Friday, May 22, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4208

1 Message

Digest #4208

Message

Thu May 21, 2015 8:14 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


----- Original Message -----
From: bashah bwasi@yahoo.com
To:
Sent: Thursday, May 21, 2015 11:07 AM
Subject: - Jem pasal Ferrari habis minyak..haha

FERRARI KEHABISAN MINYAK PUNCA JALANRAYA MENJADI SESAK.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Sebuah kereta Ferrari berwearna biru yang dipercayai kehabisan minyak telah menjadi punca kesesakan jalan raya. Kejadian yang berlaku di Lebuhraya Mahameru menghala Seremban ... walau bagaimanapun kereta tersebut meneruskan perjalanan setelah isi minyak beli botol dengan bantuan orang ramai.

Ingatkan apabila memiliki kereta supermewah tidak akan berlaku insiden sebegini atau kereta ini dipandu bukan oleh tuan punyanya yang dihantar untuk di servis?

Kereta Ferrari Berharga RM2 Juta Kehabisan Minyak Punca Kesesakan Lalu Lintas Di Lebuhraya Mahameru
siakapkeli.my

Semalam, gara-gara sebuah Ferrari 458 Italia kehabisan minyak dan tersadai di atas Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru) tidak jauh dari Bangunan Parlimen telah menyebabkan berlaku kesesakan yang agak teruk di lebuhraya tersebut.

Kenderaan mewah tersebut telah kehabisan minyak betul-betul di kawasan jalan yang tengah menjalani penyelenggaraan di mana jalan tersebut telah di kecilkan kepada dua lorong.

Sudahlah kehabisan minyak, pemandu kereta mewah tersebut nampaknya nasibnya kurang baik kerana pihak polis datang untuk memberi bantuan kepadanya mendapati kereta tersebut melakukan begitu banyak kesalahan.

Pemandu tersebut telah disaman oleh pihak polis atas kesalahan nombor plat tidak mengikut spesifikasi, cermin terlalu gelap dan mengganggu lalu lintas.

Menurut pihak polis, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5 petang iaitu pada waktu kemuncak trafik di mana orang awam baru balik dari kerja.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu selepas meminta bantuan ada seorang lelaki telah datang dengan membawa sebotol minyak petrol.

Selepas mengisi minyak lelaki itu terus beredar pergi. Perjalanan trafik lebuhraya tersebut kembali lancar. - Siakapkeli.my

TUAN PUNYA KERETA FERRARI YANG MENYEBABKAN KESESAKAN LALU LINTAS KERANA KEHABISAN MINYAK DISAMAN POLIS DENGAN TIGA KESALAHANTRAFIK

Posted by OMAK KAU!!!

 

Sudahlah malu milik kereta supermewah tidak ada minyak sehingga diisi dengan minyak guna botol .. lkepas itu kena saman pula.

Kepada anggotra polis trafik yang bertugas sejuta tahniah diucapkan kerana tegas dalam menjalankan tugas tanpa rasa gentar dan memihak hatta kepada tuan punya kereta mewah.

Inilah dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga dan muka tersembab kena tahi ayam.

Mungkin ia dianggap kejadian yang memalukan apabila anda memandu kereta mewah berjuta ringgit tetapi tanpa dijangka kereta itu terhenti di tengah jalan.

Itu adalah pengalaman pahit yang berlaku kepada seorang pemilik kereta mewah, Ferrari 458 Italia apabila kereta yang dipandunya kehabisan minyak di Jalan Mahameru, di sini semalam sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar jalan berkenaan.

Lebih malang, pemilik kereta mewah itu yang dikenali sebagai Hafiz turut dikenakan saman oleh anggota polis trafik yang kebetulan membuat rondaan di kawasan tersebut.

Menurut laman Facebook, Trafik KL yang turut memuat naik beberapa foto kereta Ferrari itu, pemandu tersebut di saman di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kecuaian diri sendiri yang menyebabkan kesesakan lalulintas kepada pengguna jalan raya lain.

Selain itu, pemandu tersebut turut dikenakan dua lagi saman membabitkan kesalahan menggunakan nombor pendaftaran yang mana nombor plat hadapan dilabel dengan butiran kesalahan "No. pendaftaran hadapan fancy" manakala bahagian belakang sebagai "tidak mengikut peraturan".

Jadi, peringatan kepada semua pemilik kenderaan terutama kereta mewah pastikan anda mengisi minyak secukupnya untuk mengelakkan anda mendapat malu akibat mengganggu lalu lintas dan paling malang disaman trafik.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: