Sunday, August 25, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3685

3 New Messages

Digest #3685

Messages

Sat Aug 24, 2013 4:56 am (PDT) . Posted by:

"Kamarcam"

Polis mana boleh batalkan lesen memandu, lesen tu kuasa JPJ bukanya polis, takkan nak rampas kuasa pulak, patut patut la kalau nak acah org tu, rakyat bukanya bodoh.

Sent from my iPad

On 23/08/2013, at 11:51 PM, "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:

> 
>
> Kenyataan tak masuk akal oleh KPN
>
> telokbakong.blogspot
> rahimho.blogspot
> Dicatat oleh rahimho
>
> <KPN - Copy.jpg>
>
>
> Fiasco Pembatalan Lesen 1.7Juta Pemandu: Siapa Hero Seterusnya?
>
> Posted by Kedah Lanie
>
> <2013-08-22_021312.jpg>
> Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi amaran kepada pihak berkuasa supaya tidak sesekali menduga kemarahan rakyat apabila seringkali menghadirkan cadangan yang tidak berperi-kemanusiaan.
>
> Pengumuman Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebentar tadi bahawa seramai 1.7 juta pemandu yang disenarai hitam oleh polis trafik supaya dibatalkan lesen memandu jika enggan bayar baki tertunggak saman lalu lintas, adalah keterlaluan dan umpama hilang kewarasan.
>
> Cadangan 'jahat&#39; ini dilihat lebih menjengkelkan dengan alasan kononnya tidak berpuas hati dengan keputusan statistik kemalangan Ops Selamat ketika Aidilfitri lalu. Apakah kaitan antara tidak bayar saman dengan peningkatan jumlah kemalangan?
>
> Jika KPN tidak berpuas hati dengan statistik kemalangan, sila buat kajian lebih terperinci punca kemalangan berlaku, sudah pasti bukan kerana pemandu tidak membayar saman. Namun pemikiran yang mungkin dipengaruhi oleh kedudukan kantung kewangan kerajaan maka lahirlah idea yang menafikan hak untuk rakyat memandu.
>
> Apalah nasib rakyat Malaysia, dari menteri sampai ke polis, semuanya seolah berniat untuk menganiaya rakyat. Rakyat yang tersepit dengan kesempitan hidup tidak mampu untuk membayar saman, akhirnya dihukum lagi dengan pembatalan lesen memandu sekaligus bagaikan menghalang seorang ayah menghantar anak ke sekolah.
>
> Jika semalam dapat disaksikan cadangan peminjam PTPTN disenarai dalam CCRIS dan Menteri Belia dan Sukan mendapat nama hasil dari kemelut ciptaan sendiri, kali ini menteri mana pula yang bakal menjuarai isu kononnya membela nasib pemandu yang punya saman ini?
>
> Cukuplah bersandiwara, rakyat bukan bahan eksperimen untuk dicucuk-cucuk dengan cadangan yang menguji kesabaran. SAMM mendesak supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang cadangan, kaji sebelum diumumkan.
>
> SAMM berjanji jika cadangan ini dilaksanakan, SAMM akan menggerak mobilisasi besar mengajak semua pemandu yang mempunyai saman supaya mempertahankan hak untuk 'hidup&#39; di tanahair ini.
>
> EDY NOOR REDUAN
> Pengarah Propaganda
> Solidariti Anak Muda Malaysia
>
>
> Peguam KASE gelihati dengan saranan KPN untuk blacklist lesen memandu pesalah yang enggan jelas saman..!!
>
> Posted by Kedah Lanie
>
> JENAKA KETUA POLIS NEGARA
>
> <2013-08-21_172145.jpg>
>
> Utusan Online 21 Ogos 2013 melaporkan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai berkata seramai 1.7 juta individu yang disenarai hitam kerana enggan menjelaskan tunggakan saman bakal berdepan tindakan lesen memandu mereka dibatalkan. Tindakan tersebut katanya akan dilaksanakan dalam masa terdekat ekoran peningkatan jumlah kemalangan maut dalam Op Selamat III.
>
> Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE] gelihati dengan kenyataan tersebut. KASE memohon jasa baik Kamar Peguam Negara atau Penasihat Undang-Undang PDRM agar menasihati Ketua Polis Negara [KPN] berkaitan bidangkuasa PDRM sebelum membuat sebarang kenyataan agar tidak menjadi bahan ketawa dunia yang akhirnya akan menjatuhkan maruah pasukan Polis.
>
> KASE ingin memaklumkan KPN bahawa PDRM tiada sebarang kuasa di bawah sebarang peruntukkan undang-undang untuk menyenarai hitam pemegang lesen memandu. Sejak penubuhan KASE pada Ogos 2009, KASE telah berulang kali menegaskan bahawa pihak PDRM tiada sebarang kuasa untuk menyenarai hitam kenderaan atau pemilik lesen memandu. Kuasa untuk menyenarai hitam atau dalam istilah undang-undangnya ialah menghalang transaksi terletak pada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ] melalui Seksyen 119B Akta Pengangkutan Jalan 1987. Bagaimana KPN boleh dengan suka hati mengatakan bahawa terdapat 1.7 juta individu yang disenarai hitam kerana enggan membayar saman? Siapa yang menyenarai hitam? Ironinya lagi, sejak November 2009 Kerajaan telah umumkan bahawa senarai hitam khasnya bagi Notis Pol 170A yang dikenali dengan Saman Ekor telah ditarikbalik. Justeru KASE memohon penjelasan KPN, 1.7 juta yang dinyatakan tersebut saman apa?
>
> Seksyen 119B Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dipinda pada Disember 2012 hasil gerakan KASE menolak dan mendesak Kerajaan khususnya PDRM dan JPJ menarikbalik polisi senarai hitam pada 2009.
>
> Untuk makluman KPN dan seluruh rakyat Malaysia, Akta Pengangkutan Jalan 1987 juga hanya memberi kuasa kepada Ketua Pengarah JPJ untuk menggantung atau membatalkan lesen memandu seseorang. KASE mengajak KPN untuk merujuk peruntukkan Seksyen 35 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tujuan tersebut.
>
> Kenyataan paling kelakar daripada KPN ialah tindakan tersebut akan dilaksanakan ekoran peningkatan jumlah kemalangan semasa Op Selamat III. Adakah dengan tindakan 1.7 juta individu tersebut membayar saman maka jumlah kemalangan akan berkurangan? Apa kaitan bayar saman dengan jumlah kemalangan?
>
> KASE memohon KPN supaya lebih teliti mengeluarkan kenyataan dan membuat tindakan. Seharusnya PDRM, Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi Kerajaan termasuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya [JKJR] bekerjasama dengan lebih mantap untuk memberikan kesedaran pengguna tentang keselamatan jalan raya. KASE menyokong sebarang usaha untuk mengurangkan kemalangan demi keselamatan pengguna dan masyarakat. Tindakan dan pendekatan lebih komprehensif perlu dibuat bukan dengan hanya mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan yang tidak bersandarkan undang-undang.
>
> ZULHAZMI SHARIFF
> Penasihat Undang-Undang
> Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE]
> 21 OGOS 2013 / 13 Syawal 1434
>

Sat Aug 24, 2013 4:59 am (PDT) . Posted by:

"Kamarcam"

Ada kena mengena ke dgn hidup kita? Kalau x da x payah merapu, buat tambah dosa je.

Sent from my iPad

On 24/08/2013, at 3:50 PM, ML <allmailinglist@gmail.com> wrote:

> Salam
>
> Kita yg tak terlibat akan mengadili
> sapa yg salah dan sapa yg tidak
> berdasar maklumat terhad dari cerita2
> second/fourth/fifth hand.. Kemdian
> campur pulak dgn sentimen, prasangka
> dan politik.
>
> Kalau nak menghakimi, biarlah cukup
> maklumat dari sumber yang sahih..
> Kan ada larangan untuk menjadi hakim
> yang tidak adil ..
>
> Biarlah tanggungjawab tu pada orang yg ada akses
> pada semua tu..
>
>
>
> On 23 Aug, 2013, at 9:24 PM, suhaimi ibrahim <designplanet78@yahoo.com> wrote:
>
>>
>> Kisah Bas jatuh gaung kat genting memang tengah panas sekarang ni. Dalam 24 jam pertama terdapat cerita yang mengatakan Bas malang itu dalam keadaan kurang memuaskan. Dan tidak selamat. Kemudian kita di hidangkan dengan cerita perangai pemandu yang panas baran. Pandu cuai, banyak saman. Seolah pemandu Bas tu je yang salah. Peribasa orang puteh ada " blame it on the dead guy" . Korang ade rasa tak yang macam aku rasa.
>>
>> Salam Syawal, Suhaimi Ibrahim
>>
>> http://sembang-automobil.blogspot.com
>>
>
>

Sat Aug 24, 2013 10:24 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Isu Bank Negara ketatkan pinjaman kereta akhirnya terjawab
telokbakong.blogspot.
penburukonline.blogspot.
Kebelakangan ini hangat isu langkah Bank Negara Malaysia yang mentetatkan pinjaman peribadi, perumahan dan besar kemungkinan pinjaman kereta pula.

Tapi Bank Negara Malaysia hari ini (semalam) menafikan syarat pinjaman kereta bakal diketatkan kepada 20% bayaran muka dan tempoh pinjaman maksimum 7 tahun. Menerusi kenyataan rasmi di laman facebook mereka, Bank Negara Malaysia berkata:-

Jawapan Mengenai Khabar Angin Berkaitan Tempoh Pembayaran Balik Pinjaman Kenderaan dan Peratus Bayaran Pendahuluan

Mengikut Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, tempoh pembayaran balik pembiayaan kenderaan haruslah tidak melebihi sembilan tahun.

Penilaian keupayaan membayar balik adalah berdasarkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab tersebut yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, di mana institusi kewangan akan menilai keupayaan pelanggan mereka untuk membuat pembayaran balik sepenuhnya dalam tempoh yang telah ditetapkan.

{RUJUK SINI}

Namun penjelasan BNM dalam laman facebooknya masih kabur. Mungkin tidak dilaksanakan dalam masa terdekat.

Sebelum ini PBO ada tampal 'berita tak rasmi' dari blog berita semasa yang mengatakan bahawa kemungkinan pinjaman kenderaan akan diperketatkan. Perincian rujuk
{SINI}

Sebelum itu kita dikejutkan dengan langkah BNM yang mengetatkan pinjaman peribadi dan perumahan di mana pinjaman peribadi hanya dihadkan sehingga 10 tahun sahaja ..

{RUJUK SINI}

p/s: kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang .. hehehe. kita tunggu dan lihat!
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: