8 Messages
Digest #4469
Messages
Wed Apr 20, 2016 8:06 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Tiada Apa-apa Yang Hendak Mueller Pulihkan Kata Bekas Pengarah Urusan MAS
bloglist-malaysia.
darisungaiderhaka.
Posted by Anak Sungai Derhaka
Peletakan jawatan Christoph Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB) tidak akan mendatangkan masalah kepada syarikat penerbangan itu.
Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines System Berhad (MAS), Tan Sri Abdul Aziz Abd. Rahman berkata, sebenarnya tidak ada apa-apa yang hendak dipulihkan oleh Mueller kerana MAB syarikat baru.
Beliau bukan mengepalai MAS yang memang diketahui mengalami masalah kewangan.
"Jadi selama ini apakah tugas Mueller. Khazanah Nasional (Khazanah) kata tugas mula untuk memulihkan MAS. Hakikatnya mana ada MAS sebab sudah ditutup.
"Yang ada MAB, sebuah syarikat baru. Syarikat baru hendak pulih apa, masalah pun tidak ada kerana memang sudah sedia ada kakitangan, kapal terbang dan laluan penerbangan. Inilah Khazanah patut jelaskan dari awal lagi," katanya yang mengulas pelepasan Mueller dari MAB mulai September ini.
Kalau semata-mata hendak menerajui sebuah syarikat baru, Khazanah tidak perlu pun mengambil orang luar kalau pengambilan tersebut semata-mata mahu membuang 6,000 orang kakitangan MAS.
Abdul Aziz yang tidak terkejut dengan berita peletakan jawatan itu berkata, pelantikan Mueller tidak memberi impak kerana konsep pemulihan yang diperbesar-besarkan selama ini tidak berlaku.
Keuntungan MAB yang diumumkan baru-baru ini pun bukan luar biasa kerana kebanyakan syarikat penerbangan yang rugi sebelum ini pun merekodkan prestasi baik disebabkan penurunan harga minyak dan bagi MAB pula kerana ia syarikat baru.
"Apa yang saya nampak pemulihan yang didakwa selama ini hanya memberi kesusahan kepada kakitangan yang dibuang kerja kerana ada dalam kalangan mereka diberi ganjaran sepenuhnya dan ada yang tidak. Malah, kakitangan MAS yang diserapkan dalam MAB juga tidak berpuas hati apabila gaji dan elaun dikurangkan manakala kemudahan dan keistimewaan lain dihapuskan," katanya.
Secara sinis Abdul Aziz berkata, semasa MAS ditubuhkan pada tahun 1971 Malaysia tidak tahu apa pun tentang kapal terbang.
Tetapi Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bertegas syarikat penerbangan itu diterajui oleh orang Melayu dan ternyata ia berjaya dilakukan.
"Sayangnya sudah 59 tahun merdeka, kerajaan mahu syarikat penerbangan miliknya dipimpin oleh orang asing," katanya yang mendakwa Malaysia Airlines kini mempunyai 15 pekerja ekspatriat. - MalaysiaGazette
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Apr 20, 2016 8:07 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kanak-Kanak Perempuan Dilarikan Wanita Warga Indonesia Ditemui Selamat
siakapkeli.my
SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berumur yang dilaporkan hilang sejak semalam dipercayai dilarikan oleh seorang wanita warga Indonesia di SS19 telah ditemui selamat, lapor Sinar Harian.
Mangsa, Putri Nurkyra Izam Abdullah telah ditemui di masjid Al Rahman di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur kira-kira jam 9.30 malam tadi oleh seorang anak kariah.
Mereka dipercayai masuk ke masjid apabila gagal untuk menempah hotel kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Ketika ditemui mangsa kelihatan ceria namun keletihan kerana kelaparan kerana hanya mengambil sarapan pagi.
"Saya hanya makan pagi tadi (kelmarin) tapi saya ok," katanya kemudian diiringi ibu bapanya dan pegawai polis ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan kesihatan.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, ketika ditemui mengsa dilihat berlegar-legar di dalam masjid bersama suspek sebelum anak kariah berkenaan mendekati dan mengecam wajah kanak-kanak itu seperti yang dilaporkan hilang di media.
Menurut Azlin, pihak polis Jalan Pantai yang dihubungi telah berjaya memberkas suspek manakala kanak-kanak itu dibawa pulang ke pangkuan keluarganya.
Berdasarkan pemeriksaan, tiada sebarang kecederaan yang ditemui pada tubuh badan mangsa, hasil siasatan awal mangsa didapati rela mengikut suspek.
"Suspek tidak melawan ketika ditahan, polis akan siasat kes ini sebagai penculikan,"katanya.
Sebelum ini, keluarga berkenaan dilaporkan telah berbesar hati menumpangkan wanita warga Indonesia berkenaan bermalam dirumah mereka namun ianya berakhir dengan malan apabila seorang daripada anak keluarga itu hilang dipercayai dilarikan suspek. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Apr 20, 2016 8:07 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Nota Terakhir Nuri Sebelum Pergi Selamanya, Nyatakan Kerinduan Terhadap Bapa
siakapkeli.my
Semalam, warga netizen dan rakyat Malaysia yang lain telah dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak darjah satu, iaitu Nuri Nadirah Ruslan yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1 yang meninggal dunia selepas dipatuk ular.
Jenazah arwah Nuri telah selamat dikebumikan kira-kira jam 9.45 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Che Latiff selepas ditangguhkan semalam akibat sedikit masalah tidak dapat dielakkan.
Pemergian Nuri ternyata membuatkan ramai netizen bersedih dan ramai antara mereka mengikuti perkembangan kisah arwah.
Hari ini, telah tampil di laman Facebook, bapa arwah, Encik Ruslan Gazali telah memuatnaik gambar arwah Nuri dan sekeping nota terakhir yang ditulis oleh Nuri di mana arwah menyatakan kerinduan terhadap bapanya yang dikatakan berada jauh dari mereka iaitu di Kuantan, Pahang.
Nota berkenaan ternyata membuatkan hati ramai netizen terasa pilu dengan luahan kerinduan arwah kepada bapanya itu.
Selain itu, Encik Ruslan turut menyertakan cerita sebenar yang terjadi mengenai khabar angin yang heboh disebarkan di media sosial semalam, beliau juga membuat permintaan kepada pengguna media sosial selain meluahkan rasa sedih dengan pemergian anak sulungnya itu.
Jom baca apa yang ditulis oleh Encik Ruslan
Semoga arwah Nuri tenang disana dan sentiasa dirahmatiNya, Kami dari team Siakapkeli mengucapkan takziah kepada Encik Ruslan dan keluarga. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Apr 20, 2016 8:08 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
5 Orang Penuntut UMK Terjatuh Dalam Gaung Ketika Selfie Di Bukit Kluang
siakapkeli.my
JERTIH: Seramai lima orang pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menyertai aktiviti pendakian Bukit Kluang bersama 20 orang rakan lain dilaporkan telah terjatuh ke dalam gaung ketika hendak mengambil gambar selfie, lapor Berita Harian.
Pelajar berkenaan yang terdiri dari dua orang lelaki dan tiga orang perempuan berumur lingkungan 20 tahun dikatakan telah mula mendaki bukit tersebut ketika jam 1 tengah hari.
Bagaimanpun lima daripada mereka telah cuba mengambil gambar selfie di tepi gaung dikatakan telah tergelincir ke dalam gaung berkenaan sedalam sedalam 24 meter.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Mohd Zailani Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 1.15 tengah hari dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Raja bergegas ke lokasi kejadian.
"Hingga petang ini, dua daripada pelajar terbabit, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berjaya dibawa naik. Bomba masih berusaha membawa keluar tiga lagi pelajar dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). "Keadaan gaung yang dalam menyukarkan kerja menyelamat mangsa," katanya. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Apr 20, 2016 8:08 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Penuntut Berputih Mata BB1M Bernilai RM30,000 Dilarikan 'Achong
siakapkeli.my
SHAH ALAM, 20 April - Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam berputih mata apabila Baucar Buku 1Malasia (BB1M) yang bernilai RM30,000 dilarikan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Achong
Difahamkan pelajar tersebut menyerahkan baucar-baucar buku itu untuk ditukarkan kepada wang tunai.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat, mangsa yang berusia 22 tahun itu membuat laporan polis setelah menyedari dia ditipu.
"Penuntut lelaki ini menjadi orang tengah antara rakan-rakan yang berhasrat untuk menukar baucar buku diberi kepada mereka kepada wang tunai.
"Mangsa bertemu dengan seorang lelaki dikenali sebagai 'Achong
Tambah beliau lagi, ketika urusan jual beli, penuntut tersebut didatangi dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis yang kononnya cuba menahan mangsa kerana dikatakan menyalah guna baucar berkenaan.
Katanya dua lelaki terbabit yang memakai baju putih berlogo polis kemudian menunjukkan sepasang gari kepada mangsa sebelum 'Achong
"Bertindak atas maklumat daripada mangsa, polis berjaya menjejaki tujuh lelaki berumur lingkungan 17 hingga 40 tahun di beberapa lokasi sekitar Shah Alam pada 4 April lepas," katanya.
Shafien berkata penahanan kesemua suspek itu turut membawa kepada penemuan dua helai baju putih berlogo polis dan gari yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.
"Suspek-
Beliau berkata kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 170 dan 384 Kanun Keseksaan. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Apr 20, 2016 8:09 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Tiada Rumah, Tiga Sekeluarga 'Menetap' Dalam Kereta
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
IPOH: Tiga sekeluarga berdepan nasib malang apabila mereka tidak mempunyai pilihan melainkan menjalani kehidupan dalam sebuah kereta di sekitar Kampar dekat sini sejak dua bulan lalu.
Keadaan lebih buruk apabila R. Rengaya, 51, seorang penjual bunga baru-baru ini telah menjalani pembedahan jantung dan buah pinggang, manakala isterinya N. Karnagi, 44, lumpuh dari paras pinggang ke bawah.
Rengaya berkata keluarganya terpaksa meninggalkan rumah sewa mereka di Taman Kinta, Gopeng, pada awal Mac kerana mereka tidak mampu membayar sewa.
Anak lelakinya yang berusia tujuh tahun telah berhenti sekolah sejak bulan lepas.
"Saya pernah menjual bunga di tepi jalan tetapi selepas diberitahu untuk meninggalkan rumah yang disewa, saya tidak mampu untuk berniaga lagi," katanya.
Walaupun menerima bantuan RM350 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, ia tidak cukup untuk perbelanjaan rumah dan perubatan.
Keluarga ini telah menjalani hidup berpindah-randah dengan sebuah kereta Honda Civic biru tahun 1973 dengan bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain untuk mencari rumah baharu dan bantuan kewangan.
"Saya bergerak di kawasan sekitar dan berhenti di kira-kira 30 kawasan antara Lawan Kuda, Gopeng dan Jelapang.
"Kami mandi di kuil, meminta sedekah untuk wang petrol dan juga mencari tempat tinggal," katanya pada sidang akhbar yang diadakan oleh Ketua Pusat Khidmat Dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah, Selasa.
Rengaya berkata, rumah yang disewa di Gopeng terlalu usang untuk didiami dan telah dinasihatkan oleh pemilik untuk mencari rumah lain.
"Tempat itu dipenuhi dengan anai-anai. Rumah itu juga tidak mempunyai tandas, "katanya.
"Saya telah cuba mencari rumah lain tetapi sewanya sangat tinggi.
"Ada kawan-kawan saya telah mempelawa kami tinggal bersama mereka tetapi kami tidak boleh berbuat demikian untuk tempoh yang panjang. Adalah lebih baik untuk kami mempunyai rumah sendiri, "katanya.
Rengaya adalah seorang pesakit jantung, manakala isterinya lumpuh dari pinggang ke bawah akibat melecur terkena air panas ketika berusia 18 tahun.
"Doktor kata saya boleh 'pergi' bila-bila masa. Saya hanya mahu keluarga saya mempunyai rumah jika saya meninggal dunia," katanya.
"Saya juga telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang di India lebih dari setahun yang lalu," katanya, sambil menambah ia telah dibiayai oleh sumbangan orang ramai.
Sementara itu, Mohd Rawi berkata beliau akan cuba untuk mendapatkan unit di rumah pangsa untuk Rengaiya dan keluarganya di Ashby Road di sini.
Sesiapa yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Mohd Rawi di 016-554 6655 atau 019-516 8328.
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/04/tiada-rumah-tiga-sekeluarga-menetap.html#ixzz46NP01O6u
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Apr 20, 2016 8:09 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Ramai Tidak Tahu Sebenarnya Ada Tabung Bantuan Untuk Mangsa Diserang Binatang Buas
siakapkeli.my
Tabung bantuan untuk mangsa yang diserang binatang buas, mungkin ramai yang tidak pernah dengar, termasukkanlah admin sendiri yang tidak tahu akan kewujudan tabung ini.
Mengenai tabung bantuan untuk mangsa diserang binatang buas ini telah diulas oleh Bekas Wartawan Kanan Kumpulan Utusan, Syahril A. Kadir di laman facebooknya.
Beliau meminta orang ramai supaya menyebarkan perkara ini, menurutnya jika diserang binatang buas, pihak waris boleh menuntut bantuan berkenaan di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Jom kita baca penulisan beliau.
Aku sangat bersimpati terhadap kejadian yang menimpa adik Nuri yg dipatuk ular hingga meninggal dunia di Kota Bharu semalam.Apa yang aku nak bagitahu kat sini, sebenarnya ramai orang tidak tahu mangsa/waris serangan binatang buas ini boleh memohon bantuan menerusi tabung khas yang dikenali sebagai Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
So far aku difahamkan kes paling banyak menerima bantuan adalah membabitkan serangan ular, buaya, babi hutan dan beruang. Liputan tabung itu juga dah diperluas kepada serangan haiwan akuatik seperti ikan pari dan obor-obor.
Kadar bantuan berdasarkan kepada tahap kecederaan yang dialami mangsa dengan kadar maksimum RM20,000 bagi mangsa yang meninggal dunia, koma atau hilang upaya kekal. Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.
Tabung yang diluluskan Kabinet pada 2004 itu diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) manakala Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertanggungjawab menyediakan laporan terperinci kes untuk dijadikan asas permohonan bantuan.
Antara binatang yang melayakkan mangsa menerima bantuan ialah gajah, seladang, babi hutan, beruang, harimau, ular sawa, ular-ular berbisa dan primat (beruk, kera, siamang, ungka, lotong dan kongkang).
So aku dah bagitau ni tolong-tolonglah SEBARKAN. Betul, wang tak boleh ganti nyawa tapi at least boleh ringankan beban keluarga mangsa. Jadi kalau anda atau ahli keluarga anda kena serangan sebegini, pergi terus pejabat JKM terdekat untuk mohon bantuan!
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Wed Apr 20, 2016 8:10 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Gadis buat aksi 'Superman' dikritik pengguna internet
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai
Aksi seorang wanita menunggang sebuah motosikal sambil membuat aksi 'Superman' kini viral di media sosial.
Rakaman video berkenaan yang dimuatnaik sendiri wanita itu di laman Facebooknya, dikongsi lebih 5,000 kali dan mendapat lebih 1,000 komen.
Dalam video hampir dua minit itu, wanita itu menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ, dirakam melakukan aksi berbahaya itu di sebatang jalan yang agak sibuk dengan kenderaan.
Wanita itu dilihat menunggang sambil berbaring di atas motosikalnya, sementara seseorang merakam adegan itu dari sebuah kenderaan lain.
Rakaman itu kemudian mendapat pelbagai reaksi dan komen negatif daripada netizen yang rata-ratanya menyifatkan ia bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.
Antaranya Muhammad Safuan yang mengingatkan wanita itu bahawa aksinya menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.
"Saya tahu akak hebat, simpan sikit kehebatan tu jadi superwoman. Akak jangan payung sangat nanti surat cinta sampai dari mahkamah bikin onar mahu 5k atau 3 bulan penjara. Ni dikira bukti ni, lagi-lagi bukti kukuh nampak nombor plat bagai," tulisnya.
Achik Hasbullah pula berkata "Satu je nak kata. Kalau betul nak tunjuk bakat kenapa tak guna jalan yang betul.Kena cara orang puji tak kena cara org keji. Lumrah.. bangsa lain pun tak buat benda yang kurang cerdik ni,".
Seorang lagi pengguna Facebook Aina Ichigo pula menyifatkan aksi itu sekadar untuk mendapatkan perhatian dan tidak sesuai dilakukan oleh seorang wanita, selain membahayakan nyawa.
"Kadang-kadang nak dapat perhatian dan pujian malah rasa bangga kerana mampu buat macam tu sebab kebanyakan yang buat begitu cuma lelaki je, ni perempuan pula.
"Nanti bila komen lebih-lebih kata jeles (cemburu). Tak sesuai kaum wanita buat macam ni. Kalau dah tersungkur tiada lagi yang nak dibanggakan. Bahaya dik," ujarnya.
Wanita berkenaan yang menggunakan namanya Angah Ayu di Facebook, bagaimanapun mempertahankan perbuatan berbahaya itu.
"Bukan nak bangga pun, yang kena viral aku. Muka aku, aku yang malu aku bukan kau orang pun. Yang bertudung tu nak lebih-lebih apahal. Kehebatan kau sebenarnyanya di sebalik tudung tu.
"Jangan nak sembang adab dengan aku. Kalau kau pun tak berapa nak betul atas tutup bawah buka, jangan kerja nak jaga tepi kain orang.
Malah katanya, ibu bapanya sendiri tidak pernah menghalang minatnya dan meminta mana-mana individu yang tidak berpuas hati untuk bertemu dengannya.
"Yang mana nak sekolahkan aku tu boleh sangat-sangat mari depan-depan Ipoh tempat aku duduk. Kalau jadi dekat family kau orang baru ada akai..mak bapak aku pun tak pernah halang apa aku buat..sebab mak bapak aku tau aku macam mana," ujarnya.
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/04/gadis-buat-aksi-superman-dikritik.html#ixzz46NOVcUGX
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook
Angah Ayu
18 April at 03:03 · Ipoh, Malaysia ·
Bkn nk bangga pn..yg kene viral aku..muka aku..aku yg malu aku bkn korg pn..yg bertudung tu nk lebih2 apahal..kehebatan kau sebenar ya di sebalik tudung tu..jgn nk sembang adab dgn aku..kalo ko pn xbrpa nk betul atas tutup bawah bkk..jgn keje nk jaga tepi kain org..aku xkacau life ko pn..suka hati aku la nk buat apa..aku yg up ko yg panas..org x kn ada rasa hormat dgn kita ni sebagai perempuan kalau mulut atas bawah trbukak tau x...biar jadi diri sendiri drpd menyamar sebagai syaitan bertopeng kn manusia..yg penting aku x jual maruah aku..aku jual bakat aku je..yg mana nk sekolah kn aku tu boleh sgt2 mari depan2 ipoh tempat aku duduk..kalo jadi dekat family korg baru ada akai..mak bapak aku pn xpernah halang apa aku buat..sbb mak bapak aku tau aku mcm mna..jgn sesuka hati nk kata mak aku GRO bapak aku xreti jaga ank..kalo dorg xreti jaga aku baik dorg picit hidung aku kecik2 biar mati..xyah korg nk ckp kecik2 xnk mampos dh besar nyusah kn org..aku tau apa aku buat..aku xssh kn mak bapak aku sbb aku dh pn hidup berdikari..berpijak di bumi yg nyata..berani kerana benar..jgn igt aku pakai baju xcukup kain x igt hukum hakam agama..yg suka menilai org dari luaran tu lagi teruk dan hina tau..melayu jgn nk bangga kn org luar je.support ank melayu untk terus harum kn nama negeri kita..bkn nya nk kondem org sana sini.cara kau x btl nk ckp org..bila tgk gadis luar masuk track korg x kondem plak..bila aku nk masuk track perghhhh mula la kata anak melayu bodoh la apa la..habis tu ko apa bangla ke..jgn jadi bingai serupa baby baru nk blajar berckp..kira bertuah aku x mention nama hg..panjang aku typing ni..hope bkk mata org yg kondem bangsa sendiri..jadi manusia biar tgk diri sndiri dulu..jgn nk tgk kain org hakikat nya kain sendiri koyak..
#ok comment open..
#sy akan balas 1 per 1 comment anda.
#maaf pd kwn2 sy yg bertudung tu...
#mental x koyak lagi ni..
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment