Friday, May 29, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4213

4 Messages

Digest #4213

Messages

Thu May 28, 2015 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Helikopter terhempas, juruterbang wanita selamat
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

Sebuah helikopter milik sebuah sekolah penerbangan terhempas ketika melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kira-kira jam 11.50 pagi hari ini.

SHAH ALAM - Sebuah helikopter milik sebuah sekolah penerbangan terhempas ketika melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kira-kira jam 11.50 pagi hari ini.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada kebakaran di bahagian enjin.

Menurut sumber, kejadian itu mengakibatkan seorang juruterbang wanita mengalami cedera ringan.

"Wanita itu telah di hantar ke hospital oleh wakil sekolah penerbangan itu," katanya.

HELIKOPTER DIPANDU PELATIH JURUTERBANG WANITA BERUMUR 21 TAHUN TERBAKAR KETIKA MELAKUKAN PENDARATAN KECEMASAN

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Seorang juruterbang pelatih wanita bernasib baik apabila terselamat selepas helikopter yang dikemudinya terbakar ketika membuat pendaratan cemas di lapangan terbang Kota Kinabalu tengahari tadi.

Difahamkan, helikopter jenis Hornbill milik Layang Layang Aerospace itu mengalami masalah teknikal sebelum juruterbang pelatih berumur 21 tahun itu bertindak membuat pendaratan cemas kira-kira jam 11.57 pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K.Ramin berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Kota Kinabalu bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat awam. "Namun, jentera bomba tidak dibenarkan masuk ke lokasi kejadian dan hanya diarahkan bersiap sedia di Balai Bomba Lapangan Terbang sahaja," katanya di sini hari ini.

Mangsa yang dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan setelah sempat keluar dari helikopter terbabit, kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth oleh pihak Layang Layang Aerospace untuk pemeriksaan.

Thu May 28, 2015 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KERAJAAN TIDAK PAKSA RAKYAT BAYAR GST ... KALAU TAK NAK BAYAR GST BELI BARANG YANG TAKDA GST KATA AHLI PARLIMEN UMNO BAGAN SERAI.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Hari ini Ahli-ahli Parlimen terkejut bila seorang Ahli Parlimen UMNO dari Bagan Serai YB Dr Noor Azmi b Gazali dengan yakinnya mengumumkan "kerajaan tak paksa siapa-siapa bayar GST". "Tak nak bayar GST, beli barang tiada GST" katanya.

Apakah esok dan hari-hari seterusnya para pengguna telefon prabayar yang tidak mau bayar GST sebab tiada paksaan dari kerajaan tidak perlu beli top up????

Apa punya senteng dan sengkek pemikiran seorang pemimpin bergelar Ahli Parlimen .. dulu ahli parlimen UMNO Langkawi kata siapa yang enggan bayar GST boleh duduk dibulan.

Inilah kualiti para pemimpin yang berstatus wakil rakyat yang dipanggil Yang Berhormat dari kelompok UMNO/BN.

Thu May 28, 2015 8:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Berita Gembira Buat Penyokong Setia Umno BN?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.blogspot.
Posted by Addin Deen

Berita Gembira Buat Penyokong Setia Umno BN? Nak dinaikkan pada bulan Mei tak boleh sebab ada dua PRK yang berlangsung, menaikkan harga Petrol awal Mei lalu cuma menambahkan isu atau modal Pakatan Rakyat menyerang Barisan Nasional..

Jadi bulan Jun ini tiada PRK.. jadi naikkannya tidak akan membebankan Barisan Nasional untuk menyediakan hujah bagi mematahkan serangan Pakatan Rakyat dan kemarahan rakyat..

Buat bodoh sajalah.. biar apapun yang pemimpin Pakatan Rakyat nak kata.. Rakyat nak membantah sampai berguling atas jalan raya sekalipun.. mampuih pi kat depa laaa...

Kenaikkan harga sebanyak 15 Sen bagi setiap Liter ini dijangka akan diumumkan Ahad ini menurut laporan The Rakyat Post

Here are the report..

KUALA LUMPUR, May 25, 2015: After the pleasant surprise of fuel pump prices remaining in May – marking a three-month stable pricing period since March this year – a 15 sen per litre increase is likely to be announced on Sunday.
The higher fuel prices will reflect the increase in global crude oil prices that has risen from mid-April and stayed steady over the past month, coupled with fluctuations in the ringgit value against the US dollar.
Calculated guesses by several pundits is that RON95 petrol price should rise to RM2.10 per litre from RM1.95 now – representing a return to the level seen for around a month in September last year as the government fuel subsidy tapered off amid a sharp fall in global crude oil prices. The fuel subsidy was scrapped as of Dec 1 last year.
With the market price managed float pricing regime in place now, diesel too is likely to see a 15 sen increase to RM2.10 per litre and RON97 may go to RM2.40 or even RM2.50.
The actual fuel pump pricing will be announced by the government on Sunday and should the ringgit value rise this week against the US dollar, given its yo-yo movements over the past few weeks, chances are that the fuel price hike may be only 10 sen per litre rather than the projected 15 sen.
While the government has yet to release details of its monthly pricing formula, the uptrend is clear as the benchmark Brent crude is now trending at around US$66 per barrel compared to the average of US$55 in March when the last fuel price adjustment took place.
February prices were the lowest as Brent crude had then averaged around US$45 per barrel.

Berita Gembira Buat Penyokong Setia Umno BN? Tapi.. macai jangan bimbang.. kenaikkan ini tidak akan membebankan macai-macai sekelian, kerana macai-macai akan diberikan kad diskaun..

Sumber

Thu May 28, 2015 8:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jangan tunggu dalam kenderaan jika rosak
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot.
Written By canang
Posted by canang

HULU TERENGGANU - Polis Terengganu menasihati pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) supaya tidak berada di dalam kenderaan ketika kereta mereka mengalami kerosakan semasa menggunakan laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata pemandu serta penumpang perlu mencari tempat yang selamat dan sesuai, sementara bantuan daripada Peronda Lebuhraya sampai untuk memberikan bantuan bagi menggelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Jika berlaku kerosakan kenderaan di LPT kami nasihatkan orang ramai agar tidak terus berada di dalam kenderaan mereka dan mencari lokasi yang lebih selamat seperti berhampiran penghadang jalan agar tidak membahayakan keselamatan mereka dan pengguna yang lain," katanya mengulas kes kemalangan maut di kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sehingga menyebabkan empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak rentung selepas kereta yang dinaiki mereka terbakar akibat dirempuh sebuah lori kargo.
Kejadian itu juga turut mengakibatkan dua orang lagi mangsa wanita dewasa yang berada di luar kenderaan ketika kejadian mengalami kecederaan.

Dalam nahas kira-kira pukul 4.30 petang itu, dipercayai enam sekeluarga berkenaan dalam perjalanan dari Kota Baharu, untuk menghadiri majlis konvokesyen Politeknik Muadzam Shah di Pahang. - Bernama

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, May 25, 2015 11:56 PM
Subject: Fw: Empat Sekeluarga Rentung Di LPT2

Pemandu Sebabkan Empat Sekeluarga Rentung Ditahan Reman Empat Hari
siakapkeli.my

Kuala Terengganu: Seorang pemandu lori yang menyebabkan empat sekelaurga rentung dalam satu kemalangan di Kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) semalam telah direman selama empat hari, hari ini.

Majistret Rozianti Mohamad Hanaphi membenarkan suspek berusia 35 tahun direman selama empat hari untuk disoal siasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dan memandu secara merbahaya.

Suspek dikatakan berasal dari Labis, Johor telah tiba diperkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu pada 11.40 pagi.

Semalam. kira-kira jalm 4.30 petang, empat mangsa termasuk dua kanak-kanak rentung manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki enam sekeluarga itu terbakar akibat dirempuh sebuah lori kargo.

Bagaimanapun, dua lagi penumpang berjaya menyelamatkan diri kerana berada di luar kereta ketika rempuhan berlaku, namun seorang daripada mereka dilaporkan cedera parah.

Sebelum kejadian. kereta yang dinaiki mangsa dikatakan telah berhenti ditepi jalan selepas mengalami kerosakan sebelum dirempuh lori dipandu suspek. - Siakapkeli.my

Empat Rentung Dalam Kemalangan Di LPT2 Terengganu
kitabantai.info

Sebuah kereta KIA Spectra hangus terbakar selepas dirempuh sebuah lori di Kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 pada 4.30 petang tadi. - Foto BERNAMA
HULU TERENGGANU – Empat orang, termasuk dua kanak-kanak, rentung manakala dua orang cedera, seorang daripadanya parah, selepas kereta dinaiki mereka terbakar akibat dirempuh sebuah lori kargo di kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini hari ini.
Mangsa yang terkorban ialah pemandu kereta Ahmad Razi Harun, 53, Dayang Suhana, 23, Umar Rayyan Suhaimi, 6, dan Nur Damia Irdiha Rosailan, berusia setahun, kesemuanya berada di dalam kereta ketika kemalangan berlaku kira-kira 4.30 petang.
Sementara itu, Hafshah Wangai, 56, yang mengalami cedera parah dan Sharifah Wangai, 49, cedera ringan, berada di luar kereta ketika kejadian.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman berkata kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan dari Kota Baharu untuk menghadiri majlis konvokesyen Politeknik Muadzam Shah di Pahang.
Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku selepas sebuah lori kargo 16 tan tanpa muatan yang dipandu Fazly Othman, 35, dari Kuala Terengganu menuju ke Johor Baharu terbabas sebelum merempuh kereta jenis Kia Spectra yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak.
"Pemandu kereta menghentikan kenderaannya di lorong kecemasan kerana kereta itu mengalami kerosakan sebelum tidak lama kemudian dirempuh lori terbabit dan kedua-dua kenderaan terus terbakar," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
Hussin berkata kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan.
Mayat turut dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat.
Sementara itu Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Hulu Terengganu Mohd Zamri Omar berkata 10 anggota bomba dari Balai Bomba Hulu Terengganu dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa yang rentung.
Katanya akibat kemalangan itu, lori berkenaan terbakar 70 peratus di bahagian hadapan manakala kereta berkenaan terbakar keseluruhannya. – BERNAMA
Read more: http://www.kitabantai.info/2015/05/empat-rentung-dalam-kemalangan-di-lpt2.html#ixzz3b9nbfjzd
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: