Sunday, May 20, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3276

Messages In This Digest (1 Message)

Message

1.

Fw: Trend Gantung Patung Di Kereta Rosakkan Aqidah

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Sun May 20, 2012 7:48 am (PDT)




Trend Gantung Patung Di Kereta Rosakkan Aqidah
Posted by greenboc

Assalamualaikum....

Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta... Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.

Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati.

Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang.

Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya: Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: "Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka" (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t.

sumber: FB

comments:

Anonymous said...
bodoh tahu mengikut aje!50 tahun merdeka pemikiran rakyat gagal dibangunkan. contohnya, geng lembu tonggeng

Toshio (Zharfan) said...
Saya ingatkan sebagai ganti static strap!!

http://cdn4.explainthatstuff.com/car_static_strip.jpg

Anonymous said...
melayu islam mudah mengikut tanpa banyak membaca dan mencari sumber rujukan -sebab dah lama di bangangkan oleh umnooooooo --rj

Anonymous said...
1) Sebenarnya Rasullullah SAW di dalam dalil sebuah hadis ada menerangkan selain menegah patung dibawa masuk kedalam rumah orang Islam.

2) Dalil hadis juga menyebut bahawa kehadiran patung2 ini boleh menyebabkan doa seseorang tidak diqabuli kerana malaikat rahmat tidak akan masuk kerumah orang Islam yang didalam rumah tersebut terdapat apa jua patung yang berbentuk makhluk bernyawa seperti haiwan atau manusia yang cukup semua sifat anggotanya seperti kepala, badan, tangan dan kaki dll.

3) Ini termasuklah lukisan yang timbul yang berbentuk haiwan dan manusia.

4) Asasnya mudah, kalau bentuk yang lengkap boleh dibuat, dimanakah patung2 ini hendak menuntut nyawa. Kan ini semuanya hak Allah jua.

5) Selain itu, makhluk halus seperti jin akan menumpang kepada patung2 ini yang akhirnya menyebabkan ianya menjadi paranormal.

Kita orang Iman wajib percaya tanpa was-was kerana ada hak yang dimiliki Allah tidak terjangkau oleh Akal pemikiran kita untuk mencapainya.

Demikianlah sedikit sebanyak untuk dikongsi bersama dan emaillah kiranya ada keraguan, Alhamdulillah jazakumullahu-khairoh.

Ikhlas dari,
matpena@yahoo.com

Anonymous said...
dalam hal kebodohan, orang melayu 2x pandai!
dalam hal kepandaian, orang melayu 2x bodoh!

-wak-

Anonymous said...
itu ceritenya... memang pernah nampak orang wat cam ni.. ingatkan diorang letak nak kotorkan patung tu...

dasar pak turut betul.

Anonymous said...
Mmg tak de faedah, sia2 ... Duit beli patong tu lebih baik wakaf/infak /masuk tabung masjid/surau ke, wlu mungkin harga tak sampai RM10.00 (klu lebih lagi le rugi)...... sama le mcm org pompuan pakai gelang kaki, org lelaki pakai rantai, subang dll...hisap rokok .. sia-sia

Tu semua UMNO tak ajo.. UMNO ajo banyak yg sia2 tak de pekdah

Anonymous said...
masa gi jln2 skjp td aku nmpk sebelah kasut bola tergantung di belakang van sekolah, trgantung mcm anak patung tu jgk. Aku heran ntah apa yg diorg buat ney.. sesapa ada pnjelasan?

Anonymous said...
Yg dah buat tu tobat le.
Sbb tu kena berterusan timba ilmu.

Antara tip2 nak berhenti merokok:
Sering solat hajat minta ampun, & kekuatan pada Allah. Juga mohon maaf pada isteri, ibu bapa & anak2 & minta depa doakan.

Klu gian juga, amik alternatif (coklat ke , sbnarnya coklat ni bagus, & macam2 minuman berhasiat yg dijual, wlu mahal sikit tapi rokok tu pun pakai duit juga, lagi x faedah).

Sering2 puasa sunat, sering derma, & buat le nazar berperingkat2, misalnya, berhenti 7 hari -> puasa 1 hari, berhenti 2 minggu -> puasa 2 hari , berhenti 40 hari -> puasa 3 hari + pi attend kelas ustaz azhar ke. Dll. Amacam?

sori GB, lari dari topik.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Groups

Mental Health Zone

Find support for

Mental illnesses

Y! Sports for TV

Game Day Companion

Live fantasy league

& game stats on TV.

Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

Saturday, May 19, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3275

Messages In This Digest (3 Messages)

1.
Fw: PROTON INSPIRA VS MITSUBISHI LANCER From: -::eSpAcE9808::-
2a.
Re: Fw: Cuepacs-MTUC Kemuka 4 Tuntutan Baru From: ahmad sopuan abdullah
3.
(no subject) From: false

Messages

1.

Fw: PROTON INSPIRA VS MITSUBISHI LANCER

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Fri May 18, 2012 9:07 am (PDT)





----- Original Message -----
From: "Delivery" <delivery@hicomtecksee.com.my>

Subject: PROTON INSPIRA VS MITSUBISHI LANCER....VERY2 BAD ENDING

Renungan......

Al Fatihah kepada arwah... kesian baby ni xde parents dah…
Moral..kelajuan membunuh...Kalau ada orang cucuk blakang bagi jer jalan...

Ingat yang tersayang....


-- Forwarded by Nurull Firdaus Bt Hassim/GWB-TB/Maybank

Cerita daripada seorang kawan c99limited.com<http://c99limited.com/>

Lebih kurang pukul 6 petang 6-may-12, aku masuk hiway Plus dari kuantan nak ke KL. Aku maintain crusing 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dah jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absober standard, rim dan tayar pun standard kilang.

Memandangkan speed dah 200km/j then aku follow je dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy pasal inspira tu rajin hi beam halau kereta ke tepi so aku kat belakang dia just follow je la. Time coner jalan tak rata aku nampak inspira tu body dah goyang tapi dia tetap maintain speed. Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku plan nak crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.

Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lenser 2.0 kat lane kanan dalam kelajuan 140km/j. Lancer tu taknak ketepi tapi terus tekan minyak dan inspira tu terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg berlainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lenser

aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Kalau ikut darah pahlawan time ni sedap potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik lagipun lately tak tau la aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw, hmmmm mungkin ada hikmah tu. so aku ikut je dari belakang.

Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pulak sebuah bas di belakang antara beberapa buah kereta yg bawak pada kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lenser dgn rapat dan aku makin menjarakkan sikit demi keselamatan.

Tetiba aku nampak inspira, lenser, bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau bilau. Terus aku nampak lenser tu melanggar pagar kiri hiway dan melintas depan keta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yg menghala ke terengganu.

Sewaktu Lancer tu diudara sebuah kereta di laluan sebelah betul2 berada dibawah lenser tu. Nasib kereta tu memang baik tapi bila lenser tu dah terempas ke laluan sebelah ada sebuah kereta lain terlanggar serpihan lenser tu lalu terbabas dan langgar pagar.

Kereta Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku pelahankan kereta untuk berenti aku perasan penumpang lenser yg duduk di depan dah kaku.

Sebaik je aku berenti aku terus berlari ke lenser tu untuk membantu. Aku antara org terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah hiway untuk ke laluan sebelah ada sorang brother yg berlari lebih awal bagi tau ada baby kat tengah jalan.

Ya Allah!!!!! menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak cam nak nangis nampak baby yg aku rasa baru beberapa bulan dah tercampak keluar dan ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus jerit kat brother tu suruh angkat je baby yg tengah menangis tu. Brother tu pun macam panik tapi aku jerit je suruh dia angkat baby tu.

Syukur kereta di laluan tu suma terus berenti. Aku terus pergi kat ke lenser tu dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang dah diam.

Aku nampak penumpang depan perempuan, masih dalam ber'seatbelt' dan air bag dah kempis. Kepala penumpang tu dah tunduk kedepan tapi aku yakin tengkok patah pasal nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah tak bernyawa.

Aku periksa pemandu, lelaki, masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis. Pemandu tu pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher. Aku yakin dia pun dah tak bernyawa.

Aku terus pesan pada dua tiga orang yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan lenser tu untuk bukak jalan. Aku ternampak beberapa document peribadi mangsa atas jalan terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat.

Aku periksa baby tu pulak, dahi dia luka kena jalan. Nampak isi warna putih dan berdarah. Aku terus kumpulkan beg-beg yg tercampak keluar dan untuk carik beg baby lalu aku kumpulkan setempat. Alhamdulilah ada sorang pakcik dan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan baby tu. Aku keluarkan tuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia. Aku carik susu tapi dah takde dalam beg.

Aku selongkar beg mangsa untuk cek document yg mungkin boleh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya cuma document peribadi mangsa je dan takde no ahli keluarga mangsa.

Dalam masa 20 minit lepas kejadian tetiba ada pakcik tu ambih phone mangsa dan call ahli keluarga mangsa. Rupa-rupanya ada ahli keluarga mangsa ada convoi bersama mangsa hampir sampai ke tempat kejadian. Bila hali keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh ambik baby tu dulu dan hantar ke hospital.

Aku rasa macam nak ambik gambar mangsa tapi tak sampai hati. So aku ambik gambar kereta mangsa je dari depan.

Pastu dalam beberapa minit polis, bomba, ambulan pun sampai.

Aku kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang2 kali aku terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yg datang ambik baby tu.

Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata excident 200km/j. Dalam masa beberapa saat je 2 nyawa melayang, baby terpelanting keluar kereta dan baby yg tak tau apa-apa kehilangan ibubapa selamanya.

Aku teruskan perjalanan ke KL dgn kelajuan yg tak sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah troma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak berborak, radio pun tak on. Sampai tol gombak baru aku bukak radio dan cuba bercakap dgn wife aku untuk tenangkan dia.

Lancer crash at 200km/j. Dari laluan kuantan ke KL terpelanting ke laluan sebelah (KL ke Kuantan)
minyak engine + coolen mengalir keluar
dua pictures ni je aku ambik. Aku tak sampai hati nak ambik gambar mangsa.


Created by Norhafizah Mohd Osman/HRD/Maybank

Click here for Bulletin Details

It is with deep sadness that we announce our colleague from Maybank Group Customer Care (MGCC), Siti Rohani Binti Abd Ahalim passed away yesterday, 6 May 2012 in a car accident at Lebuhraya Pantai Timur. Allahyarhamah Siti Rohani's husband was also a fatal victim in the same accident.

Allahyarhamah Siti Rohani, 26, was a Customer Service Executive at MGCC. Both of them were laid to rest at Kajang this morning. Their 6-month year old baby survived and is now being treated at Hospital Besar Kuantan, Pahang.

The demise of Allahyarhamah Siti Rohani is indeed not only a great loss to her colleagues and her loved ones but also to the Maybank Group. She will be deeply missed by all.

Al-Fatihah

Regards

Fadzilah Zainal Abidin
Bancassurance Department
Allianz General Insurance (Company) Berhad
2a.

Re: Fw: Cuepacs-MTUC Kemuka 4 Tuntutan Baru

Posted by: "ahmad sopuan abdullah" asafahaha@yahoo.com.my   asafahaha

Sat May 19, 2012 12:32 am (PDT)



syabas..

ini baru rakyat diutamakan

________________________________
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, 18 May 2012 11:34 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Cuepacs-MTUC Kemuka 4 Tuntutan Baru


 

 
Cuepacs-MTUC Kemuka 4 Tuntutan Baru
Termasuk Mahu 35,000 Kakitangan Kontrak Kerajaan Disambung
Kontrak!
nizar-coretanku.blogspot
Posted by Nizar
 
Ada yang mengatakan kalau nak minta bantuan dan
perhatian daripada pihak kerajaan, inilah masa dan ketika yang terbaik untuk membuat tuntutan sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13. Benarkah? Mungkin ini antara
percaturan yang diambil oleh pihak Cuepacs dan juga MTUC dalam membuat tuntutan
baru kepada pihak kerajaan. Mungkin? Bukan satu, dua tuntutan tetapi 4 tuntutan
sekaligus.

Dijangka Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja
Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
(MTUC) akan mengemukakan empat tuntutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak semata-mata bagi menjamin kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun
selepas mereka tamat perkhidmatan kelak
Antara Tuntutan Cuepacs –
MTUC
1. Mewujudkan Skim Dana Pencen
> 2. Memanjangkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan
> 3. Bayaran saguhati tamat perkhidmatan
> 4. Penambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi berkenaan. Antaranya ialah, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).
> 5. Tujuh agensi ini, pada asalnya dahulu di bawah sektor awam sepenuhnya, tetapi pada 1992, ia diasingkan untuk diurus tadbir secara autonomi atau mutlak .
Tidak lupa juga Cuepacs sebenarnya dalam pada
masa sama mengharapkan nasib kira-kira 35,000 kakitangan kontrak di
agensi-agensi kerajaan dibela supaya kerajaan tidak menamatkan tempoh
perkhidmatan mereka sebaliknya ditawarkan penyambungan kontrak jika tiada
kekosongan jawatan untuk ditetapkan.

Dan MTUC mahukan satu mekanisme supaya
ketujuh-tujuh badan berkanun itu mendapat faedah serupa, sama ada yang diperoleh
oleh penjawat awam atau kakitangan swasta dan status mereka juga harus jelas.
Apa harapan dan cadangan daripada anda pula?

-berita semasa
3.

(no subject)

Posted by: "false" jaynoll@yahoo.com   jaynoll

Sat May 19, 2012 2:00 am (PDT)



<p>Online success at your fingertips! Learn how to make as much as $500 each day<br><a href="http://www.smgarch.co.za/newsjournal/93ColinMartin/">http://www.smgarch.co.za/newsjournal/93ColinMartin/</a></p>
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Groups

Mental Health Zone

Find support for

Mental illnesses

Y! Sports for TV

Game Day Companion

Live fantasy league

& game stats on TV.

Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

Friday, May 18, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3274

Messages In This Digest (2 Messages)

Messages

1a.

Re: Fw: Proton Sapphire Pre Ve SE... ?

Posted by: "Nazri Ahtar" littlenoti@yahoo.com   littlenoti

Thu May 17, 2012 6:25 pm (PDT)



fuh ! smart !
 
rgds,
Nazri Ahtar

________________________________
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, May 17, 2012 11:36 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Proton Sapphire Pre Ve SE... ?


 

----- Original Message -----
From: Mat Rock
 
 
Proton
Sapphire Pre Ve SE... ?
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2.

Fw: Cuepacs-MTUC Kemuka 4 Tuntutan Baru

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Fri May 18, 2012 8:35 am (PDT)




Cuepacs-MTUC Kemuka 4 Tuntutan Baru Termasuk Mahu 35,000 Kakitangan Kontrak Kerajaan Disambung Kontrak!
nizar-coretanku.blogspot
Posted by Nizar

Ada yang mengatakan kalau nak minta bantuan dan perhatian daripada pihak kerajaan, inilah masa dan ketika yang terbaik untuk membuat tuntutan sebelum menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13. Benarkah? Mungkin ini antara percaturan yang diambil oleh pihak Cuepacs dan juga MTUC dalam membuat tuntutan baru kepada pihak kerajaan. Mungkin? Bukan satu, dua tuntutan tetapi 4 tuntutan sekaligus.

Dijangka Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengemukakan empat tuntutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semata-mata bagi menjamin kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak
Antara Tuntutan Cuepacs – MTUC
1.. Mewujudkan Skim Dana Pencen
2.. Memanjangkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diberi kepada sektor awam kepada tujuh agensi berkenaan
3.. Bayaran saguhati tamat perkhidmatan
4.. Penambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) syer majikan yang pelaksanaannya berbeza antara agensi-agensi berkenaan. Antaranya ialah, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).
5.. Tujuh agensi ini, pada asalnya dahulu di bawah sektor awam sepenuhnya, tetapi pada 1992, ia diasingkan untuk diurus tadbir secara autonomi atau mutlak .
Tidak lupa juga Cuepacs sebenarnya dalam pada masa sama mengharapkan nasib kira-kira 35,000 kakitangan kontrak di agensi-agensi kerajaan dibela supaya kerajaan tidak menamatkan tempoh perkhidmatan mereka sebaliknya ditawarkan penyambungan kontrak jika tiada kekosongan jawatan untuk ditetapkan.

Dan MTUC mahukan satu mekanisme supaya ketujuh-tujuh badan berkanun itu mendapat faedah serupa, sama ada yang diperoleh oleh penjawat awam atau kakitangan swasta dan status mereka juga harus jelas. Apa harapan dan cadangan daripada anda pula?

-berita semasa
Recent Activity
Visit Your Group
Moderator Central

An online resource

for moderators

of Yahoo! Groups.

Yahoo! Search

Start Searching

Find everything

you're looking for.

Health Zone

Look your best!

Groups to help you

look & feel great.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

Thursday, May 17, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3273

Messages In This Digest (2 Messages)

1.
(no subject) From: false
2.
Fw: Proton Sapphire Pre Ve SE... ? From: -::eSpAcE9808::-

Messages

1.

(no subject)

Posted by: "false" jaynoll@yahoo.com   jaynoll

Wed May 16, 2012 8:55 pm (PDT)



<p>Online success at your fingertips! Learn how to make as much as $500 each day<br><a href="http://www.rato-kotztuete.de/currentevents/54SimonMacdonald/">http://www.rato-kotztuete.de/currentevents/54SimonMacdonald/</a></p>
2.

Fw: Proton Sapphire Pre Ve SE... ?

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Thu May 17, 2012 8:37 am (PDT)



----- Original Message -----
From: Mat Rock

Proton Sapphire Pre Ve SE... ?

Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Groups

Latest product news

Join Mod. Central

stay connected.

Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Y! Sports for TV

Game Day Companion

Live fantasy league

& game stats on TV.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

Wednesday, May 16, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3272

Messages In This Digest (2 Messages)

1.
Fw: SMS sambil jalan...Haram From: -::eSpAcE9808::-
2.
Pasangan Tertangkap Sedang Berasmara From: -::eSpAcE9808::-

Messages

1.

Fw: SMS sambil jalan...Haram

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Wed May 16, 2012 7:56 am (PDT)




SMS sambil jalan...Haram
paapaada.blogspot
Posted by a U t A m a N

Pejalan kaki yang suka menggunakan khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) perlu berhati-hati.

Polis di bandar Fort Lee, New Jersey, berkata, mereka akan mula menyaman sebanyak AS$85 (RM255) terhadap pejalan kaki yang ditangkap menaip mesej pesanan ringkas pada telefon bimbit masing-masing sambil berjalan.

"Ia satu gangguan besar. Pejalan kaki tidak melihat arah yang mereka tuju dan mereka tidak sedar," kata Ketua Jabatan Polis Fort Lee, Thomas Ripoli.

Menurutnya, bandar berkenaan yang didiami hampir 35,000 penduduk, menyaksikan tiga kematian di kalangan pejalan kaki selepas mereka terbabit dalam kemalangan tahun ini.

Beliau berharap tindakan menyaman pejalan kaki yang berkelakuan membahayakan ketika berjalan akan menjadikan bandar itu lebih selamat.

Bagaimanapun, tidak semua orang bersetuju mengenai cadangan menyaman itu.

"Ketika berjalan, saya tetap akan melihat sekeliling. Saya tidak melihat ke bawah sepanjang masa," kata penduduk, Sue Choe.

Seorang wanita lain mengadu mengenai jumlah saman itu yang dianggapnya terlalu tinggi.

Anggota polis menyerahkan risalah sepanjang kempen singkat Mac lalu sebelum bertindak secara agresif terhadap 'pejalan kaki berbahaya.' Setakat ini, 117 saman sudah dikeluarkan, menurut Rekod New Jersey.

Dua profesor di Universiti Stony Brook di New York menjalankan kajian berjalan kaki sambil menghantar atau membaca mesej pesanan ringkas pada telefon. Mereka mendapati, pengguna khidmat itu berkemungkinan 60 peratus terbabas berbanding pejalan kaki lain.

"Kami mahu meningkatkan kesedaran bahawa gangguan sebenar berlaku kerana menaip mesej pesanan ringkas pada telefon," kata Eric Lamberg, penyelidik bersama kajian itu.

"Menaip mesej pada telefon sambil berjalan lebih banyak menjejaskan keupayaan anda berbanding berbual." - Agens
2.

Pasangan Tertangkap Sedang Berasmara

Posted by: "-::eSpAcE9808::-" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Wed May 16, 2012 8:48 am (PDT)



Pasangan Tertangkap Sedang Berasmara
Posted by greenboc

Bila nafsu sudah memuncak di ubun-ubun maka seringkali pasangan yang sedang "birahi" tidak lagi memperdulikan untuk melampiaskannya dimanapun dan tak kira masa tanpa memperdulikan orang sekeliling mereka ada yang melihat atau tidak, sebenarnya walaupun manusia tidak ada yang melihat bukankah Tuhan sentiasa melihatnya. Dan jangan kita seperti binatang di bawah ini kerana mereka tidak mempunyai akal....

-borakkosong

comments:

Anonymous said...
hahahahhaha..adussss terpedaya olehnya....

Anonymous said...
pandai tol GB pekena kan org ya...
huhu

wa pon tertawa terbahak-bahak tadi bila tengok last-last lalat yang bercengkerama.

Anonymous said...
good one :D

Anonymous said...
Jg nafsu kite......jgn jd spt binatang....lawak2 jgk.....nafsu la peperangan dn jihad yg plg besar.....;-)

Anonymous said...
Hahahahaha. Macam siot!! Jek. Power ah!
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Moderator Central

Get answers to

your questions about

running Y! Groups.

Y! Sports for TV

Game Day Companion

Live fantasy league

& game stats on TV.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my