Monday, May 11, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4199

5 Messages

Digest #4199

Messages

Sun May 10, 2015 7:24 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Najib, Rosmah Dipersoal Biar 'Keluarga' Guna Pesawat Rasmi Untuk Urusan Peribadi.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net
Siapakah 'gerangan' yg menaiki pesawat mewah KERAjaan yg bernilai hampir separuh bilion ringgit yg berlepas dari Almaty, Kazakhstan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang HARI INI jam 7.24 petang) ???

BUKANKAH majlis perkahwinan anak Najib 'JUGA' diadakan di Grand Ballroom Royal Tulip Hotel, Almaty, Kazakhstan.

Agak2 SIAPALAH agaknya yer...

SUDAH TENTU BUKAN Rosmah & Najib kerana mereka skrg di Ipoh, Perak sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35 di Istana Iskandariah hari ini.

Itula yang dipersoalkan oleh admin page Suara Rakyat baru-baru neh menerusi laman rasmi facebook mereka disini.

Rujuk poster ;

Apa yang dipersoalkan oleh admin page SR sememangnya bernas sekali untuk difikirkan. Ya juga kan. Najib kat Ipoh. Rosmah pun kat Ipoh. Media takde pula melaporkan yang menteri2 kita atau sultan2 ke telah ke Kazakhstan baru-baru neh. Jadi jika mereka tak guna maka siapa yang guna?

Sampai kena perli-perli ;

Seseorang dari kabinet Najib perlu memberikan penjelasan berhubung persoalan yang dibangkitkan. Jangan nak tutup isu dengan skandal 1MDB. Yang skandal tetap skandal. Kita marah tetap marah, persoal tetap persoal. Hal2 macam neh Najib jawab tetap perlu jawab. Pendek kata kita takan lepaskan atau biarkan walau satu pun penyelewengan2 atau salahguna kuasa yang dilakukan oleh Najib dan pentadbirannya samada dalam skala besar atau kecik.

So, Najib jawab la.

Sapa guna pesawat tersebut pada masa dan hari yang dinyatakan.

Jawabbbbb!!!!

Sun May 10, 2015 7:25 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pasar raya terkenal didakwa angkara kacang bendi
bloglist-malaysia.blogspot
batuvskayu.blogspot

SHAH ALAM - Sebuah pasar raya terkenal bakal menjadi premis pertama dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kerana menaikkan harga kacang bendi melebihi 50 peratus, empat bulan lepas.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata pasar raya yang terletak di Bangi itu akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 14(1) akta berkenaan.

Tambah beliau, pihaknya mengesan kenaikan harga sayur tersebut hasil aduan orang ramai dan mendapati pemilik pasar raya itu telah menaikkan harga sayur berkenaan pada sekitar Januari lepas.

Beliau berkata dakwaan tersebut dibuat hasil pemeriksaan lanjut yang menunjukkan harga sayur berkenaan telah dinaikkan daripada RM12 sekilogram iaitu harga pasaran yang ditetapkan kepada RM18.60.

"Pemilik pasar raya tersebut akan didakwa pada Selasa ini kerana mengaut keuntungan sebanyak RM6.60 iaitu melebihi margin sepatutnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, jika sabit kesalahan pemilik premis boleh didenda mengikut Seksyen 18(a) akta sama iaitu didenda tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan pertama atau tidak melebihi RM1 juta bagi kesalahan kedua. - Bernama
Farid Solihin · Top Commenter · Smk Padang Negara
Larat ke dengan beratus pasarraya yang ada nak dipantau.Itulah akibat rakyat didahulukan beretorik dengannya.

Syarikat Pemilik Jaya Grocer Dihadap ke Mahkamah Kerana Harga Kacang Bendi Melampau
siakapkeli.my

SHAH ALAM 5 Mei - Syarikat Trendcell Sdn. Bhd hari ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang melibatkan Akta Kawalan Hara dan Anti Pencatutan 2011 kerana mengaut keuntungan yang berlebihan.

Syarikat tersebut yang memiliki pasaraya Jaya Grocer itu pertama kali didakwa atas tuduhan itu kerana menjual kacang bendi dengan menaikkan harga dari RM3.10 kepada RM9.70 sekilogram dari 3 Januari hingga 20 Januari tahun ini - Siakapkeli.my

Sun May 10, 2015 7:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

MYVI MANGSA DURJANA

Posted by OMAK KAU!!!

 

Sebuah kereta Myvi terbakar petang tadi dan 2 penutup botol minyak tanah djumpai. Lokasi di City Mall, Johor Bharu.

Awas Musim Myvi Mengganas!!

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Jalanraya dan lebuhraya tidak pernah didaftar dan digazetkan bagi digunakan untuk perlumbaan. Nak berlumba sangat pergi ke litar Sepang, litar Shah Alam dan lain2 litar. Kalau ada banyak duit untuk beli Myvi, modified kereta, tambah aksesori sana sini, tukar sport rim, takkan nak bayar yuran litar pun tak mampu? - Komen pemberi gambar

Entahlah nasib Jalanraya di Malaysia!

Empat Buah Myvi yang Tidak Bersalah Diganggu Dipercayai Gara-Gara Kes Enam Myvi di DUKE
siakapkeli.my

Sebelum ini kita digemparkan dengan kes enam buah Myvi dari kelab kereta Familia Myvi yang dikatakan berlumba sehingga menyebabkan kemalangan jiwa orang lain.

Susulan kejadian itu, ramai yang tidak berpuas hati dengan kelab kereta berkenaan yang meletakkan kereta jenis Myvi sebagai kereta kelab.

Tidak cukup dengan kelab itu sahaja, kelab-kelab kereta Myvi yang lain juga turut menerima tempias dan kritikan orang ramai.

Selain itu, hari ini sahaja pihak Siakapkeli menerima empat aduan dari pengguna kereta Myvi yang mendakwa mereka diganggu dan dirosakkan kereta punca dari kes enam Myvi tersebut.

Mangsa Pertama

Seorang ibu mengandung lapan bulan menaiki sebuah Myvi dihimpit ketika di tol serdang oleh kereta Jenis pacuan empat roda.

Menurutnya ketika menghubungi SK menerusi Inbox Siakapkeli bersama beberapa keping gambar Myvinya, keretanya itu kemek di bahagian hadapan seperti diketuk dengan objek yang keras.

Mangsa Kedua

SK juga ada menerima satu lagi aduan yang mana seorang wanita turut menerima nasib yang sama ketika di jalan raya dimana dia juga diekori rapat dan dihimpit oleh beberapa buah kereta lain.

Selain itu pada pagi 6hb Mei kereta telah dilanggar lari. Bagaimanapun laporan polis telah dibuat.

Mangsa Ketiga

Juga menerusi Inbox Siakapkeli seorang pengadu bersama sekeping gambar kereta Myvi beliau. Menurutnya, dia tidak menyertai mana-mana kelab kereta namun tetap menerima tempias tersebut dimana keretanya yang sedang parking di hadapan rumah telah dibaling dengan batu sehingga keretakan pada tingkap kereta.

Mangsa Keempat

Diadukan kepada SK, pada waktu subuh lebih kurang jam 5.45 pagi ketika hendak menghantar anak ke sekolah, seorang wanita menyedari abu sisa kertas terbakar memenuhi bahagian atas kereta dan tenampak gumpalan kertas di bawah. Dipercayai keretanya telah dibaling dengan gumpalan kertas yang dibakar.

Selain itu, ketika dalam perjalanan pulang dia melalui tol Akleh dan telah disekat oleh empat orang lelaki berbangsa Melayu dengan menaiki sebuah kereta jenis proton Waja dan Wira.

Mangsa kemudiannya memasang lampu Hazard dan menanyakan kepada lelaki-lelaki itu apa yang mereka mahu dan salah seorang lelaki yang menaiki Wira itu menunjukkan simbol lucah sambil ketawa.

Jika benar keempat-empat mangsa ini diganggu gara-gara kes enam Myvi di Duke, diharap pemandu-pemandu kereta jenis Myvi terutamanya yang berwarna putih atau kuning lebih berhati-hati dan sekiranya ada yang menyertai mana-mana kelab Myvi buat masa ini janganlah mempamerkan pelekat kelab dikuatiri diganggu oleh orang-orang yang tidak bersikap matang. — Siakapkeli.my

Sun May 10, 2015 10:08 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun May 10, 2015 10:08 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: