Friday, December 30, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4653

3 Messages

Digest #4653

Messages

Thu Dec 29, 2016 7:37 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Imam Mahdi Telah Datang, Ini Tanda-tandanya
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

TIBA di akhir zaman, kita akan kedatangan salah seorang yang paling berperanan penting bagi umat Islam. Dialah Imam Mahdi. Dia yang akan memimpin umat Islam pada jalan kebenaran dan keselamatan. Dia akan berjuang bersama Nabi Isa yang turun kembali ke bumi untuk membunuh Dajjal.

Hanya saja, pada bila-bila itu terjadi, kita belum mengetahuinya. Meski begitu, kita akan mengetahui dari tanda-tandanya. Ya, akan ada tanda-tanda khusus yang menunjukkan bahawa Imam Mahdi telah hadir di tengah-tengah kita. Lalu apa sajakah indikasi kedatangan Imam Mahdi?

Dalam sebuah hadis Nabi ﷺ memberikan gambaran umum indikasi kedatangan Imam Mahdi. Ia akan diutus ke muka bumi bilamana perselisihan antar-manusia telah menggejala hebat dan banyak gempa-gempa terjadi. Dan kedua-dua fenomena sosial dan fenomena alam ini telah menjadi semarak di berbagai negeri dewasa ini.

"Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antar-manusia dan gempa-gempa. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman, "(HR. Ahmad 10898).

Hadis berikut ini bahkan memberikan kita gambaran bahawa kedatangan Imam Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting.

Pertama, perselisihan berkepanjangan sesudah kematian seorang pemimpin.

Kedua, dibai'atnya seorang lelaki (Imam Mahdi) secara paksa di depan Kaabah.

Ketiga, terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbai'at kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali disisakan satu atau dua orang untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah untuk menangkap Imam Mahdi.

"Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai'at Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibai'at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Kaabah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Makkah dan Madinah, "(HR. Abu Dawud 3737).

sumber eramuslim.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 29, 2016 7:38 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Aku Tak Pernah Bersedih, Bagi Aku Rambut Aku Gugur Ini Seperti Gugurnya Dosa-Dosa Silamku," - Pesakit Kanser
siakapkeli.my

Ramai orang tersalah anggap, ada yang berfikiran jika terkena kanser, peluang mereka untuk hidup sudah tamat, namun persepsi berkenaan adalah salah.

Ada pesakit kanser yang sembuh, penyakit ini boleh dirawat, namun mereka memerlukan sokongan yang kuat dan berterusan daripada orang sekeliling mereka.

Dikongsikan oleh seorang pesakit kanser, saudara Zaki Bijak, beliau yang menghidapi kanser Hodgkin Lymphoma tahap 3 ini sering memberi semangat kepada rakan-rakannya bahawa ''Kanser Bukanlah Tiket Untuk Mati''.

Jom kita baca luahan beliau dan rakan-rakan dalam 'group' CANCER FIGHTER MALAYSIA.

Majoriti orang berfikir setiap pesakit cancer akan gugur rambutnya sebab die pesakit cancer sebaliknya rambut itu gugur sebab pesakit itu melalui proses rawatan chemotrapy dan ramai juga pesakit rasa down n orang yang melihatnya rasa sangat simpati dengan apa yang menimpa pesakit...

Bagi aku pada satu ketika dulu rambut yang gugur seperti gugurnya dosa silamku... rialitinya aku tak pernah bersedih selepas aku tau aku sakit cancer n sejak dari itu banyak pekara baru aku lalui..

Ianya lebih hebat dari sebelum aku sakit dan hanya pesakit cancer ja yang dapat memahami perasaan orang yang sama sakit dengannya.. ianya ibarat dunia kami dan kamu telah terasing...

Tapi kami tak pernah mengasingkan dua dunia ini dunia orang sehat dan dunia orang sakit.. cuma kami akan rasa lebih selesa berkonsi cerita secara telus bersama dunia kami bila kami bersama teman seangkatan yang senasib dengan kami...

Kamu tidak pernah berada d tempat kami dan kamu tak mampu untuk memahami sejauh mana perjalanan sebenar kami maka kamu hanya bicara melalui teori yang sebenarnya ia tak sehebat manapon...

Ini semua merangkul dalam semua aspek emosi kehidupan dan juga perubatan... jangan berkata melebihi pengalaman dan pengetahuan kamu sedangkan kamu tak melalui apa yang kami lalui..

Adakalanya kamu semua membuat orang seperti kami lebih meluat untuk berbicara dengan kamu atas sebab silaturahim maka lebih ramai yang berdiam diri dari bertikam lidah...

Saat aku kehilangan teman seangkatan buat selamanya sebaik munkin aku akan menutupnya dengan meneruskan kehidupan seperti biasa..

Setiap insan yang mempunyai perasaan pasti akan merasa kesedihan itu namun ade kesedihan yang di zahirkn dan ada kesedihan yang disembunyikan..

Mereka baru kehilangan seorang mahupon 10 orang teman seangkatan tapi aku dah kehilangan beratus-ratus teman seangkatan dari sekecil usia sehingga selanjut usia, perbagai lapisan masyarakat dan profile..

Apakan daya semua ini sudah ketentuan Ilahi dan dari awal lagi aku dah bersedia untuk semua ini kerana semakin ramai aku berkawan mahupon bersahabat semakin banyak berita dan kabar duka aku terima namun bagi aku kehidupan ini tetap kena di teruskn kerana perjalanan ini belum barakhir..

Ade kalanya aku juga rasa terkilan kerna niat hati hendak menziarah belum sempat ziarah dia sudah mendahului aku.. itu sudah ketentuan Ilahi perangcangannyq tiada apa yang perlu d sangkal lagi.. kehidupan misti d teruskan...

Al-Fatihah buat semua yang telah pergi mendahului kita....

Kita sebagai masyarakat sekeliling perlulah memberi mereka ini semangat untuk terus melawan penyakit ini, ingat, #KanserBukanTiketUntukMati. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 29, 2016 7:38 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kegembiraan Sambut Anak Pertama Direntap, Mata Isteri Tiba-Tiba Buta, Ada Sesuatu Di Belakang Otak
siakapkeli.my

Bayangkan betapa sedihnya, kelahiran anak pertama yang pasti mengembirakan kita tiba-tiba dapat perkhabaran sedih lain berlaku terhadapa insan tersayang.

Begitulah yang terjadi kepada lelaki Muslim Rohingya ini apabila dia yang sepatutnya gembira menyambut kelahiran anak pertama direntap apabila isterinya pula tiba-tiba buta.

Cerita sedih ini dikongsikan oleh saudara Mohd Faiz di mana menurut beliau doktor menyatakan berdasarkan ct scan ada sesuatu dibelakang otak isterinya dan ujian MRI perlu dilakukan segera, namun kerana mereka adalah warga asing, ujian berkenaan memerlukan kos yang tinggi tetapi mereka tidak mampu.

Ujian MRI hanya akan dijalakan jika lelaki berkenaan mampu untuk memberi jaminan bayaran

Jom kita baca,

[ DIA ADALAH KITA ]

Harini datang Hospital Besar Sg Petani.Mahu ziarah isteri Fuzi Wani dan anak kami yang masih ditahan di ward.

Isteri saya masih belum dibenarkan keluar kerana berlaku pendarahan yang banyak ketika berhempas pulas melahirkan anak semalam.

Tapi bukan itu carita yang mahu saya khabarkan.
..

Tepat, di hadapan katil si isteri , ada pesakit lain.Berkulit lebih gelap, saya sangkakan india, tapi dari segi bahasa yang dibualkan, nyata itu bukan bahasa tamil.

1.50pm, doktor pakar datang ke katil mereka.Saya mencuri dengar perbualan.Si suami cuba menerangkan dalam bahasa melayu yang tidak fasih.Tergagap gagap.

Rupanya, mereka ini warga asing. Telah 10tahun bekerja di Malaysia.

Warga Myammar. Muslim rohingya. Agama kita.

Selesai urusan dengan doktor, terasa hati untuk saya menghampiri.

Bersalam dan bertanya khabar.

Namanya Muhammad Abrar.Abrar menceritakan isterinya telah bersalin pada 6hb 12.Dikurniakan zuriat lelaki, sihat dan sangat comel kemerahan.2.29kg.
..

Dalam kegembiraan menyambut putera pertama di dunia, Tuhan datangkan sekali ujian bersama.
Tiada siapa pinta tiada siapa menduga, usai melahirkan, isterinya menjadi kabur mata pada 7hb dan hari ini 8hb disember, isterinya tidak dapat melihat apa apa.

Ini bukan persoalan siapa dia tapi lebih besar, bagaimana kita mahu membantu mereka.
..

Nak dikatakan buta takut takut keterlaluan pula.Tapi itulah kondisinya sekarang.

Mata terbuka tapi hanya kegelapan yang ada.Doktor juga tidak tahu mengapa dan apa punca.

Cuma, pemeriksaan telah dibuat semalam (7hb), CT SCAN menelan belanja RM 916.Kos bersalin Rm2200.Abrar merayu agar bayaran dibuat secara ansuran.

Maklum sahaja mereka hanya bekerja sebagai pemotong rumput.Gaji kurang 1000 sebulan katanya.
Harini, doktor memaklumkan mereka mahu menjalankan ujian MRI, tapi perlukan kos perubatan sebanyak rm4000+-.

Abrar jujur mengatakan, dia tiada wang sebanyak itu.

Jadi, saya berjumpa dengan doktor bertugas dan bertanya.Ya, doktor mengesahkan hal itu.Pihak hospital hanya akan jalankan ujian MRI jika abrar mampu untuk memberi jaminan bayaran.

Doktor ada mengatakan, berdasarkan ujian ct scan, kelihatan ada sesuatu di bahagian belakang otak Toyuba Katu Bt Dil Muhammad (isteri abrar).Tetapi mereka tidak tahu apa. Sebab itu ujian MRI perlu dilakukan segela.

Saya menarik hela nafas yang panjang.Tanpa disangka air mata mula membasahi.Nekad untuk membantu.

...

Buat rakan rakan yang mengenali saya didunia nyata mahupun dunia maya, saya menyeru.Marilah kita membantu abrar dan isterinya.

Saya bersumpah saya tidak akan menyeleweng sumbangan anda.

Kos yang terlibat :
Bersalin : 2200
Ct scan : 916
MRI : 4000 +-
Kos ubatan lain : belum tahu.

Jika kita sumbangkan seorang sedikit rm30 , 200 orang rm6000.Ini belum termasuk kos kos belian barang anak kecil.

Mungkin 30 sedikit buat kita, tapi saya percaya ia besar buat abrar dan isteri.

Inilah masanya rakan rakan sekalian, kita bantu abrar.Dia muslim rohigya, dia saudara kita.Ini tanggungjawab kita bersama.Dia adalah kita, dan kita adalah dia.

Marilah sama sama kita tanam benih benih saham untuk kita ske syurga kelak.

Kepada yang mahu membantu, terus gunakan maklumat berikut.

MAYBANK
FAIZ SUKSES ENTERPRISE
564799121663

Jika anda tak percayakan saya, boleh terus hubungi saya :
Faiz : 013 2057397

Kpd yang menyumbang, tolong WHATSAPP nama dan jumlah sumbangan, saya akan serahkan sendiri kepada abrar.

1 lagi bantuan, mohon LIKE , KOMEN DAN SHARE status ini agar lebih ramai yang dapat membantu dan menyemai benih benih saham ke syurga.

Jika bukan kita siapa lagi?

Jika bukan hari ini bila lagi?

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

Thursday, December 29, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4652

15 Messages

Digest #4652
3
Fw: Turki buktikan TGHH betul!! by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
5
7
Fw: Bercakap 'Kotor' Di Twitter, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8
Fw: Penjelasan Coklat Daim & Toblerone by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
11
Fw: Ringgit Jatuh Lagi.. by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
12
Fw: Beberapa berita jenayah by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
13
Fw: Hukum Guna Mesin Basuh Yang Bercampur by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
15

Messages

Thu Dec 29, 2016 6:44 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



BRIM Ialah Rasuah - Mufti Perak & Kelantan Kritik Kenyataan Mahathir.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot.

Mufti Perak dan Kelantan tampil mempertahankan pemberian tunai di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), selepas skim itu disifatkan sebagai "rasuah" oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Memetik kenyataan dari Utusan Malaysia Tan Sri Harussani dilaporkan berkata, "Dakwaan ini adalah satu penghinaan kepada penerima dan juga pihak yang memberi bantuan,".

Menurutnya, ia banyak membantu golongan miskin yang tidak berpendapatan tetap. "Oleh itu, berhenti daripada membuat dakwaan tidak berasas termasuk mengatakan BR1M sebagai rasuah," katanya.

Utusan turut memetik Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sebagai berkata bantuan BR1M merupakan tanggungjawab kerajaan.

"Sekiranya Dr Mahathir tidak berpuas hati dan berasakan wujud unsur rasuah boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Peguam Negara," katanya.

Dr Mahathir dalam ucapannya baru-baru ini mendakwa BR1M dengan rasuah, dan boleh dianggap sebagai jenayah.

"Ketika pemerintahan saya, saya tak beri duit tetapi banyak kebaikan yang kerajaan dahulu berikan melalui sistem jalan raya yang baik, peruntukan untuk sekolah mencukupi, anak-anak diberi biasiswa dan banyak lagi.

Tetapi sekarang rakyat lebih menghargai duit BR1M?" kata Dr Mahathir yang dipetik dari Sinar Harian, Ahad lalu.

Ia mengundang reaksi keras daripada pemimpin kerajaan. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Dr Mahathir gagal membezakan bantuan dan rasuah.

"Tidak pernah kita mendengar sesuatu yang begitu tidak masuk akal," katanya, dan mengingatkan Dr Mahathir mengenai wang ehsan yang disalurkan kepada kerajaan Terengganu di bawah PAS pada 1999-2004.

BR1M diperkenalkan pada 2012 dengan menyasarkan kumpulan tertentu yang menurut kerajaan memerlukan bantuan tunai bagi meringankan beban kenaikan kos sara hidup. - Sozcyili.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 29, 2016 6:44 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Cerita Sebenar Kepala Alat Sulit Budak Lelaki Terpotong Ketika Berkhatan
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

Sumber: BH Online, NST

Kepala Alat Sulit Budak Lelaki Terpotong Ketika Berkhatan Guna Laser
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki mungkin terpaksa menanggung kecacatan pada alat sulitnya seumur hidup setelah kepala di bahagian tersebut terpotong ketika dia menjalani proses berkhatan menggunakan kaedah laser.

Dalam kejadian pada jam 8 lama pada 20 Disember itu, mangsa, 10, dibawa oleh bapa untuk berkahatan di sebuah klinik di Cheras.

Bagaimanapun, ketika dia menjalani proses berkhatan, doktor memberitahu bapa mangsa bahawa kepala kemaluan kanak-kanak itu terpotong secara tidak sengaja.

Mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Cheras sebelum disarankan untuk menjalani rawatan penyambungan semula di Hospital Kuala Lumpur.

Selepas menjalani rawatan, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kecuaian yang dilakukan doktor terbabit sebelum dia ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, NST melaporkan bahawa klinik yang terlibat dalam kejadian itu sudah beroperasi selama 15 tahun dan doktor yang terlibat sudah mempunyai pengalaman selama 21 tahun. Doktor berkenaan merupakan lepasan dari Univerisiti Karachi, Pakistan.

NST juga berkata mereka difahamkan bahawa klinik terbabit tidak didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan.

Doktor tersebut juga turut membuat laporan polis dan mengaku ia adalah satu kemalangan.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP, Othman Nanyan mengesahkan kes terbabit.

Sumber: BH Online, NST

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 29, 2016 6:45 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Turki buktikan TGHH betul!!

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"

Assalamualaikum....

Agak tersentah juga mendengar berita bahawa Turki sudah menolak Nato dan berpaling kepada Rusia dan Iran untuk mengerakkan proses menyelamatkan umat Islam Syria.Rusia dan Iran yang dituduh kaw kaw oleh PAN dan gerombolang pencacainya sebagai pemusnah kedaulatan Syria dan menyebabkan terjadinya serangan besar besaran kepada TGHH oleh parti Islam PAN ini dan turut diserabutkan oleh mempelam Manis bernama Syed Azman.

Semuanya mahu menyalahkan TGHH hadir di Taheran untuk muktamar perpaduan umah yang bukan dianjurkan oleh kerajaan Iran, kononnya TGHH menyokong keganasan yang dijaja Iran di Syria.Nah sekarang lihatlah betapa Turki sebuah negara Islam yang disanjung oleh PAN sudah mengambil langkah yang sama dengan TGHH sekaligua membuktikan TGHH betul, PAN yang mengada ada termasuk Syed Azman.

Turki menyedari peranan Nato dan Amerika dalam krisis timur tengah menerusi sekutunya Arab Saudi dan Qatar sama seperti TGHH menyedari Persatuan ulamak mungkin dipengaruhi oleh Amerika sejak Sheikh Yusof Qardawi berpindah ke Qatar.Jadi janggal untuk Syed Azman memetik teguran Sheikh Yusof Qardawi kepada TGHH untuk menyatakan TGHH buat keputusan yang silap, sepatutnya dia mendengar dulu penjelasan TGHH bahawa mungkin bukan Syiekh Yusof yang membuat teguran itu tetapi orang lain yang menggunakan nama Sheikh Yusof.Apa Syed Azman tidak faham maksud TGHH yang menyatakan kesediaannya untuk meletakkan jawatan sebagai naib ketua ulamak? Itu maknanya sudah ada tanda tanda persatuan Ulamak dicemari oleh campurtangan asing, itu pun tak faham, atau sebenarnya Syed Azman hanya nak menunjukkan kolor mempelam manisnya?

Kenapa Turki tiba tiba menoleh kepada Rusia dan Iran? Kenapa pemimpin Turki, Erdogan yang disanjung hebat oleh PAN tidak membantah kehadiran TGHH di Taheran tetapi sebaliknya hanya dengan masa yang singkat mengambil keputusan meninggalkan Nato dan Amerika dan memalingkan mukanya kepada Rusia dan Iran.Kenapa Turki tiba tiba menyedari Nato dan Amerika tidak membantu masalah Syria sebaliknya terus membiarkan rakyat Syria dibunuh dan menyedari hanya Rusia dan Iran yang mampu menghentikan segala kemusnahan di Syria?

Tak mungkin PAN tidak nampak peranan yang dimainkan oleh TGHH serta ucapannya di Taheran membuka mata Turki untuk bertindak.TGHH tidak pergi ke Iran untuk berunding dengan Iran tetapi TGHH menyimpan harapan agar seruanya disahut oleh negara Islam lain dan kini Turki mendengar TGHH dan melupakan segala kutukan yang dilemparkan oleh penyanjung utamanya PAN.

Jadi bagaimana, nak bermain lagi wahai pencacai PAN? Permainan yang mengandungi lawak boleh didengar dalam kes Turki ini di mana ada raja lawak berkata dia menyokong rundingan Turki ini dan gembira rundingan tidak diadakan di Taheran? Bukankah itu kelakar? Sya tinggalkan untuk pembaca sekelian menilai dan memberi markah kelakarnya...........

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Turki Tolak NATO, Sertai Blok Rusia

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
"

Di Moscow, sehari selepas pembunuhan Duta Rusia ke Turki, menteri-menteri luar dan pertahanan Iran, Rusia dan Turki bertemu untuk mencari penyelesaian isu Syria. Agenda utama adalah konflik Syria dan perang yang telah meragut nyawa sekurang-kurangnya setengah juta orang yang menyebabkan kehilangan separuh daripada penduduk di negara itu.

Apa yang bermula enam tahun lalu di Tunisia sebagai kebangkitan rakyat dan memperoleh nama 'Arab Spring' kini mencetuskan kemusnahan di Yemen dalam perang yang dilaksanakan oleh Arab Saudi dengan persenjataan dibekalkan Barat, pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di Syria, dan harapan yang dimusnahkan di Mesir. Walau bagaimanapun, mengharapkan bahawa perjumpaan di Moscow dapat menyediakan jalan keluar terhadap tragedi tersebut adalah rendah. Ia hanya memadai untuk mengharapkan gencatan senjata dapat dilaksanakan.

Turki tidak lagi tunduk kepada NATO

Sidang 'Moscow Declaration' menunjukan satu perubahan penting iaitu Turki tidak lagi tunduk kepada Amerika dan NATO. Walaupun Turki tidak memutuskan hubungannya dengan NATO dan ia juga tidak membuat sebarang kenyataan yang jelas mengenai hubungannya dengan Amerika Syarikat. Tetapi walau bagaimanapun, Turki telah memulakan perbincangan terbuka dengan Iran dan Rusia tanpa Amerika berada di meja rundingan. Ini dengan sendirinya sudah cukup sebagai kejutan. Semua percubaan sebelumnya oleh Amerika Syarikat dan sekutunya untuk bersetuju mengenai tindakan yang diselaraskan telah menemui kegagalan, kata Ketua Pertahanan Rusia Sergey Shoigu. "Tiada seorang pun daripada mereka mempunyai pengaruh sebenar ke atas keadaan di atas tanah".

'Moscow Declaration' telah ditandatangani oleh ketiga-tiga negara tersebut mengatakan bahawa Iran, Rusia dan Turki adalah bersedia untuk melaksanakan perjanjian yang telah dirundingkan antara kerajaan Syria dan pembangkang, dan menjadi penjaminnya.

Mereka bersepakat dalam 8 perkara utama, antaranya;
a.. Menghormati kedaulatan Republik Arab Syria sebagai sebuah negara demokratik sekular yang berbilang kaum, agama dan mazhab.
b.. Tindakan ketenteraan melalui peperangan bukanlah penyelesaian kepada konflik di Syria
c.. Kepentingan mempercepatkan usaha gencatan senjata dan misi kemanusiaan
d.. Kesediaan menjadi fasilitator dan penjamin bagi perjanjian antara pihak kerajaan dan kumpulan penentang. Mereka menjemput negara lain yang berpengaruh turut berusaha bersama.
e.. Mengalukan usaha bersama di Timur Aleppo bagi membolehkan pemindahan sukarela orang awam dan kumpulan penentang bersenjata. Mereka juga mengalukan pemindahan sebahagian orang awam dari Fuaa, Kafraia, Zabadani dan Madaya.
f.. Berkeyakinan bahawa Perjanjian ini akan memainkan peranan penting untuk mewujudkan momentum yang diperlukan untuk menyambung semula proses penyelesaian politik di Syria selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
g.. Rundingan seterusnya bukan di Geneva tetapi di Kazakhtan setelah menerima tawaran Presiden Kazakhstan untuk menjadi tuan rumah bagi rundingan tersebut di Astana. Kuasa Barat tidak lagi mempunyai pengaruh dalam rundingan tersebut.
h.. Menegaskan kesungguhan untuk memerangi bersama kumpulan ISIL / Daesh, Al-Nusra dan untuk memisahkan mereka daripada kumpulan pembangkang bersenjata.
Setelah kejatuhan Aleppo ke tangan pemerintah Syria pada awal December yang lalu. Turki sebagai salah satu pendukung penentang Syria nampaknya mulai bersikap realistik. Tidak ada lagi keinginan memaksakan jatuhnya Bashaar Assad dan tidak ada lagi sentimen sunni-syiah seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini dan selama perang oleh corong media Amerika dan sekutunya.

Tindakan Turki bebas dari pengaruh Arab sekutu Amerika

Langkah Turki condong ke Moscow berarti meninggalkan sekutu sunninya, iatu Arab Saudi dan Qatar. Turki telah menunjukkan sebagai negara merdeka tidak takut dengan gertakan Amerika, NATO atau siapapun. Turki merasa berhak bekerja sama dengan siapapun tanpa memusuhi yang lain. Langkah Turki adalah langkah rasional sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Dan memang seharusnya demikianlah tindakan sebuah negara yang merdeka tanpa tunduk kepada tekanan asing.

Berbeza dengan Turki: Arab Saudi dan Qatar adalah negara dimana satu kakinya sudah dirantai oleh Amerika. Hampir tidak mungkin meninggalkan pakatan Amerika dan NATO. Kedua negara ini tidak berani membantah dalam banyak persidangan timur tengah terutama ketika ada kepentingan Amerika Syarikat disitu. Arab Saudi dan Qatar lebih banyak bersembunyi di ketiak Amerika dan NATO.

Apakah Turki akan keluar dari NATO?

Jelas, Moscow Declaration menjadi petanda awal perdamaian dan pemulihan rakyat Syria. Sekaligus memberikan tamparan dan mengakhiri the dirty war atau perang kotor yang digagaskan Amerika dan NATO serta sekutu Timur Tengahnya. Mengakhiri perang paling mengerikan setelah WWII. Mudah-mudahan ia mengakhiri drama paling menjengkelkan dengan isu konflik sunni-syiahnya. Semoga kedamaian dan kesejahteraan dilimpahkan kepada rakyat Syria semuanya.

petunjukzaman

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: ismanusa
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 29, 2016 6:45 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Keluarga Sahkan Tan Sri S.M Salim Telah Meninggal Dunia
siakapkeli.my

Penyanyi vateran popular seniman Tan Sri S.M Salim dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur pada 5.44 petang tadi dan disahkan ahli keluarga, lapor Astro Awani.

SM Salim atau nama sebenar, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros yang popular dengan lagu Pandang Pandang Jeling Jeling berduet dengan Dato siti Nurhaliza itu lumpuh akibat sakit saraf dan pergerakannya bergantung pada kerusi roda sejak 17 tahun lepas.

Beliau memulakan kariernya sebagai penyanyi pada 1950an dan merupakan pendukung gigih lagu-lagu Melayu klasik. - Siakapkeli.my

Seniman S.M Salim Dilaporkan Tenat
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 28 Dis. - Seniman terkemuka tanah air, seniman Tan Sri S.M Salim dilaporkan sedang tenat akibat sakit tua, lapor Utusan Online.

Penghibur yang berusia 88 tahun itu kini berada di rumahnya dan sedang menerima pemantauan dari pegawai perubatan.

"Semua ahli keluarga berada di sisi beliau pada ketika ini. Diminta semua peminat Tan Sri mendoakan kesejahteraannya," kata seorang ahli keluarga yang enggan namanya disebut.

Sumber: Utusan Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 29, 2016 6:46 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Apa Hubungan Di Antara Najib & Sondakh Dan Kaitannya Dengan Keputusan FELDA Beli Saham Di Eagle High.

bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Oleh : A.Kadir Jasin.

PADA mulanya saya tidak bercadang menambah apa-apa lagi kepada apa yang telah saya tulis mengenai urusan jual-beli luar biasa yang membabitkan Felda/FGV dan Rajawali Group sejak tahun lalu.

Kalau pembaca berminat boleh rujuk tampalan bertajuk "FGV Bayar Mahal Kepada Sondakh" pada 13 Jun 2015 di pautan ini.

Berkenaan silap mata korporat memindahkan pembelian 37 peratus saham ladang Eagle High (helang tinggi) daripada Felda Global Ventures (FGV) kepada sebuah anak syarikat Felda lain bernama FIC Properties Sdn Bhd, saya rasa komen Pengerusi CIMB, (Datuk Seri) Mohd Nazir Abdul Razak, lebih daripada memadai.

Sebagai orang korporat dan adik Perdana Menteri sendiri, saya yakin kebimbangan beliau adalah berasas. Nazir mahu Felda memberi justifikasi mengapa ia membayar harga yang rata-rata dianggap terlalu tinggi dan tidak mencerminkan realiti pasaran serta potensi aset.

FeIda membayar AS$505.4 juta (kira-kira RM2.3 bilion) atau tiga kali lebih mahal daripada harga purata 2015. Saya yakin tidak ada siapa pun akan menentang pembelian oleh Felda jika harganya berpatutan, selari dengan pasaran dan telus.

Peter Sondakh: Sahamnya naik tapi FGV turun

Anehnya, boleh kata semua urusan jual-beli oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia yang membabitkan Kumpulan Rajawali dan taukenya, Peter Sondakh, diselubungi misteri dan keluarbiasaan.

Misteri Rajawali

Banyak cerita saya dengar, termasuk daripada pembahas blog ini, yang memberi maklumat atas dasar sulit & persendirian mengenai pertalian di antara Najib dengan Sondakh.

Ada sesetengah maklumat itu memang saya pun tidak berani menyiarkannya sekali pun tanpa label P&C kerana terlalu peribadi dan sukar disahkan.

Cuma yang hendak saya tambah kali ini adalah beberapa kebetulan yang sedikit sebanyak menyokong khabar-khabar angin dan kisah misteri yang melibatkan perhubungan Najib-Sondakh.

Fakta-fakta yang akan saya sebutkan di bawah adalah maklumat awam. Sesiapa pun yang berminat dan tekun boleh memperolehnya di domain awam.

Antaranya:

1. Kalau Najib berketurunan Bugis yang buminya Sulawesi, Sondakh pula dilahirkan di Manado, Sulawesi.

2. Jikalau Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953, Sondakh pun dilahirkan pada 23 Julai 1953 juga.

3. Najib beragama Islam dan sering mempamerkan keislamannya di khalayak ramai manakala Sondakh dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai pengamal setia agama Kristian.

4. Kebugisan Najib menjadi mutakhir dengan penganugerahan gelaran tertinggi Bugis "I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil" pada tahun 2005.

5. Apabila Najib menjadi Perdana Menteri pada bulan April 2009, tidak lama selepas itu Sondakh mendapat anugerah gelaran Tan Sri (kehormat) dan muncul sebagai penasihat Najib mengenai Indonesia.

6. Antara kepakaran Sondakh, menurut laporan akhbar The Star pada 23 Jun 2015 adalah menjual-beli syarikat dan membangun semula syarikat yang rugi.

7. Catatan Wikipedia bahasa Indonesia pula berkata, bintang Sondakh menjadi terang apabila berjaya merapati gerakan Orde Baru (New Order) pimpinan Allahyarham Presiden Suharto.

8. Urus niaga terawalnya dengan GLC Malaysia adalah penjualan saham miliknya dalam firma telekomunikasi, Excelcomindo Pratama kepada Telekom Malaysia (TM) pada tahun 2005 dengan harga AS$400 juta (nilai hari ini kira-kira RM1.8 bilion) dan sekali gus menjadikannya antara orang terkaya di Indonesia.

9. Tidak lama selepas penjualan kepada TM, Sondakh mula membeli aset-aset di Malaysia, termasuk aset milik Khazanah Nasional Berhad. Ini sangat menarik – dia jual asetnya di Indonesia kepada Khazanah (melalui TM) dan beli aset-aset Khazanah di Malaysia.

10. Timbul tanda tanya apakah Sondakh lebih menghargai aset-aset Khazanah di Malaysia daripada asetnya sendiri di Indonesia? Apakah penjualan Eagle High kepada Felda juga cara beliau menukar aset mentah yang belum produktif di Indonesia dengan aset matang dan teruji di Malaysia?

11. Antara aset Malaysia milik Sondakh termasuklah Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Four Seasons Resort Langkawi, Pusat Konvensyen Langkawi dan Hotel St Regis, Langkawi. Hampir semua aset ini sama ada dibeli daripada Khazanah atau dibangunkan bersama Khazanah dengan kesemua atau sebahagian modalnya diperoleh dari pasaran tempatan.

12. Apakah Sondakh terlibat membantu Najib dengan apa cara jua dalam menangani skandal 1MDB/SRC, khususnya berkaitan misteri "kehilangan" orang yang terbabit langsung dengan skandal itu seperti Jho Low, Nik Faisal Arif Kamil dan Datuk Suboh Mohd Yassin?

13. Akhir sekali, apakah urus niaga Felda-Rajawali ini ulang tayang kepada skim cepat kaya dan pengumpulan tabung pilihan raya seperti yang berlaku kepada 1MDB dan FGV sebelum PRU 2013?

Kesimpulannya, sebarang penghalusan mengenai urus niaga yang melibatkan Sondakh dan Malaysia tidak lengkap tanpa mendalami apa yang tersurat dan tersirat dalam perhubungan di antara Najib, keluarganya dan Peter Sondakh.

Wallahuaklam.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 29, 2016 6:46 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Dah La Cari Parking Punya Susah Tadi, Nak Balik Boleh Pula Kena Macam Nie", Pemuda OKU Terkilan Dengan Sikap Pemandu Ini
siakapkeli.my

Sifat saling hormat menghormati, juga prihatin terhadap sesama insan sememangnya antara nilai yang pelu ada dalam setiap orang. Ia menunjukkan bahawa kita boleh hidup harmoni antara satu sama lain, dengan saling bertolak ansur walau dalam apa jua keadaan.

Namun begitu, disebabkan adanya sifat tidak ambil peduli, dan pentingkan diri, ada segelintir netizen yang tidak mengendahkan kesusahan orang lain, demi keselesaan diri mereka. Inilah yang berlaku kepada seorang insan kurang upaya (OKU) yang terpaksa berhadapan dengan individu yang kurang peka mengenai OKU.

Menurut saudara Hafiz Hamzahari, dia baru sahaja selesai membeli barang di salah sebuah pasaraya besar di Melaka, dan sewaktu ingin kembali ke kereta, Hafiz tidak dapat memasuki keretanya, kerana kereta Axia yang parkir terlalu hampir dengan keretanya.

"Dah la cari parking punya susah tadi, nak balik boleh pula kena macam ini", tulis Hafiz di laman Facebook miliknya.

Tambah Hafiz lagi, jika pemandu tersebut tidak inginkan bantuan dari sesiapa tidak mengapa, tetapi janganlah sampai menyusahkan orang lain pula.

"Engkau kalau hidup tak nak bantuan orang tak apa, ni ko menyusahkan orang pula, perangai manusia apa macam ini", luahnya lagi.

Mungkin disebabkan perkara sebegini, membuatkan OKU di luar sana, tidak mahu untuk keluar, kerana adanya segelintir masyarakat yang berperangai seperti ini.

"Dah la main selit kat tepi tu, benda macam ini la yang buat aku malas keluar, jumpa orang yang pentingkan diri", tegas Hafiz.

Berikutan itu, ramai netizen di luar sana yang marah akan tindakan pemandu berkenaan, dan meminta pihak berwajib kenankan tindakan buat mereka.

Ramai yang bersimpati dengan saudara Hafiz, dan mendoakan yang terbaik buatnya, dan berharap dia sabar dengan dugaan ini, serta dipermudahkan segala urusannya. Juga agar pemandu tersebut, diberikan hidayah.

Walau di mana jua anda berada, perlu diingat, kita hidup secara bermasyarakat, seeloknya budaya bertolak ansur, dan prihatin terhadap insan lain perlu ada dalam diri kita. Moga tiada lagi insan di luar sana menerima nasib yang sama seperti saudara Hafiz, biar ia menjadi pembuka mata buat kita semua. – Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 29, 2016 6:47 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bercakap 'Kotor' Di Twitter, Inikah Akhlak Ahli Parlimen BN?

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net
Posted by Ameno World

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin dah selamat mengkuburkan aku dari penglihatannya.

Aku tak ingat apa benda yang aku buat sampai dia block aku. Seriyus. Aku baru tahu dia block aku hari neh itupun sebab aku nak pastikan betul ke MP GILA SEWEL MEROYAN tu bertweet kotor-kotor, tak sesuai dengan statusnya sebagai wakil rakyat.

Nampaknya memang betul pun otaknya sewel.

Kawan aku berkata dedua malaon di atas neh bodoh dan keji dan aku bersetuju dengannya.

Seharusnya sebagai wakil rakyat, bila dah diprovok kau kalau pun tak boleh sabar tak perlu la berbalas mesej-mesej yang tak senonoh. Apa pun kena fikir juga reputasi kau sebagai wakil rakyat.

Seriyus la aku tak rasa kita neh terlalu bengap sangat sampai perlu kepada wakil rakyat yang adabnya sangat sampah sarap dan haprak.

Semasa memastikan tweet di atas datangnya dari jari kotor seorang ahli parlimen BN, aku dapati MP tersebut juga bangga tak tentu pasal bila dipuji.

Korang nak tahu apa dia?

Nah, tengok sat.

Bung bodoh neh pergi retweet pujian yang dilemparkan padanya, konon dia bukan jenis kaki block. Padiayapa betul. Dia block orang dia tak sedar diri pula. Jenis tak cermin muka. Macam ni la perangai.

Bila aku selusuri komen-komen yang dia reply terhadap para pengkritik dia, walaupun mereka reply cara baik, dia akan balas kasar-kasar, ganas-ganas macam mentaliti orang duduk dalam mulut buaya. Orang duduk dalam hutan pun sopan santun lagi dari perangai malaon tu.

Aku bukannya cakap kosong.

Ajak debat dikatanya muka orang tu macam setan. Ada satu tu lagi pelik. Bung kritik pemerintahan Selangor. Kemudian ada la yang reply tweet dia mempersoalkan keadaan Sabah yang juga daif. Tahu dia reply apa?

Ikut mentaliti dia, kawasan luar bandar = daif = tak apa.

Kawasan bandar = daif = tak boleh?

Sedangkan samada luar bandar ataupun bandar, kerajaan wajar sediakan pembangunan yang seimbang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Orang persoalkan isu air bersih dan bekalan asas boleh pula dia jawab macam lahanat.

Seriyus la, sape undi dia neh? Bangang sangat eh pengundi-pengundi dia? Selain dari bercakap kasar, dia juga jenis berlagak. Tengok aje ayat-ayat dia. Perangai macam samseng!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 29, 2016 6:47 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Coklat Daim Dan Toblerone Selamat Dimakan Orang Islam - Pengeluar
siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Pengeluar coklat berjenama Daim dan Toblerone, Mondelez International, menegaskan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kedua-dua coklat itu adalah sesuai dan selamat untuk dimakan oleh orang Islam.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat itu berkata biarpun produk itu dihasilkan di negara-negara yang tidak memerlukan pensijilan Halal, namun ia tetap memenuhi piawaian pemakanan pengguna di seluruh dunia.

"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga mengeluarkan penjelasan bahawa produk makanan yang bukan pemegang sijil Halal tidak boleh dianggap tidak halal atau haram," kata syarikat itu.

Menurut syarikat itu juga, semua maklumat mengenai bahan-bahan untuk menghasilkan kedua-dua coklat terbabit tertera pada pek bungkusan dan pengguna dinasihatkan merujuk kepada pek itu.

Syarikat itu menyatakan bahawa syarikatnya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di seluruh pasaran tempatan termasuk Jakim bagi produknya memenuhi keperluan pengguna di Malaysia.

Sumber: Mstar Online.

Penjelasan : Coklat Daim & Toblerone Tidak Memiliki Pensijilan Halal JAKIM Namun Bukan Bermaksud Ianya HARAM - Netizens Persoalkan Kenyataan JAKIM.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot
jakim

Coklat jenama Daim dan Toblerone disahkan bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau mana-mana badan pensijilan luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM menerusi kenyataannya yang dimuat naik pada Facebook (FB) hari ini.

Dalam kenyataan itu, Bahagian Hab Halal, JAKIM turut menasihati pengguna terutama supaya bijak dalam membeli dan memilih produk.

"Jadilah pengguna yang bijak dengan membeli produk mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara diiktiraf JAKIM.

"Untuk mengetahui produk mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan dan logo halal luar negara diiktiraf JAKIM boleh melayari www.halal.gov.my," katanya.

Sumber.

Dalam pada itu, pihak kami melihat netizens memberikan pelbagai respon berikutan pengumuman terbaru dari pihak Jakim itu.

Menurut mereka, Jakim sepatutnya bertindak melakukan ujian makmal sebelum mengeluarkan kenyataan media kerana membayangkan coklat tersebut haram dimakan. Hujah mereka, sekalipun jenama-jenama coklat berkenaan tidak memiliki pensijilan halal dari JAKIM bukan bermaksud ia mengandungi bahan yang haram dan terlarang bagi penganut muslim.

Berikut antara respon-respon yang terpapar di fb JAKIM.

Malahan ada yang beranggapan ini sebagai satu bentuk strategi bagi pihak JAKIM untuk menyerang kedua-dua jenama coklat terkenal tersebut agar memohon pensijilan halal dari JAKIM.

Berikutan setiap syarikat yang memohon sijil halal perlu membayar kepada jumlah tertentu, netizens turut mempersoalkan jika ia ada kaitan dengan taktik menambah pendapatan oleh agensi berkenaan. - Sozcyili.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 29, 2016 6:47 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Apa yang boleh ditunggang...tunggang! Kali ini FELDA pula!
bloglist-malaysia.blogspot
garamlada.blogspot
Dihantar oleh accudo

Wajar atau tidak bukan menjadi persoalan kerana kuasa di tangan mereka! Apa sahaja yang boleh ditunggang akan terus ditunggang demi kepentingan persahabatan insan tersayang dan kroni. Para peneroka yang masih lena teruskan kelenaan anda dalam PRU 14 ini sebelum menang sorak kampung tergadai! Buat para penasihat teruskan sengih anda!

Laporan Malaysiakini:

Wajarkah pembelian Eagle High, soal Nazir kepada Felda

Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak berkata, Felda yang ditubuhkan oleh bapanya, arwah Tun Abdul Razak Hussein semasa menjadi perdana menteri perlu mewajarkan rancangan pembelian 37 peratus pegangan dalam PT Eagle High Plantations Tbk.

Felda mengumumkan pembelian terancang dalam unit perladangan konglomerat Indonesia Rajawali Group selepas kegagalan Felda Global Ventures (FGV) untuk membeli pegangan saham yang sama.

FGV, syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dikritik oleh para pemegang sahamnya apabila bercadang untuk membeli 37 peratus kepentingan dalam PT Eagle High Plantations Tbk pada harga AS$680 juta.

Antara pengkritik tersebut adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah melupuskan semua sahamnya dalam FGV.

Felda, tidak seperti FGV, bukan syarikat tersenarai awam dan dimiliki oleh kerajaan. Felda memiliki pegangan sebanyak 21 peratus dalam FGV.

Nazir dalam satu catatan di Instagram berkata, Felda masih membayar premium walaupun tawaran AS$505 juta untuk mendapatkan pegangan 37 peratus (580 rupiah sesaham) AS$175 juta kurang daripada tawaran FGV.

"Harga purata Eagle High pada bulan November adalah 212 rupiah sesaham, maka ia adalah premium 173 peratus bagi kepentingan bukan kawalan.

"Saya berharap lembaga pengarah akan mewajarkan sepenuhnya pengambil alihan dan penilaian walaupun perjanjian itu bukan lagi dibuat oleh FGV," katanya.

Nazir turut berkongsi gambar arwah bapanya ketika menyampaikan ucapan kepada peneroka Felda di Kuala Terengganu pada 28 Mac 1966.

http://www.malaysiakini.com/news/367165

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 29, 2016 6:48 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



ARIFBILLAH TUAN GURU SYEIKH TOYYIB AL-MAKKI RAHIMAHULLAH
bloglist-malaysia.blogspot.
kerabubersuara.blogspot

ARIFBILLAH TUAN GURU SYEIKH TOYYIB AL-MAKKI RAHIMAHULLAH

Kenali Ulama Rabbani :

Tuan Guru Sheikh Toyyib al-Makki merupakan salah seorang daripada ulama' yang sempat bertalaqi dengan al-alamah Sheikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir al-Fathoni ( Pak Da'eil ) yang merupakan seorang ulama' Makkah yang alim dan faqih tauhid yang mana mempunyai ribuan anak murid di seluruh dunia.

Tuan Guru juga sempat bertalaqi dengan beberapa ulama' muktabar Makkah pada ketika itu seperti al-Musnid Dunya Sheikh Yassin Isa al-Fadani, al-alamah Sheikh Abdul Qadir al-Mandiling, al-alamah Sheikh Hassan Masyath dan banyak lagi.

Tuan Guru lahir pada tahun 1912M dan mula menuntut ilmu di pondok di sekitar Kedah dan Fathoni sebelum berangkat ke Makkah. Beliau menetap disana menuntut ilmu dari Masyaikh di sana sehingga kesemua 10 orang gurunya kembali kerahmatullah barulah beliau pulang ke tanah air tetapi kembali ke sana setiap 6 bulan sekali setiap tahun hinggalah kini.

Beliau hanya makan roti dan bihun dan digelar Haji Tayyib Roti di Makkah. Beliau merupakan seorang yang lantang menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran sehinggalah tidak disukai masyarakat setempat namun beliau tetapkan tegakkan kebenaran.

Beliau sangat mudah didekati oleh segenap lapisan masyarakat kerana akhlaknya sangat indah. Nasihat dan ilmu yang disampaikan pasti bersesuaian dengan diri orang yang dinasihatinya itu.

Diantara Ulama Hebat yang pernah ditemu dan ketemu dengan beliau ialah Habib Umar Bin Hafiz dan Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki.

Bahasa-bahasa yang beliau gunakan adakala terlampau sukar difahami disebabkan kiasannya yang tak dapat difahami oleh orang jahil seperti aku. Doa-doanya mustajab dan beliau seringkali menekankan supaya sentiasalah BERSEDEKAH dan BERSELAWAT kepada junjungan besar nabi S.A.W.

Syeikh Meninggal dunia kira kira jam 10.15 malam waktu Malaysia. 28.12.16. di rumahnya di bukit Azyad Makkah.

Sama sama kita sedekah Al Fatihah buat roh Syeikh Toyib. Moga ALLAH ampunkan dosa beliau dan tempatkan roh beliau bersama orang beriman.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ،

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 29, 2016 7:34 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ringgit Jatuh Lagi..
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Ringgit Jatuh Lagi. Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), hari ini, berikutan harga minyak mentah yang lebih lemah pada awal dagangan, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan susut kepada 4.4780/4820 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin 4.4760/4810.

Seorang peniaga berkata, penanda aras harga minyak mentah Brent mempunyai trajektori menurun sedikit pada AS$55.93 setong, manakala West Texas Intermediate (WTI) AS lebih rendah pada AS$53.76 setong.

Ringgit Jatuh Lagi. Dalam keadaan semasa harga minyak mentah, RHB Research dalam nota penyelidikan menggesa peniaga untuk mengekalkan kedudukan untuk jangka agak panjang berikutan kekuatan pasaran kekal menggalakkan.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit Jatuh Lagi

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0904/0949 daripada 3.0895/0946 pada penutupan Isnin, mengukuh berbanding yen kepada 3.8062/8112 daripada 3.8168/8214 dan menurun berbanding pound British kepada 5.5017/5079 daripada 5.4921/4995.

Ringgit Jatuh Lagi. Bagaimanapun, unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.6853/6900 daripada 4.6770/6831. - mk

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 29, 2016 7:36 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Menyamun di Lampu Isyarat, 2 Penyamun Parah Dipercayai Selepas Dikejar & Dilanggar Mangsa
siakapkeli.my

PETALING JAYA, 28 Dis: Seorang wanita dipercayai bertindak nekad melanggar motosikal yang dinaik oleh dua penyamun dengan kereta yang dipandunya sejurus dia disamun ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat berhampiran Evolve Mall di Ara Damansara awal pagi tadi.

Kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 3.30 pagi.

Mangsa, yang memandu kereta jenis Volkswagen Bettle secara bersendirian dikatakan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu sebelum datang sebuah Kawasaki Ninja berhenti di sebelah kiri keretanya.

Sebelum lampu isyarat bertukar hijau, tiba-tiba salah seorang dari dua suspek memecahkan cermin tingkap di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan mengambil beg komputer riba mangsa sebelum melarikan diri.

BH Online melaporkan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mangsa yang berang kemudian mengejar motosikal suspek.

"Mangsa dipercayai berjaya mengejar motosikal suspek dan seorang saksi yang juga pengawal keselamatan yang sedang bertugas di premis berhampiran terdengar dentuman kuat.

"Pengawal terbabit kemudian dengar suara wanita menjerit 'perompak' sebanyak tiga kali sebelum bergegas ke tempat kejadian dan nampak dua lelaki jatuh daripada motosikal. Seorang daripada mereka cuba melarikan diri ke arah sebuah kantin di tapak pembinaan berhampiran," katanya.

Namun, pengawal keselamatan itu berjaya menangkap kedua-dua suspek sebelum menghubungi pihak polis.

"Kedua-dua suspek yang cedera parah dalam kejadian itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan, manakala mangsa tidak cedera.

"Suspek adalah lelaki tempatan dan masing-masing berusia 26 tahun. Semakan mendapati mereka berdua mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Sumber: BH Online

Perut Polis Terburai Ditikam Selepas Salah Faham Ketika Pesan Roti Canai
siakapkeli.my

GOMBAK: Seorang polis berpangkat Konstabel nyaris maut apabila ditikam oleh seorang lelaki disebabkan salah faham ketika memesan roti canai di sebuah restoran di Menara A, Kondominium Selayang Point, Batu Caves dekat sini kira-kira jam 5.40 pagi tadi.

BH Online melaporkan, mangsa, yang juga seorang anggota Unit Tindakan Khas Bukit Aman yang berusia 26 tahun pergi ke restoran terbabit bersama tiga rakannya dan memesan roti canai dari seorang lelaki yang disangkakan pekerja restoran terbabit.

Namun, lelaki itu dikatakan tidak mengendahkan mangsa dan beredar dari premis tersebut.

Seorang lagi lelaki, yang dipercayai rakan kepada lelaki terbabit kemudian dikatakan menunjuk isyarat lucah kepada mangsa. Mangsa yang dikatakan tidak berpuas hati kemudian mengejar individu itu hingga ke lobi tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, satu pergaduhan antara mangsa dan lelaki berkenaan tercetus sebelum mangsa ditikam di perut menggunakan senjata tajam. Lelaki terbabit pula dikatakan cuma cedera ringan.

"Mangsa adalah bekas anggota Balai Polis Selayang dan kini bertugas di UTK Bukit Aman tetapi, tinggal di Kuaters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

"Susulan kejadian, kita menahan dua lelaki berusia 24 tahun dipercayai terbabit dalam kes itu dan mereka direman selama empat hari hingga Khamis ini bagi membantu siasatan," katanya.

Tambah beliau, mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang oleh rakannya dan dia kini dilaporkan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Sumber: BH Online

Pilu, Mayat Bayi Perempuan Dijumpai Oleh Jemaah Di Atas Tangga Surau
siakapkeli.my

Jemaah Surau al-Raudhah Bandar Tun Razak pagi tadi dikejutkan dengan penemuan mayat bayi perempuan kira-kira jam 6 pagi tadi yang diisi dalam beg di hadapan tangga surau itu, lapor Sinar Harian.

Menurut Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Surau Al-Raudhah, Mahmud Yusof, 60, berkata, kejadian disedari jemaah selepas mereka selesai menunaikan solat Subuh berjemaah sekitar jam 6 terdengar jemaah kanak-kanak bising di belakang mengatakan ada beg berbau busuk.

"Saya terus bangun dan pergi melihat beg yang terletak di hadapan tangga surau itu dan cuba memastikan kandungan dalam beg dengan memegang serta mengangkatnya."

"Apabila pegang dan angkat beg tu, rasa berat berat serta benda dalamnya lembik selain ada bau darah. Kemudian saya lihat berhampiran dengan beg itu memang ada kesan darah kat atas lantai.

"Saya rasa tak sedap hati, letak semula dan terus pergi ke Balai Polis Bandar Tun Razak untuk buat laporan berkaitan penemuan beg yang disyaki ada bayi itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah yang dihubungi mengesahkan kejadian dan kes berkenaan sedang dalam proses siasatan. - Siakapkeli.my

Minta Pengadu Tampil Buat Laporan
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 27 Dis - Susulan viral gambar seorang pemandu lelaki yang dikatakan memotong barisan di sebuah hentian tol, PDRM meminta agar pengadu yang terlibat tampil untuk membuat laporan agar tindakan lanjut dapat diambil.

Sebelum ini, foto seorang lelaki menjadi viral di laman Facebook apabila seorang wanita, yang memuat naik foto terbabit, mendakwa lelaki tersebut menunjukkan isyarat lucah terhadapnya.

"Lelaki ini sangat pentingkan diri dan tiada adab. Orang lain dah beratur panjang hanpir setengah jam sampai jam belakang dia boleh terus masuk dan bila orang hon dan minta dia beratur, dia tidak puas hati dan keluar ketuk cermin sebelum tunjuk isyarat lucah," tulis wanita tersebut.

Posting oleh wanita tersebut kemudian menjadi viral sehinggakan mendapat berbelas-belas ribu perkongsian dalam masa beberapa jam ia dimuat naik sehingga juga menjadi perhatian di laman Twitter.

Susulan itu, akaun Twitter Polis Diraja Malaysia, @PDRMsia meminta agar pelayar terbabit supaya membuat laporan polis.

"Salam hormat, anda diminta tampil di mana2 balai berhampiran utk membuat laporan agar tindakan lanjut dapat diambil. Terima kasih," kata @PDRMsia.

Sumber: Sinar Online

Dua Wanita Ini Ditahan Polis Kerana Kritik Sultan Johor, Kenapa? - Ini Apa Yang Anda Patut Tahu #PEKA
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net
Posted by Ameno World

Puan Sri Sabrina, Presiden NGO PEKA telah ditahan pada petang semalam atas beberapa kenyataan yang dikeluarkan menerusi media sosialnya sebelum ini.

Sabrina dibawa oleh polis ke Johor dan kami dimaklumkan Puan Sri Sabrina akan disiasat dibawah akta Komunikasi & Multimedia.

Selain dari Puan Sri Sabrina, Puan Norhayati turut ditahan oleh pihak polis atas pertuduhan yang sama. Puan Norhayati ialah kakitangan PEKA Malaysia.

Apa yang menyebabkan mereka berdua ditahan?

Ini adalah punca-punca kepada penahanan tersebut.

Ya, beberapa kenyataan yang dikeluarkan di facebook. Ia adalah berkenaan tentang alam sekitar dan bagaimana hutan yang diwartakan sebagai hutan simpan ditukar status dan akhirnya tanah tersebut menjadi hak milik Sultan Johor, bukan lagi dibawah agensi perhutanan negeri.

Menurut PEKA Malaysia, tanah yang dinyahwartakan itu akan ditanam dengan projek KELAPA SAWIT dibawah syarikat AA Sawit Sdn Bhd.

Kenyataan tersebut diterbitkan di antara 17 dan 18 Dec yang lepas.

Kronologi penahanan.

Pada awalnya Puan Sri Sabrina dan Norhayati dipanggil oleh polis ke balai untuk diambil keterangan. Ketika pertemuan tersebut berlangsung, mereka berdua dimaklumkan akan dibawa ke Johor bagi menjalani siasatan dan akan didakwa dibawah akta Komunikasi & Multimedia.

Pihak polis juga menyatakan sepanjang proses siasatan berlangsung beberapa barangan milik mereka (yang berkaitan kes) akan disita bagi melengkapkan siasatan.

Waran tangkap ke atas kedua-dua wanita itu telah dimohon oleh Polis Johor.

Respon polis.

Polis dalam pada itu turut mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung dengan penahanan kedua-dua aktivis alam sekitar itu.

Polis memaklumkan kedua-dua individu tersebut ditahan kerana membuat komen jelik terhadap kesultanan Johor dan menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyakiti ahti, menganiaya, mengugut mahupun menggangu orang lain kerana kegagalan mematuhi arahan tersebut akan membolehkan individu tersebut disiasat polis dan polis sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak tersebut.

Sebenarnya betul ke kedua-duanya telah menghina, menganiaya, mengugut dan menggangu kesultanan Johor dalam status facebook milik mereka berdua?

Imbas kembali.

1. Mempertikaikan status penwartaan tanah yang telah bertukar.

2. Mempersoalkan pihak-pihak yang rakus merosakkan alam sekitar dan bagaimana perkara tersebut akan berbalik semula kepada manusia dalam bentuk KESAN dan IMPAK NEGATIF jangka masa PANJANG.

3. Meluahkan perasaan tiada sesiapa pun berani melawan Sultan Johor. Dan juga sedang merancang mahu mendapatkan beberapa dokumen (mengumpul bukti).

Di mana, dalam ayat di atas sedang MENGANIAYA, MENGUGUT mahupun MENGHINA seseorang?

Jika disebut sedang MENYAKITI AHTI seseorang, maka apakah sebabnya untuk individu berkenaan merasa SAKIT AHTI di atas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan di atas?

Sakitkah ahti jika mereka sedang mempertahankan hutan dan alam sekitar?

Sakitkah ahti jika mereka mempersoalkan penukaran status penwartaan tanah?

Sakitkah ahti jika mereka mahu mengumpul bukti dan menyatakan bantahan?

Bagaimana ini boleh mendorong kepada satu penahanan dan direman 3 hari semata-mata mereka berdua sedang mempertahankan alam sekitar demi kebaikan bersama?

Tidak faham kenapa, ya saya tidak faham kenapa.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 29, 2016 7:36 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hukum Guna Mesin Basuh Yang Bercampur Dengan Pakaian Muslim.
bloglist-malaysia.blogspot.
sozcyili.blogspot

HUKUM MENGGUNAKAN MESIN BASUH YANG SAMA DENGAN NON-MUSLIM?

Assalamualaikum Dr. Ustaz Rozaimi. Kalau tidak keberatan, saya ingin bertanyakan soalan yg bukan berkaitan hadis. Tapi ingin dapatkan kepastian, apakah hukum berkongsi menggunakan mesin basuh pakaian bersama dengan non muslim...bukan berkongsi basuh pakaian bersama, tapi hanya mesin basuh yg sama sahaja. Baru baru ni ada kenalan saya mengatakan ianya tidak boleh digunakan. Memandangkan saya di luar negara, sy sentiasa menggunakan mesin basuh tersebut..timbul rasa was2 dalam hati...adakah pakaian2 tersebut boleh dibawa solat?

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

1- Kami telah membaca mesej panjang yang tersebar itu. Ia satu mesej yang tidak patut disebarkan dan sesungguhnya ia menimbulkan kegelisahan dan was-was yang banyak kepada umat Islam.

2- Hukum asal sesuatu adalah suci. Ia kekal suci selagi mana tiada bukti menunjukkan ia bernajis. Maka begitu jugalah mesin basuh ini, ia kekal suci kecuali terdapat bukti jelas menunjukkan ia tidak suci.

3- Andaian-andaian non-Muslim sentuh anjing, babi, berak tak basuh, kesan darah haidh etc etc adalah andaian-andaian semata-mata. Ia tidak mengubah status quo sesuatu iaitu ia suci. Andaian dan syak wasangka tidak boleh mengubah status asal sesuatu benda iaitu suci.

Kaedah feqh menyatakan: Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak.

Disebabkan sikap suka berlebih-lebihan beginilah nanti timbul isu: Boleh ke salam dengan non-Muslim sebab boleh jadi mereka pegang anjing, babi. Nanti jangan sampai ada mualaf tidak benarkan ibu bapa yang bukan Muslim cium pipi mereka atas alasan sebab mak ayah makan khinzir, minum arak etc. Adakah ini Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

4- Sikap memberat-beratkan sehingga begini adalah sikap melampaui batas yang bercanggah dengan ajaran Islam.

فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ ‏"‏‏.‏
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, daripada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, baginda bersabda: Sesungguhnya agama ini mudah. Tidaklah sama sekali seseorang memberat-beratkan urusan agama melainkan ia akan menewaskannya. Lakukan dengan cara yang betul, lakukan semampu mungkin, dan bergembiralah. Mohonlah pertolongan pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, no: 39].

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَهَا ثَلاَثًا ‏.‏
Daripada Abdullah bin Mas'ud radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Binasalah orang yang melampau. Baginda menyebutnya 3 kali. [Sahih Muslim, Kitab al-Ilm, no: 2670].

5- Penulis mesej itu jelas bukanlah orang yang faham tentang hukum-hakam feqh. Jauhilah daripada menyebarkan mesej-mesej tanpa asas sebegitu. Bertaubatlah daripada mengeluarkan fatwa hukum-hakam tanpa ilmu kerana ia bukan sahaja menyesatkan diri sendiri, bahkan menyesatkan dan menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai.

Wallahua'lam.

Sumber : Dr. Ustaz Rozaimi Ramle

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 29, 2016 7:37 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dakwaan Seorang Ibu Hampir Kehilangan Anak Gara-Gara Beri Makanan(Cereal) Kepada Bayinya Baru Berumur 3 Bulan Jadi Viral
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu berlegar di laman sosial beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh seorang wanita bernama Shahrinie Othman di mana beliau memberi amaran kepada ibu bapa diluar sana jangan memberi anak bawah umur enam bulan makan makanan lain selain susu.

Beliau memuatnaik beberapa keping gambar yang di ambil daripada sebuah group penjagaan bayi di mana di dalam gambar berkenaan tertulis satu pesanan daripada seorang ibu yang mendakwa hampir kehilangan anaknya kerana diberi sejenis makanan bijirin kepada anaknya yang baru berumur 3 bulan.

Ini adalah tulisan beliau

Dalam buku anak dah TERTERA 6bulan ke bwh susu shj. semoga kisah adik ni jadi pengajaran buat kita semua ibubapa. jangan bagi sebarang makanan/minuman lain selain susu pd bayi bwh 6bln. kes ni start bg mkn mse 3bln , sakit time 6bln. effect die jangka masa panjang ye bukan on the spot. tlg beringat!

"saya bagi cereal(nestum beras) ... bby umur 3 bulan ... campo sikit susu dgn nestum bg ank knyg dan lama tdo .. kakak n abg dia ok je .. sbb tu sye bg dia mkn juga .. usus dia xdpt terima ... sbb tu jd cm ni" - ibu

Anak tido bukan sbb kenyang ye, sebab usus dan buahpinggang die bkerja keras utk proses hadam makanan tu. sedangkan susu tepung pn ade yg xsesuai apetah lagi makanan.

Sharing is caring. sy dah mntk kebenaran mak adik ni untuk share to public dan TOLONG JANGAN KOMEN ANDA BUAT KAT ANAK ANDA SIHAT SAMPAI SKRG ye. spread awareness.
BETTER BE SAFE THAN SORRY. ANAK BUKAN BAHAN UJIKAJI.

Ini adalah apa yang tertulis dalam gambar berkenaan bersama beberapa keping gambar

Nur fathia maisarah ...
mummy semua klo sayang anak jangan sesekali bagi anak mkn bwh 6 bulan ... klo xnk perut bby mcm bby sye ... xsedih ke tengk bby normal lahir ...tiba2 .. mcm xnormal luka sana sini ...sye nyesal dh ... tp nyesal kemudian xde guna dh ..bnda dh jadi ...nasib Allah msih pnjangkn umur bb ly sye n bg peluang sy jge dia ... sbb bg mkn bwh 6 bulan ... sy hmpir khilangan bby sye ... sy menyebabkn dia menderita ... ingt mummy2 ... kita xtau bila n dgn sape Allah turun kn ujian ...
moga dpt jdi pengajaran utk mummy2 semua ...
moga dpt jd ibu yg baik utk ank2 ...

Bagaimanapun kami tidak dapat mengesahkan tentang perkara ini, mungkin ada faktor atau penyebab lain terjadinya perkara ini, apapun ibu bapa diluar sana boleh mendapatkan dahulu nasihat atau pandangan daripada pakar permakanan atau doktor. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 29, 2016 7:37 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



ORANG - ORANG MUNAFIQ : MUSUH TERBESAR ISLAM, PEMECAH BELAH UMMAT
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

Bahaya Kemunafikan

Dalam surat al-Baqarah dikisahkan tentang tiga golongan manusia. Pertama, suatu golongan yang menerima ajaran Allah secara kaffah yang disebut sebagai orang-orang yang bertakwa.

Kedua, golongan yang menolak ajaran Allah secara mutlak yang dikenal sebagai orang-orang kafir. Golongan ini tidak saja menolak tapi juga memusuhi Islam, baik dengan perkataan maupun perbuatan.

Ketiga ialah golongan yang memiliki dua kepribadian, yakni berkepribadian Islam jika berada di tengah-tengah kaum muslimin, dan berkepribadian ingkar ketika sedang di antara orang-orang yang memusuhi Islam. Kelompok ini dinyatakan sebagai golongan orang-orang munafik.

Meskipun ketiga jenis golongan tersebut selalu ada dalam setiap perkembangan sejarah kehidupan manusia, namun Al-Qur'an lebih banyak menceritakan golongan orang-orang munafik karena keberadaan mereka di dunia dianggap sangat berbahaya.

Ciri-ciri orang munafik tentu sangat bertentangan dengan sifat-sifat orang yang bertakwa. Fudhail bin 'Iyadh mengumpamakan orang yang bertakwa seperti orang yang menanam pohon kurma dan merasa takut akan tumbuh duri. Namun sebaliknya, orang munafik bagaikan orang yang menanam duri tapi mengharapkan tumbuh kurma. Orang yang bertakwa selalu beramal sembari merenungi dirinya dan merasa cemas jika amal ibadahnya tidak diterima oleh Allah. Sedangkan orang munafik, sedikit beramal tetapi membanggakan amalnya yang sedikit itu.

Sebagaimana dituturkan oleh Rasulullah SAW, bahwa orang munafik mempunyai tiga ciri-ciri, yakni kalau berbicara berbohong, bila berjanji mengingkari dan jika dipercaya berkhianat. Apabila tiga ciri-ciri ini terdapat pada diri seseorang, maka dia itulah orang munafik. Sesungguhnya, tidak ada penyakit yang lebih berbahaya dari pada kemunafikan. Sebab kemunafikan adalah ibarat debu yang sangat lembut. Terbangnya tidak terlihat, namun tiba-tiba tampak menebal di atas benda yang ia hinggapi. Kemunafikan akan menutupi hati manusia, membuat titik-titik noda di dalamnya, sehingga ruang hati menjadi gelap. Pada gilirannya, hati menjadi sarang berbagai penyakit seperti sikap sombing, riya', ujub, dengki yang menyebabkan anugerah Allah menjadi sulit untuk diraih.

Kemunafikan merupakan puncak perbuatan dosa. Karenanya, membersihkan diri dari sifat kemunafikan menjadi suatu keniscayaan. Sebab ia dapat merusak, menjatuhkan dan menghancurkan agama. Seorang sufi mengatakan: seandainya dosa orang-orang munafik bisa tumbuh seperti tanaman di muka bumi, maka tidak ada tempat bagi seorang mukmin untuk berjalan oleh karena banyaknya dosa mereka. Maka itu, tidak ada tempat yang layak bagi orang-orang munafik kecuali neraka yang paling dasar. Na'udzubillah min dzalik!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com