Monday, January 8, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4878

8 Messages

Digest #4878

Messages

Mon Jan 8, 2018 7:18 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun Selepas Ada Cecair Keluar Melalui Hidung
siakapkeli.my

Salah seorang mangsa kemalangan membabitkan 4 guru agama, Mohamad Wadi Anuar Ayub, 35, yang merupakan seorang pendakwah terkenal yang dikenali sebagai Ustaz Wadi Anuar telah dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HPRB), Ipoh untuk menerima rawatan lanjut.

Ia berikutan keadaannya yang dilaporkan masih kritikal selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya di KM200.9 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara), kelmarin.
Tiga guru agama lain yang turut menaiki kenderaan yang sama adalah Mohd Murtadzo Mohd Yusoff, 31, yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping manakala dua lagi mengalami cedera ringan iaitu Muhd Hambali Zulkifli, 28, serta ayah kepada Mohd Murtadzo, Mohd Yusoff Ahmad, 62.

Menurut adik kepada Mohd Murtadzo, Mohamad Yaakub Yusra, 27, Uztaz Wadi Anuar dipindahkan ke HPRB kerana perlu mendapatkan rawatan lanjut berikutan ada kemungkinan berlaku kecederaan selpas ada cecair keluar dari gidungnya, lewat petang semalam.

Manakala abangnya yang menjalani pembedahan masih belum sedarkan diri hingga kini.

"Harapan sekarang semoga kedua-dua ustaz terus diberikan kekuatan, kita doakan semuanya dipermudahkan," katanya.

Sumber : Sinar Harian Online

Empat Guru Agama Termasuk Penceramah Terkenal Cedera Parah Selepas Terlibat Dalam Nahas Jalan Raya
siakapkeli.my

Seorang tokoh penceramah tersohor dan tiga lagi guru agama mengalami cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan kira-kira jam 7 petang semalam.

Ustaz Wadi Anuar, penceramah agama terkemuka menaiki kenderaan jenis Nissan Grand Livina bersama tiga lagi mangsa iaitu Ustaz Murtadzha Yusof, Ustaz Hambali Zulkifli, dan ayah kepada Ustaz Murtadzha.

Laporan terkini mengesahkan keempat-empat mangsa masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Taiping dan salah seorang daripada mereka, Ustaz Murtadzha dimaklumkan tidak sedarkan diri kerana mengalami pendarahan dalam otak.

Ustaz Wadi juga difahamkan mengalami kecederaan patah tulang bahu dan masih belum sedar. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, PBK II Zulhawi Kamarudin berkata, empat mangsa lelaki didalam kereta itu dihantar ke Hospital Taiping sejurus kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa selesai..

Punca kemalangan masih disiasat oleh pihak polis.

UPDATE

Update Terkini 9.27 AM:

9.10AM
Mohon doa dari semua ya. Sekarang menanti pakar otak datang untuk cek perkembangan otak ustaz murtadha. Ustaz wadi annuar 10 minit tadi dah mula celik mata, tetapi tersangat lemah disebabkan ke dua-dua mata beliau bengkak teruk. Sepanjang tengok semalam mulut beliau sentiasa berzikir. Benarlah kata ulama andai ketika sihat kita sentiasa lazimkan zikrullah nescaya semasa sakit Allah akan lazimkan perkataan tersebut dibibir.

6.50AM
ALHAMDULILLAH Ustaz Wadi Annuar semakin sembuh. Dah mula sedar tapi tak mampu buat apa-apa melainkan mendengar apa yang kita cakapkan. Mohon doa dari semua ya. Buat masa ni tak perlu ziarah lagi tak apa.. Bagi mereka berehat dahulu ya..

5.44 AM
ALHAMDULILLAH keadaan kekanda saya selepas pembedahan agak stabil cumanya tempurung kepala tak dapat diselamatkan sebab pecah dan berkecai.. Apa-apa pun keputusan akan dimaklumkan pagi ni, doakan ya agar keputusan yang baik-baik..

Terima kasih banyak ya buat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kekanda saya dan ustaz Wadi Annuar

RENTETAN TRAGEDI

2.47 AM
Makluman untuk semua ya, semasa kejadian tadi ayahanda saya tidak tidur. Beliau maklumkan kelajuan semasa kejadian di bawah 110km dan mereka dalam keadaan tidak mengantuk sebab Ustaz Murtadha (yang memandu) baru memandu bertukar dengan Ustaz Hambali iaitu kurang sejam dari masa kejadian. Saya ada terbaca bbrpa komen yg mengatakan Laju dan terlelap. Moga pencerahan ini menghilangkan persepsi-persepsi buruk ya.
Wallahi alangkah terluka hati ini membacanya, kekanda saya masih berjuang dalam bilik pembedahan, tolong doakan ya..

2.40 AM
Seorang ayah walaupn sakit tapi melihat anak sakit jauh lebih menyakitkan hingga terlupa sakit sendiri. Selepas dipujuk utk scan baru nmpak kata tulang rusuk kanan ayahanda ana retak. Inilah ayah dan ibu kita semua

TERUSKAN BERDOA BUAT GURU-GURU KITA YANG TERLIBAT. MOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN MEMBERIKAN KESEMBUHAN KEPADA YANG TERLIBAT. DAN MOGA ADA YANG TERBAIK BUAT USTAZ MURTADHA. JANGAN HENTI HADIAHKAN FATIHAH BUAT GURU KITA.

~Via Ustaz Mohammad Yaakub Yusra

- Siakapkeli.my

DJ Norhayati Paradi IKIMfm telah menambah 2 foto baru — bersama Syafiq Salleh.
· 13 jam ·
إنا لله وإنا إليه راجعون
..
Mohon semua doakan ya kepada Guru-guru kita Ustaz Wadi Anuar Ayub, Ustaz Murtadha Yusof, Ustaz Hambali Zulkifli dan ayah Ustaz Murtadha yang terlibat dalam kemalangan di Kamunting, Perak. Semoga الله mudahkan segala urusan.:
..
اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا, وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا
..
Bissirril al-Fatihah..
..
Ustaz Syed Bakri

Mohammad Yaakub Yusra
pada hari Rabu
Mohon doa semua ya..kekanda saya ustaz murtadha,Ustaz wadi annuar,ustaz hambali dan ayah ana terlibat dlm kemalangan di perak.
Mohon sgt jgn call2 lg,doakan ya..apa2 ana akan update..otw dh ke hospital taiping

Ustaz hambali dan ayah dh sedar..ustaz murtadha dan ustaz wadi msh belum tp insyaAllah khair..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 8, 2018 7:19 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Biar apa orang nak kata

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

SEJAK dari bujang saya bersama PAS, dah berlori saya lihat pimpinan dan orang PAS kena maki hamun, kena fitnah, hinggakan orang kecik macam saya yang tidak punya kelebihan pun kena jugak, malahan sampai kepada peringkat pimpinan PAS dipenjara malahan yang dibunuh pun ada.

Namun saya tetap bersama PAS, kerana saya tahu dan saya yakin Allah swt lebih-lebih lagi mengetahui apa yang saya lakukan. Saya tidak mengutip PAS dari bakul sampah atau dari kalam lidah orang-orang yang siang dan malam mencerca Islam.

Tetapi saya perolehinya dan menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan kerana ianya keluar dari kalam lidah para ulama dan orang-orang soleh yang mencintai Islam, yang bersandarkan dari Al Qur'an dan Al Hadis.

Saya mendapatkannya di majlis ilmu yang dimuliakan oleh Allah, RasulNya dan para MalaikatNya. Saya juga memahami perjuangan PAS ketika berada di bawah bumbung madrasah, pondok, masjid, surau, mimbar dan halaqat usrah.

Ikatan saya bersama PAS semakin ketat, diikat dengan hubungan jamaah yang disatukan melalui "Liqaul fikri", akal yg sentiasa berfikir tentang Islam, juga dengan perasaan yang sama iaitu mencintai Islam. Saya kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan saya, sangat bahagia hidup berjamaah.

Carut marut musuh itu hanya seumpama najis, tak perlu simpan, tak perlu dipedulikan, ia hanya akan membawa wabak yang semakin membusukkan hati, ada masa kita perlu berhujah dan ada masanya kita perlu berdiam, kerana bukit takkan runtuh disalak anjing. -

USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
HARAKAHDAILY 7/1/2018

Amanat Maza (Dr. Asri) Jauh Lebih Bahaya Dari Amanat Abdul Hadi

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Sungguh melucukan sekali membaca tulisan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza), bertajuk "Benarkah "Amanat Hadi: 'Dr Maza Lupa Nasihat Sendiri'?", yang disiarkan di halaman DrMaza.Com dan di portal berita Malaysia Kini pada 2 Januari 2018.

Tulisan Dr Maza ini adalah reaksi kepada "satu artikel tulisan seorang penulis PAS" di portal berita Harakah Daily pada 1 Januari 2018 yang sebenarnya merupakan tulisan saya, bertajuk "Amanat Haji Hadi: Dr Maza Lupa Nasihat Sendiri", yang disiarkan di muka buku saya.

Saya telah lama memerhatikan ciri-ciri penakut dan tidak ilmiah Dr Maza yang tidak suka menyebut seseorang dengan nama sebenarnya tetapi menyelindungkannya dengan gelaran lain, di mana ciri-ciri ini tidak melambangkan beliau ahli akademik dan Mufti yang baik.

Dalam tulisan beliau di laman web DrMaza.Com pada 31 Mei 2012 umpamanya, Dr Maza menyebut mengenai tindakan "istana tertentu membida nombor kereta sehingga lebih RM500,000", yang mendorong beliau menulis "'jika' golongan istana tidak boleh dipertikaikan bererti rakyat telah mempertuhankan mereka". Sedangkan ramai tahu bahawa yang dirujukkan itu adalah Istana Johor, khususnya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Dalam tulisan beliau di laman web DrMaza.Com pada 3 Oktober 2013 pula, Dr Maza menyebut mengenai "bagaimana ada rakyat di negeri 'entah berentah' yang memuji sultannya melangit tinggi bagaikan wali Tuhan kerana isteri sultan berkenaan bertudung" sedangkan "dalam masa yang sama mereka melupai bagaimana sang sultan itu sedang membina istana yang harga berbilion dari wang rakyat jelata".

Ini beliau jelaskan lagi secara lisan di dalam satu kuliah dengan berkata, "saya sebut, ada di negeri Antah Berantah kan, Antah Berantah ni tak kiralah, mana-mana, orang puji sultan dia pasal bini dia pakai tudung, orang kata bagus la, nak Islam, soleh, dekat-dekat nak jadi Wali Songo, dekat nak jadi wali dah maksudnya, tapi dalam masa yang sama dia ambik duit rakyat bina istana hampir 2 bilion." Sedangkan ramai tahu bahawa yang dirujukkan itu adalah pembinaan Istana Syarqiyyah di Bukit Chendering oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Begitu juga dengan tulisan Dr Maza di laman web DrMaza.Com pada 7 Mei 2015 dalam mana beliau menyebut mengenai tindakan "media antarabangsa (yang) tidak henti-henti melaporkan kemewahan luar biasa wanita tertentu". Sedangkan ramai tahu bahawa yang dirujukkan itu adalah isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bila saya, yang bukan merupakan "penulis PAS", digelarkan oleh Dr Maza sebagai "penulis PAS" kerana tulisan saya tersiar di portal berita Harakah Daily, maka apakah pula yang boleh saya gelarkan Dr Maza kerana tulisan beliau yang tersiar di portal berita Malaysia Kini?

Tulisan Dr Maza yang panjang lebar ini cuba mempersoalkan tulisan saya yang menyebut beliau lupa kepada nasihat beliau sendiri dengan mendakwa kononnya saya memetik tulisan awal beliau bertajuk "Menilai Amanat Haji Hadi Dengan Adil" secara tidak seimbang.

Begitupun, penjelasan Dr Maza di dalam tulisan beliau ini gagal menyanggah dakwaan saya bahawa beliau lupa kepada nasihat beliau sendiri supaya "semua pihak hendaklah berhenti memainkan isu kafir-mengkafir" dan "kembali kepada politik yang dapat membina negara".

Dr Maza mendakwa bahawa "(beliau) sebenarnya bukan membangkitkan kembali isu Amanat Hadi", tetapi "(beliau) menjawab kenyataan Tun Mahathir", khususnya "menafikan dakwaan Tun Mahathir yang menyatakan para mufti tidak bantah amanat tersebut".

Bagaimanapun, pelik bila penelitian kepada laporan akhbar New Straits Times menunjukkan bahawa Dr Maza direkodkan sebagai "enggan memberi komen ke atas dakwaan Dr Mahathir terhadap para mufti" ("refusing to comment on Dr Mahathir's accusation against muftis").

Sebaliknya, apa yang lebih ditonjolkan oleh laporan akhbar New Straits Times ini ialah sokongan Dr Maza terhadap dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Peristiwa Memali, yang berlaku pada 19 November 1985, adalah berpunca daripada "Amanat Haji Hadi".

Ini jelas tertera di dalam ayat pertama digunakan, iaitu Dr Maza "percaya bahawa 'Amanat Hadi' telah memainkan peranan yang membawa kepada tragedi berdarah (Memali) itu" ("believed that 'Amanat Hadi' had played a role leading up to the bloody (Memali) tragedy").

Tidak dinafikan ada disebut pada hujung laporan akhbar New Straits Times ini ayat Dr Maza bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan waktu itu mengisytiharkan "Amanat Haji Hadi" adalah "misguided (sesat)", tetapi ini sebenarnya bukanlah sanggahan kepada Tun Dr Mahathir.

Begitulah juga dakwaan terbaru Dr Maza, berpandukan laporan akhbar Utusan Malaysia pada 22 April 2001 dan 7 Januari 2013, kononnya Majlis Fatwa Kebangsaan pada 21 November 1984 mengisytiharkan "Amanat Haji Hadi" sebagai "bercanggah dengan ajaran Islam".

Sangat menghairankan sekali bagaimana seorang pemegang ijazah PhD, apatah lagi seorang Mufti, seperti Dr Maza boleh menerima bulat-bulat berita yang diasaskan kepada sumber kedua tanpa terlebih dahulu menyemak kesahihannya dengan mana-mana sumber pertama.

Penelitian saya kepada sumber pertama, malah termasuk kepada buku "Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia" terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menunjukkan sebaliknya.

Ini kerana Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 21 November 1984 itu telah membincangkan mengenai isu kafir-mengkafir sesama orang Islam, bukannya mengenai "Amanat Haji Hadi".

Keputusan penuh Muzakarah Khas ini, yang dipertegaskan semula di dalam bentuknya yang asal oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Januari 2013, adalah seperti berikut:

"a. Bahawa jika ada tuduhan atau anggapan oleh ahli atau penyokong PAS atau oleh sesiapa jua bahawa ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam sebagai kafir, atau sebaliknya iaitu ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam menuduh pemimpin atau ahli-ahli PAS kafir, adalah tidak benar sama sekali dan sia-sia. Oleh yang demikian ahli-ahli UMNO atau sesiapa jua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah adalah tetap orang Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam Malaysia."

"b. Sesiapa yang membuat tuduhan atau anggapan bahawa ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan atau sesiapa juga yang beragama Islam sebagai kafir, maka perbuatan itu adalah haram dan hendaklah bertaubat kepada Allah. Perbuatan itu hendaklah diberhentikan dengan serta merta."
Tiada langsung rujukan mengenai "Amanat Haji Hadi" di dalam Muzakarah Khas ini dan keputusannya juga meliputi pengkafiran oleh "ahli atau penyokong PAS atau oleh sesiapa jua" dan oleh "ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam".

Tindakan Dr Maza memarakkan kembali isu "Amanat Haji Hadi" yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir, khususnya dengan menyokong dakwaan beliau bahawa Peristiwa Memali adalah berpunca daripada "Amanat Haji Hadi", adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Lebih tidak bertanggungjawab adalah tindakan Dr Maza menyatakan "Amanat Hadi punca kafir-mengkafir" dengan menyandarkannya kepada Datuk Dr Mujahid Yusuf, kononnya sebagai "pihak yang terlibat", kerana beliau "anak bekas Presiden dan Murshidul 'Am PAS".

Sedangkan ramai tahu bahawa Datuk Dr Mujahid hanya aktif di dalam PAS pada akhir tahun 1990-an dan tidak mengetahui mengenai perjalanan PAS sebelum tempoh itu serta ramai tahu bahawa Dr Maza, Datuk Dr Mujahid dan Dr Maszlee Malik adalah "tiga sekawan".

Apatah lagi bila Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri telah secara terbuka, umpamanya melalui satu wawancara yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 13 Ogos 2000, menyebut bahawa ucapan beliau itu tidak pernah mengkafirkan sesiapa, termasuk UMNO.

Kata Datuk Seri Abdul Hadi, ucapan beliau itu "lebih menjurus kepada memberi kefahaman dan kesedaran secara ilmu tanpa membuat tuduhan kepada sesiapa" membabitkan "kaedah-kaedah hukum syarak mengenai perkara-perkara yang merosakkan iman seseorang".

Begitulah juga penegasan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sewaktu mempertahankan "Amanat Haji Hadi" pada 28 Disember 2012, bahawa "Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah memurtadkan sesiapa, beliau hanya menjelaskan batasan iman dan kufur sahaja".

Jika menjelaskan batasan iman dan kufur ini boleh dikatakan punca kafir-mengkafir, bagaimanakah pula dengan tindakan sama yang dibuat oleh Dr Maza sendiri sebelum ini, umpamanya di dalam tulisan beliau di laman web DrMaza.Com pada 9 Julai 2010 yang menyebut bahawa "sesiapa yang dengan jelas tanpa sebarang andaian lagi menghina Allah dan RasulNya, maka dia terkeluar dari Islam" selain menyebut bahawa "demikian juga jika dia menentang secara jelas tanpa sebarang andaian lagi apa yang ditetapkan oleh Allah dengan jelasnya seperti pengharaman arak, judi, zina dan seumpamanya"?

Sebenarnya membuat "Amanat" bukanlah satu kerja yang terlalu sukar jika anda kreatif. "Amanat Haji Hadi", seperti diakui oleh penciptanya, Omar Khalid, di rumah beliau kepada saya, adalah keratan daripada ucapan Datuk Seri Abdul Hadi pada 9 April 1981.

"Amanat Haji Hadi" ini bagaimanapun tidaklah merbahaya seperti yang didakwa oleh Dr Maza, kerana ia hanya bercakap mengenai soal pertentangan antara parti-parti politik dan, seperti diakui oleh Dr Maza dan Dr Maszlee sendiri, tidak pun mengkafirkan UMNO.

Apa yang jauh lebih merbahaya adalah "Amanat Maza" yang merupakan keratan daripada tulisan Dr Maza di laman web DrMaza.Com pada 6 Februari 2014 yang, selain menghina keturunan raja/sultan, bercakap mengenai kritikan dan pembuangan institusi raja/sultan.

Ini kerana, tidak seperti parti-parti politik, institusi raja/sultan diberikan kedudukan dan perlindungan yang istimewa, baik di dalam Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri, tambahan pula dengan kedudukan raja/sultan sebagai Ketua Agama Islam.

Sangat pelik bagaimana Dr Maza boleh terus-terusan dilantik memegang jawatan sebagai Mufti bila terang-terang kenyataan beliau di dalam "Amanat Maza" ini dilihat cuba menanamkan bibit-bibit ketidaksetiaan dan kebencian terhadap institusi raja/sultan.

Apatah lagi, bila disemak dengan teliti segala tulisan Dr Maza selama ini, sama ada yang disiarkan di halaman DrMaza.Com atau di laman web DrMaza.Com, turut didapati penanaman bibit-bibit ketidaksetiaan dan kebencian terhadap kerajaan yang memerintah.

Di bawah ini adalah kandungan "Amanat Maza" tersebut:

"Betapa ramai dalam sejarah pelbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun mana-mana pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin perompak, lanun di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam yang kemudian telah berjaya merebut kuasa dan diwarisi."
"Hanya bangsa ataupun individu yang bodoh, dungu dan feudal ataupun pengampu terlampau sahaja yang menganggap mengkritik golongan bangsawan istana itu satu kesalahan dan menggesa agar pengkritik diambil tindakan."

"Walaupun Parsi, Rome, China, beberapa Negara Eropah, dan India pernah memiliki empayar dan kekuasaan yang luas, namun ke mana perginya maharaja-maharaja mereka?! Kesemuanya pupus dibuang oleh kehendak rakyat apabila mereka dilihat sudah tidak relevan lagi. Mereka lebih banyak merosakkan dari memberikan manfaat kepada rakyat. Nepal juga telah membuang institusi raja mereka."

"Pembuangan sistem istana dan agama yang diperalatkan oleh istana telah membawa bangsa Eropah maju dan bebas dari cengkaman kezaliman."

"Golongan samseng yang menyakiti rakyat bukan sahaja patut dibuang, bahkan tidak layak pun untuk ditempat di muzium sejarah mana-mana bangsa pun melainkan dengan catatan hitam 'samseng'."

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

GS - Mufti perlu kekal sebagai penasihat yang tidak berbelah bahagi dalam memberi pendapat, tapi malangnya Dr Asri mengambil jalan memilih dan berpihak. Dia akan mengkritik sesiapa yang dirasa boleh menggugat kedudukannya dari segi agama dan memperlekeh orang lain yang berbeza pendapat dengannya.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 8, 2018 7:20 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Selamat Tinggal Ampang Park Selepas Lebih 4 Dekad

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


KUALA LUMPUR - Setelah 44 tahun beroperasi, kompleks beli-belah Ampang Park akan menutup tirainya hari ini dan detik-detik akhir itu meninggalkan perasaan bercampur-baur bagi peniaga serta pengunjung setianya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kompleks nostalgia itu.

Tinjauan Bernama mendapati sehingga hari terakhirnya, Ampang Park masih menjadi tumpuan warga kota walaupun hari ini kunjungan mereka bukan sekadar untuk membeli-belah tetapi rata-ratanya datang bagi mengimbau kembali kegemilangan kompleks beli-belah tertua negara itu.

Seorang peniaga, Pritam Ranai, 65, Ampang Park merupakan 'taman permainan' buat tiga anaknya kerana anaknya membesar di situ.

Pritam membuka kedai pakaian lelaki sekitar 40 tahun lepas menamakan kedainya Jason's sempena nama seorang daripada anak lelakinya dan ternyata penutupan Ampang Park memberi kesan nostalgik kepada dirinya.

"Saya tidak boleh tidur lena sejak minggu lepas kerana masalah ini, dan saya juga cuba untuk menjual apa saja barangan sebelum kami menutup kedai hari ini.

"Pelanggan saya mengatakan bahawa mereka ingin membeli sesuatu dari kedai saya sebagai kenangan Ampang Park," katanya dan menambah kedai beliau akan berpindah ke KL Trillion tahun depan.

Richard Lee, 48, pemilik salun rambut Minas pula berkata walaupun beliau akur dengan keputusan pihak kerajaan untuk menutup kompleks beli-belah itu, namun beliau masih menzahirkan rasa terkilan kerana perniagaan tersebut merupakan sumber pendapatannya sejak tahun 1992.

"Walaupun saya akan berpindah ke lokasi perniagaan baharu di The Ampwalk, namun pastinya ia tidak sama kerana saya perlu bermula dari bawah seperti waktu mula-mula berniaga dahulu," katanya.

Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang turut kelihatan berlegar di kompleks beli-belah itu berkata Ampang Park begitu signifikan kerana ia banyak membantu golongan Bumiputera terutama Melayu dalam perniagaan mereka.

"Hari ini merupakan hari terakhir kompleks ini beroperasi, memang saya agak sedih kerana saya selalu ke sini untuk mencari barang keperluan.

"Bagaimanapun pembangunan harus diteruskan seiring dengan arus pemodenan negara," katanya.

Ampang Park dibina pada 1972 dan dibuka kepada orang awam pada 15 Mac 1973, menjadikannya kompleks beli-belah pertama di negara ini dengan keseluruhan 250 lot premis yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan selain perkhidmatan untuk warga kota.

Kompleks berkenaan akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan stesen Transit Aliran Massa (MRT) Ampang Park.

Penjawat awam Norazean Farina Dawam, 37, yang ditemui ketika leka 'mencuci mata' di kompleks beli-belah itu berkata beliau jarang ke Ampang Park sejak berpindah ke Cyberjaya, namun tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama orang ramai pada hari terakhir kompleks berkenaan.

"Saya lihat banyak kedai di tingkat bawah membuat jualan lelong dan saya sempat membeli beberapa barangan seperti kasut dan baju," katanya yang ditemani suami Johan Kurniawan Suar Nor, 37.

Dalam pada itu, restoran McDonald's di Ampang Park, di sini hari ini tidak melepaskan peluang mencipta kenangan manis bersama pelanggannya sebelum ia ditutup selamanya bermula esok.

Restoran berkenaan yang telah beroperasi di kompleks beli-belah itu hampir tiga dekad, menutup sejarahnya dalam suasana cukup meriah dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti persembahan busker, lukisan muka, gubahan belon dan sesi fotografi.

Pengarah Kanan Pemasaran, Komunikasi dan Penyelidikan McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai berkata pelanggan boleh mencipta memori baharu di McDonald's yang baru dibuka di Intermark, di Jalan Tun Razak di sini.

"Restoran yang dibuka sejak seminggu lepas kini menawarkan suasana moden buat pelanggannya iaitu dengan konsep teknologi baharu dan perkhidmatan pelanggan yang inovatif.

"Antaranya pelanggan kini boleh membuat pesanan sendiri di kiosk layan diri, cara ini memudahkan dan mampu mengurangkan masa menunggu tanpa perlu beratur panjang," katanya semasa merasmikan majlis penutupan McDonald's Ampang Park di sini, hari ini.

Beliau berkata pelanggan yang bekerja atau tinggal di kawasan berhampiran Ampang Park masih boleh mendapatkan hidangan McDonald's tanpa perlu berjalan jauh. – BERNAMA

Pekerja Bungkus Ayam, Sotong, Udang Di atas Lantai

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


JOHOR BAHRU - Tindakan seorang pekerja sebuah pasar raya terkenal di bandar raya ini membungkus ayam, sotong serta udang hanya di atas lantai berjaya dikesan menerusi pemantauan yang dijalankan oleh Persatuan Penggerak Pengguna Johor (PPPJ), di sini, pagi tadi.

Pengerusi Pemantau PPPJ merangkap Naib Pengerusi PPPJ, Salleh Sadijo berkata, tindakan sedemikian jelas melanggar aspek kebersihan dan dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan sekiranya dimakan para pengguna.

"Kami sendiri terperanjat memandangkan tindakan itu dibuat di pasar raya yang besar. Ayam tersebut telah dipotong kecil sebelum dibungkus ke bekas-bekas. Begitu juga sotong dan udang juga turut hanya diletakkan di atas lantai sebelum dibungkus dan dijual kepada pengguna.

"Kami telah mengambil maklumat itu dan akan menyalurkan aduan tersebut kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor supaya tindakan susulan dapat diambil.

"Bagaimanapun, kami tidak dapat mengambil sebarang tindakan memandangkan kami hanyalah Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan tidak mempunyai kuasa," katanya kepada Sinar Harian.

Salleh berkata, pemantauan yang dijalankan setiap empat bulan sekali itu kali ini difokuskan kepada isu menyemak harga barang dan kali ini empat pasar raya sekitar bandar raya terlibat membabitkan 20 ahli PPPJ.

"Pemantauan kali ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu barang-barang basah, barang-barang kering, sabun dan makanan di dalam tin yang dikhuatiri telah tamat tarikh luputnya.

"Bagaimanapun, pemantauan mendapati keempat-empat pasar raya mematuhi peraturan tersebut dan tidak mempunyai masalah," katanya.

Beliau berkata, selain pemantauan, pihaknya turut mendapatkan maklumat daripada para pengguna dan ada yang mengadu sesetengah harga barang di pasar raya lebih tinggi berbanding yang dijual di kedai runcit.

Pesakit jantung pulang selepas orang ramai bantu bayar bil RM1.3 juta

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net


PETALING JAYA: Warga emas yang menjadi perhatian media selepas keluarganya melancarkan kempen kutipan derma melalui Facebook dan GoFundMe bagi menanggung kos perubatannya di Korea Selatan, selamat pulang ke tanah air hari ini..

Mahfiz Abdul Manaf, anak lelaki kepada Abdul Manaf Mohd Noh berkata, bapanya dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut selepas tiba dari Seoul, hari ini.

Bekas jurutera yang lebih dikenali sebagai Tok Manaf itu sedang bercuti dengan anaknya di Seoul awal bulan ini, sebelum rebah pada hari ke-4 lawatan dan dikejarkan ke hospital.

Hasil pemeriksaan doktor, warga emas berusia 81 tahun itu disahkan mengalami pembuluh jantung pecah dan terpaksa menjalani pembedahan jantung terbuka pada 4 Disember lalu dan satu lagi pembedahan susulan pada hari berikutnya kerana pendarahan dalaman.

Sejak itu, Tok Manaf dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu dan terpaksa bergantung kepada bantuan pernafasan serta dipantau pasukan pakar sakit jantung.

Kisah Tok Manaf mendapati perhatian media selepas nasibnya terkandas di hospital Korea Selatan tersebar di media sosial awal bulan ini.

Pembedahan jantung terbuka merupakan bidang kepakaran khusus dan mahal di Korea Selatan, menyebabkan kos rawatannya meningkat sehingga di luar kawalan, tambahan pada usia 81 tahun, beliau tidak lagi dilindungi insurans perubatan pelancongan.

Mahfiz berkata, beliau dan keluarganya berusaha mengumpulkan sumber kewangan dan mengambil pinjaman peribadi untuk membiayai bil hospital di Korea sebelum membawa bapanya pulang ke Malaysia.

"Apa yang bermula sebagai kutipan sumbangan kewangan di antara kaum keluarga sahaja, telah menjadi kempen di seluruh dunia untuk membawa bapa kami pulang ke tanah air.

"Orang ramai yang prihatin dan pemurah, baik dari dalam dan luar negara tampil memberi sumbangan dengan apa jua cara yang mereka mampu."

Katanya, kos rawatan bapanya di hospital Korea selama 24 hari dan membawanya pulang ke Malaysia sekitar RM1.3 juta.

Beliau berterima kasih kepada bantuan dan sumbangan orang ramai, ahli keluarga, saudara, badan kebajikan, penyedia perkhidmatan perubatan dan Kedutaan Malaysia di Seoul.

"Bagi pihak bapa saya dan keluarga kami, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dari semua aspek termasuk pandangan dan nasihat perubatan, bantuan pentadbiran, sumbangan kewangan dan sokongan emosi, termasuk mereka yang tidak putus-putus mendoakan bapa saya cepat sembuh dan segala urusan dipermudahkan. Sumbangan mereka sungguh bermakna dan amat kami hargai."

Kempen kutipan derma itu ditutup serta-merta.

Akhbar New Straits Times sebelum ini melaporkan Tok Manaf yang tinggal di Petaling Jaya, menjaga isterinya yang menghidap penyakit Parkinson sehingga beliau meninggal dunia November 2016.

Anaknya membawa beliau bercuti di Korea supaya beliau dapat berehat dan tidak memikirkan arwah isterinya.

Amuk Gara-Gara Bos Lambat Bayar Gaji…

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

BERANG gaji lambat dibayar, seorang buruh binaan bertindak di luar jangkaan apabila mengamuk dengan memukul anak majikan dan rakan sekerja di Sibu, Sarawak.

Tidak setakat itu, lelaki berusia awal 30-an itu turut bertindak membakar kereta rakan sekerjanya selepas cuba mententeramkan suspek dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang kelmarin.

Insiden di sebuah tapak pembinaan di Jalan Aman itu bermula apabila suspek bersama dua lagi individu dipercayai pasangan suami isteri pada mulanya berkumpul di tapak pembinaan untuk mengambil gaji.

Bagaimanapun, suspek dikatakan berang selepas dimaklumkan oleh anak majikannya yang berusia 24 tahun mengenai kelewatan pihak syarikat membayar gaji kepada pekerja pada bulan ini.

Justeru, rakannya berusia 35 tahun cuba menenangkan suspek, namun dia terus mengamuk dengan memukul isteri rakannya itu dan anak majikannya.

Tidak cukup menyerang ketiga-tiga mangsa, suspek kemudian bertindak nekad membakar pula kereta Perodua Kancil milik pasangan berkenaan sebelum bertindak melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zailani Amit berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Tahir Tuah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Kenderaan terbabit terbakar hampir 85 peratus dan nilai kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan mencecah RM12,000.

Kes masih disiasat dan polis sudah mengenal pasti identiti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan. -MYNEWSHUB.CC

Kereta Mewah Aliff Syukri Antara 20 Disita JPJ

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


KUALA LUMPUR - Sebuah kereta mewah Rolls Royce dipercayai didaftarkan di bawah syarikat D'herbs Holding Sdn Bhd merupakan antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, di sini malam tadi.

Kenderaan itu ditahan kerana memilki Lesen Kenderaan Motor (LKM) (cukai jalan) Sarawak.

Adalah menjadi kesalahan menggunakan kenderaan yang memilki LKM Sarawak atau Sabah, di Semenanjung.

Dalam operasi yang bermula kira-kira 8.30 malam itu, kereta mewah berkenaan disewa oleh seorang lelaki warganegara Australia sebelum disita.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata kenderaan itu menggunakan LKM Sarawak dengan bayaran kira-kira RM5,000 berbanding kira-kira RM20,000 di Semenanjung, katanya kepada pemberita selepas Ops Patuh di sini.

Mengulas mengenai operasi yang dijalankan di ibu negara, Wan Ahmad Uzir berkata operasi berkenaan turut melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan kekuatan anggota seramai 170 orang.

Dalam pada itu, seramai 65 warga asing dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Pakistan dan Australia ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa. - BERNAMA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 8, 2018 7:20 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Padah Bawa Pemetik Api Menyerupai Bom Tangan
siakapkeli.my

MIRI: Memiliki pemetik api menyerupai bom tangan mengakibatkan seorang pemuda ditahan polis ketika melalui pemeriksaan di Lapangan Terbang Miri pada selasa lalu.

Suspek ditahan pada jam 9.20 malam di balai berlepas lapangan terbang itu ketika pemeriksaan bagasi dan imbasan badan di situ.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah, pemuda berusia 23 tahun itu dalam perjalanan dari Miri ke Johor Bahru telah menyembunyikan objek berkenaan dalam beg kecil yang dibawanya.

"Ketika pemeriksaan dibuat menggunakan mesin pengimbas, satu objek mencurigakan menyerupai bom tangan dijumpai disembunyikan dalam beg suspek," katanya.

Jelasnya, suspek dikatakan membeli pemetik api berkenaan di Johor Bahru.

Kes disiasat mengikut Sekyen 32, Akta Senjata 1960.

Sumber - Berita Harian

Protokol Keselamatan Memang Ketat, Budak 12 Tahun Itu Tidak Ditinggalkan Berseorang Di KLIA2 - MAHB
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan kanak-kanak 12 tahun tidak ditinggalkan keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA2) seperti yang digembar-gemburkan sebuah artikel berita yang tular di media sosial sebelum ini.

MAHB dalam sebuah kenyataan menjelaskan bahawa kanak-kanak tersebut ditemani oleh dua orang pasangan dewasa.

Menurut pihak berkuasa lapangan terbang tersebut, rakaman kamera pengawasan memaparkan kanak-kanak perempuan itu meninggalkan lapangan terbang dengan menaiki kereta dengan pasangan berkenaan sekitar pukul 1.48 tengahari.

"Malaysia Airports bersimpati dengan masalah yang dihadapi Wan Fadillah Wan Ahmad dan anaknya pada 31 Disember lepas di KLIA2, bagaimanapun keutamaan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) adalah untuk memastikan protokol keselamatan dilaksanakan menurut peraturan ditetapkan oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

"Protokol keselamatan yang ketat ini juga sejajar dengan Program Keselamatan Penerbangan Awam Kebangsaan (NCASP) yang mana hanya dokumen perjalanan dan pengenalan asal dibenarkan untuk menaiki pesawat," katanya.

Jelas MAHB, meskipun memahami kesukaran yang dihadapi ibu bapa dan kanak-kanak tersebut, pihaknya tidak dapat bertolak ansur dalam hal ini kerana langkah-langkah sudah disediakan bagi keselamatan lapangan terbang untuk melindungi pintu masuk negara terhadap akses yang tidak selamat untuk keselamatan individu serta syarikat penerbangan.

"Adalah menjadi tugas kami untuk memastikan semua pengembara mempunyai dokumen perjalanan sebelum mereka dibenarkan menaiki sebarang pesawat. Kami memohon pemahaman orang awam mengenai peranan kami dalam melindungi keselamatan lapangan terbang," kata kenyataan itu dan menambah MAHB akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk memperbaiki proses berkenaan.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan seorang lelaki kecewa dengan polis bantuan MAHB yang menyebabkan belaiu terpaksa meninggalkan anak perempuannya yang berusia 12 tahun keseorangn di KLIA2 tanpa pengawasan selama hampir sembilan jam.

Portal itu melaporkan kejadian berlaku apabila seorang daripada tujuh anak lelaki itu tercicir MyKid ketika hendak mendaftar masuk penerbangan ke Kuching, Sarawak.

Bapa kanak-kanak itu kemudian membuat laporan polis di KLIA2 namun anaknya tidak dibenarkan melepasi pemeriksaan keselamatan walaupun sudah menunjukkan laporan polis, salinan pasport dalam telefon bimbit dan salinan sijil surat beranak.

Oleh kerana waktu penerbangan semakin hampir, lelaki terbabit terpaksa membuat keputusan meninggalkan anaknya berseorangan di KLIA2 sebelum beliau sendiri mendapatkan pasport anaknya di Kuching, dan terbang kembali ke Kuala Lumpur.

Sumber- BERNAMA

Sabung Nyawa Hendak Ke Sekolah, Meniti Tebing Jambatan Rosak Selepas Jalan Darat Dinaiki Air
siakapkeli.my

2 Jan - Hari ini telah tular satu video yang berdurasi selama dua minit yang menunjukkan seorang ayah dan anak lelakinya terpaksa menyabung nyawa melalui sebuah jambatan rosak untuk pergi ke sekolah.

Rakaman video yang menunjukkan seorang bapa memimpin anaknya meniti sebuah Jambatan rosak dengan air sungai bergerak laju di bawahnya itu dikatakan terletak di Kuala Lipis, Pahang telah menimbulkan rasa takut dan simpati netizen.

Berdasarkan kemaskini di laman Facebook ibu murid berkenaan, Puan Siti Zaharah, jalan darat yang dipanggilnya 'jalan belakang' yang dilalui penduduk telah dinaiki air akibat banjir menyebabkan kenderaan tidak boleh melalui.

Manakala jambatan rosak itu sebelum ini merupakan laluan utama penduduk kerana diseberang sungai itulah terletaknya sekolah, klinik dan kedai-kedai, 'jalan belakang' yang sedia ada yang sedang tenggelam itu pusingannya agak jauh.

Menurut kepsyen yang ditulis, anaknya yang baru memulakan sesi persekolahan itu semangat hendak ke sekolah menyebabkan suaminya terpaksa menggunakan jambatan berkenaan untuk menghantar anaknya ke sekolah.

Ada netizen yang melahirkan rasa simpati, dan ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana membahayakan nyawa.

Apapun diharapkan pihak berwajib dapat memberikan sedikit perhatian tentang perkara ini kerana dikatakan jambatan gantung ini merupakan laluan utama mereka melintas kerana merupakan jalan yang paling dekat berbanding jalan darat atau jalan belakang yang agak jauh. - Siakapkeli.my

KEMASKINI

Penjelasan tentang video itu

Selepas 10 Hari Bersembunyi, 'Sarjan Faiz' Kini Berjaya Ditahan
siakapkeli.my

Lelaki yang menyamar sebagai 'Sarjan Faiz' yang melarikan seorang remaja perempuan dari rumahnya di Kampung Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub, 27 Disember lalu telah ditahan pihak polis di Ipoh.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan, suspek berusia 32 tahun beralat di Taman Bukit Indah, Bentong, telah ditahan dihadapan hotel di Jalan Dr Nazrin Shah pada jam 2.05 pagi sabtu.

Berdasarkan hasil siasatan, suspek pernah terlibat dalam beberapa kes jenayah di Mentakab, Brinchang, Pekan dan negeri lain iaitu di Bakri, Johor, Chukai, Terengganu dan Kuala Lumpur.

"Ia membabitkan kesalahan menyamar sebagai penjawat awam, penipuan, mencabul, rogol dan mencuri," jelasnya.

Tambahnya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dan ditahan reman selama empat hari hingga Selasa ini bagi siasatan lanjut.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 363 dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menculik serta menyamar sebagai penjawat awam.

Pada 29 Disember 2017 lalu, Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi, 17, dikatakan hilang selepas dia dibawa suspek terbabit konon untuk membantu mengambil motosikal yang dibeli di pekan Sungai Ruan dengan meminta izin kepada ibu mangsa di rumahnya kira-kira 11 pagi.

Pada hari yang sama, Nur Syaminn menghubungi Wan Maziah memaklumkan dia berada di Gua Musang, Kelantan, bersama suspek terbabit sebelum talian dimatikan kira0kira jam 3 petang.

Manakala, pada 29 Disember, mangsa ditemui selamat di stesen bas di bnadar Raub pada 11.05 pagi selepas menaiki bas dari Kuala Lumpur dan dibawa polis untuk siasatan lanjut.

Semnatara itu, pihak polis melakukan pemburuan suspek dan ditahan selepas 10 hari sembunyikan diri.

Sumber - Harian Metro

Identiti 'Sarjan Faiz' Sudah Dikesan, Punya Rekod Jenayah Lampau
siakapkeli.my

Pihak polis telah mengesan identiti seorang lelaki yang melarikan gadis dari sebuah rumah di Kampung Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub, Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, lelaki yang meyamar sebagai 'sarjan Faiz' itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Jelasnya, selain meyamar sebagai anggoota bertugas di Balai Polis Sungai Ruan itu dia turut mempunyai rekod berhubung kes penipuan di Temerloh dan Johor.

"Polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang serta menyamar sebagai penjawat awam,

"Ini berdasarkan siasatan ke atas mangsa, iaitu Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi, 16, semalam," katanya.

Tambahnya, polis meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian berhubung kejadian itu kerana boleh menjejaskan siasatan.

"Biarkan polis menjalankan siasatan dan tunggu sehingga ia selesai," katanya.

Berdasarkan sumber, mangsa kini berada di Hospital Lipis dan hanya akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan selesai.

Sumber - Harian Metro

Kebas Sampai Habis, RM1.5 Juta Lesap Tak Sampai 3 Minit
siakapkeli.my

Malam tahun baru digemparkan dengan kes samun bersenjata di sebuah kedai emas Poh Kong, di pusat beli-belah Leisure Mall, Cheras kira-kira jam 8.30 malam. Hampir RM1.5 juta barang kemas dilarikan oleh kesemua suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125z dan bersenjatakan tukul besi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ismail Borhan, kesemua suspek yang lengkap bertopi kaledar penuh dan bersarung tangan hanya mengambil masa tiga minit untuk melarikan barang kemas tersebut. Tambahnya lagi, ketika kejadian, seramai lima orang pekerja dan dua orang pelanggan berada didalam kedai emas itu tapi mereka dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Hasil siasatan awal juga mendapati lima daripada suspek telah memecahkan cermin pameran dengan menggunakan tukul besi manakala lima lagi menunggu di luar pusat beli-belah.

Cubaan orang awam untuk menghalang modus operandi suspek kes samun ini dengan membaling tong sampah aluminium kepada mereka juga gagal.

Pihak polis masih menjalankan gerakan memburu suspek dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan rompakan secara berkumpulan. - Siakapkeli.my

Sumber: Harian Metro

GCR Penjawat Awam – Lebih 150 Hari Tak Dapat Tunai, Hanya Dapat Cuti
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2/2017 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam menyatakan penjawat awam yang mempunyai Gantian Cuti Rehat – GCR melebihi 150 hari, akan digunakan sebagai cuti rehat semasa tahun akhir perkhidmatan seperti yang dibentang dalam Bajet 2018.

Pegawai yang akan bersara perlu menghabis lebihan cuti GCR dalam tempoh 12 bulan sebelum bersara.

Bagi yang mempunyai GSR kurang 150 hari bayaran 'award' wang tunai adalah seperti biasa.

Melalui pembentangan Bajet 2018 sebelum ini juga, kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dinaikkan daripada 7 hari kepada 10 hari setahun.

Untuk muat turun Pekeliling 2/2017, sila klik Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2017.

Bagi penjawat awam, bolehlah membuat kira-kira baki tahun perkhidmatan dengan cuti yang ingin diambil setiap tahun.
Atau mungkin ingin diperam dahulu sehingga boleh menikmati cuti panjang pada tahun akhir perkhidmatan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 8, 2018 7:21 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kecederaan ACL, Musuh Utama Individu Yang Aktif Bersukan Terutama Pemain Futsal
siakapkeli.my

Sukan adalah salah satu platform untuk mengukuhkan lagi aspirasi nasional. Atas faktor itu pelbagai program sukan serta kecergasan telah diperkenalkan antaranya seperti Program Fit Malaysia dan Karnival 1Murid 1Sukan.

Bersukan merupakan satu bentuk aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh serta menyihatkan badan.

Namun demikian, mendengar sahaja kecederaan pada Anterior Cruciate Ligament (ACL) sudah pastinya menghadirkan perasaan gerun buat setiap ahli sukan khususnya pemain futsal.

Tidak keterlaluan untuk diperkatakan bahawa kecederaan ini merupakan musuh utama kaki futsal seluruh dunia.

Apakah sebenarnya Anterior Cruciate Ligament ?

Merupakan ligamen yang berada pada lutut bertindak untuk mengikat dua tulang yang bersambung bagi membentuk sendi. Selain ACL lutut juga terdiri daripada ligamen-ligamen tersebut :

-Posterior Cruciate Ligament (PCL)
-Lateral Collateral Ligament (LCL)
-Medial Collateral Ligament (MCL)

Keempat-empat ligamen ini bertanggungjawab bagi mengikat :

-Tulang peha (Femur)
-Tempurung lutut (Patella)
-Tulang keting (Fibula dan Tibia)

ACL juga berperanan bagi menghalang betis daripada bergerak ke hadapan paha..
Bagaimana kecederaan ACL boleh berlaku ?

Melakukan lompatan dan seterusnya gagal mendarat dengan betul.Menukar arah larian dengan pantas ketika sedang berlari. Memusingkan badan sambil kaki terpasak ke tanah, dimana lutut akan terpusing dan terpelecok. Dikasari oleh pihak lawan, dimana dirempuh atau dibentes dengan lasak.

Simptom ACL

Keadaan di bawah lutut terasa seolah-olah meletup dan berbunyi 'pop' sambil lutut terseliuh.
Lutut akan mula membengkak dengan cepat dalam satu jam yang pertama. Anda akan berasa sakit semasa berdiri dan cubaan untuk berjalan. Jika anda pernah mengalami kecederaan seperti diatas kemungkinan besar (90% kebarangkalian) ligamen ACL anda telah tercedera atau putus.

3 Peringkat kecederaan ACL

– Gred 1 menyaksikan ligamen sedikit rosak. Ia telah sedikit diregangkan, namun masih mampu untuk membantu menjaga sendi lutut.

Pada peringkat ini akan kelihatan bengkak pada kulit.
– Gred 2 keadaan meregang ke tahap di mana ia menjadi longgar. Ini boleh diklasifikasikan sebagai separa koyak di ligamen.

Bengkak dan warna kulit berubah menjadi kebiruan pada kulit.
– Gred 3 merupakan tahap paling bahaya apabila ligamen telah koyak sepenuhnya. Perlu berjumpa doktor secepat mungkin bagi langkah seterusnya.

Diagnosis kecederaan

Hanya pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI) dapat menunjukkan kecederaan pada ACL dengan jelas. X-Ray hanya dilakukan untuk menentukan sama ada terjadi keretakan atau kepatahan tulang (ramai yang keliru). Kaedah merawat kecederaan ACL

Kecederaan ACL buat mereka yang masih muda dan aktif mungkin memerlukan pembedahan (secara artroskopik). Kaedah dengan menggunakan tendon yang diambil daripada lutut pesakit, dimasukkan ke dalam sendi lutut dan diikat pada tulang peha dan betis (rekonstruksi ACL).

Pembedahan yang berjaya akan menstabilkan lutut anda. Pembedahan ini dapat mengelakkan kecederaan lanjutan dan mungkin anda dapat kembali kepada sukan.. Manakala bagi mereka yang kurang aktif dan telah agak berumur pembedahan mungkin tidak perlu dilakukan. Memadai dengan melakukan latihan fisioterapi dan mengelakkan dari aktiviti aktiviti yang berisiko tinggi.

Kesimpulan

Ternyata sesuatu yang menakutkan apabila membaca tentang kecederaan ini.
Sekiranya anda mengalami masalah ini sudah pasti proses pemulihan memainkan peranan penting untuk anda kembali ke beraksi di gelanggang futsal.

Fokus dan berdisiplin tinggi sepanjang sesi pemulihan bagi kembali menguatkan kekuatan otot peha dan betis. Anda perlu melupakan aktiviti futsal sekurang-kurangnya selama setahun sebelum dapat kembali beraksi.

Sumber: futsalvaganza

'Hadiah' Paling Bermakna Dari Isteri Selepas 16 Tahun Menunggu Sebelum Pergi Untuk Selamanya
siakapkeli.my

Batu Pahat: Seorang isteri di Taman Soga, di sini, sempat melahirkan satu-satunya anak perempuan yang sekian lama ditunggu sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Roslina Ariffin, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas kira-kira jam 2 pagi dua hari lalu, selepas melahirkan anak kelimanya, Nur Aishy Amanda, 21 hari lalu.

Suami Allahyarham, Azrow Othman, 43, berkata, dia tidak menyangka isterinya meninggalkan mereka selepas melahirkan anak bongsu.

Katanya, isterinya yang melahirkan anak bongsu menerusi pembedahan tiada penyakit atau sebarang masalah ketika mengandung.

Empat lagi anak pasangan berkenaan adalah lelaki berusia antara 5-16 tahun.

"Namun kira-kira jam 11.45 malam tadi, isteri tiba-tiba mengadu sesak nafas sebelum pengsan. Saya membawa isteri ke sebuah hospital swasta, namun doktor mengesahkan isteri meninggal dunia jam 2 pagi.

"Saya tidak sangka isteri akan pergi selepas 19 hari melahirkan anak bongsu yang juga satu-satunya anak perempuan yang sudah kami nantikan sejak empat tahun lalu.

"Saya sendiri buntu dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan tanpa isteri di sisi," katanya kepada BH ketika ditemui di rumahnya.

Anak sulung arwah, Muhammad Aniq Azriel, 16, berkata mengikut perancangan ayah, arwah ibu serta adik beradiknya yang lain hendak menghantarnya pulang ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian hari ini.

"Namun tidak sangka ibu akan pergi meninggalkan kami adik-beradik termasuk Baby (Nur Aishy) dan tidak sempat menghantar saya ke MRSM seperti selalu, " katanya.

Sementara itu, Azrow turut dilihat tidak mampu menahan kesedihannya apabila beberapa kali menangis ketika menceritakan kisah isterinya kepada wartawan BH.

Sumber: Berita Harian

Sayangnya Kepada Pasangan, Kucing Jantan Ini Bagi 'Sokongan' Ketika 'Isterinya' Lahirkan Anak
siakapkeli.my

2 Jan - Baru-baru ini melalui laman Twitter Amazing Nature telah tular sebuah video yang memaparkan seekor kucing jantan menemani seekor kucing betina yang baru sahaja melahirkan anak.

Video yang berdurasi selama 15 saat itu telah mendapat perhatian di seluruh dunia dan mendapat lebih 10 ribu Re-Tweet dalam masa 24 jam.
Kejadian yang jarang sekali berlaku apabila kucing jantan sanggup menemani kucing betina tersebut yang sedang keletihan dan menahan kesakitan selepas melahirkan anak-anaknya.

Berdasarkan video tersebut, kucing jantan itu sedang mengurut badan kucing betina seakan-akan sedang menenangkan kucing betina tersebut dan seolah-olah sedang mengucapkan terima kasih kepada 'isteri'nya itu kerana sanggup melahirkan anak-anaknya itu.

Banyak pengajaran yang boleh kita pelajari daripada video ini. Memang sudah menjadi lumrah, setiap apa yang berlaku di muka bumi ini pasti ada sesuatu yang perlu kita pelajari.

Daripada video tersebut, terpapar detik sebuah kasih sayang antara keluarga yang ditunjukkan oleh kucing itu.
Apa yang penulis ingin kongsikan adalah kita sebagai manusia dan khalifah di bumi Allah ini janganlah kita mengabaikan kasih sayang terhadap keluarga kita yang telah diamanahkan oleh Allah.

Semoga apa yang Allah ingin tunjukkan melalui haiwan ini dapat kita manfaat bersama dan jadikan peringatan untuk kita terus menyanyangi keluarga yang dianugerahkan oleh Allah ini.- Siakapkeli.my

Sumber: Amazing Nature

Nak Hidung Mancung, Tapi Terpaksa Tanggung Derita Silikon Tertonjol Keluar Dari Batang Hidung
siakapkeli.my

2 Jan - Impian seorang wanita untuk memiliki hidung yang mancung bertukar menjadi mimpi ngeri apabila silikon yang ditanam tertonjol keluar dari batang hidungnya.

Wanita yang berasal dari selatan Thailand itu berkongsi gambar pembedahan hidungnya yang tidak menjadi untuk memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menjalani rawatan seperti itu di klinik yang tidak mempunyai latar belakang yang baik.

Menurut wanita yang tidak mahu namanya didedahkan, dia menjalani pembedahan itu di sebuah klinik di Bandar Hat Yai, yang menawarkan pembedahan hidung (rhinoplasty) pada harga murah.

Wanita itu mengalami jangkitan yang menyebabkan keradangan di bahagian yang dibedah. Malah, implan tersebut telah tertonjol di bahagian atas batang hidungnya.

Menurut wanita itu, dia kembali semula ke klinik berkenaan untuk menuntut ganti rugi, malangnya pihak klinik tersebut menolak dan mengatakan mereka tidak bertanggungjawab atas mana-mana pembedahan yang gagal.

Sebuah klinik pembedahan plastik di Bangkok bersimpati dengan nasib wanita tersebut dan menawarkan bantuan untuk merawat dan mengeluarkan implan silikon tersebut secara percuma.

Akibat dari pembedahan yang gagal itu, wanita itu kini mempunyai lubang dan parut di wajahnya. Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada dia ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap klinik berkenaan. - Siakapkeli.my

Sumber: Mirror UK

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 8, 2018 7:22 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kenapa PAS menjadi mangsa fitnah?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

Tubuh PKR sebab Anwar dipenjara dan difitnah oleh Mahathir...alasan nak lawan Umno tapi yang jadi mangsa fitnah adalah PAS....

Tubuh pula PAN sebab tidak berjaya menjadikan PAS mengikut telunjuk DAP, alasan untuk lawan Umno tapi yang jadi mangsa fitnah adalah PAS...

Tubuh lagi PPBM kerana anak kesayangan dan kuncu2nya dipecat dari Umno, alasan nak lawan Umno tapi yang jadi mangsa fitnah, PAS juga....

Datang pula juak2 wahabi yang serangannya juga tetap pada jemaah Islam PAS....

Cuba kita lihat mereka yang memusuhi jemaah Islam PAS semakin lama semakin berpecah dan semakin banyak kumpulan tanpa mereka sedar...

Jadi jangan kita pelik seandainya jemaah Islam PAS mendapat kemenangan satu hari nanti dengan izin Allah... Istiqomah Hingga Kemenangan... Allahu Akbar....

Kredit kepada Adam Muzaffar

Tentera Semut

Kenali Gadis Palestine Berani ini...

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

AhedTamimi, 17, mungkin masih kurang dikenali di Malaysia, namun siapa sangka gadis berasal dari Palestin ini begitu popular di negaranya rentetan sikap berani menentang penaklukan Israel.

Sejak kanak-kanak lagi, Tamimi sudah mula menunjukan sikap beraninya apabila turut turun berdemonstrasi di lapangan bagi menuntut hak Palestin daripada cengkaman Israel.

Wajah gadis ini sebelum ini turut tular apabila pernah dilihat menengking tentera Israel walaupun ketika itu dia masih kanak-kanak.

Dua tahun lalu, video Tamimi yang menunjukkan dia menggigit tangan seorang tentera Israel turut menjadi tular.

Tindakan berani Tamimi itu membuatkan aktivis Palestin memuji tindakannya, sementara pihak Israel menuduh keluarga menggunakannya sebagai alat propaganda.

Terbaru gadis ini bertindak luar biasa apabila menyerang askar Israel, namun tindakannya itu menyebabkan beliau ditahan polis.

Penahan yang bermula Selasa lalu menyebabkan ribuan netizen Palestin mengkritik tindakan berkenaan menerusi media sosial.

"Mereka tidak memberi alasan kenapa anak saya ditahan polis," kata bapa Tamimi, Bassem lapor AFP.

Sementara itu ibu Tamimi juga turut ditahan, manakala polis Israel tidak memberi sebarang alasan penahanannya, mereka mengesahkan bahawa pasangan itu akan ditahan sehingga sekurang-kurangnya sehingga 25 Disember ini.

Bassem juga menuduh pasukan keselamatan Israel merampas telefon bimbit, komputer dan barangan elektronik lain dari rumah mereka.

Sementara itu, ahli politik Israel memuji tindakan tentera Israel berhubung penahanan itu,

Dalam pada itu, seorang anggota keluarga Tamimi dilaporkan ditembak di kepala dengan peluru getah ketika berlangsungnya protes bantah Israel pada hari Jumaat, lalu kata keluarga Tamimi.

Sumber

Syeikh Yusuf Qardhawi: Jauhilah Segala Sesuatu Yang Berhubungan Dengan Natal!

 

Kediaman di dunia hanyalah SEMENTARA...

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

" Huhuu..besaunya rumah... mana satu rumah kita???

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: haruanlubuk
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

UGUT BUNUH ORANG ISLAM DI SARAWAK?
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

UGUT BUNUH ORANG ISLAM DI SARAWAK

MUNGKIN sudah hilang rasa hormat dan kasih sayang terhadap sesama orang Sarawak maka sejak kebelakangan ini ramai warga netizen di kalangan rakyat Sarawak gemar "bermain api" di dalam media sosial. Mempersenda agama, kaum serta mengeluarkan komen berbaur ugutan seperti satu trend samada di dalam aplikasi muja buku, wechat, whassap dan twitter.

Dan semalam menyaksikan satu laporan polis telah dibuat ke atas seorang pemilik fb bernama James Willy yang mengeluarkan seruan untuk membunuh orang Islam di Sarawak. Laporan itu dibuat agar pihak PDRM boleh membuat siasatan serta mencari seorang yang kurang ajar dan biadap seperti James Willy ke muka pengadilan.

Tindakan berkomen mengikut perasaan dan menggunakan "kepala lutut" seperti ini langsung tidak mencerminkan budaya orang Sarawak yang terkenal dengan toleransi dan perpaduannya. Kelakuan provokasi melampau ini harus dihentikan atau ianya akan menjadi 'api di dalam sekam' kelak yang akhirnya boleh menerbitkan bibit-bibit perpecahan sesama orang Sarawak.

-RP-

Link rujukan;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1772248786127447&id=1098564713495861

MITI: Lapan kilang MNC tutup kedai

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Kerajaan mengesahkan lapan syarikat multinasional (MNC) telah menutup kilang mereka di Malaysia.
Lapan syarikat itu ialah Rubicon Technology Inc, Seagate Technology PLC, British American Tobacco (BAT), Samsung, Amphenol Corp, Fairchild Semiconductor International Inc, STR Holdings Inc dan SunEdison Semiconductor Ltd.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mendedahkan hal ini dalam jawapan bertulis parlimen kepada anggota parlimen Ranau Datuk Ewon Ebin yang meminta pengesahan terhadap laporan beberapa MNC telah menutup operasi mereka di Malaysia.

Kementerian itu berkata tiga syarikat yang disebut Ewon (gambar, bawah, kanan) iaitu Japan Tobacco International (JTI), Suzuki Motor Corporation dan Western Digital masih memiliki kilang yang beroperasi di negara ini tetapi syarikat tersebut telah distruktur semula.

Sayap perniagaan komponen kereta Suzuki telah menutup operasi peruncitannya di Malaysia tahun lalu. Buat masa ini, tiada pengedar rasmi kenderaan Suzuki di Malaysia.

Kementerian berkata penutupan lapan kilang itu melibatkan terlepas pelaburan FDI sebanyak RM5.4 bilion dan kehilangan pekerjaan kepada 6,412 orang.

Menurutnya, antara sebab penutupan operasi berpunca daripada pasaran yang lemah kerana teknologi (baru) yang menimbulkan gangguan, pengambilalihan oleh syarikat lain dan penstrukturan semula bagi memastikan persaingan antarabangsa.

Bagaimanapun, MITI berkata terdapat hikmah disebalik perkara ini kerana 2016 menyaksikan hampir 5,000 projek baru melibatkan pelaburan FDI sebanyak RM207.9 bilion.

Pelaburan itu, tambahnya, akan mewujudkan 153,060 peluang pekerjaan baru.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 8, 2018 7:23 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Cikgu, Saya Nak Jumpa Adik Saya, Semalam Dia Tunggu Van Dekat Tempat Salah", Kisah Abang Penyayang Datang Kelas Adiknya
siakapkeli.my

Keprihatinan seorang abang terhadap adiknya menyentuh hati orang ramai. Perkongsian daripada Noraniza Abd Rahim, mendapat perhatian ramai pihak terutama daripada ibu bapa. Orang ramai memberi respon luar biasa dengan memuji kedua ibu bapa anak-anak ini kerana telah memberikan contoh yang baik.

Kisah ini digarap seorang guru apabila seorang abang meminta izin guru kelas adiknya untuk menyampaikan sesuatu yang penting dan lagi tersentuh apabila abangnya dilihat sambil memesan abangnya membetulkan tudung sekolah adiknya dengan cermat.

M: cCikgu, saya nak jumpa adik.

C: Kenapa nak jumpa adik.

M: Nak bagi tau adik tmpat tunggu van.

C: Ok... Danisha Abang awak nak jumpa.

Saya pun curi dengar kata-kata lembut seorang abang kepada adiknya. Lunak suara abang buat saya rasa tersentuh.

C: Apa berlaku?

M: Semalam adik saya tunggu van kat tempat salah. Saya takut hari ni pun dia masih tunggu kat tempat yang salah.

C: Ooo ok, jom kita tunjuk dia tempat tunggu van yang betul

Kami sama2 pegi. Saya sangat tersentuh tengok sayang seorang abg kpd adiknya, prihatin, siap betul2kan tudung si adik. Sejuk hati saya tengok. Moga keduanya jadi anak yg soleh.
Siakapkeli.my

Sumber: Facebook Noraniza Abd Rahim

Saya Harap Sangat Jasad Alif Dapat Ditemui Walau Apa Pun Berlaku, Saya Redha - Bapa
siakapkeli.my

KOTA BHARU- "Saya harap biarlah jasadnya ditemui walau apa pun yang berlaku, kami redha", luahan bapa kepada mangsa hilang di sungai, Mohd Alif Aiman Adli, 12, yang dipercayai dihanyutkan arus deras selepas bermain di kawasan sungai bersama empat rakannya di Kampung Pak Limah, Salor di sini Rabu lalu.

Bapa mangsa, Mohd Adli Mohd Nor, 34, berkata, dia mengharapkan sempena hari Jumaat (semalam) , mudah-mudahan anaknya dapat ditemui dan dia menerima apa jua keadaan anaknya dengan tabah.

"Saya turun ke sungai kira-kira jam 10.15 pagi tadi bersama isteri dan anggota bomba menaiki bot bagi meninjau kawasan Alif Aiman kali terakhir dilihat bermain berhampiran sungai itu.

"Biarlah sekurang-kurangnya kami dapat lihat anak saya di depan mata, dan dapat melihatnya buat kali terakhir," ujarnya yang dipetik dari laporan Sinar Harian.

Pada masa yang sama, menurut ibu mangsa, Siti Nurul Ain Razali, 35, Mohd Alif sebelum ini menunjukkan perubahan sikap menjadi lebih pendiam dan ianya turut disedari gurunya di sekolah.

"Mulanya saya tidak sangka perubahan sikapnya itu merupakan petanda dia akan pergi buat selamanya dan lebih meruntun hati saya ketika musim cuti persekolahan lalu, dia ke rumah makciknya di Gambang, Pahang dan ketika di sana dia makan dengan kuantiti yang banyak.

"Selalunya dia tidaklah maka terlalu banyak dan makan berpada-pada. Namun perubahan sikap itu saya tidak sedari sehinggalah selepas kejadian ini barulah saya teringat semula perubahan sikapnya itu,"ujarnya.

Siti Nurul Ain berkata, anak sulungnya itu seorang yang mendengar kata dan dia juga tidak pernah tinggal solat namun hayatnya tidak panjang.

Sumber- Sinar Harian

Kanak-Kanak 9 Tahun Ditemui Mati Dalam Bilik Akibat Dipatuk Ular Tedung Ketika Tidur
siakapkeli.my

Seorang kanak-kanak malang berusia 9 tahun ditemui mati di dalam biliknya pada pagi Rabu dipercayai akibat dipatuk ular yang ditemui bawah selimutnya dalam kejadian yang berlaku di Thailand.

Prapawee Prawat ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh neneknya, Lung Chu, 70, di rumah mereka di Chaiya Buri, menurut kenyataan polis.

Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian memeriksa keadaan Prawet dan menemui bekas patukan pada jarinya.

Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa membawa kepada penemuan seekor ular tedung sepanjang kira-kira 2 meter di bawah selimutnya.

Ular tersebut kemudiannya dibunuh oleh penduduk kampung dan jasad Prawat di bawa ke hospital Chaiya Buri untuk dibedah siasat.

Menurut pihak polis lagi, pemeriksaan awal mereka terhadap jasad Prawat menjangkakan bahawa kanak-kanak tersebut sekurang-kurangnya sudah meninggal dunia untuk tempoh 8 jam sebelum disedari.

''Dia tidur ketika itu dan saya mahu mengejutkannya untuk ke sekolah.

''Prawat tinggal bersama saya dan moyangnya kerana orang tuanya sudah bercerai.

''Kami tidak tahu bagaimana ia berlaku. Rumah kami tidak pernah dimasuki ular sebelum ini.

''Saya sangat sedih. Saya harap saya dapat gantikan tempatnya, dia masih kanak-kanak,'' kata neneknya yang kesedihan.

Sumber : Daily Mail

Pelajar Malaysia Dengan Kostum Spiderman Meninggal Dunia Jatuh Dari Tingkat Lima Asrama
siakapkeli.my

Seorang pelajar Malaysia di temui mati pada malam Rabu lepas dengan berpakaian kostum Spiderman di luar asrama lelaki di Universiti Da-Yeh, Taiwan.

Dia dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan ketika ingin mengambil gambarnya. Mayat mangsa ditemui oleh salah seorang pelajar yang melalui kawasan tersebut terkejut dengan susuk sekujur tubuh yang sudah tidak sedarkan diri dilantai simen luar bangunan.

Menurut rakan sekelasnya yang telah disoal siasat, mangsa keluar ke balkoni asrama untuk mengambil gambar bersama kostum Spiderman yang dipakainya. Dia memang telah dikenali sebagai seorang 'cosplayer' dalam kalangan pensyarah dan rakan sekelasnya kerana telah menjadi hobinya berpakaian persis karakter filem, buku atau video game yang digemari untuk ke kelas.

Mangsa disahkan mati sejurus pihak polis tiba di tempat kejadian. Mereka juga menemukan telefon bimbitnya dibalkoni dan menurut Chan Ting-Yu, Ketua Unit Penyiasatan Jabatan Polis Daerah Changhua, polis tidak dapat menentukan secara pasti punca kematian kerana tiada saksi.

Pihak Universiti juga telah menghubungi keluarga mangsa dan mengaturkan perjalanana mereka untuk ke Taiwan.

Siakapkeli.my

Sumber: The Star

Wanita Maut Dibaham Harimau Ketika Sedang Melakukan Kajian Lapangan
siakapkeli.my

PEKANBARU: Seorang wanita meninggal dunia akibat dibaham oleh seekor harimau ketika sedang mengumpul data tentang serangga di sebuah ladang kelapa sawit dekat Desa Tanjung Simpang, Riau, Indonesia.

Mangsa yang dikenali sebagai Jumiati, 30 , ditemui mati dengan kesan kecederaan mengerikan pada leher dan kakinya akibat digigit oleh haiwan ganas tersebut.

Ketika kejadian, Jumiati yang juga merupakan pekerja di ladang sawit berkenaan sedang menjalankan kajian lapangan bersama dua lagi rakan sekerjanya sebelum harimau tersebut muncul dan mengejar mereka bertiga.

Menurut laporan yang dipetik dari RiauAktual, dua rakannya terselamat dari dibaham selepas mereka berjaya memanjat pokok kelapa sawit.

Bagaimanapun, haiwan tersebut sempat menangkap kaki Jumiati dan menariknya turun.

"Jumiatik bergelut dengan harimau kira-kira 15 minit. Dia mengalami kecederaan serius di leher dan terbunuh," kata ketua polis tempatan, Iptu Rafi.

Terdapat beberapa kes serangan harimau sejak beberapa tahun kebelakangan ini di Indonesia.

Kegiatan penebangan hutan untuk perladangan dikatakan menjadi antara faktor kawasan habitat mamalia terancam itu semakin menyusut.

Sumber- RiauAktual

Pelajar Sekolah Maut Dilanggar Van Langgar Lampu Isyarat, Telefon Bimbitnya Pula Dicuri Lelaki Pura-Pura Untuk Membantu
siakapkeli.my

Seorang remaja lelaki lengkap dengan pakaian sekolah menemui ajal apabila terlibat dalam kemalangan di hadapan sebuah pusat membeli belah di Jalan Tun Abdul Razak di Johor Bahru.

Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Harry Cyclone, yang memuat naik kejadian tersebut di laman Facebook miliknya mendakwa sebuah van telah melanggar remaja tersebut, yang dipercayai pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki berusia 16 tahun sekitar jam 2 petang sebentar tadi.

Dakwanya lagi, pemandu van tersebut didapati melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh mangsa yang menunggang motosikal.

Ujarnya, seorang lelaki kemudian tiba-tiba muncul dan berpura-pura mahu membantu dengan memeriksa telefon bimbit milik mangsa sebelum mencuri telefon bimbit tersebut.

''Kepalanya berdarah dengan banyak dan orang ramai berusaha membantunya. Kemudian datang seorang lelaki, secara tiba-tiba memeriksa telefon bimbit remaja tersebut untuk menghubungi orang tuanya, tetapi sebaliknya dia mengambil telefon bimbit tersebut dan melarikan diri,'' kata Harry Cylone dalam perkongsiannya di Facebook.

Perkongsian tersebut dimuat naik di laman JB Tracer: Johor Baru Traffic, Crime and Community Service Report.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan.

Sumber : The Star, Harry Cyclone

Kerbau melambung, terperosok dalam Porsche Cayenne
hmetro.com.my

Share
Tweet
Share
Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my

Pemandu dan dua penumpang Porsche Cayenne cedera selepas kenderaan dinaiki merempuh kerbau sehingga haiwan itu melambung dan terperosok ke dalam kenderaan itu, di Kilometer 12 Jalan Changkat Jong, Teluk Intan malam semalam.

Dalam kejadian 9 malam, kenderaan terbabit dalam perjalanan dari Teluk Intan menghala ke Langkap dan sebaik tiba di tempat kejadian, tidak sempat mengelak seekor kerbau yang sedang melintas jalan.

Akibat pelanggaran itu, kerbau berkenaan melambung ke atas 'sunroof' di bumbung kenderaan itu sehingga cerminnya pecah dan haiwan itu terperosok ke dalam kenderaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak Superintendan Yahaya Hassan berkata, kemalangan itu mengakibatkan bahagian depan kenderaan itu remuk manakala 'sunroof' pecah.

"Akibat kemalangan itu, kerbau mati di tempat kejadian. Dua orang yang menaiki kenderaan itu berusia 30-an dan seorang lagi sembilan tahun.

" Mereka dirawat di Pusat Rawatan Anson Bay, " katanya ketika dihubungi hari ini.

Yahaya berkata, ketika kejadian keadaan cuaca adalah baik dan jalan lurus tetapi gelap kerana tiada lampu jalan.

Katanya, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Disember 2017 @ 1:36 PM

Kerbau tercampak masuk dalam Porsche Cayenne

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Pelik tapi benar. Seekor kerbau tercampak masuk ke dalam sebuah kereta mewah melalui bumbung suria kenderaan itu dalam kemalangan di Km12, Jalan Changkat Jong di Teluk Intan malam tadi.
Kerbau tersebut tercampak masuk selepas dilanggar kereta jenis Porsche Cayenne yang dinaiki tiga sekeluarga dalam kejadian kira-kira jam 9 malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak Supt Yahaya Hassan berkata dalam kemalangan itu keluarga terbabit hanya mengalami cedera ringan manakala kereta mereka remuk di bahagian hadapan dan bumbung suria pecah.

Katanya semasa kejadian kenderaan yang dipandu Teoh Sook Hua, 30-an bersama suaminya Pang Fei Jiang, 30-an dan anak mereka Jannice Phang Jing Xuen, 9, sedang dalam perjalanan dari Bandar Teluk Intan menghala ke Langkap.

"Semasa tiba di tempat kejadian pemandu telah melanggar seekor kerbau yang sedang melintas jalan sehingga menyebabkan haiwan berkenaan melambung ke bumbung dan mati di tempat kejadian.

"Semua mangsa yang cedera ringan dibawa mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Anson Bay. Siasatan masih diteruskan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yahaya dalam pada itu meminta penternak haiwan peliharaan agar menjaga ternakan masing-masing dan tidak membiarkan haiwan mereka bebas bergerak sehingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Tiga beranak maut

Sementara itu di Kuantan, tiga beradik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam parit di Jalan Kuantan-Pekan, berhampiran Kampung Batu Putih hari ini.

Mereka yang terkorban dalam kemalangan pada kira-kira 5.45 pagi itu ialah Wan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman, 28, Wan Nor Athirah, 27, dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi,14, yang dalam perjalanan dari Melaka untuk pulang ke rumah di Kampung Padang Lalang Binjai, Kemaman, Terengganu.

Ibu saudara mereka, Salma Ibrahim, 58, dan anaknya Nurul Aliyani Zawawi, 25, turut cedera dalam kemalangan itu dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.

Seorang saudara mangsa yang enggan dikenali semasa ditemui di Jabatan Forensik HTAA berkata mangsa ke Melaka untuk melawat saudara-mara selepas menghantar ibu bapa dan seorang lagi adik perempuan mereka menunaikan umrah pada hari Khamis lalu.

"Saya tahu mengenai kejadian ini kira-kira jam 7 pagi selepas dihubungi Nurul Aliyani yang dapat keluar daripada kenderaan selepas beberapa jam kenderaan itu berada di dalam parit.

"Dia beritahu tiga beradik itu sudah meninggal dunia. Luluh hati saya mendengar berita itu... saya tidak tahu bagaimana hendak beritahu kepada ibu bapa mereka yang berada di Makkah," katanya.

- Bernama

Beruang matahari maut dirempuh motosikal di LPT2

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


DUNGUN - Seekor beruang matahari jantan dewasa yang dianggarkan seberat 100 kilogram maut dirempuh sebuah motosikal selepas haiwan terbabit dikatakan tiba-tiba memasuki Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Kuala Dungun di sini semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 6.50 petang di Kilometer 347.5 LPT2 tersebut turut menyebabkan penunggang motosikal berkenaan yang dikenali sebagai Ahmad Hafizuddin Zulkifli, 29, mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob berkata, sewaktu kejadian, Ahmad Hafizuddin yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang.

Beliau berkata, sewaktu tiba di lokasi kejadian, seekor beruang yang dikatakan berasal dari Hutan Simpan Rasau berhampiran tiba-tiba menyeberang LPT2.

"Pada masa sama, mangsa sedang menunggang motosikal di laluan kiri lebuh raya tersebut.

"Mangsa gagal mengelak lalu merempuh beruang terbabit sebelum motosikalnya tercampak ke tepi jalan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Lelaki Dan Wanita Suspek Kes Langgar Dan Bunuh Di Stesen Minyak Di Johor Ditahan Reman Seminggu
siakapkeli.my

Reman seorang lelaki dan seorang wanita suspek kes bunuh tikam dan langgar di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, Ahad lalu selama seminggu bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

Reman tujuh hari tersebut bermula pada hari ini bagi membantu siasatan pembunuhan tragik tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Noor Aisyah Ahmad.

Manakala 4 lagi lelaki yang ditahan sebelum ini akan ditahan reman sehingga 27 Disember ini. Kesemua suspek lelaki yang berusia dalam linkungan 20-an ditahan di sekitar Johor Bahru, pagi tadi.

Dalam perkembangan lain, mendiang mangsa pembunuhan tersebut dibawa untuk disemadikan di Taman Peringatan Jelutong, Melaka, 9.50 pagi selepas tiga hari berada di Pusat Peringatan Nirvana di Jalan Skudai, Johor Bahru.

Terdahulu, negara digemparkan setelah tersebarnya sebuah rakaman pendek yang menunjukkan seorang lelaki di tarik masuk ke dalam kereta. Lelaki tersebut kemudian dipercayai telah ditikam sebelum sebuah kereta BMW berwarna putih yang dinaiki suspek bertindak melanggar mangsa beberapa kali. Suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua hari lepas, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kejadian tersebut berpunca darpada perselisihan faham dan perebutan dua kumpulan kongsi gelap.

Sumber : myMetro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Jan 8, 2018 7:24 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mula-Mula Beliau Sibuk Mencari Nama Anaknya Di Meja Pendaftaran, Tapi Secara Tiba-Tiba Dia Rebah Ke Lantai
siakapkeli.my/

2 Jan - Kematian adalah perkara yang pasti dalam setiap kehidupan di muka bumi ini. Tidak kira manusia, haiwan atau tumbuhan semuanya akan merasai mati.

Adakah kita sebagai hambaNya sudah bersedia untuk menghadapi hari kamatian dan berhijrah ke alam yang lain? Kita harus sedar bahawa kematian boleh tiba bila-bila masa sahaja tanpa kita sedari.

Seorang pengguna Facebook menceritakan pengalaman beliau bagaimana beliau melihat kematian yang berlaku secara mengejut di depan mata beliau sendiri.

Beliau yang dikenali sebagai Abu Darwish Yusuff menceritakan kejadian yang berlaku ketika beliau menghantar menghadiri orientasi kanak-kanak Tadika Abim bagi umur 4,5 dan 6 tahun di masjid berhampiran.

Menurut beliau, seorang lelaki yang pada mulanya sedang mencari nama anak-anaknya di meja pendaftaran, tiba-tiba lelaki tersebut rebah ke lantai. namun sempat disambut oleh orang-orang sekeliling.

Gambar Hiasan

Abu Darwish mengambil bantal dan cadar di bilik siak untuk dijadikan alas lelaki tersebut dan baringkannya.

Selepas lima minit lelaki itu rebah, dia mula menggigil dengan mata yang terpejamdan tiba-tiba terus diam dan kaku. Selang beberapa minit selepas itu, wajahnya pucat, kaki dan tangannya mulai sejuk.

Setelah 15 minit, datang seorang doktor dan memaklumkan bahawa lelaki tersebut telah meninggal dunia. Lelaki tersebut dipercayai meninggalkan seorang balu dan dua pasang anak kembar yang berumur 5 tahun dan sepasang lagi baru sahaja dilahirkan beberapa bulan.

Berikut adalah kisah penuh dari Abu Darwish Yusuff untuk dijadikan pedoman buat kita yang masih hidup.

Bismillah.

Bersediakah kita!
----------------------
Saya kisahkan peristiwa yang saya tidak akan lupakan selama lamanya,Semoga menjadi Ibrah kisah tersebut.
Inilah Peristiwa yang pertama kali berlaku di dalam hidupku.

Pagi ini 31.12.2017.(9.30Am) saya membawa anak untuk menghadiri orientasi kanak kanak Tadika Abim 4,5,6 Tahun, Di masjid di tempat saya.

Apa yang berlaku seorang lelaki dewasa duduk di kerusi sambil mencari nama anak-anak beliau dia diatas meja pendaftaran, secara tiba tiba lelaki tersebut rebah.

Sempat lah kami menyambut sebelum dia terjatuh dan memapah beliau pada masanya yang sama lelaki tersebut di dlm keadaan kejang sekitar 5 min.

Lalu saya mengambil bantal dan cadar di bilik siak untuk di jadikan alas lelaki tersebut.

Kemudiaan Kami baringkan lelaki tersebut di atas tersebut.
Sekitar 5 min dia tengah mengigil gigil,mata terpejam. Tiba-tiba dia terus terdiam,aku sangka kan dia pengsan.

Dan beberapa orang sahabat cuba memanggil lelaki tersebut dan kejutkan lelaki tersebut namun tiada respon dari beliau.

Selang beberapa minit saya melihat wajahnya pucat,kaki tangan mula sejuk.

Selang 15 minit datang seorang doctor dam memaklumkan beliau telah meninggal dunia.
Inalillahwainalilahirojiun.

Ya Allah kerdilnya kami.
Ya Allah hinanya kami.

Benarlah Sabda Nabi saw..
أن من أمارات الساعة أن يظهر موت الفجأة
رواه الطبراني في الصغير والأوسط وحسنه الألبلني في صحيح الجامع (5775)

Dari Anas, bahawa Nabi saw bersabda," Di antara tanda-tanda dekatnya Kiamat ialah munculnya fenomena mati mengejut". HR Tabrani, disahihkan oleh al-Albani, sahihul Jaami', no 5775

Beliau Meninggalkan anak 5 Anak.Info Dari jiran Arwah.

1.Dua Anak kembar 5 tahun
2.Dua kembar masih bayi lagi,dan ibunya masih lagi berpantang.

Sedih,hiba melihat anak anak yang datang dengan ayah. Balik kerumah tanpa Ayah.

Semoga Allah Mempermudahkan urusan mereka.

Abu Darwish Yusuff sedang bersama Zahril Zubil.
· 31hb Disember 2017 jam 2.56 pagi · Klang, Selangor ·
Bismillah..

Bersediakah kita!!!
----------------------
Saya kisahkan peristiwa yang saya tidak akan lupakan selama lamanya,Semoga menjadi Ibrah kisah tersebut.
Inilah Peristiwa yang pertama kali berlaku di dalam hidupku.

Pagi ini 31.12.2017.(9.30Am) saya membawa anak untuk menghadiri orientasi kanak kanak Tadika Abim 4,5,6 Tahun, Di masjid di tempat saya.

Apa yang berlaku seorang lelaki dewasa duduk di kerusi sambil mencari nama anak2 beliau dia diatas meja pendaftaran,
Secara tiba tiba lelaki tersebut rebah.

Dan Sempat lah kami menyambut sebelum dia terjatuh dan memapah beliau pada masanya yang sama lelaki tersebut di dlm keadaan kejang sekitar 5 min.

Lalu saya mengambil bantal dan cadar di bilik siak utk di jadikan alas lelaki tersebut.

Kemudiaan Kami baringkan lelaki tersebut di atas tersebut.
Sekitar 5 min dia tengah mengigil gigil,mata terpejam..tiba2 dia terus terdiam,aku sangka kan dia pengsan..

Dan beberapa orang sahabat cuba memanggil lelaki tersebut dan kejutkan lelaki tersebut namun tiada respon dari beliau.

Selang beberapa minit saya melihat wajahnya pucat,kaki tangan mula sejuk.

Selang 15 minit datang seorang doctor dam memaklumkan beliau telah meninggal dunia.
Inalillahwainalilahirojiun...

Ya Allah kerdilnya kami..
Ya Allah hinanya kami..

Benarlah Sabda Nabi saw..
أن من أمارات الساعة أن يظهر موت الفجأة
رواه الطبراني في الصغير والأوسط وحسنه الألبلني في صحيح الجامع (5775)

Dari Anas, bahawa Nabi saw bersabda," Di antara tanda-tanda dekatnya Kiamat ialah munculnya fenomena mati mengejut". HR Tabrani, disahihkan oleh al-Albani, sahihul Jaami', no 5775

Beliau Meninggalkan anak 5 Anak.Info Dari jiran Arwah.

1.Dua Anak kembar 5 tahun
2.Dua kembar masih bayi lagi,dan ibunya masih lagi berpantang.

Sedih,hiba melihat anak anak yang datang dengan ayah...Balik kerumah tanpa Ayah.
😢

Semoga Allah Mempermudahkan urusan mereka.

Sumber: Abu Darwish Yusuff

Pagar Rumah Supaya Toyol Tak Boleh Masuk Curi Duit

bloglist-malaysia.blogspot

3 Waktu Disunnahkan Baca Ayat Kursi Sehari Semalam
Posted on Desember 3, 2017 by MadaniTV

Oleh: Abu Misykah

Al-Hamdulillah, segala puji milik Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam atas Rasulillah –Shallallahu 'Alaihi Wasallam-, keluarga dan para sahabatnya.

Ayat kursi adalah ayat ke 255 dari surat Al-Baqarah. Ayat teragung dalam Al-Qur'an. Siapa membacanya akan senantiasa mendapatkan perlindungan dari Allah dan dijauhkan dari gangguan syetan.

Bunyinya adalah,

اَللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar." (QS. Al-Baqarah: 255)

Syaikh al-Sa'di rahimahullah menjelaskan, "Ayat yang mulia ini merupakan ayat al-Quran yang paling agung, paling utama, dan paling mulia. Hal ini karena ayat ini mengandung penjelasan perkara-perkara yang agung dan sifat-sifat Allah yang mulia. Oleh karena itu banyak hadits yang memotivasi manusia untuk membaca ayat ini dan menjadikannya sebagai wirid yang dibaca saat pagi dan sore, ketika hendak tidur, dan dzikir setelah shalat fardhu"

Dari Ubay bin Ka'ab Radhiyallahu 'Anhu, berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bertanya kepadaku,

يَا أَبَا الْمُنْذِرِ أَتَدْرِي أَيُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ مَعَكَ أَعْظَمُ ؟
"Wahai Abu Mundzir, tahukah engkau ayat apa dari Kitabullah yang paling agung?"

Ia menjawab, "Aku berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih tahu."

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bertanya lagi, "Wahai Abu Mundzir, tahukah engkau ayat apa dari Kitabullah yang paling agung?"

Ubay menjawab,

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya). . ." (QS.. Al-Baqarah: 255)

Abu Mundzir berkata: lalu beliau menepuk dadaku seraya bersabda: "Demi Allah, semoga dadamu dipenuhi dengan ilmu, wahai Abu Mundzir." (HR. Muslim)

Ayat Kursi boleh dibaca kapan saja bagi orang yang merasakan ada gangguan syetan. Termasuk ayat istimewa untuk ruqyah. Namun ada beberapa tempat yang disunnahkan membacanya dengan rutin berdasarkan hadits Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam.

Pertama, ayat Kursi dibaca rutin setelah shalat lima waktu. Ini didasarkan kepada hadits Abu Umamah al-Bahili, dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam, beliau bersabda,

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلا أَنْ يَمُوت
"Siapa yang membaca Ayat Kursi setiap selesai shalat fardhu maka tidak ada yang menghalanginya masuk surga kecuali kematian." (HR. Al-Nasai dan lainnya, dishahihkan Al-Albani di Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 1595)

Ibnul Qayyim Rahimahullah, berkata di Zaad al-Ma'ad, bahwa gurunya Abul Abbas Ibnu Taimiyah –qaddasallahu ruhahu- menyatakan tidak pernah meninggalkannya setiap selesai shalat.

Kedua, disunnahkan membaca Ayat Kursi setiap malam ketika beranjak ke tempat tidur. Didasarkan kepada hadits tawanan Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, -haditsnya sangat panjang-, tawanan itu berkata,

دَعْنِى أُعَلِّمْكَ كَلِمَاتٍ يَنْفَعُكَ اللَّهُ بِهَا
"Lepaskan aku, aku ajari kamu beberapa kalimat yang Allah memberikan manfaat kepadamu dengan kalimat-kalimat itu."

Abu Hurairah bertanya, "Apa itu?" Ia menjawab,

إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِىِّ ( اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ ) حَتَّى تَخْتِمَ الآيَةَ فَإِنَّكَ لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنَ اللَّهِ حَافِظٌ وَلاَ يَقْرَبَنَّكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ
"Apabila engkau beranjak ke tempat tidurmua, bacalah ayat kursi, Allaahu Laa Ilaaha Illaa Huwal Hayyul Qayyum, sampai selesai. Karena sesungguhnya kamu akan berada di bawah perlindungan Allah dan Syetan tidak bisa mendekatimu sampai besok pagi." (HR. Al-Bukkhari)

Kata Abu Hurairah, "Aku biarkan ia pergi."

Saat waktu pagi tiba, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda kepadanya tentang perbuatan tawanan tadi.

Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu melaporkan, "Ia mengaku mengajarkan kepadaku beberapa kalimat yang Allah akan berikan manfaat untukku dengan kalimat-kalimat itu. Lalu aku biarkan ia pergi."

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bertanya, "Kalimat apa itu?"

Abu Hurairah menjawab, "Apabila engkau beranjak ke tempat tidurmu maka bacalah Ayat Kursi dari awal sampai akhir. Dan ia berkata kepadaku bahwa engkau senantiasa di jaga Allah dan syetan tak mampu mendekatimu sampai waktu pagi."

Kemudian Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda kepadanya,

أَمَا إِنَّهُ قَدْ صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ ، تَعْلَمُ مَنْ تُخَاطِبُ مُنْذُ ثَلاَثِ لَيَالٍ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ
"Adapun dia kala itu berkata benar, namun asalnya dia pendusta. Engkau tahu siapa yang bercakap denganmu sampai tiga malam itu, wahai Abu Hurairah?"

"Tidak", jawab Abu Hurairah.

Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Dia adalah syetan." (HR. Al-Bukhari, Al-Nasai, AL-Thbarani, dan selainnya. Dishahihkan Syaikh Al-Albani)

Ketiga, Disunnahkan membaca ayat Kursi di waktu pagi dan sore hari. Ini termasuk dzikir pagi dan sore hari. Cukup sekali saja membacanya.

Dalilnya adalah tentang kisah tawanan Ubay bin Ka'ab Radhiyallahu 'Anhu, saat Ubay menangkap seorang pencuri, maka ia bertanya kepadanya, "Kamu ini Jin atau manusia?"

Ia menjawab, "Aku ini Jin."

Ubay bertanya kepadanya, "Apa yang bisa melindungi kami dari kalian?"

Ia menjawab, "Engkau baca Ayat Kursi dari surat Al-Baqarah (ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُ)."

Ubay menjawab, "Ya."

Ia melanjutkan,

إِذَا قَرَأْتَهَا غُدْوَةً أُجِرْتَ مِنَّا حَتَّى تُمْسِيَ ، وَإِذَا قَرَأْتَهَا حِينَ تُمْسِي أُجِرْتَ مِنَّا حَتَّى تُصْبِحَ
"Apabila engkau membacanya di waktu pagi, engkau terlindungi dari kami sampai waktu sore. Apabila engkau membacanya di wakut sore, engkau terlindungi dari kami sehingga tiba waktu pagi."

Ubay berkata, "Aku segera pergi kepada Rasulillah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu aku kabarkan kejadian itu kepadanya."

Beliau bersabda,

صَدَقَ الْخَبِيثُ
"Si buruk telah berkata jujur." (HR. al-Nasai, Al-Thabrani, dan selainnya)

Penutup

Inilah 3 waktu istimewa membaca Ayat Kursi selama sehari semalam. Yaitu, setiap selesai shalat fardhu, saat beranjak ke tempat tidur, dan di pagi dan sore hari. Ayat Kursi menjadi pelindung seseorang dari gangguan syetan. Wallahu A'lam. [AM/madanitv.net]

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: