8 Messages
Digest #4721
Messages
Fri Apr 21, 2017 8:20 am (PDT) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
SPRM sita 'Disneyland' Adam Rosly, pendakwaan esok
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
Pemimpin Pemuda PKR, Datuk Adam Rosly yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kekayaan luar biasa beliau, dijangka dituduh di mahkamah esok.
Maklumat terbaru, SPRM juga menyebut suruhanjaya itu turut menyita rumahnya di Ampang yang dibeli pada harga RM1.2 juta secara tunai.
Adam yang adalah Ketua Pemuda PKR Ampang, dijangka didakwa mengikut Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.
Seksyen 32 (8) (c) adalah berkenaan kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan manakala Seksyen 89 adalah berhubung memalsukan sesuatu dokumen.
Kedua-dua kesalahan membawa denda sehingga RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Ketika dihubungi, Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Azam Baki mengesahkan perkara itu tetapi tidak mengulas lanjut.
Adam ditahan SPRM ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan terhadapnya pada 13 April lalu dan direman sejak 14 April bagi membantu melengkapkan siasatan kes itu.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Fri Apr 21, 2017 8:21 am (PDT) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Pemain bola sepak tak boleh fokus sebab pengadil ini
bloglist-malaysia.
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
denise bueno. ©Daily Mail
Penggemar bola sepak di Brazil punya idola baru. Dia bukan pemain bola sepak dengan bakat alami atau kemampuan teknikal di atas rata-rata, melainkan seorang hakim garisan wanita.
Namanya Denise Bueno. Hakim garisan wanita nan cantik dan seksi ini tampil dalam pertandingan amatur antara kelab Desire melawan Sporting di Sao Paulo beberapa hari lalu.
Tabloid Mirror melaporkan, Rabu (19/4), Bueno rupanya memang seorang model yang biasa berjalan di catwalk dan punya 33 ribu pengikut di media sosial Instagram.
denise bueno Daily Mail
Dalam pertandingan itu Bueno terlihat memakai baju putih tipis ketat, celana pendek hitam dengan rambut panjangnya yang diikat dan kaki kuning serta sepatu putih. Sebagai pengadil garisan , Bueno tampak cukup sigap berlari sambil membawa bendera.
Para penggemar dan pemain bola tak kuasa melepaskan pandangan dari Bueno, apalagi saat dia terlihat berkeringat lalu berhenti sejenak untuk meneguk air minum dari botol dan air itu menitis dari mulutnya jatuh ke dadanya. [pan]
Sumber:Merdeka.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Fri Apr 21, 2017 8:21 am (PDT) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
KDN Diminta Siasat Pemalsuan Identiti 'Zairil Khir Johari'
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
Nander Hassan Nander – Siapa sebenarnya Zairil Khir Johari ?. Jabatan Pendaftaran Negara perlu disiasat sebab memalsukan identiti sebenar Zairil Khir Johari.
Zairil tak perlu mengaku Melayu, berdirilah atas platform sendiri.
Seorang pembaca bernama Roselina Khir yang mendakwa dirinya anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari pernah menasihatkan Zairil Khir Johari berdiri di atas platform sendiri dan tidak perlu menggunakan populariti Allahyarham untuk meraih kepentingan politik.
"Tidak perlu menggunakan nama Pak Khir. Kami tidak pun mengenalinya, sebab ibunya Christine Lim adalah mak tiri yang sejahat ibu tiri 'Snowwhite',"katanya ketika memberi komen artikel bertajuk "Zairil Bukan Anak Khir Johari."
Allahyarham Pak Khir mempunyai tujuh anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya, Puan Sri Kalsom Abdul Rahman iaitu Rosita, Amir Sharifuddin, Roselina, Juanita, Nazli, Mazita dan Haizan.
Selepas Puan Sri Kalsom meninggal dunia pada 1994, Allahyarham Pak Khir mengahwini Puan Sri Christine Lim pada Februari 1996 yang ketika itu sudah mempunyai dua orang anak iaitu Zairil dan Yusri.
Menurut Roselina, selepas bapanya mengahwini Christine, dia dan enam orang adik beradiknya yg lain tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya lagi.
"Pada ketika itu kami mohon UMNO bantu kami menyelesaikan masalah wanita itu, tapi tak ada bantuan. Dia telah merampas segalanya dari kami.
Pak Khir masa hidup kita tak dapat berjumpa, habis wang EPF dikeluarkan untuk membeli condominium di KL Sentral dan Seri Kembangan atas nama anak-anak Christine,"katanya.
Roselina juga tidak kisah siapa bapa kandung Zairil yg sebenarnya, dan dalam masa sama berbangga kerana bapanya telah mendidik Zairil sebagai seorang Muslim.
"Sebagai anak pak Khir, saya ingin memberi sedikit komen, tak kisah lah Zairil tu anak siapa sebenarnya,. Yang penting Pak Khir telah membelanya menjadi seorang muslim, membela dia sehingga dia teringin menjadi seorang politik. Walhal tak seorang dari kami yang lain yang ingin berpolitik.
"Biarlah roh aruah Pak Khir bersemadi dengan tenang. Tuhan ada. Janganlah politik isu ini,"katanya.
Allahyarham Pak Khir yg berusia 83 tahun menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang bersarapan pagi bersama isterinya, Christine Abdullah di kediaman mereka di Kondominium Suasana Central, Brickfields Kuala Lumpur pada 20 November 2006.
Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam politik termasuk menjadi Setiausaha Agung UMNO. Beliau dilantik menganggotai Kabinet kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Pelajaran pertama negara pada tahun 1956.
Zairil yang mengaku Melayu itu hendaklah membuat ujian DNA untuk membuktikan beliau anak Howard Lim atau anak Mohd. Khir Johari.
Sehingga ke hari ini Zairil masih tidak mengaku bahawa beliau adalah seorang anak Cina tulen dan kemasukannya dalam DAP serta kemenangannya dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) digembar-gemburkan sebagai mewakili Melayu.
Lim Guan Eng juga berusaha menipu Hadi Awang, menipu Nik Aziz, menipu semua orang Islam bahawa ada Melayu Islam dalam CEC DAP.
"Setujukah anda Zairil melakukan DNA untuk menjawab kebodohan kita yang diperbodoh-bodohkan oleh Lim Guan Eng kononnya dia anak Melayu?.
"Apakah Kewarganegaraan Howard Lim bapa sebenar Zairil? Jika bapanya Howard ahli PAP, maka segala Rahsia negara mudah disalurkan kepada negara luar? Terlalu banyak persoalan yg peru dijawab. Apa lagi bila Zairil sudah terlalu banyak mencampuri urusan hal-ehwal orang2 Melayu.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga perlu tampil memberi penjelasan berkenaan status 'Zairil Khir Johari' ini.
Terlalu banyak kekeliruan daripada penggunaan nama 'Zairil Khir Johari' yang seolah-olah merujuk kepada anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir Johari.
Khabarnya Zairil anak tiri Khir Johari. Ibu bapa dia berbangsa China asli. Bila emak dia kahwin dengan Khir Johari dia guna nama Zairil Khir Johari bin Abdullah tetapi telah ditukar kepada Zairil Khir Johari saja dalam kad pengenalan dia.
"Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah nama dia dalam surat beranak dia pun sudah ditukar? JPN mesti beri penjelasan?
Nama dalam surat beranak mesti sama dengan nama dalam kad pengenalan.
Status Zairil
Seorang penulis bernama 'bunga' pernah kerkata nama Zairil diberikan oleh Tan Sri Khir Johari apabila beliau berkahwin dengan Rose Christine Lim (Setiausaha Tan Sri Khir) pada tahun 1996.
"Zairil dilahirkan pada 17.10.1982 di Hawaii. Bapa beliau Howard Lim. Zairil berusia 13 tahun semasa ibunya berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari.
"Zairil pemegang Kad Pengenalan No 821017-71-5183 (kod 71 menunjukkan dia bukan dilahirkan di dalam Malaysia). Nama asal dia Christopher Ross Lim,"katanya.
Menurutnya, penjelasan lanjut tentang latar belakang Zairil boleh dibaca di tunkuaisha.blogspot
Menurut blog itu Zairil bukan seorang Melayu seperti didakwa sama ada dari segi biologi ataupun jiwa.
