Wednesday, April 27, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4474[1 Attachment]

11 Messages

Digest #4474
2
8
Fw: Nissan Note Nismo Serendah RM59 Ribu? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Apr 26, 2016 7:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



TLDM Tampil Beri Jawapan Berikutan Dakwaan Kapal Selam 'Tidak Boleh Menyelam'
siakapkeli.my

SHAH ALAM : Adalah menjadi kebiasaan jika kru kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghabiskan masa lebih 10,000 jam berada di bawah laut ketika melakukan operasi, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin‎.

Menurut beliau, tempoh berkenaan adalah sangat luar biasa jika dibandingkan dengan kru kapal selam tentera laut asing yang secara purata hanya berada antara 3,000 dan 4,000 jam di bawah laut.

"Pencapaian yang ditunjukkan oleh TLDM di peringkat negara mahupun di persada antarabangsa perlu dibanggakan kerana berjaya meletakkan armada laut negara sebagai pasukan marin berprestij setanding dengan armada di negara Barat melalui perolehan KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.

"Bagaimana keadaan ini boleh berlaku, jika kapal selam ini tidak dapat menyelam, yang sering didakwa oleh orang ramai dan ahli politik? Tuduhan itu tidak berasas‎ dan tidak wajar oleh mereka yang tiada kemahiran mengenai kapal selam.

"Kru kapal selam kita dilatih mengendalikan kapal selam di perairan demi keselamatan, kepentingan dan kedaulatan negara,"katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Beliau turut menegaskan bahawa kru kapal selam TLDM sangat dihormati oleh negara-negara operasi kapal selam yang lebih berpengalaman.

"Tentera Laut Amerika Syarikat adakan perbincangan bersama TLDM setiap tahun dan Tentera Laut Perancis sanggup datang dari jauh untuk latihan bersama (Casex).

"Tentera Laut Asing kagum dengan pencapaian yang diperoleh oleh pasukan Angkatan Selam TLDM dalam tempoh singkat," katanya sedemikian bersempena dengan ulang tahun ke-82 TLDM. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 26, 2016 7:04 pm (PDT) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

belum duduk sudah berlunjur..

2016-04-26 22:35 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> 
>
>
> *TLDM Tampil Beri Jawapan Berikutan Dakwaan Kapal Selam 'Tidak Boleh
> Menyelam' *
> siakapkeli.my
>
>
> <https://4.bp.blogspot.com/-kpUaFaNa7ww/Vx7kvJZ3N5I/AAAAAAAAetI/1tpdg7PvwXME77BIygW-funqhKGMnMpCwCLcB/s1600/1.jpg>
>
> SHAH ALAM : Adalah menjadi kebiasaan jika kru kapal Tentera Laut Diraja
> Malaysia (TLDM) menghabiskan masa lebih 10,000 jam berada di bawah laut
> ketika melakukan operasi, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri
> Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin‎.
>
> Menurut beliau, tempoh berkenaan adalah sangat luar biasa jika
> dibandingkan dengan kru kapal selam tentera laut asing yang secara purata
> hanya berada antara 3,000 dan 4,000 jam di bawah laut.
>
> *"Pencapaian yang ditunjukkan oleh TLDM di peringkat negara mahupun di
> persada antarabangsa perlu dibanggakan kerana berjaya meletakkan armada
> laut negara sebagai pasukan marin berprestij setanding dengan armada di
> negara Barat melalui perolehan KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.*
>
> *"Bagaimana keadaan ini boleh berlaku, jika kapal selam ini tidak dapat
> menyelam, yang sering didakwa oleh orang ramai dan ahli politik? Tuduhan
> itu tidak berasas‎ dan tidak wajar oleh mereka yang tiada kemahiran
> mengenai kapal selam.*
>
> *"Kru kapal selam kita dilatih mengendalikan kapal selam di perairan demi
> keselamatan, kepentingan dan kedaulatan negara,"*katanya dipetik laporan *Sinar
> Harian*.
>
> Beliau turut menegaskan bahawa kru kapal selam TLDM sangat dihormati oleh
> negara-negara operasi kapal selam yang lebih berpengalaman.
>
> *"Tentera Laut Amerika Syarikat adakan perbincangan bersama TLDM setiap
> tahun dan Tentera Laut Perancis sanggup datang dari jauh untuk latihan
> bersama (Casex).*
>
> *"Tentera Laut Asing kagum dengan pencapaian yang diperoleh oleh pasukan
> Angkatan Selam TLDM dalam tempoh singkat,"* katanya sedemikian bersempena
> dengan ulang tahun ke-82 TLDM. - *Siakapkeli.my <http://siakapkeli.my/>*
>
>
>
> "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
> (Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
> Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
>
> Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
>
>
>

Tue Apr 26, 2016 7:31 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

tak susah nak buktikan...panggil wartawan dan buat demo kapal tu boleh selam..apa susah...setakat cakap..sembang kencang siapapun boleh

On Wednesday, April 27, 2016 10:04 AM, "Zaiedishaq zaiedishaq@gmail.com [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


  belum duduk sudah berlunjur..
2016-04-26 22:35 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

   

TLDM Tampil Beri Jawapan Berikutan Dakwaan Kapal Selam 'Tidak Boleh Menyelam'
siakapkeli.my 
SHAH ALAM : Adalah menjadi kebiasaan jika kru kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghabiskan masa lebih 10,000 jam berada di bawah laut ketika melakukan operasi, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin‎.

Menurut beliau, tempoh berkenaan adalah sangat luar biasa jika dibandingkan dengan kru kapal selam tentera laut asing yang secara purata hanya berada antara 3,000 dan 4,000 jam di bawah laut.

"Pencapaian yang ditunjukkan oleh TLDM di peringkat negara mahupun di persada antarabangsa perlu dibanggakan kerana berjaya meletakkan armada laut negara sebagai pasukan marin berprestij setanding dengan armada di negara Barat melalui perolehan KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.

"Bagaimana keadaan ini boleh berlaku, jika kapal selam ini tidak dapat menyelam, yang sering didakwa oleh orang ramai dan ahli politik? Tuduhan itu tidak berasas‎ dan tidak wajar oleh mereka yang tiada kemahiran mengenai kapal selam.

"Kru kapal selam kita dilatih mengendalikan kapal selam di perairan demi keselamatan, kepentingan dan kedaulatan negara,"katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Beliau turut menegaskan bahawa kru kapal selam TLDM sangat dihormati oleh negara-negara operasi kapal selam yang lebih berpengalaman.

"Tentera Laut Amerika Syarikat adakan perbincangan bersama TLDM setiap tahun dan Tentera Laut Perancis sanggup datang dari jauh untuk latihan bersama (Casex).

"Tentera Laut Asing kagum dengan pencapaian yang diperoleh oleh pasukan Angkatan Selam TLDM dalam tempoh singkat," katanya sedemikian bersempena dengan ulang tahun ke-82 TLDM. - Siakapkeli.my  
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17. Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.


#yiv2722588124 #yiv2722588124 -- #yiv2722588124ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-mkp #yiv2722588124hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-mkp #yiv2722588124ads {margin-bottom:10px;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-mkp .yiv2722588124ad {padding:0 0;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-mkp .yiv2722588124ad p {margin:0;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-mkp .yiv2722588124ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-sponsor #yiv2722588124ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-sponsor #yiv2722588124ygrp-lc #yiv2722588124hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-sponsor #yiv2722588124ygrp-lc .yiv2722588124ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv2722588124 #yiv2722588124actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv2722588124 #yiv2722588124activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv2722588124 #yiv2722588124activity span {font-weight:700;}#yiv2722588124 #yiv2722588124activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv2722588124 #yiv2722588124activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv2722588124 #yiv2722588124activity span span {color:#ff7900;}#yiv2722588124 #yiv2722588124activity span .yiv2722588124underline {text-decoration:underline;}#yiv2722588124 .yiv2722588124attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv2722588124 .yiv2722588124attach div a {text-decoration:none;}#yiv2722588124 .yiv2722588124attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv2722588124 .yiv2722588124attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv2722588124 .yiv2722588124attach label a {text-decoration:none;}#yiv2722588124 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv2722588124 .yiv2722588124bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv2722588124 .yiv2722588124bold a {text-decoration:none;}#yiv2722588124 dd.yiv2722588124last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv2722588124 dd.yiv2722588124last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv2722588124 dd.yiv2722588124last p span.yiv2722588124yshortcuts {margin-right:0;}#yiv2722588124 div.yiv2722588124attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv2722588124 div.yiv2722588124attach-table {width:400px;}#yiv2722588124 div.yiv2722588124file-title a, #yiv2722588124 div.yiv2722588124file-title a:active, #yiv2722588124 div.yiv2722588124file-title a:hover, #yiv2722588124 div.yiv2722588124file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv2722588124 div.yiv2722588124photo-title a, #yiv2722588124 div.yiv2722588124photo-title a:active, #yiv2722588124 div.yiv2722588124photo-title a:hover, #yiv2722588124 div.yiv2722588124photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv2722588124 div#yiv2722588124ygrp-mlmsg #yiv2722588124ygrp-msg p a span.yiv2722588124yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv2722588124 .yiv2722588124green {color:#628c2a;}#yiv2722588124 .yiv2722588124MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv2722588124 o {font-size:0;}#yiv2722588124 #yiv2722588124photos div {float:left;width:72px;}#yiv2722588124 #yiv2722588124photos div div {border:1px solid #666666;height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv2722588124 #yiv2722588124photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv2722588124 #yiv2722588124reco-category {font-size:77%;}#yiv2722588124 #yiv2722588124reco-desc {font-size:77%;}#yiv2722588124 .yiv2722588124replbq {margin:4px;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-mlmsg select, #yiv2722588124 input, #yiv2722588124 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-mlmsg pre, #yiv2722588124 code {font:115% monospace;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-mlmsg #yiv2722588124logo {padding-bottom:10px;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-msg p#yiv2722588124attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-reco #yiv2722588124reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-sponsor #yiv2722588124ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-sponsor #yiv2722588124ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-sponsor #yiv2722588124ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv2722588124 #yiv2722588124ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv2722588124

Attachment(s) from bashah
1 of 1 Photo(s)

Tue Apr 26, 2016 7:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



CALON-CALON PAS UNTUK PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) SARAWAK KALI KE-11
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

Pada Rabu 6 April 2016 = 27 Jamadil Akhir 1437H, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah mengumumkan calon-calon yang akan bertanding di 11 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Kali Ke-11.

Pengisytiharan yang dibuat oleh Yang Berhormat (YB) Tuan Guru Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang menyaksikan PAS menawarkan calon-calon yang berkaliber dan berdaya saing terdiri daripada anak tempatan dan pelbagai latarbelakang. Pesuruhjaya PAS Sarawak, Tuan Haji Jofri Jaraiee mendahului senarai tersebut dengan diamanahkan bertanding di kerusi DUN N74 Pujut.

Calon-calon PAS kali ini terdiri dari gabungan profesional, aktivis dan agamawan serta campuran tokoh berpengalaman dan anak muda (5 orang darinya berusia di bawah 40 tahun dengan yang termuda berusia 26 tahun). Lebih menarik PAS turut menampilkan seorang calon wanita dan seorang calon bukan Islam berbangsa Iban dalam Pilihanraya Negeri kali ini.

Turut hadir dalam Majlis Pengisytiharan Calon PAS Sarawak tersebut termasuklah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden), YB Ustaz Idris Ahmad (Naib Presiden), YB Dato' Mohd Amar Nik Abdullah (Naib Presiden), YB Dato' Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung), Dato' Mustafa Ali (Ketua Pengarah Pilihanraya), Sdr Mukhtar Suhaili (AJK PAS Pusat dan Setiausaha PAS Sarawak), pimpinan PAS Pusat, pimpinan PAS Sarawak dan ahli serta penyokong PAS.

Berikut merupakan calon-calon PAS yang telah diumumkan beserta profail mereka:

✅ N74. PUJUT
▶ Tuan Haji Jofri Bin Haji Jaraiee
Jawatan Dalam PAS: Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Miri
Umur: 51 Tahun
Bangsa: Melayu Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan 4 orang anak
Asal: Miri, Sarawak
Pendidikan: Advanced Diploma Pengurusan Logistiks, The Chartered Institute of Logistics and Transport, UK. Pengalaman Kerjaya: Penyelia Pengurusan dan Perancangan Penyelenggaraan, Syarikat Minyak & Gas Nasional.

✅ N72. LAMBIR
▶ Encik Mohammad Arifiriazul Bin Paijo
Jawatan Dalam PAS: Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak
Umur: 32 Tahun
Bangsa: Kedayan-Jawa
Keluarga: Berkahwin dan 3 orang anak
Asal: Limbang, dan menetap di Miri, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP) Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Mantan Eksekutif IT PETRONAS.

✅ N70. SAMALAJU
▶ Engr. Zharudin Bin Narudin
Jawatan Dalam PAS: Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Sarawak dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak
Umur: 31 Tahun
Bangsa: Melanau Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan seorang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Selangor (UNISEL)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Mantan Jurutera Malaysia LNG Sdn. Bhd.

✅ N67. JEPAK
▶ Tuan Haji Kiprawi Bin Aman
Jawatan Dalam PAS: Ketua Penerangan PAS Negeri Sarawak dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bintulu
Umur: 67 Tahun
Bangsa: Melanau Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan 7 orang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens, Universiti Malaya (UM)
Pengalaman Kerjaya: Pesara Kerajaan
Anugerah: Dikurniakan Pingat Perkhidmatan Setia oleh Kerajaan Negeri Sarawak (PPS).

✅ N60. KAKUS
▶ Encik Clement Bayang
Jawatan Dalam PAS: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) PAS Negeri Sarawak
Umur: 59 Tahun
Bangsa: Iban
Agama: Kristian
Keluarga: Berkahwin dan 7 orang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pengalaman Kerjaya: Tuai Rumah (Ketua Kaum), Petani dan Seniman
Pengalaman Politik: Pernah bertanding di Kerusi DUN Kemena.

✅ N29. BETING MARO
▶ Cik Hamidah Binti Mokhtar
Jawatan Dalam PAS: Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak
Umur: 26 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Bujang
Asal: Kuching, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP) Pengalaman Kerjaya: Usahawan Muda, Pengarah Butik Pakaian Muslimah.

✅ N27. SEBUYAU
▶ Ustaz Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad
Jawatan Dalam PAS: Aktivis PAS di Sebuyau di bawah PAS Kawasan Batang Lupar
Umur: 44 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan 3 orang anak
Asal: Kpg Seberang, Sebuyau, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang, Universiti Al-Azhar, Mesir Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Pendakwah Bebas.

✅ N24. SADONG JAYA
▶ Cikgu Asan Bin Singkro
Jawatan Dalam PAS: Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Batang Sadong
Umur: 63 Tahun
Bangsa: Melayu-Bugis
Keluarga: Berkahwin dan 5 orang anak
Asal: Sadong Jaya, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Sains/ Master Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pengalaman Kerjaya: Pesara Guru dan PPD, kini Pensyarah Sambilan.

✅ N16. MUARA TUANG
▶ Encik Zulkipli Bin Ramzi
Jawatan Dalam PAS: Bendahari & Setiausaha Kerja (SUK) Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kota Samarahan
Umur: 38 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan 3 orang anak
Asal: Niah, Miri dan kini menetap di Kota Samarahan, Sarawak
Pendidikan: Diploma Elektronik Industri dan Instrumentasi, Pusat Latihan Teknikal Sarawak (YDTC)
Pengalaman Kerjaya: Peniaga dan Pekerja Swasta.

✅ N7. SAMARIANG
▶ Ustaz Yusof Assidiqqi Bin Ahmad Sharkawi
Jawatan Dalam PAS: Penyelaras Urusan Ulamak PAS Kawasan Petrajaya, Pengerusi Lajnah Tarbiyah dandan Pengarah Jabatan IT Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan
Umur: 30 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan seorang anak
Asal: Kuching, Sarawak
Pendidikan: Diploma Al-Quran Wal Qiraat, Darul Quran JAKIM & Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Qiraat, Maahad Qiraat Al-Azhar As-Shariff, Mesir
Pengalaman Kerjaya: Imam dan Khatib Masjid, Qari Al-Quran dan Pendakwah Bebas.

✅ N4. PANTAI DAMAI
▶ Encik Zainal Abidin Bin Yet
Jawatan Dalam PAS: Timbalan Yang Dipertua (TYDP) dan Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Santubong
Umur: 49 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan 4 orang anak
Asal: Kuching, Sarawak
Pendidikan: Sijil Pelajaran LCE
Pengalaman Kerjaya: Pekerja Swasta.

TAWARAN SEJAHTERA PAS UNTUKMU SARAWAK MENJELANG PRN SARAWAK KALI KE-11

Berikut merupakan Tawaran Sejahtera PAS Untukmu Sarawak menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Kali Ke-11 yang telah dilancarkan oleh Tuan Guru Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang pada Sabtu, 12 Mac 2016 = 3 Jamadil Akhir 1437H di Kuching, Sarawak.

✅ TUJUAN PAS MENYERTAI PRN SARAWAK

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) komited dan konsisten untuk:

1⃣ Menyuburkan amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan yang pelbagai kepada rakyat Sarawak memilih mana-mana calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke Dewan Undangan Negeri (DUN).

2⃣ Memperkukuhkan sistem semak dan imbang dalam urus tadbir negeri Sarawak melalui penyertaan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak, seterusnya memantau perjalanan pentadbiran negeri melalui DUN.

✅ TAWARAN PAS SARAWAK

1. PAS Sarawak akan MEMPERTAHANKAN HAK ANAK NEGERI SARAWAK sebagaimana yang termaktub di dalam Perjanjian Persekutuan Malaysia 1963. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan menyokong dan mendokong usaha mempertahankan hak tersebut mengikut saluran undang-undang dan demokrasi sedia ada.

2. PAS Sarawak komited MEMELIHARA HAK PELBAGAI KAUM, AGAMA DAN BUDAYA di negeri Sarawak. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS tidak akan memberi ruang kepada isu-isu yang mengganggu-gugat hak setiap kaum dan agama di negeri ini dengan mengamalkan budaya harmoni dan sejahtera.

3. PAS Sarawak KONSISTEN MENUNTUT ROYALTI 20% MINYAK DAN GAS. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan konsisten menuntut hak tersebut dikembalikan kepada rakyat Sarawak secara adil dan saksama.

4. PAS Sarawak TEGAS DALAM CAPAIAN MENYELURUH KEMUDAHAN ASAS RAKYAT. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan menyuara dan memperjuangkan hak tersebut untuk dilaksanakan secara menyeluruh untuk rakyat Sarawak.

5. PAS Sarawak SEDIA MENDENGAR ADUAN RAKYAT. Oleh yang demikian, bakal ADUN PAS akan menubuhkan Pusat Aduan Rakyat yang aktif di DUN PAS menang dengan komitmen mendengar suara dari seluruh lapisan masyarakat di DUN berkaitan.

✅ KERUSI-KERUSI DUN

PAS Sarawak in shaa Allah akan bertanding di 11 Kerusi DUN berikut:

1. Samariang
2. Pantai Damai
3. Muara Tuang
4. Sadong Jaya
5. Sebuyau
6. Beting Maro
7. Kakus
8. Jepak
9. Samalaju
10. Lambir
11. Pujut

✅ PENUTUP

✳ Sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, PAS sentiasa beramanah, berintegeriti dan berpegang kepada janji. Sekiranya calon-calon PAS terpilih sebagai ADUN, kami akan berusaha sedaya-upaya menyempurnakan kesemua tawaran yang telah dijanjikan.


Dikeluarkan Oleh:
Mukhtar Hj. Suhaili,
Setiausaha,
Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak (BPPNS).
(Sebarang pertanyaan, maklumbalas dan hal-hal berkaitan PRN Sarawak, sila hubungi Sdr Mukhtar Suhaili, Setiausaha PAS Negeri Sarawak selaku Jurucakap Rasmi PAS bagi PRN Sarawak Kali Ke-11 di talian +6016-2339117).

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 26, 2016 7:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



JANGAN TERIMA WANG KENA DAKWAT

bloglist-malaysia.blogspot

Mesin ATM Diletup Perompak, RM300,000 Lesap
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Pekan Jitra I di sini diletupkan awal pagi tadi sebelum wang tunai dianggarkan bernilai lebih RM300,000 dilarikan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, kejadian berlaku kira-kira 5.04 minit pagi yang disyaki dilakukan dua individu memakai topeng serta menaiki kereta Toyota Camry.

"Suspek dipercayai menggunakan bom paip sepanjang satu kaki dengan ukur lilit lima inci serta diameter sepanjang satu setengah kaki.

"Ia dilakukan dengan cara menyelitkan bom berkenaan di tempat khas pengeluaran duit di ATM tersebut setelah mengopak bahagian atas dan bawah mesin dengan menggunakan besi," katanya kepada pemberita di Jitra hari ini.

Polis turut menemui serpihan bom paip sepanjang setengah kaki dan wang tunai RM600 yang bertaburan di atas lantai.

Letupan turut menyebabkan cermin bank pecah dan retak.

Abd Rahim berkata pihak polis percaya kes itu sama dengan kes meletupkan mesin ATM sebuah bank di Simpang Kuala, Alor Setar pada Februari lepas yang turut mengakibatkan kerugian RM300,000.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 40-an berkata beliau mendengar bunyi letupan yang sangat kuat dari kedainya yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

"Saya sangka orang tembak anjing. Bunyi letupan sangat kuat dan mengejutkan kami semua," katanya.

-Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 26, 2016 7:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Remaja Diikat Dan Dibelasah Orang Awam, Disangka Mencuri Kerana Beli Barang Tanpa Plastik
siakapkeli.my

KUALA TERENGGANU: Seorang ramaja berumur 20-an telah mengalami kecederaan selepas dibelasah oleh orang awam di kawasan perumahan PPR di sini, pada Sabtu lalu, lapor KiniTv

Menurut sumber, remaja berkenaan dipercayai membawa barang yang dibelinya dari sebuah pasaraya besar tanpa plastik menyebabkan mangsa disangka telah mencuri di Bangunan Blok C flat PPR tersebut.

Beliau telah ditangkap oleh orang ramai dan telah dipukul tanpa usul sehingga mengalami kecederaan.

Menurut sumber juga, selepas diserahkan kepada pihak polis, barulah kisah sebenar diketahui di mana sebelum itu remaja berkenaan telah ditangkap kerana cuba mencuri di pasaraya besar berkenaan dan dia telah pun membayar untuk barangan tersebut.

Menurut sumber lagi, pada hari Sabtu, pihak pasaraya tidak menyediakan plastik ataupun perlu dibeli dengan harga 20 sen menyebabkan mangsa memilih membawa balik barangan berkenaan tanpa plastik.

Keadaan ini telah menimbulkan salah sangka dari pelanggan lain yang tidak tahu cerita sebenar. Mereka kemudiannya telah menegur dan menuduh remaja terbabit sebagai pencuri.

"Akibat tidak puas hati, remaja ini telah memukul pelanggan Giant tadi. Ketika inilah keadaan mula hilang kawalan."

"Pelanggan lain yang berdekatan turut sama memukul remaja tadi, dan ini mendorong remaja tadi melarikan diri ke flat PPR yang bersebelahan dengan pasaraya Giant." cerita sumber. - Siakapkeli.my

Tempeleng murid, guru dikeroyok satu kelas. Dahsyatnya !!!
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com

©2016 Merdeka.com/Shanghaiist

Video yang sedang viral di China seminggu terakhir membuat orang jadi geleng-geleng kepala. Sukar menentukan mana yang salah: Seorang guru menampar pelajar itu yang akhirnya pelajar2 itu membalas dengan mengeroyok si guru tersebut.

Keributan guru murid itu dirakam salah seorang pelajar di Kota Bozhou, Provinsi Anhui. Shanghaiist melaporkan, Sabtu (23/4), awalnya yang bertegang hanya seorang pelajar dengan sang guru lelaki. Murid ini tidak diperbolehkan menyerahkan lembaran jawaban ujian.

Ketika keduanya saling bertengkar, guru ini hilang kesabaran lalu menempeleng si murid. Tiba-tiba saja kawan pelajar lelaki itu kompak mengeroyok sang guru. Mereka menghentamnya dengan benda-benda sekitar kelas, mulai dari tumpukan buku, kertas, serta gagang sapu.

Sempat reda, guru ini ternyata tak berhenti menempeleng murid yang membuatnya marah sejak awal. Kembali, kawan-kawan pelajar itu mengeroyok si guru. Pengeroyokan terulang sedikitnya tiga kali, sampai murid perempuan pun berani menoyor si guru lelaki yang akhirnya kewalahan.

Pengetua sekolah menengah tersebut itu mengesahkan terjadi perkelahian antara guru dan murid, tetapi menolak membeberkan detail pemicu kejadian tersebut. Penyiasatan jabatan pendidikan setempat sedang dijalankan untuk mencari tahu kenapa insiden memalukan ini boleh terjadi.
Berikut video kronologi pengeroyokan guru oleh murid yang menghebohkan netizen China:

Sumber: Youtube/Merdeka.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 26, 2016 7:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ibu Muda Sedang Mengandung Lima Bulan Maut Langgar Lori
siakapkeli.my

Nibong Tebal: Seorang wanita berumur 23 tahun sedang mengandung 5 bulan maut selepas terlibat dalam kemalangan di jalan Tasek-Valdor, Nibong Tebal di sini, 10.30 pagi tadim lapor Harian Metro.

Mangsa Shahrul Husna Ahmad maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya telah merempuh belakang sebuahlori tanah yang berhenti di atas jalan menyebabkannya tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh kereta.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, SuperintendanAbdul Shafee Abdul Samad berkata, ketika kejadian lori yang dipandu oleh Lye Chin Leong,36, telah berhenti selepas sebuah lagi lori di hadapannya membelok ke kanan.

"Mangsa telah cuba mengelak dari melanggar lori berkenaan namun gagal menyebabkan mangsa telah merempuh bahagian kanan lori menyebabkan dia tercampak ke laluan bertentangan.

"Mangsa kemudian dirempuh kereta di laluan berkenaan menyebabkan dia parah di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap bagi tujuan bedah siasat dan kandungannya gagal diselamatkan," katanya.

Abdul Shafee berkata, kedua-dua pemandu kereta dan lori sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pemgangkutan Jalan 1987. - Siakapkeli.my

Lelaki Cedera Kereta Terhumban Dari Tempat Letak Kereta Pangsapuri
siakapkeli.my

GEORGETOWN, 25 Apr: Seorang lelaki cedera apabila kereta yang dipandunya terhumband ari tingkat dua parking bertingkat di Pangsapuri Mutiara Height, Jelutong kira-kira 7.15 malam tadi.

Dalam kejadian itu, pemandu berusia 40-an itu dikatakan mahu meletakkan kereta di petak parking selepas pulang dari kerja.

Menurut sumber BH Online, ketika kejadian, isteri mangsa turut bersamanya, namun keluar dari kenderaan sebeum meminta lelaki tersebut masuk ke petak parkir.

"Bagaimanapun, lelaki berkenaan dikatakan tertekan pedal minyak ketika berundur dan merempuh tembok sebelum keretanya jatuh berhampiran pondok pengawal keselamatan

"Mangsa dilaporkan cedera ringan dan sedang mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid.

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kereta terbabit sudah dialihkan dari lokasi kejadian," katan beliau.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 26, 2016 7:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Tortang Talong' Resipi Simple Dari Filipina Yang Mendapat 4194 Share

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Assalamualaikum. Saya nak kongsi satu menu dari kampung saya di Filipina. Kami panggil tortang talong. Hihihi.. Boleh sebut tak?

Maksudnye terung omelet. Simple tapi sedap. Ikut je step by step pictures shown below. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. 4 biji terung.
2. 4 biji telor. Tambah garam dan perasa kalau nak.

Langkah memasak:
Langkah 1
Cucuk-cucuk dahulu terung supaya tidak meletup apabila dibakar nanti.

Tortang Talong

Langkah 2
Bakar terung di atas dapur. Boleh juga gunakan pemanggang elektrik, pemanggang ajaib atau ketuhar yang mempunyai fungsi grill.

Tortang Talong

Langkah 3
Inilah rupa terung yang sudah dibakar.

Tortang Talong

Langkah 4
Pastikan terung dimasak betul-betul supaya kulitnya senang keluar.

Basuh tangan, dan sapu terung menggunakan tangan basah. Kulit terung akan terkikis sendiri.

Tortang Talong

Langkah 5
Penyekkan terung menggunakan garfu.

Tortang Talong

Langkah 6
Penyekkan terung sehingga lebar dan nipis sebegini. Pastikan tangkainya masih ada.

Tortang Talong

Langkah 7
Pecahkan dan kacau telur. Boleh tambah garam dan perasa jika mahu.

Tortang Talong

Langkah 8
Celurkan terung ke dalam telur.

Tortang Talong

Langkah 9
Goreng terung. Jangan guna terlalu banyak minyak, pastikan terung tidak tenggelam di dalam minyak.

Tortang Talong

Langkah 10
Inilah rupa Tortang Talong atau terung omelet yang sudah dimasak.

Tortang Talong

Langkah 11
Hidangkan. Selamat menjamu selera!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 26, 2016 7:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Malas Pergi Pasar? Apps Ini Boleh Tolong Anda Dengan Caj Hanya RM 3.00
siakapkeli.my

Malas pergi pasar untuk membeli ikan, sayur, udang dan sebagainya? Jangan gusar kerana kini sudah ada pihak yang cuba menyenangkan anda.

Memperkenalkan satu servis baharu yang dikenali sebagai PasarTap.

Dengan hanya caj penghantaran RM3, pembeli tidak lagi perlu pergi ke pasar dan meredah jalan raya. Cuma perlu klik pada item yang diinginkan dan cuma perlu menunggu 2 jam sebelum menerima barangan dari PasarTap.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hafiz Hashim, servis ini berkonsepkan perniagaan pasar dalam talian yang memberikan perkhidmatan penghantaran kepada pengguna dan barangan-barangan mereka diperoleh dari Pasar Chow Kit.

"Konsep perniagaan kami mudah, pelanggan hanya perlu melayari laman web PasarTap serta memilih pakej barangan mentah atau buah-buahan yang diinginkan di Pasar Chow Kit sebelum penunggang PasarTap akan menghantar sehingga ke pintu rumah.

"Idea penubuhan PasarTap ini tercetus apabila saya bersama beberapa lagi rakan lain termasuk empat daripadanya adalah graduan Universiti Oxford ingin berkhidmat kepada masyarakat di samping melaksanakan perniagaan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Menurut Hafiz juga, ramai peniaga yang berniaga hanya untuk untung tetapi kurang memikirkan kaedah untuk berkhidmat kepada masyarakat.

"PasarTap diusahakan bersama enam lagi rakan yang lain iaitu Ahmad Khairil Anwar, Abdul Talib, Amru Abdul Hamid, Nur Syazana Zawani yang juga graduan daripada Universiti Oxford manakala Azeem Mohamad, 26, dari Universiti Newcastle dan Aliah Jamin, 30," katanya.

Selain dari aplikasi Android, pengguna juga boleh melayari laman web mereka di www.pasartap.com dan juga di App Store.

Setakat ini, PasarTap cuma membuat penghantar di beberapa kawasan sahaja. Untuk info lebih lanjut, boleh layari www.pasartap.com - Siakapkeli.my

" Kalau Boleh Berhentilah Ambil Gambar Saya" - Lelaki "Tanpa Kepala" Ipoh
siakapkeli.my

Berikutan viral video seorang gelandangan "tanpa kepala" yang dilihat merayau di sekitar bandar Ipoh, wartawan Astro Awani berjaya mengesan lelaki tersebut dan berjaya menemui beliau yang sedang duduk di pekarangan bangunan Seri Kinta di sini pada Rabu lalu.

Lelaki terbabit, K. Vellu, 45, berkata perkara tersebut terjadi kepadanya sejak dia berusia tiga tahun lalu sewaktu dia bertugas sebagai penjaga keselamatan.

"Dah ramai orang yang terkejut … ada kereta yang sampai menekan brek apabila mereka nampak saya terutamanya pada waktu malam.

"Siap ambil gambar, ambil video …dan saya sedar saya sangat dikenali di Internet sebab ramai yang datang berjumpa dan bertanyakan kenapa saya jadi macam ini," katanya.

Beliau juga sudah biasa dengan sikap sesetengah pengguna lalu lintas yang kadangkala mentertawakan dan mengejek keadaan fizikalnya.

Vellu berkata dia sudah serik untuk mendapatkan rawatan bagi memperbetulkan struktur lehernya kerana pihak perubatan turut gagal untuk mengenalpasti punca beliau menjadi sedemikian.

Menceritakan pengalamannya, Velu berkata terdapat beberapa senario dimana orang ramai menjerit ketakutan dan memekik selepas melihatnya di tempat tidur pada waktu malam di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Lelaki yang berasal dari Bidor, Perak itu percaya struktur lehernya yang bengkok dan seolah-olah jatuh itu adalah hasil buatan orang.

"Ini kena buat oranglah, doktor pun cuba rawat tetapi tak tahu saya sakit apa, kulit semua mengelupas dan bernanah dan leher saya pun tak boleh nak luruskan.

"Saya sudah berputus asa dan kalau boleh berhentilah ambil gambar saya, bukan boleh tolong atau buat apa pun," tambahnya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 26, 2016 7:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Benarkah Harga Nissan Note Nismo Serendah RM59 Ribu?

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

SEJAK beberapa minggu lalu, tersebar beberapa gambar berkenaan spesifikasi dah harga terbaru Nissan Note Nismo yang mana membuatkan ramai netizen berminat untuk memiliki serta mengetahui lebih lanjat tentang model kereta ini.

Tidak dinafikan, ianya mempunyai rekabentuk yang sangat menarik dan mampu memikat pandangan hanya kali pertama melihatnya.

Ditambah pula dengan tanda harga RM59,400 sebuah, begitu ramai yang bertanyakan soalan berkenaan benarkah harga yang ditawarkan adalah begitu rendah, yang mana jika ianya benar, pastinya membuatkan pemandu Myvi SE merasa sedikit terkilan.

Sebelum segala persoalan anda terjawab, mari kita lihat akan spesifikasi Nissan Note ini yang telah dilancarkan di Jepun sejak pertengahan tahun 2012 lagi.

Nissan Note merupakan sebuah kereta mini MPV yang setara kategori dengan model Honda Jazz, Perodua Myvi dan Proton Iriz dalam segmen B (sedan bersaiz kecil).

Nissan Note yang berada di pasaran pada waktu ini merupakan model generasi kedua selepas generasi pertama pada tahun 2005.

Berkenaan Model Nissan Note Nismo yang sedang hangat diperkatakan netizen pula, ia telah dilancarkan di Jepun dengan harga 1.95 million yen (RM59,400) dan model Note Nismo S pula berharga 2.2 milion yen (RM68,300).

Versi Nismo ini merupakan penaiktarafan daripada versi asal Nissan Note, yang mana pelbagai ciri-ciri menarik diterapkan seperti gril kustom dibahagian hadapan dan bampar belakang yang telah diubahsuai agar lebih aerodinamik.

Nissan berkata, pasukan Nismo telah menentukan jenis tayar, suspensi dan juga ciri aero yang bersesuaian untuk dipadankan dengan model Note Nismo ini di mana penggunaan sistem suspensi yang sedikit rendah agar lebih stabil sewaktu membelok.

Tempat duduk bucketseat juga telah ditampilkan pada model Nismo S sebagai elemen standard, dan pilihan bagi versi Nismo. Manakala tempat duduk Recaro juga turut ditawarkan sebagai pilihan.

Berbalik kepada harganya, kini jelaslah tawaran tersebut adalah harga jualan di Jepun dalam nilai ringgit pada waktu itu dan bukannya harga di Malaysia.

Jadi sekiranya ia dipasarkan di Malaysia, harganya pasti tidak akan menjadi serendah RM59,400 yang mana spesifikasi kendaraaan itu adalah dalam lingkungan harga Honda Jazz iaitu dari RM70 ribu ke RM90 ribu atau mungkin lebih mahal setelah dikira dengan cukai sedia ada.

Sementara itu, pihak Tan Chong Motors, iaitu pembekal dan pengedar rasmi model Nissan di Malaysia telah mengumumkan bahawa model Nissan Note ini akan mula dipasarkan pada penghujung tahun 2014 namun sehingga kini ianya gagal direalisasikan.

Mereka masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentang model Nissan Note ini untuk pasaran Malaysia.-MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Apr 26, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Tuesday, 26 April 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: