Sunday, June 30, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3634

6 New Messages

Digest #3634
1
2
Fw: Rakyat Tiada Rumah - Baru Nak sedar ? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Pesta Raja Buah di PP by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: Antara Anak Gadis, Ibu & Majikan..!!! by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6

Messages

Sat Jun 29, 2013 9:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dua kanak-kanak berusia 10 dan lapan tahun dilaporkan hilang
telokbakong.blogspot
idhamlim.com
Posted by Idham Lim

Dua kanak-kanak berusia 10 dan lapan tahun dilaporkan hilang selepas keluar membeli lampin adik bongsunya di sebuah kedai serbaneka di Jalan Ipoh, 13 Jun lalu.
Kehilangan Nordiana Shafiza Abdullah, 10 dan Muhammad Shafiz Denial Abdullah, 8, dikesan pada jam 2 petang selepas diminta bapanya untuk membeli lampin. Normaliza Mustafa, 33, ketika hadir ke Balai Berita Harian Metro, di sini, semalam, berkata, dia datang ke Kuala Lumpur untuk beberapa hari bersama suami dan lima anaknya atas urusan kerja suami. "Pada hari kejadian, saya berada di kawasan bandar dan meninggalkan anak-anak bersama suami di hotel. "Suami hanya dapat memberitahu saya mengenai kehilangan anak sembilan jam kemudian kerana saya tidak mempunyai telefon bimbit," katanya. Menurutnya, suami merancang untuk pulang ke Johor keesokan harinya sebelum kedua-dua anak mereka hilang.

"Saya tak (tidak) sangka Diana dan Shafiz menghilangkan diri kerana mereka (anak) diajar untuk tidak mempercayai orang asing dan terus pulang ke rumah selepas membeli barang di kedai," katanya yang sudah melaporkan kehilangan kedua-dua anaknya di Balai Polis Jalan Ipoh. Sehubungan itu, Normaliza merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Diana dan Shafiz menghubungi polis atau pegawai penyiasat Inspektor Shahrul Nizam di talian 012-3002795 .

metro/-

Sat Jun 29, 2013 9:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Rakyat Di dahulukan apabila 45% penjawat awam hanya mampu sewa rumah sebab nak beli tak mampu..!!
Posted by Kedah Lanie

Cuepacs: 45 peratus tak mampu beli rumah

KUALA LUMPUR - Kira-kira 45 peratus atau 650,000 daripada 1.5 juta penjawat awam masih tidak mampu memiliki rumah kerana faktor harga, kata Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman hari ini.

Katanya kajian yang dijalankan kesatuan itu baru-baru ini menunjukkan harga rumah yang semakin meningkat menjadi kekangan utama kepada impian tersebut.

Menurutnya rata-rata penjawat awam terbabit adalah daripada kumpulan sokongan dan bergaji rendah, manakala bagi golongan berusia 40 tahun ke atas, bergred tinggi selain telah berkhidmat lebih 20 tahun telah memiliki rumah.

"Golongan 45 peratus ini terpaksa terus menyewa atau tinggal di kuarters dan terpaksa mengutamakan kos sara hidup," katanya kepada Bernama.

Beliau turut meluahkan kebimbangan akan implikasi masalah itu jika ditangani segera.

"Antaranya ialah jika mereka membeli rumah pada usia lanjut, ini bermakna mereka akan mengambil masa lebih panjang untuk membayar balik pinjaman.

"Kesannya mereka akan menggunakan semua simpanan dan duit pencen yang sepatutnya digunakan untuk hari tua untuk membayar balik pinjaman itu. Kehidupan mereka selepas bersara akan terus dibelenggu hutang," katanya.

Malah katanya, mereka juga tidak mampu memohon skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kerana harga rumah PR1MA yang mencecah RM250,000 adalah di luar kemampuan penjawat awam.

Justeru katanya, Cuepacs menggesa kerajaan mengkaji isu itu dan mencadangkan supaya Jabatan Perumahan Negara menyediakan rumah kos sederhana untuk penjawat awam.

"Seboleh-bolehnya biarlah ia berharga RM250,000 ke bawah. Saya harap kerajaan dapat kaji isu ini secara serius," katanya. - Bernama

Rakyat Tiada Rumah: Baru Nak sedar ?
telokbakong.blogspot.
perantaukite.blogspot

Hampir separuh tiada rumah

HARGA rumah yang semakin meningkat menjadi halangan utama kepada penjawat awam untuk memiliki rumah sendiri. - Gambar hiasan
----------------------------------------------------------

Sat Jun 29, 2013 9:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Universiti Malaysia tiada dalam senarai 400 terbaik dunia
anakmuaallaf.blogspot
dmptambun.blogspot.
Posted by DMP Tambun

Tidak ada universiti dari Malaysia disenarai dalam 400 universiti terbaik dunia seperti yang dikeluarkan Times Higher Education World University Rankings 2012/2013. Ini merupakan tamparan hebat buat kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib !

Editor THE World University Ranking, Phil Baty, dalam ulasannya berkata keseimbangan kuasa sedang berganjak. Universiti terkemuka dari rantau Asia-Pasifik menunjukkan peningkatan ketara kedudukan mereka untuk sebelum ini tradisinya dikuasai Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). Malang bagi Malaysia ! 56 tahun memerintah, institusi pendidikan negara makin tercorot di peringkat dunia.
NEGARA UNIVERSITI RANKING 2012/2013
Australia University of Melbourne 28
University of Adelaide 176
China Universiti Peking 46
Universiti Tsinghua 52
Universiti Fudan 250
Universiti Shanghai Jiao Tong 257
Singapura Universiti National Singapura 29
Universiti Teknologi Nanyang 86
Korea Selatan Universiti National Seoul 59
Universiti Yonsei 183
Taiwan Universiti National Taiwan 134
Thailand Universiti King Monghut Lingkungan 351-400

Sat Jun 29, 2013 9:55 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pesta Raja Buah
telokbakong.blogspot.
dollahyankee.blogspot.
Posted by dollah yankee

Festival durian Pulau Pinang kini kembali lagi, dan akan berakhir pada 31 Julai 2013. Bagi penggemar 'Raja Buah' ini pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati keenakannya di dua buah lokasi festival itu iaitu di Anjung Indah (R&R jalan ke Balik Pulau) dan di Pasar Baru pekan Balik Pulau. Pengunjung dan penggemar-penggemar durian boleh datang seawal jam 11 pagi hingga jam 7 malam untuk menikmati pelbagai jenis durian yang terbaik di pasaran.

Festival Durian Pulau Pinang ini adalah hasil inisiatif Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membangunkan durian Balik Pulau sebagai salah satu produk pelancongan disamping mahu mempromosikan pekan Balik Pulau sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Festival kali ini juga akan diselitkan dengan makanan-makanan yang berasaskan durian yang merupakan sejenis buah yang unik dan eksotik.

dollah yankee -
Now everyone can fly eat ... but it's not FREE ! Kah..Kah..Kah..

Sat Jun 29, 2013 9:56 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Antara Anak Gadis, Ibu & Majikan..!!!
Posted by Kedah Lanie

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

Sat Jun 29, 2013 9:57 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Apabila kanak-kanak beli tuala wanita...
Posted by Kedah Lanie
MUHAMAD MAT YAKIM

GAMBAR HIASAN

CUTI hujung minggu lalu, saya bawa anak-anak ke Kuala Selangor. Sudah agak lama tidak ke bandar yang kini semakin popular dengan cendol Bakar itu.

Tidak. Saya bukan silap tulis 'B' dengan huruf besar pada nama kedai cendol itu. Sebab, memang pun nama taukenya Bakar.. Oleh kerana namanya Bakar, maka jenamanya Cendol Bakar. Begitu saya difahamkan. Silap sendirilah jika anda ke Kuala Selangor untuk cari cendol bakar.

Iyalah kalau sudah macam-macam nama diberi pada makanan, minuman kita, disebut cendol Bakar pun orang sangka cendol bakar. Burger bakar, air kelapa bakar adalah. Cendol bakar tidak ada, yang ada cendol Bakar!

Saya ke Kuala Selangor hari itu selain untuk pekena cendol Bakar, menziarah lotong di Bukit Malawati, juga kerana di sana berlangsung wacana anjuran bersama PKNS dan Sinar Harian yang turut membariskan bos saya, Datuk A Jalil Ali sebagai panelis. Kena hadirlah, KPI!

Usai wacana, saya bawa anak isteri panjat Bukit Malawati. Kali terakhir naik Bukit Malawati sebelum ini, semasa anak dua. Sekarang sudah empat tetapi saya bawa dua sahaja supaya tidak terlalu terasa akan peningkatan usia sendiri.

Di puncak Bukit Malawati, ada banyak lotong. Kalau tak tahu apa itu lotong, mereka (?) adalah spesies monyet berekor panjang, bulunya agak kehitaman berbanding kera yang kelabu keperangan. Ekor lotong lebih panjang daripada ekor kera.

Penjual kacang panjang (untuk dibeli pengunjung dan diberi kepada lotong) berhampiran rumah api Bukit Malawati beritahu saya, lotong lebih baik (jinak) daripada kera.

"Itu kera cukup jahat, selalu kacau orang. Yang hitam ini (lotong) sangat baik, diorang mau kacang saja, tak kacau orang, jangan takut sama diorang," kata lelaki India itu.

Dalam asyik memerhatikan gelagat lotong-lotong itu, anak bongsu saya, Aliff Zafran yang berusia empat tahun bertanya kepada emaknya, apa yang dibuat dua haiwan itu tatkala melihat mereka (?) hampir berpelukan dan begitu mesra membelai satu sama lain. Dijawab isteri saya bahawa lotong itu bantu membantu mencari kutu.

Memang betullah! Dua lotong itu cari kutu, bukan buat kerja lain!

Aliff kemudian bertanya lagi: "Mak, kakak dengan abang tu pun cari kutu jugak ke?" sambil menunjuk ke arah sepasang teruna dara tidak jauh dari kami yang juga sedang mempersembahkan aksi lebih kurang sama.

Terkedu terus saya dan isteri. Kalaulah kata-kata anak saya itu didengar orang lain ...

Kanak-kanak macam itulah, pemikiran mereka masih lurus. Apa yang mereka dengar, itulah yang mereka faham dan itulah juga yang mereka akan sebut semula apabila tiba situasinya.

Kadang kala pemahaman mereka yang disebut semula itu boleh buat kita sebagai ibu bapa jadi cemas. Sebabnya bimbang kata-kata mereka yang lugu itu didengar orang dan disalah anggap kita pula yang ajar anak berkata begitu!

Apa yang disebut Aliff di puncak Bukit Malawati itu mengingatkan saya pada satu cerita - hal seorang budak lelaki yang ke kedai membeli tuala wanita.

Ditanya tuan kedai, untuk siapa dia beli tuala wanita itu, budak itu jawab: "Untuk adik saya!"

Terkejutlah tuan kedai lalu bertanya lagi: "Awak beli untuk adik awak buat apa? Budak kecik mana boleh pakai benda ni. Emak awak suruh beli pampers (lampin pakai buang) kut?"

Dibalas oleh kanak-kanak itu: "Bukan pakcik, memang saya nak beli yang ini. Sebenarnya adik saya tu tak tahu berenang, tak tahu tunggang basikal. Cuti sekolah ni, ayah janji nak bawak kami balik kampung. Saya teringin nak tunggang basikal, mandi sungai dengan adik. Kalau dia tak boleh sama-sama dengan dia, sedihlah saya!"

"Tengok iklan kat TV tadi, kakak dalam TV tu cakap, kalau pakai tuala jenis ni, kita boleh berenang, berbasikal dan hidup aktif seharian dengan penuh yakin. Tanpa rasa ragu-ragu..."

"Sebab itulah saya nak beli tuala ni, saya nak adik saya pakai. Mana tahu lepas pakai tuala ni, dia pandai berenang. Seronoklah kami bercuti di kampung nanti," katanya.

Itulah. Fikiran kanak-kanak biasanya straight forward, sesuai dengan fitrah mereka yang belum tercemar. Namun kita tidak boleh semberono memberikan mereka maklumat atas sesuatu persoalan yang dibangkitkan.

Menjawab soalan mereka dengan cara yang tidak sesuai dengan tingkat kefahaman mereka, boleh menambah kekeliruan anak-anak. Apa lagi jika kita cuba menipu untuk mengelak mereka bertanya dengan lebih lanjut, yang mungkin boleh menyebabkan kita berasa sukar dan tersepit.

Apa pun, itulah comelnya anak-anak kita!
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

Friday, June 28, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3633

3 New Messages

Digest #3633
1
Fw: Syin Dal Ya Ha. by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: HP dan Charger Lain dari yang Lain by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: Khasiat bawang putih by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Thu Jun 27, 2013 9:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Syin Dal Ya Ha.
telokbakong.blogspot.
ijoks2009.blogspot.
Posted by Matt Evo

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?" Marah ibu.

Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?" Leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba dia melihat si ibu bergegas pergi mencari sesuatu dan kembali semula dengan rotan di tangannya.

Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu.

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar.

Si ibu semakin bengang. "Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan. "Sakit bu, sakit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.

Bu, jangan pukul bu..sakit bu.. "

Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu, ampunkan Along bu,bukan Along yang mulakan, bukan Along bu, sakit bu..!!".

Rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya.

Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along.

Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak.

Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..

Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang.

Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.

Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini.

Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu.

Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM.

Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf.

Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.

Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu.

Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka. "Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu.

Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.

Sementara Along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" "Eh! jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!" Si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan…

"Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya" bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?" Soalnya lagi. Atih masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum.

Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo.. patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?" Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.

"Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!" Terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni untuk Along pun!" Soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak.

Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas" Arah ibu.

Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya.

Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.

"Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni" Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu.

Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "Laa..kau ke, apa kau buat kat sini?" tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?" soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni.

Aku ingat nak beli dan hadiahkan kepada mak aku" Jelas Along jujur. "Waa..bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli, aku bagi potongan harga 50%. Macam mana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!" Along meminta kepastian.

"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!" Balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk bahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz .

Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. Pada kau ada berapa ringgit sekarang ni?" soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!" pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur.

Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja.

Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?" Soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja?.

Tau pulak, bila lapar nak balik rumah" Leter ibu lagi. Along hanya diam.

Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selambar seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu" Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la.

Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu"" Sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi.

Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya.

Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar B. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat.

Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari. Justeru dia terpaksa berbohong agar ibunya tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya.

Tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal. Upahnya lima belas ringgit sehari. Along rasa sangat bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membelikan jubah untuk ibu.

Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali memandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti hari-hari yang sebelumnya, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sydah lebih 10 hari Along bekerja di situ. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik.

Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah ke?" Soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?"

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulutnya tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri.

Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

"Azam, kau ada cita-cita tak ataupun ada impian apa-apa ke?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. "Ada!" Jawab Along pendek. "Kau nak jadi apa satu masa nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku atau apa?" Along menggeleng-gelengkan kepala.

"Semuanya tidak! Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

"Ala, gurau ja la Abang Joe… Sebenarnya, saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan saya nak jadi anak yang soleh!" Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya.

Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi.

"Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni" Ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga.

Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe" Kata Along lagi.

"Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?" soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah-anggap tentang soalannya tadi.

Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju" Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut.

"Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?" Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. "Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Azam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk siMalik tu?"

"Tak pe lah, perkara dah berlalu.lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", Terang Along dengan tenang.

"Kau jadi mangsa Azam. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah, aku sangat sayangkan Ibu aku!" "Azam..kau ni.." "Aku ok, lagipun aku tak mahu menyusahkan lagi ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah tu lagi" Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, ok!" pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" Soal Fariz ingin tahu.

"Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia" Terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!" Jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk. "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?". "Hari ni laĆ¢.." Balas Along.

"Ooo hari lahir ibu kau hari ni ya?" "Bukan, minggu depan" "Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?" Soal Fariz lagi.

"Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagi pun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi" Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu.

Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motorsikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.

Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang dipandu laju cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing yang tiba-tiba muncul di depannya. Pemandu kereta itu menekan brek dan mengelak tapi dek jalan yang licin, ia hilang kawalan. terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakainya mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya. Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu.

Dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu.

Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya.

Serta merta tubuhnya terus dirangkul wanita tersebut. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu.

Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih di genggamannya itu.

"Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu" Itu saja yang termampu diucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Sebaik habis mengukir senyuman bahagia itu, Along terasa kesakitannya sudah tidak tertahan lagi. Suara ibu, Angah, Alang dan Atih semakin sayup terdengar. Matanya sudah sangat berbinar.

Di gagahnya menahan matanya untuk terus menatap wajah ibunya selama yang mungkin.

Along sudah kelihatan hampir tidak sedarkan diri. Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan sedih. Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam.

Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Along di bawa ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia. Siibu menangis semahu-mahunya menyesali tindakannya terhadap Along. Dia lebih menurut nafsu dan emosi. Along sudah pergi untuk selama-lamanya. Tangisan dan penyesalan tidak akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula.

Sebaik pengebumian jenazah Along, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih.

Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita separuh umur itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

"Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami..

Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan dia jugak cakap, ibunya iaitu mak cik sebagai seorang perempuan gila. Azam pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik menghina ibu dan ayahnya"

Cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz? Soalnya dengan sedu sedan.

"Sebab..Azam tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa itu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula" Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Siibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap anak derhaka.

Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ˜Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap Along selama ini.

Andai Along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf Along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak menyusahkanmu....UNTUKMU IBU!"

Kad itu dilipat dan dicium. Air matanya sekali lagi melunjur deras berjurai membasahi pipi. Sekali lagi siibu menangis semahu-mahunya. Segala perasaan sedih, pilu, sayang, menyesal dan marahkan diri bercampur baur di dalam dadanya. Setelah beberapa lama, siibu tenang semula.

Di dalam hatinya siibu berkata "Ya Allah!! Aku mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini. Kau saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredainya sebagai anak yang soleh.. Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal abadi!"

Mereka terus terkenangkan Along... sedangkan di depan mereka di sebalik alam nyata, berdiri ruh Along memerhatikan Ibunya dan mereka. Along hanya tersenyum melihat keluarganya yang sudah menyaksikan kebenarannya.

Along berbahagia menerima kiriman doa yang sangat berharga dari Ibunya..... Ruh Along terus terbang jauh-jauh menuju kesejahteraan dan kebahagiaan yang sebenarnya di alam sana... Share jika anda menangis Membaca kisah ini.... :'(

Al Fatihah untuk roh emak dan bapak., semuanya kerana Allah

S.W.T..

Sumber:

Baca Selengkapnya - Kami SokongTokguru: Syin Dal Ya Ha. http://ijoks2009.blogspot.com/2013/06/syin-dal-ya-ha.html#ixzz2WrIpkRDs

Thu Jun 27, 2013 9:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lihat ....HP dan Charger ini Lain dari yang Lain
idahsalam.blogspot
borakkosong.com
Ditulis oleh; EDDIE YUSTIN

Lihat ....HP dan Charger ini Lain dari yang Lain....!!!

1

Actually, this charger was found in the camp of Chechen combatants.
Really smart!

2

0
#3

sumber

Thu Jun 27, 2013 9:40 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Bawang putih baik untuk kesihatan
By Ashraf Nasser | Tupai –
a..

Pasti ramai yang tidak suka dengan bawang putih terutamanya golongan remaja kerana baunya yang kurang menyenangkan.

Namun tahukah anda bahawa bawang putih ini mempunyai pelbagai kebaikan dan khasiat untuk kesihatan kita?

Mengurangkan risiko angin ahmar
Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

Mengurangkan risiko kanser
Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

Bertindak sebagai anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Mengandungi banyak iodin
Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

Dapat tingkatkan sistem imunisasi
Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

comments
a.. PERKASA •
a.. There was a story.. During one mission oversea, more than thousand of us malaysian complained to our cook/chef.. What's wrong with the food, something like tasteless, something missing we said.. After a 'thorough' study, we found out that garlic was not there. The chef said he had ordered garlic (to some 'mat saleh') for so many times, but never arrived. We asked, what did you order? He said 'WHITE ONION'. No wonder..
b..
Joriah •
Ya, sememangnya bawang putih terkenal dgn khasiat dan kesihatannya di seantero dunia, seluruh negeri, hei bawang, hei putih, hei bawang, hei no. 1. hei bawang putih..................
c..
OneEyedSnake •
Garlic, vampire repellent. Don't leave home without it.... MUAHAHAHAHAHAHA
d..
Saiful B •
I have been eating raw garlic like 3 to 5 pc a week and have not flu or fever for the last 2 years..Garlic power...
e..
HyperZ •
Baik utk hilangkan love bite dengan cepat... hihihihih
f..
Belle •
ni kena mkn mentah atau mcmana ye?
g..
midday •
ada kah same khasiat nye
pil garlic di pasaran dengan memakan bawang putih sebenar?
h..
camelia •
tak perlu makan garlic pills. original the best
i..
noor izawati •
garlic it's good for heart
j.. lolita sane •
siapa kata remaja tak suka garlic? garlic is the essence in Chinese and Italian recipes. time kt kolej mmdgkan aku kena msk sendiri, so small budget dan kualiti masakan org yg bkn jenis mmasak tu fhm2 je la. but garlic saved it all. nasi goreng, mee goreng, maggi goreng, pasta, semua dlm form yg paling simple, takat kicap dan garam, but the tasty kicks with garlic (bawang putih tumis). nak lazatkan dgn bawang merah boleh, tak nak pun boleh, asalkan ada garlic. termasuk utk masakan rebus (bila tak goreng psl minyak masak habis atau diet). smpai tahap bila tinggal mi spagetti je psl ramuan utk sos bolognaise dh habis, aku blasah je tumis garlic dan gorengkan mi spegeti yg dh direbus. sungguh lazat. only a year or two later baru tau spageti+garlic yg hentam masak tu sbnrnya salah satu jenis pasta yg dinamakan Aglio Olio. so it proves garlic is the main essence in cooking.
k..
C H •
Mengurangkan risiko kanser & risiko angin ahmar = KELENTONG.

Siapa dia yang kata unsur 'Florida' didalam air boleh meningkatkan retakan tulang?
Unsur "Florida" kepada tulang ialah menguatkan tulang, tapi berbahaya pada organ lain jikalau pengambilan terlalu tinggi. Cari dan sebarkan FAKTA, bukan AUTA.
l..
sutram •
Whoever discovered this in Malaysia...should be given the Datuk, Dato Sri. or the Tan, Tun Sri title IMMEDIATELY.......jokers !!!
m.. Yus Op •
bagus nanti nak cuba.. baik untuk gestrik
n..
terri •
saya makan bawang putih satu ulas 3x seminggu. saya dah 60 tahun, tidak ada sebarang penyakit. rambut saya kurang uban. mereka yang mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, masalah buah pinggang dan hati atau apa-apa penyakit perlu mendapat nasihat doktor atau dapatkan maklumat mengenai kesan sampingan bawang putih sebelum mengambil bawang putih. sebaik-baiknya ambil bawang putih secara mentah.
o.. sutram •
Garlic is known in the INDIAN kitchen since thousand of years and valued for the great medicinal value....I am surpriesed that now in 2013....Malaysia Boleh Land has discovered this....this is indeed a GREAT achievement....just keep it up....just wondering how many millions of Malaysians Tax payers money was spent for this great achievement !!!
p..
daud •
baru tau ke? arwah atuk aku dah amalkan tu lama dulu :)
q.. Shahimi •
ikan masak stim thai letak bawang putih & halia banyak2 perrrggghh sedap...keluar angin aku...ENO ASLI
r.. A Yahoo! User •
Enzym dalam bawang putih boleh memecahkan darah yang membeku dikesan bekam tersebut...so sekiranya kekasih gelap anda meninggalkan kesan pada mana - mana bahagian yang boleh menimbulkan syak...gunakanlah bawang putih untuk menghilangkan tanda ciuman tersebut...selamat berjaya
s..
eric •
tpi tak boleh amalkan berterusan.. sebb bawang putih boleh mencairkan darahh .. maknanya kalau luka,, darah akan kelaur jeee.. susah nak stopp... (itu yg aku tauu)... klu salah tolong betulkann ... :)
t..
Marius •
tuk kembung perut

Khasiat bawang putih
By Diba S. | Tupai –
a..

Manfaat bawang putih atau nama botaninya Allium Sativum terhadap kesihatan telah diperakui sejak berabad-abad lamanya, tetapi kini para penyelidik mungkin telah menemui sekurang-kurangnya satu sebab mengapa.

Satu kajian baru menunjukkan sebatian yang diproses sel-sel darah merah dari bawang putih dihadamkan dan bertukar sebagai sel hidrogen sulfida (H2S), yang melegakan saluran darah dan meningkatkan aliran darah. Oleh itu, pengambilan bawang putih boleh meningkatkan bekalan semula jadi kimia penting dan berperanan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.

Dalam kajian yang pernah dibuat sebelum ini menunjukkan pelbagai keputusan yang berbeza mengenai khasiat bawang putih. Sebagai contoh, beberapa kajian telah menemui beberapa manfaat, tetapi dalam satu kajian berasingan pula menunjukkan khasiatnya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tetapi para penyelidik menyatakan jika kajian selanjutnya mengesahkan penemuan bahawa bawang putih berupaya untuk menghasilkan hydrogen sulfida yang boleh memberi manfaat kesihatan untuk tubuh badan.

Dalam kajian itu, penyelidik Benavides Gloria dari Universiti Alabama di Birmingham, dan rakan-rakannya menganalisis kesan jus yang diekstrak daripada bawang putih pada sel darah merah manusia di dalam makmal.

Mereka mendapati sel-sel darah merah dengan serta-merta mula menghasilkan hidrogen sulfida selepas mendapat dos kecil bawang putih. Jumlah bawang putih yang diuji di makmal adalah lebih kurang sama dengan dua ulas bawang putih untuk orang dewasa biasa.

Ujian selanjutnya menunjukkan tindak balas kimia utama yang berlaku pada membran sel-sel darah merah, tetapi sejumlah kecil hidrogen sulfida juga dihasilkan dalam sel.

Beberapa tumbuhan selain daripada bawang putih mengandungi blok binaan hidrogen sulfida untuk memberi manfaat kesihatan, dan para penyelidik mengatakan bawang putih adalah satu-satunya bahan yang biasa digunakan dalam diet manusia.

comments
a.. sham •
a.. klu x ade bawang putih dlm masakan mcm x ckup lengkap resepi....
b.. Hana •
bawang putih jeruk sedap....pembuka selera
c.. Eliah •
Bawang putih baik untuk menurunkan tahap kolestrol, suami sy amalkan alhamdulillah rasanya agak pedih sedikit bila di makan mentah. tp kesan nya alhamdulilla memuaskan.. cuba la makan sebiji lunch time setiap hari..
d.. Radio Active •
"....bawang putih berupaya untuk menghasilkan hydrogen sulfida yang boleh memberi manfaat kesihatan untuk tubuh badan."? Artikel ini amat terpesong. Banyak kali hydrogen suphide (H2S) disebut berkaitan dengan bawang putih. H2S adalah sejenis gas yang amat beracun dan dalam kuantiti yang disebut dalam artikel ini, jumlah itu boleh membunuh seorang manusia. Kebaikan bawang putih? Biar betul si penulis nih...... Fakta ini boleh dipertikaikan. Sama ada Diba S (Tupai.com) ni penipu atau laporan kajian yang tidak di ceritakan sepenuhnya. Bodoh punya artikel!
e..
Carlito •
Saya makan bawang putih mentah-mentah dah lama..tapi tak ada ape-ape kesan kebaikan kesihatan pun.
f..
Siti Fatimah •
asalkan makn x berlebihan nnti berbau huhu
g.. Walker •
Telur Najib kena rendam air bawang putih. Why is our PM Najis keeping quiet with Deepak's declarations? ?? Our Kak Ros is thick skinned enough to have her own autobiography. What quality does she have?? I wonder if she admits herself as betina Puaka??
h.. nozzy •
tak lama lg kuar jus bwg putih laa plak..
i..
Nurisyabibie •
?????!!!!! biar betul artikel nih?! saya memang pernah dengar bawang putih memang banyak khasiat.salah satunya bawang putih ini juga boleh dijadikan antibiotik kepada sesetengah jangkitan kuman dan saya masih mencari lagi maklumat tentang bawang putih.tapi artikel ini memang nampak terpesong...betul ke bawang putih menghasilkan hidrogen sulfida ? bukan ke hidrogen sulfida tu berbahaya dan sangat beracun ( hidrogen + sulfur = hidrogen sulfida ). saya harap pihak yg mewujudkan artikel ini meneliti semula dan memberi fakta yang benar. ....DOSA TAU BAGI AJARAN SESAT KAT ORANG....
j..
Ju •
i like it
k.. viveka •
try garlic pearls. good for your health
l.. Sharon Batia •
Terima kasih kepada "Yahoo M" kerana memberi penjelasan mengenai khasiat bawang putih...Semoga yg tak tau pasal bawang putih bolehlah dapat keterangan lanjut dari article ni ya....
m.. shamsiah •
disamping menyedapkan makanan,bawang putih juga berguna untuk kesihatan.2 in 1 la.
amalkan memakan bawang putih.chaiyok
n..
Kowalski Stratocaster •
ummmm..... bawang merah plak? ada khasiat ker? nak tau jugak....
o.. Jimmy •
makan mentah atau di masak. apa perubahan khasiatnya.
p.. Abeez •
habeh laa ketiak pun bau bawang putih...
q..
Ammar fahrin •
kalu masak mee maggi, menumis atau buat sup ayam, memang letak bawang putih lebih..akulah yang menghabiskannya. Baik untuk kesihatan dalam lelaki jugak he, he, he
r..
nam •
org tua cakapbawang putih utukhalau hantu......tu lah khasiat dia...
s..
Alruqiyah •
Al ruqiyah mustajab klinik merawat segala jenis gangguan sihir,segala jenis gangguan saka dll.99,jln kemboja 20,taman spice village,bandar amanjaya,sg petani kedah..0142486288..waktu rawatan 10mlm hgga habis pesakit..kos rawatan seikhlas hati anda.semoga allah memberkati usaha kita.
t..
Ash •
stupid dan buduh punya artikel betul2 terpesong, H2S adalah satu satunya acid yang buleh menyebabkan kematian sekira level concentrasinya diatas 10 ppm...bangang betul penulis ni
u.. zzzzzmmmm •
sahlah kau bau mamak ni
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com