Sumber AIDCNews
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Fri Apr 21, 2017 8:25 am (PDT) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
----- Original Message -----
From: ABD. JALIL BIN OTHAMAN
To: -::-
Sent: Friday, April 21, 2017 9:55 AM
Subject: FW: SIRIM in The News : 21 April 2017
From: RAFIE BIN MD. YAKUB
Sent: Friday, 21 April, 2017 9:41 AM
To: SIRIM
Subject: SIRIM in The News : 21 April 2017
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
Astro Awani Online, 21 April 2017
Kosmo Online, 20 April 2017
Berita Harian Online, 20 April 2017
Mstar Online, 20 April 2017
Free Malaysia Today, 20 April 2017
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Fri Apr 21, 2017 8:25 am (PDT) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
"Abang Sorang Je Ke? Yang Lain Tak Turun Minum?" - Kisah Seram Ini Boleh Buatkan Bulu Roma Meremang
siakapkeli.my
Foto Hiasan.
Satu kisah seram mengenai perjalanan menakutkan seorang lelaki dikongsi di laman Facebook seterusnya menaikkan bulu-bulu roma pengguna Facebook yang membaca kisah tersebut.
Kisah menyeramkan itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook Mohamad Hisham Hamid kepada kumpulan Facebook Penduduk Alor Setar/Jitra semalam.
Menurut pencerita kisah ini, kejadian berlaku ketika dia melalui lebuhraya pada jam 2 pagi.
Jom baca kisah ini, baca sorang-sorang ya :).
"Waktu tu dalam jam 2 pagi, aku tengah drive kereta menghala ke Jitra.. Tiba di satu kawasan tu, kereta rasa berat sangat-sangat, macam brake jem.
"Dengan rasa tak puas hati, aku turun periksa tayar mana tahu ada yang panas.. Semua ok saja. Aku pun fikir mungkin brake ok balik.
"Terus drive rasa sama berat juga. Aku ambil keputusan berhenti dekat RnR. Keadaan waktu tu sunyi, cuma ada 2 -3 biji kereta saja. Aku parkir kereta dan terus periksa empat tayar kereta aku. Masih ok dan tidak panas apa pun.
Yang Lain Tak Turun Minum Ke?
"Aku ambil keputusan untuk minum dulu, dah setel kunci kereta semua aku pun pesan lah air teh o panas dekat seorang mamat ni. Waktu aku order tu, dia tengok aku, lepas tu dia tengok kereta. Aku rasa macam pelik. Akhir sekali mamat ni tanya: 'Abang minum sorang saja ke? Yang lain tak minum?
"Aku pun rasa lain macam, lalu aku jawab: 'Yang lain??? Ooo depa dah minum tadi'"
"Waktu tu memang aku tak tengok langsung dekat kereta aku, lepas mamat tu mai hantar air, dia masih tengok kat kereta aku, aku buat tak kisah la. Lepas siap minum, aku beranikan diri menuju ke kereta... memang seram, tak tahu nak cakap.
"Elok je aku buka pintu, tiba-tiba pintu sebelah belakang terbuka sendiri. Waktu tu lutut aku rasa lembut sangat. Aku baca ayat-ayat suci Al-Quran, lepas rasa ok aku pun masuk dalam kereta. Start dan mulakan perjalan, Alhamdulillah, kereta dah ok.
Nak Pi Mana Ramai-Ramai ni? - Tanya Jurutol
Foto Hiasan.
"Sampai susur keluar Jitra, aku dikejutkan dengan dugaan yang lagi dasyat. Nak tahu apa? Juru tol tegur ramai-ramai nak pergi mana? hahahaha, aku pun tergagap-gagap nak jawab. Aku buka radio dengar cd mengaji. Cermin pandang belakang aku memang tak tengok dah. Sebelah kiri pun aku tak jeling.
Lori Ikut Belakang
Foto Hiasan.
"Tiba-tiba, ada lori ikut belakang, dia bagi lampu tinggi dan hon. Aku pun tak pasti apa tujuan dia. Dia tak potong kereta aku..
"Aku pun keluar ikut Jitra Utara, sampai kat situ aku rasa memang seram tak tahu nak cakap. Akhirnya segalanya ok selepas nak sampai rumah.
"Fuhh, seram cek ooi, siapa la yang ramai-ramai tumpang aku tu.. Alhamdulillah semua selamat.
Sumber: Muhamad Hisham Hamid
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Fri Apr 21, 2017 8:25 am (PDT) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Akhir Zaman Islam Dipinggirkan Oleh Orang Islam Sendiri
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
Dulu antara yang memperjuangkan Islam tapi kini dah terbalik bila Putrajaya menjadi matlamat dan DAP menjadi rakan mesti didodoi...
Kredit
Syed Halim
Henti perniagaan waktu Maghrib
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.
17 April lalu, seluruh rakyat negara ini dikejutkan dengan satu lagi tindakan tidak sepatutnya daripada pihak tertentu, terutama Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Dato' Husam Musa yang mempertikaikan arahan kerajaan Kelantan meminta agar semua peniaga termasuk bukan Islam menghentikan operasi ketika masuk waktu Maghrib.
Husam dilaporkan berkata, arahan berkenaan sepatutnya terhad kepada peniaga Muslim sahaja kerana peniaga bukan Islam tidak menunaikan solat Maghrib, di samping menyifatkan kerajaan Kelantan sekarang sudah tidak ada agenda utama untuk menunjukkan mereka berkhidmat dan memajukan rakyat.
Membaca laporan kenyataan Husam itu menyebabkan banyak pihak mengurut dada. Kenapa sampai begitu sekali tenatnya pemikiran beliau dan mereka yang seangkatan dengannya, sehingga perkara asas seperti itu pun dianggap kecil? Kenapa semua perkara yang dibuat oleh PAS mesti ditentang oleh beliau dan yang seangkatan dengannya walaupun perkara itu sememangnya amat baik kepada seluruh rakyat?
Pada hal, arahan kerajaan Kelantan itu akan memberikan kesan amat besar bagi perkembangan Islam serta memberikan amat banyak kebaikan kepada rakyat termasuk yang bukan Islam.
Perkara itu bertepatan dengan tujuan arahan itu sendiri seperti yang dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan, Dato' Abdul Fattah Mahmood iaitu bagi memastikan semua pihak termasuk pembeli boleh menunaikan solat Maghrib sebelum meneruskan kegiatan masing-masing, di samping untuk memberi masa kepada para peniaga berehat dan menunaikan solat.
Sehubungan itu, wisel pertama akan dibunyikan 15 minit sebelum masuk waktu Maghrib, manakala wisel kedua sebanyak dua kali 10 minit kemudian. Dasar tersebut telah dimulakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu, sebelum diperluaskan kepada semua pihak berkuasa tempatan di negeri itu tahun lalu. Peniaga yang ingkar akan diberikan amaran terlebih dahulu, sebelum dikenakan larangan sementara jika terus berdegil.
Menghalusi motif berkenaan, semua umat Islam dan pihak yang prihatin pasti bersetuju dengan tindakan kerajaan Kelantan itu. Walaupun peniaga bukan Islam tidak solat Maghrib, tetapi perlu diingat, terdapat juga pekerja mereka yang beragama Islam. Jadi, ia akan memudahkan pekerja- pekerja terbabit menunaikan solat Maghrib, di samping memberi peluang kepada taukeh-taukeh mereka berehat seketika.
Tambahan pula kebanyakan pembeli beragama Islam. Jika semua umat Islam berhenti seketika daripada meneruskan kerja dan perjalanan mereka pada waktu Maghrib, secara automatik premispremis perniagaan pada waktu itu kekurangan pengunjung. Manakala Kelantan pula, insya-Allah akan lebih diberkati Allah.
Malah lebih jauh dari itu, semua pihak yang matang dan terbuka fikirannya melihat langkah kerajaan Kelantan itu tidak sepatutnya ditentang, sebaliknya disokong seratus peratus serta wajar dicontohi oleh kerajaan-kerajaan negeri lain di seluruh negara ke arah melahirkan Malaysia yang sejahtera dan diredai Allah.-Editorial Harakah
Nampaknya Bala Lebih Mengerti Islam Daripada Husam Musa
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mempertahankan larangan meniaga sementara pada waktu Maghrib yang dperluas ke seluruh Kelantan.
Ketuanya N Balasubramaniam berkata peniaga bukan Islam tiada masalah kerana ia hanya untuk tempoh tidak lebih 15 minit.
"Sebenarnya apa yang diumumkan Kerajaan Negeri Kelantan itu tertakluk kepada pasar malam sahaja yang kebanyakan mereka adalah peniaga Melayu-Islam.
"Arahan tutup itu juga hanya mengambil masa 10-15 minit sahaja supaya peniaga Muslim dapat menunaikan solat mereka," katanya.
Menjawab soalan Malaysiakini hari ini, Balasubramaniam juga berkata kerajaan negeri hanya "mengikut cara Islam".
"Malah, setakat ini ia diterima baik dan tidak ada masalah dari bukan Islam," kata Balasubramanian.
Kelantan sebelum ini mengarahkan semua peniaga, termasuk bukan Islam menghentikan operasi ketika Maghrib bagi memberi laluan kepada waktu sembahyang yang singkat.
Dasar tersebut telah dimulakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu, sebelum diperluaskan kepada semua pihak berkuasa tempatan di negeri itu, tahun lalu.
Bagaimanapun, dasar itu dipertikaikan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa kerana peniaga bukan Islam tidak perlu menunaikan solat Maghrib.
Beliau mendakwa kerajaan Kelantan sebenarnya tiada agenda untuk memajukan rakyat dan terpaksa mencari perkara kecil untuk "nampak Islamik".
Bekas menteri Umno yang kini bersama DAP Datuk Zaid Ibrahim pula berkata larangan itu tidak sah dan mahu mencabarnya di mahkamah.
Mengulas lanjut, Balasubramaniam berkata pertikaian Husam itu sengaja dibuat.
"Sengaja timbulkan masalah, dulu sewaktu sama-sama berlayar (dalam parti PAS) tak ada masalah, tapi sekarang semuanya tak betul," kata Balasubramaniam.
----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:
To:
Sent: Tuesday, April 18, 2017 11:08 PM
Subject: Fw: Henti niaga waktu Maghrib budaya Kelantan
Henti niaga waktu Maghrib budaya Kelantan
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.
PERATURAN menggalakkan peniaga pasar malam menghentikan perniagaan seketika ketika azan Maghrib sudah menjadi budaya bagi masyarakat Kelantan.Malah ia sudah lama diterima selaras dengan Kelantan sebagai Serambi Mekah.
Malangnya usaha itu cuba diperlekehkan pemimpin sekular yang cuba mencacatkan dasar Membangun Bersama Islam.
Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Ashaari Mamat berkata, peraturan menghentikan seketika urus niaga pada waktu Maghrib di pasar malam sudah sebati dengan rakyat Kelantan.
Katanya, peraturan seperti itu sepatutnya disokong kerana ia dapat mendidik rakyat supaya segera menunaikan solat.
Lagi kata beliau solat Maghrib waktunya begitu pendek dan ia perlu disegerakan bagi mengelakkan luput waktu.
"Malangnya ada pemimpin Melayu yang berjiwa sekular tidak menerima peraturan seperti itu. Ini sesuatu yang cukup malang bagi rakyat Malaysia," katanya di Kota Bharu.
Aktivis DAP, Datuk Zaid Ibrahim dilapor mahu memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Kelantan berikutan arahan peniaga pasar malam supaya menghentikan perniagaan sementara ketika solat Maghrib.
"Saya akan memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan minggu ini.
"Arahan supaya peniaga pasar malam menghentikan perniagaan ketika solat Maghrib adalah tidak sah," katanya di laman sosial.
Sebelum itu Adun PAN Salor Datuk Husam Musa juga dilapor turut mempersoalkan langkah kerajaan negeri mengenakan larangan berniaga ke atas peniaga bukan Islam pada waktu Maghrib.
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dalam laman sosialnya menjelaskan peraturan menghenti seketika urusniaga waktu Maghrib di pasar malam sudah lama dilaksanakan.
Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood mengecam tindakan Ahli DAP yang mengugut mahu menyaman kerajaan negeri.
Katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku sebagai seorang beragama Islam. –
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Fri Apr 21, 2017 8:25 am (PDT) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Guru Terkejut Anak Murid Bawa 'Kotex
siakapkeli.my
Bagi sesetengah ibu bapa, tak ada masalah untuk membeli keperluan anak-anak sekolah. Namun ada juga segelintir ibu bapa yang tidak mampu memberi segala yang diperlukan untuk anak-anak belajar.
Itulah yang ditemukan oleh seorang guru, Syafaat Nasir, yang terkejut apabila salah seorang anak muridnya membawa 'kotex
Bagaimanapun, isi dalam di dalamnya bukan lah seperti yang kita semua sangka. Menurut guru terbabit, sebaik sahaja dibuka, dia mendapati terdapat alatan mewarna di dalamnya.
"Terkejut tengok anak murid bawa dalam kelas. Bila check, rupanya dalam ada color pencils. Takpa la. Janji boleh letak color pencils leklok." tulis beliau.
Kejadian sedih itu dikongsi oleh guru tersebut di akaun Twitternya hari ini.
Tapi itu bukan penghujung kisah berkenaan. Guru berkenaan kemudian menghadiahkan pelajar tersebut sebuah kotak pensil baharu bersama satu beg kecil untuk menyimpan pensil warnanya.
"Haaaa pencil box dan color pencils box baru. Nasib baik ada stok hadiah pertandingan lebih haritu. Parents jangan tak sensitif sangat ya!" tulis Syafaat.
Kata Syafaat juga, selepas kejadian sedih itu dikongsi di Twitter, orang ramai mula menghubunginya untuk menyumbang.
"Laju gila orang whatsapp gua nak bagi sumbangan color pencils baru untuk students gua. Baik betul hati. Murah rezeki la semua!"
Ini sekaligus menunjukkan betapa pemurahnya orang Malaysia. Syabas semua!
Sumber: Twitter Syafaat Nasir
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Fri Apr 21, 2017 8:25 am (PDT) . Posted by:
"~:eSpAcE9808:~" rienacom
Yang Sulung Masih Belum Dapat Terima Kenyataan, Suasana Pilu Di Hospital Selepas Anak-Anak Ditemukan Jenazah Ibu Dan Ayah
siakapkeli.my
Sejak beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan sebuah kemalangan seorang pegawai polis dan isterinya meninggal dunia manakala empat anak mereka cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kampung Teluk Teduri, Jalan Baru Kupang-Baling.
Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, Asisten Superintendan Mohd. Noor Mat Yaub, 38, yang memandu kereta Toyota Passo bersama isteri, Suriya Abdul Rahman, 37, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemergian Allahyarham Mohd Noor dan isteri begitu memberi kesan yang amat besar kepada anak mereka, diceritakan oleh seorang sahabat yang berada di hospital Baling, suasana pilu menyelubungi bila anak-anak mereka yang menatap kali pertama wajah ibu bapa mereka selepas kemalangan terjadi.
Untuk tatapan kita...peristiwa di Hospital Baling semalam yang menyentuh jiwa.
Selesai urusan jenazah kedua2 mangsa di hospital baling dan akan dibawa ke tanah merah kelantan utk dikebumikan. Ketiga2 anak2 yg cedera d bawa ke hospital Sg Petani. Sedih tgk anak2 kehilangan kedua2 ibubapa.. Allah...
Eskot 30 biji kereta ke Kelantan.
Dalam skelip mata..sempat cium anak-anak pagi tadi saja..mak ayah tinggalkan untuk selama lamanya.
Pilu sangat suasana di bilik mayat sewaktu anak-anak dia yang cedera dibawa dengan ambulans untuk tengok ibu ayah sebelum berpisah selamanya.
Tiga buah ambulans parking sebaris dengan dua buah van jenazah PDRM.
Semua yang ada tak kira polis ka cikgu ka, laki pompuan tua muda semua mengais tengok satu demi satu anak diturunkan dari ambulan dan ditolak masuk untuk tengok ibu ayah yang siap dikafan.
Anak yang lelaki darjah 2 menangis paling teruk sebab dia paling manja.
Yang sulung masih belum boleh terima hakikat sangat.
Yang nombor 2 steady jugak walaupun menangis.
Yang nombor 4, cedera paling teruk... Tak mau tengok ibu. Dia cuma usap pipi ayah dia saja.
Katanya rempuh mereka ini isteri kepada pemilik sebuah pasaraya.
Kesian sangat..sekelip mata jadi yatim piatu.
Telah selamat disimpn pada jam 6 lebih semalam dalam 1 liang lahad.
Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.. Allah takkkan uji diluar kemampuan hambanya... semoga anak2 beliau tabah
Jenazah kedua-dua suami isteri ini telah selamat dikebumikan petang semalam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Buluh, Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan.
Anak mereka Muhamad Adib Mustakim,6, dan adik bongsu, Muhamad Adib Mirza, 5, yang tidak terlibat dalam kemalangan berada di bawah jagaan nenek sebelah ibunya.
Sementara tiga beradik lagi masih di hospital dijaga oleh ibu saudara di sana sehingga mereka sihat dan dibenarkan keluar dari wad. - Siakapkeli.my
Sumber: Fitri dan Penang Kini
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment