Wednesday, January 31, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4889

3 Messages

Digest #4889

Messages

Wed Jan 31, 2018 11:56 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



FELDA - KENAPATERUS MENIPU?
bloglist-malaysia.blogspot.
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta

Saya memberi ruang sepenuhnya kepada kepimpinan Felda untuk meneruskan sandiwara mengenai tanah Felda yang dilaporkan hilang hakmilik dan kemudiannya telah mendapat kembali hakmilik.

Sepanjang sebulan sandiwara ini dimainkan, saya menunggu sama ada Tan Sri Shahrir Samad akan menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada rakyat. Malangnya, beliau terus terjebak dengan sandiwara politik untuk meredakan kemarahan rakyat mengenai kerosakan yang telah berlaku ke atas Felda, sehingga beliau sempat mengeluarkan sindiran seolah-olah "kejayaan" Felda mendapatkan kembali tanah tersebut adalah hasil doa Perdana Menteri di Mekah.

Saya bersimpati kerana ramai rakyat kebanyakan yang tidak biasa dengan selok belok pembangunan tanah dan undang-undang tanah yang dengan mudah boleh terpedaya dengan sandiwara politik tersebut.

Hari ini, saya ingin menegaskan bahawa tanah Felda yang diwar-warkan kononnya telah didapati kembali hakmiliknya, sebenarnya telah hilang buat selama-lamanya.

Saya ingin mengingatkan perkara-perkara berikut:

i. Beberapa bidang tanah milik Felda ini telah diserahkan kepada sebuah syarikat pemaju yang bernama Symphony Promenade Sdn Bhd (SPSB) untuk membangunkan beberapa menara pejabat dan kediaman mewah

ii. Apabila pembangunan itu diteruskan, lot-lot bangunan itu akan dijual kepada pembeli-pembeli dan hakmilik bangunan bertingkat itu akan bertukar dari hakmilik tanah kepada hakmilik strata (satu hakmilik strata setiap satu ruang pejabat atau kediaman mewah yang dijual kepada pembeli)

iii. Hakmilik bangunan tersebut akhirnya adalah milik pembeli-pembeli persendirian dan bukan lagi hakmilik Felda, walaupun kini hakmilik tanah masih lagi dalam pegangan Felda

Sebab itu saya mahu mengingatkan Tan Sri Shahrir Samad bagaimana pendirian beliau sendiri telah berubah dalam tempoh sebulan mengenai pembangunan tanah-tanah tersebut.

Apabila beliau mula-mula mendedahkan sandiwara tanah ini, beliau dilaporkan oleh Berita Harian bertarikh 21 Disember 2017 bahawa Felda tidak berminat untuk meneruskan projek pembangunan KLVC di atas tanah-tanah Felda itu, seperti capaian-capaian berikut:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/366118/felda-tidak-minat-teruskan-pembinaan-klvc-shahrir

Saya sertakan juga rakaman temuramah yang dibuat oleh Tan Sri Shahrir dengan wartawan-wartawan Berita Harian pada hari yang sama yang menyatakan sendiri Felda tidak lagi berminat untuk meneruskan projek KLVC:

https://www.youtube.com/watch?v=cJbmcntFDBE&feature=youtu.be

Saya faham kenapa Felda tidak berminat untuk meneruskan projek tersebut kerana sekiranya projek diteruskan, hakmilik akan bertukar kepada hakmilik strata dan keseluruhan bangunan dan lot-lot yang dijual itu akan berpindah milik kepada pembeli-pembeli yang mendapat hakmilik strata kelak.

Hanya dengan tidak meneruskan projek pembangunan KLVC itu barulah Felda dapat mengekalkan tanah-tanah tersebut menjadi pegangan Felda.

Malangnya tidak sampai sebulan dari kenyataan tegas tersebut, Tan Sri Shahrir Samad telah buat pusingan-U demi menjual sandiwara tanah Felda diperolehi kembali.

Saya petik laporan Utusan Malaysia bertarikh 15 Januari 2018 semasa Tan Sri Shahrir Samad dijulang menjadi wira mendapatkan kembali tanah Felda, di dalam laporan bertajuk "Felda dapat kembali hak milik tanah di Jalan Semarak".

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/felda-dapat-kembali-hak-milik-tanah-di-jalan-semarak-1.590746

Keputusan Felda untuk meneruskan projek pembangunan KLVC, yang kurang sebulan dari tarikh 15 Januari itu ditentang habis-habisan oleh Tan Sri Shahrir Samad sendiri, merupakan sandiwara utama episod tanah Felda yang hilang ini..

Saya memohon Tan Sri Shahrir Samad berdebat dengan saya untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara-perkara ini:

i. Hakmilik tanah yang diperolehi oleh Felda yang diwar-warkan sejak minggu lepas sebenarnya tidak bermakna kerana dengan pembangunan KLVC yang diteruskan, hakmilik strata akan dikeluarkan kepada pembeli lot-lot bangunan dan ruang pejabat/kediaman. Merekalah pemilik sebenar hartanah itu kelak, bukannya lagi Felda

ii. Episod Felda mendapatkan kembali tanah adalah satu sandiwara kerana keadaan sekarang (walaupun Felda dilaporkan mendapat balik hakmilik ke atas plot tanah tersebut) tidak berbeza dengan keadaan sebelumnya; iaitu tanah-tanah tersebut telah diserahkan kepada pemaju swasta untuk dijual sebagai lot ruang pejabat/kediaman

Saya sudah mendapat beberapa dokumen yang saya akan tunjukkan esok dan lusa untuk menguatkan lagi hujah saya bahawa tanah Felda itu telah hilang selama-lamanya.

Episod tanah Felda diperolehi kembali hanyalah sandiwara politik yang dimainkan oleh Tan Sri Shahrir Samad.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
23 JANUARI 2018

"Apa Hina Sangat Ke Kami Yang Kerja Kilang Nie?" Lelaki Luah Realiti Sebenar Kerja Kilang Yang Ramai Orang Perlekeh
siakapkeli.my

Gambar Hiasan

Pekerjaan dan rezeki setiap orang itu berbeza. Bekerja di sektor awam mahupun swasta masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Namun, ada juga segelintir masyarakat yang memandang rendah pada pekerjaan orang lain.

Mereka yang bekerja sebagai operator kilang terutamanya, seringkali dilabelkan sebagai mereka yang tidak mempunyai masa depan. Kedengaran agak keras, namun itulah hakikat sebenar pandangan sekeliling yang terpaksa ditelan oleh pekerja kilang.

Perkongsian dari Raimi Ahmad melalui laman facebook, meluahkan realiti sebenar tugas sebagai operator kilang. Tidaklah seteruk yang disangka, gaji yang ditawarkan juga setaraf dengan pekerjaan lain bahkan lebih tinggi dan lumayan. Bukan mengeluh dengan pekerjaan, namun terkilan dengan persepsi negatif orang ramai kepada mereka yang berstatus mat dan minah kilang ini.

Pemikiran sebegini harus dikikis, kerana mereka mencari rezeki yang halal untuk menyara hidup bukan mengemis atau meminta di jalanan. Paling penting, jangan malu dengan apa yang kita lakukan. Moga dengan perkongsian beliau di bawah ini dapat membuka mata masyarakat di luar sana.

Hina sangat ke kerja kilang? (Yang mana dok perlekeh meh baca)

"kalau hang tak da keja..p keja kilang" Dalam mentaliti orang melayu khususnya kalau keje kilang ni adalah satu pekerjaan yang "lekeh" & keje yg "tu" adalah keje yang mulia & menjamin masa depan...its ok.

Gambar Hiasan

Banyak yg tanya aku sekarang aku keje apa disebabkan kan aku ni selalu tukar keje..hehe..jangan kata kawan2..sedara2 sendiri pun tak tau..haha..aku bukan syok2 tukar2 keje tapi untuk pengalaman aku & diri aku sendiri..aku nak kembara selagi boleh.

Untuk pengetahuan luorang sekarang memang aku bekerja sebagai operator kilang..ini adalah pekerjaan aku yg ke-9 & ini kali pertama aku keje kilang..sebelum ni aku keje lain2 bidang..buat direct sales, telesales, office, bulk mailing, penyelia, buruh kasar pun pernah & ada lagi aku tak tau apa nama jawatannya.

Jujur cakap aku dah lama nak masuk keje kilang ni sejak dari habis sekolah lagi tapi tak termasuk jugak.. tapi selepas bertahun-tahun baru aku dapat masuk dan seriusly baru aku faham kenapa baru sekarang urusan aku ni dipermudahkan setelah bertahun-tahun..

Tapi sebelum tu kan aku nak cerita.. Bila sebut keje kilang or operator kilang ramai yg ingat keje yg lekeh & tak de masa depan..masa aku buat sales berapa tahun lepas.. banyak custumer aku keje kilang.. sometime diorang nak apply kad kredit so secara tak langsung payslip mesti bagi kan?aku pun belek la diorang punya slip gaji ni..uiisshhh..2K ke atas..kadang2 dekat 3K..paling2 lekeh pun RM1800..

Aku pun tanya la berjawatan apa kan..kot supervisor or manager ke?dia cakap operator..bukan sorang aku jumpa masa tu..ramai kot..jadi masa tu aku terfikir..tang mana lekeh keje kilang ni?dari segi "gaji" ka tau "kerja" itu sendiri?bukan sorang 2 custumer tapi banyak custumer aku keje kilang dulu..

Jadi secara tak langsung, aku terasa mcm dibodohkan umat Melayu sendiri..jenis perangai aku ni..aku nak merasai sendiri & aku tak suka sekadar dengar... So awal bulan 3 tahun lepas aku masuk keje kilang ni.. sebelum tu aku keje penyelia ladang.. hari pertama aku jejak kaki ke kilang ni aku ushar kiri kanan depan belakang..operator ramai..leader ada..supervisor ada..manager ada..exec ada..technision ada.. engineer ada.. jadi apa yg lekehnya???

Dok belajar tinggi2 ambik kejuruteraan tu kebanyakkannya kena masuk kilang la kan..nak masuk gomen kot celah mana?mungkin ada tapi terhad!..masa aku masuk line..di kiri kanan aku ni ada kakak2 & makcik2..so..bagi nak tengok realitinya akan apa yg aku dapat tau pasal gaji operator kilang ni..aku kecek2 skit kat diorang ni pasal gaji..hmmm..belum sempat habis tanya diorang buka pc tunjuk diorang punya profile bab gaji..Aku pun skodeng tengok..gaji ada la dalam RM2300(bersih)..huhuiii..aku senyum..

Masa tu kilang yg aku keje ni hanya bekerja 14 hari saja sebulan dengan basic gaji RM1000.. maksimum ot adalah 8 hari so bersamaan 22 hari kerja & dapat gaji lebih 2K??so???lekeh mende???aku pun pernah try buat & gaji aku lebih RM2K..kalau bab kerja?aku tak fikir lekeh pasal prosedure ketat la hanat!..keluar masuk nak kena scan bagai..time in & out kena betul..luorang keje boleh keluar masuk senang2 itulah sebenarnya yg lekeh..time keje pon boleh keluar..huhuiii

Keje 12 jam berdiri..duduk pun time rehat je..ada jugak station yg duduk tapi tak semua..mcm aku sendiri kena berdiri 12 jam.. So?.. apa luorang nak lekehkan orang yg keje kilang? aku dah masuk & rasai sendiri mcm mana keje kilang ni & aku fikir tak ramai yg boleh tahan.. aku pun tak tau berapa lama lagi aku akan stay keje sini tapi secara jujurnya keje kilang bukan selekeh yg disangka..

Tun Mahathir pernah cakap "selama lebih 20 tahun saya mungkin berjaya ubah Malaysia tapi saya gagal ubah "mentaliti" rakyat Malaysia"..YUP!..aku tersangat setuju..so sekarang ni pada brader2 sister2 abg2 akak2 pakcik2 makcik2 yg keje kilang tu atau pun yg tak de keje & nak masuk keje kilang jangan malu & takut dengan mulut & mentaliti orang Melayu tapi diri awak sendiri tu yg perlu ubah..kita tak leh ubah persepsi masyarakat tapi awak tu yg harus ubah persepsi awak terhadap keje kilang ni..kalau awak sendiri rasa malu keje kilang itu adalah masalah lagi besar daripada mereka yg mengherdik awak keje kilang..ada faham???

Tapi ada jugak yg aku jumpa keje kilang tapi kondem.. ini laaaagi masalah besar.. sebab nampak keje yg lain lagi bagus..maybe aku dah teroka banyak keja so aku dah nampak "gamenya"..so tak leh nak salahkan sesiapa..but.. 1 benda yg aku rasa suka dengan keja kilang adalah "SUASANA"..

Gambar Hiasan

Kalau awak seorang perantau.. suasana adalah moment yg awak akan amati sebaik mungkin.. dan aku enjoy keje sekarang.. bukan pasal keje tapi berkenaan dengan suasana..kalau cakap pasal keje..giler la weii..12 jam berdiri..duduk pun time rehat best kepala bana ape giler..baik aku keje opis boleh ngulat or sambil2 buat keje boleh makan keropok lekor..haha..

Jadikan..apa yg aku boleh katakan..suasana kilang ni tak ubah mcm zaman persekolahan.. mula keluar dari rumah naik moto sampai 1 simpang kita akan jumpa geng2 kilang yg sehala nak ke kilang..berderu deru reramai..masuk kawasan perindustrian dah nampak bas kilang van kilang & lepas tu semua berpecah ke kilang masing2..

Sebelum tumb print semua akan ke loker masing2 dan sebelum nak sampai ke loker sendiri luorang akan nampak kelibat marka2 kakak2 makcik2 berdiri depan loker dok tonyoh lipstik, bedak & pasang bulu mata..hehe..sweet la..

Bila dah masuk buat keja..moment yg aku suka misalnya dengan tiba2 dengar guruh berdentum.. jap lagi mula la dengar suara2.."wooooo...waaaaa...huhuuuuiiii";..then incas or exec pekik.."WEIII2..APA TU WOWOOO?" Haha then semua senyap..elok lepas exec dah blah..semua pakat gelak..haha..moment2 mcm ni tak ubah mcm zaman sekolah...kalau tetiba ada barang jatuh pun riuh satu line..barang jatuh line ni line lain yg riuh..haha..

Time rehat pon mcm zaman sekolah..rehat ramai2..ada yg bercouple ada dengan laki bini ada dengan geng2 muda2..bujang2..riuh dalam kantin..tapiii..time balik la paling legend & paling aku suka tengok..dalam 10 minit sebelum balik incas akan buat meeting apa2 lebih kurang pasal kerja & untuk sampaikan apa2 info..luorang akan nampak kepala diorang menghadap incas but badan dah pusing belakang..kira betui2 nak lari balik ja..elok incas cakap "terima kasih" luorang tengok berderuuuuu lari pegi kat tumbprint..haha..yg lawaknya bukan yg muda2 tapi makcik2..hehe..

zaman sekolah kalau bunyi ja loceng..emmm..luorang faham2 la kan..haha...so that why aku layan keje kilang sebab moment2 yg mcm tu persis moment zaman sekolah & aku baru faham kenapa setelah bertahun -tahun baru urusan aku untuk masuk keje kilang dipermudahkan..kena masanya selepas bertahun tahun tinggalkan alam persekolahan & baru aku tau yg aku rindukan zaman persekolahan..kalau aku masuk time lepas habis sekolah dulu aku rasa aku takkan tulis berjela jela mcm ni..hihi..

Serius..suasana kilang memang menggamit memori persekolahan..letih tu memang letih tapi letih ni balik tido hilang letih sebab keje operator ni banyak guna fizikal berbanding mental..balik keje dah tak yah fikir pasal keje..esok datang lagi..apa yg boleh aku cakap..

"Aku akan menangis bila aku berhenti keje kilang nanti..huhu".. Banyak keje aku keje tak sama mcm "suasana" keje kilang..jangan tanya bab prosedure or system sbb itu adalah berbeza perspektif kalau nak bicara..ada part yg ok ada yg tak.."SUASANA".."SUASANA"..SUASANA"..itu yg aku cuba terangkan..dan aku mula faham kenapa setiap kali ada kilang yg tutup operasinya..seluruh pekerja menangis gila2..risau sbb hilang kerja mungkin but aku tersangat yakin diorang lebih sedih dengan perpisahan dengan rakan2 & suasana kerja itu sendiri..

Apa2 pun..bila sebut bab kerja itu bab rezeki so jangan risau..lu langkah kaki Tuhan mesti tolong punya..sebab aku dah banyak kali buat benda2 gamble ni..kalau nak tauhid pasal rezeki tapi nanti2 aku cerita..moga dapat sikit manfaat walaupun sikit..

Siakapkeli.my

Hospital Serdang Nafi Pos Tular Kononnya Kos Rawatan Kelas Ketiga Mencecah Sehingga RM80k
siakapkeli.my

25 Jan - Baru-baru ini tular di laman sosial apabila Jomdonate.com telah melancarkan kutipan derma untuk menampung kos rawatan seorang pesakit dari Hospital Serdang iaitu Siti Nurul Ain Binti Kamil.

Pada 24 Januari 2018, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah memuat naik kenyataan rasmi daripada Pengarah Hospital Serdang tentang perkara ini menerusi laman Facebook rasminya.

Menurut kenyataan rasmi itu, Nurul Ain masih lagi dirawat di Hospital Serdang dan perancangan perubatan pesakit pada masa ini tidak melibatkan sebarang pembelian alat perubatan yang perlu ditanggung oleh pesakit.

Justeru itu, pihak Hospital Serdang menegaskan bahawa kos rawatan pesakit di Hospital Serdang yang perlu dibayar oleh pihak Siti Nurul Ain tidak mencecah sehingga puluhan ribu ringgit seperti yang tertera di dalam laman web jomDonate.com kerana caj bagi rawatan kelas ketiga adalah sangat minimum.

Kenyataan yang tular

Pihak Hospital Serdang juga berharap, orang ramai dapat meneliti permohonan bantuan derma yang disiarkan di media sosial dan tidak terlibat dalam penyebaran maklumat yang tidak sahih. Pihak hospital amat perihatin dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk pesakit.

app-facebook
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
8 jam yang lalu

Isu berkaitan Kos Rawatan Pesakit di Hospital Serdang - Pesakit (Siti Nurul Ain Binti Kamil) yang dilancarkan di laman JomDonate.com.

Mohon kerjasama semua lapisan masyarakat meneliti permohonan bantuan derma yang disiarkan di laman media sosial dan TIDAK terlibat dalam penyebaran maklumat yang TIDAK SAHIH.

Berikut adalah Kenyataan Media rasmi dari Hospital Serdang berkaitan Kes Kutipan Derma ini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jan 31, 2018 5:07 pm (PST) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Wed Jan 31, 2018 5:07 pm (PST) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4888

7 Messages

Digest #4888

Messages

Mon Jan 29, 2018 7:19 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Rab Khalid Atau Yeh Sekupang Meninggal Dunia
siakapkeli.my

Pelakon Rab Khalid, 48, dilaporkan telah menghembuskan nafar terakhir kira-kira jam 4.15 petang sebentar tadi.

Perkara ini dimuatnaik oleh kenalannya sendiri di laman Facebook milik Allahyarham bagi memaklumkan berita mendukacitakan itu.

Rab Khalid
lebih kurang sejam yang lalu
Assalamualaikum, pada sesiapa yg mengenali rab khalid, beliau telah kembali ke rahmatullah jam 4.15pm. Mohon doakan bersama semoga Allah ampunkan dosa2nya dan beliau ditempatkan dgn org2 soleh dan beriman. Terima kasih pada yg menziarahi. Jenazah insha Allah akan di kebumikan dihalaman parit buntar besok pagi. Al-fatihah

Mamat Khalid
2 jam yang lalu
Semoga rohnya bersama mereka yg soleh. Tenteram miker di sana rab. Aminn

Allahyarham Rab Khalid atau lebih dikenali sebagai Yeh Sekupang hari ini dilaporkan kritikal di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hospital Ampang selapas diserang sakit jantung.

Dari Facebook Mamat Khalid

Dari Fb Pelakon Mohd Sharwani Hamad Hadi

Menurut laporan ini adalah kali kedua Allahyarham diserang masalah jantung selepas kali pertama pada bulan lalu.

Rab sangat dikenali dengan panggilan Yeh Sekupang iaitu watak dilakonkan dalam filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan arahan Mamat Khalid.

Berasal dari Parit Buntar Perak, anak kedua daripada enam beradik itu dikenali dengan lakonan komedi bersahaja menerusi beberapa karya Mamat seperti Hantu Kak Limah, Hussin, Mon & Jin Pakai Toncit, Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya dan 16 Puasa. - Siakapkeli.my

SELAMAT TINGGAL YEH SEKUPANG!
bloglist-malaysia.blogspot
wasiatpejuang.blogspot
Di Terbitkan oleh ABU NAWAS II

Saya terkedu apabila membaca berita tentang kematian Rab Khalid pagi tadi dari sumber facebook nanmun apabila saya membuka facebook beliau ada pula kenyataan bahawa Rab Khalid masih dalam keadaan kritikal akibat serangan jantung bukan telah meninggal dunia seperti yang di laporkan oleh pemberita facebook.

Sehinggalah petang ini saya pasti berita kehilangan Rab Khalid adalah sahih apabila ianya di keluarkan sendiri oleh rakan segandingan Rab Khalid di dalam filem-filem Mamat Khalid iaitu Mohd Sharwani Hamad Hadi.

Nama Yeh Sekupang bermula dari satu watak kecilnya sebagai seorang kontraktor bankrup yang pulang ke kampung di dalam filem "Husin, Mon dan Jin Pakai Tocit" iaitu kesinambungan filem "Zombi Kampung Pisang" dan "Hantu Kak Limah Balik Rumah".

Selepas dari itu nama Yeh Sekupang terus di guna pakai oleh Mamat Khalid untuk filem-filem yang di lakoni oleh Rab Khalid dan di beri peranan watak utama di dalam filem "Rumah Pusaka Di Simpang Jalan"

Istimewanya Yeh Sekupang ialah beliau seorang pelakon yang mampu membawa watak orang kampung dengan gaya, cara berpakaian dan percakapan orang kampung dengan loghat utara asli di tengah-tengah kumpulan masyarakat yang bercakap loghat Perak.

Kalau anda perasan semua babak yang di lakonkan oleh Rab Khalid adalah beliau menghisap rokok dan lebih menariknya gaya Rab Khalid memegang rokok betul-betul gaya orang kampung yang suka bersembang besar.

Yeh Sekupang adalah satu contoh yang di bawa oleh Mamat Khalid dalam filemnya tentang mereka yang suka bercakap besar di dalam masyarakat kampung.

Kehilangan Yeh Sekupang atau Rab Khalid adalah satu kehilangan besar kepada produk yang di keluarkan oleh Mamat Khalid di mana sebelum ini telah perginya juga gandingan mantap untuk filem Mamat Khalid seperti Zami Ismail, Azuan Anuar dan Pak Man Kadir.

Semoga di ampunkan segala salah silap semasa hayatnya dan di kira sebagai pahala atas semua amal baiknya di atas dunia.

Pergilah seperti apa yang telah di janjilah Ilahi.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 29, 2018 7:21 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jangan Jadi Manusia Syaitan Lariskan Produk - Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim
siakapkeli.my

Kebelakangan ini terlalu banyak pengusaha-pengusaha bercambah seperti cendawan selepas hujan apabila masing-masing daripada mereka menjual produk-produk kecantikan dan ubat-ubatan ajaib yang menjanjikan hasil luar biasa.

Malah tiada sebarang pengesahan daripada pakar perubatan tentang keberkesanan setiap produk yang ditawarkan. Sedangkan pakar tidak mengesahkan, siapa pula mereka berani menjanjikan bulan dan bintang kepada para pengguna.
Tidakkah terfikir akan kesannya terhadap para pengguna? Jika itu dianggap rezeki, bersedialah dengan ujian yang bakal datang akibat penipuan yang disogok untuk melariskan produk. Jikalau sering sangat Allah uji, habis satu masalah datang pula masalah yang lain, maka mungkin sudah sampai masanya kita muhasabah diri dan bertanya sama ada rezeki kita itu berkat atau tidak? Kalau tidak berkat apa puncanya?

Agak kasar untuk mengklasifikasikan masalah ini sebagai jenayah, namun menganiyai orang lain dengan memberitahu bahawa produk yang ditawarkan itu berkesan tetapi akhirnya terbaring dihospital, itu sangat kejam. Duit dah dibawa lari, pengguna menanggung sendiri.

Segalanya diketepikan demi sedikit keuntungan. Janji produk dan jualannya laris setiap bulan. Dipetik kata Ustaz Abdullah menerusi artikel dibawah ini, beliau berkata;

"Para pesakit buntu dan tersepit, akhirnya terpedaya dengan kalam manis beracun si penjual ubat. lalu para pesakit berhabis harta membeli ubat yang bukan ubat untuk sakit mereka. Adakah mereka (penjual ubat) ingat tindakan itu tiada audit dosa-paha, syurga-neraka disisi Allah?"

Nasihat kami kepada para pengguna untuk berwaspada dan rajin-rajinlah mengkaji latar-belakang produk itu dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengambilnya. Pastikan kesahihannya atau mungkin lebih baik dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan bertauliah untuk informasi lebih lanjut.

Artikel ini dioleh daripada hasil penulisan Ustaz Abdullah Bukhairi Abdul Rahim Al-Hafiz, Pensyarah Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa UIAM yang bertajuk "Jangan Jadi Manusia Syaitan."

Daripada live video dibawah ini juga, pada minit ke 45 dan seterusnya beliau ada berkongsi kisah beliau sendiri yang menghadapi kegagalan buah pinggang akibat produk yang tidak diiktiraf.
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

Surah Al-An'am, Ayah 112

Siakapkeli.my

Sumber: Abdullah Bukhari Abdul Rahim

KKM Sahkan 4 Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual
siakapkeli.my

25 Jan - Baru-baru ini Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan satu kenyataan menerusi laman web Ketua Pengarah Kesihatan yang menasihati serta menggesa orang ramai untuk mengelak daripada membeli produk-produk berkenaan.

Berikut adalah kenyataan penuh dari KKM mengenai produk-produk yang mengandungi racun berjadual.

Produk-produk yang dinyatakan ini dipercayai mengandungi racunberjadual yang merbahaya untuk pengguna. Notifikasi produk kosmetik yang terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesahan bahan racun berjadual berkenaan.

Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut.

Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA.

Datuk Dr. Noor Hisyam Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan

Siakapkeli.my

Produk 'Magnetic Putty' Ditarik Semula Dari Pasaran, Kandungan Mempunyai Racun Berbahaya
siakapkeli.my

27 Jan - Satu produk mainan yang bernama 'Magnetic Putty' telah di tarik semula dari pasaran apabila produk itu mengandungi racun arsenik tujuh kali ganda lebih dari had yang ditetapkan, lapor Daily Mail

Mainan yang seperti lendir ini telah dijual di sekitar Northhamptonshire, tetapi kini telah dirampas oleh pihak berkuasa.

Produk yang dilabel sebagai 'Magnetic Putty' itu mengandungi sebungkus lendir hitam dan juga kiub magnet kecil yang mana kanak-kanak boleh membentuk mengikut kreativiti mereka sendiri.

Ujian telah dilakukan oleh organisasi kawalan standard dagangan Northampshire mendapati produk itu mengandungi racun arsenik tujuh kali lebih dari had yang ditetapkan.

Kandungan itu boleh membunuh dengan cepat dan mampu menyebabkan kanak-kanak mengalami keracunan jika mereka termakan lendir hitam itu.

Keputusan ujian juga menunjukkan produk itu mangandungi 29 kali kuasa magnet dan 2 kali ganda daripada jumlah yang dibenarkan.

Ia juga telah dilabel sebagai produk yang tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak berumur dari 0 hingga ke 3 tahun.

Di bahagian tin 'Magnetic Putty' itu juga tidak menunjukkan dari mana produk itu dikilangkan.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 29, 2018 7:22 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Remaja dituduh curi telefon guru sekarang mati otak

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak Tingkatan 2 yang menggantung dirinya selepas diaporkan dituduh mencuri telefon bimbit gurunya minggu lepas sekarang mati otak dan diberi sistem sokongan hidup, kata seorang aktivis hari ini.

Presiden Tamilar Kular Malaysia, David Marshel Pakianathan berkata, M Vasanthapirya, 13, mengalami kegagalan organ dan sedang menjalani rawatan rapi di Hospital Seberang Jaya.

"Doktor beritahu saya ginjal dan hatinya sudah gagal," kata David, seorang ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang membantu keluarga Vasanthapiriya, kepada FMT.

"Kami berdoa untuk suatu keajaiban, memohon dia selamat dan beritahu kami apa yang sedang dia lalui," katanya.

Difahamkan polis dan jabatan pendidikan sedang menyiasat perkara itu.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli keluarga di Balai Polis Prai, Vasanthapiriya, seorang pelajar di SMK Methodist di Nibong Tebal, dipanggil untuk disoal siasat oleh 3 guru pada 2.00 petang Rabu lepas.

Salah seorang daripada mereka, seorang wanita berusia 40-an, menuduh dia mencuri telefon bimbit iPhone 6 miliknya, kata laporan itu.

Selepas remaja itu menafikan mencuri telefon bimbit, seorang lagi guru didakwa memukul belakang tubuhnya di hadapan pelajar-pelajar lain.

Remaja itu kemudian didakwa dikurung dalam sebuah bilik di kuarter pejabat guru selama 5 jam, tanpa makanan atau dibenarkan ke tandas.

Pada 6.45 petang, suami guru yang hilang telefon bimbit itu tiba di sekolah.. Pasangan itu mengancam akan membawanya ke polis kalau tidak mengaku mencuri, menurut laporan itu.

Mereka kemudian membawa Vasanthapiriya ke rumahnya yang terletak berdekatan untuk bertemu ibu bapanya. Remaja itu kemudian lari ke biliknya, sementara ibu bapanya dan penuduhnya keluar rumah untuk menyelesaikan perkara itu, menurut laporan itu.

Ketika itulah Vasanthapiriya cuba membunuh diri. Setibanya di rumah pada 8.20 malam, bapanya memecah pintu bilik apabila Vasanthapiriya tidak menyahut..

Dia didapati tidak sedarkan diri tetapi masih hidup, tergantung pada seledang yang diikat pada paip pendingin hawa, dan kakinya tersentuh pada lantai.

Ibu bapanya yang terkejut juga temui nota bunuh diri yang ditulis atas kertas dari buku latihan sekolahnya.

"Cikgu (nama dirahsiakan) saya tidak ambil telefon bimbit cikgu," tulis Vasanthapiriya dalam Bahasa Tamil, bersama ucapan selamat tinggal kepada ibu bapa dan neneknya.

Ibu bapanya membawa dia ke Hospital Sungai Bakap untuk dirawat, dan dia kemudian dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya.

Kumpul RM70 untuk hari lahir guru

Sementara itu, seorang kawan rapat Vasanthapiriya mendakwa penuduh mungkin mengesyaki Vasanthapiriya selepas melihat rakaman CCTV yang memaparkan seseorang berambut panjang sepertinya di pejabat guru.

Kawan itu berkata guru itu semakin sangsi apabila remaja itu pergi ke pejabat untuk meletakkan buku latihan di mejanya

"Dia kumpul buku latihan dari kami dan dia secara sukarela mahu meletakkannya di meja guru. Jadi, saya rasa sebab itu guru mengesyaki Vasanthapiriya.

"Apa yang menghairankan ialah selepas semua itu guru itu nampaknya ada iPhone semula. Kami tak pasti sama ada dia sudah temui telefon bimbit itu atau beli telefon baru," kata kawannya yang minta namanya dirahsiakan.

Kawannya itu juga berkata 2 hari sebelum kejadian, Vasanthapiriya mengumpul RM70 dari kawan-kawannya untuk mengadakan sambutan hari lahir untuk penuduhnya.

"Bapanya seorang tukang masak yang bagus. Jadi dia beri wang tu pada bapanya untuk masak lauk-pauk dan bawa ke sekolah untuk makan dan sambutan hari lahir di sekolah," katanya.

FMT menghubungi Ketua Polis Pulau Pinang A Thaiveegan dan menunggu respon beliau.

Cikgu, saya tak curi telefon bimbit cikgu

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

"Cikgu saya tak mencuri telefon bimbit cikgu. Saya sumpah".

Demikian kata-kata terakhir ditulis oleh seorang murid 13 tahun dalam sepucuk suratnya sebelum cuba menggantung diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit di sebuah sekolah menengah di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Dikenali sebagai Piriya, pelajar berusia 13 tahun itu kini dilapor bertarung nyawa selepas cuba menggantung diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit jenis iPhone6 milik gurunya.

Insiden membabitkan pelajar tingkatan satu itu berlaku pada 24 Januari lalu, lapor portal Berita daily.

Portal itu melaporkan, guru terbabit membawa Piriya ke sebuah bilik dan dikurung sebelum memaksa remaja itu mengaku mencuri telefon bimbit miliknya.

Gagal menunjukkan bukti, guru terbabit kemudian memalukan pelajar itu di hadapan rakan-rakan sekolahnya, lapor portal berkenaan.

Piriya juga tidak dibenarkan keluar pada waktu rehat dan selepas tamat waktu sekolah, guru tersebut bersama suaminya (juga seorang guru) menghantar remaja itu ke rumah menaiki keretanya.

Sesampainya di rumah, Piriya sekali lagi dituduh mencuri di hadapan ahli keluarganya mengakibatkan Piriya menulis sepucuk surat kepada cikgu tersebut dan ibu bapanya sebelum cuba menggantung diri.

Dalam surat itu, pelajar itu menegaskan tidak mencuri telefon tersebut dan meminta maaf kepada ibu bapa akibat insiden yang berlaku.

"I want to thank my parent for take care me. I love you so much and i am so sorry," tulis Piriya dalam suratnya sebelum cuba menggantung diri dengan menggunakan kain selendang.

Sementara itu, Setiausaha DAP Batu Kawan, Satees Muniandy mengecam sikap tidak bertanggungjawab guru sekolah tersebut.

"Walaupun, beliau masih berusia 13 tahun, tidak bermakna beliau boleh dimalukan di depan rakan dan ibu bapa. Ada cara untuk menyiasat kes-kes sebegini," katanya ketika dihubungi Berita Daily.

Menurut Satess, Piriya kini kritikal dan sedang menjalani rawatan di Hospital Seberang Jaya. Beliau turut meminta orang ramai berdoa agar pelajar itu kembali pulih.

"Cikgu, Saya Tak Curi Telefon Cikgu," Didakwa Curi Telefon Guru, Remaja 13 Tahun Cuba Gantung Diri
siakapkeli.my

Foto: Berita Daily

27 Jan - Seorang pelajar tingkatan 1 menulis sepucuk surat kepada cikgunya sebelum dia cuba menggantung diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit di sebuah sekolah menengah di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

"Cikgu saya tak mencuri telefom bimbit cikgu, Saya sumpah." Begitulah tulisan yang ditulis pelajar berkenaan sebelum dia bertindak untuk menggantung dirinya.

Ketika ini, dilaporkan pelajar tersebut sedang bertarung nyawa di hospital selepas tindakannya itu. Dia dipercayai cuba melakukan perkara tersebut pada 24 Januari yang lalu lapor, Berita Daily.

Guru terbabit didakwa telah membawa pelajar itu ke sebuah bilik dan mengurung pelajar itu sebelum memaksanya untuk mengaku bahawa dia yang mencuri telefom bimbit model iPhone 6 milik gurunya.
Gagal menunjukkan bukti, guru itu dikatakan bertindak memalukan pelajar terbabit di depan rakan-rakan sekolahnya yang lain.

Pelajar itu juga tidak dibenarkan keluar pada waktu rehat dan selepas tamat waktu sekolah, guru tersebut bersama suaminya (juga seorang guru) menghantar remaja itu ke rumah menaiki keretanya.

Sesampainya di rumah, dia sekali lagi dituduh mencuri di hadapan ahli keluarganya mengakibatkan dia menulis sepucuk surat kepada cikgu tersebut dan ibu bapanya sebelum cuba menggantung diri.

Dalam surat itu dia berterima kasih kepada ibu bapanya yang selama ini telah menjaganya dengan penuh kasih sayang selain menegaskan bahawa dia tidak mencuri telefom bimbit itu.

"I want to thank my parent for take care me. I love you so much and i am so sorry," tulisnya di dalam suratnya sebelum cuba menggantung diri dengan menggunakan kain selendang.

Dia kini dikatakan berada di dalam keadaan kritikal di Hospital Seberang Jaya dan sedang menjalani rawatan di hospital tersebut. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 29, 2018 7:22 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pak Ya Cong Codei dan Datuk Sohok Pertahankan Kelantan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Pastikan undi anda adalah untuk PAS dan sama-sama pertahankan Kelantan daripada kejahatan UMNO dan Harapan.

Kredit
Pak Ya Cong Codei

Kempen Hijau Kedah

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

#UP Terbaik... Abang Radhi Mat Din...

Kredit
Hawk

Anak Muda Tekad Kuburkan UMNO di Larut

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

BUMI LARUT MENGHIJAU...
ANAK MUDA TEKAD KUBURKAN UMNO DN PH
27/1/18
#AkuBanggaAkuAhliPasLarut
Mohd Akmal Kamarudin

Kredit
Wan Man

Melayu Berisiko Hilang Kuasa Politik Di Perak?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


KUALA LUMPUR - Orang Melayu tetap berisiko hilang penguasaan politik di Perak jika Pakatan Harapan yang kini disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memenangi negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ia berdasarkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang Pakatan Harapan sasarkan untuk dimenangi bagi membentuk Kerajaan Perak dalam PRU14.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, pemimpin Pakatan Harapan Perak baru-baru ini mengumumkan pembangkang menyasarkan untuk menang 32 kerusi DUN.

Jelas beliau, sebanyak 24 kerusi DUN Perak yang mahu dimenangi itu sememangnya dikuasai pembangkang dalam PRU13, namun 22 daripadanya adalah milik wakil rakyat bukan Melayu.

Menurut beliau, lapan lagi kerusi yang disasarkan tetapi sukar dimenangi pula diserahkan kepada calon Melayu beragama Islam daripada PPBM dan Parti Amanah Negara (PAN) untuk ditandingi.

"Tidak jelaskah lagi pihak mana yang akan berkuasa dalam kerajaan Pakatan Harapan Perak jika Pakatan Harapan menguasai DUN Perak pada PRU14?

"Bila begini sasarannya, apakah ada lagi makna kerusi yang diberi kepada PPBM 14 kerusi dan kerusi yang diberi kepada PAN (13) lebih tinggi daripada kerusi diberi kepada DAP?" katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kecaman Naib Pengerusi PAN Perak, Dr. Muhaimin Sulam terhadap kajian beliau baru-baru ini bahawa Perak bakal dikuasai DAP jika Pakatan Harapan menang di negeri itu.

Muhaimin malah mendakwa kajian Kamarul itu suatu gerakan 'mendodoi' orang Melayu agar terus tidur nyenyak serta tidak membina dan membangkitkan martabat akal malah diperhamba dengan kebodohan diri sendiri.

"Saya hairan dengan Muhaimin ini yang mengkritik saya cuma daripada sudut emosi kosong (tanpa fakta)

"Tiada pun sebarang penafian diberikan oleh Muhaimin ke atas maklumat yang saya berikan di dalam komentar saya itu," katanya. – MYNEWSHUB.CC

UMNO Sedia Bersama AMANAH (PAN) Untuk Menjatuhkan PAS Di Kelantan Kata Kuli

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

GUA MUSANG - BN akan menyokong siapa sahaja yang menentang seteru parti termasuk Amanah.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan parti serpihan Pas itu adalah bertujuan menarik sokongan BN.

"Amanah tidak bersama Pas sejak dahulu lagi dan berhasrat untuk bertanding di kawasan milik Pas.

"Menang atau tidak, kita tidak tahu dan mungkin juga untuk tarik BN bagi mendapatkan sokongan.

"Kita tiada masalah kerana kita akan sokong siapa sahaja yang menentang seteru kita," katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) di Sekolah Kebangsaan (SK) Meranto, hari ini.

Terdahulu, Amanah Kelantan dijangka meletakkan sekurang-kurangnya 30 daripada 45 calon kerusi Dun Kelantan dalam PRU14 nanti sekaligus mendominasi pembahagian kerusi Pakatan Harapan di Kelantan.

XOXO - UMNO dan Amanah (Pan) kedua-duanya adalah pengkhinat. UMNO Pengkhianat agma, bangsa dan tanahair manakala PAN pula pengkhianat gerakan Islam.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Kenyataan SU Agung PAS

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Banding dengan apa yang disiar di Malaysiakini. Itu akhbar 'celaka' juga lawan UMNO tapi perangai sebiji macam UMNO Utusan Meloya.

Kredit
Politik Terkini

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 29, 2018 7:29 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Menang Percutian Luar Dan Dalam Negara Dengan Traveloka Fly & Win CNY Contest 2018
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com

Assalamualaikum... Abe nak tanya, siapa antara koang semua kawan-kawan Abe yang suka travel? Tak kisahlah travel dalam malaysia atau pun travel ke luar negara... Sila angkat tangan boleh? Ha ha ha ha ha, apalah Abe ni, manalah Abe nampak kalau memang ye pun korang dah angkat tangan, he he he. Ok, Abe nak tanya, korang nak menang HADIAH tak? Hadiah yang bukan calang calang hadiah tau. Kali ini Traveloka menganjurkan kontes bersempena Chinese New Year CNY 2018 Contest. Korang boleh menang hadiah menarik berupa pakej percutian ke Seoul Korea, Phuket Thailkand, Pulau Langkawi Kedah serta korang boleh memang baucer Traveloka dengan kontes ni. WWOWW!!! Pakej percutian untuk dimenangi termasuklah tiket penerbangan pergi dan balik dan penginapan sahaja untuk 2 orang. Semestinya menarik kan?

Apa Itu Traveloka Fly & Win CNY Contest

Semudah ABC je kontes 'Traveloka Fly & Win CNY Contest' ni. Asalkan korang rajin, korang ada peluang yang cerah untuk menang hadiah hadiah yang telah ditawarkan oleh pihak Traveloka. Abe tak nak sembang panjang sebab sudah semestinya korang dah tak sabar dah kan untuk tahu syarat syarat kontes 'Traveloka Fly & Win CNY Contest' ni... Kan, kan, kan...

Macamana Cara Nak Menang?
Camne ek cara nak menang? Senang saja, korang HANYA perlu guna akaun Facebook korang je untuk menang kontes ni. Korang ada akaun Facebook tak? Kalau korang masih belum ada akaun Facebook, korang kena buat satu akaun Facebook terlebih dahulu tau. Hanya perlukan dalm kurang 10 minit masa korang untuk korang 'create'kan satu akaun facebook. Ok, Abe teruskan bagitau korang tentang camne cara cara nak menang dalam ok korang. Tak perlu susah-susah nak kena isi borang apa bagai semua. Syaratnya, korang kena main simple game kat dalam tu. Game yang sangat mudah dan senang sangat untuk korang nak kumpul mata & sekaligus menang. Kaki-kaki game jangan lepaskan peluang keemasan ni tau... Kepada bukan kaki game pun, korang jangan risau, peluang untuk korang menang pun sangat tinggi. KLIK link ni untuk join SEKARANG... CNY 2018 Contest


Syaratnya korang kena rajin & fokus... betul tak? Korang boleh ikut semua langkah langkah yang ditetapkan untuk jadi salah seorang pemenang yang akan membawa pulang hadiah yang cukup lumayan dalam peraduan ini. Pertama sekali, kena Log In game ni menggunakan akaun Facebook korang... Jom main...

Syarat Permainan Untuk Menang Dalam Traveloka Fly & Win CNY Contest
Mudah je korang nak menang dengan kontes kali ni. Abe yang tak mahir sangat main game pun dah join game ni, hehehehe. Mudah sangat nak kumpulkan mata dan peluang untuk menang sangat tinggi... Asalkan korang rajin dan berikan fokus yang sepenuhnya, korang akan ada peluang yang tinggi untuk menang.

Syarat Utama:

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun & tinggal di Malaysia SAHAJA. Kalu bukan Warganegara, Abe dah cakap awal awal, korang tak boleh join tau. Kalau korang nak join jugak, andaikata korang ada peluang menang, penyertaan koran tak akan di ambilkira oleh pihak Traveloka untuk menentukan pemenang.. Jadi, kesimpulannya, korang jangan lah join. Abe dah ingatkan awal awal ni tau. Maaf yer...

Syarat Kedua:

Traveloka Fly & Win CNY Contest akan bermula pada 22 Januari 2018 sehingga 28 Februari 2018. Tempoh kontes ni lebih kurang sebulan lebih je. Jangan lepaskan peluan keemasan untuk join kontes Traveloka Fly & Win CNY Contest dan sekaligus memenangi hadiah hadiah hebat yang ditawarkan.

Mudah je kan? Korang cukup syarat di atas tak? Apa tunggu lagi...

Hadiah Yang Bakal Dimenangi Dalam Traveloka Fly & Win CNY Contest

Seperti yang Abe dah cakap kat atas, hadiah untuk kontes anjuran Traveloka kali ni sepertimana berikut:

Pertama:
Percutian 6D5N ke Seoul, Korea (penerbangan pergi dan balik dan penginapan sahaja) untuk 2 orang.

Kedua:
Percutian 5D4N ke Phuket, Thailand (penerbangan pergi dan balik dan penginapan sahaja) untuk 2 orang.

Ketiga:
Percutian 4D3N ke Langkawi, Kedah (penerbangan pergi dan balik dan penginapan sahaja) untuk 2 orang.

Hadiah Lain:
Baucer Traveloka bernilai RM1000 untuk 2 orang pemenang. Untuk kategori ini pihak Traveloka akan memilih dua pemenang di mana setiap seorang pemenang akan memenangi baucer Travel RM1000 daripada Traveloka.

Menarik bukan?

Aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel
Jangan lupa untuk muat turun Aplikasi Aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel untuk memudahkan korang memperolehi info penting dan menarik mengenai destinasi percutian dan juga tawaran penerbangan hebat dari Traveloka, Aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel boleh dimuat turun ke telefon pintar korang melalui Google Apps & Apple Store. Ianya semestinya percuma.

Dengan menggunakan aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel, korang boleh mengakses segalanya butiran mengenai Hotel, butiran mengenai Penerbangan, butiran mengenai eTiket & baucer hotel dan lain-lain maklumat tentang tawaran hebat daripada Traveloka semuanya dihujung jari korang je... Semuanya boleh diakses sepantas ABC pada telefon pintar korang.

Korang kena selalu buka dan lihat aplikasi Traveloka Book Flight & Hotel di telefon pintar korang kalau korang nak dapatkan harga murah dan berpatutan tentang Pakej Hotel & Penerbangan. Semuanya hanya di Traveloka. Jom melancong dan bercuti sakan bersama Traveloka.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jan 30, 2018 11:01 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Rakyat Kelantan rasa terhina dengan ucapan Najib

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu.

Posted by Mohd Sulaiman

Oleh Wartawan BO

Oleh : Dr Azman Ibrahim

"Negeri defisit macam Kelantan ini pun, kalau tidak ada suntikan daripada kerajaan pusat nak bayar gaji pun tak mampu, tak boleh nak bayar gaji."

Begitulah bunyi ucapan Perdana Menteri di hadapan penjawat awam di Wisma Persekutuan Kota Bharu ketika Dato' Seri Najib melakukan lawatan ke Kelantan kelmarin.

Nada ucapan seorang pemimpin negara bernada penghinaan kepada kerajaan dan rakyat Kelantan. Mungkin PM terlupa, Malaysia negara yang beliau duduk di kerusi PM termasuklah di dalamnya sebuah negeri negeri bernama Kelantan.

Betapa banyak yang kerajaan pusat kaut hasil dari bumi Kelantan termasuk khazanah gas asli. Saya tahu sebab saya pernah pergi kuliah di Pelantar Muda, sebuah pelantar carigali gas yang terletak dalam perairan Kelantan dengan jarak 170 km dari pantai Kelantan. Royalti kepada Kelantan, kerajaan pusat tak bayar walau sesen pun!

Dengan 47 kali sehari kapal terbang berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Kota Bharu, saya yakin cukai lapangan terbang yang dikutip adalah yang tertinggi berbanding semua lapangan terbang domestik seluruh negara.

Di Kelantan kereta penuh jalan raya. Setakat ini Kerajaan Kelantan tak ada kuasa kutip cukai jalan dan bayaran lesen. Yang kutip rasanya kerajaan pusat.

Orang Kelantan suka berniaga. Saya tak ada data berapa banyak GST yang dikutip dari Kelantan. Tapi saya pasti jumlahnya melebihi GST yang dikutip dari Terengganu.

Belum lagi dikira cukai pendapatan yang dibayar oleh rakyat Kelantan samada yang bekerja di Kelantan atau yang berada di luar Kelantan. Ramai pegawai tinggi kerajaan di Putrajaya dan Kuala Lumpur adalah orang Kelantan.

Lihatlah di Kelantan tersergam AEON, TESCO, Mydin, KB Mall, The Store, Pantai Timur serta deretan hotel berbintang. Semuanya bayar cukai kepada kerajaan pusat.

Hasil gas, cukai lapangan terbang, cukai pendapatan, cukai jalan, bayaran lesen serta banyak lagi kerajaan Pusat kaut dari Kelantan. Buruk siku Najib mari ungkit balik bila kerajaan pusat ada bagi dana kepada negeri.

Rakyat Kelantan rasa terhina dengan ucapan Najib sambil ketawa kecil ini. Najib silap dalam memahami jati diri orang Kelantan. Rakyat Kelantan sangat anti dengan pemimpin yang angkuh dan bercakap besar. Umno Kelantan akan terima tempias dalam PRU 14 hasil dari ucapan Najib ini. Tunggulah…

Akhirnya Najib Mengakui Kesilapan 1MDB
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Akhirnya Najib Mengakui Kesilapan 1MDB. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui kegagalan 1MDB dan ada "sebab sah untuk bimbang" mengenai hal ehwal syarikat milik Kementerian Kewangan itu sehingga menyebabkan siasatan dijalankan di beberapa negara lain.

"Sekarang, saya tidak akan menafikan isu ini. Memang berlaku kegagalan dalam syarikat itu, ada kesilapan kerajaan," katanya kepada kira-kira 1,000 hadirin pada persidangan Invest Malaysia 2018, hari ini.

Akhirnya Najib Mengakui Kesilapan 1MDB. Tetapi, Najib berkata, isu 1MDB dieksploitasi secara politik dan ada "kempen khas" untuk mensabotaj ekonomi Malaysia.

Katanya, kerajaan sedar terhadap kegagalan 1MDB dan itu sebabkan ia menjalankan siasatan membabitkan banyak pihak berkuasa.
Akhirnya Najib Mengakui Kesilapan 1MDB
"Hasil siasatan mereka diterima – dan lembaga pengarah syarikat itu dibubarkan, pasukan pengurusan dirombak dan operasinya dikaji semula," katanya. - free malaysia today

Baling Kad Merah Sampai Tersangkut di Pokok, MB Negeri Sembilan Mengaku Dihukum Tak Boleh Bermain Bola Sepanjang Hidup Selepas Insiden Itu
siakapkeli.my

Siapa sangka, dia pernah dilayangkan kad merah satu ketika dahulu ketika bermain untuk pasukan negerinya dan apa yang menarik adalah sehingga kini dia masih lagi menjalani hukuman terbabit.

Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dia digantung seumur hidup dari bermain bola sepak oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) selepas dilayangkan kad merah pada satu perlawanan 40 tahun dahulu.

Menurutnya, walaupun kini sudah bergelar Presiden PBNS, beliau tidak mahu penggantungan itu ditarik balik kerana mengakui kesalahannya dalam insiden tersebut.

Menceritakan kembali insiden terbabit, Mohamad Hasan berkata ia berlaku dalam final liga tempatan pada tahun 1977 melibatkan pasukannya, NS Malays dengan NS Indians di padang NS atau kini yang dikenali dengan nama padang Majlis Perbandaran Seremban

"Dalam perlawanan itu, saya bermain sebagai pertahanan ditugaskan mengawal pemain kebangsaan, G. Torairaju dan permainannya sangat bagus, dia laju.

"Saya dilayangkan kad kuning (selepas mengkasari Torairaju) tetapi saya bantah dan tendang bola sehingga terkena pengadil. Pengadil tunjukkan kad merah, saya rampas kad dari tangan pengadil dan baling lalu tersangkut di atas pokok.

"Saya tidak boleh bermain lagi selepas itu, ia adalah perlawanan terakhir saya secara rasmi," katanya sebagaimana laporan Utusan Online.

Beliau mengulas pembabitannya dalam sukan itu selepas insiden kad merah dalam perlawanan yang berakhir 1-1 itu dikongsi oleh seorang pemilik akaun Facebook baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, terdapat usul oleh ahli majlis PBNS kira-kira tujuh atau lapan tahun lalu untuk menamatkan penggantungan itu.

"Tetapi saya kata tidak perlu, kerana saya salah dan saya layak dibuang padang," katanya.

Tambah Utusan Online juga, Mohamad Hasan berkata sedemikian sebagai jawapan balas kepada satu posting seorang individu mengenai kejadian terbabit di Facebook.

Sumber: Utusan Online, NST

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jan 30, 2018 11:10 pm (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Laluan Basikal 'Paling Hina', 4 Juta Dan 6KM, Malaysia Cipta Sejarah Dunia.
bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.org
Posted by Ameno World

"Adakah menteri fikir kita semua ini orang yang bangang?"

"Adakah ini boleh dianggap lorong basikal?"

"Inikah laluan yang bernilai 4 juta ringgit Malaysia itu?"

Sumber : https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/10/276520/bina-lorong-basikal-di-kl-siti-fatimah-nasir

Demikian luahan kemarahan netizens apabila menyaksikan sendiri laluan khas basikal yang dilaporkan bernilai 4 juta ringgit Malaysia. Sebelum ini lorong berkenaan menerima kecaman bertubi-tubi netizens kerana dilaporkan bernilai 4 billion namun rupa-rupanya Harian Metro tersalah lapor tentang nilai kos sebenar dan bersegera membuat permohonan maaf.

Bagaimanapun itu tidak dapat mendiamkan kemarahan netizens apabila melihat sendiri laluan berkenaan yang disifatkan mereka sebagai acuh tak acuh.

Berikut adalah gambar-gambar lorong berbasikal di sekitar jalanraya Kuala Lumpur;

Laluan berbasikal sepanjang 6 kilometer dibina dengan kos sebanyak 4 juta.

Adakah ianya berbaloi?

Kami kongsikan sedikit pandangan netizens mengenai perkara tersebut dibawah ini;

Amir Hamzah : "Laluan berbasikal ini sepatutnya dibina di sebelah laluan penjalan kaki. Cuba tengok kat Jepun. DBKL ni bodoh ke tak buat semakan dengan rujuk pada negara-negara yang dah buat laluan basikal?".

Zahir : "Cat biru putih sepanjang 6 kilometer dan melayang 4 juta? Patutlah pergi balik Mekah satu jam!".

Alvin : "Idea bagus tapi pelaksanaan teruk. Shit DBKL.".

Chris : "Jalanraya dah sempit, kenderaan banyak kau boleh cat pula jalan sempit tu kaler biru konon-konon tunjuk prihatin. Bodohla kau. Negara lain bina lorong basikal siap dengan pakej keselamatan. Kau bina laluan basikal jalan berlubang lepas tu atas jalanraya yang bercat biru je. Apa safetynya? Kat UK siap penghadang
pemisah dengan kenderaan roda 4. Cukuplah kebodohan untuk hari ini. Cukuplah".

Afiza : "Bukan salah orang awam yang parking kereta atau motor kat laluan tu. Salah DBKL buat projek tak ikut spesifikasi".

Noor Jehan : "Kalau aku boleh bagi cadangan, aku suruh kerajaan buat lorong basikal kat kawasan luar bandar, kat tempat tak banyak kereta dan betul-betul atas laluan penjalan kaki. Tak sesuai sebenarnya kat tempat sesak macam ni sebab jalan sempit dan padat. Tak tahu la aku menteri sekarang otak mereka macam mana. Ini semua nak duit je aku rasa".

Sandra : "Jujur cakap, aku tak setuju idea laluan berbasikal kalau inila cara DBKL nak buat. Betul-betul melepaskan batuk di tangga. Cincai sangat dah ni".

S.Kumaren : "BULLSHIT. Projek nak duit. Bukan untuk rakyat".

Lorong basikal di luar negara;

Dan begini pula di Malaysia!

Anda bandingkan sendiri perbezaannya!

Selain dari pelaksanaan yang teruk dengan hanya mengecat laluan tersebut, DBKL juga dikecam kerana tidak konsisten. Laluan berbasikal yang tidak bersambung antara satu sama lain, putus-putus, kejap disebelah kiri bila melintas eh, laluan bersambung di sebelah kanan ini menyebabkan ramai penunggang basikal berasa marah dan terhina dengan pelaksanaan bertahap cincai ini.

Tiada penghadang yang memisahkan mereka dengan kenderaan berat, cat yang pudar, tiada papan tanda peringatan, laluan berlopak membuktikan yang DBKL seperti dengan sengaja membuang wang rakyat 4 juta ke dalam poket seseorang. Fikir-fikirkanlah. - 28 Januari 2018.

Read more: http://www.amenoworld.org/2018/01/laluan-basikal-paling-hina-4-juta-dan.html#ixzz55UtSRTIw

DBKL buat penjelasan.. Bukan RM4bilion hanya RM4juta sahaja..
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Baru-baru ini telah tular satu artikel daripada Harian Metro bertarikh 25 Oktober 2017 berkenaan peruntukkan RM4 Billion untuk laluan basikal di Kuala Lumpur Dimaklumkan bahawa laporan tersebut adalah tidak tepat dan pembetulan telahpun di buat oleh Harian Metro dan diterbitkan melalui Harian Metro online pada 25 Oktober dan akhbar Harian Metro pada 27 Oktober 2017. Kos sebenar adalah lebih kurang RM4 juta dan bukannya RM4 billion seperti dalam artikel terdahulu.

https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/10/276520/bina-lorong-basikal-di-kl-siti-fatimah-nasir

DBKL buka semula pemisah laluan basikal berbahaya

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini membuka semula pemisah laluan basikal dan laluan kenderaan (rubber separator) di pusat bandar berikutan alat tersebut didakwa mengundang bahaya kepada penunggang motosikal.

Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL Datuk Mahadi Che Ngah berkata pihaknya sedang mengkaji perkara tersebut dan akan membuat pertimbangan untuk menggantikannya dengan "flexible barrier" di laluan basikal sepanjang 11.9km itu.
Beliau, bagaimanapun berkata pemasangan "rubber separator" yang dibuat sebelum ini mengikut piawaian antarabangsa seperti diguna pakai di negara-negara lain.

"DBKL akan meneliti semula perkara ini berdasarkan cadangan dan bantahan daripada pengguna jalan raya. Kami akan selesaikan permasalahan ini sebaik mungkin supaya keselamatan pengguna terjamin.

"Selain itu, DBKL akan memastikan jenis permukaan laluan basikal itu berada dalam keadaan selamat sebelum ia dibuka secara rasmi kepada penunggang basikal," katanya kepada pemberita selepas pelancaran SkyWorld Quality Centre yang dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Mahadi berkata laluan basikal fasa pertama itu disediakan DBKL sebagai alternatif kepada orang ramai yang memilih untuk berbasikal ke pusat bandar.

"Fasa pertama bermula dari ibu pejabat DBKL di Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail hingga ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan berpatah balik ke Jalan Sultan Ismail melalui Medan Pasar dan Dataran Merdeka," katanya.

Beliau berkata laluan basikal itu akan diperluaskan ke kawasan lain sehingga ke Wangsa Maju dan sekitar Kuala Lumpur sekiranya fasa pertama berjaya.

Baru-baru ini, gambar kemalangan penunggang motosikal berhampiran laluan basikal berkenaan, tular dalam media sosial dan perkara itu menimbulkan pelbagai persoalan daripada netizen tentang kewajaran projek tersebut.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com