Tuesday, May 12, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4200

6 Messages

Digest #4200

Messages

Mon May 11, 2015 8:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kanak-Kanak Cedera Terjatuh Dari Eskalator Pusat Beli-Belah
siakapkeli.my

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak dua tahun cedera selepas terjatuh dari satu eskalator di sebuah pusat membeli belah di 1Borneo disini petang tadi.

Menurut Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra, kanak-kanak perempuan itu kini dilaporkan stabil dan sedang menunggu keputusan x-ray.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di mata kiri, hidung dan mulut telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II untuk menerima rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil," katanya memetik laporan dari mStar Online.

Punca kejadian masih dalam siasatan. - Siakapkeli.my

Mon May 11, 2015 8:03 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Hilux Jatuh Tali Air Semalaman Sebelum Disedari Orang Ramai Pagi Tadi
siakapkeli.my

DUNGUN: Sebuah kereta jenis Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang penyelia projek pembinaan telah terbabas ke dalam sebuah tali air menyebabkan pemandu itu maut di Kilometer 7, Jalan Dungun-Bukit Besi, awal pagi tadi.

Mangsa, Law Ah Kam, 54, yang berasal dari Selangor telah ditemui oleh orang ramai pada pukul 9 pagi tadi.

Kejadian tersebut dikatakan telah berlaku pada pukul 2 pagi tetapi tidak disedari oleh sesiapa kerana kedalaman tebing tali air tersebut yang tinggi membuatkan orang yang melalui jalan tersebut tidak menyedari kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, mangsa dikatakan telah hilang kawalan sebelum melanggar tembok jambatan lalu terbabas ke dalam tali air tersebut.

"Sebelum kejadian, mangsa yang memandu bersendirian dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Bukit Besi sekembalinya daripada makan malam di Bandar Dungun. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat," katanya. - Siakapkeli.my

Mon May 11, 2015 8:03 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Terkini!! Punca Sebenar MH179 Pesawat MAS Mendarat Cemas di KLIA Pada 10 Mei 2015.. Jom Terjah!!!
bloglist-malaysia.blogspot.
sedakasejahtera.blogspot.

Berita Terkini punca sebenar MH179 pesawat MAS mendarat cemas di KLIA pada 10 Mei 2015.

Pesawat MH179 yang berlepas dari KLIA ke Colombo pada pukul 11.30 malam 9 Mei 2015 terpaksa berpatah balik ke KLIA dan selamat mendarat pada pukul 1.30 pagi 10 Mei 2015 selepas berlegar lebih kurang 2 jam di Perairan berdekatan Pulau Ketam.

Untuk makluman, sebuah pesawat wajib untuk membakar bahan api ketika membuat pendaratan cemas jika penerbangan tidak melebihi 1 jam dari tempoh berlepas.

Ini adalah langkah Standard Procedure (SOP) pendaratan cemas dimana beban pesawat yang berlebihan dengan bahan api sedia ada ketika berlepas akan membahayakan proses pendaratan. Jika pesawat mendarat dengan terlebih had berat (Overweight), ia akan merosakkan struktur pesawat atau lebih teruk pesawat akan musnah ketika pendaratan.

Difahamkan, punca utama MH179 mendarat cemas susulan berlaku masalah teknikal dalam sistem pesawat tersebut.

Untuk info, MH179 sepatutnya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 11.30 malam dan sepatutnya tiba di Colombo pada 2:18 pagi waktu tempatan.

Punca MH179 Mendarat Cemas Di KLIA 10 Mei 2015

1. Jika berlaku masalah teknikal pada sistem pesawat, kapten wajib membuat keputusan sama ada patah balik atau meneruskan penerbangan. Namun, Kapten MH179 bertindak bijak demi keselamatan penumpang dengan berpatah balik ke KLIA. MH179 membuat keputusan untuk pendaratan cemas selepas 20 minit berlepas dari KLIA.

2. Dalam sistem penerbangan SOP pendapatan cemas, pesawat yang baru sahaja berlepas dari landasan (KLIA) dalam tempoh lebih kurang 1 jam perlu membuang bahan api. Caranya adalah berlegar diudara dan mengekalkan posisi sementara untuk membakar bahan api yang berlebihan. Selalunya proses membakar bahan api mengambil masa 2 jam.

3. Selepas membakar bahan api pada kadar yang telah ditetapkan, pesawat MH179 akan diberi kebenaran untuk mendarat semula.

4. Tujuan utama adalah untuk elakkan melapetaka ketika proses pendaratan cemas. Selain itu, pendaratan pesawat dengan melebihi muatan yang berlebihan akan merosakkan struktur pesawat.

5. Pada pukul 1.30 pagi 10 Mei 2015, semua anak kapal termasuk penumpang selamat mendarat di KLIA.

Foto Jejak MH179 Selamat Patah Balik Ke KLIA 10 Mei 2015
Foto MH179 berlegar di ruang udara Selat Melaka dan berdekatan Pulau Ketam selama 2 jam untuk membakar bahan api sebelum proses pendaratan cemas.

MH179 menuju ke KLIA untuk tujuan pendaratan

Sementara itu, Bernama melaporkan: MAS dalam kenyataan hari ini mengesahkan, komander penerbangan membuat keputusan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang lain dalam pesawat berkenaan selepas penumpang yang mabuk itu mula mengganggu kru penerbangan, sebagai sahaja pesawat berada di udara.

Oleh kerana saiz badan (penumpang berkenaan) yang besar, penumpang lain terpaksa membantu anak kapal daripada gangguan penumpang terbabit," menurut kenyataan MAS itu.

Penumpang yang mabuk itu diserahkan kepada pihak berkuasa sebaik tiba di KLIA, menurut kenyataan itu.

Pesawat MAS penerbangan MH179 itu kemudian berlepas ke Colombo pada 10.06 pagi, hari ini.

Laman web jejak pesawat 'Flightradar24' dalam Twitternya pada 1.30 pagi tadi memaklumkan bahawa pesawat MH179 berpatah balik selepas dua jam membakar bahan api di perairan Selat Melaka untuk mengurangkan berat pesawat, sebelum mendarat.

Mon May 11, 2015 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Wanita Kena Tipu, Beli Iphone 6 Dapat Biskut
siakapkeli.my

Biskut diterima Nor yang diletakkan dalam kotak iPhone 6. — Sinar Harian Online

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang membeli Iphone 6 terpakai melalui perniagaan atas talian terpaksa berputih mata apabila mendapat beberapa kepingan biskut di dalam bungkusan yang diterimanya.

Mangsa yang dikenali sebagai Nor, turut menanggung kerugian RM890.

Menurutnya, urusniaga itu dijalankan pada pertengahan April lalu apabila mahu membeli telefon bimbit berkenaan untuk dihadiahkan kepada anaknya.

Memetik Sinar Harian hari ini, Nor memberitahu peniaga itu dikenali sebagai Hafriz dan berasal daripada Terengganu.

"Pada awalnya si penjual meletakkan harga RM2,050 kemudian dia sendiri secara sukarela beri diskaun dengan harga RM1,890," katanya.

Apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan harga berkenaan, Nor memasukkan RM300 seperti yang diarahkan sebagai bayaran pendahuluan dan baki perlu dilunaskan apabila barang diterima.

"Semasa barang saya hendak dihantar, si penjual sekali lagi menghantar gambar bungkusan kononnya barang sudah dipos dan meminta saya memasukkan lagi RM590," ujarnya.

Selepas enam hari menunggu, Nor terkejut apabila bungkusan yang disangkanya Iphone 6 itu hanyalah beberapa keping biskut yang diletakkan di dalam kotak Iphone 6 itu.

"Hanya Allah SWT yang tahu perasaan saya bila melihat kepingan biskut di dalam kotak tersebut," kata Nor lagi.

Nor lantas bertanyakan hal itu kepada si penjual, namun sehingga kini tidak mendapat sebarang balasan meskipun laman web dan akaun Instagram yang diguna Hafriz masih aktif. - Siakapkeli.my

Mon May 11, 2015 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tolonglah Saya, Hanya RM3 Dan Saya Boleh Balik Untuk Siapkan Kerja Rumah
siakapkeli.my

Terkesan SK apabila terbaca kisah ini yang menunjukkan seorang remaja yang masih bersekolah terpaksa menjual kerepek dan maruku di hadapan sebuah bank di Dangga Bay, Johor.

Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Felicia Ng telah memuatnaik beberapa keping gambar dan dialog perbualannya dengan remaja tersebut.

"Saya ternampak budak lelaki ini duduk di koridor CIMB Bank dengan cahaya matahari terik menerangi badannya." ceritanya

Berikut adalah perbualan beliau dan kanak-kanak tersebut.

Felicia: "Tak panas ke dik?"

Budak: "Tak,"

Felicia: "Kenapa jual kerepek kat sini? Masih sekolah?"

Budak: "Ya, di SMK Taman Daya,"

Felicia: "Dah tu kenapa jual kerepek?"

Budak: "Saya jual kerepek sebelum saya pergi ke sekolah. Di hujung minggu, saya jual dari jam 1 petang hingga 11 malam,"

Felicia: "Kalau adik tak jual kerepek ni habis, adik tak boleh balik rumah kan?"

Budak: "Ya," katanya sambil mengangguk kepala.

Jadi, saya membeli kesemua 30 bungkus kerepek tersebut dan mempelawa untuk menghantar beliau pulang ke rumah.

Semasa di dalam perjalanan beliau telah menceritakan kepada Felicia bukan dia sahaja yang menjual maruku dan kerepek tersebut malah turut dijual oleh dua adik beradiknya Public Bank Taman Daya dan seorang lagi di Danga Bay.

Semasa kerepek dijual kanak-kanak tersebut meletakkan satu kertas tertulis,

Bantulah saya. Hanya RM3 agar saya dapat balik awal ke rumah untuk buat kerja sekolah.Bapa saya kemalangan motosikal dan tulang di lehernya patah. Ibu pula telah meninggalkan kami sejak kecil. Kami tiada wang dan hidup seramai 5 orang. Nenek saya masak kesemua kerepek ini untuk kami bertiga jual di Public Bank, CIMB Bank Taman Daya dan seorang lagi di Danga Bay.Ini saja cara kami untuk mencari pendapatan dan RM3 ini amat bermakna kepada saya dan juga keluarga.Bantulah kami, terima kasih.
Dikala ramai kanak-kanak kecil hanya menunggu wang dari ibu bapa untuk ke sekolah, tetapi mereka pula perlu mencari wang untuk menanggung keluarga walaupun masih bersekolah.

Ada pengguna laman sosial menuduh remaja tersebut adalah di bawah sindeket haram yang memperalatkan remaja sebagai penggemis.

Felicia telah memuat naik sekeping gambar keratan Harian Metro untuk membuktikan situasi remaja tersebut adalah benar-benar terjadi.

Kepada anda yang berada di sekitar Johor Bahru yang menjumpai mereka di sekitar sana bolehlah membeli kerepek dan maruku remaja ini dan adik-beradiknya untuk meringankan beban yang ditanggung. - Siakapkeli.my

Mon May 11, 2015 8:05 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Perkembangan Terbaru 5 Anak Yatim Ibu Bapa Maut Digilis Lori Setahun Lalu
siakapkeli.my

Masihkah anda ingat kisah sepasang suami isteri yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Cheras susur Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada 23 Mei 2014 lalu di mana mereka telah meninggalkan lima orang anak.

Kemalangan yang berlaku itu menyebabkan Jefri Mohd Zain, 46, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, maut di tempat kejadian.

Kisah ini telah menjadi viral di laman sosial tahun lepas tapi kisahnya tidaklah seheboh macam kemalangan yang melibatkan Myvi dan Pajero Sport di atas DUKE baru-baru ini.

Ramai telah tampil bertanyakan nasib lima orang anak yatim ini, dan kini kami SK telah menerima perkhabaran yang agak gembira mengenai kelima-lima orang anak-anak ini.

Kami menerima maklumat terbaru daripada seorang sukarelawan yang dikenali sebagai ERMA yang telah melawat anak-anak yatim ini pada 6 Mei 2015 lalu.

Menurut Erma, dia telah ke rumah ibu saudara anak-anak yatim ini yang hanya selang beberapa buah rumah dari rumah mereka di mana ibu saudara mereka tersebut telah menjaga dua orang anak-anak ini iaitu anak nombor 4 dan 5.

"Tiga lagi mereka berada dia srama iaitu abang sulung berada di Asrama SMK Petaling, anak perempuan nombor dua berada di Asrama SMK Sri Saujana dana ank ketiga berada di Asrama Sekolah Agama Nur Izzah di Bangi dan anak-anak yang 4 dan 5 bersekolah di Tadika Smart Reader Kids berhampiran rumah mereka."

"Dari segi kehidupan pula setakat ini mereka cukup berjimat cermat dan kalau dari segi makan nasi berlaukkan kicap, telur dan ikan masin adalah perkara biasa bagi mereka. Selepas menerima sumbangan daripada orang ramai sebelum ini rumah yang dulu agak daif sudah sedikit elok walaupun agak sempit."

" Pada mulanya di ceritakan oleh ibu saudaranya mereka agak sukar untuk berpisah tetapi demi masa depan dan pembelajaran mereka masing-masing akur untuk tinggal di asrama," ceritanya.

Selain itu, mereka juga menerima Zakat dari Baitulmal MAIWP berjumlah RM 700 sebulan dan jumlah itu memang membuatkan mereka perlu berjimat.

Untuk sesiapa yang ingin melawat anak-anak ini bolehlah berbuat demikian di alamat 3-2-18 blok 3 jalan 17/164d flat taman desa cheras,cheras kuala lumpur. Sebelum pergi bolehla hubungi ibu saudara mereka yang dikenali sebagai Kak Inah di talian 0196065911.

Dan bagi sesiapa yang ingin membantu anak-anak ini dari segi kewangan bolehlah disumbangkan ke dalam akaun tabung haji mereka masing-masing.

MUHAMMAD HAIKAL B.JEFRI
070101000698571

FATIN ADLINA BT JEFRI
010602000459975

MUHAMMAD AIDIL BIN JEFRI
070102000185630

NURSYAMIMI BT JEFRI
0106020004599987

NUR AUNI SYAFIA BT JEFRI
010602000459999

Apapun SK doakan anak-anak ini membesar dengan baik dan berjaya di masa hadapan. Terima kasih tidak terhingga juga kepada Cik Erma atas maklumat dan keprihatinan beliau dalam membantu masyarakat seperti ini. - Siakapkeli.my

*Mengenai Datin Rebecca ambil mereka jadi anak angkat tu betul..tp SK xdapat apa2 info adakah mereka menerima bantuan kewangan.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: