Saturday, November 9, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3759

2 New Messages

Digest #3759
1
Fw: Gantian kereta Proton Perdana by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Fri Nov 8, 2013 7:48 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Gantian kereta Proton Perdana mula tersebar di internet
malaysiaberih.blogspot
utaranews.com

Sebelum ini, kerajaan Persekutuan bercadang untuk menggantikan Proton Perdana Eksekutif yang dipakai oleh pegawai-pegawai kerajaan dengan model Honda Accord.

Tetapi rancangan itu dibatalkan. Sebaliknya, kerajaan telah memilih Proton Perdana model terbaru yang dinamakan Model Penggantian Perdana atau Perdana Replacement Model (PRM).

PRM dibina berdasarkan casis Honda Accord dan Proton telah melakukan beberapa perubahan dari segi kemasan dan spesifikasi, sama dengan perubahan sebelumnya yang dilakukan kepada Proton Inspira yang pada dasarnya adalah Mitsubishi Lancer.

Proton Perdana PRM akan diumumkan pada bulan Disember ini.

Fri Nov 8, 2013 7:49 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Cabaran dari FBI untuk suami isteri yang bekerja dan anak di hantar kepada penjaga..
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

EKSKLUSIF : IBU CERITA PENGALAMAN NGERI HANTAR ANAK KE TASKA TAMAN MELATI
malaysiaberih.blogspot
aiyangdisayang.blogspot.
Posted by Aiyang disayang

Minggu lalu, Malaysia digemparkan dengan rakaman penderaan kanak-kanak di sebuah taska di Taman Melati, Kuala Lumpur (baca disini). Video tersebut telah mencapai 6500++ share di fan page Tengoktvonline. Malah komen berbentuk nasihat, mengutuk dan mengkeji perbuatan pengasuh kejam tersebut tidak habis-habis diterima.

Namun, Admin tertarik dengan artikel dalam satu blog peribadi mengenai pengalaman seorang ibu menghantar anak ke Taska didakwa berlaku penderaan tersebut. Melalui pendedahan ibu yang juga seorang blogger, kelakuan anaknya berubah semenjak dimasukkan ke taska tersebut. Jom ikuti artikel yang panjang namun padat dengan informasi yang kita tidak ketahui:

Assalamualaikum.. Aku betul-betul geram .. Mula-mula aku nak ucap tahniah dan terima kasih kepada bapa anak kecil yang sanggup menjadi Detektif Conan untuk anak sendiri sehingga VIDEO tersebar untuk pengetahuan UMUM..

Anak-anak aku ada pengalaman buruk dengan TASKA PERMATA HARAPAN ni.. semua salah aku.. aku sedih dan nangis kenang anak aku kena dera tapi. .aku masih cakap anak aku mengada-ngada sebab terlalu manja..

Aku mencari taska di sekitar kawasan tempat aku tinggal.. aku ni jenis manusia yang sempoi pasal penjagaan anak-anak. Dari kecik anak-anak aku di hantar merata-rata untuk kasi orang jaga.. di sebabkan tiada siapa yang boleh jaga mereka di sebabkan aku bekerja dan suami pun bekerja.. Aku hantar anak-anak aku di taska tersebut sebab Yuran yang agak murah.. dari semua tempat di sekitar Taman Melati,.bagi aku .. anak-anak aku akan biasa.. walaupun mereka tidak biasa.. satu lagi sebab kenapa aku hantar mereka di TASKA tersebut sebab dekat dengan sekolah anak aku yang sulung.. so tak ler.. jauh sangat VAN nak hantar dari sekolah..

PERUBAHAN BULAN PERTAMA ANAK-ANAK

1) ANAK AKU SELALU MENGADU YANG CIKGU KETUK KEPALA dia..

-Aku malas nak percaya aku sejukkan hati aku dan anak-anak.. ala.. siapa ketuk. tak adalah.. cikgu baik.. dia terketuk jer.. nanti mama marah ok
(time tu anak aku si SARA(3 TAHUN) dan QALESYA (1 TAHUN LEBIH) sara masih pelat dan tunggu kakak Batrisyia jer yang akan cerita apa cikgu lakukan pada adik dia.. )

2) ANAK AKU MENANGIS MERONTA-RONTA TAK NAK TURUN KERETA

-Tiap-tiap pagi aku dan Hubby kena kejar si SARA keliling kereta sebab dia dah turun dan lari tak nak masuk TASKA.. aku ngan HUBBY ingat SARA MENGADA-NGADA.. sebab dia anak manja dalam famili.. aku dan HUBBY angkat dan HERET dia (sedih nyer aku kenang kisah tu,..,.AKU MAK YANG BODOH.. tak percaya cakap anak.. sebab aku SEMPOI tak nak pikir masalah)

3)TASKA TANYA - Puan, susu guna jenama apa?.. Saya guna DUGRO..

-TASKA JAWAB - Sama ngan anak saya.. esok-esok tak payah bawak dalam container sikit-sikit, kasi jer sepeket.. nanti dah habis kami kasi tau.. (AKU TAKNAK KASI LEBIH SEBAB AKU TAHU ANAK PENGASUH TASKA MINUM SUSU YANG SAMA.. KALU AKU KASI LEBIH.. ANAK AKU TAK MINUM, ANAK DIA yang telan.. TAPI.. ITU YANG TERJADI.. ANAK PENGASUH TASKA ADA 6 ORANG dalam TASKA.. semua kecik2.. )

4) Aku belajar.. sebagai ibu , nak tahu anak kita minum susu ke tidak.. kasi ikut sukatan.. nanti kita tahu ler.. berapa sukatan yang habis.. maksudnya.. berapa kali anak kita minum susu sehari.. tapi.. menakjubkan.. SUSU dan PEMPES.. tiap-tiap hari habis.. anak aku lapar kebulur time aku ambik mereka dan pempes tiap-tiap hari minta lebih ..

PERUBAHAN BULAN KEDUA ANAK-ANAK

1) SARA bukan tak nak pegi taska.. dia bangun tidur terus mengamuk-ngamuk tak nak PEGI TASKA.. dia TAK NAK KELUAR RUMAH.. (AKU MAMA YANG BODOH .. masih HERET anak keluar rumah dan ANGKAT SARA MASUK TASKA.. DAN LARI MASUK KERETA.. Biar CIKGU yang pujuk.. aku tahu anak aku tak biasa.. baru sebulan.. masuk taska.. selama ni OPAH dia yang jaga.. )

2) Kakak cerita CIKGU kurung anak dalam bilik.. tak kasi tidur dengan kakak sebab SARA suka menangis.. (mama masih sangka baik.. cakap .. tak aper.. sara ada kawan lain.. nanti dia biasa dengan kawan2 dia.. )

3) Anak aku QALESYA.. ada GARIS PANJANG MACAM KENA KETUK dengan PEMBARIS tajam.. MUKA dan DAHI BERGARIS MERAH.. (Pihak TASKA cakap.. ada budak buat.. AKU TAK MARAH.. AKU CAKAP.. "Ala.. budak.. kalau tak jatuh bukan budak, kalau tak berkudis bukan budak.. AKU ORLYLOVE, adalah mak yang sempoi.. MACAM BODOH.. masih tak percayakan anak.. >> AKU BUKAN TAK NAK PERCAYA ANAK, AKU TAK SUKA MANJAKAN MEREKA .. Aku nak mereka KUAT.. JATUH bangun SENDIRI, KENA KETUK.. GOSOK SENDIRI.. TERANTUK.. GOSOK SENDIRI.. pendapat aku.. kalau mereka kuat.. mereka tak akan nangis untuk perkara-perkara kecik dalam hidup mereka..

4) BAJU BUSUK.. dengan basah2 bau HANCING.. campur dalam bag..

5) ANAK LAPAR TAHAP GABAN..tiap2 hari aku ambik petang.. anak nampak seronok sebab dapat main luar.. tapi.. hakikatnya.. mereka nak kebebasan dari di DERA..

6) SARA dah mula mengigau.. tidur malam dah cakap dalam tidor ... cakap cikgu tarik rambut.. cakap sorang-sorang sampai aku naik takut..

7) Aku dan HUBBY risau pasal SARA.. dia tak boleh bercakap sangat tapi.. dok ngadu CIKGU TARIK RAMBUT..

8) AKU PERGI BERUBAT DARUS SALLAM.. untuk ambik air penawar.. takut sara lemah semangat sebab tak serasi dengan TASKA BARU.. Nak pulih semangat dia.. TAPI>> Aku silap.. ggggeeerrr terasa nak sepak jer cikgu taska.. macam dalam video kat atas.. JANGAN PANGGIL CIKGU ler.. Woii,.,.korang ni aku gelas.. JINNap jer..

PERUBAHAN BULAN KETIGA ANAK-ANAK

1) Aku masih mengejar SARA dalam kereta untuk keluar kereta.. Mengheret dia untuk masuk ke dalam TASKA PUAKA ni.. sampai muntah2 kat tepi kereta (CIKGU TASKA CAKAP.." AKAK PERGI JER KERJA PANDAI LE SAYA PUJUK)

2) Ada seorang bapa kepada anak-anak yang menghantar anak mereka di sana.. cakap.. " KAK KALAU ANAK TAK NAK MASUK.. BAIK TUKAR TASKA ler.. mungkin tak serasi.." - Aku balik berbincang dengan HUBBY.. (ok..kita tukar taska.. tapi.. hujung bulan nanti kita tukar.. )

3) FINAL KEPUTUSAN DICAPAI..

Satu petang, mak aku tolong aku mengambil anak-anak dari taska..sebab aku balik lewat.. sesampai aku di rumah.. mak aku cakap.. " ANAK DEMAM PANAS, SESAK NAFAS.. SEMPUT"

Berderau hati aku.. sebab SARA kena serangan ASMA dan aku call cikgu taska.. dan marah kenapa tak call aku yang anak aku asma.. ??? cikgu taska dengan selamber sms.. " ANAK PUAN SAKIT PETANG.. dah nak balik.. dah..dan KENAPA puan tak sediakan UBAT dalam bag dia.. sebab dari pagi tadi puan hantar dia macam tak sihat.. tapi.. kami dah letak VICKs dekat dada dia

Petang tu SARA kena ambik NEB di HKL.. 3 kali GAS baru OK.. kalau tak sure kena tahan wad.. aku tak layan TASKA terus aku berhenti kan anak2 aku 24 JAM.. aku tak contact cikgu dan cikgu tak contact ..just SMS, tanya.. kenapa tak hantar anak.. dan aku tak balas..

Pengalaman mengajar aku dan HUBBY,
KEPADA IBU BAPA yang menghantar anak ke TASKA..

NASIHAT PUAN NORLI

1.. JANGAN LER INGAT ANAK YANG MANJA itu mengada-ngada kalau tak nak ke TASKA..BUKAN DIA SENGAJA NAK MENGADA dan MANJA depan orang..
2.. Kalau anak dah start mengadu cikgu buat itu dan ini.. tolong ler.. check..
3.. Kalau anak dah start tak nak turun kereta sebab tak nak masuk taska.. tolong ler tanya cikgu taska.. siapa yang suka buat anak.. cadangan aku.. tanya depan-depan cikgu .."CIKGU MANA YANG BUAT ADIK.... !! sure.. anak cakap nanti..
4.. Kalau anak dah start bercalar balar.. tanya,..,
5.. Kalau anak LAPAR sangat..tanya apa diorang makan..
6.. Kalau anak dah mula cakap sorang-sorang...

(SEMUA DI ATAS UNTUK IBU BAPA YANG MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG BOLEH BERCAKAP dan BERCERITA..KALAU ANAK-ANAK KECIL yang masih BAYI?.. check ler.. kesan-kesan lebam.. itu jer.. cara.. tak leh nak tolong..cara lain.. )

TASKA DURJANA ni.. DI TAMAN MELATI SETAPAK KL
KONON nyer TADIKA BERDAFTAR dengan JKM

Cikgu nyer.. ORANG KEDAH.. anak 6 orang dan MEREKA memang TIDUR di dalam TASKA.. semua anak-anak di dalam jagaan beliau.. SUAMI tinggal sama dalam TASKA..
pekerja.. 3 orang .. termasuk cikgu nyer.. 4 orang

Blog Peribadi Puan Raja Norli

Disclaimer: Artikel ini dihasilkan oleh Puan Raja Norli. Sekiranya puan merasa artikel atau gambar tidak bersesuaian. Hubungi admin untuk perubahan. Terima kasih

SUMBER
We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

Friday, November 8, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3758

4 New Messages

Digest #3758

Messages

Thu Nov 7, 2013 6:14 am (PST) . Posted by:

"muhamad zuki bin abdul kadir" myv183

Please at least show one solid evidence about this.
On Jun 12, 2013 11:58 PM, "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:

>
>
>
> Berhati2 ketika melancong ke Thailand...!<http://maemahi.blogspot.com/2013/06/berhati2-ketika-melancong-ke-thailand.html>
>
> telokbakong.blogspot
>
> maemahi.blogspot
>
> Copy & Posted By mahi
> Posted by copy and posted by maemahi
>
>
>
>
> *Dear friends,Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............
> ... satu peringatan.I would like to relate to you all an incidence...
> ......... ...... quite recent, i.e. about two weeks ago......... ..After my
> daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak
> enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok
> with his wife and brother in-law.. Dia orang ni pun penat juga menolong
> buat hantaran dsb. *
>
>
>
>
>
>
>
> *Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin
> dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. Mereka
> membelichocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri.
> Merekatelah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free
> giftsberupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter
> bayaran.Waktuhendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok
> diletak diatas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari
> brandyang sama. *
>
>
>
>
>
>
>
>
> *My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 kartonrokok tersebut
> dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpamemperdulikan
> sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.Nakdijadikan
> cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus ituyang sangkanya
> diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkusrokok tersebut dan
> berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).*
>
>
>
>
>
> *Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti
> danbertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlasmy
> cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di DutyFree
> Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanyadiberi
> percuma.*
>
>
>
> *Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai
> polisuntuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes keranasalah
> faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkerasuntuk
> membawanya ke balai polis. *
>
>
>
>
>
>
>
> *Manakala isteri my cousin disuruhpergi menaiki kapal terbang. Isteri my
> cousin tidak mahu meninggalkansuaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama
> ke balai polis.Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang
> itu juga) mycousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika
> mahudilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang
> tersebutdibayar. *
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> *Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, mycousin telah
> dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagitourists yang mendapat
> nasib yang sama. Manakala isterinya menumpangdi rumah salah seorang kenalan
> mereka di Bangkok. Bersama beliau dilock up itu ada seorang tourist dari
> India telah berada di lock up itulebih sebulan lamanya kerana keluarganya
> belum dapat mengumpul wangsebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri
> pen (padahal touristtersebut mengambil pen tersebut untuk membuat
> pembayaran di kaunter. Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar
> sedikit dari kawasankedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)*
>
>
>
>
>
>
> *Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang
> menaikiMAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya.
> Mycousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yangterjadi
> kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasukipesawat,
> beliau tidak boleh keluar lagi. Setiba beliau di KL, beliauberpatah balik
> ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. *
>
>
>
>
>
>
> *Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan
> Malaysiadi Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok
> tidakmemperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri
> diMalaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok.*
>
>
>
>
>
>
>
>
> *Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS
> dari KualaLumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang
> iparnya. Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000.... . tapi adik ipar
> mycousin ini tidak punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada RM11,000. Maka
> setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetujudengan
> pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluardari balai
> tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wangtersebut sesama
> mereka dengan bangganya. *
>
>
>
>
>
> *Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari
> matawang asing....... ..dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa
> bersalah dengan rasuahyang diperolehi itu. Keesokkan harinya my cousin
> telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpamajestret melalui tingkap
> saja). My cousin telah disuruh mengaku salahdan didenda sebanyak 2000 baht
> (what happened to the RM11,000? Takdisebut pun......... .....)*
>
>
>
>
>
> *Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau
> yang keluar tanpa meminta suratdari pihak berwajib tentang penahanan
> beliau, lalu ditahan keduakalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok.
> My cousin memintamereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah
> selesai danbeliau dibenarkan pulang. *
>
>
>
>
>
> *Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh
> pihak imigresyen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air
> Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih
> mahal. Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau
> maumenggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila
> mycousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai nikata
> ada tiket lagi dengan air asia........ ........ (nampaknya semuaperingkat
> yang mengambil kesempatan) Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport
> my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief&#39;! Bukan itu saja, my cousin
> telah digari untuk di bawa ke pesawat. *
>
> *Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia
> dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke
> pejabat imigresyen di Lapangan LCCT. Waktu di pejabat tersebut my cousin
> telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat
> kita........ .... tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan
> dari kita semua? *
>
>
>
>
>
>
>
> *Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan
> menasihatkan my cousinsupaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk
> tidak ke Thailanddalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di
> negaratersebut kembali stabil. Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga
> saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya. ..... macam cerita wayang
> saja....... tapi percayalah..... memang ini kisah benar.Dear Omar, remember
> our phone call recently?...Please be careful, ok?*
>
> Normaria Kamaludin
> [image: Photobucket]<http://s1122.photobucket.com/albums/l534/maemahi/?action=view&current=59E37A07B38C9412A964490760109F6D.png>
>
>
>

Thu Nov 7, 2013 8:11 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kereta Berusia 5 Tahun Wajib Menjalani Pemeriksaan Puspakom - Ini Jawapan Saya.
malaysiaberih.blogspot.
amenoworld.blogspot.

Kita mendapat info dari rakan2 di internet melalui satu laporan oleh akhbar terbitan bahasa cina. Dalam laporan tersebut menyebut bahawa kenderaan berusia 5 tahun dan ke atas akan terikat dengan satu peraturan baru. Peraturan ini bagi memastikan setiap kenderaan yang beroperasi atas jalan adalah kenderaan yang benar2 diselanggara dengan baik untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya dan maut yang sangat tinggi di negara neh.

Rujuk ;

Melihat kepada matlamat tersebut, aku dapati ia mempunyai matlamat yang baik. Aku suka dengan matlamat. Tapi sayangnya aku mempunyai sangkaan buruk terhadap kerajaan ini disebabkan cara BN mentadbir negara neh. Fakta demi fakta telah dikemukakan berkali2 bahawa BN memang merupakan pentadbir yang teruk dalam banyak segi. Suka ahti korang la nak bersetuju ataupun tidak. Hak masing2.

Kalau ikut jalan biasa. Hantar pergi PUSPAKOM. Bayar. Dan samada lepasi tahap keselamatan ke ataupun tidak, dia akan bagi note apa2 yang perlu direpair dan sebagainya. Mereka takde hak nak tahan kenderaan kita. Itu prosuder sekarang. Tapi untuk kenderaan perdagangan [untuk bisnes] kalau tak lepasi pemeriksaan PUSPAKOM tak boleh renew roadtax beb.

Yang neh aku tatau macam mana. Tapi aku risau jika tetiba mereka kenakan syarat2 pelik macam ;

1. Kenderaan kena tahan

2. Tak ley renew roadtax

3. Kena saman jika engkar repair kenderaan

Dan sebagainya. Benda2 pelik macam neh boleh dilaksanakan oleh BN pada bila2 masa ikut mood dorang beb. Jaga2 la kita seme.

Jawapan aku.

1. Aku sokong matlamat yang baik. Aku cakap terus terang.

2. Tetapi aku cadangkan pemeriksaan ini biarlah percuma 100%.

3. Kenapa percuma? Hello. Kos sara hidup tinggi. Ko apa tahu? Dalam negara ini bila dapat simpan rm50 sebulan wang gaji kita, tahu tak betapa bersyukurlah kita neh? Yang amat2 bersyukur, faham tak? BERSYUKUR.

4. Disaat rakyat tengah pening bab TPPA. Tatau nak respon macam mana. GST lagi. Ini pun pecah kepala. Sekali kos sara hidup pun tinggi melangit. Ini pun dok fikir fikir fikir. Tambang bas naik, tambang bas sekolah naik, tambang teksi naik, harga barang2 keperluan naik, cukai kenderaan pun tak turun2, harga rumah melambung sana sini. Konon nya ada subsidi bagai, tapi entahla, jangan2 orang macam kita yang tak pandai bodek, yang tak suka bodek, terpinggir. Yang kroni2 dia, suku sakat dia, ada link dengan dia mungkin dapat la beli rumah murah2 apa bagai. Bukan nak sangka buruk beb. Tapi tanya la sesiapa saja jika amalan neh benar2 tak berlaku dalam agensi kerajaan. Ia berlaku beb. Berlaku.

5. Sekarang ko nak bagi tambah masalah untuk fikir bab kos pemeriksaan PUSPAKOM. Itu baru bab kos aje aku sentuh oke. BAB KOS. Aku tak sentuh lagi bab kereta2 yang tak layak melepasi pemeriksaan PUSPAKOM.

6. Nak repair kena bayar rm1k. Tapi beban kos sara hidup tinggi. Takde kenderaan tak boleh bergerak pergi cari rezeki. Tapi semakin menyimpan semakin hangus sebab duit keluar semakin hari semakin meningkat kosnya dari duit yang mampu dia raih setiap bulan. Alih2 tambah satu beban pula. Wajib menjalani pemeriksaan. Ah sudah. Tak lepas. Satu hal. Lepas tue tetiba buat syarat pelik, tak lepasi pemeriksaan PUSPAKOM takley boleh renew roadtax. Macam mana? Mana nak cekau duit? Rasuah? Bayar duit untuk rasuah? Bayar duit untuk repair? Bayar duit untuk melepasi pemeriksaan PUSPAKOM? Tak kira la mana satu pilihan yang kita buat, akhirnya di penghujung jalan kita, DUIT je yang mampu selesaikan seme nya beb.

7. Jadi jangan tambahkan beban rakyat lagi.

8. Ko nak periksa, ko periksa dengan percuma.

9. Lepas periksa samada apa2 rosak sekalipun, ko hanya di tahap memberitahu apa benda yang perlu ditambahbaik, apa yang direpair, berapa kosnya dan usahakanla cara2 tertentu untuk repair kenderaan agar si pemandu boleh memandu dalam kenderaan yang berfungsi dengan baik sepenuhnya. Pokoknya jangan ada syarat2 pelik tambahan dan sebagainya bila ko melaksanakan polisi neh. Aku sejujurnya tak tolak bab matlamat, tapi bab cara tue yang aku nak kenalpasti dulu macam mana agaknya mereka bakal laksanakan kelak.

10. Kena ingat. Ini bukan masa yang baik untuk tambahkan lagi beban rakyat. Atas bahu rakyat mereka dah hadap macam2 perkara yang akhirnya sampai mendorong melakukan pelbagai jenayah dan salah laku sebab terlalu tertekan dengan keadaan ekonomi sekarang.

Cukupla. Nak memastikan rakyat memandu dalam keadaan selamat, matlamat ini bagus, tetapi bagus jika dilakukan mengikut apa yang aku cadangkan. Jika nak tambah duit lagi, jika tak lepasi pemeriksaan PUSPAKOM kenderaan tak boleh keluar ke, tak boleh renew roadtax ke apa ke, itu seme aku takan setuju. Ini menindas rakyat. Ko bagi kami gula. Tapi ko desak kami masak nasi. Beras mana beras? Gula mana boleh jadi nasi. Faham tak?

Oke bai.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/11/kereta-berusia-5-tahun-wajib-menjalani.html#ixzz2jy3TKcMe

Thu Nov 7, 2013 8:18 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dasar Petronas mula berubah..? Siapa yang ubah..?
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Petronas didakwa ubah polisi?

FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN

Mohd Nizam Mahshar

BERAPA ramai antara kita yang pergi ke stesen minyak Petronas setiap pagi untuk membeli nasi lemak, roti dan kuih-muih yang dibekalkan syarikat kecil Melayu atau makcik-makcik di kampung untuk dijadikan sarapan?

Semua itu dikhuatiri hilang tidak lama lagi apabila Petronas didakwa mengamalkan dasar baharu, bercanggah dengan dasar penubuhan syarikat minyak negara itu untuk membantu peniaga tempatan.

Daripada projek ratusan juta ringgit melibatkan telaga minyak di tengah laut sehinggalah kepada kontrak bekalan roti di kedai Mesra Petronas, semuanya didakwa mula diberikan kepada syarikat asing tanpa memberi peluang adil kepada peniaga tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mahshar berkata, badan bukan kerajaan itu menerima banyak aduan daripada syarikat dalam industri minyak dan gas negara mengenai sikap Petronas yang didakwa mereka sebagai pilih kasih dalam memberikan kontrak.

"Pembekal perkhidmatan minyak dan gas, pengusaha stesen minyak, kontraktor atau syarikat logistik, semuanya mengadu mengenai Petronas," katanya dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian, baru-baru ini.

Dasar Petronas mula berubah

Beliau mendakwa Petronas cuba mengetepikan syarikat Bumiputera dan Melayu dalam pemberian kontraknya dan tersasar daripada peranan asalnya untuk membantu membangunkan syarikat Bumiputera dalam industri minyak dan gas.

Menurut Mohd Nizam, MTEM dan syarikat tempatan dalam sektor itu berkongsi pendapat sama dengan Petronas bahawa pemberian kontrak harus dilakukan berdasarkan keupayaan dan prestasi syarikat.

"Memang kita pun mahu syarikat yang layak sahaja diberikan kontrak tetapi jangan guna alasan itu untuk hentikan semua projek kepada syarikat Melayu," katanya.

Mohd Nizam berkata, MTEM pernah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Petronas berhubung isu ini pada Februari lalu namun hasilnya tidak memuaskan.

"Mula-mula nampak hasil pertemuan seolah-olah baik, (pengurusan tertinggi Petronas) janjikan pelbagai perkara, termasuk kerjasama antara MTEM dan Petronas.

"Tetapi dua minggu selepas pertemuan itu, Petronas hantar surat jawapan memaklumkan syarikat itu tidak bersedia memberi komitmen kepada perkara dibincangkan dengan MTEM dalam pertemuan itu, terutama berhubung agenda Bumiputera dan Melayu," dakwanya.

Petronas lebihkan mat salih

Mohd Nizam berkata, tiga isu utama dibangkitkan syarikat tempatan dalam sektor minyak dan gas adalah sikap Petronas yang didakwa berat sebelah kepada syarikat asing, cubaan Petronas mengetepikan syarikat tempatan dan tidak ada arah tuju jelas bagi Petronas berhubung agenda membina keupayaan negara.

Beliau mendakwa, berdasarkan aduan diterima, kontrak Petronas didakwa mula menetapkan pelbagai syarat yang dianggapnya tidak masuk akal serta tidak memberi sebarang kelebihan kepada syarikat tempatan.

Menurutnya, masalah ini bermula selepas Petronas diambil alih pengurusan baru sejak 2010.

"Pengurusan sebelum ini faham dan cuba bantu pembangunan kapasiti syarikat tempatan tetapi pengurusan sekarang ini gunakan alasan keupayaan untuk mengetepikan mereka dan lebihkan syarikat asing," dakwa beliau.

Nasi lemak pun dibekalkan syarikat asing

Selain itu, Petronas juga didakwa memberikan monopoli kepada sesetengah syarikat luar, termasuk bagi pengangkutan minyak dan pembekalan produk makanan di stesen Petronas.

"Nasi lemak, kerepek dan roti di stesen Petronas tak boleh lagi dibekalkan oleh makcik-makcik di kampung, semuanya diberikan kepada satu sahaja syarikat, yang berasal dari luar negara," dakwanya.

Menurutnya, Petronas didakwa menggunakan alasan inginkan syarikat berdaftar untuk membekalkan makanan di stesen Mesra.

"Apa yang mereka buat sebenarnya adalah menolak keluar peniaga Melayu sedikit demi sedikit daripada rangkaian perniagaan Petronas, dari pelantar minyak ke kedai Mesra.

"Kami bukan menentang Petronas, kami sayangkan Petronas sebagai khazanah negara. Kami ingin selamatkan Petronas," katanya.

Usaha berterusan Sinar Harian untuk mendapatkan maklum balas Petronas berhubung semua dakwaan ini tidak berjaya sehingga artikel ini disiarkan.

Apa yang boleh rakyat nak dibangga lagi dengan PETRONAS..???
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Pemilik stesen Petronas tertekan

Wartawan Sinar Harian

Pemilik stesen minyak Petronas mendakwa Petronas menetapkan
pelbagai peraturan baru yang membebankan perniagaan mereka.
(Gambar hiasan)

BUKAN hanya dakwaan syarikat minyak dan gas menghadapi masalah mendapatkan kontrak Petronas, pemilik stesen minyak Petronas juga mendakwa menerima tekanan daripada syarikat petroleum itu.

Menurut sumber yang telah lebih 30 tahun terlibat dalam perniagaan stesen minyak Petronas, kepentingan Bumiputera, terutama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah perniagaan milik Petronas Dagangan Bhd (PDB) didakwa telah terhakis kerana dasar baru yang mula menular dalam Petronas.

PDB adalah cabang perniagaan Petronas yang bertanggungjawab terhadap pemasaran dan agihan minyak di seluruh negara melalui stesen minyak Petronas.

Menurut sumber itu, stesen minyak Petronas di seluruh Malaysia sebelum ini diketahui menjual pelbagai jenis makanan tempatan seperti nasi lemak, nasi dagang, sandwic dan lain-lain yang diletakkan di stesen Petronas oleh penduduk setempat atau syarikat kecil.

"Tetapi baru-baru ini, PDB tidak benarkan lagi kami menerima bekalan makanan ini daripada penduduk setempat dengan alasan mahukan syarikat berdaftar sahaja menjadi pembekal bagi menjamin kualiti produk di kedai Mesra.

"PDB mahu berikan hak membekalkan produk itu kepada sebuah syarikat dari luar negara yang akan bekalkan semua kuih, nasi lemak, roti dan makanan tempatan di stesen Petronas selepas ini," dakwa beliau.

Beliau berkata, individu yang membekalkan kuih-muih selama berbelas tahun ke stesen Petronas akan kehilangan mata pencarian apabila tidak lagi dibenarkan berbuat demikian.

"Kami malu dengan penduduk tempatan kerana selama ini kita bantu-membantu antara masyarakat setempat. Ada yang berbelas tahun sudah bekalkan makanan ke stesen Petronas. Mereka yang beli minyak di stesen kami, jadi kami bantu dengan beri ruang untuk mereka bekalkan makanan.

"Kami juga langsung tidak diberi kuasa untuk buat keputusan dalam hal ini. Kami sudah berbincang dengan PDB mengenai isu ini tetapi mereka bertegas akan tetap meneruskan rancangan menggunakan khidmat syarikat luar itu," dakwanya.

Stesen Petronas diberi kepada bukan Bumiputera

Sumber itu turut mendakwa trend paling membimbangkan sejak dua atau tiga tahun lalu adalah peluang membuka stesen Petronas baru diberikan kepada bukan Bumiputera.

"Padahal Petronas sepatutnya beri keutamaan kepada peniaga Bumiputera untuk buka stesen minyak mereka. Kami mahu dasar Petronas kembali memberi keutamaan kepada peniaga Bumiputera," gesa beliau.

Selain itu, beliau mendakwa pengusaha baru stesen Petronas juga ditekan dengan kewujudan perjanjian baru untuk membuka stesen minyak Petronas.

Menurutnya, jika perjanjian sebelum ini laku sehingga pemilik stesen itu meninggal dunia, perjanjian baru pula hanya laku bagi tempoh lima tahun.

"Selepas lima tahun, pemilik stesen akan dinilai semula, boleh teruskan perniagaan atau tidak.

"Kadar sewa juga dinaikkan daripada lapan peratus dalam perjanjian lama kepada 24 peratus dalam perjanjian baru," dakwanya.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa apabila Petronas didakwa menghalang dan mengongkong pemilik stesen minyak Petronas meluaskan perniagaan mereka.

"Kami dihalang mempunyai perniagaan lain, dengan alasan mahu kami bagi perhatian penuh kepada perniagaan (stesen minyak).

"Padahal kita bila dah maju, mungkin kita nak cuba jadi pembekal atau kembangkan perniagaan dengan buka stesen kedua tetapi ini tidak dibenarkan melalui perjanjian baru ini," katanya.

Thu Nov 7, 2013 9:14 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Subsidi untuk rakyat yang berada antara hidup dan mati pun Kerajaan potong?
telokbakong.blogspot.
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Kenapa agaknya jadi begini.. BR1M yang jumlahnya RM650 boleh diberikan kepada ratusan ribu rakyat, tetapi subsidi RM650 untuk rakyat yang berada antara hidup dan mati disekat?

Adakah kerana jumlah mereka yang kecil jika dibandingkan dengan jumlah penerima BR1M itu dan mereka tidak menyumbang jumlah undi yang besar buat BN maka mereka diketepikan?

Atau adakah membantu mereka tidak se'glamour&#39; menghulurkan BR1M nasib mereka tak dipeduli?

Beribu-ribu pesakit buah pinggang sedang menghadapi masa yang sukar kerana Kementerian Kesihatan, setakat ini tidak meluluskan subsidi bagi rawatan hemodialisis bagi tahun ini.
Ada yang dilaporkan telah menunggu kelulusan ini selama tiga tahun.
Bilangan kelulusan bagi subsidi bulanan sebanyak RM600 mula berkurangan pada tahun 2011, dan menjadi minimum pada pertengahan 2012.
Pusat-pusat hemodialisis yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (BGO) berkata mereka diberitahu oleh Kementerian Kesihatan supaya mencari dana di tempat lain kerana mahu memberi tumpuan kepada pesakit baharu.
Mereka juga berkata sesetengah pesakit telah menunggu kelulusan subsidi selama tiga tahun, bukannya tempoh seperti biasa, satu hingga tiga bulan.
Di Malaysia, ramai golongan miskin bergantung kepada subsidi rawatan dialisis, tetapi kerana kekurangan pusat-pusat yang dikendalikan oleh kerajaan, ramai yang beralih kepada pusat-pusat yang dikelolakan oleh NGO, yang bukan berasaskan keuntungan.
Melalui pusat-pusat hemodialisis yang dikendalikan NGO ini, mereka boleh memohon untuk subsidi dialisis sebanyak RM600 (RM50 bagi setiap dialisis) setiap bulan dan suntikan percuma.
Satu pemeriksaan secara rawak mendedahkan bahawa Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan masih mempunyai 200 pesakit yang masih menunggu untuk subsidi, 50 pesakit di St John's Pt Selangor di Klang, 40 pesakit di pusat-pusat dialisis yang dikendalikan oleh pertubuhan agama yang enggan namanya disiarkan, 22 di Pusat Hemodialisis Rotary Pontian dan lima pesakit di Pusat Lions Renal KL. – mStar

Kenapa tidak dikurangkan sedikit perjalanan pemimpin-pemimpin negara dengan menggunakan jet rasmi yang menelan hampir RM500,000 setiap penerbangan dan salurkan hasil penjimatan itu untuk mereka yang benar-benar memerlukan ini?

RM470,000 untuk setiap penerbangan jet eksekutif
Satu jawapan bertulis oleh kerajaan di Parlimen hari ini mendedahkan bahawa perjalanan menggunakan tujuh pesawat kapal terbang dan helikopter persendirian kerajaan pada 2012 melibatkan kos purata hampir setengah juta ringgit untuk setiap penerbangan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapannya kepada Anthony Loke (DAP-Seremban) berkata ia termasuk kos RM14.95 juta untuk bahan api dan RM160.08 juta untuk penyelenggaraan.
Shahidan berkata kos tersebut bagi 372 perjalanan ke 339 destinasi untuk urusan rasmi. Ia memberi jumlah purata lebih 470,000 untuk setiap penerbangan.
Pesawat tersebut yang dikhaskan untuk kegunaan orang kenamaan termasuk perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong, melibatkan satu pesawat Falcon, Global Express, Business Jet, Blackhawk, dua Augusta dan sebuah Fokker F28.
Loke berkata ia tidak termasuk kos yang ditanggung pada 2013, ketika mana perdana menteri mengunjungi banyak destinasi dalam negeri menjelang pilihan raya umum ke-13.
Kita tahu pesawat tersebut tidak boleh digunakan untuk urusan parti namun BN nampaknya tidak malu menggunakan dana kerajaan untuk kerja parti," katanya kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini ~ Malaysiakini

Inilah contoh apa yang dikatakan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan..'

Comments


nt_umno ·

Mcm sial je kerajaan skrg. Itulah nasib org tak berharta kat Mesia. Cuba kalu ahli keluarga VVIP sakit kronik. Rasanya terus diterbangkan dgn jet utk berubat kat luar negara. Kerajaan skrg cuma tolong org kaya. Kalu sape yg tak paham gak boleh ketuk kepala pakai tukul

ex-pas ·

Takkan semua kerajaan nk tanggung...penyakit pandai cari pandaila ubat sendiri...kahkahkah

no2ajal ·

kerajaan ditubuh kerana sapa bukan kerana rakyat sokong ka
We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com