Thursday, May 28, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4212

4 Messages

Digest #4212

Messages

Wed May 27, 2015 8:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Suspek Culik Budak Untuk Dijadikan Peminta Sedekah Berjaya Ditangkap
siakapkeli.my

KOTA BHARU: Seorang lelaki berusia 22 tahun yang giat menjalankan aktiviti menculik budak untuk dijadikan penggemis telah berjaya ditangkap orang ramai berdekatan Masjid Muhammadi, di sini, pagi semalam.

Lelaki tersebut berasal dari Terengganu telah berjaya ditangkap orang ramai kira-kira jam 10.20 pagi selepas dia cuba melarikan seorang budak lelaki berusia 7 tahun.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata suspek terbabit kini masih dalam tahanan dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman pagi esok.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

"Polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengesan samada lelaki ini terbabit dalam mana-mana sindiket.

"Siasatan awal yang dilakukan polis percaya kemungkinan dia bergerak secara bersendirian. Namun siasatan akan diteruskan dan disebabkan itulah kita perlukan perintah reman untuk siasatan dijalankan," katanya pada sidang media di IPPK Kelantan.

Menurut Mazlan ketika ditahan tiada mangsa lain bersamanya selain kanak-kanak berumur 7 tahun tersebut mungkin kerana ketika itu masih awal pagi kita percaya kemungkinan wujud pihak lain bersamanya.

Mengenai kes yang disiasat sekarang, kita percaya suspek terjumpa mangsa di Masjid dan terus dibawa lari.

"Polis kini sedang siasat di mana tempat tinggal lelaki ini tinggal walaupun siasatan awal mendapati dia seperti gelandangan.

"Kita juga mendapati tiada sebarang maklumat termasuk kad pengenalan pada dirinya tetapi latar belakangnya akan disiasat dengan lebih lanjut," katanya.

Kanak-kanak yang cuba dilarikan, Aiman Kamarulzaman telah menceritakan detik-detik semasa dia cuba diculik dimana dia dibawa ke satu kawasan gelap. Dia telah dipukul dengan buluh di kaki dan belakang oleh remaja berkenaan.

"Saya tidak diberi makan dan minum sepanjang ditahan termasuk dipaksa tidur di merata tempat.

"Selain saya, ada beberapa lagi kanak-kanak lain yang dipercayai turut dipaksa menjadi peminta sedekah namun saya tidak mengenali mereka," katanya yang ditemani bapa, Kamarolzaman Mohamad, 50, peniaga di Pasar Siti Khadijah, di sini. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, May 24, 2015 11:58 PM
Subject: Fw: HILANG DIJUMPAI DIPAKSA KETIKA MINTA SEDEKAH

KANAK-KANAK YANG HILANG DIJUMPAI DIPAKSA KETIKA MINTA SEDEKAH

Posted by OMAK KAU!!!

 

Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang ketika menemani bapanya solat Isyak di Masjid Muhammadi malam tadi sudah dijumpai kira-kira jam 7.30 petang tadi.

Mengejutkan, kanak kanak terbabit dijumpai sedang meminta sedekah bersama beberapa lagi kanak-kanak lain berdekatan pasaraya KB Mall.

Bapa mangsa, Kamarolzaman Mohamad, 50, berkata anaknya dijumpai oleh seorang lelaki yang dikatakan berjaya mengecamnya berdasarkan gambar yang tersebar melalui aplikasi 'whatsapp' sebelum itu.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima daripada lelaki itu mengatakan dia ternampak seorang kanak-kanak dalam keadaan resah ketika dihantar oleh seorang lelaki sambil disuruh membawa bekas untuk meminta sedekah.

"Lelaki yang hanya dikenali sebagai 'Yong' itu beritahu anak saya dilihat seperti menangis kerana dipaksa supaya meminta sedekah dan meminta supaya dibawa pulang ke rumah.

"Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku dan terus menghampiri anak saya dan bertanyakan kenapa berada di situ. Nasib baiklah anak saya dapat mengingat alamat dan meminta supaya dibawa pulang ke rumah saya di Kampung Che Deris, PCB."

Kamarolzaman berkata dia amat berterima kasih kepada lelaki terbabit kerana menunjukkan sikap yang amat bertanggungjawab.

Katanya, lelaki berkenaan cuba mendekati beberapa lagi kanak-kanak yang berada berdekatan tetapi mereka segera melarikan diri.

"Saya agak terkejut kerana rupa-rupanya mereka dijadikan mangsa oleh sindiket tertentu supaya meminta sedekah. Nasib baiklah dia hanya dipaksa meminta sedekah di sini dan bukannya di tempat lain yang sudah tentu amat sukar ditemui semula," katanya.

Dalam kejadian malam kelmarin, seorang bapa panik apabila anaknya yang berusia tujuh tahun hilang sebaik selesai solat Isyak di Masjid Muhammadi.

Selepas mencari beberapa jam bersama jemaah lain dan tidak menemuinya, beliau bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada jam 12.05 tengah malam kelmarin.

Wed May 27, 2015 8:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Berita Ini Pasti Tidak Di Gembar Gemburkan Di Media Arus Perdana
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.blogspot
Posted by Addin Deen

Berita Ini Pasti Tidak Di Gembar Gemburkan Di Media Arus Perdana. Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (Maseu), kesatuan pekerja terbesar dan lantang memperjuangkan hak kakitangan syarikat penerbangan tersebut, tidak lagi wujud apabila Malaysia Airlines (MAS) selesai dengan penstrukturan semulanya.

Maseu yang mewakili 13,500 pekerja MAS, dijangka dibubarkan kerana pengurusan baru itu membayangkan ia tiada tempat dalam syarikat baru itu nanti, yang akan mula beroperasi pada 1 September.

Kesatuan itu menerima perkara itu buat masa ini dan sedang melihat kepada usaha menukarkan entiti itu sebagai sebuah koperasi.

Setiausaha Eksekutif Maseu, Mohd Jabarullah Abd Kadir, mengesahkan langkah tersebut dan memberitahu The Malaysian Insider, dua mesyuarat luar biasa dipanggil setakat ini bagi membincangkan pembubaran kesatuan tersebut.

"Kita ambil keputusan dalam perjumpaan itu, pertama kita akan bubar. Kedua, kita akan tukar menjadi koperasi," katanya.

Katanya, walaupun dua mesyuarat luar biasa itu diadakan, terakhir pada 18 Mei, mereka masih perlu memanggil satu lagi mesyuarat bagi menjalankan proses pengundian di kalangan ahli kesatuan.

"Kita akan buat undi sulit dalam masa terdekat. Selepas undi sulit, baru kita tahu apa keputusannya, untuk lihat mana satu kehendak ahli," katanya.

Berita Ini Pasti Tidak Di Gembar Gemburkan Di Media Arus Perdana

Menurut Jabarullah, langkah tersebut diambil memandangkan pengurusan baru MAS yang dibentuk dalam pelan penstrukturan Khazanah Nasional Berhad enggan mengiktiraf mereka sebagai sebuah kesatuan.

"Kita ambil langkah ini kerana pengurusan yang baru tidak mahu iktiraf kita untuk sambung sebagai kesatuan," katanya.

Dibebani dengan hutang dan dua tragedi malang melibatkan MH370 dan MH17, kerajaan melalui cabang pelaburannya Khazanah, dalam usaha terakhir merombak MAS yang makin tenat itu.

Menurut laporan, 20,000 pekerja MAS akan ditamatkan perkhidmatan tetapi dua pertiga daripada mereka akan diambil semula bekerja dengan syarikat baru, MAS Bhd, yang akan mula beroperasi pada 1 September.

Difahamkan yang syarikat baru itu mahu membentuk satu kesatuan yang terdiri daripada orang mereka sendiri, yang rapat dengan pihak pengurusan.

Jabarullah berkata keengganan pengurusan baru mengiktiraf Maseu sebagai kesatuan berpunca daripada akta MAS baharu yang bercanggah dengan Akta Pekerjaan 1955.

MAS dilaporkan mempunyai 20,000 tenaga kerja sedia ada, di mana kira-kira 6,000 hingga 8,000 dijangka diberhentikan Khazanah sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula RM6 bilion.

Terdapat sekurang-kurangnya 9 kesatuan dan persatuan pekerja di MAS.

Selain Maseu, terdapat juga Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) yang mewakili kira-kira 1,500 anak kapal kabin, Kesatuan Pekerja MAS Semenanjung Malaysia dan Persatuan Juruterbang MAS.

Jabarullah berkata, kakitangan mungkin akan menerima dua surat – pertama bertujuan menamatkan perkhidmatan mereka dengan MAS, dan kedua tawaran sama ada menyertai MAS Bhd atau melaporkan diri ke Pusat Pembangunan Korporat (CDC) yang ditubuhkan untuk melatih semula pekerja dipecat.

Dalam pada itu, seorang jurutera MAS yang hanya mahu dikenali sebagai Syukri memberitahu The Malaysian Insider, dengan pembubaran Maseu, beliau dan rakannya bimbang mengenai kebajikan pekerja selepas ini.

"Kesatuan tidak boleh buat apa sekarang, mereka pun sudah nak dibubarkan. Bila syarikat nak tutup, secara automatik kesatuan pun habis.

"Syarikat baru ini mungkin tidak akan ada (kesatuan), mungkin mereka tidak benarkan bentuk kesatuan," katanya.

Mengulas situasi terbaru tersebut, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N Gopal Kishnam menyifatkan Maseu tidak wajar mengambil langkah sedemikian.

"Ia langkah tidak wajar. Mengapa mahu dibubarkan dan tidak terus memperjuangkan hak mereka?" katanya kepada The Malaysian Insider.

Gopal mempertikaikan hak pengurusan MAS membentuk sebuah kesatuan baru, menyifatkan ia tidak masuk akal kerana pekerja berhak sepenuhnya membentuk kesatuan dan bukan majikan.

Bagi Jabarullah, langkah pengurusan baru MAS itu seolah-olah mereka tidak ingin lagi mengambi kira pandangan pekerja, sebaliknya mahu mengawal sepenuhnya pekerja dan ini akan mengundang persoalan sama ada hak kakitangan MAS akan terbela atau sebaliknya. "Mereka seolah-olah mahu mengawal sepenuhnya," kata Jabarullah.

Khazanah pada 29 Ogos tahun lepas mengumumkan 12 Pelan Pemulihan MAS (MRP) untuk tempoh lima tahun mendatang, pelan pemulihan itu termasuklah pengecilan skala tenaga kerja.

Sumber

Kakitangan MAS Yang Diberhentikan Dapat Bayaran Penuh
siakapkeli.my

PETALING JAYA: Hampir 8,000 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang akan diberhentikan bakal mendapat bayaran penamatan penuh selaras dengan apa yang dipersetujui dalam perjanjian bersama (CA).

Perubahan saat-saat akhir itu dikatakan hasil daripada perbincangan sembilan kesatuan pekerja syarikat penerbangan itu yang mendesak MAS dan Khazanah Nasional Berhad akur kepada terma berkenaan, supaya nasib mereka yang diberhentikan kelak terjaga.

Perkembangan terbaharu ini sekaligus bertentangan dengan khabar sebelum ini bahawa bayaran yang akan diterima mereka hanya separuh dari apa yang dinyatakan di dalam CA.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller dalam satu kenyataan berkata keputusan terkini juga diambil berdasarkan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa 'penyusunan semula MAS mencerminkan keadilan, belas kasihan dan ketelusan'.

Dalam usaha membangunkan syarikat penerbangan itu, MAS mengambil langkah memberhentikan antara 6,000 hingga 8,000 kakitangannya dalam tempoh setahun ini.

Langkah penyusunan MAS akan melibatkan pemindahan aset dan liabiliti MAS yang sedia ada kepada syarikat baru, MAS Bhd yang akan menggaji semula dua pertiga daripada tenaga kerjanya. -Siakapkeli.my

Wed May 27, 2015 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Bayi diikat, dilayan seperti anjing....
bloglist-malaysia.blogspot
batuvskayu.blogspot

BEBERAPA foto yang tersebar menunjukkan seorang bayi diikat di leher dan dilayan seperti binatang tersebar dan menyebabkan puluhan ribu pelayar laman terkejut, minggu ini.

Menurut Dailystar, seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada bayi tersebut menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas dikecam bertalu-talu di laman sosial.

Difahamkan, foto-foto dimuatnaik oleh ibunya ke laman Facebook kerana menganggapnya 'lawak'.

Ketua Jabatan Sosial dan Kebajikan, Marilyn Tigas berkata, perlakuan tersebut dianggap sebagai bahan lawak oleh ibunya.

"Mereka fikir orang ramai tidak peduli. Ini adalah kes melibatkan penderaan kanak-kanak dan suspek boleh didakwa di bawah Akta Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak," jelas Marilyn.

Pekerja sosial, Corazon Juliano-Soliman pula beranggapan kejadian tersebut 'suatu lawak yang teruk'.

"Kanak-kanak tersebut tak tahu ianya dijadikan bahan jenaka. Pelaku patut dihukum," katanya.

Sementara itu, seorang aktivis, Lurleen Hilliard memberitahu kejadian tersebut menaikkan kemarahan orang ramai.

"Jika kita toleransi terhadap perkara sebegini, ibu bapa akan terus memuat naik foto-foto yang tidak sesuai dan orang ramai akan berkata "Oh, ianya tidak mengapa," jelas Lurleen.

Bayi tersebut diletakkan di bawah jagaan oleh jabatan sosial untuk sementara waktu.

BUDAK KECIL DIPERLAKUKAN SEPERTI ANJING OLEH PENJAGANYA MENGUNDANG KEMARAHAN ORANG RAMAI

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Ramai pengguna media sosial mengecam tindakan kejam memperlakukan budak kecil seperti binatang. Melalui gambar yang tersebar, seorang budak kecil diikat dan diberi makan seperti anjing.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Filipina itu mencetus kemarahan ramai. Bagaimana seorang budak kecil yang tidak berdosa diperlakukan sedemikian rupa.

Penyebarnya difahamkan merupakan seorang wanita yang dipercayai mempunyai pertalian darah yang amat dekat dengan budak malang terbabit.

Mohon amat sangat agar kejadian zalim dan berjiwa haiwan ini tidak berlaku dinegara kita.

Wed May 27, 2015 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kemewahan Taib Mahmud Mempunyai Pesawat Peribadi Berharga RM86 Juta ( Rakyat Bayar)
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

Seorang bekas pengurus besar syarikat penerbangan milik kerajaan negeri - Hornbill Skyways Sdn Bhd - memberitahu mahkamah bahawa pembelian pesawat jet bernilai RM86 juta untuk kegunaan menteri besar Tan Sri Abdul Taib Mahmud penuh dengan kepinccangan, rasuah dan salah guna kuasa.

Mohamed Asharat Ramzan Ali 48, yang mendakwa beliau dipecat secara tidak sah selepas mendapati terdapat beberapa perkara yang tidak kena dengan syarikat tersebut.

Menurut keterangan 34 muka surat Asharat kepada Mahkamah Industri di Kuala Lumpur, syarikatnya itu telah membeli pesawat jet bisnes Cessna Citation X yang dibina oleh Cessna Aircraft Company yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai "aset negeri".

Dakwanya, pembelian itu juga membabitkan komisyen yang dihuraikannya berjumlah "US$250,000 sebagai elaun jualan" dalam dokumen yang berkaitan.

"(Harga pembelian) kira-kira RM74 juta. Jika faedah ditambah bagi pinjaman RM45 juta dari Ambank, jumlah kos adalah kira-kira RM86 juta," kata Asharat.

Pengarah eksekutif syarikat berkenaan Aidan Wing yang juga bekas ADUN Lambir menafikan sebarang salah laku dalam pembelian pesawat itu dan berkata elaun jualan yang diberikan itu sebenarnya diskaun pembelian.

Namun Asharat menolak hujah Wing itu.

"Dalam perjanjian jual-beli yang awal, ia menunjukkan elaun jualan US$250,000 telah diterima. Namun angka itu muncul lagi pada harga muktamad pembelian pesawat itu," katanya kepada mahkamah ketika disoal-balas oleh peguamnya Atan Mustaffa Yussof Ahmad.

Asharat juga berkata pengurus kewangan Shirley Wee, yang terbabit secara langsung dalam pembelian itu mendesak agar pesawat dihantar lebih cepat meskipun ia perlu melalui beberapa prosedur pentadbiran. -sumber

Taib Mahmud Milikp Pesawat Peribadi Berharga RM86 Juta
bloglist-malaysia.blogspot

Posted by Jeebond BLM

Seorang bekas pengurus besar syarikat penerbangan milik kerajaan negeri - Hornbill Skyways Sdn Bhd - memberitahu mahkamah bahawa pembelian pesawat jet bernilai RM86 juta untuk kegunaan menteri besar Tan Sri Abdul Taib Mahmud penuh dengan kepinccangan, rasuah dan salah guna kuasa.

Mohamed Asharat Ramzan Ali 48, yang mendakwa beliau dipecat secara tidak sah selepas mendapati terdapat beberapa perkara yang tidak kena dengan syarikat tersebut.

Menurut keterangan 34 muka surat Asharat kepada Mahkamah Industri di Kuala Lumpur, syarikatnya itu telah membeli pesawat jet bisnes Cessna Citation X yang dibina oleh Cessna Aircraft Company yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai "aset negeri".

Dakwanya, pembelian itu juga membabitkan komisyen yang dihuraikannya berjumlah "US$250,000 sebagai elaun jualan" dalam dokumen yang berkaitan.

"(Harga pembelian) kira-kira RM74 juta. Jika faedah ditambah bagi pinjaman RM45 juta dari Ambank, jumlah kos adalah kira-kira RM86 juta," kata Asharat.

Pengarah eksekutif syarikat berkenaan Aidan Wing yang juga bekas ADUN Lambir menafikan sebarang salah laku dalam pembelian pesawat itu dan berkata elaun jualan yang diberikan itu sebenarnya diskaun pembelian.

Namun Asharat menolak hujah Wing itu.

"Dalam perjanjian jual-beli yang awal, ia menunjukkan elaun jualan US$250,000 telah diterima. Namun angka itu muncul lagi pada harga muktamad pembelian pesawat itu," katanya kepada mahkamah ketika disoal-balas oleh peguamnya Atan Mustaffa Yussof Ahmad.

Asharat juga berkata pengurus kewangan Shirley Wee, yang terbabit secara langsung dalam pembelian itu mendesak agar pesawat dihantar lebih cepat meskipun ia perlu melalui beberapa prosedur pentadbiran.

- Sumber
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: