9 Messages
Digest #4882
Messages
Tue Jan 16, 2018 6:12 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Mat Motor Sanggup Pertaruh Nyawa Kutip 'Bumper
siakapkeli.my
Sebanyak lebih 18,000 jumlah kemalangan direkodkan di seluruh negara pada tahun lepas berbanding 15,527 kemalangan pada tahun 2016. Jumlah kemalangan ini semakin meningkat disebabkan jumlah kenderaan yang bertambah setiap hari di jalan raya dan juga sikap pengguna jalan raya yang dilihat mementingkan diri sendiri dengan memandu secara laju dan berbahaya.
Lain pula dengan pemuda ini yang sangat prihatin akan keselamatan pengguna jalan raya lain dengan merisikokan dirinya untuk mengutip bumper kereta yang tercabut ditengah-tengah highway Ipoh. Sikap seperti ini harus dijadikan contoh, walaupun bagi sesetengah orang nampak mudah tapi ia mampu menyelematkan nyawa orang lain. Aksi beraninya itu dirakam serta dikongsi melalui Facebook Muhamad Nur Ismail malam tadi dan mendapat pujian rakyat Malaysia.
Dalam perjalanan nak ke Selatan tanah air area Ipoh. Dok tak dok member suruh berenti tepi, Gila ka apa tengah keta laju-laju tu suruh berenti. Dia turun moto terus lari pi lane sebelah. Rupanya baru perasan, ada bumper sapa tah tertanggal atas highway.
Bila tanya dia balik. "Hang gila ka apa? Tengah-tengah highway keta laju-laju boleh hang lintas pi kutip benda tu. Tunggu la plus mai kutip." Dengan muka selamber dia jawab.
"Dan depa nak kutip ada dah orang tibai benda tu. Aku dah penah rasa pecah lampu tibai benda atas hgway. Tu tara aku naik keta, kalau moto mau tak tergolek orang?? Hari ni kita ubah benda tu mungkin dapat selamat 1 nyawa. Mana tau kedepan org lain pulak buat dapat selamat nyawa kita."
Sentap beb. Aku tak berani kot nak lintas highway
Salute sama hang otai
Bikers kental
Salute dgn hang... Bikers penang Mantaro Resdong'
Siakapkeli.my
Sumber: Facebook Muhamad Nur Ismail
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 16, 2018 6:12 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Menyumbang dalam pilihan raya untuk menangkan Islam
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.
وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
"Dan berbelanjalah kamu pada jalan agama Allah, dan jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan."
(al-Baqarah: 195)
Sebab turunnya ayat yang saya baca itu apabila berlaku di zaman Nabi S.A.W, ada beberapa orang Sahabat (R.A) yang meninggalkan perjuangan kerana merasakan Islam sudah cukup berjaya, inilah masa untuk jaga kebun, jaga kedai, jaga binatang. Lalu Allah menurunkan ayat:
وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
"Belanjalah kamu pada jalan Allah, jangan kamu campak diri kamu ke dalam kebinasaan."
(al-Baqarah: 195)
Allah Taala memberi amaran, supaya mereka jangan meninggalkan perjuangan untuk menegakkan perjuangan Islam. Disuruh mereka menyumbang perkara yang mereka kasih iaitulah harta mereka untuk menolong Islam.
Allah Taala menyebut acapkali dalam Quran, menyumbangkan harta lebih daripada menyumbangkan diri, kerana Allah Taala tahu manusia sayang ke harta lebih daripada diri. Dan Allah menjanjikan kepada yang menyumbang fi sabilillah, 700 kali ganda, berbeza dengan sumbangan-sumbangan yang lain.
Kerana manusia mudah beri sedekah kepada peminta sedekah, mudah beri ke masjid, mudah beri bantuan kepada mereka yang dapat dilihat dengan mata. Tetapi menyumbang kepada perjuangan Islam ini, payah nak diberi, dengan sebab banyak bisikan-bisikan syaitan, gangguan-gangguan syaitan, mari macam-macam perasaan.
Dan hari ini pula timbul keraguan, adakah pilihan raya, pilihan raya ini ada dalam ugama Islam? Termasuk dalam ibadat ke? Memang tak sebut dalam Quran.. Quran menyebut tentang haji, tuhan tak sebut naik kapal terbang, cari pitih untuk naik kapal terbang. Tuhan sebut masjid, tuhan tak sebut, kayu simen, besi dan sebagainya.
Pilihan raya adalah alat untuk mendirikan kerajaan, mendirikan kerajaan ini kewajipan yang besar, kewajipan yang Allah Taala isytihar kepada Malaikat bila Allah nak jadikan Nabi Adam A.S. Tuhan lantik Adam jadi Khalifah, diisytihar kepada Malaikat.
Khalifah itu ialah politik memerintah negara. Pilihan raya salah satu daripadanya, walaupun pilihan raya tak disebut dalam kitab-kitab Feqah, tapi disebut dalam kitab Sirah, disebut dalam kitab Tafsir dan Hadis, apabila Nabi S.A.W wafat, Nabi tak tunjuk siapa dia ganti dia. Maka Sahabat pilih tiga calon, Abu Bakar, Saidina Ali, dan Sa'ad Bin Ubadah. Akhirnya Abu Bakar dilantik jadi khalifah. Itu adalah pilihan raya secara zaman dulu.
Di mana amalan demokrasi yang diamalkan oleh orang Barat, orang Eropah tak tahu nak buat perubahan, macam mana nak pilih pemimpin negara. Pada asalnya demokrasi ini adalah dicipta oleh orang-orang Greek di Athen, democrasi, democratia, ataupun democratos.Dalam bahasa Greek democratus, bahasa Latin democratia, kuasa rakyat, kuasa orang ramai, itu makna demokrasi.
Orang ramai diberi hak untuk memilih pemimpin. Oleh kerana orang ramai tidak faham, termasuk orang Islam tak faham bahawa mengundi memilih pemimpin, memilih kerajaan satu kewajipan yang besar. Banyak hukum-hukum syarak, hukum-hukum Allah Taala untuk mengurus orang Islam, kehidupan orang Islam, mesti ada kerajaan Islam yang memerintah, kerajaan yang meninggikan hukum Islam, mesti diadakan, ini wajib bagi orang Islam.
Dengan sebab itulah pada hari kiamat kelak, manusia akan dihimpun bukan sahaja dengan amalan dia, termasuk dengan pemimpin yang dipilih di atas dunia ini, dibawa pada hari kiamat kelak. Ini tanggungjawab pilihan raya yang kita kena sedar, yang kita kena faham.
Menyumbang untuk pilihan raya ini ialah untuk memenangkan Islam. Bagi Terengganu, kita usaha supaya boleh perintah balik negeri Terengganu kerana kita pernah memerintah dan kita telah meminda Perlembagaan Negeri Terengganu, hukum yang tertinggi ialah Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias, masih ada lagi. Tapaknya sudah ada, tapi nak tambah lagi tidak boleh kerana kita tidak ada kuasa pemerintahan.
Tanggungjawab kita untuk mewujudkan kuasa pemerintahan ini, dalam masa yang sama kita perlu kuat kerajaan pusat. Kalau boleh menguasai Kerajaan Pusat. Kalau tak boleh kuasai Kerajaan Pusat, boleh mempengaruhi Kerajaan Pusat.
Kalau kita boleh 40 kerusi di Parlimen, kerajaan tak boleh nak tubuh kerajaan melainkan dengan bergantung dengan 40 kerusi ini. Walaupun orang lain ada 100 kerusi, kerana nak tubuh kerajaan mesti ada 112 kerusi. Parti-parti tak mampu nak dapat 112 kerusi. 100 boleh, 80 boleh, 88 boleh, sekadar itu sahaja.
Kalau kita ada 40 kerusi, bermakna kita akan menjadi tempat pergantungan siapa nak tubuh kerajaan. Dengan 40 kerusi ini, kita ada pengaruh, boleh minta macam-macam. Dengan 40 kerusi ini, kita boleh tarik sokongan, jatuh siapa dia, naik siapa dia. Ini dari segi politik, kena faham dari segi politik, kedudukan politik.
Walaupun dengan 40 kerusi, kita tidak majoriti. Bila 40 kerusi ini kita boleh menentukan kerajaan. Ini dari segi politik, ini kena mengaji ilmu politik. Orang mengaji politik tahulah, yang tak mengaji politik tak tahu hal macam ini. Kalau tak tahu, ikut orang yang tahu. Ini kena faham. Jangan belajar dengan surat khabar, kena belajar dengan kitab, kena belajar dengan nas-nas yang dibincangkan oleh ulama kita.
InsyaAllah hari ini kita akan lancarkan tabung derma untuk pilihan raya. Bagi Terengganu kita nak kerusi kita lebih banyak. Terengganu ini tempat majoriti orang Islam macam Kelantan, macam Kedah. Kerusi Terengganu, kerusi Kelantan, kerusi Kedah kena banyak, jadi asas kepada 40 kerusi ditambah oleh negeri-negeri yang lain.
(Transkrip oleh Penolong Pengarang Berita Harakah, IZWAN ABDUL HALIM dari ucapan Presiden PAS ketika merasmikan Pelancaran Dana 1 Juta Ke Wisma Darul Iman, pada 12 Januari 2018 di Masjid Rusila, Marang) - HARAKAHDAILY 13/1/2018
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 16, 2018 6:13 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
"Otaknya Terburai Dan Saya Tadah Dengan Tangan," Ibu Mangsa Cerita Detik Tragis Ketika Anaknya Dihempap Kerusi Pejabat
siakapkeli.my
Foto: Remaja
16 Jan - Ibu kepada remaja yang dihempap kerusi pejabat yang dibaling dari tingkat atas kediaman pangsapuri (PPR) di Pantai Dalam, tidak dapat mengawal rasa kesedihan atas kejadian yang menimpa anaknya itu, lapor Awani.
Kasthuribai a/p M.Sattayappan, 45, berkata, kejadian tragis itu berlaku didepan matanya sendiri malam semalam di Flat PPR Seri Pantai.
Menurut ibunya, dia bersama anaknya bongsunya itu, Satiswaran turun ke bawah flat berkenaan kerana anaknya mahu membeli kad tambah nilai untuk membuat kerja sekolah.
Namun, kad tambah nilai yang ingin dibeli tiada. Mendiang Satiswaran mendekati ibunya secara berhadapan di hadapan lif dan secara tiba-tiba sebuah kerusi yang didakwa dibaling dari tingkat 21 menghempap kepala mangsa sehingga terbelah.
Foto: Remaja
"Ketika itulah otaknya terburai. Saya tadah dengan kedua belah tangan. Anak memandang muka saya tepat, tetapi kosong. Dia kemudian rebah di depan mata saya, lalu saya menjerit meminta tolong," katanya.
Kasthuribai yang masih dalam keadaan trauma, sering berkata mengapa anaknya dibunuh sedangkan anaknya tidak pernah mengganggu sesiapa.
"Ini bukan soal nyawa orang India, bukan juga soal bangsa Melayu atau Cina, tetapi kejadian ini melibatkan satu nyawa remaja yang langsung tidak berdosa kerana kecuaian orang lain," ujarnya
Katanya, hari ini nyawa anaknya sudah melayang kerana sikap bodoh orang lain yang mengambil jalan mudah membuang kerusi yang sudah rosak itu dari tingkat atas tanpa menghiraukan keselamatan orang lain yang berada di bawah.
Foto: Remaja
"Ada mangsa kena 16 jahitan, ada kena 6 jahitan. Kita semua ada hati, hari ini anak saya sudah mati dan nyawanya tidak mungkin boleh datang semula. Tapi apa kita boleh buat? Apa peranan kita semua?" katanya
Difahamkan, mayat mendiang Satiswaran masih berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk upacara pengkebumian.
Nenek kepada mendiang yang tinggal di tingkat 21 berkata, dia tahu dan kenal dengan kerusi yang menimpa kepala cucunya dan dikatakan adalah milik jirannya yang diletakkan di luar rumah.
Sumber: Astro Awani, Remaja
Remaja Maut Ditimpa Kerusi Buruk Dibuang Kebawah Dari Tingkat Atas Rumah Flat
siakapkeli.my
16 Jan - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas ditimpa sebuah kerusi yang didakwa dicampak dari tingkat atas pangsapuri di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai. Pantai Dalam kira-kira jam 8.30 malam tadi, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, mangsa S.Sathiwaran pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya dikatakan sedang berjalan dengan ibunya S.Kasthurivai, 45, untuk naik ke rumahnya di tingkat 16 selepas pergi ke kedai runcit di bawah PPR itu.
Namun, sebelum sempat mereka memasuki bahagian flat yang tertutup, tiba-tiba sebuah kerusi pejabat berwarna biru dipercayai dicampak dari tingkat atas mengenai kepalanya.
"Akibat ditimpa oleh kerusi itu, mangsa parah di kepala. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibunya bernasib baik kerana tidak terkena kerusi itu" katanya.
Salah seorang penduduk, Halim Mohd Kassim,47,berkata, ketika kejadian, dia berada di tempat letak kereta blok sama sebelum terdengar bunyi dentuman yang kuat.
"Saya fikir perkara biasa sebab memang selalu orang buang-buang barang dari atas. Tapi tak lama lepas tu saya mula dengar bunyi jeritan dan ramai orang mula berlari mencari. Saya lihat mangsa sudah terbaring kaku dengan keadaan kepala sudah pecah,"
Roslan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai dan siasatan lanjut masih dijalankan.
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 16, 2018 6:14 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
'Ini janji BN jika berjaya rampas Selangor'
bloglist-malaysia.
wak-labu
Posted by Mohd Sulaiman
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Transformasi Sosial NBOS Kejiranan Indah di Apartment Mentari Court Taman Sri Mentari hari ini. - Foto Bernama
PETALING JAYA - Taska dan tadika akan ditempatkan di setiap kediaman strata kos rendah dan sederhana rendah di Selangor jika BN berjaya mentadbir semula negeri itu pada PRU14, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata ia bertujuan memberi kemudahan kepada generasi muda yang baru berkahwin dan mempunyai anak yang masih kecil untuk menghantar anak mereka ke taska dan tadika di kawasan kediaman masing-masing.
"Kita akan selaraskan konsep seperti taska dan tadika oleh Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat) yang disediakan di blok perumahan dan kosnya agak murah kerana ditanggung kerajaan," katanya selepas melancarkan Program Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di sini, hari ini.
Terdahulu, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata kementeriannya meluluskan peruntukan kira-kira RM6 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara kemudahan perumahan di Mentari Court di sini yang didiami kira-kira 15,000 penduduk.
Turut diluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi memasang alat perangkap nyamuk yang menggunakan tenaga solar iaitu 'Integrated Mosquito Management
Noh mendakwa kerajaan negeri Selangor dilihat masih gagal menangani kes denggi dan sehubungan itu kerajaan persekutuan bersedia membantu.
"Pada dasarnya kerajaan telah bersetuju meluluskan RM10 juta tetapi pada peringkat pertama diberikan RM1 juta dahulu. Apabila melibatkan kesihatan, kita (kerajaan persekutuan) bantu tidak pilih parti,"
- Bernama.
Noh Omar hang dah pegang kerajaan,tak payah tunggu PRU14.
bloglist-malaysia.
sisibukit.blogspot
Pengundi jika jumpa Menteri seperti Noh Omar ,cuba terus tanya kenapa perlu tunggu menang PRU 14 di Selangor baru nak bagi pendidikan percuma untuk Taska atau Tadika.Sekarang boleh laksanakan sebab BN masih ada kuasa di peringkat persekutuan. KENA bagi pendidikan percuma semua negerilah Noh Omar baru adil dan jaga kebajikan.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 16, 2018 7:39 am (PST) . Posted by:
"bashah" bwasi
lawak
On Tuesday, January 16, 2018, 10:20:42 PM GMT+8, '-:rIeNaCoM:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil] <automobil@yahoogroups.com> wrote:
'Ini janji BN jika berjaya rampas Selangor'
bloglist-malaysia.blogspot
wak-labu
Posted by Mohd Sulaiman
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Transformasi Sosial NBOS Kejiranan Indah di Apartment Mentari Court Taman Sri Mentari hari ini. - Foto Bernama
PETALING JAYA - Taska dan tadika akan ditempatkan di setiap kediaman strata kos rendah dan sederhana rendah di Selangor jika BN berjaya mentadbir semula negeri itu pada PRU14, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata ia bertujuan memberi kemudahan kepada generasi muda yang baru berkahwin dan mempunyai anak yang masih kecil untuk menghantar anak mereka ke taska dan tadika di kawasan kediaman masing-masing.
"Kita akan selaraskan konsep seperti taska dan tadika oleh Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat) yang disediakan di blok perumahan dan kosnya agak murah kerana ditanggung kerajaan," katanya selepas melancarkan Program Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di sini, hari ini.
Terdahulu, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata kementeriannya meluluskan peruntukan kira-kira RM6 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara kemudahan perumahan di Mentari Court di sini yang didiami kira-kira 15,000 penduduk.
Turut diluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi memasang alat perangkap nyamuk yang menggunakan tenaga solar iaitu 'Integrated Mosquito Management39; bagi menangani kes denggi di kawasan Lembah Klang terutamanya di Selangor yang dikatakan merekodkan kes tertinggi.
Noh mendakwa kerajaan negeri Selangor dilihat masih gagal menangani kes denggi dan sehubungan itu kerajaan persekutuan bersedia membantu.
"Pada dasarnya kerajaan telah bersetuju meluluskan RM10 juta tetapi pada peringkat pertama diberikan RM1 juta dahulu. Apabila melibatkan kesihatan, kita (kerajaan persekutuan) bantu tidak pilih parti,"katanya.
- Bernama.
Noh Omar hang dah pegang kerajaan,tak payah tunggu PRU14.
bloglist-malaysia.blogspotsisibukit.blogspot Pengundi jika jumpa Menteri seperti Noh Omar ,cuba terus tanya kenapa perlu tunggu menang PRU 14 di Selangor baru nak bagi pendidikan percuma untuk Taska atau Tadika.Sekarang boleh laksanakan sebab BN masih ada kuasa di peringkat persekutuan. KENA bagi pendidikan percuma semua negerilah Noh Omar baru adil dan jaga kebajikan.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
On Tuesday, January 16, 2018, 10:20:42 PM GMT+8, '-:rIeNaCoM:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil] <automobil@yahoogroups.com> wrote:
'Ini janji BN jika berjaya rampas Selangor'
bloglist-malaysia.
wak-labu
Posted by Mohd Sulaiman
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Transformasi Sosial NBOS Kejiranan Indah di Apartment Mentari Court Taman Sri Mentari hari ini. - Foto Bernama
PETALING JAYA - Taska dan tadika akan ditempatkan di setiap kediaman strata kos rendah dan sederhana rendah di Selangor jika BN berjaya mentadbir semula negeri itu pada PRU14, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata ia bertujuan memberi kemudahan kepada generasi muda yang baru berkahwin dan mempunyai anak yang masih kecil untuk menghantar anak mereka ke taska dan tadika di kawasan kediaman masing-masing.
"Kita akan selaraskan konsep seperti taska dan tadika oleh Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat) yang disediakan di blok perumahan dan kosnya agak murah kerana ditanggung kerajaan," katanya selepas melancarkan Program Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di sini, hari ini.
Terdahulu, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata kementeriannya meluluskan peruntukan kira-kira RM6 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara kemudahan perumahan di Mentari Court di sini yang didiami kira-kira 15,000 penduduk.
Turut diluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi memasang alat perangkap nyamuk yang menggunakan tenaga solar iaitu 'Integrated Mosquito Management
Noh mendakwa kerajaan negeri Selangor dilihat masih gagal menangani kes denggi dan sehubungan itu kerajaan persekutuan bersedia membantu.
"Pada dasarnya kerajaan telah bersetuju meluluskan RM10 juta tetapi pada peringkat pertama diberikan RM1 juta dahulu. Apabila melibatkan kesihatan, kita (kerajaan persekutuan) bantu tidak pilih parti,"
- Bernama.
Noh Omar hang dah pegang kerajaan,tak payah tunggu PRU14.
bloglist-malaysia.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 16, 2018 6:14 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Abam Jemput Seluruh Rakyat Malaysia Hadir Ke Majlis Perkahwinannya Di Gombak
siakapkeli.my
13 Jan - Jika sesetengah artis popular lebih memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup dan lebih privasi bersama keluarga dan saudara-mara terdekat sahaja, tetapi tidak untuk pelawak terkenal, Abam Bocey.
Abam menerusi akaun Instagram miliknya menjemput semua rakan-rakan artis, saudara-mara, jiran-jiran dan seluruh pengikut Instagram serta peminatnya untuk menghadiri majlis persandingannya yang akan diadakan pada 20 Januari 2018.
abam_bocik Verified
Assalamualaikum.
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan akan mengadakan majlis tersebut di rumahnya No. 222 Kampung Sg. Salak Batu 10, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.
Menurut Abam, majlis akan dimulakan pada pukul 12 tengah hari dan akan berakhir sehingga majlis selesai.
"Assalammualai
Beliau juga meminta untuk semua pengikut Instagramnya agar memanjangkan jemputannya ini dan mengalu-alukan kedatangan tidak kira bangsa, agama, pangkat dan darjat ke majlis beliau dan isterinya itu.
"Semoga kita semua dicucuri rahmat dan diberi kesihatan yang baik, InsyaAllah," ujarnya.
Terdahulu pada 8 Disember lalu, Abam, 30, selamat disatukan sebagai suami kepada wanita pilihannya, Siti Norhidayah Mohd Ali dengan sekali lafaz. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 16, 2018 6:16 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Magis, Gerakan Dan Gol Firmino Awal Pagi Tadi Bagaikan Ulang Tayang Jaringan Fowler 25 Tahun Lalu
siakapkeli.my
15 Jan - Awal pagi semalam telah berlangsung satu perlawanan sengit antara Livepool FC menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.
Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan memihak kepada Liverpool dengan jaringan 4 gol berbalas 3.
Apa yang menariknya di dalam perlawanan ini, sebuah laman Facebook yang bernama Devil Magazine telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan gol Roberto Firmino ketika perlawanan tersebut saling tak tumpah seperti gol yang dijaringkan oleh Robbie Fowler ketika menentang Manchester United pada tahun 1995.
Uniknya kedua-dua gol tersebut dijaringkan ketika Liverpool menentang pasukan dari Manchester dan gerakkan gol Firmino bagaikan ulang tayang kepada gol Fowler ketika itu.
Perlawanan awal pagi tadi juga telah menamatkan rekod tanpa kalah 20 perlawanan Manchester City dalam saingan EPL. Namun, kekalahan tersebut tidak langsung menggugat kedudukan mereka sebagai pendahulu liga yang berkelebihan 15 mata berbanding Manchester United di tempat kedua.
Liverpool pula melonjak ke tangga ketiga liga selepas berkongsi mata bersama Chelsea dan Manchester United hanya dibezakan dengan kelebihan jaringan.
Siakapkeli.my
Padah Terbentes Kaki Pengadil, Pemain Ini Dilayangkan Kad Kuning Kedua Sebelum Dibuang Padang
siakapkeli.my
15 Jan - Seorang pengadil dari Perancis, telah melayangkan kad merah kepada seorang pemain selepas pemain itu secara tidak sengaja membentes kakinya di dalam satu perlawanan Ligue 1 diantara FC Nantes menentang Paris Saint-Germain (PSG).
Pengadil, Tony Chapron telah bertindak melayangkan kad kuning kedua sebelum memberikan kad merah kepada pemain FC Nantes, Diego Carlos Santos Silva.
Insiden yang berlaku pada minit ke 90 perlawanan itu telah menyebabkan FC Nantes terpaksa bermain dengan 10 orang pemain dalam baki perlawanan yang tinggal bebeapa minit sebelum tamat.
Di dalam video yang dimuat naik oleh sebuah saluran di Youtube, The Final Whistle, menunjukkan Carlos secara tidak sengaja membentes kaki Tony dan pengadil dari Perancis itu bertindak spontan dengan cuba menyepak semula kaki pemain tersebut.
Para pemain FC Nantes cuba membantah keputusan Tony Chapron yang melayangkan kad merah kepada Carlos atas insiden itu. Namun, keputusan pengadil tersebut muktamad dan tidak berubah sehingga tamat perlawanan.
Terdahulu, dalam perlawanan tersebut PSG mendahului FC Nantes hasil jaringan pemain sayapnya, Angel Di maria pada minit ke 12 perlawanan dan menyaksikan PSG berjaya mengutip tiga mata penuh dengan kemenangan tipis tersebut.
Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 16, 2018 6:16 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Sebuah Kereta Terhumban Dalam Tanah Runtuh Di Mersing
siakapkeli.my
Tanah runtuh di Kilometer 16, Jalan Jemaluang - Mersing telah mengakibatkan jalan raya itu ditutup kerana kerosakan yang besar dan tidak selamat untuk dilalui mana-mana kenderaan.
Menurut Ketua Polis Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata runtuhan itu membabitkan keluasan sebesar 70 meter dengan ketinggian cerun 15 meter. - Harian Metro
"Kita menerima panggilan orang awam mengenai tanah runtuh pada 2.30 pagi.
"Hasil pemeriksaan, laluan tidak selamat untuk dilalui oleh mana-mana kenderaan sama ada ringan atau berat.
"Sehubungan itu, jalan berkenaan ditutup sepenuhnya," katanya.
Beliau menambah, ketika kejadian berlaku terdapat sebuah kereta pacuan empat roda telah terhumban jatuh kedalam runtuhan namun pemandu dan penumpang cedera serta telah dirujuk ke Hospital Mersing bagi pemeriksaan lanjut.
Cyril berkata, orang ramai yang ingin ke Johor Bahru atau Mersing boleh melalui Jalan Nlitar - Jemaluang sebagai laluan alternatif.
Siakapkeli.my
Sumber: Harian Metro
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Tue Jan 16, 2018 6:16 am (PST) . Posted by:
"-:rIeNaCoM:-" rienacom
Wanita New Zealand 'Jijik' Cara Pakaian Pramugari Malaysia
bloglist-malaysia.
ekeleh.com
Cara pemakaian pramugari syarikat penerbangan Malaysia yang tidak sopan membuatkan seorang wanita New Zealand meluahkan pandangannya tentang perkara itu.
Ia disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negara, Senator Datuk Hanafi Mamat yang berkata telah menerima sepucuk surat daripada seorang wanita, Dr. June Robertson yang menyatakan merasa jijik dengan cara pemakaian pramugari Malaysia.
Surat tersebut sebagai respon kepada gesaan Hanafi supaya pakaian menutup aurat dikuatkuasakan ke atas semua pramugari terbabit.
"Robertson menulis surat ini selepas membaca laporan berita di New Zealand berhubung penolakan saya terhadap pakaian pramugari yang terlalu seksi.
"Dalam surat itu Robertson menyatakan beliau datang ke Malaysia dua kali setahun sejak 10 tahun lalu kerana sukakan negara ini. Beliau merasa terlalu 'jijik' apabila melihat pramugari penerbangan yang dinaikinya memakai skirt yang terlalu pendek dan pengalamannya berhadapan dengan pramugari daripada syarikat penerbangan tersebut.
"Pada Oktober 2017, beliau telah menaiki penerbangan dari Auckland ke Kuala Lumpur, seorang pramugari yang sedang memberikan layanan di kelas bisnes membiarkan bajunya di bahagian atas terbuka, beliau meminta wanita tersebut memakai jaket kerana dia sedang tunduk ke arah mereka," katanya dipetik Utusan Online hari ini.
Hanafi pernah mencadangkan agar kerajaan memperkenal peraturan pakaian patuh syariah kepada pramugari di semua syarikat penerbangan Malaysia dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 di Dewan Negara 12 Disember lalu.
Ini bagi memberi gambaran Malaysia sebagai negara Islam dan mencerminkan ciri-ciri budaya Timur yang kuat.
Beliau berkata langkah tersebut tidak akan merugikan syarikat penerbangan kerana kualiti sesebuah penerbangan bergantung kepada perkhidmatan ditawarkan.
"Robertson turut membandingkan syarikat penerbangan tersebut dengan syarikat-syarikat penerbangan Eropah, New Zealand dan Amerika Syarikat pun tidak memakai skirt yang sesingkat itu.
"Ini jelas menunjukkan bahawa ramai orang luar terutama wanita termasuk orang-orang Barat merasakan wanita tidak perlu berpakaian sebegitu untuk melariskan jualan," katanya.
"Saya 'Jijik
siakapkeli.my
15 Jan - Syarikat penerbangan yang berpengkalan di Malaysia sekali lagi digesa untuk menguatkuasakan pakaian menutup aurat untuk setiap pramugarinya supaya tidak menjejaskan imej dan memberi tanggapan yang salah terhadap Malaysia.
Perkara ini didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negara, Datuk Hanafi Mamat dimana beliau berkata, seorang wanita warga New Zealand telah menulis sepucuk surat kepadanya yang menyatakan rasa jijik apabila melihat uniform yang digayakan sebuah syarikat penerbangan negara.
Menurut Hanafi, surat tersebut ditulis adalah sebagai respon Dr June Robertson kepada gesaannya di dalam Dewan Negara supaya pakaian menutup aurat dikuatkuasakan ke atas semua pramugari tersebut.
"Robertson menulis surat ini selepas membaca laporan berita di New Zealand berhubung penolakan saya terhadap pakaian pramugari yang terlalu seksi," katanya
Dalam surat tersebut, Robertson menyatakan beliau akan ke Malaysia dua kali setahun sejak 10 tahun lepas kerana sukakan negara ini.
Dia merasa jijik apabila melihat pramugari penerbangan yang dinaikinya memakai skirt yang terlalu singkat dan pengalamannya berhadapan dengan pramugari daripada syarikat penerbangan tersebut.
Robertson dikatakan menaiki penerbangan dari Auckland ke Kuala Lumpur, seorang pramugari yang sedang memberi layanan di kelas bisnes membiarkan bajunya di bahagian atas terbuka. Beliau meminta wanita tersebut memakai jaket kerana dia sedang tunduk ke arah mereka.
Gambar Hiasan
Sebelum ini, Datuk Hanafi Mamat dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 telah mencadangkan agar kerajaan memperkenalkanpakai
"Sudah tiba masanya kerajaan menyediakan peraturan pakaian baru supaya dapat memberi gambaran Malaysia sebagai negara Islam," katanya.
Langkah tersebut dikatakan tidak akan merugikan syarikat penerbangan kerana kualiti sesebuah penerbangan bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan.
Robertson juga turut membandingkan syarikat tersebut dengan syarikat penerbangan eropah yang lain seperti New Zealand dan Amerika Syarikat.
Datuk Hanafi Mamat
"Mereka tidak perlu memakai skirt sesingkat itu," tulis Robertson lagi.
"Ini jelas menunjukkan bahawa ramai orang luar terutama wanita termasuk orang-orang Barat merasakan wanita tidak perlu berpakaian sebegitu untuk melariskan jualan," katanya. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments:
Post a Comment