Tuesday, June 2, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4217

7 Messages

Digest #4217

Messages

Mon Jun 1, 2015 11:43 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Mon Jun 1, 2015 11:43 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Mon Jun 1, 2015 11:43 am (PDT) . Posted by:


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

1. Setiap hari group Automobil menyiarkan purata 20 email. Dalam sebulan sebanyak 580 - 620 email disiarkan.

2. Terdapat 2 cara keahlian iaitu:

a. Melalui email:
Apabila anda menjadi ahli melalui email iaitu menghantar email ke automobil-subscribe@yahoogroups.com anda akan menerima setiap email yang disiarkan oleh Automobil termasuk attachment. Cara ini bersesuaian dengan ahli group yang sering membuka email setiap hari, dua atau tiga hari sekali.

b. Melalui laman web:
Anda menjadi ahli dengan melayari laman web Automobil iaitu http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil . Semasa mengisi borang permohonan anda boleh memilih cara keahlian anda seperti berikut:
Message Delivery
b1. Individual emails. Send individual email messages.
b2. Daily digest. Send many emails in one message.
b3. Special notices. Only send me important update emails from the moderator.
b4. No email. Don't send me email, I'll read the messages at the Web site.

c. Anda boleh menukar cara menerima mesej pada bila-bila masa dengan klik kepada Edit My Membership di laman utama.

3. Kepada ahli-ahli yang jarang membuka email ataupun kepada sesiapa yang tidak gemar menerima email yang banyak dari Automobil setiap hari, anda boleh memilih 2 cara keahlian yang mungkin bersesuaian dengan anda.

a. Daily digest:
Hanya 1 email sahaja yang akan diterima setiap hari atau 29-31 email sebulan iaitu rangkuman semua email yang disiarkan oleh Automobil. Cara ini juga tidak akan menerima attachment yang disiarkan oleh Automobil. SILA PADAMKAN KANDUNGAN EMAIL YANG TIDAK PERLU JIKA INGIN 'REPLY' EMAIL TERSEBUT ATAUPUN EMAIL ANDA TIDAK AKAN DISIARKAN.

a1. Cara menukar keahlian kepada daily digest ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-digest@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.

a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .

b. No email:
Anda tidak akan menerima email dari Automobil, sebaliknya terpaksa masuk ke laman web Automobil di http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/messages . Attachment juga tidak dapat dilihat kerana Yahoo tidak lagi menyimpan attachment di ruangan Messages.

a1. Cara menukar keahlian kepada no email ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-nomail@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.

a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .

4. Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi automobilowner@yahoo.com .

Sekian, terima kasih.

Iwan
AutomobilOwner.

Mon Jun 1, 2015 11:43 am (PDT) . Posted by:


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kepada ahli-ahli group yang telah "DISEKAT" dari menghantar email ke
group dan inginkan status normal (Boleh Post ke Group) sila email ke
automobil-owner@yahoogroups.com untuk tindakan lanjut.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang ditarik
keistimewaan menghantar email ialah:
1. Menghantar email yang tidak berkaitan Automobil.
2. Spam.
3. Menghantar virus samada sengaja atau tidak sengaja (pastikan anti
virus anda diupdate).
4. Skim cepat kaya, mlm dan lain-lain lagi.

Kepada semua ahli group yang semakin meningkat(keahlian terkini 6301
members)diharap dapat bekerjasama dengan moderator dengan tidak
melakukan kesalahan-kesalahan diatas supaya anda tidak menghadapi
masalah pada masa akan datang.

Kerjasama anda dihargai.

Sekian, terima kasih.
Irwan
AutomobilOwner

Mon Jun 1, 2015 10:32 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

HARGA TERKINI RON95 RON97 & DIESEL MULAI 1 JUN 2015 (RASMI)
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Harga Terdahulu RON95 RON97 & Diesel Mac, April & Mei 2015

Harga bagi RON95, RON97 dan Diesel tidak berubah selama tiga bulan berturut.

RON95: RM 1.95 Sen Seliter
RON97: RM 2.25 Sen Seliter
Diesel: RM 1.95 Sen Seliter

Seperti yang sedia maklum setiap hujung bulan akan diumumkan harga terbaru petrol RON95, RON97 dan Diesel bagi 1 haribulan.

Bagaimanapun harga rasmi bagi ketiga-tiga bahan bakar ini bagi jualan runcit hanya akan diumumkan secara rasmi oleh KPDNKK pada jam 9.00 malam Ahad 31 Mei 2015.

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Jun 2015
Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Jun 2015
Berikut adalah harga terkini (tidak rasmi) RON95, RON97 & Diesel mulai 1 Jun 2015

RON95: RM2.21 Sen Seliter
RON97: RM2.30 Sen Seliter
Diesel: 2.03 Sen Seliter

Harga yang kami paparkan bagi ketiga-tiga bahan bakar tersebut adalah berdasarkan purata harga pasaran minyak semasa pada Mei 2015. Walau bagaimanapun, maklumat rasmi bagi RON95, RON97 dan Diesel akan kami kemaskinikan pada laman ini selepas diumumkan secara rasmi oleh KPDNKK pada jam 9.00 malam 31 Mei 2015.

Harga Terdahulu RON95 RON97 & Diesel Mac, April & Mei 2015

Harga bagi RON95, RON97 dan Diesel tidak berubah selama tiga bulan berturut.

RON95: RM 1.95 Sen Seliter
RON97: RM 2.25 Sen Seliter
Diesel: RM 1.95 Sen Seliter

Sumber asal laporan: Melvister.com | Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Jun 2015

Mon Jun 1, 2015 10:32 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

POLIS DAN KOMUNITI ... KERETA MEWAH KEHABISAN MINYAK ANGGOTA POLIS UNIT RONDA BERMOTOSIKAL MEMBERIKAN BANTUAN.

Posted by OMAK KAU!!!

 

Seorang anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB 11) memberi bantuan kepada seorang pemandu kereta mewah jenama Mercedes Benz yang kehabisan miyak di persimpagan lampu isyarat Sri Hartamas.

Bak kata Kassim Baba dalam cerita legenda arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok ... "kamu ingat orang kaya semuanya senang ke? .. ADA MASA PUN SESAK DAA!!!!!"

Polis sedia berkhidmat

Kerna negeri dan rakyat

Hidup berbahagia, aman sentosa

Polis sedia berkhidmat

Polis sedia berkhidmat

Pada negeri dan rakyat

Hidup berbahagia, aman sentosa

Polis sedia berkhidmat

Tanda lekat di lengan

Polis dengan preman

Tangan bersalaman

Alamat persahabatan

Polis sedia berkhidmat

Pada negeri dan rakyat

Hidup berbahagia, aman sentosa

Polis sedia berkhidmat

Mon Jun 1, 2015 10:33 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Harga Minyak Naik Paling Minimun Pun Lu Orang Kecoh Apahal... Kah Kah Kah !

bloglist-malaysia.blogspot 

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang

Mungkin itulah Maksud yang ada didalam KEPALA OTAK Pemimpin Umno berserta Penchacai-Penchacai Angkat Najis Pemimpin Umno, jika tidak tak kan Pemimpin masih boleh dan Sanggup Menaikan Harga Minyak didalam suasana Pendapatan Negara dikatakan Bertambah hasil Sumbangan Rakyat menerusi Cukai Barangan dan Perkhimatan Ahmad Maslan GST... kah kah kah !.

Setelah rakyat diberi Anugerah BR1m sebanyak RM300.00 baru-baru ini, pada Pendapat Pemimpin Umno dengan menaikan Harga Minyak pada tahap paling Minimun iaitu RM0.10 Sen apalah sangat. Sedangkan BR1M bernilai RM300.00, jika satu Keluarga menggunakan Minyak sehari sebanyak 10 Liter maka Kenaikan hanya baru RM1.00 sehari sahaja... kah kah kah !.

Bermakna dalam satu bulan satu Keluarga menanggung Kos Kenaikan Harga Minyak hanya baru dalam lingkungan RM30.00, mungkin ada yang mengatakan yang 10 Liter satu Keluarga tidak mencukupi dalam satu hari. Ok lah Penchacai Angkat Najis Umno tambah lagi 10 Liter menjadi 20 Liter satu hari, Untuk itu jumlah tanggungan kenaikan Minyak hanya baru RM2.00 sehari... kah kah kah !.

Jika RM2.00 sehari bermakna satu bulan baru berjumlah RM60.00 sahaja, sedangkan Anugerah BR1M yang diberi kepada Rakyat bernilai RM300.00. Oleh itu jika RM300.00 dibahagikan dengan RM60.00 sebulan, maka Tanggungan Kenaikan Harga Minyak boleh di Tampung oleh BR1M ialah selama lima bulan... jadi apa Masalah nya dengan kenaikan Harga minyak tersebut... kah kah kah !.

Seperti biasa gua tak Salahkan 100 peratus Pemimpin Umno tersebut kerana Keberadaan Pemimpin Umno disitu adalah melalui Demokrasi yang ADIL, jika mengikut kata Tuang Presideng PAS dalam menyatakan Sokongan beliau terhadap Perdana Menteri Paling Jujur Dalam Dunia bagi Meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri sampai habis Penggal Parlimen... kah kah kah !.

Jikalau mengikut kata wala'un-wala'un... yang mana Sokong Presiden Pas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib adalah sesuatu yang cukup bijak dalam berpolitik... bijak kepala otak lu Wala'un... lepas ini entah apa lagi BALAK yang bakal Rakyat akan terima jika Najib dapat terus menghabiskan Penggal Parlimen sebagai Perdana Menteri... betul-betul TOLOL... kah kah kah !.

Kepada Pengundi-Pengundi yang Mengundi Pemimpin Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lepas diharap lu orang Meneruskan Sokongan lu orang kepada Pemimpin Umno, dan lu orang Kena Berbangga dengan apa yang dibuat oleh Pemimpin Umno tersebut. Kerana Pemimpin Yang BODOH adalah Hasil Dari Tanggan Pengundi Yang Bodoh... tak betul ke... kah kah kah !.

hemmmmm..... gua ingatkan jika pemimpin berstatus ulama' suruh lu orang wala'un terjun lombong pun lu orang akan buat atas sebab nama wala' membabi buta... kah kah kah !.

 

ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib kena lantik seorang timbalan menteri untuk bagi penerangan kepada rakyat bahawa harga minyak diapungkan ikut harga pasaran dunia. Ini adalah cadangan dari Rafizi. Masih ramai yang tak tahu. Setiap bulan pertikaikan perubahan harga minyak.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

Monday, June 1, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4216

4 Messages

Digest #4216

Messages

Sun May 31, 2015 7:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Orang Islam dulu tak potong basikal imam - Ustaz Azhar

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net
"Oleh ASLANI

KOTA BHARU: Mengenali seseorang Muslim itu munafik atau tidak boleh dicam apabila mereka meragui terhadap usaha Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (KJS), kata pendakwah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus.

Beliau berkata orang Islam sendiri mengeluarkan kenyataan dengan mencipta pelbagai alasan termasuk mengatakan KJS belum sesuai lagi dilaksanakan.

"Ini adalah satu ujian. Ramai orang Islam sendiri merungut dengan mengatakan sekarang masa belum sesuai pelaksanaan KJS kerana masyarakat berbilang kaum. Mereka mencipta pelbagai helah dan alasan.

"Sedangkan tanpa sedar membolehkan kita mengenali seseorang Muslim itu munafik atau tidak terhadap pelbagai alasan yang mereka sebut," katanya pada program Bicara Murabi anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) di Stadium Sultan Muhammad Ke IV malam tadi. (Foto atas daripada Fb MB Kelantan)

Puluhan ribu rakyat Kelantan menyertai program malam tadi yang bermula solat Maghrib. Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, anggotaanggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Nassuruddin Daud dan YDP MPKB BRI, Zamri Ismail.

Turut bertindak sebagai panelis pada program itu Sheikh Nuruddin Mambu alBanjari, manakala Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani bertindak sebagai moderator.

Sebelum itu kuliah Maghrib disampaikan pensyarah UKM, Dr Izhar Arif. Menteri Besar kemudian mengimamkan solat Isyak. Program berkenaan diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke10 MKPB diisytiharkan sebagai BRI.

Ustaz Azhar juga berkata orang Islam sekarang tidak segan silu lagi mengkritik ulama yang jarang dilakukan masyarakat Melayu sebelum ini.

"Orang Islam zaman dahulu sangat menghormati ulama. Ketika menaiki basikal mereka tidak akan memotong kalau imam mengayuh basikal di hadapan.

"Masyarakat Melayu zaman lampau tidak melanggar adat. Tetapi sekarang motosikal imam pun ada yang sanggup kebas," katanya. HARAKAHDAILY

29/5/2015

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/35696-orang-islam-dulu-tak-potong-basikal-imam-ustaz-azhar

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: Fazenne
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Sun May 31, 2015 7:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KISAH RESTORAN MAMAK DI SRI HARTAMAS HIDANGKAN NASI GORENG BERPERENCAH PLASTER LUKA MENJADI RIBUT DI MEDIA SOSIAL

Posted by OMAK KAU!!!

 

Seorang pelanggan mendakwa menemui plaster luka dalam nasi goreng yang dimintanya di sebuah restoran mamak.

Gambarnya kemudian dimuat naik di laman sosial.

Berdasarkan resitnya, tertera nama restoran berkenaan yang terletak di kawasan elit Sri Hartamas di tengah ibu negara.

Ia juga menunjukkan kejadian berlaku semalam pada 28 Mei 2015.

Gambar yang dikongsi itu kemudian mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk meminta pihak berkuasa menyiasat kejadian.

Sun May 31, 2015 7:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

TIPS BILA BERHADAPAN DENGAN OPERASI WARAN TANGKAP TRAFIK
bloglist-malaysia.blogspot
biaqpila.blogspot

SUATU HARI DI JALAN RAYA...
Jai (bukan nama sebenar) sedang memandu kereta dari Kota Bharu ke KL melalui Lebuh raya Pantai Timur (LPT). Apabila tiba di suatu tempat ada Polis buat Operasi (Ops Warta Khas) untuk mencari pemilik saman yang enggan membayar saman. Kata SAC Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, ada lebih kurang 1.9 juta saman tertunggak dan waran tangkap yang belum selesai.

Polis: Encik... tolong ke tepi ya...

Jai pun memandu ke bahu jalan dan berhenti.

Polis: Mintak IC & Lesen Encik.

Jai keluarkan lesen & IC. Alhamdulillah lesen memandu masih hidup. Setelah memeriksa IC & Lesen Jai, Polis tersebut berkata.

Polis: Encik, ikut rekod kami, encik ada 15 saman tertunggak dan 1 waran tangkap. Jadi Encik kena ikut saya ke Balai.

Jai: Boleh tunjuk pada saya rekod yang encik kata tu?
Polis pun tunjuk kepada Jai rekod dalam komputer dan kemudian diprintkan kepada Jai.

Jai: Owhhhhhh ini rekod saja... mana samannya?? Saya tak pernah tau pun ada saman. Ini rekod saman ke notis? Yang waran tangkap tu kes apa? Bila saman keluar? Bila saya kena pergi mahkamah?

Polis: Encik, setakat sekarang ni, ini ja yang saya boleh tunjuk. Kalau encik nak lebih lanjut sila ke ikut saya balai.

Jai: OK la kalau macam tu jom kita ke balai. Saya pun nak juga tahu saman apa yang saya ada & waran tangkap tu kes apa.

** Rajin ke polis tu nak bawak Jai ke balai dalam dok tengah kalut operasi??**

Kalau ke balai. Di balai.

Polis: OK encik ini senarai saman dan waran tangkap yang encik ada.

Jai: Sama je, itu hanya rekod. Saya nak tengok saman. Nak tengok waran tangkap. Sebab saya nak tahu yg dlm rekod tu betul saman ke notis. Kalau encik tak boleh bagi sekarang, saya nak balik dulu. Saya ada kerja lain lagi nak buat.

Polis: Tak boleh macam tu Encik, kami ada bukti Encik ada saman tertunggak.

Jai: Ya la encik ada bukti tapi mana buktinya? Yang encik tunjuk tu rekod tapi mana samannya? Kalau tak ada, encik ambil nombor telefon saya, nanti bila ada bukti boleh telefon saya ya.

PEGUAM ZUL HAZMI SHARRIF

Harakahdaily

Sun May 31, 2015 7:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

WARGA KERJA BUKIT AMAN PUN TIDAK DIKECUALIKAN DARI TINDAKAN UNDANG-UNDANG.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Semalam warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak terlepas dengan tindakan undang-undang khususnya melibatkan jalan raya.

Melalui Cawangan Trafik Bukit Aman dengan kerjasama Cawangan Khas dan Kem Komandan telah menjalankan Op Roda bagi mengesan pemandu kereta dan penunggang motosikal yang gagal mematuhi spesifikasi kenderaan yang ditetapkan di Ibu Pejabat PDRM, semalam.

Operasi yang bermula sekitar jam 4 petang sehingga jam 7 malam itu telah dijalankan dengan di kedua-dua pintu utama bangunan PDRM.

Dengan kekuatan seramai 51 pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cawangan tersebut telah memeriksa sebanyak 234 buah motorsikal dan 18 saman telah dikeluarkan untuk pelbagai kesalahan jalan raya.

Operasi ini dilihat sebagai tanda aras ketelusan PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang bukan sahaja kepada orang awam tetapi tidak terkecuali kepada warga kerjanya sendiri.

Tahniah dan tabik spring melantun!!!!!!
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com