Monday, April 18, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4467

9 Messages

Digest #4467

Messages

Sun Apr 17, 2016 7:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Wahid Omar ganti Zeti?

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah disebut-sebut sebagai calon Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Bagaimanapun, kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dikatakan telah mendapat restu Putrajaya untuk mengambil alih jawatan tersebut.

Dr Zeti yang akan menamatkan kontraknya akhir bulan.

Selain Irwan (gambar) dan Abdul Wahid, seorang lagi yang dispekulasikan ke jawatan itu ialah Timbalan Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim.

Menurut sumber yang dekat dengan bank pusat itu, rata-rata khabar angin memetik Wahid untuk mengambil alih jawatan Dr Zeti, namun pihaknya enggan mempercayainya sehingga pengumuman dibuat.

"Dengar-dengar ialah Wahid tetapi biasalah jika ada pertukaran saat-saat akhir oleh Putrajaya," jelas beliau.

Sebelum dilantik ke jawatan semasa pada tahun 2013, Wahid menerajui bank terbesar di Malaysia, Kumpulan Maybank selaku presiden dan ketua pegawai eksekutif selepas membuktikan kemampuan menguruskan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Antara GLC yang pernah mendapat sentuhan Wahid ialah Telekom Malaysia dan Kumpulan UEM yang mengumpulkan pengalaman hampir 30 tahun beliau dalam dunia korporat tempatan.

Sebelum ini, Bloomberg pernah mendedahkan senarai lapan calon yang dikatakan bakal menjadi gabenor BNM selepas Dr Zeti.

Nama-nama lain disenaraikan Bloomberg termasuk Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Timbalan Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Nama lain yang turut tersenarai ialah bos Tabung Haji Tan Sri Datuk Paduka Ismee Ismail yang juga menduduki kerusi pengarah 1MDB serta Datuk Dr Noor Azlan Ghazali yang merupakan anggota jawatankuasa dasar kewangan bank pusat itu.

Sementara itu, seorang jurucakap media Bank Negara menjelaskan, pengumuman berkaitan hanya akan dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Najib Razak.

"Selalunya, jika melihat contoh-contoh terdahulu, PM akan membuat pengumuman mengenai dalam tempoh seminggu sebelum tarikh akhir seseorang gabenor," jelas beliau kepada Malaysiakini.

Difahamkan mesyuarat jawatankuasa dasar kewangan bank pusat itu akan berlangsung esok dan bakal dihadiri semua pengarah dan beberapa tokoh penting kewangan negara.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, April 11, 2016 11:11 PM
Subject: Fw: Inikah Gabenor BNM baru?

Tuu diaa..Ketua UMNO Bhg jadi Gabenor BNM?
bloglist-malaysia.blogspot
dollahyankee.blogspot
Posted by dollahyankee

Kah..Kah..Kah..

Kepulangan ke Malaysia, Datuk Dr Awang Adek Hussin dari negara Amerika Syarikat setelah selesai menjalani tugas sebagai Duta Malaysia d‎isana telah melahirkan desas desus bahawa Ketua UMNO Bahagian Bachok ini bakal menjadi Gabenor Bank Negara......

Tempoh khidmat sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia oleh Tan Sri Dato Sri Zeti Akhtar Aziz yang sudah berakhir sudah pasti mengundang persoalan siapakah yang bakal menggantikan tempat wanita ini...?

Apakah benar berita ini ? Benarkah Awang Adek bakal nenggantikan tempat Tan Sri Zeti...?

dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' dah mula bertaruh $$$...
kah..kah..kah..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 17, 2016 7:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Bahaya Makan Mie Instan Dengan Nasi
bloglist-malaysia.blogspot
beritafresh.com

Pengambilan nasi putih dengan mie instan membuahkan lebih kurang sekitaran 750. 000 kalori perporsi. Hal semacam ini tidak baik untuk badan kita, terlebih yang tengah melakukan program diet. Dengan cara wajarnya, makanan yang masuk ke dalam badan kita diolah bakal jadi gula serta bakal mengakibatkan pankreas kita membuahkan hormon insulin.

Bila kita makannya banyak serta kalorinya tinggi jadi hormon insulinnya akan melonjak tinggi serta hal semacam ini tak baik, lantaran bakal menyebabkan pankreas kita overload atau alami "keletihan" serta menyebabkan kerosakan pankreas lalu timbullah penyakit diabetes atau penyakit kencing manis.
Jadi dapat diambil kesimpulan kalau "bahaya makan mie dengan nasi menyebabkan penyakitkencing manis".

Diluar itu, bahaya makan mie dengan mie instan iaitu bakal menyebabkan obesiti. Bila ukuran lingkar perut kian lebih 1/2 tinggi badan bakal menyebabkan pelbagai jenis penyakit, salah nya ialah penyakit diabetes atau kencing manis.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 17, 2016 7:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Misteri Dr. Noordin Ahmad Pemilik Baru FC Bari Terungkai
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Siapa sebenarnya ahli perniagaan, Datuk Dr Noordin Ahmad yang dilaporkan bakal menjadi pemilik baharu FC Bari 1908 menjadi satu kisah misteri.

Tokoh-tokoh korporat tempatan mengakui mereka tidak mengenali ahli perniagaan itu yang dilaporkan membeli 50 peratus pegangan saham dalam kelab Itali itu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Kedutaan Malaysia di Itali juga tidak mempunyai maklumat siapa sebenarnya Noordin yang telah mendapat liputan meluas media di negara berkenaan, lapor FMT.

Kenali Pelabur Malaysia Yang Baru Saja Beli Kelab Bola Sepak Itali!

Ramai di antara kita mungkin tidak mengenali Dato' Dr. Noordin Ahmad. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan pelabur tempatan.
Selepas ini, beliau akan semakin dikenali kerana Dato' Dr. Noordin Ahmad bakal jadi pemilik kelab bola sepak Serie B Itali iaitu FC Bari.
Laman web rasmi FC Bari mengesahkan 50 peratus daripada saham kelab itu kini dimiliki Dato' Dr. Noordin Ahmad, yang dikatakan membeli saham tersebut daripada Presiden kelab, Gianluca Paparesta pada nilai 12 Juta Euro. Persetujuan penjualan saham tersebut telah berjaya dicapai pada 8 April lalu.
Ini bermaksud, Dato' Dr. Noordin bakal menjadi pemilik saham majoriti dan seterusnya menjadi pemilik baru FC Bari.

Presiden FC Bari, Gianluca Paparesta

Asalnya, pada Januari lalu seorang pelabur dari China, Herman Zheng berminat untuk membelisa ham FC Bari. Namun tiada persetujuan dicapai berkenaan tawaran bidaan yang sesuai.
Pembelian saham dan pemilikan FC Bari oleh Dato' Dr. Noordin Ahmad menjelaskan 'misteri' mengapa Jalur Gemilang tersergam di bahagian grandstand Stadium FC Bari iaitu Stadio San Nicola sewaktu perlawanan Serie B menentang AC Cesena pada 4 April lalu.
Menurut media Itali, Dato' Dr. Noordin Ahmad memang meminati bola sepak Itali dan dikatakan berkawan rapat dengan Presiden Lazio, Claudio Lotitio.
Komen Positif Dari Penyokong
Para peminat dan penyokong kelab FC Bari memberikan rekasi positif terhadap perkembangan terbaru kelab tersebut dan berterima kasih di atas jasa-jasa Presiden Kelab, Gianluca Paparesta yang sebelum ini pernah menyelamatkan kelab itu daripada muflis.
Beliau bertanggungjawab mengumpulkan para pelabur sehingga membentuk sebuah konsotium pada tahun 2014 dengan tujuan membeli FC Bari yang ketika itu dilelong bank pada harga serendah 2 Juta Euro.
"Walaupun beliau bukan seorang jutawan, Paparesta menyelamatkan kita dariapda muflis. Beliau menjaga kelab dengan rasa bangga sebelum menyerahkannya kepada pemilik baru yang mempunyai wang."
"Tiada siapa yang tahu bagaimana orang Malaysia ini akan menguruskan kelab. Tetapi, jika Paparesta percayakannya, saya percaya keputusan Paparesta. Terima kasih Paparesta!", lapor Karangkraf.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 17, 2016 7:59 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pencuri WiFi Bukan Membuat 1 Kesalahan, Tapi 3 - Mufti
siakapkeli.my

Pencuri yang menggunakan WiFi tanpa pengetahuan pemilik bukan membuat satu jenis kesalahan tapi tiga.

Ulama di Jabatan Hal-Ehwal Islam dan Aktiviti Amal (IACAD) di Dubai menerusi satu kenyataan mengeluarkan fatwa yang menyatakan pencuri yang menggunakan WiFi dari jiran tanpa pegetahuan mereka melakukan tiga kesalahan iaitu penyalahgunaan, mencuri dan penipuan, Dr. Ali Mashael, kata ketua Mufti di jabatan tersebut kepada Khaleej Times.

"Tidak kira pemilik WiFi itu terkesan atau tidak, ianya haram dan dilarang sama sekali untuk menggunakan servis itu tanpa kebenarannya", tambah beliau.

Penyelidik Islam, Dr. Shaikh Mohammed Ashmawy berkata, sekiranya pemilik WiFi tersebut terkesan ketika pencuri menggunakannya, ia akan dikira sebagai dosa lain.

"Nabi Muhammad bersabda 'Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudaratkan, dan tidak boleh membalas kemudaratan dengan cara yang salah', justeru orang ramai janganlah mencuri Wi-Fi," jelas Dr Ashmawy.

Fatwa itu dikeluarkan oleh jabatan terbabit pada laman webnya pada Isnin sebagai respon kepada satu soalan dari pembacanya.

Fatwa itu menyebut "Tidak salah menggunakan talian jika jiran kamu membenarkan, tetapi jika mereka tidak mengizinkan, kamu tidak boleh mengguna talian itu".

Jabatan Hal-Ehwal Islam dan Aktiviti Amal (IACAD) Dubai menjawab pelbagai jawapan secara online termasuklah dari sembahnya dan hal-hal keagamaan serta isu-isu moden seperti pembedahan plastik dan memuat turun movie secara haram. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 17, 2016 7:59 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dr. Zakir Naik Jelaskan Mengapa Daging Babi Haram Pada Doktor Jepun
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

Momoko: Selamat malam. Namaku Momoko Suzuki. Aku berkerja sebagai seorang doktor dan telah menjalani pengajian perubatan. Hari aku ingin menjadi Muslim dan mengucapkan dua kalimah syahadat.

(Para penonton bertepuk tangan dan melaungkan takbir!)

Mamoko: Ah, maaf. Sebelum ini aku ingin bertanya kenapa babi diharamkan dalam Islam?

Dr. Zakir Naik: Babi diharamkan dalam Quran tidak kurang dalam 3 ayat. Diharamkan disebutkan di surat Ma'idah [5]: 3, di surat Al-Baqarah [2]: 173, di surat An'am [6]: 145, dan surat An-Nahl [60]: 150. Allah berfirman dalam Quran "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah." (Qs. Al-Baqarah [2]: 173). Babi juga diharamkan dalam Bible, di kitab Ulangan 14: 8, di kitab Yesaya [65]: 5, dan juga kitab Imamat [11]: 7-8.

Mari kita bahas alasan logik, sebab saintifik kenapa babi diharamkan. Ilmu sains memberitahu kita bahawa jika kita makan babi, ada kemungkinan akan terdedah kepada kira-kira 70 macam parasit, di antaranya cacing pita, cacing tambang, pinworms, semuanya ada! Sebagai seorang doktor, tentunya kau pasti telah belajar di kuliah kedokteranmu, ada cacing yang dikenali sebagai tinia solium (cacing pita). Bahkan jika kau memasak daging babinya dengan baik, telur cacing ini tetap tidak akan mati. Jika telur cacing ini masuk ke dalam aliran darah, ia boleh terbawa hingga ke otak kamu dan menyebabkan kerosakan otak, ia juga boleh masuk ke mata dan menyebabkan buta, ia juga boleh masuk ke jantung dan menyebabkan kerosakan jantung, dan juga boleh masuk ke hati dan menyebabkan kerosakan hati. Pada saat kau sedar bahawa kau dijangkiti oleh cacing ini, telah berlaku kerosakan yang tidak boleh diubati. Jadi ini sangat berbahaya. Ada satu lagi parasit yang dikenali dengan nama trichura tichurasis. Ini adalah cacing yang ada dalam tubuh manusia dan menyebabkan kerosakan.

Di zaman sekarang sains juga memberitahu kita bahawa daging babi mempunyai kandungan lemak lebih banyak berbanding dagingnya. Dan oleh itu kita boleh diserang aterosklerosis (radang pembuluh darah). Ketika kau diserang penyakit ini, artinya lemak dalam daging babi itu telah menyumbat pembuluh darah kamu. Selain itu kau juga boleh terkena hipertensi (darah tinggi) kerana memakan daging babi. Dan itulah sebab orang yang makan babi punya banyak lipatan perut kerana mereka punya banyak lemak.

Sains juga memberitahu kita bahawa babi tinggal di tempat kotor dan suka memakan najis. Ia adalah binatang yang menjijikkan. Dan babi adalah satu-satunya binatang yang suka melihat temannya melakukan seks dengan babi lain. Babi adalah binatang yang paling tidak tahu malu di muka bumi ini. Inilah sebab kenapa kami sebagai Muslim tidak makan babi.

Mamoko: Aku mengerti, terima kasih banyak.
Dr. Zakir Naik: Insya Allah, mudah-mudahan semenjak sekarang kau tidak akan makan babi lagi.
Mamoko: Aku tidak mau makan babi.
Dr. Zakir Naik: Masya Allah, sangat bagus.
Dr. Zakir Naik: Saudari, apakah kau percaya Tuhan hanya satu?
Mamoko: Ya.
Dr. Zakir Naik: Apa kau percaya Nabi Muhammad adalah nabi Tuhan?
Mamoko: Ya.
Dr. Zakir Naik: Apakah ada yang memaksa kamu untuk masuk Islam?
Mamoko: Tidak.
Dr. Zakir Naik: Kau melakukannya kerana keinginan sendiri? Masya Allah. Aku akan mengucapkan Arabnya, dan kau boleh mengulanginya.
(Kemudian Dr. Zakir Naik menuntun Mamoko untuk mengucapkan syahadat)
Dr. Zakir Naik: Masya Allah kau telah menjadi Muslim.
Mamoko: Terima kasih banyak.
Dr. Zakir Naik: Insya Allah aku berdoa kepada Allah s.w.t semoga Dia memberi lebih banyak hidayah, dan semoga Dia memasukkanmu ke dalam syurga. Dan semoga Allah s.w.t membawa ahli keluarga, kawan-kawan, dan beribu-ribu orang Jepun lain untuk masuk Islam, insya Allah.

sumber http://www.lampuislam.org/

Parasit Daging Babi Masuk ke Otak Manusia
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

Para doktor mengatakan bahawa penyakit-penyakit "cacing pita"
merupakan penyakit sangat berbahaya
yang berlaku melalui penggunaan daging babi.
Ia berkembang di bahagian usus 12 jari di tubuh manusia,
dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa.
Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar 1000 ekor
dengan panjang antara 4 - 10 meter, dan terus hidup di tubuh manusia
dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).
♦♦♦
Para doktor Amerika berhasil mengeluarkan cacing yang berkembang di otak seorang perempuan, setelah beberapa waktu mengalami gangguan kesihatan yang ia rasakan setelah mengambil makanan khas Mexico yang terkenal berupa daging babi, hamburger (ham = babi, sebab aslinya, hamburger adalah dari daging babi, dan ketika dipasarkan di negara muslim diganti dengan daging lembu -pent).

Sang perempuan menegaskan bahawa dirinya merasa berpenat-penat (letih) selama 3 minggu selepas makan daging babi. Dan para doktor di rumah sakit "May Clinics" di negara bahagian "Arizona" telah melakukan pembedahan terhadapnya di rumah sakit tersebut setelah mereka berjaya mengetahui "adanya rasa sakit" di bahagian otak kerana adanya cacing yang tumbuh di dalamnya.

Dan akhirnya para doktor memberitahu bahawa mereka harus melakukan pembedahan secepat mungkin untuk boleh mengubati sang perempuan tersebut.

Para doktor menegaskan bahawa makanan daging babi yang terkenal itu telah dimakan oleh sang perempuan AS di Mexico, dan mengandung cacing yang dikenali dengan nama "taenia solium" iaitu cacing yang masuk ke dalam tubuh manusia dari jalan makanan yang tidak sempurna apabila dimasak.

Josef Seirphin, salah seorang doktor perempuan di rumah sakit tersebut menjelaskan bahawa telur cacing melekat pada dinding usus pada tubuh sang perempuan tersebut, kemudian bergerak bersamaan dengan peredaran darah sampai ke hujungnya, iaitu otak. Dan ketika cacing itu sampai di otak, maka ia menyebabkan sakit yang ringan pada awalnya, hingga akhirnya mati dan tidak boleh keluar darinya. Hal ini menyebabkan dis-fungsi yang sangat keras pada susunan organ di kawasan yang mengelilingi cacing itu di otak.

Down Piesira mengatakan, "Sesungguhnya pendapat yang mengatakan adanya cacing di dalam otak terasa sangat asing .... sangat mengejutkan sekali apabila aku mendapati mereka merasakan sakit di bahagian otaknya, dan keluarlah cacing dari otaknya. Kejadian ini adalah kejadian besar yang menyakitkan."

Akhirnya, sang perempuan menerima untuk dibedah --kejadian ini terjadi pada April 2001-- dalam masa 6 jam berturut-turut untuk mengeluarkan cacing yang ada di dalam otak kepalanya. Dan para doktor melakukan pembiusan tempatan, dimana sang perempuan harus dalam keadaan sedar dan boleh berfikir ketika dibedah, sebab hal itu dilakukan diorgan yang sangat penting, iaitu otak; dan harus diajak bicara selama operasi sehingga operasi itu tidak membawa kesan sampingan sedikitpun terhadap otak perempuan itu.

Pada akhirnya, para doktor mendapati satu ekor cacing yang sudah rosak dan mengeluarkannya tanpa ada satu kesan negatif pun.

Josef Seirphin, doktor perempuan yang mengetuai rawatannya, berkata, "Ini adalah kejadian yang sangat beruntung, sebab kami belum pernah menemui di otaknya selain daripada cacing saja."

Josef Seirphin pun kini bergegas mengubatinya. Dan para doktor menegaskan bahawa mereka memerlukan masa untuk memantau kesihatannya untuk mengembalikan kesihatannya selama 6 bulan. Dan hal itu sehingga kini masih menyebabkan sang wanita mengalami gejala aneh dan kesulitan lain.
♦♦♦

Seorang wanita di Inggeris harus menjalani pembedahan kecemasan kerana otaknya dipenuhi oleh cacing pita. Cacing pita tersebut diketahui menyebabkan kerosakan kekal pada otak.

Suki-Jane Taylor, 42 tahun, diketahui menderita neurosysticercosis, penyakit yang disebabkan serangan cacing pita pada sistem saraf. Diketahui bahawa Taylor dijangkiti cacing pita pada daging babi pada tahun 2009.

Akibat serangan cacing pita pada otaknya, saat ini Taylor mengalami beberapa penyakit seperi epilepsi, gangguan penglihatan, dan gangguan keseimbangan.
Kerosakan pada sistem saraf mulai berlaku setelah Taylor secara tak sengaja menelan telur cacing pita dan larva dari daging babi. Otak dan larva ini kemudian dibawa ke otak.

Di sana mereka membentuk kista. Ketika cacing pita akan mati, mereka menyebabkan pembengkakan pada saluran darah dan tisu di otak.

Taylor segera dilarikan ke rumah sakit dan menjalani pembedahan untuk menghilangkan kista yang ada dalam otaknya.

"Mereka langsung mengeluarkannya dari otakku. Kista itu terbentuk tepat di atas tulang belakang, di bahagian belakang otakku," jelas Taylor, seperti dilansir oleh Nine MSN (21/09).
♦♦♦

Penyakit-penyakit Daging Babi
Para doktor mengesahkan bahawa penyakit-penyakit "cacing pita" merupakan penyakit yang sangat berbahaya yang terjadi melalui penggunaan daging babi. Ia berkembang di bahagian usus 12 jari di tubuh manusia, dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa. Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar 1000 ekor dengan panjang antara 4 - 10 meter, dan terus hidup di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).

Apabila seseorang mengambil daging babi, maka larva yang ada di dalamnya akan menjadi cacing dalam perut manusia. Cacing ini akan menyebabkan seseorang merasa lemah, letih. Dan kekurangan vitamin B-12 yang menyebabkan berlakunya kekurangan darah, kadang-kadang boleh menyebabkan munculnya penyakit pada saraf otak, semisal dis-fungsi saraf pusat.

Larva-larva pada sebahagian keadaan boleh mencapai otak dan menyebabkan berlakunya "sawan" atau naiknya tekanan dalam saraf, pusing yang sangat, atau bahkan boleh menyebabkan lumpuh.

Dan mengambil daging babi yang tidak sempurna di masak juga menyebabkan adanya cacing rambut. Ketika cacing ini sampai di usus 12 jari, maka akan keluar larva yang sangat banyak selepas 4 atau 5 hari dan kemudian masuk ke dalam dinding lambung. Kemudian ia masuk ke dalam darah, kemudian masuk ke sebahagian besar jaringan organ tubuh.

Larva kemudian berjalan sendi dan menjadi besar Maka orang tersebut akan mengalami sakit seperti sakit otot yang sangat. Kadang-kadang penyakit itu berkembang hingga terjadi dis-fungsi kerja otak, dis-fungsi otot jantung dan paru-paru, buah pinggang, saraf pusat. Dan kadang-kadang penyakit ini boleh menyebabkan kematian, dan ini kecil peratus ini.

Maha benar Allah yang telah berfirman:
Hanya saja diharamkan atas kamu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disembelih untuk selain Allah. Maka siapa yang dalam keadaan terpaksa sedangkan ia tidak menginginkannya lagi tidak melampaui batas, maka tidak ada dosa atasnya. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Q.S. Al-Baqarah: 173)

*sumber http://www.jurnalhajiumroh.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 17, 2016 7:59 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Kalau Beginilah Caranya Polis Trafik 'Tembak' Ikut Suka Hati… Kayalah!"
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

SEORANG pengguna Facebook, Muhammad Affandi Azmi, 27, meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ekoran mengenakan saman padanya di atas kesalahan yang tidak dilakukan.

Menerusi pautan yang dimuat naik di halaman Facebooknya, Affandi menyatakan dia telah didakwa memandu secara laju melebihi had laju ditetapkan pada 7 Februari 2016 di KM70 Jalan Alor Setar – Butterworth, dan atas kesalahan itu juga, dia telah dikenakan saman sebanyak RM150.

Terkejut dengan saman yang diterima, pada 29 Februari lalu, Affandi telah pergi ke Ibu Pejabat Balai Trafik Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah bagi membuat semakan semula dan mendapati kereta yang disaman adalah kereta yang berlainan daripada kereta yang dimilikinya.

Malah, nombor pendaftaran kenderaan yang disaman juga ternyata jauh berbeza dari nombor pendaftaran kereta Perodua Viva miliknya.

"Gambar kenderaan yang dirakam oleh pihak trafik Kuala Muda pada 7 Februari 2016 itu bukan milik saya. Nombor pendaftaran yang ditunjukkan dalam gambar adalah PKR 4209, tetapi bukan nombor pendaftaran saya, PKY 2309.

"Selain itu, kenderaan dan warna kenderaan yang ditunjukkan dalam gambar itu adalah kenderaan jenama yang berlainan," katanya dalam surat rayuan meminta pembatalan notis saman yang dihantar pada Ketua Polis Daerah Kuala Muda pada 29 Februari lalu.

Bagaimanapun, maklum balas yang diberikan oleh balai berkenaan amat mengejutkan.

"Rayuan tidak diterima dan dikehendaki membayar mengikut kadar dalam sistem. Pembayaran saman boleh dibuat di mana-mana Kaunter Trafik yang berdekatan," kata surat maklum balas itu.

Bagaimanapun, maklum balas yang diberikan oleh balai berkenaan amat mengejutkan.

"Rayuan tidak diterima dan dikehendaki membayar mengikut kadar dalam sistem. Pembayaran saman boleh dibuat di mana-mana Kaunter Trafik yang berdekatan," kata surat maklum balas itu.

Memandangkan tiada cara lagi untuk pertahankan diri, Affandi memuat naik segala bukti termasuk surat dari balai berkenaan di laman Facebooknya yang sehingga kini,posting tersebut mendapat perkongsian lebih 1,300 di laman sosial sama.

"Tak tahu nak kata apa dah. Buang masa, buang duit. Kalian nilaikanlah sendiri. Dah buat rayuan, siap dengan bukti pun kena juga. Kalau beginilah caranya, 'tembak' ikut suka, kayalah jawabnya. Orang yang tak bersalah dihukum," kata Affandi.-MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 17, 2016 8:00 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kerajaan Bakal Haramkan Motosikal Guna Lorong Kanan
siakapkeli.my

Pihak kerajaan dilaporakan akan meminta penguatkuasa trafik untuk mengharamkan penunggang motosikal menggunakan lorong kanan atau lorong memotong, lapor The Sun Daily.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Azizi Kaprawi berkata, adalah tidak mustahil penguatkuasaan undang-undang memperkenalkan dan mewajibkan penggunaan vest pantul-cahaya diperkenalkan di masa hadapan.

"Ia sepatutnya dikuat-kuasakan secepat mungkin untuk mengurangkan kadar kemalangan dikalangan penunggang motosikal."

"Motosikal tak sepatutnya berada di lorong kanan atau lorong laju," ujar beliau.

Menurut Aziz lagi, penunggang motosikal masih mengabaikan undang-undang itu tanpa memikirkan keselamatan mereka, di mana hanya Malaysia tinggal menjadi negara di dalam Asean yang tidak mematuhi undang-undang mengharamkan motosikal di laluan kanan di lebuhraya.

"Pihak kementerian akan berbincang dengan polis trafik cara terbaik untuk memperkenalkan undang-undang ini. Dalam tahun 2015, seramai 4,203 penunggang motosikal mati di dalam kemalangan."

"Jumlah tersebut ialah 62 peratus dari jumlah kematian keseluruhan akibat kemalangan jalanraya pada tahun tersebut, atau 6,706 kematian. Ia menunjukkan peningkatan seramai 32 kematian berbanding dengan tahun 2014."

"Penunggang motosikal perlu harus berfikir akan keselamatan mereka. Mereka sepatutnya mudah dilihat di atas jalanraya. Kami sedang merangka program-program sokongan untuk menggalakan penunggang motosikal memakai jaket pantul-cahaya atau berwarna cerah," tambah beliau.

Sementara itu, portal careta.my menyatakan sokongan dengan usaha kerajaan ini tetapi meminta supaya kementerian pengangkutan mengkaji kembali pembatallan pengenalan subjek keselamatan lalu-lintas di sekolah-sekolah yang sepatutnya dilakukan tahun ini.

Portal berkenaan turut meminta supaya lorong-lorong motosikal juga harus dipertingkatkan keselamatan, kementerian wajar berbincang dengan pihak Miros untuk melakukan kajian lokasi kemalangan maut penunggang motosikal dan melihat adakah majoriti kemalangan tersebut berlaku di lebuhraya atau di jalan persekutuan atau jalan bandar.

Menurut mereka, negara Asean lain tidak mempunyai lebuhraya sebanyak di Malaysia, malah di bandar Kuala Lumpur sahaja, jumlah lebuhraya bertol lebih banyak dari kesemua lebuhraya bertol di dalam Thailand.

"Jika keselamatan menjadi objektif utama, mungkin pembinaan lorong bermotosikal akan lebih berkesan kerana lorong perlahan dipenuhi dengan kenderaan berat bergerak perlahan dan ini akan menyebabkan motosikal terpaksa memotong dengan lebih kerap, lalu menaikkan risiko kemalangan."

"Malaysia juga ialah pasaran superbike terbesar di Asean berbanding dengan negara lain, dan undang-undang melarang motosikal berada di laluan laju mungkin akan memberi kesan terhadap penjualan motosikal berenjin kapasiti tinggi," tulis portal berkenaan.- Siakapkeli.my

Lebuhraya JELAS bakal dibina mulai 2016 & dijangka beroperasi pada 2018
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Kerja-kerja pembinaan projek Lebuhraya Jelapang-Selama-Batu Kawan (JELAS) dijangka bakal bermula bulan hadapan dan disasarkan siap sepenuhnya pada 2018, menurut laporan The Star.
Projek lebuhraya yang bernilai RM4.6 bilion ini akan dimulakan dari Lebuhraya Utara-Selatan di Meru Raya dan dihubungkan ke Lebuhraya Utara Selatan di Batu Kawan.

Jajaran sepanjang 116 km ini akan dilengkapi dengan tiga lorong bagi setiap arah utara dan selatan. Menariknya, sepanjang lebuhraya ini akan diletakkan pencahayaan jalanan LED yang dikuasakan oleh solar.
Selain itu, lebuhraya ini juga akan memiliki terowong sepanjang tiga km yang melalui Gunung Bintang, yang dilaporkan sebagai terowong terpanjang dibina di Asia.
Lebuhraya JELAS ini bermula daripada Jelapang di Daerah Kinta, Perak Darul Ridzuan, dan melalui Klebang, Karai, Kati, sebuah terowong baru iaitu Terowong Bintang, Selama, Serdang di Kedah Darul Aman dan terakhirnya berhenti di Lebuhraya Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Beta Mutiara Corp (BMC), Tan Sri Bahadon Haji Ariffin, "Kami jangka akan memulakan operasi membina lebuhraya ini pada minggu pertama tahun 2016 selepas pelancaran projek ini. Buat masa ini, kami sedang menantikan kelulusan akhir dari Unit Kerjasama Awam-Swasta di bawah Jabatan Perdana Menteri."
Beliau turut menyebut, perjanjian akan ditandatangani dengan pihak kerajaan untuk menentuukan kadar konsesi tetap untuk 50 tahun pertama. Walau bagaimana pun, kadar tersebut belum ditetapkan lagi. Ini bermakna tiada kenaikan kadar untuk tempoh jangka masa lima dekad pertama.
Dengan adanya Lebuhraya JELAS, ia dapat membantu mengurangkan kesesakan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan terutamanya pada hujung minggu atau musim cuti.

Mahalnya Kos Buat Jalan
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot.
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua...

Tanjung Karang ke Sabak Bernam tu gua tak sempat nak kira jarak dia... Tapi harga kerja naiktaraf jalan tu yang di menangi oleh Mangkubumi Sdn Bhd sebanyak RM668.8 juta tu pada gua agak mahal lar....

Tak boleh murah lagi ke?

Kalo ada sesiapa yang rajin boleh la semak kompeni siapa yang dapat projek ni... Ader tak kena mengena ngan Noh Omar...

Adakah ianya ada kaitan dengan Azmin Ali?

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2016/03/mahalnya-kos-buat-jalan.html#ixzz41qgYeMca

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 17, 2016 8:00 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pasti Ramai Yang Tak Tahu Hacks Dan Sunquick Malaysia Dimiliki Ahli Perniagaan Islam
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Sekirnya disebut nama Datuk Seri Barkath Ali Abu Backer, mungkin ramai yang terlopong mulut menggeleng-gelengkan kepada menyatakan tidak kenal pada pemilik nama tersebut.

Namun jika kami sebut jenama "Hacks" dan "Sunquick";, kami yakin bahawa boleh dikatakan semua rakyat Malaysia tahu tentang gula-gula dan jus oren yang kini dipelbagaikan perisa yang sememangnya terkenal di negara kita.

Sebenarnya, tokoh perniagaan India Muslim yang disebut nama di atas itulah pengasas, pemilik dan individu yang bertanggungjawab menghasilkan gula-gula jenama Hacks dan jus oren Sunquick.

Syahril A Kadir

Menurut bekas wartawan terkenal, Syahril A Kadir, asal-usul empayar Hacks bermula di era arwah bapa Barkath, Allahyarham Haji Abu Backer yang pada ketika itu telah membuka sebuah kedai runcit yang agak kecil, Barkath Stores, di Pulau Pinang.

"Pada era 50'an, gula-gula Hacks yang diimport dari England mendapat sambutan yang cukup hebat di sini. Lalu arwah Haji Abu Backer menghubungi syarikat itu di England dan menyakinkan mereka yang beliau mampu menjadi ejen tunggal gula-gula itu.

"Disebabkan kesungguhan beliau, pembuat Hacks, White Hudson Pte Ltd bersetuju dan melantik arwah sebagai ejen tunggal Hacks untuk Malaya dan Singapura," jelas Syahril.

Namun pada sekitar tahun 1965, dikatakan akibat kelewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan juga akibat cukai yang tinggi serta persaingan harga, arwah telah meminta White Hudson Pte Ltd, supaya berkongsi niaga dengan pihaknya untuk menghasilkan gula-gula Hacks di Malaysia.

"Lalu arwah menghantar anak lelakinya itu iaitu Datuk Seri Barkath ke England semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik penghasilan dan pemasaran Hacks. Setahun kemudian, beliau telah kembali ke Malaysia dan dengan jayanya melancarkan syarikat Hacks Malaysia Sdn Bhd.

"Dalam masa yang masa, Barkath Stores telah menjadi pengedar untuk minuman oren Sunquick yang dibuat oleh syarikat Denmark, Co-Ro Food A/S dan memasarkannya di dalam lebih daripada 80 negara di seluruh dunia. Sekarang ini Sunquick pun mereka dah hasilkan sendiri!," jelas Syahril.

Syahril turut memaklumkan bahawa Barkath telah diwawancara secara eksklusif oleh rakannya, Nazira Nazir dan bakal disiarkan di kaca televisyen esok menerusi RTM2.

Katanya, meskipun rancangan yang akan tersiar pada jam 11 pagi itu adalah berbahasa Tamil, namun ia mempunyai "subtitle"; bagi mereka yang tidak tahu bahasa berkenaan. -Kedahnews.com

SUMBER

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Apr 17, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Sunday, 17 April 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: