8 Messages
Digest #4879
Messages
Tue Jan 9, 2018 6:37 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Penjawat Awam, Pesara Terima Bonus Hari Ini - Datuk Seri Najib Razak
siakapkeli.my
Hasrat kerajaan dalam membantu dan meringankan bebanan kos sara hidup dilaksana dengan pemberian bayaran khas sebanyak RM1,500 bagi penjawat awam dan RM750 bagi pesara.
Pemberiaan bayaran khas sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan tekanan dengan peningkataan perbelanjaan isi rumah pada awal tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah berkongsi melalui laman Twitternya malam tadi, "Insya-
Keputusan telah diumumkan ketika pembentangan Bajet 2018 yang berlangsung pada 27 Oktober lalu. Menurut beliau, bayaran khas bagi penjawat awam, RM1,500 akan dibayar pada awal Januari 2018 dan bakinya menjelang aidilfitri.
Bagi pesara kerajaan pula akan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang aidilfitri.
Siakapkeli.my
Sumber: Berita Harian
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 9, 2018 6:37 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Senarai Agihan Kerusi PH Di Semenanjung
bloglist-malaysia.
ekeleh.com
Senarai agihan kerusi Parlimen yang akan ditandingi komponen Pakatan Harapan di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
PPBM – 52
PKR – 51
Amanah – 27
DAP – 35
Ia dimaklumkan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah.
"Maka dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami," katanya..
Keputusan agihan kerusi itu dicapai menerusi mesyuarat PH yang berlangsung malam tadi.
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan
bloglist-malaysia.
cenangau blogspot
Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM
1. Arau
2. Pdg Besar
3. Langkawi
4. Jerlun
5. Kbg Pasu
6. Jerai
7. Pendang
8. Baling
9. Pasir Puteh
10. Bachok
11. Jeli
12. Gua Musang
13. Ketereh
14. Machang
15. Tumpat
16. Hulu Terengganu
17. Setiu
18. Besut
19. Tasek Gelugor
20. Larut
21. Lenggong
22. Tambun
23. Bagan Serai
24. Gerik
25. Tapah
26. K Kangsar
27. Pasir Salak
28. Jerantut
29. Kuala Krau
30. Lipis
31. Paya Besar
32. Maran
33. Pekan
34. Tg Karang
35. Sabak Bernam
36. Sg Besar
37. Putrajaya
38. Titiwangsa
39. Kuala Pilah
40. Jempol
41. Alor Gajah
42. Masjid Tanah
43. Pagoh
44. Mersing
45. Tenggara
46. Sri Gading
47. Penggerang
48. Pontian
49. Muar
50. Simpang Remggam
51. Kota Tinggi
52. Tg Piai
Kerusi parlimen yg akan ditandingi PKR
1. Kangar
2. Alor Setar
3. Kuala Kedah
4. Kulim Bandar Baru
5. Merbok
6. Padang Serai
7. Sungai Petani
8. Permatang Pauh
9. Bayan Baru
10. Nibong Tebal
11. Balik Pulau
12. Padang Rengas
13. Gopeng
14. Sungai Siput
15. Bagan Datoh
16. Tanjung Malim
17. Hulu Selangor
18. Selayang
19. Gombak
20. Ampang
21. Pandan
22. Petaling Jaya Selatan
23. Kelana Jaya
24. Subang
25. Kapar
26. Kuala Langat
27. Lembah Pantai
28. Setiawangsa
29. Wangsa Maju
30. Batu
31. Bandar Tun Razak
32. Teluk Kemang
33. Rembau
34. Bukit Katil
35. Tangga Batu
36. Segamat
37. Sekijang
38. Ledang
39. Batu Pahat
40. Sembrong
41. Pasir Gudang
42. Johor Bahru
43. Tebrau
44. Indera Mahkota
45. Kuantan
46. Bera
47. Kemaman
48. Dungun
49. Tanah Merah
50. Pasir Mas
51. Rompin
Kerusi parlimen yg akan ditandingi Amanah
1. Pokok Sena
2. Sik
3. Pdg Terap
4. Kepala Batas
5. Lumut
6. Parit
7. Parit Buntar
8. Bkt gantang
9. Kota Raja
10. Sepang
11. Hulu Langat
12. Shah Alam
13. Kuala Selangor
14. Jasin
15. Pulai
16. Simpang Renggam
17. Jelebu
18. Tampin
19. Temerloh
20. Marang
21. Kuala Terengganu
22. Kuala Nerus
23. Kubang Krian
24. Kota Bharu
25. Pengkalan Chepa
26. Bachok
27. Rantau Panjang
Kerusi parlimen yg akan ditandingi DAP
1. Bagan
2. Bukit Mertajam
3. Batu Kawan
4. Bukit Bendera,
5. Tanjong
6. Jelutong
7. Bukit Gelugor
8. Taiping
9. Ipoh Timor
10. Ipoh Barat
11. Batu Gajah
12. Beruas
13. Kampar
14. Telok Intan
15. Raub
16. Bentong
17. Cameron Highland
18. Serdang
19. Puchong
20. Petaling Jaya Utara
21. Klang
22. Kepong
23. Segambut
24. Bukit Bintang
25. Seputeh
26. Cheras
27. Seremban
28. Rasah
29. Kota Melaka
30. Bakri
31. Kluang
32. Gelang Patah
33. Kulai
34. Labis
35. Ayer Hitam
*Kerusi di semenanung sahaja. Untuk Sabah dan Sarawak belum diputuskan.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 9, 2018 6:38 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
"Tiba-Tiba Kereta Menyerong Seperti Drift Dan Terus Berpusing," Lelaki Dakwa Jadi Mangsa Khianat Di Cerun Terowong Menora
siakapkeli.my
8 Jan - Aktiviti penganiayaan di lebuh raya bukan lah satu jenayah baru dalam negara ini. Sudah ramai yang telah menjadi mangsa kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab hanya sekadar mahu meraih keuntungan secara mudah.
Lebuh raya utama negara pastinya menjadi tumpuan kepada si pelaku-pelaku ini menjalankan kegiatan jenayah mereka. Antara taktik yang digunakan ialah, menabur paku di jalan raya, menuang minyak dan pelbagai lagi taktik licik untuk membuat kenderaan terbabas.
Si pelaku akan menunggu di kawasan berdekatan kerana apabila ada kereta yang sudah menjadi mangsa mereka, mudah untuk mereka menghampiri mangsa.
Seorang pengguna Facebook yang bernama Mohd Ikhwan Ahmad Zaki berkongsi cerita di mana beliau merasakan telah menjadi mangsa penganiayaan jalan raya di kawasan terowong menora.
Menurut kenyataan beliau, keadaan keretanya berada dalam kondisi yang sangat baik dan mustahil kemalangan itu berlaku akibat daripada kondisi kenderaannya ataupun kecuaian dirinya. Dia juga mengatakan dia tidak merasa mengantuk ataupun bermain telefon bimbit ketika memandu.
Apa yang mencurigakan Ikhwan, sebaik sahaja kemalangan itu berlaku ada dua orang lelaki sudah bersedia di tempat akhir kereta Ikhwan berhenti dan menawarkan perkhidmatan tunda kereta.
Ikhwan bertambah curiga apabila ada seorang yang tak dikenali menghubungi beliau dan mahu membantu untuk membaiki kenderaannya yang rosak. Ikhwan pasti itu bukan dari pihak Takaful Etiqa.
Apabila terlalu banyak perkara yang mencurigakan, Ikhwan telah merasakan bahawa beliau sekeluarga telah dikhianati dan kemalangan ini sudah dirancang.
Ikhwan bersyukur dia dan keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan dan keretanya juga tidak mengalami kerosakkan yang serius dan menganggap segalnya yang terjadi adalah takdir dari Allah S.W.T.
Berikut adalah kisah penuh yang diceritakan Mohd Ikhwan melalui laman Facebooknya. Semoga perkongsian ini dapat mendidik kita supaya lebih berhati-hati dijalan raya dan berdoa agar kita tidak menjadi mangsa manusia yang tidak berhati perut ini.
Catatan dari saya mangsa kemalangan Km 259 (U) PLUS pada 4 Jan 2017
*Tujuan catatan saya adalah peringatan kepada kita semua agar selamat. Tidak dengan niat menuduh sesiapa. Ada banyak faktor kemalangan. Kita doakan agar Malaysia selamat dari apa-apa usaha penganiayaan, kita amat kesali dan semua pihak perlu berganding bahu mencegah punca akar masalah ini.
Tuan-puan juga boleh bertukar pengalaman dan pandangan untuk kebaikan semua..
Tuan-puan semua, berhati-hatilah semasa kawasan curam dan selekoh. Jika tak yakin, guna laluan lain. (Contohnya jalan lama melalui Sg Siput yang tidak securam laluan kemalangan saya)
Masa turun bukit, di selekoh. Selepas keluar terowong Menora Kuala Kangsar.
Masa itu memang fokus bawa. Tangan tak pegang telefon. Tiada unsur mengantuk, cuai, terburu-buru. Saya tak tergesa-gesa. Seperti biasa, semasa turun curam, saya fokus kawal kenderaan.
Di lorong kanan. Kelajuan biasa (yakni seperti kelajuan cermat biasa saya bawa selama ini semasa turun cerun - bukan terlalu perlahan dan pastinya tidak laju). Saya tidak memecut di situ. Hati saya sendiri tahu dan nasihat saya apabila kereta laju, itu tidak selamat dan saya akan elakkan. (Dari sudut lain, saya bukan jenis kaki cucuk, kaki potong, kaki pecut dan bersilang-silang menyelit)
Stereng memang stabil untuk saya kekalkan selamat dalam lorong kanan.
Kemudian apabila laluan sudah mula agak lurus (bukan selekoh tajam), tiba-tiba tayar/kenderaan terasa seperti menyerong (drift? glide? skid?) ke kiri walaupun tangan dan stereng kemas memegang untuk lurus ke depan. Seperti ada benda tarik kereta ke arah kiri. Saya cuba perlahankan kereta. Tekan brek secara biasa (bukan dalam keadaan panik). Dari situ berpusing-pusing. Selepas itu, tiada apa dapat saya buat.
Selepas kejadian, saya masih terbayang. Bagaimana jika ada kenderaan lain di belakang kami laju lalu melanggar kami?
Isteri dan anak kecil saya berada di belakang. Dia menjerit panik selepas terjaga dari tidur. Pada hari kejadian, dia rasa pelik dan hanya doa minta Allah selamatkan perjalanan kami.
Semasa kereta berpusing banyak kali dan saya tak mampu buat apa, saya terfikir : mungkinkah umur saya akan habis di sini?
Tiada kecederaan berlaku. Impak pelanggaran dengan penghadang tepi jalan tidak kuat (dengan merujuk keadaan beg udara tidak diaktifkan, tiada cermin pecah, kami tidak terhantuk) kerana kereta tidak bergerak laju.
Tayar depan dan belakang bunga masih elok, tidak haus. Tidak pecah/bocor.
Cuaca semasa itu tidak hujan. Saya yakin permukaan jalan tidak mengalirkan air deras. Setidak-tidaknya sekadar lembap. (Jika saya mampu kembali ke lokasi impak mula terjadi, saya ingin kaji keadaan permukaan jalan dan teliti cari mana-mana kesan kewujudan bahan luar). Semasa kami sudah keluar dari kereta dan berdiri, tidak lama selepas itu terasa sekadar beberapa titis air kecil dari langit.
Permukaan jalan boleh jadi bertambah licin akibat minyak keluar dari enjin kereta lori. Boleh jadi disengajakan dengan diletakkan oleh sesiapa yang tak bertanggung jawab (yang ini adalah samar). Maka perlu siasatan lebih terperinci. Mungkin ambil sampel.
Kereta saya sentiasa servis ikut jadual di pusat sah Perodua.
Laluan itu telah begitu banyak kali saya lalu (bukan kali pertama). Saya banyak berulang ke rumah asal di utara dari Lembah Klang sejak 2014 dengan kereta sendiri. Saya bermaksud : saya pernah ada pengalaman. Namun saya tidak pandang rendah dan berikan perhatian semasa lalu di situ. Nauzubillah, bukan mengaku pakar. Tidak sesekali.
Berapa perkara membuatkan kita berfikir lebih:
1. Respon segera dan tawaran bantuan diberikan penyedia perkhidmatan luar syarikat takaful insurans. (Insya Allah ada yang jujur. Tapi masih kena beringat tentang risiko penipuan) Mereka cepat bertindak mendekati kita, bahkan menghubungi telefon kita untuk khidmat baiki kenderaan (walaupun kita belum hubungi mereka).
Semasa insiden saya, sudah ada wakil pihak tertentu di lokasi itu. Dia datang kepada kami beri arahan utk keluar kereta pergi tempat selamat dan bawa barang berharga. Dia tanggalkan no plat kenderaan. Dia berunding dengan nada seingat saya "nak tolong saja, tak minta duit".
2. Kawasan akhir kereta berhenti terbabas adalah dekat dengan kawasan lapang.
3. Kita teringat tentang catatan insiden seperti di kawasan Karak/Pahang. Dalam catatan itu, penulis menyebut kemungkinan ada unsur khianat. Didakwa cecair pelicin diletakkan.
4. Polis Kuala Kangsar dan Bengkel Perodua Ipoh maklumkan kes di situ banyak berlaku. Jika statistik begitu tinggi, mesti ada sesuatu yang kita kena kaji semula.
Terjadi kepada saya pada 630 ptg 4/1/2018
Pada kira-kira 400 ptg 5/1/2018 semasa saya menuju Ipoh, saya lihat sudah ada kereta tersadai dengan remukan di depan pada lokasi seperti saya sehari sebelumnya.
Pemasangan dashcam boleh bantu kita dengan rekod untuk analisis selepas insiden.
Siasatan dan kajian terperinci wajar dilaksanakan untuk benar-benar menemukan punca akar. Umpamanya keputusan meniadakan Tol Jelapang setelah banyaknya kes kemalangan selepas turun curam.
Kita kena bertindak sekarang. Jika tidak, keluarga dan rakan kita mungkin maut/cedera di situ.
Saya mohon ampunan Allah dan kemaafan mana-mana pihak jika ada kesalahan dalam usaha berkongsi pengalaman dan kesedaran ini.
(Yang bawah ni saya copy paste dari mesej kepada kawan luar Malaysia)
Just to add on. My wife asked me. Why I was not panicked when it was turning many rounds before it stopped.
Because before the incident, I was in control. I drove at moderate speed. I did not speed up. I was trying to control the situation.
Anyway, it is a bit traumatic. Need time to recover.
Indeed I did my very best. All happened with the taqdir from Allah. - Siakapkeli.my
Sumber: Malaysian Response Team
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 9, 2018 6:38 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Sibuk Felda melabur rugi, Petronas apa cerita?
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.
"
Assalamualaikum,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan...
Sibuk riuh rendah pasal Felda rugi berbilion ringgit dan Isa Samad jadi tumpuan kerana pelaburannya yang tak masuk akal.Benar,perlu diketengahkan salah laku yang menyebabkan kerugian besar kepada rakyat, tiada keraguan tentang itu tetapi mengapa memilih isu sahaja sedangkan ada isu lain yang rasanya lebih besar dan signifikan kepada rakyat.Mahani Zainal Abidin, pengarah institut strategi negara(bekas pensyarah ekonomi saya di UM dulu) pernah berkata Pertonas sebagai institusi penjana wang rakyat perlu melabur untuk menambah pendapatannya, Petronas tidak boleh hanya memberi wang kepada rakyat tanpa perlu mengandakan wangnya.Jadi Petronaspun melabur dengan pelaburan yang besar untuk rakyat tapi mana pulangannya?
Kini ketika industri minyak mengalami penurunan yang besar, petronas sudahpun memberhentikan ramai pekerjanya tanpa sedikit kelihatan hasil dari pelaburan besarnya di luar negara.Ke mana perginya pelaburan besar ini? Kenapa tiada yang mahu bertanya seperti Felda yang telah menjadi isu utama pelaburan rakyat sedangkan Petronas menyimpan jauh lebih banyak wang rakyat.
Kenapa PH juga tak pernah bertanya pasal Petronas? Apakah kerana pelaburan Petronas ini banyak dilakukan di zaman Mahathir? Kalau benarlah PH berjuang untuk rakyat tertindas, kenapa tak pernah sebut pasal Petronas?
Kalau diperhatikan pelaburan Petronas yang kecilpun berjumlah 8 bilion jauh lebih banyak dari 2.6 Billion wang yang hilang di 1MBD ketika Petronas melabur dalam konsurtion perkapalan milik Mirzan Mahathir dan kemudiannya syarikat yang dibeli dengan harga 8 billion wang rakyat ini dibubarkan dan hilang dari peta sampai sekarang.
Pulangan dari pelaburan kecil sebanyak 8 billionpun tak ada dan tidak dirasai oleh rakyat, apatah lagi pelaburan besarnya di Iran, Turkistan dan banyak negara lain lagi.Di mana hasil pelaburannya yang sepatutnya dinikmati rakyat di saat petronas mengalami kejatuhan pendapatan kerana penurunan harga minyak dunia.
Rapiji pun tak pernah sebut atau bongkar kisah pelaburan Petronas seperti dia banyak membongkar kisah 1MDB, Felda dan lain lain salah laku, kenapa? Apakah kerana pelaburan ini banyak dibuat semasa Mahathir menjadi PM dan penasihat Petronas yang menyebabkan mulut rapiji terkunci?
"......
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
''PETRONAS Tidak Akan Bersama Hafizh Syahrin Lagi Untuk Saingan Musim Depan'
siakapkeli.my
Syarikat Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS) mengumumkan keputusan mengejut apabila bertindak menarik diri sebagai penaja pelumba sensasi Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah dalam saingan kalendar perlumbaan MotoGP musim depan.
Berita penarikan riri tersebut disahkan oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), namun memaklumkan bahawa Hafizh kekal beraksi bersama pasukan barunya iaitu SIC Racing Team.
Sebelum penarikan diri PETRONAS, Hafizh bakal bersaing untuk saingan musim depan bersama pasukan Petronas Sprinta Racing, pasukan yang ditubuh khas buat Hafizh.
"PETRONAS tidak akan bersama Hafizh Syahrin Abdullah untuk saingan 2018 dan musim berikutnya.
"Namun PETRONAS akan kekal beri sokongan penuh kepada pasukan Moto3," kata SIC dalam satu kenyataan.
Manakala dalam saingan Moto3 yang disokong PETRONAS, pasukan yang diurus SIC itu kekal menggunakan nama PETRONAS Sprinta Racing yang akan menampilkan pelumba Adam Norrodin dan pelumba dari Jepun, Ayumu Sasaki.
Terdahulu, Hafizh menjadi pelumba sepenuh masa negara yang beraksi dalam saingan Moto2 bersama pasukan PETRONAS Raceline untuk tempoh empat tahun.
Sumber : BH Online
Pahang Tak Boleh Mohon Lesen AFC Selama 2 Tahun, Perak Didenda RM 35,000 Antara Hukuman Yang Dikenakan Oleh FAM
siakapkeli.my
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui satu kenyataan yang dimuat naik di laman web rasmi persatuan tersebut telah memutuskan untuk menghukum Persatuan Bolasepak Pahang, Persatuan Bolasepak Perak dan 3 orang pemain dan seorang jurulatih penjaga gol dari pasukan Terengganu City FC atas kesalahan yang dilakukan sepanjang liga musim lepas berlangsung.
Keputusan hukuman tersebut dibuat berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM kali keempat bagi penggal 2017-2021 pada 20 Disember 2017 (Rabu), semalam.
Bagi Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP), mereka dilarang daripada memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun di atas kesalahan enggan atau gagal mendaftarkan pasukan untuk berman di kejohanan Piala AFC 2018 walaupun FAM mengeluarkan surat arahan untuk berbuat demikian bertarikh 24 November 2017.
Jawatankuasa Tatatertib FAM mendapati keengganan atau kegagalan PBNP telah melanggar Artiker 14, Statut FAM. FAM pada masa yang sama juga turut memberi amaran keras terhadap PBNP dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika PBNP mengulangi kesalahan yang sama di masa hadapan.
Manakala bagi Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) pula, mereka didapati melakukan 4 kesalahan dalam perlawanan Separuh Akhir 1 Piala Malaysia 2017 di Stadium Ipoh ketika melayan kunjungan Johor Darul Ta'zim pada 15 Oktober yang lalu.
Bagi kesalahan-kesalahan tersebut, FAM mengarahkan PAFA untuk membayar denda keseluruhan sebanyak RM 35,000 selain turut diarahkan bermain di dalam stadium kosong di gelanggang sendiri untuk dua perlawanan. PAFA juga turut diberi amaran keras dan boleh dikenakan hukuman yang lebih berat jika mengulagi kesalahan yang sama.
Bagi Terengganu City FC pula, hukuman yang diberi hanyalah membabitkan pemain dan jurulatih sahaja. Tiga pemain yang dihukum oleh FAM adalah Mohd Haris Safwan Mohd Kamal, Shafuan Adli Shaari dan Syam Shahril Ghulam manakala jurulatih penjaga gol adalah Zulkipli Ismail.
Mohd Haris Safwan Mohd Kamal didapati bersalah dengan berkelakuan ganas dan menampar pemain pasukan lawan (Ammar Akhmal Alias) dalam perlawanan Suku Akhir 2 Piala FAM menentang Felcra FC pada 27 September lalu. Bagi kesalahan tersebut, Haris Safwan digantung lima perlawanan dan didenda sebanyak RM 3,000 selain turut menerima amaran keras daripada FAM.
Bagi Shafuan Adli Shaari dan Syam Shahril Ghulam pula, mereka didapati tidak mempamerkan semangat kesukanan apabila menceroboh ke dalam padang dan mengejar pengadil perlawanan (Abd Rahman Wahab) dalam perlawanan yang sama. Mereka berdua menerima hukuman gantung sebanyak lima perlawanan serta turut didenda sebanyak RM 3,000. Dia juga turut diberi amaran keras oleh FAM.
Manakala bagi Zulkipli Ismail pula, dia didakwa berkelakuan ganas, mengejar dan menendang di bahagian betis sebelah kiri Penolong Pengadil 1 (Mohd Khairul Nizam Radzali) dalam perlawanan yang sama. FAM mengarahkan Zulkipli menjalani penggantungan selama 6 bulan selain turut diarahkan membayar denda sebanyak RM 5,000 dan diberi amaran keras.
Bagi hukuman-hukuman tersebut, semua pihak yang didapati bersalah dibenarkan untuk membuat rayuan kepada FAM.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Daruk Baljit Singh Sidhu.
Sumber : Persatuan Bolasepak Malaysia
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 9, 2018 6:39 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Jumpa pakar baik pulih kereta Proton Savvy di Sungai Petani yang banyak bantu selesaikan masalah
bloglist-malaysia.
jasduit.com
Mat Bihi
Masih ingat lagi kereta Proton Savvy?
Kalau anda salah seorang pengguna yang pernah membeli dan pakai Proton Savvy, sudah tentu masih ingat. Paling ketara adalah ingatan terhadap segala masalah yang pernah diberikan oleh kereta Proton kompak tersebut selama ianya diguna pakai.
Punyalah teruk kerenah yang diberikan oleh Proton Savvy tersebut sampai pernah satu ketika Pengarah Urusan Proton ketika itu, Syed Zainal kata Proton Savvy telah memberikan satu imej yang amat buruk kepada jenama Proton.
Beliau kata macam tu ketika menghadiri acara GLC Open Day pada tahun 2011. Proton masa itu umumkan keputusan Proton untuk hentikan pembuatan Proton Savvy dari senarai produk pengeluarannya.
Proton Savvy banyak masalah
Terlalu banyak rungutan yang diterima daripada pengguna Proton Savvy yang menggunakan enjin buatan Renault. Syed Zainal masa tu minta pengguna jangan salahkan Proton atas kesemua masalah yang diberikan oleh kereta Proton.
Mungkin sebab utamanya adalah kerana Proton bergantung pada berbagai komponen dari para pembekal untuk menghasilkan sebuah kereta.
Masa itu Proton pasang sebanyak 700 kereta satu hari, jadi mana nak sempat buat semua pemeriksaan pada semua komponen. Walaupun itu bukan alasan yang munasabah untuk ketepikan semua cemuhan yang para pengguna lemparkan pada Proton, tapi ia tetap tidak menghalang untuk Proton jadikan ia satu alasan hentikan terus pengeluaran Proton Savvy.
Kalau Proton Savvy ada masalah, repair
Walaupun proton tak ada masa untuk periksa semua komponen yang pembekal hantar, tapi pengguna tak perlu risau sebab setiap pembekal perlu bersetuju untuk tanda tanga perjanjian kontrak jual beli. Pembekal perlu bersetuju untuk semak kualiti komponen yang dibekalkan dan bersedia untuk berikan jaminan terhadap semua komponen yang ada masalah.
Jadi pengguna kereta Proton Savvy tak perlu risau kalau kenderaan mereka ada masalah sebab sentiasa akan ada jaminan pembaikan tukar komponen yang didapati tidak mencapai kualiti yang baik. Ada masalah, pergi repair dan baik pulih semula.
Spareparts mungkin memang tak ada masalah. Tapi yang ada masalah adalah kemahiran untuk kenal pasti apa sebenarnya yang rosak. Ertinya masalah sumber tenaga mahir yang cekap trouble shoot. Itulah yang jadi maslaah utama sebenarnya.
Jumpa pakar baik pulih Savvy
Saya belajar benda baru pasal Proton Savvy hari ini bila berpeluang jumpa dan bersembang dengan seorang mekanik yang memang banyak pengalaman baik pulih masalah yang dihadapi oleh pemilik Proton Savvy.
Memang tak ada masalah untuk cari barang ganti Proton Savvy yang bermasalah.. Tapi kalau tukar barang yang tak ada masalah, sampai bilapun masalah tak akan selesai. Jika bijak kenal pasti parts yang mendatangkan masalah, dan tukar, semua masalah akan selesai.
Jadi itulah yang dia buat selama ini. Belajar untuk trouble shoot apa masalah sebenar dan buat penukaran atau baiki mana yang patut. Setakat ini, bila orang lain gagal selesaikan masalah yang ada pada Savvy, panggil dia, sekejap saja dia repair dan semuanya baik semula.
Tak hairanlah dia pusing satu Malaysia untuk pergi selesaikan masalah yang para peminat Proton Savvy hadapi. Bukan setakat Malaysia, malah dia pergi sampai ke Krabi dan daerah lain di Thailand yang ada banyak juga pengguna Proton Savvy.
Ada beberapa orang lagi yang memang jaguh repair Proton Savvy ni. Yang saya jumpa beroperasi di kawasan utara di Sungai Petani. Ada seorang lagi juga di kawasan utara ini yang juga pakar repair Savvy, kata mekanik itu pada saya tadi.
Ertinya memang ada rangkaian mekanik di kalangan mereka yang dah fasih sangat selok belok repair segala masalah yang Proton Savvy hadapi. Jadi anda yang masih ada masalah dan mula putus asa dengan Proton Savvy ni jangan risau..
" Pada yang ada masalah untuk Proton Savvy, boleh cuba berhubung dengan Farid untuk mendapatkan bantuannya. Telefon saja di nombor 011-40381111 "
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 9, 2018 2:42 pm (PST) . Posted by:
"bashah" bwasi
iklan rupanya...oklah
On Tuesday, January 9, 2018, 10:40:11 PM GMT+8, '-:rIeNaCoM:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil] <automobil@yahoogroups.com> wrote:
Jumpa pakar baik pulih kereta Proton Savvy di Sungai Petani yang banyak bantu selesaikan masalah
bloglist-malaysia.blogspot. jasduit.comMat Bihi Masih ingat lagi kereta Proton Savvy?

Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17. Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Macam Tak Percaya, Anda Akan Dapat 6X Mata Ganjaran Mengisi Minyak PETRONAS Atau Berbelanja Di Kedai Mesra PETRONAS
siakapkeli.my
Seperti sedia maklum bahawa baucar gores dalam kempen "The Only Game Where Everybody Wins" yang dilancar oleh pihak PETRONAS mendapat sambutan yang amat hangat .
Kepada mereka yang terlepas peluang itu, ianya bukan berakhir disitu sahaja, ada yang lagi menarik di mana tanda penghargaan kepada sokongan penuh pelanggannya petronas menawarkan ganjaran tambahan bagi pemegang Kad Mesra iaitu 6x Mata Ganjaran kepada yang mengisi minyak di stesen minyak PETRONAS atau berbelanja di kedai Mesra seluruh negara
Baru sahaja PETRONAS naikkan kepada 3X mata ganjaran sebelum ini, mereka naikkan lagi ke 6X mata ganjaran pula, jelas sekali ianya merupakan ganjaran mata ganjaran berbaloi dan besar dari jenama-jenama stesen minyak yang lain, melebihi 2 kali ganda.
Berikut adalah pengiraan bila anda Isi minyak PETRONAS atau berbelanja di kedai Mesra PETRONAS, Jom kita tunjuk dalam cara pengiraan.
Isi Petrol / diesel 1 liter = 6 mata ganjaran kad Mesra,
Kedai Mesra RM1 = 6 mata ganjaran kad Mesra,
Jadi, jika anda mengisi 40 liter petrol atau diesel, anda sudah mengumpul 240 mata ganjaran dan jika anta berbelanja RM10 untuk snek di kedai mesra, anda sudah mengumpul 60 mata ganjaran kad mesra.
Program 6X mata ganjaran ini akan berjalan selama seminggu bermula bermula 6 Januari 2018 sehingga 12 Januari 2018, semakin banyak mata yang anda kumpulkan, semakin banyak anda akan dapat menebus kemudian untuk bahan bakar dan makanan dan minuman percuma di Kedai Mesra!
Belum mempunyai Kad Mesra? Dapatkan milik anda secara percuma di mana-mana stesen PETRONAS di seluruh negara! Anda juga boleh leret dan kumpul mata ganjaran ini dengan segera.
Bila dah dapat kad, jangan lupa untuk daftar kad berkenaan supaya dapat menebus mata ganjaran anda, caranya amat mudah iaitu
TAIP
KADMESRA (ruang) 17 digit nombor PETRONAS Mesra (ruang) Nombor IC (ruang) Nama hantar ke 36732
Atau melalui aplikasi dalam talian.
Untuk maklumat lanjut, boleh kujungi laman web www.mymesra.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 9, 2018 6:41 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
BNM Lancar eCCRIS, Sudah Boleh Cetak Laporan Dari Rumah Secara Percuma & Lelaki Ini Ajar Langkah Demi Langkah Untuk Daftar
siakapkeli.my
21 Dis - Baru-baru ini secara rasminya Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan platform elektronik untuk sistem Central Credit Reference Information System (CCRIS). Platform ini dikenali sebagai eCCRIS. Sisitem elektronik ini diwujudkan bagi memudahkan para pengguna mendapatkan data tentang segala hutang pengguna dengan pihak bank.
Dengan wujudnya platform elektronik CCRIS ini, anda sebagai peminjam akan lebih mudah untuk menyemak rekod pembayaran anda dengan semua institusi kewangan yang anda pernah lakukan pinjaman termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Seperti semua maklum, CCRIS adalah sistem dimana tersimpan semua rekod pinjaman secara peribadi dan daripada CCRIS ini juga pihak bank merujuk untuk meluluskan permohonan pinjaman anda yang baru.
Seorang pengguna Facebook telah berkongsi cara untuk mendaftar eCCRIS ini di BNM. Beliau yang dikenali sebagai Harith Faisal telah memuat naik beberapa keping gambar cara mendaftar menggunakan Kiosk CCRIS yang terdapat di Bank Negara Malaysia. Jom ikuti perkongsian yang bermanfaat ini dan boleh lah kita mendaftar dengan segera.
eCCRIS baru dilancarkan!! Hari ni, saya dan kawan-kawan excited sangat pergi ke BNM sebab nak daftar untuk kali pertama. Ya, hanya sekali saja perlu ke sana, lepas ni kami boleh dapatkan laporan CCRIS kami dari rumah. Asalkan ada internet.
Nah saya dah sediakan tutorial untuk daftar eCCRIS kat BNM dan dapatkan laporan CCRIS secara percuma dari rumah. Kita kena selalu bersyukur, hidup kita makin mudah. Buat korang yang masih belum kenal CCRIS, saya nak cerita sikit ni.
Laporan CCRIS ni dia kumpulkan rekod bayaran bulanan untuk 12 bulan terkini kesemua hutang kau dengan bank. Kewangan yang baik, rekodnya semua nombor 0, 0, 0, 0, 0. Maksudnya, kau takda apa-apa tunggakan. Semua bayar cantik.
Kalau muncul angka 1 tu maksudnya kau ada sebulan tertunggak bayaran bulanan. Ada juga yang sampai muncul angka 36 tau. Maksudnya dah 3 tahun tak bayar hutang, biasanya PTPTN-lah. Ramai orang buat-buat hilang ingatan. Haha!
Jom saya tunjukkan cara semak CCRIS secara online iaitu eCCRIS. Mudah, percuma, pantas dan selamat dunia akhirat. Penerangan ada kat setiap gambar.
1. Bila-bila kau ada masa lapang, kau pergilah bersiar-siar ke kiosk CCRIS kat BNM. BNM tu apa? Bank Negara Malaysia-lah. Datang hari bekerja daripada pukul 9.00 pagi sampai 5.00 petang. Ni alamatnya,
BNMLINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
2. Bila dah sampai depan kiosk tu, kau kena pilih bahasa apa yang kau nak. Bahasa Malaysia atau English. Nak bahasa lain, kau kena pergi negara lain. Okay tak lawak.
3. Klik eCCRIS.
4. Klik "Daftar Pengguna" segera. Tak payah nak fikir lama-lama sangat. Bukannya kau tengah jawab soalan sejarah SPM pun.
5. Kemudian, kau kena masukkan kad pengenalan dan sediakan jari kau untuk pengesahan biometrik.
6. Dia akan minta nombor telefon bimbit kau. Senang cerita, masukkan nombor telefon yang ada kat kau waktu tu. Klik "Teruskan".
7. Semak balik info kau. Bila dah yakin semua betul, bolehlah klik "Sahkan" dengan penuh keyakinan.
8. Kau akan dapat PIN 6 digit kat nombor telefon yang kau daftarkan tadi di smartfon kau yang mahal tu.
9. Kemudian, masuk ke link ni
https://eccris.bnm.gov.my/. Hah! Macam inilah rupa website dia. Kau klik "First Time Login".
10. Nationality pilih "Malaysia". ID Number letak nombor kad pengenalan tanpa simbol. PIN kau masukkan ikut PIN yang kau dapat tadi tu.
11. Kemudian, kau kena daftar User ID, kata laluan, security question, security image. Kata laluan tu tersangatlah penting. Ingat baik-baik. Jangan main hentam saja.
12. Dah selesai. Kau dah boleh buka semula linkhttps://eccris.bnm.gov.my/ dan masukkan User ID dengan kata laluan.
13. Nak dapatkan eCCRIS kau macam ni. Klik "Enquiry" kat tab atas tu dan pilih "Self Enquiry"
14. Kau kena baca "Disclaimer&qu
15. Siap, Jadi lepas ni kau tak payah nak peluh ketiak pergi Bank Negara. Tak payah bayar tol, tak payah bayar petrol, tak payah bayar parking, tak payah naik LRT atau KTM. Hanya gerakkan jari jemari saja. Dahlah FREE pula tu..
Contoh Laporan CCRIS
Sumber: Harith Faisal
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments:
Post a Comment