Friday, May 15, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4203[1 Attachment]

4 Messages

Digest #4203

Messages

Thu May 14, 2015 8:56 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Perhatian !! Operasi Saman budak sekolah yang naik motorsikal tak cukup syarat di seluruh negara
telokbakong.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Perhatian kepada pelajar sekolah yang menunggang motosikal ke sekolah, pemeriksaan mengejut Polis/JPJ akan menjalankan operasi lesen, helmet, cukai jalan, visor helmet dan pengubah suaian motor.

Saman rm300 setiap kesalahan. Seluruh malaysia akan diadakan pemeriksaan mengejut disetiap sekolah.

Harap maklum.

Thu May 14, 2015 8:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Kereta Di Persimpangan Lampu Isyarat
siakapkeli.my

PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang dipercayai pekerja Hotel Pullman Putrajaya Lakeside maut selepas dilanggar noleh sebuah kereta Perodua Myvi di Presint 5, awal pagi tadi.

Mangsa, Affendi bin Aziz, 36, diperayai sedang menunggang motosikal Honda Ex5 dalam perjalanan ke tempat kerjanya telah dilanggar oleh Myvi tersebut yang betul-betul di lampu isyarat berhampiran dengan Hotel Pullman tersebut.

Pemandu Myvi yang dikenali sebagai Noor Azira Bte Tajuddin yang merupakan seorang pekerja Juru Ukur Bahan datang dari arah Presint 5 menghala ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Mangsa yang bekerja sebagai Assistant Manager House Keeping itu, maut di tempat kejadian. Manakala pemandu Myvi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kami telah cuba menghubungi Balai Polis Putrajaya presint 7 untuk mengetahui lebih lanjut tentang kejadian tetapi tidak dapat memperoleh sebarang maklumat kerana kes masih dalam siasatan. - Siakapkeli.my
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Thu May 14, 2015 8:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

[KISAH NYATA KISAH BENAR] Si Ayah Umur 77 Tahun MASIH BEKERJA, Manakala... | Anak Anak Pula… Hurmm
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com
by Que Achmad

[KISAH NYATA KISAH BENAR] Si Ayah Umur 77 Tahun MASIH BEKERJA, Manakala... | Anak Anak Pula… Hurmm | Kisah ini adalah kisah benar yang menjadi realiti bagi sebahagian dari masyarakat kita…

Semoga kita muhasabah diri dan berdoa agar jadi anak yang soleh solehah sehingga ke akhir hayat kita. InsyaAllah…

Kurang sopan bila seorang anak bagitahu ayahnya macam ni:

"Kalau ayah nak duit, bagitahu saya lah ye"…(sambil bersalam)

Saya yang sedang berurut dengan ayahnya kerana tergeliat kaki diam sahaja mendengarnya sehinggalah ayahnya luahkan pada saya.

"Seorang anak, tak sepatutnya bertanya begitu kepada seorang ayah, dah dia tahu ayah dia ni hidup susah, hulur je lah. Malu pakcik nak minta dengan anak, anak beri..pakcik ambil. Kalau anak tak beri, pakcik diam. Malu nak meminta ni walaupun dengan anak".

Pakcik tu bagitahu anak dia alhamdulillah semua boleh dikatakan bergaji agak lumayan jugalah, yang bersalam dengan dia tu anak bongsu, gaji dah 7@8k sebulan dan isteri dia pun bekerja…cikgu.

Saja ajak dia berbual rancak sikit sebab saya dok menahan sakit kena urut baru-baru ni, jadi saya pun buat-buat tanya.."Berapa sebulan semua anak-anak pakcik bagi?"

Dia pun menjawab dengan jujur: " Malu sebenarnya pakcik nak cakap, kalau mereka bagi cukup..tak payahlah pakcik dok berurut orang lagi macam ni, sebab umur pun dah 77 tahun. Mereka bagi Rm50 seorang, dapatlah Rm150 sebulan."

Saya terdiam…xnak ulas apa-apa lagi. Cuma terfikirlah saya…kenapa berkira sangat dengan seorang ayah? Kalau seorang anak beri RM300, dah RM900, bolehlah seorang ayah tu berehat sikit di usia senja mereka.

Selalunya seorang anak yang berkira dengan ibu ayah, walau sebanyak mana rezeki yang mereka dapat…kebiasaannya mereka akan berasa tak pernah cukup dengan pendapatan mereka. Nafsu mereka menjadi makin besar….(Sebenarnya ujian dari Allah swt untuk anak-anak yang tiada kasihan belas kepada ibu ayah)

Berbuat baik dan berbaktilah dengan ibu ayah kalian sewaktu mereka masih ada, menyesal kemudian..dah tak berguna lagi. Sepatutnya kalian berbangga dengan ibu ayah yang susah, tapi berjaya juga menghantar kalian ke menara gading dan akhirnya kalian beroleh kerjaya yang hebat-hebat belaka. Berilah peluang untuk ibu ayah merasa hidup senang sikit. Mereka nak tinggalkan kalian tak lama dah.

sumber: GuaBlog.com

Thu May 14, 2015 8:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Cuma 20,966 saman status waran tangkap dibayar

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Hanya 20,966 dari 1.59 juta saman berstatus waran tangkap yang dikeluarkan susulan kegagalan pengguna jalan raya membayar saman dan menghadiri perbicaraan di mahkamah, diselesaikan sebelum penguatkuasaan Ops Warta, minggu depan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata pihaknya memberi peluang kira-kira dua minggu kepada pesalah trafik membuat semakan dan bayaran sebelum tindakan tegas diambil, namun hanya sebilangan kecil menjelaskannya.

"Kita telah kenal pasti pesalah trafik yang memiliki waran tangkap ini... di mana mereka berada, dan minggu depan kita akan jejak dan tahan mereka seterusnya bawa ke mahkamah," katanya dalam program bual bicara Bernama Radio semalam.

Mohd Fuad berkata angka itu sangat rendah, sambil berpendapat bahawa pesalah trafik tidak menggunakan peluang diberikan walaupun hebahan telah dibuat sejak 30 April lepas.

Katanya angka 1.59 juta itu merupakan baki dari 1.8 juta saman yang diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Ops Selamat 5 yang dilancarkan semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.

Mohd Fuad turut mencadangkan agar pesalah trafik tampil di Bukit Aman atau balai polis trafik berhampiran, bagi membolehkan pihaknya membantu mereka menyelesaikan perkara itu.

"Sekiranya mereka berdiam diri, sampai bila-bila pun masalah tidak selesai. Mereka juga boleh menyemak status di mana-mana balai polis trafik kerana di sana ada sistem dalam talian, boleh semak dengan memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran kenderaan," katanya.

Selain itu, beliau berkata semakan juga boleh dilakukan di pejabat-pejabat pos.

Selain sekatan jalan raya, katanya penguatkuasaan Ops Warta juga akan mengesan pesalah trafik sehingga ke kediaman mereka.

Sementara itu, sebanyak 5.5 juta saman dikeluarkan tahun lepas, manakala sehingga April tahun ini, 1.9 juta saman direkodkan dengan kesalahan tertinggi ialah memandu laju dan meletak kenderaan di tempat tidak dibenarkan.

- Bernama
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: