Tuesday, April 12, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4461

10 Messages

Digest #4461

Messages

Mon Apr 11, 2016 8:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mr Os, Perginya Allahyarham Ketika Gigih Berdakwah Untuk Agama
siakapkeli.my

Dunia senia negara kehilangan seorang tokoh yang amat disegani apabila pelakon dan pelawak terkenal, Mohd Yusof Abdul Hamid, 55, atau lebih dikenali sebagai Os yang meninggal dunia semalam.

Pemergian beliau amat dirasai lebih-lebih lagi dikalangan mereka yang selalu mengikuti perkembangan Allahyarham yang kini bergiat aktif dalam majlis-majlis keagamaan.

Memetik tulisan Sinar Harian, pelbagai luahan dari tokoh ilmuan dan agamawan menceritakan kebaikan Allahyarham Mr Os.

"Boleh dikatakan tiada yang tidak mengenalinya suatu masa dahulu, ALLAH menyayanginya, berubah di penghujung hidupnya bersama Islam, berada di medan dakwah, seminggu yang lepas saya berforum bersamanya. Kematian yang moga diredai di sisiNYA, Amin," tulis Pendakwah, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani di laman Facebooknya buat arwah.

Sementara itu, menurut Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan, beliau turut mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mukmin.

"Semoga dirimu damai di alam barzakh menuju redha ALLAH.

"Buat Puan Rahayu dan seluruh isi keluarga, kami ucapkan takziah dan bersabar atas ujian ALLAH.

"Perginya Mr Os satu kehilangan bagi kami setelah menyaksikan mutakhir ini beliau sangat gigih berdakwah meskipun terpaksa bergelut dengan derita yang beliau alami. Sekali lagi kami doakan agar ruh Al Marhum ditempatkan dikalangkan hamba ALLAH yang soleh dan muqarrabin,"katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pas Idris Ahmad juga menceritakan kisah Allahyarham yang turut membantu parti itu ketika menghadapi saat mencabar.

"Al-Fatehah, semoga roh Saudaraku Os dicucuri rahmat oleh ALLAH. ALLAH menjemputnya pada hari Jumaat. Beliau membantu Pas ketika Pas diserang daripada berbagai sudut. Di akhir hayatnya rajin hadir ke majlis ilmu di masjid dan surau. Sesungguhnya ALLAH menilai amal di akhir hayat manusia," katanya.

Os meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Hospital Selayang di sini kira-kira jam 3 petang Jumaat (semalam), jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Permata, Seri Gombak, petang semalam. - Siakapkeli.my

"Jangan Sesiapa Pun Sedih atau Menangis"
siakapkeli.my

Hari ini, Malaysia dikejutkan dengan pemergian seorang pelawak tanah air, Mohd Yusoff Abdul Hamid atau lebih mesra dengan nama Mr. Os.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Selayang Isnin lalu akibat sesak nafas.

Anak Allahyarham, Mohd Hazwan berkata ayahnya memang seorang yang tabah dan sangat kuat melawan sakit.

Menurut Hazwan, biarpun arwah ayahnya tahu tentang penyakitnya, dia tidak mahu sesiapa pun bersedih.

"Abah memang ada kanser tonsil tahap empat. Keadaannya bertambah teruk dan kanser telah merebak ke paru-parunya. Tapi, dia tidak mahu kami bersedih.

"Katanya, kalau mahu dia sihat, jangan sesiapa pun sedih atau menangis," katanya menahan sebak.

Menurutnya juga, beberapa jam sebelum ayahnya 'pergi' menghadap Ilahi, Allahyarham masih boleh duduk dan cuba mencabut oksigen di bahagian hidungnya.

"Sejak Rabu lagi, doktor dah panggil saya menyatakan keadaan sebenar ayah.

"Menurut doktor, ayah sudah tiada harapan dan minta saya panggil ahli keluarga yang lain. Sepanjang dua hari ini keadaan ayah baik. Walaupun tahu keadaan sebenar, tapi melihat semangatnya, saya ketepikan kata-kata doktor.

"Tapi, pada jam 2.30 petang tadi, ayah pergi dengan tenang," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sementara itu, rakan artis turut melahirkan rasa sedih dengan pemergian arwah.

Antaranya Bob Lokman, rakan artis yang sering bersama Allahyarham dalam aktiviti berdakwah.

"Saya jumpa Allahyarham Jumaat lalu. Ketika itu kami ada majlis di Temerloh, Pahang. Keadaan beliau memang nampak tak sihat, tapi semangatnya membuatkan dia tetap bersama kami.

"Sepatutnya kami bermalam di sana, tetapi tempat tinggal tu resort dua tingkat, Allahyarham tidak larat dan kami pulang terus ke Kuala Lumpur malam itu juga," katanya.

Menurut Bob juga, Allahyarham ada berkata jika dia pergi dalam masa terdekat, Dia akan rasa lain kerana akhirnya dapat kembali kepada Islam sebenar.

"Dalam keadaan sedih, saya gembira ALLAH SWT menjemput beliau pada hari Jumaat," katanya. - Siakapkeli.my

Pelakon Dan Pelawak, Mr Os Meninggal Dunia
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal , Mr. Os, 55, disahkan meninggal dunia pada pukul 2.15 petang ini, lapor Utusan Malaysia.

Berita pemergian arwah ini disahkan sendiri oleh anaknya, Husna Yusof yang memaklumkan perkara berkenaan kepada rakan baik Allahyarham, pelawak Abon.

"Anaknya bernama Husna menelefon dan memaklumkan kepada saya akan berita kematian Mr. Os pada pukul 2.15 petang tadi," kata Abon kepada Utusan Online.

Menurut anak keduanya, Husna Yusof, 27, jenazah ayahnya akan dibawa ke Surau Al Muhajirin, Kampung Seri Gombak Indah untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Taman Seri Gombak, lewat petang ini.

"Sebenarnya, sejak beberapa minggu lalu, keadaan ayah memang sudah kurang sihat, dia nampak selalu letih tidak bermaya. Kira-kira pukul 10 pagi Isnin lepas, ayah mengadu sakit dada dan meminta dihantar ke hospital. Selepas itu dia ditahan di wad kerana keadaannya memang kurang stabil.

"Kami dapat melihat, kesihatan ayah semakin merosot dari hari ke hari selepas dimasukkan ke hospital dan semakin lemah sejak pagi tadi," katanya

Mr. Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid terkenal menerusi filem Adik, Mr. Os dan Balik Kampung. - Siakapkeli.my

UPDATE

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 11, 2016 8:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tuu diaa..Ketua UMNO Bhg jadi Gabenor BNM?
bloglist-malaysia.blogspot
dollahyankee.blogspot
Posted by dollahyankee

Kah..Kah..Kah..

Kepulangan ke Malaysia, Datuk Dr Awang Adek Hussin dari negara Amerika Syarikat setelah selesai menjalani tugas sebagai Duta Malaysia d‎isana telah melahirkan desas desus bahawa Ketua UMNO Bahagian Bachok ini bakal menjadi Gabenor Bank Negara......

Tempoh khidmat sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia oleh Tan Sri Dato Sri Zeti Akhtar Aziz yang sudah berakhir sudah pasti mengundang persoalan siapakah yang bakal menggantikan tempat wanita ini...?

Apakah benar berita ini ? Benarkah Awang Adek bakal nenggantikan tempat Tan Sri Zeti...?

dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' dah mula bertaruh $$$...
kah..kah..kah..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 11, 2016 8:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pelajar Dakwa Dipukul Ustaz Dengan Kerusi Plastik Hingga Tulang Tangan Patah
siakapkeli.my

BALING 6 April – Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini mendakwa dia dipukul seorang guru agama sehingga tangan kanannya cedera, kelmarin.

Mangsa, Farah Izzati Mohd. Rohaizad, 13, patah tangan kanan dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu dan mendapat cuti sakit selama sebulan.

Menurut Izzati, sebelum kejadian dia dan dua rakan telah dipanggil oleh guru berkenaan yang mengajar kelas al-Quran dan Fardhu Ain ke dewan sekolah untuk mengikuti kelas yang diadakan.

"Saya akui kami tiba agak lewat ke kelas berkenaan berbanding pelajar lain.

"Bagaimanapun, ketika mahu mengambil tempat duduk secara tiba-tiba guru terbabit telah memukul belakang kami beberapa kali dengan menggunakan kerusi plastik.

"Saya cuba menghalang de­ngan menggunakan tangan namun tin­dakan itu telah menyebabkan bahagian belakang tapak tangan kanan saya terkena kerusi tersebut," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Dakwa Farah Izzati, akibat ke­jadian itu dia terpaksa tidur dalam keadaan kesakitan di asra­ma sebelum seorang guru lain membawanya menjalani pemeriksaan di Hospital Baling keesokan harinya selepas tangan kanannya bengkak.

"Pemeriksaan lanjut mendapati dua tulang pada bahagian belakang tapak tangan saya telah patah dan diberikan cuti rehat selama sebulan.

"Selepas itu, barulah pihak se­ko­lah memanggil keluarga saya sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam," ujarnya.

Bapa Izzati, Mohd Rohaizad Abdullah, 36 kesal dengan tindakan guru itu dan telah membuat laoran polis di Balai Polis Baling kira-kira pukul 8 malam tadi.

"Tindakan guru terbabit yang memukul anak saya dengan kerusi plastik sehingga cedera adalah keterlaluan.

"Biarpun anak saya salah dan wajar dihukum, biarlah tindakan itu mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan pihak sekolah," katanya.

Beliau juga kesal dengan tindakan sekolah lambat memaklumkan perkara tersebut.

"Saya berharap pihak sekolah mengambil iktibar dalam kejadian ini dan mengambil tindakan tegas terhadap guru berkenaan," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Sha­riffudin Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.
- Siakapkeli.my

Pelajar Retak Tulang Leher Dipercayai Ditendang Pelajar Senior
siakapkeli.my

KOTA BHARU, 5 Apr: Seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa di sini retak tulang leher dipercayai ditendang oleh pelajar senior.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 4 petang itu, Aiman Hazim Zulkeflee mendakwa dia ditendang di leher dan dagu sehingga terjatuh sebelum pengsan oleh pelajar pelajar tingkatan empat di sekolah yang sama.

Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa oleh pihak sekolah sebelum dia dirujuk di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Bapa mangsa, Zulkeflee Yaacob, 40, seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim menerima makluman mengenai kejadian itu dari isterinya, Siti Noor Sidin Ahmad, 43.

"Saya bergegas pulang ke Kota Bharu untuk melihat keadaan anak saya.

"Sebelum ini dia ada ada memaklumkan tidak mahu ke sekolah, tetapi saya tidak menyangka kejadian seperti ini berlaku ke atas anak saya," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Kata beliau juga anaknya itu seorang pendiam dan tidak pernah melakukan kesalahan atau melanggar disiplin sekolah.

"Jika anak saya salah, saya rela anak dibuang sekolah tapi kalau sebaliknya, saya mahu hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku berkenaan," katanya. - Siakapkeli.my

Dua Orang Pelajar Cedera Dibelasah Oleh Geng Tiga Buah Sekolah
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Hanya kerana tersalah orang menyebabkan dua orang pelajar tingkatan empat sekolah menengah di Setiawangsa di sini, parah apabila dikatakan menjadi mangsa pergaduhan membabitkan pelajar tiga sekolah lain di Wangsa Maju, semalam, lapor Berita Harian.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang semalam, mangsa dilaporkan menaikit motosikal dalam perjalanan untuk pulang ke rumah setelah habis waktu persekolahan.

Ketika melalui Jalan Wangsa Siaga, mangsa telah terserempak dengan 15 pelajar lain yang menaiki lapan motosikal dipercayai pelajar sebuah sekolah di Lembah Keramat diserang.

Mereka dikatakan bersenjatakan besi, cota, kayu besbol, topi keledar dan kayu.

Kumpulan terbabit secara tiba-tiba mengejar mangsa yang disangka `musuh' dari dua sekolah lain, di kawasan Jalan AU5D/1, Lembah Keramat, Ampang.

Berikutan kejadian berkenaan, beberpapa penduduk sekitar telah menghubungi pihak polis sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Melawati tiba ke tempat kejadian lalu menahan 12 daripada pelajar terbabit.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan. Siasatan dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju bagi mengenal pasti mereka yang terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, mengesahkan kejadian berkenaan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 11, 2016 8:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kenapa Proton perlu diselamatkan oleh kerajaan
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com

Satu-satunya berita gembira yang boleh kita ambil lanjutan dari apa yang sedang berlaku pada pembuat kereta Nsional kita, Proton adalah mereka mengaku sedang menghadapi masalah dan sedar segala kelemahan yang ada pada mereka.

Untuk berubah, kesedaran itu adalah perkara paling utama. Kalau masih anggap diri hebat dan tidak mahu dengar cadangan atau nasihat daripada pelbagai pihak samada yang berkepentingan atau tidak, jangan harap perubahan dan pembaikan dapat di lakukan.

Oleh itu, Proton mesti dibantu supaya mereka dapat berubah dan bangun semula seperti zaman kegemilangan mereka dahulu. Zaman paling gemilang Proton adalah ketika menguasai pasaran automotif sebanyak 73% pada tahun 1993.

Sekarang semua orang mampu pakai kereta - Proton
Bayangkan betapa lakunya kereta Proton masa itu. Mungkin disebabkan protonlah maka jumlah rakyat Malaysia yang mampu beli dan pakai kereta bertambah dengan cukup ramai. Mungkin kewujudan Proton lebih kurang sama dengan kewujudan AirAsia apabila membuat tema, semua orang boleh naik kapal terbang sekarang.

Proton muncul juga memberikan harapan pada rakyat Malaysia, semua orang mampu memilki kereta sekarang. Cuma masa itu, mereka tidak cukup kreatif untuk mengeluarkan idea moto atau tema yang sebegitu sebab bercita-cita terlalu tinggi. Rasanya jika moto itu diperkenalkan, Perodua sudah tentu tidak ada harapan untuk menjadi kereta nombor satu dijual di Malaysia seperti sekarang.

Proton sepatutnya perkemaskan konsep memastikan pemilikan kenderaan semakin mudah kepada rakyat malaysia dengan mengeluarkan berbagai kenderaan yang berkos rendah mampu milik dalam masa yang sama berkualiti dan selamat untuk dipandu.

Bila dah berjaya dalam segmen itu di pasaran domestik, eksport pula ke pasaran negara membangun ain dan ke pasaran dunia ketiga. Tentu mendapat sambutan dengan baik. Bila dah volume dan tinggi, maka barulah beralih arah membuka satu lagi segmen kereta mewah atau separa mewah untuk ditawarkan pula kepada rakyat Malaysia, juga dengan harga yang mampu milik.

Prestasi Proton menjunam teruk
Sebaliknya apa yang berlaku pada Proton amat mengecewakan. Dari tahun ke tahun penguasaan Proton dalam pasaran semakin merudum sehinggalah di waktu ini, Proton hanya menguasai sebagai 15% pasaran domestik kenderaan.

Yang menjadi juara pasaran kenderaan mampu milik sekarang adalah Perodua. Orang lebih percaya pada Perodua berbanding Proton. Sebut saja Proton, banyak bayangan negatif terhadapat kualitinya muncul dalam kepala. Walaupun harga yang ditawarkan untuk segmen kereta murah amat baik, tapi orang lebih suka mendapatkan kenderaan Perodua kerana dianggap lebih berbaloi dari segi tempoh pemilikan kenderaan.

Tiba masanya Proton dibina semula
Orang boleh cakap apa saja pasal Proton dan tidak mahu ambil perduli samada Proton nak lingkup atau nak tungging terbalik. Tapi strategi menyalurkan dana untuk membangunkan industri berteknologi tinggi jauh lebih baik daripada memberikan subsidi dan bantuan kewangan seperti Brim kepada rakyat secara individu.

Banyak negara terutamanya Korea mengamalkan konsep sebegitu. Kerajaan mereka salurkan dana yang besar untuk pembinaan berbagai industri berat berkapasiti dan berteknologi tinggi. Mereka juga membantu industri tersebut dengan memberikan protection supaya ia mampu membesar sehingga menguasai pasaran dunia barulah dilepaskan bebas berdikari.

Maknanya strategi yang kerajaan buat memang dah betul. Malangnya orang yang diberikan amanah dan kuasa untuk membangunkan semua itu bertukar menjadi buaya yang kerjanya hanya untuk mengaut keuntungan pada diri sendiri. Harap semua itu sudah tidak berulang lagi dan harapan masih ada untuk kita sebagai rakyat harapkan.

Ada juga yang berpendapat Proton jadi begitu sebab ia merupakan bayi jagaan Tun Mahathir. Tun amat mengawal sejak dari mula kewujudan Proton sampailah ke akhir di mana dia dah tinggalkan semua jawapannya dari Proton. Bila Tun Mahathir keluar barulah Tok Pa berani keluarkan suara. Bagus juga Tun cabut untuk membiarkan orang lain pula mencatur urusan pembinaan syarikat bermasalah itu sekarang.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 11, 2016 8:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pekerja Propel Maut Dilanggar Kereta Peronda Polis Yang Sedang Kejar Kereta Penjenayah
siakapkeli.my

MUAR 9 April – Seorang pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) maut setelah dilanggar oleh sebuah kereta peronda polis yang mengejar sebuah kereta di Kilometer 141, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Pagoh semalam.

Utusan Online melaporkan, kereta peronda terbabit tidak sempat mengelak mangsa yang berada di lorong kecemasan ketika kejadian kira-kira 4.30 petang itu.

Mangsa, Ismail Nor, 35 disahkan maut di Hospital Pakar Sultanah Fatimah pada pukul 6.45 petang akibat kecederaan yang serius di kepala dan badan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kereta peronda jenis Proton Inspira itu sedang mengejar sebuah kereta lain yang disyaki terbabit dalam satu kejadian jenayah.

"Anggota bertugas mengekori kenderaan itu yang mula dikesan di Kilometer 169, arah Selatan dan sudah mengarahkan suspek supaya berhenti, tetapi mereka terus memecut kenderaan berkenaan.

"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, kereta itu bertindak masuk ke lorong kecemasan sebelum tiba-tiba bertukar ke lorong kiri sehingga menyebabkan kereta peronda tidak sempat mengelak mangsa," katanya menurut laporan.

Pihak polis turut membantu urusan pengebumian mangsa termasuk mengiringi proses penghantaran jenazah ke kampung halaman di Pasir Puteh, Kelantan.

"Jenazah tiba kira-kira pukul 12 tengah hari tadi untuk dikebumikan," katanya yang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 11, 2016 8:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ular 12 Meter, 250 Kilogram Ditangkap
siakapkeli.my

Bayan Lepas, 7 Apr: Seekor ular sawa batik sepanjang 12 meter dan berat 250 kg ditemui oleh orang ramai di bawah dahan pokok di kawasan tapak pembinaan lebuh raya di Jalan Paya Terubong / Relau di sini petang tadi.

JPAM Daerah Barat Daya menerima panggilan kecemasan dari orang awam berikutan penemuan itu.

Pegawai Operasi JPAM Daerah Barat Daya, Noor Mohd Saidi Noor Lajis berkata, sepasukan enam anggota dari Barat Daya ke lokasi kejadian dan menemui ular berkenaan di bawah dahan pokok dipercayai berlindung daripada cuaca panas.

Menurut beliau, pihaknya mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan ular tersebut.

"Kita percaya ular itu berlindung daripada cuaca panas dan mencari tempat sejuk untuk bersembunyi," katanya lapor Harian Metro.

Ular tersebut kemudian diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Negeri untuk tindakan lanjut.

Kata beliau lagi, ular berkenaan antara yang terbesar berjaya ditangkap JPAM Daerah Barat Daya tahun ini.

"Saya ingin menasihati orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini apabila menemui reptilia berbisa seperti itu," katanya. - Siakapkeli.my

Anak Disambar Buaya, Bapa Selamat
siakapkeli.my

SAMARAHAN, 7 Apr: Seorang lelaki berjaya menyelamatkan dirinya dari serangan buaya ketika mandi bersama anaknya di sungai di Kampung Sungai Mata di sini petang tadi.

Namun, anak perempuannya yang berusia tiga tahun disambar haiwan tersebut dan dibawa ke dalam sungai.

Menurut Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Samarahan, lelaki terbabit turut mengalami kecederaan selepas digigit oleh reptilia tersebut.

"Empat anggota JPAM sudah dikerah ke tempat kejadian selepas kami menerima panggilan pada jam 6.21 petang dan maklumat lanjut termasuk umur mangsa sedang dikumpul," katanya sebagaimana lapor BH Online. - Siakapkeli.my

Pelancong Maut Dibaham Buaya Ketika Aktiviti 'Snorkling'
siakapkeli.my

JAKARTA - Mayat seorang pelancong, Sergey Lykhvar, 37, ditemui terapung di West Papua, dipercayai dibaham buaya ketika menyelam di perairan Indonesia, lapor Metro.co.uk.

Buaya yang membaham mangsa dikesan berenang di belakang mangsa ketika penyelamat menemui mayat lelaki tersebut pada Selasa.

"Kami percaya dia dibaham oleh buaya kerana bahagian badan yang hilang dan melihat tahap kecederaannya," kata ketua penyelamata Prasetyo Budiarto sebagaimana lapor Sinar Online.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak bertangan dan mempunyai kesan gigitan pada paha.

"Kami sedang berhubung dengan Kedutaan Rusia. Keluarga mangsa akan datang untuk mengambil abu di Indonesia, " kata Budiarto. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 11, 2016 8:14 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Bila Menang Semua Orang Bangga Sampai Ke PM Tapi Malaysia Ni Pelik Dan Ajaib," - Wazi Abdul Hamid
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari ini nama Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin yang merupakan penunggang MotoGP Moto3 negara yang menunjukkan aksi terbaik di MotoGP Argentina baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai.

Ia bukan sahaja dikalangan peminat arena permotoran bah kan rakyat lain dan juga sehingga pemimpin tertinggi yang mengucapkan tahniah kepada Idham yang menjadi pemenang Moto3 di Argentina.

Nanum, disebalik segala kejayaan terdapat pahit jerih pengorbanan mereka disebalik tabir yang memainkan peranan yang begitu penting sehingga memperoleh kejayaan ini.

Berikut adalah luhan daripada lagenda arena permotoran Malaysia, Wazi Abdul Hamid.

Pelik dan ajaib juga di malaysia nih..

Bila idham pawi menang MotoGP, akhirnya ramai rakyat malaysia dari org biasa hingga kepada PM mengucapkan tahniah dan mula buka mata tentang pencapaian seorang ahli sukan lumba motorsikal d persada dunia.

Usaha beliau adalah rentetan dari bekas juara asia yang lahir dari cub prix sebelum ini sepertt Shahrun nizam, arwah mega, chia tuck cheong, obert, fuad dan ramai lagi.

Namun ramai masih lupa ada beribu pelumba muda spt idham pawi yg masih bergelut dgn minat dan seronok berlumba d atas jalanraya, bila d sarankan agar d bina trek spt dato sagor, jawapannya biasa d dengar:

1) tanah tidak ada
2) peruntukan tiada
3) kos berpuluh juta ( sdgkn xde la smpai mcm tu)
4) kerajaan perlu membina kemudahan sukan lain spt golf ( sdg kan berapa ramai yg main golf or badminton meninggal dunia)
5) kontraktor buat parit minta buat kos litar
N mcm2 lagi.

Sedangkan sampai saat ini, ramai di kalangan rakan2 juara memberi khidmat nasihat kpd anak2 muda dari terus berisiko atas jalanraya..

SAPA PEDULI???????
NAK TUNGGU BERAPA RAMAI ADEK2 YG AKan kecundang lagi???? - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 11, 2016 3:53 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Apa nak heran jika rakyat marhaen  bangga?Apa yg boleh depa buat ? Bagi duit beli beras utk motor ?Heran pada gomen jer la,
Duit banyak, gst entah kemana..Blla menang baru nak hulor...., kalau hulor la.

On Monday, April 11, 2016 11:14 AM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


   

"Bila Menang Semua Orang Bangga Sampai Ke PM Tapi Malaysia Ni Pelik Dan Ajaib," - Wazi Abdul Hamid
siakapkeli.my 
Sejak beberapa hari ini nama Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin yang merupakan penunggang MotoGP Moto3 negara yang menunjukkan aksi terbaik di MotoGP Argentina baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai.

Ia bukan sahaja dikalangan peminat arena permotoran bah kan rakyat lain dan juga sehingga pemimpin tertinggi yang mengucapkan tahniah kepada Idham yang menjadi pemenang Moto3 di Argentina.

Nanum, disebalik segala kejayaan terdapat pahit jerih pengorbanan mereka disebalik tabir yang memainkan peranan yang begitu penting sehingga memperoleh kejayaan ini.

Berikut adalah luhan daripada lagenda arena permotoran Malaysia, Wazi Abdul Hamid.

Pelik dan ajaib juga di malaysia nih..

Bila idham pawi menang MotoGP, akhirnya ramai rakyat malaysia dari org biasa hingga kepada PM mengucapkan tahniah dan mula buka mata tentang pencapaian seorang ahli sukan lumba motorsikal d persada dunia.

Usaha beliau adalah rentetan dari bekas juara asia yang lahir dari cub prix sebelum ini sepertt Shahrun nizam, arwah mega, chia tuck cheong, obert, fuad dan ramai lagi.

Namun ramai masih lupa ada beribu pelumba muda spt idham pawi yg masih bergelut dgn minat dan seronok berlumba d atas jalanraya, bila d sarankan agar d bina trek spt dato sagor, jawapannya biasa d dengar:

1) tanah tidak ada
2) peruntukan tiada
3) kos berpuluh juta ( sdgkn xde la smpai mcm tu)
4) kerajaan perlu membina kemudahan sukan lain spt golf ( sdg kan berapa ramai yg main golf or badminton meninggal dunia)
5) kontraktor buat parit minta buat kos litar
N mcm2 lagi.

Sedangkan sampai saat ini, ramai di kalangan rakan2 juara memberi khidmat nasihat kpd anak2 muda dari terus berisiko atas jalanraya..

SAPA PEDULI???????
NAK TUNGGU BERAPA RAMAI ADEK2 YG AKan kecundang lagi???? - Siakapkeli.my  
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17. Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
#yiv3246715682 #yiv3246715682 -- #yiv3246715682ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-mkp #yiv3246715682hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-mkp #yiv3246715682ads {margin-bottom:10px;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-mkp .yiv3246715682ad {padding:0 0;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-mkp .yiv3246715682ad p {margin:0;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-mkp .yiv3246715682ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-sponsor #yiv3246715682ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-sponsor #yiv3246715682ygrp-lc #yiv3246715682hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-sponsor #yiv3246715682ygrp-lc .yiv3246715682ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv3246715682 #yiv3246715682actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv3246715682 #yiv3246715682activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv3246715682 #yiv3246715682activity span {font-weight:700;}#yiv3246715682 #yiv3246715682activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv3246715682 #yiv3246715682activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv3246715682 #yiv3246715682activity span span {color:#ff7900;}#yiv3246715682 #yiv3246715682activity span .yiv3246715682underline {text-decoration:underline;}#yiv3246715682 .yiv3246715682attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv3246715682 .yiv3246715682attach div a {text-decoration:none;}#yiv3246715682 .yiv3246715682attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv3246715682 .yiv3246715682attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv3246715682 .yiv3246715682attach label a {text-decoration:none;}#yiv3246715682 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv3246715682 .yiv3246715682bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv3246715682 .yiv3246715682bold a {text-decoration:none;}#yiv3246715682 dd.yiv3246715682last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv3246715682 dd.yiv3246715682last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv3246715682 dd.yiv3246715682last p span.yiv3246715682yshortcuts {margin-right:0;}#yiv3246715682 div.yiv3246715682attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv3246715682 div.yiv3246715682attach-table {width:400px;}#yiv3246715682 div.yiv3246715682file-title a, #yiv3246715682 div.yiv3246715682file-title a:active, #yiv3246715682 div.yiv3246715682file-title a:hover, #yiv3246715682 div.yiv3246715682file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv3246715682 div.yiv3246715682photo-title a, #yiv3246715682 div.yiv3246715682photo-title a:active, #yiv3246715682 div.yiv3246715682photo-title a:hover, #yiv3246715682 div.yiv3246715682photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv3246715682 div#yiv3246715682ygrp-mlmsg #yiv3246715682ygrp-msg p a span.yiv3246715682yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv3246715682 .yiv3246715682green {color:#628c2a;}#yiv3246715682 .yiv3246715682MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv3246715682 o {font-size:0;}#yiv3246715682 #yiv3246715682photos div {float:left;width:72px;}#yiv3246715682 #yiv3246715682photos div div {border:1px solid #666666;height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv3246715682 #yiv3246715682photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv3246715682 #yiv3246715682reco-category {font-size:77%;}#yiv3246715682 #yiv3246715682reco-desc {font-size:77%;}#yiv3246715682 .yiv3246715682replbq {margin:4px;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-mlmsg select, #yiv3246715682 input, #yiv3246715682 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-mlmsg pre, #yiv3246715682 code {font:115% monospace;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-mlmsg #yiv3246715682logo {padding-bottom:10px;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-msg p#yiv3246715682attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-reco #yiv3246715682reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-sponsor #yiv3246715682ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-sponsor #yiv3246715682ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-sponsor #yiv3246715682ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv3246715682 #yiv3246715682ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv3246715682

Mon Apr 11, 2016 8:15 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ketahui Kadar Kelayakan Maksimum Pinjaman Perumahan Berdasarkan Gaji Anda
siakapkeli.my

Untuk memiliki rumah pertama bagi setiap orang sudah pasti menjadi impian dan keinginan kerana ia adalah satu aset tetap yang juga sudah pasti menjadi tempat kediaman kita tanpa perlu mengikut peraturan tuan rumah jika menyewa.

Rumah kita sendiri boleh diubahsuai mengikut citarasa kita seperti bentuk atau mengecat kerana ianya kekal milik kita.

Tapi bagaimana untuk memiliki rumah sendiri? mampukah kita membelinya dengan gaji sekarang?

Kali ini admin akan tunjukkan pengiraan kadar kelayakan maksimum pinjaman perumahan berdasarkan gaji kita seperti yang dikongsikan oleh Facebook Syurga Hartanah.

Admin akan gunakan angka lain dari yang disediakan.

~ Admin ambil gaji pokok untuk kebanyakkan graduan lepasan ijazah iaitu RM2800 dan akan kira seperti yang ditunjukkan dalam gambar untuk bank Affin.

Berapakah kelayakan masimum bagi gaji RM2800?

Dalam gambar di atas adalah berapa had maksimam hutang kita pada bank, jika lebih takut kena reject.

Ok, admin ambil gaji bersih = RM2800 - EPF - SOCSO -T AX
= RM2800 - (14% X RM2800)
= RM2800 - RM392
Jumlah = RM2408

Jadi, gaji bersih anda RM2408

DSR Maksimum bank Affin ada = 60% kerana bawah dari RM5000

Jadi komitmen bulanan anda seperti kereta dan lain

Kereta = RM450
Motosikal= RM200
Total = RM650

Jom kira kelayakan maksimum untuk gaji kasar RM2800.

[(60% X RM2408) - RM650] X 200
= RM158960

Jadi, anda layak membeli rumah harga maksimum RM158960

Bayaran balik bulanan = RM158960 / 200
= RM794.8 selama 35 tahun.

Gantikan pengiraan dengan gaji anda dan kira jumlah maksimum anda layak buat pinjaman perumahan. Semoga bermanfaat. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Apr 11, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Monday, 11 April 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: