Saturday, May 30, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4214

6 Messages

Digest #4214

Messages

Fri May 29, 2015 8:41 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

The Kabin: Idea Percutian Yang Unik Untuk Dikunjungi di Malaysia
siakapkeli.my

Tak tahu mana nak bawa anak-anak anda sempena cuti persekolahan yang akan bermula hujung minggu ini?

Ini idea menarik untuk anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang mungkin tidak ada masa untuk berjalan jauh demi mengisi masa lapang cuti anak-anak.

Terletak di Pantai Remis, Kuala Selangor, The Kabin menyediakan tempat penginapan yang mesra keluarga, dengan ciri-ciri klasik dan unik.

Ada beberapa spesifikasi kediaman atau resort yang boleh dipilih. Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan sepanjang percutian anda di sana, memandangkan Kuala Selangor juga terkenal dengan pantai, keistimewaan makanan laut dan pekan lama.

Terbaik kan? Kami yakin The Kabin akan menjadi salah satu destinasi 'escapism' hujung minggu ramai orang yang mahukan ketenangan dan kedamaian dari hiruk-pikuk kota. -Siakapkeli.my

Fri May 29, 2015 8:41 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kisah Sedih Anak Kecil Hidap Biliary Atresia, Bapa Dibedah Untuk Derma Hati Disahkan Hidap Kanser Usus
siakapkeli.my

SUNGGUH besar dugaan yang ditanggung keluarga ini, kisah dugaan hidup keluarga En Jamilulehsan B. Taridi, 28 tahun dan isterinya Nur Amirah Syazwani Bt Pandi, 22thn, di mana mereka mempunyai seorang cahaya mata kesayangan mereka Muhammad Aril Zafran,1 tahun.

Anak kesayang mereka itu telah disahkan menghidapi sakit Biliary Atresia iaitu sejenis penyakit hati kronik dan memerlukan pembedahan dan penderma hati baru.

Kisah sedih mereka bermula apabila meninggalkan Malaysia ke bumi China untuk menjalani pembedahan. Berikut adalah coretan yang diambil oleh Facebook Puan Natipah Abu, iaitu sukarelawan yang aktif membantu masyarakat.

"Bismillah...saya terpanggil sekali lagi untnk berkongsi kegetiran hidup yang harus dilalui oleh En Jamilulehsan B. Taridi (28 thn) , isterinya Nur Amirah Syazwani Bt Pandi ( 22thn ) dan cahaya mata kesayangan mereka Muhammad Aril Zafran (1 thn).

Mereka melangkah meninggalkan bumi Malaysia pada 12 March 2015 menuju ke Shanghai China bersama harapan yg menggunung tinggi. Menjalani pembedahan pemindahan hati dr sang ayah kepada anak yg sedang menderita akibat kegagalan hati.

Pemergiaan yang dibiayai hasil sumbangan masyarakat yg prihatin itu...diharap dapat membawa sinar bahagia buat keluarga ini. Namun apa daya...perancangan manusia tidak mampu mendahului perancangan Allah S.W.T.

9 apri 2015 ...setelah hampir sebulan di sana..akhirnya kedua beranak ini disorong ke dewan bedah di Hospital Shanghai. Namun tiba-tiba doktor memutuskan untuk menghentikan pembedahan itu. Waris dipanggil lalu terungkaplah sebuah khabar duka yg benar-benar menyentap jiwa sang isteri juga ibu muda itu.

Khabar yg tidak pernah diduga itu membuatkan dia merasakan putaran dunia ini seakan terhenti seketika.....seluruh alamnya kelam tiba2. Suami yg sepatutnya menderma hati kepada zuriat cinta kasih mereka...dikesan mengidap kanser usus.

Pembedahan pemindahan hati pun bertukar kepada pembedahan membuang kanser tersebut serta merta. Selesai pembedahan...En Jamilulehsan terpaksa di hantar pulang ke Malaysia untuk meyambung rawatan kemeoterapi.Tatkala sedar dari pembedahan dan menerima berita beliau tidak layak menjadi penderma buat anak kesayangannya... En Jamilulehsan sungguh kecewa dan sedih.

Demi menyelamatkan nyawa adik Aril Zafran..bapa saudaranya Mohd Syafid B. Taridi (23thn ) tampil sebagai penderma dan selamat tiba di Shanghai pada 28 April 2015. Mereka bakal disorong ke dewan bedah pada hari selasa kelak bagi menjalani pemindahan hati.

Bagaimana pun....pembedahan ini telah menelan belanja yg tinggi. Kos asalnya RM 110k kini menjadi RM 200k kerana pembedahan kanser dan kos ujian demi ujian buat penderma baru selain kos makan minum dan tempat tinggal yg mana telah melebihi tempoh sepatutnya. Kos yg tinggi ini benar2 membuatkan Pn Amirah Syazwani tenggelam punca dan hilang arah....

Justeru itu...saya dgn rendah hati ..menyeru seluruh masyarakat penyayang di luar sana...ayuhlah kita bersama meringankan mereka yg kesempitan ini. Barangkali ... apabila tiba satu saat di mana kita dlm kesempitan kelak..akan ada insan yg Allah kirimkan utk melapangkan kita...
Sumbangan anda boleh disalurkan ke acc

NUR AMIRAH SYAZWANI BT PANDI
MAYBANK 508270104111."

Takkala membaca coretan puan Natipah Ini luluh rasa hati ini mengenangkan nasib adik Aril. SK dimaklumkan sepatutnya pembedahan kali kedua ini dia akan dilakukan pada jumaat esok, tetapi terpaksa dibatalkan kerana dana tidak mencukupi selepas menjalankan pemdedahan usus bapanya.

SK merayu orang ramai mari sama-sama kita bantu adik Aril semoga dia membesar gembira dan normal seperti kanak-kanak lain.

Bersama kita mendoakan anak kecil ini selamat menjalaani pembedahan dan cepat sihat.
Terima kasih SK ucapkan juga kepada puan Natipah Abu kerana banyak mendedahkan kesusahan masyarakat yang memerlukan dan kesusahan. - Siakapkeli.my

Fri May 29, 2015 8:43 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Bayi Comel Ini Lahir Selepas Tiga Hari Bapa Meninggal, Dia Dan Lapan Adik Beradiknya Hilang Tempat Bergantung
siakapkeli.my

Menatap wajah anak kecil ini, sayu dapat dirasakan hati ini takkala memikirkan nasib anak kecil ini bersama lapan orang adik beradik dan ibu mereka yang hilang tempat bergantung selepas pemergian bapa mereka mengadap yang maha Esa.

Lahir ke dunia selepas beberapa hari kehilangan bapa, anak kecil ini tidak sempat menatap wajah bapanya itu, bapanya Wan Jamal Anasir Wan Badri telah meninggal selepas empat minggu menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di kepala.

Arwah telah meninggalkan isteri yang sarat mengandung dan selang beberapa hari isterinya telah melahirkan bayi ini dan kini isteri sedang berada dalam pantang .

Bapanya sebelum ini disahkan terdapat lima ketumbuhan di dalam kepalanya dan arwah telah selamat dikebumikan di Bukit Beruang Air Keruh Melaka. Arwah meninggalkan sembilan orang anak tersayang termasuk bayi ini yang belum sempat mengenal ayahnya ini.

Anak-anak arwah bersama nenek mereka wan robiah binti wan mustpha

Dari sembilan adik beradik ini lapan orang masih bersekolah dimana anak sulung berada di tingkatan 5 ,dan nombor 8 masih di tadika manakala yang bongsu adalah bayi ini baru dilahirkan.

Apapun takziah SK ucapakan kepada keluarga ini. Semoga anak-anak ini membesar dengan sempurna.

KEMASKINI: Menurut adik kepada ibu bayi ini ketika menghubungi pihak Siakapkeli, si ibu mempunyai pekerjaan di sebuah hospital dan beliau nafi mohon bantuan dari orang ramai. Menurutnya lagi mungkin ada pihak(saudara terdekat) yang cuba menanggup di air yang keruh telah menyebarkan nama dan nombor akaun untuk bantuan. - Siakapkeli.my

Fri May 29, 2015 8:44 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Sushi King Tiada Status Halal Setakat Ini - JAKIM
siakapkeli.my

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan penarikan sijil halal sebuah restoran terkenal, Secret Recipe kerana gagal mematuhi piawaian kebersihan yang serius.

Terbaru dan lebih mengejutkan, JAKIM baru-baru ini membuat satu kenyataan bahawa sebuah restoran sushi terkemuka di negara ini, Sushi King, tiada status halal.

JAKIM membuat kenyataan itu melalui Twitter rasminya, @JAKIM_Official, setelah soalan mengenai status halal Sushi King dikemukakan oleh seorang pengguna Twitter, @iFaraAidi.

"@iFaraAida Sushi King tiada status halal setakat ini.", tulis JAKIM di tweet tersebut.

Jawapan dari JAKIM ini mengejutkan orang ramai kerana restoran tersebut sudah lama beroperasi secara meluas di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, pihak JAKIM tidak menyatakan sebarang sebab mengapa restoran itu tidak mempunyai status halal. - Siakapkeli.my

Fri May 29, 2015 8:44 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Subhanallah..Indahnya Poligami

bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber

 

POLIGAMI dalam Islam diperbolehkan. Hukumnya adalah tidak wajib dan tidak haram sebagaimana Allah swt. berfirman :

"Nikahilah wanita – wanita yang kamu senangi ; dua, tiga, dan empat. Dan apabila kalian khawatir tidak dapat berlaku adil, maka satu cukup atau budak – budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya." (QS. An – Nisa (4) : 3).

Ternyata islam memperbolehkan seseorang untuk berpoligami mahupun dipoligami, namun dalam catatan sang suami dapat berlaku adil terhadap semua isterinya. Dan dapat memenuhi semua keperluan asasi, , lahir maupun bathin.

Berikut akan dipaparkan sedikit berkenaan manfaat dari melakukan poligami....

Membantu mereka yang tidak cukup dengan isteri satu dari kemungkinan terjatuh de dalam dosa zina. Memberantas kemaksiatan (perzinaan) di masyarakat. Apabila diantara sepasang muda – mudi sudah saling mencintai, pilihan yang mereka punya hanyalah dua, yakni cinta itu akan menjadi halal dengan cara menikah, dan cinta itu akan menjadi haram dengan berzina.

Tentunya orang yang waras akan memilih pilihan yang pertama, yaitu menghalalkan cinta dengan cara menikah, agar mendapat banyak pahala. Membantu para janda beserta anak – anaknya, khususnya setelah perang, dimana banyak suami yang gugur menjadi syahid di medan perang.

Bagi janda – janda yang ditinggal mati, lebih baik mereka bersedia untuk dinikahkan kembali baik jadi istri pertama, kedua, ketiga, maupun keempat. Karena sungguh tidak aman bagi mereka melanjutkan sisa hidupnya tanpa didampingi oleh seorang suami. Telah diketahui betapa banyaknya orang yang tidak menyetujui adanya poligami, terutama dari pihak wanita. Karena kaum wanita mempunya rasa ghiroh (cemburu) apabila suaminya mencintai wanita lain. Kemudian wanita akan menganggapnya sebagai penghinaan bagi kaum wanita dan perampasan terhadap hak – hak mereka.

Apabila seorang suami ingin melakukan poligami namun istri pertamanya menolak untuk dimadu, maka itu adalah hak kaum wanita untuk menolaknya. Namun tidak dibenarkan bagi wanita untuk mengingkari hukum Allah swt. yang membolehkan suami berpoligami. Setiap muslim harus taat pada semua hukum Allah swt. agar tercapainya iman yang sempurna dan benar dihadapan Allah swt.

Allah berfirman pada QS.Al – Ahzab (33) : 36 yang artinya :

"Dan tidaklah patut bagi laki – laki mu'min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu'minah, apabila Allah swt. dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah swt. dan Rasul-Nya, maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata."

Sumber : Menikmati hubungan intim suami – istri menggapai pernikahan berkah, Muhammad Ahmad Kan'an,

Fri May 29, 2015 8:45 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kisah "Anak Syurga" Jadi Viral, Cetus Perasaan Sebak
siakapkeli.my

Satu gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Ruqayyah Farhani, mencetus sebak para pengguna media sosial dan menjadi viral.

Gambar yang diberi tajuk "Anak Syurga" itu memaparkan Ruqayyah yang bertudung labuh, tersenyum sambil memangku bayinya, Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak yang kini sudah menemui Pencipta.

Menurut penulisan Ruqayyah, beliau redha dengan pemergian bayinya walaupun hanya sempat bersua muka selama 14 hari.

Anak Syurga. Dan insyaAllah akan memberi 'syafaat' buat Baba & Mamanya. Mama dah redha sayang.. Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak, indah namanya seindah orangnya. Bidadari kuat :')
Terima kasih Allah di atas pinjamanmu selama 14 hari. Anugerah terindah dalam hidup mama.
Si adik, Marsya Farihah tengah survive. Doakannnn. Tengok Marsya nanti nampak Maryam jugak, sebab muka sama :'D

Di ruangan komen pula, pengguna-pengguna facebook memberikan semangat kepada Ruqayyah supaya tabah menghadapi ujian Ilahi.

Selain itu, Ruqayyah juga turut meminta orang ramai untuk mendoakan adik kepada Maryam, Marsya Farihah yang kini sedang bertarung nyawa.

Takziah diucapkan kepada Ruqayyah dan semoga adik Marsya sihat walafiat. - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: