Saturday, May 9, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4198

4 Messages

Digest #4198

Messages

Fri May 8, 2015 8:40 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Nahas DUKE - Dua Pemandu Myvi Tak Mengaku Salah
bloglist-malaysia.blogspot.
Posted by Jeebond BLM

Kuala Lumpur: Dua pemandu Perodua MyVi termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak di Lebuhraya DUKE, awal pagi Sabtu lalu.

Pembantu pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd Said, 35, dan juruteknik, Mohammad Fizal Reza Jamauddin,31, masing-masing membuat pengakuan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan secara berasingan di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memandu secara berbahaya kepada awam dan menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, Nova Safitri Azhari, 27, dan Nur Firuza Annisa Fairuz Nizam, tujuh bulan di Lebuhraya DUKE, Kilometer 6.2 dari arah Ulu Klang menghala ke Jalan Duta, pada jam 1.05 pagi, 2 Mei lalu.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 selain lesen memandu digantung.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM9,000 setiap seorang dengan seorang penjamin selain menggantung lesen memandu dan pasport diserah kepada mahkamah mereka sehingga kes selesai serta menetapkan 22 Jun untuk sebutan semula kes

Fri May 8, 2015 8:41 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Isteri Pesuruhnya Tinggi Malaysia ke Pakistan Maut Dalam Nahas Helikopter
bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Kita Bantai

Kawasan nahas

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud antara enam yang maut apabila helikopter jenis MI-11 yang dinaikinya terhempas ke atas sebuah sekolah di Pakistan.

Menurut laporan, terdapat murid-murid di dalam sekolah tersebut ketika kejadian berlaku.

Menurut satu laporan rasmi dari pihak tentera, duta Norway Leid H.Larsen, Duta Filipina D. Lucenario Jr, isteri kepada duta Indonesia dan dua orang juruterbang tentera turut berada di dalam helikopter yang terlibat nahas itu.

Agensi berita Malaysia, Bernama mengesahkan kejadian melalui satu tweet di laman Twitter miliknya.

Saksi yang melihat kejadian berkata helikopter itu merempuh bangunan sekolah ketika melakukan pendaratan cemas. Walaubagaimanapun, punca nahas itu masih lagi dalam siasatan.

Habibah, isteri kepada Datuk Dr. Hasrul Sani Mujtabar menaiki helikopter berkenaan untuk menghadiri pelancaran projek pelancongan di Gilgit, Pakistan.

Read more: http://www.kitabantai.info/2015/05/isteri-pesuruhnya-tinggi-malaysia-ke.html#ixzz3ZYWHCHUv

Fri May 8, 2015 8:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KES TEMBAK DI INANAM SABAH ... POLIS SEDANG BURU ADIK NOH OMAR.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Polis Sabah secara terbuka memohon bantuan orang ramai untuk jejak sehingga tertangkap adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Indusrti Asas Tani dan Pengerusi Perhunungan UMNO Negeri Selangor, Dato' Seri Noh Omar, Mohd. Jusnaidi Omar, atau lebih dikenali sebagai Mat Malaya, 43 tahun, kerana terlibat dalam kes tembak percubaan bunuh di Inanam Sabah Rabu kelmarin.

Suspek pernah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas tuduhan mengedar 1,088 gram ganja dan 35 gram syabu di bawah Seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 12(2) Akta yang sama di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Tanjung Aru, pada pukul 10 pagi, 20 Mei 2007 tetapi telah dilepas dan dibebaskan setelah dipanggil membela diri.

Polis sedang memburu seorang lelaki berumur 43 tahun yang menghilangkan diri selepas menembak dan mencederakan betis seorang pembantu mekanik lelaki berumur 36 tahun, di sebuah bengkel membaiki penghawa dingin kenderaan di Jalan Tuaran, petang semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Jalaluddin Abdul Rahman berkata suspek yang beralamat di Shah Alam, Selangor, disyaki melepaskan tiga das tembakan menggunakan sepucuk pistol ketika bergelut dengan mangsa di bengkel tersebut dalam kejadian 2.30 petang itu.

"Semasa pergelutan itu, suspek mengeluarkan sepucuk pistol dari beg kecil dan mengacukan pistol tersebut kepada pengadu. Pengadu cuba menghalang, namun suspek sempat melepaskan tiga das tembakan dan satu daripadanya menembusi betis kanan pengadu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebutir peluru turut dijumpai di luar bengkel berkenaan dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

Jalaluddin berkata pemeriksaan ke atas sebuah kereta ditinggalkan suspek di luar bengkel berkenaan membawa kepada penemuan topeng hitam, satu plastik mengandungi kristal lut sinar disyaki syabu dan alat penimbang elektronik dipercayai digunakan untuk menimbang syabu di dalam kenderaan tersebut.

Beliau berkata kesemua barangan berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa. "Usaha mengesan suspek masih dijalankan. Bantuan daripada polis daerah dan jabatan luar akan diperoleh bagi melancarkan siasatan," katanya.

Fri May 8, 2015 8:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

PASCA TRAGEDI DUKE ... KERETA MYVI MANGSA VANDALISME

Posted by OMAK KAU!!!!

Tidak diketahui kejadian malang ini ada kaitan dan hubung kait dengan tragedi DUKE tempuh hari .. mohon tidak ada kaitan langsung dengan perbuatan jenayah yang tidak berhati perut dan bertanggung jawab ini.

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: