Sunday, December 31, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4876

2 Messages

Digest #4876

Messages

Sun Dec 31, 2017 12:33 am (PST) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Dec 31, 2017 12:33 am (PST) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

Wednesday, December 20, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4875

8 Messages

Digest #4875

Messages

Wed Dec 20, 2017 6:32 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Hikmah Daripada Isu Panggilan Hangit, Zairi Zainal Terima Tajaan Basikal Baru Dan Kelengkapan Baju Baru
siakapkeli.my

20 Dis - Isu yang melanda radio popular, Hot FM dan penunggang basikal, Zairi Zainal yang dikatakan tidak sensitif program panggilan hangit dianggap selesai apabila pihak stesen radio swasta tersebut mengeluarkan kenyataan maaf menerusi kemaskini status di laman rasmi Facebook radio tersebut semalam..

Menurut kemaskini tersebut, pihak Hot FM dengan rendah diri memohon maaf dan mengakui kesilapan mereka. Mereka juga mengatakan tidak berniat untuk menyakiti mana-mana pihak.

"Merujuk kepada pengisian Panggilan Hangit yang disiarkan, pihak pengurusan Hot FM ingin memohon maaf kepada semua pendengar yang terkesan atas siaran tersebut," katanya

Menerusi program Panggilan Hangit tersebut, Zairi menerima panggilan yang kononnya ingin menaja ekspedisi menjelajah seluruh semenanjung Malaysia secara berbasikal.

"Hot FM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan dan menyinggung mana-mana pihak. Isi kandungan adalah berdasarkan permintaan yang telah dicadangkan kepada kami," ujar mereka.

Mengikut perancangannya, Zairi akan melawat 320 masjid dan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Bagaimanapun, penajaan tersebut hanyalah sekadar gurauan dan rata-rata pendengar mengecam sifat tidak sensitif Hot FM menyiarkan panggilan tersebut.

Di Facebook Zairi pula, beliau turut mengeluarkan kenyataan penerimaan maaf secara terbuka dan meminta agar orang awam tidak meneruskan kecaman terhadap Hot FM.

Diberitakan pagi tadi, Zairi dijemput menghadiri segmen Geng Pagi Hot FM yang dikendalikan oleh penyampai Shuk, Fizie dan Issey.

Menerusi undangan tersebut, pihak Hot FM menghadiahkan Zairi sebuah basikal bagi meneruskan impiannya untuk menjelajah Semenanjung Malaysia secara solo.

Rentetan dari isu ini juga, dalam laman Facebook Zairi, beliau memuat naik beberapa keping gambar, beliau menerima tajaan baju dan seluar cycling yang ditaja oleh sebuah kedai basikal Ciclista sebentar tadi.

Sumber: Kosmo Online
Hot FM
Zairi Zainal

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, December 19, 2017 11:09 PM
Subject: Fw: Isu Panggilan Hangit Kepada Seorang Pengayuh Basikal,

Isu Panggilan Hangit Kepada Seorang Pengayuh Basikal, Pihak Pengurusan Hot FM Tampil Memohon Maaf
siakapkeli.my

Pihak pengrusan Hot FM memohon maaf di atas isu panggilan hangit yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Dalam satu kenyataan yang dikirimkan, pihak pengurusan memohon maaf kepada semua pendengar Hot FM yang terkesan atas siaran Panggilan hangit tersebut.

Hot FM
8 jam yang lalu
Merujuk kepada pengisian Panggilan Hangit yang disiarkan baru-baru ini, pihak pengurusan Hot FM ingin memohon maaf kepada semua pendengar Hot FM yang terkesan atas siaran Panggilan Hangit tersebut.
Hot FM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan dan menyinggung mana-mana pihak terbabit. Isi kandungan adalah berdasarkan permintaan yang telah dicadangkan kepada kami.
Sekali lagi, Hot FM ingin memohon maaf kepada semua pihak yang telah tersinggung mengenai isu ini.
Terima Kasih

"Hot FM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan dan menyinggung mana-mana pihak terbabit. Isi kandungan adalah berdasarkan permintaan yang telah dicadangkan kepada kami," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyatakan sekali lagi mohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung mengenai isu ini.

Sebelum ini, segmen Panggilan Hangit Hot FM telah membuat panggilan kepada salah seorang pendengar iaitu Zairi Zainal yang ketika ini sedang menjalankan misi menjelajah satu semenanjung dengan berbasikal melawat 320 buah masjid dan mengumpul derma untuk disampaikan kepada pihak yang memerlukan.

Untuk itu, pendengar tersebut, Zakir akur dengan kehendak penyampai radio yang meminta dia melakukan perkara yang dipinta.

Namun, selepas itu rupa-rupanya ia hanya sekadar gurauan sahaja. Oleh itu, perkara ini telah mendapat perhatian netizen dan menganggap stesen radio tersebut tidak sensitif.

Zairi Zainal juga telah mengemas kini status Facebook nya memohon agar netizen berhenti untuk mengecam Hot FM. Beliau juga ada menyatakan bahawa penyampai-penyampai radio Hot FM juga ada menghulurkan sumbangan kepada beliau secara peribadi. Zairi dikatakan akan membuat penjelasan lanjut tentang isu ini supaya netizen faham keadaan yang sebenar.

Zairi Zainal sedang dalam satu misi mengumpul derma dengan berbasikal seluruh semenanjung untuk diberikan kepada orang yang memerlukan. Semoga berjaya kami ucapkan.
Zairi Bin Zainal
· 9 jam · Semenyih ·
Assalamualaikum semua.. Saya dgn rendah diri ingin mengajak sahabat2 semua utk berhenti kecam radio hot.fm .. Please.. nnt saya akan buat penjelasan.. lagipun DJ kt situ kawan2 saya juga.. Saya secara peribadi maafkan mereka... Syuk, fizie dan kamal ada menghulurkan sumbangan peribadi pada saya disamping ada juga bertanya tentang keadaan saya (sebelum panggilan hangit on air dan mereka suruh rahsiakan).. So jgn kecam mereka.. itu sumber rezeki mereka kerja di hot.fm dan menghiburkan kita.. Lagipun secara jujurnya saya tak salahkan hot.fm atas apa yg berlaku.. for me diorang just nk tanggungjawab sosial melalui hiburan.. tp mungkin cara tu tak kena..

Ada pro and kontra bila panggilan hangit saya on air kt hot.fm.. Saya pun tak salahkan netizen dan kawan2 saya yg meluahkan pendapat dan perasaan setelah dengar panggilan hangit tu.. coz kita semua ada hak utk bersuara dalam negara ini. Saya bukanlah manusia yg baik. cuma saya harap jgnlah tuan dan puan menggunakan bahasa yg kurang sopan.. Kita semua manusia, masing2 tak pernah terlepas dari buat kesilapan.

Bayangkan jika hot.fm tak keluarkan panggilan hangit tu, tak ramai tau apa yg sedang di lakukan oleh saya. Saya anggap ini asbab membuka mata semua. Dan alhamdulillah, beratus panggilan saya terima dari semalam sehingga ke hari ini utk sponsor makan,penginapan dan mcm2 lagi dari seluruh negara.. (saya yg kacak dan tampan serta gagah ni menangis terharu gak semalam.. hahahaha) .. Saya ucapkan terima kasih pada yg ambil berat tentang saya.. hanya Allah je yg dpt balas kebaikan anda semua..

Yang mana ada buat sumbangan tu, insyaallah saya akan galas amanah tuan/puan dgn sebaik mungkin.. Doakan perjalanan saya selamat..

Buat masa ni saya masih lagi tengah recover melecet kt tempat sensitif dan sahabat yg cover saya iaitu Pett Mimalanders juga kurang sihat hari ni..

Dan last!! saya nk ucapkan terima kasih tak terhingga pada encik Faizul Rizal dari Dpeakoutdoorventure bertempat di puncak alam coz bagi saya pinjam basikal dan seluar utk berbasikal.. semoga bisnes anda maju tuan..

* Esok saya akan ke konti HOT.FM .. Insyaallah pada pagi esok akan di interview.. Alhamdulillah diorang siap sediakan tiket flight (return) dan penginapan.

* Saya tetap akan berkayuh satu semenanjung.. nk jumpa kawan2 baru sambil menjalankan amanah org..

*Lama dah tak tulis status mcmni.. selalunya merapu je.. hahahhaa..

#misi320
#mimalanders

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 20, 2017 6:32 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lelaki Galas Tanggungjawab Jaga Tiga Anak OKU Sendirian Selepas Kematian Isteri
siakapkeli.my

Seorang lelaki berusia 54 tahun menggalas tanggungjawab menjaga tiga anak istimewanya selepas isterinya yang menderita kanser payudara selama dua tahun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tumpat, Kelantan.

Kehilangan itu menyebaban Mohd Zain Abdullah, keseorang dan perlu mengurus dan bertanggungjawab meskipun sebelum ini tugas membesarkan tiga anak kurang upaya (OKU) mereka iaitu Khairul Nisaa' 23, Muhammad Amir, 16, dan Ain Husna, 15, digalas bersama-sama.

Mohd Zain yang redha dengan ketentuan ilahi berkata, dia kini bimbang sekiranya tiga anaknya yang menghidap Cerebral Palsy (CP) suka menerima hakikat kehilangan ibu mereka.

"Sebelum ini apa sahaja, kami akan lakukan bersama. Arwah isteri akan uruskan makan pakai anak, manakala saya sediakan semua keperluan untuk keselesaan mereka dan supaya mereka dapat membesar seperti orang lain.

"Kehilangannya menyebabkan saya hilang punca seketika. Tanggungjawab sepenuhnya atas bahu saya dan anak kedua kami (Ummi Syamirah, 25) pula terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu jualan di kedai kain di Kota Bharu untuk membantu saya.

"Saya bimbang keadaan mereka (anak OKU) terjejas kerana mereka rapat dengan arwah terutama Ain Husna. Semalam pun dia asyik merengek mungkin menyedari ibunya sudah tiada," katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Jelas Mohd Zain, perkhawinannya dengan arwah isteri dikurniakan lima anak OKU yang menghidap penyakit yang sama, namun dua daripada mereka sudah meninggal dunia ketika berusia enam dan tujuh tahun pada 1991 serta 2013.

Menurutnya juga, arwah isteri, Nooraini Ismail, 48, merhasiakan penyakit yang dihidapinya sehingga menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada November lalu.

"Selepas pembedahan dia beritahu sudah sihat sepenuhnya dan minta saya tidak bimbangkan kesihatannya, sebaliknya fokus kerja sebagai tukang rumah bagi menyara keluarga.

"Tetapi keadaannya semakin serius sebulan lalu dan dimasukkan ke hospital dua minggu lalu, sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira 10 pagi semalam (kelmarin)," katanya.

Meskipun sedih kehilangan insan terpenting hidupnya, kesedihan itu tidak ditunjukkan di hadapan anak-anaknya.

"Saya akan pikul tanggungjawab ini sebaik mungkin demi anak syurga kami," ujarnya.

Sumber- Harian Metro

Gadis Pesan Grab Terharu, Tak Sangka Penunggang Yang Datang Adalah Bapanya Yang Terpisah Sejak 10 Tahun Lalu
siakapkeli.my

Meskipun kita sering mendahulukan ibu dan kasih sayangnya tapi tidak kita lupa bahawa kasih sayang seorang bapa tiada bandingannya.

Segelintir bapa mungkin tidak terlalu menunjukkan rasa sayangnya terhadap sang anak tetapi jauh di dalam hatinya sarat dengan kasih sayang terhadap keluarganya.

Tular di media Indonesia hingga ke Malaysia baru baru ini dimana kisah seorang gadis bertemu semula dengan ayah kandungnya setelah 10 tahun terpisah.

Salma Zuhara, 17 berasa terkejut dengan pada awalnya dengan kejadian itu tetapi bersyukur kerana dapat berjumpa semula dengan bapa kandungnya.

Pertemuan tak diduga itu terjadi apabila gadis ini memesan Grab motosikal dan mendapati penunggang Grab itu adalah ayahnya sendiri.

"Order Grab dapat papaku sendiri, aku baru tau ternyata papaku sekarang kerja Grab," tulisnya di laman Instagramnya.

Menurut sumber, sejak terpisah sekitar 7 tahun lalu, Salma mencuba untuk mencari bapanya itu namun akhirnya dia berserah pada takdir setelah usahanya gagal.

"Jadi pagi tadi saya pulang dari sekolah, saya pesan Grab, pada awalnya saya hanya memerhati platnya saja, namun bila semakin dekat saya terkejut melihat wajah pemandu, seperti orang yang saya kenal. Terus saya tanya dan ternyata itu papa," ujar Salma.

Bagaimanapun, memandangkan itu adalah kali pertama mereka berjumpa setelah sekian lama terpisah, Salma akui dia berasa agak kekok.

Mereka sempat meluangkan masa bersama dan bapanya meninggalkan sedikit nasihat berguna untuknya.

"Papa pesan supaya menjadi anak yang baik, belajar bersungguh-sungguh dan terus membuat mama bangga serta membantunya," akhirnya.

Sumber- Tribun Batam

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 20, 2017 6:32 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ini rupanya Israel buat pada tanah Haifa. :(

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net
"

'Agama bahai ni adalah yang difatwakan sesat dinegara kita, kau tahu siapa pengasas agama konon moden ni bro?'. Tanya tok siak masjid ketika minum-minum diruang masjid sementara menunggu waktu isyak tiba. 'Aku dengar pengasasnya orang iran ,nama dia pun siap ada Allah pulak tu'. Jawab aku. 'Agama bahai ni mengaku pengasasnya itu adalah Nabi selepas Nabi Muhammad saw, kerna itu dia dihalau dan dipenjarakan dimerata tempat, lastnya dia mati di HAIFA Palestine (kini regime Israel), tuan tau tak bagaimana puak regime tu buat dengan Bandar Haifa ni?....

Haifa merupakan bandar yang terbesar di Utara Palestine (kini dikuasai regime Israel) dan bandar yang ketiga terbesar di negara ini, selepas Baitulmaqdis dan Tel Aviv, dengan bilangan penduduk seramai kira-kira 267,800 orang.Bandar ini merupakan sebuah pelabuhan laut yang terletak di gairsan pantai Mediterranean Israel di Teluk Haifa, kira-kira 90 km di utara Tel Aviv, dan merupakan salah satu daripada pusat industri utama di negara ini.
Haifa dibina di lereng - lereng Gunung Carmel yang bersejarah. Ia terkenal sebagai pusat pembuatan pencelup dalam kurun ke - 3 Masihi. Majoriti penduduk Haifa hari ini adalah dari masyarakat Yahudi dan Arab. Bandar ini menempatkan Pusat Bahá'í Sedunia dan dua institusi akademik bertaraf dunia, Universiti Haifa dan Technion - Institut Teknologi Israel. Banyak syarikat teknologi tinggi seperti Intel, IBM, Microsoft, Motorola, dan Google telah membuka kemudahan penyelidikan dan pembangunan di Haifa beberapa tahun kebelakangan ini.

'Bayangkan sebelum pendudukan Israel, Bandar Haifa ini milik sepenuhnya orang Palestine. Bandar ini mempunyai banyak sejarah lampau yang boleh dijadikan sebagai produk pelancongan , akan tetapi regime israellah yang mengeksploitasikan keindahan Haifa untuk kepentingan mereka sendiri setelah menjejaki bumi Palestine secara haram.

'Haifa inilah Bandar utama puak bahai ni bro, ia adalah pusat bahai sedunia, memang ramai pelancong datang ketempat ini'. Cerita siak masjid itu.

Pada tarikh 11/12/2017, selepas pengistiharan Baitulmuaddis sebagai ibu negra Israel, sahabat kami disana menghantar gambaran sebenar suasana di Bandar Haifa pada tarikh tersebut.

'Aku ada hantar keadaan rumah siti mariam ibu Nabi Isa yang asal yang kini menjadi gereja kristian digua tu'. Cerita sahabat yang berada di Palestine pada tarikh itu.

Lain yang kita gambarkan di Palestin selepas pengumuman Donald trump, lain pulak keadaan sebenarnya disana.

Jom kita tengok keadaan tanah Haifa yang dirampas puak ini ketika ini.

Bila fikir lama-lama, betapa besarnya tanah Palestine yang dirampas oleh regime ini dan dijadikan sebuah perbandaran yang cantik serta menjadi produk pelancongan buat Negara haram itu. Disebalik keindahan itu, berapa banyak darah ditumpahkan untuk mempertahankan tanah asal mereka oleh penduduk palestin. Semua nya kini menjadi sejarah yang tiada siapa yang ingin membela nasib mereka. Tinggallah mereka dikhemah2 pelarian di Jordan, Syria dan juga lubnan entah sampai bila.

Mereka pasti tidak dapat pulang lagi ketanah air mereka dan sudah pasti mereka tidak tahu dimana lot asal rumah mereka setelah perbandaran Haifa menjadi seperti sekarang ini.

Wallahuaklam

Md daud yusri fie

Jauh sudah kukembara.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: modayu
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 20, 2017 6:33 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Guru Tak Ikut SOP? Mari Hadam Baik-baik

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

"Memang patut pun cikgu tu didakwa. Siapa suruh sentuh murid? Siapa suruh tak ikut peraturan? Siapa suruh langgar SOP? Peringatan buat semua cikgu, lain kali sila ikut SOP. Jangan main langgar sahaja."

Begitulah antara hantaran dan komen yang mendapat sambutan hangat. Suka bebenar mereka bila cikgu didakwa. Alasan utama, padan muka cikgu sebab langgar SOP.
Baik. Kau nak cerita pasal SOP dengan aku kan? Kau dengar sini. Cikgu adalah makhluk yang paling banyak melanggar SOP. Bahkan kalau tak langgar kau orang maki hamun kata cikgu tak ada hati perut pula. Biar aku senaraikan apa SOP yang selalu cikgu langgar.

1. Kalau ikut SOP, guru tak perlu basuh kencing berak murid. Tak perlu salin pakaian baharu. Biasanya pakaian baru itu pun cikgu yang akan beli di Koperasi Sekolah sekiranya tiada baju kecemasan yang sesuai dengan saiz budak tu. Guna duit poket sendiri.

Ikut SOP, guru hanya perlu call parent. Tunggu mereka yang datang bawa pakaian bersih, basuh berak dan kencing anak. Mop lantai dalam kelas, salin pakaian anak mereka dan bawa pulang atau teruskan pembelajaran.

Tapi pernah kau dengar ibu bapa datang ke sekolah tengok anak dalam keadaan hancing dan busuk? Tahi dah mengeras kat bontot sebab tak ada cikgu basuh?

Pernah dengar ke tak? Kenapa tak pernah dengar? Sebab guru seluruh Malaysiamelanggar SOP!

2. Ikut SOP, cikgu tak perlu bagi duit belanja pada murid yang duitnya tercicir. Atau yang ibu bapa lupa bagi duit belanja. Atau duit murid itu kena curi.

Cukup maklumkan pada ibu bapa yang anak mereka tak ada duit belanja hari itu. Biar ibu bapa datang hantar duit belanja atau bekal makanan.

Tapi cikgu-cikgu mana sanggup biar anak murid mereka berlapar. Walau melanggar SOP, walau duit poket sendiri tak banyak, tapi mereka takkan pastikan murid mereka kelaparan!

3. Kalau ikut SOP, guru tak perlu pun beli kasut dan pakaian untuk murid yang kasut dan pakaiannya koyak rabak. Khususnya murid miskin. Tak perlu pun belikan alat tulis bagi murid yang seringkali tiada alat tulis.

Bukan peraturan dan bukan kewajipan bagi guru untuk buat semua itu. Itu bukan SOP nya. Namun, berapa ribu murid di seluruh negara cikgu bantu beli pakaian, kasut dan alat tulis?

Kenapa cikgu langgar SOP? Kau fikirlah sendiri.

4. Kalau ikut SOP, guru tak payah hantar murid sakit ke klinik. Bukan boleh claim duit minyak. Bahkan habis masa di klinik menunggu pula.

Sama juga bawa murid mewakili sekolah ke pertandingan sukan, drama, sajak, pantun, nasyid dan sebagainya. Mana boleh guna kereta guru. Salah SOP tu. Patut ibu bapa yang hantar sendiri. Pernah berlaku kemalangan bila guru bawa murid untuk wakili sukan, akhirnya guru itu didakwa dan didapati bersalah!

Tapi sehingga hari ini, guru menggadaikan kerjaya sendiri melanggar SOP demi melihat kejayaan muridnya dalam sukan dan apa-apa pertandingan.

5. Kalau ikut SOP 100%, sudah beribu-ribu murid kena masuk sekolah pemulihan akhlak. Sudah beribu murid di dakwa mencalarkan kereta guru, memukul guru, memecahkan cermin kereta guru, menggugut guru, serangan seksual, mesej lucah dan sebagainya.

Murid walau melawan, walau nakal, walau bermasalah cikgu sebolehnya tidak mahu buat report polis. Guru percaya itu hanya jalan terakhir. Guru percaya muridnya masih boleh dipulihkan.

Paling penting, guru risau masa depan muridnya gelap bila mereka dilibatkan dengan kes polis dan ada rekod mahkamah.

Kalau nak dituliskan semua SOP yang dilanggar para guru seluruh Malaysia, status aku ini akan menjadi lebih tebal dari novel Lagenda Budak Setan.

Cukup kau orang fahamkan apa yang aku tulis ini sahaja.

Dan ingat, aku pun tidak menyokong kekerasan pada murid seperti lempang atau sepak terajang kerana kesalahan mereka.

Cuma bila sesekali cikgu terlanggar SOP seperti melempang anak kalian, datanglah berjumpa dan minta penjelasan lanjut dengan berhemah. Gaya orang matang datang berbincang.

Bukan terus ke balai polis membuat laporan dan mendakwa di mahkamah.

Kerana terlampau banyak SOP yang cikgu langgar demi kecintaan mereka pada profesion pendidikan. Demi kasih sayang mereka pada murid-murid mereka.

Guru juga manusia. Sesekali tersilap juga. Datang dengan berhemah, bincang dengan baik. Bukan terus nak menyalahkan, terus nak saman bagai.

Jikalah seluruh guru di Malaysia betul-betul mengikut SOP, kesan paling teruk adalah pada murid dan anak-anak kalian.

Kau yang mulakan sebut pasal SOP, maka hadamlah hal ini baik-baik. Sekian.
Aku guru yang selalu langgar SOP

Bapa Pelajar Nafi Mahu Saman Cikgu Azizan, Kenyataan Isterinya Itu Cuma Salah Faham
siakapkeli.my

20 Dis - Bapa kepada murid yang ditampar Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan, menafikan pihaknya akan memfailkan saman terhadap guru terbabit, susulan keputusan mahkamah semalam..

Menurut laporan Harian Metro semalam, lelaki berusia 50 tahun itu berkata ia mungkin timbul akibat salah faham antara isterinya dengan wartawan yang membuat laporan itu.

"Tindakan itu (saman) bukan sebahagian daripada apa yang kami mahu laksanakan buat masa ini. Mungkin berlaku salah faham atau kekeliruan ketika isteri ditemui wartawan itu (bukan dari kumpulan NSTP)," katanya

Menurutnya juga, dia sekeluarga amat tertekan dan trauma sekarang. Tumpuannya adalah mahu pulih daripada segala tekanan terlebih dahulu.

Mahkamah Majistret Seremban semalam melepas tanpa membebaskan guru Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai itu daripada pertuduhan mencederakan muridnya ekoran masalah disiplin pada oktober lalu.


Utusan Malaysia semalam melaporkan, ibu murid itu yang hanya mahu dikenali sebagai mas berkata kecewa dengan keputusan mahkamah dan sedang menimbang untuk memfailkan saman sivil terhadap guru tersebut.

Beliau juga mendakwa mempunyai bahan bukti anaknya itu mengalami kecederaan serius, termasuk gambar dan laporan perubatan.

Menurut laporan Harian Metro lagi, bapa murid itu mendakwa menerima banyak tekanan daripada pihak luar ekoran itu dia belum bersedia untuk memberikan penjelasan.

Namun, katanya lagi pihak keluarga mngkin akan mengadakan sidang media hari ini.

Isu 'Cikgu Azizan' mula tular di laman sosial hujung minggu lalu dengan ramai pihak menyuarakan sokongan kepada Azizan.

Sumber: Harian Metro

Ibu murid dilempang akan saman guru, dakwa ada bukti

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

PETALING JAYA: Ibu kepada murid Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai berkata pihaknya akan memfailkan saman terhadap Azizan Manap, selepas tuduhan terhadap guru sekolah itu digugurkan semalam di sebalik sokongan ditunjukkan warga guru.

Ibu kepada Muhammad Zainul Danish Zaridin, yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 45 berkata keluarganya terkilan apabila mahkamah memutuskan untuk melepaskan guru itu, yang dituduh mencederakan anak bongsunya berumur 11 tahun..

Mas mendakwa mempunyai bukti anaknya mengalami kecederaan serius termasuk gambar dan laporan perubatan.

"Pipi anak saya merah manakala telinganya berdesing akibat ditampar.. Pegawai perubatan yang merawatnya juga mencadangkan supaya membuat laporan polis kerana kecederaan itu," katanya dipetik Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Sinar Harian memetik ayah murid itu sebagai menafikan sebarang rancangan mengambil tindakan mahkamah.

"Kami sudah terlalu tertekan dengan apa yang berlaku dan saya rasa tumpuan ketika ini adalah untuk pulih daripada trauma akibat tekanan yang kami hadapi.

"Jadi tindakan saman sivil bukan sebahagian daripada perkara yang kami akan ambil buat sekarang," katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Seremban menggugurkan tuduhan di bawah Kanun Keseksaan terhadap Azizan, tanpa membebaskannya.

Azizan berkata beliau sudah "memaafkan" murid berkenaan dan keluarganya.

Pihak sekolah mendakwa murid itu terlibat dalam pelanggaran disiplin, termasuk menghidu gam dan membuli.

Bagaimanapun, Mas mendakwa keluarganya tidak pernah dimaklumkan mengenai masalah disiplin itu.

"Kami hanya tahu anak kami dikatakan ada masalah disiplin selepas kejadian dia ditampar oleh cikgu berkenaan. Itu pun selepas kami bertanya mengapa tampar anak kami sampai begitu sekali," katanya.

Azizan didakwa melakukan kesalahan itu pada 6 April lalu. Dia dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri Zainul.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 20, 2017 6:33 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tahukah Anda, Adnan Menderes adalah PM Turki yang Syahid di Tali Gantung

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokrasi dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.

Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan kecemasan. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a'lam.

Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki. Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya. Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:

1. Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab
2. Ibadah haji diizinkan
3. Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum
4. Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Hasilnya parti Attaruk menurun 32 kerusi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar. Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan dibolehkan memakmurkan masjid.

Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 keursi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur'an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da'i, dan guru-guru Al-Qur'an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur'an.

Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in Israel'. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956. Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attatruk iaitu Jeneral Kamal Joe Russel, dia menangkap dan menghukum gantung Menderes. Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, "Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahann militer tentera Turki."

Akhirnya, Menderes syahid di tali gantung. Dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.

Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya 'Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.' Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi.

Sumber: Info Dunia Islam

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 20, 2017 6:34 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bas 2 Alam pon ghaib..

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Bas 2 Alam pon ghaib...
Apa lagi yang buleh diharapkan daripada BN?

Kredit
Shaikh Salmin Mohamad Al-kathiri

Insuran / Takaful Sama-Sama Kaki Menipu
bloglist-malaysia.blogspot.
cipantapirtenuk.blogspot
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua....

Benda nih dah lama gua suarakan... Kedua-dua institusi ni memang kaki penipu... Kalu diorang tak menipu macam mana diorang nak buat untung... Inilah bisnes paling sembang kuat...

Agen-agen syarikat yang buat marketing kat level bawah ni bukan main sembang nak bekap syarikat Insuran / Takaful yang diorang join... masing-maaing akan guna ayat lebih kurang sama... kalu ader ayat Al Quran atau Hadith yang boleh diorang gunapakai... pasti diorang akan guna...

Hahaha.. Walhal adjuster Insuran / Takaful dah ditekankan cari jalan kalu boleh nak bagi paling kurang bayaran pampasan.. kena pastikan walau apa pun syarikat mesti untung... kalu boleh ader terma dalam polisi yang boleh melepaskan syarikat Insuran / Takaful dari bayar pampasan adalah lagi baik....

Pemilik syarikat Insuran / Takaful depa akan cari jalan supaya pelabur atau pemegang saham syarikat akan dapat untung besar setiap tahun... itu main priority diorang...

Kalu ader syarikat Insuran / Takaful yang bangkrap tu... ader dua jer sebabnya...

1. Pengurusan bodoh lagi bangang
2. Nak mengelat dari bayar pampasan sebab nak kalu bayar nanti untung pemegang saham syarikat jadi ciput....

Kas Medical.... lagi kuat menipunya..... huhuhu

Macam gampang jer....

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2017/08/insuran-takaful-sama-sama-kaki-menipu.html#ixzz4pXpsUu9q

''Hampir Dua Bulan, Tetapi Tiada Apa-Apa Tindakan'', Bakri Ibni Persoal FAM Apa Sudah Jadi Dengan Kes Safiq Rahim
siakapkeli.my

Lagenda bola sepak negara, Bakri Ibni hari ini tampil mempersoal sikap membisu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung insiden melontarkan perkataan berbaur lucah yang dibuat oleh kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim ketika meraikan kejuaran Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 4 November ini.

Uajrnya, selepas hampir dua bulan kejadian tersebut berlaku, beliau masih ternanti-nanti apakah tindakan yang bakal dilaksanakan oleh FAM dalam menyelesaikan isu kontroversi yang turut mengundang rasa marah dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

"Sebagai peminat bola sepak saya hendak tahu perkembangan kes itu. Saya rasa bukan saya seorang, malah peminat lain pun tertanya-tanya apa kesudahannya.

"Sudah hampir dua bulan berlalu tapi nampaknya ia senyap begitu saja. Persoalannya, adakah Jawatankuasa Disiplin FAM sudah membincangkannya atau kes ini dibiarkan senyap begitu saja?

"Mungkin saya terlepas pandang atau tidak mengikuti perkembangan. Mungkin juga FAM sudah mengambil tindakan tanpa menghebohkan kepada umum.

"Tapi, setahu saya, FAM tidak pernah membuat sebarang kenyataan berhubung insiden ini selepas ia heboh diperkatakan selain ramai mendesak agar badan induk itu mengenakan tindakan disiplin ke atas Safiq," katanya.

Dalam insiden tersebut, Safiq didapati mengeluarkan perkataan lucah dan kasar ''P..... kepada semua pengkritik, wa (saya) champion (juara)'' di hadapan wakil media yang sedang merakam suasana kemenangan JDT ketika itu. Rakaman tersebut ternyata mengundang pelbagai kecaman daripada orang ramai.

Bakri turut menambah bahawa tindakan beliau membangkitkan semula isu ini bukan berniat memanaskan keadaan, sebaliknya berpendapat bahawa FAM perlu melakukan sesuatu supaya intergriti dan nama baik persatuan tersebut terpelihara.

"Ia bagi mengelak FAM dituduh mengamalkan sikap pilih kasih atau berat sebelah kerana beberapa kes sebelum ini sudah dikenakan tindakan disiplin termasuk kes seorang pemain menunjukkan isyarat lucah kepada penonton.

"Jadi, saya berharap FAM tidak terlepas pandang isu ini atau menutup mata begitu saja. Paling tidak, Safiq perlu diberi amaran keras atas perbuatannya itu," katanya lagi.

Dalam pada itu, Bakri juga meminta Safiq agar berani tampil untuk membuat permohonan maaf kepada para penyokong.

"Sebagai pemain senior, apatah lagi kapten skuad JDT dan kebangsaan, Safiq perlu mempunyai jiwa besar untuk tampil mengakui kesilapannya serta memohon maaf. Dengan cara ini, peminat akan lebih menghormati dia," kata Bakri.

Sumber : BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 20, 2017 6:34 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Takpelah Ibu, Biarlah Kakak Mati," Kata-Kata Kakak Buat Hati Ibu Dan Ayah 'Menangis'
siakapkeli.my

"Takpelah ibu, biarlah kakak mati,'' kata Farah Natasya Hira Mohd Nizam, 13.

Tatkala mendengar luahan meruntun jiwa itu, hati sesiapa pun pasti menjadi sayu. Apatah lagi jika yang mendengar adalah ibu dan ayahnya sendiri, Nor Farizan Mokhtar, 40, dan Mohd Nizam Razali, 42.

Anak ketiga dari lima beradik itu menghidapi penyakit buah pinggang kronik sejak berusia dua bulan lagi. Namun, keadaan bertambah genting apabila seluruh anggota badannya mula membengkok sejak dua tahun lalu.

Ujar ibunya, jika dulu anaknya itu kelihatan tabah menghadapi dugaan hidup dan proses rawatan, namun kebelakangan ini dia sering mengadu mengalami sesak nafas.

"Jika dulu kadang-kadang saya terlalu sedih dan tak kuat hadapi ujian ini, dialah yang tenangkan saya dengan kata-kata yang dia akan selamat.

"Tapi sekarang, dia dah tak macam dulu. Baru-baru ini dia beritahu saya 'takpelah ibu, biarlah kakak mati' sebab dah tak tahan lagi nak lalui proses rawatan,"katanya.

Namun, tiada apa yang lebih memilukan berbanding terpaksa menerima hakikat setelah doktor memberitahu anak mereka itu sudah tiada harapan lagi untuk sembuh.

Bagi Norfarizan dan suaminya, mereka reda dan berserah kepada apa sahaja ketentuan Illahi selepas 13 tahun berusaha dengan pelbagai cara rawatan buat anak mereka itu.

Malah, mereka turut mengeluarkan perbelanjaan mencecah ribuan ringgit hingga terpaksa membuat pinjaman bank bagi menampung kos rawatan Farah Natasya Hira, termasuklah menyediakan bilik rawatan khas di rumah mereka di Taman Tuanku Ja'afar, Senawang di Seremban, Negeri Sembilan.

Kata Mohd Nizam pula, dia membelanjakan kira-kira RM 2,000 sebulan untuk kos dialisis dan membeli susu khas untuk anaknya itu.

Ujarnya yang bekerja sebagai pembantu hospital, kos bulanan tersebut sememangnya berat untuk ditanggung memandangkan turut mempunyai tanggungan tiga lagi anak yang masih bersekolah biarpun isterinya turut bekerja sebagai pembantu di pra-sekolah.

"Dia perlu buat dialisis tiga kali seminggu di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) dan sekarang terpaksa jalani kehidupan sepenuhnya di atas kerusi roda.

"Tak pernah terlintas di fikiran saya nak hebahkan derita ditanggung. Tapi saya perlukan bantuan untuk tampung kos perubatan anak, atau sekurangnya kos bantuan beli susu khas dianggarkan RM400 sebulan. Setidaknya ia dapat membantu meringankan beban kami," katanya yang turut menerima bantuan bulanan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagi mana-mana pihak yang berhajat menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan menyalurkan bantuan ke akaun Mohd Nizam Razali di 0510-0410- 0005-581 (BSN) atau 1550- 1401-4639 (Maybank).

Sumber : SH Online

"Cukuplah Seorang Sehelai Dulu Bang, Saya Boleh Basuh Hari-Hari," Kisah Sayu Pasangan Beli Baju Sekolah Anak Buat Netizen Tersentuh
siakapkeli.my

Musim persekolahan akan bermula semula tidak lama lagi. Selepas menikmati tempoh sebulan bercuti, sudah tiba masa untuk kembali ke sekolah dengan semangat dan azam yang baru.

Ibu bapa sudah pastinya insan yang paling sibuk dalam menyiapkan segala kelengkapan sekolah untuk anak-anak tercinta. Buktinya mudah, pergi saja lihat di mana ada promosi kelengkapan sekolah pasti ramai ibu bapa yang tidak melepaskan peluang untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

Dalam kemeriahan ibu bapa membeli-belah perkakas sekolah, jangan pula lupa masih ramai lagi diluar sana yang bermandikan peluh dan memerah keringat demi mencari rezki untuk melengkapkan anaknya ke sekolah. Memang telah menjadi lumrah di dunia, yang mana bukan semua bernasib baik dan mampu untuk berbelanja mewah untuk menghantar anak ke sekolah.

Gambar Hiasan

Kadang-kala ada daripada kita terpaksa menggunakan semula pakaian yang lama kerana desakan kos sara hidup yang kian hari makin meningkat. Namun, sesetengah ibu bapa tidak sanggup melihat anak mereka ke sekolah dengan pakaian yang sudah lusuh, kasut yang koyak dan alat tulis yang tidak lengkap.

Dalam kita sedang mengeluh dengan keadaan ekonomi keluarga yang tidak menentu ini, seorang wanita berkongsi sebuah kisah beliau hadapi sendiri ketika ingin membeli barangan persekolahan anaknya. Perkongsian ini telah membuka mata netizen dan mendapat lebih 1,000 perkongsian di laman sosial Facebook. Jom ikuti kisah yang dikongsi oleh Intan Nornie Sheika.

Kedai RM 2 dan sebuah kehidupan.

Awal minggu lalu, melangkah ke Aeon. Ramai amat orangnya. Adam yang sedang demam, ditinggalkan rehat di rumah. Hajat tibu nak membeli dua hingga tiga pakaian sekolah. Nak 'grab' mana yang sempat.

Angkat sehelai. RM 30. Dibelek yang lain. Baju sahaja minima RM 24 satu. Belum dipadankan seluar. Laju kepala mencongak.

Gambar Hiasan

"Tak cukup bajet ni."
Usai beli barangan dapur tibu bergegas keluar. Kejar masa. Hati ingatkan Adam dirumah.

Tuju ke kedai yang lebih mampu milik. Kedai yang dulu jarang-jarang ada orang, sangat penuh. Dari mula meletak kereta, hingga ke kaki lima. Ada saja keluarga kecil dengan anak-anak berdiri dan bercakap-cakap sesama sendiri.

"Murah agaknya ni. Ramai orang ni."
Bilang tibu pada diri sendiri. Sebelum keluar dari kereta, cebisan kertas itu diperhatikan berkali-kali. Senarai keperluan sekolah Adam. Risau ada lupa catat.

Sempat belek helaian kertas dalam beg duit juga. Masuk ke dalam dan belek baju-baju. Lingkungan harga RM 13-RM 23. Alhamdulillah. Mampu milik.

Lalu tibu yang cerewet belek lipatan baju satu persatu. Sampai adik sales person yang manis kerling pada tibu.

"Akak perlukan bantuan? Nak saiz yang mana?" Beliau cuba membantu..

"Dik, akak nak belek jahitan dia sikit, boleh ya? Maaf dik kalau akak susahkan kerja adik." Jawab tibu. Sambil memberi sebuah senyuman.

Adik itu menggangguk. "Sebenarnya supervisor saya tak bagi. Tapi tak apa. Dia tak ada. Akak belek-belek dulu ya."

Sedang tibu asyik membelek kedengaran perbincangan antara dua orang. Di lorong sebelah rasa tibu. Suara wanita itu.

Gambar Hiasan

"Cukuplah dua abang. Ayang basuh hari-hari. Sempatlah Long dengan Angah sekolah pagi dengan agamanya."

"Uish awaknya. Sempat ke? Kot bawak dek hujan tak berbaju sekolah budak-budak. Ambikla sehelai lagi. Esok-esok abang tanya Mail kot ada nak upah kutip durian, abang pegilah. Lepas duit bebudak punya kasut pulak."

Kata lelaki itu. Suami wanita terbabit, tibu pasti.

"Tak pun baju Long tu kita pin la kalau-kalau Angah pakai gedeber beso.. Tak yah la abang pakai duit tu. Esok nak isi minyak lagi." Balas wanita itu.

Walaupun suara mereka sangat perlahan, tapi tibu dengar. Satu demi satu. Mungkin sebab kami memang bersebelahan. Dipisahkan oleh rak baju sehaja.

Tibu capai tiga pasang uniform dan pasangan itu tibu tinggalkan. Tak sanggup mendengar yang iya-nya. Usai membayar, airmata tibu dah mula bergenang.

Ya Allah dibalik keluh kesah diriku yang keletihan, ramai lagi diluar yang sudah lama jerih. Sudah lama pedih. Allahu.

Tibu ke 'pit stop' akhir. Kedai eko RM 2. Berhajat nak dapatkan keperluan alat tulis dan stokin Adam. Pun penuh..Ramai 'yak mat' umat manusia.

Yang membeli jajan sepenuhnya bakul. Dalam hati tibu, ingin memberitahu, namun ditelankan sahaja niat itu. Bimbang suasana tidak sesuai.

"Di sana orang berkira setiap sen yang ada membeli keperluan sekolah. Dekat sini, seronok pula dia masukkan setiap jajan kalori kosong tu sebab murah. RM 2 je kan."
Bisik pada hati.

Diambil 3 pek stokin, melintas sebentar ke bahagian barangan anak. Membelek pin, dan ternampak pasangan sedang membelek bungkusan beberapa keping 'pampers' yang di pek semula.

Komen-komen yang diterima
"Ambil dulu 4 cukup bang. Habuan tidur malam. Siang pakai ja lampin kain."
Kata wanita itu. Pada lelaki sebelahnya.

Allahu sekali lagi sayup dalam hati. Hari ini Allah kirimkan dua pasangan ini melintas waktu tibu. Untuk tibu pelajari sesuatu.

Tentang kehidupan. Didalam rintihan kita, Allah ajarkan bahagia itu ada pada jiwa yang syukur setiap apa adanya.

Ada orang, yang hari - hari bergelut untuk hidup dengan apa yang dia tak ada.

Sedang kita. Yang hari - hari mengeluh dengan apa yang kita ada.

Intan Nornie Sheika
· 20 jam ·
Kedai RM 2 dan sebuah kehidupan.

Awal minggu lalu, melangkah ke Aeon. Ramai amat orangnya. Adam yang sedang demam, ditinggalkan rehat di rumah. Hajat tibu nak membeli dua hingga tiga pakaian sekolah. Nak 'grab' mana yang sempat.

Angkat sehelai. RM 30. Dibelek yang lain. Baju sahaja minima RM 24 satu. Belum dipadankan seluar. Laju kepala mencongak.

"Tak cukup bajet ni."
Usai beli barangan dapur tibu bergegas keluar. Kejar masa. Hati ingatkan Adam dirumah.

Tuju ke kedai yang lebih mampu milik. Kedai yang dulu jarang-jarang ada orang, sangat penuh. Dari mula meletak kereta, hingga ke kaki lima. Ada saja keluarga kecil dengan anak-anak berdiri dan bercakap-cakap sesama sendiri.

"Murah agaknya ni. Ramai orang ni."
Bilang tibu pada diri sendiri. Sebelum keluar dari kereta, cebisan kertas itu diperhatikan berkali-kali. Senarai keperluan sekolah Adam. Risau ada lupa catat.

Sempat belek helaian kertas dalam beg duit juga. Masuk ke dalam dan belek baju-baju. Lingkungan harga RM 13-RM 23. Alhamdulillah. Mampu milik.

Lalu tibu yang cerewet belek lipatan baju satu persatu. Sampai adik sales person yang manis kerling pada tibu.

"Akak perlukan bantuan? Nak saiz yang mana?" Beliau cuba membantu..

"Dik, akak nak belek jahitan dia sikit, boleh ya? Maaf dik kalau akak susahkan kerja adik." Jawab tibu. Sambil memberi sebuah senyuman.

Adik itu menggangguk. "Sebenarnya supervisor saya tak bagi. Tapi tak apa. Dia tak ada. Akak belek-belek dulu ya."

..Sedang tibu asyik membelek kedengaran perbincangan antara dua orang. Di lorong sebelah rasa tibu. Suara wanita itu

"Cukuplah dua abang. Ayang basuh hari-hari. Sempatlah Long dengan Angah sekolah pagi dengan agamanya."

"Uish awaknya. Sempat ke? Kot bawak dek hujan tak berbaju sekolah budak-budak. Ambikla sehelai lagi. Esok-esok abang tanya Mail kot ada nak upah kutip durian, abang pegilah. Lepas duit bebudak punya kasut pulak."
Kata lelaki itu. Suami wanita terbabit, tibu pasti.

"Tak pun baju Long tu kita pin la kalau-kalau Angah pakai gedeber beso.. Tak yah la abang pakai duit tu. Esok nak isi minyak lagi." Balas wanita itu.

Walaupun suara mereka sangat perlahan, tapi tibu dengar. Satu demi satu. Mungkin sebab kami memang bersebelahan. Dipisahkan oleh rak baju sehaja.

..Tibu capai tiga pasang uniform dan pasangan itu tibu tinggalkan. Tak sanggup mendengar yang iya-nya. Usai membayar, airmata tibu dah mula bergenang.

Ya Allah dibalik keluh kesah diriku yang keletihan, ramai lagi diluar yang sudah lama jerih. Sudah lama pedih. Allahu.

..Tibu ke 'pit stop' akhir. Kedai eko RM 2. Berhajat nak dapatkan keperluan alat tulis dan stokin Adam. Pun penuh..Ramai 'yak mat' umat manusia.

Yang membeli jajan sepenuhnya bakul. Dalam hati tibu, ingin memberitahu, namun ditelankan sahaja niat itu. Bimbang suasana tidak sesuai.

"Di sana orang berkira setiap sen yang ada membeli keperluan sekolah. Dekat sini, seronok pula dia masukkan setiap jajan kalori kosong tu sebab murah. RM 2 je kan."
Bisik pada hati.

..Diambil 3 pek stokin, melintas sebentar ke bahagian barangan anak. Membelek pin, dan ternampak pasangan sedang membelek bungkusan beberapa keping 'pampers' yang di pek semula.

"Ambil dulu 4 cukup bang. Habuan tidur malam. Siang pakai ja lampin kain."
Kata wanita itu. Pada lelaki sebelahnya.

Allahu sekali lagi sayup dalam hati. Hari ini Allah kirimkan dua pasangan ini melintas waktu tibu. Untuk tibu pelajari sesuatu.

Tentang kehidupan.
Didalam rintihan kita, Allah ajarkan bahagia itu ada pada jiwa yang syukur setiap apa adanya.

Ada orang.
Yang hari - hari bergelut untuk hidup dengan apa yang dia tak ada.
Sedang kita. Yang hari - hari mengeluh dengan apa yang kita ada.

Sumber: Intan Nornie Sheika

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Dec 20, 2017 6:34 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Risau Kalau Tak Bagi, Mereka Akan Rosakkan Kereta" Kisah Geng 'Tarik Bulan' Cas RM2 Jaga Parkir Kereta
siakapkeli.my

Melaka: "Abang parking (parkir) RM2 je." itulah antara bait ayat yang diungkapkan oleh kumpulan penghidu gam atau lebih dikenali dengan panggilan kumpulan 'tarik bulan' ketika ingin meminta upah kononnya menjaga kenderaan orang awam atau pelancong yang diparkir di situ.

Kumpulan ini digelar kumpulan tarik bulan kerana gelagat mereka dimana tangan kiri memegang gam manakala tangan kanan pula melambai-lambai ke arah pemandu yang sedang mencari parkir.

Mereka mula aktif dengan aktiviti menjaga parkir di sekitar Plaza Mahkota, Banda Hilir, di sini, sejak tiga tahun lalu dankumpulan penghidu gam ini dipercayai serpihan kumpulan yang menguasai sekitar Air Pancut Berirama di Kampung Jawa.

Setiap hari, kumpulan ini dikatakn berkeliaran di kawasan parkir untuk meminta upah dan wang yang diperoleh kemudiannya digunakan bagi membeli makanan dan gam basikal untuk dihidu.

Meskipun mereka tidak pernah bertindak agresif, rata-rata pemilik kenderaan memberikan upah RM2 yang diminta mereka kerana bimbang kenderaan yang diparkir akan dirosakkan oleh penghidu gam tersebut.

Menurut seorang pelancong yang berasal dari Pendang, Kedah iaitu Mohd Johari Mansur, 37, dia menyerahkan upah RM2 diminta selepas merka dihampiri oleh kumpulan ini.

"Mahu atau tidak saya bagi saja duit kepada mereka kerana khuatir kereta kami dirosakkan sehingga menyebabkan kerugian berlipat kali ganda daripada nilai upah diminta.

"Lagi pun, saya khuatir keselamatan anak-anak memandangkan ahli kumpulan itu berkeliaran di sekitar kawasan ini dalam keadaan khayal akibat menghidu gam tanpa pengawasan pihak berkuasa," katanya.

Dalam pada itu, menurut beberapa pengusaha hotel disitu, tindakan kumpulan tersebut yang meminta upah parkir mwujudkan rasa kurang senang dan menakutkan pelancong menginap di sekitar kawasan terbabit.

Malah, sebelum ini pernah berlaku beberapa insiden pelancong dikasari oleh kumpulan terbabit kerana tidak mengendahkan permintaan mereka.

Pengusaha hotel yang hanya mahu dikenali sebagai Zahari, 31, berkata, perbuatan ahli kumpulan itu yang terang-terangan menghidu gam di khalayak ramai turut mengundang rasa tidak senang pelancong.

"Mereka dengan selamba tarik bulan depan orang awam yang lalu-lalang. Kalau ditegur supaya berhenti melakukan perbuatan itu atau perasan gelagat diperhatikan mereka akan senyum sebelum beredar.

"Bagi membantu golongan itu menghilangkan ketagihan, ada antara kami pernah mengambil mereka bekerja, tetapi semuanya tidak mampu bertahan lama dan kembali hidup dalam dunia sendiri dengan menghidu gam," katanya.

Sumber- Harian Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com