Monday, August 28, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4836

8 Messages

Digest #4836
3
Fw: 'One Medal, One Tree' by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
4
Fw: Sukan Sea 2017 Lagi by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
6
Fw: Guru Saman Pengetua, PPD by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
7
Fw: "Terima Kasih Abang JPJ," by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
8
Fw: Sanggup Berkhemah & Maafkan Saya by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Mon Aug 28, 2017 3:21 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



September 2017, Bulan Yang Penuh Dengan Cuti
siakapkeli.my

Petaling Jaya: September ini akan menjadi bulan yang sangat bermakna buat mereka yang mahu hilangkan stress kerja kerana dipenuhi dengan cuti umum.

Selepas hari Merdeka 31 Ogos ini, orang ramai di negara ini akan turut menyambut empat cuti umum pada September iaitu Hari Raya Haji, hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, Hari Malaysia dan Awal Muharram.

Dalam masa yang sama, cuti sekolah juga akan bermula pada 25/26 Ogos selama seminggu.

Jadi, ini menjadikan waktu ini sebagai waktu yang sempurna untuk bercuti.

Hari Merdeka akan diraikan pada 31 Ogos diikuti dengan Hari Raya Haji pada 1 September.

Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pula akan mengikuti pada 9 September sebelum disusuli oleh hari Malaysia pada 16 September dan Awal Muharram pada 22 September.

Wow.

The Star

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 28, 2017 3:22 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Buang Nama Tun Mahathir: KPM Buat Laporan Polis Terhadap 2 Pihak
siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia membuat laporan polis terhadap dua pihak susulan dakwaan cuba mengubah sejarah dengan menyingkirkan nama mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dari buku teks sekolah.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata laporan polis tu dibuat terhadap penerbit buku yang bertanggungjawab mengeluarkan foto Dr. Mahathir dari kandungan naskhah Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3.

Tindakan sama turut dibuat terhadap pihak yang memulakan penyebaran maklumat palsu berkenaan sehingga menjadi viral di media sosial.

"Menerusi hasil semakan, buku yang dimaksudkan adalah bukan terbitan KPM kerana setiap penulisan naskhah akademik bersandarkan dokumen kokurikulum dan fakta sebenar mengikut peristiwa atau tempoh berkaitan.

"KPM juga tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bertulis atau lisan kepada sekolah untuk menanggalkan gambar Dr Mahathir selaku Perdana Menteri keempat," kata kementerian itu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 28, 2017 3:22 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'One Medal, One Tree', Kenapa Pemenang Pingat Sukan SEA Diberikan Anak Pokok
siakapkeli.my

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa setiap pemenang sukan SEA ke-29 akan mendapat satu anak pokok? Semua pemenang-pemenang sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur akan mendapat pingat dan patung plush maskod RIMAU, serta terdapat satu anak pokok akan diberikan. Tujuannya adalah untuk menyokong pemulihan hutan dalam pemuliharaan biodiversiti.

Menurut pihak MASOC (Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia, "pemberian anak pokok sebagai simbolik kepada pengimbangan semula jadi setelah begitu banyak karbon yang dikeluarkan sepanjang temasya kali ini. Konsepnya adalah anak pokok ini sebagai 'bayaran balik' kepada alam selepas kita menyebabkan pencemaran itu."

"Anak-anak pokok ini akan ditanam di bawah viaduct atau jejambat yang telah dibina untuk membolehkan hidupan liar merentasi kawasan hutan tersebut dengan selamat. Kawasan ini merupakan koridor ekologi penting yang menyaksikan pergerakan lintasan yang tinggi bagi haiwan liar seperti gajah dan harimau.

Program ini dipanggil "Satu Pingat, Satu Pokok (One Medal, One Tree)". Semua pemenang akan menerima anak pokok. Tidak kiralah pemenang pingat emas, perak atau gangsa.

Bagi atlet Malaysia, siapa yang menang emas, anak pokoknya akan ditanam khas pada satu kawasan dan diberi nama atlet tersebut. Sebagai contoh, Hafiz Jantan yang menang emas dalam pecut 100M, selepas tamatnya sukan ini, anak pokok dia akan diambil dan ditanam serta diberi nama Hafiz.

Tiga jenis anak pokok yang akan diberikan kepada pemenang iaitu Syzygium Polyanthum (Salam), Garcinia Hombroniana (Bruas) dan Syzygium Malaccense (Jambu Bol)

Sumber- KL2017 Masoc

Facebook- Faizal De Shah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 28, 2017 3:23 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Hamil 5 Bulan Bukan Penghalang Quzandria Nur Sumbang 2 Emas Kepada Malaysia
siakapkeli.my

Meskipun dirinya sedang hamil 5 bulan, atlet ekustrian negara ini masih mampu menyumbangkan 2 pingat emas buat Malaysia pada Sukan Sea Kuala lumpur 2017.

Pada usia 35 tahun dan sedang hamil, atlet Quzandria Nur menyumbang pingat bago kategori dressage individu dan acara dressage berpasukan sekaligus menewaskan abangnya, Qabil Ambak yang turut serta dalam acara tersebut.

Persembahan menarik Quzandria memberikannya 152.029 peratus mata dalam dua peringkat, manakala Qabil, 37, yang memenangi emas di temasya 2001, 2005 dan 2007, terpaksa berpuas hati dengan 149.547 peratus dan pingat perak.

Quzandria dan Qabil sebelum ini mengesahkan emas berpasukan dressage, Selasa lalu.

"Saya kini sedang hamil lima bulan. Saya mendapatkan nasihat doktor sebelum Sukan SEA ini dan akhirnya memutuskan untuk bertanding," kata Quzandria, yang agak emosi selepas keluar daripada persaraan 10 tahun di temasya Sukan SEA.

"Ketika berlatih dan bertanding, saya memberitahu kepada diri sendiri supaya tidak memikirkan kepada kandungan ini dan ia bukan halangan untuk saya mencapai matlamat.

"Malah, mungkin kandungan ini membawa tuah kepada saya. Namun segala-galanya lebih mencabar hari ini dan kemenangan ini membuatkan ia lebih bermakna, jelasnya.

Sumber- Berita Harian Online

Bergelar Manusia Paling Laju Di Asia Tenggara, Ini Cabaran Dilalui Jurufoto Untuk Mendapatkan 'Shot' Terbaik Gambar 'Speedy Jantan'
siakapkeli.my

Foto: Aizuddin Saad

Acara 100 meter lelaki yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia telah berlangsung malam tadi, yang mana Khairul Hafiz Jantan telah memenangi acara 100 meter lelaki itu dengan menyumbangkan satu lagi pingat emas.

Dengan catatan masa, 10.38s, Khairul Hafiz mengalahkan dua lagi pesaing, dengan pingat perak dimenangi oleh Eric Cray dari Filipina, dengan catatan 10.43s. Manakala, peserta dari Thailand, Kritsada Namsuwun, pingat gangsa mencatatkan 10.43s.

Dalam meraikan kemenangan tersebut, netizen turut terhibur dengan gelagat salah sorang jurugambar yang mana dilihat mencuit hati.

Menerusi perkongsian dari Syahril A. Kadir, ini adalah antara cabaran yang jurufoto sukan perlu lalui dalam melaksanakan tugas.

'SPEEDY JANTAN' DAN CABARAN JURUFOTO SUKAN

Rasanya ramai yang dah tengok bagaimana Khairul Hafiz Jantan menjadi manusia terpantas Asia Tenggara setelah memenangi 100 meter pecut di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Namun antara paling banyak dibualkan netizen selain kemenangan itu, adalah aksi para jurufoto yang terpaksa mengejar kelibat Khairul Hafiz dalam usaha untuk mendapatkan 'shot' yang terbaik.

Tumpuan sudah tentu pada 'abang baju hijau' . Dia kelihatan bersungguh-sungguh berlari mendapatkan Khairul Hafiz, malah satu ketika aksinya 'mengalahkan' atlit tersebut hingga mencuit hati para penonton di stadium, rumah dan para netizen.

Menariknya, 'abam baju hijau' itu masih boleh tersengih-sengih setiap kali mengejar kelibat Khairul Hafiz walaupun terpaksa mengusung kamera dan pada masa yang sama memikirkan sudut terbaik untuk merakamkan aksi pelari pecut berkenaan.

Inilah antara cabaran menjadi seorang jurufoto sukan. Nampak macam senang, namun mereka menggalas tanggungjawab yang besar dalam menghasilkan 'karya seni' mereka. Apatah lagi bila berhadapan dengan big bos di pejabat yang mendambakan foto yang terbaik untuk disajikan pada pembaca di luar sana.

Sebagai wartawan, aku faham benar 'beban' yang ditanggung puluhan jurufoto di stadium malam tadi.

Foto: Aizuddin Saad

Jurufoto sukan secara zahirnya nampak macam tak ada beza dengan jurufoto-jurufoto lain tetapi hakikatnya mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran tersendiri yang ramai orang di luar sana tak tahu.

Dalam acara sukan, si atlit akan bergerak ke sana ke sini. Selain sewaktu beraksi, mereka juga akan 'ke hulu ke hilir' kalau menang untuk meraikan kemenangan mereka. Kalau jurufoto tersebut 'salah teknik' dalam mengendalikan kamera, gambar yang terhasil akan menjadi kabur dan tidak jelas.

'Timing' pun sangat penting. Jurufoto yang berpengalaman selalunya tahu bilakah saat terbaik untuk merakamkan detik-detik terbaik atau detik bersejarah sesuatu acara. Kalau takde atau kurang pengalaman, mereka selalunya akan terlepas aksi-aksi menarik sesuatu perlawanan itu.

Itu belum kira faktor cuaca...panas terik...hujan ribut...angin kencang dan sebagainya.

Itu yang aku baca dan apa yang para sahabat jurufoto aku bagitahulah. Aku rasa cabaran tu panjang berjela kalau nak cerita satu persatu di sini.

Foto: Aizuddin Saad

Apapun aku nak bagitahu, tugas jurufoto bukan mudah. Mereka juga bukan warga 'second class' dalam dunia media. Malah sekarang ini majoriti jurufoto terutama yang berkhidmat di majalah dan suratkhabar mempunyai ijazah dalam bidang fotografi, bukan jurufoto tangkap muat ok.

Malah tak kurang juga yang ada ijazah dalam bidang profesional seperti senibina dan ijazah undang-undang.

Kepada 'abang baju hijau' malam tadi, walaupun ada yang ketawa, ada yang tersengih dan ada yang kutuk melihat aksi anda, percayalah, anda telah membuka mata ramai orang mengenai tugas dan pahit getir seorang jurufoto sukan.

Gua salute dengan anak Pak Jantan, tetapi pada masa yang sama gua juga salute dengan lu - lu memang 'jantan' habis bro!

nota: Aku difahamkan 'abang baju hijau' itu adalah saudara Iskandar dari agensi berita BERNAMA.

#thespeedyjantan #jurufotosukan #seagames2017

- Siakap Keli

'The Speedy Tiger' Pasukan Hoki Negara Mengamuk 18 Gol Kali Ini
siakapkeli.my

Nampaknya pasukan hoki Malaysia 'The Speedy Tigers kali ini menunjukkan taringnya kepada pasukan garuda Indonesia dalam saingan hoki malam semalam bermula garang menumpaskan pasukan hoki Indonesia dengan jaringan 18-1.

Acara hoki yang merupakan aksi pertama kategori lelaki Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur ini menonjolkan bahawa pasukan hoki negara merupakan pasukan lawan yang berbisa walaupun berada di ranking ke-12 dunia.

Penjaring Gol Pertama - Faizal Saari

Jaringan awal yang dibuat oleh Faizal Saari seawal minit pertama sebelum gol kedua dan ketiga dijaringkan oleh Fitri Saari dan Razie Rahim.

Fitri Saari - ( Kiri ) dan Razie Rahim - ( Kanan )

The Speedy Tigers terus membolosi gawang Indonesia untuk meletakkan pasukan negara dalam keadaan selesa di hadapan dengan Sembilan jaringan sebelum tamat separuh masa pertama.

Namun demikian, pasukan garuda Indonesia Berjaya membolosi pertahanan Malaysia dan menjaringkan gol sebaik bermula masa kedua menerusi gol padang daripada Abdullah Al Akbar pada minit ke-34.

Keselesaan jaringan mata yang dirasai oleh pasukan hoki negara tidak menyebabkan mereka memandang rendah terhadap pihak lawan sebaliknya pasukan hoki negara terus melipatgandakan serangan sebelum menamatkan perlawanan pertama mereka dengan jaringan 18 berbalas satu.

Sumber : Berita Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 28, 2017 5:36 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Ingatkan Tengah Minum Air,Rupanya Makan Maggi", Lelaki Kongsi Kisah Sedih Remaja Makan Mi Segera Dalam Gayung
siakapkeli.my

Sebuah perkongsian di Facebook mengenai kisah seorang remaja yang makan mi segera dalam gayung plastik di Masjid Besar, Pasir Puteh, Kelantan menyentuh hati rata-rata netizen di Facebook.

Insiden yang berlaku di Kelantan itu dikongsi oleh Raja Shamri Raja Husin yang merupakan pengasas pertubuhan bukan kerjaan (NGO) ThirdForce baru-baru ini.

Jelas Raja Shamri, pengalaman berkenaan dikongsi oleh seorang sukarelawan ThirdForce yang dikenali sebagai Adi semasa dia ke Masjid berkenaan untuk menunaikan solat asar.

Kepayahan hidup yang dilalui oleh remaja tersebut menggambarkan hakikat sebenar kehidupan golongan rakyat 'terbawah' di negara ini.

Mari ikuti perkongsian dari Facebook Raja Shamri yang pasti akan meruntun hati yang membacanya.

HAKIKAT KEHIDUPAN RAKYAT TERBAWAH : SEBUAH PERKONGSIAN

Selesai solat asar di masjid besar pasir puteh , sambil berjalan di tepi masjid tiba-tiba ternampak seorang budak lelaki sedang duduk sambil minum air dalam bekas plastik kolah masjid..
Ingatkan minum air, rupanya budak itu sedang makan maggi dalam bekas itu. Saya tanya kenapa tak masak makan di rumah ja. Dia diam sambil tertunduk..
hmmm tak apa lah.

Saya tanya dah makan nasi ke belum..jawapnya tak makan lagi dari pagi masa sesi persekolahan lagi.. ntah dia dapat maggi dari mana pun saya tak tahu .. katanya dia ke masjid untuk solat dan kerana di situ di sediakan mesin air sejuk dan panas...
dia ambil bekas plastik / gayung kolah untuk masak maggi menggunakan mesin air panas yg tersedia..

Masa makan maggi walaupun panas dia tetap hirup meggie kuah itu. Nampak sangat kelaparan sungguh budak ini..sebelum meninggalkannya, Saya tinggalkan 10 ringgit buat dia beli nasi bawa balik rumah. Dia terima duit tu sambil bergenang air mata seperti ingin memberitahu sesuatu.
katanya dia anak sulung daripada 4 adik beradik dari keluarga susah ..

Sempat beri nasihat supaya jadi anak yang baik-baik dan Belajar bersungguh sungguh sehingga jadi orang yang berjaya... Seperti yang selalu abagraja pesan ... JOMMM JADI ORANG BAIK-BAIK!

Saya Adi
Sukarelawan Thirdforce
Pasir Puteh Kelantan.
23 Ogos 2017

Sumber- Raja Shamri

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 28, 2017 5:36 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Guru Saman Pengetua, PPD RM500,000
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Akibat pertukaran yang didakwa tidak adil, seorang guru wanita di sebuah sekolah rendah di Puchong bertindak memfailkan saman terhadap guru besar dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana.

Melalui Peguam, Dalina Hanim Daim yang memfailkan writ saman di mahkamah dengan jumlah kos dan ganti rugi sebanyak RM500,000.

Ia berikutan, guru berusia 30an itu mendakwa, tempoh pertukarannya berlaku dalam waktu singkat selepas mempertikaikan surat berkaitan kehadiran lewat, Jun lalu.
"Saya ke PPD untuk bertemu pegawai terlibat selepas guru besar gagal beri alasan kukuh tapi saya dinasihatkan untuk lapor diri saja seperti diminta. Mereka cuma bagi alasan, saya merupakan guru Bahasa Inggeris paling senior dan guru bagi subjek itu sudah berlebihan.

"Bagaimana alasan itu dibuat, sedangkan saya baru empat tahun berkhidmat, malah ada lagi guru lain berbelas tahun berkhidmat di sekolah sama? Alasan diberi memang tak masuk akal," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Dalina Hanim berkata, pihaknya mengeluarkan saman tersebut berikutan notis tunjuk sebab yang diserahkan sebelum ini tidak diendahkan.

"Tindakan ini bukan hanya dibuat ke atas individu terlibat saja dan tidak membabitkan agensi atau kerajaan bagi mengelakkan berlakunya salah guna kuasa individu terlibat.

"Kami cuba dapatkan penjelasan dengan cara baik tapi pihak berkaitan seolah-olah cuba mengelakkan diri. Apa yang diperlukan cuma penjelasan secara adil dan keputusan dibuat ke atas anak guam saya perlu melalui siasatan terperinci," katanya, lapor Sinar Harian.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 28, 2017 5:37 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Terima Kasih Abang JPJ," Bapa Terharu JPJ "Escort'' Perjalannnya Kes Hospital Selepas Anak 14 Bulan Diserang Sawan
siakapkeli.my

Tindakan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ mengiringi kereta Muhammad Saiful Jaffar, 36, mendapat pujian orang ramai setelah tular di laman Facebook pada jam 7.09 petang, 18 Ogos lalu.

"Terima kasih kepada mereka berdua, walaupun itu bukan tugas mereka, tetapi atas dasar kemanusiaan mereka tetap membantu," kata Muhammad Saiful.

Apabila menceritakan mengenai kejadian dibantu dua anggota JPJ ketika dia sedang berhadapan detik cemas apabila anak bongsunya mengalami demam panas dan sawan ketika di dalam kereta.

Muhamad Saiful dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Pelek, Sepang Ke Hospital Serdang untuk membawa anaknya, Aryan yang berusia 14 bulan yang tidak sihat.

Aryan pada ketika itu dalam pangkuan isterinya, Nellie Ismail, 35, mengalami sawan menyebabkan beliau telah memandu melebihi had laju sambil menghidupkan lampu kecemasan.

"Ketika berhenti di lampu isyarat di jalan KLIA 1, ada kenderaan JPJ di hadapan kami dan saya terus pergi keluar kereta dan pergi kepada mereka.

"Saya memaklumkan kepada anggota terbabit, saya meminta maaf kerana mahu memandu laju disebabkan bayi kekejangan demam panas," tambahnya.

Namun, anggota JPJ terbabit memberitahu mereka mahu mengiringi keretanya dan dia akan memandu sambil mengekori kereta JPJ tersebut.

"Saya mengekori kenderaan JPJ sehingga Putrajaya berdekatan susur ke Hospital Serdang. Laluan itu bukan lebuh raya tapi jalan lama yang banyak digunakan oleh kenderaan pengguna lain.

"Alhamdulillah, dengan bantuan mereka, saya sampai ke hospital lebih cepat. Terima kasih kepada mereka berdua," katanya

Dua anggota JPJ tersebut ialah Mohd Azizul Mohd Anuar, 33, serta Mohd Taufik Ramli, 31, iaitu pembantu penguat kuasa dari JPJ Selangor.

Mohd Azizul berkata dia memahami situasi bapa yang berdepan dengan keadaan anak ditimpa sakit memandangkan dia juga mempunyai seorang anak.

Sumber- Harian Metro
Facebook- El Marine

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Aug 28, 2017 5:38 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ada Yang Sanggup Berkhemah Dari Semalam, Stadium Shah Alam Dibanjiri Penyokong Untuk beli Tiket Malaysia-Indonesia
siakapkeli.my

Foto: Haziqq Haziq Arbain

Acara bola sepak bagi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada peringkat kumpulan telah berakhir, dan kini ianya akan memasuki ke peringkat seterusnya iaitu separuh akhir, yang mana melibatkan 4 buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Myanmar.

Separuh akhir bagi kedua-dua perlawanan akan berlangsung pada hari yang sama, iaitu 26 Ogos (Sabtu) di mana Thailand dan Myanmar akan bermain di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pada jam 4 petang.

Manakala, bagi Malaysia yang menentang Indonesia, perlawanan akan berlangsung di Stadium Shah Alam, pada jam 8.45 malam.

Jika dilihat pada perlawanan sebelum ini, yang mana Malaysia berada dalam Kumpulan A, bersama-sama dengan Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei, di mana dalam kesemua perlawanan itu pasukan Malaysia telah menang.

Sudah pasti perlawanan yang akan berlangsung pada hari esok akan dibanjiri oleh kedua-dua penyokong, Malaysia dan Indonesia.

Jadi, pada ketika ini, di Stadium Shah Alam, orang ramai telah mula berpusu-pusu untuk membeli tiket perlawanan, yang mana kaunter jualan dibuka pada jam 2.30 petang tadi, walaupun ada yang sudah datang sejak semalam dengan sanggup berkhemah di depan pintu kuanter tiket.

Foto: Berita Harian

Foto: Berita Harian

Foto: Berita Harian

Foto: Selangor FC

Foto: Selangor FC

Foto: Ahmad Najwan

Kredit Gambar; Berita Harian, Selangor FC

- Siakap Keli

"Maafkan Saya Malaysia" - Chong Wei Mohon Maaf Selepas Tersingkir dari Kejohanan Dunia, PM Balas Balik
siakapkeli.my

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (LCW) hari ini tersingkir dari kejohanan badminton dunia apabila kalah pada babak pertama ketika menentang pemain dari Perancis, Brice Leverdes, 19-21, 24-22, 17-21.

Ianya satu berita yang mengejutkan dan menyedihkan buat negara tetapi yang paling sedih tentulah LCW sendiri.

Malah, jaguh dunia itu turut menyampaikan kekecewaannya menerusi laman Twitternya sebentar tadi dengan berkata: "Today I didn't manage to play my best. Sorry for letting you down. Sorry 🇲🇾" (Hari ini saya tak berjaya bermain dengan sebaik mungkin. Maaf kerana mengecewakan anda. Maaf Malaysia).

Tweet dari LCW itu seterusnya menerima puluhan balasan dari pengguna laman sosial itu yang rata-rata memberi kata-kata semangat kepada beliau.

Chris berkata: "Tak perlu meminta maaf selepas banyak tahun menjadi yang terbaik dalam badminton untuk rakyat Malaysia :) Kalah atau menang, kami sayangkan anda.

Malah, seorang peminat LCW dari Indonesia turut memberi semangat.

"Biarpun saya rakyat Indonesia, tapi saya fikir tiada sebab untuk anda meminta maaf. Anda seorang lagenda, kekalahan ini tidak akan mengubah fakta itu". kata Debi Irawan.

Bukan setakat itu sahaja, Perdana Menteri turut sama memberi kata-kata semangat kepada LCW.

"You'll always be our hero @LeeChongWei (Anda akan sentiasa jadi hero kami Lee Chong Wei)." kata Najib.

Mohd Najib Tun Razak‏Verified account @NajibRazak
Mohd Najib Tun Razak Retweeted Dato' Lee Chong Wei

You'll always be our hero @LeeChongWei

Mohd Najib Tun Razak added,

Dato' Lee Chong WeiVerified account @LeeChongWei
Today I didn't manage to play my best. Sorry for letting you down. Sorry
7:32 AM - 22 Aug 2017

Kepada LCW, anda tetap wira kami biar apa pun terjadi. Nama anda sudah terpahat di hati kami sebagai seorang juara dan ia kekal disitu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

Sunday, August 27, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4835

2 Messages

Digest #4835

Messages

Sun Aug 27, 2017 2:55 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Aug 27, 2017 2:55 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com