Sunday, January 14, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4881

10 Messages

Digest #4881

Messages

Sun Jan 14, 2018 12:08 am (PST) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Jan 14, 2018 12:08 am (PST) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun Jan 14, 2018 6:04 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Cara Memohon PPA1M
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Cara Memohon PPA1M.

Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti.

Isu kemampuan memiliki rumah di kalangan penjawat awam adalah kritikal dan perlu diberi perhatian. Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 telah bersetuju supaya dikaji inisiatif atau pendekatan untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah.

Cara Memohon PPA1M.

Sebagai langkah permulaan program PPA1M, YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2013 lalu telah mengumumkan program pembangunan 10,336 unit rumah bagi tujuan Program PPA1M di Putrajaya.

Harga ditawarkan bagi skim perumahan ini adalah di antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang dari 1,000 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi.

Selaras dengan kejayaan pelaksanaan Program PPA1M di Wilayah Persekutuan Putrajaya, program tersebut kini diperluaskan pula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan projek pertamanya di Bukit Jalil yang dibuka kepada semua lapisan anggota perkhidmatan awam.
Cara Memohon PPA1M
Harga ditawar bagi skim PPA1M ini adalah diantara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang dari 1000 kaki persegi hingga 1500 kaki persegi.

Pelaksanaan Program PPA1M ini akan terus dibangunkan secara berperingkat-peringkat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Cara Memohon PPA1M sila klik di SINI.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Alamat
Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan
Presint 2, No 18, Persiaran Perdana
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 PUTRAJAYA
Telefon : 603-88805118
Faks : 603-88805119
Email: support.ppa1m@jpm.gov.my
Waktu perkhidmatan:
Isnin hingga Jumaat
08:00 Pagi - 05:00 Petang

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 14, 2018 6:04 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PAS yakin persempadanan semula untuk menangkan BN akan makan diri

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS berkata cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikatakan akan membantu Barisan Nasional (BN) meraih undian Melayu, mungkin berkesudahan sebaliknya.

Pengerusi PAS Kuala Langat dan Adun Sijangkang Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sokongan penduduk tempatan terhadap mereka masih kuat di kawasan majoriti Melayu.

"Dengan persempadanan semula, SPR merancang untuk memindahkan lebih ramai pengundi Melayu dari Teluk Datuk ke kerusi DUN Sijangkang.

"Mereka fikir ini akan membolehkan BN memenangi semula Sijangkang selepas 10 tahun," katanya kepada FMT, sambil menambah, pengundi sudah pun beralih kepada pihak pembangkang sejak Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2013.

Menurut Dr Yunus, orang awam boleh menilai tindakan SPR yang tergesa-gesa mengadakan inkuiri tempata sejurus selepas kes mahkamah kerajaan Selangor digugurkan.

Bawah cadangan persempadanan semula itu, katanya, kawasan majoriti Melayu seperti Kampung Jenjarum dan Seri Cheeding akan dipindah ke Sijangkang.

Kumpulan masyarakat awam telah mengkritik SPR atas cadangan persempadanan semula yang dilakukan pada 2016, dan berkata pihak itu tidak mematuhi garis panduan bawah Perlembagaan Persekutuan dan ia hanya sekadar perbuatan salah pembahagian dan muslihat pilihan raya (gerimander).

Dr Yunus yang juga exco Selangor bagi hal ehwal agama, adat dan warisan Melayu, dan pembangunan desa dan kampung tradisi, memenangi kerusi Sijangkang yang bermajoriti Melayu bawah tiket PAS sejak 2008.

Pada PRU tahun 2013, beliau mengekalkan kerusinya di Sijangkang dengan undian majoriti sebanyak 2,942 menentang wakil Umno, Zurihan Yusop. Beliau memperoleh 14,838 undian manakala Zurihan memperoleh 11,896 undian.

Ahli Parlimen Kuala Langat sekarang adalah Abdullah Sani Abdul Hamid dari PKR. Selain Sijangkang, 2 lagi kerusi DUN bawah Kuala Langat adalah Teluk Datuk (dinamakan semula sebagai Banting bawah cadangan persempadanan semula) dan juga Morib.

Teluk Datuk dipegang oleh bekas wakil DAP yang kemudiannya menjadi Adun bebas, Loh Chee Heng dan Morib pula dipegang bekas wakil PAS yang kemudiannya menyertai Amanah, Hasnul Baharuddin.

Apabila disoal jika PAS bimbang akan perlawanan 3 penjuru dengan BN dan Pakatan Harapan, Dr Yunus menjawab beliau percaya sokongan penduduk tempatan masih berpihak kepada mereka.

"PAS Selangor telah melakukan penyelidikan dan mendapati sokongan Melayu kepada Amanah sangat sedikit di negeri ini atau lebih kurang pada 2.7%," katanya.

Beliau menepis dakwaan mengatakan sesetengah cawangan PAS dan ahlinya di Morib menjadi "tidak aktif" selepas wakil rakyat Morib, Hasnul Baharuddin menyertai Amanah pada 2015, sambil mengatakan sebenarnya mereka tidak aktif disebabkan masalah teknikal.

"Saya mungkin berat sebelah tetapi semasa Hasnul menjadi setiausaha kami, beliau tidak menghantar laporan cawangan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan ini menyebabkan kebanyakan cawangan terbatal pendaftarannya.

"Ia tiada kaitan dengan ahli PAS meninggalkan parti dan menyebabkan cawangan tidak aktif," katanya sambil menambah, mereka berjaya mendaftar semula 41 cawangan.

Sebelum ini, Hasnul memberitahu FMT, cawangan PAS dan ahlinya di Morib menjadi "tidak aktif" sejak beliau meninggalkan parti dan kebanyakan mereka kini menyokong PH.

Katanya, sesetengah penyokong PAS fikir, keputusan presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk melemahkan hubungan dengan parti komponen Pakatan Rakyat, iaitu pelopor gabungan pembangkang yang kini sudah tidak wujud adalah langkah yang salah.

Dr Yunus berkata walaupun sesetengah ahli keluar parti untuk sertai Amanah dengan Hasnul, dan juga Pakatan Rakyat yang dipecahkan, PAS masih mampu menarik penyokong baharu.

"Kami baru sahaja mendaftarkan 500 orang sebagai ahli di Kuala Langat dan jumlah ahli sekarang melebihi 2,000 orang," katanya.

Tsunami Melayu di Selangor

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

TSUNAMI Melayu pada PRU14 ini bakal meranapkan impian Pakatan Harapan (Harapan) kekal di Selangor, sekali gus memberi kelebihan buat Pas mentadbir negeri.

Malah, pertemuan tiga penjuru yang dijangka berlaku di setiap Dun dan parlimen, sama sekali tidak menggugat peluang parti Islam itu menang meskipun tanpa PKR dan DAP.

Menurut Yang Dipertua Pas kawasan Puchong, Mohd Soffiean Ismail, Pas yakin strategi dan gerak kerja yang diatur di setiap Dun dan parlimen berupaya menambah baik kedudukan parti itu berbanding pada PRU13.

"Pilihan raya kali ini, pengundi teras kepada Pas adalah kalangan kaum Melayu dan kita rasa sudah ada syarat untuk berlaku satu perubahan besar.

"Jika PRU13 berlaku tsunami Cina tetapi pilihan raya kali ini kemungkinan berlaku tsunami Melayu berikutan perkembangan semasa yang berlaku dalam Harapan," katanya.

Beliau menambah, soal calon di setiap Dun dan parlimen juga telah dimuktamadkan, dan jentera Pas Selangor kini bersiap sedia sepenuhnya, hanya menunggu masa pembubaran berlaku.

Tandingi semula kerusi Pas

Bagi Pas kawasan Kapar pula, kesemua kerusi akan ditandingi termasuk Dun dan parlimen yang sebelum ini diwakili oleh Pakatan Rakyat.

Yang Dipertua Pas Kapar, Noor Najhan Mohd Salleh berkata, ia bagi memastikan hasrat Pas mentadbir Selangor pada PRU14 menjadi realiti.

"Kalau PRU13 lalu, Parlimen Kapar dan dua Dun di Sementa serta Sungai Pinang adalah milik PKR dan DAP.

"Tetapi kali ini, Pas akan bertanding semua kawasan Dun Kapar atas dasar tiada tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP. Maka, kita akan bertanding semua kerusi di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata, kali terakhir Pas bertanding bagi kerusi Kapar adalah pada 1999 dan kemudian diserahkan kepada PKR.

Menurutnya, matlamat Pas adalah kemenangan, maka jentera parti bergerak ke arah itu.

"Matlamat perjuangan kita tetap sama dan isu menang kalah itu telah kita lalui. Pastinya kita turun untuk menang, jadi jentera kita menggambarkan ke arah itu," ujarnya.

Tambah Noor Najhan lagi, Pas Selangor akan pastikan sokongan padu rakyat terhadap Pas, termasuk pengundi bukan Melayu.

"Pastinya Pas tetap akan menjadi sebahagian daripada kerajaan. Kita dalam pilihan raya nak kuasa bagi membawa rakyat ke arah kebaikan.

"Akan datang kita akan mempertahankan kemenangan Gagasan Sejahtera, bukan Pakatan Harapan, bukan BN. Kita berdiri atas tiket kita sendiri," tegasnya.

Ada kawan atau tidak, lawan tetap lawan

Pas yakin dapat mengekalkan kemenangan di Selangor walaupun bersendirian dan tidak lagi bersama parti pembangkang.

PRU13 menyaksikan Pas ketika bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, menang 15 kerusi Dun di Selangor, PKR 13 dan DAP 14 kerusi.

Kedudukan ini, menurut Yang Dipertua Pas Kawasan Sungai Besar, Mohd Fadzin Taslimin, Pas positif dapat mengekalkan kedudukan di Selangor.

"Ada kawan atau tidak, siapa pun lawan kita, tidak timbul isu. Pas tidak ada masalah. Ya, matlamat kita mahukan kemenangan dan kita berusaha ke arah itu walaupun bersendirian.

"Kerana itu, Pas meletakkan akan bertanding hampir di kesemua kerusi di Selangor walaupun berlaku pertembungan tiga kerusi," katanya.

Katanya, perubahan politik di Selangor menunjukkan Pas mempunyai kekuatan sendiri.

"Bahkan Pas akan terus mendapatkan sokongan rakyat dan pengundi termasuk NGO di Sungai Besar.

"Ini menunjukkan rakyat mulai faham dengan matlamat dan perjuangan parti ini, dan Pas tidak perlu terlalu bergantung kepada isu semasa semata-mata," katanya.

Optimis kemenangan menjadi milik parti itu, Mohd Fadzin mendakwa undi Pas tidak pernah merosot malah bertambah walaupun Pas sudah berusia 60 tahun.

Tetap pertahankan Selangor walau badai melanda

Tidak dinafikan pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan dalam mana-mana pilihan raya.

Namun, tiga atau empat penjuru sekalipun, Pas mempunyai potensi menang besar di Selangor, meskipun tanpa Harapan.

Yang Dipertua Pas Kawasan Sepang, Ir Mohd Haslin Hassan berkata, pilihan raya adalah proses demokrasi dan sesiapa sahaja boleh bertanding.

"Tetapi ia bergantung kepada kekuatan parti masing-masing, dan apabila tiba masa mengundi rakyat menilainya.

"Bagi Pas, secara tradisi mana-mana kerusi yang diletakkan calon, kita akan hadapi sesiapa juga yang akan bertanding. Pas tetap lawan sesiapa sahaja, dan tidak mustahil Pas akan menang lebih banyak kerusi," katanya.

Dalam usaha mengekalkan kerajaan negeri, Pas akan pastikan musuh politik iaitu BN dan parti lain tidak boleh menguasai Selangor.

"Pas akan pastikan Selangor tidak akan jatuh ke tangan musuh. Kita mahu pertahankan kerajaan sedia ada," katanya.

Kerjasama tetap diteruskan

Sementara itu, kerjasama Pas dan Kerajaan Selangor tetap diteruskan walaupun Pas tidak bersama dalam Pakatan Harapan.

Perbezaan matlamat dan perjuangan tidak bermaksud Pas perlu mengetepikan amanah rakyat untuk menerajui Selangor.

Sejak 2008, katanya Pas memberikan sumbangan besar kepada kerajaan negeri.

Yang Dipertua Pas Kawasan Ampang, Khasim Aziz berkata, tekad Pas untuk mengekalkan kerajaan negeri, sekali gus menolak tohmahan bahawa Pas tidak pernah membuat sebarang perjanjian dengan Umno.

"Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersatu di atas pentas sama, kerjasama ini demi kebajikan rakyat dan atas matlamat sama, bukan kerana politik atau ada perjanjian dengan Umno.

"Dakwaan itu hanya cubaan mencipta persepsi negatif dan propaganda buruk yang tidak selayaknya dan hanya mengelirukan rakyat" katanya..

DHPP Kuala Langat DUN 53 MORIB menyerahkan 37 borang keahlian baru

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


DHPP Kuala Langat *DUN 53 MORIB* menyerahkan 37 borang keahlian baru menunjukkan satu perkembangan sihat sokongan bukan Islam kepada PAS.

Kredit
Harakah Mandarin Online 哈拉卡中文网

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 14, 2018 6:05 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Wahai Anak Muda, Apa Lagi Alasan Kamu," Kisah Nenek Umur 82 Tahun Masih Gigih Cari Kerja Demi Menyara Kehidupan
siakapkeli.my

10 Jan - Pada ketika ini, untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang dipelajari agak sukar. Oleh sebab itu, ramai graduan-graduan yang memegang kelulusan diploma dan ijazah masih menganggur sehingga ke hari ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, menunjukkan kadar pengangguran di Malaysia pada tahun 2017 sebanyak 3.4 peratus. Lebih kurang 510,800 orang di Malaysia masih lagi tidak mempunyai pekerjaan di Malaysia.

Sesetengah graduan berpendapat, peluang pekerjaan yang kurang di negara ini menyebabkan mereka masih belum ampu untuk mendapatkan pekerjaan.

Di peringkat global pula, pada tahun 2016 Malaysia berada di tangga ke 17 sebagai negara yang memiliki penganggur paling ramai dalam kalangan belia.

Dalam usaha kerajaan mempelbagaikan peluang pekerjaan, Skim Latihan 1 Malaysia (SLIM) antara salah satu usaha untuk graduan kelulusan ijazah untuk mendapatkan kerja menerusi skim latihan yang akan dikelola oleh syarikat-syarikat terkemuka di Malaysia.

Benar, dalam kalangan negara Asean Malaysia adalah yang paling rendah kadar penganggurannya. Tetapi, adakah atas fakta tersebut, para belia masih lagi mahu memeluk tubuh dan rela menjadi penganggur di negara sendiri.

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Nana Azmi, telah memuat naik sekeping gambar seorang nenek tua berusia 82 tahun yang sedang mencari pekerjaan.

Menurut Nana, nenek tersebut berlegar-legar di kawasan pejabatnya di tengah panas. Apabila ditanya nenek tersebut sedang mencari pekerjaan sebagai tukang sapu di pejabat tersebut.

Nana yang dipercayai seorang pengusaha batik iu juga, telah membawa nenek tersebut untuk ditemu duga. Selesai sahaja urusan temu duga, pihak syarikat bersetuju untuk mengambil nenek tua itu untuk bekerja di pejabat itu.

Bayangkanlah, bagaimana seorang wanita yang sudah berumur 82 tahun, masih lagi berusaha untuk memperbaiki kehidupan hidup ke arah yang lebih baik.

Perkongsian Nana ini mendapat pelbagai reaksi berbeza dari pengikutnya. Ada yang menerimanya sebagai satu perkara yang positif dan aju yang sebaliknya.. terpulang kepada masyarakat untuk melontarkan pendapat.

Saya anak muda, saya dan kawan dah cari kerja sana sini orang tak ambil. Sepanjang hari dan setiap hari cari sana sini, kedai minyak pun saya minta. Macam mana dengan itu? Adakah satu keperluan untuk mengkritik sekumpulan orang yang lain.

Saya rasa awak buat perkara yang betul. Terima kasih, nampaknya saya akan menjenguk website awak walalupun saya bukan penggemar batik.

Anak muda sedang sibuk mengeluh

Terima kasih sebab bagi dia kerja, mesti dia seronok dapat kerja. Rezeki Allah SWT itu luas

Moral daripada kisah nenek tua tersebut, jangan sesekali berputus asa untuk memperbaiki ekonomi diri agar anak muda di Malaysia tidak ketinggalan ke belakang kerana dunia tidak akan menunggu anda, tetapi anda lah yang harus bertindak dan bangun dari lena untuk mengejar cita-cita dan mengambil setiap peluang yang ada. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 14, 2018 6:05 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pendirian PAS tepat dan jelas (bah. 2)

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

FIRMAN Allah swt surah al Anfal ayat 60:

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُوَن

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."

PAS, aset dan jentera parti

PAS yang mempunyai kemampuan 190 kawasan aktif, 7,000 buah cawangan dan keahlian mencecah 1 juta orang adalah merupakan parti kedua terbesar dalam negara ini.

Keupayaan dan ketumbukan ini usah dipandang enteng kerana dalam kancah politik dan pilihan raya, tenaga manusia adalah faktor terpenting dalam penentuan pergerakan dan operasi parti tanpa menolak aspek lain seperti strategi dan media.

Beberapa siri pilihan raya umum dan kecil sebelum ini, PAS pada ketika itu berada dalam tahaluf politik dan kerjasama, jentera dan kekuatan ahli PAS seluruh dikerahkan untuk menyumbang tenaga dan kepakaran mereka kepada parti kawan. Malah wang ringgit dan sumbangan derma ahli PAS turut dilimpahkan untuk mempastikan kemenangan rakan politik PAS.

Kesetiakawan yang ditunjukkan PAS sewaktu bertahaluf dan bertaawun diakui oleh semua pihak, bagaimana PAS adalah kawan yang mampu dipercayai sekalipun berbeza parti dan dasar perjuangan tetapi memiliki sasaran yang sama iaitu ingin menang dalam pilihan raya.

Boleh dikatakan semua kerja-kerja berat pilihan raya seperti memasang dan gantung bendera, panjat pokok, tampal poster, atur ceramah, unit keselamatan, mengawal lalulintas dan orang ramai, peranan Jabatan Amal, persiapan lokasi ceramah, sebaran risalah, rayu undi, polling and counting agent, petugas barung, kesetiausahawanan dan pejabat, markaz pilihan raya dan berbagai-bagai lagi yang hampir dimonopoli oleh petugas dan jentera PAS.

Pihak parti kawan bolehlah dikatakan hanya basuh kaki sahaja ke dalam rumah yang semuanya telah disiapkan oleh PAS. Pemimpin parti kawan hanya datang berceramah, berjabat tangan dan bertemu pengundi dan rakyat, tetapi kerja-kerja di sebalik semua itu telah disediakan oleh PAS.

Adapun aset PAS, sangatlah banyak. Penulis sendiri menganggarkan bahawa aset PAS daripada markaznya, pusat tarbiyyahnya, bangunannya dan tanahnya, kenderaan rasmi parti, peralatan pejabat, wang simpanan di bank, serta wang ringgit di poket ahlinya yang pada bila-bila masa boleh disalurkan kepada parti, semua ini mampu mencecah ratusan juta ringgit dan mungkin mencecah RM 1 bilion. Inilah kehebatan PAS. Kalau tuduhan PAS tagih duit RM90 juta itu adalah terlalu sedikit berbanding dengan kemampuan PAS.

Keputusan PAS dalam tahaluf adalah satu realiti pahit yang terpaksa ditelan oleh rakan lama PAS bahawa PAS memiliki sesuatu yang mereka tidak miliki iaitu jentera dan aset yang mencukupi. Tambahan pula, PAS walaupun tidak bersama lagi dengan mereka, PAS mempunyai kelebihan tersendiri dan kepakaran yang mampu mengisi kelompongan yang dirobek keluar daripada PAS.

Kini, dalam suasana PRU-14 yang amat hampir, PAS dalam memimpin Gagasan Sejahtera dengan Ikatan, Berjasa, Cinta Malaysia akan menumpukan sepenuh tenaga dan upaya serta kelebihan yang PAS miliki untuk memastikan PAS beroleh cita-citanya untuk menegakkan Islam.

Ahli PAS dan petugas pilihan raya PAS kini lebih bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk berjuang memenangkan parti mereka sendiri dan parti kawan yang menghormati dasar dan cita-cita PAS.

Mereka seolah-olah sudah serik dan jemu dengan karenah bermuka-muka bekas rakan politik PAS yang sewaktu pilihan raya datang bertemu PAS dengan wajah tanpa bersalah dan merayu bantuan daripada PAS. Akan tetapi selepas mencapai kemenangan dan pilihan raya, melayani PAS seumpama peminta sedekah.

Buktinya rata-rata program yang dianjurkan PAS mutakhir ini samada berbentuk himpunan jentera petugas pilihan raya, program liqa fikri, tarbiyyah dalaman dan juga mesyuarat ahli jawatankuas PAS di semua peringkat, kita pasti menyaksikan bagaimana sambutan luar biasa yang ditunjukkan oleh kepimpinan, ahli dan juga petugas parti.

Ini adalah signal jelas bahawa ahli pendukung dan penggerak parti PAS berada dalam mode yang sangat bermotivasi dan kuat. Mereka sudah bersedia dan tunggu masa diarah oleh pucuk pimpinan PAS apabila gendang jihad pilihan raya dipalu.

Insya Allah pada kali ini aset terpenting PAS ini bakal diaplikasikan pada tahap yang semaksimum mungkin bagi memenangkan Islam dalam pilihan raya akan datang dan juga apa juga situasi. – HARAKAHDAILY 11/1/2018

Muhammad Najhan Halim
Setiausaha Dewan Ulamak
PAS Negeri Selangor.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 14, 2018 6:06 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ustaz Murtadha Yusof meninggal dunia

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


ALOR SETAR - Pendakwah terkenal, Ustaz Murtadha Yusof meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping, selepas lebih seminggu bertarung nyawa akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya, 4 Januari lalu.

Berita itu dikongsi oleh Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, yang memuat naik status di Facebook miliknya, sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu, jenazah dibawa balik ke Kampung Bakar Kapur dan di kebumikan di Masjid Penghulu Him di Sungai Petani, Kedah.

Menurut Ustaz Mohammad Yaakub, kelmarin, Allahyarham Ustaz Murtadha terpaksa ditidurkan untuk merehatkan paru-parunya selepas beberapa kali berlaku penurunan oksigen dan dilaporkan bakal menjalani rawatan lanjut, Isnin depan.

"Keadaan Ustaz Wadi Annuar yang dirawat di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh menunjukkan tanda-tanda positif," katanya.

Allahyarham Ustaz Murtadha Yusof (dua, kiri) yang dirakam sebelum terlibat kemalangan.

Pada 4 Januari lalu, empat guru agama termasuk seorang tokoh penceramah terkemuka, Mohamad Wadi Annuar Ayub atau dikenali Ustaz Wadi Anuar cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan.

Dalam kejadian jam 7 petang, kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Nissan Grand Livina dipercayai terbabas ke bahu jalan, menyebabkan dua daripada mereka cedera parah, manakala dua lagi cedera ringan.

Selain Ustaz Murtadha Yusof dan Ustaz Wadi Annuar, dua lagi individu dalam kenderaan terbabit adalah Ustaz Hambali Zulkifli dan ayah kepada Ustaz Murtadha.

Keempat-empat mangsa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Taiping, di mana Ustaz Murtadha tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan dalam otak.

Selepas Hampir 2 Minggu Bertarung Nyawa, Ustaz Murtadha Yusof Disahkan Meninggal Dunia
siakapkeli.my

Lebih seminggu bertarung nyawa selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan, Ustaz Murtadha Yusof sebentar tadi telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Memetik tulisan Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, Ustaz Murtadha Yusof telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 12.30 di unit rawatan rapi Hospital Taiping.

Menurut Ustaz Yaakub, semalam keadaan Ustaz Murtadha terpaksa ditidurkan untuk merehatkan paru-parunya selepas beberapa kali berlaku penurunan oksigen dan dilaporkan akan akan menjalani rawatan lanjut pada Isnin ini.

Selain itu, keadaan Ustaz Wadi Annuar yang dirawat di Hospital Permaisuri Bainun Ipoh telah menunjukkan tanda-tanda positif.

Kenangan ustaz Murtadha bergambar dengan
Ustaz Wadi bersama seorang saudara baru

Jenazah akan dibawa balik ke Kampung Bakar Kapur dan di kebumikan di Masjir Penghulu Him, Sungai Petani, kedah secepat mungkin.

Semoga Roh Allahyarham Ustaz Murtadah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, January 08, 2018 11:18 PM
Subject: Fw: Empat Guru Agama Cedera Parah

Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun Selepas Ada Cecair Keluar Melalui Hidung
siakapkeli.my

Salah seorang mangsa kemalangan membabitkan 4 guru agama, Mohamad Wadi Anuar Ayub, 35, yang merupakan seorang pendakwah terkenal yang dikenali sebagai Ustaz Wadi Anuar telah dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HPRB), Ipoh untuk menerima rawatan lanjut.

Ia berikutan keadaannya yang dilaporkan masih kritikal selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya di KM200.9 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara), kelmarin.
Tiga guru agama lain yang turut menaiki kenderaan yang sama adalah Mohd Murtadzo Mohd Yusoff, 31, yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping manakala dua lagi mengalami cedera ringan iaitu Muhd Hambali Zulkifli, 28, serta ayah kepada Mohd Murtadzo, Mohd Yusoff Ahmad, 62.

Menurut adik kepada Mohd Murtadzo, Mohamad Yaakub Yusra, 27, Uztaz Wadi Anuar dipindahkan ke HPRB kerana perlu mendapatkan rawatan lanjut berikutan ada kemungkinan berlaku kecederaan selpas ada cecair keluar dari gidungnya, lewat petang semalam.

Manakala abangnya yang menjalani pembedahan masih belum sedarkan diri hingga kini.

"Harapan sekarang semoga kedua-dua ustaz terus diberikan kekuatan, kita doakan semuanya dipermudahkan," katanya.

Sumber : Sinar Harian Online

Empat Guru Agama Termasuk Penceramah Terkenal Cedera Parah Selepas Terlibat Dalam Nahas Jalan Raya
siakapkeli.my

Seorang tokoh penceramah tersohor dan tiga lagi guru agama mengalami cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan kira-kira jam 7 petang semalam.

Ustaz Wadi Anuar, penceramah agama terkemuka menaiki kenderaan jenis Nissan Grand Livina bersama tiga lagi mangsa iaitu Ustaz Murtadzha Yusof, Ustaz Hambali Zulkifli, dan ayah kepada Ustaz Murtadzha.

Laporan terkini mengesahkan keempat-empat mangsa masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Hospital Taiping dan salah seorang daripada mereka, Ustaz Murtadzha dimaklumkan tidak sedarkan diri kerana mengalami pendarahan dalam otak.

Ustaz Wadi juga difahamkan mengalami kecederaan patah tulang bahu dan masih belum sedar. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, PBK II Zulhawi Kamarudin berkata, empat mangsa lelaki didalam kereta itu dihantar ke Hospital Taiping sejurus kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa selesai..

Punca kemalangan masih disiasat oleh pihak polis.

UPDATE

Update Terkini 9.27 AM:

9.10AM
Mohon doa dari semua ya. Sekarang menanti pakar otak datang untuk cek perkembangan otak ustaz murtadha. Ustaz wadi annuar 10 minit tadi dah mula celik mata, tetapi tersangat lemah disebabkan ke dua-dua mata beliau bengkak teruk. Sepanjang tengok semalam mulut beliau sentiasa berzikir. Benarlah kata ulama andai ketika sihat kita sentiasa lazimkan zikrullah nescaya semasa sakit Allah akan lazimkan perkataan tersebut dibibir.

6.50AM
ALHAMDULILLAH Ustaz Wadi Annuar semakin sembuh. Dah mula sedar tapi tak mampu buat apa-apa melainkan mendengar apa yang kita cakapkan. Mohon doa dari semua ya. Buat masa ni tak perlu ziarah lagi tak apa.. Bagi mereka berehat dahulu ya..

5.44 AM
ALHAMDULILLAH keadaan kekanda saya selepas pembedahan agak stabil cumanya tempurung kepala tak dapat diselamatkan sebab pecah dan berkecai.. Apa-apa pun keputusan akan dimaklumkan pagi ni, doakan ya agar keputusan yang baik-baik..

Terima kasih banyak ya buat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kekanda saya dan ustaz Wadi Annuar

RENTETAN TRAGEDI

2.47 AM
Makluman untuk semua ya, semasa kejadian tadi ayahanda saya tidak tidur. Beliau maklumkan kelajuan semasa kejadian di bawah 110km dan mereka dalam keadaan tidak mengantuk sebab Ustaz Murtadha (yang memandu) baru memandu bertukar dengan Ustaz Hambali iaitu kurang sejam dari masa kejadian. Saya ada terbaca bbrpa komen yg mengatakan Laju dan terlelap. Moga pencerahan ini menghilangkan persepsi-persepsi buruk ya.
Wallahi alangkah terluka hati ini membacanya, kekanda saya masih berjuang dalam bilik pembedahan, tolong doakan ya..

2.40 AM
Seorang ayah walaupn sakit tapi melihat anak sakit jauh lebih menyakitkan hingga terlupa sakit sendiri. Selepas dipujuk utk scan baru nmpak kata tulang rusuk kanan ayahanda ana retak. Inilah ayah dan ibu kita semua

TERUSKAN BERDOA BUAT GURU-GURU KITA YANG TERLIBAT. MOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN MEMBERIKAN KESEMBUHAN KEPADA YANG TERLIBAT. DAN MOGA ADA YANG TERBAIK BUAT USTAZ MURTADHA. JANGAN HENTI HADIAHKAN FATIHAH BUAT GURU KITA.

~Via Ustaz Mohammad Yaakub Yusra

- Siakapkeli.my

DJ Norhayati Paradi IKIMfm telah menambah 2 foto baru — bersama Syafiq Salleh.
· 13 jam ·
إنا لله وإنا إليه راجعون
..
Mohon semua doakan ya kepada Guru-guru kita Ustaz Wadi Anuar Ayub, Ustaz Murtadha Yusof, Ustaz Hambali Zulkifli dan ayah Ustaz Murtadha yang terlibat dalam kemalangan di Kamunting, Perak. Semoga الله mudahkan segala urusan.:
..
اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا, وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا
..
Bissirril al-Fatihah..
..
Ustaz Syed Bakri

Mohammad Yaakub Yusra
pada hari Rabu
Mohon doa semua ya..kekanda saya ustaz murtadha,Ustaz wadi annuar,ustaz hambali dan ayah ana terlibat dlm kemalangan di perak.
Mohon sgt jgn call2 lg,doakan ya..apa2 ana akan update..otw dh ke hospital taiping

Ustaz hambali dan ayah dh sedar..ustaz murtadha dan ustaz wadi msh belum tp insyaAllah khair..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 14, 2018 6:06 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Nanti Letak Kicap Banyak-Banyak, Habis Juga," Nasi Basi Dicampur Untuk Nasi Goreng Didedah Bekas Pekerja Kantin Sekolah
siakapkeli.my

12 Jan - Kebanyakkan ibu bapa tidak membekalkan anak mereka makanan untuk dimakan di sekolah, kerana bagi mereka lebih mudah jika membekalkan anak mereka sejumlah wang yang mencukupi untuk berbelanja di kantin sekolah.

Tidak dinafikan, masih ramai lagi pengusaha kantin yang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah sendiri.

Dalam kebanyakkan mereka yang patuh dengan arahan, pasti ada beberapa pengusaha yang cuba mengambil kesempatan menggunakan jalan pintas untuk meraih keuntungan berlipat kali ganda.

Sepanjang tahun, pasti ada beberapa kes terpencil yang berlaku mengakibatkan pelajar yang menghidap keracunan makanan selepas menjamu selera di kantin sekolah beberapa tahun lalu.

Setiap tahun juga pasti ada kantin sekolah yang diarahkan tutup oleh KKM dan pihak sekolah kerana masalah kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan.

Seperti apa yang diceritakan oleh seorang pengguna Facebook ini yang berpengalaman bertugas sebagai pembantu kantin sekolah.

Dia yang dikenali sebagai As MamaHasnur menceritakan bagaimana kantin sekolah tersebut menghidangkan makanan yang sudah basi dan bahan yang tidak dibasuh sebelum memasak.

Menurut As, dia terkejut apabila melihat nasi goreng yang digoreng menggunakan nasi lebihan semalam dan nasi lemak semalam yang sudah basi.

Dia sudah cuba menegur tindakan mereka itu, namun jawapan yang diterima sungguh menduka citakan.

"Kak dah basi tu, kenapa campur?" kata As
"Ah! Nanti letak kicap banyak-banyak, habis juga," kata pekerja disitu

Begitulah jawapan yang diterima selepas As cuba menghalang keadaan itu dari terus berlaku. Tulisnya lagi, rasa sedih dihatinya apabila mengenangkan muka-muka pelajar disitu yang seronok mengambil Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang disediakan oleh pihak sekolah secara percuma.

As juga menasihatkan agar ibu bapa digalakkan menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak makan di sekolah berbanding membiarkan mereka membeli makanan di kantin.

Berikut adalah perkongsian penuh oleh As MamaHasnur tentang pengalaman beliau bertugas sebagai pembantu kantin sekolah.

Kisah benar dari dapur kantin sekolah yang berlaku depan mata saya sendiri.

Berdasarkan pengalaman bekerja di kantin sekolah rendah beberapa tahun yang lalu.

Nasi goreng, nasi lebihan semalam + nasi lemak lebihan semalam yang dah basi.

"Kak, dah basi tu.. kenapa campur?" saya cuba.

" Ah! nanti letak je kicap banyak-banyak. Habis juga" katanya.

Astaghfirullah. Mee goreng dari plastik terus masuk kuali.

" Tak basuh dulu? Pahit nanti," saya cuba lagi.

"Letaklah kicap manis banyak-banyak.Oklah nanti," katanya lagi.

Syukurlah Allah letakkan saya di posisi tukang masak untuk guru. Saya masak macam masak untuk keluarga. Letakkan ikhlas dalam setiap apa yang dilakukan. Hati puas dan tenang.

Betapa belasnya hati saya melihat nasi goreng 'campur' dan mee pahit tadi disendukkan ke dalam bento khas RMT (Rancangan makanan tambahan).
Saya yakin mereka takkan mampu makan walau separuh daripada hidangan kecil itu.

Terbayang wajah riang mereka bila mencapai bekas makanan bagi mengalas perut ketika rehat. Namun suapan pertama belum mampu ditelan apatah lagi suapan yang seterusnya.

Saya juga lihat,nugget, sosej dan kentang dari jenama yang paling murah dibiarkan lama di luar sebelum di goreng dan seterusnya dicicah dengan sos yang paling murah juga.

"Kalau semuanya murah, jual murah juga ke?"
"Eh, taklah! Harga sama macam di luar juga."

Mereka beli racun pada harga yang mahal untuk disuap ke mulut mereka tatkala mereka sedang menuntut ilmu.

Saya cuba bertanya, boleh ke jual makanan macam ni di sekolah?

"Mestilah boleh, sebab tu kita jual. Makanan nilah yang paling senang,paling laku dan paling banyak untung" katanya.

Itulah pengalaman paling mahal saya selama dua minggu jadi chef di kantin sekolah beberapa tahun yang lalu.

Kita tak mampu nak ubah semua tapi kita boleh pastikan anak-anak kita terkecuali dari situasi menyedihkan itu dengan merajinkan diri menyediakan bekal anak-anak ke sekolah. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 14, 2018 6:07 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lawat Arab Saudi Najib bawa anak menantu.
bloglist-malaysia.blogspot
sisibukit.blogspot.

Najib dan Rosmah pergi Arab Saudi,okaylah sebelum tak jadi PM lagi.

Ini anak saudara,anak tiri ,anak betul semua turut tumpang semangkuk.Duit sendiri kira okaylah,tetapi ini lawatan rasmi.

Berita Tak ada dalam Malaysiakini, Bekas Hakim Negara dipecat Tun Mahathir ziarah Abdul Hadi

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini, menerima kunjungan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abas, di kediaman beliau di sini.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, Hadi berkata, Salleh merupakan individu penting dalam krisis kehakiman 1988 ketika zaman Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Beliau merupakan bekas Ketua Hakim Negara yang tidak asing lagi dengan sejarah hitam krisis kehakiman dan perlembagaan tahun 1988 sehingga beliau dipecat sewaktu 'Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan' memerintah negara," katanya sinis yang dipetik menerusi Facebooknya.

Salleh Abas seorang yang cukup dikenali sebagai ketua hakim Malaysia yang telah dipecat semasa krisis perlembagaan, sekali gus mengakibatkan beliau kehilangan pencennya.

Kejadian ini dianggap secara meluas sebagai peristiwa yang mencetuskan pengurangan yang ketara terhadap kebebasan badan kehakiman Malaysia, serta melahirkan sindiran terhadap apa yang dikatakan pengamalan pengasingan kuasa sebagaimana yang ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia.

XOXO - Mahathir kata bukan dia nak pecat tapi Sultan, kerana Sultan sudah meninggal tak boleh bela diri. Malaysiakini pula tak nak wawawcara Tun Saleh kerana dia tahu apa sebenarnya berlaku. Wawacara Mahfuz supaya mudah hentam PAS.... Itu akhbar suka fitnah kini kena bayar sama 350k.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jan 14, 2018 6:07 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Allah Tarik Nikmat Aku Sekejap Je" Lelaki Menyesal Dan Ditimpa Malang Selepas Buat Tak tahu Permintaan Rakannya Membeli Makanan Kucing
siakapkeli.my

Kenapa perlu berkira? Zaman sekarang semua pakai duit, orang kata nak cangkung pun pakai duit. Gaji tak banyak mana, semua perlu dijimatkan. Bukan senang nak cari duit, bangun awal pagi balik lewat malam demi mencari sesuap nasi.

Tapi kita seharusnya ingat, jika kita susah, ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Sekurang-kurangnya kita ada rumah boleh tidur, ada air boleh minum kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang hanya tidur berlantaikan tanah berbumbungkan langit. Rezeki Allah swt itu luas, masih mampu hirup udara di atas muka bumi ini juga rezeki. Jadi dengan segala nikmat yang diberi, tidak salah jika kita berkongsi walau sikit asalkan ikhlas tidak kira sesama manusia, haiwan atau apa saja dimuka bumi ini.

Menerusi perkongsian Zoul Bucker ini, beliau menceritakan pengalamannya yang seperti mengendahkan permintaan rakan sekerjanya untuk membeli makanan kucing. Namun, kejadian yang berlaku selepas itu sangat mengejutkan. Malangnya bertimpa-timpa, perasaan yang digambarkan terasa berat. Mari ikuti kisah lanjut dan pengajaran yang boleh kita ambil daripada perkongsiannya.

Pengajaran yang Allah tunjukkan cash.

Pagi tadi sarapan kerani aku kirim beli nasi untuk kucing tapi aku terlupa & buat tak endah.. alaa.. kucing je kot. Lapar agaknya kucing tu.

Petang pulak aku pegi Melaka dalam perjalanan dekat highway singgah RnR sebab perut lapar, minyak dah kuning & touch n go kena topup.

Ko tahu Jah.. sampai RnR wallet aku HILANG !!

Jadi aku pun tersadai kat RnR ni.

Nak patah balik minyak tak cukup..
Nak keluar tol touch n go tak cukup..
Nak makan beli mineral water pun tak mampu duit tak cukup..

Ko bayangkan Jah.. aku dah terperangkap kat sini tak boleh buatpe. Kad bank xde.. duit xde... kad kredit xde.. minyak kereta xde.. semuanya xde serentak beb.
Aku kol kerani kat opis.. wallet aku xde.
Kol bini kat rumah.. wallet aku xde.
Lagi stress.. wallet tercicir.. abes jahanam.

Aku kol mintak bantuan bebudak opis dorang boleh sampai dalam 3 jam. Ye la... kat highway jauh beb. Ko rase pitam tak pitam nak tunggu 3 jam dgn tak makan.

Allah tarik nikmat aku sekejap. Dia beri aku lapar 4-5 jam.. Aku cuma mampu tengok orang makan minum..
Aku dah macam sekor kucing yang lapar minta ehsan orang..
Ya Allah azab siot.. menggigil aku lapar..beli air pun tak mampu.

Pastu aku duk surau solat & doa mintak Allah jumpakan balik wallet aku..

Ko tahu Jah.. setengah jam lepas solat.. akak kantin kol aku cakap wallet aku tercicir kat kantin. Ya Allah lagi satu petunjuk. Cuba aku tak solat tadi.. tak berdoa.. memang tak jumpa wallet aku. Tetiba siot.

HIKMAH yang aku dapat hari ni banyak...

1. Orang penah cakap beri kucing makan tu murahkan rezeki kita.. hari ni aku dah kena. Aku tak beli makanan kucing.. tuhan tarik nikmat aku sekejap.. rasakan lapar macam mana kucing tu lapar.

2. Sesusah mana kita.. jgn lupa solat & berdoa kat DIA permudahkan urusan.. Ya Allah sekelip mata DIA bantu aku. Terus jumpa wallet aku lepas solat.. sebelum solat tak jumpa.

3. Jangan kedekut.. banyakkan bersedekah. Ingat org susah yang tak makan. Aku baru 3-4 jam tak makan macam nak mati..

Ya Allah besar dugaan aku kali ni.
Semoga aku mendapat hikmahnya.

Siakapkeli.my

Sumber: Zoul Bucker

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: