Wednesday, August 14, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3673

5 New Messages

Digest #3673
1
Fw: Ini Tips Selepas Hari Raya Pula... by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: Penghayatan Syukur di Aidilfitri by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: INI BUKAN IKLAN TAYAR CONTINENTAL by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: Patutla ada yang ketagih minum COKE, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Aug 13, 2013 10:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ini Tips Selepas Hari Raya Pula...
telokbakong.blogspot.
ibnuhasyim.com
Posted by Ibnu Hasyim

INI hadiah untuk selepas hari raya Aidilfitri..

Dari Abu Ayyub radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
مَن ٌصَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رَوَاهُ مُسْلِم
a.. "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dari bulan Syawwal maka adalah dia seperti berpuasa sepanjang masa."
(HR Muslim)
Menurut Imam Ahmad, puasa 6 hari di bulan Syawwal boleh dilakukan samada berturut-turut atau tidak berturut-turut. Tiada kelebihan antara kedua-dua cara itu. Sama sahaja.

Sedangkan menurut ulama-ulama madzhab Hanafi dan madzhab asy-Syafi`i, mereka berpandangan lebih utama melakukan puasa 6 hari di bulan Syawwal secara berturut-turut, iaitu sesudah `Eidul-Fitri. Ada ulama berpandangan dikatakan berpuasa 6 hari dari bulan Syawwal selepas berpuasa di bulan Ramadhan seperti berpuasa sepanjang masa kerana secara umumnya kebajikan yang dilakukan oleh ummat Muhammad SAW akan digandakan sebanyak 10 kali ganda.

Jadi apabila seseorang berpuasa 1 bulan pada bulan Ramadhan, bermakna kebajikannya digandakan sebanyak 10 kali ganda, iaitu menjadi seperti berpuasa sebanyak 10 bulan.
Dan puasa 6 hari dari bulan Syawwal pula digandakan juga kepada 10, lalu menjadikannya seperti seakan berpuasa selama 60 hari, iaitu 2 bulan.

Ini bermakna, apabila seseorang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, lalu disusuli dengan 6 hari di bulan Syawwal, maka jumlah kebajikan puasa yang diperolehi ialah sebanyak 12 bulan, iaitu menyamai setahun.
10 bulan + 2 bulan = 12 bulan (iaitu setahun)

Jadi, apabila seseorang istiqamah melakukannya saban tahun, bermakna seperti dia berpuasa hampir sepanjang masa.

Allahu A`lam. Itu pandangan sebahagian ulama.

Tiada yang mampu berpuasa selama setahun atau sepanjang masa. Tentunya ganjaran yang dijanjikan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ibarat berpuasa setahun atau sepanjang masa tersebut benar-benar mengujakan mukmin yang selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan. Ia memang ganjaran yang sangat besar.

Mengenai ganjaran pahala sebenar dari amalan puasa itu hanya ALLAH lah yang mengetahuinya dan DIA lah akan membalas mengikut kehendaknya Yang Maha Pemurah. Di dalam satu hadith qudsi ada menyatakan tentang istimewanya ganjaran pahala dari sisi ALLAH buat sesiapa yang berpuasa keranaNYA.
ALLAH Ta`ala menyebut:
ِكُلُّ عَمَلِ ابْنِ اَدَمَ لَهُ اِلاَّ الصِّيَامَ فَاِنَّهُ لِي وَ اَنَا اَجْزِي بِه
a.. "Semua amalan anak Adam untuknya kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untukKU dan AKU yang akan membalasnya."
(HR al-Bukhari & Muslim)
Puasa Sunat 6 Hari Dari Bulan Syawwal
ALLAHU A`LAM. Semoga ALLAH Ta`ala menerima amalan kita semua, amin…

Rujukan:

a.. Riyadh as-Salihin, Imam an-Nawawi
b.. Feqh as-Sunnah, Sayyid Sabiq.

Tue Aug 13, 2013 10:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Warga Emas Rayu Anak Gadis Mereka Pulang Segera !
telokbakong.blogspot.
pahangdaily.blogspot.

TEMERLOH - Pasangan suami isteri Zainal Ismail 66, dan isteri Fuziyah Mansor 53, merayu anak gadis mereka, Norain, 23, yang menghilangkan diri lebih sebulan lalu pulang ke pangkuan keluarga bagi menyambut Aidilfitri bersama. Fuziah berkata, anak gadisnya yang mesra disapa Ain, keluar rumah 28 Jun lalu untuk memulakan kerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di Kuantan dan buat sementara waktu dia tinggal bersama kakak dan abang iparnya.

Menurutnya, Ain anak keempat dari lima beradik itu menghilangkan diri ketika berada di rumah kakaknya di Kuantan, 9 Julai lalu. "Tanpa sebarang sebab, kami dimaklumkan Ain menghilangkan diri dengan barang peribadi dan dia ada hantar mesej kepada kakaknya memohon maaf serta memaklumkan keluar mahu cari ketenangan. "Selepas itu langsung tiada khabar berita mengenainya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bukit Tingkat, di sini, semalam.

Fuziyah berkata, tindakan Ain yang bekas pelajar lepasan Kolej Universiti Segi menghilangkan diri sangat mengejutkan keluarga memandangkan dia anak manja dan tidak pernah melakukan perkara sedemikian sebelum ini. "Kami sekeluarga sangat merindui Ain dan buntu memikirkan nasibnya memandangkan tiada sebarang perselisihan faham yang berlaku," katanya.

Sementara itu, Zainal berkata, dia berikhtiar mencari di banyak tempat, termasuk di serata Kuala Lumpur, tempat belajar Ain di Damansara dan bertemu rakan-rakan anaknya. Menurutnya, paling merisaukannya jika anak gadisnya itu terpengaruh dengan keldai dadah atau menjadi mangsa sindiket penipuan black money. "Saya tahu Ain cerdik, dia tidak akan melakukan benda yang tak patut.

Apa yang saya risaukan ialah keselamatannya. "Jika dia tak selesa tinggal dengan kakaknya, dia boleh beritahu kami, tetapi apabila dia terus menghilangkan diri saya sangat buntu," katanya. Sehubungan itu sesiapa yang mengenali atau mengetahui lokasi Norain berada boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Fuziyah menerusi 010-5390383. #sumber

Baca Artikel Selanjutnya Di: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/08/warga-emas-rayu-anak-gadis-mereka.html#ixzz2bBGcy6m4

Tue Aug 13, 2013 10:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Penghayatan Syukur di Aidilfitri
By Mohd Noor Bin Omar | Yahoo Newsroom

Bersyukur di Aidilfitri
Menafikan peranan Ramadhan sebagai bulan ujian dalam mengangkat martabat keinsanan dengan pengisian perayaan yang bercanggah dengan tuntutan Islam adalah satu kesilapan besar umat Islam. Bulan Ramadhan merupakan tempoh penting sepanjang setahun untuk melihat sejauh mana manusia terdidik secara khusus terhadap pengabdian dan kepimpinan diri dalam fitrahnya. Sekiranya ia dicemari dengan amalan maksiat dan sia-sia dalam menyambut Syawal, maka ini menjadikan madrasah Ramadhan satu lakonan yang merugikan.

Berpuasa di bulan Ramadhan bukan hanya untuk mendapat lapar dan dahaga. Lebih dari itu, perlaksanaan ibadahnya dengan ganjaran yang tidak ternilai. Maqam fitrah yang paling tinggi diletakkan sebagai sasaran. "Barangsiapa berpuasa dengan penuh keimanan dan keinsafan, diampunkan baginya segala dosa-dosanya yang lampau".

Maqam fitrah sejak dilahirkan, setiap anak itu berada dalam keadaan bersih dari sebarang dosa sehinggalah perjalanan kehidupannya dihiasi atau dicemari oleh amalan seharian. Dengan berbagai dugaan dan cabaran sepanjang setahun akhirnya manusia diberi kesempatan semula untuk mengasuh dan memurnikan kembali dirinya dan akhlaknya melalui penghayatan Ramadhan dan penilaian Syawal.

Aidilfitri adalah satu titik penting penanda untuk menilai sejauh mana manusia terdidik oleh kongkongan nafsu. Apa yang tergambar boleh dilihat melalui bentuk sambutan perayaan dan bagaimana kesyukuran ke atas pencapaian diri diterjemahkan. Penilaian ini juga penting menentukan tahap di mana kedudukan sesebuah bangsa dari pelbagai sudut samada politik, ekonomi dan sosial serta jangkaan kemungkinan tertentu pada masa akan datang.

Walaupun masih ada beberapa aspek perlukan penambahbaikan, suasana matang yang digambarkan oleh masyarakat Malaysia sepanjang Ramadhan telah diterjemahkan dalam kesederhanaan menyambut Syawal. Perkembangan ekonomi masih dalam kawalan apabila kadar kawalan barangan, kenaikan harga dan keperihatinan pengguna menyeimbangkan pasaran.

Pengusaha yang ghairah mengaut keuntungan dahulunya boleh mendabik dada mungkin hanya mampu berasa lega sahaja pada tahun ini kerana tekanan keseimbangan tingkahlaku pengguna yang makin bijaksana. Persaingan sihat ekonomi telah memberi kesan baik kepada pilihan pengguna dalam berbelanja dan memberi nilai kepada wang yang mereka keluarkan. Pengorbanan badan penguatkuasaan agensi terbabit telah terhasil memberi kesan positif kepada kestabilan harga dan pasaran barangan dalam negara.

Kerisauan yang pernah dibimbangi dahulu tentang pola kerosakan sosial masyarakat serta kecelaruan ekonomi akibat ancaman dalaman dan luaran dapat dibendung. Walaupun ada desas-desus cerita terpinggir tentang salah faham umat Islam menghayati Ramadhan dan Syawal dengan membiarkan nafsu yang meliar ketika perayaan masih berlaku, namun kepincangannya tidaklah terlalu ketara. Namun, kedudukan ini bukanlah satu alasan untuk kita katakan sebagai memadai dan mengambil pilihan untuk mendiamkan diri dengan tidak melakukan apa-apa. Sebenarnya, inilah ruang peningkatan terbaik untuk masyarakat Islam melonjakkan diri ke tahap yang lebih tinggi.

Disebabkan kestabilan, kadang-kadang kita langsung lupa langkah-langkah penambahbaikan. Sudut perhubungan khalik-makhluk inilah yang agak kurang diberi perhatian dan masih boleh ditingkatkan melalui penghayatan kesyukuran. Perkara inilah yang akan kekal berpanjangan memetakan kematangan masyarakat dalam kehidupan seharian.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa bentuk sambutan perayaan berubah dari masa ke semasa bergantung kepada persekitaran dan tahap kekuatan hubungan manusia dengan penciptanya. Persekitaran sering menjadi pengaruh utama samada menyumbang atau menghalang tahap fitrah ini menemui maksud asalnya dan sejauh mana masyarakat Islam berupaya terlepas dari genggaman nafsu sendiri.

Pertarungan melawan nafsu merupakan pertarungan yang paling sukar dalam tamadun bangsa. Keupayaan membendungnya merupakan titik tolak kepada kejayaan atau kejatuhan sesebuah bangsa. Matlamat syariat yang paling asas ini jika diabaikan akan mengundang bencana kepada kestabilan yang dibangga-banggakan.

Kecenderungan penghayatan perayaan dan kefahaman menzahirkan kesyukuran merupakan landasan utama perayaan. Sepanjang perjalanan zaman, tahap penghayatan telah banyak menerima berbagai bentuk perubahan. Takrif syukur terletak kepada pengaruh persekitaran yang disesuaikan ke atas sesuatu kaum.

Sebagai contoh, orang yang hidup secara primitif menganggap kewujudan makhluk-makhluk halus yang mempengaruhi kehidupan mereka maka pemujaan unsur-unsur mistik ini diamalkan terutama menyambut hari-hari penting dalam kehidupan dalam tarian dan bunyi-bunyian.

Begitu juga dalam zaman jahilliyyah yang bergelumang dengan arak, wanita dan hidup bersosial. Orang-orang jahiliyyah menzahirkan kegembiraan dengan pesta makan minum, kegiatan sosial yang tidak mengira sempadan serta kegembiraan yang tiada bertepi. Kedatangan Islam memberi takrifan semula kepada perayaan dengan mengagungkan Allah dan meraikan kemenangan berjihad melawan nafsu sendiri.

Ketika Rasullullah berhijrah ke Madinah pada peringkat awal penghijrahan, kaum madinah memberitahu Rasullullah bahawa terdapat dua perayaan di mana semua orang akan bergembira pada hari tersebut. Lalu Rasullullah menjawab bahawa Allah gantikan dua kegembiraan melebihi kegembiraan yang digambarkan kepada baginda iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Rasulullah dan para sahabat memberi takrifan baru terhadap perayaan dengan tidak putus-putus bertakbir, bertasbih dan bertahmid sejak gelincir matahari sehinggalah di siang hari raya. Manakala perkembangan yang berlaku di Malaysia pada zaman 80-an dan 90-an, malam raya diisi dengan aktiviti kumpulan perarakan takbir berjalan dari rumah ke rumah di dalam kejiranan untuk bertakbir dan bertahmid.

Kini tiba zaman bergantung kepada teknologi dan maklumat. Zaman penggunaan komputer, internet dan televisyen yang ketara sekarang mempamerkan bagaimana umat Islam menyatakan kesyukuran di hadapan semua ini. Takbir, tasbih dan tahmid telah diambilalih oleh televisyen. Mungkin tidak salah perkembangan ini tetapi, sejauh mana penghayatan kesyukuran itu berlaku kepada umat Islam dalam mendokong usaha berterusan memerangi nafsu. Apakah kesan 'sambutan' kesyukuran ini selepas selesai tempoh perayaan?

Begitu juga dengan apa yang difahami dan diamalkan oleh segelintir muda-mudi zaman sekarang. Bagi mereka agak janggal mengaitkan kegembiraan dengan kesyukuran tetapi lebih menitikberatkan erti kebebasan mutlak melakukan apa saja tuntutan nafsu seperti fahaman puak jahiliyyah apatah lagi untuk melihat amalan-amalan anjuran Rasullullah ketika meraikan perayaan.

Sekiranya pola perayaan yang sering terdedah kepada berbagai bentuk ancaman tidak dikawal, salah faham tentang erti perayaan akan berlaku akhirnya. Zaman yang berputar akan mengembalikan tradisi jahiliyyah ke dalam perayaan Islam. Di samping pergaulan bebas, aktiviti-aktiviti yang tidak sihat berlaku apabila beramai-ramai berkumpul untuk berpesta dengan hidangan muzik, minuman atau ubatan mengkhayalkan serta kebebasan kegiatan seks.

Di samping pengaruh kuat dari anasir luar dan kurangnya pemantauan ibubapa, kelemahan penghayatan merupakan kunci utama kepada gejala yang tidak sihat ini. Bagi golongan begini, 'perayaan' hanyalah istilah penanda kemuncak merajakan nafsu dan alasan bagi mereka yang memang telah mengggelincirkan diri dari hakikat Islam. Justeru itu, marilah sama-sama kita menghargai kemenangan Ramadhan dengan mengekalkan penghayatan bersyukur dengan bertakbir, bertasbih dan bertahmid seikhlasnya.

Artikel ini pernah disiarkan dalam akhbar Berita Harian

Tue Aug 13, 2013 10:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

INI BUKAN IKLAN TAYAR CONTINENTAL
telokbakong.blogspot.
yongsukakuning.blogspot
Posted by Yong

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF DZAHIR DAN BATIN

Bagi yang terpaksa memandu jauh, kenalah periksa kereta sama ada dalam keadaan tip-top untuk menghalang tip over.

Selain bab-bab enjin, kita kena perhati bab tayar jugak.

Dulu Yong guna Bridgestone. Sebabnya, itulah tayar yang diberi oleh penjual kereta. Satu malam ketika memandu di Lebuhraya Guthrie, tayar tetiba punctured. Bagusnya ia tak meletup. Cuma kereta bergerak seperti menarik sesuatu.

Yong tukar Falken. Maknanya, ada 3 Bridgestone, 1 Falken.

Kenapa Yong tukar Falken? Hah, itu kena tanya mekanik. Yong tak tahu bab-bab tayar ni. Tak ambil tahu sebenarnya.

Hehehe. Orang pompuan memang tak berapa tahu bab tayar nih...Biasanya kemer harap suami atau boifren untuk tolong pilih tayar. Kalau demer pun bangang, maka bangang le jadinya.

Setahun lepas tu, Yong memandu di lebuhraya utara selatan. Kelajuan 110km/j. Tetiba pemandu di depan membrek. Apa lagi Yong tekan brake giler. Nasib baik tak hentam keretanya. Tayar belakang sebelah kiri haus! Tapi tak puncture! Hebat jugak Bridgestone nih.

Kali Yong tanya suami anak sedara yang pernah kerja jadi mekanik kat bengkel bapanya sejak dia tahu berjalan.

Yong tanya: Tayar apa yang terbaik untuk kereta Yong?
Dia jawab: Continental.
Yong tanya: Kenapa bukan Bridgestone?
Dia jawab: Bridgestone bagus. Tapi terlalu keras untuk jalan Malaysia.

Oh, begitu rupanya. Yong pun tukar kepada Continental.

Aduhai…rupanya tayar Continental ini mahal. Takeple, demi keselamatan, tukor jer.

Kata orang putih: Better be safe than sorry.

Tayar kereta Yong pun jadi 2 bridegstone, 1 Falken, 1 Continental.

Boleh ke tayar campur-campur ni? Entah. Bukan kita boleh nak tukar semua tayar sekali gos. Kena tengok poket jugak. Hehehe.

Setelah round separuh Tanah Melayu, Bridgestone dan Falken pun haus, Yong tukar semua jadi Continental. So far, takde masalah.

Tapi nampaknya Yong tak boleh buat penilaian perbandingan sebab sekarang Yong tak banyak berjalan macam dulu...

Apapun, Tayar mempengaruhi prestasi perjalanan kereta kita.

Di bawah ini Yong jumpa link berkaitan tayar, mana yang lebih baik.

Mungkin ada yang boleh memberi pandangan.

http://www.blackcircles.com/tyres_uk
http://protonclub.blogspot.com/2013/02/harga-tayar-di-malaysia-update-februari.html

Tue Aug 13, 2013 8:34 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

DEDAH: Patutla ada yang ketagih minum COKE, ini sebabnya...
telokbakong.blogspot
shalehudin.blogspot
Posted by Shalehudin

Resepi Rahsia Coca-Cola Dibongkar

Salah satu rahsia yang paling dikawal rapi dalam sejarah perdagangan dunia mungkin kini bukan lagi menjadi rahsia: sebuah program radio bertajuk "This American Life" dikatakan telah menemui resipi yang tepat untuk minuman yang paling popular di dunia dalam artikel akhbar pada 1979.

Menurut pengacara rancangan itu, Ira Glass, komponen perisa rahsia minuman itu, yang telah dicipta oleh ahli farmasi John Pemberton pada tahun 1886, adalah sesuatu yang dinamakan "Merchandise 7X."

Kakitangan baru-baru ini terjumpa sebuah artikel edisi 8 Feb 1979 daripada Journal-Perlembagaan Atlanta, yang menerbitkan artikel di muka surat 28 tentang buku tulis kulit terikat yang pernah dipunyai oleh sahabat Pemberton, satu lagi ahli farmasi di kawasan Atlanta yang dinamakan RR Evans.

Notebook yang terkandung beberapa resipi farmakologi – tetapi kemasukan utama, bagi pelajar-pelajar sejarah komersial, adalah apa yang dipercayai menjadi resipi yang tepat untuk minuman ringan: semua bahan-bahan yang disenaraikan dengan jumlah yang tepat diperlukan untuk menyiapkan satu ramuan lengkap.

Journal-Perlembagaan itu juga memaparkan gambar halaman dalam notebook Evans 'memperincikan resipi Coke – pada dasarnya mendedahkan resipi kepada dunia. Tetapi sejak tahun 1979 di mana berlaku ledakan media digital, gambar resipi itu tidak pergi jauh di luar kawasan Atlanta.

Resipi Coke adalah salah satu rahsia yang dikawal dengan rapi dalam sejarah perdagangan Amerika. Selepas perniagaan Asa Griggs Candler dibeli Pemberton – yang juga mengeluarkan ubat batuk dan pembersih darah, antara lain – pada tahun 1887 dengan harga $ 2,300, resipi yang tepat untuk 7X diletakkan dalam peti besi di sebuah bank Atlanta.

Ia telah dilaporkan bahawa hanya dua kakitangan syarikat yang terlibat dengan bahan-bahan dan bagaimana mereka dicampur pada bila-bila masa – dan kedua-dua kakitangan tidak dibenarkan untuk melakukan perjalanan bersama kerana takut kemalangan akan meragut nyawa kedua-dua mereka.

Menurut syarikat sejarah Mark Pendergrast, Candler begitu paranoid tentang resipi yang bocor di luar kawalan proprietari bahawa dia akan pergi melalui pos syarikat itu sendiri untuk menghalang mana-mana pekerja daripada melihat invois yang mungkin memaparkan bahan-bahan yang digunakan.

"Ia adalah seperti upacara rahsia yang diluluskan," ujar Pendergrast, "dan formula yang disimpan dalam peti besi di bank di Sun Trust, yang pernah menjadi Georgia Trust Company."

Selepas Pendergrast melihat semula resipi daripada gambar akhbar pada tahun 1979 itu, dia membuat kesimpulan bahawa ia juga boleh menjadi sesuatu yang betul:

"Saya berfikir bahawa ia sudah tentu adalah versi formula ini," kata beliau sambil menambah, "Ia adalah hampir sama dengan formula yang saya jumpai dalam salah satu daripada buku tulis John Pemberton apabila dia telah melakukan penyelidikan untuk buku ini.

Bagi pihak Coke, mereka menafikan bahawa keselamatan formula rahsia itu telah dibongkar. "Banyak pihak ketiga, termasuk 'This American Life,' telah cuba untuk memecahkan formula rahsia kami," kata jurucakap syarikat Kerry Tressler. "Cubalah sehabis mungkin, mereka pasti tidak berjaya."

Pengarah arkib Coke Philip Mooney memberitahu "This American Life" kemungkinan resipi ini telah menjadi formula "pendahulu" yang berharga, tetapi mungkin bukan merupakan versi yang "pergi ke pasaran."

Jadi apa rahsia untuk membuat Coke? Nah, di sini adalah apa yang telah ditulis di dalam buku ini:

The recipe:

Fluid extract of Coca: 3 drams USP
Citric acid: 3 oz
Caffeine: 1 oz
Sugar: 30 (unclear quantity)
Water: 2.5 gal
Lime juice: 2 pints, 1 quart
Vanilla: 1 oz
Caramel: 1.5 oz or more for color

The secret 7X flavor (use 2 oz of flavor to 5 gals syrup):

Alcohol: 8 oz
Orange oil: 20 drops
Lemon oil: 30 drops
Nutmeg oil: 10 drops
Coriander: 5 drops
Neroli: 10 drops
Cinnamon: 10 drops

Pemberton dilaporkan telah menemui formula untuk Coke dalam usaha untuk mengatasi ketagihan kepada morfin yang meruncing selepas Perang Saudara, jadi ia mungkin tidak menghairankan jika alkohol ditambah, minuman yang asalnya terkandung daun Coca dicampur dengan kokain.

Sumber: MalaysiaSensasi.Net

comments:
1.. Anonymous
kalau tak campur alkohol macam tak sah semua makanan minuman kalu bole mau di tambah alkohol baru sedap katanya

2.. Anonymous
Baru daging babi jadi lembut..... kalau di masak dengan alkohol... try
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: