 355 hanya terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran Satu Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang Dipertua,

Pindaan Akta 355 ini tidak memungkinkan Undang-Undang Jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan kesalahan yang wujud dalam Kanun Keseksaan atau 'Penal Code'. Terletak di bawah kuasa Persekutuan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil di mana kuasa bidang penguasa seperti polis, penjara juga terletak di bawah kuasa Persekutuan Federalis selain daripada pindaan pada Butiran Satu kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76 A juga perlu diperolehi bagi membolehkan Negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang jenayah yang termaktub dalam senarai Kuasa Persekutuan.

Ini diikuti Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu diskriminasi, ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan Undang-Undang kerana berbeza agama. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi Pindaan Rang Undang-Undang 355 hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam Enakmen Jenayah Negeri-Negeri.

Kita ingin mengingatkan bahawa dalam negara berbilang kaum dan penganut agama seperti Malaysia, perkembangan politik negara yang berkait rapat dengan hal ehwal keagamaan perlu ditangani dengan matang. Namun sikap sekelompok ahli politik sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam yang menentang penambahbaikan sistem Kehakiman Syariah negara amatlah dikesali.

Penentangan mereka terhadap Pindaan Akta 355 ini adalah petanda buruk kepada kematangan politik perpaduan dalam negara ini. Ahli-Ahli Dewan Rakyat bukan Islam tidak berhak untuk menolak penambahbaikan kepada Mahkamah Syariah, hanya atas dasar mereka bukan Islam. Mereka perlu sedar yang mereka juga bertanggungjawab kepada sekelompok masyarakat Islam yang mereka wakili. Mereka langsung tidak mengorbankan hak peribadi atau hak kelompok bukan Islam yang mereka wakili. Pindaan ini hanya demi kepentingan masyarakat Islam yang mereka wakili.Jika kepentingan sedemikian yang begitu didambakan oleh masyarakat Islam tidak dapat ditunaikan, apakah yang boleh diharapkan dari mereka jika hak dan kepentingan umat Islam itu bercanggah dengan kepentingan peribadi mereka?

Kepimpinan politik di peringkat Negeri perlu menyedari bahawa autonomi sebenar yang akan dinikmati hasil daripada Pindaan 355 itu nanti adalah Kerajaan Negeri, hanya Dewan Undangan Negeri, DUN, dengan perkenan Ketua Agama Negeri iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan, Sultan-Sultan yang berkuasa untuk memutuskan sama ada untuk menunaikan kadar hukuman yang diperuntukkan dalam Enakmen-Enakmen Syariah Negeri. Akta 355 yang berada di bawah kuasa Parlimen hanya berfungsi meletakkan hukuman maksimum yang boleh digubal oleh Dewan-Dewan Undangan Negeri.

Kita ingin mengulangi bahawa Bidang Kuasa Mahkamah Syariah terhad setakat kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam Butiran Satu Senarai Negeri. Perlembagaan Persekutuan, malah Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa ke atas bukan Islam, hatta jika berlaku persetubuhan antara Islam dan bukan Islam, hanya yang Islam sahaja yang boleh dituduh di Mahkamah Syariah. Sebaliknya jika seorang Islam merogol bukan Islam, siasatan dan pendakwaan bagi kes itu hanya boleh dilakukan oleh polis di bawah kesalahan kanun keseksaan.

Rang Undang-Undang 355 bertujuan memperkenalkan prinsip, konsep dan sistem kehakiman Islam juga memperkenalkan konsep dan cara hukuman Islam yang berbeza dengan yang lain, kerana tujuannya mendidik penjenayah dan masyarakat, bukannya menyeksa. Di mana, kehakiman Islam berdasarkan kepada dua prinsip, beriman kepada Allah, beriman kepada hari akhirat. Dua konsep, takwa dan adil terhadap semua. Beriman kepada Allah, kepada hari akhirat, merupakan rukun iman bagi seorang Islam yang menjadi hakim dan melibatkan diri dalam mahkamah.

Firman Allah Taala:

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ
وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ

"Penzina perempuan, penzina lelaki hendaklah disebat (sebanyak) 100 sebatan. Jangan kamu kasihan terhadap mereka dalam perkara hukum Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat." (an-Nur: 2)

Menunjukkan betapa kehakiman Islam berkait dengan beriman kepada Allah dan hari akhirat. Konsep taqwa dan adil terhadap semua, ini merupakan konsep yang wajib kepada orang Islam:

وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا
اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ

"Jangan dengan sebab kamu bermusuh dengan suatu kaum, kamu tak berlaku adil (terhadap kaum tersebut), berlaku adillah, adil lebih hampir kepada takwa." (al-Ma'idah: 8)

Dengan makna, terhadap musuh Islam mewajibkan kita adil. Kita menganggap rakyat Malaysia bukan Islam bukan musuh, mereka adalah sahabat-sahabat kita. Kalau dengan musuh, Islam mewajibkan orang Islam adil dan ini sifat takwa, apa lagi rakyat warganegara yang dianggap sebagai saudara anggota masyarakat. Ini perlu menghilangkan kebimbangan.

Yang kedua, hukuman dera dalam Islam adalah hukuman mendidik bukan menyeksa. Sebatan dalam Islam berbeza dengan sebatan dalam Undang-Undang Sivil, sebatan dalam Islam disebut dalam kitab-kitab fekah semua mazhab, mesti dengan alat sebat yang sederhana, yang tidak berat dan tidak ringan, tidak boleh mengangkat lebih tinggi daripada kepala, tidak boleh mengoyakkan kulit, tidak boleh mencederakan, dengan tujuan untuk memalukan, bukan untuk menyeksa, ini sebatan dalam Islam.

Bunyinya 100, bunyinya 20, tetapi berbeza dengan sebatan Undang-Undang Sivil, bahkan disebut dalam Hadis Nabi SAW, apabila dimaklumkan orang yang melakukan kesalahan 100 sebat itu seorang yang kurus, kalau dipukul terkena tulangnya, lalu Nabi menyebut gunakan 100 batang ranting dan pukul satu kali sahaja. Ini sebatan Islam yang perlu diperkenalkan kepada umum yang berbeza dengan hukuman sebat mengikut hukum Sivil yang ada pada hari ini.

Kesimpulan, terlalu amat banyak perlindungan kepada masyarakat bukan Islam yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, dan hukum Islam daripada Nas dan Perlembagaan Persekutuan dan hukum Islam daripada Nas Quran dan hadis yang disebut perlindungan kepada orang bukan Islam. Firman Allah Taala:

فَإِن جَاءُ وكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ

"Jika sekiranya orang bukan Islam datang kepada kamu, kamu boleh bawa mereka (ke Mahkamah Islam) dan kamu boleh biarkan mereka sendiri dengan (mahkamah) mereka." (al-Ma'idah: 42)

Ini mengikut pemilihan masyarakat bukan Islam itu sendiri. Ini bukan Perlembagaan Persekutuan, termasuk Quran sendiri menyatakan demikian. Hanya ahli politik yang kemaruk kepada undi mereka sahaja yang hampir menjadi hilang kewarasan, mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat bukan Islam untuk menolak Pindaan Akta 355 ini.

Kita ingin mengingatkan bukan Islam jangan permain-mainkan agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Di mana Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah mengangkat sumpah jawatan akan memelihara Agama Islam selaku Agama Negara, mendaulatkan Islam merupakan Agama Negara menjadi cita-cita setia warganegara Malaysia dan PAS terus akan membawa obor mendaulatkan Islam di negara ini dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan sedia ada.

Maka dengan ini, Marang mohon mengusulkan supaya Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah Akta 355 ini diterima untuk dibahas sepenuhnya oleh Ahli Yang Berhormat Yang Mulia.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 8, 2017 4:54 pm (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Pemberian Mata Demerit Untuk Kesalahan AES Akan Dikuatkuasakan Pertengahan Bulan Ini

siakapkeli.my

SEPANG: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) gabungan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 15 April ini, lapor Berita Harian.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sistem AWAS merupakan sistem yang dibangunkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membabitkan kamera dibantu sistem teknologi maklumat untuk mengenal pasti dan mengesan pesalah jalan raya.

Apabila pemandu tersenarai dalam sistem ini, pesalah akan diberikan amaran, digantung atau batal lesen akibat kesalahan melanggar peraturan lalu lintas seperti memandu laju dan melanggar lampu isyarat.

Menurut Tiong Lai sebenarnya sistam AWAS ini telah beroperasi sejak 1 April lalu, tetapi untuk tempoh 1 hingga 15 April ia hanya tempoh percubaan dan tiada pemberian mata demerit direkodkan.

"Selepas 15 April ini, semuanya akan beroperasi sepenuhnya kepada semua pemandu di negara ini, " katanya.

Berkenaan dengan sistem AWAS ini, ia sepatutnya telah pun dilaksanakan pada Mei tahun lalu tetapi ditangguhkan untuk mendapat kelulusan kabinet selain menunggu sistem dalam talian bersepadu kesalahan trafik dibangunkan JPJ siap sepenuhnya. - Siakapkeli.my

SISTEM PEMBERIAN MATA DEMERIT KESALAHAN JALAN RAYA (KEJARA)

jpj.gov.my

Pengenalan

Pemberian mata demerit akan bermula apabila notis saman diselesaikan iaitu:

a. Penalti diselesaikan dengan membayar kompaun

b. Penalti diselesaikan dengan membayar denda di mahkamah

Gantung Batal Lesen Memandu

Proses gantung batal lesen memandu adalah seperti berikut:

Kali pertama 20 mata atau lebih
a.. Amaran
b.. Lebihan mata bawa ke hadapan

Kali kedua 20 mata atau lebih
a.. Gantung tidak kurang dari 6 bulan dan tidak lebih 12 bulan
a.. Kursus pemulihan ditawarkan bagi mengurangkan tempoh penggantungan.
a.. Lebihan mata dihapuskan


Kali ketiga 20 mata atau lebih

a.. Gantung tidak kurang dari dari 6 bulan dan tidak lebih 12 bulan
a.. Lesen memandu akan dibatalkan sekiranya lesen memandu telah digantung sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun


Insentif Berkelakuan Baik

a. Mana-mana individu yang tidak melakukan sebarang kesalahan demerit dalam tempoh satu tahun, maka 50% daripada mata yang terkumpul akan dikurangkan.

b. Mata demerit akan dihapuskan sekiranya tidak melakukan kesalahan demerit dalam masa 2 tahun berturut-turut.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan sistem pemberian mata demerit kesalahan jalan raya (KEJARA) boleh diemelkan kepada kejara @jpj.gov.my


----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:~
To:
Sent: Monday, April 03, 2017 10:25 PM
Subject: Fw: Sistem AWAS & KEJARA Dilaksanakan

Awas para pemandu ! sistem AWAS dah mula berkuat kuasa di seluruh negara
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Posted by Mohd Shubhi

Perhatian untk semua pemandu kenderaan kat Malaysia !

Terutamanya para pemandu yang suka bawa laju-laju melebihi had kelajuan yang ditetapkan. Anda perlu berhati-hati sekarang terhadap AWAS.

Begitu juga para pemandu yang bengai yang suka jalan terus walaupun lampu isyarat merah menyala untuk lalun mereka. Perlu berhati-hati dengan AWAS bermula dari sekarang.

AWAS atau dalam ayat penuhnya bermaksud, "Automated Awareness Safety System", merupakan gabungan AES dan juga KEJARA.

AWAS untuk kawal pemandu bermasalah
Macam yang semua dah tahu, AES adalah sistem penguatkuasaan jalanraya dengan menggunakan kamera. Anda bawa laju lintas kamera melebihi had kelajuan yang ditetapkan, kamera akan tangkap gambar. Bukan tangkap gambar anda sahaja, tapi terus hantar saman kepada pemilik kenderaan melalui pos.

Tapi itu masih tak cukup lagi. Ramai orang Malaysia yang jenis banyak duit, kaya raya. Kena saman berpuluh kali RM150 sekali saman, masih tak ada hal untuk mereka. Bayar saman sahaja dan kemudian teruskan amalan bawa laju ikut suka hati mereka.

Untuk atasi masalah tersebut, maka satu lagi hukuman akan dikenakan pada para pemandu yang degil kat malaysia. Selain daripada kena saman, mata demerit akan diberikan kepada pesalah jalanraya. Bila dah cukup mata demerit, lesen pemandu akan terus kena gantung.

Padan muka ! selepas kena bayar segala saman, masih degil buat kesalahan lagi, akhirnya terus tak boleh memandu. Mungkin cara tersebut dianggap berkesan untuk hapuskan atau kurangkan masalah pesalah trafik kat negara kita.

14 unit kamera dipasang di seluruh negara
Setakat ini, JPJ dah pasang 14 unit kamera yang buat kerja untuk sistem AWAS ini. Mereka akan pantau dua kesalahan.

a.. Bawa laju
b.. Langgar lampu merah
Kesalahan lain masih tidak dipantau lagi buat sementara ini. JPJ dok tengah upgrade sistem komputer mereka untuk tujuan tersebut.

14 lokasi memang langsung tak mencukupi. Mungkin mereka hanya nak buat testing sahaja setakat ini. Kalau tahu kat mana lokasi yang mereka gunakan sistem tersebut, semua orang akan lembut tertib setiap kali lalu kawan tersebut.

Nanti kita cari 14 kawasan berkamera itu dan war-warkan pada semua pemandu kenderaan kat malaysia. AWAS dah dimulakan pada 1 haribulan April kelmarin.

Bermula 1 April, Sistem AWAS & KEJARA Dilaksanakan Untuk Ganti AES - Kepada Pemandu, Berhati2lah!

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Bermula 1 April lalu, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dilaksanakan.

Ihsan - Google/Paultan

Ia dinaik taraf dan dikuatkuasakan sebagai langkah membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sekali gus membentuk sikap berhemah pemandu, lapor portal Mstar.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Nadzri Siron berkata, sistem itu hanya menggunakan 14 Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang di pasang di seluruh negara setakat ini bagi mengesan pemandu memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.
"Ia masih di peringkat awal dan kami mahu memberi tumpuan kepada sokongannya. Buat masa ini, sistem tersebut hanya meliputi dua kesalahan untuk sistem Kejara – memandu laju dan melanggar lampu isyarat," katanya.
JPJ menjangka untuk memasukkan sepenuhnya kesalahan lain menjelang tahun ini, dan memasang lebih banyak kamera.
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan bagi membolehkan pelaksanaan Awas diluluskan di Parlimen pada tahun lepas.
Selain berdepan denda minimum RM150 di bawah AES, lesen pemandu juga akan digantung atas kesalahan memotong di garisan berkembar di bawah sistem Awas, termasuk melanggar lampu isyarat merah, menggunakan lorong kecemasan dan memandu melebihi had laju.


Read more: http://www.amenoworld.org/2017/04/bermula-1-april-sistem-awas-kejara.html#ixzz4dBEgPkcR

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 8, 2017 4:55 pm (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Pegawai Terlibat Baru Selesai Rawat Kes Kecemasan Ibu Mengandung Punca Masuk 'Lewat', JKN Kedah Tampil Dedah Apa Yang Terjadi Selepas Lakukan Siasatan
siakapkeli.my

Tidak sabar, itulah yang dapat dikatakan terhadap seorang lelaki yang telah merakam petugas di klinik kesihatan Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah apabila dia telah merakam dan menyebarkan video kononnya pegawai perubatan masuk kerja lambat.

Video berkenaan menjadi tular di laman sosial Facebook sehingga belasan ribu perkongsian dengan ada yang menyalahkan pihak berkenaan sedangkan mereka tidak tahu apa yang terjadi.

Hasil siasatan pihak Jabatan Kesihatan Kedah (JKN) punca pembantu perubatan berkenaan lambat bukan kerana dia sengaja, tetapi ketika tiada di bilik rupanya sedang menjalankan imbasan (ultrasound) kes ibu mengandung dan perlu membuat rujukan kes oftalmologi ke hospital, bererti ada kes kecemasan yang lebih penting.

Jom kita baca kenyataan penuh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

KENYATAAN JABATAN KESIHATAN NEGERI (JKN) KEDAH ISU ADUAN KE ATAS KLINIK KESIHATAN BUKIT SELAMBAU DAERAH KUALA MUDA YANG DITULAR MELALUI MEDIA SOSIAL PADA 6 ARIL 2017

JKN Kedah ingin mengesahkan tentang kejadian yang ditularkan berlaku di klinik kesihatan Bukit Selambau Daerah Kuala Muda.

Siasatan mendapati

Lebih kurang jam 2.00 petang; 6/4/17, pengadu telah membawa kawannya ke klinik berkenaan.
Pesakit telah didaftar pada jam lebih kurang 2.05 petang. Kad pesakit dihantar ke bilik Penolong Pegawai Perubatan Unit Pesakit Luar.

Lebih kurang jam 2.15ptg pesakit diberi rawatan awal luka ibu jari kaki kiri pesakit dan juga suntikan oleh Jururawat Kesihatan sebelum rawatan lanjut oleh PPP.

Pegawai Perubatan dimaklumkan oleh jururawat tentang kes dan mengarahkan untuk Penolong Pegawai Perubatan (PPP) memberi rawatan lanjut kepada pesakit kerana Pegawai Perubatan sedang menjalankan imbasan (ultrasound) kes ibu mengandung dan perlu membuat rujukan kes oftalmologi ke hospital.

Jam 2.21 ptg, Penolong Pegawai Perubatan telah memberi rawatan lanjut kepada pesakit dan rawatan selesai lebih kurang jam 2.40 petang.

Rakan pesakit iaitu Pengadu telah merakam video pada pukul 2.23pm (waktu jam beliau) dan membuat bising dan mengugut staf yang ada dikaunter pendaftaran dengan ugutan akan menularkan video tersebut.

Pengadu turut menceroboh masuk ke semua bilik dan kaunter dengan rakaman video beliau serta bersuara secara agresif hingga menyebabkan staf tidak berani untuk menerangkan situasi klinik pada waktu itu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Secara amnya, rawatan sewajarnya telah diberikan dimana, pendaftaran pada 2.05ptg, diikuti rawatan awal oleh Jururawat Kesihatan pada 2.15ptg. Jururawat telah maklum kepada Pegawai Perubatan untuk memberi rawatan lanjutan kepada pesakit.

Memandangkan pegawai Perubatan sedang melakukan pemeriksaan imbasan (ultrasound) maka jururawat di minta untuk mendapat PPP untuk merawat.

PPP telah memberi rawatan pada jam 2.21 petang. Kes selesai rawatan jam 2.40ptg.

Sekali lagi ditegaskan bahawa tiada berlaku kelewatan dalam memberi rawatan kepada pesakit. Pihak Jabatan melalui Klinik-klinik kesihatan ada menyatakan dalam piagam pelanggan dengan jelas bahawa masa menunggu bagi kes baru ialah 60 minit.

Pihak jabatan kesal ianya ditularkan dan juga tindakan pengadu mengugut dan menceroboh ke dalam bilik-bilik rawatan adalah turut dikesali.

Di klinik-klinik kesihatan terdapat pelbagai skim perkhidmatan termasuk pihak syarikat yang menyediakan khidmat pembersihan klinik. Setiap staff mempunyai tugas masing-masing.

Dalam kes ini, pihak klinik telah menerangkan kepada pengadu keadaan bilangan staff iaitu pegawai perubatan dan ppp yang bertugas pada hari tersebut. Pengadu juga dinasihatkan untuk menyalurkan sebarang aduan melalui saluran yang disediakan tetapi beliau bertegas untuk merakam video dan menularkannya.

Warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sentiasa berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Namun pihak kami memerlukan kerjasama pesakit serta klien untuk sama-sama dalam memastikan rawatan dapat diberi dengan sebaik mungkin.

Untuk makluman Klinik Kesihatan Bukit Selambau dikendalikan tiga (3) orang PPP dan 3 Pegawai Perubatan.namun pada hari kejadian hanya terdapat 1 orang PPP kerana 1 seorang bercuti dan seorang ke kursus.

Manakala itu Klinik ini mempunyai 3 (tiga) orang pegawai perubatan namun seorang ke kursus dan seorang bermesyuarat di Pejabat Kesihatan

Harus diingatkan PPP dan Pegawai Perubatan juga perlu menghadiri kursus2 teknikal untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan.

Jabatan ini ingin menasihatkan agar sekuranya terdapat sebarang aduan atau ketidakpuasan hati, silalah lakukannya melalui saluran yang disediakan. Penularan video sebegini seharusnya dihentikan kerana ianya menganggu petugas petugas serta penjawat awam untuk melaksanakan tugas.

Sekian, terima kasih

DATO' DR NORHIZAN BIN ISMAIL
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah
8 April 2017
3.10pm

- Siakapkeli.my

Tular Video Tak Puas Hati Dressar Datang Lambat, Ini Penjelasan Yang Mungkin Ramai Tak Faham Tugas Seharian Pengamal Perubatan
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu, menjadi tular di laman sosial dua buah video yang menunjukkan seorang lelaki yang tidak berpuas hati selepas beliau mendakwa petugas sebuah klinik tidak menjalankan tugas dan pegawai perubatan datang lambat.

Mungkin lelaki berkenaan tidak faham kehidupan seorang Dressar, medical assistant (MA) atau pembantu pertubatan berkenaan.

Admin sendiri pernah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan sebuah daerah, admin datang pun pukul 2, sempat bersembang dengan staff di kuanter yang super ramah, katanya kesian dekat Dressar dan nurse letih sangat-sangat, rehat patut jam 1 sampai jam 2, tapi jam 1.45 tengahari baru boleh berhenti rehat sebab pesakit ramai, dia minta maaf mungkin lambat sikit.

Waktu itulah nak makan, nak sembahyang dan rehat sekejap, tetapi ada mereka yang tak faham dengan tugas-tugas pengamal perubatan ini 'pakai serang' ikut hawa nafsu sendiri.

Jom kita baca pula penjelasan yang mungkin boleh diterima pakai, penjelasan olehw akil perubatan dari The Dressar & Co. ini.

Amaran! Teks ini panjang, tapi berbaloi untuk dibaca oleh mereka yang tidak malas.

Klinik Kesihatan Selambau. Nama klinik yang hampir kita semua tak pernah dengar. Tapi kini hampir semua sudah kenal.

Kecoh isu seorang brader yang asyik "noh noh noh" tu rakam video seorang Dressar dan membuat viralisasi (aku belasah je perkataan viralisasi ni), dengan niat untuk menjatuhkan maruah dan reputasi seorang Dressar ataupun seorang penjawat awam.

Melalui kenyataannya di dalam video yang dirakam, dia mendakwa Dressar tersebut masuk kerja lambat dan dia terpaksa menunggu lama.

Hingga kini tiada jawapan balas dari pihak klinik. Jadi sebagai salah satu page yang mewakili Dressar, kami rasa terpanggil untuk sama-sama berdiri memberi sedikit kefahaman kepada masyarakat tentang isu ini.

Okay la, disebabkan aku pun pernah kerja di KK sekitar KL yang super busy, jadi aku nak share pengalaman sikit la. Apa yang berlaku di KK Selambau tu memang kita tak tahu secara tepat apa yang berlaku, tapi melihat kepada video tu, kita dapat rungkaikan beberapa kemungkinan dan jalan cerita.

1 - Brader Noh cakap dia menunggu 49 minit. Padahal apabila disiasat, dari waktu dia mendaftar hingga 02:49pm tu, Brader Noh rupanya baru menunggu 23 minit.

2 - Bila dia TERJAH masuk ke bilik konsultasi tersebut, kelihatan Dressar baru keluar dari sebuah bilik. Dia terus ambil cop dan cop kad kuning. Maknanya apa? Dia baru selesai memerika seorang pesakit dan menulis. Cop adalah benda terakhir yang akan kami buat apabila memeriksa dan menulis di kad kuning tu. Jadi takde isu Dressar tu baru muncul. Tambahan pula kad kuning yang dicop adalah muka belakang, bermakna dia dah banyak menulis sebelum Brader Noh masuk bilik dia.

3 - Brader Noh cakap dia masuk dah bilik konsultasi tu sebelumnya tapi takde orang. Ya memang la takde orang sebab Dressar tu sibuk kat bilik sebelah. Bilik sebelah tu nampaknya macam sebuah bilik prosedur atau kecemasan.

Biasanya bilik ni akan ada katil dan tempat untuk buat prosedur. Pesakit yang tak sesuai nak diperiksa atas kerusi akan disuruh baring kat katil tu. Boleh jadi juga pesakit yang Dressar tu tengah tengok ada masalah lain contohnya sakit dada.

Bila sakit dada, perkara paling penting adalah kena buat ECG. Boleh jadi jugak pesakit kat dalam tu sedang kena asthma yang teruk. Jadi, sekali lagi ini point solid dan jelas yang Dressar tadi sedang sibuk melayan pesakit di bilik sebelah. Bukannya baru masuk kerja pada jam 02:49pm tu.

4 - Hampir semua klinik kesihatan sekarang masih beroperasi waktu lunch hour (1pm-2pm). Sebab apa? Sebab nak merawat pesakit yang daftar pukul 12pm lebih tu. Kalau diorang rehat jugak waktu lunch hour, pesakit yang daftar pukul 12 lebih terpaksa menunggu tambahan sejam lagi.

Bila dia tak rehat waktu lunch hour, besar kemungkinan dia akan curi-curi rehat bila pesakit dah reda. Boleh jadi pukul 1:45pm baru dia start rehat. Boleh jadi pukul 2pm baru dia start rehat. Tanya la pada mana-mana staf klinik kesihatan, waktu rehat yang tak tentu begini memang dah biasa bagi mereka. Bila dia keluar lambat, logik la dia masuk lambat sikit.

5 - Yang Brader Noh pegi marah orang kaunter tu buat apa? Siap suruh diorang bagi penjelasan pulak tu. Merek takde kaitan, mereka cuma register pesakit. Brader Noh, jangan ingat sebab kau pesakit, kau ada hak nak publish muka penjawat awam kepada public sesuka hati.

Kau sedang menempah kertas saman dari mangsa yang kau aibkan dengan membabi buta. Kau seolah-olah telah menghukum tanpa bicara, membuka ruang seluas-luasnya orang awam untuk bagi kejian, cacian dah fitnah terhadap Dressar tersebut sedangkan dia belum tentu bersalah lagi. Sekali lagi diulang, kau sedang memasang jerat untuk diri sendiri.

6 - Dalam klip video itu, Dressar tersebut kelihatan sedang sibuk, tapi Brader Noh masih bertanya soalan yang sangat annoyying. Siap "Helo Helo Helo" lagi. Orang tengah sibuk attend patient, kau pulak sibuk nak jadi wartawan murahan dengan merakam muka orang. Dah la ceroboh masuk bilik konsultasi sesuka hati, lepas tu ganggu penjawat awam lakukan tugas.

Brader Noh, katakan la kalau masa kau masuk tu Dressar tu tengah periksa pesakit, tengah selak kain pelekat seorang pakcik yang bengkak kat kemaluan. Kau main terjah masuk dengan rekod video, kau rasa betul ke tak tindakan kau tu? Kau dayang kat Dressar dengan cara yang biadap, lepas tu kau expect Dressar yang tengah sibuk nak melayan kau? Silap la Brader Noh!

7 - Kau tak puas hati pasal apa benda sekalipun hatta tak suka warna dinding klinik ataupun kau tak suka dengan bau bunga yang ditanam pekebun kat sekitar klinik tu, ikut salurannya untuk suarakan ketidakpuasan hati kau tu. Okay la katakan la kau tak tahan sangat nak tanya, kau nak masuk tanya on the spot time tu jugak, ya silakan.

Tapi pastikan dengan cara yang betul. Ketuk pintu, bila Dressar bukak baru tanya dia kenapa lambat? Tadi pegi mana? Kalau kau tanya macam tu aku yakin dia akan jawab dengan baik jugak. Ni dah la rempuh masuk macam tu je, siap merakam video lagi. Memang niat kau dari awal lagi nak cari salah dia, kalau aku jadi dia pun aku akan diam je. Karang kalau dia jawab, lagi banyak benda kau nak tanya. Baik dia diam, siapkan kerja dia.

Buat Dressar yang teraniaya di KK Selambau tu, kami Dressar Brotherhood SeMalaysia bersama kau. Jangan risau bro, kau atasi Brader Noh dengan baik sekali. Kalau kau perlukan bantuan lawyer untuk saman malu, boleh berhubung dengan kami. Kami sedia membantu.

- Stryker -

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Apr 8, 2017 4:55 pm (PDT) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Ini Punca Yang Menjadi Sebab Mengapa Lorong 'Smart Tag' Boleh Sesak & 4 Cadangan Ini Mungkin Boleh Membantu Mengurangkannya
siakapkeli.my

Bagi pengguna jalan raya sudah pasti akan selalu menggunakan lebuhraya untuk menuju ke satu-satu destinasi, sama ada tempat kerja, rumah, atau ketika sedang menjalankan tugas.

Seperti yang kita tahu, kebanyakan lebuhraya mempunyai tol, dan pada masa kini kebanyakannya telah menggunakan sistem elektronik sepenuhnya, sama ada anda menggunakan kad Touch N Go, atau pun Smart Tag.

Walaupun begitu, masih berlaku lagi kesesakan, terutamanya di bahagian Smart Tag, mengapa ia boleh berlaku? Menerusi perkongsian dari saudara Muhammad Hazamin Bin Harun, terdapat beberapa punca yang menjadikan situasi sebegitu, dan beberapa cadangan yang boleh dilakukan, dalam menangani permasalahan ini.

Mari kita ikuti kupasan lebih lanjut darinya.

'NOT SO SMART' TAG

Dah lama sebenarnya nak komen perkara ni, boleh dikatakan setiap kali kena beratur panjang kat lorong Smart tag, tiap kali tu lah rasa nak komen.

Di kala kebanyakan lebuhraya/jalanraya dah nak buat fully-electronic toll ni, saya rasa SMART TAG perlu penambahbaikan untuk kemaslahatan semua pengguna jalanraya. Rasanya ramai kot yang mengalami masalah yang sama, bila lalu kat toll booth, lorong SMART TAG yang patutnya paling SMART dan paling laju tu lah yang sangkut, dan jadi punca traffic jam pulak.

Jadi kat sini saya cuba senaraikan masalah-masalahnya, dan mungkin juga cadangan penambahbaikan, atau kalau ada yang dah dibuat atau yang orang lain nak cadang pun silakan:

MASALAH:

1. Device Smart Tag

Device Smart Tag yang baru ni banyak masalah, especially display dia cepat rosak menyebabkan kita tak tau berapa nilai yang ada, maka banyaklah jadi kes BAKI TIDAK MENCUKUPI, yang menyebabkan lorong SMART TAG jadi sangkut.

Kekadang satu device tu rosak menyebabkan terus dia tak dikesan (bukan sebab bateri habis, dah tukar bateri baru) maka keluarlah sign TIADA SMART TAG. Saya guna 2 bijik device smart tag yang baru, dan kedua-duanya rosak display, dan salah satu dah rosak terus.

2. Sistem lorong

Sistem lorong SMART TAG yang sangat lemah dan tidak canggih menyebabkan kerapkali kereta tersangkut bila terlalu rapat, maka keluarlah arahan JARAKKAN KENDERAAN, menyebabkan upacara reverse me-reverse terpaksa dilakukan beramai-ramai.

3. Wajib cukup nilai

Penggunaan kad touch 'n' go yang wajib cukup nilai (tiada sistem kredit, atau lalu dulu, bayar kemudian masa reload) antara punca yang selalu berlaku stuck di lorong Smart Tag walaupun kekadang yang lalu depan kita tu tak cukup seposen je, dalam SMART TAG dia.

Untuk laluan dekat, bolehlah kita mencongak berapa balance, tapi untuk laluan jauh di lebuhraya, kekadang kita terlepas pandang nilai toll yang perlu kita bayar dan baki yang ada dalam kad touch n go, to make thing worse, display SMART TAG kita pulak rosak. Akhirnya staf toll juga yg kena turun buat kerja kat situ.

4. Kekurangan lorong Smart Tag

Lorong SMART TAG yang terlalu sedikit terutamanya di kawasan Bandar di KL dan kawasan yang trafik agak tinggi, kekadang satu lorong saja SMART TAG.

CADANGAN:

1. Tukar je supplier SMART TAG, jangan pakai lagi yang mudah rosak ni, yang lama lagi tahan lasak, walaupun sebenarnya device SMART TAG ni bukannya kita pakai lasak-lasak, bawak pergi berenang ke, naik gunung ke, tapi tetap dia rosak mungkin sebab tak tahan kepanasan cuaca di Malaysia ni.

Design yang baru dah cantik dah, tapi apalah gunanya kalau seminggu dua je, dah ada problem. At least, appreciate pengguna yang bayar lebih beli device untuk servis ni. (bayangkan betapa popularnya kerosakan dia, sampai ada video tutorial macam mana nak pulihkan display Smart Tag)

2. Cuba upgradekan system tu dengan sensor-sensornya, supaya dua kereta masuk berhampiran pun dia boleh detect 2-2 device dan benarkan dua-dua sekali lalu, lainlah kalau kereta yang di belakang takde smart tag, dia nak curi-curi lalu ikut kereta depan. InshaAllah saya rasa benda ni boleh dibuat. Orang kata, kita yang buat dia… Semoga upacara reverse-me-reverse lepas ni boleh dihapuskan terus di lorong SMART TAG.

3. Cuba perkenalkan system kredit pada kad Touch 'n' Go kita, yang mana, kalau baki tak cukup dua tiga puluh sen tu, dia benarkan lalu juga, Cuma jadi negative balance. So, masa reload nanti tolaklah kan, rasanya benda ni boleh je buat kot. Kalau takut penipuan ke, atau kerugian ke, letaklah limit negative tu berapa, RM10 ke, so boleh jadi kita lalu, tak cukup RM5, negative lah dia, then masa reload, tolaklah balik negative tu.

Takkanlah ramai sangat rakyat Malaysia nak tipu balance –ve tu dengan beli kad baru setiap kali balance –ve, boleh jugak control dengan menghadkan pembelian kad touch n go melalui pendaftaran ID masa beli kad tu untuk elak penipuan.

4. Banyakkan sikit lorong SMART TAG terutamanya di kawasan sibuk, katanya nak fully-electronic kan, kenalah sediakan fascility nya yang mencukupi. InshaAllah pengguna lebuhraya/jalanraya akan appreciate. Dah lah stress kena bayar toll, oklah, perkara ni macam dah jadi biasa, tapi at least perkemaskanlah system tol tu supaya lebih lancar dan tak menjadi punca kepada trafik jem pulak.

Oklah, tu saja komen dan cadangan, kalau ada yg nak tambah silakan, tapi ingat, komen untuk penambahbaikan, orang kata komen membina. Apalah gunanya Teknologi kalau ia tak menyelesaikan masalah orang sebaliknya menimbulkan lebih masalah pula.

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: