Thursday, January 18, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4883

7 Messages

Digest #4883
2
Fw: Untuk Lawan Iblis Khanzab by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
5
Fw: Dunia Islam masa kini by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
6
Fw: Sejarah Tak Menipu.... by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Thu Jan 18, 2018 6:22 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Si Arab Kaya Bantu Yahudi Rampas Baitulmaqdis

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


Firman Allah SWT:
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا نُؤْمِنُ بِمَا أُنْزِلَ عَلَيْنَا وَيَكْفُرُونَ بِمَا وَرَاءَهُ وَهُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِمَا مَعَهُمْ ۗ قُلْ فَلِمَ تَقْتُلُونَ أَنْبِيَاءَ اللَّهِ مِنْ قَبْلُ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
وَلَقَدْ جَاءَكُمْ مُوسَىٰ بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ اتَّخَذْتُمُ الْعِجْلَ مِنْ بَعْدِهِ وَأَنْتُمْ ظَالِمُونَ
وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَكُمْ وَرَفَعْنَا فَوْقَكُمُ الطُّورَ خُذُوا مَا آتَيْنَاكُمْ بِقُوَّةٍ وَاسْمَعُوا ۖ قَالُوا سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا وَأُشْرِبُوا فِي قُلُوبِهِمُ الْعِجْلَ بِكُفْرِهِمْ ۚ قُلْ بِئْسَمَا يَأْمُرُكُمْ بِهِ إِيمَانُكُمْ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?".

Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim.
Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil kami berfirman): "Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)". Mereka menjawab: "Kami dengar, dan kami menderhaka". Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad):" Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman".
[Al-Baqarah:91-93]
Ayat ini membongkar tentang kejahatan Bani Israel di zaman dahulu. Berbagai kemungkaran yang telah mereka lakukan. Walaupun mereka tahu bahawa Muhammad adalah Nabi yang benar, mereka tidak beriman kerana benci kepada kaum yang bukan di kalangan mereka. Mereka juga pernah membunuh Nabi-Nabi daripada bangsa mereka sendiri, malah pernah menjadikan patung lembu sebagai tuhan selain daripada Allah SWT.

Inilah jahatnya bangsa Bani Israel. Sampai ke hari ini masih berlaku jahat. Sudahlah jahat, menipu orang pula untuk ikut kejahatan mereka. Rampas bumi Palestin, rampas Masjidil Aqsa yang bukan hak mereka.

Masalahnya ada orang Islam pula yang tolong mereka. Sanggup beri duit hasil kekayaan mereka kepada orang Palestin supaya mereka menyerahkan Baitumaqdis kepada orang Yahudi. Mereka sediakan tanah di Sinai untuk berpindah. Duduk diam-diam di sana. Tidak perlu lagi melawan yahudi.

Tetapi pemimpin-pemimpin Islam mahupun sekular (Palestin) menolak tawaran ini. Yang tawarkan duit ini pula bodoh mahu bantu Yahudi.

Inilah perangai si arab kaya itu. Arab yang banyak minyak itu. Perkara ini didedahkan oleh media-media. Sanggup dengan kekayaan itu, bersekongkol dengan Yahudi. Allah SWT bongkar semuanya di akhir zaman ini.

Masjid Rusila
24 Rabiul Akhir 1439
12 Januari 2018

(Alang Ibn Shukrimun)

Telegram:
telegram.me/AlangIbnShukrimun
Facebook:
fb.com/AlangShukrimun

#AiSTGHH
#AiSGeoPol
#AiSSiasah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jan 18, 2018 6:22 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ikut 3 Langkah Ini Untuk Lawan Iblis Khanzab Yang Mengganggu Ketika Solat
siakapkeli.my

Biasa terjadi apabila sedang solat mulalah belegar-legar bermacam-macam perkara didalam kepala. Susah untuk fokus dan mencapai masa khusyuk ketika solat. Seorang ustaz pernah berkata, 'khusyuk dalam solat itu rezeki'. Solat lazimnya bukan sahaja aktiviti fizikal yang membuatkan kita berdiri, kemudian ruku' dan duduk, malah ia juga adalah aktiviti mental yang melibatkan otak.

Daripada aspek Sains, apabila seseorang itu solat tanpa khusyuk, otak bahagian prefrontal cortex (PFC) masih terus aktif. Dikatakan, semua aktiviti dunia berlari diminda seperti tayangan movie. Namun, apabila solat dihadirkan dengan hati dan minda yang khusyuk, kajian membuktikan bahagian PFC otak kelihatan senyap dan sunyi. Ini menunjukkan solat dengan khusyuk beri kesan luar biasa pada otak. Untuk mencapai khusyuk solat, seseorang itu perlu duduk dalam keadaan yang selesa dan bernafas dengan betul untuk terus fokus.

Daripada aspek Islam pula, setiap kali umat Nabi Muhammad s.a.w ini solat, akan hadir Iblis yang bernama Khanzab yang tugasnya hanya untuk mengganggu orang beribadah. Mulalah lupa rakaat, ingat perkara-perkara yang tidak penting dan terasa gatal anggota badan.

Perkongsian daripada Alif menerusi akaun Twitternya ini mendapat lebih 28,000 shares dan mungkin dapat membantu kita dalam mencapai khusyuk solat tanpa fikirkan yang bukan-bukan atau lupa bilangan rakaat sepatutnya.

Sedikit perkongsian tentang solat,
Waktu tak solat, takde ingat apa apa, time solat je macam macam benda masuk kat kepala.

Jadi aku nak bagi sikit perkongsian untuk kita menjadi husyuk ketika solat tanpa fikiran yang bukan bukan semasa kita solat

In sya allah dengan izin allah.
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018

Aku rasa, ramai orang hadapi masalah ni.. Time kita tak solat, takde pulak pikir pasal apa2.. Time baca Fatihah, baca Surah, time Tahiyyat, time tu jugak la teringat baju kat ampaian, kasut kat luar, keter dah nak mati roadtax.. Benda merepek2 yg masuk dlm kepala..
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018
Abes je bagi salam, takde pulak pikir pasal benda2 ni semua.. Bila dah khayal ingat benda2 ni semua, kita pun terlupa rakaat ke berapa..
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018
Ada tu, kita rasa mcm kentut, tapi betul ke kentut? Kalau kentut, batal wudhu.. Batal ler solat.. Ishhh.. Camne nak buat ni? Camne la nak khusyuk solat ni??
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018
Meh sini aku nak cakap sikit... Bila kita solat, akan hadir Iblis bernama Khanzab.. Dia ni kejenya memang mengacau orang solat.. Kita akan teringat benda2 tak penting, pastu terlupa rakaat, pastu dia timbulkan keraguan kita kentut ke tak.. macam kentut, macam tak..
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018

Nabi SAW ada berpesan yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad pasal benda ni.. Kalau kentut, pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau.. Kalau takde, tu si Khanzab nyer kejer le tu.. Kalau teringat benda2 kat luar solat, tu kejer si Khanzab jugak.. Jahat kan dia ni?
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018

Samseng sungguh! Memang dia nak lalaikan kita.. Nak kita tak khusyuk dalam solat.. Bila kita khayal teringat benda2 ni, tapi mulut kumat kamit baca bacaan dlm solat, si Khanzab ni berdekah-dekah ketawakan kita.. Cis!!!
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018

Cara nak lawan si Khanzab ni

[1] Baca Ta'awuz (a'uzubiLLaHiminassyaitonnirrojim) sebelum solat pastu ludah ke kiri 3x (syarat meludah je.. Bukan ludah dgn kahak-kahak sekali keluar)

[2] Baca Ayatul Kursi 1x

[3] Baca Surah an-Nas 1x
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018

Pastu boleh niat dan teruskan solat.. Cuba fahami maksud ayat2 bacaan solat tu.. Sebab tu kita kena belajar.. Apa tafsiran al-Fatihah, surah2 yg kita baca, bacaan waktu ruku', i'tidal, sujud dan lain2..
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018

Jadi sambil kita baca, kita faham.. Bukan hafal dan baca tegak je.. makin senang ler si Khanzab ni nak mengacau.. Ok, pasni cuba taktik ni.. Tengok siapa menang, kita atau syaitan?😈💦
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018

In shaa Allah

Sama sama kita kongsi dgn yg lain...

Sharing is Caring
I love my family
Dosa yang paling besar, yang paling banyak dan sering dilakukan manusia pada hari ini dan hampir ada didalam setiap rumah ialah Dosa Meninggalakan SOLAT
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018
Siakapkeli.my

Sumber: Twitter Alif Omar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jan 18, 2018 6:23 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Peranan parti dan diri di medan siyasah

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


KATA Saidina Uthman Ibn Affan R.A:

إن الله يزع بالسلطان
ما لا يزع بالقرآن
"Allah Taala mengizinkan sesuatu tindakan dibuat oleh pemerintah dalam perkara yang tidak disebut oleh Al-Quran."

Menegakkan kerajaan al-Quran

Terlebih dahulu marilah kita bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah meletakkan kita dalam kumpulan Islam, yang dinamakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), yang ditubuhkan oleh ulama kita pada tahun 1951 setelah diharamkan Hizbul Muslimin, diharamkan Sarekat Islam, diharamkan kumpulan Islam oleh penjajah, sama ada Inggeris di Malaysia ataupun Belanda di Indonesia.

Ramai kalangan kita orang Islam yang tidak tahu bahawa ulama dan pemimpin yang menubuhkan kumpulan Islam ini ialah untuk menghidupkan suatu kewajipan yang besar di dalam agama Islam. Kewajipan mengadakan kerajaan yang memerintah dengan Al-Quranul Karim yang diajar oleh Nabi kita Muhammad S.A.W.

Kerana Nabi kita Muhammad S.A.W yang berjuang dalam masa 23 tahun, bukan sahaja mengajar sembahyang, puasa, zakat, haji, mengucap, berzikir, bertasbih.. Mengajar semua perkara daripada halal dan haram makan minum, membersihkan diri, kencing berak kita, sehinggalah nikah kahwin, bercerai, berbaik semula, muamalat, berjual beli, buka tanah, sampai kepada memerintah negara, mendirikan kerajaan.

Oleh kerana mendirikan kerajaan ini terpaksa berlawan dengan pihak yang berkuasa, yang memerintah di zaman Nabi dan bila-bila masa sahaja yang tidak mahu kepada Al-Quranul Karim, menyebabkan kerja ini sangat payah. Bukan sahaja payah nak ikut, payah nak faham.

Padahal Nabi kita Muhammad S.A.W telah berhijrah daripada Makkah ke Madinah.. Nabi pergi ke Madinah bukan kerana nak pergi ke laut, Nabi nak tanam kelapa sawit, nak tanam getah, nak berniaga. Pergi ke Madinah kerana nak mendirikan kerajaan Islam.

Di sana ada orang Islam, ada orang kafir, orang kafir pun ada, orang Yahudi, orang Musyrikin Arab, Kristian, semuanya ada. Ada di antara mereka yang terima kerajaan Islam, ada di antara mereka yang menolak sehingga berperang dengan Nabi kita Muhammad S.A.W, akhirnya mencapai kemenangan.

Dan Allah Taala menurunkan Quran sebanyak 30 juzuk yang sangat tebal kita baca sendiri. Dalam Quran ini semuanya ada, termasuklah undang-undang negara, undang-undang antarabangsa, ekonomi, politik, semua ada dalam Quran. Dan Nabi kita telah menyempurnakan ajaran Allah. Allah Taala menyempurnakan agama Islam.

Islam memerintah 1300 tahun

Lalu Allah mematikan Nabi kita Muhammad S.A.W, diwafatkan. Bila Nabi wafat, Nabi tidak menentukan siapa ganti dia. Maka para Sahabat R.A bermesyuarat. Sebaik sahaja lepas sembahyang jenazah Nabi, terus pergi mesyuarat. Hanya beberapa orang sahaja yang pergi ke kubur, Saidina Ali anak beranak, beberapa orang sahaja yang berada di kubur.

Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Uthman, Abu Ubaidah, Sahabat-sahabat yang besar tak ada di kubur, kerana apa? Mesyuarat! Mesyuarat untuk pilih siapa yang ganti Nabi untuk memerintah negara.

Ada tiga calon. Orang Madinah mencalonkan Sa'ad bin Ubadah. Anak beranak Nabi mencalonkan Saidina Ali K.W. Kalangan Quraisy Muhajirin mencalonkan Saidina Abu Bakar R.A.

Oleh kerana Nabi bersabda:

الأئمة من قريش
"Pemimpin daripada Quraisy."

Disebut hadis ini. Sahabat Nabi bila sebut Hadis, terima hadis. Quraisy ialah kaum yang ramai, yang paling ramai sekali, walaupun ada Ansar, ada macam-macam puak, Quraisy adalah paling ramai sekali, maka dipilih daripada Quraisy, Abu Bakar R.A.

Islam memerintah selama 1300 tahun, 1300 tahun. Memerintah negara daripada atas Barat Afrika, sampai Sepanyol. Sampai Moscow di Rusia hari ini, dekat Xinjiang, sempadan China, termasuklah Tanah Melayu ke Indonesia, di bawah jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah, Kerajaan Islam yang paling akhir. Kerajaan Uthmaniyyah ini orang Turki. Pusatnya di Istanbul.

Musuh cari jalan jatuhkan Islam

Musuh-musuh Islam daripada Yahudi, daripada Kristian, daripada Musyrikin, terus-menerus menyerang Islam, bukan sahaja menyerang dengan cakap, termasuklah menyerang dengan bala tentera. Mereka mencari jalan bagaimana nak menjatuhkan Islam.

Barangkali kita belajar di sekolah, Marco Polo, Vasco Da Gama, macam-macam nama ini, mereka ini adalah pengembara-pengembara Barat yang menjajah dunia sehingga mereka menemui barisan belakang dunia Islam, iaitulah Alam Melayu, mereka tidak boleh menjatuhkan Turki. Mereka takluk negeri yang jauh-jauh dulu.

Tahun 1511, Portugis berjaya menakluk Melaka. Jatuh Melaka, masa itu kapal terbang tak ada, telefon tak ada, wireless tak ada, Melaka kecil sahaja. Selepas Melaka ditakluk, mari Belanda, mari Belanda, mari Inggeris, mereka menakluk Alam Melayu, mereka menakluk negeri-negeri di Afrika sampai ke India..

Dan ulama-ulama kita berjuang menentang penjajah bersama dengan Sultan. Ada Sultan yang berjuang menentang penjajah, antaranya ialah Tuan Ali Haji daripada Sulawesi, Diponegoro, Sultan Diponegoro daripada Jogja Indonesia, Sultan Abdul Samad Selangor, Sultan Zainal Abidin, ini antara Sultan yang menentang penjajah, yang melawan penjajah.

Sehingga mereka berusaha untuk mengambil balik Melaka, ambil balik Melaka. Maka marilah orang-orang Jawa naik di Johor, orang Bugis daripada Sulawesi, orang Banjar daripada Kalimantan, orang Minangkabau daripada Sumatera, orang Aceh mari ke Tanah Melayu berjuang menentang penjajah.

Sampai hari ini ada keturunan Jawa, keturunan Bugis, keturunan Banjar, di Johor ada, Negeri Sembilan ada, di Perak ada, Aceh banyak di Kedah. Mereka mari di sini bukan nak tanam getah, tanah tempat dia luas, bukan nak tanam nyior, nak ke laut ikan banyak tempat dia. Mereka mari kerana berjuang menentang penjajah. Ini tidak diajar di sekolah, tak ada dalam buku sekolah, tak diajar, kita tak tahu cerita ini.

Sehingga Sultan Aceh menghantar kapal pergi ke Turki di Istanbul, dibawa rempah untuk nak hadiah kepada Khalifah Uthmaniyah di Turki. Oleh kerana perjalanan dengan kapal layar jauh, habis pitih, jual rempah tengah jalan, tinggal seraut tangan je, seraut tangan tinggal rempah. Ini cerita, sehingga dibawa rempah seraut sembah ke Sultan Uthmaniyyah, sebagai hadiah.

Turki menghantar kapal mari ke Aceh, hantar kapal perang, Turki ini kuat mari ke Aceh. Masa itu kapal layar lah, dia menghantar pakar-pakar untuk membuat bedil, meriam ke Aceh, sampai hari ini ada keturunan Turki di Aceh.

Tetapi Turki pun kena serang, kena serang Rusia, kena serang itu. Oleh kerana perjalanan masa itu jauh, orang Islam terlalu ramai, akhirnya 100 tahun yang lalu, mereka telah berjaya, ringkas ceritanya menjatuhkan Kerajaan Uthmaniyah.

Jatuh Kerajaan Uthmaniyyah ini melalui tipu daya, hasutan, dihasut Arab, biar orang Arablah jadi khalifah pula, jangan orang Turki, orang Arab layak jadi khalifah.

Lawrence, Lawrence ini ialah salah seorang pegawai tinggi intelligent British membantu Ibnu Su'ud yang duduk di Najd, di Timur Arab Saudi hari ini, dan McMahon Gabenor British di Mesir membantu Syarif Husain Raja Makkah, Raja Makkah. Dicadangkan Raja Makkah ini jadi khalifah, suka nak jadi khalifah ini, Orang Putih sokong.

Maka, Ibnu Su'ud menyerang Riyadh, ditubuhkan Kerajaan Saudi. Ketua-ketua Kabilah menyokong untuk menentang Turki. Syarif Husain mengisytiharkan perang ini di Makkah, start di Makkah. Dengan Makkah ini orang Islam naik semangatlah nak jatuhkan Turki, Orang Putih bagi senjata. Maka jatuhlah Turki.

Lepas Turki jatuh, habis negeri Islam dijajah oleh penjajah, ditakluk, tidak ada lagi Kerajaan Islam. Dan ulama-ulama kita seluruh dunia bangkit untuk balik semula menubuhkan kumpulan Islam ini.

Lalu ditubuhkan pertubuhan Islam di Pulau Penyengat Riau, kemudian Sarekat Islam di Indonesia, Haji Abdul Rahman Limbong tubuh cawangan dia di Terengganu ini, diharamkan oleh British. Hizbul Muslimin diharamkan oleh British, sehingga tahun 1951 ditubuhkan PAS.

Oleh kerana Allah Taala jadikan tidak ada kerajaan yang kekal dalam dunia, kerajaan akan jatuh, tak kekal. Kerajaan Islam pun jatuh, kerajaan Firaun pun jatuh, Namrud pun jatuh, kerajaan Nabi Sulaiman pun tak selama-lama. Allah Taala jatuhkan kerajaan dengan berlakunya peperangan, perang dunia yang kedua antara Jepun, Jerman, Itali menentang British, Amerika, Perancis, Negeri-Negeri Eropah.

Oleh kerana Jepun dengan Jerman kuat, British Amerika puak-puak ini menggunakan anak-anak negeri, menggunakan anak-anak negeri jadi askar untuk lawan Jepun, untuk lawan Jerman, orang Arab lawan Jerman, lawan Jerman. Kita ini lawan Jepun, banyak jadi askar Melayu. Orang Putih puji kita, melelehlah orang Melayu ini berani sangat, dia duduk di belakang, kita duduk depan. Dia rebus kita macam ubi berlawan dengan Jepun, ramai mati ramai.

Orang Arab berlawan dengan Jerman, sehingga mereka yang mati dalam perang dunia itu banyak orang Islam, Orang Putih tak ramai mati, berlawan dengan Jepun. Orang Putih tukang sorak je, dia duduk di belakang, kena tipu dia.

Melantik kerajaan adalah ujian

Mereka telah menjanjikan untuk memberi kemerdekaan selepas menang. Maka diberi kemerdekaan. Tetapi kemerdekaan itu, negaranya bukan negara Islam, negara mengikut cara mereka, diberi merdeka, Indonesia merdeka, kita merdeka, semuanya merdeka.

Pemerintahannya ialah mengikut cara yang Orang Putih tinggal, tak boleh cara Islam. Tetapi mereka membenarkan cara demokrasi, cara pilihan raya untuk pilih kerajaan. Maka ulama kita menubuhkan PAS. PAS ditubuhkan untuk masuk pilihan raya, untuk membolehkan kita mendirikan kerajaan.

Walaupun di Malaysia ini orang Islam 60 peratus, Cina 25 peratus je, India dengan macam-macam hat baki, orang Islam 60 peratus. Tapi pilihan raya kalah, kalah Islam. Pasal apa? Banyak orang Islam jahil, tak tahu bahawa memerintah negeri cara Islam ini wajib.

Banyak orang kita ini masih lagi duduk ingat jadi Islam ini sembahyang dah, puasa dah, pitih banyak, pergi haji umrah acap-acap kali, siapa dia memerintah serupa dia je. Bahkan banyak kalangan kita pilihan raya ini tak penting mana, pilihan raya tak mustahak, pilihan raya tak usah caralah. Kita buat pilihan raya, orang lain naik. Orang lain itu siapa dia naik? Orang yang memerintah tidak dengan cara Islam.

Naik dengan cara pilihan raya, naik dengan cara pilihan raya. Bila kita tak terlibat dalam pilihan raya menyebabkan orang lain naik, hukum Islam tak berjalan, dosa tak? Mereka yang terlibat itu berdosalah, yang tak terlibat itu tak berdosa. Allah Taala tak tanya mengapa kita tak menang? Allah Taala tanya kita buat kerja ke tak? Allah Taala jadikan kerja Islam ini kerja yang payah.

Nabi Nuh A.S sampai 950 tahun baru menang. Nabi Musa A.S puluh-puluh tahun baru menang. Pasal apa Allah Taala buat begitu sedangkan Allah Taala Maha Berkuasa? Allah Taala:

كُنْ فَيَكُونُ

Tuhan kata "Jadi!", (maka) jadi selalu. Pasal apa Tuhan tak buat begitu? Sebab Tuhan letak manusia di atas muka bumi ini, Tuhan letak sementara, Tuhan nak uji manusia di atas muka bumi. Kehidupan yang sebenar selama-lama di hari akhirat. Allah Taala uji bukan sahaja sembahyang, bukan sahaja puasa, bukan sahaja haji, zakat, termasuklah uji melantik kerajaan yang memerintah, Allah Taala uji.

Dengan sebab itu pada hari kiamat, Tuhan panggil manusia bukan sahaja dengan sembahyang, bukan sahaja dengan puasa, bukan sahaja dengan haji. Tuhan panggil dengan ketua yang dipilih dia ikut di atas dunia ini.

إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا
"Wahai tuhan kami, atas dunia dulu, kami ikut pemimpin-pemimpin kami, mereka lah yang telah menyesatkan kami."
(al-Ahzab: 67)

Menunjukkan ini semua akan dibawa pada hari akhirat.

Pentingnya mengundi

Apa yang membimbangkan kita, 60 peratus orang Islam di negeri kita ini, 40 peratus adalah orang muda, adalah orang muda. Sebahagiannya muslimat. Mereka merasakan tak penting, tak mahu mengundi, lak begitu sahaja. Hidup dalam leka, sedangkan orang bukan Islam mengundi, orang Cina kerja balak di Sarawak balik mengundi di Perak, balik mengundi orang Cina, dia 20 peratus je. Dia duduk dalam hutan, balik mengundi. Kita tak penting mengundi ini, lak begitu. Akhirnya kita tak mengundi, dia mengundi, dia pilih kerajaan.

Maka jadilah apa yang kita rasa pada hari ini, harga barang naik, cukai naik, macam-macam, sedangkan Tuhan beri hasil negeri kita banyak, mengapa jadi begini? Sebab urus tak kena, tadbir tak kena, banyak orang tak ada kerja, tadbir tak kena. Sedangkan Tuhan jadikan manusia ini makin ramai makin nak kepada makanan banyak, rumah banyak, kerja banyak.

Bila kerja banyak, hasilnya banyak. Ini tak, manusia banyak, jadi kerja tak banyak, jadi begitu. Barang tak banyak menyebabkan naikkan harga barang. Ini kerana urus tadbir tak ikut cara Islam yang kita kena sedar dan kita kena faham.

Perubahan orang Islam-Melayu

Alhamdulillah, pada mula-mula tahun 50-an dulu, masa PAS mula-mula berjuang, banyak kalangan orang Melayu ini, duduk kata kalau memerintah Islam ini huru-hara, memerintah Islam ini hukum Hudud banyak orang kena kerat tangan, banyak orang kena rejam, tak cukup batu nak rejam orang, duduk kira itu je.

Memanglah hukum Islam ada hat itu, tapi banyak lagi hukum-hukum Islam hat yang lain. Hukum-hukum itu nak menakutkan orang yang buat jahat, nak takutkan orang mencuri, nak jatuh hukum payah, tapi orang yang mencuri takut. Nak jatuh hukum kena saksinya, kena banyak keterangan dia, tapi menyebabkan orang gerun, ini undang-undang Islam.

Puluh tahun nak bertemu kena kerat tangan payah, kerana nak jatuh hukum payah, tapi menyebabkan orang gerun. Perompak pun takut, ini menyebabkan gerun.. Hukum Islam kena sebat 100 kali, 100 kali itu macam sebat macam cikgu sekolah je, tapi undang-undang manusia ini 6 kali, sekali sebat nak mati. Dengar 100 itu orang gerun.

Setelah kita menerangkan, menyebabkan peringkat awal dulu banyak orang Islam orang Melayu ini menghina hukum Islam. Dia tak tahu color, menghina hukum Islam ini jadi kafir, jadi murtad, tapi dah kerana dia jahil, jahil tak jadi kafir kerana dia jahil. Kebanyakannya jahil, tak tahu dengan sebab kejahilan.

Kalau dia tahu, tak boleh. Banyak yang jahil tak tahu color. Bila kita menerangkan batas-batas iman dan kufur, walaupun orang kita kena tangkap, orang kita kena macam-macam, Ustaz Ibrahim Libya kena bunuh di Memali, kita sabar, kita terus menerangkan apa dia hukum Islam.

Hari ini orang Umno pun senyap, tak bercakap dah, tak hina dah hukum Islam. Bahkan bila kita nak bawa Undang-undang 355 di Parlimen, sebahagian besar orang Umno dia sudah sokong, sudah sokong, tinggal belas-belas orang je yang tidak sokong daripada 88 orang. Tetapi tak cukup, undi tak cukup lagi, ini yang berlakunya.

Menandakan sudah berubah, perubahan sudah berlaku. Dengan sebab itu, kita kena ramai lagi calon-calon kita yang menang ramai lagi. Bagi negeri Terengganu, kita memerintah dua kali 1959 sekali, 1999 sekali. (Tahun) 1959, kita menang dulu daripada Kelantan, Terengganu negeri yang pertama menang. Dua tahun setengah je jatuh. 1999 kita memerintah pula, bila kita memerintah, kita dulu undang-undang Islam, hapus cukai pintu, bagi tanah sampai 60 ribu lot bagi tanah, sehingga hasil kita bertambah naik, bertambah. Menyebabkan Kerajaan Pusat takut kerana Terengganu lebih kuat daripada Kelantan, urus tadbir kita.

Kelantan banyak gangguan sangat. Terengganu mudah. Bila mudah, dia guling kita tahun 2004, menyebabkan mereka guna pitih, rampas minyak, macam-macam, padahal menyalahi peraturan, menyalahi peraturan, dia buat. Terengganu kita boleh menang, boleh kerana kita pernah menang dan jumlah orang Islam sangat besar, cuma nak jaga tipu dia, itu sahajalah yang kita kena buat.

Pahala perjuangan 700 ganda

Malam ini kita rasmikan markaz kita, markaz ini adalah pusat kegiatan kita salah satu daripada kerja jamaah, kerja jamaah yang kita beri sumbangan. Dan kita kena sedar bahawa kerja jamaah ini kerja perjuangan Islam ini pahala dia sangat besar. Kalau derma dekat orang, sedekah, derma ke masjid, 10 kali ganda, derma kepada perjuangan, 700 kali ganda.

Jaga malam, berzikir, menangis, dalam masa 24 jam. Kita duduk sekejap je dalam perjuangan, berlipat kali ganda kelebihannya. Pasal apa jadi begitu? Sebabnya perjuangan Islam ini orang tak berapa nampak, payah orang nak mari. Dengan sebab itulah Tuhan jadikan kelebihannya lebih besar daripada ibadat-ibadat yang lain kerana Kerajaan Islam ini jadi payung kepada semua amal-amal Islam yang lain.

(Transkrip oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR dan suntingan oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari ucapan Presiden PAS sempena Majlis Perasmian Dewan Serbaguna Kampung Rudhua, Marang, Terengganu pada 8 Januari 2018) - HARAKAHDAILY 9/1/2018

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jan 18, 2018 6:24 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Berkaki Ayam Berdiri Dan Kesejukan Dalam Tren, Satu Group Perempuan Gelak Sambil Rakam, Apa Yang Terjadi Selepas Itu Buat Hati Sebak
siakapkeli.my

Bak kata pepatah "buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat". Sebagai khalifah dimuka bumi ini, sudah tertanam benih-benih kebaikan sejak lahir dan secara naluriah terselit keinginan untuk berbuat kebaikan dan menjadi manusia yang baik.

Bila kita melakukan kebaikan sesama manusia, mahupun binatang ataupun apa sahaja yang hidup dimuka bumi ini, maka Allah swt sudah berjanji untuk memberikan ganjaran yang luar biasa kepada si pelakunya. Tidak kira berupa apa sekalipun ganjaran tersebut samada berupa hikmah dan ilmu, petunjuk dan rahmat, dihapuskan dosa-dosa, atau balasan baik di akhirat. Luar biasa kan?

Oleh itu perkongsian kali ini, harap dapat membuka mata masyarakat kita untuk terus membuat kebaikan bukan semata balasan, namun ganjaran Allah swt itu yang menjanjikan. Rencana kebaikan apa yang nak kita lakukan hari ini, niat "Lillahi Ta'ala."

Aku kesiankan pakcik ni tapi nak tanya dia takut jugak sebab aku pun mulanya fikir dia ni ada problem ke apa kan.
— 🌙 (@sharulhafidz) January 17, 2018
"Aaa pakcik. Mana selipar pakcik?"

Tapi lepas sampai satu stesen tu, seat sebelah tempat aku diri ni kosong, so pakcik tu duduk kat situ, betul-betul sebelah aku.

Waktu tu aku fikir banyak kali jugak. Nak tanya ke tak? Nak tanya ke tak?
— 🌙 (@sharulhafidz) January 17, 2018

So lepas dekat 2 minit fikir aku tanya jelah 😅. Aku memang jenis lambat buat keputusan bab nak tegur orang tak kenal ni.

"Aaa pakcik. Mana selipar pakcik?"

Pakcik tu terus angkat muka dia pandang aku.
— 🌙 (@sharulhafidz) January 17, 2018

"Selipar kena hanyut arus longkang waktu solat Maghrib tadi."

.....

Okay first aku terkejut sebab pakcik tu normal, bukan tak betul macam yang aku fikirkan. Negatif betul 😑
Then terkejut rupanya selipar hilang sebab solat Maghrib.
— 🌙 (@sharulhafidz) January 17, 2018
Pakcik tu bila dia ambil je selipar tu, muka dia macam bahagia ke apa ntah.

Kali ni aku tak fikir lama-lama, terus aku keluarkan selipar dari dalam beg and bagi kat pakcik tu.

Tapi time nak bagi tu aku fikir balik. Kalau aku bagi selipar aku, habislah kasut aku basah nanti nak redah hujan naik motor.

Ahh basah pun basah la. Dah ada niat nak tolong dia
— 🌙 (@sharulhafidz) January 17, 2018
Then tiba-tiba datang sorang makcik ni pulak, dia datang ke sebelah aku and tegur aku.

"Dik nah akak bagi 'gula-gula' kat adik sebab tolong pakcik ni. Kesian pakcik tu sejuk takda selipar, yang lain semua ketawakan dia"

Time tu budak-budak perempuan yg buat story tu diam je.
— 🌙 (@sharulhafidz) January 17, 2018
Note RM50 disangka gula-gula

Makcik tu siap kata, ambil la duit tu buat beli selipar baru ganti yang tadi.

So aku pun berterima kasihlah kat makcik tu.

So perjalanan diteruskan macam biasa sampailah aku tiba di stesen yang aku nak berhenti.
— 🌙 (@sharulhafidz) January 17, 2018So nak redah hujan time tu, hujan lebat gila and bahaya kalau redah sekarang. Aku ambil masa kejap untuk muhasabah balik apa yang terjadi tadi sambil minum Hershey's.
— 🌙 (@sharulhafidz) January 17, 2018

Allah bagi ganjaran bila aku tolong pakcik tu. Dia gantikan selipar aku yang dah lama tu dengan selipar yang baru. Bersyukur sangat bila dapat ganjaran cash dari Allah macam ni.
— 🌙 (@sharulhafidz) January 17, 2018

Aku harap pakcik tu gembira, macam mana aku gembira tolong dia dan ditolong semula oleh makcik pemurah tadi. And harapnya makcik yang pemurah tu Allah akan hantarkan orang lain pulak untuk bagi satu kebaikan pada makcik tu.
— 🌙 (@sharulhafidz) January 17, 2018

And bukan kami bertiga je. Even budak-budak perempuan yang ketawakan pakcik tu pun harapnya dapat la bukti bila kita buat baik ni, kita akan dibalas dengan kebaikan jugak. Orang yang ada dalam gerabak tu yang tengok kejadian tadi pun dapat belajar something jugak. InsyaAllah.
— 🌙 (@sharulhafidz) January 17, 2018
Kebaikan yang Allah swt bayar cash

Aku punya berangan ni, aku terfikir something. Kalau dalam gerabak ni kami ditunjukkan dengan kebaikan macam ni, gerabak-gerabak yang lain ada tak orang buat kebaikan utk penumpang-penumpang lain kat situ?
— 🌙 (@sharulhafidz) January 17, 2018

Cuba bayangkan kalau setiap gerabak kita saksikan kebaikan even satu kebaikan je contohnya give seats to those yang memerlukan, bukan orang yang buat tu je yang dapat manfaat, tp orang lain dlm tu pun dapat tengok indahnya buat baik.

Dan train ni pun dikepung dengan kebaikan.🙃
— 🌙 (@sharulhafidz) January 17, 2018

And bila train ni telah dikepung dengan kebaikan, keluar je train masing-masing sebarkan kebaikan tu kepada orang lain dan orang lain tu teruskan beri kebaikan kepada orang yang lain.

Aku jadi paling excited bila bayangkan end up kita kepung dunia ni dengan kebaikan hahahaha.
— 🌙 (@sharulhafidz) January 17, 2018

Semoga Allah terus letakkan kita dalam persekitaran yang baik, supaya kita dapat terus buat baik dan jadi superhero untuk orang lain.

Thanks for today! Alhamdulillah.
— 🌙 (@sharulhafidz) January 17, 2018
Siakapkeli.my

Sumber: Twitter Shahrul Hafidz

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jan 18, 2018 7:08 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Dunia Islam masa kini (Siri 3)

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Ahzab sepanjang zaman

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
"Kamu akan dapati (wahai Muhammad S.A.W) manusia yang paling bermusuh terhadap orang-orang beriman itu ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrikin. Dan kamu akan dapati (wahai Muhammad S.A.W), orang yang paling dekat kasih sayangnya terhadap orang beriman ialah orang-orang Nasara Kristian, kerana ada kalangan mereka (paderi-paderi dan pendeta-pendeta rahib) yang menegaskan dan mereka tidak sombong dan tidak takabbur.
(al-Maidah: 82)

Quran adalah petunjuk sehingga Hari Kiamat, mukjizat ilmu yang berterusan. Kita baca dalam Sirah Nabawiyyah, bagaimana orang-orang Yahudi ahli kitab yang mengetahui berkaitan dengan Nabi Muhammad S.A.W, Rasul akhir zaman di dalam kitab mereka Taurah, Injil, diberitahu oleh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul A.S mereka, oleh ulama-ulama mereka.

Sebahagian besar daripada mereka berkampung di Al-Madinah Al-Munawwarah kerana melihat tanda-tanda berlakunya Hijrah di situ. Bila datangnya Rasul itu, mereka kufur, mereka menentang. Mereka merancang menubuhkan bala tentera Ahzab untuk menyerang negara Islam. Merancang membunuh Nabi S.A.W dan meracunnya. Kewafatannya kesan dari racun itu.

Di mana perancangan Ahzab ini berterusan sepanjang zaman. Mereka terlibat seperti dijelaskan dalam kuliah yang lalu, dalam menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah. Setelah Theodor Herzl gagal merasuahkan Sultan Abdul Hamid Khalifah Uthmaniyyah yang terakhir. Di kala Uthmaniyyah dalam keadaan yang sangat lemah, berlakunya kekacauan dalam kerajaan. Usaha nak dipulihkan gagal.

Mereka menemui Sultan Abdul Hamid melalui Theodor Herzl, menawarkan berjuta-juta pound di masa itu, di zaman kerbau harga lima ringgit tahun 1900. Walaupun dalam keadaan yang terdesak, Sultan Abdul Hamid menolak dengan keras. Tidak akan menodai sejarah Islam yang telah ditegakkan oleh Sultan-sultan Uthmaniyyah.

Tetapi pemimpin-pemimpin Arab berjaya diperalatkan di atas semangat Nasionalisme, sehingga jatuhnya Uthmaniyyah, dilaksanakan Sykes-Picot, Perjanjian Balfour; Asia Barat dibahagi-bahagikan kepada pemimpin-pemimpin dan Raja-raja yang menyokong untuk menjatuhkan Uthmaniyyah.

Isu baru isu Baitul Maqdis melibatkan Zionis disiar dalam media boleh dibaca. Berlakunya tawaran yang termahal di abad ini kepada pemimpin-pemimpin Palestin oleh kalangan negara Arab. Menawarkan beberapa billion dollar untuk menubuhkan negara baru di Sinai bagi orang-orang Palestin. Peruntukan yang lumayan, membuka bandar baru dengan menyerahkan Palestin dan Baitul Maqdis kepada negara haram Israel.

Alhamdulillah, tidak ada pemimpin Palestin yang berani menerima tawaran itu.. Kumpulan-kumpulan Islam Hamas dan Tanzim Jihad menolak dengan keras. Bahkan berita yang mutakhir, mereka memulaukan persidangan Palestin di Tebing Barat yang diadakan kelmarin dan hari ini.

Disebalik rekayasa pertembungan

Perlu kita tahu bagaimana permainan politik yang sangat licik dan orang kita yang membaca kitab Fekah kena baca juga perkembangan politik. Sejak tahun 90-an lagi, beberapa pemimpin Amerika, khususnya yang mengepalai 'order' baru dunia, menguar-uarkan dalam media bahaya Syiah terhadap Sunni. Al Hilal Syiah, setelah berlakunya Revolusi Syiah di Iran, mereka mengatakan Iran akan mengembangkan pengaruh negara Parsi, membahayakan orang Arab.

Bahkan isu ini tidak ada di zaman Shah. Di zaman Shah, dia bawah Amerika, pangkalan ke Amerika di Iran ada di masa itu, tak ada isu ini. Tetapi, selepas Revolusi Islam Syiah di Iran, ditimbulkan isu ini. Adakah isunya Sunni dan Syiah? Orang Islam mesti faham, orang Islam mesti faham. Betul kita Sunni, kita Ahli Sunnah, pertahan Ahli Sunnah wal Jamaah, tapi kena faham politik.

Salahuddin Al-Ayyubi yang berjaya membebaskan Baitul Maqdis yang ditakluk selama satu abad, mengambil langkah berdamai dengan Kerajaan Fatimiyah Syiah di Mesir. Fatimiyah Syiah di Mesir, dia mendirikan Universiti Azhar. Azhar ini Universiti Syiah pada asalnya untuk mengembangkan pengaruh Syiah Fatimah Az-Zahra Al-Azhar. Kerajaan Fatimiyyah.

Salahuddin Al-Ayyubi mengambil pendekatan damai. Beliau sebagai wakil tentera Ayyubiah naik atas mimbar di Mesir memuji khalifah Fatimiyyah. Menyebabkan orang marah, apa duduk puji Syiah? Beliau bersabar. Berakhir dengan selesai masalah dalaman, Mesir bertukar menjadi Sunni. Jami' Azhar di Mesir, Ahli Sunnah sampai hari ini. Baitul Maqdis berjaya dibebaskan. Ini mesti faham. Adakah isu ini ataupun isu menyelamatkan Israel?

Negara Arab yang sudah dibeli dengan kesenangan dan kemewahan tidak membangunkan teknologi mereka. Saya sebut minggu lepas, mereka kaya sahaja, tapi bodoh. Kaya, bodoh nak buat apa? Dia dalam Syiah yang cerdik, membangun teknologi, bahkan mereka mentajdidkan Fekah mereka, mereka buat pilihan raya. Dalam Fekah Syiah tak ada pilihan raya, dia pun boleh buat pilihan raya.

Negeri Arab yang kuat Sunni ini pilihan raya ke tidak? Diktator. Presiden boleh dipecat, boleh dijatuhkan. Dibangunkan teknologi dan dibuat kajian Wilayatul Faqih yang banyak melakukan perubahan dan mencedok Fekah-fekah Sunni Ahkam Sultaniyah dan lain-lain. Tajdid dilakukan. Dan mereka membangunkan teknologi.

Turki yang dijaga oleh Barat, jangan muncul lagi. Dalam diam-diam membangun Turki. Turki membangun. Walaupun Perlembagaan Turki mengharamkan penubuhan parti yang berunsurkan agama. Mana-mana parti politik yang membuka ruang untuk agama, diharamkan. Lepas satu, satu, sehingga parti AK memerintah pada hari ini menghidupkan demokrasi dan kebebasan. Demokrasi dan kebebasan bukan sahaja untuk Barat, tetapi juga untuk Islam.

Arak tak boleh diharam, pelacur tak boleh diharam, sangat sulit. Pangkalan tentera Amerika tak boleh ditutup. Diplomatik dengan Israel tak boleh diputus. Kalau masjid jangan dikacau. Ceramah agama jangan dikacau. Kegiatan Islam jangan dikacau. Ini pendekatan yang dibuat oleh Turki dalam keadaan yang begitu rupa.

Rampasan kuasa tentera Turki yang diatur gagal untuk menggulingkan Erdogan, gagal. Iran terlibat, Qatar terlibat dalam mempertahankan Kerajaan Turki, menunjukkan ada kerjasama di antara negara-negara ini.

Namun tawaran baru yang saya sebutkan tadi, bukan sahaja untuk menubuhkan negara baru Palestin. Termasuk menubuhkan blok baru, blok Arab kerana Israel untuk menghadapi bahaya Syiah, bukan blok Islam menghadapi bahaya Israel. Ini percaturan politik yang kita faham.

Tawaran yang saya sebutkan tadi, tawaran yang dikemukakan kepada Almarhum Yasser Arafat ketika beliau masih hidup. Turki di bawah kerajaan Sekular yang tegar, menghantar Menteri Luarnya Ismail Cem, saya ingat nama dia. Berjumpa Yasser Arafat, menawarkan beberapa billion kepada Yasser Arafat untuk mendirikan negara baru Palestin, serah sahaja Baitul Maqdis kepada negara Israel.

Arafat menjawab dengan senyum, Yasser Arafat kata saya bersetuju, saya bersetuju. Tetapi kamu balik ke Turki buat undi pilihan raya di Turki pungutan suara, tanya rakyat Turki setuju ke serah Baitul Maqdis kepada Israel? Satu jawapan yang bijak menyebabkan Ismail Cem keluar dalam hampa. Buat pilihan raya demokrasi, tanya orang Turki, orang Turki setuju ke tidak?

Baitul Maqdis milik Islam

Baitul Maqdis adalah isu Islam, bukan isu Arab, isu Islam, isu agama. Walaupun mereka tololkan ini isu Palestin, isu Arab, isu nasionalisme, tidak, ini isu Islam. Islam yang berhak di Palestin. Kalau di atas nama kebangsaan, baik bagi dekat Yahudi. Yahudi sendiri tidak berhak terhadap Palestin. Mereka ke negeri Islam.

Islamnya Palestin ini Allah menugaskan Ibrahim A.S supaya merasmikan Palestin setelah Nabi Ibrahim A.S dihalau daripada Babil, Babylon, berhijrah ke Palestin, ke Mesir. Balik ke Palestin dan mendirikan bumi Palestin, menghidupkan walaupun sudah ada penduduk di situ. Al Yabusiyun, dulu dari Yahudi lagi, dan Ibrahim memakmurkan Palestin.

Di mana Ibrahim adalah bapa kepada penganut-penganut agama besar Yahudi, Kristian dan Islam, termasuk Musyrikin. Orang Musyrikin juga memuja Ibrahim. Dalam Hindu antara tuhan ialah Brahma. Brahma, mereka anggap sebagai tuhan, itu Ibrahim, setelah pengaruhnya masuk ke India. Yahudi memuja Ibrahim, Kristian menyebut Abraham, orang Islam juga memuja Ibrahim disebut dalamtasyahhud akhir. Allah menyatakan:

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَٰكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

(Ali Imran: 67)

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ

Bahkan dalam ilmu qiraat, qiraat As-Syami (menyebut), "Maa kaa na Ibraham"

يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا

Ada bacaan ulama,"Maa kaa na Ibraham". Ada bacaan begitu daripada riwayat As-Syami.

Ibrahim bukan Yahudi, bukan Nasrani, Ibrahim bukan Musyrikin, Ibrahim adalah seorang Islam. Dan Allah memerintah Bani Israil satu bangsa yang dilahirkan daripada Ibrahim A.S melalui anaknya Ishak dan cucunya Ya'kub, maka lahirlah Bani Israil. Ya'kub yang berhijrah ke Mesir, melahirkan bangsa Israil. Ismail yang berhijrah ke Makkah melahirkan bangsa Arab. Arab dengan Israel ini, dengan Yahudi sepupu. Sepupu, pupulah. Itu hal lain. Menunjukkan Islam agama asal.

Setelah wujudnya bangsa Israil keturunan Ya'kub, setelah beribu-ribu tahun, mereka dipindah di Mesir, Allah memerintah Nabi Musa A.S berhijrah ke Palestin dengan Allah menunjukkan mukjizat kepada Bani Israil, mukjizat Musa. Menandakan ke-Rasulannya, ke-Nabiannya supaya Israil, orang-orang Yahudi mematuhi Nabi Musa A.S. Diberi kitab Taurah yang lengkap kerana mereka beriman, ditunjukkan mukjizat, Firaun dan bala tenteranya ditenggelamkan di Laut Merah.

Allah menyuruh mereka masuk ke Palestin, dengan syarat mereka mesti berjihad, berperang menentang kaum Jabbarin. Apa kata mereka?:

اذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ

"Wahai Musa, pergi kamu dengan tuhan kamu, kami tak mahu pergi kami mahu duduk di sini sahaja."
(al-Maidah: 24)

Ini orang Yahudi, sehinggalah Allah mewafatkan Musa dan Harun A.S, disesatkan selama 40 tahun. Lahir generasi baru, Yusya' bin Nun membebaskan Palestin. Ditegakkan kerajaan yang menjalankan Kitab Taurah. Di antaranya kerajaan Nabi Daud dan Sulaiman A.S. Wakil Israel di Bangsa-Bangsa Bersatu, saya ikuti ucapan dia. Antara hujahnya ialah Nabi Daud yang mendirikan kerajaan di Baitul Maqdis.

Siapa Nabi Daud? Nabi Daud yang beramal dengan Taurah, Nabi yang Islam, Sulaiman yang Islam, bukan Sulaiman yang kafir, yang meninggalkan Taurah. Di sini hikmat Allah menyebut kisah Bani Israil dalam al-Quranul Karim. Disebut dalam Quran kisah Nabi Yusuf, Nabi Ya'kub, Nabi Ibrahim, Nabi Daud dan Sulaiman disebut dalam Quran. Dan disebut hukum-hukum yang sama dalam Quran dan Taurah. Hukum Qisas dan Hudud yang jadi isu pada hari ini, disebut dalam Taurah, sama dengan Taurah.

Bahkan kita penganut Islam dihalalkan memakan sembelihan orang Yahudi, halal dan haram dekat, menunjukkan persamaan agama. Tetapi kitab mereka dinasakhkan. Islam adalah agama Allah untuk manusia, bukan untuk orang Yahudi sahaja. Tapi mereka fanatik kaum, seolah-olah Islam ini untuk orang Yahudi. Nabi bangsa Yahudi, mereka nak ajar Allah Taala. Mereka dilaknat oleh Allah.

فَبَاءُوا بِغَضَبٍ عَلَىٰ غَضَبٍ ۚ
"Mereka diwabakkan dengan kemurkaan."
(al-Baqarah: 90)

Kemurkaan di atas kemurkaan bertalu-talu, membunuh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. Mereka tidak layak untuk mewarisi Palestin, dan Allah mengisytiharkan 'Alamiyyah Muhammad S.A.W pada malam Israk dan Mikraj, sembahyang berjamaah di Baitul Maqdis. Nabi tak minta jadi imam, Nabi tak minta jadi imam. Sekarang ini jangankan imam, Perdana Menteri pun orang minta. Jibrail pegang tangan Nabi, Nabi jadi imam.

Semua Nabi-Nabi sembahyang di belakang, sembahyang berjamaah, menandakan Islam adalah agama Nabi-Nabi A.S. Palestin adalah Islam. Baitul Maqdis adalah Islam. Mereka telah berjaya memperkecil dan mengecilkan isu Palestin, daripada isu Islam jadi isu Arab. Isu Palestin isu Baitul Maqdis.

Kemudian isu Baitul Maqdis Timur dan Barat. Banyak pemimpin negara Islam dalam ucapannya menerima Baitul Maqdis Timur untuk orang Islam, Barat untuk Yahudi. Ada yang berucap macam ini. Mahdi dari Baitul Maqdis, kecilkan lagi pula. Sedangkan Baitul Maqdis adalah untuk orang Islam. Dan Islam tidak menghalang penganut agama-agama lain.

Namun Allah Taala mengajar kita, mengajar umat Islam, bila meninggalkan Islam, maka umat Islam jadi hina, jadi lemah, mereka ditakluk. Dan Allah tidak mengizinkan agama Islam ini mati. Cahaya tak boleh dipadam.

Perjuangan menentang Yahudi

Saya ulangi balik apa yang disebut apabila dilaksanakan Perjanjian Sykes-Picot. Yahudi berhijrah ke Palestin, berlaku protes di Baitul Maqdis. Pemimpinnya Syeikh Muhammad Amin Al-Husaini, Mufti Palestin yang pernah dijemput di Tanah Melayu dalam Musabaqah Quran yang pertama tahun 1960, Mufti Palestin.

Amin Husaini diburu oleh pihak Berikat kerana dalam Perang Dunia, yang kedua beliau berpihak kepada Hitler kerana beliau berjumpa dengan Hitler, ada gambar, disiar dalam perjumpaan dengan Hitler. Hitler menjanjikan untuk menyerahkan Palestin balik ke orang Arab. Hitler kalah. Amin Husaini diburu, termasuk dalam senarai dikehendaki oleh pihak Berikat.

Tapi alhamdulillah, negara Arab tak sanggup serah dia. Tinggal di Mesir, tinggal di Lubnan, menetap di Moscow, tapi Tunku (Abdul Rahman), Almarhum Tunku jemput dia datang Musabaqah Quran tahun 60, ada juga peranan Tunku datang ke sini Musabaqah Quran tahun 60, yang tua-tua masih ingat dia datang.

Dia mengepalai gerakan menentang Yahudi di Palestin. Berlaku demonstrasi, bantahan melibatkan seluruh dunia Islam, bukan sahaja orang Arab, bahkan Presiden kita yang kedua Dr Burhanuddin dikatakan pernah ditahan di Baitul Maqdis kerana terlibat dalam demonstrasi itu, dalam tahun 40-an, Dr Burhanuddin. Orang PAS ini dah lama dah terlibat, sebelum merdeka lagi, sudah terlibat dalam perjuangan ini.

Dan kita berjaya menggunakan pengaruh kita untuk menghalang Malaysia mengiktiraf Israel, sehingga hari ini alhamdulillah Malaysia tak iktiraf Israel walaupun negara Arab sendiri sudah iktiraf Israel. Bodoh-bodoh Malaysia pun tak iktiraf Israel, Pakistan tak iktiraf Israel, Indonesia tak iktiraf Israel kerana kekuatan rakyat, kekuatan rakyat.

Apa yang menarik, yang mutakhir ini Datuk Bandar London, Sadiq Khan, bila Trumph nak pergi melawat London, dia membuat kenyataan, dibantah. Dia akan kerahkan London demonstrasi untuk menghalang Trumph melawat London, kerana menyerah Baitul Maqdis, pindah kedutaan Amerika di Baitul Maqdis. Tapi beberapa negara Arab sambut Trumph dengan karpet merah, ini. Orang Pakistan pula bersungguh. Orang Arab tak sungguh, bukan semua Arab sungguh. Rakyat Arab tidak.

Dan kita perlu memahami bahawa Israel mempunyai agenda yang besar. Agenda Freemason dan Zionis untuk mengembalikan empayar Kerajaan Nabi Sulaiman A.S, mencari Tabut. Tabut ialah peti mukjizat yang membawa Thalut dan Nabi Daud mengalahkan Jalut, disebut dalam Quran. Kalau ada Tabut ini, menang dalam peperangan. Mereka menggali keliling dan membuat terowong di bawah Masjid Aqsa untuk mencari Tabut bagi menakluk dunia. Pusatnya di Israel.

Dan di sana terdapat kepercayaan di dalam beberapa mazhab Kristian. Dalam mazhab Katolik Protestan dan beberapa mazhab Ortodok, yang mempercayai perlunya gabungan Yahudi dan Kristian untuk menentang umat Islam bagi menubuhkan empayar dunia yang berpusat di Israel menunggu kelahiran Al-Masih, yang disebut dalam Hadis, Al-Masihu Dajjal, disebut oleh Nabi S.A.W, Al-Masihu Dajjal, akan lahir di akhir zaman menjadi tanda besar akhir zaman. Al-Masihu Dajjal daripada bangsa Yahudi yang menakluk dunia.

Terdapat dalam kalangan Kristian Zionis bergabung dengan Yahudi, menunggu kelahiran Al-Masih untuk mendirikan negara agung Israel. Penglibatan Amerika dan sekutu-sekutunya ada kaitan dengan ini. Namun disebut dalam Hadis-hadis yang sahih lagi mutawatir, orang Islam akan mengalahkan Yahudi di akhir zaman.

لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود
ويختبئ اليهودي
وَرَاء الشَّجَرِ والْحَجَرِ
فقال الحجر يهودي وراء فاقتله
الا شجرة الغرقد

"Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehingga orang Islam menghapus, membunuh Yahudi. Sehingga orang-orang Yahudi berlindung di sebalik kayu dan batu. Kami yang batu memberitahu, "Wahai orang Islam, ini Yahudi di belakangku, sila datang hapuskan dia"."

Ini Hadis dalam Shahih Bukhari.Dan di sana Hadis-hadis disebut dalam kitab Hadis. Nuzul Isa A.S, turunnya Nabi Isa A.S termasuk dalam tanda akhir zaman. Dan zahirnya Imam Mahdi termasuk dalam tanda akhir zaman. Jangan dipandang lekeh. Walaupun khilaf di antara ulama-ulama, antara Sunni dengan Syiah, khilaf tentang Imam Mahdi.

Tunggu Imam Mahdi?

Syiah Imamiyah mengatakan Imam Mahdi sudah zahir sejak ribu tahun yang lalu, bersembunyi di Iraq dalam tanah, akan muncul di akhir zaman. Syiah Nakhawilah yang tinggal di Madinah, ramai di Madinah ada Syiah, peniaga di pasar, sebahagian berniaga pasar, sebahagiannya penjual daging di pasar. Yang kata Syiah kafir itu jangan beli daging dekat pasar Madinah itu, ada Syiah, dia jual daging. Jangan cepat sangat kata kafir-kafir ini.

Mereka percaya Muhammad bin Hanafiyyah adalah Mahdi, bersembunyi di Gunung Radhwa, gunung yang di antara Makkah dan Madinah. Disebut oleh Ibnu Khaldun dalam Al-Muqaddimah, kepercayaan Syiah Nakhawilah. Sunni mengatakan zahir macam manusia biasa di akhir zaman. Salah seorang pemimpin yang akan memimpin ummah untuk mengembalikan keadilan setelah dipenuhi dengan kezaliman.

Ada pula orang tak payah mengundilah, tak payah berjuang, tunggu Imam Mahdi datang. Ada pula macam itu. Ini tak betul. Kewajipan menegakkan Islam kewajipan di zaman masing-masing, kewajipan di mana orang Islam dia berada, wajib dia menegakkan Islam, bukan tunggu Imam Mahdi. Hadis zahirnya Imam Mahdi diriwayatkan oleh lebih daripada 20 orang Sahabat (R.A), menandakan Hadis mutawatir. Walaupun tak disebut dengan sarih dalam Shahih Bukhari dan Muslim. Shahih Bukhari menyebut:

كيف انتم إذا منكم ابن مريم وإمامكم منكم

"Bagaimana keadaan kamu bila Isa Ibnu Maryam turun dan pemimpin kamu kalangan kamu?"

Itu dalam Shahih Bukhari dan Muslim. Tak disebut dalam Sunan Arba'ah, dan kitab-kitab yang lain. Walaupun di sana ada Hadis maudhu', hadis palsu, ada hadis-hadis dhaif, hadis hasan, dan ada hadis-hadis yang sahih lagi mutawatir, tak boleh dinafikan. Akan tiba masanya.

Tiba masanya turun Isa A.S, Kristian percaya, sebahagian mereka percaya Nabi Isa disalib, dibunuh. Sebahagian Kristian blok Ortodok mengatakan Isa akan turun di akhir zaman. Kristian pun khilaf. Yang peliknya, Kristian yang kata Yahudi bunuh Nabi Isa, sokong Yahudi pula. Ini.

الضَّالِّينَ
*_"Yang sesat."_*
(al-Fatihah: 7)

Ini salah. Dia percaya bahawa Nabi Isa ini dibunuh oleh Yahudi, lepas itu dia sokong Yahudi, yang bunuh tuhan dia. Apa agama macam ini? Agama 'Trinity', tiga dalam satu, satu dalam tiga, macam kopi. Kopi campur tiga kan? Ada. Ini kepercayaan dia.

Persaingan kuasa-kuasa

Namun Israel membina kekuatan, didedahkan sejak tahun 60-an, seorang penulis tentera Iraq, Almarhum Jeneral Mahmoud...., telah menulis dalam buku, tentang pergolakan di negara Arab. Israel telah membina teknologi nuklear sejak tahun 60-an, dibantu oleh Amerika, British dan Perancis. Di mana, pusat nuklear dia di Bi'r Al-Saba' di Palestin.

Barat membenarkan Israel membina nuklear, termasuk senjata nuklear. Majalah Al-Mujtama' dalam tahun 1990 mendedahkan kerjasama nuklear antara Israel dan India. Ujian nuklear Israel dilakukan di India, pendedahan.

Ini antara Yahudi dan Musyrikin, betul tuhan sebut dalam Quran. Mereka tercabar dengan Pakistan juga menjadi kuasa nuklear, dan tercabar hari ini Iran menjadi kuasa nuklear. Walaupun mereka membunuh teknologi nuklear di Iraq dan Libya, serangan terhadap Iraq, serangan terhadap Libya adalah untuk menghapuskan kuasa nuklear kepada dunia Islam.

Tak nafi bahawa Saddam ini zalim, Ghaddafi zalim, tetapi matlamat dia bukan sekadar dengan Ghaddafi, matlamat dia nak bunuh sebarang kekuatan umat Islam. Orang Islam mesti faham, ini.

Barat meminta supaya Professor Abdul Qadeer daripada Pakistan pakar Nuklear Pakistan yang sudah tua uzur sekarang, diserah kepada Amerika untuk ditahan di Amerika. Kalau ditahan pun dia tak boleh, dia sakit, uzur, perlu rawatan perubatan. Kami tak benar dia pergi kerana dia uzur, tak tahu uzur sungguh ke uzur syar'ielah.

Iran dan Turki sedang membangun, walaupun mengikut hukum syarak, hukum syarak, difatwakan oleh ulama bahawa haram menggunakan senjata nuklear. Tak boleh kerana dalam peperangan tak dibenarkan membunuh orang tua, membunuh kanak-kanak, membunuh paderi, membunuh peniaga, membunuh petani, membunuh orang awam, merosakkan kebun orang awam, tak dibenarkan oleh hukum Islam. Ini syariat Islam, mendahului undang-undang antarabangsa.

Tetapi membina kekuatan untuk menggerunkan musuh, diizinkan oleh syarak. Kita tak dibenarkan membalas dendam terhadap musuh macam dia buat kepada kita.. Di sinilah menyebabkan Islam diterima oleh manusia di seluruh dunia kalau Islam ini menang. Ini sangat menakutkan mereka.

Apa yang penting, mereka menggunakan orang Islam untuk memukul orang Islam, melaga, mengadu dombakan orang Islam apabila mereka menganggap orang Islam sudah mula mara ke depan pada hari ini, munculnya negara baru Iran, munculnya Turki.

Turki muncul ke depan. Kegagalan rampasan kuasa di Turki telah mengheret Turki bergabung dengan Iran dan Rusia menjadi gabungan baru antara Turki, Iran dan Rusia untuk menghadapi Barat diketuai oleh Amerika. Ini perubahan dalam blok dunia, yang kita tahu pada hari ini, ini diatur oleh Allah S.W.T.

Rusia daripada Komunis kepada Ortodok, Kristian Ortodok. Ortodok ini lain dengan Protestan dan Katolik. Amerika menganggap Rusia adalah pencabarnya. Bila Rusia bergabung dengan Islam, sudah tentulah menjadi satu kekuatan yang baru yang mencabar Amerika.

Dilakukan satu permainan politik yang mesti kita faham. Barangkali saya masih ingat beberapa bulan yang lalu, jet pejuang Turki telah menembak Sukhoi Rusia. Saya boleh sebutkan dalam perjumpaan sikit-sikitlah. Jatuh kapal terbang Rusia. Tujuan untuk melagakan Rusia dengan Turki, dan Iran dengan Turki. Ini permainan politik.

Yang berakhir dengan Turki menangkap juruterbang yang menembak Sukhoi, dan dibuat siasatan, rupanya juruterbang ini adalah yang bertugas di Itali, pangkalan tentera NATO di Turki yang ada kaitan dengan CIA. Ini yang berlaku.

Motif selamatkan Israel

Yang terakhir ialah perdamaian antara pejuang-pejuang Syria, dengan Kerajaan Syria. Peperangan yang berlaku di Syria yang berlaku di Yaman, sebenarnya bukan masalah Syria dan Yaman, kita tahu ada masalahnya. Sebenarnya adalah gangguan untuk menyelamatkan Israel dan Baitul Maqdis pada Yahudi, ini permainan percaturan politik yang kita kena faham. Kerana Yaman, Syria, Sudan adalah pangkalan untuk membantu pejuang-pejuang Palestin, Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah daripada Syiah di Selatan Lubnan. Ini.

Khususnya bila beberapa peperangan di Gaza, dan peperangan di Selatan Lubnan, membuktikan bahawa Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah mempunyai senjata-senjata yang tak boleh dipintas oleh roket-roket Amerika yang mempertahankan Israel. Ini menyebabkan mereka kacau.

Ancaman yang besar kepada Israel pada hari ini ialah teknologi baru yang dipunyai oleh Hamas, Jihad dan Hizbullah yang boleh menyerang Israel apa yang disebut Kubah (Iron Dome). Yang diberi oleh Amerika dengan sistem pertahanan peluru perpandu yang boleh mengawal Israel; ditembusi oleh senjata-senjata baru yang dipunyai oleh Hamas, Jihad dan Hizbullah.

Sudah tentulah ada negara luar yang membantu gerakan balas. Maka bagaimana untuk menyekat bantuan ini ialah menghancur negeri-negeri yang menjadi dianggap sebagai pangkalan, mengacau Yaman. Yaman adalah pintu masuk ke Laut Merah, mengacau Somalia pintu Laut Merah, mengacau Sudan pintu Laut Merah. Dan mengacau Syria bukan kerana Bashar Al-Assad itu zalim, tapi untuk menyelamatkan Israel.

Ini mesti dibaca. Inilah pertembungan antarabangsa yang orang Islam kena faham, kena tahu. Sekarang ini zaman media baharu, yang tahu banyak bahasa lagi banyak maklumat. Tetapi semua maklumat itu hendaklah ditabayyun, hendaklah ditapis benar ataupun salah, dan dibuat andaian-andaian. Andaian-andaian dan membuat keputusan yang tepat, dan dikaji perkembangan yang berikutnya, di sana akan terdapat kebenaran. Bagaimana berlakunya percaturan politik untuk menyelamatkan Israel. Namun kita yakin dan percaya, semua perancangan itu tidak boleh menyekat agenda Allah S.W.T.

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

"Mereka merancang, Allah Taala juga merancang, mereka merancang tipu daya, Allah Taala merancang untuk mengalahkan tipu daya mereka."
(Ali-Imran: 54)

Terjadi Malhamah Kubra

Walaupun makar ini sering digunakan untuk perancangan tipu daya yang sulit waktu malam orang tak tahu, Allah Taala Maha Mengetahui. Allah Taala Maha Mengetahui. Namun di sana ada Hadis-hadis yang banyak, yang mengatakan bahawa, sebelum dihapuskan Israel itu, akan berlaku Malhamah Kubra. Malhamah Kubra ialah peperangan yang besar, barangkali perang dunia yang ketiga, wallahua'lam, yang keempat wallahua'lam, dalam ilmu Allah Taala.

Peperangan yang besar, macam banjir besar. Bila banjir besar, maka muara sungai berubah, muka bumi berubah, begitulah juga peperangan yang besar, boleh mengubah peta dunia. Kita yakin peta dunia akan berubah setelah umat Islam jatuh dalam pusingan di abad yang lalu, akan naik di abad yang mendatang.

Kalau sekiranya Baitul Maqdis yang ditakluk oleh tentera Salib selama 100 tahun, Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan selepas 100 tahun. Kita mengharapkan senario 100 tahun akan berulang bila Revolusi Arab diisytiharkan tahun 1917 yang menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah, insya-Allah 2017 akan membawa satu tanda yang menentukan kemenangan kepada umat Islam. Bagaimana kita diwajibkan beramal, diwajibkan menjalankan kerja kita. Allah Taala menjanjikan:

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ

"Dan bersedialah kamu sekadar kemampuan kamu dengan kekuatan."
(al-Anfal: 60)

Allah Taala suruh umat Islam menyediakan kekuatan.

مَا اسْتَطَعْتُمْ
"Sekadar kemampuan kamu."

Kewajipan persiap kemampuan

Kemampuan tak boleh disembunyikan, Allah Taala Maha Mengetahui. Kalau sembunyikan kemampuan, Allah Taala tidak menolong. Sekiranya umat Islam menyediakan kemampuan mengikut kemampuan yang ada pada mereka, walaupun kemampuan itu tidak sama dengan kekuatan yang ada pada musuh, Allah Taala memberi kemenangan kepada Islam. Kerana kemampuan yang ada pada umat Islam itu adalah kewajipan yang ditentukan oleh Allah S.W.T.

Setelah mereka menunaikan kewajipan itu, bagaimana untuk menampung kekuatan yang lebih kepada musuh? Kekuatan itu adalah pertolongan Allah S.W.T yang mengatasi kekuatan musuh. Itulah sunnah alam yang berlaku kepada perjuangan Islam di sepanjang zaman yang kita kena faham. Di sinilah Saidina Umar Ibnul Khattab R.A mengatakan kepada Sa'ad Bin Abi Waqas, Panglima Islam yang ditugaskan untuk menghadapi empayar Parsi.

"Wahai Sa'ad, aku pesankan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah."

Takwa adalah senjata yang paling penting bagi orang Islam kerana Allah Taala tidak menolong melainkan dengan sifat takwa yang ada pada kita. Sekiranya kita tidak ada sifat takwa, kita mengerjakan maksiat, tidak menunaikan perintah Allah, maka Allah tidak menolong kita kerana kekuatan kita tidak sama dengan lawan kita. Jumlah kita tak sama jumlah lawan kita.

Bila Allah Taala tidak menolong kita, maka musuh boleh mengalahkan kita. Jangan kamu cakap kata Saidina Umar, kita adalah orang yang baik dan orang yang benar, mesti ditolong oleh Allah. Allah telah menghukum Bani Israel, mereka adalah umat yang benar di masa itu. Bila mereka mengerjakan maksiat, mereka dibinasakan oleh Allah S.W.T.

Di sini pentingnya orang Islam menyediakan kekuatan mengikut kemampuan yang ada pada mereka dan ditambah dengan takwa yang lebih penting daripada itu. Ini sangat penting.

Walaupun banyak ayat-ayat Quran menyebut tentang peperangan, tetapi dalam muamalah terhadap manusia, sama ada dalam kontek individu, kontek jamaah, dalam kontek negara, Islam mendahulukan damai. Damai hendaklah didahulukan daripada tindakan yang keras kerana matlamat Islam menyelamatkan manusia seramai-ramai yang mungkin. Kejayaan kita menunjuk seorang kepada Islam, fadhilatnya sangat besar. Kejarlah untuk mendapat fadhilat ini. Berjaya menyelamatkan orang dengan Islam, ini sangat penting.

Memujuk orang datang kepada Islam, ini sangat penting. Ini risalah Nabi-Nabi yang wajib disambung oleh umat Muhammad S.A.W. Tetapi kerjanya sangat mencabar. Bukan sahaja Yahudi, Kristian, Musyrikin, termasuklah kalangan Munafik, dalam orang Islam sendiri, termasuklah di kalangan yang lemah iman yang menjadi halang perjalanan kepada pekerja-pekerja Islam. Ini penghalang-penghalang. Sekiranya kita tunaikan kerja dengan baik tersusun, semua halangan-halangan itu dibawa di atas, ia dengan izin Allah.

Lonjakan isu Baitul Maqdis

Isu Baitul Maqdis yang menarik umat pada hari ini, alhamdulillah telah berjaya menyatukan umat Islam di seluruh dunia. Bila dibuat sidang tergempar di Bangsa-bangsa Bersatu, setelah Majlis Keselamatan membuat sidang khas, divetokan oleh Amerika, dan diminta buat sidang Agung Bangsa-bangsa Bersatu kerana ada peruntukan dalam peraturan boleh buat dalam Bangsa-bangsa Bersatu. Walaupun keputusan dia tak boleh dilaksanakan, tetapi menjadi satu lonjakan politik.

Bila dibuat sidang Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih dari dua pertiga ahli Bangsa-Bangsa Bersatu tidak menerima langkah Amerika untuk mengiktiraf Baitul Maqdis adalah ibu negara Israel sepenuhnya. Ini kejayaan awal bagi umat Islam. Semua negara Islam, termasuk negara Islam yang paling lembik tak berani, semua ikut sama. Tak apalah, sekadar itulah. Menandakan mudah-mudahan ada sebesar zarah iman dalam diri dia boleh menyelamatkan dia, kita harapkan begitu. Perkara ini mesti ada dalam perhatian kita orang Islam di saat kita sembahyang, kita sibuk buat umrah, Nabi kata:

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس
منا

"Barangsiapa yang tak ambil berat berkenaan dengan orang Islam, dia bukan daripada kalangan kita,"

Nabi kata. Kena ambil berat hal-hal orang Islam ini. Kita kena ambil berat, jangan kita pandang ringan. Termasuklah tak lama lagi kita akan pilihan raya. Masih ramai kalangan-kalangan kita ini menganggap pilihan raya ini tak penting, serupa sahaja siapa memerintah, sama sahaja, tak payah pilihan rayalah, sibuk duduk kelahi sesama sendiri, tak usah mengundi. Kita mesti faham bahawa mengundi ini adalah cara untuk mendirikan kerajaan, mendirikan kerajaan adalah wajib, bukan sunat.

Kerana mendirikan kerajaan yang wajiblah Nabi berhijrah dari Makkah ke Madinah, kalau tak kerana mendirikan kerajaan itu wajib, maka Nabi tak berhijrah ke Madinah. Hijrah ini untuk mendirikan kerajaan di Madinah, ini wajibnya mendirikan kerajaan, kita kena sedar.

Sehingga bila Nabi wafat, para Sahabat bermesyuarat di Tsaqifah Bani Saidah, sebahagian besar Sahabat tak hadir di kubur masa kebumikan Nabi. Mengikut adat orang kita bila orang tua mati, mesti ada di kubur, tapi masa Nabi dikebumikan, sebahagian besar Sahabat bermesyuarat, mesyuarat untuk apa? Untuk pilih siapa jadi ketua negara, ini pentingnya memilih kerajaan yang memerintah.

Risiko tidak mengundi

Tiba-tiba terdapat kalangan orang Islam, tak penting, tak mustahak. Lebih malang lagi orang bukan Islam yang bekerja di Sarawak balik mengundi di Ipoh, balik sendiri dengan duit dia. Kita duduk dekat rumah mengundi tak pergi mengundi (bila) orang tak ambil dengan kereta, ini orang Islam punya akalan..

Dengan sebab satu, gagal kita menegakkan Islam, kita terimalah tanggungjawab ini. Jangan pandang ringan. Semalam saya sebut dalam perjumpaan di Kelantan, saya sebut kepada orang Kelantan, sama juga dengan orang lain pun, sama tahun 2004, kita menang di Kelantan dengan satu kerusi majoriti, simple majority, simple satu kerusi sahaja. Menang satu kerusi dengan dua undi sahaja, dua undi, ini kerana cikgu-cikgu Kelantan daripada Sabah dan Sarawak balik, barangkali dalam dua itu ada orang yang balik daripada Sabah dan Sarawak dua orang. Kalau tak jadi dua orang ini balik, jatuh Kelantan itu.

Jatuh Kelantan, maka perlaksanaan Islam yang kita buat habis di situ sahaja.. Bukan kita kata orang lain tak Islam, tapi kita lebih bersungguh untuk melaksanakan Islam daripada orang lain. Kita bersungguh-sungguh. Memang kita nak suruh semua laksanakan Islam belaka, berebutlah, berlumba nak tegak Islam, tapi sehingga kini kita lebih bersungguh untuk melaksanakan Islam itu. Dan kita harap kita lebih bersungguh lagi.

(Transkrip oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari Kuliah Dhuha Siri Ke-3 "Dunia Islam Masa Kini" oleh Presiden PAS pada 14 Januari 2018 di Dataran Ilmu Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Kuala Lumpur) - HARAKAHDAILY 16/1/2018

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jan 18, 2018 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sejarah Tak Menipu....
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot.
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
Dulu mereka ini lah yang konon nya berjuang menentang kezaliman. Mereka yang dimaksudkan itu adalah Ki Siang, Guan Eng, Kak Wan, Azmin, Md Sabu. Kononnya banyak kezaliman yang dibuat oleh Dr Mahathir sehingga mereka gelar Dr Mahathir sebagai mahazalim dan mahafiraun. Mereka hambat Dr Mahathir bertahun-tahun yang akhir nya Dr Mahathir tunduk kepada tekanan mereka dan meletakkan jawatan. Mereka jadikan Manifesto PRU13 untuk mendakwa Dr Mahathir 24 jam selepas menang PRU.

Kini setelah Dr Mahathir berhenti jadi PM, geng yang sama juga lah yang mahu meletakkan semula Dr Mahathir menjadi PM. Beriya iya mereka berjuang mahu memastiikan Dr Mahathir kembali menjadi pemimpin nombor wahid negara.

Kini mereka ibarat mengunyah dan berkongsi cita rasa mahu menjadi manusia zalim seperti Dr Mahathir pula.

Apa lagi dosa-dosa yang mereka mahu Dr Mahathir lakukan ?

Tidak cukup kah pelbagai dosa besar dan kecil yang pernah dia lakukan semasa dia jadi PM.

Dari dosa kezaliman pembunuhan Memali, skandal Forex BNM sehingga kezaliman menghapuskan biasiswa Persekutuan milik orang melayu.

Tidak cukup kah 22 tahun Dr Mahathir jadi PM ? Nak di tambah lagi 5 tahun ? PM yang paling lama tu memerintah.

Tak cukup kah onar yang dia buat selama puluhan tahun dia jadi PM. Tak cukupkah berbillion ringgit dia lesapkan dalam skandal Forex BNM. Tak cukup kah berbillion ringgit projek yang dia anugerahkan kepada anak-anak nya Mirzan, Mukriz, Mokhzani, Marina dan yang lain-lain itu.

Pada usia sebaya mantan Presiden Zimbabwe Robert Mugabe 93 tahun, sepatutnya Dr Mahathir jaga cucu dan cicit dirumah, pergi ulang alik ke masjid, memegang tasbih beribadah kepada yang esa.

Pada usia selepas Isyak itu sepatut nya Dr Mahathir berusaha menemui pencipta nya secara aman.

Betul lah apa yang kaum kerabat Pak Pandir pesan, jangan kita jadi yang di kejar tidak dapat, yang di kendong keciciran.

Dulu mereka kendong Pas, mereka yang berpeluk cium dengan Pas, mereka kendong Pas berjuang ke hulu dan hilir, kini mereka telah campak kan Pas, mereka ceraikan Pas.

Mereka ingin mengejar buah yang diumpan oleh Dr Mahathir. Mereka tidak belajar dari pengalaman lalu walaupun mereka pernah rasa buah masam yang Dr Mahathir pernah lemparkan kepada mereka. Kit Siang, Guan Eng, Md Sabu dan berdozen-dozen lagi rakan seperjuangan mereka pernah merengkok dalam penjara Isa, Osa dan Akta Hasutan dihukum Dr Mahathir, itu pun mereka tidak pernah insaf betapa jahat dan zalim nya Mahathir bila dia jadi PM.

Kalau Pak Pandir itu masih hidup tentu nya dia akan konfuse dan gelak sendirian berkata-kata di dalam hati " aku ingat aku yang tolol, rupa-rupa nya ada lagi yang lebih bahlul."

Allah telah mentakdirkan pakatan menjadi Pakatan Pak Pandir. Tentunya rakyat tidak mahu menjadi pengikut pak pandir yang menang sorak tapi kampung nya tergadai.

*Satu soalan untuk pemimpin Pakatan, adakah siasatan dan pendakwaan terhadap Dr Mahathir akan diteruskan jika Pakatan menang PRU14?*

*Otai Reformasi*
Bangsar Utama
10/01/18

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jan 18, 2018 7:10 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bayi Lahir Tahun 2018 Layak Dapat RM200 Percuma Melalui Skim Dana Tabungan ADAM50
siakapkeli.my

Berita baik untuk semua ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata atau pun telah lahir pada tahun 2018, ini kerana anak anda layak untuk memohon Dana tabungan permulaan RM200 percuma.

Dana ini terbuka untuk semua anak-anak Malaysia yang lahir antara 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022 tidak kira bangsa atau agama dimana anda boleh memohon dana ADAM50 ini dalam bentuk unit amanah ASB (Bumiputera) atạu AS1M (bukan Bumiputera).

Apa itu ADAM50?

ADAM50 merupakan satu program baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) warganegara Malaysia yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022.

Program ini diwujudkan sebagai galakan kepada ibu bapa dan anak-anak memupuk budaya simpanan dan pelaburan seawal usia baru lahir, dengan pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan.

Jadi, kepada ibu bapa yang anaknya lahir tahun 2018 boleh mendaftar insetif ini dalam tempoh setahun dari tarikh kelahiran si manja di mana unit insentif percuma akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera selepas proses pendaftaran.

Sebagai contoh, sekiranya bayi dilahirkan pada 2 Januari 2018, ibu bapa atau penjaga berdaftar hendaklah melakukan pendaftaran selewat-lewatnya pada 2 Januari 2019. Sekiranya ibu bapa atau penjaga gagal mendaftar dalam tempoh tersebut, kelayakan untuk menadapatkan unit insentif percuma akan terbatal..

Ibu bapa yang telah mendaftar boleh menambah pelaburan dalam akaun bayi mereka sehingga had maksimum yang ditentukan iaitu had terkini Akaun Bijak/Remaja ASB bagi Bumiputera dan had 50,000 unit ditetapkan untuk AS 1Malaysia bagi bukan Bumiputera. Had pelaburan maksimum ini adalah termasuk 200 unit insentif yang diberikan.

Adakah unit percuma ini boleh dijual balik?

200 unit insentif dan semua pengagihan pendapatan serta sebarang pengagihan tambahan yang diperolehi (sekiranya ada) dari unit insentif ini hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun.

Bagaimạna mendaftar?

Ibu bapa/penjaga hạnya pẹrlu datang ke mana-mana Cawangan ASNB atạu Ejen ASNB seperti Maybank; Maybank Islamic; CIMB; CIMB Islamic; RHB; RHB Islamic; Pos Malaysia & Affin Bank dengan membawa bersama kad pengenalan dan sijil kelahiran/MyKid si manja. atau layari Portal myASNB di www.myasnb.com.my.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: