Saturday, August 17, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3676

6 New Messages

Digest #3676

Messages

Fri Aug 16, 2013 8:33 am (PDT) . Posted by:

"Kamarcam"

Rondo memang sedap lagi kalau rondo muda

Sent from my iPad

On 16/08/2013, at 4:23 PM, MHZ <cekelatgetah@gmail.com> wrote:

> Bro,
>
> Kalau tak suka dengan rondo di msia ni, silalah berpindah ke negara lain yang rondonya lebih baik.
> On 16/08/2013 12:32 PM, bashah wrote:
>> Jazz aku tak tau, tapi aku boleh cakap pasal Rondo Malaysia...(satu geng Naza pasang di Malaya mcm keta Lion King Tu)
>> Kia Rondo 2010 aku made in Kedah..waranti 2 tahun, engine balance shaft takDe, tempat pegang tangan berdentum, tyre pressure sensor Takde..macam2lah yg takde..beza benor dengan Rondo 2010 USA nih...
>> yg paling best harga USA lagi murah TAPI waranti depa 10 tahun !!! HA HA HA ..AKU kesian bebeNOr kat aku sendiri, nak menagis tak boleh so aku ketawa saja HA HA HA
>> http://www.youtube.com/watch?v=Oyw0fGozou4
>>
>> From: Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com>
>> To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
>> Sent: Friday, August 16, 2013 12:05 PM
>> Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: INI BUKAN IKLAN TAYAR CONTINENTAL
>>
>> teringat plak kat honda jazz CKD, adakah akan jadi kes yg sama ?
>>
>> rgds,
>> Nazri Ahtar
>>
>> From: bashah <bwasi@yahoo.com>
>> To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
>> Sent: Friday, August 16, 2013 12:00 PM
>> Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: INI BUKAN IKLAN TAYAR CONTINENTAL
>>
>> hmm..kesian customer org M;sia nih...beli keta conti sebab nak kualiti, tapi bila conti made in malaysia, jadi macam kualiti bangla
>>
>> p.s. sekarang aku tengok kontraktor jalan guna simen kosong untuk tebing tepi jalan - asik pecah saja..dulu pakai tebing konkrit - harga tender makin naik, tapi kualiti kong...
>> lagi satu ..dulu besi hadang selamat nyawa, tapi sekarang besi hadang masuk kereta makan nyawa bila di lannggar
>> From: MHZ <cekelatgetah@gmail.com>
>> To: automobil@yahoogroups.com
>> Sent: Friday, August 16, 2013 10:03 AM
>> Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: INI BUKAN IKLAN TAYAR CONTINENTAL
>>
>> pernah sembang dgn sorang brader ni dkat peugeot sc. Masa tu dia g komplen tayar bengkak (brand continental, peugeot 207 sedan). 1st masa mileage 15k sebiji bengkak (bukan bengkak kembung, tapi berbenjol2 yg sangat ketara) dia komplen tapi sc tak cover sebab wear & tear part. so dia ganti sendiri. pastu mileage 18k 3 tayar yg lain alami masalah sama. Apa lagi mengamukla dia kat sc tu.
>>
>> Dia cakap sebelum ni dia pakai brand michelin & conti takde masalah pun (dia ada 2 bijik peugeot, sebijik lagi 407). tapi yg tu semua made in germany.. tayar yg kat 207 dia made in malaysia. Dia membebel barang made in malaysia ni brand apa pun takleh percaya. pastu kitorang cek tayar keta aku.. takde pun tulis made in malaysia.. kira germany la tu.. fuhh lega.
>>
>> Satu lagi dia bgtau absorber 207 tu sebenarnya tk ori.. kat msia ni dorang pasang yg made in china. Yg ni kantoi sebab dia bising 207 dia berayun macam bot & claim waranty tukar semua 4 ketul.. masa bukak absorber tu la kantoi.. pastu masa ganti boleh pulak yg ori dari peugeot. Dia ada snap gambar & tunjuk kat aku brand made in china tu. Ni semua nak cut cost punya hal.
>>
>> Dan part yg aku seriau.. dia cakap dulu dia penah eksiden sebab masalah tayar menyebabkan kehilangan anak & isteri dia.
>> On 14/08/2013 1:10 AM, -:eSpAcE9808:- wrote:
>>> 
>>> INI BUKAN IKLAN TAYAR CONTINENTAL
>>>
>>> telokbakong.blogspot.
>>> yongsukakuning.blogspot
>>> Posted by Yong
>>> <mime-attachment.jpg>
>>>
>>> SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF DZAHIR DAN BATIN
>>>
>>> Bagi yang terpaksa memandu jauh, kenalah periksa kereta sama ada dalam keadaan tip-top untuk menghalang tip over.
>>>
>>> Selain bab-bab enjin, kita kena perhati bab tayar jugak.
>>>
>>> Dulu Yong guna Bridgestone. Sebabnya, itulah tayar yang diberi oleh penjual kereta. Satu malam ketika memandu di Lebuhraya Guthrie, tayar tetiba punctured. Bagusnya ia tak meletup. Cuma kereta bergerak seperti menarik sesuatu.
>>>
>>> Yong tukar Falken. Maknanya, ada 3 Bridgestone, 1 Falken.
>>>
>>> Kenapa Yong tukar Falken? Hah, itu kena tanya mekanik. Yong tak tahu bab-bab tayar ni. Tak ambil tahu sebenarnya.
>>>
>>> Hehehe. Orang pompuan memang tak berapa tahu bab tayar nih...Biasanya kemer harap suami atau boifren untuk tolong pilih tayar. Kalau demer pun bangang, maka bangang le jadinya.
>>>
>>> Setahun lepas tu, Yong memandu di lebuhraya utara selatan. Kelajuan 110km/j. Tetiba pemandu di depan membrek. Apa lagi Yong tekan brake giler. Nasib baik tak hentam keretanya. Tayar belakang sebelah kiri haus! Tapi tak puncture! Hebat jugak Bridgestone nih.
>>>
>>> Kali Yong tanya suami anak sedara yang pernah kerja jadi mekanik kat bengkel bapanya sejak dia tahu berjalan.
>>>
>>> Yong tanya: Tayar apa yang terbaik untuk kereta Yong?
>>> Dia jawab: Continental.
>>> Yong tanya: Kenapa bukan Bridgestone?
>>> Dia jawab: Bridgestone bagus. Tapi terlalu keras untuk jalan Malaysia.
>>>
>>> Oh, begitu rupanya. Yong pun tukar kepada Continental.
>>>
>>> Aduhai…rupanya tayar Continental ini mahal. Takeple, demi keselamatan, tukor jer.
>>>
>>> Kata orang putih: Better be safe than sorry.
>>>
>>> Tayar kereta Yong pun jadi 2 bridegstone, 1 Falken, 1 Continental.
>>>
>>> Boleh ke tayar campur-campur ni? Entah. Bukan kita boleh nak tukar semua tayar sekali gos. Kena tengok poket jugak. Hehehe.
>>>
>>> Setelah round separuh Tanah Melayu, Bridgestone dan Falken pun haus, Yong tukar semua jadi Continental. So far, takde masalah.
>>>
>>> Tapi nampaknya Yong tak boleh buat penilaian perbandingan sebab sekarang Yong tak banyak berjalan macam dulu...
>>>
>>> Apapun, Tayar mempengaruhi prestasi perjalanan kereta kita.
>>>
>>> Di bawah ini Yong jumpa link berkaitan tayar, mana yang lebih baik.
>>>
>>> Mungkin ada yang boleh memberi pandangan.
>>>
>>> http://www.blackcircles.com/tyres_uk
>>> http://protonclub.blogspot.com/2013/02/harga-tayar-di-malaysia-update-februari.html
>>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>

Fri Aug 16, 2013 8:44 am (PDT) . Posted by:

"muhamad zuki bin abdul kadir" myv183

Tengah menzalimi rakyat marhaen
On Aug 5, 2013 9:23 AM, "MHZ" <cekelatgetah@gmail.com> wrote:

> Setuju.. biarlah dia buat kerja dia.. melainkan dia tak amanah dengan
> kerja dia barulah kita kritik.
>
> On 05/08/2013 8:58 AM, Nazri Ahtar wrote:
>
> dia menjalankan tugas dia. menurut perintah.
>
> cuba perhati mana2 surat rasmi dari kerajaan.... pada
> tandatangan....'Yang menurut perintah'....
>
>
>
> rgds,
> Nazri Ahtar
>
> ------------------------------
> *From:* -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg> <rienacom@yahoo.com.sg>
> *To:* zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com><melayucyber@yahoogroups.com>
> *Sent:* Monday, August 5, 2013 12:32 AM
> *Subject:* www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: CUBA TEKA APA MANUSIA NI
> TENGAH BUAT?
>
>
>
> CUBA TEKA APA MANUSIA NI TENGAH BUAT? <http://naimnikmat.blogspot.com/2013/08/cuba-teka-apa-manusia-ni-tengah-buat.html>
> telokbakong.blogspot
> naimnikmat.blogspot
> Dicatat oleh Na'im Nikmat
>
>
>
>

Fri Aug 16, 2013 9:21 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Telefon Masuk Air? Jangan Risau, Ikuti Tips Berikut
By AH Mohd | Daunpisang

Mungkin sudah beberapa kali anda melihat atau merasai sendiri pengalaman telefon bimbit jatuh ke dalam air. Misalnya terkeluar dari poket anda ketika berada dalam tandas?terlepas dari genggaman dan jatuh ke dalam lecak atau secara tidak sengaja termasuk dalam bekas air atau lauk.

Anda mungkin kecewa, takut telefon tersebut tidak lagi boleh berfungsi ditambah pula wang ringgit yang dikeluarkan bukan sikit. Jangan risau! Kami mempunyai sedikit tips yang boleh anda ikuti sekiranya telefon anda jatuh ke dalam air. Cuba lakukan langkah di bawah.

1. Jangan panik

Anda lihat telefon anda sudah berada dalam mangkuk tandas, jangan menje it atau berada dalam keadaan histeria!

2. Ambil telefon anda SEKARANG

Lagi lama anda biarkan dalam air, lagi cepat air memasuki ruang-ruang kecil dalam telefon anda. Memandangkan beberapa port telefon mungkin terdedah dengan cepat kerana lubangnya sedikit besar, potensi air untuk masuk mungkin dalam 3 hingga 5 saat, jadi apabila lihat telefon anda masuk dalam air, cepat-cepat keluarkannya. Masih ada harapan untuk mengelakkan kerosakan teruk.

3. Jangan tekan sebarang butang

Dalam keadaan panik, anda risau telefon tidak berfungsi, anda terus tekan butang yang ada terutama butang 'power&#39; untuk lihat sama ada telefon anda mengalami kerosakan atau tidak. Jangan buat demikian kerana sentuhan mekanikal butang boleh menyebabkan aliran air masuk lebih ke dalam.

4. Keringkan bahagian luar telefon dulu

Ambil tuala, tisu dalam jumlah yang banyak atau baju anda sendiri (tanggalkan). Pendek kata mana-mana yang diperlukan untuk mengeringkan telefon anda secepat mungkin. Lap dengan teliti pada keseluruhan kerangka luar telefon.

5. Keluarkan komponen dalaman

Buka bahagian belakang telefon (jika ada). Keluarkan bateri, kad sim dan mikroSD. Keringkan juga ketiga-tiga komponen kecil itu. Sekurang-kurangnya, jika anda tidak dapat selamatkan telefon, informasi berharga dalam kad sim dan mikroSD juga sangat penting untuk dipelihara.Lapkan ketiga-tiganya.

6. Goncangkan telefon

Masih terdapat air yang berada dalam ruang jek atau di celah butang kekunci. Goncangkan telefon anda dengan perlahan untuk mengeluarkan titisan air yang tersembunyi.

7. Gunakan beras

Sekarang, anda telahpun mengeringkan bahagian luar daripada air, tiba masanya pula untuk mengeringkan bahagian yang anda tidak nampak. Cara terbaik melakukannnya adalah dengan bebola kecil yang biasanya terdapat dalam tempat duduk dipanggil 'Bean Bag'. Kalau anda mahu tahu, bebola kecil itu direka dan sangat efisien untuk menyerap air lebih baik berbanding silika. Tetapi kalau anda tidak ada bebola kecil itu, gunakan cara lama iaitu beras. Caranya mudah, masukkan sejumlah bebola atau beras dalam mangkuk yang cukup untuk 'menanam&#39; telefon anda (kalau beras, sumbat saja telefon dalam bekas beras di dapur, tidak perlu keluarkan). Mula-mula, anda hadapkan skrin depan telefon ke bahagian atas, kemudian tukar arah mengikut pusingan jam selang 2 jam bagi memastikan graviti melakukan kerjanya!

Bean bag
8. Tunggu dan tunggu

Cara ini memang memakan masa yang lama. Tetapi lagi lama anda tunggu, lebih baik dan potensi untuk telefon anda selamat lebih cerah. Tempoh menunggu minimum mungkin 24 jam. Tetapi kalau anda boleh berikan masa 48 atau 72 jam, lebih bagus.

Fri Aug 16, 2013 9:21 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Biar dunia melihat .....
telokbakong.blogspot
aiyangdisayang.blogspot.
Posted by Aiyang disayang

[Amaran 18+]

Video klip saat -saat terangkat roh syahid Rabiatul Adawiyah setelah otak dan matanya hancur ditembak.
Peluru apa yang digunakan sehingga menyebabkan kecederaan sebegini rupa?!

Hasbunallahu wani'mal wakeel !

Dari Abu Musa dari Nabi SAW yang bersabda : "Sungguh, menjelang terjadinya Kiamat ada masa-masa harj." Para sahabat bertanya : "Apakah harj itu?" Beliau bersabda : "Pembunuhan." Mereka bertanya : "Apakah lebih banyak jumlahnya dari orang yang kita bunuh? Sesungguhnya kita dalam satu tahun membunuh lebih dari tujuh puluh ribu orang?" Beliau bersabda : "Bukan pembunuhan orang-orang musyrik oleh kalian itu, tetapi pembunuhan dilakukan oleh sebagian kalian terhadap sesamanya." Mereka bertanya : "Apakah pada masa itu kami masih berakal?" Beliau bersabda, "Akal kebanyakan manusia zaman itu dicabut, kemudian mereka dipimpin oleh orang-orang yang tak berakal, kebanyakan manusia menyangka para pemimpin itu mempunyai pegangan, padahal sama sekali tidak demikian," (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Ya Allah, Engkau campakkanlah rasa belas kasihan di hati orang-orang yang zalim sehingga mereka tidak sanggup membunuh saudara-saudara se-Islam mereka hari ini & jauhkanlah dari berlaku pertumpahan darah lagi di bumi Mesir ini ya Allah, amin.

Mohon sahabat doakan.

حسبنا الله ونعم الوكيل، نعم المولى ونعم النصير

اللهم احفظ مصر وأهلها

Fri Aug 16, 2013 9:22 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Perusahaan Paksa Pekerja Pakai Pampers Ketika Bekerja
malaysiaberih.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com

Pampers yang dipaksa dikenakan (Foto: Oddity Central)

TEGUCIGALPA - Sebuah perusahaan Korea Selatan (Korsel) dan Amerika Syarikat yang berada di Honduras mendapat banyak kecaman dari persatuan buruh dan mantan pekerjanya. Hal itu disebabkan perusahaan tersebut memaksa pekerjanya memakai pampers ketika bekerja untuk meningkatkan produktiviti perusahaan.

Sekretaris Jenderal Konfederasi Umum Pekerja, Daniel Duron, mengatakan bahawa perusahaan Kyungshin Lear Honduras Electrical Distribution Systems melakukan pelanggaran hak-hak tenaga kerja dengan memaksa pekerjanya untuk memakai pampers ukuran dewasa untuk mengelak para pekerjanya kerapa pergi ke bilik air.

Namun, pampers yang dipakai pekerja Kyungshin Lear Honduras Electrical Distribution Systems mesti dibeli sendiri. Menteri Tenaga Kerja Honduras, Jorge Bogran, mengatakan bahawa pihaknya mengerahkan 30 orang inspektur untuk menyiasat kes ini.

Juru cakap Kyungshin Lear Honduras Electrical Distribution Systems, Edgardo Dumas, menolak semua tuduhan mantan pekerjanya.

Namun, mantan pekerjanya yang bernama Maria Galeano, memberikan pengakuan bahawa selama tujuh tahun dia bekerja di sana para pekerja diharuskan memakai pampers kerana pihak perusahaan tidak memberikan izin untuk pergi ke bilik air.

"Ini memalukan untuk mengatakan kita harus memakai pampers kerana mereka tidak memberikan izin untuk pergi ke bilik air, ramai pekerja yang boleh membuktikannya," ujar Galeano, seperti dikutip dari Oddity Central, Kamis (15/8/2013).

Perusahaan Kyungshin Lear Honduras Electrical Distribution Systems mulai beroperasi di Honduras 10 tahun silam, dan telah memiliki sekitar 3,500 pekerja. (faj)

Sat Aug 17, 2013 12:11 am (PDT) . Posted by:

"ML" budubedet

Salam raya...

Kat dummy test tu, 40kmj dah cukup untuk membunuh... Kalau 110kmj tu mungkin selamat
sikit sebab kot2 anak bini tercampak keluar
kereta tak kena gilis..

Hmm agaknya jpj kita tak sedar lagi kot.. :-)

Nasib baik ada parti politik yg dah sedar tu against
semua usaha jpj ni.. Teruskan.. Sampai aa usaha
tu makan nyawa yg tersayang :-)

Selamat hari raya..

Sent from my i-Raspberry 4G

On 8 Aug, 2013, at 11:05 AM, adlinrotu <adlinrotu@yahoo.com> wrote:

> Semua benda buat manjang x betul....kesian penyakit syndrom denial nih....
>
>
>
> Sent from Samsung Mobile
>
>
>
> -------- Original message --------
> From: MHZ <cekelatgetah@gmail.com>
> Date: 05/08/2013 09:20 (GMT+08:00)
> To: automobil@yahoogroups.com
> Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Kelajuan Bukan Faktor Utama Kemalangan,
>
>
> memang kelajuan bukan faktor utama, tetapi tetap satu faktor kemalangan.. oleh itu janganlah kita abaikan fakta ini.
> On 05/08/2013 12:32 AM, -:eSpAcE9808:- wrote:
>>
>> 
>>
>> Kelajuan Bukan Faktor Utama Kemalangan, Rakyat Terus Diperangkap!
>>
>> telokbakong.blogspot
>> milosuam.blogspot
>>
>>
>>
>> Kelajuan Bukan Faktor Utama Kemalangan, Rakyat Terus Diperangkap!
>>
>> Syukurlah, walaupun sedikit demi sedikit kesabaran di bulan puasa ini tergugat, dek kenaikkan harga ayam, kenaikkan harga sayur, kenaikkan harga gas dan sebelum itu kenaikkan harga tiket bas, akhirnya ada juga penurunan yang diumumkan baru-baru ini. Daripada 110 turun menjadi 100, dari 90 turun menjadi 80, ini cukup bermakna buat semua pengguna jalanraya sempena musim perayaan.
>>
>> Kononnya, demi mengurangkan statistik kadar kemalangan jalanraya di musim raya, halaju kebangsaan diberi diskaun oleh pihak kerajaan. Hanya seratus kilometer sejam sahaja kelajuan maksimum di seluruh rangkaian lebuhraya seantero Malaya, rangkaian lebuhraya yang dikatakan terbaik di dunia. Hanya 100km/j untuk semua jenama kereta.
>>
>> Persoalannya, benarkah kelajuan itu faktor utama kemalangan jalanraya di Malaysia? Atau sebenarnya penurunan hadlaju kebangsaan ini sebuah skim cepat saman?
>>
>> Dalam pengamatan saya, kesusahan dan kesengsaraan rakyat adalah sebenarnya antara faktor utama kemalangan jalanraya, bukan faktor kelajuan semata-mata. Tipikal rakyat Malaysia khususnya yang telah berkahwin dan punyai anak, walau macamana susah dan sempitnya kehidupan, hari raya wajib disambut. Hari raya tidak bermakna tanpa balik kampung, tidak kira samada kampung suami ataupun isteri. Biasanya dua-dua kampung menjadi destinasi, yang kerap menjadi titik perbalahan adalah untuk memilih kampung siapa di malam dan pagi raya pertama.
>>
>> Bila ekonomi rakyat tidak seberapa, kenaikkan kos sara hidup tidak terkawal, maka rakyat perlu memilih risiko balik kampung dalam keadaan kondisi kenderaan yang 'longgar&#39;. Jika selenggara sekalipun, lazimnya rakyat akan tanya apa yang murah untuk tayarnya, untuk minyak hitamnya, untuk keperluan 'spare-part&#39;nya demi menjimatkan kos. Jika ada bahagian yang perlu ditukar atau diperbaiki, maka tangguhlah dulu kerana rakyat nak balik raya, banyak kosnya. Ketika ini juga tayar terpakai cukup laris di pasaran. Ori atau lokal, untuk jimat kos, ambillah lokal. Kalau ada tiruan, ambil tiruan.
>>
>> Risiko ini diambil bukan memperjudikan keselamatan sendiri sahaja, tetapi juga nasib pengguna jalanraya yang lain. Akibat penyelenggaraan kenderaan yang sangat tidak sempurna, jalanraya menjadi medan bahana biarpun tanpa kelajuan.
>>
>> Rakyat yang tertekan dengan sosial kehidupan seperti masalah kewangan yang membawa kepada masalah rumahtangga, akan lebih banyak berkhayal ketika memandu. Tidak fokus ketika memandu dan boleh menyebabkan kecelakaan.
>>
>> Skop penyelenggaraan kenderaan secara tidak selamat ini juga bukan dipraktik dari kalangan individu sahaja, malah pengusaha bas, pengusaha lori juga akan memilih jalan penjimatan yang sama demi mengurangkan kos untuk menjana sedikit lebihan keuntungan. Tayar celup pun tidak mengapa, asal barang boleh jalan.
>>
>> Berapakah banyaknya kenderaan yang tidak berada dalam kondisi yang baik di atas jalanraya ketika ini?
>>
>> Dalam masa yang sama, rakyat mencari duit lebih untuk sambut Aidilfitri, maka kerja pun lebih masa. Bagi pemandu bas dan lori, trip juga perlu lebih dari biasa dan untuk ambil trip lebih dari biasa, perlukan tenaga tahan mengantuk yang luar biasa. Di sini juga jalanraya terdedah kepada bahaya akibat pemandu yang mengantuk dan tidak cukup kuderat kerana telah mengulang trip dalam hari yang sama. Ini lebih seram, lori dan bas bergerak secara automatik sekali sekala tanpa pemandu.
>>
>> Rakyat mencari sesuap nasi, mana-mana kontraktor kelas rendah perlu belajar rasuah untuk dapat sub-projek, projek tampal jalan seumpamanya. Tetapi oleh kerana sudah keluar kos luar jangka untuk dapat projek, maka kos tar berkualiti untuk menampal jalan juga terpaksa dikurangkan. Akhirnya jalan kembali berlubang juga dalam tempoh masa yang tidak dijangka, jauh lebih awal dari sepatutnya. Lihatlah bagaimana jalanraya di negara ini banyak berlubang, walaupun telah ditampal, jalan tetap kembali berlubang.
>>
>> Cuma lebuhraya menjadi pilihan yang lebih selamat berbanding jalan biasa. Lebuhraya tidak berlubang, hanya berlendut dan kurang rata. Namun bagi rakyat yang menghargai masa dan wang ringgit, apakah berbaloi untuk membayar tol dalam keadaan kesesakkan lebuhraya yang melampau? Jika duit bukan soal, pasti tiada masalah untuk bayar tol walaupun lalulintasnya tidak lancar sepanjang jalan.
>>
>> Percayalah, jika rakyat tidak susah, 'spare-part&#39; tiruan dan tayar terpakai tidak akan laku di pasaran maka jalanraya lebih selamat. Jika rakyat ada kemampuan, pemandu bas dan lori tidak ambil trip lebih dari sepatutnya, lebih baik duduk rumah rehat dan bermain dengan anak, maka jalanraya lebih selamat.
>>
>> Bukan sahaja jalanraya lebih selamat, malah jalanraya akan lebih berkualiti, mampu dicengkam oleh tayar dan tidak berlubang sekiranya rakyat tidak memberi dan menerima rasuah, yang juga berpunca dari kehidupan yang sempit. Tiada lagi rakyat yang tertekan ketika memandu, jika kehidupan berjalan baik tanpa masalah kewangan dan seterusnya rumahtangga aman.
>>
>> Kerana itu saya katakan, kesusahan dan kesengsaraan rakyat menjadi punca utama mengapa jumlah kemalangan jalanraya di negara ini meninggi setiap tahun. Statistik kemalangan tidak mampu dikurangkan melainkan berlaku revolusi rakyat, di mana ketika itu rakyat senang dan tenang dengan kualiti kehidupan yang baik. Hidup ketika itu juga tidak dalam tergesa-gesa seperti hari ini, malah rakyat tidak perlu diugut supaya dikurangkan kelajuan. AES jug
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: