Sunday, January 21, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4884

15 Messages

Digest #4884
2
Fw: Undi PAS, Himpunan Fastaqim, PCM by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
3
5
Fw: PAS ganti UMNO-BN by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
6
7
10
Fw: "Tak Berbaloi Gadai Nyawa Anak," by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
12a
14

Messages

Sun Jan 21, 2018 6:13 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PRU Dah Dekat.. AWASI 10 HAL YANG MEMBATALKAN KEISLAMAN

bloglist-malaysia.blogspot

ustazcyber

Dicatat oleh ustazcyber.com

Oleh : ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZ

Pertama:

Diantara sepuluh hal yang membatalkan keislaman tersebut adalah mempersekutukan Allah SWT ( syirik ) dalam beribadah. Allah SWT berfirman: إن الله لا يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء : سورة النساء، الآية : 116

Ertinya : " Sesungguhnya Allah ًٍSWT tidak mengampuni dosa syirik(menyekutukan ) kepadaNya, tetapi mengampuni dosa selain itu, kepada orang – orang yang dikehendakinya ".( Annisa' ayat : 116)

Allah SWT berfirman: إنه من يشرك بالله فقد حرم الله عليه الجنة ومأواه النار وما للظالمين من أنصار: سورة المائدة : 72.

Ertinya: " sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, niscaya Allah akan mengharamkan syurga baginya, dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka, dan tiada seorang penolong pun bagi orang – orang zhalim" .( Al- Maidah : 72).

Dan di antara perbuatan kemusyrikan tersebut adalah ; meminta doa dan pertolongan kepada orang- orang yang telah mati, bernazar dan menyembelih korban untuk mereka.

Kedua:

Menjadikan sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan Allah SWT, meminta doa dan syafaat serta bertawakkal ( berserah diri ) kepada perantara tersebut. Orang yang melakukan hal itu, menurut ijma' ulama ( kesepakatan) para ulama, adalah kafir.

Ketiga :

Tidak menganggap kafir orang- orang musyrik, atau ragu atas kekafiran mereka, atau membenarkan konsep mereka. Orang yang demikian ini adalah kafir.

Keempat:

Berkeyakinan bahawa tuntunan selain tuntunan Nabi Muhammad SAW lebih sempurna, atau berkeyakinan bahawa hukum selain dari beliau lebih baik, seperti ; mereka yang mengutamakan aturan - aturan thaghut (aturan – aturan manusia yang melampaui batas serta menyimpang dari hukum Allah ), dan mengesampingkan hukum Rasulullah SAW , maka orang yang berkeyakinan demikian adalah kafir.

Kelima :

Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW , meskipun ia sendiri mengamalkannya. Orang yang sedemikian ini adalah kafir. Kerana Allah SWT telah berfirman : ذلك بأنهم كرهوا ما أنزل الله فأحبط أعمالهم : سورة محمد, الآية : 9.

Ertinya :Demikian itu adalah dikeranakan mereka benci terhadap apa yang di turunkan oleh Allah SWT, maka Allah Y menghapuskan (pahala ) segala amal perbuatan mereka". ( Muhammad : 9).

Keenam:

Memperolok–olok sesuatu dari ajaran Rasulullah SAW, atau memperolok – olok pahala maupun siksaan yang telah menjadi ketetapan agama Allah SWT, maka orang yang demikian menjadi kafir, karena Allah SWT telah berfirman : قل أبالله وآياته ورسوله كنتم تستهزئون لا تعتذروا قد كفرتم بعد إيمانكم : سورة التوبة، الآية : 65-66.

Ertinya : " katakanlah ( wahai Muhammad ) terhadap Allah kah dan ayat – ayat Nya serta RasulNya kalian memperolok – olok ? tiada erti kalian meminta maaf, kerana kamutelah kafir setelah beriman " . (At- Taubah : 65- 66).

Ketujuh :

Sihir di antaranya adalah ilmu guna-guna yang merobah kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi kebencian, atau yang menjadikan seseorang mencintai orang lain, atau sesuatu yang di bencinya dengan cara syaitani.dan orang yang melakukan hal itu adalah kafir, kerana Allah SWT telah berfirman : وما يعلمان من أحد حتى يقولا إنما نحن فتنة فلا تكفر : سورة البقرة، الآية : 102.

Ertinya :" Sedang kedua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada seorangpun, sebelum mengatakan: sesungguhnya kami hanya cobaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir ".( Al-Baqarah : 102.

Kelapan:

Membantu dan menolong orang – orang musyrik untuk memusuhi kaum muslimin. Allah SWT berfirman: ومن يتولّهم منكم فإنه منهم إن الله لا يهدي القوم الظالمين : سورة المائة، الآية : 51.

Ertinya : " Dan barang siapa diantara kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani ) menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang tersebut termasuk golongan mereka. sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang – orang yang zalim" .( Al- Maidah: 51).

Kesembilan:

Berkeyakinan bahawa sebagian manusia diperbolehkan tidak mengikuti syari'at Nabi Muhammad SAW , maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. Allah SWT berfirman : ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الآخرة من الخاسرين : سورة آل عمران: 85.

Ertinya:" Barang siapa menghendaki suatu agama selain Islam, maka tidak akan diterima agama itu dari padanya, dan ia di akhirat tergolong orang- orang yang merugi".( Ali- Imran: 85).

Kesepuluh :

Berpaling dari ِِAgama Allah SWT; dengan tanpa mempelajari dan tanpa melaksanakan ajarannya. Allah SWT berfirman : ( ومن أظلم ممن ذكر بآيات ربه ثم أعرض عنها إنَّا من المجرمين منتقمون : سورة السجدة : 22.

Ertinya : " Tiada yang lebih zalim dari pada orang yang telah mendapatkan peringatan melalui ayat – ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling dari padanya. Sesungguhnya kami minimpakan pembalasan kepada orang yang berdosa ". ( As- Sajadah : 22).

Dalam hal- hal yang membatalkan keislaman ini , tak ada perbezaan hukum antara yang main-main, yang sungguh- sunnguh ( yang sengaja melanggar ) ataupun yang takut, kecuali orang yang di paksa. Semua itu merupakan hal- hal yang paling berbahaya dan paling sering terjadi. Maka setiap muslim hendaknya menghindari dan takut darinya. Kita berlindung kepada Allah SWT dari hal- hal yang mendatangkan kemurkaan Nya dan kepedihan siksaanNya. Semoga shalawat dan salam dilimpahkan kepada makhluk Nya yang terbaik, para keluarga dan para sahabat beliau. Dengan ini maka habis dan selesai kata-katanya. Rahimahullah.

Termasuk dalam nombor empat :

Orang yang berkeyakinan bahawa aturan- aturan dan perundang – undangan yang diciptakan manusia lebih utama dari pada syariat Islam, atau bahawa syariat Islam tidak tepat untuk diterapkan pada abad ke dua puluhan ini, atau berkeyakinan bahawa Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan antara manusia dengan Tuhannya saja, dan tidak mengatur urusan kehidupan yang lain. Juga orang yang berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah SWT dan memotong tangan pencuri, atau merajam pelaku zina ( muhsan) yang telah kawin tidak sesuai lagi di masa kini.

Juga orang yang berkeyakinan diperbolehkannya penerapan hukum selain hukum Allah SWT dalam segi mu'amalat syar'iyyah, seperti perdagangan, sewa menyewa, pinjam meminjam, dan lain sebagainya, atau dalam menentukan hukum jenayah, atau lain-lainnya, sekalipun tidak disertai dangan keyakinan bahawa hukum- hukum tersebut lebih utama dari pada syariat Islam. Kerana dengan demikian ia telah menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah SWT , menurut kesepakatan para ulama'.sedangkan setiap orang yang telah menghalalkan apa yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah SWT dalam agama, seperti zina, minum arak, riba dan penggunaan perundang- undangan selain Syariat Allah SWT, maka ia adalah kafir, merurut kesepakatan para umat Islam.

Kami mohon kepada Allah SWT agar memberi taufiq kepada kita semua untuk setiap hal yang di redhai Nya, dan memberi petunjuk kepada kita dan kepada seluruh umat Islam jalannya yang lurus. Sesungguhnya Allah SWT adalah Maha Mendengar dan maha Dekat. Shalawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Nabi kita Muhammad SAW, kepada para keluarga dan para shahabat beliau.

islamway

 
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 21, 2018 6:14 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Cikgu-cikgu Perlu Undi PAS untuk hilangkan kerja Menteri Bodoh

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Kawan - kawan di sektor kerajaan sekarang jangan ragu-ragu. Inikalilah UBAH Kita sokong GAGASAN SEJAHTERA.

Kredit
Sdr Azam Mektar

Himpunan Fastaqim: PAS akur keputusan MDKS

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SHAH ALAM: PAS akur dengan keputusan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) yang tidak membenarkan Himpunan Fastaqim 2.4 anjuran parti itu diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Ahad ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, pihaknya sudah mengenalpasti lokasi alternatif untuk program berkenaan.

Beliau menambah, program yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini akan tetap diteruskan meskipun penganjur terpaksa menukar lokasi pada saat-saat akhir susulan keputusan MDKS.

"Kita akur dengan keputusan Majlis Daerah Kuala Selangor. Kita pindahkan ke lokasi lain," katanya ringkas kepada Antarapos.

Beliau berkata, kemungkinan lokasi program akan dipindahkan ke Shah Alam.

Bagaimanapun butiran lanjut mengenai lokasi itu hanya akan dimaklumkan esok (Jumaat).

"Sebab ada dua, tiga tempat (sedang dikenalpasti)...kerana ia libatkan mobilisasi ramai, jadi kesesuaiannya dan sebagainya kita kena kaji," katanya.

Antarapos terdahulu melaporkan MDKS memutuskan untuk tidak membenarkan acara anjuran PAS itu diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Ahad ini, susulan stadium berkenaan sedang dalam proses baik pulih (renovation).

Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MDKS, Mohamad Yusli Askandar turut menegaskan, keputusan itu tiada kena mengena dengan desas desus kononnya pihak berkuasa tempatan itu menerima 'arahan' daripada pihak tertentu untuk menyekat program PAS.

PCM, parti rakan PAS cadang tanding 5 kerusi

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Parti Cinta Malaysia (PCM) - salah satu komponen dalam Gagasan Sejahtera yang diterajui PAS - menyatakan hasrat untuk bertanding sekurang-kurangnya di lima kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Naib Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata, pihaknya akan membuat permohonan berhubung perkara itu kepada PAS dan sebuah lagi rakan parti komponen, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

"Kalau bincang kedua-dua (PAS dan IKATAN) setuju kita tanding sahajalah. Tak pasti lagi berapa tapi kalau tanding lebih lima kerusi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Bekas naib presiden Gerakan itu menjangkakan partinya akan bertanding di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

"Kita melihat kepada kawasan yang ada peluang untuk menang dan ada akar umbi, jika tiada akar umbi kita tidak bertanding," katanya lagi.

Selain PCM dan IKATAN, Gagasan Sejahtera yang diwujudkan PAS turut dikatakan mempunyai kekuatan 200 NGO.

PAS sebelum ini konsisten berkata mereka akan menyertai PRU ke-14 melalui gabungan itu, dan akan bertanding tidak kurang daripada 130 kerusi.

Pada masa sama, seperti yang dinyatakan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, parti gabungan, NGO dan tokoh masyarakat yang bersama gabungan itu akan diberi ruang bertanding dan akan dibantu jentera PAS sendiri.

Bagi IKATAN pula, presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir belum dapat mengesahkan jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti itu.

Kadir bagaimanapun mengakui beliau sendiri tidak akan bertanding, manakala menyerahkan kepada pimpinan lain jika ada yang berminat untuk berbuat demikian.

"Mungkin ada (dalam IKATAN yang akan bertanding), tapi setahu saya mereka tak tunjuk minat setakat ini. Kami tak minta (kerusi), tak pernah bincang mengenai kerusi dengan PAS setakat ini," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini IKATAN memperjuangkan isu rakyat melalui penghantaran memorandum kepada pihak berwajib.

"Buat masa ini kami tak fikir pasal PRU. Saya sendiri sebagai presiden tak bertanding," katanya lagi.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 21, 2018 6:14 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Berita Menggemparkan Dari Lokap Polis
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Berita Menggemparkan Dari Lokap Polis. Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesahkan terdapat kekerasan yang dilakukan pegawai dan anggota polis sehingga menyebabkan kematian tahanannya, S Balamurugan.

Pengerusi EAIC, Datuk A Aziz A Rahim juga mengesyorkan Jabatan Peguam Negara menimbangkan pertuduhan jenayah ke atas pegawai dan anggota polis yang dikenal pasti.

Berita Menggemparkan Dari Lokap Polis. "Suruhanjaya mendapati kegagalan polis melepaskan si mati setelah permohonan reman ditolak majistret adalah salah laku serius kerana tidak mematuhi perintah mahkamah.

"Pihak polis juga gagal mematuhi arahan majistret supaya si mati dihantar ke hospital dengan kadar segera," katanya kepada wartawan hari ini.

Balamurugan ditangkap pada 6 Februari tahun lalu di Jalan Batu Belah, Klang dan mati pada 8 Februari di IPD Klang Utara dan sebab kematian dalam istilah perubatan adalah "coronary artery disease with multiple blunt force injuries".

EAIC menjalankan 3 sesi pendengaran awam yang dipengerusikan bekas pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam bersama 3 pesuruhjaya lain pada Mei, Jun dan Julai tahun lalu.

46 saksi dipanggil bagi memberikan keterangan manakala 108 ekshibit termasuk laporan bedah siasat, gambar dan dokumen berkaitan Balai Polis Bandar Baru Klang.

Kamera 'dummy'

Aziz berkata, suruhanjaya mendapati rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Balai Polis Bandar Baru Klang hanya bersifat "dummy" dan tidak dapat merakam sebarang rakaman.

Berita Menggemparkan Dari Lokap Polis
"Ia menghalang suruhanjaya mendapatkan bukti terbaik bagi melihat insiden yang terjadi sewaktu si mati ditahan di Balai Polis Bandar Baru Klang.

"Terdapat ketidakpatuhan undang-undang sedia ada oleh pihak polis semasa membuat tangkapan dan penahanan terhadap tahanan juvana dengan menggari dan menempatkannya dalam satu sel sama," katanya.

Aziz berkata, ruang khas orang kena tuduh (OKT) di Bahagian Siasatan Jenayah di IPD Klang Utara digunakan sebagai lokap yang tidak diwartakan.

Bahkan, anggota dan pegawai Balai Polis Bandar Baru Klang, IPD Klang Utara dan Lokap Berpusat Shah Alam gagal mematuhi Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN).

"Ia melanggar Kaedah-Kaedah Lokap 1953, Akta Penjara 1995 dan PTKPN Bahagian A 118 serta penahanan OKT di ruangan yang boleh dianggap penahanan secara salah oleh polis," katanya.

Tak patuh SOP

Sementara itu, EAIC turut mengesahkan kematian Soh Kai Chiok di lokap Balai Polis Triang, Pahang pada 18 Januari tahun lalu bukan disebabkan perlakuan polis.

Aziz menjelaskan kematian Soh yang sebelum itu ditumbuk dan dipukul kerana mencuri pisang pada 12 Januari tahun lalu berpunca daripada keradangan ruang abdomen akibat kebocoran ulser perut.

"Namun semasa siasatan dijalankan, suruhanjaya mendapati terdapat ketidakpatuhan standard operasi prosedur dan undang-undang sedia ada.
Berita Menggemparkan Dari Lokap Polis
"Polis gagal membawa si mati mendapatkan rawatan setelah si mati mengadu sakit perut pada 17 Januari. Bahkan, kecuaian ubat terhadap Soh sewaktu ditahan di lokap Balai Polis Triang lebih memburukkan keadaannya," katanya.

EAIC turut mendapati pemantauan CCTV di lokap dilakukan secara tidak berkala sehingga insiden kematian si mati tidak dapat dikesan lebih awal.

"Bahkan, pihak polis juga gagal menghantar si mati ke Penjara Bentong setelah si mati gagal membayar wang jaminan dan ia adalah salah laku serius kerana tidak mematuhi perintah amanah," katanya.

Aziz menyimpulkan kematian Balamurugan dan Soh boleh dikendalikan dengan lebih baik sekiranya pegawai dan anggota polis mematuhi SOP.

"Memang kematian ditentukan Tuhan, tetapi apa yang kita boleh lakukan, adakan situasi yang lebih baik di dalam lokap.

Berita Menggemparkan Dari Lokap Polis. "Menjadi tanggungjawab pihak atasan mengingatkan pegawai dan anggotanya mematuhi SOP, latih pegawai-pegawai polis supaya lebih memahami SOP, kerana ada perlanggaran SOP yang dibuat secara sengaja," katanya.- free malaysia today

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 21, 2018 6:15 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Kalau Tak Nak Jaga Cakap Je, Saya Boleh Humban Anak Ke Longkang Tu'' Pengasuh Berang Dengan Sikap Ibu Bapa Ini
siakapkeli.my

Tuntutan hidup dengan keadaan ekonomi kini yang menekan memerlukan suami dan isteri bekerja setidaknya 8 jam sehari. Bagi yang mempunyai anak-anak, pengasuh menjadi pilihan utama untuk menjaga anak mereka.

Dengan bermacam kejadian buruk yang berlaku di rumah pengasuh sejak akhir-akhir ini pasti menjadikan anda lebih berwaspada. Namun itu tidak bermakna semua pengsuh itu jahat dan mendera anak asuhan mereka. Mendapat pengasuh yang baik dan menjaga anak-anak kita seperti anak sendiri, menjadi satu bonus kepada ibu bapa. Kadang-kala pengasuh pula diambil kesempatan oleh ibu-bapa apabila bersikap terlalu baik.

Seperti kisah yang dikongsi oleh seorang pembaca ini melalui Page Info Ibu Hamil di facebook, beliau meluahkan dilema dalam berhadapan dengan ibu-bapa yang mengabaikan anak sendiri. Sudahlah dibayar dengan upah yang sedikit, ibu-bapa ini bersikap lepas tangan dengan meminta pengasuh menyediakan semua keperluan anak mereka.

Jom kita baca perkongsian di bawah ini. Moga menjadi pengajaran buat ibu-bapa di luar sana agar tidak menjadikan pengasuh sebagai ''hamba''.

Assalamualaikum semua. Saya pengasuh bayi perempuan berusia 9 bulan yg parentsnya masing2 officer dibank. Saya tiada masalah dengann baby tu tapi saya pelik dengan parents yang macam tak sayangkan ank. Di sini saya senaraikan apa yang saya pelik :

Sejak sy jaga baby tu 6 bulan lepas, susu skit pun parents tak bekalkan. Hanya suruh sy bg air kosong saja. Sy ada anak 1years 7months tapi dia fully bf, so selama 3 bulan suami belikn baby tu susu murah je. Lepas baby tu dah 6 bulan, suami suruh sy berhenti beli susu bby sbb kami pn makan pagi kais pagi, makan petang kais petang tp sy tetap bersyukur kerana kami ckup makan pakai (untuk makluman parents baby hanya bayar rm200 shj sebulan).

Setiap kali hari isnin datang rumah sy mesti baby penuh daki di leher (sy pelik parents tak mandikan baby ke?) Setiap hari hantar pagi pada sy pampers penuh, baju petang semalam yg saya salinkan lepas mandi, anak mcm haus sgt.. Apa dekat rumah parents ni abaikan baby ke?

Pampers n susu baby setiap kali ditanya mereka akn jawab "anak awk kn ada, kongsi lah " . Untuk pengetahuan ank sy ada eczema, pampers yang kulit dia boleh terima hanya huggies pack hijau tu yg harga 40++ sepeket.. tak kan sy nk kena tanggung pampers ank dia skali kan? Sy bukan kedekut tp kami pn kesempitan jugak.. mereka gaji tinggi takkan pampers n susu pn minta kami sediakan.

Sabun mandi ank sy semuanya khas utk kulit eczema ( harga mmg mahal la kan) tapi disuruhnya ank dia kongsi pakai jugak dgn ank sy. Memang mengambil kesempatan sungguh walaupun byr 200 je stiap bulan. Sy tahan jaga ank dia sbb sy kesiankan bby tu. Apalah nasib baby tu kalau dia hantar ke pengasuh lain (yg selalu marah budak jika tak puas hati dgn parents). Baby tu pn setiap kali nk balik mesti nangis2 peluk sy (macam sy pulak mak kandung dia). Sy memang jaga baby tu sepenuh hati ikhlas bg kasih syg mcm ank sy sendiri tapi tulah perangai parents dia buat sy pelik. Bila bincang dia asyik ckp ''kalau tak nak jaga ckp je, dia boleh humban ank dia ke longkang tu''. Ya Allah, sy n suami tak sampai hati bila teringatkan budak tak berdosa tu sbb tu kami bertahan jaga bby tu smpai sekarang.

Nak kata takda duit, setiap hari ambil anak pkul 9 mlm. Katanya lepas ofis hour slalu pergi karaoke la, main bowling la dgn ofice mate. Allahuakbar dia tak kesian kat anak dia ke? Sy n suami stiap hari doa moga ank ni dh besar nnti jgn ada tekanan perasaan, kami sedaya upaya beri kasih syg yg ckup utk dia.

Pesan sy pada perents yg belum ada niat nk beranak tu, rancang la kehamilan ank ye. Kalau rasa tak puas enjoy please jgn beranak dlu, kesian la anak tu n kesian la kami yg mengasuh ank awk tu.. tanggungjawab kita sebagai parents ni besar tau. Didikan kita sebagai parents ni penting utk tumbesaran anak.

Sekarang nasib baik baby dah 9 bulan so apa sy bagi anak sy mkn, bby dia pn boleh mkn tapi sy kesian sgt bila anak sy tgh bf dgn sy, baby dia tengok je.. nak bf kn ank org sy takut sbb baby tu perempuan,aank sy lelaki. Nak belikan susu, suami pn kerja ckup2 makan pakai kami je..apampers pn suami yg sedia utk baby tu yg murah je sebab takkan sy nk bg pkai pampers ank yg boleh tahan mahal tu (utk org mcm sy mmg akn rasa pampers huggies pack hijau tu mahal) . Kiranya makan minum, pampers, barang mandian semua sy sediakan and dibayar 200 je sebulan. Apa kedekut atau parents dia tak tau tanggungjawab? Hmmm buntu sy dibuatnya.. taknak jaga bby tu sy kesian kan nasib dia je sebab sy dah jaga dia selama 6 bulan dari habis pantang lagi..

Siakapkeli.my

Sumber : Info Ibu Hamil

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 21, 2018 6:15 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PAS, Bukan PH

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


PAS adalah ganti UMNO-BN untuk Malaysia. Itu sahaja yang difahami oleh ahli dan penyokong PAS hari ini. Ia adalah matlamat utama PAS memasuki PRU14 nanti.

Ramai yang akan menyangkal dengan berkata, bagaimana mahu ganti UMNO jika hanya mensasarkan kemenangan 40 kerusi? Ia jauh daripada mencukupi. PAS hanya beromongan, dakwa pembangkang PH pula.

PAS menjawab, jika pun PAS memenangi lebih daripada 40 kerusi sebagaimana yang disasarkan, itu pun belum mencukupi untuk memintas UMNO-BN. Tetapi semua sedar, pada masa itu PAS telah begitu kuat. Apabila PAS kuat, UMNO akan lemah. UMNO akan lemah sebaik sahaja kerusinya menurun dengan banyak, walaupun masih mendahului PAS dalam jumlah kerusinya.

Hari ini, kekuatan UMNO bukan lagi pada kejayaannya menempa negara ini dengan kejayaan dan kecemerlangan. Tidak. Negara kita kini hanya sedang bertarung untuk tidak rebah sahaja, bukan pun untuk sihat, sejahtera dan maju. Negara kita masih sakit daripada sakit lamanya yang bermula daripada zaman keangkuhan Tun Dr Mahathir memerintah negara 20 tahun dulu dengan kuku dan taringnya. Sakit itu masih belum diubati dan jauh lagi daripada sembuh.

Keangkuhan adalah musuh Allah. Keangkuhan sifatnya memerangi Allah dan ugama-Nya. Sesiapa yang memerintah dengan angkuh, Allah akan meletakkannya di barisan yang bertentangan dengan Allah, lalu Allah mengisytiharkan perang ke atasnya secara menghadap. Tun Mahathir masih berbangga dengan sejarahnya memerangi kerajaan Kelantan yang dulu dan kini terus membawa sinar dan obor Islam yang benar untuk tatapan dan hidangan rakyat Malaysia.

Beliau telah gagal dan sememangnya beliau pasti gagal. Beliau gagal mengemudi UMNO, lalu meletak jawatan dan meninggalkan UMNO dan Malaysia dalam kesakitan dan kelesuan. Tun Abdullah datang dengan penawar 'minyak wangi seribu bencana'-nya. Ia melalikan untuk tempoh yang pendek, kemudian negara bertukar kembali kepada sakit asalnya.

Doktor veteran yang gagal itu enggan menyerah kalah. Beliau memerangi ubat pertamanya sendiri, lalu menawarkan ubat seterusnya, DS Najib bin Abdul Razak untuk memimpin negara. Ubat barunya gagal lagi. Doktor veteran itu tersentak dengan tindak balas ubat barunya itu yang kini makan tuan. Beliau mengisytiharkan kepada negara bahawa beliau telah tersalah mencadangkan ubat.

Hari ini beliau mencadangkan ubat yang ketiga. Siapa? Dirinya sendiri. Beliau berkata kepada PAS dengan suara angkuh 20 tahunnya dulu, "Pilih. Saya atau Najib." Kelakar, kelakar dan kelakar. Inilah kentut politik seribu bencana seorang doktor veteran yang sakit dan gagal yang sedang mengetuai sebuah hospital bernama PH untuk mengubati negara yang sakit akibat angkaranya sendiri dulu. Orang sakit mengubati orang sakit.

Saya tegaskan negara kita hari ini sakit. Sakit lama yang belum sembuh. Saya tegaskan lagi, UMNO-BN hari ini kuat dan gagah di sisi rakyat bukanlah kerana kejayaannya menempa apa-apa kejayaan besar untuk negara. Tidak. Tetapi UMNO hari ini masih gagah kerana mereka adalah penyandang sejak tahun 1957.. Penyandang memang sukar untuk ditumpaskan hatta pada zaman pemberontakan terbesar ahli UMNO memerangi Tun Dr Mahathir pada tahun 1999 di bawah DS Anwar Ibrahim.

Penyandang yang terus gagal akan dimamah tua dan kelesuan. Tongkat saktinya akan dimakan anai-anai sedikit demi sedikit. Hanya nabi Sulaiman alaihissalam yang wafat berdiri bertongkat kerana anai-anai terus menyayangi baginda dengan arahan tuhannya. Adapun UMNO, ia sedikit demi sedikit akan lesu. Samada tongkat dulu yang patah atau lututnya sendiri. Takdir memilih dan menentukan.

Sasaran memenangi minima 40 kerusi parlimen adalah sebuah gerakan besar untuk pengislahan negara daripada PAS. Ia adalah realistik bagi PAS daripada terus berilusi dengan penawar seribu bencana ciptaan seorang doktor veteran gagal yang terus angkuh dengan taubat demi taubatnya yang bohong dan palsu.

Sasaran minima 40 kerusi adalah kekuatan bagi PAS dan kelemahan yang ketara bagi UMNO. Kemenangan lebih besar untuk PAS pasti akan menjelma. Ia akan menjelma sebaik PAS terus kukuh dengan thabat dan istiqamahnya memperjuangkan Islam dan nilai-nilainya yang tinggi dalam menjamin tadbir urus negara yang penuh integriti, sejahtera dan cemerlang.

Dalam persaingan bola sepak Eropah, pasukan yang mensasarkan hanya kejuaraan liga akan kecewa teruk jika gagal memenanginya. Tetapi pasukan yang turut mensasarkan kelayakan ke Liga Juara-Juara (CL) akan kekal ceria dan bangga apabila mencapainya walaupun tewas kejuaraan liga. #YNWA

PH akan kecewa teruk bersama penyokongnya jika UMNO terus memenangi PRU14. Hanya itu sasaran mereka yang satu. Gagal bererti gelap selamanya. Kerja selepas itu adalah menanti PRU15 pula. Tetapi PAS adalah sebaliknya. PAS melihat negara dan politiknya dengan mata hatinya yang lebih jelas dan benar. UMNO-BN bukan boleh ditumbangkan dengan idea karut untuk negara oleh doktor veteran yang gagal, sakit dan telah menyebabkan negara sakit dengan ubat ciptaannya samada pada zamannya sendiri atau zaman selepasnya.

PAS adalah realistik. Apa yang akan dicapainya nanti adalah nilai bermakna bagi terus menyumbang ke arah kejayaan negara mengubati dirinya, seterusnya melangkah lebih laju menempa kejayaan. Anda boleh nanti meneliti dan mentelaah Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) yang kini giat dibina dan dibangunkan oleh PAS sebagai wawasan terbaiknya untuk negara dan rakyat tercinta.

PAS, sifat perjuangannya adalah islah. Untuk melakukan Islah atau pembaikan, ia bukan dengan hanya satu jalan iaitu menunggu UMNO tumbang. Anda tidak perlu menunggu taubat nasuha datang, barulah hendak bersolat dan beramal soleh. Terus bersolat dan beramal soleh dalam dosa. Itu persaingan yang jika diisi keikhlasan tinggi akan mencetuskan taubat nasuha yang akan menghancurkan kerajaan dosa dan maksiat dalam hati setiap hamba-Nya. Begitulah islah PAS untuk negara. Ia bergerak tanpa henti walau penat dan lama..

Negeri Kelantan dibina lebih 20 tahun di dalam tekanan tinggi serangan bertalu-talu tanpa kesihan belas Tun Dr Mahathir. Kelantan disisihkan dengan kebencian dan dendam kesumat seorang diktator yang tidak mampu melihat keupayaan orang lain untuk turut membangunkan negeri dan negara. Baginya, kejayaan adalah mesti daripada hasil usaha dan wawasannya.

Kelantan terus teguh sebagai negeri model dan sejahtera pada saat Tun Dr Mahathir melihat negara binaannya yang hebat itu tiba-tiba diserang garuda ekonomi, seterusnya menyaksikan partinya memberontak ke atasnya untuk kali kedua yang akhirnya memaksanya meletak jawatan dan menyerahkan negara kepada penggantinya yang gagal.

Hari ini Wawasan 2020 sudah masuk muzium tanpa penghargaan tinggi daripada UMNO hari ini selain kemarahan, perlecehan dan kebencian. PAS sejak awal pembinaannya lagi telah menyatakan bahawa Wawasan 2020 akan gagal kerana ia tidak dibina di atas rukun-rukun yang kukuh dan tahan. Jika daripada PAS, Tun Mahathir akan menyumbat telinganya dengan kapas bergulung-gulung.

Kejayaan Tun Dr Mahathir hari ini ialah terus berjaya menumpaskan DS Anwar Ibrahim yang dipenjarakannya dulu melalui para pendukung PKR-nya yang gagal bertahan dengan tonik keramat 'REFORMASI' itu. Mereka masih mampu untuk terus ditipu dengan taubat palsu yang bersalut keangkuhan.

Kejayaan Tun Mahathir hari ini ialah menghilangkan ketajaman perseteruannya dengan DAP yang dimusuhinya melalui dasar kerasisan UMNO yang dibinanya dulu. Hari ini DAP membuntut di belakang Tun.

Kejayaan Tun Mahathir hari ini ialah membenam PAN ke dalam lumpur. DAP menyucuk hidung PAN lalu membiarkan Tun Mahathir menariknya ke kubang lumpur. Berkubanglah di situ dengan penuh amanah kepada tuan yang melahirkanmu...

Itulah kejayaan Tun Mahathir, mengulangi kejayaannya dulu menubuhkan UMNO Baru untuk mengalahkan Ku Li. Dia meninggalkan UMNO untuk mengalahkan Pak Lah. Dia menubuhkan PPBM untuk mengalahkan Najib. Aksi terbaiknya kini ialah memenjarakan Anwar Ibrahim di dalam dan memenjarakan pengikutnya di dalam jeriji telunjuknya di luar. What a Kajang kick!!

Adapun kejayaannya ke atas PAS hari ini ialah kentut politiknya, "Pilih. Saya atau Najib.' Kelakar, kelakar dan kelakar..

PAS mendominasi pengalaman menghadapi UMNO yang gagah dengan sifatnya sebagai penyandang kepimpinan negara yang tidak pernah kalah sejak merdeka. PAS hidup dalam susah dan senang, lemah dan gagah, kejian dan pujian. PAS menembusi segala kesukaran itu dengan cemerlang sehingga hari ini. Hari ini tiada siapa sedia berkata bahawa PAS sedang menuju kegelapan kecuali musuhnya yang terus membenci dan mendengki. Benci dan dengki tidak akan sama sekali menumbangkan PAS.

Ia adalah PAS yang kuat sebagai ganti kepada UMNO yang kian lemah. Bukan PPBM, bukan PKR dan sama sekali bukan DAP-PAN.

Majulah PAS untuk negara menuju keredhaan Allah.

Tahniah Harimau Muda U23 tewaskan Arab Saudi, negara World Cup. Sinar hebat anak muda negara..

#Istiqamah
#WINS

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Pengerusi Lujnah Dakwah PAS Pusat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 21, 2018 6:16 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pasukan Johor Darul Ta'zim Jana Pendapatan RM1.2 Juta Hasil Penjualan Jersi Pada Hari Pertama Pelancarannya.
siakapkeli.my

13 Jan - Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) melancarkan jersi terbaru untuk musim baru Liga Malaysia 2018 di Dataran Bandaraya, Johor semalam.

Pelancaran yang disempurnakan oleh Presiden JDT, Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan disambut meriah seluruh rakyat Johor walaupun dalam keadaan cuaca yang hujan renyai.

Pengurus Pemasaran Sukan Nike Malaysia dan Thailand, Ernest Rodrigues berkata pihaknya amat berbesar hati menjadi rakan kongsi kepada sebuah kelab yang cemerlang di Malaysia.

"Jersi baharu musim ini agak istimewa kerana didatangkan dengan tiga warna iaitu merah bagi perlawanan di tempat lawan, biru bagi tuan rumah dan jersi alternatif berwarna biru cair," katanya

Jersi baru JDT itu akan digunakan sepanjang musim Liga Malaysia 2018 termasuk pasukan JDT II di Liga Perdana, JDT III di Piala Presiden dan JDT IV untuk Piala Belia.

Dalam entri terbaru laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers (JST) baru sahaja mengumumkan bahawa pasukan JDT menjana RM1.2 juta hasil daripada penjualan jersi pada hari pelancaran tersebut.

Menurut entri tersebut, JST mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong Harimau Selatan itu kerana terus setia menyokong setiap usaha yang dilakukan pihak pengurusan demi memacu lebih kejayaan di masa akan datang.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 21, 2018 6:16 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Ada Yang 'Burn' Tiket, Ada Ulang-Alik Ke China Macam Pergi Perlis," Lelaki Ini Kongsi Ragam 'Ultras Malaya' Di Bumi Kunshan
siakapkeli.my

19 Jan - Jika anda seorang peminat bola sepak Malaysia, mesti anda kenal dengan sekumpulan 'budak' yang berkumpul ramai-ramai dan berdiri serta bersorak tanpa henti dalam stadium kan?

Ya, kumpulan gerakkan Ultras Malaya namanya. Gerakkan ini ditubuhkan pada tahun 2007 yang diasaskan oleh beberapa penyokong tegar skuad Harimau Malaya yang dahagakan perubahan dalam landskap bola sepak Malaysia.

Bukan sahaja di Stadium Bukit Jalil mahupun Stadium Shah Alam, malah hingga ke tanah arab pun anda akan menjumpai geng Ultras Malaya ini jika perlawanan yang melibatkan skuad negara.

Tanpa ditaja oleh mana-mana pihak ataupun individu, gerakkan ini bergerak dengan hasil penjualan produk keluaran mereka sendiri seperti mafla, baju, topi dan beg.

Ketika ini sedang berlangsung kejohanan AFC U23 Championship 2018 yang diadakan di Kunshan, China. Skuad Malaysia telah berjaya layak ke kejohanan ini secara merit buat kali pertama dalam sejarah kejohanan.

Kumpulan Ultras Malaya juga tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bersama-sama pasukan Malaysia mengharungi cabaran kejohanan ini yang kebanyakkannya disertai oleh negara-negara gergasi bola sepak asia.

Seorang pengguna Facebook, Amirul Aziezie yang juga salah seorang daripada rombongan Ultras Malaya ke tembok besar China telah berkongsi tentang perangai 'gila' yang dilakukan oleh kumpulan penyokong tegar itu.

Menurut Amirul dalam entri Facebooknya, ada diantara penyokong ini masih tidak pulang ke Malaysia kerana pasukan Malaysia berjaya menempatkan diri dalam 8 pasukan terbaik seterusnya meneruskan cabaran di suku akhir.

Ada juga diantara mereka yang sudah pulang tetapi kembali semula ke Kunshan seolah-olah perjalanan ke Kunshan ibarat perjalanan ke Perlis sahaja. Ada juga yang sepatutnya pulang selepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan tetapi sanggup membeli tiket yang baru selepas Malaysia ke suku akhir.

Tak terlepas juga ada yang dikatakan tertinggal kapal terbang. Ada juga yang terpaksa balik kerana perlu menghadiri kes perbicaraan di mahkamah namun, mahkamah menangguhkan perbicaraan tersebut.

Ringkasnya, macam-macam dugaan yang terpaksa mereka harungi hanya untuk bola sepak Malaysia. Mereka sanggup korbankan masa dan wang ringgit demi 90 minit perlawanan skuad negara.

Tidak kurang ada yang memperlekehkan mereka ini namun itu bukan jadi penghalang buat mereka untuk kekal setia menyokong pasukan Malaysia ketika kalah atau menang.

Gila, itu je aku nak cakap. Ada yang tak balik lagi, ada yang dah balik tapi pergi balik macam buat Shanghai tu kat Perlis jer, ada yang balik hari, ada yang sanggup duduk dalam train 15 jam dari beijing, ada yang sepatutnya balik burn tiket balik sebab layak suku akhir ni, ada yang belum apa apa dah tertinggal flight (bebudak alor gajah), ada yang pergi sebab nak jumpa Nadia je, ada yang balik sebab naik mahkamah tapi hakim tangguhkan kes, ada yang balik sebab mak marah. Ada yang request nasi mamak bawak p shanghai. Ada yang pinjam duit dalam RMB tapi minta bayar nilai RM, 🤣 Macam-macam lah, bebudak ni gila. Aku pun gila.

Jumpa sabtu ni, komrad! #BolaSepakBawaAkuLihatDunia

Skuad bawah 23 tahun Malaysia telah berjaya layak ke pusingan suku akhir selepas berjaya menduduki tempat kedua dalam kumpulan C dengan mengumpul 4 mata dari 3 perlawanan.

Pasukan ini juga dilaporkan akan bertemu pasukan Korea Selatan iaitu juara bagi kumpulan D. Sudah pastinya kemenangan yang kita harapkan untuk pasukan Malaysia dan terus mencipta kejayaan di peringkat yang lebih tinggi. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 21, 2018 6:17 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Datang Malaysia Nak Tengok Tempat Cantik, Tapi Terpaksa Pungut Sampah Yang Orang Kita Buang
siakapkeli.my

Penduduk Malaysia sememangnya amat bertuah kerana lahir di negara yang mempunyai pelbagai khazanah alam dan tempat-tempat semula jadi yang menarik. Air terjun, lata, gunung dan bukit semua ada yang menawarkan pelbagai pemandangan indah. Orang luar ada yang sanggup datang dari jauh untuk menikmati keindahan tersebut.

Tapi Malaysia pula yang tidak bertuah kalau dapat segelintir penduduk yang bermentaliti kelas ketiga, buang sampag merata tempat hingga mencacatkan permandangan. Lebih memalukan, bila orang luar datang terpaksa pungut semua sampah tersebut kerana sayangkan keindahan yang dicipta Tuhan. Macam kisah yang dikongsikan oleh sebuah page yang dikenali sebagai Sekolah Rimba Bukit Jana ini. Memang boleh jatuh air muka.

Nak tahu apa yang terjadi? Jom ikuti perkongsian tersebut di bawah.

Amacam?

Best tak tengok mat saleh datang tempat kita lepas tu tolong kutip sampah? Best kan?Cehh! Tak malu punya orang, suruh pelancong datang cuci sampah kita pulak. Malu la sama.

Depa ni datang nak tengok tempat-tempat cantik kat Malaysia ni, yang kita bagi kat depa pemandangan dengan landskap sampah.

Ini ke budaya yang kita nak banggakan kat anak cucu kita nanti? Budaya lain orang buang, lain orang kutip, macam tu? Kalau macam tu, tak payah la nak bangga dengan lingua franca ka, rentaka ka, sebab mentaliti masih di tahap yang rendah.

Harap kita boleh fikirkan balik, adakah kita nak tinggalkan sebuah budaya dan peradaban 'sampah' kepada generasi akan datang? Sebab bumi bertuah ni kaya dengan pelbagai khazanah yang dicemburui kuasa-kuasa besar dunia.

Gambar : Mr. Tim Campbell mengutip sampah di Air Terjun Pecah Batu, Terong.

Sumber : Sekolah Rimba Bukit Jana

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 21, 2018 7:04 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Janji BN PRU13 nak bina klinik, tinggal papan tanda
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

TERSEBAR di media sosial gambar sebuah papan tanda dah nak roboh dipasang oleh Barisan Nasional (BN) sebagai janji manis (gula-gula) pada pilihanraya umum ke 13 (PRU13) yang lepas.

Dari butiran yang tertulis pada papan tanda hampir roboh itu, kononnya sebuah klinik kesihatan dan kuaters kakitangan akan dibina di Penampang, Sabah mulai 15 Mac 2013 (sebelum pilihanraya) dan akan siap pada 19 Mac 2015 (selepas pilihanraya).

Namun sehingga kini, klinik kesihatan yang dijanjikan tak juga kunjung tiba, maka anai-anai pula yang datang makan gentian papan tanda itu menjadikannya reput, menunggu masa untuk menyembah bumi.

Tidak hairanlah sebelum ini dilaporkan, rakyat Sabah ada yang terpaksa menggunakan ambulan kerbau untuk mendapatkan rawatan di hospital yang terletak sangat jauh dari tempat kediaman mereka.

Kasihan, meskipun Rakyat Sabah merupakan pengundi paling banyak Barisan Nasional, sekaligus menyebabkan negeri itu menjadi "simpanan tetap" dan menyelamatkan Barisan Nasional pada pilihanraya, namun mereka jelas sekali dianaktirikan.

"Semakin kuat sokong BN, makin sengsara hidup rakyat"

Read more: http://www.milosuam.net/2018/01/janji-bn-pru13-nak-bina-klinik-tinggal.html#ixzz54ocLfX52

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 21, 2018 7:04 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Tak Berbaloi Gadai Nyawa Anak," Sediakan Sosej Untuk Sarapan Si Kecil, Doktor Ini Terangkan Bahaya Yang Menanti
siakapkeli.my

11 Jan - Sarapan adalah makanan yang penting untuk anak-anak anda menjalani aktiviti seharian di sekolah dengan tenaga yang mencukupi.

Antara makanan yang menjadi kebiasaan para ibu untuk sarapan pagi anak-anak adalah , nasi lemak, nasi goreng, roti bakar atau mi goreng. Memang digalakkan untuk mengambil makanan yang berat ketika sarapan kerana boleh menjana tenaga sehingga waktu rehat di sekolah.

Tetapi, tahukah anda bahawa anak-anak anda berisiko menghidap kanser kolon jika kerap diberikan sarapan daging yang diproses seperti sosej.

Seorang doktor yang bernama Taufiq Razif menerusi laman Facebooknya berkongsi mengenai bahaya memberikan anak-anank bersarapan dengan makanan daging yang diproses.

Taufiq Razif
BAHAYA SARAPAN SOSEJ

Saya faham semua mak ayah nak cepat pergi kerja tapi tak berbaloi pun kita gadaikan kesihatan anak kita dengan menyediakan sarapan sosej/hotdog pada anak kita

Daripada American Cancer Society :

👉 Makan 50 gram daging yang diproses ( sosej ) setiap hari meningkatkan risiko KANSER KOLON sebanyak 18%

👉 50 gram tu bersamaan dengan sebatang sosej

Jom ingatkan ahli keluarga kita yang lain juga

p/s : Jom join Telegram Parenting saya secara percuma untuk belajar cara jadi ibubapa terbaik untuk anak-anak kita semua : Install Telegram dan klik link ni t.me/NotaTaufiqRazif

Menurut Taufiq, tidak berbaloi ibu bapa menggadaikan kesihatan anak-anank semata hanya untuk menjimatkan masa.

Doktor itu juga menulis, menurut American Cancer Society (ACS) makan 50 gram daging yang diproses setiap hari akan meningkatkan risiko kanser kolon sebanyak 18 peratus. 50 gram daging yang diproses bersamaan dengan sebatang sosej daging atau ayam.

Kanser kolon Adalah antara kanser yang mungkin tidak seberapa glamer sebagaimana popularnya kanser payudara dan kanser serviks untuk wanita, dan kanser prostat untuk lelaki. Kanser kolon juga dikenali sebagai kanser usus atau kanser kolorektal.

Namun begitu, kanser usus ini paling ramai pengidapnya di kalangan lelaki. Secara umumnya, kanser kolon adalah kanser yang menyerang usus besar (kolon, recktum dan anus).

Tahu tak anda, penyakit kanser kolon di katakan adalah antara penyakit pembunuh no. 7. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 610,000 orang meninggal dunia kerana penyakit kanser usus, pada tahun 2008.

Manakala, di Malaysia sahaja, pesakit kanser usus yang di rekodkan kematiannya adalah 3,500 kes.

Berikut adalah perkongsian Doktor Taufiq mengenai perkara tersebut

BAHAYA SARAPAN SOSEJ

Saya faham semua mak ayah nak cepat pergi kerja tapi tak berbaloi pun kita gadaikan kesihatan anak kita dengan menyediakan sarapan sosej/hotdog pada anak kita

Daripada American Cancer Society :

Makan 50 gram daging yang diproses ( sosej ) setiap hari meningkatkan risiko KANSER KOLON sebanyak 18% 50 gram tu bersamaan dengan sebatang sosej

Jom ingatkan ahli keluarga kita yang lain juga. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 21, 2018 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Pakcik Tau Pakcik Orang Susah, Buta Sebab Tu Orang Tak Nak Tolong Pakcik'' - Lelaki Kongsi Kisah Pakcik OKU Buat Netizen Sebak
siakapkeli.my

Tidak semua orang bernasib baik dalam kehidupan. Kita mungkin rasa kita susah, tapi sebenarnya ada lagi yang susah dari kita. Mempunyai pekerjaan, keluarga, tempat tinggal, sihat dan yang paling penting sempurna tubuh badan, nikmat tuhan yang harus disyukurkan.

Bayangkan jika kita hidup seorang diri, tiada keluarga mahupun tempat bergantung, lebih sedih tidak dapat melihat seperti orang lain. Bagaimana kita mahu meneruskan hidup? Hanya yang cekal sahaja mampu bertahan.

Perkongsian dari Irzaq Khalis yang tular di facebook ini menyentuh hati netizen. Pertemuan beliau dengan seorang pak cik yang berstatus orang kurang upaya (OKU) ini adalah secara kebetulan ketika beliau dalam perjalanan untuk membeli makan tengahari. Menyedihkan, tiada satu pun kenderaan yang berhenti untuk membantu walaupun jelas pakcik itu berdiri di tengah panas meminta bantuan.

Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah. Kisah ini boleh dijadikan contoh untuk semua. Moga ada lebih ramai lagi insan yang berhati mulia seperti lelaki ini dalam membantu mereka yang memerlukan.

Sedikit coretan & nukilan.

Semalam sebelum masuk waktu solat zohor, saya on the way lunch di nasi ayam maharaja (keramat permai), terjumpa pakcik ni kat depan hotel seeds dan berdiri kat tengah panas sambil memegang kertas bertulis, "Tolong Hantar Saya ke Masjid Muadz''.

Yang saya perhati ketika itu,banyak kereta yg lalu lalang tp takde satu pun yang stop by and offer nak hantarkan.. Dengan rasa rendah diri,saya berhenti kereta depan pakcik ni and bawa dia masuk kereta..
Sambil tu sempat lah borak and tanya2 pakcik ni..

Pakcik ni cakap dia dah lama stay kat hotel seeds .. memang inilah rumah dan tempat tinggal dia.. and everytime nak masuk waktu solat,dia akan berdiri and tunggu kat depan hotel smile tu,tak kisahlah berapa lama pun sampai ada yg sudi tumpangkan dia..

Yang sedihnya,pakcik ni cakap , 'byk sgt kereta lalu lalang tapi takde satu pun yg berhenti..pakcik tau pakcik orang susah , pakcik buta sebab tu orang taknak tolong pakcik' .. Ya ALLAH sebak rasanya hati ni masa dengar tu..

Pakcik ni pun ada mengadu yg baitulmal pun susah nak tolong walaupun dia ni OKU,kalau dpt pun tak banyak and lambat ..BRIM pulak lambat lagi dapat .. Sedih bila dengar orang mcm ni mengadu nasib dia kat kita ..

So bila saya dh drop pakcik ni dalam kawasan Masjid Muadz Setiawangsa,saya sempat sedekahkan sikit mana yg saya mampu,and pakcik tu tanya , 'warna apa ni'? Then saya bgtau warna apa..

* Saya buat status ni bukanlah utk riak,tapi saya nak minta tolong dan remind kat semua yg berdekatan area Keramat Permai / Setiawangsa , kalau sesiapa nampak pakcik ni tgh berdiri sambil pegang kertas,atau pun sesiapa yg solat di Masjid Muadz Setiawangsa,minta tolong tumpangkan dia.. tak susah pun,hantar dekat2 situ je...

Janganlah sekilas pandang atau sepintas lalu tanpa memberikan bantuan...pakcik ni tak minta wang ringgit pun,dia nak minta tumpang pergi atau balik dari masjid je...

* Bagi yg tidak tahu pakcik ni tinggal di Seeds Hotel,Keramat Permai ( same row building KRU lama,sebelah Caltex and dekat dgn LRT Setiawangsa )
Semoga kita semua mendapat Rahmat dari-NYA , InsyaAllah .....

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 21, 2018 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Peranan parti dan diri di medan siyasah

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

KATA Saidina Uthman Ibn Affan R.A:

إن الله يزع بالسلطان
ما لا يزع بالقرآن
"Allah Taala mengizinkan sesuatu tindakan dibuat oleh pemerintah dalam perkara yang tidak disebut oleh Al-Quran."

Menegakkan kerajaan al-Quran

Terlebih dahulu marilah kita bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah meletakkan kita dalam kumpulan Islam, yang dinamakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), yang ditubuhkan oleh ulama kita pada tahun 1951 setelah diharamkan Hizbul Muslimin, diharamkan Sarekat Islam, diharamkan kumpulan Islam oleh penjajah, sama ada Inggeris di Malaysia ataupun Belanda di Indonesia.

Ramai kalangan kita orang Islam yang tidak tahu bahawa ulama dan pemimpin yang menubuhkan kumpulan Islam ini ialah untuk menghidupkan suatu kewajipan yang besar di dalam agama Islam. Kewajipan mengadakan kerajaan yang memerintah dengan Al-Quranul Karim yang diajar oleh Nabi kita Muhammad S.A.W.

Kerana Nabi kita Muhammad S.A.W yang berjuang dalam masa 23 tahun, bukan sahaja mengajar sembahyang, puasa, zakat, haji, mengucap, berzikir, bertasbih.. Mengajar semua perkara daripada halal dan haram makan minum, membersihkan diri, kencing berak kita, sehinggalah nikah kahwin, bercerai, berbaik semula, muamalat, berjual beli, buka tanah, sampai kepada memerintah negara, mendirikan kerajaan.

Oleh kerana mendirikan kerajaan ini terpaksa berlawan dengan pihak yang berkuasa, yang memerintah di zaman Nabi dan bila-bila masa sahaja yang tidak mahu kepada Al-Quranul Karim, menyebabkan kerja ini sangat payah. Bukan sahaja payah nak ikut, payah nak faham.

Padahal Nabi kita Muhammad S.A.W telah berhijrah daripada Makkah ke Madinah.. Nabi pergi ke Madinah bukan kerana nak pergi ke laut, Nabi nak tanam kelapa sawit, nak tanam getah, nak berniaga. Pergi ke Madinah kerana nak mendirikan kerajaan Islam.

Di sana ada orang Islam, ada orang kafir, orang kafir pun ada, orang Yahudi, orang Musyrikin Arab, Kristian, semuanya ada. Ada di antara mereka yang terima kerajaan Islam, ada di antara mereka yang menolak sehingga berperang dengan Nabi kita Muhammad S.A.W, akhirnya mencapai kemenangan.

Dan Allah Taala menurunkan Quran sebanyak 30 juzuk yang sangat tebal kita baca sendiri. Dalam Quran ini semuanya ada, termasuklah undang-undang negara, undang-undang antarabangsa, ekonomi, politik, semua ada dalam Quran. Dan Nabi kita telah menyempurnakan ajaran Allah. Allah Taala menyempurnakan agama Islam.

Islam memerintah 1300 tahun

Lalu Allah mematikan Nabi kita Muhammad S.A.W, diwafatkan. Bila Nabi wafat, Nabi tidak menentukan siapa ganti dia. Maka para Sahabat R.A bermesyuarat. Sebaik sahaja lepas sembahyang jenazah Nabi, terus pergi mesyuarat. Hanya beberapa orang sahaja yang pergi ke kubur, Saidina Ali anak beranak, beberapa orang sahaja yang berada di kubur.

Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Uthman, Abu Ubaidah, Sahabat-sahabat yang besar tak ada di kubur, kerana apa? Mesyuarat! Mesyuarat untuk pilih siapa yang ganti Nabi untuk memerintah negara.

Ada tiga calon. Orang Madinah mencalonkan Sa'ad bin Ubadah. Anak beranak Nabi mencalonkan Saidina Ali K.W. Kalangan Quraisy Muhajirin mencalonkan Saidina Abu Bakar R.A.

Oleh kerana Nabi bersabda:

الأئمة من قريش
"Pemimpin daripada Quraisy."

Disebut hadis ini. Sahabat Nabi bila sebut Hadis, terima hadis. Quraisy ialah kaum yang ramai, yang paling ramai sekali, walaupun ada Ansar, ada macam-macam puak, Quraisy adalah paling ramai sekali, maka dipilih daripada Quraisy, Abu Bakar R.A.

Islam memerintah selama 1300 tahun, 1300 tahun. Memerintah negara daripada atas Barat Afrika, sampai Sepanyol. Sampai Moscow di Rusia hari ini, dekat Xinjiang, sempadan China, termasuklah Tanah Melayu ke Indonesia, di bawah jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah, Kerajaan Islam yang paling akhir. Kerajaan Uthmaniyyah ini orang Turki. Pusatnya di Istanbul.

Musuh cari jalan jatuhkan Islam

Musuh-musuh Islam daripada Yahudi, daripada Kristian, daripada Musyrikin, terus-menerus menyerang Islam, bukan sahaja menyerang dengan cakap, termasuklah menyerang dengan bala tentera. Mereka mencari jalan bagaimana nak menjatuhkan Islam.

Barangkali kita belajar di sekolah, Marco Polo, Vasco Da Gama, macam-macam nama ini, mereka ini adalah pengembara-pengembara Barat yang menjajah dunia sehingga mereka menemui barisan belakang dunia Islam, iaitulah Alam Melayu, mereka tidak boleh menjatuhkan Turki. Mereka takluk negeri yang jauh-jauh dulu.

Tahun 1511, Portugis berjaya menakluk Melaka. Jatuh Melaka, masa itu kapal terbang tak ada, telefon tak ada, wireless tak ada, Melaka kecil sahaja. Selepas Melaka ditakluk, mari Belanda, mari Belanda, mari Inggeris, mereka menakluk Alam Melayu, mereka menakluk negeri-negeri di Afrika sampai ke India..

Dan ulama-ulama kita berjuang menentang penjajah bersama dengan Sultan. Ada Sultan yang berjuang menentang penjajah, antaranya ialah Tuan Ali Haji daripada Sulawesi, Diponegoro, Sultan Diponegoro daripada Jogja Indonesia, Sultan Abdul Samad Selangor, Sultan Zainal Abidin, ini antara Sultan yang menentang penjajah, yang melawan penjajah.

Sehingga mereka berusaha untuk mengambil balik Melaka, ambil balik Melaka. Maka marilah orang-orang Jawa naik di Johor, orang Bugis daripada Sulawesi, orang Banjar daripada Kalimantan, orang Minangkabau daripada Sumatera, orang Aceh mari ke Tanah Melayu berjuang menentang penjajah.

Sampai hari ini ada keturunan Jawa, keturunan Bugis, keturunan Banjar, di Johor ada, Negeri Sembilan ada, di Perak ada, Aceh banyak di Kedah. Mereka mari di sini bukan nak tanam getah, tanah tempat dia luas, bukan nak tanam nyior, nak ke laut ikan banyak tempat dia. Mereka mari kerana berjuang menentang penjajah. Ini tidak diajar di sekolah, tak ada dalam buku sekolah, tak diajar, kita tak tahu cerita ini.

Sehingga Sultan Aceh menghantar kapal pergi ke Turki di Istanbul, dibawa rempah untuk nak hadiah kepada Khalifah Uthmaniyah di Turki. Oleh kerana perjalanan dengan kapal layar jauh, habis pitih, jual rempah tengah jalan, tinggal seraut tangan je, seraut tangan tinggal rempah. Ini cerita, sehingga dibawa rempah seraut sembah ke Sultan Uthmaniyyah, sebagai hadiah.

Turki menghantar kapal mari ke Aceh, hantar kapal perang, Turki ini kuat mari ke Aceh. Masa itu kapal layar lah, dia menghantar pakar-pakar untuk membuat bedil, meriam ke Aceh, sampai hari ini ada keturunan Turki di Aceh.

Tetapi Turki pun kena serang, kena serang Rusia, kena serang itu. Oleh kerana perjalanan masa itu jauh, orang Islam terlalu ramai, akhirnya 100 tahun yang lalu, mereka telah berjaya, ringkas ceritanya menjatuhkan Kerajaan Uthmaniyah.

Jatuh Kerajaan Uthmaniyyah ini melalui tipu daya, hasutan, dihasut Arab, biar orang Arablah jadi khalifah pula, jangan orang Turki, orang Arab layak jadi khalifah.

Lawrence, Lawrence ini ialah salah seorang pegawai tinggi intelligent British membantu Ibnu Su'ud yang duduk di Najd, di Timur Arab Saudi hari ini, dan McMahon Gabenor British di Mesir membantu Syarif Husain Raja Makkah, Raja Makkah. Dicadangkan Raja Makkah ini jadi khalifah, suka nak jadi khalifah ini, Orang Putih sokong.

Maka, Ibnu Su'ud menyerang Riyadh, ditubuhkan Kerajaan Saudi. Ketua-ketua Kabilah menyokong untuk menentang Turki. Syarif Husain mengisytiharkan perang ini di Makkah, start di Makkah. Dengan Makkah ini orang Islam naik semangatlah nak jatuhkan Turki, Orang Putih bagi senjata. Maka jatuhlah Turki.

Lepas Turki jatuh, habis negeri Islam dijajah oleh penjajah, ditakluk, tidak ada lagi Kerajaan Islam. Dan ulama-ulama kita seluruh dunia bangkit untuk balik semula menubuhkan kumpulan Islam ini.

Lalu ditubuhkan pertubuhan Islam di Pulau Penyengat Riau, kemudian Sarekat Islam di Indonesia, Haji Abdul Rahman Limbong tubuh cawangan dia di Terengganu ini, diharamkan oleh British. Hizbul Muslimin diharamkan oleh British, sehingga tahun 1951 ditubuhkan PAS.

Oleh kerana Allah Taala jadikan tidak ada kerajaan yang kekal dalam dunia, kerajaan akan jatuh, tak kekal. Kerajaan Islam pun jatuh, kerajaan Firaun pun jatuh, Namrud pun jatuh, kerajaan Nabi Sulaiman pun tak selama-lama. Allah Taala jatuhkan kerajaan dengan berlakunya peperangan, perang dunia yang kedua antara Jepun, Jerman, Itali menentang British, Amerika, Perancis, Negeri-Negeri Eropah.

Oleh kerana Jepun dengan Jerman kuat, British Amerika puak-puak ini menggunakan anak-anak negeri, menggunakan anak-anak negeri jadi askar untuk lawan Jepun, untuk lawan Jerman, orang Arab lawan Jerman, lawan Jerman. Kita ini lawan Jepun, banyak jadi askar Melayu. Orang Putih puji kita, melelehlah orang Melayu ini berani sangat, dia duduk di belakang, kita duduk depan. Dia rebus kita macam ubi berlawan dengan Jepun, ramai mati ramai.

Orang Arab berlawan dengan Jerman, sehingga mereka yang mati dalam perang dunia itu banyak orang Islam, Orang Putih tak ramai mati, berlawan dengan Jepun. Orang Putih tukang sorak je, dia duduk di belakang, kena tipu dia.

Melantik kerajaan adalah ujian

Mereka telah menjanjikan untuk memberi kemerdekaan selepas menang. Maka diberi kemerdekaan. Tetapi kemerdekaan itu, negaranya bukan negara Islam, negara mengikut cara mereka, diberi merdeka, Indonesia merdeka, kita merdeka, semuanya merdeka.

Pemerintahannya ialah mengikut cara yang Orang Putih tinggal, tak boleh cara Islam. Tetapi mereka membenarkan cara demokrasi, cara pilihan raya untuk pilih kerajaan. Maka ulama kita menubuhkan PAS. PAS ditubuhkan untuk masuk pilihan raya, untuk membolehkan kita mendirikan kerajaan.

Walaupun di Malaysia ini orang Islam 60 peratus, Cina 25 peratus je, India dengan macam-macam hat baki, orang Islam 60 peratus. Tapi pilihan raya kalah, kalah Islam. Pasal apa? Banyak orang Islam jahil, tak tahu bahawa memerintah negeri cara Islam ini wajib.

Banyak orang kita ini masih lagi duduk ingat jadi Islam ini sembahyang dah, puasa dah, pitih banyak, pergi haji umrah acap-acap kali, siapa dia memerintah serupa dia je. Bahkan banyak kalangan kita pilihan raya ini tak penting mana, pilihan raya tak mustahak, pilihan raya tak usah caralah. Kita buat pilihan raya, orang lain naik. Orang lain itu siapa dia naik? Orang yang memerintah tidak dengan cara Islam.

Naik dengan cara pilihan raya, naik dengan cara pilihan raya. Bila kita tak terlibat dalam pilihan raya menyebabkan orang lain naik, hukum Islam tak berjalan, dosa tak? Mereka yang terlibat itu berdosalah, yang tak terlibat itu tak berdosa. Allah Taala tak tanya mengapa kita tak menang? Allah Taala tanya kita buat kerja ke tak? Allah Taala jadikan kerja Islam ini kerja yang payah.

Nabi Nuh A.S sampai 950 tahun baru menang. Nabi Musa A.S puluh-puluh tahun baru menang. Pasal apa Allah Taala buat begitu sedangkan Allah Taala Maha Berkuasa? Allah Taala:

كُنْ فَيَكُونُ

Tuhan kata "Jadi!", (maka) jadi selalu. Pasal apa Tuhan tak buat begitu? Sebab Tuhan letak manusia di atas muka bumi ini, Tuhan letak sementara, Tuhan nak uji manusia di atas muka bumi. Kehidupan yang sebenar selama-lama di hari akhirat. Allah Taala uji bukan sahaja sembahyang, bukan sahaja puasa, bukan sahaja haji, zakat, termasuklah uji melantik kerajaan yang memerintah, Allah Taala uji.

Dengan sebab itu pada hari kiamat, Tuhan panggil manusia bukan sahaja dengan sembahyang, bukan sahaja dengan puasa, bukan sahaja dengan haji. Tuhan panggil dengan ketua yang dipilih dia ikut di atas dunia ini.

إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا
"Wahai tuhan kami, atas dunia dulu, kami ikut pemimpin-pemimpin kami, mereka lah yang telah menyesatkan kami."
(al-Ahzab: 67)

Menunjukkan ini semua akan dibawa pada hari akhirat.

Pentingnya mengundi

Apa yang membimbangkan kita, 60 peratus orang Islam di negeri kita ini, 40 peratus adalah orang muda, adalah orang muda. Sebahagiannya muslimat. Mereka merasakan tak penting, tak mahu mengundi, lak begitu sahaja. Hidup dalam leka, sedangkan orang bukan Islam mengundi, orang Cina kerja balak di Sarawak balik mengundi di Perak, balik mengundi orang Cina, dia 20 peratus je. Dia duduk dalam hutan, balik mengundi. Kita tak penting mengundi ini, lak begitu. Akhirnya kita tak mengundi, dia mengundi, dia pilih kerajaan.

Maka jadilah apa yang kita rasa pada hari ini, harga barang naik, cukai naik, macam-macam, sedangkan Tuhan beri hasil negeri kita banyak, mengapa jadi begini? Sebab urus tak kena, tadbir tak kena, banyak orang tak ada kerja, tadbir tak kena. Sedangkan Tuhan jadikan manusia ini makin ramai makin nak kepada makanan banyak, rumah banyak, kerja banyak.

Bila kerja banyak, hasilnya banyak. Ini tak, manusia banyak, jadi kerja tak banyak, jadi begitu. Barang tak banyak menyebabkan naikkan harga barang. Ini kerana urus tadbir tak ikut cara Islam yang kita kena sedar dan kita kena faham.

Perubahan orang Islam-Melayu

Alhamdulillah, pada mula-mula tahun 50-an dulu, masa PAS mula-mula berjuang, banyak kalangan orang Melayu ini, duduk kata kalau memerintah Islam ini huru-hara, memerintah Islam ini hukum Hudud banyak orang kena kerat tangan, banyak orang kena rejam, tak cukup batu nak rejam orang, duduk kira itu je.

Memanglah hukum Islam ada hat itu, tapi banyak lagi hukum-hukum Islam hat yang lain. Hukum-hukum itu nak menakutkan orang yang buat jahat, nak takutkan orang mencuri, nak jatuh hukum payah, tapi orang yang mencuri takut. Nak jatuh hukum kena saksinya, kena banyak keterangan dia, tapi menyebabkan orang gerun, ini undang-undang Islam.

Puluh tahun nak bertemu kena kerat tangan payah, kerana nak jatuh hukum payah, tapi menyebabkan orang gerun. Perompak pun takut, ini menyebabkan gerun.. Hukum Islam kena sebat 100 kali, 100 kali itu macam sebat macam cikgu sekolah je, tapi undang-undang manusia ini 6 kali, sekali sebat nak mati. Dengar 100 itu orang gerun.

Setelah kita menerangkan, menyebabkan peringkat awal dulu banyak orang Islam orang Melayu ini menghina hukum Islam. Dia tak tahu color, menghina hukum Islam ini jadi kafir, jadi murtad, tapi dah kerana dia jahil, jahil tak jadi kafir kerana dia jahil. Kebanyakannya jahil, tak tahu dengan sebab kejahilan.

Kalau dia tahu, tak boleh. Banyak yang jahil tak tahu color. Bila kita menerangkan batas-batas iman dan kufur, walaupun orang kita kena tangkap, orang kita kena macam-macam, Ustaz Ibrahim Libya kena bunuh di Memali, kita sabar, kita terus menerangkan apa dia hukum Islam.

Hari ini orang Umno pun senyap, tak bercakap dah, tak hina dah hukum Islam. Bahkan bila kita nak bawa Undang-undang 355 di Parlimen, sebahagian besar orang Umno dia sudah sokong, sudah sokong, tinggal belas-belas orang je yang tidak sokong daripada 88 orang. Tetapi tak cukup, undi tak cukup lagi, ini yang berlakunya.

Menandakan sudah berubah, perubahan sudah berlaku. Dengan sebab itu, kita kena ramai lagi calon-calon kita yang menang ramai lagi. Bagi negeri Terengganu, kita memerintah dua kali 1959 sekali, 1999 sekali. (Tahun) 1959, kita menang dulu daripada Kelantan, Terengganu negeri yang pertama menang. Dua tahun setengah je jatuh. 1999 kita memerintah pula, bila kita memerintah, kita dulu undang-undang Islam, hapus cukai pintu, bagi tanah sampai 60 ribu lot bagi tanah, sehingga hasil kita bertambah naik, bertambah. Menyebabkan Kerajaan Pusat takut kerana Terengganu lebih kuat daripada Kelantan, urus tadbir kita.

Kelantan banyak gangguan sangat. Terengganu mudah. Bila mudah, dia guling kita tahun 2004, menyebabkan mereka guna pitih, rampas minyak, macam-macam, padahal menyalahi peraturan, menyalahi peraturan, dia buat. Terengganu kita boleh menang, boleh kerana kita pernah menang dan jumlah orang Islam sangat besar, cuma nak jaga tipu dia, itu sahajalah yang kita kena buat.

Pahala perjuangan 700 ganda

Malam ini kita rasmikan markaz kita, markaz ini adalah pusat kegiatan kita salah satu daripada kerja jamaah, kerja jamaah yang kita beri sumbangan. Dan kita kena sedar bahawa kerja jamaah ini kerja perjuangan Islam ini pahala dia sangat besar. Kalau derma dekat orang, sedekah, derma ke masjid, 10 kali ganda, derma kepada perjuangan, 700 kali ganda.

Jaga malam, berzikir, menangis, dalam masa 24 jam. Kita duduk sekejap je dalam perjuangan, berlipat kali ganda kelebihannya. Pasal apa jadi begitu? Sebabnya perjuangan Islam ini orang tak berapa nampak, payah orang nak mari. Dengan sebab itulah Tuhan jadikan kelebihannya lebih besar daripada ibadat-ibadat yang lain kerana Kerajaan Islam ini jadi payung kepada semua amal-amal Islam yang lain.

(Transkrip oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR dan suntingan oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari ucapan Presiden PAS sempena Majlis Perasmian Dewan Serbaguna Kampung Rudhua, Marang, Terengganu pada 8 Januari 2018) - HARAKAHDAILY 9/1/2018

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 21, 2018 7:06 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Orang ramai berkumpul sokong Cikgu Idzahril

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Selepas isu melibatkan seorang guru di Nilai Azizan Manap, satu lagi kes hampir sama mendapat perhatian awam di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Hari ini, pelbagai lapisan masyarakat berkumpul di perkarangan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang, sebagai tanda setiakawan kepada guru bahasa Inggeris Noor Idzahril Ahmad, lapor Sinar Harian.

Cikgu Idzahril, 52, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada muridnya yang berusia sembilan tahun pada 2 Ogos 2017.

Proses mahkamah kini di peringkat pendengaran kes.

Guru sekolah kebangsaan di Nibong Tebal itu berdepan hukuman penjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kisah Idzahril mendapat perhatian pengguna maya selepas ia tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, akhbar itu melaporkan orang ramai berkumpul di perkarangan Mahkamah Majistret Jawi seawal jam 8 pagi bagi menyatakan sokongan moral kepada Idzahril.

Berdasarkan gambar, mereka memaparkan kain rentang bertulis "Doa untuk Cikgu Idzahril".

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambri Mohd Isa dan Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat Datuk Mohamed Sabri Mohd Arshad turut hadir.

Cikgu Idzahril hadir ditemani tiga peguam. Pengamal media dilapor tidak dibenarkan memasuki kamar yang dikawal polis.

Mahkamah Majistret Seremban bulan lepas telah melepaskan tanpa membebaskan Azizan dari pertuduhan mencederakan muridnya setelah menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik semula pertuduhan.

Cikgu didakwa: Solidariti buat cikgu Idzahril
sinarharian.com
Mohamad Fakhri Mohd Ali

Cikgu Idzahril (tengah) bergambar bersama orang ramai yang hadir menyatakan solidariti di pekarangan Mahkamah Majistret Jawi, hari ini.
(Ubah saiz teks)
NIBONG TEBAL - Pelbagai lapisan masyarakat dilihat berkumpul di pekarangan Mahkamah Majistret Jawi, di sini, sebagai tanda solidariti kepada Cikgu Idzahril, hari ini.

Noor Idzahril Ahmad, 52, yang mengajar subjek bahasa Inggeris dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada muridnya yang berusia 9 tahun pada 2 Ogos 2017.

Beliau yang merupakan guru di sebuah sekolah kebangsaan, di sini, turut berdepan hukuman penjara selama satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kisah mengenai Cikgu Idzahril mula mendapat perhatian ramai netizen selepas ia tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Orang ramai dilihat berkumpul di pekarangan Mahkamah Majistret Jawi seawal jam 8 pagi
Pemerhatian Sinar Harian mendapati orang ramai mula berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi bagi menyatakan sokongan moral kepada cikgu Idzahril.

Turut hadir di Mahkamah Majistret Jawi ialah Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda; Presiden GPMS, Zambri Mohd Isa dan Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat, Datuk Mohamed Sabri Mohd Arshad.

Cikgu Idzahril yang hadir ke mahkamah dengan ditemani tiga peguamnya kira-kira jam 8.30 pagi dilihat terus memasuki kamar mahkamah untuk sesi pendengaran kes.

Pengamal media bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki kamar tersebut dengan kawalan pihak polis.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 21, 2018 7:06 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tribute Mitsubishi Lancer Evolution, Dari Evolution 1 Hingga Evolution 10
siakapkeli.my

Buat peminat kereta dari negara Matahari Terbit, selain Honda Civic dan Nissan Skyline, model keluaran Mitsubishi, Mitsubishi Lancer Evo turut menjadi pilihan kaki kereta di seluruh tanah air. Selain rekaan luarannya yang menarik dan 'jantan', enjinnya yang berkuasa juga menjadi sebab mengapa ia mendapat tempat di hati pemilik-pemiliknya.

Bagi mereka yang berduit, pasti sentiasa ternanti-nanti apakah penambah baikkan terbaru siri model yang mencetuskan fenomena dalam dunia permotoran dari dulu hingga sekarang. Maka tak hairanlah apabila Mitsubishi mengumunkan edisi akhir Evo X pada pada 2015 telah menyebabkan ramai peminat jentera tersebut kecewa.

Bagi mengubati sedikit kekecawaan tersebut, apakata kita ikuti perkongsian Serombong Kapal sebagai tribute kepada kenderaan lagenda sukan Rally dunia tersebut. Kami bawakan perkongsian tersebut untuk anda di bawah.

Tidak dapat dinafikan bahawa Mitsubishi Lancer Evolution, atau dipanggil Evo, adalah sebahagian sejarah automotif. Selain daripada penampilannya yang baik, ia telah menyusun legasi di dunia perlumbaan Rally dan mencetuskan fenomena dalam sukan bermotor dari dulu hingga sekarang. Ia adalah antara superstar JDM (Pasar Dalam Negara Jepun).

Itulah sebabnya berita Edisi Akhir Evo X pada tahun 2015 mengecewakan hati ramai peminat dunia permotoran, sementara ada yang berharap Evo membuat kemunculan semula yg heroik.

Namun, Mitsubishi telahpun mengumumkan pada Pameran Motor Tokyo 2017, kereta konsep 'crossover' elektrik E-Evolution akan menjadi.pengganti kepada sedan 4 pintu ikonik yang selama ini menjadi idaman semua remaja yg baru masuk alam baligh.

Tiada lagi bunyi turbo 'spooling' dan bunyi wastegate melepaskan lebihan 'kentut' dari nadi seekor haiwan ganas dan menakutkan.

Jadi, bagi mereka yang menyintai Mitsubishi Lancer Evolution sejak hari pertama, ini satu tribute kepada salah satu ikon sukan Rally amnya.

1. Lancer Evolution

Lancer Evolution yang pertama dilancarkan pada Oktober 1992. Terhasil dari keperluan untuk menggunakan kereta yang kompak bagi sukan rally kerana sebelum ini Mitsubishi menggunakan model besar seperti Galant dan Starion bagi perlumbaan rally. Dengan enjin 2.0L 4G63 dan pengecas turbo serta pacuan 4 roda yang terbukti sesuai untuk sukan rally, dengan 247 bhp dan tork 309 Nm, Lancer Evolution ini sukar dipandang rendah tidak kira dijalan raya mahupun di litar rally.

2. Lancer Evolution II

Lancer Evolution II keluaran Januari 1994 diberi sedikit 'tweak' dari segi suspensi dan enjin. Tiada major upgrade kerana 'persembahan' Evo I sebelum ini amat memuaskan hati. Cuma kuasa kuda enjin mendapat sedikit kenaikan dari 247 Bhp kepada 256 Bhp dengan bacaan tork yang sama iaitu 309 Nm.

3. Lancer Evolution III

Pada Februari 1995, Mitsubishi melancarkan Lancer Evolution III yg tampak lebih garang dengan bodykit yang agak garang. Dengan menaiktaraf sistem suspensi dan menala enjin 4G63 dengan pengecas turbo untuk mengeluarkan 266 Bhp dan 309 Nm tork, model Evo III ini antara model kegilaan peminat sukan rally sepanjang zaman. Model ini juga melonjakkan nama Mitsubishi sebagai 'Raja' dalam sukan rally. Musuh ketat mereka iaitu Ford dan Subaru dilihat gagal memberi saingan kepada kereta Mitsubishi ini.

4. Lancer Evolution IV

Lancer Evolution IV dilancarkan pada Ogos 1996. Buat pertama kalinya Mitsubishi melakukan 'Major Upgrade' ke atas model Lancer Evolution ini dengan reka bentuk baru yg dilihat lebih garang.

Kini, dengan foglight besar di bumper hadapan dan spoiler besar di belakang, Evo IV ini segera menambat hati peminat sukan bermotor. Bernadikan enjin 4G63 dan pengecas turbo dan pacuan 4 roda yang mengeluarkan 276 Bhp dan 330 Nm tork pasti tiada alasan untuk bergerak laju tak kira di tarmac mahupun di tanah merah.

5. Lancer Evolution V

Sedikit upgrade luaran pada Lancer Evolution V tahun 1998 dengan bonet hadapan, bumper dan spoiler yang berbeza dari Evo IV. Kuasa kuda enjin masih 276 Bhp atas sebab-sebab undang-undang di Jepun menghadkan kereta yang boleh di'tala' atau di'tune' perlu tidak melebihi 276 Bhp secara 'standard kilang'nya. Jumlah tork bagi model ini pula meningkat dari 330 Nm kepada 373 Nm lalu memberi kesan lebih 'kejantanan' semasa memandunya.

6. Lancer Evolution VI

Lancer Evolution VI dilancarkan pada Januari 1999 di saat Mitsubishi di puncak kejayaan dalam sukan rally. Dengan pemandu lagenda dari Finland Tommy Makkinen di cockpit, kejuaraan demi kejuaraan menjadi milik Mitsubishi. Masih mengeluarkan kuasa kuda yang sama dengan jumlah tork yang sedikit berkurangan pada jumlah 364 Nm, model ini menerima suntikan teknologi Active Yaw Control pada sistem differential dan transmisi bagi mengawal berapa banyak kuasa perlu diagihkan kepada setiap roda dengan bantuan sistem komputer yang pintar.

Terdapat keluaran terhad bagi model ini iaitu TME Edition (Tommy Makkinen Edition) sempena Kejuaraan Rally Dunia yang dirangkul Tommy Makkinen.

7. Lancer Evolution VII

Pada tahun 2001, Mitsubishi melancarkan model Lancer Evolution VII dengan rupa bentuk yang sangat berbeza. Kini Super Sedan ini telah kelihatan lebih dewasa dan tampak gagah. Berbekalkan enjin lagenda 4G63 dengan pengecas turbo, kuasa yg dihadkan adalah 276 Bhp dan 385 Nm tork.

Kereta ini telah dipopularkan oleh mendiang Paul Walker dalam filem 2 Fast 2 Furious bersama sebuah lagi model kereta Mitsubishi iaitu Eclipse Spyder.

8. Lancer Evolution VIII

Lancer Evolution VIII keluaran Januari 2003 diberi bodykit yang agak berbeza dari model sebelumnya. Dengan sedikit kekemasan dan kurang agresif, Evo VIII ini dilihat seperti sudah dijinakkan. Tetapi segala naiktaraf yang dilakukan di bahagian dalaman amat mengagumkan. Dengan sistem suspensi yang baik, dengan super computer yang mengawal 4 roda lebih bijak dari manusia mampu. Evo VIII ini bukanlah calang-calang sedan.

9. Lancer Evolution IX

Lancer Evolution IX yang dilancarkan Mac 2005 adalah model terakhir yang menggunakan khidmat enjin 4G63 dengan pengecas turbo. Dibantu dengan sistem kawalan injap MIVEC, dan super computer mengawal kuasa ke 4 roda, model ini amat popular dalam scene street racing. Enjin yang boleh ditala sehingga mencapai 1000 Bhp, sukar untuk menundukkan raksasa ini di jalanan. Kecuali ketika bertemu Godzilla.

10. Model Lancer Evolution X

Model Lancer Evolution X atau 10 ini adalah model yang paling lama jangka hayat jualannya. Dari tahun 2007 sehingga 2015, ramai pemerhati melihat Mitsubishi seperti hilang idea dan tidak mahu melangkah ke nombor 11.

Tekaan mereka tepat dengan Mitsubishi mengumumkan mereka akan menamatkan Lancer Evolution pada keluaran ke-10 ini sahaja. Dengan enjin yang baru dan lebih pintar, sistem suspensi yang berkelas dunia, model ini menjadi kegilaan remaja alaf baru.

Keluaran limited bagi model ini FQ-400 dengan 400 Bhp yang dibangunkan di UK menjadikan supercar seperti Lamborghini dan Ferrari makanan di litar lumba.

Sumber : Serombong Kapal

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 21, 2018 7:06 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Gurun Sahara Diliputi Salji Lagi, Kali Ketiga Dalam Masa 40 Tahun
siakapkeli.my

Sekali lagi, Gunung Gurun diliputi oleh salji dan ini merupakan kali ketiga gurun terbabit mengalami salji dalam masa 40 tahun.

Menurut laporan dari Independent.co.uk, gurun terbabit diliputi salji selepas salji mulai turun di bandar Ain Sefra di Algeria pada pagi Ahad seterusnya menyebabkan kawasan-kawasan di gurun terbabit diliputi salji sehingga setebal 16 inci.

Bagaimanapun salji itu tidak tahan lama apabila ia mula mencair pada sekitar jam 5.

Ini merupakan kali ketiga dalam masa 40 tahun bandar yang dikenali sebagai "Pintu ke Gurun" itu mengalami salji.

Sumber: Independent.co.uk

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: