8 Messages
Digest #4880
Messages
Wed Jan 10, 2018 6:14 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
''Udang Tak Ada Ke?, Air Sirap Manis Sangat," Niat Baik Ajak Peminta Sedekah Makan Buat Lelaki Ini Mula 'Letih Bersangka Baik'
siakapkeli.my
Dalam zaman barang serba mahal ini, semua pihak pasti akan membuat kira-kira mengenai perbelanjaan hidup setiap hari. Setiap duit yang dikeluarkan dan dibelanjakan dalam keadaan hati-hati agar tidak berlaku pembaziran. Ada yang sanggup mengikat perut demi mengumpul simpanan di kemudian hari.
Namun, segelintir pihak mengambil cara mudah untuk mengaut keuntungan dan kesenangan dalam cara yang mudah. Dengan tubuh badan yang sihat, mereka ini tanpa segan silu meminta-minta agar diberikan sedikit wang. Tapi jika diberi makanan dan wang yang sedikit, pemberi pula dituduh sebagai kedekut.
Seorang pengguna laman Facebook, Nur Yusof membuat sedikit perkongsian mengenai dirinya yang penat bersangka baik terhadap peminta sedekah.
Sumber - Nur Yusof
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jan 10, 2018 6:15 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
54,000 Ekar Tanah Johor Digadai Kepada S'pura Dengan Nilai RM0.03 Sekaki Persegi
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.
18 kali ganda keluasan tanah tambak projek Forest City telah digadaikan Malaysia kepada Singapura pada tahun 1990 dengan harga RM0.03 sen sekaki persegi - pemeteraian perjanjian empat hari sebelum Lee Kuan Yew melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Singapura.
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN (BNSC) Datuk Eric See-To Choong berkata, tanah berkeluasan 54,000 ekar itu adalah tanah sedia ada yang wujud di Johor dan jauh lebih luas daripada 3,459 ekar kawasan laut Johor yang ditambak bagi membangunkan projek Forest City.
Kata Eric, penjualan mega itu dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Kuan Yew pada 24 November 1990 telah mengikat perjanjian pajakan selama 71 tahun dengan bayaran pendahuluan RM710 juta dan kadar sewaan bulanan RM0.03 sen bagi setiap kaki persegi.
Menurut jumlah yang dinyatakan Eric, bayaran tahunan pajakan Singapura kepada Malaysia untuk tanah berkeluasan 54,000 ekar tersebut adalah RM70,567,200.
"Tun Mahathir juga bersetuju dalam perjanjian 1990 itu bahawa pengambilan air oleh Singapura ialah dengan syarat tanpa had dan tidak lagi dihadkan kepada 250 juta gallon (1.14 bilion liter) sehari seperti yang pernah ditulis dalam perjanjian air Malaysia-Singapura tahun 1962," kata Eric dipetik kenyataan.
Kawasan bertanda hijau adalah kawasan yang dipajak Malaysia kepada Singapura
Malaysia menandatangani perjanjian membekalkan air mentah kepada Singapura dengan harga 3 sen bagi setiap 1,000 gallin dan dibenarkan untuk menaikkan kadar selepas 25 tahun.
"Harga pengambilan air sehingga 250 juta gallon sehari yang dibayar oleh negara Singapura juga kekal pada harga 3 sen untuk 1,000 gallon (4,550 liter) yang ditetapkan pada perjanjian tahun 1962."
Tambahnya, Dr Mahathir enggan menaikkan kadar caj membekalkan air kepada Singapura pada 1987 sepertimana dibenarkan pada tahun 1962 menyebabkan harga berkenaan kekal 3 sen bagi setiap 4,550 liter air mentah sehingga tahun 2062.
"Berita tentang perjanjian ini disiarkan secara luas dan diraihkan sebagai suatu kejayaan di dalam media Singapura pada masa itu tetapi jarang dimaklumkan di dalam media arus perdana Malaysia sendiri.
"Akibat ini, tidak ramai orang Malaysia yang tahu tentang kewujudan perjanjian tahun 1990 ini," katanya.
Jelas Eric, Dr Mahathir menjual air mentah kepada Singapura pada harga murah dengan harapan negara berkenaan akan menjual semula air terawat kepada Johor pada harga rendah, namun sangkaan itu meleset.
"Oleh kerana sangkaan yang tidak menjadi itu, Malaysia tetap mengenakan harga 3 sen sehingga perjanjian ini tamat pada tahun 2062.
"Ini bermakna, Singapura hanya membayar RM7,500 untuk 250 juta gallon air setiap hari - cukup untuk 60% kegunaan harian seluruh Singapura"
Tambahnya, Malaysia sepatutnya meraih RM55.5 bilion hasil menjual air mentah kepada Singapura dengan kadar baharu, tetapi disebabkan Dr Mahathir enggan menaikkan caj tersebut, sumbangan Singapura kepada Malaysia dalam urusan pembelian air mentah cuma RM208 juta sepajang tempoh 1987 hingga 2062.
- mD
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jan 10, 2018 6:19 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Kelantan Mundur: Tok Pa tengok negeri Umno dulu
bloglist-malaysia.
wabillahagro.
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
DATUK Seri Mustapa Mohamed yang mengatakan Kelantan mundur di bawah PAS. Ini merupakan modal lapuk Tok Pa dan pemimpin Umno apabila hampir pilihan raya. Inilah modal Umno untuk memburukkan Kelantan dan hendak merampas Kelantan. Apa yang pelik, beliau merupakan menteri pusat dan mewakili Ahli Parlimen Jeli yang berada di Kelantan.
Adakah Jeli dalam negara Thailand sehingga Tok Pa tidak boleh bawa pembangunan ke Kelantan? Adakah contoh projek yang Tok Pa cadang, kerajaan negeri Kelantan tolak? Adakah pelabur luar yang Tok Pa cadang ditolak oleh kerajaan Kelantan? Adakah projek atau pelabur yang Tok Pa hendak bawa ke kawasan Parlimen Jeli ditolak oleh kerajaan Kelantan?
Kawasan Jeli pun tidak membangun hebat manapun, walaupun diwakili oleh Tok Pa. Apa perjuangan Tok Pa untuk kembalikan royalti minyak di Kelantan? Adakah Tok Pa berkongkol dengan pemimpin kerajaan Pusat yang tidak memberi royalti minyak kepada Kelantan?
Kalau Tok Pa merasakan parti Umno parti Melayu hendak bantu Melayu, kenapa tidak bantu Kelantan dengan diberi kembali royalti. Apakah majoriti rakyat Kelantan ini bukan Melayu? Berapa bilion wang negara dibazirkan oleh kerajaan pusat dengan menubuhkan Jabatan Persekutuan sejak PAS memerintah Kelantan tahun 1990.
Semua rakyat Kelantan sedar sikap kerajaan Pusat kepada Kelantan. Alhamdulillah walaupun dengan kekangan yang ada pada kerajaan PAS di Kelantan, namun ia berjaya membangunkan Kelantan kerana Allah memberikan iman dan akal sehingga mampu untuk mentadbir lebih 27 tahun.
Walaupun tidak sempurna tetapi mampu bersaing dengan negeri di bawah Umno BN. Alhamdulillah, tidak ada siapa yang disabitkan rasuah. Rakyat Kelantan yang cerdik menjawab kepada pemimpin Umno Kelantan, sebelum hendak rampas Kelantan lebih baik jaga Melayu di negeri yang Umno perintah. Rakyat Kelantan tidak boleh terima pengkhianat hendak rampas Kelantan.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
8 Januari 2018 – HARAKAHDAILY 8/1/2018
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jan 10, 2018 6:19 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
5 Tabiat Orang Kita Yang Cukup Menyampah Ketika Bayar Tol
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.
Taraf kehidupan rakyat Malaysia boleh dikatakan sudah jauh maju ke depan namun sedihnya, masih ada lagi golongan yang mempunyai tahap pemikiran yang masih rendah dan tidak tahu menghormati orang lain.
Memetik laman iluminasi.com, seorang penjaga tol yang hanya mahu dikenali sebagai Mira ada berkongsi pengalamannya yang menggambarkan betapa teruknya perangai sesetengah pengguna lebuh raya di Malaysia.
Maklum sajalah, bekerja sebagai penjaga tol sudah tentu berdepan dengan orang ramai yang mempunyai pelbagai ragam. Jom kita baca perkongsian gadis penjaga tol ini.
Saya Mira. Berumur 24 tahun. Gambar saya tak ada dalam ni ye?
Bekerja di salah sebuah plaza tol di selatan Kuala Lumpur. Tugas saya seharian dulu adalah mengutip duit tunai bayaran tol orang ramai. Kini saya bertugas menjaga kaunter tambah nilai Touch n Go orang ramai.
Dulu dan sekarang, tabiat orang kita yang menggunakan lebuhraya sama saja. Ada yang baik, ada yang buruk, biasalah. Namun saya hendak memberitahu anda lima tabiat orang kita yang selalu buat saya sakit hati.
1. Lelaki selalu ganggu saya
Jika sekadar ganggu biasa-biasa saya boleh abaikan. Kadangkala ada yang sampai pegang tangan tak mahu lepas. Apa kau ingat aku bini kau ke boleh pegang-pegang? Saya tak ada lah marah sangat kalau setakat yang buat-buat tanya dah kahwin ke, ada boyfriend ke, tapi bila dah mula pegang tangan, memang jahanam lelaki macam tu. Dia tak tahu kot kami ada cctv. Nak kami hantarkan bukti kegatalan anda pada isteri?
2. Baru nak bincang berapa nak topup
Orang ramai beratur di belakang tapi bila dah sampai giliran dia, dia masih lagi berbincang berapa nak topup. Tak boleh ke putuskan awal-awal semasa beratur?
3. Tak reti perlahankan radio
Dengan muzik dung-dang-dung-
4. Tak reti adjust kereta
Ni memang masalah pada kami. Maaflah. Saya wanita, tapi selalunya berlaku pada pemandu wanita. Badan kecil, dia hentikan kereta jauh dari kaunter sehinggakan kami yang terpaksa hulurkan badan ke luar nak sambut duit. Boleh saja perlahan-lahan dekatkan kereta anda. Awasi jarak side mirror Insya Allah semua ok.
5. Komplen pasal kena bayar tol dekat kami
Ni selalu kami kena. Sambil duk reload Touch n Go, sambil tu jugaklah dia duk membebel kerajaan itu lah, tol itulah, ini semua kapitalislah. Tuan-tuan dan puan-puan, maaflah. Tugas kami hanya untuk menjaga kaunter tol atau kaunter topup Touch n Go, bukannya kaunter aduan ketidakpuasan hati anda.
Tu lah 5 yang selalu buat saya menyampah. Bagaimanapun, alhamdulillah majoriti pengguna tol kita berbudi bahasa dan bertata susila. Cuma bila kena 5 ni, rasa macam nak jatuhkan aje palang tol tu kat atas cermin kereta dia.
Jesteru, sebagai pengguna lebuh raya pastikan anda tidak termasuk dalam golongan yang mempunyai 5 tabiat buruk ini.
Sumber: CARI via sehinggit.blogspot
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jan 10, 2018 6:19 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Bawa 'pistol' ketika bersanding, pengantin terpaksa ke balai
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.
"ADA menyesal sedikit, tetapi nak buat macam mana, perkara sudah berlaku, saya terpaksa lalui," kata Muhammad Saiful Ikhsan Muzafar, 25, yang menjadi perhatian selepas menyelitkan pistol mainan pada kain samping ketika majlis persandingannya Ahad lalu.
Kelainan yang dicipta pada hari bahagianya bukan saja tular di laman sosial, malah dia terpaksa berurusan dengan pihak berkuasa atas tindakannya itu.
"Saya sudah memberi keterangan kepada anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak malam semalam dan memberi gambar pistol berkenaan kepada polis dari Bukit Aman.
"Itu sebenarnya pistol mainan yang saya beli pada harga RM45 dan sudah dipotong pada bahagian hadapan supaya ia tidak kelihatan seperti pistol sebenar," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sebelum membuat gimik itu, dia turut mendapatkan maklumat mengenai undang-undang yang berkaitan dengan pemilikan pistol mainan.
Atas sebab itu, dia memotong bahagian hadapan pistol berkenaan.
Muhammad Saiful Ikhsan yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di Rawang, Selangor berkata, gimik berkenaan adalah ideanya sendiri untuk mencipta kelainan, tetapi tidak menyangka akan tular.
"Bila dah terjebak dengan urusan undang-undang ini, tidaklah mengganggu mood perkahwinan saya cuma terpaksa berkorban masa untuk selesaikannya..
"Sepatutnya perkara ini untuk majlis saya, tetapi apabila tular, ramai yang kata saya menolak adat dan untuk itu, saya terima dengan hati terbuka kalau saya menggangu adat," katanya.
Majlis resepsi sebelah keluarganya itu berlangsung di Semabok, Melaka selepas dia selamat bernikah dengan isteri, Nur Wahida Norbani, 23, pada 1 Disember 2017.
"Keluarga, kawan-kawan ada juga sindir saya selepas apa yang berlaku dan isteri pun reda saja selepas saya buat gimik itu.
"Apa yang pasti, ini akan menjadi kenangan saya sehingga ke anak cucu dan saya akan pesan kepada mereka nanti supaya jangan buat macam ini!," katanya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jan 10, 2018 6:19 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
SUV Proton Pertama Dikatakan Sudah Sampai, Dan Bahagian Dalamnya Sangat Mengancam
siakapkeli.my
Hari ini, beberapa gambar yang dikatakan sebagai Proton Geely Boyue SUV; SUV pertama dari Proton, tersebar di internet.
Rasanya, sebelum ini pun banyak gambar-gambar yang dikatakan SUV terbabit sudah tersebar, namun bagaimana pula dengan bahagian dalam kereta terbabit.
Kita bernasib baik kerana satu video yang dimuat naik di Youtube memaparkan betapa mengancamnya bahagian dalam SUV tersebut. Video tersebut dimuat naik oleh satu akaun yang bernama meninobytes entertainment.
Pandangan dari sudut penumpang belakang memperlihatkan kenderaan itu dilengkapi dengan pendingin hawa di tengah. Tempat duduk pula disaluti dengan getah ataupun kulit yang berwarna emas.
Video itu juga memperlihatkan bahagian bonet itu yang kelihatan agak luas sehingga boleh menempatkan dua atau tiga baris beg. Wow.
Selain itu video terbabit juga sempat merakam bahagian depan kereta itu. Adakah ia bakal didatangkan dengan meter elektronik?
Pada minit ke 1.25, dapat kelihatan seorang lelaki yang memakai baju Proton menyebut 'Proton Boleh' meningkatkan lagi keyakinan bahawa fotaj itu benar-benar memaparkan SUV proton itu.
Tonton video penuh dibawah.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jan 10, 2018 6:19 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Johor larang Datuk Hassan Din beri ceramah
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.
BANGI, 21 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din, kini dilarang menyampaikan ceramah di negeri Johor.
Ia susulan arahan pihak berkuasa agama Johor yang melarang adik kepada Allahyarham Datuk Dr Haron Din itu menyampaikan ceramah agama.
Datuk Hassan berkata, beliau mengetahui larangan itu sebaik sahaja tiba di Johor Sabtu lalu, yang sepatutnya menjalankan program ceramah dua hari di Pontian dan dua hari di Muar.
Katanya, perkara itu dimaklumkan pihak masjid, selepas mendapat arahan daripada pihak Majlis Agama Islam Johor.
"Tiba-tiba saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan berceramah," katanya kepada kepada sebuah portal.
Terdahulu, Johor mengharamkan dua penceramah, Mufti Zimbabwe, Ismail Menk
dan Ustaz Haslin Baharim.
Larangan itu dikeluarkan Johor berikutan pandangan mereka boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Jan 10, 2018 6:20 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Tak Ramai Mampu Buat, Gelagat Lelaki Ini Sabar Layan Karenah Ibunya Yang Uzur Di Sebuah Restoran Sentuh Hati Netizen
siakapkeli.my
Tanggungjawab seorang insan yang bergelar ibu dalam membesarkan anak-anak amat memenatkan. Namun, ketabahan yang ada dalam diri mereka tidak boleh dipertikaikan. Mereka ini adalah insan yang menjaga dan mendidik kita dengan penuh kasih sayang. Kasih yang dicurahkannya tiada yang dapat tandingi. Itu belum dikira dengan menahan kesakitan ketika hendak melahirkan kita.
Ketika kecil, segala tangisan dan kesakitan yang kita rasai, ibu lah orang pertama yang dicari. Dia lah yang menjadi sahabat gelak tawa, suka dan duka.. Tapi apabila kita sudah dewasa, masa yang diberikan kepada ibu amatlah sedikit.
Kadang kala, kita hanya membiarkannya dia dikampung tanpa ada perkhabaran. Adakah mereka ini demam? Adakah matanya masih jelas melihat sekeliling? Adakah dia masih gagah berjalan. Semuanya tidak pernah dihiraukan.
Namun sudah pasti tidak semua anak begitu, pasti ada diantara kita ini setia disisi ibu dalam merawat segala kesakitan yang dialami. Menerusi satu rakaman gambar yang diambil oleh pengguna laman Twitter, Shahreen Rahim ketika dia berada di sebuah restoran sudah pasti akan menyentuh hati sesiapa sahaja.
"Saya tidak minta lain kecuali syurga teratas bagi lelaki ini dan ibunya."
"Cara dia menunggu dengan sabar untuk memberi makan kepada ibunya, dengan mesra meletakkan tangannya di atasnya, dengan lembut mengangkatnya dan membawa dia dari kerusi roda ke dalam kerusi roda itu pastinya mengisnpirasikan saya untuk jadi seorang anak suatu hari nanti," katanya dalam ruangan Twitternya.
Kisah tersebut telah mendapat 5,067 perkongsian dan 3, 431 'like' dari pengguna laman sosial.
Shahreen Rahim @ShahreenRahim I pray nothing but the highest ranks of Jannah to this man & his mother.
The way he waits patiently to feed his mother, fondly lays his hands on hers, gently lifts & carries her from the wheelchair into the car are definitely how I inspire to be as a son someday, insha Allah. Sumber - Shahreen Rahim
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment