Thursday, May 21, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4207[1 Attachment]

4 Messages

Digest #4207
1
Fw: KOT YA PUN NAK CARI PERHATIAN RAKYAT by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: Pensyarah UM ditetak penyamun by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: HANYA KERANA SALAH SIDAI KAIN, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Wed May 20, 2015 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

" KOT YA PUN NAK CARI PERHATIAN RAKYAT. CERITALAH PASAL BENDA LAIN. LAWAK NAK MAMPOS "
bloglist-malaysia.blogspot
tikaqbuloh.blogspot.
tikaq buloh

Wah wah wah , tahu apa budak umur setahun tu. Kadang-kadang yang umur setahun pun belum boleh berjalan. Kalau bercakap pun mungkin tahu sebut mak ayah ja.

Jangan nak faham tentang jihad, apa itu ISIS pun budak setahun takleh nak faham. Celah mana budak umur setahun boleh terlibat dengan ISIS aku pun tak tahu.

Menteri nih buat lawak pecah perut. Budak umur setahun pegang botol susu boleh lah. Nak pegang bom mana nak larat berat sangat Zahid Hamidi oi. Kah kah kah kah kah, memang lawak lah lu Zahid. Orang yang akal tidak berapa nak cukup saja yang percaya budak umur setahun terlibat dengan ISIS.

Pelik tapi benar, bayi berumur setahun juga antara yang terlibat dengan kumpulan bersenjata Negara Islam (IS).

Begitu pendedahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) hari ini.

"Individu yang terlibat dengan kumpulan militan IS ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur iaitu antara 1 tahun hingga 60 tahun.

"Keadaan ini amat membimbangkan kerajaan apabila ia turut melibatkan kanak-kanak," katanya tampa menjelaskan lanjut bentuk penglibatan itu.

Zahid juga berkata, sehingga 7 Mei, seramai 154 orang rakyat Malaysia dikenal pasti terlibat dan 91 orang sudah ditangkap.

Selebihnya 45 orang masih berada di kawasan konflik, termasuk 11 yang telah terkorban, kata menteri dalam negeri. M Kini

Menteri Dedahkan Bayi Berumur Setahun Terlibat Dengan ISIS.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net
Menteri kau betul-betul dah tolol.

Ada ka patut menteri kau cakap ;

Budak umur setahun terlibat dalam ISIS?

Kau gila ke apa Zahid?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Budak umur setahun pun ada yang belum boleh jalan lagi.
Usah kata nak terlibat ISIS, nak bercakap pun tak reti. Apatah lagi nak faham bab-bab perjuangan, jihad, bom dan sebagainya. Yang budak-budak neh tahu jumpa apa-apa benda kunyah masuk mulut. Perangai standard bayi. Nampak benda cantik dan berwarna warni, nak main benda tue. ISIS apa. Takde masa. Budak tengah nak membesar dan mengenal dunia la gila.

Benda apa terlibat dalam ISIS neh tah.
Bangang punya jawapan.
Dan bangang punya menteri.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Wed May 20, 2015 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pensyarah UM ditetak penyamun
telokbakong.blogspot
wak-labu.blogspot
Posted by Mohd Sulaiman

Mangsa, Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman (kiri) Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), manakala gambar kanan menunjukkan kesan darah mangsa di rumahnya di Taman Batu Muda. - Foto Facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani

KUALA LUMPUR, 20 Mei:

Seorang pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) cedera selepas ditetak penjenayah dalam satu kejadian samun bersenjata di rumahnya di Taman Batu Muda, pagi tadi.

Mangsa, Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman dilaporkan cedera parah dibahagian kepala selepas ditetak perompak awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.43 pagi tadi itu, mangsa, 61, berada di dalam rumah bersama isterinya sebelum dihampiri dua lelaki yang datang menaiki sebuah motosikal jenis Kawasaki.

Menurutnya, dua suspek menghala masuk ke dalam rumah yang tidak berkunci dan mendekati isteri mangsa yang sedang berborak bersama jiran.

"Mangsa cuba untuk menyelamatkan isterinya dan berlaku pergelutan.

"Suspek menetak kepala mangsa dan berjaya merampas gelang tangan isteri mangsa sebelum melarikan diri," katanya.

Munusamy berkata, akibat tetakan itu mangsa menerima lapan jahitan dan mengalami keretakan di bahagian kepala sebelah kiri.

Menurutnya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Hospital Selayang.

Tegasnya, polis masih menyiasat kejadian itu dan memburu dua penjenayah untuk di bawa ke muka pengadilan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Pagi tadi, Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, melalui status di laman Facebook beliau memaklumkan, Dr Fauzi yang juga panelis rancangan agama serta pendakwah ditetak di rumah beliau.

"Sekarang Dr. Fauzi di rawat di Hospital Selayang untuk x-ray dan rawatan selanjutnya.

"Mohon kita mendoakan kebaikan kepadanya dan dimudahkan pihak berkuasa menangkap perompak itu," kata Ahmad Dusuki seperti dipetik dari laman Facebook beliau.

Wed May 20, 2015 8:32 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



HANYA KERANA SALAH SIDAI KAIN, SEORANG MURID MRSM HAMPIR BUTA SEBELAH MATA KERANA DIROTAN GURUNYA.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Hanya kerana salah sidai baju, seorang pelajar tingkatan satu terpaksa menjalani pembedahan di mata kirinya selepas cedera akibat dirotan guru di salah sebuah sekolah berasrama penuh di negeri ini, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, remaja berusia 13 tahun itu dirotan atas kesalahan tidak menyimpan baju yang disidai ke dalam almari ketika pemeriksaan mengejut dijalankan oleh guru terbabit.

Bapa mangsa berkata, dia yang berniaga di Kajang, Selangor, terkejut selepas dimaklumkan anaknya dimasukkan ke Hospital Teluk Intan akibat dirotan oleh salah seorang guru di sekolah terbabit.

Menurutnya, ketika kejadian, cermin mata yang dipakai anak sulungnya itu pecah akibat di rotan guru berkenaan menyebabkan serpihan kaca terkena pada kanta mata sehingga luka.

"Berdasarkan laporan doktor, anak saya perlu menjalani pembedahan untuk menjahit dua kesan koyak di dalam bahagian mata kirinya terutamanya mata hitam.

"Guru terbabit mengakui merotan anak saya dan menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Walaupun dia menyatakan tidak sengaja dan meminta maaf beberapa kali, saya berasa sedih dengan apa yang dialami oleh anak saya," katanya.

Menurut bapa mangsa lagi, dia kesal dengan tindakan guru terbabit yang merotan anaknya secara melulu atas kesalahan yang tidak seberapa.

"Kalau benar satu kesalahan besar, saya tidak marah kalau guru terbabit memukul di bawah paras pinggangnya tidak perlulah membabitkan organ yang penting itu. Anak saya masih muda dan mata sangat diperlukan untuk dia belajar.

"Anak saya kini mengalami trauma apabila di beberapa kali menyatakan tidak mahu kembali ke sekolah terbabit sebelum dibawa masuk ke bilik pembedahan.

"Saya juga bercadang untuk ambil tindakan selanjutnya," katanya yang telah membuat laporan di Balai Polis Teluk Intan sejurusnya dirujuk Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: