Tuesday, February 28, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4692

1 Message

Digest #4692

Message

Tue Feb 28, 2017 6:50 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



"Kenapa Allah Hanya Patahkan Motor Dan Kamu Hanya Luka?" Ini Sebab Kenapa Saya Kawal Ketat Anak Remaja Selagi Tak Cukup Umur
siakapkeli.my

Ramai remaja kini berumur belasan tahun sudah hidup bebas tanpa pengawasan ibu bapa, ada yang menganggap mereka sudah besar dan boleh bawa diri sendiri.

Namun ada juga segelintir ibu bapa masih mengawal anak ramaja mereka, tindakan ini diambil adalah kerana sayangkan anak mereka.

Dikongsikan oleh seorang bapa bernama Mohd Faisal, sebab kenapa dia mengawal anaknya dengan begitu ketat walaupun sudah menjangkau umur 17 tahun, dia mempunyai alasannya tersendiri.

Jom kita baca.

1. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sebagai bapa terhadap apa yang menimpa anak lelaki saya baru2 ini. Mungkin juga ini blh diambil sebagai pengajaran terhadap adik2 remaja agar mematuhi apa yang ibu bapa perkatakan.

2. Saya ada seorang anak lelaki yg baru-baru ini tamat SPM. Sewaktu masih di sekolah dia selalu mengambil kenderaan saya baik motosikal atau kereta tanpa izin. Motosikal saya izinkan tapi sekitar kawasan taman perumahan saya. Kereta saya haramkan langsung. Ada berlaku kes yg dia curi2. Tapi dia akan kantoi dgn saya melalui adik2nya. Dan dia akan kena. Saya tidak benarkan hingga dia ada lesen.

3. Saya mengenakan kawalan yg ketat untuk keluar rumah. Kemana, dimana, dengan siapa dan berapa lama ? Jika tanpa izin saya atau ibunya maka saya akan menjerit dan dia akan makan penyakit. Saya tahu kawan2nya tidak sukakan saya kerana kawalan yg saya kenakan.

4. Selepas tamat SPM dan usianya layak utk memohon lesen memandu, saya sendiri yang hantarnya mendaftar di sekolah memandu. Dan selepas tamat sekolah dia rasa dia dah besar ala2 cara org putih dan boleh bebas. Boleh keluar dengan kawan-kawan atau keluar malam. Sekarang saya haramkan terus keluar malam melainkan ada perkara-perkara tertentu dan dengan izin saya. Saya tahu dia tidak sukakan saya sekarang.

Cuma jenisnya tidak melawan dan pendam sendirian. Tapi apa saya nak pedulikan. Saya beri 2 pilihan sahaja.
i )Nak hidup dgn saya maka kena ikut cara dan didikan saya.
ii ) Jika mahu kebebasan, saya blh lepaskan tangggungjwb sbg bapa. Kamu blh bungkus kain baju dan keluar dari rumah ini utk hidup sendiri.

5. Dia lulus ujian memandu tahap pertama dan dpt lesen L. Kepaknya agak terbuka sedikit. Tetapi saya tidak benarkan dia memandu kereta lagi. Hanya motosikal sahaja dan itu pun dgn kawalan saya. Mesti beritahu dgn jujur kemana hendak pergi, dgn siapa dan berapa lama ? Tujuannya supaya saya tahu jika berlaku apa2 yg tidak diingini, saya tahu kemana hendak dicari. Laluan mana, dimana dan apa2 sahaja petunjuk yg blh membantu.

6. Satu petang di awal Januari 2017. Dia sdg buat kerja dgn saya. Tiba2 dia hilang. Saya ingatkan dia pergi sembahyang atau di biliknya. Tiba2 dia telefon saya. "Abah..abah..cepat datang...orang eksiden kat Jalan Kebun". Terkejut tak usah cakaplah. Terus saya pergi tanpa memberitahu ibunya. Sebab tidak mahu ibunya terkejut kerana ibunya ada darah tinggi.

7. Terkejut saya melihat motosikal saya yang baru 3 bulan dibeli. Baru bayar 2 kali dan belum pun servis 1000km pertama. Motor patah, kereta apek yg dilanggarnya hanya kemek bumper dan dia hanya luka di kaki.

8. Melihat keadaannya yg tidak teruk dia hampir makan penyakit saya di situ. Nasib baik apek itu dan bibiknya sempat tahan. Kerana keluar dan tunggang motosikal tanpa izin saya.

9. Saya tidak mempedulikan dia beberapa hari. Tidak melihat lukanya dan tidak bertanya khabar. Kerana geram. Hanya dilayan oleh ibunya dan adik perempuannya.

10. Pihak insuran motosikal hubungi saya dan beritahu motor tersebut tidak boleh dibaiki lagi. Katanya 'total lost'. Nasib baik insuran all rider. Dan dia telah ada lesen L. Kita yg bawa dia pergi buat lesen, kita yg tanggung kos. Akhirnya motosikal kita yg hancur.

11. Saya panggil dia dan tanya dia, "Kenapa Allah SWT patahkan motor dan kamu sendiri terbang waktu kemalangan itu, tapi kamu hanya luka di kaki" ? "Kenapa Allah tidak patahkan kamu atau cedera yg teruk" ? Sebab jika melihat kpd keadaan motosikal dan cerita2 saksi, tidak munasabah dengan kecederaan yang dialaminya. Tapi itu...Allahuakbar. Allah Maha Besar. Alhamdullillah...

12. Sebabnya Allah masih sayangkan kamu. Allah nak bagi pengajaran kepada kamu. Dengarlah cakap ibu bapa. Dengarlah nasihat ibu bapa. Tidak ada ibu bapa yg waras yg nak mengawal atau mengokong anak. Ibu bapa buat begitu kerana sayangkan anak. Kerana ianya harta yg plg bernilai.

13. Semoga kisah ini dpt menjadi pengajaran kpd adik2 remaja yg lain. Dengarlah nasihat dan ajaran ibu bapa. Kalian harus bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yg prihatin terhadap kalian. Hari ini kalian mungkin menyampah dan nasihat ibu bapa itu tidak bernilai kpd kalian. Tapi sesungguhnya satu hari kelak ketika ibu bapa kalian telah diselimuti kain putih dan disimpan kemas dlm liang lahat, kalian akan menangis mengenangkan nasihat2 ibu bapa kalian dulu. Ketika itu baru kalian nampak nilainya.

14. Semoga insiden yg terjadi di JB adalah yg terakhir dlm negara kita. Dengarlah nasihat ibu bapa. Al Fatihah....

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4691[2 Attachments]

Aksesori, Alat Ganti, Kereta & Motor

15 Messages

Digest #4691
1
Fw: Sakit kronik dan ubat ajaib by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
3
Fw: Besar Sangat Ke Gaji Doktor?, by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
4
Fw: Tak Payah Pergi Klinik 1 Malaysia, by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
5
9
10
Fw: "Salah Ketuk Boleh Lumpuh," by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
12
Fw: Kerajaan tak rugi turunkan kadar GST by "~:eSpAcE9808:~" rienacom
13
Fw: Aksi TMJ Beraksi Di Atas Padang by "~:eSpAcE9808:~" rienacom

Messages

Tue Feb 28, 2017 5:57 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Sakit kronik dan ubat ajaib

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

PENULIS adalah bekas pesakit buah pinggang kronik. Pernah menjalani rawatan dialisis air (C.A.P.D). Sembuh selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada 2010 daripada ibu saudara.

"Kalau buah pinggang kecut masih boleh diubati! Produk kami mampu menghidupkan kembali sel-sel buah pinggang. Nanti selepas ini buah pinggang awak akan kembang balik."

Itu antara janji seorang penjual produk ajaib kepada saya dahulu. Setahu saya buah pinggang adalah anggota kekal seperti tangan, kaki, telinga dan sebagainya. Adakah tangan yang putus akan tumbuh balik setelah makan produk ajaib itu? Adakah anggota tubuh manusia seperti ekor cicak? Boleh tumbuh semula apabila putus?

Pernah isteri saya bertembung dengan seorang peguam yang turut mempromosi ubat perawat sel yang didakwa sangat ajaib dan mampu mengubati segala penyakit atas planet bumi. Isteri saya menolak dengan sopan dan mengatakan tarikh pembedahan buah pinggang sudah ditetapkan Hospital Selayang. Si penjual ubat ajaib dengan yakin berkata:

"Jangan buat pembedahan, makan dahulu produk ini! Sebabnya apabila dah buat pembedahan, tiada harapan lagi untuk sembuh!"

Pernah seorang kawan mencadangkan agar mengambil perubatan sunah seperti madu dan sebagainya. Saya tolak dan mengatakan fisiologi tubuh pesakit buah pinggang bukan lagi seperti orang normal yang mampu memproses apa sahaja yang masuk ke dalam badan. Kawan saya lantas berkata:

"Itulah masalah anta! Percaya sangat dengan perubatan moden."

Saya hanya senyum sambil berkata dalam hati: "Anda boleh cadangkan apa sahaja, tapi tubuh ini yang menanggung derita. Bukan saya tidak percaya dengan perubatan Nabawi tapi ia masih terbuka untuk perbincangan oleh para ulama hadis."


BUKAN SEMUA PRODUK SESUAI

Pengalaman 2009 menjengah minda. Pada waktu itu saya baru memulakan rawatan C.A.P.D. Dalam bulan Ramadan tahun itu, saya mengimamkan solat tarawih di Masjid Ibn Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Ketika dalam solat, dada berasa sangat tidak selesa, jantung berdebar dengan tidak teratur. Dalam kalangan jemaah kami terdapat seorang murid dewasa saya yang juga seorang doktor pakar. Beliau adalah Mejar Jeneral (B) Datuk Dr. Zin Bidin. Selepas solat beliau memeriksa rentak nadi dan menasihatkan agar mengurangkan pengambilan kurma. Mengapa kurma? Bukankah kurma bagus untuk orang berpuasa? Rasulullah SAW sendiri pun berbuka puasa dengan kurma?

Lain halnya dengan pesakit buah pinggang. Kurma, pisang dan beberapa buah-buahan lain mempunyai kandungan potasium yang sangat tinggi. Bagi tubuh normal, buah pinggang bertindak menstabilkan paras potasium dalam darah. Bagi pesakit buah pinggang, kandungan potasium tidak mampu diimbangi tubuh, lalu ia akan berlebihan dan mengganggu rentak jantung. Pesakit buah pinggang yang tidak mengawal kandungan potasium boleh mendapat serangan sakit jantung!

Pernah seorang penjual ubat ajaib lain mengesyorkan mengambil produk soya yang dia jual. Apabila dimaklumkan bahawa pesakit buah pinggang kronik tak boleh makan soya kerana akan membebankan buah pinggang yang rosak, ini jawapannya dengan penuh yakin mengalahkan doktor pakar:

"Produk soya kami ni lain! Ia sudah ditapis halus dan tak akan memberi kesan pada buah pinggang awak."

Alhamdulillah! Allah memberikan saya kesabaran untuk mengelak daripada terjerumus ke dalam 'fakta auta' si penjual ubat ajaib. 


ANTARA USAHA JIHAD TERHEBAT

Setelah lama menderita sakit buah pinggang sejak 2001, saya mulai menghargai kesihatan dan menghormati profesion perubatan. Pengorbanan mereka selama bertahun-tahun mempelajari ilmu perubatan adalah antara usaha jihad terhebat. Setelah lama berdamping rapat dengan para doktor sebagai 'ahli kelab paksa Hospital Selayang' dengan rawatan susulan setiap dua atau tiga bulan, saya semakin memahami firman Allah ini:

"Dan Kami tidak mengutus para Rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada orang berilmu jika kamu tidak mengetahui," (al-Anbiya' [21:7]).

Konteks sebenar ayat ini adalah bertanya kepada ahli kitab tentang "kemanusiaan para rasul." Ia berpunca daripada sikap penduduk Mekah yang tidak percaya manusia seperti Rasulullah SAW boleh menjadi utusan Allah. Mereka beranggapan nabi sepatutnya muncul daripada spesis malaikat.

Ternyata orang Yahudi dan Nasrani mengakui tiada nabi yang pernah diutus dalam kalangan malaikat. Oleh itu mereka sepatutnya menerima Rasulullah SAW sebagai utusan Allah kepada mereka (Tafsir Ibn Kathir).

Perkataan "ahla zikri" atau orang berilmu dalam ayat itu jika diterjemahkan kepada bahasa moden adalah 'pakar bidang'. Beginilah cara al-Quran mengajar untuk hidup selamat dunia dan akhirat. Apabila buntu dan perlukan penjelasan, tanya ahlinya dan bukan percaya cakap sebarang orang. Tanyalah orang yang menghabiskan usia mengkaji atau mempelajari sesuatu bidang.

Usahkan para penjual ubat ajaib, para doktor pun memiliki pengkhususan bidang berbeza. Setahu saya, tiada doktor pakar semua bidang perubatan. Jika terjumpa doktor yang pakar semua bidang (nefrologi, urologi, bedah, radiologi, telinga, mata, hidung, otak, saraf, jiwa dan semuanya), sudah pasti dia berasal dari planet lain!.

Malangnya, semua kepakaran para doktor perubatan yang bertahun-tahun mengkaji perihal tubuh manusia langsung diatasi oleh penjual ubat ajaib yang hanya bermodalkan air liur, andaian dan spekulasi.

TUNGGANG AGAMA DEMI KEPENTINGAN JUALAN

Tambah parah sesetengah penjual ubat ajaib ini berani menunggang agama dengan mendakwa ubat mereka adalah ubat yang disebut Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:

"Bagi setiap penyakit mempunyai ubatnya. Apabila sesuatu ubat menyentuh sesuatu penyakit, maka ia akan memberikan penyembuhan dengan izin Allah," - Sahih Muslim.

Hadis ini bukan semudah itu boleh diambil menjadi maskot ubat ajaib anda. Jauh bezanya antara ubat sebenar dengan spekulasi ubat tanpa bukti yang cukup. Apa yang saya faham daripada hadis ini adalah Rasulullah SAW menyarankan agar mengkaji dan mencari ubat bagi penyakit yang dihidapi manusia. Tidak cukup hanya dengan mendakwa!

Pesanan kepada penjual ubat ajaib. Takutlah Allah! Jangan mencipta fakta palsu serba ajaib untuk ubat anda. Jika ada pesakit semakin parah atas auta anda, Allah pasti membalasnya di akhirat kelak. Jangan reka fakta! Ingat amaran Rasulullah SAW ini:

"Sesungguhnya seorang hamba (manusia) boleh sahaja bercakap sesuatu perkara yang tidak dapat dipastikan kebenarannya, lalu (perkara itu) akan menjerumuskannya semakin dalam ke dalam neraka sejauh antara timur dan barat," - Sahih Bukhari dan Muslim.

Itulah nasib penghidap penyakit kronik. Sudah jatuh ditimpa tangga. Ketika para doktor berusaha merawat, para penjual ubat ajaib pun muncul kerana melihat kami adalah 'lubuk emas' bagi mereka. Kasihanilah kami! Apa yang kami fikirkan hanya kesembuhan!

Jangan pandang kami sebagai lubuk emas, sebaliknya lihatlah sebagai manusia yang perlu dikasihankan. Hidup ini bak roda! Ada masa kita sihat dan sakit. Apa agaknya perasaan jika anak anda mati akibat tersilap makan ubat ajaib yang dijual oleh penjual lain? Fikirkan!

Jangan ditanya cara membuat bangunan daripada seorang nelayan, kelak runtuh bangunan kerana kiraan besi dan simen yang tidak cukup. Jangan juga ditanya hukum hakam agama daripada seorang pakar Matematik kerana agama bukan subjek berkaitan nombor. Jangan juga ditanya ustaz tentang cara memproses petroleum, kelak rosak enjin dan tangki kereta anda. Kesimpulannya, hormatilah pakar bidang!

Jika dikata 
'makanlah tahi lembu yang dicampur dengan tongkat ali dan madu hutan Amazon untuk penyembuhan', jangan terkejut jika ada yang sanggup buat untuk sebuah nikmat penyembuhan!-U/Malaysia

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 28, 2017 5:57 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Individu Yang Mengaku Akar Umbi PAS Dan Serahkan Memo Kantoi Menipu Nasruddin Tantawi..

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Ia bermula dengan satu status yang ditulis oleh wakil rakyat PAS bagi DUN Cempaka di Selangor iaitu Iskandar A. Samad.

Beliau menulis dengan caption "apa cerita ini", dan memuat-naik satu gambar.

Individu yang dibulatkan wajahnya seperti gambar di atas, pernah muncul di kaca tv dan mengaku sebagai akar umbi PAS yang meminta semua ahli memberikan sokongan padu kepada Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang dan mendesak agar PAS memutuskan hubungan dengan semua pihak yang ada kaitan dengan DAP dan AMANAH.

"PKR juga wajar diambil perhatian kerana mereka ibarat duri dalam daging serta gunting dalam lipatan".

"Kami agak kurang selesa dengan PKR kini. Kebencian telah mula dirasai", kata Nasiruddin Mohamed yang mengetuai kumpulan itu semasa menyerahkan satu memorandum kepada PAS di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur.

Memorandum itu disambut oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi. Semasa menyampaikan memorandum tersebut, kumpulan itu turut membawa beberapa sepanduk bagi mengiring proses penyerahan memorandum.

Bagaimanapun, terdapat cakap-cakap yang tindakan pihak yang mendakwa diri mereka sebagai 'akar umbi PAS' telah 'dipengaruhi' (dibiayai) oleh musuh politik pembangkang.

Ini berikutan individu yang mengetuai kumpulan tersebut dilihat beberapa kali melakukan tindakan yang lebih kurang serupa tetapi dengan watak, status keahlian parti yang berbeza.

Dengan PKR buang kopiah, dengan PAS pakai kopiah - pelik tak?

Rakaman berita yang turut dilaporkan oleh TV3 - nampak tak?

Netizens turut mengingatkan PAS agar tidak terpedaya dengan tindakan sesetengah pihak yang mendakwa diri mereka sebagai akar umbi sesuatu parti.

Gesaan untuk memutuskan hubungan PAS - PKR seolah-olah untuk mematahkan semua perhubungan PAS dengan pembangkang. Jika PAS tiada langsung hubungan dengan pembangkang, hanya ada satu parti sahaja yang gembira dengan tindakan tersebut.

Semoga PAS tidak terpedaya dengan tindakan sesetengah kumpulan yang dipercayai didalangi oleh pihak yang berkepentingan politik.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 28, 2017 5:57 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



"Besar Sangat Ke Gaji Doktor?, Pergi Kerja Naik Motor Dan Bawa Bekal Baru Dapat Buat Simpanan," - Dr Ahmad Samhan Awang
siakapkeli.my

Sebelum ini ramai yang berfikiran, kerja sebagai doktor akan mendapat gaji yang tinggi, hidup senang lenang, dapat miliki kereta dan rumah besar dengan mudah.

Sebenarnya iaitu hanyalah sekadar andaian semata-mata, belajar dengan begitu susah payah dengan hutang pinjaman pelajaran, kenapa admin kata sedemikian? ini kerana ianya dibuktikan sendiri oleh seorang doktor, menurut Dr Ahmad Samhan Awang, gaji doktor bukanlah terlalu tinggi seperti yang orang diluar sana fikirkan.

Jom kita baca.

BESAR SANGAT KE GAJI DOKTOR?

1. Kenderaan

Hampir 4 bulan saya berulang alik dari rumah ke hospital dengan motosikal, jaraknya lebih kurang 10km. Kadang² terpaksa berhenti ditepi jalan untuk pakai baju hujan. Maklumla musim tengkujuh, boleh dikatakan setiap hari hujan.

Pernah sekali MO menyapa ,"Umah kau kat mana?Semalam aku nampak kau naik motor balik keje".

Saya jawab, "Umah di Gong Badak".

"Tak sejuk ke naik motor hujan² ?" tanya dia lagi.

"Dah biasa" jawabku tersenyum.

Dalam hati kecilku menjawab, dengan naik motorlah, aku dapat menyimpan. Jom kita buat kira² beza naik motor dan kereta.

Motor(kos setahun):

Ansuran: rm1800(rm150/sebulan)
Petrol rm360 (rm30/sebulan)
Servis rm360(rm30/sebulan)
Roadtax&insuran rm150
Total setahun: RM2250

Kereta Myvi(kos setahun):

Ansuran rm6600(rm550/sebulan)
Petrol rm2400(rm200/sebulan)
Servis rm750/setahun
Roadtax rm770/setahun
Tol rm1560(rm130/sebulan)
Lain² rm240/setahun
Total=RM12,320

*kiraan tol untuk negeri tertentu

Anda boleh jimat RM10,070 setahun jika anda rela berpanas dan berhujan dengan menggunakan motor. Nak lagi jimat, pinjam motor ayah atau beli cash motor secondhand.

Jika anda sangat² memerlukan kereta, belilah kereta yang tidak terlalu membebankan anda. Berapa harga kereta yang sesuai?

Gaji sebulan x 12bulan
RM4600x12=RM55,200

Harga kereta yang sesuai anda beli adalah Myvi, Axia, Saga. Bukan honda civic apatah lagi mini cooper! Hehe

2. Bekal

Beberapa kali aku ditegur staff nurse,"Doktor memang tiap² hari bawa bekal ke?"

"Ya kak, bekal simple² je, janji tak lapar,"jawabku.

"Jarang dah sekarang sy nampak orang byk bekal macam doktor,"katanya lagi.

Mindset penjawat awam lebih suka makan di kedai atau bungkus makanan. Padahal kalau bawa bekal, anda boleh jimat hampir RM200-300 sebulan kalau anda rela bersusah sikit untuk sediakan bekal. Lagipun,makanan di kedai belum terjamin kebersihannya..huhu

3. Tempat tinggal

Sebelum memilih hospital mana perlu bertugas(khas untuk HO),anda perlu merancang dimana anda nak tinggal.Sebaiknya pilihlah hospital yang paling hampir dengan rumah anda.Anda jimat hampir rm500-600 sebulan jika tidak menyewa.

Kesimpulan

Status sebagai doktor bukan bermakna anda MESTI berkereta mewah, berpakaian berjenama mahal, makan di kedai hispter, ada iphone 7s, tinggal di kondo, sering melancong ke luar negara, kerana hakikatnya gaji doktor tak banyak mana pun.

Kalau tak pandai merancang, tak sampai hujung bulan pun dah pokai. Dah bekerja bertahun² pun masih tak mampu beli rumah, duit gaji cukup bayar kereta dan perbelanjaan bulanan.

Jangan terpedaya dengan status! Berbelanjalah dibawah kemampuan anda bukan berbelanja mengikut kemampuan!Mudah kata, gaji doktor tapi berbelanja macam orang bangla! haha

Jika sudah berkahwin, sebaiknya anda duduk berbincang dengan isteri anda tentang halatuju perancangan kewangan dan 'exit plan'. Tanpa sokongan isteri anda, sangat sukar untuk anda mencapai hasrat anda. Terimakasih pada Ummu Umar yang selama ini menyokong penuh dan rela mengikat perut bersama­čśŐ

P/s:jika rasa bermanafaat, boleh share

Dr Ahmad Samhan Awang
Hospital Sultanah Nur Zahirah

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 28, 2017 5:58 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Populariti Azmin Di Selangor Meningkat 20%
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Populariti Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di negeri itu melonjak kepada 62 peratus, menurut kaji selidik yang dijalankan oleh badan pemikir kerajaan negeri Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE).

Ini berbanding dengan populariti beliau dalam satu tinjauan pada Ogos 2016, yang dicatatkan pada 58 peratus.

"Peningkatan ini merupakan satu petanda positif kepada kepimpinan beliau meneraju negeri Selangor untuk pilihanraya akan datang," kata Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Datuk Mohammad Redzuan Othman dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, peningkatan itu juga menunjukkan bahawa pendekatan mesra rakyat Selangor dan tindakan pro aktif Azmin bersama dengan kepimpinan negeri dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat amat berkesan dan efektif.

Beliau berkata kajian bertajuk "Survei Persepsi Rakyat Selangor 2017" itu menunjukkan bahawa sokongan kepada gabungan Pakatan di bawah kepimpinan menteri besar terus kukuh dan dijangka tidak menghadapi banyak masalah untuk mengekalkan kerajaan negeri sedia ada.

Pada masa yang sama, Redzuan berkata sokongan kepada BN di Selangor didapati semakin merosot dan amat terserlah ketidakpuasan hati rakyat dalam isu-isu berkaitan GST, kenaikan harga barang, penyelewengan, keyakinan kepimpinan dan rasuah.

Katanya, kaji selidik itu merangkumi pelbagai soalan mengenai pelbagai isu, termasuk seperti jika berlaku pertandingan dua atau tiga penjuru, pengaruh media sosial, persepsi rakyat terhadap parti-parti politik, pandangan terhadap isu-isu semasa, prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT), pencapaian inisiatif-inisiatif kerajaan negeri dan sebagainya.

Kajian itu dijalankan antara 8 hingga 13 Februari, yang melibatkan 56 DUN di Selangor dan 2,018 responden.

Responden terdiri daripada pelbagai kaum melibatkan Melayu, Cina dan India serta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, tempat tinggal dan taraf pendidikan.

Tak Payah Pergi Klinik 1 Malaysia, Tiada Doktor, Hanya Bagi Panadol Je Kata Azmin Ali.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Dalam memperkenalkan tentang Skim Peduli Sihat, satu inisiatif terbaru kerajaan negeri bagi membantu golongan susah yang memerlukan rawatan kesihatan, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali sempat menyindir gagasan Najib tentang Klinik 1 Malaysia.

Skim Peduli Sihat

"Tak payah pergi Klinik 1 Malaysia sebab faktanya (Klinik 1 Malaysia) tiada doktor. Dia bagi panadol sahaja. Sakit jantung panadol, angin ahmar panadol, semput panadol, lelah panadol dan akhirnya kita mati kerana panadol.
"Tapi kalau anda ada kad Peduli Sihat, tidak perlu tunggu sampai sakit kronik, terus pergi klinik swasta berhampiran," katanya kepada pemberita, seperti dipetik dari portal Selangorkini.
Kata Azmin Ali, dengan mendaftar dibawah Skim Peduli Sihat, rakyat berpeluang menikmati rawatan kesihatan asas di klinik mahupun di hospital swasta dengan cepat tanpa perlu bergantung kepada Klinik 1 Malaysia lagi.
Skim Peduli Sihat ialah salah satu inisiatif yang diasaskan dibawah pelan Peduli Rakyat yang dibentuk oleh kerajaan negeri bagi memanfaatkan rakyat Selangor.
Setakat ini 40,000 orang telah berdaftar dibawah skim tersebut sejak dilancarkan pada Januari lepas. Skim tersebut adalah respon balas kerajaan negeri terhadap aduan yang diterima dari rakyat berhubung kos dan masalah berkaitan rawatan kesihatan sekitar Selangor.
Layari web ini untuk lebih banyak info tentang Skim Peduli Sihat : https://www.pedulisihat.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 28, 2017 5:58 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Lagenda Kembali: Nokia 3310 Baharu Diumum Secara Rasmi, 1 Bulan Masa Standby & 22 Jam Masa Berbual
siakapkeli.my

Setelah pelbagai ura-ura mengenai telefon lagenda Nokia 3310 tersebar, Nokia akhirnya mengumumkan secara rasmi telefon tersebut di Barcelona sebentar tadi.

Antara ciri menarik telefon berkenaan adalah reka bentuknya yang baharu (dan moden), mudah dan masih mengekalkan sistem keypad yang sama.

Selain itu, 3310 juga didatangkan dengan skrin QVGA berwarna 2.4 inci, kamera 2MP dan juga slot memori microSD.

Menurut laporan, bateri telefon itu tahan selama sebulan dalam mod standby dan 22 jam untuk masa berbual.

Dari segi sistem pengoperasian pula, ura-ura yang dilaporkan oleh portal tempatan Wiser.my sebelum ini ternyata benar apabila Nokia 3310 diumum tidak dikendalikan oleh Android tetapi menggunakan sistem asal yang telah ditambah baik.

Secara ringkasnya, Nokia 3310 adalah telefon backup sempurna buat mereka yang mahu mencari telefon kedua.

Berkenaan harga pula, telefon terbabit dijual pada harga $52 (RM230).

Sumber: FB Wiser.my

Nokia 3310 Akan Kembali Dengan Skrin Berwarna Tetapi Tidak Akan Menggunakan Android - Laporan
siakapkeli.my

Selain cerita John Wick 2 dan Lego Batman Movie yang mula ditayangkan baru-baru ini, kita juga disajikan dengan pengumuman mengujakan dari pengeluar telefon HMB Global bahawa Nokia 3310 akan dipasarkan semula.

Telefon tahan lasak itu akan diumumkan oleh syarikat berkenaan pada hujung minggu ini di Barcelona.

Menurut portal tempatan Wiser.my, apa yang paling menarik adalah telefon itu tidak akan menggunakan sistem pengoperasian Android - yang bermakna ia mengekalkan ciri utamanya iaitu bateri yang mampu bertahan lama.

Selain itu, turut dilaporkan telefon berkenaan akan dipasang dengan skrin berwarna tetapi tidak melibatkan resolusi yang tinggi kerana ingin mengoptimumkan penggunaan bateri.

Butiran terperinci Nokia 3310 akan diumumkan pada Kongres Telefon Bimbit Sedunia yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada hujung minggu ini. Selain 3310, Nokia juga akan turut mengumumkan beberapa telefon lain iaitu Nokia 3, 5, dan 6 yang dijangka beroperasi menggunakan Android 7.0.

Apa yang paling penting, telefon Nokia 3310 mesti mengekalkan permainan Snake seperti versi lama.

Sumber: Wiser.my, trustedreviews

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 28, 2017 5:59 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Ahmad Idham hairan kenapa rakyat terbeban dengan harga minyak
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

PELAKON dan pengarah filem terkenal, Ahmad Idham meluahkan rasa hairan mengapa Rakyat Malaysia terbeban dengan kenaikan harga minyak sedangkan negara ini merupakan negara pengeluar minyak namun dalam masa yang sama pemimpin mampu hidup mewah.

Beliau menimbulkan persoalan itu menerusi akaun twitter miliknya,

"Kalau kita negara pengeluar minyak, tapi rakyat pula rasa terbeban dengan harga minyak, tapi pemimpin mampu hidup mewah tak rasa pelik ke?" tulis beliau di akaun Twitter miliknya dua hari lalu.

Tulisan itu menjadi viral menerima lebih 4,000 retweet, selain orang ramai turut menyiarkan semula 'screenshot' tersebut di facebook dan whatsapp.

Kadar harga minyak petrol terkini (20 Februari 2017) bagi 10 negara-negara pengeluar minyak dunia (dalam RM) bagi setiap liter adalah seperti berikut.

Venezuela kekal sebagai negara paling murah menjual minyak kepada rakyatnya di kalangan negara pengeluar dengan harga hanya 4 sen (RM0.04) per liter manakala Qatar di tangga ke 10 teratas di kalangan negara pengeluar minyak dengan harga RM2 per liter.

Berbalik kepada persoalan oleh Ahmad Idham, kenapa rakyat Malaysia terbeban dengan harga minyak, tetapi pemimpin boleh hidup mewah, mana tidaknya pemimpin kerajaan terutama menteri-menteri, termasuk perdana menteri tidak perlu membayar kos minyak kenderaan mereka kerana ia ditanggung sepenuhnya oleh rakyat.

Jadi perdana menteri dan menteri-menteri kabinet, peduli apa dengan kenaikan harga minyak, mereka bukan perlu bayar kos minyak pun. Contohnya Najib, naik jet peribadi ke sana ke mari, kos minyak pesawat berjuta ringgit satu sen dia tak perlu keluar duit.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/02/ahmad-idham-hairan-kenapa-rakyat.html#ixzz4ZtB68Tpk

BOLEH MENANGIS PEMIMPIN BN BILA BACA POST PENGARAH FILEM NI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 28, 2017 5:59 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



YANG MENJAHANAMKAN MELAYU IALAH ORANG MELAYU SENDIRI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Johor Bahru: Enam suspek lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah dan penyelewengan membabitkan tanah di negeri ini dipercayai terbabit dalam penukaran status rumah berstatuskan Bumiputera kepada bukan Bumiputera.

Menurut sumber SPRM, aktiviti penukaran status itu dipercayai dibuat sejak 2013 membabitkan beberapa pemaju di Johor secara langsung menyebabkan mereka yang layak mendapatkan rumah Bumiputera tidak mampu untuk membeli rumah.

"Apabila rumah berstatuskan Bumiputera ditukar kepada bukan Bumiputera harga sesebuah rumah akan meningkat sebanyak beberapa kali ganda daripada harga asal.

"Ini sekali gus apabila penukaran status itu dilakukan ia menguntungkan pemaju dan mereka yang terbabit dalam aktiviti itu, tetapi yang terseksa adalah masyarakat yang ingin memiliki rumah sendiri," katanya di sini, hari ini.

Sumber berkata, modus operandi pemaju menukar status itu adalah dengan menyorokkan hampir 30 peratus kuota yang disediakan untuk pembeli Bumiputera daripada senarai dengan mendaftarkan nama pekerja mereka yang mempunyai status Bumiputera.

Difahamkan, pemaju akan membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menukar status rumah itu dengan alasan ia tidak berjaya dijual, sedangkan apabila ditanya pembeli, pemaju memberi alasan rumah berstatuskan Bumiputera sudah habis dijual.

Katanya, menerusi maklumat yang dikumpul setakat ini, pemaju akan dikenakan denda pada kadar tertentu yang sepatutnya dimasukkan ke dalam satu tabung khusus yang diwujudkan untuk digunakan bagi tujuan membiayai kemudahan di kawasan perumahan.

Bagaimanapun, hanya sebahagian dari keseluruhan jumlah itu dimasukkan ke dalam tabung berkenaan, manakala bakinya disyaki diseleweng.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kewujudan penipuan dalam penukaran status Bumiputera kepada bukan Bumiputera itu.

Beliau berkata, SPRM masih dalam proses menyiasat pejabat suspek untuk mendapatkan dokumen yang boleh membantu mengumpul lebih banyak maklumat berhubung penipuan terbabit.

"Saya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditangkap berhubung siasatan kes ini," katanya.

Sumber: h.metro

PEMIMPIN KAKI REMBAT AKAN MELAHIRKAN RAKYAT KAKI REMBAT
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 28, 2017 5:59 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Permainan Bola Sepak Didakwa Dipengaruhi Ilmu Hitam, Gol Berjaya Dihasilkan Beberapa Minit Selepas Penyerang 'Korek' Tiang Gol Lawan
siakapkeli.my

Satu kejadian pelik ketika perlawanan bola sepak di Rwandan menyebabkan Rwanda Football Federation(FERWAFA) terpaksa mengumumkan penggunaan ilmu hitam adalah tidak dibenarkan sama sekali dalam perlawanan anjurannya.

Perkara itu datang selepas satu insiden pelik awal bulan ini yang dirakamkan ketika perlawanan antara kelab Mukura Victory Sports dan Rayon Sport.

Kejadian itu berlaku di minit-minit terakhir separuh masa pertama, yang mana melihat kelab Rayon berada di kedudukan 1-0.

Ketika penjaga gol kelab Mukura sedang leka di luar petak gol, salah seorang penyerang dari kelab Rayon, Camara, berlari ke arah tiang gol lawannya itu dan melakukan satu aksi yang pelik.

Camara dipercayai mengorek dan membuang sesuatu dari tiang gol terbabit sebelum penjaga gol kelab Rayon dilihat tergesa-gesa berlari ke arah golnya bagi menghalang aksi Camara.

Namun, penjaga gol itu tidak sempat menghalang Camara dan Camara dilihat menyerahkan sesuatu kepada pemain di bangku simpanan.

Tidak lama selepas itu, kamera beralih dan memaparkan penyerang berkenaan diberikan kad kuning oleh pengadil tetapi tidak dapat dipastikan apa sebabnya.

Insiden pelik itu mengundang kontroversi apabila satu gol berjaya dihasilkan tidak lama kemudian biarpun masa hanya berbaki empat minit.

Tonton video insiden itu dibawah.

Ini pula rakaman video memaparkan Camara memberikan sesuatu kepada pemain di bangku simpanan.

Timbalan presiden FERWAFA, Vedaste Kayiranga dalam satu kenyataan berkata:

"Memandangkan tiada kaedah saintifik untuk membuktikan penggunaan ilmu hitam, langkah ini akan mengambil kira laporan dari pegawai perlawanan dan apa-apa sahaja yang dilihat menyerupai amalan itu akan dilihat dan dipertimbangkan.

Sumber: Paste Magazine

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from ~:eSpAcE9808:~
1 of 1 File(s)

Tue Feb 28, 2017 6:46 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Sememangnya PAS boleh diharap

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

Oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah

Tajuk di atas membawa dua maksud yang sangat signifikan kepada apa yang telah PAS berjaya raih dan insya Allah akan meraih. Maksud pertama ialah PAS sememangnya boleh diharap bagi membawa agenda perubahan kepada bukan sahaja negeri, malah kepada negara juga dengan nilai teras Islam yang PAS bawakan kepada rakyat Malaysia.

Keduanya sememangnya PAS 'boleh' diharap iaitu PAS telah berjaya dengan sasaran programnya di HARAP 3.5 di Besut yang berakhir Sabtu lalu. Ini terbukti dengan kehadiran bertali arus pengunjung-pengunjung selama tiga hari program berlangsung. PAS Boleh!

Tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang bertungkus lumus memberikan yang terbaik kepada tetamu. Saya yakin, kejayaan menarik begitu ramai tetamu ini adalah kerana rakyat begitu teruja ingin mengetahui apakah tawaran lain PAS selain daripada pemerintahan berteraskan Islam kepada rakyat jelata. PAS sangat dipercayai oleh rakyat bagi menggantikan pemerintahan korup Umno sekarang ini.

Sangkaan saya setelah penat berhimpun untuk menyokong RUU 355 di Kuala Lumpur, dalam tempoh kurang seminggu, berkemungkinan kehadiran ke HARAP akan berkurang. Namun nyata ianya meleset. Rupanya semangat rakyat terus membara. Tanpa mereka peduli penat dan wang ringgit, mereka tetap hadir.

Ada pihak yang menjadi tidak keruan dengan kejayaan PAS ini. Lalu bagai menjerit-jerit amarah mereka dilampiaskan kepada PAS. Ada yang berkata mereka boleh menghimpunkan jumlah lebih besar dari RUU 355. Ada pula yang menyindir PAS sentiasa berjaya mengumpulkan puluhan atau ratusan ribu penyokong apabila membuat program, tetapi tetap kalah apabila PRU.

Tidak ketinggalan juga yang mendakwa PAS sudah berpecah. Mereka sudah merampas sebahagian besar ahli PAS. Semuanya bersuara mengeji tanpa noktah. Begitu menggelegak tekanan di dalam tubuh mereka, tidak dapat dibendung lagi. Namun, PAS tetap PAS, tidak perlu melayan kerenah mereka ini, yang hanya mahu menumpang populariti PAS.

Umpan yang diberikan ialah Putrajaya ataupun kemenangan di dunia ini. Tidak dinafikan, memang semua pihak yang bertanding mahukan kemenangan. Tetapi bagi PAS, syarat utama kemenangan itu, mestilah diiringi dengan redha Allah. Jika kalah tetapi diredhai Allah PAS bersyukur. Alangkah lagi jika menang. Tetapi jika menang tanpa redha Allah, apakah maknanya? Inilah penekanan yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS, ketika merasmikan program HARAP 3.5 baru-baru ini dan juga oleh Mursyidul-Mursyidul Am PAS yang lalu.

Ketegasan ini sangat menyakitkan perasaan lawan atau pendengki PAS apabila umpan mereka hulurkan, tidak dimakan oleh PAS. Berusaha mereka bagi memancing PAS, tetapi hampa kerana mereka tidak membawa keredhaan Allah bersama umpan mereka. Lantas, dengan senada, mereka secara bersama, menghina, memfitnah, mengugut, menekan dan berbagai-bagai lagi ke atas PAS.

Ada juga sebahagian daripada mereka memuji PAS, namun ianya tetap sama, tiada membawa bersama mereka keredhaan Allah. Bagaimana mereka mahu membawa bersama keredhaan Allah jika mereka sendiri juga tidak mengasaskan jemaah mereka berdasarkan kehendak Allah? Apa yang membuatkan dahi kita berkerut ialah, sudah hampir pupus suara DAP menghina PAS, tetapi khadamnya sangat setia berkhidmat kepada tuannya pula tetap istiqamah menghentam PAS. Untunglah DAP.

Bagai menjamu budu, semakin dilenyek dengan cili yang pedas, semakin digaul dengan tempoyak yang busuk, semakin diperah dengan limau yang masam, semakin enak pula dimakan, semakin ramai yang mahu menjamah. Paling bernilai ialah, di sebalik semua kejian, cacian, penghinaan ini, rakyat tetap bersama PAS.

Jumlah keahlian baharu yang diluluskan semenjak perginya golongan penentang dasar PAS dua tahun lalu, yang direkodkan ialah ribuan ahli baharu diterima tiap-tiap bulan. Jika benar PAS sudah berpecah, silalah pergi jauh-jauh dari PAS. Umpama rangkap pantun….
Apa diharap padi seberang
entahkan jadi, entahkan tidak
apa diharap padanya orang
entahkan sudi, entahkan tidak.

Tuntas, PAS tidak sudi. Pergilah bersama 'separuh' ahli PAS yang telah dibawa lari itu. PAS hanya mahu menumpukan menentang penyelewengan Umno BN bagi mengembalikan hak rakyat menurut Islam.

Racauan itu tidak hanya terhad kepada pembenci luar sahaja, malah pembenci dalaman juga. Mungkin saki baki daki tinggalan kumpulan penentang dahulu, baharu kini timbul untuk dibersihkan. Apa yang menarik di sini ialah, kesepakatan mereka mengacau PAS bagi melawan Umno, sangat tersusun. Begitu liciknya Umno meninggalkan baka mereka di dalam parti lain, bagi memudahkan kerja mereka. Ibarat British yang meninggalkan benih mereka sebelum diberikan kemerdekaan, begitulah juga para pembenci PAS, bagaikan dipersiap Umno. PAS terpaksa melanggar benteng mereka ini dahulu sebelum bertemu dengan Umno. Dan sudah tentu PAS kepenatan kerana melayan mereka dahulu.

Marilah kita sama-sama mencukupkan syarat kemenangan kita, agar kemenangan kita diredhai Allah dengan mengerjakan suruhan Allah di setiap masa. Budaya Politik Matang dan Sejahtera kita, semakin disukai rakyat. Anak-anak muda adalah golongan teramai mengikuti program PAS. Semakin dihimpit, semakin gagah kita berjalan. PAS tidak mengharapkan kepada manusia, tetapi hanya kepada Allah. Manusia hanya sebagai asbab kemenangan. Oleh itu, PAS tidak peduli siapa yang mahu keluar kerana mereka adalah manusia. Selagi PAS berpegang kepada jalan Allah, ugutlah, hinalah, bencilah, tekanlah, PAS istiqamah, tidak akan meninggalkan jalan Allah insya Allah.

Semoga Besut memberikan kerusi kepada PAS dengan semua Dun yang lain mengekalkan dan menambah kerusi PAS. Langkahan kita semakin kemas, menjadikan lawan tidak ketahuan punca. Kalau PAS tidak kuat, kalau PAS lemah, kalau PAS sudah terpinggir dari arus politik negara, masakan tidak kenal jemu mereka sibuk menghentam kepada PAS saban hari? Hanya orang yang kurang akal sahaja yang menyibukkan diri dengan barang yang tidak berharga. Mereka tahu nilai PAS, tapi mereka malu. Jumpa kita di HARAP 3.6 di Kuala Berang, insya Allah.

Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
1 Jamadilakhir 1438 / 28 Februari 2017

Jadilah 'Geng' Yang Mempertahankan Islam

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

SHAH ALAM: Tamadun Mesir, China, India, Rom dan Parsi meninggalkan kesan dari bangunan-bangunan tersergam indah dan menjadi kunjungan pelancong, manakala kehebatan seni binanya diagung dan banggakan oleh masyarakat dunia, berbanding istana Nabi Sulaiman A.S pemerintah dunia dan Raja Zulkarnain penakluk negara besar yang langsung tidak dinampakkan oleh Allah S.W.T.

Hinggakan binaan dari penindasan dan kezaliman ke atas manusia itulah dianggap tamadun, lalu umat dunia ini melupakan peranan para Nabi dan Rasul A.S, sebagaimana juga manusia membiarkan diri hidup di bawah pelbagai ajaran menyesat dan teori atau sistem pemerintahan yang menghamba serta mencengkam.

Namun, ajaran Islam tetap ada sehingga ke hari ini yang wujud dalam diri manusia walaupun ia cuba ditentang dan dihapuskan, tetapi cahayanya tidak pernah terpadam, demikian senario yang digambarkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, peranan itu telah disambung oleh para ulama di sepanjang zaman yang menjadi tonggak kepada perjuangan Islam dengan mewarisi pusaka ilmu ditinggalkan para Nabi dan Rasul, sebagaimana ditunjukkan Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama (Geng Ustaz) dalam mempertahankan kepimpinan ulama.

"Allah menjadikan bangsa Arab yang meninggalkan Islam jatuh, (tetapi) Islam tidak jatuh, Islam diambil alih oleh bangsa Kurdish, mencipta Salahuddin al-Ayubi, yang membebaskan Baitul Maqdis dan penaklukan tentera Salib selama 100 tahun. Allah melahirkan Kerajaan Mamalik, bangsa Turki yang mengalahkan Tartar dan Ain Jalut dan mendirikan Kerajaan Uthmaniyah.

"Allah menjadikan kuasa Islam silih berganti. Mana-mana bangsa yang menerima Islam, kaum lain, masyarakat majmuk, yang berada dalam dan menerima pemerintahan Islam yang adil, mereka menerima kedatangan Islam sebagai penyelamat, bukan sebagai penjajah imperialisme.

"Islam adalah futuhat, membuka negeri-negeri dengan hukum yang adil, tidak menjajah, Islam memerintah wilayah yang besar, masyarakat majmuk, pelbagai kaum dan agama, bukan macam penjajah yang memperhambakan rakyat.

"Islam telah berjaya menguasai bangsa-bangsa dunia berbagai agama dengan empat konsep yang penting. Pertama, beriman kepada Allah. Kedua, beriman kepada hari akhirat. Ketiga, bertakwa dan keempat adil untuk semua. Empat konsep ini, Islam berjaya menguasai hati-hati manusia," ujarnya pada Majlis Makan Malam Geng Ustaz, di sini baru-baru ini.

Hurainya, daripada konsep-konsep tersebut, terhapuslah kediktatoran, pemerintah berlagak tuhan, teokrasi, perhambaan pengikut oleh ahli agama, tidak menipu dan menggoda rakyat, tidak melepaskan diri bila melakukan kesalahan, tidak menyalahgunakan kuasa dan mempengaruhi urusan-urusan keadilan serta takut untuk melakukan kezaliman.

Malah tambah beliau, terhapusnya kasta dan perbezaan kaum, adil untuk semua termasuk bukan Islam dan musuh di mana dilarang menzalimi rakyat biar apapun pegangannya.

Tuan Guru memetik kisah pembunuhan tawanan perang dari kalangan Bani Khuzaimah oleh Panglima Khalid al-Walid hingga Baginda memerntahkan pembayaran diyat sebagai contoh keadilan Islam, walaupun di zaman itu tiada mahkamah atau piagam antarabangsa.

Berbeza katanya di zaman ini di mana tragedi kapal terbang Korea Selatan ditembak Rusia tahun 80-an, kapal terbang Iran ditembak di Teluk tahun 90-an dan kapal terbang Malaysa di Ukraine dan hilang di Laut China Selatan yang tidak diambil tindakan badan perundangan dunia.

Malah perinci beliau terdapat banyak perakuan menunjukkan Islam menguasai hati-hati manusia dan mampu menguasai negeri dengan kesejahteraan serta kemakmuran, namun malangnya terdapat parti-parti Islam dalam dunia hari ini tidak berani menyatakan pelaksanaan syariah dan matlamat menegakkan agama Islam.

"Termasuk Arab Spring 'Ar-Rabiul Arabiy' yang terkenal, (umpama) musim bunga yang tidak berbuah. Mengapa tidak berbuah? Kerana Islam negara Arab meninggalkan agenda Islam, membawa agenda politik di atas nama demokrasi.

"Mereka melupai bahawa negara Barat yang menyokong mereka di atas nama demokrasi, negara yang mendokong diktator dan Arab juga, untuk menahan kebangkitan Islam, mereka lupa ini semua. PAS istiqamah, konsisten, dengan dasar kita. Termasuk rakan kita Parti Sa'adah (Sadet Party) di Turki, istiqamah, konsisten.

"Tak apa tak menang pilihan raya tak apa, tak mengapa tak menang pilihan raya. Tetapi cahaya itu tidak padam, jangan mengejar pilihan raya, untuk menang semata-mata, meninggalkan teras perjuangan kita iaitulah Islam.

"Di sinilah peranaan NGO seperti Geng Ustaz ini. Jangan macam geng besar, geng samseng, tunjuk ek (berlagak) saja. Kita geng yang mempertahankan kesucian, kepentingan ajaran Islam," ujarnya mengingatkan.

Rahsia kekuatan Islam

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net


Oleh USTAZ HAZMI DIBOK

Islam pasti akan menang kerana Allah SWT pasti akan menyempurnakan cahaya Islam walaupun seribu satu cabaran merintangi. Islam akan menang kerana Islam adalah dari Allah. Islam adalah cara hidup yang benar (ad-dinul haq) bersumberkan wahyu (hidayatud-din). Gagasan Islam adalah - menang mengatasi seluruh cara hidup (agama atau ideologi) yang lain. (rujuk surah As-Soff ayat 9)

Sebab itulah penting untuk kita istiqamah dengan Islam yang bersumberkan wahyu (Al-Quran dan As-Sunnah). Bukan Islam warisan semata-mata. Bukan juga Islam separuh-separuh (sekular). Bukan juga Islam liberal. Bermain-main dengan istilah dan matlamat yang muluk-muluk tetapi hakikatnya membelakangkan inti dan perincian syariat. Ingin mencapai matlamat (maqasid) dengan perincian sendiri. Al-Quran adalah hidayah dan bayyinah. Petunjuk dan perincian kepada petunjuk.

Sebab itulah penting mendapatkan bimbingan dan pimpinan ulama. Namun, ulama yang bagaimana? Ulama yang kita thiqah dengan ilmu dan amalnya. Ulama yang mewarisi Nabi Muhammad SAW yang merupakan Al-Quran yang hidup berjalan di atas muka bumi. Kerja buat Nabi SAW adalah terjemahan dan pelaksanaan daripada isi kandungan Al-Quran. Begitulah ulama yang wajib kita ikuti.

Ulama yang mengajar tentang solat dan dia mengimami solat. Ulama yang mengajar tentang dakwah dan kehidupannya dihabiskan dengan dakwah. Ulama yang mengajar tentang politik Islam lalu dia laksanakan malah memimpin gerakan politik Islam sebagaimana Rasulullah SAW memimpin politik. Ulama yang mengajar tentang kejerihan, keperitan, kesakitan, cemuhan dan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Nabi-nabi yang terdahulu termasuk Nabi Muhammad SAW, lalu dia juga melalui mehnah dan tribulasi sedemikian. Ulama yang diakui ilmunya serta dibuktikan dengan amalnya di lapangan.

Inilah ulama yang thiqah. Agar hati kita damai dan tenteram meneladaninya dan mengikut tunjuk ajarnya. Sementelah lagi jika mereka membimbing kita dengan ilmu dan pelaksanaan secara jamaie (kolektif). -

Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Pahang.

Matlamat PAS mendaulatkan Islam

Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
tranungkite.net


Oleh AHMAD AMZAD HASHIM

SAYA sekali lagi pening kepala pagi ni. ila ada sahabat yang kongsikan tajuk besar berita "Matlamat PAS Bukan Untuk Jatuhkan Umno" yang dikatakan merujuk kepada ucapan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Abduh bin Almarhum Tok Guru Nik Abd Aziz.

Ada pemimpin yang bahasanya terus. Ada pemimpin yang bahasanya perlu kepada huraian lanjut.

Umumnya ahli PAS ada yang benar-benar menghayati perjuangan PAS dan ada yang hanya ikut ikutan tanpa berada di atas landasan tarbiyyah (pendidikan) yang membantu ia memahami dan menghayati perjuangan.

Bahasa mudah orang PAS yang menghayati perjuangan apabila ditanya pasal apa masuk PAS, nak apa? Maka umumnya dijawab mahu berjuang Islam atau mahu keredhaan Ilahi.

Bagi orang PAS yg tidak menghayati maka jawapannya macam-macam misalnya nak lawan Umno, 'nok mappuh Umno', nak jadi kerajaan. Ada yang masuk PAS hanya kerana nak marah 'tok wakil' Umno tak tolong bebaskan anaknya yang dimasuk lokap kesalahan dadah!

Berkenaan "Matlamat PAS Bukan Untuk Jatuhkan Umno" seperti tajuk artikel yang mudah jadi sensasi ini, ia perlukan huraian lanjut.

Kerana apa pun berkenaan organisasi besar PAS mesti berjalan di dalam kerangka Perlembagaan PAS yang memuatkan fasal fasal asas antara lain tentang DASAR, SERUAN, MATLAMAT DAN TUJUAN dan USAHA USAHA.

Meletakkan jatuh bangunnya Umno sebagai satu 'Matlamat PAS' adalah seperti merendah-rendahkan gagasan besar perjuangan PAS yang digariskan dalam Perlembagaan PAS.

Matlamat PAS adalah seperti digariskan pada Fasal 5 berikut:

"FASAL 5. Tujuan PAS ialah:

Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara."

Kerana itu Umno perlu dinilai keberadaannya dalam konteks matlamat PAS.

Bukan dijadikan sebahagian matlamat PAS itu sendiri.

Jika Umno menjadi halangan, maka demi matlamat PAS, wajarlah usaha usaha diambil bagi mengatasi halangan itu. Termasuklah penyertaan PAS dalam politik pilihan raya menentang pelbagai pihak termasuklah Umno.

PAS menggariskan pelbagai usaha di dalam perlembagaan PAS dalam memandu pencapaian matlamat PAS.

"FASAL 6. Usaha-usaha

Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah Rasul-Nya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'at serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan

Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar."

Majlis Syura Ulamak PAS yang diketua Mursyidul Am PAS, sekarang ini Tuan Guru Datuk Hashim Jasin adalah badan tertinggi dalam organisasi PAS yang mengawal tindak tanduk PAS agar selari dengan Prinsip dan Dasar Perjuangan PAS.

Perkara besar seperti tahaluf siyasi, dinilai dulu oleh Majlis Syura Ulamak. Bukan diserahkan bulat-bulat kepada akar umbi melalui mandat muktamar agong PAS. Kena diperhalusi dulu jika berbangkit soal hukum hakam. Juga soal yang memerlukan penilaian pakar. Musuh Islam, sekalipun boleh beri kemenangan pilihan raya, tak boleh dibuat kawan rapat.

Dalam soal Umno, Majlis Syura Ulamak PAS telah mengeluarkan kenyataan tahun lalu bahawa PAS tidak akan ada pakatan politik dengan Umno.

Selari dengan itu, di mana pun kenyataan dan ceramah oleh pemimpin-pemimpin utama PAS, Presiden PAS, Timbalan dan Naib-naib Presiden, menghantar mesej jelas PAS akan bertanding menentang Umno dalam PRU14 akan datang.

Malah pada PRU14, PAS akan menentang Umno dan BN dengan bertanding jumlah kerusi lebih besar berbanding penyetaan PAS pada PRU13 lalu.

Begitu sekali bersungguhnya PAS mahu menggantikan Umno demi perjuangan Islam yang boleh menyelamatkan negara

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 28, 2017 6:47 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



"Salah Ketuk Boleh Lumpuh," Ulasan Pakar Ortopedik Tentang Video Tular Ketuk Untuk Rawatan Tulang Belakang
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari menjadi tular di laman sosial beberapa buah video yang memaparkan rawatan membetulkan tulang belakang dengan menggunakan kaedah mengetuk.

Video berkenaan memaparkan pengamal rawatan berkenaan melukis bentuk tulang belakang di atas belakang sebelum menandakan kawasan yang perlu diketuk menggunakan tukul dan kayu beralaskan kain.

Terpanggil mengulas mengenai video berkenaan, Pakar Ortopedik Hospital Dr Mahyuddin Mohamed menyatakan dia amat risau mengenai perkara ini di aman menyatakan rawatan berkenaan adalah tidak betul di mana lukisan atas badan hanya agak-agak dan tulang belakang tidak boleh diketuk, silap langkah pesakit boleh lumpuh.

Rawat Slipped Disc dengan Pengetuk!

Tok, Tok, Tok!

Sedapnya ketuk belakang orang dengan kayu dan tukul. Katanya boleh betulkan slipped disc. Adoi, harapnya janganlah ada yang percaya. Slipped disc TAK AKAN dapat dibetulkan dengan mengetuk!
Risau betul la saya rasa. Jangan 11 ribu share tu bermakna 11 ribu manusia yang percaya dah la.

Saya akan sentuh 2 perkara sahaja bagi MENAFIKAN rawatan yang ditayangkan dalam video ini.
Sedikit mengenai Slipped Disc

Tulang belakang manusia terdiri daripada 33 tulang iaitu:
7 tulang Cervical (C1-C7)
12 tulang Thoracic (T1-T12)
5 tulang Lumbar (L1-L5)
5 tulang Sacrum (S1-S5)
4 tulang Coccyx

Intervertebral Disc ialah Disk (kusyen) yang melapik antara 2 tulang belakang. Ia berfungsi bagi menyerap tekanan apabila kita bergerak atau mengangkat berat. Kusyen ini boleh pecah dan struktur dalamnya (yang dikenali sebagai nucleus pulposus) boleh beralih dan menekan saraf tulang dan/atau anak saraf menyebabkan kaki menjadi lemah atau kebas.

Kesakitan tipikal yang berlaku ialah kesakitan seperti karen elektrik yang menjalar dari kawasan punggung ke belakang peha dan betis. Keadaan ini dikenali sebagai Slipped disc (atau Prolapsed Intervertebral Disc/PID). Ia paling kerap berlaku antara tulang L4L5 dan L5S1.

Penjelasan 1

Nak merawat slipped disc ni, bukan boleh main suka-suka ketuk. Garisan yang dilukis secara kasar sebegini adalah amat TIDAK TEPAT. Ketuk pun main intai-intai bawah kain.

Bagi mengetahui lokasi slipped disc, doktor akan bertanya simptom dan melakukan pemeriksaan.

Kami akan tahu level mana berdasarkan pemeriksaan kerana setiap sendi peha, lutut, buku lali dan jari pesakit mewakili saraf yang berbeza dan kami tahu saraf mana yang tertekan. Diagnosis akan dapat dipastikan dengan MRI scan (disc TIDAK akan kelihatan dalam xray).

Rawatan akan diberi secara tanpa pembedahan (ubat, fisioterapi & penjagaan tulang belakang) terlebih dahulu. Majoriti pesakit akan sembuh. Bagi pesakit yang mengalami tekanan saraf yang serius sehingga menyebabkan lemah sendi dan kekebasan, pembedahan MUNGKIN perlu.

Jika pembedahan dilakukan, ia perlu dibuat selepas menjalani MRI bagi memastikan lokasi slipped disc itu. Di bilik bedah, doktor akan menggunakan Image Intensifier (xray) bagi sekali lagi menandakan kawasan yang terbabit dengan tepat sebelum prosedur dilakukan. Bukan main tanda dengan pembaris dan ketuk lebih kurang!

Penjelasan 2

Dari segi anatomi, cara sebegini nak betulkan slipped disc pun dah TAK betul. Adalah mustahil disk yang terkeluar tu boleh kembali ke kedudukan asal dengan ketukan hikmat ini.

Mari kita tengok anatomi. Kalau diketuk dari belakang macam dalam video ni, kesan ketukan TIDAK AKAN sampai pun ke disk yang terkeluar tu. Kenapa? Kerana disk yang slipped tu kat depan, bukannya dari arah belakang. (Lihat Gambar cross-section tulang belakang di bawah)
Ketuk dari arah belakang macam dalam video ni, ia akan kena kulit je, kalau ada pun kesan tekanan, yang lebam ialah otot paravertebral muscle anda kat dalam tu.

Tenaga ketukan akan ditahan oleh spinous process terlebih dahulu, kalau lah nauzubillah, spinal process anda pecah, yang kena lepas tu ialah spinal cord atau saraf tunjang yang terletak di depan disk tu. Disk tak kena pun, yang kena ialah saraf tunjang anda! Habis nak rawat slipped disc, LUMPUH pula anda jadinya sebab saraf tunjang dah rosak!

Kesimpulan

Menurut ilmu Ortopedik, cara sebegini adalah MUSTAHIL dapat memberi apa-apa kesan kepada disk yang terkeluar itu (slipped disc). Yang jelas akan terkesan dan terkeluar ialah wang anda.

Ikhtiar tu ikhtiar la juga. Alternatif tu alternatif la juga. Tapi pastikan ada asas kebenaran dari segi logik akal. Sains tidak akan bercanggah dengan agama. Ilmu Sains akan sentiasa membenarkan apa yang tertulis dalam AlQuran.

Anda boleh baca penjelasan dan penulisan saya mengenai slipped disc dan rawatannya di www.mmgazette.com

Tolong kongsikan agar kebenaran disebarkan kepada lebih ramai daripada 11 ribu yang share video asal. Terima kasih.

#DrMahyuddin Dat├▓ Mohamed
Pakar Ortopedik HOSHAS
Vice President 2,
Malaysian Integrated Medical Professionals Association (MIMPA)
#MedTweetMY
#MedicalMythbustersMalaysia (M3)
#MalaysianMedicalGazette (MMG)

- Siakapkeli.my

Sakit Belakang Angkara "Slipped Disc"- Dr Ahmad Mahyuddin
mmgazette.com
by Hidayah •

Adakah anda selalu mengalami sakit belakang? Mungkin ada kenalan anda mengatakan anda menghidap 'slipped disc' atau disk tergelincir. Ramai yang berpendapat, apabila sakit belakang sahaja, ia adalah berpunca daripada slipped disc. Benarkah begitu? Apakah disk yang dimaksudkan?

Mengikut statistik, masalah sakit belakang amat kerap berlaku. Hampir 70 peratus manusia dewasa akan mengalami sakit belakang pada satu-satu masa kehidupan mereka. Lebih 50 peratus daripada jumlah ini akan sembuh dalam masa seminggu selepas mendapatkan rawatan dan 90 peratus lagi sembuh antara 1 hingga 3 bulan selepas menjalani rawatan. Hanya sebahagian sahaja yang mengalami masalah slipped disc.

Slipped disc ini sebenarnya merujuk kepada bahagian disk atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat, membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve root) tulang belakang pesakit. Bagi pengamal perubatan, kami menyebutnya sebagai Prolapsed Intervertebral Disc (PID) atau Herniated Nuclus Pulposus (HNP).

Disk tulang belakang kita terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu Annulus fibrosus dan Nucleus pulposus. Ia berfungsi sebagai pelapik antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai penyerap tekanan serta membenarkan pergerakkan berlaku antara tulang belakang kita.

Masalah slipped disc ini berlaku apabila struktur Annulus fibrosus terkoyak dan ini membolehkan Nucleus pulposus menerobos keluar dan menekan struktur saraf.

Punca-punca Slipped disc

Antara punca-punca yang dikenalpasti boleh menyebabkan masalah ini berlaku adalah:

1.. Trauma – contohnya pesakit jatuh terduduk, mengalami kemalangan jalanraya dan sebagainya.
2.. Pesakit mengangkat bebanan yang berat – contohnya kerana pekerjaan, atau mendukung anak untuk tempoh masa yang lama
3.. Tidak menjaga postur belakang semasa duduk atau mengangkat barang. Posisi membongkok akan menyebabkan disk menekan saraf di belakang.
4.. Duduk terlalu lama – contohnya pemandu lori dan bas yang duduk berjam-jam lamanya kerana memandu
5.. Sukan mengangkat berat

Ia juga menjelaskan kenapa masalah slipped disc ini berlaku secara majoritinya dikalangan pemuda dalam usia 20 ke 30-an terutamanya mereka yang bekerja sebagai buruh kasar dan selalu mengangkat bebanan.

Mengikut kajian, individu yang obes dan merokok juga lebih mudah bagi mendapat masalah ini.

Sakit belakang yang menjalar

Individu yang mengalami slipped disc secara umumnya akan datang dengan rasa sakit belakang yang menjalar ke bahagian belakang punggung, peha dan kadangkala betis mereka. Dalam kes yang teruk, mereka mungkin juga kehilangan kekuatan pada otot kaki dan mengalami rasa kebas pada sebelah atau kedua-dua kaki. Terdapat juga kes yang serius dimana pesakit tidak lagi dapat mengawal kencing dan tercirit. Ini adalah disebabkan oleh tekanan saraf yang serius dan pesakit ini perlu menjalani pembedahan segera.

Prolapsed disc boleh dibahagikan kepada 3 peringkat:

1.. Disc protrusion – Disk menonjol keluar tapi belum terkoyak
2.. Disc extrusion – Annulus Disk terkoyak, bahagian nukleus terkeluar tapi masih tidak masuk ke ruang saraf tunjang (spinal canal) kerana dihalang oleh Posterior Longitudinal Ligament
3.. Disc sequestration – Tisu nucleus pulposus pecah dan masuk ke dalam ruang saraf tunjang

Simptom dan keadaan pesakit bergantung kepada peringkat PID berlaku. Pesakit yang mengalami protrusion biasanya hanya mengalami sakit belakang yang kadangkala menjalar ke kaki, namun jika melibatkan peringkat extrusion atau sequestration, kesakitan adalah tidak tertahan lagi dan boleh menyebabkan kekebasan dan hilang kekuatan bagi menggerakkan sendi pada salah satu atau kedua belah kaki.

Perlukah MRI dilakukan?

Imbasan Xray akan dilakukan terlebih dahulu bagi melihat struktur tulang belakang pesakit. MRI atau Magnetic Resonance Imaging akan dilakukan bagi memastikan diagnosis, sekiranya perlu. MRI juga akan dilakukan sekiranya pesakit mempunyai simptom dan tanda tekanan pada saraf iaitu lemah otot, kebas atau tidak dapat mengawal kencing dan air besar.

Rawatan

Pada peringkat awal, untuk kes disc protrusion, di mana disk yg terkeluar tidak terlalu teruk, ia boleh dirawat dengan menjaga bahagian belakang kita iaitu dengan menggunakan postur badan yang betul dan mengelakkan diri daripada mengangkat benda-benda yang berat. Postur yang betul boleh mengelakkan masalah ini menjadi lebih serius kerana pesakit yang gemar duduk membongkok akan mengakibatkan disk beliau makin tertonjol ke belakang dan menekan saraf.

Pesakit akan diberi ubat penahan sakit dan ubat anti-radang bagi mengurangkan kesakitan. Fisioterapi termasuk menggunakan kaedah haba (heat therapy) dan ultrasound boleh membantu. Senaman bagi menguatkan otot belakang juga akan diajarkan kepada pesakit. Bagi sesetengah pesakit, teknik lumbar traction (menarik pinggang pesakit dengan pemberat bagi meregangkan ruas antara tulang belakang pesakit) didapati turut membantu.

Namun sekiranya slip disc ini agak serius dan menekan saraf, ia akan menyebabkan kaki menjadi kebas dan kadangkala lemah. Pada peringkat ini, kadangkala fisioterapi tidak lagi berkesan dan pembedahan mungkin perlu dilakukan bagi membebaskan saraf yang tertekan. Kurang daripada 10 peratus pesakit memerlukan pembedahan.

Pembedahan yang dilakukan melibatkan pembuangan disk yang menekan saraf. Ia dilakukan dengan menggunakan kamera xray khas (Image Intensifier) di bilik bedah. Teknik terkini melibatkan bukaan yang kecil dengan menggunakan kamera dan alatan khusus bagi membuang disk yang bermasalah.

Kemungkinan lain

Terdapat juga beberapa masalah lain yang boleh menyebabkan sakit belakang selain daripada prolapsed disc. Antara masalah lain yang boleh menyebabkan sakit belakang ialah:

1.. Kerosakan sendi facet pada tulang belakang (Facet arthropathy)
2.. Kerosakan atau kekoyakkan disk (Discogenic back pain)
3.. Ketegangan otot lumbar (Lumbar muscle spasm)
4.. Kanser tulang
5.. Jangkitan kuman pada tulang belakang (Pyogenic or Tuberculous infection)
6.. Perubahan pada struktur tulang akibat penuaan atau kecederaan (Lumbar spondylosis)
7.. Tulang rapuh (Osteoporosis)
8.. Jangkitan pada sistem saluran kencing (Urinary Tract Infection)
9.. Batu karang pada ginjal atau pundi hempedu (Renal stone or gall stone)

Anda perlu berjumpa doktor bagi memastikan punca sebenar anda mengalami sakit belakang ini. Doktor akan bertanya beberapa soalan serta melakukan pemeriksaan yang khusus bagi memastikan diagnosis anda. Selepas diagnosis diberi, barulah rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.

Rujukan

1.. Overview of Orthopedics, Mark D. Miller, 5th edition, p478-481
2.. Postgraduate Orthopaedics, Paul A. Nanaszkiewicz, p265-268
3.. http://www.nhs.uk/Conditions/Slipped-disc/
Dr. Ahmad Mahyuddin seorang pakar bedah ortopedik di Pahang. Kenali beliau lebih lanjut di laman The Team.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 28, 2017 6:49 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Kenapa Ya Sesetengah Perokok Di Malaysia Kurang Ajar Sangat?
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot
Oleh : Khairul Abdullah

Tengah bersarapan di dalam sebuah restoran tiba-tiba terbau asap rokok. Bukan bau rokok sebenarnya tetapi bau dari tembakau paip yang sungguh kuat dan tengit menyusup masuk ke rongga hidung.

Gambar Oleh Google


Apatah lagi hidung sensitif anak-anak kecil lain yang sedang seronok bersarapan dengan ayah dan ibu masing-masing. Kelihatannya di sebuah meja yang dipenuhi lelaki-lelaki separuh abad sedang berdekah-dekah ketawa sambil mulut masing-masing dihiasi kepulan asap paip, rokok dan juga curut.

Bercerita tentang golf, tentang bisnes, tentang kereta. Juga sekali sekala berbahas tentang jemaah, saf di masjid, tok imam tok bilal dan sebagainya.

Mereka berkuasa untuk membuat keputusan ke atas segala. Mereka kedengarannya hebat dan seronok di dalam berbicara. Di dinding terpampang tanda larangan merokok.

Perbualan Netizens Tentang Sikap Perokok


Bukan satu sahaja tetapi terdapat beberapa tanda larangan merokok yang boleh dilihat dengan jelas. Memandangkan ianya di dalam restoran dan bukannya di kawasan luar maka tanda larangan memang diletakkan sebagai makluman kepada pelanggan. Namun apakan daya. Lelaki-lelaki tadi adalah orang yang hebat-hebat belaka.

Mereka bijak, mereka mewakili golongan yang berjaya. Masing-masing berkereta mewah, pakaian berjenama dan pastinya mereka adalah orang penting di dalam syarikat, orang penting di dalam komuniti dan juga orang penting di dalam jemaah masjid. Tiada yang berani menegur.

Kelihatan ada juga pelanggan yang memberanikan diri mengadu kepada pemilik restoran agar menasihati pelanggannya. Pemilik restoran pun hanya mampu bertanya kembali kepada pengadu "Eh ada orang merokok ke?" sedangkan asap berkepul kelihatan dari depan kaunter di mana pemilik sedang berdiri.

Mereka itu orang penting, mereka itu membawa bisnes kepada pemilik restoran. Mereka mampu membayar berapa sahaja harga yang diberikan malahan mampu untuk membayar untuk semua pelanggan lain yang sedang makan di restoran ketika itu.

Teguran atau larangan yang mengguris hati kumpulan itu pasti memberikan impak yang buruk terhadap perniagaan pemilik restoran.

Jadi beliau hanya mampu tersenyum dan bertanya kembali kepada pengadu tanpa berbuat apa-apa. Bagi pengadu yang tiada hak ke atas restoran tersebut, percubaan menegur sekumpulan lelaki yang hebat, dilihat akan membawa kepada kegurisan ego mereka dan mungkin juga akan memalukan mereka, apatah lagi di khalayak pelanggan yang semuanya memerhatikan perbuatan mereka tanpa boleh atau berani berbuat apa-apa.

Jadinya, keluar dan beralah sahaja adalah lebih baik. Untunglah jadi mereka yang hebat, berpangkat, berharta dan disegani pula oleh ahli masyarakat.

Mereka tidak perlu memikirkan pasal orang lain. Wang, pangkat dan harta boleh beli segalanya untuk mereka. Namun mereka silap. Akal, adab dan budi bahasa tidak boleh.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 28, 2017 6:49 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Kerajaan tak rugi turunkan kadar GST

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

PETALING JAYA: PAS menyeru kerajaan menurunkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai langkah mengurangkan beban rakyat ketika kadar inflasi menunjukkan peningkatan pada Januari.

Menurut PAS, kadar inflasi pada Januari berada pada 3.2%, naik hampir 90% berbanding 1.8% pada Disember. Penganalisis ekonomi meramalkan kadar inflasi akan terus naik melebihi 4% pada 3 bulan akan datang, tambah mereka.

Ini bermakna harga barangan akan terus meningkat dan pengguna terpaksa membayar lebih.

"Barangkali ini bukan berita buruk bagi kerajaan BN. Ini kerana harga barangan yang lebih tinggi bermaksud pungutan hasil GST juga akan meningkat," kata Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Menurunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi tidak akan mengurangkan nilai kutipan GST kepada kerajaan, kerana harga barangan yang lebih mahal akan mengimbangi penurunan kadar GST," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut PAS, kadar kenaikan inflasi pada Januari mengejutkan pakar ekonomi yang meramalkan kenaikan kepada 2.8%. Nilai ringgit yang rendah, menyebabkan kos import yang import, dan kenaikan harga minyak, yang melambung kos pengangkutan dikatakan penyumbang kenaikan itu.

"Apapun, kerajaan perlu beringat bahawa kadar inflasi sebenar adalah lebih tinggi di realiti," katanya, menggesa kerajaan melihat gesaan PAS.

Tuan Ibrahim menjelaskan kadar inflasi purata tidak menggambarkan beban sebenar kerana para peniaga tidak mengikut peratusan inflasi tetapi nilai sen apabila menaikkan harga barang.

"Umpamanya nasi lemak yang dijual RM2.00, tidak mungkin dinaikkan ke kadar RM2.08 mengikut kadar inflasi 4%, sebaliknya akan dinaikkan harga 10 atau 20 sen yang bersamaan dengan 5% dan 10% di sudut inflasi," katanya.

"Sekiranya rakyat perlu membayar 6 sen untuk GST untuk harga satu barangan bernilai RM1.00 di pasaran, rakyat kini perlu membayar 7 sen, jika harga barangan itu dinaikkan ke RM1.15 di pasaran."

Oleh itu, kata Tuan Ibrahim, jika kerajaan tidak mampu membatalkan GST, PAS menyeru kerajaan turunkan kadar GST sejajar dengan kenaikan kadar inflasi sebagai langkah mengurangkan beban rakyat.

Penganjur batal segmen bikini selepas dibantah PAS

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

PETALING JAYA: Penganjur pertandingan model fotografi hari ini terpaksa membatalkan segmen berbikini berikutan bantahan sayap Pemuda PAS.

Pertandingan Supermodel Antarabangsa Malaysia 2017 – Bikini Photography Contest (BPC) yang menampilkan 20 peserta berbikini akan diadakan di sebuah resort di Bangi, Selangor, tetapi menerima bantahan daripada Pemuda PAS Serdang, yang berkata ia menjejaskan nilai hidup majoriti pendudukannya adalah Islam.

Pada Facebook rasminya, penganjur acara I Creative Event mengumumkan segmen berbikini bagi acara itu "secara rasmi dibatalkan", tetapi enggan mengulas lanjut ketika dihubungi FMT.

Beberapa keping gambar model berbikini yang dimuat naik di laman Facebook itu juga dikeluarkan.

Semalam, Ketua Pemuda PAS Serdang Rosli Jusoh berkata pertandingan itu tidak mencerminkan status Bangi sebagai "Bandar Ilmu".

"Kami menyeru semua pihak berautoriti menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada bagi menghalang program BPC ini, khususnya Kementerian Pelancongan & Kebudayaan, kerajaan negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang, mengikut segala akta dan garis panduan yang berkaitan.," katanya.

"Kami menyeru semua NGO Islam, jaringan masjid dan surau, gerakan mahasiswa serta persatuan belia di Selangor dan sekitar Bangi untuk menyatakan bantahan secara kolektif bagi menghalang pengajuran program yang tidak bermanfaat ini."

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 28, 2017 6:49 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Aksi TMJ Beraksi Di Atas Padang, Kawalan Bola Cantik, Assist Dan Hasilkan Gol Yang Menarik
siakapkeli.my

Pasti ramai sudah mengetahui yang pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Ta'zim (JDT) telah mendaftar nama pemilik kelab mereka Tunku Mahkota Johor (TMJ) , Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai pemain pasukan JDT.

Baginda sebelum ini juga telah menyatakan kesediaan untuk di'tackle' oleh pemain lawan di mana baginda tidak kisah di mana menganggap ianya adakah kebiasaan dalam sukan bola sepak.

Tetapi persoalannya boleh ke baginda main bola? ternyata apa yang difikirkan sebelum ini nyata meleset, rupanya baginda memang hebat dalam permainan ini.

Jom lihat aksi TMJ bermain bola sepak dengan 'skil' dan gol jaringannya di muat naik di laman sosial.

Kredit Video: Rise Of The Panters

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from ~:eSpAcE9808:~
1 of 1 File(s)

Tue Feb 28, 2017 6:49 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



PROTON – simbol dan maruah negara bakal tergadai
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
ISMA WEB

KHABAR mengatakan syarikat automobil pertama negara diasaskan Perdana Menteri Malaysia ke-empat, Tun Dr Mahathir Mohamad – Proton – akan dijual kepada firma asing semakin bertiup kencang, dengan peluang lebih menjurus kepada syarikat dari China.

Dengan Proton Saga keluaran pertama kereta nasional menjadi kebanggaan pada 1985, walaupun tidak setanding Honda, Toyota, BMW atau Mercedes, ianya mengangkat maruah bangsa daripada negara pertanian kepada negara industri berat.

Kini, Geely Automobile Holdings dari China bersama pengeluar Renault dan Peugeot – PSA – dari Perancis mengintai peluang merebut 'maruah' kita.

Pedang tidak terkejut apabila kerajaan sekarang berat tangan untuk membantu Bumiputera yang memiliki Proton Holdings, syarikat yang pernah menjadi milik negara. Kurang jelas kepada Pedang kenapa maruah kita sekarang ini, dibiar tergadai kepada bangsa asing. Adakah kerana 'Cash is King'?

Namun, seperti biasa, sejarah memiliki jawapannya, biarpun tahun lalu kerajaan memberi suntikan dana kepada Proton sebanyak RM1.5 bilion. Dana itu hanya sedikit saja jika dibandingkan dengan lesapnya berbilion-bilion ringgit wang negara yang dilarikan dan diseleweng pihak tertentu, termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi 'anak emas' Najib.

Gara-gara kerana dicadangkan pada 1979 adalah Mahathir? Diluluskan Kabinet Mahathir pada 1982 dan dijelmakan sebagai Perusahaan Otomobil Nasional Berhad pada 1983? Atau, kerana yang pemilik saham majoritinya adalah kroni Mahathir?

Sejak tercetus krisis Mahathir-Najib berikutan kritikan keras bekas Perdana Menteri Malaysia 22 tahun itu terhadap beberapa isu dalam negara, terutama skandal 1MDB, RM2.6 bilion wang dalam akaun peribadi Najib dan salah guna kuasa, kerajaan dilihat tidak banyak membantu Proton.

Usaha memadam legasi Mahathir oleh pentadbiran Najib semakin hebat. Wawasan 2020 diperkenalkan Mahathir diganti dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50), duit dijadikan raja, kehebatan 1MDB dijaja yang akhirnya memburukkan nama negara dan menjadi antara penyebab nilai ringgit jatuh.

Salleh Said Keruak pula dalam kenyataan ketika menafikan kerajaan mahu memadam legasi Tun Dr Mahathir, berkata, Menara Berkembar Petronas (KLCC) boleh diruntuhkan jika kerajaan benar-benar mahu memadam legasi pemimpin itu.

Dr Mahathir sebelum ini berkata kerajaan sedang cuba untuk memadamkan namanya daripada Proton dengan menghalang kakitangannya daripada menjalin sebarang kerjasama dengan penyokongnya.

"Mereka tidak boleh mengaitkan nama saya dengan Proton. Ia perlu dijual 100 peratus kepada warga asing supaya industri automotif tempatan boleh dihapuskan. Hanya kereta yang diimport akan dibenarkan dijual di Malaysia. Mereka tidak mahu apa-apa dikaitkan dengan saya. Mereka lebih suka melihat industri ini musnah asalkan Najib gembira," katanya.

Baik BN, UMNO, PAS atau parti rasis dan cauvinis DAP tidak mungkin dapat menghapuskan legasi Mahathir. Dulu mereka menentang projek Lebuh Raya Utara-Selatan, kini anak cucu mereka lah yang mendapat kemudahan. Dulu mereka menentang penubuhan Proton, tetapi kini anak cucu mereka lah yang menggunakan kereta Proton.

Dan, dalam pada kerajaan sedang mengemis dana berbilion-bilion ringgit daripada China, Pedang melihat peluang Geely lebih cerah daripada PSA atau mana-mana pihak. Geely menawarkan harga yang tinggi, malah harga tawaran untuk memiliki 51 peratus kepentingan dalam Proton Holdings dinaikkan sebanyak tiga kali dalam tempoh 12 bulan terakhir.

Pedang akui, jika Geely memiliki Proton, peluang kereta kita memasuki pasaran Asia Tenggara adalah mudah kerana China boleh mengeksportnya ke mana-mana negara Asean tanpa dikenakan cukai.

Tetapi, sanggupkan kita membiarkan satu lagi maruah negara digadai. Cukuplah dengan ribuan hektar tanah, syarikat dan loji jana kuasa diserahkan kepada bangsa asing.

Apa yang mungkin kita dan Proton peroleh daripada konglomerat China itu yang memiliki Volvo dan London Taxi Company? Jika pemilik DRB-Hicom menjual 51 peratus kepentingan dalam Proton Holdings, apakah tidak memberi kesan kepada 12,000 pekerja tempatan?

Berdepan dengan kehebatan harga tawaran itu, Pedang berharap pihak berkaitan tidak hanya melihat kepada Cash is King sahaja, tetapi memikirkan masa depan dan maruah negara serta rakyat.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 28, 2017 6:49 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Setiausaha Agung PKR Sahkan Wujud Rundingan Pembahagian Kerusi Tanpa PAS

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan wujud pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan dan PPBM tanpa melibatkan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

"Saya mewakili PKR dalam jawatankuasa perundingan kerusi, Datuk Seri Mukhriz mewakili Bersatu, Salahuddin mewakili Amanah dan Anthony Loke mewakili DAP.

"Kami menghadapi suasana (rundingan) yang cukup mesra dalam melihat 222 kerusi parlimen ini kita nak agih pada parti mana. Insya-Allah, sebelum pilihan raya, kita dapat selesaikan agihan kerusi dengan baik," ujarnya pada ceramah perdana anjuran PAN di Parlimen Pokok Sena semalam.

Ceramah anjuran PAN turut dihadiri oleh Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar,lapor Malaysia Dateline.

Mahfuz berkata PAS perlu berjiwa besar untuk melakukan pusingan U dengan menghentikan permusuhan terhadap PAN dan DAP jika tidak parti Islam itu akan menerima padah pada PRU 14 nanti.

"Kalau PAS buat 'U-turn' terima Amanah, terima DAP, orang akan lihat inilah pengorbanan yang dilakukan oleh PAS. Itulah berjiwa besar.

"Jika tidak dilakukan, rakyat akan menolak PAS pada pilihan raya umum akan datang," tegasnya.

Dua hari lepas, BNBBC.my melaporkan Pakatan Harapan dan PPBM telah merancang membuat pembahagian kerusi di Selangor tanpa PAS.

"Menurut sumber kepada BNBBC.my news portal, pembahagian tersebut telah dipersetujui bersama PKR, DAP, PAN dan PPBM dengan jumlah kerusi yang telah ditetapkan untuk masing-masing.

"Namun perkara itu diselindungkan daripada PAS berikutan tindakan parti Islam itu yang dilihat masih bermain tarik tali untuk meneruskan kerjasama dengan gabungan parti pembangkang itu,"lapornya.

Menurut BNBBC.my news, pembahagian kerusi di Selangor adalah; PKR (18), DAP (15), PAN (14) dan PPBM (9)

"Daripada jumlah tersebut ia menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 56 DUN dan tidak mempunyai baki langsung yang ditinggalkan untuk PAS.

"Ia sekaligus menjadikan PAS mungkin disisihkan daripada gabungan blok pembangkang tersebut dan Pakatan Rakyat bukan hanya tidak wujud di negeri lain malah gabungan pakatan di Selangor itu antara PKR, DAP dan PAS turut hancur di negeri itu.

"Selain itu, daripada maklumat tersebut ia juga menunjukkan PKR tidak lagi berminat untuk bekerjasama dengan PAS,"lapornya lagi. - AIDCNews

Mahathir, Muhyiddin tak senada tentang PAS

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad dan presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-oleh tidak senada mengenai hubungannya dengan PAS.

Pada program anjuran BERSATU di Sungai Buloh malam tadi, Muhyiddin menekankan keperluan agar PAS bersama-sama dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam menghadapi Barisan Nasional,tetapi Mahathir tidak bercakap mengenainya.

Muhyiddin dalam ucapannya percaya HARAPAN, BERSATU serta pemimpin-pemimpin PAS boleh mengetepikan perbezaan mereka dan sebaliknya memberi tumpuan kepada kepentingan rakyat untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

BERSATU katanya, telah memulakan rundingan dengan HARAPAN berhubung pembahagian kerusi.

"Kita dah mula menggerakkan usaha membincangkan bagaimana kerajaan baru ini harus dapat membentuk dengan dokongan rakyat.

"Kalaulah pimpinan-pimpinan yang mewakili Pakatan Harapan dan PPBM (BERSATU) dan termasuk juga PAS bersedia untuk mengetepikan apa-apa perbezaan sesama kita dan meletakkan sasaran kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya, maka sasaran kita untuk berjaya dalam pilihan raya untuk memenuhi harapan rakyat Insha Allah akan terjadi dan termakbul.

"Maka saya kira tidak ada gunung setinggi mana pun yang tidak boleh kita daki asalkan kita ada azam dan iltizam yang kuat," katanya.

Mahathir, dalam ucapannya kemudian bagaimanapun tidak menyentuh mengenai PAS.

Menyebut bahawa gabungan pembangkang sebelum ini gagal kerana parti-parti komponennya hanya berjuang untuk parti masing-masing, Mahathir berkata adalah penting bagi gabungan itu bersatu menghadapi BN.

"Walaupun kita mempunyai empat buah parti, tapi jika dicantum empat buah parti, dan kita tumpukan kepada satu sahaja matlamat, percayalah, kita akan dapat bersaing dengan BN," ujarnya.

BERSATU, pada Disember tahun lepas menandatangani kerjasama dan perjanjian rangka kerja dengan HARAPAN yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Sementara itu, berucap di hadapan kira-kira 1000 penyokong, Mahathir menegaskan majlis itu dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tertinggi dari parti yang berbeza.

Guna satu logo

Antara mereka yang hadir malam tadi ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Datuk Seri Azmin Ali dan ahli jawatankuasa AMANAH Khalid Samad.

"Memang benar perjuangan setiap parti amat penting. Tapi untuk kalahkan (Datuk Seri) Najib (Razak) kita perlu ketepikan perjuangan parti sebaliknya kita..(bersama) perjuangan untuk menjatuhkan Najib," kata Mahathir.

Beliau juga mengulangi gesaan kepada pakatan pembangkang menggunakan hanya satu logo dalam pilihan raya umum.

"Fikirkanlah, kalau masih guna simbol masing-masing. Apabila nak undi, kita lihat macam-macam simbol, kita tak tahu mana nak pangkah. Bila kita tak tau, parti yang biasa pangkah, parti Najib la, dacing," kata Mahathir merujuk kepada logo BN.

Ia adalah jelas bahawa Muhyidin cuba mendapatkan kerjasama PAS dalam gabungan yang terdiri daripada PAS, Pakatan Harapan dan Bersatu.

Ini terbukti apabila Muhyiddin dalam majlis-majlis PAS mengesahkan telah mengadakan rundingan dengan parti itu.

Bagaimanapun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dua minggu lalu menegaskan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan BERSATU pada pilihan raya umum akan datang selagi ia mengekalkan hubungan dengan DAP dan PAN.

----- Original Message -----
From: ~:eSpAcE9808:~
To:
Sent: Sunday, February 26, 2017 11:15 PM
Subject: Fw: PAKATAN Selangor - Tiada Kerusi Untuk PAS

PAS Kekal Tiada Kerjasama Dengan PAN & DAP

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


KOTA BHARU - PAS kekal dengan keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP dalam apa jua keadaan, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun berkata PAS tidak mempunyai masalah berada satu pentas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), walaupun tiada keputusan untuk bekerjasama dengan parti itu setakat ini.

"Setakat ini, tidak ada sebarang keputusan untuk mengadakan kerjasama dengan PBBM tetapi sekadar untuk berkongsi satu pentas ia tiada halangan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad juga berkata PAS akan terus memantau anggotanya agar tidak terpengaruh dengan PAN, sebuah parti serpihan PAS.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis pelepasan Riadah Berbasikal Bersama Kakitangan Awam Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Kira-kira 1,000 peserta menyertai program berbasikal itu sebagai antara kaedah bagi mengurangkan tekanan kerja selain memastikan kesihatan mental dan fizikal sentiasa terpelihara. – BERNAMA

PAKATAN Selangor Siap Bahagi Kerusi Dan Tiada Kerusi Untuk PAS
bloglist-malaysia.blogspot.
Posted by Jeebond BLM
Pakatan Selangor Dah Bahagi Kerusi PRU14: 18 PKR, 15 DAP, 14 PAN, 9 PPBM, 0 PAS

KUALA LUMPUR: Pakatan Selangor dilaporkan telah membuat keputusan berhubung pembahagian yang akan ditandingi di bawah payung Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Portal BNBBC.my memetik sumber dalaman berkata, pembahagian tersebut antara parti komponen Pakatan Harapan PKR, DAP, PAN dan PPBM sementara tiada peruntukan kepada parti PAS.

Keputusan mengecualikan PAS itu kata sumber berkenaan adalah ekoran PAS masih bermain tarik-tali samaada akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU14 nanti.

Hal ini ekoran PAS bertegas untuk tidak menjalin hubungan bersama PAN dan DAP sepertimana kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Penasihat PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

"Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan DAP atau Amanah tetapi PAS ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut," kata Ahli Parlimen Marang itu.

BACA: Hadi Awang Ulang Suara: "Tiada Kerjasama Dengan Parti Mahathir!"

Menurut BNBBC, peruntukan kerusi mengikut parti Pakatan Harapan adalah 18 kerusi akan dipertandingkan PKR sementara DAP, PAN dan PPBM masing-masing diperuntukkan 15, 14 dan 9 kerusi DUN.

Maklumat yang disampaikan ini jelas menunjukkan PAS tidak akan berganding bersama Pakatan Harapan sekaligus membuktikan PKR tidak lagi berminat untuk bersama PAS.

Lantas, PRU14 ini akan menyaksikan sekurang-kurangnya 15 pertembungan tiga penjuru ekoran PAS sebelum ini menegaskan akan tetap bertanding disemua kerusi yang ditandingi mereka pada PRU13.

Pada PRU13, PAS memenangi 15 kerusi DUN dibawah payung Pakatan Rakyat, jumlah sama dimenangi DAP, sementara PKR cuma memiliki 13 kerusi dan 12 kerusi dimenangi BN.

Walaubagaimanapun, selepas konflik yang berlaku pasca PRU13, dua ADUN PAS keluar parti dan menyertai PAN menjadikan kerusi PAS berkurang kepada 13.

- Malaysian Digest

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, February 15, 2017 10:43 PM
Subject: Fw: Aku Kata Mahfuz Patut Keluar Dari PAS

PRU14: Kedudukan PKR Lebih Terancam

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

SHAH ALAM: Penganalisis politik berpendapat dalam situasi terkini politik Selangor, kedudukan PKR dilihat lebih terancam berbanding Pas.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib, berkata, jika pengundi Pas menarik sokongan ke atas Pakatan dan tidak mahu mengundi PKR, maka parti itu akan hilang banyak kerusi.

Kini di Selangor katanya, parti yang benar-benar kukuh dan boleh meraih kerusi di Dun adalah DAP, Pas dan Umno.

"PKR dan Amanah akan berhadapan krisis hanyutan sokongan rakyat terutama dari kalangan orang Melayu kerana sikap mereka yang melebihkan DAP serta meminggirkan Pas.

"Saya ramalkan selepas PRU14 akan berlaku senario kedudukan kerusi Dun yang rumit untuk menubuhkan kerajaan negeri dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali serta PKR akan tinggal kenangan sahaja," katanya.

Md Shukri berkata, jika DAP mahupun Amanah yang dilihat seolah penyokong kuat DAP gagal berkompromi dengan Pas Selangor, maka PKR akan jadi mangsa hilang kerusi di Dun termasuk hilang kerusi menteri besar (MB).

"Eloklah jika kerusi MB Selangor diberikan peluang kepada Pas jika Umno dapat bekerjasama dengan parti itu.

"Cabaran Pas Selangor kepada Amanah untuk memberanikan diri bertanding di kerusi Pas adalah cabaran agar parti itu lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada ihsan serta sokongan DAP sahaja," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, penegasan Khairuddin sekiranya Amanah ingin meneruskan niat untuk berdepan pertandingan tiga penjuru hanya akan memberi kemenangan mudah kepada BN mempunyai asasnya.

Menurutnya, jika berlaku pertandingan tiga penjuru sekalipun, ia hanya akan mengukuhkan dominasi DAP di Selangor mewakili Pakatan dan Pas pula akan kekalkan beberapa kerusi, manakala BN menerusi Umno akan menang beberapa kerusi tambahan.

Katanya, jika Pas dan Umno bekerjasama membentuk kerajaan baru Selangor pun tiada masalah.

"Soal satu lawan satu pula hanya sebuah teori dan impian politik sahaja, ia bukan satu ketetapan.

"Parti-parti yang wujud ada agenda dan perjuangan tersendiri. Perbezaan itu jika ketara maka tidak akan wujud satu kesepakatan dan perbezaan inilah yang menjadi punca pertentangan antara Pas dan Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR serta Amanah," katanya.

- Sinar Harian

PKR akan jauhi PAS dan Bersedia Pertandingan 3 Penjuru

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

PETALING JAYA: PKR yang selama ini masih menaruh harapan terhadap PAS yang bermusuhan dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) kini dilihat semakin menjarakkan diri daripada parti Islam itu.

Beberapa pemimpin kanan PKR memberi bayangan yang parti itu lebih mengutamakan kerjasama dengan DAP dan Amanah, di samping Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menjalinkan persefahaman dengan ketiga-tiga parti itu menerusi PH.

"Dari segi perjanjian PKR, kita konsisten untuk bekerjasama dengan Amanah, DAP dan PPBM. Jadi, sama ada PAS ingin bekerjasama atau kaji semula itu terserah kepada mereka (PAS)," kata Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh kepada FMT.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad berkata PAS akan menilai semula hubungan dengan PKR pada muktamarnya April ini.

Presiden PAS itu sekali lagi menegaskan tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah yang disifatkannya menentang Islam kerana tidak menyokong rang undang-undang (RUU) meningkatkan kuasa mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat.

Gesaan Hadi itu ketika PAS dan PPBM berbincang di luar kerangka PH, sesuatu yang masih belum menghasilkan sebarang kerjasama yang jelas.

Ia juga dilihat berlawanan dengan mesyuarat PAS-PPBM pada 1 Februari, diwakili Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan rakan sejawatnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Kedua-dua mereka mengumumkan jawatankuasa teknikal bersama bagi mengkaji kerjasama secara rasmi.

Pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu bagaimanapun tidak sehaluan, dengan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali mengulangi kritikan terhadap PAS kerana semakin mesra dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Sejak muktamar 2015 yang menyaksikan kemaraan Hadi dan penyokongnya daripada sayap Dewan Ulama parti itu, PAS semakin berubah dasarnya terhadap parti pembangkang lain, dan mengambil sikap berlembut dengan Umno.

Parti itu juga bertindak memutuskan hubungan dengan DAP, dan memilih bersendirian di bawah apa yang yang dinamakan Gagasan Sejahtera, yang disertai sebuah parti kecil pimpinan bekas menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Situasi itu menyebabkan hasrat pembangkang untuk melawan Barisan Nasional (BN) satu-lawan-satu pada pilihan raya umum akan datang, sesuatu yang tidak akan tercapai.

Syed Ibrahim berkata, PKR bersiap sedia menghadapi persaingan 3 penjuru.

"Kita semua pembangkang kena bersatu lawan satu. Itu akan beri kekuatan yang lebih.

"Kita tahu senario sekarang kita hendak capai yang terbaik 1 lawan 1, kalau tidak boleh masuk pilihan raya umum dalam 1 penjuru kita kena bersedia dengan 3 penjuru," katanya.

Bagaimanapun, Syed Ibrahim berkata PKR masih mengekekalkan kerjasama dengan PAS di peringkat kerajaaan negeri Selangor, yang turut disertai DAP.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution lebih tegas dalam soal kerjasamanya dengan DAP dan Amanah, dan memberi jaminan akan tetap bersama PH.

"Saya nyatakan secara jelas, tanpa berselindung. PKR adalah rakan komponen Pakatan Harapan bersama DAP dan Amanah, itu tidak akan berubah.

"Ikatan ini dimeterai dengan satu ikatan yang ditandatangani dan ada strukturnya, kekerapan pertemuan, kerangka bersama," kata Saifuddin kepada FMT.

Saifuddin berkata, haluan dan pendekatan diambil PAS untuk menewaskan BN berbeza daripada pendekatan PKR dan PH.

"Jika PAS merasakan bersendirian adalah formula kemenangan, itu dianggap lebih baik untuk PAS.

"Kita hormati kefahamannya bahawa (menjadi) tunggal itu kuat," katanya, dipercayai merujuk kenyataan beberapa pemimpin PAS sebelum ini yang lebih suka parti itu bersendirian daripada akur dengan dasar dan kemahuan parti pembangkang lain.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com