Sunday, April 22, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4927

2 Messages

Digest #4927

Messages

Sun Apr 22, 2018 6:17 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun Apr 22, 2018 6:17 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

Wednesday, April 18, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4926

8 Messages

Digest #4926

Messages

Wed Apr 18, 2018 8:01 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sering Sakit Senggugut? 5 Bahan Semulajadi Ini Legakan Kesakitan Secara Cepat Dan Jimat
Ditulis oleh farra vy,
siakapkeli.my
Melalui portal My Health, Kementerian Kesihatan Malaysia, senggugut diklasifikasikan sebagai kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Pelvis adalah tempat dimana organ berikut berada iaitu rahim, ovari, dan saluran falopio serta pundi kencing.

Senggugut dalam kategori Primer berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.

Senggugut kategori Sekunder pula disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.

Sebab-sebab:

a.. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
b.. Cyst Ovari dan tumor
c.. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
d.. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
e.. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
f.. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
via GIPHY

Justeru itu, perkongsian daripada Aisyah Badar Bajrai ini sangat bermanfaat kepada para wanita untuk menghilangkan rasa sakit senggugut dengan 5 bahan semula jadi. Lebih murah dan paling penting, selamat! Jom cuba.

5 PETUA LEGAKAN SENGGUGUT

Mase sekolah dedulu ramai budak kelas Aisyah senggugut tau. Almaklumlah masuk sekolah semua princess, lagi la jumpe ramai yang senggugut ni.

Ada yang senggugut sampai guling-guling. Ada yang migraine, ada yang perut cam kene lipat lipat. Hishh, memacam pesen la senang citer.

Jadi arini Aisyah nak share #petua ringkas tuk #senggugut. Tak yah korang makan panadol pink tu. Bahan-bahan dia pun sonang nak cari tau.

1. Ketumbar biji

20 biji ketumbar
Segelas air

Basuh ketumbar dengan air, selawat sikit pastu rebus ketumbar dengan segelas air selama 10 minit. Tutup api, tapis, dan minum
2. Pudina
2 sudu besar pudina
Segelas air

Rebus pudina dengan segelas air sampai mendidih. Tutup api dan bila dah suam campurkan madu. Minum mase suam.
3. Halia

3 cm halia
Segelas air

Parut halia dan didihkan dengan segelas air selama 5 minit. Tutup api, tapis dan minum mase suam. Boleh campur madu untuk rase.
4. Daun selasih

2 sudu daun selasih
Segelas air

Masukkan daun selasih dalam segelas air panas mendidih. Tutup rapat dengan penutup gelas. Minum mase suam. Boleh minum beberapa kali sehari untuk legakan senggugut.

5. Kayu manis Ceylon

1/3 batang kayu manis ceylon
1 gelas air

Rebus kayu manis dengan air sampai air warna coklat cair. Tapis dan minum mase suam.
Senang jek kan nak rawat senggugut. Kalau malas sangat nak rebus rebus, korang makan bijan pun boleh. Aisyah pun baru tau bijan tu bagus tuk legakan senggugut.

Tapiii kalau nak lagi senang, korang pegi kedai buah, pastu beli betik. Buah betik tu ada carotene, iron, calcium, vitamin A&C, memang bagus tuk legakan senggugut. Selamat mecuba semuaa.

''Bukan 'Seluk' Suka Suka'', Bukaan Pintu rahim Semasa Bersalin, Doktor Ini Kongsi Info Yang Ibu-Ibu Patut Tahu
Ditulis oleh Sha Rossa,
siakapkeli.my

Pengalaman mengandungkan cahaya mata selama 9 bulan merupakan saat-saat indah yang pasti sahaja tidak dapat dilupakan oleh mana-mana ibu di dunia ini. Tetapi apabila cukup tempoh kandungan, saat melahirkan anak menjadi sesuatu yang amat mendebarkan. Tak kiralah, anak pertama ataupun sudah ke berapa kali, perasaan itu tetap hadir.

Buat ibu-ibu yang sudah berpengalaman pasti pernah melalui 'vaginal examination' iaitu selukan jari pada vagina si ibu. Ini dilakukan untuk mengukur bukaan pintu rahim ibu sama ada sudah bersedia untuk melahirkan atau tidak. Namun buat ibu-ibu yang baru pertama kali bakal melalui pengalaman ini ataupun yang sudah berpengalaman tetapi masih merasa takut, usah panik dan ikuti nasihat oleh doktor ini.

Perkongsian info di bawah oleh Dr. Muhammad Izzat melalui laman facebooknya mungkin boleh dijadikan panduan oleh ibu-ibu di luar sana. Semoga bermanfaat. Diharap proses melahirkan bayi comel ibu-ibu semua dipermudahkan !

2 cm , 4 cm , 8 cm , 10 cm tu apa ?

Salah satu tanda ibu telah bersedia untuk bersalin adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim. Dalam keadan biasa pangkal rahim yang terletak di dalam vagina berada dalam keadaan tertutup dan tidak membuka. kadang-kadang ianya terbuka sikit untuk mereka yang pernah melahirkan banyak anak.

Apabila sakit kontraksi bermula, pintu rahim ini menjadi semakin nipis dan perlahan-lahan akan membuka. Darah bercampur lendir dinamakan 'show' akan keluar dan ini dikenali sebagai tanda nak bersalin.

Pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 cm sehingga la diameter nya mencecah 10 cm sebelum ibu boleh meneran bayi keluar.

Bukaan pintu rahim ini ditentukan oleh Vaginal examination dilakukan oleh doktor atau jururawat perbidanan terlatih dengan memasukan jari ke dalam vagina sekaligus mengukur bukaan pintu rahim dengan jari sahaja.

Jangan panik.... Ramai ibu berasa takut dan gundah gulana memikirkan mengenai Vaginal examination, lebih-lebih lagi ibu yang takde pengalaman melahirkan.

Relaks, bertenang, tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. jangan keraskan badan, jangan kemut sekuat-kuatnya kerana pemeriksan akan menjadi sukar dan ibu akan berasa sakit.

Selain memberitahu mengenai bukaan pintu rahim, vaginal examination juga akan memberitahu mengenai pintu rahim masih keras atau sudah bertambah lembut, kedudukan kepala bayi, selaput air mentuban masih ada atau tidak, terdapat uri atau tali pusat ketika pemeriksaan.

Maka, vaginal examination ni bukan suka-suka dilakukan, ianya penting untuk menilai sejauh mana proses kelahiran itu sudah sampai. di dalam dewan bersalin, ianya dilakukan setiap 4 jam, atau lebih awal jika doktor merasakan pemeriksan perlu diawalkan, bergantung kepada perkembangan proses kelahiran.

Bukan 'seluk' suka-suka,

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 18, 2018 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Penama KWSP Dah Ada Nama Isteri Belum?'' Segera Daftar Nama Isteri Anda Sebagai Penama Sebelum Terlambat
Ditulis oleh Sha Rossa,
siakapkeli.my

Penamaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sangat penting bagi mengelak timbulnya masalah agihan simpanan dalam kalangan keluarga sekiranya anda meninggal nanti.

Sikap tunggu dan lihat serta tidak faham kepentingan penamaan waris menjadi antara faktor masih ramai yang tidak membuat penamaan waris untuk simpanan KWSP mereka. Bila ada penamaan waris, semua pihak sudah tahu ke mana atau siapa yang berhak mendapat wang tersebut.

Bayangkan, bila suami meninggal dunia dan penamaan tidak dilakukan, yakinkah anda kebajikan anak dan isteri akan terjamin? Sudah banyak kes berlaku, duit boleh membuatkan manusia hilang akal walaupun darah daging sendiri, jadi beringatlah demi masa depan.

Perkongsian oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria melalui laman facebook boleh dijadikan peringatan buat masyarakat di luar sana. Jangan ambil mudah. Semoga bermanfaat !

Kemas file. Terjumpa sekeping kertas ini.

Isteri-isteri, kat maklumat penama KWSP suami dah ada nama awak ke belum? Ke masih nama ibu suami? Ayah suami? Adik-beradik suami?

Untuk masa depan anak-anak, acik nasihatkan penama tu pastikan nama awak. Bukan apa, duit boleh buatkan manusia hilang akal. Atok nenek lupakan kebajikan cucu. Pakcik makcik tak peduli walau pun anak saudara sendiri merempat takde tempat tinggal. Kebuluran tak makan.

Dah banyak kes diceritakan kat fb. Jangan fikir "benda ni takkan jadi kat aku". Kita tak tau masa depan. Sebab duit boleh bermusuh, putus saudara. Penama bolot semua duit, anak isteri terkontang-kanting.

Nota tambahan:

Memandangkan ramai yang keliru.

1. KWSP jatuh bawah faraidh. Penama adalah orang yang diamanahkan untuk urus & bahagikan duit tu nanti. Penama bukan orang yang dapat duit. Fahamkan betul-betul.

Sebab tu acik sarankan letak nama isteri supaya hak anak tak dicuri nanti. Kalau penama tu nama orang lain, takut anak tak merasa.

2. Duit KWSP boleh dihibahkan kepada isteri & anak-anak semasa suami masih hidup.

3. Jangan letak anak bawah 18 tahun sebagai penama KWSP.

Siakapkeli.my

Kesilapan Ibu Bapa Jadi Punca Kematian Mengejut Bayi Dengan Posisi Tidur Yang Salah - Kajian
Ditulis oleh farra vy, 12 Apr 2018
siakapkeli.my
Menurut sumber Root of Science, terdapat lebih 300 kes kecederaan melibatkan penggunaan buaian daripada tahun 2009-2012 dan 2 daripadanya meragut nyawa bayi tersebut.

Jika masih mahu menggunakan buaian, penjagaan dan permerhatian penuh daripada penjaga amat diperlukan. Bayi didalam buai tidak boleh dibiarkan sendiri dan elak meletakkan mainan kedalam buaian kerana ia boleh menyebabkan bayi tercekik dan lemas (Chocking Hazard).

Perkongsian daripada seorang doktor, Nimelesh Max menerusi Facebook miliknya mengulas penggunaan buaian dan antara faktor yang berisiko melibatkan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). Mari kita baca perkongsian beliau, semoga para ibu bapa khususnya

Lemas Dalam Buaian

SIDS atau Sudden Infant Death Syndrome (Kematian Kot) merupakan suatu punca kematian utama yang tidak dapat dijelaskan antara bayi berumur 1 tahun dan ke bawah.

Di Amerika Syarikat seramai 6000-7000 bayi meninggal disebabkan oleh SIDS setiap tahun. Tiada rekod tentang Data SIDS di Malaysia lagi, tapi kalau berdasarkan rekod dari Asia Tenggara, dianggar sebanyak 2 dalam 1000 bayi meninggal disebabkan SIDS setiap tahun.
Ada beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan SIDS termasuk :

- Posisi bayi semasa tidur. Posisi tidur secara mengiring atau meniarap boleh menganggu pernafasan bayi.
- Penggunaan tilam yang lembut. Sama juga seperti di atas, sekiranya bayi tidur meniarap atas tilam yang lembut dengan comforter, ini boleh menghalang salur pernafasan bayi.
- Bayi terlalu panas. Membiarkan bayi terlalu panas boleh meningkatkan risiko kematian SIDS.
- Ibu bapa atau saudara yang merokok juga boleh mendedahkan bayi kepada SIDS

Antara faktor risiko yang tidak dapat diubah
- Jantina (Lelaki)
- Umur (Bayi berumur antara 2-4 bulan mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami SIDS)
- Sejarah Keluarga
- Bayi pramatang

Sejak kesedaran tentang SIDS di Amerika Syarikat, Kejadian SIDS telah berkurang sebanyak 50% disebabkan oleh cara tidur yang betul.

Namun kajian masih menunjukkan 1/3 bayi di Amerika Syarikat masih tidur secara mengiring atau meniarap.

Macam mana nak mencegah SIDS?

1. Tidurkan bayi secara menelentang di dalam kot (Bukan mengiring atau meniarap)

Kalau nak letak untuk mengiring atau meniarap sementara waktu takde masalah (boleh elakkan flat spots- kepala bayi macam leper atau senget sebelah, dan untuk membantu perkembangan otot bayi). Tapi pastikan bila bayi tidur mengiring anda masih sedar untuk memantau bayi.

2. Elak daripada tidur bersama bayi.

3. Gunakan tilam yang rata dan kejap, jangan letak bantal atau alat mainan dalam kot bayi, kerana ia mungkin terjatuh dan menutupkan muka bayi.

4. Jangan guna ���⒠��sleep positioners���⒠�� . Amerika Syarikat telah mengeluarkan arahan keras tentang kesan buruk penggunaan sleep positioners, di mana sudah ada beberapa kes bayi meninggal disebabkan oleh SIDS.

5. Gunakan cadar yang diperbuat daripada kapas ringan. Kalau gunakan selimut, biar kepala dia terdedah dengan menyelimutkannya tidak lebih daripada paras bahu.

DAN JANGAN MEROKOK SEMASA HAMIL ATAU BENARKAN ORANG LAIN MEROKOK DEKAT BAYI ANDA.
** Ni ada link KKM untuk u all baca juga

http://www.myhealth.gov.my/gaya-tidur-bayi/

Siakapkeli.my

Amalkan Teknik Hold, Bayi Anda Yang Suka Menangis Dan Sukar Dipujuk Akan Tenang Dalam Masa Lima Saat
Ditulis oleh Eddy Hassan,
siakapkeli.my

Bayi menangis tak kira masa memang memberi masalah kepada ibu bapa. Tambah-tambah kalau menangis waktu malam. Memang besar cabarannya buat ibu bapa untuk menenangkan mereka kan.

Tambah-tambah kalau itu adalah anak pertama, lagi susah hati dibuatnya. Diangkat tak kena, diletak di bawah pun tak juga berhenti menangis. Kadang-kadang boleh menguji kesabaran jugalah. Tapi jangan lah sampai anda bergaduh dengan pasangan masing-masing okay, apa kata anda cuba sahaja teknik yang dihasilkan oleh seorang pakar pediatrik ini, Dr. Robert Hamilton.

Beliau yang sudah pun berkhidmat lebih daripada 30 tahun telah menghasilkan satu teknik 'memujuk' bayi yang sedang menangis dikenali sebagai ''The Hold". Teknik tersebut yang sememangnya mudah untuk diamalkan oleh ibu bapa melibatkan beberapa langkah iaitu.

1. Angkat bayi anda dan lipat tangan bayi anda dalam posisi memeluk badan.

2. Kemudian letak tangan anda di atas posisi peluk tangan bayi tersebet. Pastikan juga tangan anda turut menyokong bahagian dagu bayi anda.

3. Gunakan tangan dominan anda untuk menyokong bahagian bawah bayi. Pastikan anda membuka tapak tangan anda ketika menyokong bahagian bawah bayi. Elakkan mencekam bahagian tersebut.

4. Posisikan kedudukan bayi anda pada sudut 45 darjah dan kemudian goyangkan bayi anda dengan lembut. Arah goyangan sama ada ke depan atau belakang, atas atau bawah. Kunci utama kepada teknik adalah untuk mendapatkan gerakan yang lembut, bukan goyangan yang kasar.

Menurut beliau lagi, teknik ini amat sesuai untuk bayi yang berusia 2 dan 3 bulan. Bayi yang semakin besar mungkin menyukarkan ibu bapa untuk mengamalkan teknik ini kerana berat bayi yang semakin bertambah.

''Posisi tersebut yang selesa boleh menenangkan mereka kerana ia mengingatkan bayi tersebut kepada posisinya ketika masih di dalam perut'', ujar Dr Robert.

Bagaimanapun ujarnya, teknik ini kurang berkesan pada bayi yang menangis disebabkan sakit ataupun kelaparan.

Sumber : Today

'Geli La Nak Makan', Nanti, Ketahui Dahulu 7 Manfaatnya Sebelum Katakan Tidak Pada Sup Kaki Ayam
Ditulis oleh Eddy Hassan,
siakapkeli.my

Korang pernah makan tak sup kaki ayam. Ada yang suka tapi tak kurang juga yang geli bila disebut mengenai sup kaki ayam ini. Yelah, kalau difikirkan apa fungsinya kaki ayam itu semasa haiwan itu masih hidup, pasti ada tiba-tiba je rasa kembang anak tekak kan.

Tapi sebenarny, sup kaki ayam mempunyai banyak khasiat perubatannya yang tersediri. Malah, sup kaki ayam bukan sahaja popular di Malaysia, ia turut dinikmati oleh bangsa lain seperti orang Vietnam, China, Korea, Filipinan dan beberapa kaum di Afrika Selatan.

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 10 khasiat sup kaki ayam dalam dunia perubatan dan lepas baca ini, anda yang belum pernah menikmati sup kaki ayam, boleh lah cuba.

1. Sup Kaki Ayam Tinggi Kolagen

Satu kajian yang dilakukan oleh Fakulti Sains Veterinar di Universiti Chung-Hsing di Taiwan mendapati bahawa sup kaki ayam mengandungi jumlah kolegen yang sangat tinggi. Malah, kajian tersebut juga menunjukkan bahawa jumlah kolegen yang ada di dalam sup kaki ayam sama dengan kolegen semula jadi yang ditemui pada sayuran hijau dan buah-buahan.

Kolegen ini adalah salah satu eleman khas yang begitu penting untuk mengekal keanjalan kulit seseorang. Malah, kajian yang sama juga mendapati menikmati sup kaki ayam mampu membantu dalam mengurangkan berat badan. So, kalau anda nak kurus dan nak cantik, makan la sup kaki ayam selalu.

2. Mengurangkan Risiko Tulang Rapuh

Menikmati sup kaki ayam mampu mengatasi masalah sakit sendi dan mengurangkan risiko tulang rapuh, terutama yang kerap berlaku dalam kalangan warga emas. Apabila umur meningkat, badan tidak lagi mampu mendapat jumlah kalsium dan tulang pula tidak mampu menyerap kalsium dengan baik.

Kajian tersebut menunjukkan terdapat perubahan apabila seseorang menikmati sup kaki ayam. Ini kerana, kaki ayam hanya mengandungi tendon, kulit dan tulang sahaja dimana ia tinggi dengan kandungan kalsium, tulan rawan dan kolagen yang amat mudah diserap oleh badan.

3. Menyembuhkan Kecederaan

Selain itu, menikmati juadah sup kaki ayam juga dapat membantu menyembuhkan kecederaan seperti luka dengan lebih baik.Seperti yang disebut sebelum ini, kandungan tinggi kalsium dan protein amat diperlukan dalam proses menyembuhkan luka pada tubuh badan seperti penghasilan semula tisu saraf, otot dan tulang.

Malah, dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa sup tulang ayam dapat membantu menyembuhkan kecederaan saraf tunjang.

4. Membantu Mengatasi Masalah Penghadaman

Ketika kaki ayam dimasak, semua khasiat yang terkandung pada kaki ayam seperti protein, tulang rawan, kolagen, kondroitin dan glucosamin terlarut di dalam sup sekaligus ia menjadi satu juadah yang berkhasiat, enak dan paling penting mudah dihadam oleh perut.

Kesan pengambilan sup kaki ayam juga mampu menjadikan usus menjadi lebih lembut dan proses pencernaan menjadi semakin baik.

5. Baik Untuk Kesihatan Kuku

Dalam sup yang sama, kaki ayam tutut membekalkan beberapa lagi nutrisi yang amat penting untuk tubuh badan seperti asid amino, glisin, hidroksipolin, dan proline yang turut membantu mengekalkan kesihatan kuku selain membuatkannya nampak lebih cantik.

6. Mengekalkan Kesihatan Gusi

Sup kaki ayam juga dikatakan mempunyai manfaat yang signifikan terhadap kesihatan gusi dan gum. Gum ialah tisu kuat yang berfungsi untuk menyokong gigi. Kekurangan beberapa sumber nutrien boleh menyebabkan seseorang itu mendapat masalah kesihatan gigi.

Dengan menikmati sup kaki ayam, sekurang-kurangnya bahagian penyambung dan tulang rawan pada kaki ayam boleh berubah menjadi gel yang kaya dengan kolagen, asid amino dan agen yang membentuk gelatin, sekaligus bermanfaat untuk gusi.

7. Membantu Memperbaiki Sistem Imun

Ini adalah salah satu manfaat paling penting yang ditawarkan oleh sup kaki ayam. Kita sudah pun maklum dengan semua khasiat yang ada pada sup kaki ayam seperti kolagen dan sebagainya. Selain itu, sup kaki ayam juga mempunyai nutrisi lain seperti zink, magnesium, kalsium, dan fosforus yang amat diperlukan oleh badan untuk membesar dengan sihat dan mengatasi pelbagai jenis penyakit.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa menikmati sup kaki ayam dapat meningkatkan tahap sistem imun di dalam badan.

Sumber : THealth

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 18, 2018 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Duit Pas Dok Dalam Poket Orang Pas" - Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Sejak ditubuhkan lebih 60 tahun dulu, dah beratus juta RM duit PAS dibelanjakan...tak mau tanya ka ambik duit mana???...

PAS adalah parti politik paling kaya dalam Malaysia...hampir setiap cawangan PAS mempunyai hartanya sendiri samada berupa tanah, bangunan dan lain2...ditambah lagi dengan boleh dikatakan semua PAS Kawasan dan Negeri mempunyai pelbagai aset samada dalam bentuk harta tak alih dan harta alih samada tanah., bangunan, kenderaan dan sebagainya...

umno kaya duit ringgit, tapi di peringkat cawangan masih menumpang bangunan dan harta kerajaan...cuba bayangkan jika umno tidak berkuasa lagi...ke mana depa akan duduk???...insya Allah koi lama koi mereput secara tabi'ie...

PAS di cawangan aku sendiri pun memiliki sebuah rumah yg bernilai hampir RM100K...padahal ahli berdaftar di cawangan tak sampai pun 100 orang...mengundi pun kalah dok kalah seluloi...

PAS ada bangunan kompleks pentadbiran, ada bangunan perniagaan, ada sekolah, ada tanah bendang, getah, kelapa sawit dsb...semua itu diperolehi melalui usaha para ahli dan kepimpinan...PAS tak tunggu jadi kerajaan baru nk ada aset...tapi PAS sudah miliki ratusan juta RM aset walau belum menjadi kerajaan....

Justeru, tak perlu lah dok persoal mengenai kewangan PAS nk bertanding....bak kata almarhum Ust Fadzil Noor dulu "duit PAS dok dalam poket orang PAS"....

alfaqir ilallah ppk
2 Sya'ban 1439H

Dana PRU14: Asalkan ikhlas, halal PAS terima

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Faktor modal bukan sesuatu yang perlu dirisaukan buat PAS walaupun mereka akan meletakkan calon di 160 kerusi parlimen pada PRU ke-14 ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu memiliki sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai calon mereka.

Menurut Takiyuddin ada pihak yang menyalurkan sumbangan secara bulanan dan jumlahnya adalah pelbagai.

Katanya selain mendapat dana daripada anggota parti, PAS juga menerima sumbangan daripada orang luar atau sumber lain yang diterima selepas dipastikan ia halal.

"Duit PAS ada di dalam poket ahli-ahli kami. PAS ada sejuta ahli dan jika seorang ahli sumbang RM35, kita dah ada RM35 juta," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini.

Tambah Takiyuddin PAS juga menerima sumbangan ikhlas daripada pelbagai pihak yang dibuat secara tetap.

"Ada ahli dan penyokong PAS beri sumbangan (daripada) sekecil-kecil RM10 setiap bulan, dan sebesar-besar jumlah.

"Kita tidak semak (sama ada) dia orang PAS atau bukan, asalkan dia bagi sumbangan dengan ikhlas, disahkan halal - kita boleh terima daripada siapa saja," katanya.

Bagi pun tak mahu

Turut menjadi sumber dana PAS, kata penyandang kerusi parlimen Kota Bharu itu, ialah hasil yuran penyertaan muktamar setiap tahun.

PAS menarik perhatian ramai apabila presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 16 April lalu mengumumkan rancangan mereka meletakkan calon di 160 daripada 222 kerusi parlimen seluruh negara.

Jumlah itu dianggap terbesar berbanding mana-mana parti yang menyerti PRU ke-14 ini.

Ia tidak termasuk calon yang akan bertanding di peringkat dewan undangan negeri.

Ekoran kenyataan Abdul Hadi itu beberapa pihak membangkitkan isu kemampuan PAS menyediakan dana mencukupi bagi memenuhi pelbagai keperluan semasa.

Untuk rekod setiap seorang calon bagi kerusi parlimen dikehendaki menyediakan deposit RM10,000 manakala RM5,000 bagi peringkat DUN.

Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar hari ini berkata wang untuk deposit calon serta bahan kempen saja boleh mencecah jutaan ringgit dengan percaturan PAS berkenaan.

Bagaimanapun Takiyuddin menegaskan PAS tidak pernah menerima sumbangan daripada Umno.

"Kalau mereka bagi pun, kita tidak akan ambil," katanya.

Terdahulu Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan menganggap langkah pihak tertentu "mereka-reka fitnah" ke atas parti itu kelihatan poyo belaka.

Katanya, jumlah RM35 juta dapat dikumpul jika setiap ahli parti itu - yang berjumlah sejuta - mendermakan RM35 kepada parti.

"Itu belum diambil kira sumbangan korporat PAS yang tentu menyumbang pada kadar berlipat kali ganda," katanya.

PAS catat rekod tanding 160 kerusi demi pecah undi HARAPAN
Posted by AMIR Wart
bloglist-malaysia.blogspot.
wrlr.blogspot.
oleh Mahfuz Omar
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR

Saya terpanggil untuk mengucapkan tahniah kepada PAS di atas kenyataan terbaru Presiden PAS, Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang di Perak kelmarin di mana beliau mengumumkan bahawa PAS akan bertanding 160 kerusi di dalam Pilihanraya Umum ke-14 kelak.
Sesungguhnya dengan pengumuman ini PAS bakal julung-julung kali mencatat rekod penting dalam arena politik tanahair dengan menjadi parti yang bertanding paling banyak kerusi di dalam sejarah pilihanraya umum di Malaysia!
Setakat yang kita ketahui, tidak pernah mana-mana parti politik bertanding melebih 150 kerusi d dalam mana-mana pilihanraya umum. Bahkan UMNO selaku parti terbesar di Malaysia dari segi keahlian dan cawangan serta menjadi parti tunggal yang paling ramai ahlinya menjadi Ahli Dewan Rakyat, hanya bertanding sekitar 121 kerusi sahaja di dalam pilihanraya umum yang lalu.
Saya tak pasti samada ini adalah muktamad kerana PAS, terutamanya Presiden PAS sendiri acapkali bertukar-tukar sikap dan sentiasa mengubah sasaran dan jangkaan terutama dari aspek kerusi yang hendak ditandingi.
Tidak lama dulu PAS nyatakan hendak kekal bertanding semua kerusi PAS sebelum ini iaitu sekitar 80 kerusi. Kemudian jadi 100, 120 dan 130 kerusi. Kemudian beberapa hari lepas Setiausaha Agung PAS mengatakan PAS akan bertanding 150 kerusi. Dan beberapa hari yang lepas Presiden PAS tiba-tiba mengisytiharkan akan bertanding 160 kerusi.
Bila sentiasa mengubah-ubah jumlah kerusi yang nak di tanggani ini menunjukkan betapa berceramuknya percaturan PAS. Mungkin juga untuk bermain silap mata bagi menutup hasrat sebenar yang sekian lama diuar-uarkan iaitu untuk menjadi ���⒠��kingmaker���⒠��atau kuasa penentu. Pimpinan PAS kelihatan tak mampu menjawab persoalan ahli-ahli biasa PAS yang mempersoalkan apabila PAS bertekad hendak menjadi kingmaker yang boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja khususnya dengan UMNO-BN untuk membentuk kerajaan, adakah ianya bermakna PAS sememangnya sanggup untuk menyokong Dato Seri Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia dan secara tidak langsung meletakkan Datin Seri Rosmah Mansor kekal sebagai ���⒠��First Lady of Malaysia���⒠��?
Dan ada juga bertanya apakah dengan menjadi kingkmaker bermakna PAS boleh juga membentuk kerajaan bersama DAP yang selama ini PAS dakwa kuat menentang Islam atau parti Amanah yang dianggap pengkhianat? Tidakkah ini politik oportunis?
Masuk ���⒠��Malaysian Book of Records���⒠��
Jadi, dalam keadaan ini tidaklah menghairankan apabila jumlah kerusi sentiasa diubah-ubah walaupun sampai ke tahap yang tak munasabah walaupun sudah layak untuk dimasukkan ke ���⒠��Malaysian Book of Records���⒠��.
Ahli-ahli PAS di kampung dan ceruk desa mungkin ramai yang sedang bersorak gembira kerana digambarkan sekarang PAS bakal bertanding begitu banyak kerusi, sesuatu yang tak pernah berlaku sebelum ini. Namun wajar juga ahli bawahan menghitung apakah kemampuan yang ada pada jentera PAS dan juga kewangan parti, terutama PAS yang gigih mengutip sumbangan atas nama jihad dari ahli-ahli bawahan.
Jika benar PAS hendak bertanding 160 kerusi Parlimen, maka untuk deposit calon dan bahan kempen sahaja sudah mencecah RM2.4 juta iaitu dengan mengambil kira deposit sebanyak RM15 ribu untuk sebuah kerusi Parlimen. Manakala untuk belanja pilihanraya sahaja katakan sekurang-kurangnya sebanyak RM100 ribu bagi sesebuah kerusi (had perbelanjaan yang ditetapkan akta pilihanraya ialah sebanyak RM200 ribu).
Maka secara keseluruhan yang diperlukan ialah paling kurang sebanyak RM18.4 juta dan jika jika perbelanjaan pilihanraya Pas mencapai had maksima yang di tetapkan Spr sebanyak RM200 ribu maka perbelanjaan untuk 160 kerusi Parlimen akan mencecah RM34.40 juta!.
Saya tahu PAS semasa era sebelum ini memang tidak ada kemampuan kewangan sebesar itu. Jadi, adakah ahli PAS sanggup untuk bergolok gadai mencari wang sebanyak itu di dalam keadaan diketahui bahawa sasaran bertanding sebanyak 160 kerusi itu adalah sangat tidak realistik? Atau adakah terdapat ���⒠��permainan���⒠�� lain di sebaliknya?
Apatah lagi jika dikaitkan dengan pendedahan yang sedang ���⒠��viral���⒠�� sekarang tentang sekurang-kurangnya dua akaun berkaitan PAS yang dikatakan menerima pemindahan wang yang keseluruhannya berjumlah RM2.5 juta dan dikatakan wang tersebut dimasukkan oleh seorang pemimpin kanan UMNO. Jika benar, kenapa PAS menerima duit dari ���⒠��musuh���⒠�� politiknya?
PAS pecah undi Pakatan Harapan
Saya tak mampu menolak tanggapan bahawa ���⒠��permainan���⒠�� sebenar di sebalik segala senario ini adalah dalam rangka untuk memastikan PAS bertanding sebanyak mungkin kerusi bagi memecahkan undi Pakatan Harapan dan seterusnya memberi kedudukan yang selesa kepada UMNO/BN untuk terus berkuasa.
Apatah lagi sejak pengumuman pembubaran Parlimen minggu lepas kelihatan terdapat gelombang baru sokongan rakyat kepada PH yang dapat disaksikan dengan jelas di daam setiap majlis aktiviti kempen anjuran PH di seluruh negara. Maka satu-satunya ���⒠��trump card���⒠�� yang ada pada BN untuk memastikan BN selamat ialah kad berlatarkan bulan bernama PAS!
Justeru, amat malang jika sekiranya rakyat Malaysia yang masih menyimpan harapan kepada PAS terus terpedaya dengan angan-angan kononnya PAS akan masuk dalam PRU 14 untuk menumbangkan kerajaan BN dan tidak melihat mainan sebenar politik PAS yang semakin terserlah niatnya untuk mengekalkan kerajaan kleptopkrasi BN di bawah Dato Seri Najib. Undi kepada PAS akan hanya membawa ketidakstabilan politik negara.
Jadi rakyat tidak perlu membuang masa dan membazirkan undi dan dengan mengundi parti sebegini.
Jika rakyat Malaysia benar-benar ingin melihat perubahan yang lebih baik kepada masa depan negara dan mengheret kerajaan BN terutamanya Perdana Menteri untuk bertanggungjawab di atas segala kesusahan dan kerosakan yang dilakukan ke atas rakyat dan negara seperti pengenaan GST, peningkatan kos sara hidup, skandal 1MDB, FELDA dan lain-lain, maka tiada pilihan lain melainkan untuk mengundi parti-parti dari Pakatan Harapan di dalam PRU14.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 18, 2018 8:03 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Bayangkan Dia Tanggung Sakit Tu Sendiri Sebab Taknak Kacau Saya Tidur", Suami Kena Pandai Baca Bahasa Tubuh Isteri Elak Perkara Tak Diingini
Ditulis oleh farra vy,
siakapkeli.my

Mungkin agak sukar untuk para suami memahami bahasa tubuh isterinya yang sebenarnya sedang menyimpan maksud tersirat. Tak ramai wanita yang suka menyuarakan kerana lebih memilih memendam dalam hati, sekali gus sukar mengekspresi perasaan mereka sendiri.

Tugas suami kala ini hanya satu, iaitu memahami perasaan dan kemahuan isteri melalui bahasa tubuh yang disampaikan. Perkongsian Dr. Taufiq Razif kali ini menceritakan pentingnya para suami untuk memiliki sensory acuity, iaitu dalam bahasa mudahnya kepekaan panca indera kita dikala melihat, mendengar dan merasakan apa yang cuba disampaikan isteri melalui non-verbal communication.

Nak tahu bagaimana untuk mendapatkan 'kuasa' ketajaman pancaindera? Jom baca perkongsian dibawah, semoga ianya bermanfaat.

Isteri saya sekarang dikejarkan ke Hospital Melaka. Pagi tadi tiba-tiba je sakit belakang. Saya tersedar pun sebab isteri saya duk menangis sendirian.

Bila dah diperiksa memang ada premature contraction sikit padahal umur kandungan baru 25 minggu. Bayangkan dia tanggung sakit tu sendirian dan taknak kejutkan saya yang tengah tidur.

Rasa bersalah la pulak. Allah..

Tapi itu lah pengorbanan seorang isteri. Memang banyak kesakitan dan kepenatan yang isteri kita sembunyikan daripada para suami sebenarnya. Mereka tahu suami pun penat juga kerja siang malam mencari nafkah jadi akhirnya mereka memilih untuk diam dan sembunyikan segala kepenatan daripada mata kita.

Tu la kenapa kita para suami kena ada ' SENSORY ACUITY '. Kita kena pandai baca bahasa tubuh, intonasi suara dan pandai baca ayat tersirat isteri kita.

+ Kalau mereka bebel tu tandanya mereka sedang mengalami kepenatan fizikal ataupun emosi

+ Mungkin juga ada yang kurang pada keperluan fisiologi utama mereka seperti makan, minum, hubungan suami isteri, pakaian dan lain-lain

+ Kalau mereka selalu gelisah tu mungkin tanda kita kurang share ilmu agama dan kurang bagi perhatian kat mereka. Jadi jiwa mereka kosong. Ingat ni, nafkah batin juga adalah kasih sayang dan juga pengisian ilmu rohani pada hati isteri

+ Kalau isteri selalu tersenyum tapi kedutan di hujung mata tu tak muncul ( senyuman yang real akan memberikan kedutan pada hujung mata ) ataupun senyumannya agak mendatar tu ada kemungkinan mereka tak bahagia secara sempurna.

+ Mereka mungkin senyum kat kita kerana tanggungjawab mereka untuk menyejukkan pandangan mata suami mereka tapi kita sebagai suami kena la pandai membaca raut wajah dan bahasa tubuh isteri kita. Baru la kita kita boleh tahu kesusahan yang isteri kita duk sembunyikan daripada kita.

Lepas ni tenung mata pasangan masing-masing dan kita tanya mereka dari hati ke hati soalan ini :

" Apa yang saya boleh ubah pada diri saya untuk membuatmu lebih tenang dan bahagia? "

Siakapkeli.my

Kerap Sakit Perut Bahagian Kiri Bawah, Ia Mungkin Perkara Biasa Tapi Ini 11 Puncanya Yang Anda Tidak Boleh Abaikan
Ditulis oleh Eddy Hassan,
siakapkeli.my

Merasa sakit di bahagian perut bahagian kiri mungkin kedengaran sesuatu yang biasa, tetapi ia bukanlah sesuaru perkara remeh yang anda boleh abaikan. Ia mungkin berpunca daripada beberapa sebab antaranya perut dimasuki angin, atau boleh jadi anda menghidapi keadaan yang lebih serius seperti berlaku jangkitan.

Bagi mereka yang mengalami masalah sakit perut di bahagian kiri secara kerap, mereka sepatutnya mengambil langkah bijak untuk mendapatkan rawatan pakar. Begitu juga bagi mereka yang menanggung rasa sakit yang teramat pada bahagian tersebut, maka rawatan segera juga diperlukan supaya ia tidak menjadi semakin parah.

Ini adalah 12 punca yang anda perlu tahu jika kerap merasa sakit di bahagian kiri perut.

1. Diverticulitis

Diverticulitis adalah punca paling kerap ditemui yang menyebabkan rasa sakit pada bahagian bawah perut kiri.

Ia boleh terjadi apabila bahagian diverticula yang terletak pada dinding usus dijangkiti kuman dan membengkak. Diverticula terbentuk pada bahagian lemah di dalam usus besar, yang juga dipanggil sebagai kolon.

Penyakit ini lebih senang menyerang orang dewasa namun mereka yang lebih muda juga berisiko untuk mendapat jangkitan yang sama.

Antara tanda-tanda anda menghidapi penyakit ini adalah demam, kejang di bahagian perut, muntah dan pening.

2. Penyakit Seliak (Celiac Disease)

Penyakit seliak adalah penyakit kronik yang berlaku di saluran pencernaan apabila seseorang itu tidak dapat mencerna gluten. Gluten adalah sejenis protein yang biasa di temui di dalam gandum dan beberapa jenis ubat-ubatan.

Apabila seseorang menghidapi penyakit seliak, sistem imun badan akan mula menyerang di bahagian usus yang terjejas sekaligus menyebabkan pesakit menghidapi pelbagai penyakit berkaitt usus dan kekurangan vitamin.

Antara tanda-tanda menghidapi penyakit ini adalah kejang pada abdomen perut, berat turun dan cirit-birit.

Kanak-kanak yang menghidapi penyakit ini juga berkemungkianan menghadapi masalah tumbesaran dan kekurangan zat makanan.

3. Angin

Masalah kembung perut sering terjadi apabila anda 'menelan' makanan bersama-sama angin ketika anda sedang menikmati makanan, ataupun melalui proses pencernaan secara semula jadi.

Kebiasaanya, angin yang masuk ke dalam usus bukanlah sesuatu perkara yang perlu dirisaukan kerana ia boleh dibebaskan kembali melalui rektum dan esofogus. Namun kembung perut boleh terjadi apabila angin tersebut terperangkap sehingga dibebaskan kembali daripada sistem pencernaan.

Selain itu, masalah kembung perut juga berlaku disebabkan tabiat merokok, mengunyah gula-gula getah dan makan dalam kuantiti yang banyak.

Namun jika kembung perut anda berlarutan dan anda turut menghidapi simptom-simptom lain, anda disarankan untuk menemui pakar perubatan. Antara simptom-simptom tersebut adalah muntah atau cirit-birit, berat badan susut dan sembelit.

4. Intoleransi Terhadap Laktos

Mereka yang menghadapi masalah ini akan mudah mendapat sakit apabila mengambil makanan atau minuman yang mengandungi laktos seperti susu dan produk berasaskan susu. Kejadian ini berlaku apabila pesakit-pesakit tersebut mempunyai masalah kekurangan enzim lactese yang berfungsi sebagai pencerna laktos di dalam susu.

Bagi mereka yang mengandungi laktos yang banyak di dalam badan, mereka berisiko untuk menghadapi sakit-sakit seperti cirit-birit, muntah, kembung dan sakit pada abdomen perut.

5. Penyakit Radang Usus

Penyakit radang usus mungkin adalah satu punca anda seringkali merasa sakit pada bahagian kiri perut. Antara penyebab berlakunya radang pada usus adalah anda menghidapi penyakit Crohn dan ulcerative colitis.

Penyakit Crohn kerap berlaku di bahagian usus kecil manakala penyakit ulcerative colitis terjadi pada bahagian kolon.

Bagaimanapun, ahli perubatan masih lagi belum menemui jawapan mengapa penyakit Crohn dan ulcerative colitis boleh berlaku.

Antara tanda-tanda anda menghidapi kedua-dua masalah ini adalah sakit pada abdomen perut, cirit-birit berdarah, hilang berat badan dan demam.

6. Masalah Penghadaman

Masalah penghadaman berlaku apabila asid terbentuk selepas makan. Bagi kebanyakkan orang, masalah penghadaman berlaku pada bahagian atas abdomen perut, namun ia masih boleh berlaku pada bahagian abdomen perut bawah walaupun ia jarang berlaku.

Antara tanda-tanda anda menghadapi masalah penghadaman adalah rasa pedih ulu hati, kembung perut atau rasa tidak selesa.

7. Irritable Bowel Syndrome (IBS)

Penyakit ini dikategorikan dalam penyakit kronik yang hanya boleh disahkan oleh doktor diagnosis yang dijalankan menolak penyakit-penyakit lain.

Antara tanda-tanda kepada penyakit ini adalah seperti cirit-birit, sembelit dan kembung perut.

8. Hernia

Masalah hernia boleh berlaku apabila organ dalaman badan atau bahagian lain badan menolak dan memberi tekanan pada dinding abdominal. Malah, anda juga mungkin mendapati timbulnya bonjolan pada bahagian badan.

Antara tanda-tanda anda menghadapi masalah ini adalah merasa sakit apabila mengangkat benda berat ataupun rasa sakit yang bertambah.

9. Batu Karang

Kebanyakkan masalah batu karang berlaku akibat pengumpulan kalsium sama ada berlaku di bahagian kiri atau kanan buah pinggang. Dalam kebanyakkan kes, pesakit tidak pernah menyedari bahawa badan mereka sedang menghasilkan masalah batu karang sehinggalah mereka merasa sakit ketika membuang air kecil dan sebagainya.

10. Sembelit

Semebelit berlaku apabila pesakit sukar untuk membuang air besar disebabkan amalan pemakanan yang tidak bagus ataupun kurang bersenam.

Antara langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki masalah sembelit adalah mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan kerap bersenam.

11. Masalah Sakit Wanita

Ia adalah khusus pada wanita kerana ia melibatkan sakit-sakit pada bahagian pangkal rahim. Antara penyakit-penyakit tersebut adalah Inflamasi Pada Pelvik, Ectopic Pregnancy, dan Fibroid.

Jika anda adalah seorang wanita dan kerap mengalami masalah sakit perut pada abdomen perut kiri, bersegeralah berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan nasihat.

Sumber : Medical News Today, Healthline

"Saya Tak Tahan Sakit Ni, Operate Je Lah Senang, Habis Cerita!", 'Caesarean' Bukan Main-Main Silap Hari Bulan, Segala Macam Komplikasi Timbul - Dr. Izzat
siakapkeli.my

Setiap bakal ibu mengimpikan cara bersalin yang paling mudah, cepat tanpa sebarang komplikasi. Secara amnya kaedah bersalin normal lebih selamat berbanding pembedahan caesarean. Bukan saja dalam masa jangka pendek, malah untuk kesan jangka panjang.

Umum tahu pembedahan caesarean akan melibatkan kesan luka yang besar pada bahagian perut dan pelvis si ibu. Keadaan kesihatan dan gaya hidup sedikit sebanyak akan mempengaruhi kaedah bersalin ini jika mempunyai berat badan yang berlebihan, pernah menjalani pembedahan dibahagian perut dan mempunyai masalah kesihatan didalam pemantauan.

Perkongsian daripada seorang pegawai perubatan bahagian Obstretrik dan Ginekologi, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak melalui laman Facebook miliknya menjelaskan situasi dan risiko utama pembedahan caesarean yang tidak boleh diambil mudah.

Kepada bakal ibu, semoga dapat membuat keputusan yang sewajarnya dan dipermudahkan urusan bersalin kalian. Mari ikuti perkongsian doktor agar dapat dijadikan rujukan.

"Saya tak tahan dah sakit nak bersalin ni doktor. Operate je lah! Senang, abes cerita!"

Apabila kita berada dalam kesakitan melampau, terkadang kita hilang pertimbangan dan meminta untuk diperlakukan apa sahaja tanpa memikir baik buruk sesuatu keputusan itu.

Walau bagaimanapun jika terdapat indikasi pembedahan caeserean perlu dilakukan, kami tanpa berlengah lagi akan memastikan ianya dilakukan dengan sepantas kilat untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.

Yang menjadi perhatian saya adalah ibu-ibu yang meminta agar dilakukan pembedahan caeserean ke atasnya tanpa sebab musabab yang difikirkan perlu secara perubatannya. Pembedahan caeserean bukannya benda main-main, silap haribulan segala macam komplikasi boleh timbul. Maka, kedua-dua pesakit dan suami perlu ambil tahu mengenai risiko yang bakal mereka hadapi.

Apakah risiko-risiko utama pembedahan caesarean?

Kesakitan

Selepas pembedahan anda bukannya boleh berjalan segera seperti sediakala. Ada kalanya memerlukan bantuan untuk bergerak berhari-hari lamanya. Anda akan rasa sakit pada bahagian luka pembedahan dan rasa tidak selesa pada bahagian perut selama beberapa minggu selepas pembedahan.

Anda akan diberi ubat tahan sakit untuk menangani kesakitan ini, tetapi ia masih akan mengganggu aktiviti seharian anda untuk beberapa ketika.

Jangkitan kuman

Sebelum dibedah, anda akan diberi satu dos antibiotik untuk mengurangkan risiko mendapat jangkitan kuman. Walau bagaimanapun, kira-kira 8 % daripada wanita yang menjalani caesarean masih mendapat jangkitan selepas pembedahan. Terdapat tiga jenis jangkitan utama yang perlu diberi perhatian:

1) Jangkitan pada bahagian luka pembedahan - Tanda-tanda jangkitan pada luka termasuk kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut. Ada kala ianya mengeluarkan nanah.

2) Jangkitan pada rahim. Ini dipanggil endometritis. Masalah ini lebih berkemungkinan berlaku jika air ketuban anda pecah lama sebelum anda mula rasa sakit bersalin. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk pendarahan yang teruk dan darah nifas berbau busuk dan juga demam ketika berpantang.

3) Jangkitan salur kencing. Semasa pembedahan, sejenis tiub kencing akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya.

Darah beku

Mana-mana pembedahan meningkatkan risiko anda mengalami darah beku. Ini boleh jadi serius, bergantung kepada di mana pembekuan itu berlaku. Jika pembekuan berlaku dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda masalah ini termasuk:

- batuk;
- sesak nafas;
- kesakitan atau bengkak pada bahagian betis
- sakit dada

Doktor mungkin akan memberi anda ubat untuk mencairkan darah dan sejenis stokin khas untuk memastikan peredaran darah menjadi lancar pada kaki anda. Anda juga digalakkan supaya berdiri dan berjalan-jalan secepat mungkin selepas pembedahan caesarean. Ini akan membantu peredaran darah dan mengurangkan risiko pembentukan darah beku.

Perlekatan organ dalaman

Seperti juga pembedahan lain pada bahagian perut atau pelvis, caesarean berisiko menyebabkan lekatan (adhesion) semasa proses penyembuhan. Perlekatan yang saya maksudkan ialah kelompok tisu parut yang boleh menyebabkan organ-organ pada abdomen anda melekat sesama sendiri atau pada bahagian dalam dinding perut. Kira-kira separuh daripada wanita yang menjalani caesarean mengalami perlekatan ini dan jumlah ini meningkat kepada 83 % selepas tiga kali pembedahan caesarean.

Kadang kala perlekatan boleh menyebabkan kesakitan (adhesion colic) kerana ia mengehadkan pergerakan organ-organ dalaman.

Pembiusan

Kebanyakan pembedahan caesarean dilakukan tanpa pembiusan penuh (general anaesthetia), yang membuatkan anda tidur. Sebaliknya, anda akan diberi spinal atau epidural yang akan menyebabkan bahagian perut dan kaki berasa kebas supaya pembedahan boleh dilakukan. Epidural/spinal lebih selamat bagi anda dan bayi berbanding pembiusan am. Walau bagaimanapun, apa-apa jenis pembiusan melibatkan sedikit risiko.

Apakah komplikasi lain ?

Komplikasi yang serius sangat jarang berlaku, iaitu kurang daripada 1 %. Komplikasi serius yang dimaksudkan :

Kecederaan kepada pundi kencing, tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kencing ( ureter ), atau kepada usus.

Doktor mungkin perlu menjalankan pembedahan membuang rahim (hysterectomy) sebagai langkah menyelamatkan nyawa jika berlaku tumpah darah yang serius yang boleh mengancam nyawa ibu.

Anda mungkin perlu menjalani pembedahan caeserean pada masa akan datang. Perkara ini akan dibincangkan semula dalam kehamilan berikutnya.

Ada juga bayi yang terluka sedikit akibat terkena pisau bedah. 2% bayi mengalami luka kecil semasa pembedahan caeserean.

Akhir kata,

Buat keputusan yang sewajarnya, jangan membabi buta. Jangan ambil bulat-bulat 'cakap-cakap' orang. Banyakkan bertanya pada mereka yang berilmu dan bertauliah.

Takde nye saya potong orang sesuka hati, tanpa sebab yg munasabah

Siakakeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 18, 2018 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Negara China teroka ribuan hektar tanah buka dusun durian Musang King di Bentong, Raub?
kedahlaniie.blogspot
DALIA ISMAIL/April 2, 2018 2:07 pm 3

Presiden Perikatan Pencinta Alam Malaysia (Alam) Khaidir Ahmad mendedahkan Negara China sedang memonopoli ribuan hektar tanah dengan membuka dusun durian Musang King di Bentong dan Raub, Pahang.

Aktiviti penanaman durian klon popular yang mendapat pulangan menguntungkan kepada pengusahanya itu telah dilakukan sejak tujuh tahun lalu tanpa pengetahuan banyak pihak, dakwanya.

���⒠��Sebelum buah Durian Moasang King berada di pasaran, mereka sudah menanamnya tujuh tahun sebelum itu tanpa pengetahuan kita.

���⒠��Selepas dua dekad menembusi pasaran Negara China, ramai dalam kalangan mereka sudah bergelar ���⒠��Jutawan Moasang King���⒠��.

���⒠��Selepas harganya mencecah RM250 sekilo di Negara China, baru kita nak mula tanam, sedangkan ���⒠��Raja Buah���⒠�� ini asal-usulnya kita yang mula tanam di tanah kita.

Khaidir Ahmad menunjukkan kawasan Kampung Baru Sang Lee seluas 20 ekar di mana terdapatnya kawasan kebun durian Musang King.

���⒠��Sekarang khabarnya, Cina dari Negara China sudah mula membeli ribuan hektar tanah di Bentong dan Raub untuk membuka dusun Moasang King mereka sendri.

���⒠��Sekali lagi Cina untung besar apabila tanah-tanah kosong yang sebelum itu cuma berharga kurang RM100,000 seekar, kini ditawarkan melebihi RM200,000 seekar manakala tanah yang berstatus Dusun Moasang King dibeli dengan harga melebihi RM500,000 seekar,���⒠�� ujarnya dalam tulisan di facebook hari ini.

Khaidir yang juga bekas editor penyiaran di sebuah stesyen televisyen turut mendakwa kebanyakkan tanah-tanah ini dahulunya diteroka secara haram dan kemudian diberi hakmilik oleh Kerajaan Negeri atas desakan politik.

Oleh itu dakwanya lagi, telah wujud beberapa kampung baru di Bentong dan Raub yang mengambil nama bersempena dengan nama raja buah itu yang mana beliau turut memuatnaik beberapa keping foto berkaitannya antaranya Kampung Baru Sang Lee di Bentong, Kampung Baru Sungai Chetang dan Kampung Baru Tras di Raub.

���⒠�� Durian kita masih durian kampung yang harganya cuma belasan Ringgit sekilo, tanah kita kebanyakkannya masih berstatus tanah terbiar yang harganya di bawah RM50,000 seekar manakala kampung kita pula masih berstatus kampung tradisional yang semakin sepi.

���⒠��Jangan salahkan mereka atau sesiapa���⒠� salahkanlah diri kita yang malas berbudi kepada tanah dan gagal mencari peluang,���⒠�� ujarnya.

Penolong Pengarah Bahagian Hortikultur Jabatan Pertanian Serdang, Mohd Auzaie Komarudin dalam satu kenyataan dipetik berkata, ciri-ciri utama durian Musang King (D197) yang didaftarkan di Jabatan Pertanian pada 1993 juga dikenali sebagai Raja Kunyit.

Musang King mempunyai isi berwarna kuning pekat, durinya bersegi, sementara pangkal tangkainya tidak berduri dan garisan pangsa jelas pada kulit.

Masyarakat Cina tempatan gemar menggelarkan raja buah itu sebagai Mao Shan Wang, yang bermaksud ���⒠��raja kucing gunung���⒠�� iaitu merujuk kepada bentuk isi durian yang mirip seekor kucing sedang tidur.

Panggilan itu terus digunakan secara meluas sehingga perkataan ���⒠��Mao Shan���⒠�� ditukar kepada sebutan Musang dan ���⒠��Wang���⒠�� ditukar kepada King sehingga dikenali sebagai Musang King hingga kini.

"Berat Tak Sama! Masa Jual 1kg, Timbang Balik 500gram Je" Peniaga Rakyat Asing Kaut Untung Haram Guna Helah Penimbang
siakapkeli.my

Ratusan peniaga di Pasar Borong Selayang bukan saja didominasi oleh rakyat tempatan malahan warga asing. Menjual longgokan barangan basah seperti makanan laut dan sayuran, peniaga rakyat asing itu menjadikan medium itu dengan menipu pelanggan yang terdiri daripada rakyat tempatan.

Bukan saja pernah mengaku mendapatkan bahan mentah itu daripada peniaga dalam pasar pada harga murah kerana hampir rosak atau bekalan lama, mereka juga menjualnya dengan harga yang mahal serta menjualnya dengan kiraan timbangan yang tidak betul.

Perkongsian daripada Naey Lotfi menceritakan pengalaman berurus niaga dengan peniaga rakyat asing yang telah mengenakan harga mahal serta menipu kiraan timbangan dengan mengurangkannya apabila ditimbang semula.

TIPU TIMBANG KILO

Assalamualaikum semua..Bagi sesiapa yang suka membeli belah barangan basah di pasar borong selayang..Silalah BERHATI-BERHATI...Semoga cerita kami menjadi iktibar buat anda semua.

31/3/2018 [Sabtu]

Sekitar jam 10 pagi,di Pasar Borong Selayang kami telah membeli udang sebnyak 1 KG dengan harga rm30/KG.. Setelah tawar menawar saya memperolehi dengan harga rm28/Kg. Ketika itu tiada yang meragukan memandangkan mereka memaparkan timbangan sebnyak 1 KG bagi udang yang di beli..dan mereka meletakkan ais di dalam plastik udang tersebut. Pada masa itu, saya hanya memikirkan mungkin tujuannya untuk udang itu bertahan lama.

1/4/2018 [Ahad]

Terdetik untuk saya menimbang balik udang yang dibeli semalam memandangkan di rumah saya ade timbangan yg dibeli untuk buat kek n biskut..So surprisingly,timbangan hanya menunjuk sebanyak 500g...Sedangkan saya beli semalam sebnyk 1Kg...Panasss bebbb kene tipu... Then,lepas itu husband ajak pergi balik ke Pasar Borong Basah Selayang bg menegakkan keadilan la kekononnya. Saya pasti ramai yang telah tertipu dan tujuan sy post ni bertujuan untuk mengajak orang ramai berhati-hati dalam urusan jual beli dengan BANGSA diorang..
So,kami membawa udang yang dibeli semalam bersama dengan timbangan dari rumah menuju ke lokasi membeli semalam..Walaupun diorang pada hari ini bertukar lokasi di sekitar Pasar Borong basah Selayang itu juga, tetapi kami masih cam muka-muka tersebut...dan cuba untuk menuntut hak kami dan menasihat mereka untuk membuat timbangan yang betul..Pada mulanya,mereka berdolak dalih dan akhirnya akur dan menggantikan balik udang tersebut sebanyak 500g lagi..

KESIMPULANNNYA, pihak berkuasa perlulah memantau kegiatan jual beli dengan menyelaraskan sistem timbangan yang digunakan bagi memastikan TIADA UNSUR PENIPUAN dan masyarakat perlulah BERHATI-HATI.

Lokasi:Pasar Borong basah, Selayang

Siakapkeli.my

Ayam ���⒠��Tanpa Kepala���⒠�� Masih Boleh Hidup

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net

BANGKOK: Seekor ayam ���⒠��tanpa kepala���⒠�� di Thailand masih hidup selepas seminggu haiwan itu ���⒠��hilang���⒠�� anggota penting itu dan lebih menakjubkan, unggas terbabit tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan mati.

Mail Online melaporkan, ayam luar biasa ditemukan di daerah Mueang Ratchaburi di wilayah Ratchaburi di tengah Thailand dan ia kini dipelihara seorang doktor haiwan dengan menyifatkannya sebagai wira sebenar.

Gambar yang tular merakamkan ayam itu dengan hanya pangkal kepala tanpa wajah serta ber���­­da���­­rah masih bebas bergerak seperti unggas lain.

Haiwan malang itu kini dipelihara doktor haiwan yang dikenali sebagai Supakadee Arun Thong dan dia dilapor memberikan ayam berkenaan makan menerusi lehernya selain memberikannya antibiotik.

Kata doktor wanita itu, ayam itu agak jinak dan masih memberikan tindak balas yang baik.

���⒠��Haiwan mempunyai kehidupannya sendiri dan jika ia mahu terus hidup, kami akan memberi���­nya makan,���⒠�� kata Supakadee.

Bagaimanapun pencinta haiwan itu berkata, dia bimbang lidah ayam itu lambat laun akan tercabut kerana organ tersebut terus mengering.

Namun masih tidak jelas ba���­gai���­mana haiwan itu hilang kepalanya namun menurut penduduk tempatan unggas terbabit mungkin telah diserang haiwan lain.

Supakadee berkata, dia berharap akan ada pihak yang mahu mengambil dan menjaga haiwan itu.

���⒠��Siapa yang mahu mengambil dan menjaganya? Ayam itu perlukan penjagaan sepanjang hayat. Saya perlu akui haiwan ini adalah wira sebenar dengan jiwa yang kental,���⒠�� katanya.

Untuk rekod, ayam yang terus hidup paling lama di dunia dikenali sebagai Mike. Ia bertahan selama 18 bulan setelah kehila���­ngan kepalanya di Utah, Amerika Syarikat (AS) antara tahun 1945 hingga 1947.

Bayi Ditemui Merangkak Sendirian Di Tengah Jalan Di Tengah Bandaraya New York
siakapkeli.my

Orang ramai di New York dikejutkan dengan insieden seorang bayi merangkak di jalan raya dekat bandaraya itu.

Seorang lelaki dengan nama Rn Jay memuat naik sebuah video di Facebook yang menunjukkan dia bersama beberapa orang yang lain membantu bayi berusia sembilan bulan itu yang ditemui berada di tengah jalan.

Kejadian yang berlaku di Uticia, New York itu menyebabkan ramai orang memberhentikan kereta mereka untuk memberi bantuan kepada bayi berkenaan.

Rn Jay yang merakamkan video itu kemudian bercakap menyuarakan rasa tidak puas hati dengan situasi tersebut.

"Bayi di jalanan, itulah yang kita lakukan di Utica sekarang," ujarnya.

"Itulah yang dilakukan oleh orang sekarang, anda faham maksud saya? Tinggalkan anak-anak di jalanan."

Pada akhir video dapat didengari seorang wanita berkata: "Itu bayi saya, itu bayi saya".

Bagaimanapun, Jabatan Polis Utica kemudian mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan ibu kepada bayi itu telah didakwa kerana membahayakan kebajikan seorang anak.

Sumber- WRAL TV

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 18, 2018 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



PAS yang kian berbisa

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Serangan dan fitnah kepada PAS semakin liar. Sebahagiannya agak lucu dan tidak masuk akal. Namun itulah realiti. BN menyasarkan PAS, manakala Pakatan Harapan (HARAPAN) pun tumpang dua belah kaki untuk turut sama memudahkan kerja BN mendepani PAS serta Gagasan Sejahtera.
Mereka gagal menyembunyikan kebimbangan yang semakin menjerut walaupun kepada awam mereka sebarkan propaganda konon PAS kini menjadi parti picisan dan jauh terkebelakang berbanding parti-parti lain.

Akhirnya mereka terpaksa juga mengisytiharkan perang gerila terhadap PAS supaya kemaraan parti ini dapat disekat.

Mereka tidak boleh tipu diri mereka sendiri. Bahawa ancaman besar bagi mereka bukan Umno dan BN tetapi PAS dan Gagasan Sejahtera. Justeru peratus serangan mereka yang terarah kepada PAS jauh lebih tinggi berbanding BN.

Mereka sangat takut kepada PAS yang sebelum ini mereka gelar sebagai parti ���⒠��picisan���⒠��.

Mereka bagaikan buda-budak - demam takutkan hantu yang mereka sendiri reka dan kemudiannya percaya bahawa itu adalah hantu betul.

Semuanya poyo belaka

Realitinya PAS tidak mudah untuk diperkecilkan. Mereka pun tahu PAS mempunyai kekuatan asas yang sangat berpotensi untuk memenangi saingan tiga penjuru pada PRU ke-14 ini.

Berbekalkan jumlah ahli yang mencecah sejuta selain mempunyai 196 kawasan parlimen dan 7,063 cawangan di seluruh negara, PAS bukan saja menjadi antara parti Melayu Islam yang terkuat di Nusantara, bahkan Asia.

Sebab itu sungguh lucu apabila mereka mempersoalkan - dari mana PAS mendapat duit untuk bertanding 160 kerusi parlimen setelah Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengisytiharkan hasrat parti mengenainya.

Mereka mencongak, kira-kira RM34.4 juta diperlukan oleh PAS untuk bertanding 160 kerusi. Mereka buat-buat bertanya: dari mana PAS ambil duit?

Hasrat mereka adalah untuk mencetuskan kekeliruan, dan mereka mahu sahkan bahawa memang benar PAS mengambil duit Umno.

Sedihnya, mereka terpaksa mereka-reka fitnah. Nampak macam "real", tapi seperti kana anak muda sekarang - itu poyo belaka. Bukan sahaja mereka terus gagal membawa bukti atas dakwaan yang dibuat, kini masyarakat pun sudah penat dan letih untuk mempercayai cerita karut penglipur lara mereka.

Anak-anak muda bingkas menjawab: kalau dah ahli PAS ada sejuta, secara purata setiap orang perlu infaqkan (sedekahkan) RM35 sahaja, parti boleh mengumpul sebanyak RM35 juta.

Itu belum diambil kira sumbangan korporat PAS yang tentu menyumbang pada kadar berlipat kali ganda.

Ada sugar daddy

Pada zaman dulu-dulu, PAS melancarkan derma guna kopiah dan tin Milo, kini kami melancarkan derma dengan ���⒠��tin Milo maya���⒠��. Nombor akaun PAS dipaparkan pada segenap saluran media baru.

Entah berapa juta masuk setiap tahun daripada penyumbang maya. Kau apa kisah?

Kenapa tidak mereka persoalkan sahaja diri sendiri. Parti kecil setahun jagung, angin pasang besar nak bertanding banyak. Mana mereka dapat duit?

Tidak perlu pun saya sebut, semua orang tersenyum dan sudah boleh bayang wajah ���⒠��sugar daddy���⒠�� politik mereka.

Lebih kelakar, bagaimana dulunya mereka bermati-matian menuduh PAS terima duit daripada Umno sebanyak RM90 juta dan meyakininya bahawa ia adalah tuduhan yang benar meskipun mereka sendiri gagal mengemukakan bukti.

Kini mereka pula bertanya di mana PAS ambil duit untuk bertanding 160 kerusi parlimen sedang mengikut kiraan mereka, PAS perlukan sekurang-kurangnya RM34.4 juta.

Habis tu, bukankah kamu kata PAS ada RM90 juta? Kenapa bertanya lagi?

Ertinya, mereka sangat tahu bahawa RM90 juta itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Mereka mencipta fitnah itu untuk menjatuhkan reputasi PAS.

Mereka tiada modal lain. Mereka tiada hujah kukuh untuk berdepan dengan PAS. Kali ini mereka tersandung lagi dek kedangkalan akal mereka.

----------------------------------------------------------

NASRUDIN HASSAN
ketua penerangan PAS Pusat dan penyandang kerusi parlimen Temerloh.

Nik Abduh Sambut Orang Yang Memfitnahnya (Husam) Dengan Mesra

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Termenung saya membaca tulisan Mohd Sayuti Omar kali ini. Jenuh saya mencari bait-bait asakkan dan fitnah yang selalu penulis upahan Husam ini nukilkan bila bicara tentang Nik Abduh.

Pertemuan Nik Abduh dengan makhluk yang paling kuat memfitnahnya - Husam Musa di majlis kenduri anak Abdul Fatah Haron ( YDP PAS Rantau Panjang), sangat menarik perhatian ramai.

Malah dalam tulisan Sayuti, beliau seolah-olah mengharapkan adanya satu drama perdebatan panas berlaku dalam pertemuan ini. Namun segalanya meleset kerana Nik Abduh yang juga menantu Abdul Fatah, melayani Husam dengan penuh mesra seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Tulisan Sayuti akhirnya bertukar kepada naratif yang lebih positif yang mengambarkan akhlak mulia Nik Abduh.

Malah biras Nik Abduh, Arifahmi yang pernah menjadi mangsa serangan Husam juga hadir dan bersalaman dengan Husam. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku selama ini antara mereka dan Husam.

Beginilah akhlak anak-anak Almarhum TG Nik Aziz yang sangat tenang dan profesional dalam melayani musuh politiknya. Orang lain mungkin belum tentu mampu bersikap sebegini jika bertemu musuh mereka.

Kita tengok pemain bola sahaja sudah cukup. Bila jumpa musuh mereka di padang, Salam pun taknak. Jauh sekali nak bermesra macam ini.

Apa pun, diharapkan Husam belajar sesuatu dari pertemuan ini. Insan-insan yang difitnahnya tidak berdendam kerana mereka tak rugi apa pun. Semakin DIFITNAH, semakin banyak pahala mereka kumpul. Sebab itulah Nik Abduh boleh tenang dan senyum gembira.

Tahniah Ust Nik Abduh kerana mengajar kami akhlak ini.

Herman Samsudeen
Gombak Setia
15 April 2018

PKR turut rapuh, dalam senyap krisis menular

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net


Oleh Estafa Fahaqim

PKR juga bergolak. Dalam senyap krisis kepimpinan menular sejak berlakunya tsunami pilihan raya umum ke-13. Bukan sahaja krisis antara kepimpinan, hari ini juga krisis berlaku sejak mereka bersetuju melamar Tun Dr Mahathir Mohamad.

PKR Selangor menolak cadangan lamaran tapi menerima semula sungguh pun dalam kalangan ahli dan penyokong masih berbalah.

PKR juga mempunyai pemimpin yang sedang membentuk dominasi dalam PKR. Nama Datuk Seri Azmin Ali, menteri besar Selangor yang naik hasil konspirasi Langkah Kajang, dikatakan sedang membentuk dominasi dalam PKR, wadah yang terhasil dari gerakan Reformasi cetusan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada pemilihan lepas, iaitu mandat 2014 ���⒠�� 2017, kepimpinan PKR dikatakan didominasi oleh penyokong Azmin dan rungutan kalangan ahli mula kedengaran. Azmin dikatakan mula membentuk ���⒠��kartel���⒠�� ���⒠�� memetik kata-kata ahli PKR sendiri ���⒠�� untuk memastikan beliau menyandang jawatan presiden pada pemilihan akan datang. Keadaan ini disedari ahli parti dan penentangan terhadap Azmin sudah berlaku.

Krisis tersembunyi dalam PKR memang wujud. Perebutan jawatan menteri besar, dengan usaha menjatuhkan menteri besar sebelum itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, bukti jelas dalam PKR berlaku perebutan kuasa. Melanggar cadangan presiden PKR menjawat jawatan menteri besar Selangor satu bukti PKR sedang bergolak.

Keadaan dalam PKR tidak setenang mana. Nama Rafizi Ramli dikaitkan dengan kem yang tidak menyokong Azmin. Rafizi dikatakan mempunyai kaitan khusus dengan presiden PKR dari segi sokongan, juga berbalah dengan Azmin. Beberapa pendedahan dilakukan terhadap pentadbiran Selangor di bawah Azmin kini muncul.

Nama lain seperti Datuk Saifuddin Nasution juga dikaitkan sebagai penentang Azmin sungguh pun tidak kelihatan jelas.

Keredaan hanya berlaku sementara dalam mana ia masih berterusan ada. Pergolakan tetap ada dan menurut sumber, pencabar Azmin satu-satu mula tersingkir dan dikeluarkan.

Adakah tidak ada persamaan parti ini dengan cara pengendalian Dr Mahathir sewaktu dalam Umno, dengan usaha menutup suara-suara penentang dengan cara yang tidak demokrasi dan menggunakan pengaruh kuasa pentadbiran untuk menguatkan kedudukan dalam parti.

Azmin menjadi menteri besar Selangor banyak mengukuhkan kedudukannya dalam PKR. Sokongan kerana beliau adalah menteri besar Selangor mula meningkat. Kaitan kuasa yang ada padanya memberi loncatan kepada usaha beliau menerbitkan sokongan dalam kalangan ahli PKR.

Benar kata Rafizi

Tidak banyak yang berbeza dalam politik baru yang dicanangkan PKR, politik tetap politik. Benar juga dalam ceramah Rafizi baru-baru ini, untuk tidak mempercayai ahli politik yang memegang kuasa. Mungkin ahli PKR sendiri perlu memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Rafizi.

Sesuatu yang amat menarik untuk kita perhatikan apabila Anwar bebas dari penjara. Persoalan adakah mampu kartel Azmin berdepan Anwar? Adakah akan ada perubahan dalam sengketa kepimpinan atau mungkin tercetus perbalahan baru yang lebih hebat dalam PKR?

Dalam PKR sendiri sudah ada api dalam sekam. Setakat ini mungkin matlamat untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak menghalang kebangkitan penentangan antara kepimpinan PKR tetapi apa yang jelas ia sedang berasap.

Pembebasan Anwar dijangka tidak lama lagi. Adakah pengaruh Anwar akan memberi kesan baru pada kartel yang disebutkan dibentuk oleh Azmin? Adakah Azmin berani untuk memulakan perbalahan dengan Anwar atau Anwar terpaksa akur demi matlamat yang lebih besar?

Politik jelas tidak banyak berubah. Penilaian kepimpinan perlu diperhalusi, kerakusan untuk mendapatkan kuasa, memegang kuasa bukan sesuatu kriteria untuk memilih kepimpinan.

PKR juga sedang bergolak dan akan bergolak lebih hebat lagi. Ini baru urusan pergolakan dalam parti yang sudah mula timbul. Kita belum lagi memikirkan pergolakan sekiranya PRU14 ini dimenangi oleh mereka. Adakah dapat mereka membendung perebutan dalam PKR, tentangan dan pergeseran dalam bukan sahaja jawatan dalaman tetapi jawatan-jawatan sekiranya mentadbir negara?

Banyak perubahan sudah berlaku pada parti yang dikatakan wadah kepada perjuangan Reformasi dahulu. Ahli dan penyokong hari ini bersengketa melihat usaha mempolitikkan hampir semua perkara termasuk apa yang dikatakan ���⒠��perjuangan���⒠��.

Adakah kita tidak mungkin melihat perbalahan antara Anwar dan Azmin kelak?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 18, 2018 8:11 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Kau Makan Tempoyak Ke Tadi', Bau Di Tangan Buat Semua Orang Tahu, Amalkan 5 Tips Ini Supaya Tangan Tidak Berbau Makanan Lagi
Ditulis oleh Eddy Hassan,
siakapkeli.my

Sudah menjadi adat kepada orang Malaysia khususnya kepada mereka yang berbangsa Melayu untuk menggunakan tangan ketika menjamah makanan. Katanya, makanan yang dimakan rasanya lebih sedap dan berselera.

Tapi yang tak seronoknya bila makan guna tangan ini adalah bau makanan kuat yang melekat pada tangan. Tambah-tambah kalau makan masakan yang menggunakan bahan-bahan yang memberikan bau yang kuat, seperti ikan patin masak lemak tempoyak, bau durian tu boleh lekat dekat tangan sehari suntuk.

Memang boleh buat hilang mood jugalah kalau orang disekeliling boleh tahu apa juadah yang kita jamah dengan hanya menghidu bau pada tangan kita kan.

Tapi macam mana nak hilangkan bau tersebut? Yelah, kalau ada sabun pencucui tangan dekar rumah tak apalah juga kan. Kalau tak ada, macam mana? Apa kata anda ikut sahaja tips yang dikongsikan di bawah ini. Semoga bermanfaat.

1. Gula

Di dapur rumah anda pasti ada gula. Jadi anda bolehlah guna gula tersebut. Caranya pun mudah walaupun bunyinya macam tak masuk akal.

Apa yang anda perlu buat adalah ambil sedikit gula, kemudian gosok di seluruh tangan anda selama 3 minit sebelum membasuh tangan dan gula tersebut dengan air biasa.

Mudah kan, tak salah untuk anda mencuba.

2. Cuka

Cuka pun turut boleh digunakan sebagai agen untuk menghilangkan bau pada tanan. Apa yang anda perlukan cuma dua sudu cuka sahaja.

Kemudian, anda gosok tangan anda dengan cuka tersebut sebelum mencuci tangan dengan sabun biasa.

3. Limau

Limau sememangnya mudah ditemui dalam produk-produk pembersih. Jadi, ia memang munasabah untuk menggunakan limau sebagai penghilang bau makanan yang melekat pada tangan.

Ambil sepotong limau nipis ataupun lemon dan gosok pada tangan anda sahaja. Mudah kan.

4. Garam

Caranya sama seperti menggunakan gula di atas. Ambil segengam garam kemudian gosoklah diseluruh tangan anda yangb berbau tersebut selama 3 minit.

Kemudian bilas dengan air biasa.

5. Daun Selasih

Ambil sekitar dua hingga ketiga helai daun selasih kemudian gosok pada tangan terutama di celah-celah jari hingga anda yakin bau sudah hilang. Mudahnya.

Pada kami, petua yang palaing mudah untuk diamalkan adalah menggunakan garam ataupun gula, jadi anda boleh menyimpan sedikit garam atau gula di pejabat anda supaya anda tidak lagi perlu risau untuk menggunakan tangan untuk menjamu selera ketika waktu rehat.

Sumber : Petua Ibu

WHO Sarankan Ambil Hanya 25 Gram Gula Sehari, 7 Langkah Bijak Ini Boleh Kurangkan Gula Dalam Badan
siakapkeli.my

3 April - Pengambilan gula dalam makanan atau minuman sudah menjadi rutin harian kita dalam kehidupan. Ada yang mengambilnya secara terkawal dan tidak kurang juga yang mengambilnya secara berlebihan.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2015, lebih 3 juta rakyat Malaysia disahkan menghidap diabetes (kencing manis) kerana pengambilan gula dalam makanan yang tidak terkawal.

Memetik kapsyen KKM yang dimuatnaik, World Health Organisation (WHO) menyarankan agar manusia hanya mengambil 25gram gula sahaja setiap hari bagi orang dewasa bersamaan 6 sudu teh shaja.

Menurut KKM lagi, satu tin minuman berkarbonat sahaja sudah mengandungi 40 gram gula, maka kuota pengambilan gula setiap hari sudah melebihi had. Ini bermakna hentikanlah mengambil minuman berkarbonat untuk kesihatan anda.

KKM menerusi laman rasmi Facebooknya telah memuat naik sekeping foto menunjukkan 7 langkah bijak untuk kurangkan gula dalam badan.

KUOTA GULA SEHARI = HANYA 25 GRAM / 6 SUDU TEH SEHARI

WHO menyarankan bahawa seorang individu dewasa harus mengambil lebih kurang 25 gram (6 sudu teh) gula sahaja dalam sehari.

Satu tin minuman berkarbonat = ~ 10 sudu teh gula (40 gram). Hancur sudah kuota gula sehari, bukan? Lagi-lagi dengan minuman 'ice-blended', 'frappe', kek comel, bubur manis, sos dan banyak lagi. Hmm.. Macam boleh tahu sebab kenapa Malaysia ada 3.5 juta pengidap diabetes kan??

Kita semua tahu, pengambilan gula berlebihan memudaratkan kesihatan.

Marilah kita sama-sama mengamalkan langkah bijak untuk mengawal pengambilan gula.
1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis.
2. Elak menambah gula dalam masakan
3. Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula
4. Pilih produk berlabel rendah gula atau bebas gula
5. Hadkan 1 sudu teh sahaja untuk secawan minuman
6. Elakkan makanan dan minuman bergula sebagai hidangan utama dan sebelum tidur.
7. Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula sdi bahagian awal ramuan.

Siakapkeli.my

Perkasakan Mahkamah Syariah: Tengku Abdullah

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

MARAN, 12 Rejab 1439H, Jumaat - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menyarankan supaya mahkamah syariah di negeri ini diperkasakan setaraf dengan mahkamah sivil.

Sehubungan itu, baginda bertitah meminta pihak berkenaan mengkaji perkara itu dengan menyeluruh.

���⒠��Kalau kita tidak melaksanakannya sekarang, mungkin kita tidak akan buat lagi selepas ini���⒠�kita buat dahulu sebelum perinciannya diperhalusi pihak pentadbiran dan perundangan,���⒠�� titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas merasmikan Masjid Jamek As-Sobirin Felda Kampung New Zealand di sini, hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib dan Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Tengku Abdullah bertitah, baginda sedar bahawa perkara itu mungkin mendatangkan kebimbangan sesetengah pihak dan meminta ia dilakukan secara teratur.

���⒠��Kita tidak boleh menafikan ada pihak tertentu cuba memutar belit fakta dan mengambil kesempatan atas usaha kita ini.

���⒠��Oleh itu, sebelum melangkah ke satu lagi tahap, segala persiapan informasi berkaitan usaha ini perlu diuar-uarkan supaya semua pihak dapat memahami tujuan pelaksanaannya,���⒠�� titah baginda.- Bernama

Apa Muslihat AS Calon Anugerah Kepada Indira?

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net


WANITA bukan Islam yang mencetus ketegangan dalam hubungan antara agama di negara kita beberapa bulan lalu, Indira Gandhi yang terlibat dalam kes penjagaan dua anaknya dengan suaminya yang telah memeluk Islam, Muhammad Riduan Abdullah.

Kejayaan Indira dalam kesnya telah membangkitkan kemarahan orang Islam di negara ini memandangkan bapa kepada dua anak itu beragama Islam dan mahu membesarkan dua anaknya itu menurut agama Islam.

Dalam hubungan kaum dan antara agama di Malaysia yang mudah diprovokasi, hubungan antara pengikut Islam dan Hindu terjejas ekoran itu ini dan pelbagai pihak yang tidak senang dengan Islam mengambil kesempatan untuk memburukkan imej Islam melalui kes tersebut.

Baru-baru ini, Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur telah mencalonkan Indira Gandhi untuk anugerah International Women of Courage Jabatan Negara AS bagi tahun ini.

Duta AS ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir telah mengadakan majlis resepsi di kediamannya untuk meraikan Indira dan menghadiahkan plak peringatan kepada wanita itu.

Tindakan Kedutaan AS ini mencetuskan kemarahan orang Islam ekoran sensitiviti kes ini, yang diraikan oleh ramai bukan Islam dan kumpulan liberal di negara ini sebagai satu kejayaan besar bagi mereka untuk kebebasan beragama.

Pencalonan ini konsisten dengan sikap AS yang menyokong perjuangan liberal di Malaysia, yang turut disokong kuat oleh parti-parti pembangkang DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Pada 2009, AS mencalonkan Datuk Ambiga Sreenevasan, peguam yang juga aktivis hak asasi yang kemudian mengepalai pertubuhan Bersih.

Ambiga terlibat dengan aktif dalam kegiatan hak asasi manusia termasuk kebebasan LGBT yang semakin giat bergerak di Malaysia.

Tahun 2016, anugerah sama diberikan pada aktivis LGBT Nisha Ayub yang diiktiraf atas kegiatannya memperjuangkan hak transgender.

Anugerah terbaru kepada wanita Hindu yang terlibat dalam mencabar kedudukan agama Islam di negara ini menunjukkan kecenderungan pihak asing menyokong mereka yang menentang kedaulatan Islam dan norma masyarakat negara kita. ���⒠�� Mynewshub.cc

'Tidak tahu kenapa saya dibakar'
Sinar Harian
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com

Pembantu restoran Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 25, (tengah) dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas rakan sekerja dengan menggunakan api tiga tahun lepas. - Foto Bernama

KLANG - "Saya tidak tahu apa salah dan kenapa saya dibakar," kata bekas jurujual kepada mahkamah.

Menurutnya, dia turut mengalami trauma akibat dibakar oleh rakannya, Muhammad Khairul Anuar Abdullah, tiga tahun lalu.
"Saya trauma! Berbulan-bulan saya tidak boleh bau minyak petrol," katanya sambil menangis.

Dalam pernyataan impaknya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Klang, Emelia Kaswati Mohamad Khalid, wanita berusia 21 tahun itu berkata dia mengalami kecacatan kekal akibat kejadian itu.

"Saya tidak boleh mengangkat tangan kiri kerana kulit lengan kiri bercantum dengan badan selain kesan parut melecur di kebanyakkan bahagian badan," katanya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap terhadap Muhammad Khairul.

Sehubungan itu, Emelia Kaswati menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap lelaki berkenaan selepas didapati bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa.
Muhammad Khairul didapati bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan api terhadap mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kebun kelapa sawit, Kampung Seri Aman, Sungai Besar antara jam 11.30 malam pada 27 September 2015 hingga 12.30 pagi 28 September 2015.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mahmoodah Abdul Latif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh kerana kesalahan itu adalah serius selain menjadi pengajaran kepada masyarakat.

���⒠��Disebabkan perbuatan tertuduh itu, mangsa mengalami ���⒠��second degree burned���⒠�� malah penggunaan api yang mendatangkan kecederaan parah memberi kesan kepada mangsa dan masyarakat," katanya.

Berdasarkan fakta kes, Muhammad Khairul dan wanita berkenaan pernah bekerja bersama-sama di sebuah kedai pakaian dan aksesori berjenama di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada 2015.

Muhammad Khairul didakwa telah mengajak wanita itu untuk mencuri beberapa barangan di dalam kedai tersebut bagaimanapun dibantah wanita berkenaan.
Selepas beberapa bulan, lelaki iti berjumpa dengan mangsa di sebuah perhentian bas di Damansara dan memaksa wanita itu mengikutinya ke lokasi.

Ketika dalam perjalanan itu, mangsa dipukul dan dihentak kepalanya di papan pemuka kereta.
Mangsa turut dipukul sehingga pengsan di kebun sawit berkenaan sebelum diheret keluar dari kereta.

Dia kemudiannya mencurahkan petrol dan menyalakan api. Mangsa sempat terjun ke dalam parit berhampiran sebelum mendapatkan pertolongan.
Seramai 12 saksi pendakwaan serta seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pada prosiding itu, peguam bela Nizam Azwir memohon penangguhan perlaksanaan hukuman atas alasan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.
Bagaimana pun mahkamah menolak permohonan tersebut.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Apr 18, 2018 9:00 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



BOLEH MENANGIS PEMIMPIN DAN PENYOKONG PH BILA BACA KENYATAAN NI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

LAMBANG DACING TAK SAH ...... PAS MENANG PERCUMA
bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta

Rupanya Logo Dacing Tak Sah Dakwa Peguam. PPBM mempersoalkan sama ada penggunaan lambang ���⒠��dacing���⒠�� oleh Barisan Nasional (BN) sah di bawah undang-undang pilihan raya dan pertubuhan, sambil mendakwa ia tidak termaktub dalam perlembagaan gabungan itu.

���⒠��Walaupun Barisan Nasional pernah beberapa kali meminda Perlembagaan parti, yang terkini adalah pada 2013 ketika Perdana Menteri Najib Razak, namun masih tidak ada mana-mana pindaan yang dibuat untuk memasukkan lambang/logo sah pada Perlembagaan Barisan Nasional itu,���⒠�� kata peguam PPBM, Haniff Khatri Abdullah.

Rupanya Logo Dacing Tak Sah Dakwa Peguam. Haniff bagaimanapun berkata terdapat deskripsi mengenai lambang BN pada Fasal 16 perlembagaan itu, tetapi mempersoalkan jika ia sama dengan lambang dacing yang digunakan pada setiap pilihan raya.

���⒠��Lambang, lencana dan bendera Barisan Nasional adalah dacing yang berwarna kuning emas dan berlatar belakangkan warna nila kandi,���⒠�� menurut fasal itu seperti dipetik Haniff.

���⒠��Butiran berkaitan lambang/logo yang tertulis pada Perlembagaan Barisan Nasional adalah dacing yang berwarna kuning emas dan bukan dacing berwarna putih.

���⒠��Parti Barisan Nasional telah pun melakukan kesalahan jenayah di bawah Seksyen 50 Akta 335, di atas ketiadaan lambang/logo yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) selama ini,���⒠�� katanya merujuk Akta Pertubuhan 1966.

Rupanya Logo Dacing Tak Sah Dakwa Peguam

Haniff menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak borang pencalonan dari BN pada hari penamaan calon pada 28 April nanti.

Menurutnya, calon BN perlu bertanding di atas tiket Bebas dengan logo yang disediakan SPR, atau menggunakan mana-mana logo parti komponennya kecuali logo Umno.

Haniff berkata ia kerana ���⒠��Umno sendiri merupakan sebuah parti yang tidak sah dan terbatal���⒠�� kerana tidak mengadakan pemilihan cawangan sebelum 28 Februari lalu.

Kenyataan Haniff itu ekoran beberapa kenyataan PPBM yang mengkritik RoS, yang dituduh tidak mahu menjelaskan sama ada langkah 4 parti PH untuk menggunakan hanya logo PKR pada pilihan raya akan datang bakal menghadapi masalah.

Rupanya Logo Dacing Tak Sah Dakwa Peguam

Keputusan itu diambil susulan arahan pembubaran sementara terhadap PPBM oleh RoS awal bulan lalu, menyebabkan parti itu tidak boleh bertanding menggunakan logo Bunga Raya yang didaftarkan.

Sebelum itu, PH mengemukakan permohonan untuk menggunakan logo bersama, dalam usaha mahu bertanding sebagai satu gabungan seperti BN.

Rupanya Logo Dacing Tak Sah Dakwa Peguam. Permohonan itu bagaimanapun masih tidak diluluskan RoS. - free malaysia today

Anak Saudara Batalkan Hasrat Lawan Hadi Di Marang.

Posted by Ameno World
bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.org

Ketua Amanah Marang yang juga anak saudara kepada isteri Presiden PAS, Ustaz Miqdad Zakaria hari ini mengumumkan menarik diri daripada menentang Hadi di Parlimen Marang.

Bukan itu sahaja, beliau juga mengumumkan tidak akan bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihanraya ke 14 kali ini.

Berikut adalah kenyataan media yang disiarkan menerusi Facebooknya pagi tadi.

Oleh : Miqdad Zakaria

Kepada semua Sahabat���² terutama AJK AMANAH Kawasan Marang..

Ana ingin memohon maaf jika keputusan ana kali ini banyak akan mengguriskan hati kalian semua..

Untuk meredakan keadaan yang tegang diantara kita, dengan ini ana dengan rela hati menarik diri dari bertanding di PRU 14 kali ini..

Ana sangat menghargai usaha dan pengorbanan kalian semua, akan tetapi untuk kebaikan kita bersama, agenda untuk bertanding ini perlu dibatalkan..

Cuba kita ingat balik apa matlamat kita masa penubuhan AMANAH Kawasan dulu, isu bertanding ini kita semua tahu yang mana ana tidak berminat, sehingga ramai Pimpinan menghantar orang supaya pujuk agar sanggup bertanding. Tapi ana tetap dengan keputusan ana ketika itu untuk tidak bertanding..

Kalian semua sangat mengetahui alasan kuat kenapa ana menolak, tidak lain tidak bukan kerana matlamat kita wujudkan AMANAH Marang semata���² untuk pecahkan "minda ta'assub" yang ada.. Nah sekarang kita dah dapat yang kita impikan, dulu ramai membenci, lani Alhamdulillah dah beransur baik, dulu tidak bertegur sapa, lani Alhamdulillah dah boleh senyum balik. Itulah kemenangan yang Allah kurniakan kepada kita. Kita sudah dapat kemenangan itu.

Jadi, wahai Sahabat���² sekelian.. Batalkanlah niat untuk adakan sidang akhbar.. Selepas PRU kita akan sama���² bekerja macam biasa in syaa Allah. Sekarang ini tumpu agenda kalahkan BN dan Dot Dot.. Agenda ini lebih utama berbanding agenda kita semua..

Akhirnya, ana memohon maaf sekali lagi kepada semua Sahabat���² kerana telah menarik diri dari bertanding di PRU kali ini.. Moga Allah kurniakan pahala yang berlipat kali ganda kepada kita semua..

Salam sayang dari ana sekeluarga..

"Maju AMANAH Demi Islam"

Sekian.
Miqdad Zakaria.
Ketua AMANAH Marang.
Rabu.
18.4.18
Rusila, Marang.

Copyright ���© 2018 Ameno World | Theme by Arlina Design All Right Reserved
Read more: https://www.amenoworld.org/2018/04/anak-saudara-batalkan-hasrat-lawan-hadi.html#ixzz5D1Cxp5KJ

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com