9 Messages
Digest #4476
Messages
Thu Apr 28, 2016 7:54 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
7 Cara Erdogan Bangkitkan Kembali Kejayaan Islam di Turki
bloglist-malaysia.
detikislam.blogspot
TURKI sekular lahir dari kejatuhan kesultanan Uthmaniyyah, yang menyebabkan penghapusan kekhalifahan Islam. Kemal Ataturk sebagai pengasas Turki Moden, memperkenalkan beberapa pembaharuan yang mengurangkan peranan Islam di negara itu. Madrasah ditutup, Jilbab dan pakaian keagamaan dilarang, azan dirubah dari bahasa arab ke bahasa Turki, dan penerapan undang-undang sekular lain.
Dipetik dari ilmfeed, Turki menjadi negara sekular untuk beberapa dekad, dan berterusan hingga dewasa ini. Namun berkuasanya Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dibawah pimpinan Recep Tayyip Erdogan, bekas perdana menteri yang kini menjadi Presiden Turki, memutarbalik pelbagai undang-undang yang di terapkan oleh Ataturk. Erdogan kembali membumikan Islam di Turki.
Berikut 7 langkah Erdogan mengembalikan kejayaan Islam di Turki:
1. Pembangunan Ribuan Masjid
Camlica-mosque
Menurut (The Atlantic), kira-kira 17 ribu masjid baru telah dibina oleh kerajaan Turki antara tahun 2002 hingga tahun 2013. Selain itu banyak masjid lain yang saat ini sedang dibangunkan di seluruh Turki, sejumlah masjid peninggalan era Ottoman juga tengah diperbaiki.
2. Larangan Pemakaian Hijab Dihapuskan
Hijab dilarang digunakan di sektor awam. Para guru, peguam, ahli parlimen dan setiap perempuan yang bekerja di lembaga-lembaga negara, dilarang memakainya. Dalam beberapa tahun terakhir, AKP menghapuskan larangan pemakaian hijab di sekolah-sekolah dan pelbagai institusi negara. Pada bulan November 2015, seorang hakim perempuan menggunakan hijab untuk pertama kalinya sepanjang sejarah (Al Arabiya).
Pada bulan Ogos 2015, Aysen Gurcan menjadi menteri yang pertama kali menggunakan hijab (Al Arabiya).
3. Satu Juta Pelajar Tersenarai di Sekolah Imam Hatip
imam-hatip
Imam Hatip Lisesi, atau sekolah Imam Hatip adalah sebuah institusi pendidikan yang direka untuk memberikan pendidikan agama dan melatih calon imam-imam di Turki. Kerajaan Turki menunjuk masjid-masjid agar menghantar calon imam-imamnya, untuk dilatih di sekolah itu. Sekolah Imam Hatip ditubuhkan selepas kewujudan madrasah dilarang dibawah kepimpinan reformasi Ataturk.
Pada tahun 2002, sejumlah 65 ribu pelajar belajar di sekolah Imam Hatip. Jumlah tersebut meningkat menjadi 658 ribu pada tahun 2013. Bilal Erdogan, anak ketiga daripada Recep Tayip Erdogan, yang merupakan tokoh utama di sebalik kemajuan sekolah itu, baru-baru ini mengumumkan bahawa jumlah pelajar telah mencapai satu juta (The Turkey Analyst).
baca juga: Bagaimana Ataturk Tukar Turki Menjadi Negara sekular.
4. Wajib Belajar Pendidikan Agama Diperkenalkan
Kerajaan Turki telah mengintruksikan sekolah-sekolah untuk memperkenalkan wajib belajar pendidikan agama. Kursus mengenai "peri hidup Nabi Muhammad," dan "Al-Qur
Erdogan berkata:
"Kami hendak membangkitkan pemuda-pemudi agama,"
"Adakah anda mengharapkan AKP akan meningkatkan generasi Ateis? Ya mungkin itu tujuan perniagaan anda, misi anda, tetapi itu bukan matlamat kami. Kami akan meningkatkan generasi konservatif dan demokratik yang merangkul nilai-nilai dan prinsip-prinsip bangsa. "
5. Had Umur untuk Belajar Al-Qur'an Dipadam
Turki menghapuskan peraturan di mana anak-anak harus berusia sekurang-kurangnya 12 tahun, untuk mempelajari Al-Qur'an. Pada tahun 2013 Turki melancarkan sebuah program, di mana anak-anak prasekolah diperkenalkan dan diajarkan Al-Qur'an (The Turkey Analyst).
6. Sekatan Jualan dan Iklan Alkohol
alcohol
Turki sekular menghalalkan penjualan alkohol di negara itu. AKP pada tahun 2013 mengintruksikan larangan iklan dan penjualan alkohol dengan jarak radius 100 meter dari masjid dan atau sekolah.
Setiap iklan, penggambaran mahupun filem yang terafiliasi dengan alkohol, wajib disamarkan penayangannya (Reuters).
Asrama mahasiswa, lembaga kesihatan, kelab sukan, institusi pendidikan dan SPBU dilarang menjual alkohol, di tempat-tempat yang menjual alkohol dilarang untuk menjual produk tersebut diatas jam 10 malam (Hurriyet Daily News).
7. Pengembangan Perbankan Islam (Bank Syariah)
Ziraat-erdogan
Perbankan Islam mengalami pertumbuhan ketara dalam beberapa tahun terakhir. Ziraat Islamic Bank, bank syariah milik kerajaan Turki mempunyai rancangan membuka cawangan sebanyak 170 pejabat cawangan hingga tahun 2018 (Daily Sabah)
Dalam ucapannya baru-baru ini, Erdogan mengatakan bahawa sistem perbankan berasaskan bunga sangat kejam. Ia kemudian berbicara banyak mengenai manfaat perbankan syariah:
"Jika kita ingin melompat jauh ke masa depan, kita perlu penyertaan sebenar dalam membuat sistem perbankan yang lebih baik daripada sistem perbankan kejam itu. Perbankan syariah adalah sistem yang sama sekali berbeza dengan sistem perbankan saat ini, baik dalam hal struktur cagaran aset, pergantungan pada risiko saham, dan struktur spekulasi tertutup. Saya percaya bahawa sistem ini akan menjadi kekuatan yang mendorong ekonomi Turki. "
sumber islampos.com
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Apr 28, 2016 7:54 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pelajar Tahun Satu Dipatuk Ular Hijau Ditandas
siakapkeli.my
JOHOR BAHRU - Seorang pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2, Pasir Gudang dipatuk ular di tapak tangan kiri di tandas sekolah tersebut pada petang semalam.
Pelajar terbabit, Muhammad Ar Rayyan Nazlan Mohd Nasrul, 7, bagaimanapun kini berada dalam keadaan stabil dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail di sini.
Menurut ibu mangsa, Hajar Norhafiza Ismail, 30, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 petang semalam.
Tambahnya lagi, dia difahamkan anaknya itu berada seorang diri di tanda sekolah itu di tingkat tiga ketika kejadian.
"Anak saya memaklumkan dia dipatuk ular bewarna hijau dan agak panjang.
"Sejurus kejadian, dia terus memaklumkan kepada guru dan dihantar ke Klinik 1Malaysia sebelum ditukar ke sini (HSI).
"Rasa sangat terkejut, tetapi, alhamdulillah, saya bersyukur dia dalam keadaan selamat," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata mangsa dipatuk ular yang tidak berbisa.
"Dia dipatuk ular tidak berbisa pada tangan kirinya. Mangsa memaklumkan kejadian kepada guru lalu dibawa ke oleh dua guru ke Klinik 1Malaysia di lokasi berhampiran. Keadaannya dilaporkan stabil," katanya - Siakapkeli.my
Pelajar Putus Tangan Disedut Mesin Pam Angin
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR , 27 Apr- Seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Perak putus tangan kanan akibat disedut mesin pam angin dalam kejadian kelmarin.
Selain itu, pelajar terbabit juga dilaporkan patah kaki kirinya akibat kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam.
BH Online melaporkan, pelajar berusia 14 tahun itu dilaporkan sedang bekerja di sebuah bangsal ternakan ayam di Sungai Bayor, Selama, Perak.
Tangan kanan mangsa terkena mesin pam angin di bangsal itu sebelum disedut dan putus terkena bilah kipas dalam mesin tersebut.
Bapa mangsa, Mohd Rosdi Mat Shohor, 46, berkata anaknya itu mengalami trauma sebaik menyedari tangan kanannya hilang.
"Dia dihantar ke Hospital Selama sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping. Tidak lama selepas itu, doktor mengambil keputusan memindahkannya ke Hospital Kuala Lumpur, awal pagi semalam.
"Dia masih meracau kerana terkejut dengan kehilangan tangan kanan, patah tangan dan kaki kiri serta mengalami keretakan pada kepala," katanya.
Mohd Rosdi juga berkata, anaknya itu bekerja di reban ayam tersebut kerana memahami kesusahan keluarga dan ingin membantu meringankan tanggungan.
"Saya terduduk apabila mendapat dapat tahu kemalangan yang menimpa anak saya. Saya rasa bersalah tetapi harus reda dengan takdir Tuhan," katanya.
Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rosdi di talian 019-5287751. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Apr 28, 2016 7:55 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kenapa Foto ini Jadi Viral di Timur Tengah?
bloglist-malaysia.
detikislam.blogspot
Kelihatan pada gambar tersebut, tiga orang sedang melaksanakan solat di pinggir jalan yang penuh dengan lalu lalang kenderaan dan menyebabkan kesesakan.
Gambar tersebut diambil di Saudi seperti disarikan oleh ilmfeed, sebuah negara di mana masjid dan surau berada di mana-mana. Mungkin kita bertanya-tanya, mengapa orang-orang ini memutuskan untuk menyekat jalur lalu lintas dan solat di jalan raya? Apakah mereka mencari sensasi? atau ingin popular?
Alasan mereka sungguh luar biasa. Ternyata, mereka adalah orang asing yang terlibat dalam sebuah kemalangan, perlanggaran. Sementara menunggu perkhidmatan kecemasan tiba, mereka memutuskan untuk solat berjemaah sehingga mereka tidak kehilangan kesempatan untuk berdoa. Subhanallah.
Peraturan lalu lintas Saudi menetapkan bahawa pemandu yang terlibat dalam kemalangan, tidak boleh meninggalkan kereta mereka sehingga pihak berkuasa tiba untuk menyiasat.
sumber islampos.com
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Apr 28, 2016 7:56 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Jiran Kejam, Sumpit Kucing Yang Masuk Kawasan Rumahnya Dengan Besi Karat
siakapkeli.my
Kejam, itu adalah antara kata yang boleh digambarkan dengan tindakan seorang lelaki yang bertindak menyumpit kucing peliharaan jirannya dengan besi berkarat apabila haiwan berkenaan memasuki kawasan rumahnya.
Kejadian ini dimuatnaik ke laman Facebook oleh pemilik kucing bernama Rayyen Khalis, di mana menurut beliau, ketika balik daripada kerja dia terlihat kucing miliknya terdapat besi karat yang dipercayai damak sumpit yang digunakan jirannya.
Menurut beliau lagi, kejadian berkenaan merupakan kali kedua berlaku di mana ia dilakukan oleh seeorang lelaki yang mempunyai tiga orang anak.
"Saya sudah pergi ke rumah dia, tapi apabila saya panggil dia tidak keluar, pagi tadi saya cuba hendak paggil jiran saya itu lagi, tapi tak boleh kerana dia lepaskan anjing dia di luar pagar rumahnya."
"Apakah dosa kucing ini sampai kena macam ini, pertama kali kucing ini kena sumpit haritu, damak terpacak dekat tepi perutnya," tulisnya.
Beliau harap apa yang dilakukan oleh lelaki berkenaan menerima balasan setimpal. - Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Apr 28, 2016 7:56 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Saya Bagi RM50 Pada Mak Sedangkan Itulah Duit Terakhir Saya Ada Bulan Ni, Tapi Allah Maha Berkuasa...
siakapkeli.my
Memiliki wang yang berkat adalah satu perkara yang begitu di kehendaki oleh ramai orang, maksud wang atau gaji yang berkat adalah gaji kita mencukupi walaupun hanya bergaji kecil.
Kadang-kadang kita lihat, orang itu gajinya lebih kecil daripada kita, tapi kehidupannya tidak pernah susah dengan siap boleh hantar ke kampung lagi dan berbelanja seperti lebih dari kita.
Kita pula gaji lebih banyak daripada dia tapi hari pertama dapat gaji, tolak hutang sana hutang sini dah tinggal separuh, sampai tengah bulan dah nak habis gaji sedangkan kita dah habis berjimat cermat.
Jadi apakah rahsia besar yang disimpan oleh mereka ini untuk cukup walaupun gaji kecil? sebenarnya janganlah kedekut lebih-lebih lagi dengan ibu bapa kita, banyakkan bersedekah,
Dikongsi oleh seorang usahawan berjaya, Puan Rina Salleh yang merupakan pemilik butik pakaian atas jenamanya sendiri satu kisah yang cukup memberi inspirasi kepada semua orang, hanya kerana memberikan wang kepada ibunya sedangkan itu wang terakhirnya pada bulan itu.
Jom kita baca kisah hebat ini.
Selamat hari jadi Rina.
Hari ni hari jadi saya. Saya tak nak pura-pura tak sedar dan harap orang buat surprise untuk sambut harijadi saya. Saya orangnya simple. Kadang-kadang tudung berkedut tak sempat gosok. Kasut pun dah pudar warna, belum tukar lagi dari tahun lepas. Tak, saya memang sengaja taknak tukar sebab saya selesa. Biasanya saya pakai sampai betul-betul tak boleh pakai dah. Dulu tak macam ni. Dulu nak bergaya sakan.
.
Saya nak kongsi satu cerita. Lama dulu saya ada sorang kawan. Banyak bagi nasihat. Kadang-kadang saya bosan dengar. Ada satu cerita dia yang buat saya berfikir panjang. Dia kata setiap kali dia jumpa mak, dia akan hulur rm50 atau berapa je yang dia ada masa tu. Saya tanya, kalau seminggu jumpa mak 3 kali, 3 kali lah bagi duit? Dia angguk. "Ahhhhh, dia banyak duit boleh la. Saya kalau betul-betul ikat perut, rm50 tu boleh tahan belanja dua minggu" Suara suara defensive saya masa tu. Masa tu saya jahil.
.
Satu hari tu saya terdesak, sangat-sangat. Nak selesaikan hutang. Duit tinggal yang ada dalam poket je. Memang dah habis. Saya teringat cerita kawan saya yang suka nasihat tu. Dia cakap tu lah keramat dia. Asbab bagi mak duit dan juga niat sedekah, mak dia gembira. Itu rahsia dia berjaya.
Saya pun antara yakin dengan tak, saya bagi mak saya duit. Itulah duit duit terakhir dalam tangan. Saya betul-betul tawakal masa tu. Ada juga suara jahat saya kata kenapa bagi, kan dah tak ada duit langsung.
Haih memang, dugaan nak buat benda baik ni besar. Dan Allah Maha Berkuasa. Lepas tu saya dapat order orang nak beli borong tudung bawal untuk dia jual dekat Kedah, jumlahnya dalam tiga ribu ringgit. Dia bayar siap-siap full payment. Masa tu kelam kabut juga saya cari stok. Dekat 20 kodi dia order. Dah lah tak pernah pos besar-besar macam tu, kalut saya nak packing. Saya menangis dalam hati masa tu. Sejak tu saya percaya dan sangat yakin, apa kita bagi sebenarnya lebih penting dari apa yang kita ada. Lagi-lagi bagi pada mak ayah.
.
Saya tulis ni sebab kadang-kadang saya pun lupa. Manalah tau, esok esok saya lupa diri, biar ada orang ketuk sikit. Sebab tu kalau ada sesiapa yang hidup dia kesempitan, saya sarankan balik jumpa mak ayah. Bagilah berapa pun yang ada. Kalau betul-betul tak ada duit, bagilah masa kita sikit. Luangkan dengan mak ayah. Moga-moga dapat juga gembirakan hati mereka. Moga Allah juga pandang usaha kita dan lapangkan hidup kita dari kesempitan.
.
Jadi, hari istimewa ni saya tak harap banyak. Saya cuma harap kawan-kawan doakan kebahagian ibu dan abah saya. Mereka orang yang paling banyak berkorban untuk saya. Siapa dan dimana saya hari ni adalah atas usaha dan doa ibu dan abah dengan izin Allah.
.
Saya yang jahil,
Rina Salleh
- Siakapkeli.my
'RM50, Ini Duit Last Aku Bagi Mak..'
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
20 April 2016, hari ini harijadi saya. Saya tak nak berpura-pura tak sedar dan harap orang buat kejutan untuk menyambut harijadi saya. Saya orangnya simple, kadang-kadang tudung berkedut tak sempat nak gosok. Kasut pun dah pudar warna, belum tukar lagi dari tahun lepas.
Tak, saya memang sengaja tak nak tukar sebab saya selesa. Biasanya saya pakai sampai betul-betul tka boleh pakai dah. Dulu tak macam ini, dulu nak bergaya sakan.
Saya nak kongsi satu cerita. Lama dulu, saya ada seorang kawan yang suka bagi nasihat. Kadang-kadang saya bosan mendengarnya. Tetapi, ada satu cerita dia yang membuatkan saya berfikir panjang.
Dia kata, setiap kali dia berjumpa ibunya, dia akan hulur RM50 atau berapa saja yang dia ada pada waktu itu.
"Kalau seminggu jumpa ibu tiga kali, tiga kali jugalah kamu bagi dia duit?" soal saya.
Dia mengangguk mengiakan persoalan saya.
"Awak bolehlah sebab duit banyak. Saya betul-betul ikat perut kalau buat begitu. RM50 itu boleh tahan belanja dua minggu," kata saya padanya dengan nada yang agak defensive. Masa itu saya jahil.
Satu hari itu, saya terdesak sangat-sangat nak selesaikan hutang. Duit tinggal yang ada dalam poket sahaja. Memang dah habis. Saya teringat cerita kawan saya yang gemar memberikan nasihat itu. Dia cakap, itulah keramat dia, asbab bagi ibu duit dan juga niat sedekah, ibu dia gembira. Itu rahsia dia berjaya.
Saya pun antara yakin dengan tak, saya beri ibu saya duit dan itulah duit terakhir dalam tangan. Saya benar-benar tawakal sahaja pada waktu itu. Ada juga suara jahat berkata, "Kenapa bagi? Kan dah tak ada duit langsung,"
Haih, memang besar dugaan nak buat benda baik. Dan Allah maha berkuasa, selepas itu saya mendapat order dari orang yang mahu membeli tudung bawal secara borong untuk dijual di Kedah. Jumlahnya dalam RM3,000. Dia bayar siap-siap, full payment.
Masa itu, kelam kabut juga saya nak mencari stok. Dekat 20 kodi dia order. Sudahlah tak pernah pos besar-besaran macam tu. Kalut saya nak packing.
Saya menangis dalam hati pada masa itu. Sejak dari itu, saya percaya dan sangat yakin. Apa yang kita bagi sebenarnya lebih penting dari apa yang kita ada. Lagi-lagi bagi pada ibu dan ayah.
Saya tulis ini sebab adakalanya saya terlupa. Manalah tahu esok-esok saya lupa, biar ada orang ketuk sikit. Sebab itu kalau ada sesiapa yang hidup dia kesempitan, saya sarankan balik dan jumpa ibu ayah. Berilah mereka berapa yang ada. Kalau betul-betul tiada duit, berilah masa kita sikit, luangkan masa bersama mereka. Moga-moga dapat juga menggembirakan hati mereka. Moga Allah juga pandang usaha kita dan lapangkan hidup kita dari kesempitan.
Hadi, hari istimewa ini saya tak mengharap banyak. Saya cuma mengharapkan kawan-kawan doakan kebahagiaan ibu dan ayah saya. Merekalah orang yang paling banyak berkorban untuk saya. Siapa dan di mana saya hari ini adalah atas usaha dan doa ibu dan ayah dengan izin Allah. - Rina Salleh |
Sumber: PIXEL MEDIA
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Apr 28, 2016 7:57 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Gagal jalankan syariat Islam punca turunnya bala
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.
KOTA BHARU, Jumaat – Tindakan sesetengah pihak yang tidak mahu melaksanakan syariat Islam yang sewajarnya adalah punca Allah SWT menurunkan bala kata Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad.
"Kesan El Nino menyebabkan ada ikan yang diternak mati keranan kepanasan, rumput menjadi kering dan sekolah terpaksa ditutup.
"Ini bukan sekadar kesan El Nino sahaja, sebaliknya bala yang datang dari Allah SWT," katanya pada khutbah solat Istisqa di padang hoki, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai fenomena El Nino dan gelombang haba yang sedang melanda negara ini sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, gejala sosial dan masalah masyarakat yang semakin berleluasa di negara ini telah mengundang kemurkaan Allah SWT.
Justeru, beliau menyarankan agar seluruh umat Islam berhenti daripada melakukan dosa dan segera bertaubat untuk mendapatkan rahmat Allah SWT.
"Hentikan segera maksiat, bayar hutang bagi yang berhutang dan berdamai bagi mereka yang bermusuh," ujarnya.
Kira-kira 6,000 orang hadir bermula jam 4 pagi untuk bersama-sama mengadakan solat Subuh dan solat Istisqa secara berjemaah.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Thursday, 28 April 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London
Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429
Notes: Halo sahabat...
Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?
- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?
TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?
- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?
Mampukah kamu ?
Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME
Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!
Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME
Sukses Selalu!
Darman
http://goo.gl/1foLME
From: automobil Calendar
Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us
Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
Thu Apr 28, 2016 1:56 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
CJWOW SHOP Penipu, Jual Kuali Yang Melekat Kata Pakcik Ini.
bloglist-malaysia.
sozcyili.blogspot
Dua ribu dan lebih perkongsian dari netizens ketika ini. Betul ke WOW shop menipu pengguna menerusi iklan-iklan mereka di TV9?
Ini apa yang hangat tersebar ;
Kuali tak melekat, goreng tanpa minyak.. tengok apa dah jadi bohong betul kata pakcik berkenaan yang dikenali dengan nama Paksu Haji Saad.
Dalam ruangan komen pula ada yang mengatakan ;
Bahkan ada yang berkata ;
Disebabkan posting berkenaan viral maka ada la beberapa individu yang membeli alatan yang sama berkongsikan pendapat mereka. Ada yang beri pendapat negatif tapi ada juga yang positif mengenai kualiti set kuali tersebut dan menasihati pakcik berkenaan agar berhati2 sebelum menyebarkan sesuatu.
Sebenarnya apa yang sepatutnya pakcik ini buat ialah minta refund. Tak dinafikan kekadang dalam 1000 product mesti ada 5,6 biji yang defect. Lebih menyakitkan ahti kalau yang defect tu dapat kat kita.
Jadi langkah terbaik minta refund atau tukar.
Bukannya nak kata la. Sepanjang guna kuali non stick neh lebih2 lagi kalau yang jenis mahal (sedara punya) bila dia sebut non stick memang betul2 non stick. Berbaloi la dengan harga yang dibeli. Cuma bab calar, warna tanggal tu mungkin berbeza product berbeza kualiti. Tapi bab tak melekat dan senang cuci selalunya betul seperti yang diiklankan. Aku pun ada satu set yang dorang sebut kuali ajaib / pemangang ajaib. Yang tu betul-betul tak melekat. 50 je kot. Sedara beli di Langkawi. Guna masak pulut pun tak melekat. Guna masak puding pun tak melekat. Telur dan puding jangan kau cakap. Confirm tak melekat punya. Cuma kena gak letak minyak walaupun sedikit/setitis dua.
Apa-apa pun kita tunggu respon CJ WOW SHOP. Betul ka mereka menipu ataupun pakcik tersebut dapat barang yang reject? Saksikanlah kesudahan drama online neh dalam beberapa hari lagi..
HIHIHIHi..
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Thu Apr 28, 2016 4:07 pm (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bahaya, Tanaman Hiasan Ini Boleh Membunuh Anak dan Keluarga Anda Wajib Baca Supaya Tahu
bloglist-malaysia.
beritafresh.
Nyaris kebanyakan orang suka pada tumbuh-tumbuhan hijau yang indah, serta umumnya tanaman itu ditanam di depan tempat tinggal. Namun sayangnya, banyak yg tidak tahu kalau terdapat banyak tumbuh-tumbuhan yang mempunyai kesan jelek untuk kesejahteraan bahkan juga kesihatan keluarga kita. Keadaan makin jelek jika anak-anak anda tak mengerti bahaya yang mengintai bila berkaitan segera dengan tumbuh-tumbuhan beracun ini.
Di bawah ini yaitu anjuran dari seseorang ibu, supaya anda lebih waspada bila Anak atau keluarga anda tengah ada di sekitaran tumbuh-tumbuhan yang beracun ini, bila tidak mau memperoleh kerugian besar.
.
"Saya baru sahaja kehilangan malaikat kecil saya yang baru berumur 3 th., Ia menelan daun dari tanaman beracun ini, lidahnya membengkak serta membawanya ke kematian. Tanaman beracun ini sudah menyambar anak perempuan saya, jadi saya memberi amaran pada kebanyakan orang, tidak untuk menanam tanaman yang beracun dirumah. "
Dieffenbachia adalah tanaman yang begitu indah serta kerap diketemukan dirumah serta pejabat. Warnanya yang hijau dapat memberi keindahan alam sekitar serta jadi panorama yang mengagumkan. Namun sayangnya, tumbuhan ini mempunyai kesan yang begitu berisiko. Anak-anak serta haiwan kesayangan yang kunyah Dieffenbachia boleh menyebabkan gejala-gejala, seperti mati rasa yang berjalan dengan cara terus-menerus, kerengsaan mulut, air liur terlalu berlebih, serta pembengkakan di ruang mulut. Bahkan juga yang paling fatal boleh mengakibatkan kematian.
Oleh kerana itu, anda dinasihatkan tidak untuk menanam tanaman ini dirumah untuk bertindak menghalang. Dieffenbachia boleh mempunyai kesan yang kuat pada sebahagian orang, bahkan juga walaupun anda cuma pengambilan dalam jumlah kecil. Tanaman ini boleh mengakibatkan kematian pada anak-anak cuma kurun waktu satu minit, sedang pada orang dewasa boleh bertindak balas kurun waktu 15 minit. Bahkan juga bila anda menyentuh tanaman ini lantas mengucek mata dengan tangan yang sama, hal itu boleh mengakibatkan kebutaan kekal.
Namun, bila anda tetaplah menginginkan menanamnya di persekitaran tempat tinggal anda, janganlah lengah serta selalu pantau anak-anak serta haiwan kesayangan anda untuk mengelak beberapa perkara negatif berlaku pada beberapa orang yang anda cintai.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment